The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Modul Pendekatan Inkuiri Melalui Penguasaan Kemahiran Proses Sains Thn 5

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by , 2016-01-16 04:28:36

Modul Pendekatan Inkuiri Melalui Penguasaan Kemahiran Proses Sains Thn 5

Modul Pendekatan Inkuiri Melalui Penguasaan Kemahiran Proses Sains Thn 5

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Kurikulum Standard Sekolah Rendah

MODUL

PENDEKATAN INKUIRI
MELALUI

KEMAHIRAN PROSES
SAINS

TAHUN 5

Terbitan

Bahagian Pembangunan Kurikulum

2014

Cetakan Pertama 2014
© Kementerian Pelajaran Malaysia

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian
artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan
cara apa-apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara
lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian
Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8, Blok E9,
Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.

KANDUNGAN Muka Surat
v
Rukun Negara vi
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Falsafah Pendidikan Sains Negara vii
Prakata viii
Latar Belakang
Matlamat 1
Objektif 2
Kemahiran Proses Sains 2

Memerhati 7
Mengelas 23
Mengukur dan Menggunakan Nombor 29
Meramal 35
Membuat Inferens 43
Berkomunikasi 53
Menggunakan Perhubungan Ruang
dan masa 65
Mentafsir data 75

Mendefinisi secara operasi 85
Mengawal pemboleh ubah 95
Membuat hipotesis 103
Mengeksperimen 111

RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung
cita-cita untuk mencapai perpaduan yang lebih
erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya;
memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta
masyarakat yang adil bagi kemakmuran negara
yang akan dapat dinikmati bersama secara adil
dan saksama; menjamin satu cara yang liberal
terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya
dan berbagai-bagai corak; membina satu
masyarakat progresif yang akan menggunakan
sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan
menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk
mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-
prinsip yang berikut:

• KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
• KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
• KELUHURAN PERLEMBAGAAN
• KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
• KESOPANAN DAN KESUSILAAN

v

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha
berterusan ke arah lebih

memperkembangkan potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu untuk

melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bertujuan untuk melahirkan warganegara

Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia,

bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta
memberikan sumbangan terhadap

keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.



Selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan,
pendidikan sains di Malaysia
memupuk budaya Sains dan
Teknologi dengan memberi
tumpuan kepada perkembangan
individu yang kompetitif, dinamik,
tangkas dan berdaya tahan serta
dapat menguasai ilmu sains dan
keterampilan teknologi.

vŝi

PRAKATA

3HODNVDQDDQ. 665G DODPWU DQVIRUPDVLNXU LNXOXPP HPEHULS HQHNDQDQNH SDGDS HQJHWDKXDQ
GDQNH PDKLUDQ6 HODLQGDU LL WXVW UDWHJLSH QJDMDUDQGD QSH PEHODMDUDQ\ DQJEHU NHVDQGDQ
VHVXDLGH QJDQNHK HQGDNSH QGLGLNDQP DVD NLQL GDQP DVDGH SDQM XJDWXU XWGL EHULSHU KDWLDQ
GDODPPHQJKDVLONDQ LQVDQ\DQJEHUSHPLNLUDQNULWLVDQDOLWLVNUHDWLIGDQLQRYDWLIVHVXDLGHQJDQ
KDVUDW.665
.XULNXOXP6DL QV.6 65PH PEHULSHQ HNDQDQNH SDGDS HQJXDVDDQNH PDKLUDQVDL QWLILNL DLWX
NHPDKLUDQPDQLSXODWLIGDQ NHPDKLUDQSURVHVVDLQV3HQHUDSDQNHWLJDWLJDNRPSRQHQLQLWLGDN
GLMDODQNDQVHFDU DEHU DVLQJDQWH WDSLL DQ\DKDU XVODK GLMDODQNDQV HFDUDE HULULQJDQ6H EDJDL
XVDKDG DODPP HPEDQWXJ XUX PHPDKDPLG DQP HQHUDSNDQNH PDKLUDQSU RVHVVDL QVVH PDVD
SHQJDMDUDQGDQSHPEHODMDUDQ%DKDJLDQ3HPEDQJXQDQ.XULNXOXPWHODKPHQJKDVLONDQPRGXO
LQLGDODPPHQGHGDKNDQJXUXVWUDWHJL\DQJEROHKGLJXQDNDQ

0RGXOL QL EROHK PHPEDQWXJ XUX GDODP PHPSHOEDJDLNDQND HGDKSH QJDMDUDQGD Q
SHPEHODMDUDQ\ DQJEHU NHVDQG DQP HQ\HURQRNNDQGDO DP PHQHUDSNDQNH PDKLUDQSU RVHV
VDLQVNHSDGDPXULGPHUHND
%DKDJLDQ3 HPEDQJXQDQ. XULNXOXP PHUDNDPNDQVHWL QJJLWLQJJLSHQJ KDUJDDQ GDQW HULPD
NDVLKN HSDGDVH PXD\ DQJWHU OLEDW GHQJDQ SHQ\HGLDDQP RGXOG DQM XJD PHUHND\ DQJ PHQJXML
ULQWLVPRGXOLQL6HPRJDPRGXO\DQJGLKDVLONDQLQLGDSDWGLPDQIDDWNDQROHKVHPXDSLKDN\DQJ
EHUNHSHQWLQJDQ

3HQJDUDK
%DKDJLDQ3HPEDQJXQDQ.XULNXOXP
.HPHQWHULDQ3HODMDUDQ0DOD\VLD

YLLL

LATAR BELAKANG

Matlamat kurikulum Sains sekolah rendah adalah untuk melengkapkan murid dengan ilmu
pengetahuan sains, kemahiran saintifik serta sikap saintifik dan nilai murni. Adalah
diharapkan murid ini akan menjadi individu yang akan menyumbang ke arah
pwembentukan masyarakat berbudaya sains dan teknologi, bersifat ikram, dinamik,
progresif, bertanggungjawab terhadap alam sekeliling dan mengagumi penciptaan alam.

Sains di peringkat sekolah rendah menekankan pendekatan inkuiri melalui pelbagai aktiviti
bagi membolehkan murid memperoleh pengetahuan tentang sesuatu konsep. Sekiranya
murid dilibatkan dalam aktiviti ini secara aktif, ia akan menimbulkan minat dan
keseronokan dalam mempelajari sains. Ia juga menjuruskan murid ke arah pemikiran yang
kritis, analitis, kreatif dan inovatif sesuai dengan hasrat KSSR.

Guru yang mengamalkan pendekatan yang berorientasikan “memberitahu” akan
menghasilkan murid yang hanya berkemahiran mengikut arahan tanpa memahami apa
yang mereka lakukan. Jika keadaan ini berlaku, hasrat kurikulum yang menghasilkan
murid yang menguasai kemahiran proses sains dan kemahiran berfikir akan gagal, kerana
murid yang dihasilkan hanya murid hanya tahu mengikut arahan tanpa boleh berfikir
secara kritis, kreatif dan inovatif.

Cabaran utama yang perlu ditangani dalam merealisasikan hasrat untuk meningkatkan
penguasaan kemahiran saintifik adalah kefahaman guru itu sendiri tentang kemahiran
proses sains serta keupayaan mereka mengaplikasikannya dalam pengajaran dan
pembelajaran. Guru-guru sains yang terlatih faham dan tahu tentang kemahiran proses
sains tetapi mereka menghadapi masalah dalam menerapkan kemahiran ini kepada murid
mereka.

Penguasaan murid dalam kemahiran proses sains boleh diterapkan melalui pelbagai
pendekatan mengikut kesesuaian dan dirancang dengan teliti oleh guru. Salah satu
pendekatan yang baik dalam menerapkan kemahiran proses sains ini adalah pendekatan
berorientasikan proses yang mana murid itu sendiri mendapatkan pengetahuan sains
melalui proses yang mereka lalui. Murid seharusnya sedar apa yang mereka lakukan
(metakognisi) supaya mereka berupaya menggunakan kemahiran ini dalam situasi yang
lain juga.

Dokumen Standard Kurikulum Sains Tahap 2 KSSR dalam transformasi kurikulum,
mengandungi tema Pengenalan kepada Sains dalam kurikulum sains yang menjadikan
setiap kemahiran proses sains sebagai standard pembelajaran yang perlu dikuasai oleh
murid secara eksplisit. Modul ini merupakan satu usaha Bahagian Pembangunan
Kurikulum dalam merealisasikan hasrat yang tersurat dalam Dokumen Standard
Kurikulum dan Pentaksiran Sains Tahun 5. Modul ini memberi penjelasan tentang
kemahiran proses sains untuk dijadikan panduan kepada guru dalam merangka dan
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sains yang berorientasikan penguasaan
kemahiran proses sains dan lembaran kerja untuk murid.

1

Modul Pendekatan Inkuiri melalui Penguasaan Kemahiran Proses Sains bagi Tahun 5 ini
merangkumi semua kemahiran proses sains seperti yang tersurat di dalam Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran Sains Tahun 5 iaitu memerhati, mengelas, mengukur
menggunakan nombor, membuat inferens, meramal, berkomunikasi, menggunakan
perhubungan ruang dan masa, mentafsir maklumat, mendefinisi secara operasi,
mengawal pembolehubah, membuat hipotesis dan mengeksperimen.

MATLAMAT

Modul ini digubal dengan tujuan untuk memberi penjelasan tentang kemahiran proses
sains bagi membantu guru dalam menerapkan kemahiran proses sains dengan lebih
berkesan supaya murid boleh menguasainya.

OBJEKTIF

Selepas menggunakan modul ini:
Guru dapat:

• Memahami pengertian setiap kemahiran proses sains.
• Mengetahui ciri-ciri bagi setiap kemahiran proses sains
• Merangka strategi pengajaran dan pembelajaran yang berorientasikan penguasaan

kemahiran proses sains supaya murid sedar kemahiran yang sedang dipelajari.

Selepas menjalankan aktiviti yang terdapat dalam modul ini:
Murid dapat

• Menguasai kemahiran proses sains.
• Meyedari proses yang berlaku semasa mereka menjalankan kemahiran proses

sains.
• Membuat penilaian kendiri tentang pemahaman mereka kemahiran proses sains

yang mereka jalankan.

PENERANGAN MODUL

Kandungan modul ini telah direkabentuk mengikut setiap kemahiran proses sains. Di

dalam setiap kemahiran proses sains, penulisan modul ini disusun mengikut format

berikut:

PETUNJUK: CADANGAN PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN:

Dalam bahagian ini, Dalam bahagian ini, dikemukakan

dinyatakan ciri-ciri yang contoh rancangan pengajaran
merupakan petunjuk kepada sebagai panduan untuk guru
kemahiran proses sains yang melaksanakan pengajaran dan
sedang dikuasai oleh murid. pembelajaran bagi mencapai
Ia juga menjadi panduan sesuatu kemahiran proses sains.
kepada guru untuk melihat Rancangan pengajaran harian ini
ditulis dalam format seperti mana

sama ada mereka yang telah dicadangkan dalam

menerapkan kemahiran KSSR. Penggunaan format ini
akan memudahkan guru menulis
proses sains yang rancangan pengajaran harian
mereka di dalam buku rekod
dihasratkan dengan betul. mengajar. Ia juga sebagai
panduan untuk guru merangka
Petunjuk ini jugak boleh starategi pengajaran dan

digunakan oleh murid untuk

membuat penilaian kendiri

tentang penguasaan mereka. pembelajaran yang lain yang

berorientasikan penguasaan

kemahiran proses sains.

2 tentang penguasaan mereka.

Kandungan modul ini telah direkabentuk mengikut setiap kemahiran proses sains. Di
dalam

LEMBARAN:
Dalam bahagian ini, disediakan Lembaran Penyiasatan dan Lembaran Kerja.
Lembaran Penyiasatan digunakan oleh murid dalam menjalankan
eksperimen atau aktiviti. Manakala Lembaran Kerja disediakan untuk murid
menguji tahap kefahaman mereka sendiri terhadap kemahiran proses sains.
Kedua-dua jenis lembaran ini boleh digunakan sebagai instrumen untuk
menjalankan pentaksiran berasaskan sekolah kerana ianya dibina
berdasarkan standard pembelajaran yang terdapat di dalam dokumen
standard kurikulum.

PENILAIAN KENDIRI:
Dalam bahagian ini, satu pernyataan dikemukakan bagi membuat rumusan tentang apa yang
telah murid pelajari. Ia juga merupakan refleksi kepada murid berkaitan kefahaman mereka
tentang kemahiran proses sains yang mereka jalankan pada hari itu. Di akhir aktiviti yang
dijalankan, murid boleh membuat penilaian kendiri tentang pembelajaran mereka pada hari itu.

PENILAIAN KERJA AMALI:
Dalam bahagian ini, konstruk penilaian PEKA disediakan untuk tujuan penilaian PEKA secara
serentak selepas satu-satu kemahiran proses sains itu diajar. Ini dapat membantu guru dalam
menjalankan PEKA.

3



%$%



0(0(5+$7,



KEMAHIRAN PROSES MEMERHATI
SAINS

Menggunakan deria penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa atau bau untuk
mengumpulkan maklumat tentang objek atau fenomena.

PETUNJUK
 Menggunakan deria dengan berkesan.
 Mengenal pasti ciri umum sekumpulan item.
 mengenal ciri yang ganjil atau yang mempunyai kelainan
 Memperihal perbezaan dan persamaan yang dikesan.
 Memperihal perubahan yang berlaku.
 Mengenal pasti pola atau tertiban fenomena yang berlaku.
 Menggunakan alat bagi membantu deria untuk membuat kajian terperinci.

CADANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

CONTOH 1

Tema/Tajuk : Proses hidup haiwan Standard Kandungan
3.3 Kemandirian spesies
Masa : 60 minit
haiwan.
Standard
Pembelajaran : 3.3.1 dan 3.3.2 Standard Pembelajaran
3.3.1 Menyatakan
Objektif Di akhir pembelajaran murid dapat: kemandirian spesies ialah
keupayaan haiwan untuk
Pembelajaran : 1. Menggunakan deria dengan berkesan mengekalkan spesiesnya
bagi mengelakkan
cara haiwan memastikan kemandirian kepupusan.

spesiesnya. 3.3.2 Mengenal pasti cara
haiwan yang bertelur
2. Mengenal pasti ciri umum sekumpulan memastikan kemandirian
spesiesnya melalui
item bagi memastikan kemandirian pemerhatian menerusi
pelbagai media. Cara
spesiesnya. kemandirian seperti:

Aktiviti :  menyembunyikan telur
contoh penyu;
1. Guru mengemukakan dua keping gambar.  bertelur banyak contoh
ikan, nyamuk, penyu;
a) Gambar 1 penyu sedang menimbus telurnya.
 telur diselaputi lendir
b) Gambar 2 ayam sedang mengeram telurnya. contoh katak;

 mengeram telur contoh
ayam, penguin,burung;

 menjaga telur contoh ular,
burung, buaya.

2. Murid menjana idea tentang gambar yang mereka

lihat.

7

3. Guru bersoal jawab bersama murid tentang keperluan haiwan memastikan
kemandirian spesiesnya.
i) Mengapakah penyu menimbuskan telurnya?
ii) Mengapakah ayam mengeramkan telurnya?
iii) Apakah yang akan berlaku jika penyu tidak menimbuskan telurnya?

4. Murid dibimbing untuk menjelaskan keperluan haiwan memastikan kemandirian
spesiesnya.

5. Murid dibahagikan kepada lima kumpulan, setiap kumpulan akan menjalankan
aktiviti berdasarkan arahan yang diberikan oleh guru.

6. Setiap kumpulan diberikan 3 jenis haiwan. Selepas itu murid diarahkan untuk
mengakses cara haiwan tersebut memastikan kemandirian spesiesnya melalui
internet.

7. Selepas itu setiap kumpulan dikehendaki membentangkan cara-cara haiwan
tersebut memastikan kemandirian spesiesnya.
Contoh haiwan memyembunyikan telur ialah seperti penyu, buaya dan belalang.

8. Murid dibimbing untuk membuat kesimpulan terhadap keupayaan haiwan untuk
mengekalkan spesiesnya supaya sentiasa terus hidup.

9. Guru bersoal jawab dengan murid bagaimana cara mereka mengumpulkan
maklumat.
i) Apakah deria yang dugnakan untuk mengumpul maklumat tadi?
ii) Bagaimana kamu gunakan deria tersebut?

10. Murid menjawab lembaran kerja yang diberikan.

EMK : kreativiti dan inovasi
Bahan Bantu Belajar : gambar, media elektronik
Penilaian PdP : lembaran kerja

8

LEMBARAN KERJA

Tajuk : Memahami kemandirian spesies haiwan

Arahan 1 : Nyatakan contoh haiwan berdasarkan cara
haiwan memastikan kemandirian spesies.

Cara haiwan memastikan Haiwan Saya dapat membuat
kemandirian pemerhatian dengan:
(tandakan √ pada yang
1. Menyembunyikan telur bahagian yang
berkenaan)
2. Bertelur banyak
3. Telur berselaputi lendir menggunakan
4. Mengeram telur pelbagai deria dengan
berkesan.
5. Menjaga telur
mengenal pasti ciri
Arahan 2 :Lakarkan cara haiwan bertelur memastikan umum sekumpulan item.
kemandirian spesiesnya.
mengenal ciri yang
ganjil atau yang
mempunyai kelainan.

memperihalkan
perbezaan dan
persamaan yang dikesan.

memperihalkan
perubahan yang berlaku
secara kuantitatif dan
kualitatif

mengenal pasti
pola atau tertiban
fenomena yang berlaku

menggunakan alat
bagi membantu deria
untuk membuat kajian
terperinci.

9

LAMPIRAN

Gambar 1

Gambar 2

10

Gambar 3

Gambar 4

11

Gambar 5

Gambar 6

12

Gambar 7

Gambar 8

13

CADANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

CONTOH 2 Tema/Tajuk : Proses hidup haiwan

Standard Kandungan Masa : 60 minit
3.3 Kemandirian spesies
Standard 3.3.3, 3.3.4 dan 3.3.5
haiwan. Pembelajaran :
Di akhir pembelajaran murid dapat:
Standard Pembelajaran Objektif 1. Menamakan haiwan dan cara haiwan
3.3.3 Mengenal pasti cara Pembelajaran :
haiwan menjaga anak untuk menjaga anaknya.
memastikan kemandirian 2. Mengitlak kepentingan kemandirian
spesiesnya melalui
pemerhatian menerusi spesies haiwan.
pelbagai media. Cara
kemandirian seperti:
 menyusukan anak contoh
kucing, harimau, lembu;

 memberi naka makan
contoh burung, singa;

 membawa anak dalam Aktiviti :
kantung contoh kanggaru;
1. Guru menunjukkan tayangan video ibu kucing
 bergerak dalam kumpulan menyelamatkan anaknya
contoh gajah, burng
layang-layang; ( guru boleh menggunakan video lain yang berkaitan)

 membawa anak dalam 2. Murid menjana idea tentang gambar yang mereka lihat.
mulut contoh buaya, ikan
talapia; 3. Guru bersoal jawab bersama murid tentang situasi
dalam video.

 menyerang apabila i) Namakan haiwan yang dapat kamu perhatikan.
anaknya diganggu contoh
ayam, kucing. ii) Apakah masalah yang sedang dihadapi oleh anak
kucing tersebut?
3.3.4 Mengitlak
kepentingan kemandirian iii) Siapakah yang membantu anak kucing tersebut?
spesies haiwan. iv) Apakah tujuan ibu kucing mengangkat anaknya?

3.3.5 Menjelaskan 4. Guru menyatakan terdapat pelbagai cara haiwan
pemerhatian melalui memastikan kemandirian spesiesnya.
lakaran, TMK, penulisan
atau lisan 5. Murid dibahagikan kepada lima atau enam kumpulan,
setiap kumpulan akan diberikan beberapa keping
gambar haiwan dengan anaknya.

6. Murid dikehendaki membuat pemerhatian dan
membincangkan bagaimana cara haiwan tersebut
menjaga anaknya.

7. Murid menampal gambar haiwan tersebut pada kad
manila dan menuliskan cara haiwan tersebut menjaga
anaknya.

8. Wakil setiap kumpulan dikehendaki melaporkan hasil
perbincangan mereka dan menampal kad manila di papan
hitam.

14

9. Guru bersoal jawab dengan murid tentang aktiviti yang telah dijalankan.
i) Namakan haiwan yang terdapat dalam gambar.
ii) Apakah yang sedang dilakukan oleh ibu pada anaknya
ii) Apakah yang akan berlaku jika haiwan tidak menjaga anaknya?
iii) Apakah yang akan terjadi apabila semua anak kucing mati?

10.Guru membimbing murid untuk membuat kesimpulan bahawa

setiap haiwan mempunyai cara menjaga anaknya untuk

memastikan kemandirian spesis.

11. Guru bersoal jawab dengan murid bagaimana cara mereka mengumpulkan

maklumat.

i) Apakah deria yang dugnakan untuk mengumpul maklumat tadi?

ii) Bagaimana kamu gunakan deria tersebut?
12.Murid menyanyikan lagu ‘ibu ayam di kejar musang’ dan

melengkapkan lembaran kerja.

EMK : TMK, kreativiti dan inovasi

Bahan Bantu Belajar : gambar, muzik, video, kad manila dan radio

Penilaian PdP : lembaran kerja

15

LEMBARAN KERJA : Mengenal pasti cara haiwan menjaga
Tajuk anak untuk memastikan kemandirian
spesiesnya.
Arahan
: Suaikan haiwan dengan cara menjaga
Saya dapat membuat anak.
pemerhatian dengan:
(tandakan √ pada yang meletakkan anak di
bahagian yang dalam mulut
berkenaan)
bergerak dalam
menggunakan kumpulan
pelbagai deria dengan
berkesan. membawa anak dalam
kantung
mengenal pasti ciri
umum sekumpulan item.

mengenal ciri yang
ganjil atau yang
mempunyai kelainan.

memperihalkan
perbezaan dan
persamaan yang dikesan.

memperihalkan
perubahan yang berlaku
secara kuantitatif dan
kualitatif

mengenal pasti pola
atau tertiban fenomena
yang berlaku

menggunakan alat
bagi membantu deria
untuk membuat kajian
terperinci.

memberi anaknya
makan

16

LAMPIRAN

Gambar 1

Gambar 2

17

Gambar 3

Gambar 4

18

Gambar 5

Gambar 6

19

PENILAIAN KERJA AMALI

KONSTRUK MARKAH KRITERIA PENCAPAIAN
(/) atau (x)

Memerhati K1- Menyatakan ciri–ciri objek
dan situasi dengan tepat
menggunakan kelima – lima
deria.
K2- Menyatakan ciri – ciri objek
dan situasi dengan tepat

4 menggunakan alat yang betul
untuk membantu deria.
K3- Menyatakan ciri – ciri objek
dan situasi dengan jujur.
K4- Menyatakan ciri – ciri objek
dan situasi berdasarkan urutan
yang betul.

3 K1, K2 dan K3

2 K1 dan K2

1 K1 dengan bimbingan

SKOR

20

%$%



0(1*(/$6



KEMAHIRAN PROSES MENGELAS
SAINS

Menggunakan pemerhatian untuk mengasing dan mengumpulkan objek atau
fenomena berdasarkan ciri yang sama.

PETUNJUK
 Mengumpul berdasarkan ciri sepunya.
 Menerangkan ciri sepunya yang digunakan untuk pengelasan.
 Menggunakan ciri lain untuk mengumpul objek.
 Mengumpulkan objek-objek dalam pelbagai cara sehingga peringkat terakhir.

CADANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Tema/Tajuk : Tenaga Standard Kandungan
5.2 Tenaga boleh dibaharui
Masa : 60 minit dan tidak boleh dibaharui.

Standard Standard Pembelajaran
Pembelajaran : 5.2.3 dan 5.2.4 5.2.3 Menyenaraikan
sumber tenaga boleh
Objektif Di akhir pembelajaran murid dapat: dibaharui seperti angin,
cahaya matahari, hujan,
Pembelajaran : 1. Menyenaraikan sumber tenaga yang biojisim dan ombak.

boleh diperbaharui. 5.2.4 Menyenaraikan
sumber tenaga tidak boleh
2. Menyenaraikan sumber tenaga yang dibaharui seperti
petroleum, arang batu dan
bahan nuklear.

tidak boleh diperbaharui.

3. Mengumpul sumber tenaga

berdasarkan ciri sepunya.

4. Menyatakan ciri sepunya bagi sumber

tenaga.

Aktiviti :

1. Guru menayangkan video perlumbaan kereta yang

menggunakan petrol dan sel solar .

2. Berdasarkan pemerhatian, kereta yang

menggunakan petrol berhenti manakala kereta yang

menggunakan sel solar masih bergerak.

23

3.Guru bersoal jawab dengan murid.
i) Mengapakah kereta yang menggunakan petroleum berhenti bergerak?
ii) Mengapakah kereta yang menggunakan sel solar masih bergerak?

4.Murid dibimbing untuk menyatakan ada tenaga yang boleh habis apabila
digunakan dan ada yang tidak akan habis.
5.Guru membuat penjelasan terdapat tenaga yang boleh dibaharui dan tenaga yang
tidak boleh dibaharui.
6.Murid dibahagikan kepada kumpulan dan setiap kumpulan dikehendaki
menyenaraikan sumber tenaga yang telah dipelajari.
7.Berdasarkan hasil aktiviti yang dijalankan, murid dikehendaki mengumpulkannya
sumber tenaga berdasarkan ciri sepunya.
8.Murid membentangkan hasil aktiviti yang dijalankan.
9.Guru bersoal jawab dengan murid tentang pengelasan yang mereka lakukan.

i) Bagaimanakah kamu mengumpulkan sumber tenaga?
ii) Mengapakah kamu kumpulkan sumber-sumber tenaga dalam kumpulan

tersebut?
iii) Nyatakan ciri sepunya yang kamu gunakan?
10. Murid menjawab lembaran kerja yang diberikan.

EMK : kreativiti dan inovasi, TMK
Bahan Bantu Belajar : video
Penilaian PdP : lembaran kerja

24

LEMBARAN KERJA

Tajuk : Sumber tenaga
Arahan
: Lengkapkan carta pengelasan di bawah.
Saya dapat membuat
SUMBER pengelasan dengan:
TENAGA (tandakan √ pada yang
bahagian yang
Petroleum Matahari berkenaan)

menyatakan ciri
sepunya.

mengumpul
berdasarkan sifat sepunya.

menggunakan ciri
lain untuk megumpul
objek.

mengumpulkan
objek-objek dalam
pelbagai cara sehingga
peringkat terakhir.

25

PENILAIAN KERJA AMALI

KONSTRUK MARKAH KRITERIA PENCAPAIAN
(/) atau (x)

Mengelas K1- mengasingkan objek atau

peristiwa berdasarkan sifat atau

ciri sepunya pada satu peringkat.

K2- Menyatakan persamaan dan

perbezaan sifat fizikal objek yang

dikelaskan. .
4 K3- Menyatakan sifat atau ciri

sepunya yang digunakan dalam

setiap peringkat.

K4-Mengasingkan objek atau
peristiwa berdasarkan sifat atau
ciri sepunya sehingga peringkat
akhir.
3 K1, K2 dan K3

2 K1 dan K2

1 K1 dengan bimbingan

SKOR

26

%$%



0(1*8.85'$1



0(1**81$.$1120%25



KEMAHIRAN PROSES MENGUKUR DAN MENGGUNAKAN NOMBOR
SAINS

Membuat pemerhatian secara kuantitatif dengan menggunakan nombor serta alat
berunit piawai atau yang diseragamkan sebagai unit rujukan.

PETUNJUK

 Mengira dengan mudah.
 Mengira dan membandingkan bilangan item di dalam kumpulan yang berlainan.
 Mengenali pola di dalam jadual-jadual nombor.
 Menggunakan nombor untuk merekod fenomena.
 Membandingkan objek-objek menggunakan nombor.
 Mencatat bacaan dengan tepat.
 Menggunakan alat dengan betul.
 Mencatat unik dengan betul
 Memilih dan menggunakan unit piawai
 Membanding masa, jarak, luas dan isipadu menggunakan unit yang berkaitan.
 Menentukan kejituan ukuran tertentu.
 Menggunakan skala dan menerangkan nisbah.

CADANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Tema/Tajuk : Elektrik Standard Kandungan
7.2 Litar elektrik lengkap .

Masa : 60 minit Standard Pembelajaran
7.2.4 Melakarkan
Standard gambarajah litar elektrik
Pembelajaran : 7.2.4 dan 7.2.5 menggunakan simbol.

Objektif Di akhir pembelajaran murid dapat: 3.3.2 Mengeksperimen
untuk membezakan
Pembelajaran : 1. Melakar gambarajah litar elektrik kecerahan mentol dalam
litar lengkap dengan
menggunakan symbol. mengubah bilangan mentol
atau bilangan sel kering.

2. Menghubungkait bilangan sel kering

dan mentol dengan kecerahan mentol

dalam litar lengkap.

29

Aktiviti :
1. Guru menyediakan peralatan seperti wayar, sebiji mentol, 3 biji sel kering, suis,

pemegang mentol, pemegang bateri
2. Murid dibahagikan kepada 6 kumpulan dan diminta membina litar lengkap

menggunakan peralatan yang telah disediakan.
3. Guru mengarahkan murid merancang eksperimen untuk menguji kecerahan

mentol.
i) Apa yang perlu kamu lakukan untuk mengubah kecerahan mentol?
4. Guru membantu murid membina hipótesis berdasarkan jawapan yang diberikan
oleh murid.
5. Murid menjalankan penyiasatan untuk menguji hipotesis yang dibina.
6. Murid merekod hasil penyiasatan dalam jadual seperti di lembaran penyiasatan
7. Murid mendemonstrasi hasil dapatan mereka di hadapan kelas.
8. Murid membuat lembaran kerja secara individu.

EMK : kreatif dan kritis
Bahan Bantu Belajar : mentol, wayar, sel kering, pemegang bateri, pemegang

Penilaian P&P mentol
: lembaran penyiasatan

30

LEMBARAN PENYIASATAN 1

Tajuk :Siapa lebih terang

Arahan : Saya telah boleh:
1. Bina satu litar lengkap. (tandakan √ pada yang
2. Gunakan satu sel kering. Perhatikan kecerahan mentol. bahagian yang
berkenaan)
Catakan pemerhatian.
3. Ulang langkah 2 menggunakan 2 sel kering. mengenali pola di
4. Ulang langkah 2 menggunakan 3 sel kering dalam jadual.
5. Rekodkan hasil penyiasatan di dalam jadual di bawah.
menggunakan
Bilangan sel kering Kecerahan mentol nombor untuk merekod
keputusan penyiasatan.

mengira dan
membandingkan bilangan
item di dalam kumpulan
yang berlainan.

mencatat bacaan
dengan tepat.

6. Lukis menggunakan simbol litar lengkap yang anda bina.

7. Jawab soalan di bawah.
a. Nyatakan corak perubahan kecerahan mentol apabila

bilangan sel kering ditambah. .........................

b. Mentol paling cerah apabila ............ sel kering digunakan.
c. Tuliskan kesimpulan kamu berdasarkan penyiasatan yang
telah kamu buat.
Kesimpulan:

i) Semakin .......................... bilangan sel
kering,semakin ....................... kecerahan mentol.

ii) Jika sel kering ........................ maka kecerahan
mentol juga bertambah.

31

PENILAIAN KERJA AMALI

KONSTRUK MARKAH KRITERIA PENCAPAIAN
(/) atau (x)

Mengukur dan K1- Menggunakan radas yang
menggunakan betul untuk mengukur kuantiti.
Contoh: panjang, isipadu, jisim,
nombor masa, suhu dan kelajuan.

K2- Catat bacaan
4 menggunakan nombor dan unit

piawai yang betul.

K3- Catat bacaan secara tepat
K4- Menyatakan kenaikan dan
penurunan dalam bacaan.
3 K1, K2 dan K3

2 K1 dan K2

1 K1 dengan bimbingan

SKOR

32

%$%



0(0%8$7,1)(5(16



KEMAHIRAN PROSES MEMBUAT INFERENS
SAINS

Membuat kesimpulan awal yang munasabah, yang mungkin benar atau tidak benar
untuk menerangkan sesuatu perisitwa atau pemerhatian.

PETUNJUK
 Menggunakan maklumat daripada pemerhatian untuk membuat kesimpulan

awal yang munasabah.
 Membuat pelbagai tafsiran yang mungkin daripada satu pemerhatian.

CADANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Tema/Tajuk : Proses hidup haiwan Standard Kandungan
3.4 Hubungan makanan
Masa : 60 minit
antara hidupan
Standard
Pembelajaran : 3.4.6 Standard Pembelajaran
3.4.6 Membina siratan
Objektif Di akhir pembelajaran murid dapat: makanan di pelbagai
habitat seperti kolam,
hutan, padang rumput,
sawah padi dan ladang.

Pembelajaran : 1. Membina rantai makanan di sawah

padi

2. Mengenal pasti pengeluar dalam

siratan makanan.

Aktiviti :
1. Guru menunjukkan gambar pemandangan sawah padi.

Soalan guru
i) Apakah yang kamu perhatikan dalam gambar ini?
Jawapan murid
Kawasan sawah padi
Burung berterbangan
Pokok
ii) Senaraikan hidupan yang terdapat di kawasan
sawah padi.
 tikus, burung pipit, padi, ular, belalang,
sesumpah, ulat beluncas, helang

35

2. Murid membina siratan makanan berdasarkan hidupan yang telah dikenalpasti di
kawasan sawah padi pada kertas mahjong yang disediakan.
3. Guru bersoal jawab dengan murid.

i) Berikan inferens kenapa pengeluar terdiri daripada tumbuhan?
ii)Berikan inferens lain yang boleh menyokong inferens kamu tadi?
iii)Adakah setiap siratan makanan mesti bermula dengan tumbuhan?
iv) Apakah kesimpulan awal yang dapat kamu katakan berdasarkan inferens

yang telah dinyatakan?
v) Apakah maklumat yang kamu gunakan sebelum membuat inferens?
4. Murid menyelesaikan persoalan di lembaran kerja1.
5. Murid menyelesaikan lembaran kerja 2 dan lembaran kerja 3.

EMK : kreativiti dan inovasi
Bahan Bantu Belajar : kertas mahjong, gambar
Penilaian PdP : lembaran kerja

36

LEMBARAN KERJA 1

Tajuk :Hubungan makanan antara hidupan

Arahan 1 : Saya dapat membuat
1. Bina siratan makanan berdasarkan senarai hidupan di inferens:
sawah padi. (tandakan √ pada yang
2. Jawab soalan di bawah berdasarkan siratan makanan bahagian yang
yang dibina. berkenaan)

berdasarkan
maklumat daripada
pemerhatian untuk
membuat kesimpulan awal
yang munasabah.

dengan membuat
pelbagai tafsiran yang
mungkin daripada satu
pemerhatian.

memberi penjelasan
yang munasabah dari
pemerhatian saya.

a) Nyatakan pengeluar dalam siratan makanan yang di bina.
____________

b) Berikan inferens tentang kepentingan ular dalam siratan
makanan yang dibina.
_______________________________________________________

_______________________________________________________

37

LEMBARAN KERJA 2

Tajuk :Membina Siratan makanan

Saya dapat membuat Arahan 1 :
inferens: 1. Bina siratan makanan berdasarkan gambar
(tandakan √ pada yang 3. Jawab soalan di bawah berdasarkan siratan
bahagian yang makanan yang dibina.
berkenaan)

berdasarkan
maklumat daripada
pemerhatian untuk
membuat kesimpulan awal
yang munasabah.

dengan membuat
pelbagai tafsiran yang
mungkin daripada satu
pemerhatian.

memberi penjelasan
yang munasabah dari
pemerhatian saya.

a) Nyatakan pengeluar dalam siratan makanan yang
telah dibina.
____________________

b) Apakah pemerhatian kamu sekiranya kolam
tersebut dipenuhi dengan sampah sarap?
______________________________

c) Berikan inferens berdasarkan soalan (b)
_________________________________________________

38

LEMBARAN KERJA 3

Tajuk :Membuat inferens

Arahan 1 :

1. Perhatikan jadual di bawah dan jawab soalan yang

diberikan.

Minggu 12345678 Saya dapat membuat
inferens:
Bilangan 22222211 (tandakan √ pada yang
ular 40 36 32 28 24 20 18 16 bahagian yang
berkenaan)
Bilangan
tikus berdasarkan
maklumat daripada
a) Apakah corak perubahan bilangan tikus? pemerhatian untuk
__________________________________________ membuat kesimpulan awal
yang munasabah.
b) Berikan inferens bagi perubahan bilangan tikus pada
minggu ke-8. dengan membuat
__________________________________________ pelbagai tafsiran yang
mungkin daripada satu
c) Berikan inferens tentang bilangan ular pada minggu 7. pemerhatian.
__________________________________________
memberi penjelasan
2. Graf di bawah menunjukkan keputusan penyiasatan yang munasabah dari
yang dijalankan di sebuah padang rumput. pemerhatian saya.

a) Nyatakan pemerhatian penyiasatan ini.
_____________________________________________

b) Berikan inferens perubahan bilangan beluncas
berdasarkan graf di atas.
_____________________________________________

c) Apakah kesan perubahan bilangan beluncas pada
minggu pertama hingga minggu ke-6 terhadap
populasi lain?
_____________________________________________

39

PENILAIAN KERJA AMALI

KONSTRUK MARKAH KRITERIA PENCAPAIAN
(/) atau (x)

Membuat K1- Menyatakan penjelasan
inferens tentang pemerhatian.
K2- Menyatakan penjelasan lain
tentang pemerhatian.
4
K3- Mencadangkan satu
pemerhatian lain berdasarkan
inferens.
3 K1 dan K2
2 K1
1 K1 dengan bimbingan
SKOR

40


Click to View FlipBook Version