The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Panduan PdP Insurans dan Percukaian KSSM MATE T4&T5

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Angel Christ, 2023-06-11 20:11:56

Panduan PdP Insurans dan Percukaian KSSM MATE T4&T5

Panduan PdP Insurans dan Percukaian KSSM MATE T4&T5

PANDUAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN KEWANGAN KSSM MATEMATIK INSURANS DAN PERCUKAIAN Bahagian Pembangunan Kurikulum 2022


ii Terbitan 2022 © Kementerian Pendidikan Malaysia Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4, 6-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya. ISBN: 978-967-420-674-1 Disediakan oleh: Unit Matematik dan Matematik Tambahan Sektor Sains dan Matematik Bahagian Pembangunan Kurikulum


KANDUNGAN Rukun Negara v Falsafah Pendidikan Kebangsaan vi Definisi Kurikulum Kebangsaan vii Kata Alu-aluan ix Pendahuluan 1 3.0 Matematik Pengguna: Insurans Standard Kandungan 3.1: Risiko dan perlindungan insurans Standard Pembelajaran 3.1.1 5 Standard Pembelajaran 3.1.2 16 Standard Pembelajaran 3.1.3 22 4.0 Matematik Pengguna: Percukaian Standard Kandungan 4.1: Percukaian Standard Pembelajaran 4.1.1 31 Standard Pembelajaran 4.1.2 33 Standard Pembelajaran 4.1.3 36 Standard Pembelajaran 4.1.4 53 Pembelajaran Berasaskan Projek 57 Jawapan 61 Singkatan 66 Panel Penulis 67 Penghargaan 69


RUKUN NEGARA BAHAWASANYA Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak: Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; Memelihara satu cara hidup demokratik; Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak; Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut: KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN v


FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara” Sumber: Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) vi


DEFINISI KURIKULUM KEBANGSAAN 3. Kurikulum Kebangsaan (1) Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan. Sumber: Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 [PU(A)531/97.] vii


KATA ALU-ALUAN Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah dengan izin dan limpah kurnia-Nya, Bahagian Pembangunan Kurikulum dengan kerjasama Bank Negara Malaysia (BNM), telah berjaya menghasilkan Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Kewangan bagi Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Matematik. Bahan ini diharap dapat menjadi panduan dan pencetus idea kepada guru dalam merancang dan melaksanakan aktiviti yang melibatkan pendidikan kewangan di sekolah. Pembangunan panduan pengajaran dan pembelajaran (PdP) ini sejajar dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menyokong usaha BNM memperkukuhkan pengetahuan dan kemahiran literasi kewangan dalam kalangan masyarakat di semua peringkat. Panduan PdP ini mengandungi contoh PdP bagi Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran tertentu, bertujuan membangunkan pelbagai kecekapan kognitif, afektif dan sosial, serta memupuk kemahiran mengurus kewangan dalam kalangan murid. Panduan PdP ini juga mengandungi cadangan aktiviti yang memberi peluang dan pendedahan kepada murid untuk menyelesaikan masalah yang melibatkan kewangan dalam konteks dunia sebenar. Aktiviti yang disediakan dapat membentuk murid menjadi pemikir dan pengurus kewangan yang matang dan kreatif, ahli pasukan yang bekerjasama dan pemimpin yang tegas serta mempunyai visi yang jelas. Akhir kata, syabas dan tahniah diucapkan kepada panel penulis dan semua pihak yang terlibat dalam pembinaan Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Kewangan ini. Semoga ianya dapat memberi manfaat kepada semua pihak dalam usaha meningkatkan kualiti PdP. Sekian, terima kasih. HAJI AZMAN BIN HAJI ADNAN Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum 2022 ix


1 PENDAHULUAN Pendidikan kewangan merupakan salah satu elemen merentas kurikulum yang diterapkan dalam Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) bertujuan memberikan pendedahan kepada murid tentang kepentingan membuat keputusan kewangan yang bijak bagi menjamin kesejahteraan kewangan individu, masyarakat dan negara. Definisi Pendidikan Kewangan Pendidikan kewangan merupakan satu proses yang membolehkan pengguna kewangan meningkatkan pemahaman mereka mengenai produk, konsep dan risiko kewangan dan melalui maklumat, panduan dan/ atau nasihat yang betul, dapat membangunkan kemahiran dan keyakinan untuk menjadi lebih arif mengenai risiko dan peluang serta dapat membuat pilihan yang bijak, mengetahui saluran bagi mendapatkan bantuan, dan mengambil tindakan yang berkesan untuk meningkatkan kesejahteraan kewangan mereka. Rujukan: Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi Pelbagai kajian yang dibuat mengesahkan kepentingan pendidikan kewangan di awal usia kanakkanak kerana ia mempunyai impak positif, membentuk dan menggalakkan tingkah laku kewangan sihat pada masa hadapan. Penggunaan wang secara bijak, perbelanjaan dan simpanan yang mampu membentuk asas kemahiran kewangan perlu diberi keutamaan memandangkan kedudukan dan tahap literasi kewangan rakyat Malaysia pada masa kini yang agak rendah. Dapatan kajian oleh Bank Negara Malaysia (BNM) menunjukkan kadar peningkatan trend golongan muda yang diisytiharkan muflis adalah sangat membimbangkan. Faktor utama yang dikenal pasti ialah kurang pengetahuan dan disiplin dalam mengurus kewangan. Kebanyakan generasi muda mula berhutang ketika mereka berada di institusi pengajian tinggi dan di awal pekerjaan. Kekurangan pengetahuan kewangan mengakibatkan kesilapan dalam percaturan perbelanjaan. Paling merisaukan apabila terdapat dalam kalangan mereka yang sanggup berhutang semata-mata ingin memenuhi tuntutan gaya hidup masa kini dan sering berbelanja di luar kemampuan. Selain itu statistik dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga mendedahkan bahawa


2 ramai rakyat Malaysia terjebak dalam penipuan dan penyalahgunaan kewangan. Trend ini akan memberi kesan yang tidak baik terhadap ekonomi dan kesejahteraan rakyat dan negara umumnya. Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Kewangan Insurans dan Percukaian ini diharap dapat membantu guru menjalankan aktiviti PdP yang berkesan dan bermakna bagi memupuk kemahiran dan literasi kewangan dalam kalangan murid. Murid di Tingkatan 5 perlu diberi pendedahan tentang kepentingan untuk melindungi diri, keluarga dan harta benda daripada risiko yang mungkin dihadapi melalui perlindungan Insurans. Selain itu, pendedahan dan kesedaran berkaitan Percukaian turut menjadi keperluan bagi murid tersebut kerana sebahagian mereka akan terus melangkah ke alam pekerjaan selepas tamat persekolahan Tingkatan 5. Elemen Pendidikan Kewangan yang ditulis secara eksplisit dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Matematik KSSM merangkumi empat tajuk di bawah Matematik Pengguna iaitu: Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Kewangan ini mengandungi tiga bahagian utama iaitu: 1. Cadangan Aktiviti 2. Lembaran Tugasan 3. Pembelajaran Berasaskan Projek Guru boleh menjalankan aktiviti PdP yang dicadangkan mengikut kreativiti, keperluan dan keupayaan murid. Simpanan dan Pelaburan, Kredit dan Hutang Contents Here Contents Here Contents Here Pengurusan Kewangan Simpanan dan Pelaburan, Kredit dan Hutang Insurans Percukaian 2 3 4 1 TINGKATAN 3 TINGKATAN 4 TINGKATAN 5 TINGKATAN 5


3 BIDANG PEMBELAJARAN NOMBOR DAN OPERASI OPERATIONS MATEMATIK PENGGUNA: INSURANS STANDARD KANDUNGAN 3.1 RISIKO DAN PERLINDUNGAN INSURANS 3.0


4


5 3.0 Matematik Pengguna: Insurans 1. Kongsi dua keratan akhbar (Lampiran 1a). Berdasarkan kandungan keratan akhbar tersebut, kemukakan soalan berikut kepada murid. “Apakah perancangan yang perlu dilakukan untuk mengatasi atau setidak-tidaknya mengurangkan kesan kesengsaraan yang mungkin menimpa seseorang?” Berdasarkan jawapan yang diberi oleh murid, bincangkan definisi risiko. 2. Arahkan murid berbincang secara berpasangan. Setiap pasangan dibekalkan dengan Lembaran Tugasan 1 mengenai konsep risiko. 3. Minta murid memberikan contoh jenis-jenis risiko. Murid berkongsi jawapan mereka. 4. Buat kesimpulan berkaitan definisi risiko dengan menekankan bahawa risiko boleh dikurangkan melalui perlindungan insurans. 5. Bincangkan takrifan insurans serta kepentingan perlindungan insurans dengan berkongsi gambar rajah (Lampiran 1b). Aktiviti 1 Lembaran Tugasan 1, Lampiran 1a & 1b Menjelaskan maksud risiko dan kepentingan perlindungan insurans, dan seterusnya mengenal pasti jenis insurans hayat dan insurans am bagi melindungi pelbagai jenis risiko. SP 3.1.1


6 Arahan: Laksanakan aktiviti ini secara berpasangan. Jawab soalan berikut. 1. Berikan definisi risiko. 2. Nyatakan jenis-jenis risiko. 3. Merujuk kepada jenis-jenis risiko yang diberikan dalam soalan 2, nyatakan kaedah untuk mengurangkan risiko tersebut. Risiko Jawapan: Jawapan: Jawapan: Lembaran Tugasan 1 SP 3.1.1 3.0 Matematik Pengguna: Insurans


7 3.0 Matematik Pengguna: Insurans KERATAN AKHBAR Lampiran 1a SP 3.1.1


8 3.0 Matematik Pengguna: Insurans KEPENTINGAN PERLINDUNGAN INSURANS Lampiran 1b SP 3.1.1 JAMINAN TANGGUNGAN RUGI Sakit Kritikal Hilang Upaya Masuk Hospital Mati Awal Kemalangan


9 3.0 Matematik Pengguna: Insurans 1. Bahagikan murid kepada kumpulan empat orang. Setiap kumpulan dibekalkan dengan bahan rangsangan kad info berkaitan topik insurans (Lampiran 2). Murid berbincang bahan tersebut dalam kumpulan. 2. Edarkan Lembaran Tugasan 2a kepada murid. Jawapan lembaran tugasan ini boleh menjadi panduan kepada Lembaran Tugasan 2b. 3. Edarkan Lembaran Tugasan 2b. Murid menganalisis dan menyatakan risiko-risiko yang dihadapi. 4. Pilih satu kumpulan untuk berkongsi jawapan. Galakkan murid yang lain untuk mengemukakan soalan. 5. Bimbing murid membuat kesimpulan tentang risiko, kepentingan perlindungan insurans serta jenis-jenis insurans yang terdapat di Malaysia. Aktiviti 2 Lembaran Tugasan 2a & 2b, Lampiran 2


10 3.0 Matematik Pengguna: Insurans Arahan: Laksanakan aktiviti ini dalam kumpulan kecil. Jawab soalan berikut. Kad Bergambar Kenal pasti antara risiko berikut, yang mana dilindungi oleh insurans hayat atau insurans am. Tulis jawapan anda di ruangan yang disediakan. (a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) (h) (i) Lembaran Tugasan 2a SP 3.1.1


11 3.0 Matematik Pengguna: Insurans Arahan: Laksanakan aktiviti ini dalam kumpulan kecil. Baca setiap situasi berikut dan bincangkan risiko yang dihadapi oleh setiap individu. Nyatakan jenis insurans yang melindungi risiko dalam setiap situasi. Kad Bergambar Lembaran Tugasan 2b SP 3.1.1 Situasi 1 Puan Siti merupakan seorang ibu tunggal. Dia bekerja sebagai kerani dan mempunyai dua orang anak yang sedang bersekolah. Salah seorang daripada anaknya menghidapi penyakit jantung. Situasi 2 Encik Raju sekeluarga tinggal di sebuah rumah banglo yang terletak di kawasan tanah tinggi. Situasi 3 Encik Kamal mempunyai sebuah kereta dan sering memandunya ke serata destinasi. Situasi 4 Akhtiar Rasyid merupakan seorang pemain bola sepak profesional Malaysia. Situasi 5 Puan Mona sering ke luar negara atas urusan kerja. Situasi 6 Encik Hatta bercadang untuk memiliki rumah sebaik sahaja beliau melangsungkan perkahwinan.


12 3.0 Matematik Pengguna: Insurans Kad Info Insurans Satu instrumen kewangan yang boleh diperoleh untuk melindungi anda daripada apaapa kemungkinan seperti kematian atau kehilangan upaya atau bencana ekonomi (diberhentikan kerja). Insurans Am a) Motor • Melindungi kenderaan daripada risiko kecurian, kemalangan atau kebakaran. b) Kebakaran • Polisi kebakaran asas memberi perlindungan hanya bagi bangunan akibat kebakaran, kilat atau letupan. c) Perjalanan • Melindungi daripada insiden yang berkaitan dengan perjalanan, kemalangan diri, kehilangan bagasi dan sebagainya (perlu dibeli sekiranya bercadang ke luar negara). d) Barangan Peribadi • Melindungi barangan peribadi seperti komputer, telefon bimbit dan kamera daripada kehilangan atau kecurian. Insurans Hayat a) Insurans Bertempoh • Menawarkan perlindungan insurans untuk tempoh terhad sahaja. b) Insurans Hayat Seumur Hidup • Menawarkan perlindungan sepanjang hayat. c) Insurans Endowmen • Menggabungkan perlindungan dan tabungan. d) Insurans Berkaitan Pelaburan • Menggabungkan pelaburan dan perlindungan hayat e) Insurans Perubatan dan Kesihatan • Melindungi kos rawatan perubatan dan kos pembedahan. f) Insurans Bertempoh Gadai Janji Berkurangan (MRTA) • Meliputi pembayaran balik pinjaman pembelian hartanah tertunggak sekiranya berlaku kematian, kehilangan upaya atau mengalami penyakit kritikal. Lampiran 2 SP 3.1.1


13 3.0 Matematik Pengguna: Insurans 1. Tiada pampasan yang setimpal untuk kehilangan emosi. Insurans tidak boleh menghalang sesuatu kerugian daripada berlaku tetapi insurans dapat mengurangkan bebanan kewangan yang ditanggung oleh pemegang polisi. 2. Kelebihan membeli polisi insurans yang mampu milik dan diperlukan: a) Mengurangkan kesan kerugian kewangan akibat berlakunya sesuatu kejadian yang tidak diingini. b) Bersedia menghadapi kemungkinan berlakunya kerugian atau masalah kewangan yang tidak dijangka. Guru boleh merujuk kepada laman sesawang berikut untuk maklumat tambahan. • https://www.myinsuranceinfo.com • https://www.bnm.gov.my 3. Risiko boleh insurans dan risiko tidak boleh insurans: (a) Risiko boleh insurans • Risiko yang berkemungkinan berlakunya risiko tersebut dapat dijangka dan ditentukan secara kaedah statistik atau perangkaan. • Contohnya: kebakaran, kemalangan, kecurian, pecah amanah dan kematian. (b) Risiko tidak boleh insurans • Risiko yang kekerapan kejadiannya tidak dapat ditentukan secara perangkaan. • Contohnya: gempa bumi, peperangan, perubahan fesyen dan sebagainya. Info Guru SP 3.1.1


14 3.0 Matematik Pengguna: Insurans • Memberikan perlindungan perniagaan • Memperoleh ganti rugi (c) Insurans: • Satu instrumen kewangan yang boleh diperoleh untuk melindungi anda daripada apa-apa kemungkinan seperti kematian atau kehilangan upaya atau bencana ekonomi (pemberhentian kerja). • Kepentingan perlindungan insurans: • Peranan Insurans: Kepentingan Perlindungan Insurans Menyediakan perlindungan untuk kejadian yang tidak diingini. Instrumen untuk memindahkan beban dan mengurangkan risiko kerugian. Membiayai kos perubatan atau sumber pendapatan gantian sekiranya berlaku musibah. Sokongan kewangan terhadap kerugian/kerosakan harta benda. Individu • Memberi perlindungan diri. • Memperoleh pampasan. • Memupuk tabiat menyimpan wang. Peniaga • Memberikan perlindungan perniagaan. • Memperoleh ganti rugi. • Berniaga tanpa raguragu. Negara • Menyumbang kepada ekonomi negara. • Membeli bon dan sekuriti kerajaan. • Membuat pelaburan. Info Guru SP 3.1.1


15 3.0 Matematik Pengguna: Insurans Info Guru SP 3.1.1 Jenis-jenis Insurans: Insurans Hayat Insurans Am * Sebelum memilih mana-mana polisi insurans, pastikan anda menyemak bahaya dan risiko yang dilindungi oleh polisi tersebut memandangkan setiap perlindungan yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat insurans biasanya berbeza-beza. usually offer different coverage. Insurans Bertempoh •Menawarkan perlindungan insurans untuk tempoh terhad. •Wang manfaat dibayar hanya setelah kematian atau sekiranya anda mengalami hilang upaya menyeluruh dan kekal semasa dalam tempoh polisi. Insurans Hayat Seumur Hidup •Menawarkan perlindungan sepanjang hayat dan premiumnya di bayar seumur hidup anda. •Wang manfaatnya termasuk sebarang bonus, akan di bayar setelah kematian atau sekiranya anda mengalami hilang upaya menyeluruh dan kekal. Insurans Endowmen •Menggabungkan perlindungan dan tabungan. •Wang manfaatnya akan dibayar pada akhir tempoh yang ditetapkan berikutan kematian atau jika mengalami hilang upaya menyeluruh atau kekal. Insurans Berkaitan Pelaburan Gabungan pelaburan dan perlindungan hayat di mana sebahagian caruman diguna untuk membeli unit pelaburan dan selebihnya bagi perlindungan insuran kematian atau kehilangan upaya yang kekal. Insurans Perubatan dan Kesihatan Melindungi kos rawatan perubatan dan kos pembedahan Insurans Bertempoh Gadai Janji Berkurangan (MRTA) Meliputi pembayaran balik pinjaman pembelian hartanah tertunggak sekiranya berlaku kematian, kehilangan upaya atau mengalami penyakit kritikal. Motor Melindungi kenderaan anda daripada risiko kecurian, kemalangan atau kebakaran Kebakaran Polisi kebakaran asas memberi perlindungan hanya bagi bangunan akibat kebakaran, kilat atau letupan. Perjalanan Melindungi daripada insiden berkaitan perjalanan seperti kemalangan diri, kehilangan bagasi, dan lainlain perbelanjaan. (Perlu dibeli apabila merancang untuk perjalanan ke luar negara) Barangan Peribadi Melindungi barangan peribadi anda seperti komputer, telefon bimbit, dan kamera daripada kehilangan atau kecurian.


16 3.0 Matematik Pengguna: Insurans Insurans Motor 1. Bahagikan murid secara berpasangan dan edarkan Lembaran Tugasan 1. 2. Minta murid melayari Internet bagi meneroka kadar premium insurans motor dengan mencari Kalkulator Insurans Kereta. Antara contoh Kalkulator Insurans Kereta ialah http://www.einsuran.com. 3. Pastikan murid memasukkan maklumat bagi pelbagai situasi supaya dapat melihat faktor-faktor yang menentukan kadar premium insurans motor. 4. Minta murid untuk berkongsi jawapan. Galakkan murid lain untuk mengemukakan soalan. Mengkaji, mentafsir dan membuat pengiraan yang melibatkan kadar dan premium insurans. rates and premiums. SP 3.1.2 Aktiviti 1 Lembaran Tugasan 1


17 3.0 Matematik Pengguna: Insurans Arahan: Laksanakan aktiviti ini secara berpasangan. Layari Internet untuk meneroka penggunaan Kalkulator Insurans Kereta. Masukkan maklumat yang diperlukan bagi mengenal pasti faktor-faktor yang menentukan kadar premium insurans motor. Faktorfaktor yang menentukan kadar premium insurans motor: Lembaran Tugasan 1 SP 3.1.2


18 3.0 Matematik Pengguna: Insurans Insurans Perjalanan 1. Bahagikan murid secara berpasangan dan edarkan Lembaran Tugasan 2. 2. Minta murid melayari Internet bagi meneroka kadar premium insurans perjalanan dengan mencari Kalkulator Insurans Perjalanan. Contoh Kalkulator Insurans Perjalanan boleh diperoleh di laman sesawang https://www-424.aig.com.my/buytravel. 3. Pastikan murid memasukkan maklumat bagi pelbagai situasi supaya dapat melihat faktor-faktor yang menentukan kadar premium insurans perjalanan. 4. Minta murid untuk berkongsi jawapan. Galakkan murid lain untuk mengemukakan soalan. Aktiviti 2 Lembaran Tugasan 2


19 3.0 Matematik Pengguna: Insurans Arahan: Laksanakan aktiviti ini secara berpasangan. Layari Internet untuk meneroka penggunaan Kalkulator Insurans Perjalanan. Masukkan maklumat yang diperlukan bagi mengenal pasti faktor-faktor yang menentukan kadar premium insurans perjalanan. Faktorfaktor yang menentukan kadar premium insurans perjalanan: Lembaran Tugasan 2 SP 3.1.2


20 3.0 Matematik Pengguna: Insurans Insurans Hayat 1. Bahagikan murid secara berpasangan dan edarkan Lembaran Tugasan 3. 2. Minta murid melayari Internet bagi mengenal pasti faktor-faktor yang menentukan kadar premium insurans hayat dengan memasukkan maklumat bagi pelbagai situasi. 3. Antara contoh Kalkulator Insurans Hayat ialah seperti “Kalkulator Pelan Persaraan”, yang boleh diperoleh melalui laman sesawang https://www.greateasternlife.com/my/en/personal-insurance/understandinsurance/financial-tools-to-know-what-you-need/retirement.html 4. Minta murid untuk berkongsi jawapan. Galakkan murid lain untuk mengemukakan soalan. Arahan: Laksanakan aktiviti ini secara berpasangan. Layari Internet untuk meneroka penggunaan Kalkulator Insurans Hayat. Masukkan maklumat yang diperlukan bagi mengenal pasti faktor-faktor yang menentukan kadar premium insurans hayat. Faktor-faktor yang menentukan kadar premium insurans hayat: Aktiviti 3 Lembaran Tugasan 3 Lembaran Tugasan 3 SP 3.1.2


21 Pautan ke laman web yang lain untuk maklumat tambahan: 1. https://www.oto.my/tool/car-insurance-calculator 2. https://bjak.my 3. https://www.motortakaful.com/getonline/motorcalculatortakaful Pautan ke laman web yang lain untuk maklumat tambahan: 1. https://www.etiqa.com.my/getonline/swtccalculator 2. https://online.takaful-malaysia.com.my/Travel 3. https://getquote.allianz.com.my/travel-care/get-info Pautan ke laman web yang lain untuk maklumat tambahan: 1. https://www.aia.com.my/en/my-aia/ecommerce/calculator.html 2. http://www.einsuran.com/A001010.aspx 3. https://www.fwd.com.my/direct/protect-direct/prequote 3.0 Matematik Pengguna: Insurans Info Guru SP 3.1.2 Insurans Motor Insurans Perjalanan Insurans Hayat


22 3.0 Matematik Pengguna: Insurans 1. Bahagikan murid secara berpasangan dan edarkan Lembaran Tugasan 1. 2. Minta murid untuk menganalisis dan membuat perbandingan dua pelan insurans yang diberikan. Seterusnya, minta mereka untuk memilih satu pelan insurans yang difikirkan sesuai dengan memberikan justifikasi yang jelas. 3. Pilih beberapa pasangan murid untuk membentangkan jawapan mereka. Bimbing murid untuk membuat pilihan yang betul. 4. Pilih beberapa orang murid untuk membuat refleksi berkaitan ko-insurans. Arahan: Laksanakan aktiviti ini secara berpasangan. Selesaikan masalah berikut. Rajah di bawah menunjukkan pelan insurans yang ditawarkan oleh dua syarikat yang berbeza. Danish baru bekerja dan menyedari bahawa perlindungan insurans perubatan sangat penting. Beliau mendapat dua risalah berkaitan pelan insurans daripada dua syarikat insurans berbeza. Bandingkan kedua-dua pelan insurans di atas. Bantu Danish untuk membuat pilihan yang sesuai. Berikan justifikasi terhadap pilihan anda. Aktiviti 1 Lembaran Tugasan 1 Pelan Insurans Bakawali • Bulanan serendah RM100 • Ko-insurans 15% • Manfaat hospital RM120 sehari Pelan Insurans Rajawali • Bulanan serendah RM120 • Ko-insurans 10% • Manfaat hospital RM150 sehari Lembaran Tugasan 1 SP 3.1.3 Menyelesaikan masalah yang melibatkan insurans termasuk deduktibel dan ko-insurans. SP 3.1.3


23 3.0 Matematik Pengguna: Insurans 1. Bahagikan murid kepada kumpulan empat orang. Edarkan Lembaran Tugasan 2. 2. Minta murid untuk menganalisis tiga situasi pelan insurans yang diberikan dan hitung jumlah yang perlu dibayar oleh setiap pihak syarikat insurans. 3. Pilih beberapa kumpulan untuk membentangkan jawapan mereka. 4. Pilih beberapa orang murid untuk membuat refleksi berkaitan deduktibel. Arahan: Laksanakan aktiviti ini dalam kumpulan kecil. Selesaikan masalah berikut. Berikut merupakan tiga kes pelan insurans dengan deduktibel yang berbeza. Hitung jumlah yang dibayar oleh syarikat insurans kepada ketiga-tiga individu tersebut. Kes 1 Pelan Insurans Kenanga Suraya membeli Pelan Insurans Kenanga yang menawarkan deduktibel sebanyak RM200. Pada suatu hari, Suraya telah mengalami demam panas dan telah ditahan di wad selama 5 hari. Bayaran hospital ialah RM5000 dan dia telah menerima manfaat hospital sebanyak RM100 sehari. Kes 2 Pelan Insurans Mawar Kalai telah mengalami kemalangan jalan raya dan telah menjalani pembedahan. Jumlah bayaran hospital selama 5 hari ialah RM20,000. Namun Kalai perlu membayar deduktibel sebanyak RM300 dan selebihnya ditanggung oleh pihak Insurans Mawar. Manfaat hospital yang diterima Kalai ialah RM70 sehari. Kes 3 Pelan Insurans Kemboja Chan gemar bermain bola sepak. Akibat sering bermain tanpa membuat senaman, dia telah mengalami kecederaan dan perlu dibedah segera. Kos hospital selama 5 hari ialah RM16,000 dan telah dibayar oleh pihak Insurans Kemboja. Namun, Chan perlu membayar deduktibel sebanyak RM250. Manfaat hospital yang diterima Chan ialah sebanyak RM100 sehari. Aktiviti 2 Lembaran Tugasan 2 Lembaran Tugasan 2 SP 3.1.3


24 Insurans banyak memberi manfaat kepada pemegang polisi melalui ko-insurans atau deduktibel. Terdapat syarikat insurans yang menawarkan kedua-dua manfaat ko-insurans dan deduktibel dalam pelan perlindungan yang sama. 3.0 Matematik Pengguna: Insurans 1. Bahagikan murid kepada kumpulan empat orang. 2. Bentangkan pernyataan berikut: 3. Minta murid berbincang dalam kumpulan berkenaan pernyataan di atas. 4. Pilih beberapa kumpulan untuk membentangkan jawapan. Bimbing murid untuk membuat kesimpulan. (Rujuk langkah pengiraan seperti di Lampiran 3). Berikut merupakan contoh pengiraan bagi kes ko-insurans, deduktibel dan gabungan keduadua ko-insurans dan deduktibel. Kes 1: Ko-insurans Zaid mempunyai polisi insurans Amanah yang memerlukan beliau membayar ko-insurans 10% daripada jumlah kos rawatan hospital. Zaid telah dimasukkan ke wad selama 5 hari dan jumlah kos rawatan hospital yang dikenakan adalah sebanyak RM4,000. Elaun tunai harian hospital untuk Zaid adalah sebanyak RM150 sehari. Berapakah jumlah yang dibayar oleh pihak syarikat insurans? Penyelesaian: Jumlah yang dibayar oleh pihak syarikat insurans = RM4,000 – ( 100 10 RM4,000) +(5 RM150) = RM4,000 – RM400 + RM750 = RM4,350 Lampiran 3 SP 3.1.3 Aktiviti 3 Lembaran Tugasan 3


25 3.0 Matematik Pengguna: Insurans Kes 2: Deduktibel Wong dimasukkan ke wad selama 10 hari dan kos rawatan hospital yang dikenakan ialah sebanyak RM20,000. Wong membayar deduktibel sebanyak RM1,000 daripada jumlah kos rawatan hospital tersebut. Elaun tunai harian hospital untuk Wong ialah sebanyak RM150 sehari. Berapakah jumlah yang dibayar oleh pihak insurans? Penyelesaian: Jumlah yang dibayar oleh pihak syarikat insurans = RM20,000 – RM1,000 + (10 × RM150) = RM20,500 Kes 3: Deduktibel dan Ko-insurans Diana telah dimasukkan ke wad selama 4 hari kerana menghidap penyakit radang apendiks. Bil hospital selama rawatan tersebut ialah RM16000 dan telah ditanggung sebahagian oleh syarikat insurans. Diana telah membayar sebahagian kos rawatan hospital tersebut secara deduktibel sebanyak RM400 dan ko-insurans 10%. Elaun tunai harian hospital yang diterima ialah RM150. Berapakah jumlah yang dibayar oleh pihak insurans? Penyelesaian: Nilai ko-insurans = 100 10 RM15,600 = RM1560 Jumlah yang dibayar oleh pihak syarikat insurans = RM16,000 – RM400 – RM1560 + (4 × RM150) = RM14,640 1. Edarkan Lembaran Tugasan 4 sebagai latihan pengukuhan. 2. Minta murid menjawab secara individu. 3. Pilih beberapa murid untuk membentang jawapan yang dibuat. 4. Buat kesimpulan berkaitan ko-insurans dan deduktibel. Aktiviti 4 Lembaran Tugasan 4


26 3.0 Matematik Pengguna: Insurans Arahan: Laksanakan aktiviti ini secara individu. Selesaikan masalah berikut. Soalan 1: Ko-Insurans Rania baru bekerja di sebuah syarikat swasta dan telah ditawarkan gaji sebanyak RM2500. Beliau telah membeli polisi insurans perubatan seperti pelan yang ditunjukkan di bawah. Berdasarkan pelan insurans di atas, tandakan ( / ) pada pernyataan yang betul dan ( x ) pada pernyataan yang salah. a) Premium bulanan ialah 5% daripada gaji Rania. b) Jika kos rawatan hospital ialah RM18,000, Rania perlu membayar koinsurans sebanyak RM800. c) Jika Rania dimasukkan ke wad selama 5 hari, dia akan mendapat jumlah elaun tunai harian hospital sebanyak RM500. d) Semakin tinggi kos rawatan hospital, semakin tinggi amaun ko-insurans yang perlu Rania bayar. Pelan Putih • Premium bulanan RM120 • Ko-insurans 5% • Elaun tunai harian hospital RM100 Lembaran Tugasan 4 SP 3.1.3


27 3.0 Matematik Pengguna: Insurans Soalan 2: Deduktibel Syarikat Insurans Awira menawarkan dua pelan insurans perubatan. (a) Berapakah beza deduktibel antara Pelan Ceria dan Pelan Senyum? Terangkan jawapan anda. (b) Jika berlaku kemalangan dan kos rawatan hospital selama 5 hari ialah RM7,000, pelan manakah yang lebih sesuai? Berikan justifikasi. Pelan Ceria • Premium bulanan RM200 • Deduktibel RM200 • Elaun tunai harian hospital RM150 Pelan Senyum • Premium bulanan RM120 • Deduktibel RM250 • Elaun tunai harian hospital RM100 Jawapan: Jawapan:


28


29 4.0 BIDANG PEMBELAJARAN NOMBOR DAN OPERASI OPERASIPERATIONS MATEMATIK PENGGUNA: PERCUKAIAN STANDARD KANDUNGAN 4.1 PERCUKAIAN


30


31 4.0 Matematik Pengguna: Percukaian 1. Edarkan kertas A4 kepada setiap murid. 2. Minta murid melipat kertas tersebut kepada 4 bahagian. (Sticky notes juga boleh digunakan). 3. Kemukakan perkataan berikut. 4. Berdasarkan pernyataan di atas, minta murid menulis satu sumber pendapatan negara untuk menyediakan kemudahan awam pada setiap helaian kertas. Jadi akan ada empat jawapan yang berbeza untuk setiap murid. 5. Minta murid menampal jawapan mereka di dinding dan kemudian minta mereka menyusunnya mengikut sumber pendapatan negara yang berbeza. 6. Bincangkan jawapan murid. 7. Jalankan aktiviti yang sama terhadap: • tujuan percukaian • kelebihan percukaian 8. Bincang dan buat kesimpulan berdasarkan aktiviti yang dijalankan. Aktiviti 1 Lembaran Tugasan 1 Kerajaan sentiasa membangunkan negara dengan menyediakan kemudahan awam demi kesejahteraan rakyat. SP 4.1.1 Menghuraikan tujuan percukaian.


32 4.0 Matematik Pengguna: Percukaian Sesebuah kerajaan yang memerintah memerlukan hasil untuk mentadbir negara mereka. Sekiranya negara kekurangan hasil, maka ia terpaksa menampung segala perbelanjaan untuk projek pembangunan melalui pinjaman dengan Bank Dunia. Sesebuah negara tidak boleh terlalu bergantung kepada pinjaman semata-mata untuk menguruskan pembangunan tanpa mendapatkan sumber atau hasil dari dalam negara kerana ia boleh mengakibatkan sesebuah negara itu menjadi muflis serta dikawal oleh bank pemberi pinjaman. Sebagai contoh, terhadap apa yang berlaku di negara lain seperti Greece dan Sepanyol yang mana negara mereka tidak mempunyai hasil yang mencukupi dan terpaksa meminjam dari luar sehingga menyebabkan mata wang mereka jatuh teruk sehingga kini. Sebagai pembayar cukai, rakyat perlu faham kewajipan mereka untuk membayar cukai. Cukai yang dibayar oleh individu atau syarikat kepada kerajaan akan dapat dimanfaatkan dan dinikmati semula oleh rakyat. Contoh manfaat cukai yang dinikmati oleh rakyat di negara ini adalah seperti berikut: a) Keamanan Negara membelanjakan hasil kutipan cukai terhadap keselamatan seperti keperluan logistik untuk tentera dan polis bagi melindungi rakyat dan negara. b) Fizikal dan Pembangunan Pembinaan rangkaian infrastruktur yang moden seperti jalan raya, jambatan, lapangan terbang dan bangunan kerajaan. c) Ekonomi Pemodenan pelabuhan dan lapangan terbang serta menggiatkan aktiviti pengilangan dan industri bagi menggalakkan pelaburan dari syarikat tempatan dan antarabangsa untuk tujuan perkembangan ekonomi. d) Sosial Hasil kutipan cukai yang diperolehi juga akan disalurkan untuk menyediakan kemudahan pendidikan, kesihatan dan kebajikan serta turut menyumbang kepada pembangunan belia di negara ini. Info Guru SP 4.1.1 Tujuan Percukaian Kelebihan Cukai kepada Rakyat dan Negara


33 4.0 Matematik Pengguna: Percukaian 1. Bahagikan murid kepada kumpulan empat orang dan edarkan Lembaran Tugasan 1a dan 1b. 2. Minta murid berbincang untuk menyelesaikan tugasan. 3. Pilih beberapa kumpulan untuk membentangkan jawapan. 4. Bimbing murid untuk membuat kesimpulan tentang Jenis-jenis Cukai dan Kesan Pengelakan Cukai. Arahan: Laksanakan aktiviti ini dalam kumpulan kecil. Bincang dan nyatakan jenis-jenis cukai yang terdapat dalam setiap pernyataan berikut. 1. Sistem taksiran cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dikenali sebagai Sistem Taksiran Sendiri (SAS). Dalam SAS, pembayar cukai diperlukan untuk mengisytiharkan pendapatan individu secara jujur dan mengira cukai yang perlu dibayar. Tanggungjawab mengenai perihal cukai dipindahkan kepada pembayar. Cukai ini ditaksir berdasarkan tahun sebelumnya. Jawapan: ______________________________________________ 2. Cukai ini dikenakan ke atas pemilik kenderaan bermotor sebelum kenderaan tersebut dibenarkan untuk dipandu di jalan raya secara sah. Kadar cukai dapat disemak dan tertera di setiap geran kenderaan. Nilainya adalah tetap dan tidak berubah setiap tahun. Tempoh untuk memperbaharui cukai ini adalah 6 bulan atau 12 bulan bergantung kepada pemilik kenderaan. Jawapan: ______________________________________________ Aktiviti 1 Lembaran Tugasan 1a & 1b Lembaran Tugasan 1a Lembaran Tugasan 1a SP 4.1.2 Menghuraikan pelbagai cukai dan seterusnya kesan pengelakan cukai tersebut dari aspek perundangan dan kewangan. . SP 4.1.2


34 4.0 Matematik Pengguna: Percukaian 3. Cukai ini diperkenalkan menerusi Akta Cukai Jualan 1972 dan Akta Cukai Perkhidmatan 1975. Ianya berkuat kuasa mulai 1 September 2018. Kadar cukai yang dikenakan ke atas barangan adalah sebanyak 5%, 10% atau pada kadar lain yang ditentukan oleh kerajaan. Satu lagi kadar cukai sebanyak 6% dikenakan ke atas perkhidmatan makanan dan minuman, hotel, kad kredit dan kad caj, kelab persendirian dan lain-lain. Jawapan: ______________________________________________ 4. Cukai ini merupakan sejenis bayaran tahunan yang dikenakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) ke atas para penduduk sesebuah kawasan perbandaran. PBT akan menggunakan hasil pungutan ini bagi membiayai kos penyelenggaraan bandar seperti kos mengangkut sampah, membersihkan longkang, mengindahkan lanskap, membayar bil lampu jalan, menyelenggara lampu isyarat dan sebagainya. Kadar cukai ini ditetapkan berdasarkan nilai hartanah atau rumah kediaman penghuni. Nilai cukai di sesebuah bandar besar adalah lebih besar berbanding di bandar kecil. Kebiasaannya, bayaran cukai ini adalah dalam lingkungan 9% hingga 10% daripada nilai hartanah atau rumah kediaman. Jawapan: ______________________________________________ 5. Cukai ini adalah cukai yang dikenakan kepada pemilik tanah atau hartanah atas tanah termasuk tanah pegangan bebas dan pajakan. Ia dibayar kepada kerajaan negeri melalui Pejabat Tanah dan Galian. Cukai ini mesti dibayar sepenuhnya mulai 1 Januari hingga 31 Mei pada setiap tahun. Sekiranya bayaran tidak dijelaskan, ia akan menjadi tunggakan mulai 1 Jun. Jawapan: _______________________________________________


35 4.0 Matematik Pengguna: Percukaian Arahan: 1. Laksanakan aktiviti ini dalam kumpulan kecil. 2. Bincangkan tentang kesan pengelakan cukai dan gunakan peta minda yang bersesuaian untuk menyusun jawapan anda. 3. Gunakan strategi ‘one stay and others stray’ dalam membentangkan hasil perbincangan. Notis (Borang E) akan dikeluarkan. Anda dikehendaki menjelaskan bayaran dalam tempoh 15 hari daripada tarikh notis. Denda sebanyak 1% daripada baki tunggakan akan dikenakan kepada anda mengikut seksyen 147(1), Akta 171. Jika anda masih tidak membuat bayaran selepas menerima Notis (Borang E), waran tahanan akan dikeluarkan kepada anda dan kos waran sebanyak 10% ke atas jumlah tunggakan cukai akan dikenakan. Waran ini membolehkan pegawai PBT diberi kuasa untuk melaksanakan tindakan-tindakan seperti berikut: a) Merampas atau menyita harta mudah alih (harta yang boleh dibawa keluar daripada bangunan). b) Melelong bangunan atau tanah melalui pendaftar pelelong yang dilantik oleh PBT. Untuk mengelakkannya bayaran hendaklah dijelaskan sebelum 28 Februari atau 31 Ogos pada setiap tahun. Sekiranya cukai tanah menjadi tertunggak, tindakan perampasan tanah di bawah Akta Kanun Tanah Negara 1965 boleh diambil oleh Pentadbir Tanah Jajahan. Kesan tindakan tersebut akan menyebabkan tanah berkenaan dirampas atau dilucuthak oleh PBT. Individu pembayar cukai yang tidak bertanggungjawab dalam menjelaskan cukai atau mengelak daripada mengisytiharkan pendapatan bercukai, berkemungkinan besar akan berhadapan dengan kesalahan di bawah Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967. Individu atau syarikat yang mengelak daripada membayar cukai boleh dikenakan perintah kebankrapan atau perintah penggulungan syarikat oleh mahkamah melalui LHDN. *Guru perlu membincangkan dan membuat kesimpulan berkaitan kesan pengelakan cukai daripada sudut perundangan dan kewangan. If the quit rent tax is overdue, the State Land Officers are given the authority to confiscate the Kesan Pengelakan Cukai Pintu Kesan Pengelakan Cukai Tanah Kesan Pengelakan Cukai Pendapatan Info Guru SP 4.1.2 Lembaran Tugasan 1b SP 4.1.2


36 4.0 Matematik Pengguna: Percukaian 1. Minta murid mengenal pasti dan menyenaraikan jenis pendapatan berdasarkan pengetahuan sedia ada mereka dengan menjalankan aktiviti 'Think-Pair-Share'. Bincangkan jawapan murid. 2. Bincangkan dengan murid jenis pendapatan bercukai individu. Nota guru: Jelaskan kepada murid jenis-jenis pendapatan individu yang dikenakan cukai oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri. 1. Edarkan Lembaran Tugasan 1 dan minta murid menyelesaikan tugasan secara individu. 2. Pilih beberapa orang murid untuk berkongsi jawapan mereka. 3. Bincangkan jawapan murid. Aktiviti 1 Aktiviti 2 Lembaran Tugasan 1 Mengkaji, mentafsir dan membuat pengiraan yang melibatkan pelbagai cukai. SP 4.1.3


37 4.0 Matematik Pengguna: Percukaian Arahan: Laksanakan aktiviti ini secara individu. Baca dengan teliti dan selesaikan masalah yang diberikan. Maklumat berikut berkaitan dengan pendapatan Encik Mahesh bagi tahun 2020. ❖ Encik Mahesh bekerja sebagai seorang Pegawai Sumber Manusia di Kementerian Pendidikan Malaysia dan menerima pendapatan sebanyak RM5,350 sebulan. ❖ Beliau menerima imbuhan tetap perumahan sebanyak RM400 dan imbuhan tetap keraian sebanyak RM400 setiap bulan. ❖ Beliau juga mempunyai sebuah rumah yang disewakan dengan harga RM400 setiap bulan. Berapakah pendapatan Encik Mahesh yang dikenakan cukai? 1. Edarkan Lembaran Tugasan 2 dan minta murid untuk menyelesaikan tugasan secara berpasangan. 2. Minta murid untuk mengenal pasti dan menyenaraikan jenis-jenis pelepasan cukai yang dibenarkan berdasarkan Jadual Pelepasan Cukai yang diberikan. 3. Pilih beberapa murid untuk berkongsi jawapan. 4. Bincangkan jawapan murid. Nota guru: Jelaskan kepada murid tentang jenis-jenis pelepasan cukai yang dibenarkan berdasarkan Jadual Pelepasan Cukai yang diberikan. Jawapan: Aktiviti 3 Lembaran Tugasan 2 Lembaran Tugasan 1 SP 4.1.3


38 4.0 Matematik Pengguna: Percukaian Arahan: Laksanakan aktiviti ini secara berpasangan. Encik Mokhtar bekerja di sebuah syarikat. Isteri tidak bekerja. Beliau juga mempunyai empat orang anak yang belum berkahwin seperti berikut: ❖ Anak pertama sudah bekerja. ❖ Anak kedua masih menuntut di Universiti tempatan. ❖ Anak ketiga masih belajar di sekolah menengah. ❖ Anak keempat adalah seorang kurang upaya (OKU) yang masih bersekolah. Berikut adalah pendapatan dan perbelanjaan Encik Mokhtar bagi tahun tertentu. Maklumat RM EPF 4,000 Perubatan ibu 4,000 Pemeriksaan perubatan penuh 500 Peralatan sokongan anak OKU 4,500 Premium insurans nyawa 1,500 Pembelian buku dan majalah 300 Zakat 1,200 Jadual Pelepasan Cukai Individu Pemastautin Tahun 2020 Bil. Jenis Potongan Individu Amaun (RM) 1 Individu dan saudara tanggungan 9,000 2 Perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas dan penjaga untuk ibu bapa (Keadaan kesihatan disahkan oleh pengamal perubatan) ATAU Ibu dan Bapa Terhad 1,500 bagi hanya seorang ibu Terhad 1,500 bagi hanya seorang bapa 5,000 (Terhad) ATAU 3,000 (Terhad) 3 Peralatan sokongan asas (untuk kegunaan individu kurang upaya, suami/isteri, anak atau ibu bapa yang kurang upaya) 6,000 (Terhad) 4 Individu kurang upaya 6,000 Lembaran Tugasan 2 SP 4.1.3


Click to View FlipBook Version