Resume Menarik, Majikan Tertarik Resume yang baik perlulah mengandungi kriteria yang ditetapkan oleh majikan. Kriteria pertama yang perlu ada dalam sesebuah resume adalah pengenalan diri. Pemohon perlu menyatakan nama penuh, alamat tempat tinggal terkini, nombor telefon dan alamat email yang aktif dan rasmi. Elakkan menggunakan email fancy zaman kanak-kanak anda seperti [email protected]. Selain itu, pemohon juga perlu meletakkan gambar diri yang jelas dan rasmi. Ramai pemohon memandang remeh perkara ini dan cenderung meletakkan gambar yang diambil secara swafoto, serta memasukkan maklumat yang tidak relevan seperti hobi, bilangan adik beradik dan warna kegemaran. Ingat, anda ingin memohon kerja, bukan mencari kenalan di ruang sembang maya. Resume merupakan dokumen rasmi yang memberikan gambaran menyeluruh mengenai latar peribadi, tahap pendidikan, pengalaman bekerja, kemahiran dan pencapaian diri seseorang individu. Resume biasanya dilampirkan bersama borang permohonan sesuatu jawatan. Persaingan yang sengit di kalangan pemohon menyebabkan majikan dewasa ini lebih bersikap selektif. Keutamaan akan diberikan kepada resume yang benar-benar menepati kriteria yang ditetapkan. Resume yang tidak lengkap akan disingkirkan sekaligus menutup peluang calon untuk mara ke peringkat temu duga. Lantaran itu, graduan khususnya perlu mengetahui cara menghasilkan resume yang baik dan jangan bersikap tangkap muat dalam. Hal ini kerana, resume ibarat selling tool yang mampu menentukan sama ada seseorang itu ‘laris’ di pasaran atau sebaliknya. Latar belakang pendidikan adalah kriteria wajib di dalam resume. Pemohon perlu menyenaraikan tahap pendidikan bermula dengan yang tertinggi kepada yang terendah. Tahap pendidikan terendah perlu dihadkan kepada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Maklumat yang perlu dinyatakan dalam kriteria ini adalah nama institusi, tahun pengajian, nama kursus yang diambil, dan juga nilai Cumulative Grade Point Average (CGPA). Jangan berahsia mengenai CGPA anda. Apa jua nilainya, anda perlu nyatakan kerana majikan ingin mengetahuinya dan memudahkan proses tapisan dilaksanakan. Kriteria seterusnya yang perlu ada dalam resume adalah pengalaman kerja. Pemohon perlu senaraikan pengalaman kerja bermula dengan yang terkini. Nyatakan satu atau dua pengalaman kerja sahaja. Selain itu, anda juga perlu nyatakan secara ringkas bidang tugas dan pencapaian sepanjang mengendalikan tugas tersebut. Hal ini membantu majikan mendapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai keupayaan anda. Jika anda tiada sebarang pengalaman kerja, tulis sahaja tiada pengalaman kerja. Tidak perlu memalsukan fakta. PERKONGSIAN ILMU & PENGALAMAN RAFIZAH BINTI MOHD NOOR 51
Rujukan merupakan kriteria yang penting dalam resume namun sering dilupakan oleh pemohon. Rujukan memerlukan calon untuk memberikan maklumat peribadi dua individu terdekat dan mengenali anda atas hubungan yang profesional. Contohnya seperti bekas majikan. Bagi pelajar lepasan sekolah dan universiti, calon boleh memberikan nama guru dan pensyarah. Tujuan rujukan ini adalah untuk membolehkan bakal majikan melakukan siasatan terhadap latar belakang calon sebelum mengambil mereka sebagai pekerja. Pemohon juga perlu menyatakan kemahiran yang dimiliki agar majikan mampu menilai potensi diri anda. Sekiranya jawatan yang dimohon itu merupakan jawatan dalam bidang grafik misalnya, anda boleh senaraikan kemahiran anda mengikut perisian yang digunakan. Selain kemahiran komputer, anda juga boleh senaraikan kemahiran berbahasa dan interpersonal seperti mahir berbahasa Melayu dan Inggeris serta mahir dalam penyelesaian masalah, rundingan, dan juga pengurusan konflik. Skala yang wajar digunakan bagi mengukur tahap kemahiran anda adalah: Mahir, Sederhana dan Lemah. Aspek teknikal resume juga perlu diberi perhatian. Pemohon perlu memastikan resume yang dihasilkan tidak terlalu sarat dan meleret. Pastikan resume tidak melebihi dua muka surat. Pemohon dilarang mencampur aduk Bahasa Melayu dan Inggeris. Pemilihan warna resume juga penting. Elakkan kombinasi warna seperti merah, kuning dan jingga. Ia boleh menimbulkan ketidakselesaan kepada panel penilai. PERKONGSIAN ILMU & PENGALAMAN PERKONGSIAN BERKAITAN RESUME INI DIHARAP DAPAT MEMBERI ILHAM KEPADA CALON YANG INGIN MENCARI PEKERJAAN. RESUME ADALAH PERMULAAN UNTUK ANDA MEMENANGI HATI BAKAL MAJIKAN. INGAT, RESUME MENARIK, MAJIKAN TERTARIK. 52
Sebagai rakyat Malaysia dan layak untuk membayar cukai, kita perlu mengetahui apakah tanggungjawab yang perlu dilaksanakan sebagai pembayar cukai. Terdapat beberapa tanggungjawab utama yang perlu dilakukan mengikut Akta Cukai Pendapatan 1976. Artikel ini memfokuskan kepada tanggungjawab pembayar cukai yang menerima pendapatan penggajian. Antaranya adalah seperti berikut: TANGGUNGJAWAB PEMBAYAR CUKAI INDIVIDU DI MALAYSIA Contohnya, bagi pendapatan tahun taksiran 2022, borang BE perlu dihantar sebelum atau pada 30 April 2023. Walaubagaimanapun, LHDN telah memberi kelonggaran kepada mereka yang membuat penghantaran melalui efiling sehingga 15 Mei. Mereka juga bertanggungjawab untuk memastikan maklumat yang diisi adalah betul dan tepat. Ini penting untuk mengelakkan dari dikenakan penalti kerana melaporkan maklumat pendapatan yang salah. MENDAFTAR SEBAGAI PEMBAYAR CUKAI MENDAFTAR SEBAGAI PEMBAYAR CUKAI Semua dokumen yang berkaitan dengan percukaian perlu disimpan sekurangkurangnya selama 7 tahun seperti borang EC penggajian, resit perbelanjaan seperti pembelian buku, komputer, bayaran insurans, bayaran zakat, ubat-ubatan untuk ibubapa, yuran pengajian untuk diri sendiri dan sebagainya. LHDN akan melakukan audit secara rawak pada bila-bila masa. Sekiranya kita terpilih untuk diaudit, kita perlu menghantar semua dokumen yang diminta. Sekiranya gagal mengemukakan dokumen tersebut, maka pelepasan dan rebat yang telah dituntut akan dikira terbatal. Pengiraan semula cukai akan dibuat dan penalti akan dikenakan. N O O R H A S I M A H M Y A C O B & N U R S Y A Z W A N I M O H A M M A D F A D Z I L L A H Pembayar cukai juga perlu melaporkan sebarang perubahan alamat kepada LHDN dalam tempoh 3 bulan dari tarikh perubahan berlaku. Ini amat penting kerana LHDN akan menghantar sebarang pemakluman atau notis mengikut maklumat terkini yang ada dalam fail pembayar cukai tersebut. PERKONGSIAN ILMU & PENGALAMAN Kita perlu mendaftar sebagai pembayar cukai sekiranya pendapatan kita dikenakan cukai dan melebihi jumlah yang ditetapkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Pendaftaran boleh dibuat secara manual atau melalui e-daftar dalam laman sesawang LHDN. Menurut LHDN, seseorang individu yang bermastautin di Malaysia mesti membuka fail cukai pendapatan sekiranya pendapatan penggajian mereka melebihi RM34,000 setahun (setelah ditolak potongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). MELAPORKAN PENDAPATAN DAN MENGHANTAR BORANG CUKAI PENDAPATAN Pembayar cukai bertanggungjawab untuk melaporkan semua pendapatan yang dikenakan cukai dalam borang cukai pendapatan pada setiap tahun secara manual atau atas talian (e-filing). Bagi pembayar cukai individu yang menerima pendapatan penggajian, mereka perlu mengisi borang BE pada 30 April setiap tahun. MEMBAYAR CUKAI PENDAPATAN Bagi pendapatan penggajian, cukai pendapatan perlu dibayar sebelum atau pada 30 April. Penalti sebanyak 10% daripada jumlah cukai akan dikenakan sekiranya bayaran dibuat selepas tarikh akhir. Antara kaedah bayaran yang disediakan ialah menggunakan kad kredit, secara atas talian melalui bank-bank yang disenaraikan (Affin Bank, CIMB Bank, Bank Simpanan Nasional, Maybank dan lainlain), melalui mesin ATM bank (Public Bank, Maybank, CIMB Bank dan RHB Bank), melalui ejen kutipan hasil iaitu bank (CIMB Bank, Affin Bank, BSN, Maybank, Public Bank) dan pejabat pos dan juga kaunter Pusat Bayaran LHDN. MENYIMPAN DOKUMEN YANG BERKAITAN SELAMA 7 TAHUN MELAPORKAN PERUBAHAN ALAMAT 53
Bercuti di Norway adalah pengalaman paling berharga. Norway terletak di Eropah Utara. Norway bersempadan dengan Sweden, Finland dan Persekutuan Rusia. Norway adalah sebuah negara yang cukup panjang, satu pertiga daripada wilayah yang diliputi oleh hutan dan kolam dan lebih separuh daripadanya diliputi oleh gunung-ganang. Norway terkenal dengan most beautiful fjord (tebing tinggi dan teluk yang sempit di pantai Norway). Selain itu, Norway juga terkenal dengan fenomena cahaya terang yang kelihatan di langit berbentuk jalur atau tirai yang dipanggil Aurora. Aurora terletak di Tromsø utara Norway. Aurora biasanya berwarna merah, hijau atau ungu. Maka, ia menjadi salah satu negara dalam ‘wishlist to visit’ para pelancong. Pada hari pertama, kami menaiki flight dari Oslo Gardermoen Airport ke Sola (Stavanger airport). Stavanger adalah sebuah kota di Norway. Stavanger terletak di barat Norway. Stavanger city sangat tenang kerana mempunyai penduduk yang sedikit. Ianya terletak berhampiran dengan North Sea. Sepanjang perjalanan ke rumah, kami terpesona melihat keindahan sungai-sungai yang tenang dan bersih, keunikan fjord, dan keindahan alam semulajadi yang kehijau-hijauan. Seterusnya, kami berjalan kaki ke Stavanger city yang terletak tidak jauh dari rumah penginapan. Terdapat banyak kedai makan di tepi laut, Norwegian bersantai-santai menikmati coffee. Kami ada juga menyinggah ke shoplot yang menjual pelbagai barangan. Antara supermarket di Norway untuk “shopping grocery” ialah ‘Kiwi Mini Pris’, Rema 1000, Meny dan lain-lain. Tukaran currency 1 Krone Norway ialah 0.45 Ringgit Malaysia. Harga barang dalam Ringgit Malaysia adalah separuh harga Krone Norway. Misalnya, kami membeli t-shirt souvenir berharga NOK224, bermaksud ianya berharga RM100. Jadi, pembelian menggunakan Ringgit Malaysia sangat terhad kerana harga tukaran yang rendah. Kos sara hidup di Norway lebih tinggi daripada Malaysia. Norway mempunyai GDP per capita $63,600 (2020), tetapi di Malaysia, GDP per capita ialah $26,400 (2020). Sebelum meninggalkan Stavanger city, tidak lupa mengambil gambar kenang-kenangan di historic building, museums, dan di tepi laut. Cuaca ketika disana sekitar 3-5 celcius. Pada hari seterusnya, kami meneruskan perjalanan ke Oslo city iaitu ibu negara Norway dan bandar paling ramai penduduk. Kami menaiki train selama 8 jam dari Stavanger ke Oslo. Sepanjang perjalanan, kami menikmati pemandangan menarik seperti sungaisungai, fjord, gunung-ganang dan keindahan alam semulajadi. Di dalam train terdapat juga cafeteria untuk menikmati sandwiches, coffee dan sebagainya. Setelah tiba di Oslo, kami hanya berjalan kaki ke Air Bnb yang disewa yang terletak di tengah bandar Oslo. Oslo merupakan pusat ekonomi dan politik bagi negara Norway. Bandar ini juga merupakan pusat perdagangan, perindustrian, perkapalan dan perbankan Norway. Kami teruja untuk bersiar-siar di bandar Oslo kerana dilihat ramai pelancong yang masing-masing menaiki public transport tersedia. “Travel is my therapy.” Pengalaman Bercuti di Norway Salehah Zafirah Zulkepli & Norlinda Zainal Abdul 54 PERKONGSIAN ILMU & PENGALAMAN
Terdapat juga banyak shopping mall di tengah-tengah bandar Oslo. Apa yang menarik minat saya, terdapat public transport yang tidak ada di Malaysia iaitu Tram. Tram bergerak antara satu destinasi ke destinasi di bandar Oslo di track di tengah-tengah bandar. Kami hanya membeli tiket NOK50 menggunakan aplikasi Ruter untuk menaiki Tram pada bila-bila masa. Selain itu terdapat juga, bas, underground train untuk bergerak di sekitar bandar. Di Oslo, kami banyak bersiar-siar mengambil gambar, shopping, dan menaiki tram untuk ke setiap destinasi. Hari seterusnya, kami meneruskan perjalanan ke Stavtjørn, Rogaland resort yang terletak di barat Norway. Di pergunungan resort ini terdapat tempat untuk skiing, snowboarding dan juga kediaman cabin. Tidak sempurna kalau ke Eropah jika tidak mencuba skiing. Kami menyewa cabin di resort ini untuk 2 malam. Sepanjang berada di sini, kami bermain snow, skiing dan snowboarding. Memandangkan kami datang pada akhir season winter, jadi snow masih ada di sekitar pergunungan. Pada waktu winter, kebanyakan Norwegian bercuti di sekitar resort menyewa cabin atau caravan untuk melakukan aktiviti skiing. Setelah 2 minggu bercuti, telah tiba masanya untuk pulang ke Malaysia. Kami menaiki flight dari Airport Stavanger ke KLIA dan transit di Qatar, Doha. Harga flight tiket ke Norway pada waktu itu RM3181 untuk seorang. Sepanjang pengalaman bercuti di Norway, kami banyak melihat nikmat yang Allah sediakan di atas muka bumi, melihat tanda-tanda kebesaran Allah dan mengambil pengajaran dari nya sepertimana dalam ayat al-Quran (Surah alMulk, 67:15) yang bermaksud: “The journey of a thousand miles begins with a single step.” PERKONGSIAN ILMU & PENGALAMAN DIA LAH YANG MENJADIKAN BUMI BAGI KAMU: MUDAH DIGUNAKAN, MAKA BERJALANLAH DI MERATA-RATA CERUK RANTAUNYA, SERTA MAKANLAH DARI REZEKI YANG DIKURNIAKAN ALLAH; DAN (INGATLAH), KEPADA ALLAH JUALAH (TEMPAT KEMBALI KAMU SESUDAH) DIBANGKITKAN HIDUP SEMULA; (MAKA HARGAILAH NIKMATNYA DAN TAKUTILAH KEMURKAANNYA) 55
Selain dari hari Jumaat, hari Isnin juga dianggap sebagai hari yang mulia di dalam Islam. Ini kerana hari Isnin merupakan hari kelahiran Saidina Rasulullah SAW dan hari pertama Rasulullah menerima wahyu. Sejarah Hari Keputeraan Nabi adalah perjalanan penting dalam kehidupan Nabi dan juga agama Islam. Dari Abu Qatada al-Ansari R.A, Rasulullah S.A.W pernah ditanya mengenai puasa pada hari Isnin, lalu dia menjawab: " ِزَل َع َّىَل ْن "ِفيِه ُوِلْدُت َوِفيِه ُأ “Hari itu adalah hari saya dilahirkan, hari aku diutus atau diturunkan wahyu untukku.” [Riwayat Muslim (1162] Hari Isnin juga hari yang dibentangkan segala amalan. Kerana itulah kita disunatkan untuk berpuasa. Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: ْن ُيْع َرَض َعَمِلي» ِحُّب َأ َخِميِس َف ُأ ْل َنْيِن َوا ُتْع َرُض ا َأْلْعَماُل َيْوَم ااِلْث ا َصاِئٌم َن «َوَأ “Amalan dibentangkan pada hari Isnin dan Khamis, maka aku lebih suka amalanku dibentangkan ketika aku sedang berpuasa.” [Riwayat al-Tirmizi (747)] Selain itu, Isnin juga hari Allah menjadikan pokok-pokok dimuka bumi ini. Didalam syarah alFadhil Ustaz Nazrul Nasir, pokok-pokok dilahirkan pada hari Isnin kerana menumpang kemuliaan Rasulullah S.A.W. Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: خلق هللا التربة يوم السبت، وخلق فيها الجبال يوم األحد، وخلق الشجر يوم األثنين وخلق المكروه يوم الثالثاء، وخلق النور يوم“ األربعاء، وبث فيها الدواب يوم الخميس، وخلق آدم صىل هللا عليه وسلم بعد العصر من يوم الجمعة في آخر الخلق في آخر ساعة من النهار فيما بين العصر إىل الليل" "Rasulullah memegang tangan saya lalu menerangkan 'Allah menjadikan bumi pada hari Sabtu, bukit pada hari Ahad, pokok-pokok pada hari Isnin, benda-benda yang tidak disukai pada hari Selasa, cahaya pada hari Rabu dan menaburkan haiwan-haiwan di bumi pada hari Khamis. Allah menjadikan Nabi Adam pada waktu petang selepas Asar hari Jumaat, iaitu pada saat-saat terakhir hari Jumaat, antara waktu petang dan waktu malam.'" [Riwayat Imam Muslim (2789] PERKONGSIAN ILMU & PENGALAMAN HUBUNGAN DIANTARA SAIDINA RASULULLAH SAW, ALAM SEKITAR & ISNIN IZMI IZDIHARUDDIN B CHE JAMALUDIN MAHMUD & SHAMSINAR RAHMAN 56
Kerana itulah, menjaga alam sekitar adalah suatu ibadah yang diwajibkan kepada manusia. Ini kerana persekitaran tidak akan musnah melainkan disebabkan oleh tangan-tangan manusia itu sendiri sebagaimana disebut dalam firman Allah SWT. ۡيِدي ٱلَّناِس ِلُيِذيَقُهم َبۡعَض َبۡح ِر ِبَما َكَسَبۡت َأ ۡل َب ِّر َوٱ ۡل َفَساُد ِفي ٱ ۡل َظَه َر ٱ ُهۡم َيۡرِجُعوَن ٤١ وْا َلَعَّل َّلِذي َعِمُل ٱ Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat). (Surah Ar-Ruum 30:41) Justeru itu, memuliakan hari Isnin dengan berselawat dan serta menjaga ekosistem kita. Sesungguhnya perbuataan tersebut adalah suatu amalan yang berkat di dalam agama Islam. Malam hijau bulan purnama, Bintang-bintang saksi kebesaran Pencipta, Menjaga alam sekitar tuntutan agama, Sebagaimana mulianya Nabi kita. Angin bertiup mencari kedamaian, Gunung gunung hijau nikmat, Hari Isnin hari permulaan, Semoga kalian semua mendapat rahmat. PERKONGSIAN ILMU & PENGALAMAN Abdurrahman. (2019, April 7). Al-Kafi #1198: Mengganti Puasa Sunat yang Dibatalkan. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. https://muftiwp.gov.my/ar/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/3276-al-kafi-1198- mengganti-puasa-sunat-yang-dibatalkan Ahmad Ayoup@Ayob, M. M. (2018, January 10). Irsyad Al-Hadith Siri Ke-231: Amalan Diangkat Pada Isnin dan Khamis. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-al-hadith/2228-irsyad-al-hadith-siri-ke231-amalan-diangkat-pada-isnin-dan-khamis Nawawi, I. (2012). Riyadus Solihin: Taman Orang Soleh. Penterjemah: Ainon, Mohd et al. Batu Caves, Selangor: PTS Islamika Sdn. Bhd. Al Qur'an (Penterjemah: Basmeih, A. M.). Quran.com Rujukan 1. 2. 3. 4. 57
KAEDAH PELAKSANAAN DASAR: PEMAHAMAN & KRITIKAN UMUM Mohamad Sahi z am Mus a , Shams ina r Rahman & Suri a Fadhi l l ah Md Pauz i Pelaksanaan dasar, secara umumnya terdapat dua kaedah utama iaitu ‘Top-down’ dan ‘Bottom-up’. Usaha mengkaji pelaksanaan dasar bermula pada 1970an di negara-negara barat dan sejak itulah, sarjanasarjana berdebat tentang berbandingan kaedah ‘Topdown’ menentang Bottom-up’, kandungan dasar menentang pelaksanaan dasar, kaedah kualitatif menentang kaedah kuantitatif dalam penyelidikan (O’Toole, 2000). Lantaran daripada perdebatan yang terlalu lama di antara pengamal kaedah ‘Top-down’ dan ‘Bottom-up’ ini, kadar bilangan kajian penilaian pelaksanaan dasar berkurangan dan mengakibatkan banyak permasalahan pelaksanaan dasar ditinggalkan tanpa diselesaikan. Sehingga 2005, bilangan penyelidik pelaksanaan dasar berkurangan lantaran ramai penyelidik sedia ada mula hilang minat dalam bidang tersebut (Deleon, 1999; Schofield & Sausman, 2004; O’Toole, 2004). (a) Kaedah ‘Top-down’ Sarjana pengamal ‘Top-down’ melihat pembuat dasar (atasan) sebagai aktor pusat dan menumpukan perhatian kepada faktor-faktor yang boleh dimanipulasikan di peringkat pusat (central level) (Matland, 1995). Sabatier (2005) memperincikan kaedah ‘Top-down’ kepada beberapa keadaan yang membolehkan pelaksanaan dasar itu berjaya iaitu objektif yang jelas, teori sebab dan akibat, struktur undang-undang dalam proses pelaksanaan, pegawai yang komited serta sokongan daripada kumpulan berkepentingan. Kekuatan kaedah ‘Top-down’ ialah ia sentiasa mencuba untuk mempraktikkan idea dasar yang umum serta kemudiannya membentuk corak yang konsisten yang diperakui oleh semua pihak yang berkuasa. Namun kaedah ‘Top-down’ dikritik mempunyai kelemahan kerana memulakan pembentukan dasar berdasarkan petikan statut (undang-undang) dan tidak mengambil kira tindakan atau kajian lepas yang signifikan (Matland, 1995; Cerna, 2013). Kaedah ini cenderung menjadikan proses pelaksanaan sebagai satu proses pentadbiran dan mengabaikan atau menolak aspek politik. Selain itu, kaedah ini turut dikritik kerana penekanannya menjadikan penyusun statut sebagai aktor utama sedangkan aktor tempatan tidak diambil kira (Matland, 1995). PERKONGSIAN ILMU & PENGALAMAN Kerisauan juga timbul, jika penyusun statut itu menggunakan kaedah ini semata-mata untuk menjaga kepentingan pihak tertentu sahaja selain daripada kerisauan pada setiap keputusan yang dianggap sekadar mencari populariti (Cerna, 2013). (b) Kaedah ‘Bottom-up’ Sarjana pengamal kaedah ‘Bottom-up’ sentiasa memberi perhatian kepada kumpulan sasar dan kakitangan pelaksana di samping sentiasa peka terhadap sebarang kekurangan dasar yang dibentuk oleh individu-individu berkuasa di peringkat pusat (central level) (Berman, 1978; Matland, 1995). Hanf, Hjern dan Porter (1978) merupakan sarjana yang bertanggungjawab membangunkan kaedah ‘Bottom-up ini. Sarjana-sarjana tersebut mengenal pasti wujudnya jaringan antara aktor yang terlibat dalam pelaksana perkhidmatan di satu lokasi atau lebih. Kemudiannya, sarjana-sarjana tersebut bertanyakan aktor pelaksana perkhidmatan apakah sasaran, strategi, aktiviti dan rangkaian jaringan mereka. Lalu, sarjana-sarjana ini menggunakan rangkaian jaringan pelaksana sebagai asas pembentukan jaringan teknik bagi mengenal pasti aktor-aktor lokal, kawasan dan kebangsaan yang sepatutnya terlibat dalam perancangan, kewangan dan pelaksanaan bagi program-program kerajaan serta bukan kerajaan yang dirasakan relevan (Hanf et al., 1978). Situasi ini akan membolehkan wujudnya satu mekanisme yang membolehkan aktor dan pembuat keputusan di peringkat lokal (bawahan) mendapat tempat yang lebih tinggi sebagai pembuat dasar bagi sektor awam mahupun swasta (Sabatier, 2005). Aktor lokal seperti doktor dan guru merupakan contoh aktor yang baik dan patut turut serta dalam pembentukan dasar pembangunan sesebuah negara berdasarkan kepakaran bidang yang mereka ceburi (Sabatier, 2005; Cerna, 2013). Namun dalam bidang ilmu pengajian dasar, pengkajian bersifat ‘Bottomup’ ini meninggalkan banyak ketidakpastian dalam dasar yang dikaji (Matland, 1995). 58
Kekuatan kaedah ‘Bottom-up’ ialah ia memberi fokus kepada aktor yang merangka dan melaksanakan program kerajaan, di mana faktor-faktor kontekstual di dalam persekitaran proses pelaksanaan dianggap amat penting. Perkara seperti aktor, sasaran, strategi dan aktiviti perlu difahami terlebih dahulu bertujuan untuk memahami proses pelaksanaan. Kaedah ‘Bottom-up’ tidak mengeluarkan sebarang petunjuk preskriptif (rujukan yang sahih). Hal ini adalah kerana pendapat yang diutarakan aktor lokal ada ketikanya tidak berkesan di lokasi yang lain. Justeru, kaedah ini dianggap signifikan selagi strategi yang diguna pakai fleksibel serta sesuai diadaptasi pada permasalahan setempat dan faktor-faktor kontekstual (Matland, 1995; Sabatier, 2005; Cerna, 2013). Kaedah ‘Bottom-up’ selalu dilihat lemah pada dua perkara iaitu pertama, kawalan dasar seharusnya dilakukan oleh aktor yang mempunyai kuasa serta mandat melalui undian rakyat dan ini tidak wujud dalam kaedah ini memandangkan aktor lokal bukan dipilih melalui pilihan raya. Kedua, kaedah ini terlalu memberi penekanan pada tingkat ekonomi setempat (Matland, 1995; Sabatier, 2005; Cerna, 2013). PERKONGSIAN ILMU & PENGALAMAN Berman, P. (1978). The study of macro and micro implementation of social policy. California: The Rand Corporation. Cerna, L. (2013). The Nature of Policy Change and Implementation: A review of different theoritical approaches. Organisation for Economic Co-Operation and Development. DeLeon, P. (1999). “The Missing Link Revisited: Contemporary Implementation Research.” Policy Studies Review 16 (3/4), 311-338. Hanf, K., Hjern, B. & Porter, D. (1978). Local network of manpower training in the Federal Republic of Germany and Sweden’, in K. Hanf & F. Scharpf (eds), Interorganisational Policy Making: Limits to Coordination and Central Control. London: Sage, 303- 344. Matland, R. (1995). Systhesising the implementation literature: the ambiguity-conflict model of policy implementation. Journal of Public Administration Research and Theory, Vol. 5(2), 145-174. O’Toole, L. J. Jr. (2000). “Research on Policy Implementation: Assessment and prospect.” Journal of Public Administration Research and Theory, Vol.10(2). Sabatier, P. (2005). From policy implementation to policy change: a personel odyssey, in A. Gornitzka, M. Kogan and A. Amaral (eds), Reform and change in higher education: analyzing policy implementation. Dordrecht: Springer, 17-34. Schofield, J. & Sausman, C. (2004). Symposium on implementing public policy. Learning from theory and practice introduction. Public Administration, Vol.82, 235-248. Kesimpulan Kesimpulannya, kedua-dua kaedah penilaian pelaksanaan dasar ini samada ‘Top-down’ atau ‘Bottomup’ mempunyai kekuatan dan kelemahan. Melihat kepada kelompongan yang dipaparkan oleh kedua-dua kaedah ini maka adanya keperluan untuk dipraktiskn kaedah lain bersifat ‘Hybrid’ yang mampu menangani kelompongan tersebut sekaligus menjadikan proses pelaksanaan dasar sesebuah negara mampu mencapai objektif dasar yang telah ditetapkan. Rujukan 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 59
PENSYARAH & ‘BURNOUT’ Masa lapang yang ada dipenuhi dengan menyemak dan membalas e-mel, memeriksa tugasan pelajar, menanda kertas pelajar, sesi konsultasi, menyiapkan kertas soalan, menyediakan bahan kuliah, menjalankan kajian, menghasilkan penulisan berindeks dan berimpak tinggi, menyiapkan laporan jawatankuasa di peringkat fakulti dan universiti yang tertunggak serta amanah lain mengikut ketetapan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan MyRA. Dalam kata lainnya, hujung minggu bagi pensyarah adalah juga hari bekerja tidak rasmi buat mereka. Para pensyarah bukan sahaja mesti cemerlang dalam Pengajaran dan Pelajaran (PdP) malahan perlu aktif dalam inovasi dan geran penyelidikan, menghadiri pelbagai mesyuarat, sumbangan khidmat masyarakat serta digalakkan menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi secara sepenuh atau separuh masa. Memetik laporan akhbar Harian Metro (2021) oleh Muhamaad Razis Ismail, menurut Pakar Psikiatri dari Pusat Perubatan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia iaitu Dr. Rozanizam Zakaria, ‘burnout’ dalam terma psikologi merujuk kepada keadaan kelelahan fizikal, mental dan emosi yang berlaku kepada individu akibat pendedahan kepada tekanan yang berpanjangan. Ia berlaku apabila seseorang tidak lagi mampu menampung tekanan apabila sumber kekuatan beliau dalam menghadapi tekanan selama ini semakin menyusut. Realitinya, sektor pendidikan terutamanya peringkat pendidikan tinggi atau tertiari adalah salah satu bidang yang mempunyai kadar keletihan atau ‘burnout’ tertinggi yang dianggarkan oleh sesetengah penyelidik sehingga mencecah 40%. Sebilangan besar kajian dalam beberapa tahun kebelakangan ini telah cuba merungkai punca fenomena ini dan hasil dapatan mendapati adanya kaitan antara ‘burnout’ dengan tuntutan psikologi yang tinggi, bayaran tidak setimpal, beban mental dan beban tugasan yang tinggi untuk mendidik pelajar pada pelbagai peringkat (AcostaFernández et al., 2019). Tidak dapat disangkal lagi bagi mereka dalam bidang ini bahawasanya menjadi seorang tenaga pengajar atau pensyarah adalah memuaskan. Ia adalah kerjaya yang sentiasa berubah yang memberi inspirasi namun ia juga meletihkan daripada aspek mental dan fizikal. Tanyalah mana-mana ahli akademik bagaimana mereka menghabiskan masa lapang mereka. Kemungkinan besar mereka hanya melemparkan senyuman sekadarnya kerana mereka tiada masa lapang dalam istilah sebenarnya. ISU-ISU SEMASA ZURIANI YAACOB 60
Daripada sudut perspektif Islam, jika kita mula merasakan bahawa diri mengalami keletihan, pertama sekali, berhenti mendesak diri dari meneruskan. Dengar kehendak badan dan ia akan memberitahu apa yang diperlukan. Jagalah keyakinan bahawa Allah swt adalah Al-Wakil, Yang Maha Memelihara segala urusan dengan penuh kesempurnaan. “(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan dzikrullah”. Ketahuilah! Dengan dzikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia. [Ar-Ra’d, 13:28] Disamping itu, bagi menambah lagi ‘burnout’ mental, ada pensyarah perlu berkulit tebal berjiwa kental menerima dan menanggung komen negatif yang kadangkala ‘kejam’ daripada rakan kerja. Ada juga yang menyaksikan atau menjadi mangsa buli akademik, budaya ampu dan ‘favouritism’ serta elemen toksik lain yang akhirnya mematahkan motivasi dan semangat kerja berpasukan. Ini belum termasuk kehidupan peribadi para akademia bersama pasangan, keluarga, ibu bapa dan saudara mara yang pasti ada pasang surutnya. Akibat daripada ‘burnout’ ini, sebahagian pensyarah tidak mendapat rehat yang cukup, kesukaran tidur pada waktu malam atau sukar mencari masa melakukan perkara yang menyeronokkan seperti memasak, membaca novel, bercuti bersama keluarga, bersukan atau meluangkan masa untuk aktiviti sosial. Kesihatan mental makin terganggu yang akhirnya dimanifestasikan dalam bentuk kebimbangan, kemurungan dan penyakit kronik lain seperti tekanan darah tinggi, kencing manis, serangan jantung dan strok. Bagaimanakah ‘burnout’ boleh dielakkan? Malangnya, tiada jawapan yang pasti untuk ini. Sebagai individu, toleransi tekanan kita adalah berbeza. Apa yang kita perlukan ialah pemahaman tentang simptom ‘burnout’ dan langkah-langkah proaktif yang boleh diambil untuk mengelakkannya. Asasnya, sudah pasti kita perlu menjaga diri kita dan mereka yang bekerja dengan kita, jika kita ingin terus kekal sihat dan hebat dalam profesion ini. Menurut Education Support, sebuah badan amal di United Kingdom yang menyokong kesihatan mental dan kesejahteraan guru dan kakitangan pendidikan di sekolah, kolej dan universiti menyatakan, ‘burnout’ boleh diatasi dengan keprihatinan terhadap emosi, tahap tekanan dan kesihatan, memikirkan kesan sebelum mengambil tugasan baharu, akur bahawa ada ketika kita perlu katakan ‘tidak’, berhenti seketika daripada tugasan seperti berehat atau mengambil cuti dan akhir sekali, mendapatkan bantuan profesional apabila memerlukannya. 61 ISU-ISU SEMASA
Corak Pendidikan Revolusi Industri ke-4: Cabaran Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) Teknologi digital kian pantas dan menjadi sebahagian daripada keperluan hidup. Bermula awal daripada penciptaan kenderaan automatik dipasaran kepada kecerdasan buatan (AI), kadar inovasi terlihat meningkat dengan amat pesat. Kesan daripada perubahan ini, ia mengubah cara manusia untuk mengakses maklumat, berkomunikasi dan berinteraksi antara satu sama lain. Transformasi digital ini mempengaruhi pelbagai bidang termasuk sistem pendidikan. Jika teknologi mampu mencipta sebuah mesin yang boleh menerima arahan seperti diprogram, maka sudah pasti sistem pendidikan yang lebih berkesan dan berkualiti dapat dicapai. AI boleh ditafsir sebagai satu teknologi imitasi oleh sistem komputer yang diprogram menggunakan algorithm dimana ia mempunyai kebolehan seperti manusia (Sheikh, H., Prins, C., & Schrijvers, 2023). Namun begitu, AI tidak mempunyai kemahiran psikologi seperti manusia dan hanya bertindak melalui arahan yang telah ditetapkan melalui sistem (Mhlanga, 2023). Dampak kecerdasan buatan (AI) terlihat ketara selepas pandemik Covid-19 yang secara langsung mengubah lanskap sistem pendidikan tradisional kepada sistem digital moden. Penggunaan Chatbox, robot, metamasa, virtual reality dan aplikasi mudah alih menjadi alat yang tidak asing kepada mahasiswa. Meskipun penggunaan kecerdasan buatan dapat menambah baik kualiti hasil kerja, namun ia juga mengundang pelbagai masalah dan isu seperti penyalahgunaan, plagiat dan integriti mahasiswa yang boleh menjurus kepada kemerosotan akademik. ISU-ISU SEMASA SITI SYAMIRA BINTI MOHD RAMLI & WAN NURASHIKIN BINTI MAHMOOD Baru-baru ini telah tular di sosial media dan platform digital tentang penggunaan aplikasi AI yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan seperti AI EssayWriter, EasyWriter, ChatGPT yang membolehkan mahasiswa menghasilkan kertas kerja, projek dan karangan yang sempurna tanpa perlu pengolahan idea atau membuat sebarang kerangka (Kelly, 2022). Aplikasi ini berfungsi secara automatik berdasarkan arahan daripada pengguna. Dengan teknologi yang canggih, mahasiswa hanya perlu mengisi topik tugasan yang diberikan guru atau pensyarah, mereka dapat menghasilkan output yang sangat baik dalam tempoh yang amat singkat. Aplikasi AI seperti ini membantu mahasiswa lebih berdikari dan menggalakkan pembelajaran individual dengan mengolah serta menggali informasi secara sendiri. Mahasiswa akan cuba menyelesaikan masalah itu sendiri sebelum bertanya kepada pensyarah, sehubungan itu ia dapat mengurangkan tekanan atau bebanan kepada pensyarah. Aplikasi AI diyakini dapat membantu mahasiswa untuk belajar dengan lebih baik jika dimanfaatkan dengan cara yang bijak. Mahasiswa dapat menghasilkan projek atau tugasan yang menarik, kreatif dan berkualiti dengan bantuan aplikasi AI. Bahkan, aplikasi AI juga menggantikan fungsi “pensyarah fizikal” kepada virtual kerana terdapat pelbagai aplikasi AI yang membolehkan mahasiswa belajar secara online di platform maya secara meluas. AI dibekalkan dengan banyak data sehingga keperluan buku teks sudah tidak bermakna lagi. Tidak dinafikan lagi teknologi AI penting dalam menyelesaikan kerja-kerja yang kompleks bagi menjimatkan masa dan tenaga, samaada mahasiswa atau pensyarah. 62
Walaubagaimanapun, teknologi AI ini juga mempunyai impak negatif. Kebergantungan menyelesaikan masalah dan juga membuat keputusan membuatkan kaedah pembelajaran yang dilaksanakan tidak produktif. Hasil ketulenan tugasan pelajar adalah bergantung kepada maklumat yang diberikan melalui teknologi ini. Hanya dengan beberapa saat, pelajar mampu mendapatkan segala maklumat yang diingini tanpa perlu mengolah maklumat yang diberikan dan menggali ilmu pengetahuan yang lain. Pelajar juga adakalanya hanya mengubah beberapa struktur ayat bagi mengurangkan isu plagiat dan seolah-olah tugasan tersebut adalah hasil dari penulisan manusia, bukannya dari robot. Isu penyalahgunaan AI terhadap tugasan yang diberikan melahirkan pelajar yang kurang daya pemikiran, kurang kreativiti dan sukar untuk membuat keputusan. ISU-ISU SEMASA Sheikh, H., Prins, C., & Schrijvers, E. (2023). Artificial Intelligence: Definition and Background. In Mission AI: The New System Technology (pp. 15- 41). Cham: Springer International Publishing. Mhlanga, D. (2023). Artificial Intelligence and Machine Learning for Energy Consumption and Production in Emerging Markets: A Review. Energies, 16(2), 745. Kelly, S. M. (2022, December 8). CNN Business. Retrieved from CNN Business: https://edition.cnn.com Justeru itu, dengan kehadiran AI ianya mengubah corak pendidikan negara. Setiap teknologi yang dibangunkan mempunyai impak yang positif dan juga negatif. Penggunaan teknologi AI memudahkan kerja-kerja yang kompleks, mempercepatkan urusan dan menjimatkan tenaga manusia, namun ianya haruslah digunakan secara intelek bagi menjaga kualiti pendidikan. Namun, jika kita mengaplikasi teknologi baru ini secara total dan tidak berilmiah, ianya akan menjejaskan tahap pemikiran untuk generasi akan datang. Isu-isu seperti ketelusan, kerahsiaan dan privasi maklumat harus diperhalusi bagi menangani masalah yang timbul di masa hadapan. RUJUKAN 1. 2. 3. 63
Suria Fadhillah Bt Md Pauzi, Shamsinar Rahman, & Mohamad Sahizam Musa Dasar Perlindungan Kanak-kanak Negara adalah salah satu tindakan yang telah dilakukan oleh kerajaan bagi mengurangkan kes penderaan dan pangabaian terhadap kanak-kanak. Dasar ini dibangunkan bagi menggalakkan setiap agensi dan masyarakat untuk mengambil cakna berkenaan dengan pengabaian dan penderaan terhadap kanak-kanak. Dasar ini juga bertujuan memastikan kanakkanak tersebut mendapat perlindungan,yang sepatutnya daripada undang-undang. Dasar Perlindungan Kanak-kanak Negara menetapkan 7 objektif utama seperti berikut: STRATEGI 4 strategi telah dikenalpasti bagi mencapai objektif Dasar Perlindungan Negara Seksyen 3, Akta Kanak-Kanak (2001): memperuntukkan Penubuhan Majlis Penyelaras bagi perlindungan Kanak-kanak. Antara tanggungjawab Akta ini menasihati Menteri tentang segala aspek pelindungan kanak- kanak dan mengesyorkan perkhidmatan-perkhidmatan yang ditujukan khusus untuk keperluan kanak-kanak tersebut. Seksyen 7, Akta Kanak-kanak (2001): memperuntukkan penubuhan Pasukan Perlindungan Kanak-kanak seperti berikut yang berfungsi untuk menyelaraskan perkhidmatan-perkhidmatan di dalam komuniti atau negeri kepada keluarga-keluarga dan kanak-kanak jika kanak-kanak memerlukan pelindungan. Seksyen11 Akta Kanak-kanak (2001): memperuntukkan penubuhan dan bidang kuasa Mahkamah bagi Kanak-kanak Dasar Perlindungan Kanak-kanak Negara bersesuaian dengan pendekatan kerajaan sebelum ini yang telah mengesahkan dan menandatangani beberapa konvensyan anatarabangsa seperti Konvesyen Hak Asasi Kanak-kanak pada 1995, Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa 138 (umur minimum untuk diambil bekerja) pada tahun 1997 dan Konvensyen Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi terhadap Wanita pada 4 Ogos1995. Di samping itu, Dasar ini juga selaras dengan akta-akta yang telah digubal bagi melindungi hak kanak-kanak seperti Akta Kanak-kanak 2001 (pindaan 2002) (Akta 611), Akta Pengangkatan Anak Angkat 1952) dan Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 (Akta 308). AKTA KANAK-KANAK 2001 (PINDAAN 2002) Akta ini telah menyatukan dan meminda undang-undang yang berkaitan dengan pemeliharaan, pelindungan dan pemulihan kanak-kanak dan segala yang berkaitan dengan hak asasi kanak-kanak di Malaysia. Akt aini selaras dengan Dasar Perlindungan Kanak-Kanak Negara dimana peruntukan terhadap perlindungan kanak-kanak menjadi dasar kepada undang-undang ini. Antara peruntukan yang menekan hak kanak-kanak untuk dilindungi adalah Dasar Perlindungan Kanak-Kanak Negara: Jaminan Perlindungan & Kebajikan Terhadap Kanak-Kanak 64 ISU-ISU SEMASA
Seksyen 11 Akta Kanak-kanak (2001): memberi kuasa kepada Menteri untuk melantik dua orang Penasihat kepada Mahkhamah Kanak-kanak yang mana hendakah salah seorang adalah wanita. Antara tugas utama penasihat adalah menasihati Mahkamah Bagi KanakKanak mengenai apa-apa pertimbangan yang menyentuh perintah yang dibuat berdasarkan suatu dapatan bersalah atau pelakuan lain yang berkaitan terhadap mana-mana kanak-kanak yang dibawa ke hadapan Mahkamah itu. Penasihat juga boleh menasihati ibu atau bapa atau penjaga kanak-kanak itu sekiranya perlu. Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 611) Dasar Perlindungan Kanak-kanak Negara. retrieved at https://www.jkm.gov.my/jkm/index.php? r=portal/left&id=TlFwUVczN0RLQ3VlRDFqRTFmV ENuZz09 https://www.pustakamukminkl.com.my/products/aktakanak-kanak-2001-akta-611-peraturan-peraturan Rujukan 1. 2. 3. 65 ISU-ISU SEMASA
Suri a Fadhi l l ah Bt Md Pauz i , Shams ina r Rahman & Mohamad Sahi z am Mus a D E R A & A B A I : P E R L I N D U N G A N U N D A N G - U N D A N G T E R H A D A P K A N A K - K A N A K Laporkan kepada balai polis yang berdekatan Rujuk kanak-kanak terbabit di hospital yang berhampiran Laporkan kejadian kepada Pejabat Kebajikan Masyarakat yang berdekatan. Menghubungi talian telefon Talian Kasih 15999 Akta Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 611) Hadir,S. (2022, 16 September). Kes dera dua kanak-kanak, polis tahan ibu saudara dan suaminya, Malaysiagazette. https://malaysiagazette.com/2022/09/16/kes-dera-dua-kanakkanak-polis-thantahan-ibu-saudara-dan-suaminya Hussein, I.,L.(2022, 27 Disember).Kanak-kanak empat tahun mati dipercayai didera. https://www.bharian.com.my/berita/kes/2022/12/1044531/kanakkanak-empat-tahun-mati-dipercayai-didera Kes dera: Budak 4 tahun maut ada kesan cucuh besi panas di seluruh badan, termasuk kemaluan, (2022,27 Disember).MStar. https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2022/12/27/budak-4- tahun-maut-disyaki-didera-ada-kesan-cucuh-besi-panas-diseluruh-badan-termasuk-kemaluan KANAK-KANAK DAN AKTIVITI PENGEMISAN (SEKSYEN 32, AKTA 611) Adalah menjadi satu kesalahan dibawah Seksyen 32, Akta 611 sekiranya kanak-kanak digunakan antara lain untuk aktiviti mengemis, menerima sedekah atau menjalankan penjajaan yang menyalahi undang-undang, atau aktiviti yang boleh memudaratkan kesihatan dan kebajikan kanak-kanak itu. PENGABAIAN TERHADAP KANAK-KANAK (SEKSYEN 33, AKTA 611) Adalah menjadi satu kesalahan dibawah Seksyen 33, Akta 611 sekiranya kanak-kanak ditinggalkan tanpa pengawasan yang berpatutan seperti meninggalkan kanak-kanak tersebut keseorangan dalam tempoh yang tidak munasabah atau meninggalkan kanak-kanak tersebut tanpa pengawasan yang sepatutnya. APA YANG PERLU DILAKUKAN SEKIRANYA ANDA MENDAPATI TERDAPAT KES PENDERAAN ATAU PENGABAIAN TERHADAP KANAK-KANAK? Rujukan 1. 2. 3. 4. ISU-ISU SEMASA Kecederaan Fizikal Kecederaan Emosi Teraniaya dari sudut seks. AKTA KANAK-KANAK 2001 DAN AKTA KANAK-KANAK (PINDAAN) 2016 Akta ini mula berkuatkuasa pada 2001 yang bertujuan untuk menjaga kepentingan kanak-kanak .Akta ini menggantikan Akta mahkhamah Juvana 1947, Akta Perlindungan Wanita dan Gadis 1973 dan dan Akta Perlindungan Kanak-kanak 1991. DEFINASI KANAK-KANAK MENURUT UNDANG-UNDANG Artikel 1 Konvensyen Hak Kanak-kanak 1991 yang mendefinisikan kanak-kanak sebagai mereka yang berumur di bawah 18 tahun sementara Seksyen 2 Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 611) mendefinisikan kanak-kanak sebagai seseorang yang berumur di bawah 18 tahun PENDERAAN TERHADAP KANAK-KANAK (SEKSYEN 17(2), AKTA 611) Seseorang kanak-kanak itu dikatakan sebagai telah didera dari segi fizikal jika terdapat kecederaan yang ketara dan boleh dilihat pada mana-mana bahagian tubuh kanak-kanak itu. Seseorang kanak-kanak itu dikatakan sebagai telah didera daripada sudut emosi jika terdapat gangguan ketara dari segi fungsi mental dan emosi kanak-kanak tersebut. Antara kecederaan emosi yang boleh dilihat adalah kecelaruan tingkah laku dan mental seperti kemurungan, keresahan dan suka bersendirian. Seseorang kanak-kanak itu dikatakan sebagai telah didera secara seksual jika kansak-kanak tersebut mengambil bahagian , atau menjadi pemerhati dalam aktiviti berunsur seksual. Antara lain, apabila kanak-kanak tersebut terbabit dengan aktiviti rakaman pornografi, persembahan yang berunsur lucah dan sumbang atau telah diexploitasi secara seks oleh mana-mana orang untuk memuaskan nafsu orang yang berkenaan. 66
Kha irul Anua r Bin Abdul Hadi H A K M E N D A P A T K A N M A K L U M A T S E B A G A I M E K A N I S M E A N T I - R A S U A H Cheong, C. W. (1998). Section 5 of the Official Secrets Act, Bridges and Beyond. Singapore Journal of Legal Studies, 260- 298. Hood, C., & Heald, D. (2006). Transparency: The key to better governance? (Vol. 135). Oxford University Press for The British Academy. Ikhsan, M. I., & Matah, L. J. (2022). Enacting Freedom of Information Act in Malaysia: A Cost-Benefit Analysis. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(2), e001297-e001297. Mohamed, A. K., Yusoff, A. Y., 2020. Recenrtring Governance, Intergrity & Anti-Corruption in Malaysia, New Institutions, New Policies and The Will to Chance. The National Centre for Governance, Intergrity and Anti-Corruption (GIACC). ISBN: 978- 967- 17951-2-5 United Nation Convention Against Corruption. ttps://treaties.un.org/Pages/ViewDetails.aspx? src=IND&mtdsg_no=XVIII- 4&chapter=18&clang=_en Transparency International (2022). https://www.transparency.org/en/cpi/2022 Ketiga, kerajaan harus melaksanakan konsep dan polisi keterbukaan didalam pentadbiran. Konsep keterbukaan bermaksud urusan pentadbiran perlu dilaksanakan dengan mengamalkan keterbukaan sebagai dasar utama berbanding dengan polisi kerahsiaan yang dilakukan sekarang (Hood, C., & Heald, D., 2006). Segala maklumat rasmi kerajaan perlulah dianggap tidak rahsia dan sulit sehingga mana diklasifikasikan sebaliknya. Ini membolehkan segala keputusan yang dibuat kerajaan boleh disemak dan dikaji oleh orang awam. Keadaan ini menbawa kepada satu persekitaran semak dan imbang yang lebih menyeluruh terhadap keputusan yang dibuat oleh kerajaan. Keempat, adaptasi secara konsisten Index Governance Malaysia. Index in mengariskan 5 perkara penting di dalam tatacara pentadbiran negara iaitu ketelusan, akauntabiliti, keberkesanan dan efektif (Mohamed, A. K., Yusoff, A. Y., 2020). Ketelusan membawa erti sebarang keputusan oleh penjawat awam tentang sesuatu perkara perlulah diketahui oleh masyarat umum. Kontrak, tender, polisi dan peraturan kerajaan haruslah dipaparkan melalui pelbagai medium rasmi penyampaian agensi bagi membolehkan orang awam membuat penilaian terhadap perkara tersebut. Akauntabiliti menjurus kepada kebertanggungjawaban penjawat awam terhadap keputusan yang dibuat. Nilai kebertanggugjawapan ini memastikan segala keputusan yang dibuat diatas kepasiti penjawat awam adalah untuk kepentingan awam semata-mata. Keberkesanan dan kecekapan bertujuan untuk menimakan ketirisan dana awam disebabkan oleh kecuaian, salah tadbir dan penyalahgunaan kuasa. Kesimpulannya, rasuah merupakan satu jenayah yang mengakibatkan kerosakan kepada sistem keseluruhan negara. Tanpa tindakan yang tegas dan bekesan, dikhuatiri rasuah akan menjadi amalan biasa yang akhirnya membawa kepada kemusnahan ekonomi sosial dan politik di negara ini. Oleh itu, tindakan tegas tanpa sebarang kompromi dan polisi anti rasuah yang berkesan perlulah dilakukan segera bagi mengelakkan keadaan sedemikian berlaku. Rujukan: 1. 2. 3. 4. 5. 6. ISU-ISU SEMASA Transparency International (TI) (2022) telah mengeluarkan Index Persepsi Rasuah bagi tahun 2022. Berdasarkan index tersebut, Malaysia berada di tangga 61 dari 180 buah negara dengan skor index sebanyak 47/100. Kemerosotan dari skor index satu mata berbanding tahun sebelumnya ini perlu diberikan perhatian serius oleh semua pihak Keadaan ini memerlukan penekanan yang lebih agresif daripada pihak kerajaan bagi memastikan gejala rasuah dikekang sepenuhnya dari terus menjadi barah di dalam negara kita ini. Walaupun Index ini bukanlah tahap ukuran yang sebenar berkaitan dengan realiti jenayah rasuah di Malaysia, namun ianya boleh dijadikan satu panduan dalam merangka polisi yang bersesuaian bertujuan sebagai mekanisme anti-rasuah sama ada di sektor awam mahupun di sektor swasta. Hak mendapatkan maklumat adalah satu mekanisme yang penting di dalam memerangi rasuah terutamanya di sektor awam (Ikhsan, M. I., & Matah, L. J., 2022). Berpandukan kepada United Nation Convention Against Corruption yang mana Malaysia merupakan negara ahli, perlu mengimplikasi perkara berkaitan hak mendapatkan maklumat di dalam undangundang domestik. Berikut adalah beberapa undang-undang dasar dan polisi berkaitan dengan hak mendapatkan maklumat yang boleh difikirkan oleh kerajaan;- Pertama, memperkenalkan Akta Kebebasan Maklumat. Kebanyakkan negara di seluruh dunia memperkenalkan undang-undang ini bagi membolehkan orang awam mendapatkan maklumat rasmi dari kerajaan. Orang awam diberikan hak dan akses terhadap dokumen-dokumen kerajaan dan dalam keadaan tertentu kerajaan mempunyai obligasi perundangan untuk mendedahkan maklumat rasmi kepada orang awam. Kedua, pindaan terhadap Akta Rahsia Rasmi juga perlulah dilakukan. Pindaan yang dimaksudkan adalah dengan mengurangkan kuasa kerajaan dalam menentukan pengelasan dokumen kerajaan seperti rahsia besar, rahsia, sulit dan edaran terhad (Cheong, C. W., 1998). Tidak dinafikan adalah amat penting kerajaan menjaga kerahsiaan maklumatnya namun ianya perlu mempunyai garis panduan yang jelas dan tersusun. Kuasa budi bicara kerajaan yang terlalu luas dalam pengkelaskan maklumat menyebabkan amat mustahil bagi orang awam mendapatkan maklumat dari pihak kerajaan. 67
Graduan universiti merupakan salah seorang pihak berkepentingan didalam sektor pekerjaan. Ini kerana tujuan utama mahasiswa mendaftar masuk ke universiti bukan hanya semata-mata untuk mendapatkan ilmu tetapi pada masa yang sama mampu menjadi pekerja yang mempunyai kualiti tersendiri dan mampu berdaya saing. Ini kerana dunia pekerjaan adalah sangat kompetitif pada zaman sekarang dan ini boleh dilihat menerusi perbandingan diantara bancian yang dibuat oleh Jabatan Perangkaan Malaysia yang mana bilangan penganggur adalah berjumlah 600,900 orang pada bulan November 2022 dengan mengambil kira jumlah keluaran graduan tempatan melebihi 200, 000 orang setahun sejak 2012. Namun pada masa yang sama, graduan juga sedia maklum realiti sebenar di dalam sektor pekerjaan seperti isu-isu mengenai eksploitasi majikan didalam sektor pekerjaan. Sebagai contoh ITUC Global Rights Index 2022 meletakkan penanda aras eksploitasi pekerja Malaysia adalah sama taraf negara-negara asing seperti Sudan, Laos, Iraq, dan China yang mana terkenal dengan isu-isu eksploitasi pekerja diperingkat antarabangsa. Jika dilihat fenomena pekerja yang diberhentikan kerja terutama sewaktu Covid-19 melanda dunia, kita dapat lihat peratusan pekerja hilang pekerjaan meningkat. Ada dalam kalangan pekerja yang tidak di bayar gaji sehingga 3 bulan, tidak dibayar pampasan dan diberhentikan kerja tanpa notis walaupun sudah lama bekerja di dalam sesebuah organisasi. Kebanyakan pekerja ini tidak membuat aduan kerana mereka tidak tahu ke mana dan di mana perlu untuk mereka rujuk dan membuat aduan. Hal ini berlaku kerana golongan pekerja ini sama ada tidak cakna, atau tidak mengambil tahu akan kepentingan akta kerja atau undang-undang buruh yang wujud di dalam melindungi pekerja. Akta Kerja 1955 Kepentingan Akta Kerja 1955 Kepada Graduan ISU-ISU SEMASA Shamsinar Rahman, Suria Fadhillah Md Pauzi, Mohamad Sahizam Musa & Izmi Izdiharuddin Che Jamaludin Mahmud 68
Oleh itu, didalam mengimbangi kehendak majikan dan hak pekerja, graduasi universiti perlu mengetahui hak-hak pekerja sebagaimana diperuntukkan dan diantaranya adalah Akta Kerja 1955. Secara umumnya, Akta Kerja memberi hak-hak berkanun kepada seseorang yang diklafikasikan sebagai “pekerja” iaitu seseorang yang memasuki kontrak perkhidmatan, bergaji bawah RM 4,000.00 sebulan, terbabit didalam pekerjaan buruh kasar, kenderaan terdorong, pekerjaan perkapalan dan pekerja domestik. Jika dilihat perlindungan yang diberikan didalam Akta Kerja diantaranya adalah:Namun pada masa yang sama, graduan juga sedia maklum realiti sebenar di dalam sektor pekerjaan seperti isu-isu mengenai eksploitasi majikan didalam sektor pekerjaan. Sebagai contoh ITUC Global Rights Index 2022 meletakkan penanda aras eksploitasi pekerja Malaysia adalah sama taraf negara-negara asing seperti Sudan, Laos, Iraq, dan China yang mana terkenal dengan isu-isu eksploitasi pekerja diperingkat antarabangsa. Jika dilihat fenomena pekerja yang diberhentikan kerja terutama sewaktu Covid-19 melanda dunia, kita dapat lihat peratusan pekerja hilang pekerjaan meningkat. Seksyen 37: Cuti bersalin 98 hari berturut-turut. Seksyen 59: Cuti berehat selama satu hari. Seksyen 60: Bayaran lebih masa bagi bekerja pada waktu cuti rehat. Seksyen 60A: Tempoh masa bekerja tidak boleh melebihi 45 jam seminggu. Seksyen 60D: kewajipan majikan untuk membayar cuti bergaji. Akta Kerja 1955 Crinis, Vicki, and Balakrishnan Parasuraman. "Employment relations and the state in Malaysia." Journal of Industrial Relations 58.2 (2016): 215-228. Ismail, Fadillah, et al. "Employment contract in Malaysia." (2019). https://www.bharian.com.my/kolumnis/20 23/01/1049880/isu-gaji-rendah-hantuigraduan-buru-peluang-pekerjaan https://www.sinarharian.com.my/article/23 9900/berita/nasional/kadar-pengangguranturun-kepada-600900-orang https://www.globalrightsindex.org/en/2022 /countries Secara kesimpulannya, adalah penting bagi golongan graduasi untuk membuka mata mereka dan menjadi celik undang-undang. Mereka satu hari nanti bakal menjadi sama ada pekerja atau majikan bagi sesebuah organisasi. Oleh itu, adalah amat penting untuk mereka faham akan kepentingan hak-hak pekerja sebagaimana yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Rujukan 1. 2. 3. 4. 5. 6. 69 ISU-ISU SEMASA
P r o p e rty T a x e s a r e t h e T a x p ay e r s ' D u ty P r o p e r t y t a x a s a s o u r c e o f r e v e n u e f o r t h e lo c al g o v e r n m e n t T a x is a r e q uir e m e n t t h a t t h e g o v e r n m e n t im p o s e s o n p e o ple o r b u sin e s s e s. 8 0 p e r c e n t o f g o v e r n m e n t r e v e n u e c o m e s f r o m t a x e s. T his r e v e n u e will h elp t h e g o v e r n m e n t t o fin a n c e t h e d e v elo p m e n t o f t h e c o u n t r y a n d m ain t ain t h e p u blic infrastructure such as roads and schools including to finance government programs that may benefit the public such as for medical care and social security. The property tax or also known as assessment tax in Malaysia is the tax levied on the real estate assets including both residential and commercial property, that is in council areas (www.malaysia.gov.my). The property tax is enforced in accordance with the provisions of Section 127, Local Government Act 1976 (Act 171). For local governments in Malaysia, property tax is based on a property's yearly rental value. The property owners are obligated to pay the assessed tax. Payment is due between the last day of February and the last day of August. Failure to do so will result in financial penalties and may even result in the issuance of an arrest warrant. In Malaysia, each state has a different assessment tax, however some have provided exemptions for low- to medium-cost dwellings. Furthermore, the local government is given the authority to develop its own revenue streams. Local government is listed as a subject under the State List at item 4 in List II of the Ninth Schedule of the Federal Constitution. Local government is the third tier of the federation system after the state and federal government. It is a government organization with the power to oversee, organize, and carry out certain duties in a region. Local government is a system of local administration within local communities that is set up to uphold law and order, offer a narrow range of social enmities, and promote collaboration and participation. To deliver urban services to the communities, the local government serves as a significant public agency (Kuppusamy, 2008). The local governments’ responsibilities are outlined in the following acts: (i) Street, Drainage and Building Act of 1974, (ii) Town & Country Planning Act of 1976, (iii) Local Government Act of 1976 (Act 171). (Act 173). Taxpayers responsibilities A taxpayer is an individual or a company that has a tax payment obligation to the federal, state, or local government. Taxes in this context refers to the required payments or transfers that taxpayers must make in the amount, at the time, and in accordance with the requirements set forth in the applicable law. Taxpayers are required to pay the property tax to use the local government's services and facilities. Shamsinar Rahman, Naqiah Awang, Suria Fadhillah Md Pauzi, Mohamad Sahizam Musa & Shawal Sahid Hamid @ Hussain 70 I S U - I S U S E M A S A
K u p p u s a m y , S. ( 2 0 0 8 ) “ L o c al g o v e r n m e n t in M ala y sia: B a c k t o b a sic s a n d t h e C u r r e n t S c e n e , “ J o u r n al o f M ala y sia C hin e s e S t u die s v ol. 1 1 , p p. 7 7 - 9 6 , 2 0 0 8. Lin e s , Lin c oln Institute of Land policy, Cambridge, MA, April, pp. 5-6. Phang, S. N. (1997). Financing local government in Malaysia. University of Malaya Press The Malaysia Government’s Official Portal (2009), Taxation and Collection. http://www.gov.my/MyGov/BI/Directory/Citizen/Taxatio nAndCollections/. As accessed on December 16th, 2022 United Nations Economic and Social Commission for Asia and the Pacific, Local Government in Asia and the Pacific: A Comparative Study. Retrieved from http://www.unescap.org/huset/lgstudy/country/malaysia /malaysia.html Xin, G. M., Mohsen, M., & Shamsudin, Z. (2022). Kajian Permasalahan Tunggakan Cukai. RMTB, 827. Zulkifli, Nursyahida, Rahman, Shamsinar, Nurudin, Suzei Mat, Hamik, Saidatul Akma, Mohamed, Ahmad Shah Pakeer and Hashim, Rugayah, (2016), Managing Public Perception towards Local Government Administration, International Journal of Public Policy and Administration Research, 3, issue 2, p. 14-20. The taxpayers' awareness of their responsibilities for paying the property tax on time is crucial. They should be informed that if they pay their property tax beyond the due date, it will result in tax arrears. In addition, the local government should follow a plan of action to inform and improve taxpayers' or property owners' awareness of the assessment tax due. Other than that, some property owners were unaware of the action most local governments had made regarding the method of paying the property tax. Therefore, the local government should take special steps to inform and improve taxpayers' or property owners' understanding of the assessment tax liability. Conclusion Taxpayers and the local government office must work together to address the challenges of late payments by property owners and the tax systems, which result from the local government's poor management. To address the property tax concerns, each local government must have its own plan. As a result, the property owner must fulfill their responsibilities to make timely property tax payments. The local government must simultaneously make sure that its system for handling unpaid property taxes is effective. References 1. 2. 3. 4. 5. 6. 71 I S U - I S U S E M A S A
Zaman kini, minat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semakin memudar dalam kalangan anak-anak muda. Malah, ada segelintir yang memilih untuk tidak menyambung langsung pelajaran. Berdasarkan laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) didapati kira-kira 390,000 atau 72.1 peratus lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak mahu menyambung pelajaran. Walaupun data tersebut adalah dari tahun 2019 tetapi trend tersebut dipercayai berterusan sehingga kini. Perkara ini menjadi suatu kebimbangan kerana ada yang berpendapat bahawa harta dan duit lebih penting daripada pendidikan. Benar, pendidikan tidak menjamin keselesaan dan kemewahan hidup seseorang ditambah pula dengan lambakan graduan universiti yang masih menganggur dan menunggu peluang perkerjaan. Pendidikan juga tidak menjadi kayu ukur kejayaan hidup seseorang individu. Tetapi, pendidikan dapat melahirkan insan yang matang dan bijak dalam bertindak dan membuat keputusan berlandaskan ilmu. Seandainya tiada ilmu yang mencukupi, harta yang banyak juga sukar diuruskan. Kewujudan content creator dan influencer yang mempengaruhi fikiran anak-anak muda berkaitan dengan tidak pentingnya menyambung pendidikan ke menara gading juga menjadi penyumbang kepada masalah ini. Kehidupan mewah mereka sedikit sebanyak menarik minat golongan muda ke arah membuat content dan menjadi influencer media sosial demi menikmati kehidupan yang mewah. Anak muda yang baru nak kenal erti hidup mana yang tidak tergoda dengan kehidupan sebegitu. Lebih banyak peluang pekerjaan dalam ekonomi gig. Pengaruh media sosial. Percaya bahawa keputusan akademik yang baik tidak menjamin pekerjaan bergaji tinggi. Menurut Pengarah Pusat Keusahawanan, Jaringan Industri dan Masyarakat Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Profesor Madya Ts. Dr. Shafriza Nisha bin Basah, antara tiga sebab utama generasi kini tidak berminat untuk menyambung pelajaran adalah kerana: ISU-ISU SEMASA TAK BELAJAR TINGGI BOLEH KAYA: MINDSET SEGELINTIR GENERASI Z Nurwafa Atikah Mohamad Bahri 72
Lumrah kehidupan kini, rata-rata orang mahukan sesuatu dengan cara mudah, selain tidak sukakan cabaran. Anak-anak muda kini perlu diingatkan bahawa kemewahan dan kesenangan hidup yang diperolehi dengan cara sedemikian sukar dikekalkan untuk jangka masa yang panjang. Sampai bilakah content yang dicipta akan kekal relevan dalam masyarakat? Sampai bilakah influencer tersebut akan dipandang masyarakat? Kerana influencer-influencer dalam industri populariti ini wujud seperti cendawan tumbuh selepas hujan dan bersilih ganti. Oleh itu, seseorang perlu berbalik kepada apa yang dituntut oleh agama. Adakah mengejar kekayaan dunia semata-mata yang dituntut oleh Islam? Kita dituntut menyeimbangkan keperluan kehidupan dunia dan akhirat. Islam amat menekankan keperluan pendidikan sehingga meletakkan golongan berilmu di tempat yang istimewa. Ilmu menjadi panduan hidup kita dalam menentukan samada sesuatu perkara itu baik atau tidak. Allah SWT juga mengangkat orang-orang yang berilmu dengan beberapa darjat berdasarkan firman-Nya yang bermaksud: “Supaya Allah SWT meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (daripada kalangan kamu) dengan beberapa darjat.” (Al-Mujadalah:11) Berdasarkanfirman Allah SWT ini, ia menunjukkan akan wujudnya ganjaran di akhirat dan kemuliaan di dunia. Maka dengan itu, diangkat orang yang beriman daripada orang yang tidak beriman dan orang yang berilmu daripada orang yang tidak berilmu. Begitulah hebatnya martabat mereka yang berilmu dan menuntut ilmu di pandangan Allah. Ilmu diberikan tempat yang paling tinggi kerana tanpa ilmu, banyak perkara akan menemui kegagalan dan tidak sampai kepada matlamat yang sebenar, iaitu mencari keredhaan Allah. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesiapa menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah SWT akan memudahkan baginya jalan menuju ke syurga.” (Hadis Riwayat Abu Daud). ISU-ISU SEMASA https://www.therakyatpost.com/trpbm/viral/2022/08/03/72 -graduan-spm-tolak-sambung-belajar-demi-jadi-kontencreator-atau-pemandu-e-hailing/ https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-al-hadith/1122- irsyad-al-hadith-siri-ke-109-kelebihan-menuntut-ilmu Rujukan 1. 2. 73
Assistance for Small and Medium Businesses (SMEs) in Empowering Business Digitization in Malaysia Entrepreneurs need to have a mindset change where they can no longer take a wait and see attitude, but instead need to change and accept digitization in business to be able to face competition and improve efficiency in business operations. Digitization is an important element not only for restoring businesses but also for those who want to start one. Digitization remains critical for businesses to stay afloat as consumers move towards online purchasing. These funds were allocated by the government to the 2021 National Recovery Plan (NRP). Although the support is under the same theme, it is divided into two categories: small businesses and medium-sized businesses. Refer exhibit 1.0 as the summary of assistance is available via the PEMULIH package . The PEMULIH package, worth more than RM150 billion, is specifically designed to support the NRP. However, COVID-19 and its hardships predate the NRP by over a year. Prior to PEMULIH, more than RM200 billion from the existing financial aid packages had been spent, with the remaining RM100 billion to be implemented in the second half of 2021. Further support for the national recovery will be looked at and announced in the 2022 budget. ISU-ISU SEMASA Musramaini Mustapha & Suria Fadhillah Md Pauzi USAHAWAN Perlu sedia terima pendigitalan perniagaan | Berita Harian. (n.d.). Retrieved February 2, 2023, from https://www.bharian.com.my/bisnes/lainlain/2021/10/876359/usahawan-perlu-sediaterima-pendigitalan-perniagaan National Recovery Plan (NRP). Retrieved February 2, 2023, from https://mdbc.org.my/wpcontent/uploads/2021/01/2021-01-13-SOPMCO-english.pdf Rujukan 1. 2. 74
ISU-ISU SEMASA Exhibit 1.0 : Summary of assistance available via PEMULIH 75
FAKULTI PERAKAUNAN UiTM CAWANGAN PAHANG Maklumat lanjut Pihak redaksi POLA e-Buletin amat mengalu-alukan segala bentuk karya daripada para pensyarah dan para pelajar untuk dimuatkan dalam e-Buletin ini. E-Buletin ini akan diterbitkan dua kali setahun iaitu pada bulan Mac dan September. Sila hantar karya anda di alamat email: [email protected] https://fpnpahang.blogspot.com/
“We don’t inherit the Earth from our ancestors, we borrow it from our children. "