The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SITI AISAH BINTI HAMDAN, 2020-02-18 07:35:32

Buku Peraturan Sekolah dan Asrama Mozac

Buku Peraturan Sekolah dan Asrama Mozac

FASAL 10: TELEFON

10.1 Murid-murid DIHARAMKAN membawa sebarang jenis telefon bimbit.

10.2 Murid-murid hanya DIBENARKAN menggunakan kemudahan telefon
awam yang telah disediakan sahaja.

10.3 Murid-murid HENDAKLAH meringkaskan / memendekkan perbualan
telefon untuk memberi peluang kepada murid-murid lain
menggunakan pula telefon awam yang disediakan.

10.4 Murid-murid DILARANG menggunakan telefon awam pada masa-
masa berikut.

MASA LARANGAN Menggunakan Telefon Awam.

✓ Sepanjang Waktu Persekolahan
✓ Sepanjang Waktu Kelas Persediaan (Prep)
✓ Waktu Solat berjemaah
✓ Selepas Jam 11.30 Malam

FASAL 11: PENERIMAAN PELAWAT

11.1 Murid-murid DIBENARKAN menerima pelawat pada hari dan waktu
berikut sahaja

HARI WAKTU MELAWAT
SABTU 12.30 Tengahari – 6.00 Petang
AHAD/ CUTI UMUM
9.30 Pagi – 6.00 Petang

11.2 Murid-murid DILARANG membawa pelawat masuk ke dalam
kawasan asrama.

11.3 Murid-murid HANYA boleh bertemu dengan pelawat di dalam
kawasan sekolah seperti di Kantin, Pondok Rehat / Wakaf Ilmu / Surau
dan kawasan sekitar sekolah.

11.4 Pelawat-pelawat HENDAKLAH memakai pakaian yang menutup
aurat dan sopan di khalayak ramai.

11.5 Pelawat-pelawat DIKEHENDAKI meletakkan kenderaan mereka di
tempat letak kereta yang disediakan dan di atas gelangang bola
keranjang dan Bola Tampar

11.6 Pelawat-pelawat yang datang sebelum waktu melawat DILARANG
masuk ke kawasan sekolah.

50

11.7 Semua pelawat DIKEHENDAKI meninggalkan kawasan sekolah
selewat- lewatnya pada pukul 6.00 petang.

11.8 Pelawat DILARANG melawat murid-murid bukan pada hari dan masa
yang telah ditetapkan.

11.9 Pelawat DILARANG berjumpa dengan murid pada waktu
persekolahan.

11.10 Segala urusan seperti ingin menghantar buku, ubat, pakaian dan
lain-lain keperluan murid hendaklah diserahkan kepada Pejabat
Sekolah pada waktu harian pejabat sahaja.

11.11 Kenderaan pelawat DILARANG masuk ke kawasan sekolah selepas
jam 6.00 petang. Sekiranya terdapat urusan kecemasan, PELAWAT
perlu mendapat kebenaran HANYA daripada Pengetua / Ketua
Warden sahaja

11.12 Semua pelawat yang masuk ke kawasan sekolah pada hari Isnin –
Jumaat MESTI mengisi Borang Pelawat.

FASAL 12: OUTING/ KEBENARAN KELUAR MASUK

12.1 Outing’ / Kebenaran Keluar Masuk BUKAN satu hak, sebaliknya satu
keistimewaan yang diberikan oleh pihak sekolah kepada murid-murid
lelaki dan perempuan secara bergilir-gilir setiap minggu

Hari & Masa “Outing” / Kebenaran Keluar Masuk Tanpa Bermalam YANG
DIBENARKAN

Hari AHAD sahaja
9.30 Pagi – 6.00 Petang

Pakaian “Outing” / Kebenaran Keluar Masuk Yang Lengkap/ WAJIB dipakai

Murid Lelaki Murid Perempuan

Kemeja Korporat Sekolah, Kemeja Korporat Sekolah / Kain
Seluar Panjang Hitam, Tali Sarung Hitam A-Cut / Back Pleated,
Pinggang/ Kanvas Hijau/ Stokin Hitam& Kasut Hitam Bertumit
Hitam Berkepala Kecil/ Stokin
Rendah 1”/ wedges shoe
Hitam/ Kasut Hitam

Nota: Pengawal Keselamatan bertugas berhak memeriksa pakaian murid-murid semasa
`Outing’ / Kebenaran Keluar Masuk

12.2 Murid yang `Outing’ / Kebenaran Keluar Masuk bersama rakan-rakan
dikehendaki untuk menunggu kenderaan awam di luar kawasan
sekolah. Kenderaan awam `online’ / `oncall’ seperti Grab / Uber
DILARANG masuk ke dalam kawasan sekolah.

51

12.3 Murid-murid DIKEHENDAKI memaklumkan kepada PK HEM/ Ketua
Warden/ Warden Bertugas untuk mendapatkan kebenaran `Outing’ /
Kebenaran Keluar Masuk dengan menggunakan “Smart Card”.

12.4 Murid-murid yang keluar/ masuk sekolah HENDAKLAH
mengimbas “Smart Card” di Bilik HEM/ Bilik Warden/ Bilik
Paging/ di Pondok Pengawal.

12.5 Murid-murid DILARANG sama sekali pulang lewat dari masa
`Outing’ / Kebenaran Keluar Masuk yang dibenarkan. Tindakan
disiplin akan dikenakan jika berbuat demikian.

PERINGATAN

Sekiranya Murid PULANG LEWAT Dari Masa “Outing”
✓ Kenderaan Ibu Bapa / Penjaga tidak akan dibenarkan masuk

ke dalam kawasan sekolah selepas jam 6.00 petang
✓ Murid-murid dikehendaki berjalan kaki ke asrama
✓ Outing akan ditahan dan diserahkan kepada Penolong Kanan

HEM untuk tindakan disiplin. Surat Amaran akan dikeluarkan

FASAL 13: OUTING SELAIN DARI WAKTU YANG DIBENARKAN

13.1 ‘Outing’ selain dari waktu yang dibenarkan perlu mendapat
kebenaran HANYA daripada Penolong Kanan HEM / Ketua Warden
sahaja.

13.2 Murid-murid DIKEHENDAKI mematuhi Peraturan Fasal 12.3 – 12.5 di atas.

FASAL 14: KELUAR MENUNAIKAN SOLAT JUMAAT

14.1 Murid-murid lelaki yang beragama Islam WAJIB keluar menunaikan
Solat Jumaat di Masjid Saidina Ali, Bukit Katil, Melaka mulai jam 12.30
tengahari – 2.30 petang dengan menaiki bas yang telah ditetapkan
oleh pihak sekolah sahaja.

14.2 Ibu bapa / Penjaga tidak dibenarkan membawa / menghantar pergi
dan balik murid-murid untuk Solat Jumaat.

14.3 Murid-murid adalah DILARANG merayau-rayau di sekitar kedai
berhampiran masjid.

14.4 Kegagalan murid-murid mengawal dan menjaga adab sopan
serta tertib sepanjang berada di dalam masjid, akan dikenakan
tindakan disiplin

52

14.5 Giliran menaiki bas untuk Solat Jumaat adalah seperti berikut

“TRIP” PERTAMA : 3 Buah Bas PERGI BALIK
“TRIP” KEDUA : 3 Buah Bas
“TRIP” KEDUA : 3 Buah Bas Tingkatan 1 & 2 Tingkatan 5 & 4
Tingkatan 3 & 4 Tingkatan 3 & 2

Tingkatan 5 Tingkatan 1

Pakaian WAJIB semasa keluar menunaikan Solat Jumaat
Sepasang Baju Melayu Putih, Lencana & Tanda Nama Berjahit, Berkain

Sampin Sekolah, Songkok Baldu Hitam, Stokin Hitam & Kasut Hitam

FASAL 15: BALIK BERMALAM

15.1 Semasa Balik Bermalam, murid-murid DIKEHENDAKI balik terus ke
rumah ibu bapa / penjaga masing-masing.

15.2 Untuk tujuan keselamatan, murid-murid disarankan agar
menghubungi ibubapa /penjaga masing-masing sekurang-
kurangnya TIGA (3) hari sebelum tarikh Balik Bermalam tersebut.

15.3 Murid-murid DIBENARKAN Balik Bermalam hanya bersama dengan ibu
bapa/ penjaga yang sah sahaja.

15.4 Ibu bapa / Penjaga yang hendak murid-murid Balik Bermalam bukan
pada tarikh yang telah ditetapkan / ditentukan, hendaklah
mengemukakan permohonan secara bertulis kepada Pengetua
sekurang-kurangnya TUJUH (7) hari sebelum tarikh berkenaan.
Kebenaran hanya akan diberikan sekiranya dirasakan perlu sahaja.

15.5 Kebenaran bagi Balik Bermalam Kecemasan HANYA boleh
diberikan oleh Pengetua / Penolong Kanan HEM sahaja.

15.6 Tatacara pakaian, masa murid-murid untuk Balik Bermalam dan
pulang semula ke Asrama, adalah sama seperti tatacara semasa
`outing’. Iaitu Baju Korporat.

15.7 Sekiranya tarikh Balik Bermalam jatuh pada hari Jumaat, kenderaan
ibu bapa/ penjaga murid-murid hanya akan DIBENARKAN masuk
ke kawasan sekolah selepas jam 2.30 petang.

15.8 Murid-murid yang Balik Bermalam Pilihan sahaja DIKEHENDAKI
untuk memohon kebenaran daripada Pengetua/ Penolong Kanan
HEM sahaja dan maklumat dimasukkan ke dalam sistem Hosfect oleh
Penolong Kanan HEM/ Warden.

15.9 Bagi murid-murid yang tidak Balik Bermalam Pilihan, mereka
DIKEHENDAKI untuk menulis nama masing-masing di dalam `Buku

53

Rekod Daftar Tidak Balik Bermalam’ bagi memudahkan urusan seperti
penyediaan makanan dan keselamatan.

15.10 Murid-murid HANYA DIBENARKAN Balik Bermalam, sama ada BALIK
WAJIB atau BALIK PILIHAN selepas aktiviti atau program sekolah.

15.11 Semasa balik semula ke sekolah, murid-murid perlu mengimbas semula
‘Smart Card’ di Bilik Paging.

15.12 Mereka yang pulang lewat dari Balik Bermalam akan dikenakan
tindakan disiplin.

15.13 Jika sistem online menghadapi gangguan internet, murid-murid akan
menulis nama secara manual di dalam Buku Rekod Balik Bermalam.

Balik Bermalam Yang DIBENARKAN

Balik Bermalam Wajib Semua murid WAJIB balik bermalam dan
Balik Bermalam Pilihan mengosongkan asrama dan sekolah pada
Balik Bermalam Kecemasan tarikh-tarikh yang telah ditetapkan
Balik Bermalam Pilihan adalah TIDAK WAJIB
dan menjadi PILIHAN kepada murid-murid
pada tarikh-tarikh yang akan ditentukan dari
masa ke semasa.
Balik Bermalam Kecemasan adalah murid
yang dibenarkan BALIK DENGAN SEGERA.

FASAL 16: PUASA RAMADHAN/ PUASA SUNAT

16.1 Semasa waktu berbuka puasa, murid-murid lelaki WAJIB memakai
pakaian solat yang lengkap manakala murid-murid perempuan
memakai pakaian yang kemas dan menutup aurat.

16.2 Doa HENDAKLAH dibaca sebelum dan selepas berbuka puasa.

16.3 Waktu Sahur ialah pada jam 4.00 – 5.00 pagi.

16.4 Murid-murid HENDAKLAH menunaikan Solat Terawih berjemaah dan
bertadarus hanya di Surau.

16.5 Masa Kelas Persediaan sepanjang Bulan Ramadhan adalah seperti
berikut:

Isnin Prep Petang Prep Malam Prep Pagi
Selasa 3.00 – 4.00 Ptg 8.30 – 12.30 Tgh
Rabu 9.00 -10.30
✓ 54
✓ Malam
✓ ✓



Khamis ✓ ✓
Jumaat ✓ ✓
Sabtu
Ahad ✓


16.6 Murid-murid HANYA DIBENARKAN untuk berpuasa Sunat pada hari ISNIN,
KHAMIS dan Hari Kebesaran Islam sahaja.

16.7 Murid yang berpuasa Sunat DIKEHENDAKI mendaftar nama di dalam
`Buku Daftar Puasa Sunat’ sehari sebelum berpuasa untuk memudahkan
penyediaan juadah berbuka puasa.

FASAL 17: SAKIT/ RAWATAN

17.1 Pada waktu persekolahan,murid-murid yang sakit HENDAKLAH
berjumpa dengan Guru Bertugas/ Warden / Penyelia Asrama atau
untuk urusan mendapatkan rawatan. Sekiranya perlu, mereka akan
dibawa segera ke klinik atau hospital yang berhampiran.

17.2 Murid-murid yang sakit PERLU mendapatkan Sijil Cuti Sakit (MC)
daripada doktor.

17.3 Sijil Cuti Sakit (MC)daripada doktor HENDAKLAH diserahkan kepada
guru tingkatan untuk direkodkan.

17.4 Murid-murid yang sakit di luar waktu persekolahan,HENDAKLAH
berjumpa dengan Warden Bertugas.

17.5 Bilik Rawatan Asrama dikhaskan hanya untuk murid-murid yang benar-
benar sakit sahaja dan penggunaannya perlu mendapat kebenaran
daripada Ketua Warden atau Warden Bertugas sahaja.

17.6 Semasa waktu persekolahan, murid-murid lelaki yang sakit
DIKEHENDAKI berada di Bilik Rawatan Asrama Putera manakala murid-
murid perempuan dikehendaki berada di Bilik Rawatan Asrama Puteri.

17.7 Pesakit yang menggunakan Bilik Rawatan Asrama HENDAKLAH
mengisi nama dengan butiran yang jelas di dalam `Buku Daftar Bilik
Rawatan Asrama’.

17.8 Murid-murid yang menggunakan Bilik Rawatan Asrama DILARANG
mengajak murid lain yang sihat untuk berada di dalamnya.

17.9 Murid-murid DILARANG meninggalkan sebarang peralatan
persendirian selepas menggunakan Bilik Rawatan Asrama.

55

17.10 Murid-murid adalah DILARANG sama sekali menghubungi ibu bapa /
penjaga terlebih dahulu untuk menyatakan keadaan kesihatan
mereka. Jika sakit, Guru bertugas / Warden bertugas / Penyelia
Asrama yang akan membawa mereka ke klinik atau hospital yang
berhampiran untuk menerima rawatan dengan SEGERA. Seterusnya
pihak Guru Bertugas / Warden akan memaklumkan perkara tersebut
kepada ibu bapa/ penjaga.

17.11 Sekiranya perlu, HANYA Pengetua / Ketua Warden / Warden bertugas
SAHAJA yang akan menghubungi ibu bapa / penjaga untuk
memaklumkan status sakit dan rawatan murid-murid tersebut.

17.12 Penggunaan Peti ubat Kecemasan / ‘First Aid Kit’ HANYA DIBENARKAN
di bawah kawalan Penyelia Asrama dan Warden bertugas sahaja.

17.13 Kebersihan Bilik Rawatan Asrama adalah tanggungjawab bersama
bagi setiap murid

FASAL 18: PEMERIKSAAN KAMAR/ ASRAMA

18.1 Pemeriksaan Kamar / Asrama akan dijalankan seperti berikut :

Pemeriksaan KAMAR/ ASRAMA Oleh Semua Warden Bertugas & Semua

Pengawas
✓ Setiap Hari AHAD (8.30 Pagi – 9.30 Pagi)
✓ Pada bila-bila masa sekiranya perlu

18.2 Perkara-perkara WAJIB yang akan diperiksa semasa
pemeriksaan Kamar / Asrama adalah seperti berikut:
a. Susunan katil dan loker sebagaimana yang telah ditetapkan.
b. Kebersihan lantai, cermin tingkap, tingkap dan siling tidak

bersawang
c. Susunan kasut teratur di atas rak kasut yang disediakan.
d. Tilam dan bantal HENDAKLAH bersarung bersih dan kemas

dengan Cadar dan Sarung Bantal serta Selimut di hujung katil
yang mengikut warna Rumah masing-masing.
e. Susunan pakaian di dalam loker tersusun dengan kemas
dan tidak terdapat jenis pakaian yang DILARANG.
f. DILARANG sebarang pakaian yang bergantungan di dalam
Kamar.
g. Buku Peraturan Sekolah & Asrama MOZAC masing-masing
HENDAKLAH dipamerkan dan disusun di atas bantal.
h. Set asas peralatan mandi yang lengkap (Berus gigi, ubat gigi
dan sabun mandi) dan Cawan minuman plastik (Mengikut
warna Rumah masing- masing) HENDAKLAH dipamerkan dan
disusun di atas selimut.

56

i. Set asas dandanan diri (Bedak, Krim Rambut dan Sikat)

HENDAKLAH dipamerkan dan disusun dengan kemas di dalam

loker masing-masing.

j. Setiap Kamar WAJIB mempunyai :
✓ Satu unit tong sampah dan sebatang penyapu.
✓ Nama pelajar yang ditampal pada hujung setiap
katil dan loker masing-masing.
✓ Senarai Nama Ahli Kamar, Carta Organisasi Kamar,
Senarai Jadual
✓ Tugasan dan Pelan Laluan Kebakaran yang ditampalkan

pada muka pintu bahagian dalam.

i. Semua murid lelaki WAJIB berkuku pendek, berambut

pendek dan kemas serta tidak menyimpan misai / janggut.

j. Semua murid perempuan WAJIB berkuku pendek.

18.3 Pakaian WAJIB dipakai semasa pemeriksaan Kamar / Asrama adalah
seperti berikut:

MURID LELAKI MINGGU PERTAMA & KETIGA MINGGU KEDUA & KEEMPAT
Baju-T Rasmi Sekolah Baju-T Rumah Sukan
MURID
PEREMPUAN berlengan pendek dan berlengan pendek dan
Seluar Sukan Panjang / Seluar Sukan Panjang /

`Track Bottom’ Rasmi `Track Bottom’ Rasmi
Sekolah Sekolah

Baju-T Rasmi Sekolah Baju-T Rumah Sukan
berlengan panjang dan berlengan panjang dan
Seluar Sukan Panjang / Seluar Sukan Panjang /

`Track Bottom’ Rasmi `Track Bottom’ Rasmi
Sekolah. Sekolah.

18.4 Pemeriksaan mengejut juga dilakukan untuk memastikan bahawa
murid-murid tidak membawa / menyimpan barang-barang yang
DIHARAMKAN untuk dibawa ke Sekolah / Asrama seperti :

a. Senjata / Alatan tajam yang merbahaya.
b. Gambar / Buku / Novel / Majalah /Komik yang tidak

bersesuaian.
c. Telefon Bimbit / Komputer Riba / Tablet / Gajet / Alat

Hiburan dan Permainan Elektronik (Radio / MP4 / Walkman,
Discman, Pocket Playstation dan sebagainya).
d. Seluar `Jeans’ / Denim / `Bellbottom’ / Seluar panjang yang
ketat dan sempit.
e. Baju-T yang tidak berkolar / tanpa lengan.
f. Pakaian yang mempunyai gambar atau catatan yang
tidak wajar dan tidak sesuai dipakai oleh murid.
g. Sapu tangan pembalut kepala Bandana.
h. Tali pinggang berkepala besar.
i. Barang-barang kemas / perhiasan.
j. Rokok, mancis, `lighter’, `vape’ dan barangan yang mudah
terbakar.
k. Alat muzik seperti Gitar.

57

Arahan TAMBAHAN Semasa Pemeriksaan Kamar
✓ Murid-murid HENDAKLAH berdiri dan berada di sisi katil masing-masing.
✓ Setelah pemeriksaan kamar selesai, barulah murid-murid DIBENARKAN

untuk beredar ke tempat lain.
✓ Murid-murid yang terpaksa keluar kerana urusan rasmi sekolah

sebelum pemeriksaan kamar dibuat, HENDAKLAH mengemaskan

terlebih dahulu katil dan loker masing-masing.
✓ Jika kamar didapati kotor, tidak kemas dan melanggar peraturan,

maka ahli kamar tersebut akan dikenakan denda dan tindakan disiplin

FASAL 19: PENJAGAAN HARTA BENDA/ BARANGAN PERIBADI

19.1 Murid-murid WAJIB dan bertangungjawab menjaga sendiri semua
harta benda dan barangan milik peribadi mereka.

19.2 Murid-murid HENDAKLAH menulis nama sendiri dan nombor Kamar
pada semua harta benda dan barangan milik peribadi mereka seperti
pakaian, beg, songkok, kasut dan sebagainya bagi mengelakkan
kejadian kecurian.

19.3 Adalah menjadi kesalahan jika murid-murid mengabaikan dan tidak
menulis nama sendiri ke atas harta benda dan barangan milik peribadi
mereka.

19.4 Mana-mana harta bendadan barangan peribadi murid-murid yang
didapati berada bukan pada tempat yang sepatutnya akan dirampas
dan akan dikenakan denda.

19.5 Murid-murid juga DIKEHENDAKI menjaga segala kemudahan atau
harta benda bukan barangan peribadi mereka yang diberikan untuk
kegunaan mereka seperti Katil / Tilam & Bantal / Loker / Kipas Angin /
Mesin Penapis Air / Mesin basuh / Set TV dan Astro / Seterika / Alatan
Sukan dan lain-lain.

19.6 Murid-murid adalah bertanggungjawab di atas segala kerosakan
atau kehilangan harta benda bukan barangan peribadi yang mereka
gunakan.

19.7 Bayaran GANTI RUGI akan dituntut daripada murid-murid yang terbukti
bersalah merosakkan atau menghilangkan harta benda bukan
barangan peribadi yang mereka gunakan.

19.8 Loker murid DIWAJIBKAN mempunyai kunci sendiri dan hendaklah
sentiasa berkunci bagi mengelakkan sebarang kehilangan harta
benda dan barangan peribadi.

19.9 Murid-murid HENDAKLAHsentiasa berwaspada terhadap harta benda
dan barangan peribadi mereka dan sebarang kehilangan adalah
tanggungjawab sendiri.

58

19.10 Murid-murid yang menjumpai dompet, wang atau barang berharga
lain yang bukan milik mereka WAJIB menyerahkan kepada Penolong
Kanan HEM / Guru bertugas / Warden bertugas.

19.11 Murid-murid yang kehilangan harta benda dan barangan
peribadi, HENDAKLAH segera melaporkannya kepada Guru bertugas /
Warden bertugas/ Guru Disiplin

FASAL 20: BILIK MENGGOSOK PAKAIAN

20.1 Kekemasan dan kebersihan Bilik Menggosok Pakaian adalah
tanggungjawab semua murid.

20.2 DILARANG menggantung pakaian yang telah atau belum digosok, di
dalam Bilik Menggosok Pakaian atau di mana-mana sudut asrama.

20.3 Murid terakhir yang menggunakan Bilik Menggosok Pakaian
hendaklah memastikan agar suis seterika / lampu / kipas telah ditutup
dan dimatikan.

20.4 Soket seterika HENDAKLAH ditanggalkan daripada Palam Punca
Kuasa Elektrik.

20.5 Murid-murid DILARANG mengunakan Bilik Menggosok Pakaian selepas
jam 11.30 malam.

20.6 Semua murid BERTANGGUNGJAWAB menjaga kebersihan dan
keselamatan di dalam Bilik Menggosok

FASAL 21: AMPAIAN PAKAIAN

21.1 Murid-murid HENDAKLAH menggunakan ampaian bagi menjemur
pakaian mengikut ampaian Rumah masing-masing seperti yang telah
ditetapkan.

21.2 Pakaian-pakaian yang dijemur di ampaian HENDAKLAH
menggunakan hanger / penyepit baju.

21.3 Murid-murid HENDAKLAH mengangkat pakaian masing-masing d a r i
a m p a i a n sebelum Balik Bermalam Wajib bagi mengosongkan
Ampaian

21.4 Kebersihan dan kekemasan ampaian adalah tanggungjawab semua
murid.

59

FASAL 22: PEJABAT WARDEN

22.1 Pejabat Warden adalah tempat rasmi semasa bagi Warden bertugas.

22.2 Murid-murid DILARANG memasuki Pejabat Warden kecuali dengan
arahan dan kebenaran Warden.

22.3 Pejabat Warden HANYA boleh digunakan oleh Pengawas bertugas
yang bertujuan untuk mengemaskini laporan kesalahan murid dengan
arahan Warden.

22.4 Kebersihan dan kekemasan Pejabat Warden adalah tanggungjawab
Warden / Pengawas / Pekerja pembersihan asrama.

22.5 Senarai nama dan nombor telefon serta Jadual Bertugas Harian Warden
ada ditampal di Papan Kenyataan Pejabat Warden untuk rujukan murid-
murid / ibu bapa / penjaga.

22.6 Murid-murid boleh berjumpa dengan Warden bertugas pada waktu
waktu seperti yang dinyatakan di Pejabat Warden.

22.7 Masa untuk ibu bapa / penjaga berjumpa dengan Warden bertugas
ialah pada hari Sabtu dan Ahad, mulai jam 12.30 tengahari hingga 6.00
petang sahaja

Masa Bertugas HARIAN WARDEN

Hari Persekolahan Mulai jam 5.00 petang – 7.00 pagi hari esoknya

Hari Sabtu/ Ahad/ Cuti Mulai jam 7.00 pagi – 7.00 pagi hari esoknya
Am

FASAL 23: RIADAH / SUKAN

23.1 Aktiviti riadah / sukan murid-murid yang DIWAJIBKAN adalah pada
setiap hari ISNIN, SELASA, KHAMIS & JUMAAT mulai jam 5.00 – 6.00 petang.

23.2 Waktu riadah / sukan DIKECUALIKAN dan menjadi pilihan kepada murid-
murid HANYA pada hari RABU, SABTU & AHAD sahaja.

23.3 Walau bagaimanapun, aktiviti riadah / sukan akan DIBATALKAN atas
arahan Pengetua dan sekiranya berlaku faktor cuaca yang tidak
mengizinkan seperti jerebu / hujan lebat / ribut / panas yang melampau.

23.4 Peralatan riadah / sukan HENDAKLAH dipulangkan semula dan
disimpan ke dalam Stor Peralatan Sukan Asrama. Murid-murid
DILARANG menyimpan peralatan riadah / sukan di dalam Kamar
masing-masing.

23.5 Pakaian WAJIB untuk aktiviti riadah / sukan:

60

MURID LELAKI MURID PEREMPUAN
✓ Baju-T berkolar dan Seluar ✓ Baju-T berkolar & berlengan

Sukan Panjang / `Track Bottom’ panjang dan Seluar Sukan
berwarna hitam / biru gelap
(Baju hendaklah dimasukkan ke Panjang / `Track Bottom’
dalam seluar) ✓ berwarna hitam / biru gelap
✓ Kasut Sukan dan berstokin
✓ Seluar Sukan Pendek dan (Baju hendaklah melebihi paras

ber`tight’ hanya dibenarkan punggung).
✓ Bertudung.
pakai di atas padang sekolah ✓ Kasut Sukan dan berstokin.

sahaja

Lokasi Aktiviti Riadah/ Sukan YANG DIBENARKAN

✓ Padang sekolah Gelanggang Tenis di Padang

Gelanggang Sepak Takraw di Padang Gelanggang Bola

Keranjang A & B
✓ Gelanggang Bola Jaring (Di hadapan Dewan Makan)
✓ Dewan Terbuka
✓ Stesen-Stesen Senaman di sekitar sekolah

FASAL 24: LARANGAN-LARANGAN KHAS

Antara LARANGAN-LARANGAN KHAS yang WAJIB dipatuhi oleh murid-
murid sepanjang berada di Sekolah / Asrama adalah seperti berikut :

24.1 Membawa / Menyimpan/ Memakai Pakaian yang DILARANG :
a. Seluar `Jeans’ / Denim / `Bellbottom’ / Seluar panjang yang
terlalu labuh atau terlalu kecil / ketat dan sempit.
b. Seluar yang mempunyai poket bertampal di sebelah kiri, kanan,
hadapan atau belakang.
c. Baju-T yang tidak berkolar / tanpa lengan.
d. Seluar pendek kecuali selua r sukan pendek disertai dengan
memakai‘tight’ sehingga melebihi paras lutut (Pemakaian ini
terhad kepada murid lelaki HANYA di padang sekolah sahaja)
e. Pakaian yang mempunyai gambar dan catatan / tulisan
yang melambangkan budaya yang negatif dan berunsur politik
serta tidak wajar dan sesuai dipakai oleh murid.
f. Sapu tangan pembalut kepala / Bandana.
g. Tali pinggang kulit & berkepala besar.
h. Semua jenis jubah bagi murid lelaki dan perempuan

24.2 Murid-murid DILARANG membawa dan memakai semua jenis
perhiasan / barangan kemas seperti cincin, rantai leher,dan gelang.
Hanya murid perempuan sahaja dibenarkan untuk memakai subang
kecil.

61

24.3 Barangan yang DILARANG :
a. Semua jenis Telefon Bimbit
b. Komputer Riba / Tablet (Hanya dengan Kebenaran Khas SAHAJA)
c. Semua jenis Gajet / Alat Hiburan / Permainan Elektronik / Radio
/ MP4 / Walkman/ Discman / Pocket Playstation dan
sebagainya)
d. Sebarang Daun terup atau set permainan yang berunsur
perjudian.

24.4 Barangan / Alatan lain yang DILARANG :
a. Sebarang Senjata / Alatan tajam yang merbahaya.
b. Gambar / Buku / Novel / Majalah Hiburan / Komik yang tidak
bersesuaian.
c. Rokok / pemetik api / mancis / `vape’ dan barangan yang
mudah terbakar.
d. Alat muzik seperti Gitar.
e. Semua jenis bahan api dan peralatan elektrik untuk tujuan
memasak.
f. Barang-barang lain yang akan diberitahu dari masa ke
semasa.

24.5 Murid-murid DILARANG membawa / menyimpan makanan jenis Mee
Segera/ Mee Sedaap dalam bentuk bungkusan atau jenis bekas
cawan.

24.6 Murid-murid juga DILARANG untuk berambut panjang / pendek
berfesyen / `blonde’ / `punk’ / jambul burung / `flat top’ / `skin head’
dan seumpamanya.

24.7 Murid-murid DILARANG sama sekali pulang lewat dari masa `outing’ /
balik bermalam wajib / balik bermalam pilihan / balik kecemasan yang
dibenarkan iaitu selepas jam 6.00 petang.

24.8 Murid-murid DILARANG membuat sebarang kutipan wang
daripada mana-mana badan atau orang perseorangan bagi apa-
apa tujuan, kegiatan atau aktiviti persatuan / kelab / kursus / asrama /
badan beruniform / kelas dan lain-lain.

24.9 Murid-murid DILARANG membawa rakan-rakan, orang luar untuk
memasuki / menggunakan kemudahan sekolah/ asrama tanpa
kebenaran pihak sekolah.

24.10 Murid-murid DILARANG keluar dari kawasan sekolah tanpa
kebenaran.

24.11 Murid-murid DILARANG tidur di atas katil / kamar lain dari yang telah
ditetapkan sama ada secara bersendirian atau bersama-sama.

62

PERINGATAN

LARANGAN-LARANGAN KHAS ini sebahagiannya adalah turut
merangkumi SENARAI JENIS KESALAHAN BERAT (Kategori A & B) DAN

JENIS KESALAHAN RINGAN (Kategori C) Seperti di dalam GARIS
PANDUAN PROSES TINDAKAN TATATERTIB MURID

FASAL 25: KAWASAN ASRAMA

25.1 Keseluruhan kawasan asrama adalah kawasan larangan kepada
semua, termasuk ibu bapa/ penjaga. KECUALI kumpulan/ individu
tertentu bagi tujuan dan tempoh tertentu tertakluk kepada peraturan-
peraturan semasa Mozac.

25.2 Aspura adalah kawasan larangan murid-murid perempuan

25.3 Aspuri adalah kawasan larangan murid-murid lelaki

25.4 Murid-murid yang didapati melanggar Fasal 25.2 atau Fasal 25.3 akan
dirujuk kepada Lembaga Disiplin Sekolah dan Pengetua untuk tindakan
disiplin.

63

BAB 5
PANDUAN KHAS

1.0 LANGKAH-LANGKAH KAWALAN KESELAMATAN MAKANAN & KESIHATAN

1.1 Urusan dan penyediaan makanan di sekolah telah diswastakan dan
pihak sekolah bertanggungjawab ke atas penyeliaannya bagi
mempastikan bekalan makanan bermasak yang disediakan untuk
murid-murid mengikut spesifikasi dan terhindar daripada unsur
keracunan makanan.

1.2 Keselamatan makanan bermasak, kesihatan dan urusan perjalanan
murid sekolah ke klinik / hospital, diseliakan oleh Penyelia Asrama
dengan dibantu oleh Warden

2.0 KERACUNAN MAKANAN

2.1 Sekiranya berlaku kes, keracunan makanan, murid-murid DIKEHENDAKI
melaporkan kepada Guru Kelas / Guru Bertugas / Warden Bertugas
dengan segera.

2.2 Jangan mengambil sebarang ubat yang tidak diketahui tujuan
dan kegunaannya. Nasihat oleh pegawai perubatan / doktor adalah
diperlukan terlebih dahulu.

2.3 Minum seberapa banyak air masak.

2.4 Dapatkan Surat Kebenaran untuk mendapatkan rawatan daripada
Guru Penolong Kanan HEM / Penyelia Asrama.

2.5 Segera ke klinik / hospital yang berhampiran untuk mendapatkan
rawatan.

2.6 Pengetua / Guru Penolong Kanan HEM / Penyelia Asrama
akan memaklumkan / membuat aduan ke Pejabat Kesihatan.

2.7 Pengetua / Guru Penolong Kanan HEM / Penyelia Asrama akan
memaklumkan kepada ibu bapa / penjaga murid yang terlibat.

2.8 Setelah menerima rawatan sebagai pesakit luar, murid dinasihatkan
supaya berehat di Bilik Rawatan Asrama sehingga pulih seperti biasa.

2.9 Menerima arahan dari masa ke semasa daripada pegawai perubatan /
doktor untuk tindakan selanjutnya

64

3.0 PENYAKIT BERJANGKIT

3.1 Murid-murid dinasihatkan supaya mengutamakan kebersihan diri,
pakaian, dan kamar masing-masing.

3.2 Jangan berkongsi pakaian atau peralatan peribadi dengan rakan-
rakan.

3.3 Memaklumkan segera kepada pihak sekolah jika terdapat jangkitan
wabak penyakit di sekolah / asrama.

3.4 Dapatkan Surat Kebenaran untuk mendapatkan rawatan daripada
Guru Penolong Kanan HEM / Penyelia Asrama.

3.5 Segera ke klinik / hospital yang berhampiran untuk mendapatkan
rawatan.

3.6 Sekiranya murid mendapat Sijil Cuti Sakit (MC), ibu bapa / penjaga
akan dihubungi untuk membawa murid balik dan berehat di rumah.

3.7 Pihak sekolah dicadangkan supaya mengadakan ceramah
Kesedaran Kesihatan kepada murid-murid.

4.0 PERUBAHAN CUACA

4.1 Kemarau / Panas Berpanjangan
Kemarau / Panas berpanjangan terjadi akibat hujan yang tidak turun
dalam jangka masa yang lama akan menyebabkan suhu meningkat,
bumi kering, udara berdebu, tumbuh-tumbuhan kering dan mudah
berlaku kebakaran.
✓ Elakkan daripada melakukan sebarang aktiviti luar.
✓ Perlu kerap/ banyak minum air
✓ Sekiranya ada tanda-tanda gangguan kesihatan, sila dapatkan
pemeriksaan dari Pegawai Perubatan/ Doktor dengan segera

4.2 Jerebu
Jerebu merupakan satu keadaan di mana ruang udara di selubungi
dengan debu akibat daripada pembakaran secara terbuka, asap
dari kenderaan, kilang dan sebagainya.

✓ Elakkan dari melakukan aktiviti pembakaran secara terbuka
✓ Gunakan corong/ topeng pernafasan
✓ Elakkan diri daripada terdedah kepada udara luar
✓ Sekiranya ada tanda-tanda gangguan kesihatan, sila dapatkan

pemeriksaan daripada Pegawai Perubatan/ Doktor dengan
segera

65

BAB 6
GARIS PANDUAN PROSES TATACARA TINDAKAN DISIPLIN

1.0 KESALAHAN-KESALAHAN RINGAN (KATEGORI C) yang

1.1 Semua teguran akan direkodkan oleh pihak-pihak
bertanggungjawab.

1.2 Semua teguran itu akan disampaikan oleh Setiausaha Disiplin / Ketua
Warden / Warden /Guru/ Pengawas

1.3 Denda atau hukuman akan dicadangkan dalam mesyuarat Lembaga
Disiplin yang diadakan oleh Setiausaha Disiplin dengan Ketua Warden
/ Guru Penolong Kanan HEM. Hukuman akan DIPUTUSKAN oleh
Pengetua.

SENARAI KESALAHAN RINGAN KATEGORI C

C1 Menyimpan misai, janggut dan jambang.
C2 Berambut panjang atau menyerupai kumpulan tertentu.
C3 Bermain di dalam bilik asrama atau di dalam bilik darjah.
C4 Membawa keluar sebarang peralatan bilik darjah seperti meja / kerusi

/ seumpamanya tanpa kebenaran Pengetua / Penolong Kanan /Guru.
C5 Membawa sebarang peralatan Dewan Makan seperti pinggan / bekas

air ke kamar / asrama.
C6 Keluar dari bilik darjah tanpa alasan munasabah ketika waktu

persekolahan / kelas persediaan sedang berjalan.
C7 Tidak berada di Dewan Makan semasa makan tanpa alasan yang

munasabah.
C8 Berada di Kantin sekolah pada waktu persekolahan (Kecuali waktu

rehat) dan Kelas Persediaan Petang / Malam.
C9 Berada di Bilik Rawatan Asrama tanpa kebenaran.
C10 Memiliki / menggunakan alat permainan / sukan sekolah tanpa

kebenaran.
C11 Menggunakan sebarang alat hiburan yang boleh mengganggu

ketenteraman kamar / asrama.
C12 Berpindah katil untuk tidur.
C13 Tidak mematuhi peraturan makmal / bengkel sekolah
C14 Memakai barang-barang kemas.
C15 Memasuki Bilik Guru tanpa kebenaran.
C16 Makan / minum di dalam Bilik Darjah tanpa kebenaran semasa

pengajaran oleh guru.
C17 Makan / minum di dalam Bilik Darjah tanpa kebenaran Pengetua /

Penolong Kanan / Guru.
C18 Melakukan pembaziran elektrik dan air.
C19 Lewat turun dari asrama semasa kelas pagi / kelas persediaan

petang / riadah petang / kelas persediaan malam / sebarang acara
rasmi asrama/ sekolah
C20 Lewat pergi sembahyang berjemaah di Surau.
C21 Tidak memakai pakaian seragam sekolah yang lengkap.

66

C22 Membuka baju semasa kelas persediaan petang / malam.
C23 Lewat turun ke padang untuk latihan permainan / semasa riadah

petang / riadah pagi.
C24 Tempat tidur dan loker tidak tersusun kemas.
C25 Lewat memadam lampu kamar / asrama (petugas harian).
C26 Mengotori dan membuang sampah di kamar / asrama / bilik darjah /

kawasan sekitar sekolah.
C27 Berjalan-jalan / berbual-bual / bercakap / membasuh pakaian / mandi

selepas jam 11.30 malam.
C28 Tidak berada diatas katil sendiri selepas jam 11.30 malam.
C29 Menconteng papan putih / papan kenyataan / dinding atau mana-

mana bahagian sekolah.
C30 Menyangkut sebarang bentuk pakaian di tingkap / dinding / tidak

pada tempat yang telah dikhaskan.
C31 Mengubah susunan katil dan loker di dalam kamar kepada susunan

yang lain dari yang telah ditetapkan.
C32 Membuat bising di dalam bilik darjah / kelas persediaan / kamar /

asrama sehingga menjejaskan ketenteraman.
C33 Lain-lain kesalahan yang difikirkan termasuk di dalam kategori ini

oleh Lembaga Disiplin dari masa ke semasa.

2.0 GARIS PANDUAN UNTUK MENJATUHKAN HUKUMAN BAGI
KESALAHAN-KESALAHAN KATEGORI C

2.1 Bagi Kesalahan PERTAMA
Ditegur/ dinasihat/ kaunseling/ Amaran secara lisan untuk kali pertama
dan dicatat kesalahan dan dikenakan Tindakan Pertama.

2.2 Bagi Kesalahan KEDUA
✓ Ditegur atau dinasihati (Amaran) secara lisan untuk kali kedua
dan dicatat kesalahan dan dikenakan Tindakan Kedua.
✓ Ibu bapa / Penjaga dimaklumkan

2.3 Bagi Kesalahan KETIGA
✓ Ditegur atau dinasihati (Amaran) secara lisan untuk kali ketiga
dan dicatat kesalahan dan dikenakan Tindakan Ketiga.
✓ Dirotan sebanyak 1 (SATU) kali di tapak tangan atau di
punggung dengan dilapik pakaian oleh Pengetua / Penolong
Kanan HEM / Guru Disiplin.
✓ Ibu bapa / Penjaga dimaklumkan

2.4 Bagi Kesalahan KEEMPAT
Kesalahan Ringan bagi kali Keempat berturut-turut akan diletakkan
kesalahan tersebut di dalam Kesalahan Berat Kategori B

67

3.0 KESALAHAN-KESALAHAN BERAT (KATEGORI B)

3.1 Jenis Kesalahan BERAT diklasifikasikan kepada DUA (2) kategori:
a. Kesalahan Berat Kategori B
b. Kesalahan Berat Kategori A

SENARAI KESALAHAN BERAT KATEGORI B

B1 Membakar mercun atau bunga api.
B2 Menyalahgunakan peralatan elektrik dan membuat sambungan /

pendawaian haram di kamar / asrama / atau bangunan sekolah.
B3 Membawa masuk tetamu dari luar ke kamar / asrama tanpa

kebenaran.
B4 Berpasangan secara yang meragukan.
B5 Tidak amanah / menipu / berbohong.
B6 Ponteng sebarang acara / aktiviti rasmi sekolah yang telah

dijadualkan.
B7 Keluar dari kawasan sekolah tanpa meninggalkan Buku Rekod Murid

dan butiran di Pondok Pengawal.
B8 Keluar atau masuk kawasan sekolah tanpa memakai pakaian

lengkap sekolah / pakaian yang ditetapkan oleh pihak sekolah.
B9 Pulang lewat ke asrama selepas ‘outing’ / balik bermalam wajib /

balik bermalam pilihan dari masa yang telah ditetapkan.
B10 Tidak mematuhi peraturan keluar dan masuk ke kawasan sekolah.
B11 Melakukan Kesalahan Ringan bagi kali Keempat dan dimasukkan ke

dalam kategori ini oleh Lembaga Disiplin dari masa ke masa.
B12 Lain-lain kesalahan yang difikirkan termasuk dalam Kategori ini oleh

Lembaga Disiplin dari masa ke masa.

4.0 GARIS PANDUAN UNTUK MENJATUHKAN HUKUMAN BAGI
KESALAHAN-KESALAHAN KATEGORI B

4.1 Bagi Kesalahan PERTAMA
✓ Dirotan sebanyak 2 (DUA) kali di tapak tangan atau di punggung
yang dilapik pakaian oleh Pengetua / Penolong Kanan HEM / Guru
Disiplin.
✓ Diberi amaran dan sesi kaunseling.
✓ Ibu bapa / Penjaga dimaklumkan

4.2 Bagi Kesalahan KEDUA
✓ Dirotan sebanyak 2 (DUA) kali di tapak tangan atau di punggung
yang dilapik pakaian oleh Pengetua / Penolong Kanan HEM / Guru
Disiplin.
✓ Diberi amaran KERAS
✓ Ibu bapa / Penjaga dimaklumkan

4.3 Bagi Kesalahan KETIGA
✓ Hukuman seperti di dalam Bahagian 4.1 akan dilaksanakan.
✓ Hilang kelayakan untuk mendapat Surat Sokongan (Testimonial)
Pengetua.
✓ Ibu bapa / Penjaga dimaklumkan

68

4.4 Bagi Kesalahan KEEMPAT
Diambil tindakan sama seperti Kesalahan Berat Kategori A24 iaitu :
✓ Digantung persekolahan selama (2) DUA minggu.
✓ Menandatangani Surat Aku Janji berkelakuan baik oleh ibu bapa
/ penjaga dengan seorang saksi semasa melaporkan diri untuk
diterima semula selepas tamat tempoh penggantungan.
✓ Hilang kelayakan untuk mendapat Surat Sokongan (Testimonial)
Pengetua.
✓ Ibu bapa / Penjaga dimaklumkan.

5.0 KESALAHAN-KESALAHAN BERAT (KATEGORI A)

SENARAI KESALAHAN BERAT KATEGORI A
Sila lihat Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.9/1975

A1 Memiliki / menyimpan / membawa senjata atau benda-benda dan
alatan yang boleh dianggap merbahaya.

A2 Memiliki / menyimpan / mengedar / menghisap rokok (Rujuk Surat
Pekeliling Iktisas Bil. 6/1975 dan 7/1975).

A3 Berjudi / bermain permainan yang berunsur perjudian.
A4 Ponteng sembahyang berjemaah / usrah / sembahyang sunat

Terawih/ sembahyang Jumaat tanpa sebab yang munasabah.
A5 Keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran.
A6 Tidak berpuasa tanpa alasan yang munasabah.
A7 Mencuri / mengambil / menggunakan barang kepunyaan orang lain

tanpa kebenaran tuannya.
A8 Mengedar / memiliki / menyimpan / membaca / mendengar bahan-

bahan pornografi dan lucah.
A9 Menjadi ahli pertubuhan haram.
A10 Menulis kepada suratkhabar tanpa memberitahu kepada pihak

sekolah terlebih dahulu.
A11 Sengaja merosakkan harta sekolah/kerajaan.
A12 Sengaja merosakkan harta persendirian guru-guru / kakitangan

sekolah / murid-murid lain.
A13 Mengedar / menghisap / menyimpan atau terlibat dalam kegiatan

penyalahgunaan dadah (Rujuk Surat Pekeliling Iktisas Bil.6/1975 dan
7/1975).
A14 Meminum / menyimpan minuman keras atau sebarang bentuk benda
yang memabukkan.
A15 Memukul / mengancam / mengugut murid-murid lain.
A16 Melakukan peloncoan / penderaan / paksaan / pemerasan terhadap
murid-murid lain.
A17 Menceroboh ke kawasan larangan.
A18 Menghasut / mengetuai tindakan-tindakan yang boleh melanggar
disiplin dan peraturan sekolah.
A19 Menyimpan rencana / majalah / pita rakaman subversif atau berbau
politik.
A20 Masih membantah hukuman guru, sekalipun sudah tiga atau empat
kali amaran diberi.

69

A21 Menunjukkan sikap bongkak atau membuat penghinaan kepada
kakitangan / guru / Pengetua.

A22 Sengaja menimbulkan sesuatu perkara yang sensitif dengan tujuan
menimbulkan kacau bilau dan perpecahan kaum.

A23 Melakukan sebarang Kesalahan Berat dalam Kategori B untuk kali
keempat.

A24 Melanggar peraturan-peraturan tatatertib atau menangkis yang
menurut budibicara Pengetua sebagai pelanggaran tatatertib yang
berat.

A25 Lain-lain kesalahan yang difikirkan termasuk dalam Kategori ini oleh
Lembaga Disiplin dari masa ke masa.

6.0 GARIS PANDUAN UNTUK MENJATUHKAN HUKUMAN BAGI
KESALAHAN-KESALAHAN KATEGORI A

6.1 Bagi Kesalahan PERTAMA
✓ Digantung persekolahan selama 2 (DUA) minggu.
✓ Menandatangani Surat Aku Janji berkelakuan baik oleh ibu bapa /
penjaga dengan seorang saksi semasa melaporkan diri untuk
diterima semula selepas tamat tempoh penggantungan.
✓ Hilang kelayakan untuk mendapat Surat Sokongan (Testimonial)
Pengetua.
✓ Ibu bapa/ Penjaga dimaklumkan.
ATAU
✓ Dibuang daripada sistem persekolahan SBP.
✓ Hilang kelayakan untuk mendapat Surat Sokongan (Testimonial)
Pengetua.

6.2 Bagi Kesalahan KEDUA
✓ Dibuang daripada sistem persekolahan SBP.
✓ Hilang kelayakan untuk mendapat Surat Sokongan (Testimonial)
Pengetua.

PERINGATAN

✓ Murid-murid yang melakukan kesalahan dan terbukti bersalah akan
dikenakan tindakan DIMERIT MARKAH INDIVIDU & RUMAH

✓ Murid-murid yang melakukan kesalahan dan terbukti bersalah akan
direkodkan kesalahannya di dalam Rekod-Rekod berikut :
i. ISIS (Integrated Students Information System), Sekolah Berasrama
Penuh
ii. SSDM (Sistem Sahsiah Diri Murid), Kementerian Pendidikan Malaysia

70

BAB 7
PENUTUP

Pengetua berhak dan berkuasa memansuhkan, meminda, menambah atau
menggubalkan Peraturan baru sebagai Peraturan Sekolah & Asrama MOZAC
dari masa ke semasa bagi memastikan kelancaran pengurusan disiplin, aktiviti
dan program sekolah, tertakluk kepada perubahan.

Semua murid Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah adalah dikehendaki
mematuhi segala Peraturan yang terkandung dalam Buku Peraturan Sekolah
dan Asrama. Semoga dengan ini segala matlamat dan objektif yang
dinyatakan dalam buku ini dapat direalisasikan.

Semua ibu bapa/ penjaga murid diharap dapat bekerjasama bagi memastikan
anak-anak jagaan mereka sentiasa mematuhi Peraturan Sekolah dan Asrama
Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah.

“Sekolah bukanlah sebagai badan pengajar sahaja. Ia mempunyai tujuan mendidik dalam erti kata lain
yang lebih luas. Murid-murid sepatutnya mendapat bukan sahaja pengetahuan dan kebolehan

intelektual yang diuji melalui peperiksaan, tetapi juga kebolehan intelektual, mutu moral dan sosial
secara amnya di mana ketiga-tiga aspek ini tidak diuji secara formal.”

(KPM, 1988:1)

Saya yang menjalankan amanah
Pengetua

SM Sains Muzaffar Syah
75450 Ayer keroh,
Melaka

“BERSIKAP MEMBINA”

71

LAMPIRAN

LAMPIRAN 1 : CONTOH POTONGAN RAMBUT
YANG DIBENARKAN UNTUK MURID
LELAKI

Bahagian Hadapan & Atas

Rambut tidak melebihi kening dan
panjang sekata tidak melebihi 5cm

Sisi Kiri & Kanan

Rambut tidak menutup kedua-dua telinga
atau sebahagian daripadanya dan
`Sideburn’tidak melebihi garisan
tengah telinga

Bahagian Belakang
Rambut tidak melebihi garisan di bawah

2 cuping telinga

Rambut panjang, pendek berfesyen, `blonde’, `punk’, jambul burung, `flat top’,
`skin head’ dan seumpamanya adalah dilarang sama sekali.

Sumber Rujukan : Surat Pekeliling Bil. 2/1976, bertarikh : 7 Januari 1976

72

LAMPIRAN 2 : CONTOH KASUT HITAM YANG
DIBENARKAN UNTUK MURID LELAKI

Kasut Kulit atau PVC Berwarna Hitam, Tidak Bercorak, Bertapak Getah
dan Tidak Berladam. Ketinggian Tumitnya TIDAK Melebihi 2 inci.

LAMPIRAN 3 : CONTOH KASUT HITAM YANG DIBENARKAN
UNTUK MURID PEREMPUAN

Kasut kulit atau PVC Berwarna Hitam, Tidak Bertali dan Tidak Bercorak, Bertapak
Getah dan Tidak Berladam. Ketinggian Tumitnya TIDAK Melebihi 2 inci.

73

LAMPIRAN 4 : CONTOH PAKAIAN SERAGAM RASMI
SEKOLAH BAGI MURID LELAKI &
PEREMPUAN

PAKAIAN RASMI HARI ISNIN / PERHIMPUNAN RASMI

PAKAIAN RASMI HARI SELASA

74

PAKAIAN RASMI BATIK HARI KHAMIS
PAKAIAN RASMI HARI JUMAAT

75

PAKAIAN RASMI KORPORAT / HARI SABTU /
‘OUTING’ / BALIK BERMALAM

CONTOH PAKAIAN KELAS PERSEDIAAN / `PREP’ MALAM

76

CONTOH PAKAIAN AKTIVITI SUKAN / RIADAH

77

LAMPIRAN 5 : CONTOH BORANG AKU JANJI MURID

BORANG AKU JANJI MURID

Saya ………………………………………………………… Tingkatan ……………………
(Nama Murid)

Dengan ini mengaku telah membaca Peraturan Sekolah & Asrama, Sekolah SM
Sains Muzaffar Syah Melaka.

Saya mengaku akan mematuhi Peraturan Sekolah & Asrama SM Sains Muzaffar
Syah Melaka dan Saya bersedia menerima hukuman yang telah ditetapkan
termasuk digantung atau dibuang sekolah sekiranya menlanggar Peraturan Sekolah
& AsramaSM Sains Muzaffar Syah Melaka.

Tandatangan Murid Tandatangan Ibu Bapa/Penjaga

Nama Murid : Nama Ibu Bapa / Penjaga :
No. Kad Pengenalan : No. Kad Pengenalan :
Tarikh : Tarikh :

Tandatangan Saksi Tandatangan Saksi

Nama Saksi / Guru Kelas : Nama Saksi / Guru Kelas :
Tarikh : Tarik

78

CATATAN

79

80


Click to View FlipBook Version