Apabila murid Melayu, Cina, India dan kaum lain dapat berinteraksi
sejak peringkat awal persekolahan, sudah tentu akan lahir satu generasi
Malaysia yang bersifat pelbagai budaya. Oleh itu, penekanan semangat
perpaduan dan integrasi antara kaum sejak kecil iaitu di bangku sekolah
rendah akan lebih memudahkan kerana mereka ini masih kanak-kanak yang
boleh dilentur.
• TERHADAP KURIKULUM SEKOLAH
Kurikulum biasanya dirujuk kepada perancangan bertulis yang
sistematik merangkumi objektif, kandungan, strategi penyampaian dan
penilaian untuk dilaksanakan dalam satu rangka masa tertentu.
(Saedah Siraj, 2001; Wiles and Bondi, 1998; Pratt, 1994; Schubert,
1986). Di peringkat pelaksanaan, kurikulum menampilkan penyampaian
isi kandungan yang telah disusun dalam kurikulum itu sendiri.
Di peringkat penilaian pula, pengukuran serta pengujian dijalankan
untuk menentukan pencapaian objektif yang tercatat. Majoriti tokoh
pendidikan tempatan dan luar negara mengakui bahawa apa yang
sebenarnya yang dipelajari di sekolah dan institusi pendidikan
bukanlah setakat kandungan yang tercatat dalam sukatan pelajaran
atau Performa kursus tetapi merangkumi kesemua pengalaman
pembelajaran yang diperoleh penuntut semasa belajar. (Margolis,
2001; Cahfel, 1997; Eisner, 1994). Ini lah yang dikatakan Kurikulum
Tersirat.
51
Kurikulum dalam sistem pendidikan di Malaysia telah menghasilkan
subjek-subjek yang mengandungi tentang multibudaya untuk
memupuk semangat perpaduan dalam kalangan pelajar dan
masyarakat. Sebagai contoh, matapelajaran Pendidikan Sivik dan
Pendidikan Moral. Melalui pembelajaran daripada subjek tersebut, ia
dapat membantu guru memupuk semangat integrasi dalam kalangan
pelajar dan mewujudkan pemahaman tentang pentingnya mltibudaya
dalam kalangan masyarakat.
LATIHAN
KESAN PENDIDIKAN MULTIBUDAYA
Susun semula kotak-kotak yang diberi untuk membentuk sebuah
perkataan.
PUZZLE 1
LA O H E KS
PUZZLE 2
DU I RM
PUZZLE 3 K UR K UM
UL I
52
Kesimpulannya, pemahaman terhadap budaya dalam kalangan masyarakat sangat
penting kepada semua pihak. Pendidikan multibudaya telah memberikan impak yang besar
terhadap guru, pelajar dan masyarakat. Kepelbagaian latar belakang pelajar dari aspek kaum
dan budaya telah memberi kesan terhadap pengajaran dan pembelajaran. Latar belakang
budaya dan persekitaran pelajar juga sememangnya memberi impak ke atas pemikiran dan
tingkah laku seseorang. Guru-guru mestilah sentiasa mengkaji dan memahami sosiobudaya
setiap pelajar untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran supaya tiada pelajar
yang rasa tersisih disebabkan perbezaan budaya. Kepelbagaian sosiobudaya yang wujud di
dalam bilik darjah memerlukan guru mengambil perhatian yang sesuai bagi membolehkan
setiap pelajar mendapat peluang yang adil untuk pembelajaran yang berkesan. Pendidikan
multibudaya sangat penting untuk menerapkan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar
dan masyarakat agar dapat mewujudkan sebuah negara yang aman dan sejahtera. Oleh itu,
semua pihak mestilah bekerjasama dan cakna dalam merealisasikan pendidikan multibudaya
demi keharmonian dan kesejahteraan negara kita.
53
RUJUKAN
Rustam Ibrahim (2013). PENDIDIKAN MULTIKULTURAL : Pengertian, Prinsip, dan
Relevansinya dengan Tujuan Pendidikan Islam. Vol 7 (1), 1-26
Dr Ahmad Ali Bin Seman (2014). Pendidikan Multikultural (Kepelbagaian Budaya) dalam Mata
Pelajaran Hubungan Etnik dari Perspektif Islam : Satu pandangan. 1-32
Perwitosari. Multikulturalisme Menurut Lawrence A. Blum. Diperolehi pada 20 Disember 2020
daripada https://perwitosari.wordpress.com/2013/09/25/multikulturalisme-menurut-
lawrence-a-blum
KKM. 1Malaysia. Diperolehi pada 20 Disember 2020 daripada
https://www.kkmm.gov.my/pdf/1%20malaysia%20booklet%20edisi%20terbaharu.pdf
Rohani Hj Ab Ghani (2020). Konsep 1Malaysia dan Proses Pembinaan Negara Bangsa:
Ke arah Pembentukan Generasi Muda Malaysia Glokal. Universitas Muslim Nusantara
Al-Washliyah (UMN-AW), Medan Indonesia. 1-20
Anita Rao Mysore, University of Arkansas Libraries. James Albert Bank. Diperolehi pada 21
Disember 2020 daripada https://encyclopediaofarkansas.net/entries/james-albert-banks-
4682/
College of Education, University of Washington. Multicultural Education: Goals and
Dimensions. Diperolehi pada 21 Disember 2020 daripada
https://education.uw.edu/cme/view
MOHAMED ANWAR OMAR DIN. ASAL-USUL ORANG MELAYU: MENULIS SEMULA
SEJARAHNYA (THE MALAY ORIGIN: REWRITE ITS HISTORY). Jurnal Melayu
(7) 2011: 1 – 82.
Abd Aziz A’zmi, Farrah Wahida Mustafar, Aimi Khairunnisa Abdul Karim & Nurliana Suhaini.
REALITI KEPELBAGAIAN KAUM KE ARAH PERPADUAN NASIONAL PASCA
MERDEKA. Jurnal Sains Sosial. Jilid 2 2017: 1-24
Dunia Pendidikan, Pengertian Kebudayaan. Diperolehi pada 18 September 2020 daripada
54
https://dunia.pendidikan.co.id/pengertian-kebudayaan
SARAWAK BUMI KENYALANG ( ISSWAK ). Diperolehi pada 1 Julai 2017.
http://isswak.weebly.com/kaum-cina.
Jabatan Perangkaan Malaysia, Bahagian Komunikasi Strategik dan Komunikasi . Diperolehi pada
tahun 2020. Jumlah Penduduk Malaysia Terkini 2020 Kaum,Umur Jantina
(permohonan.my)
55
Sekian,
Terima
Kasih
56