The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Wa Ni, 2020-12-27 00:43:05

PERBEZAAN BUDAYA DAN PENDIDIKAN MULTIBUDAYA DALAM SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA

EBOOK PGA101 2020

H
1

PERBEZAAN BUDAYA DAN
PENDIDIKAN MULTIBUDAYA
DALAM SISTEM PENDIDIKAN DI

MALAYSIA

Oleh
Nur Iliya Batrisyia binti Irman (151413)

Nadia Nabillah binti Mohd Zawi (152386)
Nur Hazwani Binti Zaini (151381)

Kepada
Dr. Siti Mastura binti Baharuddin

Pelajar Ilmu Pendidikan
Universiti Sains Malaysia

2020

2

ISI KANDUNGAN

ASAL USUL KAUM UTAMA DI MALAYSIA
5-6

DEMOGRAFI PENDUDUK DI MALAYSIA
7-8

DEFINISI BUDAYA
9-10

SIFAT-SIFAT SEBUAH BUDAYA
11-13

ELEMEN-ELEMEN BUDAYA
14-16

KEPELBAGAIAN BUDAYA
17-19

KESAN KEPELBAGAIAN BUDAYA KEPADA MURID
20-21

KESAN KEPELBAGAIAN BUDAYA KEPADA GURU
22-23

KESAN KEPELBAGAIAN BUDAYA TERHADAP SEKOLAH
24

KESAN KEPELBAGAIAN BUDAYA KEPADA KURIKULUM
25

PENDIDIKAN MULTIBUDAYA
26

SEBAB PENDIDIKAN MULTIBUDAYA DILAKSANAKAN
27

3

ASPEK PENDIDIKAN MULTIBUDAYA
28-30

UNSUR PENDIDIKAN MULTIBUDAYA
31-32

ELEMEN PENDIDIKAN MULTIBUDAYA
33-34

KONSEP 1MALAYSIA
35-38

MATLAMAT SEKOLAH WAWASAN
39

PENDIDIKAN MULTIBUDAYA BANKS
40-41

POLISI PENDIDIKAN MULTIBUDAYA
42-43

KEPENTINGAN MULTIBUDAYA (GURU)
44-46

KESAN PENDIDIKAN MULTIBUDAYA
47-52

KESIMPULAN
53

RUJUKAN
54-55

4

ASAL USUL KAUM UTAMA
DI MALAYSIA

➢ KAUM MELAYU

Masyarakat terbesar yang terdapat di Malaysia ialah terdiri
daripada kaum Melayu. Umum mengetahui bahawa mereka
betutur menggunakan bahasa Melayu, beragama Islam dan
mengamalkan tradisi dan adat istiadat Melayu. Dari sudut
sejarah, rumpun Melayu meliputi penduduk yang mendiami
Semenanjung Tanah Melayu dan gugusan Kepulauan
Melayu.Oleh itu,masyarakat Melayu di Malaysia boleh
dibahagikan kepada tiga kumpulan yang berbeza iaitu yang
pertama ialah anak jati iaitu merujuk kepada sekumpulan
orang Melayu yang merupakan penduduk pribumi Malaysia.
Mereka ialah satu daripada tiga kumpulan yang membentuk
masyarakat Melayu di Malaysia.Contohnya, Orang Melayu
Kedah, Orang Melayu Perak, Orang Melayu Kelantan dan
lain-lain lagi. Keduanya pula ialah terdiri daripada anak
dagang.

➢ KAUM CINA

Orang Cina Malaysia merupakan warganegara Malaysia yang
berketurunan Bangsa Han iaitu merupakan kumpulan etnik kedua
terbesar di Malaysia selepas kaum Melayu dan kebanyakannya
adalah keturunan pendatang berbangsa Han yang datang ke Tanah
Melayu semasa pemerintahan Dinasti Ming sekitar abad ke-15,
Dinasti Qing dan Republik China. Terdapat dua gelombang yang
dapat diketahui tentang penghijrahan kaum Cina ke negara
Malaysia. Gelombang pertama ialah bermula semasa Kesultanan
Melayu Melaka iaitu melalui hubungan diplomatik . Gelombang
kedua ialah pada abad ke - 19 dan 20 apabila mereka mula
berhijrah beramai-ramai ke Tanah Melayu. Masyarakat Cina
Malaysia juga menggunakan Bahasa Mandarin dan Bahasa
Melayu sebagai bahasa komunikasi dan menggunakan bahasa
dialek jika berkomunikasi antara suku dialek sesama mereka.

5

➢ KAUM INDIA
Pada 1971, tokoh sejarawan negara iaitu Khoo Kay Kim menulis bahawa kedatangan orang India
ke Malaysia telah berlaku secara berperingkat. Pada peringkat paling awal, kedatangan ini berlaku
di antara Kedah dan India pada awal-awal tahun Masihi. Kebanyakan orang India yang datang
pada masa itu di kalangan pedagang dan tukang-tukang yang beragama Hindu dan Jain. Sungai
Bujang, Sungai Merbok dan Kuala Muda merupakan pelabuhan-pelabuhan yang digunakan
mereka untuk bertapak di Malaysia. . Mulai abad yang ke-19, muncul satu lagi peringkat dalam
proses imigran orang India ke Tanah Melayu iaitu pada 1820an, ramai tawanan berbangsa India
telah dipindah ke Negeri-negeri Selat setelah perjanjian Inggeris-Belanda ditandatangani. Sejak
peristiwa itu, lebih ramai orang India yang dibawa masuk ke dalam negara Malaysia untuk
dijadikan pekerja di ladang-ladang termasuk ladang tebu dan getah.

6

DEMOGRAFI PENDUDUK DI MALAYSIA

TABURAN KAUM DI MALAYSIA
2020

KAUM BUMIPUTERA KAUM CINA KAUM INDIA LAIN-LAIN
7% 1%

23%

69%

Setiap tahun, Jabatan Perangkaan Malaysia akan
mengeluarkan statistik jumlah penduduk Malaysia. Pada
tahun 2020, jumlah penduduk semasa seramai 32.7 juta
penduduk iaitu seramai 29.7 juta bagi warganegara
manakala bagi bukan warganegara pula ialah seramai 3
juta. Kaum majoriti di Malaysia ialah terdiri daripada
Kaum Bumiputera iaitu sebanyak 69 peratus manakala bagi
kaum Cina dan India pula sebanyak 23 peratus dan 7
peratus. Bagi kaum lain-lain pula ialah seramai 1 peratus.
Kadar pertumbuhan tahunan penduduk ialah sebanyak 0.4
peratus. Tambahan pengiraan penduduk di Malaysia juga
dapat diukur melalui perbandingan jumlah jantina iaitu
golongan lelaki ialah seramai 16.8 juta manakala bagi
golongan perempuan pula ialah seramai 15.9 juta. Menurut
laporan Ketua Perangkawan, Dr Mohd Uzir Mahidin
berkata penuaan penduduk berumur 60 tahun ke atas telah
mencecah 15 peratus dan Malaysia akan mengalami
penuaan penduduk pada tahun 2030.

7

Ketik sini untuk maklumat lanjut : Jumlah Penduduk Malaysia Terkini 2020
Kaum,Umur Jantina (permohonan.my)

8

DEFINISI BUDAYA

Budaya didefinisikan sebagai keseluruhan cara hidup manusia yang merangkumi dari segi
cara bertindak, berkelakuan dan berfikir serta segala hasil kegiataan dan penciptaan yang

berupa kebendaan atau kerohanian sesuatu masyarakat, tamadun, peradaban atau
kemajuan.

9

DEFINISI BUDAYA MENURUT SEJARAWAN BARAT
A.L. KROEBER & CLYDE KLUCKHOHN

Definisi budaya menurut pandangan sarjana Barat iaitu A. L. Kroeber dan Clyde Kluckhohn ialah
manusia dipengaruhi atau diarah oleh bentuk-bentuk idea dan beralih kepada penghasilan,

penerusan dan pengubahsuainya dalam apa jua situasi manakala bagi Richard Kluckhohn pula
menjelaskan bahawa budaya ialah satu aspek dalaman kehidupan manusia iaitu bahagian tersebut
dipelajari oleh manusia sebagai keputusan kepunyaan kepada kumpulan tertentu yang sama dan
bahagian tingkah laku yang dipelajari untuk dikongsi bersama. Kemudian, para sejarawan tersebut

juga telah mencipta sebuah buku yang berjudul “Antropologi Budaya” yang mengemukakan
pendapat mereka mengenai pengertian antropologi secara lebih luas. Antropogi menurut A. L.
Kroeber dan Clyde Kluckhohn adalah satu sistem pola yang tersirat dan tersirat. Perkara tersebut
telah membahas mengenai perilaku manusia yang diwariskan dan dipelajari mengenai simbol-simbol
yang menjadi panduan utama kepada manusia tersebut. Dalam hal ini, antropologi sebagai suatu
ilmu yang mempelajari bagaimana manusia mencuba bertahan untuk hidup dan beradaptasi dengan
lingkungan yang ada di sekitarnya.Petikan yang dapat diambil dari Clyde Kluckhohn ialah “setiap
manusia adalah seperti manusia lain, beberapa manusia lain dan tidak ada manusia lain” atau dari
segi dwibahasa sebaliknya ialah “ every human is like all other humans ,some other humans and no

other human

10

SIFAT-SIFAT SEBUAH BUDAYA

Kebudayaan yang ada di dunia ini memiliki beberapa sifat-sifat dalam sesebuah budaya yang
diamalkan oleh sesebuah kaum. Umum mengetahui bahawa negara Malaysia terdapat pelbagai

jenis kaum yang mengamalkan budaya dan amalan kepercayaan masing-masing. Oleh itu
terdapat lima jenis sifat-sifat sebuah budaya.

https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/3/32/Chennai_Central.jpg BUDAYA ITU DIKONGSI

Umum mengetahui bahawa perkongsian ini
bermaksud setiap perlakuan itu diramal dan
disokong oleh sekumpulan manusia. Perkara ini
menjelaskan bahawa setiap kaum di Malaysia
telah berkongsi budaya yang mereka amalkan
secara bersama. Budaya yang baik sering
menjadi perkongsian yang diikuti oleh
masyarakat sejagat manakala budaya yang
tidak baik akan ditentang dan tidak mengambil
penghayatan. Sebagai contoh, aspek pemakanan
sering menjadi perkongsian bersama antara
kaum seperti menu utama sarapan pagi di
Malaysia iaitu roti canai. Menu ini merupakan
menu bagi kaum India dan berasal dari nama
bandar Chennai, India. Jelaslah , walaupun
makanan ini terwujud dari kaum India namun
ia tetap menjadi kegemaran semua kaum.

BUDAYA ITU DIPELAJARI

Setiap budaya tidak lahir secara langsung
tetapi perlu dipelajari. Sebagai seorang
manusia kita perlu belajar untuk menguasai
sesuatu ilmu sehingga ia menjadi kebiasaan
dalam kehidupan seharian. Untuk mencipta
sesuatu, manusia perlu belajar dari satu
tahap ke satu tahap yang lain untuk
memperkukuhkan kefahaman terhadap
sesuatu ilmu yang mempengaruhi keadaan
sekeliling. Sebagai contoh, ibu bapa
merupakan insan yang paling rapat
terutamanya dengan anak anak, maka
mereka perlulah menunjukkan budaya itu
dipelajari dan mempraktikkannya supaya
menjadi rutin dalam kehidupan mereka
terutamanya dalam aspek perhubungan

11

BUDAYA ITU BERUBAH

Budaya itu berubah mengikut masa dan

tempat. Setiap budaya yang menjadi amalan

sesebuah kaum akan sentiasa berubah dan

tidak akan ada sesuatu budaya yang wujud

dan kekal tanpa perubahan. Dalam sejarah

tamadun manusia, perubahan budaya bukan

kebendaan dapat dilihat dengan jelas iaitu

perubahan budaya kebendaan lebih cepat

berubah daripada bukan kebendaan.

Contohnya, budaya perkahwinan

terutamanya pada tahun 2020 yang

terwujudnya pandemik Covid-19 ataupun

budaya penghantaran barang yang jelas

dilihat perubahannya.

DAHULU SEKARANG

https://youtu.be/M0i0iuTtYGQ BUDAYA ITU SIMBOLIK

Perlambangan ini ialah sebagai satu lambang
dalam budaya yang memberikan makna
tertentu kepada pendokongnya seperti bendera,
warna, logo, lambaian tangan dan sebagainya.
Perlambangan yang wujud turut membantu
manusia berhubung dan berkomunikasi sesama
mereka seperti isyarat memanggil.Hal ini
kerana simbol ini dicipta untuk dikembangkan
secara bersama-sama kerana ia merupakan
sesuatu penunjuk aras kepada pengamalan
sesuatu budaya yang sama. Contohnya, dari
aspek komunikasi ini telah menjadikan bahasa
sebagai satu simbol yang diguna pakai oleh
masyarakat untuk berhubung. Buktinya Bahasa
Melayu telah dijadikan sebagai bahasa
kebangsaan Malaysia untuk memudahkan
semua kaum untuk berinteraksi dan
menggunakan satu simbol yang sama iaitu
Bahasa Melayu untuk menyampaikan sesuatu
maklumat dan difahami bersama.

12

https://youtu.be/Wgd7PFFlkZI BUDAYA ITU DIAMBIL DAN DITERIMA

Kesejagatan budaya ialah kebudayaan itu wujud
dalam semua kelompok manusia. Tidak ada
masyarakat yang tidak memiliki kebudayaan.
Walaubagaimanapun,setiap budaya yang baik akan
diterima dan diamalkan secara bersama tanpa
mempersoalkan asal usulnya budaya tersebut.
Umum mengetahui bahawa budaya yang tidak baik
juga terdapat di dalam kalangan masyarakat dan
telah diamalkan oleh beberapa individu yang tidak
mempunyai nilai moral yang tinggi. Buktinya,
budaya mencuri dan merompak masih wujud dan
diterima oleh sesetengah individu walaupun ianya
ditentang. Manakala dari aspek lain pula kita dapat
lihat bahawa pelbagai kaum telah meraikan
perayaan secara bersama-sama dan melibatkan diri
dalam perayaan tersebut selagi tidak bertentang
dengan ajaran agama. Contohnya, terdapat kaum
Cina yang memakai baju kurung semasa perayaan
Hari Raya manakala terdapat juga orang Melayu
yang meminati pemakanan orang India seperti
capati, dal, maruku dan sebagainya. Namun
terdapat satu budaya yang diamalkan secara
bersama iaitu budaya memberi angpau atau
dipanggil “duit raya” yang telah diguna pakai oleh
ketiga-tiga kaum tersebut semasa hari perayaan
berlangsung. Oleh itu,perkara ini membuktikan
bahawa budaya itu diambil dan diterima secara
bersama.

LATIHAN PENGUKUHAN
1. Berikut merupakan sifat-sifat sesebuah budaya kecuali ?
A. Budaya itu dikongsi
B. Budaya itu simbolik
C. Budaya itu diambil dan diterima
D. Budaya itu tidak berubah

2. Adakah sesebuah budaya bersifat kekal dan tidak berubah ?
A. YA
B. TIDAK

13

ELEMEN- ELEMEN BUDAYA

BAHASA
Umum mengetahui bahawa bahasa merupakan perwujudan
yang paling penting dalam sesebuah masyarakat dan
BB merupakan satu sistem lambang bunyi suara yang dipakai
sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok
manusia dengan orang lain.Sistem bahasa terdiri daripada
pelbagai cara seperti lisan,tulisan atau karya seni. Bahasa juga
merupakan satu agen sosialisasi yang menghubungkan antara
satu kaum dengan satu kaum yang lain. Contohnya, Bahasa
Melayu telah dijadikan sebagai bahasa kebangsaan untuk
memudahkan sesuatu kaum berinteraksi dan memahami
pesanan yang ingin disampaikan terutamanya dalam kalangan
kaum yang berbeza.

NORMA

Elemen ini menunjuk pada aturan perilaku yang dijangka akan
dipatuhi oleh setiap anggota masyarakat.Hal ini kerana norma ialah
sesuatu yang diatur oleh masyarakat untuk memiliki nilai yang lebih
baik. Norma juga diwujudkan untuk mengawal tingkah laku manusia
agar tidak bertindak di luar kawalan dan menurut kehendak hatinya.
Menurut E. Ultrecht berpendapat bahawa norma adalah satu petunjuk
hidup yang mengatur tata tertib dalam suatu masyarakat atau bangsa
yang mana peraturan itu diwajibkan untuk ditaati oleh setiap
masyarakat dan jika ada yang melanggar maka akan ada
tindakan.Sebagai contoh, cara kita bertutur dengan orang yang lebih
tua berbeza apabila bertutur dengan teman-teman sepergaulan. Hal ini
kerana, apabila berbicara dengan orang yang lebih tua lazimnya kita
akan menggunakan bahasa halus sementara berbicara dengan teman
seumur, kita akan menggunakan bahasa pasar. Hal ini diatur oleh
masyarakat kerana seseorang anggota masyarakat haruslah memiliki
rasa hormat yang lebih tinggi terhadap orang yang lebih tua dan
menunjukkan perilaku yang baik.

14

KEPERCAYAAN

Elemen kepercayaan iaitu keyakinan atau akuan akan benarnya
sebagai satu iktikad dan dapat memperkukuhkan iman dalam diri.
Hal ini kerana selain mempunyai kaum yang berbeza maka secara
tidak langsung di negara Malaysia juga mempunyai agama dan
kepercayaan berbeza yang dianuti oleh masyarakat tertentu.
Namun terdapat beberapa kepercayaan yang terlalu ekstrem
sehingga dapat merosakkan iman seseorang terutamanya bagi
agama Islam. Contohnya, mempercayai perkara-perkara yang
berkaitan bomoh yang dianggap dapat menyembuh segala
penyakit telah membawa seseorang yang beragama Islam ke arah
syirik. Walau bagaimanapun, terdapat kepercayaan yang boleh
digunakan dan bermanfaat seperti tidak dibenarkan duduk di atas
bantal kerana mudah mendapat penyakit bisul merupakan satu
kepercayaan yang sering digunakan kerana ingin menghalang
seseorang untuk melakukan tindakan yang tidak manis dipandang
masyarakat sekeliling.

NILAI

Nilai merupakan elemen penting kebudayaan yang mengatur
kehidupan manusia. Nilai berbicara tentang apa yang boleh
menyebabkan manusia dipandang berharga atau terhormat dan
menjadikannya sebagai pedoman hidup. Nilai juga merupakan
satu standard yang bersifat abstrak yang membolehkan manusia
menentukan sama ada perkara itu dipandang baik atau buruk
tetapi nilai-nilai ini bukanlah sesuatu yang bersifat tetap kerana ia
akan terus berubah seiring dengan keperluan dan perkembangan
zaman. Contohnya, antara nilai budaya yang harus dilestarikan
dalam kalangan masyarakat ialah nilai kejujuran kerana
kejujuran adalah sesuatu yang sangat penting dalam kehidupan
yang menyebabkan setiap individu haruslah dididik sejak kecil
untuk menerapkan nilai kejujuran dalam kehidupan mereka
terutamanya dalam menjalankan tugas.

15

LATIHAN KEFAHAMAN :
ARAHAN: CUBA SELESAIKAN TEKA SILANG KATA DI BAWAH BERDASARKAN
SOALAN 1

SOALAN 1 : TERDAPAT EMPAT ELEMEN-ELEMEN KEBUDAYAAN. CARI ELEMEN-ELEMEN
TERSEBUT DENGAN MELAKUKAN AKTIVITI DI BAWAH .

KJ UK KB K
E N O R MA Z
P I UJ J HB
ELF C F AV
RAGB GS D
CI CV CAS
AYAA NBH

16

KEPELBAGAIAN BUDAYA DI MALAYSIA

BUDAYA DOMINAN Budaya dominan ialah budaya yang diamalkan oleh kumpulan
yang paling berkuasa di dalam sesebuah masyarakat. Mereka
mendapat sokongan majoriti daripada institusi sosial utama dan
menjadi kepercayaan utama dalam masyarakat. Hal ini
menyebabkan, mereka memiliki darjah kekuasaan yang tidak
boleh dikongsi oleh budaya lain dan menjadi tanda aras bagi
pertimbangan terhadap budaya lain. Contohnya, kaum Melayu
merupakan kaum yang teramai di negara Malaysia maka bahasa
yang akan digunakan untuk berkomunikasi antara satu sama lain
ialah Bahasa Melayu. Oleh itu, segala pesanan atau maklumat yang
ingin disampaikan akan mudah kerana wujudnya satu elemen
bahasa yang difahami oleh masyarakat sejagat.

SUB-BUDAYA Sub-budaya iaitu satu set nilai-nilai asas, fahaman, kehendak
DAN dan gelagat yang dipelajari oleh seseorang individu. Hal ini
menunjukkan bahawa budaya yang diamalkan oleh kumpulan
BUDAYA MENENTANG ini berbeza dari segi nilai dan norma daripada budaya dominan.
Budaya ini wujud disebabkan kumpulan ini hidup dalam
keadaan yang berbeza atau membawa bentuk budaya lain
dalam masyarakat. Umumnya, sub budaya ini wujud
berasaskan umur, daerah, etnik, pekerjaan dan kepercayaan.
Mereka berkongsi sesetengah elemen dengan budaya dominan
manakala pada masa yang sama mereka mengamalkan tingkah
laku yang berbeza dan unik. Buktinya, sub budaya ini berkait
rapat dengan budaya menentang iaitu budaya yang diamalkan
oleh kumpulan ini dilihat nyata ditentang. Contohnya ialah Mat
Rempit dalam bahasa Inggeris ialah hell rider menurut Rozmi
Ismail pada tahun 2004 manakala bagi negara Malaysia pula
dianggap “pembalap haram”.Kumpulan ini dilihat sebagai
kumpulan yang dianggap agresif, ganas, liar, tidak
berpendidikan tinggi dan kumpulan yang terlibat dengan
penyalahgunaan dadah. Oleh itu, Mat Rempit boleh
diklafikasikan dalam sub budaya yang mengamalkan budaya
yang menentang oleh masyarakat sekeliling.
https://youtu.be/WF7bhMvarWI

17

Kejutan budaya juga merupakan unsur kepelbagaian budaya iaitu KEJUTAN
apabila seseorang berada di dalam budaya yang asing baginya maka BUDAYA
ia akan bertindak secara ragu-ragu, bingung, ganjil dan seolah-olah
berada di tempat yang asing. Namun apabila budaya ini diamalkan BUDAYA
di alam masyarakat menyebabkan gangguan dan kejutan kerana ia ETNOSENTRIK
tidak mengikut nilai dan norma masyarakat. Contohnya, perkara
ini berlaku kepada sesiapa yang berhijrah dari satu tempat ke satu
tempat yang lain yang mempunyai amalan yang berbeza dari tempat
asalnya. Perkara ini menyebabkan berlakunya tiga fasa dalam diri
mereka iaitu fasa pertama ialah fasa permulaan iaitu mereka mula
mengenali budaya baru yang dilihat menyeronokkan dan menarik
seperti perbezaan cuaca, makanan, pakaian dan sebagainya. Bagi
fasa kedua pula ialah fasa pembelajaran yang menyebabkan mereka
berpeluang untuk mengenali budaya baru dan mula membezakan
budaya di tempat asal dan tempat baru. Umum mengetahui bahawa
pada fasa ini sememangnya individu atau masyarakat tersebut akan
mula merindukan norma dan nilai lama mereka dan mula untuk
menyesuaikan budaya baru dalam kehidupan seharian. Kemudian
fasa terakhir dikenali sebagai fasa pemulihan iaitu mereka mula
membiasakan kehidupan baru selama beberapa tempoh tertentu
dan perkara ini membolehkan mereka untuk kembali menumpukan
perhatian kepada asas kehidupan semula seperti di tempat asal.

Perkara ini merupakan suatu persepsi atau pandangan yang dimiliki

oleh masing- masing individu yang menganggap bahawa

kebudayaan yang dimilikinya lebih baik atau membanggakan

budayanya sendiri dan mengganggap rendah terhadap budaya lain.

Etnosentrik dapat dikatakan sebagai sikap fanatik sesebuah suku

dan akan menilai kelompok lain relatif terhadap kelompok atau

kebudayaannya sendiri, terutamanya apabila berkaitan dengan,

perilaku, bahasa, kebiasaan, dan agama. Menurut pandangan

Dayakisni dan Yuniardi menyatakan bahawa etnosentrik adalah

sikap dalam melihat dan melakukan interpretasi terhadap seseorang

ataupun kelompok lain berdasarkan nilai-nilai yang ada pada

budayanya sendiri. Kelompok yang mengamalkan etnosentrik ialah

kalangan orang yang tidak berfikiran terbuka dan tidak mampu

menilai kaum lain dari aspek yang lain. Kesannya, kaum tersebut

akan mengalami konflik yang hebat kerana telah dipandang rendah

oleh golongan yang mengamalkan etnosentrik tersebut. Perkara ini

akan menyebabkan hubungan di antara mereka akan menjadi

renggang dan wujud jurang perbezaan kaum yang tinggi antara

mereka maka perpaduan dan nilai bersatu padu tidak dapat

dipupuk. 18

LATIHAN KENDIRI :
ARAHAN : ISIKAN TEMPAT KOSONG
SOALAN : BERIKUT MERUPAKAN ASPEK KEPELBAGAIAN BUDAYA. JAWAB SEMUA
SOALAN DI BAWAH.

1. __ __ N __ __ E __ T __ I __

2. K __ __ __ T __ __ __ U D __ Y __

3. S __ __ __ __ D A __ __

4. B __ D __ Y __ __ E N __ N T __ __ __ G

5. __ __ __ A __ __ __ O __ I __ A N

19

KESAN KEPELBAGAIAN BUDAYA KEPADA MURID

Kepelbagaian sosio-budaya dalam sistem masyarakat majmuk di negara kita akan memberi kesan
secara langsung kepada perkembangan sistem pendidikan dan kepada suasana pembelajaran secara
khasnya. Sebagai pendidik, adalah sangat penting untuk mengetahui peranan guru, murid, sekolah
dan kurikulum tersirat dalam usaha memberikan pendidikan yang seimbang kepada semua murid
dari pelbagai kaum dan latar belakang. Pengetahuan ini akan menghakis sikap prejudis guru dalam
menangani kepelbagaian budaya murid.

GAYA BELAJAR DAN BERFIKIR

Setiap pelajar adalah unik dan berbeza. Menurut
Golnick dan Chin (1990), “Culture provides the

blueprint that determines the way an individual
thinks, feels, and behaves in society”. Individu

pelajar adalah unik dan berbeza memandangkan

latar belakang mereka yang berlainan. Setiap

individu membesar dan terbentuk hasil interaksi
dalam persekitaran masing-masing. Budaya

mempengaruhi cara individu berfikir, bertindak,

PETEMPATAN DAN KELAS SOSIAL

Petempatan bagi seseorang pelajar adalah bereza ,samada
di bandar atau pinggir bandar. Pelajar bandar dan pinggir
bandar lebih terdedah kepada kepelbagaian budaya. Dalam
sesebuah sekolah bandar atau pinggir bandar akan wujud
kepelbagaian budaya kesan daripada persekitaran.
Terdapat pelajar-pelajar yang tergolong dalam kelompok
miskin bandar, kelas sederhana yang rata-rata nak pegawai
kerajaan dan swasta serta mereka yang kaya. Budaya
seseorang pelajar tertumpu dari aspek tumpuan perhatian,
kemampuan berbelanja , tingkah laku, tanggungjawab dan
sebagainya. Bagi kelas sosial pelajar ia wujud hasil
daripada taraf pendidikan dan taraf sosioekonomi keluarga.
Ia terdiri daripada kelas rendah, sederhana dan tinggi.

20

BAHASA DAN KOMUNKIKASI
Pelajar dalam sesebuah kelas membawa gaya komunikasi
yang berbeza. Pemahaman terhadap perbezaan ini dapat
menghindarkan sebarang masalah antara individu. Kemahiran
berkomunikasi penting ke arah pembentukan budaya
penyayang. Komunikasi berkesan
dapat dicapai melalui cara bertutur, pengunaan bahasa
badan, penulisan, juga melalui pengunaan alat-alat
tertentu seperti komputer, telefon dan sebagainya.
Seorang guru harus menggalakkan murid berinteraksi
dengan menggunakan bahasa standard dan melaksanakan
aktiviti yang dapat meningkatkan tahap penggunaan
bahasa murid-murid.

KAUM ETNIK
Pelajar yang tinggal dan belajar dalam lingkungan satu
etnik selalunya mengamalkan budaya, cara berfikir
dan pandangan yang sama. Manakala, pelajar yang
terdedah dengan kaum etnik yang berbeza akan lahir
perasaan saling menghormati dan memupuk pergaulan
yang akan meningkatkan semangat bermuafakat.

JANTINA
Murid digalakkan berinteraksi dan berhubung dengan
mereka yang berlainan jantina mengikut batas yang
sepatutnya. Mereka perlu diberikan kesedaran batasan
perhubungan dalam interaksi yang berlainan jantina dan
saling menghormati. Pelajar perempuan lebih tekun
memberikan perhatian dalam pembelajaran.

21

KESAN KEPELBAGAIAN BUDAYA KEPADA GURU

PENERIMAAN DAN LAYANAN ADIL
Seorang guru perlu mengenal latar belakang pelajar, taraf sosioekonomi dan tempat tinggal.
Setiap murid mempunyai kaum etnik dan budayanya yang tersendiri. Jadi, seorang guru harus
cuba mengenali latar belakang pelajarnya. Pelajar akan merasakan dirinya dihargai sekiranya
seseorang guru mengetahui budaya mereka masing-masing. Guru juga perlu mengelakkan
pelabelan dan diskriminasi. Dalam setiap kelas guru harus mengelakkan diskriminasi iaitu
tidak melebihi atau berpihak kepada mana-mana kaum. Guru haruslah melayan pelajarnya sama
rata.

PEDAGOGI DAN STRATEGI PEMBELAJARAN
Guru haruslah melakukan pembelajaran koperatif. Pembelajaran koperatif ialah satu
proses yang membantu pelajar berinteraksi antara satu sama lain untuk mencapai satu
matlamat khusus atau mendapatkan satu hasil akhir yang ada kaitan dengan isi
kandungan mata pelajaran. Guru boleh melakukan aktiviti berpasangan secara
heterogenous . Antara aktiviti yang dapat dilakukan untuk pembelajaran koperatif
ialah jigsaw, Think-Pair-Square dan gallery walk.

22

PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN PENGURUSAN HUBUNGAN
Menurut Mok Soon San (2002), guru bukan hanya menyampaikan ilmu pengetahuan semata-
mata, tetapi juga menanam sikap,nilai dan sahsiah yang sempurna dan mematuhi peraturan
masyarakat. Guru perlu menggunakan kajian sosiometri untuk melihat hubungan antara
murid. Contohnya, guru haruslah mewujudkan pergaulan bebas antara kelas sosial, tidak
berkelompok, berinteraksi tanpa sekatan budaya dan masyarakat. Guru harus berusaha
menolong murid memahami dan membentuk nilai, sikap dan tingkah laku yang sesuai.

PEMILIHAN BAHAN SUMBER
Guru harus menggunakan pelbagai kaedah pengajran dan pembelajran mengikut tahap
pencapaian murid kerana setiap murid berbeza tahap pencapaiannya. Guru boleh memulakan
set induksi yang menarik dan aktiviti pembelajaran yang menghilangkan rasa bosan dan
mengantuk. Guru boleh memaksimumkan dengan aktiviti meransangkan minda. Contohnya,
kata-kata motivasi dan penuh dengan senyuman dan jenaka, pujian supaya suasana sentiasa
ceria disamping teguran berupa nasihat dan bukan leteran. Guru juga tidak harus menyentuh
atau mempertikaikan kepercayaan yang diamalkan oleh murid-murid mereka. Isu-isu sensitif

tidak harus dipertikaikan
.

23

KESAN KEPELBAGAIAN BUDAYA TERHADAP SEKOLAH

JENIS SEKOLAH Amalan dalam sistem persekolahan di Malaysia
menjurus kearah kebangsaan dan sistem berpusat,
namun pelaksanannya wujud jenis-jenis sekolah
yang berbeza. Budaya sekolah juga berbeza
memandangkan sekolah tertentu berbentuk
etnosentrik (satu kaum etnik). Terdapat tiga jenis
sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis
Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan
Tamil. Jenis-jenis sekolah yang mempunyai fokus
yang berbeza turut mengamalkan budaya yang
berbeza.. Guru.

LOKALITI SEKOLAH Sekolah-sekolah yang terletak di bandar,
kebanyakan disertai oleh latar belakang sosiobudaya
iaitu kelas sosial dan etnik. Cabaran yang dihadapi
di sekolah bandar juga pelbagai kerana kesan
pengaruh sosiobudaya tempatan. Bagi sekolah luar
bandar dan pedalaman biasanya merangkumi satu
atau dua kaum etnik yang mempunyai taraf
sosioekonomi rendah. Sekolah-sekolah luar bandar
sering menghadapi masalah kekurangan guru,
pertukaran guru yang kerap dan prestasi pencapaian
yang rendah.

KEPIMPINAN SEKOLAH Berjaya atau sebaliknya sesebuah institusi atau
sekolah bergantung kepada gaya kepimpinan
pengurus sekolah. Pengurus yang baik dapat
mewujudkan sebuah ikli sekolah yang mesra,
memotivasikan dan kerjasama sebagai sebuah
pasukan. Kerencaman sosiobudaya boleh
dimanfaatkan untuk mencapai matlamat sekolah
melalui kerjasama antara sekolah dan komuniti,
khususnya melalui peranan Persatuan Ibu Bapa dan
Guru (PIBG) dapat memanfaatkan sekolah.

24

KESAN KEPELBAGAIAN BUDAYA KEPADA KURIKULUM

KURIKULUM TERSURAT KURIKULUM TERSIRAT

Kurikulum Kebangsaan merupakan Kurikulum tersirat adalah perlakuan,
satu program pendidikan yang
merangkumi kurikulum dan perancangan dan tindakan
kegiatan kokurikulum yang
termasuk semua pengetahuan, menggubal, membina dan
kemahiran, norma, nilai, unsur
kebudayaan dan kepercayaan. melaksanakan kurikulum yangtidak
Tujuannya adalah untuk membantu
perkembangan seseorang murid dinyatakan secara bertulis tetapi
dengan sepenuhnya dari segi
jasmani, rohani, mental dan emosi. berfungsi membina hati, akal dan jiwa
Antara contoh kurikulum tersurat
ialah kurikulum asuhan dan didikan pelajar supaya menjadi insan yang
awal kanak-kanak. Ibu bapa
haruslah memberikan asuhan dan berguna dan dapat meneruskan tradisi
didikan awal yang berkualiti kepada
kanak-kanak serta menyediakan hidup dan masyarakat. Jakson (1968)
peluang pembelajaran yang dapat
meransang minda kanak-kanak menyatakan terdapat tiga unsur iaitu
dalam lingkungan umur lahir hingga
empat tahun. kelompok, pujian dan kuasa. Antara

ciri-ciri kurikulum tersirat ialah

merangkumi semua pengalaman

pembelajaran yang murid peroleh di

mana mereka belajar dan ia juga boleh

menjadi objektif pembelajaran tetapi

hasilan pembelajarannya adalah

bersifat relative dan agak sukar diukur

secara kuantitatif. Kurikulum tersirat

juga merangkumi nilai-nilai yang

dibentuk bersama oleh pelaksana

kurikulum itu sendiri (murid,guru,

pengajar).

25

PENDIDIKAN MULTIBUDAYA

Pendidikan nilai amat diutamakan untuk menerapkan niali-nilai material
dan bukan material dalam kalangan pelajar dan mengelakkan
berlakunya penyelewengan budaya. Multibudaya adalah satu perkataan yang
paling sesuai dan tepat untuk menggambarkan kehidupan masyarakat di
Malaysia yang berbilang budaya. Pendidikan multibudaya adalah satu idea,
satu tindakan membentuk semula pendidikandan satu proses (Banks,2002).
Sebagai satu idea, pendidikan multibudaya cuba mewujudkansatu peluang
yang saksama kepada semua pelajar yang dari golongan, kaum, sosio-
ekonomi,budaya yang berlainan, dengan mengubah persekitaran sekolah agar
ia dapat menunjukkan kepelbagaian kebudayaan dan golongan dalam
sekolah dan sosial. Pendidikan multibudayaadalah satu proses kerana
matlamatnya adalah ideal di mana pihak pentadbir dan guru perluterus
berusaha dan berjuang untuk mencapai maklamat tersebut. Proses konstruk
ilmu pengetahuan adalah pengakuan bahawa semua ilmu pengetahuan adalah
konstruk sosial, wujud dalam pemikiran manusia untuk menjelaskan
pengalaman mereka yang boleh berubah, dengan mendorong perubahan
sosial. Memperkasakan budaya sekolah dan struktur sosial untuk
membentuksemula persekitaran sekolah, termasuk sikap, kepercayaan dan
tindakan guru-guru dan pihakpentadbir, kurikulum, prosedur peperiksaan
dan strategi pengajaran guru-guru supayamembolehkan pelajar dari kaum,
jantina, golongan yang berlainan mengalami pendidikan yangsaksama. Salah
satu konsep yang terserap dalam pendidikan berbilang kebudayaan
adalahkonsep kesaksamaan (equity). Menurut American Heritge Dictionary,
kesaksamaan dijelaskan sebagai satu peringkat di mana semua pelajar, tidak
kira majoriti atau minoriti, perempuan ataulelaki, pelajar yang berjaya atau
gagal, dan pelajar yang pernah ditolak pada satu masa ketikamempunyai
peluang untuk belajar, menyertai program pendidikan, dan mempunyai
penerimaan yang saksama bagi perkhidmatan yang mereka perlu dalam
pendidikan (Pathways Home). Malaysia merupakan sebuah Negara yang
berbilang kaum dan bangsa. Secara tidaklangsung, masyarakat Negara ini
telah diperkenalkan kepada budaya, bahasa, dan pemakaianyang tersendiri
pada waktu dan masa-masa tertentu.

26

SEBAB PENDIDIKAN MULTIBUDAYA DILAKSANAKAN

Terdapat kajian menunjukkan jika kanak-kanak memahami lebih banyak sterotaip
golongan lain, akan kurang bersikap negatif terhadap golongan lain. Dengan mendedahkan
pelajar kepada pengetahuan tentang pelbagai kaum dan sumbangan mereka dalam
pembinaandan kemajuan negara, akan dapat mengurangkan ketidaktoleransi dan
meningkatkan kerjasama untuk mencapai kebaikan sejagat (Martin,1985). Pendidik
yang mengenal danmenghormati latar belakang yang pelbagai pelajar mereka juga
akan berkewajiban danbertanggungjawab berkongsi nilai-nilai sesama dengan pelajar.
Walaupun pelajar dan guru-guru menunjukkan kebudayaan yang berlainan, tetapi
terdapat juga budaya yang sama dikongsi terutamanya budaya kehidupan.Strategi sekolah
harus memastikan keputusan yang dibuat dapat berkongsi bersamadan semua warga sekolah
membelajari kemahiran berkerja sama untuk menghasilkan satupersekitaran sekolah
yang prihatin untuk pelajar. Pemimpin atau pegawai berkaitan perlu membentuk
strategi yang memastikan semua sekolah mendapat peruntukan kewangan yangsaksama. Guru
harus peka tentang unsur-unsur berbilang kebudayaan semasa menilai kemahiran
kognitif dan kemahiran sosial pelajar. Pendidikan multi-budaya penting untuk memupuk
perpaduan di Malaysia terutamanyadikalangan pelajar. Walaupun sukar untuk melaksanakan
pendidikan multi-budaya, semuapihak hendaklah bekerjasama dalam merealisasikan
pendidikan multi-budaya seterusnyamembantu dalam penubuhan gagasan satu
Malaysia.Secara ringkasnya, pendidikan berbilang kebudayaan bertujuan membantu
pelajarmemperolehi ilmu pengetahuan dan komitmen dalam membuat keputusan yang
menimbangkanindividu, sosial, dan sebagainya untuk mencapai kehidupan harmoni dan
demokrasi.

27

ASPEK PENDIDIKAN MULTIBUDAYA

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat
(2007) pada halaman 86, perkataan
aspek didefinisikan sebagai segi, sudut
dan bahagian di mana ia adalah untuk
diberi perhatian terhadap sesuatu

Kita sudah memahami takrifan bagi pendidikan multibudaya,
bukan ? Seterusnya, apakah yang dimaksudkan dengan aspek pendidikan
multibudaya pula ? Pertama sekali, menurut Kamus Dewan Edisi
Keempat (2007) pada halaman 86, perkataan aspek didefinisikan sebagai
segi, sudut dan bahagian di mana ia adalah untuk diberi perhatian
terhadap sesuatu. Apabila perkataan aspek digabungkan dengan
pendidikan multibudaya maka terhasil aspek pendidikan multibudaya.
Aspek pendidikan multibudaya bermakna bahagian yang terdapat dalam
pendidikan multibudaya. Terdapat tiga aspek dalam pendidikan
multibudaya.

28

Tiga aspek dalam pendidikan multibudaya

Konsep pendidikan multibudaya ialah idea atau pengertian am
yang menggambarkan semua pelajar mempunyai hak yang
sama untuk belajar di dalam kelas tanpa membezakan mereka
dari segi jantina, kelas sosial, etnik atau kriteria lain. Sebagai
contoh, guru mestilah memberi layanan yang sama rata terhadap
semua pelajar walapun terdapat pelajar yang berlainan agama
dan pelajar yang kaya atau miskin. Hal ini dikatakan demikian
kerana, sesetengah pelajar tidak akan rasa tersisih dari segi ilmu
dan perhatian daripada guru. Apabila pelajar menerima cara
pembelajaran dan perhatian yang sama, mereka boleh focus
terhadap pelajaran dan memberikan sumbangan kejayaan
terhadap diri sendiri, keluarga dan membanggakan sekolahnya.

Aspek yang kedua ialah gerakan pendidikan multibudaya. Kita
selalu mendengar perkataan gerakan ini terdapat pada sesebuah
organisasi tetapi maksud gerakan pendidikan multibudaya ialah
usaha untuk mengubah institusi pendidikan agar pelajar
daripada semua kaum, kelas sosial, jantina dan lain-lain juga
memiliki peluang yang sama untuk belajar. Sistem pendidikan
di Malaysia telah mewujudkan pelbagai usaha dan strategi
untuk diaplikasikan dalam kurikulum sekolah supaya dapat
menerapkan kefahaman tentang pentingnya pendidikan
multibudaya di sesebuah sekolah. Selaras dengan era
modenisasi ini, pendidikan multibudaya bukanlah sesuatu yang
asing di Malaysia tetapi jika tidak diterapkan di bangku sekolah,
ia boleh mengancam identity negara kita. Oleh itu, pelbagai
usaha telah diwujudkan oleh pihak pendidikan seperti
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) supaya dapat
menerapkan semangat integrasi dalam kalangan masyarakat
sekaligus menaikkan nama negara ke persada dunia dengan
keunikan multibudaya melalui pendidikan.

29

Aspek pendidikan multibudaya yang ketiga ialah proses
pendidikan multibudaya. Proses ini bermaksud satu siri
perubahan atau perkembangan untuk mencapai tujuan agar
kesamaan pendidikan dapat dicapai oleh semua pelajar. Apabila
menyebut tentang proses, ia bermaksud suatu aliran perubahan
yang berlaku hasil daripada usaha yang dijalankan. Proses
pendidikan multibudaya ini semestinya dilalui oleh institusi
pendidikan seperti staf sekolah, guru-guru dan pelajar. Jika hari-
hari nilai sama rata diterapkan dan dibudayakan di sekolah,
pelajar, guru-guru dan staf sekolah seperti pekerja kantin dan staf
pejabat sekolah dapat mewujudkan persekitaran sekolah dan
budaya sekolah yang harmoni tanpa mengira perbezaan individeu
dari segi budaya, kelas sosial dan lain-lain. Proses amat penting
kerana jika ada usaha sahaja tetapi tidak dijalankan adalah ibarat
mencurah air ke daun keladi kerana hanya sia-sia dan tiada
perubahan atau perkembangan positif. Oleh itu, satu siri
perkembangan itu perlu diterapkan di institusi pendidikan agar
dapat mewujudkan budaya semangat integrasi khususnya dalam
kalangan pelajar dan membina hubungan baik antara pelajar
dengan guru.

LATIHAN

Apakah prinsip pendidikan multibudaya ?

I. Konsep

II. Proses

III. Elemen

IV. Gerakan

A. I & II C. I, II & III

B. I, II & IV D. I & IV

30

UNSUR PENDIDIKAN MULTIBUDAYA

Kita sudah mengetahui aspek pendidikan
multibudaya, seterusnya kita beralih pula
kepada unsur yang terdapat dalam pendidikan
multibudaya. Sebelum itu, apakah definisi
unsur? Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat
(2007) halaman 1774, definisi unsur ialah
bahagian yang terkecil daripada sesuatu
bahagian. Secara ringkasnya, jika luaran kita
tahu tentang aspek tetapi dalamnya pula ialah
unsur yang terdapat keseluruhan aspek tersebut.
Terdapat 3 unsur pendidikan multibudaya,
seperti berikut :

Apabila kita dengar tentang pendidikan multibudaya, kita PEMAHAMAN IDENTITI
mestilah faham tentang intipati pendidikan multibudaya. BUDAYA ORANG LAIN
Pemahaman identiti budaya orang lain sangat penting
terhadap pendidikan multibudaya. Hal ini dikatakan
demikian kerana, apabila guru menerapkan sesuatu
kefahaman kepada pelajar tentang identiti budaya orang
lain, pelajar-pelajar dapat berinteraksi dan berkawan
antara satu sama lain. Mereka tidak akan bersikap pilih
kasih atau mempunyai gambaran negatif terhadap budaya
orang lain atau perbezaan individu lain. Pemahaman
mengenai identitI budaya orang lain dapat diterapkan
melalui kurikulum di sekolah melalui pembelajaran dan
pengajaran dalam subjek Pendidikan sivik. Oleh itu,
pemahaman yang diperolehi pelajar dapat diaplikasikan
dalam kehidupan seharian mereka sekali gus mewujudkan
masyarakat yang harmoni di Malaysia.

31

MENGHORMATI Apabila kita sudah faham kemudian kita juga perlu aplikasikan perkara
KEBUDAYAAN itu seperti menghormati kebudayaan orang lain. Nilai murni saling
ORANG LAIN menghormati amat penting dalam kalangan masyarakat kerana kita
dapat mewujudkan suasana yang aman damai tanpa berlaku salah
faham dan pergaduhan. Jika tiada sikap saling menghormati antara satu
sama lain, akan berlakunya rusuhan kaum dan penindasan terhadap
golongan masyarakat yang lemah dari segi kelas sosial atau perbezaan
fizikal mereka. Perbuatan ini telah menunjukkan sikap negatif dan
berlaku ketidaksamarataan terhadap masyarakat sedangkan mereka
layak mendapat layanan sama rata walaupun berbeza budaya kerana
mereka juga masyarakat yang berwarganegara secara iktiraf di
Malaysia. Maka, tiada sebab untuk kita menindas atau menghukum
sesuatu identiti budaya tersebut. Sikap menghormati budaya orang lain
dapat ditunjukkan apabila tiba hari perayaan mereka. Kita dapat
melihat masyarakat yang multibudaya ini memberi ucapan perayaan
antara satu sama lain. Di sekolah pula, pelajar-pelajar menunjukkan
rasa hormat melalui aktiviti dekorasi bilik darjah mengikut kesesuaian
perayaan mereka dan juga saling memberi ucapan antara guru dan
pelajar serta dalam kalangan pelajar. Jelaslah bahawa, institusi
pendidikan mestilah menerapkan sikap saling menghormati antara satu
sama lain yang berbeza budaya agar lahirnya generasi yang bersatu
padu.

Apakah kebaikan yang digambarkan? Kebaikannya ialah untuk Memandang variasi
kita menghargai, menerima, memelihara variasi budaya tersebut budaya sebagai
dalam komuniti Malaysia. Penerapan nila-nilai budaya yang sesuatu kebaikan.
diajarkan di sekolah semestinya membantu pelajar-pelajar untuk
lebih menghargai budaya dalam komuniti Malaysia. Hal ini
dikatakan demikian kerana, sikap menghargai antara satu sama
lain menyebabkan semua individu merasa sangat berharga dan
dihargai di negara sendiri. Apabila pelajar-pelajar dapat
menerapkan nilai menghargai seterusnya mereka dapat
mengaplikasikan nilai tersebut sehingga mereka dewasa. Sebagai
contoh, individu yang tahu sifat hargai terhadap orang lain yang
berbeza budaya dapat membina hubungan baik antara satu sama
lain. Mereka juga dapat mewujudkan suasa kerja yang sangat
harmoni dan dapat bekerjasa dengan baik dalam kerja. Oleh itu,
pihak yang bertanggungjawab perlu mengambil langkah yang
proaktif supaya dapat membuka minda masyarakat bahawa
mereka dapat memandang variasi budaya ini sebagai satu
kebaikan sekaligus memelihara variasi budaya di Malaysia tanpa
ditelan zaman dan ditindas daripada pihak luar negara.

32

ELEMEN PENDIDIKAN MULTIBUDAYA

Elemen pendidikan multibudaya ini dihasilkan oleh seorang ahli falsafah bernama
Lawrence Blum. Lawrence Blum adalah Profesor Seni dan Pendidikan Liberal yang
terkenal dan Profesor Falsafah di University of Massachusetts, Boston. Beliau sangat
meminati ilmiahnya merangkumi pengajian bangsa, falsafah moral, falsafah pendidikan,
falsafah sosial dan politik, psikologi moral, multikulturalisme, dan falsafah dan Holocaust.
Blum juga seorang pengarang Sekolah Tinggi, Balapan, dan Masa Depan Amerika yang
baru diterbitkan: Apa yang Pelajar Boleh Mengajar Kami Tentang Akhlak, Kepelbagaian,
dan Komuniti, yang diterbitkan oleh Harvard Education Press. Buku ini berdasarkan
kursus mengenai Ras dan Rasisme yang diajarkannya di sekolah menengah tempatannya
kepada kelas warga emas yang berlainan bangsa dan etnik.

Tambahan pula, Blum telah menulis lima buku: Sekolah Menengah,
Perlumbaan, dan Masa Depan Amerika: Apa Yang Pelajar Boleh Mengajar
Kita Tentang Akhlak, Kepelbagaian, dan Komuniti (Harvard Education
Press, 2012); "Saya Bukan Rasis, Tetapi": The Moral Quandary of Race
(Cornell UP, 2002) (yang terpilih sebagai buku terbaik tahun ini dalam
falsafah sosial, oleh Persatuan Amerika Utara untuk Falsafah Sosial);
Persepsi Akhlak. Jelaslah bahawa, Blum telah menghasilkan banyak buku
yang berkaitan dengan ras dan budaya.

33

Menurut pendapat Blum (2001), pendidikan
multibudaya sarat dengan penghargaan,
penghormatan dan kebersamaan dalam suatu
komuniti yang majemuk. Tambahan lagi,
Blum menegaskan bahawa pendidikan
multibudaya meliputi sebuah pemahaman,
penghargaan dan penilaian atas budaya
seseorang, dan sebuah penghormatan dan
pemahaman tentang budaya dan etnik orang
lain. Ia meliputi penilaian terhadap
kebudayaan-kebudayaan orang lain, bukan
dalam makna menyetujui seluruh aspek dari
kebudayaan-kebudayaan tersebut, melainkan
mencuba melihat bagaimana kebudayaan
tertentu dapat menerapkan nilai murni bagi
masyarakatnya sendiri.

Beliau telah berpendapat bahawa terdapat 3
elemen dalam pendidikan multibudaya. Antaranya
ialah menegaskan identiti budaya seseorang,
mempelajari, dan menilai warisan budaya
seseorang. Seterusnya, ialah menghormati dan
berkeinginan untuk memahami serta belajar
tentang etnik atau kebudayaan-kebudayaan orang
lain. Ketiga ialah menilai dan merasa senang
dengan perbezaan kebudayaan itu sendiri. Ia
bermakna masyarakat melihat kebudayaan orang
lain itu sebagai sesuatu yang baik untuk dihargai
dan dipelihara.

Melalui beberapa definisi diatas, ada tiga kata kunci yang
menunjukkan bahawa adanya pendidikan multikultural
iaitu yang pertama, proses pengembangan sikap dan
tingkahlaku. Kedua, menghargai perbezaan dan
kepelbagaian budaya. Ketiga, penghargaan terhadap
budaya lain. Maka jelaslah bahawa pendapat Blum sangat
boleh digunakan dalam konteks masyarakat Malaysia dan
system pendidikan negara kerana ia dapat meningkatkan
kesedaran pelajar bahawa warisan budaya perlu dipelihara
bukannya ditindas atau saling bermusuhan.

34

➢ 1Malaysia adalah gagasan bagi mengharmonikan rakyat pelbagai kaum di negara ini tanpa
mengubah identiti kaumkaum tersebut. Konsep Malaysian Malaysia pula adalah satu dasar
yang mahu menggagalkan terus asas binaan kemasyarakatan yang wujud itu. Keadilan yang
dicanangkan dalam konsep Malaysian Malaysia diambil secara membuta tuli dengan
mengambil konsep kesamarataan secara menyeluruh. Di samping menjaga kepentingan semua
kaum, Gagasan 1Malaysia juga menekankan soal integrasi dan pewujudan bangsa Malaysia.
Berbeza dengan Malaysian Malaysia yang hanya terbatas kepada kesamarataan hak tanpa
mengambil kira realiti dan sejarah negara Malaysia.

➢ Perpaduan yang digambarkan oleh Gagasan 1Malaysia amat berbeza dari konsep asimilasi
yang diamalkan di negaranegara etnik dilenyapkan dan diganti dengan satu identiti nasional
yang sama. Sebaliknya 1Malaysia menghargai dan menghormati prinsip-prinsip
Perlembagaan Persekutuan serta identiti-identiti etnik setiap kaum di Malaysia, dan
menganggapnya sebagai satu aset atau kelebihan yang patut dibanggakan. 1Malaysia
menekankan sikap penerimaan dalam kalangan rakyat berbilang kaum, di mana sesuatu kaum
menerima keunikan kaum yang lain seadanya agar kita dapat hidup bersama dalam keadaan
saling menghormati sebagai rakyat dalam satu negara.

35

Dalam konteks 1Malaysia, mempunyai aspek penting iaitu
pertama, penerapan teras-teras perpaduan. Tugas kerajaan
ialah menerapkan teras-teras perpaduan sebagai budaya
dan amalan semua rakyat Malaysia. Teras perpaduan ini
adalah komponen-komponen asas yang menguatkan
semangat bersatu padu dalam kalangan rakyat berbilang
kaum. Teras Perpaduan ini disandarkan kepada tiga prinsip
dalam memperkukuhkan perpaduan nasional iaitu :

• Prinsip Penerimaan
• Prinsip Kenegaraan
• Prinsip Keadilan Sosial

Prinsip yang pertama ialah prinsip penerimaan iaitu 1Malaysia
menekankan sikap penerimaan dalam kalangan rakyat berbilang
kaum, di mana sesuatu kaum menerima keunikan kaum yang lain
seadanya agar dapat kita hidup bersama dalam keadaan saling
menghormati sebagai rakyat dalam satu negara. Konsep penerimaan
dan toleransi adalah dua perkara yang berbeza sama ada daripada
ungkapan mahupun pelaksanaan di mana penerimaan akan
memperlihatkan perlakuan yang positif menerima sepenuhnya
sesuatu perkara dengan ikhlas tanpa ada unsur paksaan. Manakala
toleransi pula berlaku kerana tiada pilihan lain atau secara terpaksa
di mana ia berlaku apabila sesuatu pihak tiada pilihan lain dan ianya
diterima dengan ketidakjujuran.

36

Prinsip kenegaraan pula ialah konsep perpaduan, semangat nasionalisme dan cintakan negara telah
diterapkan dahulu lagi oleh pemimpin-pemimpin terdahulu. Tunku Abdul Rahman melalui Parti Perikatan
yang dipimpinnya dengan dibantu oleh Tun Tan Cheng Lock dan Tun V.T. Sambathan berjuang bagi
mendapatkan kemerdekaan dan kebebasan daripada penjajah British untuk Tanah Melayu. Tun Abdul
Razak pula mengilhamkan Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang tujuannya adalah untuk
menyatupadukan rakyat berbilang kaum di negara ini. Tun Hussien Onn yang sememangnya terkenal
dengan usaha-usaha yang dilakukan untuk memupuk perpaduan di kalangan rakyat sehingga diberi
gelaran ‘Bapa Perpaduan’. Tun Dr.Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi pula
membawakan Wawasan 2020 dan konsep Cemerlang, Gemilang dan Terbilang sebagai gagasan untuk
memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini. Prinsip-prinsip Kenegaraan
berasaskan kepada dua perkara iaitu Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. Oleh yang
demikian, usahlah mana-mana pihak berasa khuatir atau bimbang kerana Gagasan 1Malaysia ini tidak
akan sekali-kali terpesong dari apa yang telah dipersetujui dan dimuafakatkan oleh kepimpinan negara
pada suatu ketika dahulu.

Prinsip Keadilan Sosial pula ialah semua rakyat Malaysia
akan terbela dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan.
Keadilan ini mestilah mengambil kira taraf kemajuan kaum-kaum
yang berada pada tahap yang berbeza. Oleh itu, dasar-dasar
kerajaan dan peruntukan-peruntukan Perlembagaan yang
memberikan pembelaan kepada golongan yang memerlukannya,
akan tetap dilaksanakan. Melalui Gagasan 1Malaysia, setiap wakil
rakyat bertindak melepasi sempadan kaum masing-masing dan
melebarkan khidmat mereka kepada kaum-kaum lain. Namun
begitu, Gagasan 1Malaysia yang mempunyai prinsip keadilan sosial
bukanlah landasan bagi mana-mana pihak untuk membuat tuntutan
yang keterlaluan. Maka, jelaslah bahawa prinsip-prinsip yang
ditetapkan amat penting dalam melahirkan masyarakat Malaysia
yang bersatu padu.

37

Dari aspek pendidikan, konsep 1Malaysia berfungsi untuk mengurangkan jurang
perbezaan antara bandar, luar bandar dan kumpulan etnik agar mereka mempunyai hak
untuk mendapat bantuan kerajaan berbanding anak-anak dari golongan berada yang sudah
tentu mempunyai peluang pendidikan yang terbaik.
Tambahan pula, pendidikan dan pengetahuan adalah prasyarat penting untuk mana-mana
negara mencapai kejayaan. Kekuatan dan ketahanan negara dan bangsa adalah berasaskan
kepada masyarakat yang berpendidikan dan berpengetahuan mengatasi kekuatan
ketenteraan.
Oleh itu, pelaksanaan sekolah integrasi atau sekolah wawasan merupakan salah satu
rancangan kerajaan untuk menyatupadukan kaum-kaum di Malaysia.

LATIHAN
Pada pendapat anda, apakah kesan konsep 1Malaysia yang diwujudkan oleh Datuk Seri
Tun Razak ? Jelaskan.

38

MATLAMAT SEKOLAH WAWASAN

Sekolah Wawasan ialah sekolah yang menempatkan beberapa buah
sekolah yang berlainan aliran dan wujudnya berlainan agama dan

bangsa di bawah satu bumbung.

Penubuhan sekolah wawasan juga membolehkan semua sumber digunakan secara
optimum. Segala kekuatan dan kelebihan yang didapati daripada sekolah aliran
yang berbeza ini dapat dikecapi bersama oleh sekolah-sekolah lain untuk
menampung kepelbagaian pelajar yang sedia ada. Penyata Razak (1956)
menyatakan tujuan dasar pelajaran di negara ini ialah menyatukan pelajar-pelajar
daripada semua bangsa dengan menggunapakai satu peraturan pelajaran iaitu
menjadikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa penghantar. Kaedah ini pastinya
dapat memupuk perpaduan antara kaum. Perpaduan di sini dalam erti kata lain
berupaya menangkis gejala yang boleh memecah-belahkan rakyat seperti
semangat perkauman dan perasaan kedaerahan yang melampau.

Penempatan ketiga-tiga aliran sekolah di Sekolah Wawasan
dapat dijadikan landasan terbaik untuk mewujudkan integrasi
kaum pada peringkat rendah lagi. Bak kata pepatah, kalau
hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya. Begitu juga
dengan integrasi kaum dan asimilasi budaya hanya dapat
dicapai seandainya usaha memupuk hubungan serta
perpaduan kaum itu dimulakan di peringkat sekolah rendah
dengan membiarkan para pelajar bergaul, berinteraksi dan
bermain bersama-sama.

Apabila pelajar Melayu, Cina, India dan kaum lain berinteraksi sejak
peringkat awal persekolahan sudah tentu ia dapat melahirkan satu
generasi Malaysia yang bersifat pelbagai budaya. Secara tidak langsung,
sifat teloransi dan persefahaman antara kaum dapat dipupuk manakala
masalah perkauman akan terhapus sedikit demi sedikit dan perasaan
syak wasangka antara kaum dapat dihapuskan dan dapat mewujudkan
sebuah negara yang bersatupadu. Oleh itu, penubuhan Sekolah
Wawasan merupakan satu medium yang amat efektif bagi menerapkan
semangat integrasi dalam kalangan pelajar sekali gus mewujudkan
sebuah negara yang aman damai.

39

PENDIDIKAN MULTIBUDAYA MODEL JAMES A. BANKS

Menurut James A. Banks (1997), pendidikan multikultural adalah idea, gerakan
reformasi pendidikan, dan proses. Dalam konteks idea, pendidikan pelbagai budaya
bertujuan untuk mewujudkan peluang pendidikan yang sama untuk semua pelajar,
termasuk mereka yang berasal dari kumpulan bangsa, etnik, dan kelas sosial yang
berbeza. Pendidikan berbilang budaya cuba mewujudkan peluang pendidikan yang
sama untuk semua pelajar dengan mengubah keseluruhan persekitaran sekolah
sehingga dapat mencerminkan budaya dan kumpulan yang pelbagai dalam sebuah
masyarakat dan negara. Pendidikan berbilang budaya adalah satu proses kerana
tujuannya adalah cita-cita yang harus sentiasa berusaha dicapai oleh guru dan
pentadbir.

40

7 Elemen penting dalam pendidikan multibudaya menurut Banks

Mengurangkan diskriminasi Menghormati di antara satu
terhadap sesuatu kaum dan sama lain tanpa mengambil kira
memberikan pendidikan yang adil
perbezaan kaum dan kelas
kepada semua individu. sosial.

Membantu pelajar membina Membantu individu memahami kendiri
pengetahuan, sikap dan kemahiran dengan melihat mereka sendiri dari

diri agar boleh membangunkan perspektif budaya lain, dengan andaian
kaum sendiri dan juga kaum yang bahawa mempunyai fahaman dan

lain. pengetahuan sedemikian akan dapat
wujud penghormatan antara satu sama

lain.

Membekalkan pelajar peluang Membekalkan semua pelajar Mengurangkan diskriminasi
untuk memahami budaya kemahiran, sikap dan dan derita pengalaman dari ciri-
golongan lain.
pengetahuan untuk berfungsi ciri budaya sendiri.
dalam budaya sendiri dan juga

budaya kaum lain.

41

PRINSIP YANG PERLU DIAMBIL KIRA SEMASA MERANCANGKAN

POLISI PENDIDIKAN MULTIBUDAYA

Berdasarkan definisi dan konsep pendidikan multibudaya, beberapa prinsip
perlu diberi pertimbangan dalam pelaksanaan program pendidikan
berbilang budaya. Menurut James A. Banks (2002) dalam membantu
pelajar meningkatkan pencapaian akademik dan mendorong kemahiran
bergaulan antara golongan yang berlainan. Beberapa prinsip asas yang perlu
diambil kira semasa merancangkan polisi pendidikan berbilang kebudayan
antaranya ialah, program pengembangan profesional perlu diadakan untuk
membantu guru memahami ciri-ciri pelbagai kaum negara dan unsur-unsur
bangsa, kaum, bahasa, sosioekonomi yang saling berkaitan dalam
mempengaruhi tingkah laku pelajar.

Kedua, sekolah perlu memastikan semua pelajar memperolehi peluang
yang saksama dalam pembelajaran. Kurikulum yang disediakan perlu
membantu pelajar memahami ilmu pengetahuan harus berasaskan
bidang sosial dan menggambarkan dapatan penyelidikan yang berkaitan
dengan sosial, politik, dan ekonomi negara. Ketiga ialah sekolah perlu
membekalkan semua pelajar peluang untuk menyertai aktiviti
kokurikulum atau aktiviti luaran yang membantu pengembangan
pengetahuan, kemahiran, sikap serta meningkatkan pencapaian
akademik dan menggalakkan interaksi positif dalam kalangan pelajar
yang pelbagai latar belakang. Sekolah juga harus menubuhkan
persatuan yang ahlinya terdiri daripada wakil golongan yang berlainan
untuk memperbaiki perhubungan antara satu sama lain.

42

Pelajar perlu memahami stereotaip dan bias yang mendatangkan
kesan negatif terhadap perhubungan kaum. Pelajar perlu
mempelajari nilai-nilai yang dikongsi oleh semua golongan yang
berbilang budaya. Sebagai contoh, nilai keadilan, kesaksamaan,
kebebasan, keamanan dan belas kasihan. Kelima pula ialah guru harus
membantu pelajar memperolehi kemahiran sosial untuk berinteraksi
secara berkesan dengan pelajar yang berasal dari kaum, budaya, dan
bahasa yang berlainan. Sekolah harus membekalkan peluang kepada
pelajar yang mempunyai latar belakang yang berlainan berinteraksi
dalam satu keadaan yang tidak berasa ketakutan dan bimbang.

Di samping itu, prinsip yang lain untuk polisi pendidikan multibudaya
ialah strategi sekolah harus memastikan keputusan yang dibuat
dapat berkongsi bersama dan semua warga sekolah mempelajari
kemahiran bekerjasama untuk menghasilkan satu persekitaran
sekolah yang prihatin untuk pelajar. Akhir sekali, pemimpin atau
pegawai yang bertanggungjawab perlu membentuk strategi yang
memastikan semua sekolah mendapat peruntukan kewangan yang
saksama. Guru harus cakna tentang unsur-unsur berbilang
kebudayaan semasa menilai kemahiran kognitif dan kemahiran sosial
pelajar.

43

KEPENTINGAN MEMAHAMI MULTIBUDAYA
TERHADAP GURU

Sebagai seorang guru, ia merupakan tanggungjawab beliau untuk
mengetahui bahawa setiap pelajar mempunyai budaya pelajar yang
berbeza. Terdapat pelbagai kepentingan memahami multibudaya
terhadap guru antaranya ialah guru bertanggungjawab memupuk
perpaduan dalam kalangan pelajarnya. Hal ini dikatakan demikian
kerana, guru dianggap insan yang sangat dipercayai tentang ilmu maka
murid-murid akan mengikut tunjuk ajarnya dan aplikasikan dalam
kehidupan seharian. Sebagai contoh, apabila guru mengajar anak
muridnya supaya mengucap ‘Happy Deepavali’ kepada pelajar yang
beragama Hindu, pasti anak muridnya akan dapat mengikutinya.

44

Selain itu, kepentigan memahami multibudaya
bagi guru ialah dapat membantu guru dalam
menyediakan proses pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan kepada setiap
pelajar dan menarik kesungguhan serta usaha
untuk mencipta pengalaman-pengalaman
pembelajaran yang pelbagai. Kepelbagaian
pembelajaran yang sesuai dengan tahap dan gaya
pembelajaran pelajar mampu memberi pulangan
yang cukup baik kepada semua pelajar tanpa
mengira kepelbagaian yang wujud di dalam
sesebuah bilik darjah. Tambahan pula, ia dapat
meningkatkan metodologi pengajaran dan amalan
bagi pelajar-pelajar tertentu di mana ia akan
menghasilkan suasana pengajaran dan
pembelajaran yang lebih bermakna dan bukan
hanya berorientasikan kepada peperiksaan
semata-mata.

Di samping itu, mereka akan lebih memahami apa yang
boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan dalam
masyarakat pelbagai budaya. Dalam konteks profesional
perguruan, dengan memahami kepelbagaian budaya,
seseorang guru akan lebih bersedia untuk berhadapan
dengan murid daripada pelbagai budaya. Apabila
seseorang guru menguasai kefahaman mengenai budaya
sudah pasti guru tersebut lebih bersedia untuk
berhadapan dengan pelajar daripada pelbagai budaya.
Aspirasi bermaksud cita-cita dan harapan seseorang
dalam mencapai kejayaan sesuatu aspek kehidupan.
Pencapaian akademik adalah satu aspek persekolahan
yang tidak dapat dipisahkan dari kehidupan pelajar.
Bagaimana pencapaian akademik pelajar adalah
berbeza-beza kerana dipengaruhi oleh pelbagai faktor.
Budaya pelajar adalah faktor yang sering disebut
sebagai pengaruh utama kepada perbezaan dalam
pencapaian akademik yang pelbagai.

45

Akhir sekali, kepentingan memahami multibudaya
bagi guru ialah guru akan lebih berhemah dan
menghormati nilai serta amalan budaya setempat.
Hal ini dikatakan demikian kerana, guru perlu
mengkaji dan memahami sosiobudaya setiap
pelajar untuk memudahkan proses pengajaran
dan pembelajaran supaya tiada pelajar yang akan
berasa tersisih. Kepelbagaian sosiobudaya yang
wujud di dalam bilik darjah memerlukan guru
mengambil perhatian yang sesuai bagi
membolehkan setiap pelajar mendapat peluang
yang adil untuk pembelajaran yang berkesan.
Guru yang menghormati nilai dan amalan budaya
setempat akan disayangi dan disegani oleh
pelajar-pelajarnya.

Kesimpulannya, memahami multibudaya bagi guru sangat
penting kerana ia merupakan tanggungjawab guru untuk
mendidik pelajar dengan memahami budaya setempat.
Guru juga dapat menerapkan semangat integrasi dalam
kalangan pelajar sekali gus melahirkan generasi akan
datang yang dapat memelihara warisan budaya negara
kita.

46

KESAN MULTIBUDAYA TERHADAP MURID,
SEKOLAH DAN KURIKULUM

• TERHADAP MURID

Murid adalah pelanggan bagi setiap guru di dalam bilik darjah.
Mereka akan bersama setiap kali aktiviti pengajaran dan
pembelajaran berlangsung dalam bilik darjah. Hati dan jiwa
mereka perlu dibersihkan melalui pendidikan terbaik yang
melampaui tingkah laku manusia. Kerapkali terdapat
perbezaan antara individu atau kumpulan murid dengan yang
lain. Faktor ini mendesak guru menggunakan kemahiran
secara optimum dalam pengurusan bilik darjah dan adalah
penting kepada guru untuk memahami tingkah laku dan
budaya murid supaya sebarang tindakan dapat dilakukan
mengikut kaedah yang betul dan tepat.

47

Guru juga perlu menyenaraikan maklumat yang perlu murid ketahui tentang
peraturan yang wajib mereka patuhi sepanjang masa pengajaran dan
pembelajaran. Murid harus bersosial dalam melakukan aktiviti pembelajaran
supaya semangat integrasi dapat dipupuk. Murid harus berinteraksi tanpa
mengira kelas sosial dan perlu membuang sikap prejudis terhadap bangsa lain.
Kepercayaan dan amalan agama yang dianuti tidak harus dipertikaikan dan
aktiviti yang dijalankan haruslah berupaya menyemai semangat saling percaya
dan mempercayai ke dalam jiwa murid. Proses sosialisasi antara kaum tanpa
mengira anutan agama hendaklah dikembangkan supaya proses pembentukan
kendiri murid dapat dilaksanakan sekaligus semangat perpaduan dapat
dijalinkan dalam masyarakat.

Penggunaan bahasa yang standard harus diamalkan oleh murid.
Unsur-unsur dialek mengikut kaum hendaklah dielakkan, seberapa
yang terdaya murid harus diingatkan untuk sentiasa berinteraksi
dengan menggunakan bahasa yang betul. Penggunaan laras bahasa
yang tepat mestilah diamalkan dalam situasi yang sesuai, aktiviti
yang bercorak ke arah peningkatan bahasa perlu disertai supaya
tahap penguasaan bahasa murid sentiasa bertambah.
Perbendaharaan kata yang tepat akan membantu murid mencapai
kematangan sosial yang sepatutnya. Murid juga digalakkan
berinteraksi dan berhubung dengan mereka yang berlainan jantina.
Mereka juga perlu diberikan kesedaran batasan perhubungan dalam
interaksi yang berlainan jantina.

48

• TERHADAP SEKOLAH

Pada masa ini terdapat pelbagai pilihan jenis sekolah dalam sistem
pendidikan negara. Pada peringkat rendah terdapat SK, SJKC,
SJKT. Pada peringkat menengah pula terdapat SMK Harian,
Sekolah Model Khas, Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah
Menengah Teknik, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama. Sekolah
Premier iaitu sekolah yang mempunyai tradisi panjang seperti
sekolah yang berusia 100 tahun atau lebih dan sekolah di dalam
persekitaran yang strategik serta infrastruktur yang baik seperti
sekolah yang berjiran dengan Putrajaya dan Cyberjaya. Tambahan
pula, sekolah lain juga tersenarai ialah Maktab Rendah Sains
Mara, sekolah swasta dan sekolah antarabangsa.

Di peringkat sekolah rendah, terdapat tiga jenis sekolah iaitu Sekolah
Kebangsaan (bahasa pengantar utama adalah Bahasa Kebangsaan),
SJKC (bahasa pengantar Bahasa Cina) dan SJKT (bahasa Tamil).
Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang memberi peluang murid
cemerlang khususnya dari kawasan luar Bandar mendapat pendidikan
yang terbaik supaya mereka terus berjaya dalam bidang akademik,
kokurikulum dan sahsiah. Setiap SBP mempunyai bidang keistimewaan
masing-masing seperti permainan ragbi di Kolej Melayu Kuala Kangsar,
pancaragam di Sekolah Menengah Tun Fatimah, pidato di Kolej Islam
Kelang.

49

Sekolah Menengah Teknik memberi peluang belajar kepada murid yang cenderung
dalam bidang teknikal dan vokasional. Matlamatnya adalah untuk menyediakan
tenaga kerja mahir dan separuh mahir yang mencukupi. SMT yang cemerlang
termasuklah SMT Dato Undang Hj Md Sharip (ekonomi rumah tangga), SMT
Chenor (pertanian), SMT Sri Manjung (ketukangan elektrik), SMT Muazam Shah
(ketukangan awam), SMT Shah Alam (ketukangan mekanikal) dan SMT Cheras
(kejuruteraan). Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) menawarkan dan
menyediakan program Pendidikan Islam kepada murid. Ia memupuk potensi murid
dari segi minat, kreativiti, sahsiah dan kepimpinan serta menyediakan peluang
melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang ilmu, dalam dan luar negara.

Sekolah Pendidikan Khas menyediakan Pendidikan Khas kepada
murid bermasalah penglihatan, pendengaran dan pembelajaran,
autisme, sindrom-down, keupayaan kognitif rendah, ADHD dan
disleksia. Matlamatnya adalah supaya mereka menjadi insan yang
berdikari dan dapat menyumbang kepada pembangunan negara.
Sekolah Menengah Pendidikan Khas Indrapura contohnya
menyediakan kemudahan pelajaran bagi ketiga-tiga kategori
Pendidikan Khas. SMT memberi peluang pendidikan kepada murid
bermasaalah pendengaran dengan menawarkan kursus-kursus
anjuran Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK).

Kepelbagaian sosio budaya juga telah mewujud sekolah yang terdiri
daripada pelbagai bangsa seperti sekolah jenis Cina dan Tamil.
Kementerian Pelajaran telah berusaha untuk mengatasi masalah
kepelbagaian sosio-budaya melalui aktiviti yang dijalankan di sekolah.
Program Integrasi Untuk Perpaduan (RIMUP) adalah salah satu daripada
usaha Kementerian Pelajaran untuk memupuk perpaduan dalam kalangan
murid tanpa mengira kaum. Sekolah Wawasan ditubuhkan untuk
mewujudkan perpaduan dalam kalangan murid di sekolah. Sekolah ini
adalah antara sekolah yang dahulunya terasing antara satu sama lain,
kini disatukan dalam satu sistem pendidikan yang seragam.

50


Click to View FlipBook Version