The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SITI AISAH BINTI HAMDAN, 2020-02-18 07:35:32

Buku Peraturan Sekolah dan Asrama Mozac

Buku Peraturan Sekolah dan Asrama Mozac

1

ISI KANDUNGAN MUKA

Rukun Negara SURAT
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Visi Kementerian Pendidikan Malaysia 4
Misi Kementerian Pendidikan Malaysia 4
Falsafah Sekolah Berasrama Penuh 5
Ikrar Pelajar Mozac 5
Lagu Rasmi Mozac 5
Lencana Mozac 5
6
6

BAB 1 PERATURAN SEKOLAH & ASRAMA MOZAC 7-8

1.0 Pengenalan 7
2.0 Matlamat 8
3.0 Objektif 8
4.0 Definisi Disiplin 8

BAB 2 PERATURAN AM & PERATURAN KHAS 9 - 14

1.0 Peraturan Am 9
2.0 Berjumpa Dengan Pengetua / Guru-Guru 9
Penolong Kanan
3.0 Menyampaikan Berita Kecemasan 9
4.0 Bayaran Sekolah 10
5.0 Hukuman Dan Kuasa Menghukum 10
6.0 Larangan Perilaku 11
7.0 Kutipan Wang 12
8.0 Tingkah laku Membuli 12
9.0 Kod Etika Murid 12
9.1 Tanggungjawab Terhadap Diri Sendiri 12
9.2 Tanggungjawab Terhadap Ibu bapa 13
9.3 Tanggungjawab Terhadap Guru/Kakitangan Sekolah 1123
9.4 Tanggungjawab Terhadap Sekolah 13
9.5 Tanggungjawab Terhadap Murid Lain 143
9.6 Tanggungjawab Terhadap Masyarakat/Negara 14

BAB 3 PERATURAN SEKOLAH 15 - 42

Fasal 1 Jadual Harian Sekolah 15
Fasal 2 Kehadiran 18
Fasal 3 Peraturan Pakaian Murid 19
Fasal 4 Kekemasan Diri 21
Fasal 5 Perhimpunan 21
Fasal 6 Kelas Tingkatan 23

2

Fasal 7 Pejabat Sekolah 25
Fasal 8 Bilik Guru 25
Fasal 9 Tandas 26
Fasal 10 Bilik Rawatan 26
Fasal 11 Waktu Rehat / Kantin 27
Fasal 12 Kawasan Sekolah 27
Fasal 13 Kegiatan Kokurikulum 28
Fasal 14 Perjumpaan Murid 30
Fasal 15 Surat Menyurat 30
Fasal 16 Keselamatan 30
Fasal 17 Bengkel Reka Bentuk & Teknologi 31
Fasal 18 Makmal Sains 32
Fasal 19 Makmal Komputer 34
Fasal 20 Koperasi (Koop) 35
Fasal 21 Skim Pinjaman Buku Teks (Spbt) 36
Fasal 22 Rombongan / Lawatan Rasmi 37
Fasal 23 Penggunaan Kenderaan Sekolah 37
Fasal 24 Perpustakaan / Pusat Sumber 38
Fasal 25 Kebenaran Khas Membawa Komputer Riba / 39

Fasal 26 Tablet Ke Sekolah 40

Larangan Khas 42 - 65

BAB 4 PERATURAN ASRAMA 42
43
Fasal 1 Pakaian 44
Fasal 2 Kamar 45
Fasal 3 Dewan Makan 46
Fasal 4 Bilik Mandi / Tandas Dan Bilik Membasuh 47
Fasal 5 Kelas Persediaan (Prep) 48
Fasal 6 Solat 49
Fasal 7 Surau 49
Fasal 8 Dobi 50
Fasal 9 Alat Hiburan Elektronik / Gajet 50
Fasal 10 Telefon 51
Fasal 11 Penerimaan Pelawat
Fasal 12 `Outing’ / Kebenaran Keluar Masuk 52

Fasal 13 Asrama 52
53
Fasal 14 `Outing’ Selain Dari Waktu Yang 54
Fasal 15 Dibenarkan 55
Fasal 16 56
Fasal 17 Keluar Menunaikan Solat Jumaat 58
Fasal 18 Balik Bermalam
Fasal 19 Puasa Ramadhan / Puasa Sunat 59
Sakit / Rawatan 59
Fasal 20 Pemeriksaan Kamar/ Asrama 60
Fasal 21 Penjagaan Harta Benda / Barangan
Fasal 22 2
Peribadi

Bilik Menggosok Pakaian
Ampaian Pakaian
Pejabat Warden

Fasal 23 Riadah / Sukan 61
Fasal 24 Larangan-Larangan Khas 61
Fasal 25 Kawasan Asrama 63

BAB 5 PANDUAN KHAS 64 – 65

1.0 Langkah-Langkah Kawalan Kesihatan & 64
Makanan
65
2.0 Keracunan Makanan 65
3.0 Penyakit Berjangkit 65
4.0 Perubahan Cuaca

BAB 6 GARIS PANDUAN PROSES TATACARA 66 – 69
TINDAKAN DISIPLIN
66
1.0 Kesalahan-Kesalahan Ringan (Kategori C) 66
2.0 Garis Panduan Untuk Menjatuhkan
67
Hukuman Bagi Kesalahan-Kesalahan 67
Kategori C
3.0 Kesalahan-Kesalahan Berat (Kategori B) 68
4.0 Garis Panduan Untuk Menjatuhkan 69
Hukuman Bagi Kesalahan-Kesalahan Kategori B
5.0 Kesalahan-Kesalahan Berat (Kategori A)
6.0 Garis Panduan Untuk Menjatuhkan
Hukuman Bagi Kesalahan-Kesalahan
Kategori A

BAB 6 PENUTUP 71

LAMPIRAN 72 - 78

LAMPIRAN 1 : Contoh Potongan Rambut Yang Dibenarkan Untuk Murid Lelaki
LAMPIRAN 2 : Contoh Kasut Hitam Yang Dibenarkan Untuk Murid Lelaki
LAMPIRAN 3 : Contoh Kasut Hitam Yang Dibenarkan Untuk Murid Perempuan
LAMPIRAN 4 : Contoh Pakaian Seragam Rasmi Sekolah Bagi Murid Lelaki Dan

Perempuan :
a) Pakaian Rasmi Hari Isnin / Perhimpunan Rasmi
b) Pakaian Rasmi Hari Selasa
c) Pakaian Rasmi Batik Hari Khamis
d) Pakaian Rasmi Hari Jumaat
e) Pakaian Rasmi Korporat / Hari Sabtu / `Outing’ / Balik

Bermalam
f) Contoh Pakaian Ke Kelas Persediaan / `Prep’ Malam
g) Contoh Pakaian Aktiviti Riadah / Sukan

LAMPIRAN 5: Contoh Borang Aku Janji Murid

3

RUKUN NEGARA

Bahawasanya negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:
✓ Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan masyarakat
✓ Memelihara satu cara hidup demokratik
✓ Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran
Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan
saksama
✓ Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi
kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak
✓ Membina satu masyarakat progresif yang akan
menggunakan sains dan teknologi moden

Maka kami rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga
dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-

prinsip yang berikut :

• KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

• KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

• KELUHURAN PERLEMBAGAAN

• KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

• KESOPANAN DAN KESUSILAAN

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih

memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu

untuk melahirkan insan seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,

emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada

Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan Warga Malaysia yang

berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,

bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta

memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran

keluarga, masyarakat dan Negara

4

VISI
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera.

MISI
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan
Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara.

FALSAFAH
SEKOLAH BERASRAMA PENUH

Pendidikan di Sekolah Berasrama Penuh adalah suatu usaha berterusan bagi
menyediakan suasana persekolahan dan pembelajaran yang terancang,
terkawal dan sempurna untuk memupuk dan memperkembangkan
kebolehan pelajar-pelajar yang berpotensi kearah kecemerlangan sebagai
insan dan warganegara yang seimbang dan bertanggungjawab terhadap
tuntutan Agama, Bangsa dan Negara.

IKRAR PELAJAR MOZAC

Bahawasanya kami, Pelajar-pelajar Sekolah Muzaffar Syah Melaka Berikrar ;
• Akan sentiasa berusaha ke arah kecemerlangan dalam bidang akademik
dan kokurikulum.
• Kami akan patuh pada disiplin sekolah dan akan berusaha bersungguh-
sungguh demi menjaga nama baik sekolah pada setiap masa.
• Sikap hormat-menghormati adalah menjadi amalan hidup kami.
• Kami juga berjanji akan menjadi insan yang berguna pada agama,
bangsa dan Negara

5

LAGU RASMI MOZAC : BERSIKAP MEMBINA

Sekolah Muzaffar Syah Melaka
Ikhlas Mendidik Putera Dan Puteri

Hasrat Mulia Tersemat Di Jiwa
Bersikap Membina Amal Sentiasa

Majulah Muzaffar Syah Melaka
Bonda Kandung Yang Kami Kasihi

Inilah Janji Kami Padukan
Nama Harummu Tetap Dijaga

Semoga Yang Maha Kuasa
Memberikan Restu Setiap Masa

Kita Pelajar Bertatasusila
Amanah Rakyat Dijunjung Bersama

Mencari Ilmu Dasar Utama
Untuk Pertiwi Kita Berjasa

Lagu Ciptaan : Sarikata Ciptaan :
Abdul Majid Bin Alias Hamdan Bin Kamaruddin

LENCANA LENCANA MOZAC MOZAC

6

BAB 1
PERATURAN SEKOLAH & ASRAMA MOZAC

1.0 PENGENALAN

1.1 Pada menjalankan kuasa yang diperuntukkan dalam peraturan
(Disiplin Sekolah)1959 Pelajaran, maka saya sebagai Pengetua Sekolah
Menengah Sains Muzaffar Syah Melaka (MOZAC) dengan ini membuat
peraturan yang dikuatkuasakan ke atas SEMUA PELAJAR MOZAC tetapi
tertakluk kepada pindaan.

1.2 Sejajar dengan objektif Falsafah Pendidikan Kebangsaan maka
Peraturan Sekolah & Asrama MOZAC diwujudkan untuk menjadi garis
panduan perilaku setiap murid di samping menjadi panduan
kepada ibu bapa / penjaga tentang disiplin yang perlu DIPATUHI oleh
anak-anak mereka semasa menjadi murid MOZAC.

1.3 Peraturan ini dinamakan Peraturan Sekolah & Asrama SM Sains Muzaffar
Syah Melaka (MOZAC) berlandaskan kepada garis panduan yang
terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan, Akta Pendidikan 1996
(Akta 550), Surat Pekeliling Ikhtisas, Peraturan-peraturan Pelajaran
(Disiplin Sekolah) 1959 (seksyen 116, Ordinan Pelajaran 1957), Buku-buku
Panduan Pengurusan Disiplin, Kementerian Pendidikan Malaysia, dan
Surat-surat Pekeliling Ikhtisas (SPI), Kementerian Pendidikan Malaysia.

1.4 Peraturan yang terkandung dalam Buku Peraturan Sekolah & Asrama
MOZAC ini dikuatkuasakan kepada setiap murid di sekolah ini.

1.5 Mana-mana murid atau kumpulan murid yang didapati
MELANGGAR mana- mana peraturan ini boleh dikenakan tindakan
disiplin dan dihukum mengikut Garis Panduan Proses Tatacara Tindakan
Disiplin (Rujuk muka surat 66)

1.6 Pengetua BERHAK dan berkuasa memansuhkan, meminda,
menambah atau menggubalkan Peraturan baru sebagai Peraturan
Sekolah & Asrama MOZAC.

1.7 Setiap murid MOZAC WAJIB memiliki Buku Peraturan Sekolah & Asrama
MOZAC ini.

7

2.0 MATLAMAT

Membentuk murid-murid yang mempunyai sahsiah yang tinggi,
berpengetahuan, berkepemimpinan, berfikiran kreatif dan kritikal,
berkemahiran, bertanggungjawab dengan menanam sikap berfikiran positif
dan saling hormat-menghormati di kalangan warga sekolah. Menerapkan
nilai jati diri, kasih sayang di kalangan warga MOZAC bagi melahirkan insan
yang berkeperibadian mulia, dan bertimbang rasa dalam kehidupan
bermasyarakat.

3.0 OBJEKTIF

OBJEKTIF PERATURAN SEKOLAH & ASRAMA MOZAC;

3.1 Melahirkan murid yang berakhlak mulia, berbudi bahasa, bersopan
santun dan toleransi kendiri.

3.2 Mewujudkan semangat kekitaan dan sentiasa berusaha mencari
kecemerlangan dalam hidup

3.3 Menghormati ibu bapa, guru dan pemimpin

3.4 Menyayangi yang muda dan menghormati yang tua

3.5 Melahirkan ahli masyarakat yang seimbang, bersepadu dari segi
rohani dan jasmani.

3.6 Melahirkan perasaan taat setia kepada sekolah dan Negara

4.0 DEFINISI DISIPLIN

JK Kabinet mengkaji pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan
Tahun 1979 mentakrifkan Disiplin sebagai;

“Kesanggupan seseorang individu menghormati dan mematuhi undang-undang
sama ada disiplin itu dikenakan dari luar atau dengan kerelaan sendiri. Disiplin
juga bermakna kesanggupan seseorang itu bekerja atau membuat sesuatu
dengan cukup tertib, kesanggupan mengamalkan tingkahlaku yang baik dan
tidak mengganggu kepentingan orang lain, kesanggupan hormat menghormati
antara satu sama lain dan mempunyai semangat tolong menolong dan
kesanggupan membaiki keadaan yang sedia ada menerusi usaha yang
membina serta sanggup berkhidmat kepada masyarakat.”

8

BAB 2
PERATURAN AM & PERATURAN KHAS

1.0 PERATURAN AM

1.1 Setiap murid WAJIB mematuhi setiap peraturan yang terkandung di
dalam Buku Peraturan Sekolah & Asrama MOZAC ini dan juga mana-
mana peraturan yang dikeluarkan oleh sekolah dari semasa ke semasa

1.2 Setiap murid WAJIB mematuhi setiap peraturan berkaitan dengan
sekolah, yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia,
Jabatan Pelajaran Negeri dan mana-mana pihak yang berwajib

1.3 Pengetua, Penolong Kanan, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM)
dan Penolong Kanan Kokurikulum berhak pada bila-bila masa
memantau mana-mana kawasan sekolah.

1,4 Adalah menjadi tanggungjawab setiap murid melaporkan apa-apa
perbuatan yang dilakukan oleh mana-mana murid atau kumpulan
murid yang didapati bertentangan dengan peraturan sekolah &
asrama.

1.5 Laporan boleh dibuat kepada Pengetua, Penolong-Penolong Kanan,
Ketua Warden, Warden, Guru Rumah dan guru-guru MOZAC

2.0 BERJUMPA DENGAN PENGETUA/ PENOLONG-PENOLONG
KANAN

2.1 Murid-murid dibenarkan berjumpa dengan Pengetua / Penolong-
Penolong Kanan pada waktu rehat atau petang atau apabila
dipanggil oleh pihak Pengetua / Penolong-Penolong Kanan pada bila-
bila masa yang ditetapkan

3.0 MENYAMPAIKAN BERITA KECEMASAN

3.1 Semua berita kecemasan HENDAKLAH disampaikan kepada Pengetua
/ Penolong Kanan HEM / Ketua Warden / Warden/ Guru / Penyelia
Asrama untuk disampaikan kepada ibu bapa / penjaga yang
berkenaan

3.2 Sekiranya berlaku sebarang kes kecemasan, murid DIKEHENDAKI
melaporkan perkara tersebut kepada pihak sekolah. Pihak sekolah
akan memaklumkan perkara tersebut kepada ibu bapa/ penjaga.

9

4.0 BAYARAN SEKOLAH

4.1 Kadar dan jenis yuran sekolah yang dikenakan akan diberitahu
/ dimaklumkan melalui Pekeliling yang diedarkan kepada murid-murid
melalui Guru Tingkatan

4.2 Semua murid DIKEHENDAKI menjelaskan yuran sekolah pada masa
yang ditetapkan dengan bayaran secara tunai kepada sekolah.
Sekiranya bayaran dibuat secara ‘online’, sila serahkan slip bank
bayaran `online’ yang telah dibuat kepada Guru Tingkatan

4.3 Slip bayaran yuran secara`online’ HENDAKLAH diserahkan kepada
Guru Tingkatan dalam tempoh yang ditetapkan

4.4 Murid-murid juga DIKEHENDAKI membayar derma / sumbangan PIBG
yang dikenakan bagi tujuan kecemerlangan sepanjang belajar di
MOZAC

5.0 HUKUMAN DAN KUASA MENGHUKUM

5.1 Tindakan disiplin dan hukuman dikenakan kepada murid- murid yang
telah melakukan kesalahan adalah tertakluk kepada ‘School (General)
Regulations 1951’, `Ordinan Pelajaran 1957-Peraturan-peraturan
Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959’ dan ‘Pekeliling-pekeliling Ikhtisas’
yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan dari semasa ke
semasa.

5.2 Pengetua, Penolong Kanan, Penolong Kanan HEM, Penolong Kanan
Kokurikulum, Ketua Bidang, Ketua Warden, Warden, Guru Disiplin,
Guru Pengawas dan guru adalah orang yang yang diberi kuasa
menguatkuasakan Peraturan Sekolah & Asrama MOZAC ini.

5.3 Garis Panduan Tindakan Disiplin dan Salah Laku telah disediakan oleh
pihak sekolah dan dijadikan sebagai rujukan Ahli Lembaga Disiplin
Sekolah dalam mengambil tindakan atas kes-kes disiplin dan salah laku
murid sekolah.

5.4 Mana-mana murid yang melanggar peraturan sekolah dan asrama
Lembaga Disiplin Sekolah akan bermesyuarat yang dipengerusikan oleh
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) AKAN MENCADANGKAN
hukuman kepada Pengetua terhadap murid yang disabitkan
kesalahannya. Hukuman akan DIPUTUSKAN oleh pengetua. (Rujuk Bab
6; muka surat 66)

5.5 Bagi semua kes salah laku, murid dikehendaki mengikuti
Program Bimbingan dan Kaunseling.

5.6 Dalam keadaan di mana tindakan salah laku dan sesuatu perkara
tidak dinyatakan secara khusus dalam mana-mana peraturan atau

10

Surat Pekeliling yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan, maka
Pengetua di atas budi bicara boleh membuat peraturan dan hukuman
tertentu sesuai dengan peraturan sekolah.

5.7 Murid-murid yang didapati bersalah melanggar peraturan sekolah,
perihalnya akan dilaporkan kepada ibu bapa / penjaga, Pejabat
Pendidikan Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian
Pelajaran. Dalam kes-kes kesalahan berat / jenayah pula, perihalnya
akan dilaporkan kepada pihak- pihak berwajib untuk tindakan. Kes
akan direkodkan ke dalam Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) yang lebih
mementingkan Amalan Baik dan Pelaporan Isu Disiplin dan Pendidikan
(ePIDP) secara online.

PERINGATAN
Sekiranya Murid/ Kumpulan Murid Didapati BERSALAH Melanggar Peraturan

Sekolah & Asrama MOZAC, Maka HUKUMAN-HUKUMAN Berikut Boleh
Dikenakan;

i. Nasihat / Kaunseling
ii. Amaran (mengikut SOP)
iii. Denda / Dirotan
iv. Digantung persekolahan
v. Dibuang sekolah
vi. Hukuman-hukuman lain yang difikirkan munasabah oleh

Pengetua atau Lembaga Disiplin Sekolah atau kedua-
duanya

6.0 LARANGAN PERILAKU

6.1 Setiap murid DILARANG berkelakuan dengan cara yang dapat ditakrif
atau dianggap sebagai :

• Mencemarkan atau memburukkan nama baik sekolah
• Mencemarkan nama baik mana-mana individu
• Melakukan perbuatan vandalisme, sama ada di sekolah / asrama
• Mengganggu ketenteraman dan perpaduan sekolah
• Menimbulkan kegelisahan, persengketaan di kalangan pelajar

atau kakitangan sekolah
• Melakukan perbuatan menghina mana-mana individu
• Melakukan perbuatan menyeksa dan mengugut mana-mana

individu
• Melakukan perbuatan tidak senonoh / tidak sopan dan

tidak sepatutnya dibuat oleh seorang pelajar
• Melakukan perbuatan mengambil harta benda sekolah dan

harta persendirian kepunyaan orang lain

11

7.0 KUTIPAN WANG

7.1 Murid DILARANG membuat kutipan wang daripada mana-mana
badan / orang perseorangan bagi apa-apa tujuan, kegiatan atau
aktiviti Persatuan / Kelab / Kursus / Asrama / Badan Beruniform / Kelas
dan lain-lain.

7.2 Kutipan wang daripada mana-mana badan / orang perseorangan
HANYA DIBENARKAN melalui pihak sekolah.

7.3 Kutipan wang / yuran persatuan, badan beruniform dan lain-lain
HANYA DIBENARKAN setelah mendapat sokongan Guru Penasihat yang
berkenaan dan DILULUSKAN oleh Pengetua

8.0 TINGKAH LAKU MEMBULI

8.1 Membuli bukan satu tradisi budaya di MOZAC.

8.2 Perbuatan serta p e r l a k u a n membuli dalam apa-apa bentuk
s a m a a d a f i z i k a l a t a u m e n t a l DILARANG sama sekali.

8.3 Perbuatan serta perlakuan membuli dianggap sebagai satu salah laku
yang amat berat

8.4 Tindakan disiplin dan hukuman termasuk buang sekolah boleh
diambil terhadap murid-murid yang membuli, jika disabit kesalahan.

8.5 Segala kes buli WAJIB dilaporkan dengan SEGERA sama ada kepada
Pengawas, Ketua Pengawas, Warden, Guru-guru, Penolong-Penolong
Kanan atau Pengetua.

8.6 Murid-murid yang menyaksikan perbuatan membuli dan tidak
melaporkannya dianggap BERSUBAHAT dan melanggar peraturan
sekolah yang membolehkan tindakan disiplin diambil.

9.0 KOD ETIKA MURID

9.1 TANGGUNGJAWAB TERHADAP DIRI SENDIRI

a. Setiap murid HENDAKLAH mengamalkan pekerti mulia,
pergaulan sihat dan menjauhi semua budaya yang
bertentangan dengan adab sopan dan syariat.

b. Semua murid DIKEHENDAKI mempunyai dan mengamalkan
nilai-nilai yang baik, beradab sopan, berbudi bahasa sepanjang
masa dan saling hormat-menghormati sesama sendiri.

c. Setiap murid HENDAKLAH belajar bersungguh-sungguh

12

d. Setiap murid HENDAKLAH sentiasa menjaga nama baik dan
imej sekolah dengan menunjukkan prestasi yang cemerlang
dalam bidang akademik, kokurikulum, pergaulan tingkah laku
dan tatatertib

e. Sentiasa menjaga kebersihan fizikal dan mental diri sendiri
f. Sentiasa menjaga kesihatan diri dan menjauhi rokok / dadah.
g. Sentiasa menjaga penampilan diri dengan berpakaian kemas,

sesuai dan sopan.
h. Sentiasa berusaha menuntut ilmu, menjaga diri,

memuliakan dan menghargai orang lain serta memartabatkan
iman.
i. Berusaha meningkatkan tabiat membaca untuk menambah
ilmu.
j. Sentiasa menghargai masa sepenuhnya dan berusaha ke arah
membina budaya peribadi tinggi.

9.2 TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBU BAPA

a. Sentiasa menghormati ibu bapa / penjaga dan menghargai
pengorbanan mereka

b. Sentiasa berusaha menuntut ilmu supaya dapat memenuhi
harapan ibu bapa / penjaga

c. Sentiasa menjaga nama baik ibu bapa / penjaga dan
mengelak daripada melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti tidak
sihat seperti melepak, gangsterisme, penyalahgunaan dadah
dan aktiviti tidak bermoral seperti berdua-duaan, bercumbuan,
melihat gambar pornografi dan menonton video lucah.

9.3 TANGGUNGJAWAB TERHADAP GURU DAN KAKITANGAN SEKOLAH

a. Sentiasa menjaga nilai dan norma adab berguru.
b. Sentiasa menjaga, memuliakan dan menghargai

sumbangan guru, kakitangan dan pekerja sekolah
c. Mewujudkan suasana hormat-menghormati di antara murid

dengan guru serta patuh kepada arahan guru.
d. Setiap murid HENDAKLAH pada setiap masa meghormati guru-

guru, kakitangan sekolah, pengawas, ketua kelas tingkatan,
ketua kamar, pemimpin / ketua-ketua pasukan beruniform,
persatuan dan seumpamanya.

9.4 TANGGUNGJAWAB TERHADAP SEKOLAH

a. Sentiasa berusaha setiap masa menjaga nama baik MOZAC
b. Sentiasa berusaha meningkatkan imej MOZAC sebagai sebuah

sekolah yang cemerlang dari aspek disiplin,akademik dan
kokurikulum

13

c. Sentiasa menjaga harta benda dan segala kemudahan yang
ada di sekolah dengan sebaik-baiknya

d. Sentiasa menjaga keselamatan / kebersihan / keceriaan
sekolah dan asrama.

e. Setiap murid HENDAKLAH menyertai semua kegiatan yang
diarahkan oleh sekolah sama ada bercorak akademik atau
kokurikulum.

f. Setiap murid bertanggungjawab menjaga kebersihan dan
ketenteraman sekolah.

9.5 TANGGUNGJAWAB TERHADAP MURID LAIN
a. Menghormati dan menghargai hak murid-murid lain
b. Sentiasa berusaha mewujudkan persefahaman yang baik
dengan rakan- rakan dan mengelakkan perselisihan faham
c. Sentiasa sopan, amanah, jujur, dan berbaik sangka dalam
pergaulan bersama murid-murid lain

9.5 TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT / NEGARA
a. Taat setia yang tidak berbelah bagi terhadap Negara
b. Sentiasa menyokong dan berusaha mencapai aspirasi Negara
c. Menghormati lambang dan jata Negara termasuk bendera
dan lagu kebangsaan
d. Sentiasa mematuhi semua undang-undang Negara

14

BAB 3
PERATURAN SEKOLAH

FASAL 1: JADUAL HARIAN SEKOLAH

1.1 Hari Persekolahan (ISNIN)

MASA AKTIVITI
5.00 – 6.00am Bangun tidur, pengurusan diri dan mengemas kamar
6.00 – 6.30am Solat Subuh berjemaah & Tadarus
6.15 – 6.50am Sarapan pagi
7.00 – 7.30am Program Sinar Pagi
7.30 – 8.10am Perhimpunan Rasmi Mingguan
8.10am – 2.10pm Sesi PdPc
2.10pm – 3.00pm Solat Zohor berjemaah &Makan tengahari
3.00 – 4.00pm Kelas Persediaan Petang
4.00 – 4.30pm Minum petang
4.30 – 5.00pm Solat Asar berjemaah
5.00 – 6.00pm Aktiviti Riadah/ Bebas
6.00 – 6.45pm Pengurusan diri
6.30 – 6.45pm “Clear” asrama
6.15 – 7.00pm Makan Malam
7.00 – 8.45pm Solat Maghrib dan Isyak berjemaah, Tazkirah
8.45 – 10.30pm Kelas Persediaan Malam (Prep berfokus)
10.30 – 11.00pm Minum malam
11.00 – 11.30pm Pengurusan diri & Bacaan Surah Al-Mulk
11.30pm Lampu dipadamkan & tidur

1.2 Hari Persekolahan (SELASA & KHAMIS)

MASA AKTIVITI
5.00 – 6.00am Bangun tidur, pengurusan diri dan mengemas kamar
6.00 – 6.30am Solat Subuh berjemaah & Tadarus
6.15 – 6.50am Sarapan pagi
7.00 – 7.30am Program Sinar Pagi
7.40am – 2.10pm Sesi PdPc
2.10pm – 3.00pm Solat Zohor berjemaah &Makan tengahari
3.00 – 4.00pm Kelas Persediaan Petang
4.00 – 4.30pm Minum petang
4.30 – 5.00pm Solat Asar berjemaah
5.00 – 6.00pm Aktiviti Riadah/Bebas
6.00 – 6.45pm Pengurusan diri
6.30 – 6.45pm “Clear” asrama
6.15 – 7.00pm Makan Malam
7.00 – 8.45pm Solat Maghrib dan Isyak berjemaah, Tazkirah
8.45 – 10.30pm Kelas Persediaan Malam (Prep berfokus)
10.30 – 11.00pm Minum malam
11.00 – 11.30pm Pengurusan diri & Bacaan Surah Al-Mulk
11.30pm Lampu dipadamkan & tidur

15

1.3 Hari Persekolahan (RABU)

MASA AKTIVITI
5.00 – 6.00am Bangun tidur, pengurusan diri dan mengemas kamar
6.00 – 6.30am Solat Subuh berjemaah & Tadarus
6.15 – 6.50am Sarapan pagi
7.00 – 7.40am Program Sinar Pagi
7.40am – 2.10pm Sesi PdPc
2.10 pm – 3.00pm Solat Zohor berjemaah &Makan tengahari
3.00 – 5.00pm Perjumpaan Kokurikulum( Kelab/ Persatuan /Unit
Beruniform/
5.00 – 5.30pm SSoulakat nAspaerrbmearjienmana)ah & Minum Petang
5.30 – 6.00pm Aktiviti Riadah/Bebas
6.00 – 6.45pm Pengurusan diri
6.30 – 6.45pm “Clear” asrama
6.15 – 7.00pm Makan Malam
7.00 – 8.45pm Solat Maghrib dan Isyak berjemaah, Tazkirah
8.45 – 10.30pm Kelas Persediaan Malam (Prep berfokus)
10.30 – 11.00pm Minum Malam
11.00 – 11.30pm Pengurusan diri & Bacaan Surah Al-Mulk
11.30pm Lampu dipadamkan & tidur

1.4 Hari Persekolahan (JUMAAT)

MASA AKTIVITI
5.00 – 6.00am Bangun tidur, pengurusan diri dan mengemas kamar
6.00 – 6.30am Solat Subuh berjemaah & Tadarus
6.15 – 6.50am Sarapan pagi
7.00 – 7.40am Bacaan Surah Al-Kahfi & Program Sinar Pagi
7.40am – 12.10tgh Sesi PdPc
12.10tgh – 12.30tgh Makan tengahari & Solat Jumaat berjemaah (Lelaki)

12.30tgh – 1.00pm Makan tengahari & Solat Jumaat berjemaah
(Perempuan)
2.30pm – 4.00pm
Rehat/ Aktiviti Bebas
4.00 – 4.30pm
4.30 – 5.00pm Minum Petang
5.00 – 6.00pm Solat Asar berjemaah
6.00 – 6.45pm Aktiviti Riadah/Bebas
6.30 – 6.45pm Pengurusan diri
6.15 – 7.00pm “Clear” asrama
7.00 – 8.45pm Makan Malam
8.45 – 10.30pm Solat Maghrib dan Isyak berjemaah, Tazkirah
10.30 – 11.00pm Kelas Persediaan Malam (Prep berfokus)
11.00 – 11.30pm Minum Malam
11.30pm Pengurusan diri & Bacaan Surah Al-Mulk
Lampu dipadamkan & tidur

16

1.5 Hari SABTU / Cuti Umum

MASA AKTIVITI
5.00 – 6.00am Bangun tidur, pengurusan diri dan mengemas kamar
6.00 – 6.30am Solat Subuh berjemaah & Tadarus
6.15 – 6.50am Sarapan pagi
7.00 – 7.30am Pengurusan Diri dan mengemas kamar
7.30 – 8.30am Perhimpunan Pagi, Solat Dhuha, Bacaan Surah Al-
Waqiah/ Dll
8.30am – 12.30 tgh
12.30 tgh – 6.00pm Kelas Persediaan (Prep)

6.00 – 6.45pm Solat Zohor berjemaah / Rehat / Bebas / Lawatan Ibu
6.30 – 6.45pm bapa / Solat Asar berjemaah / Minum petang /
6.30 – 7.00pm Aktiviti Riadah
7.00 – 8.45pm Pengurusan diri
8.45 – 10.30pm “Clear” asrama
10.30 – 11.00pm Makan Malam
11.00 – 11.30pm Solat Maghrib dan Isyak berjemaah, Aktiviti BADRI
11.30pm Rehat/ Aktiviti Bebas
Minum Malam
Pengurusan diri & Bacaan Surah Al-Mulk
Lampu dipadamkan & tidur

1.6 Hari AHAD / Cuti Umum

MASA AKTIVITI
5.00 – 6.00am Bangun tidur, pengurusan diri dan mengemas kamar
6.00 – 6.30am Solat Subuh berjemaah & Tadarus
6.30 – 8.00am Senamrobik/ Sarapan pagi/ Pengurusan Diri/
Mengemas Kamar.
8.00 – 9.30am
Perhimpunan Pagi, Solat Dhuha, Bacaan Surah Al-
9.30 – 6.00pm Waqiah/ Dll
Gotong Royong Asrama & Pemeriksaan Bertema
6.00 – 6.45pm
6.30 – 6.45pm Solat Zohor berjemaah / Rehat / Bebas / Outing
6.30 – 7.00pm Penggiliran/ Solat Asar berjemaah / Minum petang /
7.00 – 8.45pm Aktiviti Riadah
8.45 – 10.30pm
10.30 – 11.00pm Pengurusan diri
11.00 – 11.30pm “Clear” asrama
11.30pm Makan Malam
Solat Maghrib dan Isyak berjemaah, Aktiviti BADRI
Kelas Persediaan Malam (Prep berfokus)
Minum Malam
Pengurusan diri & Bacaan Surah Al-Mulk
Lampu dipadamkan & tidur

Nota: i. Pemeriksaan Bertema dilaksanakan pada bila-bila masa yang dikehendaki/ Cuti Umum/ Hari
Ahad

ii. Masa Kelas Persediaan Malam dilaksanakan selepas Solat Isyak.

17

PERINGATAN
Murid DILARANG Berada Di Dalam Kawasan Asrama Pada Waktu- Waktu

Berikut :

i. Waktu Solat Berjamaah
ii. Waktu Persekolahan & Kelas Persediaan (Prep Pagi/ Prep

Petang/ Prep Malam)

PERINGATAN
Murid DILARANG Berada Di Dalam Bangunan Sekolah Apabila TAMAT Kelas

Persediaan

FASAL 2 : KEHADIRAN

2.1 Setiap murid WAJIB hadir ke sekolah pada hari-hari persekolahan.
Murid- murid hendaklah mengosongkan asrama sebelum atau pada jam
6.00 pagi

2.2 Semua murid DIKEHENDAKI berada di sekolah pada masa yang
ditetapkan.Perhimpunan harian akan bermula pada jam 7.00 pagi.

2.3 Murid yang tidak hadir kerana sakit, ibu bapa / penjaga mestilah
memaklumkan kepada Pengetua dan mengemukakan Sijil Cuti Sakit
(MC)

2.4 Jika seseorang murid tidak dapat hadir atas sebab-sebab selain sakit,
ibu bapa / penjaga HENDAKLAH memaklumkan kepada Pengetua
secara lisan dan bertulis

2.5 Surat makluman yang ditulis sendiri oleh murid berkenaan TIDAK akan
diterima oleh pihak sekolah

2.6 Jika seseorang murid tidak hadir selama TIGA (3) hari berturut-turut atau
SEPULUH (10) hari tidak berturut-turut tanpa keterangan lisan atau bertulis
daripada pihak ibubapa / penjaga, Surat Amaran 1 akan dihantar

2.7 Sekiranya murid berkenaan masih tidak hadir selepas diberi surat
Amaran 1, maka Surat Amaran 2 dan seterusnya, Surat Amaran Terakhir
akan dihantar melalui Kiriman Pos Berdaftar

2.8 Jika tidak ada jawapan atau tindak balas daripada ibubapa / penjaga
dalam tempoh TUJUH (7) hari daripada Surat Amaran Terakhir, maka
nama murid berkenaan boleh dipotong daripada Daftar Sekolah

2.9 Murid- murid WAJIB menghadiri dan menjalani aktiviti-aktiviti kokurikulum

2.10 Semua murid WAJIB menghadiri dan mengikuti sebarang Kelas
Tambahan, Kelas Gantian, Kelas Persediaan, peperiksaan dan
semua aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah

2.11 Murid-murid yang sengaja tidak hadir, datang lewat atau pulang
awal tanpa alasan yang munasabah akan dikenakan tindakan disiplin

18

2.12 Murid-murid DILARANG membawa rakan-rakan, orang luar untuk
memasuki /menggunakan kemudahan sekolah tanpa kebenaran pihak
sekolah

2.13 Murid-murid DILARANG keluar dari kawasan sekolah tanpa
kebenaran Pengetua dan Guru-guru Penolong Kanan/ Ketua Warden.
Murid-murid yang mendapat kebenaran pulang awal atas alasan
yang munasabah DIKEHENDAKI mengimbas “Smart Card” di Bilik Paging/
Bilik HEM/ Bilik Warden/ Pondok Pengawal

FASAL 3 : PERATURAN PAKAIAN MURID

HARI/ JENIS MURID LELAKI MURID PEREMPUAN
AKTIVITI PAKAIAN
ISNIN Pakaian Kemeja Lengan Kemeja Lengan
Perhimpunan/ Panjang Putih, Tali Leher Panjang Putih, Tali
Majlis Rasmi Leher Sekolah, `Vest’
Sekolah Sekolah, `Vest’ Sekolah, Tanda Nama
Sekolah, Tanda Nama Berjahit, Tudung Putih,
SELASA Pakaian Berjahit, Seluar Panjang Kain Sarung Hitam` A-
Seragam Hitam, Tali Pinggang Cut’ / `Back Pleated’,
Sekolah Kanvas Hijau / Hitam Stokin Hitam & Kasut

RABU Pakaian Unit berkepala kecil, Hitam Bertumit
Beruniform Stokin Hitam & Kasut Rendah 1” / wedges

KHAMIS Pakaian Batik Hitam shoe
Rasmi Sekolah
Kemeja Lengan Baju Kurung Putih Teluk
Pendek Putih, Tali Leher Belanga, Tudung
Putih, Lencana &
Sekolah, Lencana &
Tanda Nama Berjahit Tanda Nama Berjahit
di Tudung, Kain Sarung
di Kemeja, Seluar Biru Muda (Turqoise),
Panjang Hijau (Olive
Green), Tali Pinggang Stokin Hitam & Kasut
Kanvas Hijau / Hitam Hitam Bertumit
berkepala kecil, Stokin
Hitam & Kasut Hitam Rendah 1”/wedges
shoe
Pakaian Unit
Beruniform masing- Pakaian Unit
masing yang lengkap Beruniform
masing-masing
Kemeja Batik yang lengkap
Sekolah, Seluar Sepasang Baju
Panjang Hitam, Tali
Pinggang Kanvas Hijau Kurung
/ Hitam berkepala kecil, dan Kain Sarung Batik
Stokin Hitam & Kasut
Sekolah, Tudung
Hitam Putih, Lencana &
Tanda Nama Berjahit,
Stokin Hitam & Kasut

Hitam Bertumit
Rendah 1”/wedges

shoe

19

JUMAAT Pakaian Hari Sepasang Baju Baju Kurung Putih
Jumaat Melayu Putih, Lencana Teluk
& Tanda Nama Berjahit,
SABTU Pakaian Belanga, Kain Sarung
(Prep Korporat/ Berkain Sampin Bercorak Sampin
Pagi) Pakaian Sekolah, Songkok Sekolah, Tudung
AHAD Batch Baldu Hitam, Stokin Putih, Lencana &
(Outing) Hitam & Kasut Hitam
Tanda Nama Berjahit,
PREP Pakaian Kemeja Korporat Stokin Hitam & Kasut
Sekolah, Seluar
MALAM Kebangsaan Panjang Hitam, Tali Hitam Bertumit
Pinggang Kanvas Rendah 1”/wedges
RIADA Pakaian
& Sukan Hijau / Hitam shoe
SUKAN berkepala kecil,
Stokin Hitam & Kasut Kemeja Korporat
Sekolah, Kain Sarung
Hitam Hitam `A-Cut’ / `Back
Sepasang Baju Pleated’, Stokin Hitam
Melayu Lengkap &
& Kasut Hitam
Berkasut Bertumit Rendah
1”/wedges shoe
Baju T berkolar Lengan Sepasang Baju
Pendek, Seluar `Track’ Kurung Lengkap,

Hitam, Stokin & Tudung Instant
Berkasut. (Hitam/ Biru Gelap/
Coklat & Berkasut

Baju T berkolar
Lengan Panjang,
Seluar `Track’ Hitam,
Tudung, Stokin &

Berkasut.

PERINGATAN
Semua Murid Lelaki WAJIB Memasukkan Semua Baju Yang DiPakai Ke Dalam
Seluar Pada Setiap Masa Di Luar Kawasan Asrama Pada Waktu-Waktu Berikut :

i. Waktu Solat Berjamaah
ii. Waktu Riadah/ Aktiviti Bebas
iii. Waktu Persekolahan & Kelas Persediaan (Prep Pagi/ Prep

Petang/ Prep Malam)

PERINGATAN
Jenis-jenis Pakaian Yang DILARANG:
i. Seluar Jeans / Denim / `Bellbottom' atau yang sejenis dengannya
ii. Baju T tanpa kolar / tanpa lengan
iii. Semua jenis jubah bagi murid lelaki dan perempuan
iv. Pakaian yang ketat dan tidak menutup aurat
v. Berseluar pendek
vi. Selipar kecuali di dalam asrama sahaja
vii. Kain pelekat kecuali di dalam kamar / asrama sahaja
viii. Semua jenis perhiasan, rantai, gelang, inai dan seumpamanya

20

FASAL 4 : KEKEMASAN DIRI

4.1 Murid-murid DILARANG menggunakan sebarang gel / pewarna
rambut. Hanya Krim rambut biasa sahaja yang DIBENARKAN untuk
merapikan rambut

4.2 Murid lelaki DILARANG menyimpan misai atau janggut atau kedua-
duanya

4.3 Kuku HENDAKLAH sentiasa pendek dan bersih. Kuku tidak
boleh diwarnakan dengan apa jua jenis pewarna termasuk inai, `cutex’
dan lain-lain.

4.4 DILARANG menggunakan sebarang jenis alat solek / komestik termasuk
celak dan minyak wangi. Hanya bedak talkum sahaja yang dibenarkan

4.5 Murid-murid DILARANG memakai sebarang perhiasan seperti cincin,
gelang dan rantai leher. Murid perempuan hanya dibenarkan memakai
subang kecil.

4.6 Potongan rambut bagi murid lelaki yang DIBENARKAN adalah:

Hadapan & Atas Tidak melebihi kening dan panjang sekata tidak
melebihi 5cm
Belakang
Sisi Tidak melebihi garisan di bawah 2 cuping telinga

`Side burn’ tidak melebihi garisan tengah telinga

Nota: Sila rujuk Lampiran 1, muka surat 71

4.7
Rambut panjang, pendek berfesyen, `blonde’, `punk’, jambul burung,

`flat top’,`skin head’ dan seumpamanya adalah DILARANG sama sekali

4.8 Potongan rambut panjang bagi murid lelaki adalah:

Hadapan & Atas Rambut menutup garis tengah dahi dan panjang
Belakang rambut lebih daripada 6 inci
Sisi
Rambut jatuh melebihi garis di bawah cuping
dua telinga

Rambut menutup kedua-dua telinga atau sebahagian
daripadanya dan `side burn’ melebihi garisan tengah

hidung

FASAL 5 : PERHIMPUNAN

5.1 Perhimpunan Rasmi Sekolah diadakan pada setiap hari ISNIN di
Dewan Sultan Muzaffar Syah manakala Perhimpunan Sinar Pagi
(SELASA – JUMAAT) diadakan di Dataran Tun Mamat

21

5.2 Murid-murid WAJIB berada di tempat perhimpunan pada jam 7.00
pagi dengan membawa bersama Buku Catatan dan Buku Peraturan
Sekolah & Asrama MOZAC

5.3 Murid-murid DIKEHENDAKI berbaris mengikut Kelas Tingkatan masing-
masing

5.4 Semua murid HENDAKLAH senyap dan memberi perhatian semasa
perhimpunan berlangsung. Berbual-bual atau membaca adalah
DILARANG

5.5 Sekiranya terdapat majlis penyampaian hadiah, murid-murid HANYA
DIBENARKAN bertepuk tangan sahaja tanpa mengeluarkan suara-
suara yang tidak sepatutnya.

5.6 Aturcara Perhimpunan Rasmi Sekolah pada hari ISNIN adalah seperti
berikut :
a. Selawat As-Syifa’
b. Bacaan Doa
c. Nasyid Asmaul’ Husna
d. Lagu Kebangsaan Negaraku
e. Lagu Negeri Melaka Maju Jaya
f. Lagu Sekolah
g. Bacaan Ikrar
h. Laporan Ketua Murid
i. Laporan oleh Guru Bertugas
j. Pengumuman oleh guru-guru lain (Jika ada)
k. Penyampaian hadiah (Jika ada)
l. Ucapan oleh guru-guru Penolong Kanan
m. Ucapan oleh Pengetua
n. Bacaan Surah Al ’Asr dan Tasbih Kaffarah
o. Bersurai

5.7 Aturcara Perhimpunan Program Sinar Pagi (SELASA – JUMAAT) adalah
seperti berikut:
a. Bacaan Doa
b. Nasyid Asmaul’ Husna
c. Ucapan oleh Guru Bertugas / Penolong-Penolong Kanan /
Pengetua / Pengumuman (Jika ada)
d. Bacaan Surah Al ‘Asr dan Tasbih Kaffarah
e. Bersurai

5.8 Murid-murid yang TIDAK menghadiri perhimpunan tanpa sebarang
sebab yang munasabah akan dikenakan tindakan disiplin

5.9 Murid yang hadir lewat ke perhimpunan DIKEHENDAKI berdiri tegak di
mana saja mereka berada semasa bacaan doa, lagu kebangsaan,

22

lagu negeri, lagu sekolah dan nasyid Asmaul’ Husna dialunkan. Selepas
itu, murid-murid tersebut DIKEHENDAKI membuat satu barisan khas
tanpa mengikut Tingkatan di tempat yang ditentukan.

5.10 Selepas perhimpunan, murid-murid DIKEHENDAKI berjalan mengikut
barisan untuk ke Kelas Tingkatan masing-masing dalam keadaan
teratur, sopan dan senyap

KELAS

FASAL 6 : KELAS/ TINGKATAN

6.1 Tempat duduk murid-murid di dalam Kelas Tingkatan diasingkan antara
murid lelaki dan perempuan. Murid lelaki duduk di hadapan dan murid
perempuan duduk di belakang

6.2 Murid-murid HENDAKLAH bangun menghormati guru, pengetua atau
pelawat yang masuk ke dalam Kelas Tingkatan

6.3 Ucapan salam HENDAKLAH diberikan apabila guru atau tetamu yang
masuk ke kelas dan ucapan terima kasih diucapkan apabila mereka
keluar

6.4 Kelas Tingkatan masing-masing HENDAKLAH sentiasa bersih dan ceria
6.5 Semua murid bertanggungjawab memastikan kebersihan dan

keceriaan kelas masing-masing

6.6 Sebelum sesi pembelajaran bermula, murid-murid DIKEHENDAKI
membaca Doa belajar

6.7 Papan kenyataan Kelas Tingkatan HENDAKLAH mengandungi perkara-
perkara berikut :
a. Visi dan Misi Sekolah dan KPM
b. Pelan Kedudukan Murid Di Dalam Kelas
c. Jadual Bertugas
d. Jadual Waktu Kelas
e. Senarai Nama Murid
f. Carta Organisasi Kelas
g. Senarai Nama Guru Mata Pelajaran
h. Senarai Inventori Kelas
i. Pelan Laluan Kecemasan/ Kebakaran
j. Mengadakan “Sudut Mata Pelajaran”/ Mini Perpustakaan
k. Sudut Maklumat Am/ Pengumuman/ Berita Mutakhir Sekolah

6.8 Dibahagian sudut atas sebelah kanan papan putih HENDAKLAH
dicatatkan:
a. Nama Guru Kelas

23

b. Tarikh Masihi & Hijrah
c. Jumlah Kehadiran Murid

6.9 Ketua Tingkatan atau Penolong Ketua Tingkatan bertanggunjawab
menjaga ketenteraman Kelas semasa ketiadaan guru. Ketiadaan guru
HENDAKLAH dilaporkan dengan segera kepada Penolong Kanan

6.10 Murid bertugas HENDAKLAH membersihkan kelas SEPULOH (10) minit
awal sebelum sesi Pdpc bermula

6.11 Pergerakan murid ke Bilik-Bilik Khas HENDAKLAH dalam keadaan teratur,
senyap dan murid-murid DILARANG berhenti untuk tujuan urusan lain.

6.12 Semua suis lampu dan kipas HENDAKLAH dimatikan sebelum
meninggalkan Kelas

6.13 Ketua Tingkatan dan Penolong Ketua Tingkatan HENDAKLAH
memastikan `Buku Kawalan Kelas’ ditandatangani oleh setiap Guru
Mata Pelajaran. Buku tersebut hendaklah dihantar semula ke Pejabat
HEM selepas tamat waktu persekolahan pada setiap hari

6.14 Murid-murid adalah DILARANG:
a. Membawa atau menggunakan pemadam cecair (Liquid paper).
b. Menconteng perabot dan kemudahan lain yang ada di dalam
Kelas.
c. Makan atau minum di dalam Kelas
d. Membuat bising semasa ketiadaan guru
e. Mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran yang
sedang berjalan
f. Keluar kelas semasa ketiadaan guru

6.15 Sebarang kerosakan harta benda di dalam kelas HENDAKLAH
dilaporkan segera kepada Guru Tingkatan

6.16 Sebarang kerosakan harta benda akibat salah laku murid atau
kecuaian murid adalah tanggungjawab murid berkenaan

6.17 Meja guru HENDAKLAH dihias dengan kemas

6.18 Murid-murid digalakkan mengadakan tabung kelas untuk membiayai
kos mengindahkan dan menghias Kelas (Contoh: Jam dinding,
gambar berbingkai, alas meja guru dan sebagainya).

6.19 Cermin tingkap HENDAKLAH sentiasa bersih dan dibuka sewaktu
belajar kecuali dengan arahan guru. Cermin tingkap juga
HENDAKLAH ditutup sebelum pulang.

6.20 Pada masa rehat murid DILARANG berada dalam Kelas kecuali dengan
6.21 kebenaran guru
Murid-murid DILARANG memasuki kelas lain kecuali dengan
kebenaran guru

24

6.22 Papan putih HENDAKLAH dipadamkan dan sentiasa bersih selepas
setiap waktu pembelajaran

6.23 Sebarang bentuk makanan dan minuman DILARANG dibawa ke
Kelas / Makmal / Bengkel / Dewan Besar dan sebagainya. HANYA
bekalan air ‘kosong’ sahaja yang dikecualikan.

6.24 Murid-murid HENDAKLAH membersihkan dan mengemaskan Kelas
masing- masing sekurang-kurangnya LIMA (5) minit sebelum tamat
waktu persekolahan.

6.25 Sampah HENDAKLAH dibuang 3 kali sehari.

6,26 Murid-murid DILARANG makan atau minum (kecuali air kosong) di dalam
kelas pada waktu pembelajaran dan waktu rehat.

FASAL 7 : PEJABAT SEKOLAH

7.1 Murid-murid DILARANG masuk ke dalam Pejabat Sekolah tanpa
sebarang urusan.

7.2 Surat-surat murid akan diedarkan kepada murid melalui Warden /
Guru Bertugas.

7.3 Murid-murid yang hendak berurusan dengan Pengetua atau
Penolong- Penolong Kanan, DIKEHENDAKI menggunakan waktu rehat /
selepas waktu persekolahan / waktu Kelas Persediaan.

7.4 Murid-murid HENDAKLAH berpakaian lengkap mengikut peraturan
pemakaian sebelum masuk ke Pejabat Sekolah.

FASAL 8: BILIK GURU

8.1 Murid-murid DILARANG masuk ke dalam Bilik Guru TANPA
KEBENARAN kecuali untuk menghantar buku latihan atau jika
dipanggil oleh guru.

8.2 Murid-murid DILARANG berurusan di Bilik Guru selepas jam 4.30 petang.

FASAL 9: TANDAS

9.1 Murid-murid yang hendak keluar ke tandas DIKEHENDAKI
mendapat kebenaran daripada Guru yang berada di dalam kelas
pada waktu itu.

25

9.2 Murid-murid HENDAKLAH menggunakan tandas yang ada di Blok
Sekolah.

9.3 Murid-murid DILARANG menggunakan tandas di Asrama kecuali jika
tiada air di tandas Blok Sekolah.

9.4 Murid-murid HENDAKLAH balik semula ke dalam kelas dengan
segera selepas ke tandas.

9.5 Murid-murid DIKEHENDAKI memastikan paip air yang telah
digunakan, ditutup sebelum meninggalkan tandas.

9.6 Tandas HENDAKLAH sentiasa dalam keadaan bersih.

9.7 Murid-murid DILARANG menggunakan tandas guru.

9.8 Murid lelaki DILARANG masuk ke tandas perempuan dan
sebaliknya.

9.9 Murid-murid DILARANG ke tandas pada waktu pertama terakhir,
sebelum dan selepas rehat.

FASAL 10: BILIK RAWATAN

10.1 Murid-murid yang tidak sihat dan sakit HENDAKLAH mengisi Kad
Pengesahan Masuk Bilik Sakit/ Bilik Rawatan dengan kelulusan
daripada Pengetua/ Penolong Kanan HEM / Warden/ Guru Bertugas.

10.2 Murid-murid lelaki yang sakit DIKEHENDAKI berada di Bilik Rawatan
Asrama Putera manakala murid-murid perempuan yang sakit
HENDAKLAH berada di Bilik Rawatan Asrama Puteri

10.3 Murid-murid yang sakit HENDAKLAH merekodkan nama mereka di
dalam `Buku Daftar Penggunaan Bilik Rawatan’ yang telah disediakan
di Pondok Pengawal Aspura dan Aspuri

10.4 Murid-murid hendaklah melaporkan tahap keseriusan sakit untuk
tindakan segera kepada PK HEM/ Ketua Warden/ Guru Bertugas/
Warden

10.5 Murid-murid yang menggunakan Bilik Rawatan MESTI
bertanggungjawab memastikan bilik itu sentiasa bersih, kemas dan
teratur

26

FASAL 11: WAKTU REHAT/ KANTIN

WAKTU KANTIN DIBUKA/ BEROPERASI

Hari Persekolahan

Isnin – Jumaat 7.00 pagi – 5.00 petang

Hari Sabtu/ Ahad/ Cuti Am Mengikut keperluan sekolah

11.1 Murid-murid DILARANG berada di dalam Kelas semasa waktu rehat
kecuali dengan kebenaran guru.

11.2 Semua murid DIKEHENDAKI berada di dalam Kelas sebaik sahaja
tamat waktu rehat.

11.3 Murid-murid HENDAKLAH beratur dan senyap semasa membeli
makanan dan minuman di Kantin.

11.4 Murid-murid HENDAKLAH senyap semasa makan dan minum dan
duduk di tempat yang telah disediakan di Kantin sahaja.

11.5 Pinggan mangkuk dan cawan atau gelas yang telah digunakan
HENDAKLAH diletakkan di dalam bekas / tempat yang telah
disediakan.

11.6 Sekiranya terdapat masalah makanan dan minuman yang
disediakan oleh pihak Kantin, murid-murid HENDAKLAH melaporkan
segera kepada Penolong Kanan HEM / Guru Bertugas.

11.7 Kantin sekolah HENDAKLAH sentiasa di dalam keadaan bersih, kemas
dan teratur. Semua perabot dan alatan Kantin mesti digunakan
dengan baik dan berhemah.

11.8 Murid-murid HANYA DIBENARKAN membeli makanan dan minuman
di kantin pada waktu rehat, selepas tamat persekolahan dan
selepas tamat Kelas Persediaan.

11.9 Murid-murid DILARANG ke kantin selepas jam 6.00 petang.

FASAL 12: KAWASAN SEKOLAH

12.1 Kawasan sekolah beserta bangunan, peralatan dan tumbuhan
didalamnya adalah harta kerajaan dan kawasan larangan.

12.2 Murid-murid DILARANG merosakkan pokok bunga atau tanaman lain
yang berada di dalam kawasan sekolah.

27

12.3 Murid-murid DILARANG memandu sebarang kenderaan di dalam
kawasan sekolah.

12.4 Keadaan kawasan sekolah HENDAKLAH sentiasa bersih dan cantik
tanpa sebarang sampah.

12.5 Sekolah HENDAKLAH sentiasa dalam keadaan sunyi sesuai sebagai
sebuah institusi pendidikan.

FASAL 13: KEGIATAN KOKURIKULUM

13.1 PANDUAN KETIKA AKTIVITI KOKURIKULUM:

a. Semua murid WAJIB menganggotai mana-mana pasukan
Unit Beruniform, Persatuan atau Kelab serta Sukan dan Permainan

b. Murid-murid WAJIB hadir ke perjumpaan kokurikulum pada
masa dan hari yang telah ditetapkan

c. Murid-murid WAJIB membawa `Buku Kehadiran Kokurikulum’
setiap kali perjumpaan pada hari kegiatan pasukan unit
beruniform, persatuan atau kelab serta sukan dan permainan

d. Pakaian unit beruniform yang lengkap HENDAKLAH dipakai
semasa kegiatan pasukan unit beruniform.

e. Aktiviti kokurikulum HENDAKLAH diadakan mulai jam 3.00 petang
pada setiap hari RABU.

f. Murid-murid DIKEHENDAKI memaklumkan kepada Guru
Penasihat / Jurulatih jika menghidap masalah kesihatan dan
tidak dapat menyertai aktiviti.

g. Setiap Ketua / Pengerusi unit beruniform atau persatuan
DIKEHENDAKI merekodkan kedatangan ahli masing-masing

h. Penggunaan padang / gelanggang untuk aktiviti yang
berkaitan mestilah mendapat kebenaran

i. Jika cuaca tidak mengizinkan seperti hujan, panas terik, jerebu
dan lain- lain, murid-murid DILARANG menjalankan aktiviti luar
secara terbuka

j. Murid-murid DIKEHENDAKI sentiasa mengikut arahan Guru
Penasihat / Jurulatih semasa aktiviti dijalankan dan
mengutamakan keselamatan diri.

k. Jika berlaku sebarang kemalangan semasa aktiviti / latihan
diadalan, segera maklumkan kepada Guru Penasihat / Jurulatih
untuk tindakan segera.

l. Murid-murid HENDAKLAH memulangkan semula semua peralatan
sukan yang telah dipinjam dan digunakan.

m. Sebarang aktiviti kokurikulum yang akan diadakan pada waktu
malam HENDAKLAH mendapat kebenaran bertulis daripada
Pengetua / Penolong Kanan HEM / Ketua Warden.

n. Setiap aktiviti kokurikulum seperti latihan sukan, fizikal dan
kawad HENDAKLAH disertai bersama dengan Guru Penasihat /
Jurulatih sukan / Unit beruniform masing-masing.

28

o. Segala aktiviti latihan fizikal dan kawad WAJIB ditamatkan pada
jam 11.00 malam.

13.2 PANDUAN KETIKA MENGADAKAN AKTIVITI PERKHEMAHAN :

a. Murid-murid DIKEHENDAKI memaklumkan sebarang
aktiviti perkhemahan yang diadakan dan mesti
mendapatkan kebenaran daripada ibu bapa / penjaga.

b. Sediakan pakaian dan peralatan yang lengkap seperti yang
diarahkan.

c. Ikut arahan yang telah ditetapkan oleh Guru Penasihat / Jurulatih.
d. Jika sesat, jangan cepat merasa panik. Sebaliknya, terus

bergerak dalam satu kumpulan dan jangan berpecah.
e. Cari sungai dan ikut arah air yang mengalir. Biasanya akan

terdapat penempatan yang berdekatan dengan sungai.

13.3 AKTIVITI KOKURIKULUM DAN AKTIVITI LUAR:

a. Murid-murid HENDAKLAH memakai T-Shirt rasmi sekolah / baju
sekolah lengkap / pakaian lain seperti yang ditentukan

b. T-shirt HENDAKLAH dipakai kemas dan sentiasa dimasukkan ke
dalam seluar.

c. Tali leher dipakai dan diikat kemas.
d. Memakai kasut dan lengkap berstokin.
e. DILARANG memakai topi atau apa-apa sahaja yang tidak

melambangkan disiplin pelajar MOZAC.
f. Murid-murid HENDAKLAH menyerahkan Borang Deklarasi Ibu

bapa kepada Guru Penasihat / Pengiring. Maklumat murid
yang keluar akan dimasukkan oleh PK HEM/ Warden/ Guru
Bertugas dalam sistem Hosfect (Keluar dan Masuk) secara online
g. Sekiranya ingin membawa penyokong (Walaupun tidak
digalakkan), permohonan mesti dibuat dengan menyenaraikan
bilangan, nama dan nombor kad pengenalan dengan lengkap
dan hantarkan kepada Pengetua untuk kelulusan.
h. Pengerusi Persatuan/ Kelab, Sukan dan Permainan serta
Unit Beruniform HENDAKLAH memaklumkan sebarang aktiviti luar
yang akan dijalankan sekurang-kurangnya TIGA (3) hari sebelum
hari aktiviti dijalankan kepada Penolong Kanan Kokurikulum
dengan menghantar senarai nama peserta untuk aktiviti yang
dimaksudkan.
i. Aktiviti kokurikulum di luar yang memerlukan penyediaan
makanan untuk bekalan HENDAKLAH dimaklumkan kepada
Penyelia Asrama melalui Guru Penasihat sekurang-kurangnya
TUJUH (7) hari sebelum hari berkenaan.

29

FASAL 14: PERJUMPAAN MURID

14.1 Setiap mesyuarat atau perjumpaan di kalangan murid
HENDAKLAH mendapat kebenaran daripada Pengetua/ Penolong
Kanan HEM dan guru-guru berkenaan MESTI hadir bersama-sama
dengan murid.

14.2 Perjumpaan antara murid lelaki dan perempuan DILARANG kecuali
dengan kehadiran seorang guru.

14.3 DILARANG diadakan perjumpaan di waktu persekolahan.

14.4 Perjumpaan yang melibatkan kehadiran orang luar WAJIB
mendapat kebenaran daripada Pengetua / Penolong Kanan HEM.

FASAL 15: SURAT MENYURAT

15.1 Segala urusan rasmi termasuk surat-menyurat dengan Jabatan
Kerajaan, agensi luar, pertubuhan atau orang perseorangan di luar
sekolah HENDAKLAH dibuat melalui Pengetua.

15.2 Murid-murid DILARANG menulis kepada mana-mana syarikat media
bercetak dan elektronik atau membuat kenyataan media.

15.3 Pihak sekolah BERHAK membuka dan menapis semua surat-surat murid.

FASAL 16: KESELAMATAN

16.1 KAWALAN KESELAMATAN :

a. Murid-murid DILARANG bercakap dengan orang yang tidak
dikenali kecuali bersama Pengetua / Penolong Kanan / Penolong
Kanan HEM / Penolong Kanan Kokurikulum / Guru Bertugas /
Warden.

b. Murid-murid DILARANG berjumpa dengan pelawat pada
waktu persekolahan kecuali dengan kebenaran Pengetua dan
HANYA di Pejabat Sekolah sahaja.

c. Ibu bapa / penjaga / pelawat DILARANG pergi ke Kelas untuk
berjumpa dengan murid.

d. Kehadiran orang yang tidak dikenali dan menimbulkan syak
atau curiga HENDAKLAH dilaporkan segera kepada Guru Disiplin
/ Guru Bertugas / Pentadbir Sekolah.

e. Murid-murid DILARANG keluar dari kawasan sekolah tanpa
sebarang kebenaran.

30

16.2 ARAHAN SEKIRANYA BERLAKUNYA KEBAKARAN

a. Bila mendengar bunyi loceng panjang sebanyak TIGA (3) kali,
murid-murid WAJIB mematuhi arahan guru dan meninggalkan
kelas dengan segera tanpa berebut-rebut.

b. Sila turun mengikuti tangga yang telah ditetapkan dan
bergegas ke tempat yang telah ditentukan dalam masa tidak
melebihi TIGA (3) minit. Panggilan baris akan dibuat di tempat
berkumpul.

c. Ketua Tingkatan / Penolong Ketua Tingkatan
HENDAKLAH memaklumkan kepada guru dengan segera
sekiranya ada rakan sekelas yang tiada di tempat berkumpul /
dalam barisan.

d. DILARANG membuat bising di tempat berhimpun supaya urusan
Panggilan Baris dapat diselesaikan secepat mungkin.

e. Sekiranya terperangkap dalam kebakaran, murid-murid
HENDAKLAH menjerit untuk meminta pertolongan dan mendapat
bantuan kecemasan.

f. Jika terdapat asap tebal, murid-murid HENDAKLAH cuba
untuk merangkak keluar

g. Jika terbakar, berguling di atas lantai dengan segera
h. Gunakan alat pemadam api yang disediakan sekiranya

berlaku kebakaran kecil.
i. Murid-murid DILARANG bermain-main atau merosakkan alat

pencegah kebakaran.
j. Murid-murid DILARANG membawa bahan mudah terbakar

ke sekolah seperti pemetik api, mancis dan sebagainya.

16.3 PANDUAN PENGGUNAAN PERALATAN ELEKTRIK :

a. Murid-murid HENDAKLAH menutup semua suis lampu / kipas /
alat elektrik ketika meninggalkan bilik kelas / makmal / bengkel
dan lain-lain.

b. DILARANG membuka / menutup suis peralatan elektrik dengan
tangan yang basah

c. Murid-murid HENDAKLAH melaporkan kepada guru sekiranya
terdapat sebarang kerosakan pendawaian atau peralatan
elektrik.

d. DILARANG cuba untuk membaiki / menyentuh / menggunakan
peralatan elektrik yang rosak

FASAL 17: BENGKEL REKA BENTUK & TEKNOLOGI (RBT)

17.1 Murid-murid DILARANG masuk / menggunakan Bengkel RBT tanpa
17.2 kebenaran guru.
17.3 Murid-murid DILARANG membawa keluar barang / alatan yang
terdapat di dalam Bengkel RBT tanpa kebenaran guru.
Menjaga kebersihan Bengkel RBT adalah tanggungjawab bersama

31

17.4 Semua murid HENDAKLAH memakai `Apron’ apabila menjalankan
aktiviti memasak/ amali
17.5 Sentiasa berhati-hati apabila menggunakan peralatan yang tajam
17.6 Pastikan dapur masak digunakan dengan berhati-hati dan
matikan gas selepas digunakan.
17.7 Semua peralatan Bengkel RBT HENDAKLAH dijaga dengan baik dan
dikembalikan ke tempat asal selepas digunakan.
17.8 LAPORKAN kepada guru jika berlaku sebarang kecederaan dan
kemalangan semasa berada di Bengkel RBT.
17.9 Bersihkan Bilik Kemahiran Hidup selepas digunakan.
17.10 Bersihkan papan putih selepas digunakan.
17.11 Tutup semua tingkap dan pintu serta matikan suis lampu dan kipas
sebelum meninggalkan bilik.
17.12 Murid-murid yang melanggar peraturan penggunaan Bilik Kemahiran
Hidup boleh diambil tindakan disiplin.

TUGAS UTAMA KETUA KUMPULAN (FORMEN)
a. Memastikan semua murid MEMATUHI peraturan penggunaan

Bengkel RBT
b. Menyediakan Senarai Tugas Ahli Kumpulan.
c. Bengkel RBT bersih dan sebelum keluar, semua pintu dan

tingkap telah ditutup.

Nota: Bengkel RBT adalah ubahsuai daripada Bengkel Kemahiran Hidup

FASAL 18: MAKMAL SAINS

18.1 PERATURAN-PERATURAN AM :

a. Makmal ialah kawasan LARANGAN. Murid-murid DILARANG
masuk ke dalam mana-mana Makmal melainkan dengan
kebenaran Guru.
Peralatan sains, bahan kimia atau bahan biologi:
✓ DILARANG dibawa keluar daripada mana-mana
Makmal tanpa kebenaran guru
✓ HANYA boleh digunakan atas arahan dan panduan guru’
✓ Yang telah digunakan, HENDAKLAH dikembalikan ke
tempat asalnya

b. Eksperimen DILARANG dilakukan tanpa pengetahuan
dan kebenaran Guru.

c. Semua radas HENDAKLAH dibersihkan sebelum dan
selepas digunakan.

d. Setiap kerosakan, pecahan atau kemalangan HENDAKLAH
dilaporkan dengan segera kepada guru yang
bertanggungjawab ataupun kepada kakitangan Makmal.

e. DILARANG bermain-main dengan segala peralatan dan
kelengkapan di dalam Makmal.

32

f. Kepingan-kepingan kertas DILARANG digunakan untuk
menghidupkan api penunu bunsen.

g. Kayu mancis dan benda-benda lain yang masih berbara
HENDAKLAH dipadamkan dahulu sebelum dibuang ke dalam
tong sampah.

h. Murid-murid DILARANG membawa masuk beg ke dalam bilik
Makmal.

i. Makanan dan minuman DILARANG dibawa masuk ke dalam
Makmal.

j. Air paip di dalam Makmal DILARANG diminum
k. Langkah-langkah keselamatan HENDAKLAH dipatuhi setiap

masa.
l. Tindakan disiplin akan dikenakan ke atas pelajar yang mencuri

peralatan sains, bahan kimia atau bahan biologi.
m. Murid yang MELANGGAR peraturan penggunaan makmal

boleh diambil tindakan disiplin.

18.2 KEBERSIHAN MAKMAL

a. Kebersihan makmal HENDAKLAH sentiasa dijaga. Kayu mancis,
kertas turas ataupun sebarang sampah dalam bentuk
pepejal HENDAKLAH dibuang ke dalam tong sampah yang
disediakan. DILARANG buang sampah ke dalam atau di bawah
sinki / besen penakung air.

b. Sinki HENDAKLAH dibersihkan selepas membuat sesuatu ujikaji.
c. Meja Makmal HENDAKLAH dikeringkan dan dibersihkan selepas

setiap kali percubaan / ujikaji.
d. Makmal HENDAKLAH dibersihkan dan dikemaskan selepas

digunakan.
e. Bangku-bangku HENDAKLAH dimasukkan ke bawah meja

sebelum meninggalkan Makmal

18.3 PENGGUNAAN BAHAN-BAHAN KIMIA :

a. Bahan-bahan kimia HANYA BOLEH digunakan di bawah
jagaan dan arahan guru yang bertanggungjawab.

b. Label dan kenyataan pada botol HENDAKLAH dibaca dengan
teliti untuk memastikan bahawa bahan kimia yang digunakan
itu adalah betul.

c. Gunakan sedikit sahaja bahan kimia semasa membuat
pemerhatian kerana sedikit bahan kimia adalah
mencukupi untuk memberi pemerhatian yang jelas.
DILARANG membazirkan bahan kimia.

d. Gunakan spatula untuk mengambil bahan kimia pepejal
atau serbuk. DILARANG sekali-kali menggunakan jari tangan.

e. Botol yang mengandungi bahan kimia HENDAKLAH ditutup
semula dengan segera setelah diambil bahannya.

f. DILARANG masukkan kepingan-kepingan kertas seperti kertas
litmus atau bahan-bahan pepejal lain ke dalam botol bahan uji.

33

g. Bahan kimia biasanya adalah beracun dan menghakis.
DILARANG sekali- kali merasa dengan lidah sebarang bahan
kimia walaupun bahan itu dalam larutan yang cair.

h. Jika termasuk ke dalam mulut sebarang asid atau alkali,
HENDAKLAH diludahkan keluar dengan serta merta dan
basuhlah mulut dengan air paip yang banyak.

i. Jika termasuk sebarang asid atau alkali ke dalam
mata,maka HENDAKLAH dibasuhkan dengan mengalirkan air
paip kepadanya.

18.4 KECEMASAN & KEMALANGAN :

a. LAPORKAN sebarang kecemasan dan kemalangan kepada
guru yang bertanggungjawab atau kepada pembantu
makmal dengan serta merta.

b. Jika pakaian terbakar, jangan cemas dan lari dengan
tiada ketahuan. Berguling di atas lantai sehingga api dapat
dipadamkan.

c. Gunakan alat pemadam api jika berlaku kebakaran kecil.
d. Gunakan Peti Pertolongan Cemas / `First Aid Kit’ dengan

pengetahuan guru.

PERINGATAN
PIHAK SEKOLAH TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB ATAS APA-

APA KEJADIAN YANG TIDAK DIINGINI SEKIRANYA SEORANG
PELAJAR ITU TIDAK MEMATUHI PERATURAN DAN LANGKAH-
LANGKAH KESELAMATAN MAKMAL SEPERTI YANG DINYATAKAN

FASAL 19: MAKMAL KOMPUTER

19.1 Sila tanggalkan kasut anda di luar sebelum masuk ke Makmal Komputer.

19.2 Murid-murid HANYA DIBENARKAN menggunakan Makmal Komputer
bersama guru atau telah mendapat kebenaran bertulis daripada guru
dan telah disahkan oleh penyelaras ICT.

19.3 Sila catatkan nombor Komputer yang digunakan di dalam `Buku
Catatan Penggunaan Komputer’ yang disediakan.

19.4 Sebarang makanan dan minuman DILARANG sama sekali dibawa
masuk ke dalam Makmal Komputer.

19.5 Murid-murid DILARANG sama sekali mengalih, mengubah atau
membawa keluar sebarang peralatan dari Makmal Komputer.

19.6 Suis-suis Komputer HENDAKLAH dipadamkan dengan baik selepas
menggunakan Komputer.

34

19.7 Pastikan Makmal Komputer berada dalam keadaan bersih, kemas dan
teratur sebelum keluar dari Makmal Komputer.

19.8 Suis-suis lampu dan pendingin hawa HENDAKLAH ditutup /
dipadamkan sebelum meninggalkan Makmal Komputer.

FASAL 20: KOPERASI SEKOLAH (KOOP)

20.1 Koperasi Sekolah (Koop) akan dibuka untuk urusan jual beli kepada
murid- murid HANYA pada waktu rehat sahaja.

20.2 Semua murid DILARANG berurusan di Koop semasa proses pengajaran
dan pembelajaran sedang berlangsung kecuali dengan arahan guru.

20.3 Murid-murid DILARANG membuat bising dan mengganggu semasa
berada dalam Koop.

20.4 Segala urusniaga adalah secara tunai di dalam Ringgit Malaysia (RM)
atau penggunaan “ Smart Card” sahaja.

20.5 Murid-murid DILARANG berhutang kecuali dalam kes-kes tertentu dan
mendapat kebenaran daripada guru Koop sahaja.

20.6 Murid-murid yang mengambil barangan secara layan diri perlu
menunjukkan dulu barangan yang dibeli kepada AJK Jualan Koop
sebelum membuat pembayaran.

20.7 Murid-murid yang berurusan di Koop perlu memastikan jumlah wang
baki / “smart card” perlu “update balance” selepas urusniaga dan
barangan yang diperoleh adalah betul.

20.8 Murid-murid DILARANG sama sekali membawa keluar barangan
secara sembunyi / seludup. Tindakan tegas akan diambil sekiranya
didapati ada murid yang berbuat demikian.

20.9 Mana-mana murid yang ternampak dan mengesyaki kes curi /
20.10 menyeludup barang, WAJIB membuat laporan kepada guru Koop
dalam kadar segera.
Murid-murid boleh membuat tempahan kepada guru Koop mana-
mana barangan yang diperlukan yang belum lagi dijual di Koop.

20.11 Aduan dan cadangan boleh dibuat kepada guru Koop sekiranya
didapati mutu barangan yang dijual serta perkhidmatan kaunter
kurang memuaskan.

35

FASAL 21: SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)

21.1 MURID-MURID YANG LAYAK MENDAPAT PINJAMAN SPBT PERLU:

a. Memastikan mendapat SATU (1) Set buku teks yang lengkap
mengikut tingkatan masing-masing.

b. Menulis nama dan tingkatan di ruang yang disediakan.
c. Membalutnya dengan kadar segera menggunakan

pembalut plastik.
d. Tempoh yang diberi untuk membalut adalah DUA (2) minggu

dari tarikh pinjaman.
e. Murid-murid yang gagal membalut buku teks masing-masing

akan dikenakan tindakan iaitu bukunya akan diambil dan
diminta datang ke Bilik BOSS bersama pembalut plastik.
f. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan bukunya
dianggap hilang dan perlu diganti dalam bentuk buku yang
sama sahaja

21.2 MENJAGA KESELAMATAN BUKU-BUKU TEKS DAN MENYIMPANNYA DI
TEMPAT YANG SESUAI :

a. Sentiasa membawanya ke sekolah.
b. DILARANG menconteng dan mengoyakkan halaman buku teks.

Jika koyak, pelajar perlu membaikinya sendiri.
c. Pelajar perlu menandatangani borang pinjaman SPBT di

ruang pemulangan setelah semua buku dipulangkan.

21.3 PEMULANGAN BUKU SPBT :

a. Pemulangan buku SPBT akan dijalankan seminggu selepas
berakhirnya Peperiksaan Akhir Tahun (Bagi kelas bukan
peperiksaan Tingkatan 3 dan Tingkatan 5).

b. Bagi murid-murid Tingkatan 3 dan 5, pemulangan buku akan
dijalankan sehari selepas tarikh akhir Peperiksaan PT3 dan SPM.
Segala penyerahan mestilah dibuat di bilik SPBT.

c. Murid-murid perlu menandatangani borang pinjaman SPBT di
ruang pemulangan setelah semua buku dipulangkan

d. Murid-murid yang gagal menghantar buku teks pada waktu
yang ditetapkan dan tidak mencukupi, Surat Pemberitahuan
akan dihantar kepada ibu bapa / penjaga untuk tindakan
sewajarnya

PERINGATAN
✓ Semua urusan peminjaman dan pemulangan buku SPBT mestilah

melalui Guru Tingkatan masing-masing. Buku-buku pinjaman yang
hilang mestilah dilaporkan kepada guru SPBT dan diganti dalam tempoh
DUA (2) minggu selepas kehilangan buku tersebut.
✓ Murid yang tidak memulangkan atau telah menghilangkan buku
SPBT, pinjaman buku teks untuk tahun berikutnya akan ditahan sehingga
buku tersebut diganti sepenuhnya.

36

✓ Buku gantian tersebut mestilah dari judul yang sama dan dalam

keadaan baik.
✓ Murid yang TIDAK DAPAT mencari buku gantian perlu :

➢ Membayar harga buku tersebut mengikut harga semasa.
➢ Pembayaran hendaklah dibuat di Pejabat Sekolah dengan

kenyataan bertulis.
✓ Murid-murid yang mengingkari peraturan peminjaman buku SPBT

boleh menyebabkan kemudahan itu ditarik balik.

FASAL 22: ROMBONGAN/ LAWATAN RASMI

22.1 Rombongan / lawatan rasmi WAJIB dalam bentuk rombongan
yang dikelolakan oleh pihak sekolah samada untuk menyaksikan
sebarang perayaan, pertandingan, pertunjukan dan lawatan sambil
belajar HENDAKLAH disertakan dengan Kertas Kerja dan mendapat
kelulusan bertulis daripada pengetua.

22.2 Murid-murid HENDAKLAH mendapat kebenaran daripada ibu bapa /
penjaga secara bertulis untuk mengikuti Rombongan / lawatan.

22.3 Pelaksanaan Rombongan / lawatan adalah tertakluk kepada
peruntukan dan Peraturan Pelancongan Sekolah 1957 yang
ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran dan Jabatan Pelajaran Negeri
/ Pejabat Pendidikan Daerah.

22.4 Semua urusan surat menyurat ke tempat yang dilawati HENDAKLAH
melalui Pengetua.

22.5 Semua Rombongan / lawatan WAJIB diiringi oleh guru.

22.6 Masa Rombongan / lawatan HENDAKLAH dipilih agar tidak
mengganggu masa persekolahan.

22.7 Murid-murid HENDAKLAH bergerak dalam kumpulan sepanjang
22.8 Rombongan/ lawatan tersebut.
Ketua Kumpulan Rombongan / lawatan HENDAKLAH menghantarkan
SATU (1) salinan nama pelajar yang mengikuti program tersebut
kepada Penolong Kanan HEM.

22.9 Ketua Rombongan HENDAKLAH menyediakan laporan lawatan dalam
masa TUJUH (7) hari selepas aktiviti dijalankan.

FASAL 23: PENGGUNAAN KENDERAAN SEKOLAH

23.1 Keutamaan penggunaan kenderaan sekolah ialah untuk tujuan
kebajikan murid, kegiatan akademik atau kokurikulum.

37

23.2 Kenderaan sekolah boleh ditempah oleh Persatuan / kelab dan lain-
lain untuk menghadiri pertandingan atau penyertaan sesuatu aktiviti di
luar sekolah melalui Guru Penasihat masing-masing SATU (1) Minggu
lebih awal dengan mengisi Borang Tempahan Kenderaan.

23.3 Penggunaan kenderaan sekolah HENDAKLAH mendapat kelulusan
daripada pihak Pengetua.

23.4 Penggunaan kenderaan sekolah untuk tujuan Rombongan / lawatan
boleh dipertimbangkan sekiranya tidak bertembung dengan aktiviti
sekolah / daerah/ Jabatan / Sektor Sekolah Berasrama Penuh /
Kementerian Pendidikan Malaysia.

23.5 Faktor keselamatan HENDAKLAH diberi keutamaan apabila
menggunakan kenderaan sekolah. Murid-murid DIKEHENDAKI beratur
semasa menaiki dan menuruni kenderaan.

23.6 Murid-murid DIKEHENDAKI membaca doa sebelum bas bergerak
dan selepas selamat sampai ke destinasi.

23.7 Kebersihan kenderaan adalah tanggungjawab bersama.

23.8 Pihak sekolah berhak menolak sebarang permohonan untuk
menggunakan kenderaan sekolah atas alasan keutamaan kepada
aktiviti sekolah.

FASAL 24: PERPUSTAKAAN/ PUSAT SUMBER

24.1 PERATURAN AM :

a. Perpustakaan / Pusat Sumber dibuka pada setiap hari
persekolahan iaitu ISNIN – JUMAAT pada pukul 7.30 pagi hingga
4.00 petang. Pada setiap hari SABTU minggu kedua dan keempat,
Perpustakaan / Pusat Sumber dibuka pada pukul 8.00 pagi hingga
10.30 pagi.

b. Bahan-bahan dan alatan yang dipinjam HENDAKLAH
dicatatkan dalam Buku / Fail Rekod Pinjaman.

c. Tempoh pinjaman boleh dilanjutkan dengan memperbaharui
tarikh pinjaman.

d. Bahan-bahan pinjaman yang dikembalikan HENDAKLAH
diletakkan di tempat asalnya.

e. Jika berlaku kerosakan atau kehilangan bahan, guru yang
berkenaan perlu melaporkan dengan kadar segera kepada
Penyelaras bilik yang berkenaan atau Penyelaras Pusat Sumber.

f. Penggunaan Perpustakaan / Pusat Sumber HENDAKLAH
mengikut jadual yang telah ditetapkan.

g. Sekiranya ingin menggunakan Perpustakaan / Pusat Sumber
di luar jadual, sila buat tempahan SATU (1) hari lebih awal.

38

h. Penggunaan alatan yang memerlukan kemahiran HENDAKLAH
terlebih dahulu dipelajari dari Guru / Penyelaras Pusat Sumber
berkenaan.

i. Guru / Penyelaras Pusat Sumber HENDAKLAH memastikan agar
suis dan punca elektrik, kipas,lampu dan pendingin hawa
ditutup sebelum keluar dari bilik-bilik berkenaan.

j. Murid-murid DILARANG membuat bising ketika berada di
dalam Perpustakaan / Pusat Sumber.

k. Murid-murid DILARANG membawa masuk buku teks dan Buku
Rekod NILAM masing-masing.

l. Murid-murid DILARANG masuk ke Perpustakaan / Pusat
Sumber semasa pengajaran dan pembelajaran kecuali bersama
guru.

24.2 PERATURAN PINJAMAN DAN PEMULANGAN BUKU :

a. Peminjaman dan pemulangan buku HANYA dibuat mengikut
jadual yang telah ditetapkan.

b. Peminjaman dan pemulangan buku HANYA boleh dibuat
melalui pengawas Perpustakaan dan guru Perpustakaan yang
bertugas.

c. Pemulangan buku HENDAKLAH dibuat pada atau sebelum tarikh
yang dicatatkan pada Kad kecuali cuti umum

d. Sesiapa yang LEWAT memulangkan buku akan dikenakan denda
sebanyak RM0.50 sehari.

e. Murid yang menghilangkan atau merosakkan buku akan
dikenakan denda dengan membayar mengikut harga buku
tersebut

f. Setiap guru yang ingin meminjam buku DIKEHENDAKI
mencatatkan butiran pinjaman di dalam `Rekod Pinjaman Guru’
yang disediakan di kaunter. Tempoh pinjaman adalah selama
seminggu.

g. Pinjaman buku bertanda merah, folio, bank soalan dan majalah
terkini direkodkan dalam buku rekod yang disediakan.

h. Memulangkan s e m u l a ke kaunter selepas menggunakan
bahan bacaan tersebut.

FASAL 25: KEBENARAN KHAS MEMBAWA KOMPUTER RIBA/
TABLET KE SEKOLAH

25.1 Komputer Riba / Tablet adalah barang yang DILARANG untuk
dibawa ke sekolah. Walau bagaimanapun, murid-murid boleh
membawa Komputer Riba / Tablet ke sekolah dengan KEBENARAN
KHAS daripada Pengetua atau Penolong-Penolong Kanan sahaja.

25.2 Sila dapatkan `Borang Kebenaran Khas’ membawa Komputer Riba /
Tablet melalui Peyelaras ICT.

39

25.3 SYARAT-SYARAT PENGGUNAAN KOMPUTER RIBA / TABLET DENGAN
KEBENARAN KHAS :

a. Murid-murid DILARANG memuat turun bahan atau maklumat
yang boleh mencemarkan nama baik MOZAC, Sekolah
Berasrama Penuh (SBP) dan Kementerian Pelajaran Malaysia
(KPM).

b. Murid-murid DILARANG menyalahgunakan kemudahan yang
diberi dengan melayari laman sesawang yang tidak sesuai
seperti bahan-bahan tidak bermoral.

c. Komputer Riba / Tablet tersebut adalah sepenuhnya di
bawah tanggungjawab murid.

d. Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang
kerosakan atau kehilangan Komputer Riba / Tablet.

e. Pihak sekolah juga tidak akan melayan sebarang aduan
kerosakan dan tuntutan daripada ibu bapa / penjaga sekiranya
berlaku kehilangan atau kerosakan Komputer Riba / tablet
tersebut.

f. Masa yang DIBENARKAN untuk menggunakan Komputer Riba /
Tablet adalah waktu kelas persediaan petang dan apabila
diperlukan dalam aktiviti P&P.

g. Semua Komputer Riba / Tablet WAJIB disimpan di dalam almari
yang telah disediakan.

h. Murid DILARANG untuk menggunakan / menyimpan
Komputer Riba / Tablet di Kamar / Asrama.

25.4 Murid yang engkar dan gagal untuk mematuhi segala syarat seperti di
atas maka Komputer Riba / Tablet mereka akan dirampas dan akan
disimpan oleh pihak sekolah selama SATU (1) Tahun daripada tarikh
dirampas sebelum dipulangkan semula kepada ibu bapa / penjaga.

FASAL 26: LARANGAN KHAS

26.1 KAWASAN LARANGAN DAN BILIK-BILIK KHAS :

a. Pejabat Sekolah, Bilik Pengetua, Bilik-Bilik Penolong Kanan, Bilik
Guru, Kediaman guru, Bilik Warden dan Bilik-Bilik Khas adalah
DILARANG kepada murid-murid kecuali dengan kebenaran guru.

b. Kawasan dalam dan dapur Kantin dan Dewan Makan.
c. Bilik Rawatan Asrama kecuali kepada pelajar-pelajar yang

sakit dan mendapat kebenaran sahaja.
d. Pondok Pengawal Keselamatan.
e. Bilik Gerakan Pengawas yang dikhaskan untuk para pengawas

sahaja
f. Kawasan Tangki Air, Pencawang Elektrik dan Bilik-Bilik Suis.

40

26.2 SEMASA WAKTU PERSEKOLAHAN, MURID-MURID HENDAKLAH MEMINTA
KEBENARAN JIKA :
a. Menggunakan telefon sekolah
b. Pergi ke kantin (Kecuali waktu Rehat sahaja).
c. Balik ke Asrama
d. Pergi ke Surau.
e. Menggunakan Perpustakaan / Pusat Sumber tanpa guru.
f. Berjumpa dengan pelawat / ibu bapa / penjaga
g. Masuk ke Pejabat Sekolah/ Bilik Guru/ Bilik-Bilik Khas
h. Membawa peranti elektronik (gajet) / alat hiburan

41

BAB 4
PERATURAN ASRAMA

FASAL 1: PAKAIAN

1.1 MURID LELAKI

a. Murid-murid lelaki HENDAKLAH sentiasa berpakaian kemas
dan menutup aurat

b. Baju Sekolah / Kemeja / Baju-T yang berkolar WAJIB
sentiasa dimasukkan ke dalam seluar apabila murid lelaki keluar
dari kawasan / pagar Asrama.

c. Ketika beriadah, murid-murid lelaki HENDAKLAH memakai
Seluar Panjang Sukan / `Track Bottom’ dan berbaju-T yang
berkolar.

d. Kemeja Batik Sekolah WAJIB semasa Balik Bermalam dan Balik
e. semula ke Asrama
f. Berselipar HANYA DIBENARKAN di dalam kawasan Asrama

dan ke tandas sahaja

Pakaian Murid Lelaki Yang DIBENARKAN
a. Seluar panjang / `Slack’
b. Baju Kemeja
c. Baju Melayu
d. Baju-T yang berkolar dan tidak mempunyai sebarang gambar

dan tulisan yang tidak bersesuaian.
e. Bersandal atau berkasut.

Pakaian Murid Lelaki Yang DILARANG
a. Seluar Jeans / Denim / ‘Bellbottom’ dan yang sejenis dengannya.
b. Seluar pendek.
c. Seluar yang mempunyai poket bertampal di sebelah kiri,

kanan, hadapan atau belakang.
d. Seluar yang terlalu labuh atau saiznya terlalu besar atau terlalu

kecil
e. Baju-T yang tidak berkolar dan berlengan.
f. Baju yang mempunyai gambar dan tulisan-tulisan yang

tidak bersesuaian.
g. Baju-T yang melambangkan budaya yang negatif dan

berunsur politik.

1.2 MURID PEREMPUAN :

a. Murid-murid perempuan HENDAKLAH sentiasa memakai pakaian
kemas dan menutup aurat.

b. Ketika bersukan / riadah, murid-murid perempuan WAJIB
memakai Seluar Panjang Sukan / `Track Bottom’ dan berbaju-T

42

berlengan panjang serta bertudung (bagi yang muslim). Labuh
baju MESTI melebihi paras punggung.
c. Baju Kurung Batik Sekolah dipakai semasa Balik Bermalam dan
Balik semula ke Asrama
d. Berselipar HANYA DIBENARKAN di dalam kawasan Asrama
dan ke tandas sahaja

Pakaian Murid Perempuan Yang DILARANG
a. Seluar Jeans / Denim / `Bellbottom’ dan yang sejenis dengannya.
b. Seluar pendek.
c. Seluar yang mempunyai poket bertampal di sebelah kiri,

kanan, hadapan atau belakang.
d. Segala jenis pakaian yang tidak menutup aurat sama ada

berlengan pendek / ketat / jarang (nipis) atau labuhnya yang
tidak melebihi punggung.
e. Baju yang mempunyai gambar dan tulisan-tulisan yang
tidak bersesuaian.
f. Baju-T yang melambangkan budaya yang negatif dan
berunsur politik.

Nota: Sila rujuk Lampiran 4, muka surat 72

FASAL 2: KAMAR

2.1 Kamar WAJIB dibersihkan dan dikemaskan sebelum keluar asrama
pada setiap hari.

2.1 Cadar dan sarung bantal mengikut warna Rumah HENDAKLAH
dipasang setiap masa sama ada digunakan atau tidak.

2.3 Selimut mengikut warna Rumah HENDAKLAH diletakkan di hujung kaki
katil. Hujung selimut hendaklah dimasukkan ke bawah tilam.

2.4 Semua pakaian HENDAKLAH disimpan dengan tersusun kemas di
dalam loker. Manakala kasut dan selipar HENDAKLAH disusun dengan
kemas di rak yang telah disediakan.

2.5 Tuala HENDAKLAH disidai di ampaian yang telah disediakan.
Sekiranya musim hujan, tuala boleh disidai dengan kemas di hujung katil
(sebelah kaki).

2.6 Beg-beg pakaian yang besar HENDAKLAH disimpan di tempat yang
telah disediakan.

2.7 Segala kerosakan di dalam Kamar yang disebabkan oleh
murid HENDAKLAH diganti oleh murid berkenaan.

2.8 Murid-murid DIKEHENDAKI menampal nama mereka di loker dan
hujung katil masing-masing

43

2.9 DILARANG berada di Kamar pada waktu persekolahan, waktu kelas
persediaan, waktu aktiviti kokurikulum, waktu solat berjemaah, aktiviti
sekolah dan waktu riadah.

2.10 DILARANG menampal sebarang risalah atau gambar yang tidak
bersesuaian di dalam Kamar termasuk gambar artis, ahli sukan, ahli
politik dan sebagainya.

2.11 DILARANG menampal sebarang risalah mana-mana parti politik di
dalam Kamar.

2.12 Tong sampah di dalam Kamar HENDAKLAH dikosongkan jika sampah
telah penuh

2.13 DILARANG tidur di atas katil orang lain sama ada secara bersendirian
atau bersama-sama.

2.14 DILARANG tidur di Kamar lain dari yang telah ditetapkan.

2.15 DILARANG membawa atau menerima tetamu ke kamar pada bila-bila
masa tanpa kebenaran dari Pengetua.

2.16 DILARANG memasak sama ada menggunakan bahan api atau elektrik

2.17 DILARANG membawa peralatan elektrik dan elektronik.

2.18 Pintu kamar HENDAKLAH sentiasa ditutup apabila “clear” asrama

Setiap Kamar WAJIB mempunyai perkara berikut:

✓ Visi dan Misi Sekolah dan KPM
✓ Carta Organisasi Kamar dan Mentor
✓ Senarai Nama Ahli Kamar
✓ Nama Murid Di Katil dan Loker
✓ Senarai Jadual Bertugas Harian
✓ Senarai Inventori Kamar
✓ Peraturan Keselamatan Kamar
✓ Pelan Laluan Kecemasan Kebakaran
✓ Langkah-Langkah Pencegahan Kebakaran

FASAL 3: DEWAN MAKAN

3.1 Waktu makan dan minum di Dewan Makan HENDAKLAH pada masa
yang telah ditetapkan :

SARAPAN HARI PERSEKOLAHAN HARI SABTU/
(ISNIN – JUMAAT) AHAD/ CUTI UMUM

6.15 Pagi – 6.50 Pagi 6.30 Pagi – 7.00
Pagi

44

MAKAN TENGAHARI 2.10 – 3.00 Petang

MINUM PETANG (Isnin – Khamis) 12.00 – 1.00
MAKAN MALAM
MINUM MALAM 12.00 Tengahari – 12.30 Tengahari Tengahari

(Putra)

12.30 Tengahari – 1.00 Tengahari

(Putri)

(Jumaat Sahaja)

4.00 Petang – 4.30 Petang

6.15 Malam – 7.00 Malam

10.30 Malam – 11.00 Malam

3.2 Murid-murid WAJIB makan di meja dan kerusi yang telah ditetapkan
mengikut rumah.

3.3 Doa makan HENDAKLAH dibaca sebelum dan selepas makan.

3.4 Murid-murid HENDAKLAH makan dengan penuh adab dan sopan.

3.5 Murid-murid HENDAKLAH menjaga kebersihan meja makan dan tempat
membasuh tangan.

3.6 Murid-murid DIKEHENDAKI meletakkan pinggan selepas makan di
tempat yang telah disediakan.

3.7 Murid-murid WAJIB membawa cawan plastik (Mengikut warna
Rumah masing-masing) setiap kali masa makan dan minum.

3.8 Murid-murid DIKEHENDAKI sentiasa berpakaian sopan dan
berkasut semasa masuk ke dalam Dewan Makan.

3.9 Murid-murid DILARANG memakai pakaian Sukan (Selepas riadah),
selipar, kain pelikat dan pakaian-pakaian yang tidak bersesuaian
semasa masuk ke dalam Dewan Makan.

3.10 Murid-murid HENDAKLAH beratur dengan tertib dan sopan untuk
mengambil makanan dan minuman di kaunter Dewan Makan.

3.11 Murid-murid DIKEHENDAKI mengutip sisa makanan yang bertaburan di
atas meja sebelum meningalkan Dewan Makan.

3.12 Kerusi yang telah digunakan HENDAKLAH dimasukkan semula ke bawah
meja selepas makan

FASAL 4: BILIK MANDI/ TANDAS/ BILIK MEMBASUH

4.1 Membaca doa sebelum dan selepas memasuki tandas. dan
4.2 Murid-murid bertanggungjawab menjaga kebersihan
45
keceriaan BilikMandi/ Tandas / Bilik Membasuh.

4.3 Semasa keluar dari Bilik Mandi / Tandas / Bilik Membasuh, murid-
murid HENDAKLAH memastikan paip air dan suis lampu telah ditutup.

4.4 Sinki di dalam Bilik Air DILARANG digunakan untuk merendam dan
membasuh pakaian.

4.5 DILARANG membuang sisa makanan, pembalut sabun dan lain-lain
sampah ke dalam Bilik Mandi / Tandas / Bilik Membasuh.

4.6 Murid-murid HENDAKLAH menutup aurat semasa mandi.

4.7 DILARANG menggunting rambut di dalam Bilik Mandi / Tandas /
Bilik Membasuh.

4.8 DILARANG membasuh pakaian selepas jam 11.30 malam.

4.9 DILARANG meninggalkan baju, tuala, baldi dan alatan kebersihan diri
dan alatan membasuh di Bilik Mandi / Tandas / Bilik Membasuh.

4.10 Murid-murid HENDAKLAH menarik pam / ‘flush’ setiap kali selepas
membuang air besar dan kecil.

4.11 Murid-murid DILARANG menconteng dinding Bilik Mandi / Tandas /
Bilik Membasuh

4.12 Murid-murid DILARANG membuang sisa makanan/ sampah di dalam
lubang tandas

FASAL 5: KELAS PERSEDIAAN (PREP)

5.1 Murid-murid WAJIB menghadiri Kelas Persediaan (Prep) pada hari
yang telah ditentukan seperti berikut :

ISNIN PREP PETANG PREP MALAM PREP PAGI
3.00 – 4.00 Petang 9.00 – 10.30 8.30 Pagi – 12.30

√ Malam Tgh


SELASA √ √
RABU √ √

KHAMIS √ √
JUMAAT √ √

SABTU √
AHAD

Nota: Masa Prep Malam -Tertakluk kepada waktu Solat Isyak

5.2 Murid-murid DILARANG membuat bising atau mengganggu murid-
murid lain sepanjang Kelas Persediaan (Prep) berjalan.

46

5.3 DILARANG membawa sebarang makanan dan minuman di Kelas
Persediaan (Prep) kecuali bekas air yang dibenarkan sahaja.

5.4 Kebersihan dan keceriaan Kelas Persediaan (Prep) adalah
tanggungjawab murid-murid yang menggunakannya.Papan tulis
HENDAKLAH dibersihkan sebelum meninggalkan Kelas Persediaan.

5.5 Sebarang aktiviti yang hendak diadakan pada waktu Kelas Persediaan
(Prep) WAJIB mendapat kebenaran bertulis daripada Pengetua /
Penolong Kanan HEM.

5.6 Murid-murid DILARANG berada di Kamar atau di Bilik Rawatan
Asrama semasa Kelas Persediaan (Prep) kecuali dengan kebenaran
Warden / Penyelia Asrama.

5.7 Murid-murid HENDAKLAH memakai pakaian yang telah ditetapkan
sahaja semasa ke Kelas Persediaan (Prep).

5.8 Suis-suis lampu dan kipas HENDAKLAH ditutup sebaik sahaja tamat
Kelas Persediaan (Prep).

5.9 Murid-murid DIKEHENDAKI membersihkan dan mengemaskan Kelas
masing-masing pada LIMA (5) minit terakhir sebelum tamat Kelas
Persediaan (Prep).

5.10 Murid-murid DILARANG pergi dan berada di Kantin atau Koop untuk
membeli makanan pada waktu Kelas Persediaan (Prep).

5.11 Murid-murid WAJIB berada di Kelas Tingkatan masing-masing semasa
Kelas Persediaan (Prep) dan tidak dibenarkan berada di dalam Kelas
lain.

FASAL 6: SOLAT

6.1 Murid-murid yang beragama Islam WAJIB menunaikan Solat Fardhu
LIMA (5) Waktu sehari semalam secara berjemaah di Surau sekolah.

6.2 Murid-murid DILARANG menunaikan Solat di dalam Kamar masing-
masing KECUALI Solat di malam hari.

6.3 Murid-murid DILARANG berada di dalam Kamar / Asrama selepas
Azan berkemundang.

6.4 Semua murid DIKEHENDAKI mengikuti aktiviti selepas Solat Fardu
berjemaah seperti Tazkirah (Termasuk murid perempuan yang uzur).

47

6.5 Murid yang sengaja lewat menunaikan Solat secara berjemaah
tanpa sebarang alasan akan dikenakan tindakan disiplin.

6.6 Murid-murid DILARANG keluar dari Surau sebelum tamat bacaan
Wirid, Doa dan Tazkirah selesai.

6.7 Pakaian murid lelaki dan perempuan semasa solat berjemaah adalah
seperti yang telah ditetapkan.

6.8 Murid perempuan yang uzur DIKEHENDAKI berkumpul di bahagian
belakang dalam surau semasa solat berjemaah diadakan.

FASAL 7: SURAU

7.1 Surau hanya dikhaskan untuk solat berjemaah dan aktiviti-aktiviti
keagamaan seperti Tazkirah, Ceramah, Qiamullail dan sebagainya.

7.2 Alat-alat kelengkapan yang berada di Surau DILARANG dikeluarkan
dari dalam Surau tanpa kebenaran Pengetua / Penolong Kanan HEM

7.3 Kebersihan dan keselamatan di Surau adalah tanggungjawab
bersama.

7.4 Murid-murid HENDAKLAH menjaga adab masing-masing semasa
berada di dalam Surau

7.5 Murid-murid DILARANG baring, tidur, bermain atau membuat
bising sepanjang berada di dalam Surau.

7.6 Murid-murid DIKEHENDAKI mengemas semula naskah Al-Quran, Rehal
atau bahan-bahan bacaan yang telah digunakan di almari / rak yang
disediakan.

7.3 Murid-murid DILARANG makan atau minum di dalam Surau.

7.8 Murid yang terakhir keluar dari Surau HENDAKLAH menutup semua suis
lampu dan kipas yang telah digunakan.

7.9 Sebarang aktiviti keagamaan seperti Ceramah Agama, Qiamullail dan
lain-lain HENDAKLAH dimaklumkan dan mendapat keizinan daripada
Ketua Warden / Warden Bertugas.

7.10 Murid-murid DILARANG berada di Surau pada waktu persekolahan dan
lain- lain aktiviti sekolah kecuali dengan kebenaran Pengetua

7.11 Kebersihan surau adalah tanggungjawab bersama.

48

FASAL 8: DOBI

8.1 Murid-murid boleh menghantar dobi mengikut kamar masing-masing
pada hari dan masa yang telah ditentukan sahaja.

8.2 Murid-murid HENDAKLAH menulis dengan lengkap butiran peribadi
dan jumlah pakaian yang dihantar pada `Borang Penghantaran Dobi’
yang disediakan.

8.3 Pakaian yang telah siap HENDAKLAH diambil dengan segera daripada
Bilik Dobi.

FASAL 9: ALAT HIBURAN ELEKTRONIK / GAJET

9.1 Murid-murid DILARANG membawa semua alat hiburan elektronik / gajet
seperti radio, MP4, Walkman, Discman dan sebagainya (Hanya MP3
sahaja yang dibenarkan di dalam Kamar / Asrama).

9.2 Murid-murid DIBENARKAN menonton rancangan TV dan ASTRO hanya
di Bilik TV Asrama pada hari-hari berikut;

HARI MASA MENONTON TV & ASTRO
JUMAAT 2.30 Petang – 4.30 Petang
SABTU/ 1.30 Petang – 6.00 Petang
9.00 Malam – 11.00 Malam
AHAD
10.00 Pagi – 12.30 Tengahari
2.30 Petang – 4.30 Petang

9.3 Murid-murid DIKEHENDAKI menyusun dan mengemas semula Bilik
TV Asrama selepas menggunakannya.

9.4 Murid-murid DILARANG membawa keluar perabot atau peralatan
yang ada di Bilik TV Asrama.

9.5 Murid-murid bertanggungjawab menjaga kebersihan dan
keselamatan Bilik TV Asrama.

9.6 Murid-murid DILARANG membawa masuk bantal / tilam / selimut ke
dalam Bilik TV Asrama.

9.7 Murid-murid DILARANG makan dan minum di dalam Bilik TV Asrama.

9.8 Penggunaan Alat Pemain / Perakam VCD atau DVD hanya
DIBENARKAN setelah mendapat kebenaran daripada Warden
bertugas dan dikawal olehnya.

9.9 Pengawas yang bertugas DIKEHENDAKI memastikan Bilik TV Asrama
sentiasa dalam keadaan bersih dan kemas pada setiap hari.

49


Click to View FlipBook Version