The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Panduan PdP Insurans dan Percukaian KSSM MATE T4&T5

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Angel Christ, 2023-06-11 20:11:56

Panduan PdP Insurans dan Percukaian KSSM MATE T4&T5

Panduan PdP Insurans dan Percukaian KSSM MATE T4&T5

39 4.0 Matematik Pengguna: Percukaian No. Jenis Potongan Individu Amaun (RM) 5 Yuran pengajian (Sendiri) i. Peringkat selain sarjana dan doktor falsafah – bidang undang-undang, perakaunan, kewangan Islam, teknikal, vokasional, industry, saintifik atau teknologi; ii. Peringkat sarjana dan doktor falsafah – sebarang bidang atau kursus pengajian. 7,000 (Terhad) 6 Perbelanjaan perubatan bagi penyakit serius (Diri sendiri atau suami/ isteri atau anak-anak) 6,000 (Terhad) 7 Perbelanjaan perubatan bagi rawatan kesuburan (Diri sendiri atau suami/ isteri) 8 Pemeriksaan perubatan penuh (Diri sendiri, suami/isteri atau anak). (Terhad 500) 9 Gaya hidup - Perbelanjaan untuk kegunaan/manfaat diri sendiri, suami/isteri atau anak bagi: (i) Pembelian buku, jurnal, majalah, surat khabar bercetak dan lain-lain penerbitan seumpamanya (Bukan bahan bacaan terlarang); (ii) Pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet (Bukan kegunaan perniagaan); (iii) Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997 (tidak terpakai bagi jenis basikal bermotor) dan bayaran keahlian gimnasium; dan (iv) Bayaran bil bulanan untuk langganan internet (Atas nama sendiri) 2,500 (Terhad) 10 Gaya hidup – Pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet untuk kegunaan/ manfaat diri sendiri, suami/ isteri atau anak dan bukan untuk kegunaan perniagaan (Pelepasan tambahan bagi perbelanjaan yang dilakukan dalam tempoh 1 Jun 2020 hingga 31 Disember 2020) 2,500 (Terhad) 11 Pembelian peralatan penyusuan ibu untuk kegunaan sendiri bagi anak berumur 2 tahun dan kebawah (Potongan dibenarkan sekali setiap DUA (2) tahun taksiran) 1,000 (Terhad) 12 Yuran penghantaran anak berumur 6 tahun dan ke bawah ke taman asuhan kanak-kanak/ tadika yang berdaftar 3,000 (Terhad) 13 Tabungan bersih dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SPPN) (Jumlah simpanan dalam tahun 2020 TOLAK jumlah pengeluaran dalam tahun 2020) 8,000 (Terhad) 14 Suami/Isteri/Bayaran alimoni kepada bekas isteri 4,000 (Terhad) 15 Suami/ Isteri kurang upaya 3,500 16 Anak yang belum berkahwin dan berumur di bawah 18 tahun 2,000 17 Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas dan menerima pendidikan sepenuh masa (peringkat A-Level, sijil, matrikulasi, persediaan atau pra-ijazah) 2,000


40 4.0 Matematik Pengguna: Percukaian No. Jenis Potongan Individu Amaun (RM) 18 Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas tertakluk kepada syarat-syarat berikut: (i) mengikuti pengajian tinggi sepenuh masa (Tidak termasuk kursus matrikulasi / pra-ijazah / A-Level) di universiti, kolej atau institut pelajaran yang serupa dengannya di Malaysia; atau (ii) berkhidmat di bawah satu ikatan artikel atau indentur untuk memperoleh kelayakan perdagangan atau profesion di Malaysia; atau mengikuti kursus di peringkat ijazah dan ke atas di institusi pengajian tinggi luar Malaysia (iii) kursus dan institusi pengajian tinggi diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan 8,000 19 Anak Kurang upaya 6,000 Pelepasan tambahan sebanyak RM8000 bagi anak kurang upaya berumur 18 tahun dan ke atas, belum berkahwin dan mengikuti diploma ke atas di dalam Malaysia @ peringkat ijazah ke atas di luar Malaysia dalam kursus dan di IPT yang diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan. 8,000 20 Insuran nyawa dan KWSP TERMASUK tidak melalui potongan gaji i. Kategori penjawat awam berpencen • Premium insurans nyawa ii. Kategori SELAIN penjawat awam berpencen • Premium insurans nyawa (Terhad RM3,000) • Caruman kepada KWSP/ skim yang diluluskan (Terhad RM4,000) 7,000 (Terhad) 21 Skim Persaraan Swasta dan Anuiti Tertunda – berkuatkuasa mulai Tahun Taksiran 2012 hingga tahun taksiran 2021. 3,000 (Terhad) 22 Insurans pendidikan dan perubatan TERMASUK tidak melalui potongan gaji 3,000 (Terhad) 23 Caruman kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) 250 (Terhad) 24 Perbelanjaan bayaran penginapan di premis penginapan yang berdaftar dengan Pesuruhjaya Pelancongan dan bayaran masuk ke tempat tarikan pelancong (Perbelanjaan penginapan di premis penginapan yang berdaftar dengan Pesuruhjaya Pelancongan dan bayaran masuk ke pusat tarikan pelancong yang dilakukan pada atau selepas 1 Mac 2020) Premis penginapan berdaftar boleh disemak dipautan: http://www.motac.gov.my/semakan/hotel-berdaftar 1,000 (Terhad) Adaptasi daripada sumber: http://www.hasil.gov.my


41 4.0 Matematik Pengguna: Percukaian Berdasarkan maklumat diatas dan Jadual Pelepasan Cukai Individu Pemastautin Tahun 2020 yang diberi kepada setiap kumpulan; (a) senaraikan pelepasan cukai yang dibenarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk perbelanjaan Encik Mokhtar. (b) tentukan jumlah pelepasan cukai yang diterima oleh Encik Mokhtar. 1. Edarkan Lembaran Tugasan 3 dan minta murid untuk menyelesaikan tugasan secara berpasangan. 2. Terangkan rumus pengiraan pendapatan bercukai dan Jadual Kadar Cukai yang ditentukan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri. 3. Minta murid untuk mengira pendapatan bercukai. 4. Pilih beberapa murid untuk berkongsi jawapan. 5. Bincangkan jawapan murid. Jawapan: Jawapan: Aktiviti 4 Lembaran Tugasan 3


42 4.0 Matematik Pengguna: Percukaian Arahan: Laksanakan aktiviti ini secara berpasangan. Selesaikan masalah berikut dengan merujuk kepada Jadual untuk pendapatan bercukai yang ditentukan oleh LHDN dan Rebat Cukai Pendapatan yang diberikan kepada anda. Maklumat tambahan: 1. Jadual banjaran pendapatan bercukai yang ditentukan oleh LHDN Tahun Taksiran 2020 Banjaran Pendapatan Bercukai Pengiraan (RM) Kadar % Cukai (RM) 0 – 5,000 5,000 pertama 0 0 5,001 – 20,000 5,000 pertama 15,000 berikutnya 1 0 150 20,001 – 35,000 20,000 pertama 15,000 berikutnya 3 150 450 35,001 – 50,000 35,000 pertama 15,000 berikutnya 8 600 1,200 50,001 – 70,000 50,000 pertama 20,000 berikutnya 14 1,800 2,800 70,001 – 100,000 70,000 pertama 30,000 berikutnya 21 4,600 6,300 100,001 – 250,000 100,000 pertama 150,000 berikutnya 24 10,900 36,000 Sumber: http://www.hasil.gov.my ❖ Encik Kamal menerima pendapatan tahunan sebanyak RM61,500. ❖ Jumlah pelepasan cukai Encik Kamal yang dibenarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri ialah RM32,150. Lembaran Tugasan 3 SP 4.1.3


43 4.0 Matematik Pengguna: Percukaian 2. Berikut adalah Rebat Cukai Pendapatan bagi individu yang mempunyai pendapatan bercukai kurang daripada RM35,000. 3. Lain-lain Rebat Cukai Sumber: http://www.hasil.gov.my No. Rebat Cukai Tahun Taksiran 2001 - 2008 (RM) Tahun Taksiran 2009 & seterusnya (RM) a Taksiran Berasingan Isteri Suami - 350 350 - 400 400 b Taksiran Bersama Isteri Suami - 350 350 - 400 400 Jumlah 700 800 c Taksiran Di mana Salah Seorang Suami Atau Isteri Tiada Jumlah Pendapatan Isteri Suami - 350 350 - 400 400 Jumlah 700 800 Bil. Rebat Cukai (RM) a Zakat/Fitrah Amaun maksimum tertakluk kepada cukai yang dikenakan b Levi Pekerja Asing (Tidak terpakai mulai tahun taksiran 2011) Amaun maksimum tertakluk kepada cukai yang dikenakan


44 4.0 Matematik Pengguna: Percukaian Berdasarkan maklumat di atas dan Jadual banjaran pendapatan bercukai yang diberikan kepada anda, jawab soalan berikut: (a) Berapakah pendapatan bercukai Encik Kamal? (b) Kirakan cukai pendapatan yang dikenakan kepada Encik Kamal. (c) Encik Kamal membuat bayaran zakat sebanyak RM750 bagi tahun 2020. Dengan merujuk kepada jadual rebat cukai yang diberikan kepada anda, hitung jumlah cukai yang dia perlu bayar. Jawapan: Jawapan: Jawapan:


45 Nota guru: Terangkan kepada murid-murid maksud potongan cukai bulanan (PCB). Rujuk lampiran berikut untuk memberikan pendedahan mengenai PCB. http://lampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/Jadual_PCB_2018.pdf 4.0 Matematik Pengguna: Percukaian 4.0 Matematik Pengguna: Percukaian 1. Edarkan Lembaran Tugasan 4 dan minta murid untuk menyelesaikan tugasan secara berpasangan. 2. Minta murid untuk meneliti maklumat yang diberikan. Bimbing murid berkaitan potongan cukai bulanan. 3. Bincangkan jawapan dan buat kesimpulan bersama-sama murid. Arahan: Laksanakan aktiviti ini secara berpasangan. Berdasarkan maklumat di atas, terangkan maksud potongan cukai bulanan. ❖ Encik Marzuki belum berkahwin. ❖ Pendapatan bulan Disember 2020 yang diterima adalah RM3,600 (potongan KWSP: RM396). ❖ Pendapatan bersih yang diterima adalah RM3,204. ❖ Potongan cukai bulanan yang dikenakan ialah RM2.80. Jawapan: Aktiviti 5 Lembaran Tugasan 4 Lembaran Tugasan 4 SP 4.1.3


46 Nota guru: Cukai jalan dikenakan kepada pemilik kenderaan bermotor dan perlu diperbaharui setiap tahun. 4.0 Matematik Pengguna: Percukaian 1. Edarkan Lembaran Tugasan 5 dan minta murid menyelesaikan tugasan secara berpasangan. 2. Minta murid menyemak maklumat yang diberikan dan mengenal pasti cukai jalan yang dikenakan berdasarkan kapasiti enjin kenderaan. 3. Bincangkan jawapan dan buat kesimpulan bersama murid. Arahan: Laksanakan aktiviti ini secara berpasangan. Selesaikan masalah berikut. Situasi: Encik Rooney ingin membeli sebuah kereta seperti iklan di bawah. Cukai jalan bagi kenderaan berkapasiti enjin 1600cc dan ke bawah dikenakan kadar tetap seperti berikut: Kapasiti Enjin Kadar setahun 1000cc dan ke bawah RM20.00 1001cc hingga 1200cc RM55.00 1201cc hingga 1400cc RM70.00 1401cc hingga 1600cc RM90.00 Aktiviti 6 Lembaran Tugasan 5 Lembaran Tugasan 5 SP 4.1.3 Tawaran Hebat!!!!! • Bayaran bulanan RM528 • Cukai jalan 1 tahun • Enjin 1300 cc


47 Nota guru: Terangkan kepada murid jenis harta yang dikenakan cukai taksiran (cukai tanah). 4.0 Matematik Pengguna: Percukaian (a) Mengapakah kenderaan bermotor dikenakan cukai jalan? a) b) (b) Dengan merujuk jadual di atas, hitungkan cukai jalan yang perlu dibayar oleh Encik Rooney sekiranya beliau bersetuju untuk membeli kereta tersebut. 1. Edarkan Lembaran Tugasan 6 dan minta murid untuk menyelesaikan tugasan secara berpasangan. 2. Minta murid untuk meneliti maklumat yang diberikan dan mengira cukai tanah yang dikenakan.. 3. Bincangkan jawapan dan buat kesimpulan bersama-sama murid. Jawapan: Jawapan: Aktiviti 7 Lembaran Tugasan 6


48 4.0 Matematik Pengguna: Percukaian Arahan: Laksanakan aktiviti ini secara berpasangan. Selesaikan masalah berikut. Puan Asom mempunyai sebidang tanah di Kg. Sungai Panjang, Sabak Bernam. Tanah tersebut digunakan untuk penanaman kelapa sawit. Lembaran Tugasan 6 SP 4.1.3 Di bawah adalah maklumat tanah Puan Asom: No Lot / PT 415 Mukim / Bandar / Pekan Pekan Sungai Besar Kegunaan Pertanian / kelapa sawit Luas 10 ekar Cukai Tahunan RM 17.00 sehektar Catatan: Kadar cukai tahunan ditetapkan adalah mengikut Kerajaan Negeri masing-masing.


49 Nota guru: Terangkan maksud cukai jualan dan perkhidmatan. 4.0 Matematik Pengguna: Percukaian (a) Adakah Puan Asom perlu membayar cukai? Terangkan mengapa. Kemudian, nyatakan jenis cukai yang perlu dibayar olehnya. (b) Diberi 1 hektar = 2.471 ekar, kirakan cukai yang perlu dibayar oleh Puan Asom bagi setahun. a) 1. Edarkan Lembaran Tugasan 7 dan minta murid menyelesaikan tugasan secara berpasangan. 2. Minta murid menyemak maklumat yang diberikan dan mengira cukai jualan dan perkhidmatan yang dikenakan. 3. Bincangkan jawapan dan buat kesimpulan bersama murid. Jawapan: Jawapan: Aktiviti 8 Lembaran Tugasan 7


50 4.0 Matematik Pengguna: Percukaian Arahan: Jalankan Aktiviti ini secara berpasangan. Selesaikan masalah berikut. Encik Suhaimi telah menginap di sebuah hotel di Puchong, Selangor. Maklumat berikut menunjukkan pembayaran yang dibuat oleh Encik Suhaimi kepada hotel tersebut. HOTEL SERI GEMILANG RESIT Persiaran Pertiwi 2 Jalan Permata Indah TARIKH: 25 April 2020 47000 Puchong RESIT #: 88223344 Nama: Suhaimi Bin Selamat Alamat: 7, Jalan Malawar Bandar: Ipoh, Perak E-mel: [email protected] Poskod: 30020 Malaysia BILIK # Nama Tarikh masuk Tarikh keluar # Bil hari Harga / hari RM Jumlah RM A 125 Suhaimi Bin Selamat 24/4/20 25/4/20 1 249.50 249.50 JUMLAH 249.50 SST 6.00% Nota: JUMLAH DEPOSIT JUMLAH BAYARAN TERIMA KASIH DAN DATANG LAGI! Lembaran Tugasan 7 SP 4.1.3


51 4.0 Matematik Pengguna: Percukaian (a) Hitungkan bayaran yang perlu dibayar oleh Encik Suhaimi apabila dikenakan cukai jualan dan perkhidmatan dengan kadar 6%. (b) Encik Suhaimi telah memesan makanan dengan menggunakan perkhidmatan penghantaran ke biliknya. Harga makanan tersebut ialah RM45.70. Hitungkan bayaran yang perlu dibayar oleh Encik Suhaimi selepas ditambah cukai jualan dan perkhidmatan 6%. Jawapan: Jawapan:


52 4.0 Matematik Pengguna: Percukaian 1. Jenis-jenis Pendapatan Pada amnya pembayar cukai dikehendaki membayar cukai atas semua jenis pendapatan yang diperoleh, iaitu: • Perniagaan atau profesion • Penggajian • Dividen • Faedah • Diskaun • Sewa • Pencen • Lain-lain Cukai yang perlu dibayar dikira berdasarkan pendapatan bercukai. 2. Pelepasan Cukai Individu a) Pelepasan cukai ialah sejumlah pendapatan individu yang dikecualikan daripada cukai pendapatan. b) Sebelum dikenakan cukai pendapatan individu, ada beberapa pelepasan cukai yang dibenarkan oleh kerajaan seperti dalam Jadual Pelepasan Cukai Pemastautin. 3. Pendapatan Bercukai a) Pendapatan bercukai ialah jumlah pendapatan selepas ditolak pengecualian cukai dan pelepasan cukai. b) Pengecualian cukai merujuk kepada semua perbelanjaan peribadi dalam bentuk hadiah, derma, sumbangan kepada kerajaan atau pelbagai organisasi, contohnya perpustakaan negeri dan badan rawatan kesihatan. c) Pengiraan cukai pendapatan individu adalah berasaskan pendapatan boleh cukai dan mengikut kadar cukai yang ditetapkan oleh LHDN. 4. Kadar Cukai Pendapatan Kadar cukai pendapatan yang dikenakan adalah mengikut banjaran pendapatan bercukai berdasarkan tahun taksiran semasa. Info Guru SP 4.1.3 Pendapatan bercukai = Jumlah pendapatan - Pengecualian cukai - Pelepasan cukai


53 4.0 Matematik Pengguna: Percukaian Schedular Tax Deduction (STD) 1. Bahagikan murid kepada kumpulan empat orang dan edarkan Lembaran Tugasan 1. 2. Minta murid berbincang untuk menyelesaikan tugasan. 3. Pilih beberapa kumpulan untuk membentangkan jawapan. 4. Bimbing murid untuk membuat kesimpulan. 5. Potongan Cukai Berjadual (PCB) Pengiraan PCB Yang Menggunakan Kaedah Pengiraan Komputer Majikan yang membuat pengiraan PCB dengan menggunakan Kaedah Pengiraan Komputer seperti Kalkulator PCB, e-PCB, sistem pembayaran gaji berkomputer atau sistem yang dibangunkan sendiri yang telah mendapat kelulusan daripada LHDN. Majikan dikehendaki mengambil kira semua jenis saraan kasar yang kena cukai sahaja ditolak dengan jumlah caruman KWSP (termasuk KWSP untuk saraan/elaun yang dikecualikan cukai) yang layak dituntut pada bulan tersebut dan jumlah yang layak dituntut adalah terhad kepada RM6,000. 6. Rebat Cukai Maksud rebat cukai ialah potongan ke atas cukai pendapatan (cukai kena bayar). Individu pemastautin di Malaysia adalah layak menuntut rebat cukai. Info Guru SP 4.1.3 Aktiviti 1 Lembaran Tugasan 1 SP 4.1.4 Menyelesaikan masalah yang melibatkan percukaian.


54 4.0 Matematik Pengguna: Percukaian Arahan: Laksanakan aktiviti ini dalam kumpulan kecil. Selesaikan masalah berikut. Berdasarkan situasi di atas, (a) nyatakan jenis-jenis cukai yang perlu dibayar oleh Encik Krishnan. (b) terangkan mengapa cukai tersebut perlu dibayar. (c) apakah kemungkinan yang akan berlaku kepada Encik Krishnan jika beliau tidak membayar cukai seperti yang dinyatakan? Jawapan: Jawapan: Encik Krishnan ialah seorang guru berusia 42 tahun yang menetap di Muar, Johor. Beliau tinggal di sebuah rumah tiga tingkat yang dibelinya tiga tahun lalu. Beliau memiliki sebuah kereta dan sebuah motosikal. Beliau mewarisi tanah pertanian seluas 2 ekar daripada bapanya di Batu Pahat. Beliau baru-baru ini membeli sebidang tanah pertanian di Raub, Pahang. Lembaran Tugasan 1 SP 4.1.4 Jawapan:


55 4.0 Matematik Pengguna: Percukaian 1. Bahagikan murid kepada kumpulan empat orang dan edarkan Lembaran Tugasan 2. 2. Minta murid berbincang untuk menyelesaikan tugasan. 3. Pilih beberapa kumpulan untuk membentangkan jawapan. 4. Bimbing murid untuk membuat kesimpulan. Arahan: Laksanakan aktiviti ini dalam kumpulan kecil. Selesaikan masalah berikut. Pendapatan Puan Selina dikenakan cukai sebanyak RM4,200 sebulan sepanjang tahun 2020. Jadual berikut menunjukkan perbelanjaan beliau pada tahun 2020. Tarikh Jenis Perbelanjaan Jumlah (RM) 16 Januari Rawatan perubatan ibu Puan Selina 600 5 Februari Membeli piano 2,500 3 Mac Membeli buku 500 28 Mac Membeli komputer riba 2,500 2 April Membayar jalur lebar 200 4 April Membayar yuran pengajian peringkat PhD untuk Puan Selina 5,000 15 Julai Membayar yuran tadika anak bongsu 2,000 30 Ogos Membayar yuran pengajian universiti anak sulung 2,000 4 September Membayar insurans nyawa Puan Selina 2,000 9 Oktober Membayar pemeriksaan perubatan penuh untuk suami Puan Selina 3,000 18 November Membeli sebuah motosikal 8,000 Aktiviti 2 Lembaran Tugasan 2 Lembaran Tugasan 2 SP 4.1.4


56 Ringkasan Jadual Pelepasan Cukai Individu Tahun 2020 yang berkaitan dengan Puan Selina adalah seperti berikut: Berdasarkan maklumat yang diberi, pindahkan aktiviti perbelanjaan Puan Selina pada tahun 2020 ke Borang Perekodan Perbelanjaan yang disediakan. Seterusnya buat pengiraan bagi mendapatkan pendapatan bercukai Puan Selina. Borang Perekodan Perbelanjaan Tarikh Jenis Perbelanjaan Jumlah pendapatan yang dikenakan cukai (RM) (A) Jumlah dibenarkan pelepasan cukai (RM) (B) Pendapatan bercukai Puan Selina (A) – (B) Dibenarkan pelepasan cukai (RM) Tidak dibenarkan pelepasan cukai (RM) Jenis Potongan Individu Jumlah (RM) Rawatan perubatan ibu bapa 5,000 Yuran pengajian sendiri 7,000 Pemeriksaan perubatan penuh untuk diri sendiri, pasangan dan anak 500 Pembelian buku, majalah, surat khabar Pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet Pembelian peralatan sukan Bayaran bil bulanan untuk langganan internet 2,500 (Terhad) Yuran tadika anak 1,000 (Terhad) Insuran nyawa dan KWSP 6,000 (Terhad) Insurans pendidikan dan perubatan 3,000 (Terhad) 4.0 Matematik Pengguna: Percukaian


57 PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK Tema : Insurans Perubatan Topik : Kajian Kes Kad Perubatan Masa : Dua minggu (1) Kerja projek ini dilakukan dalam kumpulan kecil. (2) Kumpulkan maklumat tiga hingga lima produk Kad Perubatan melalui penerokaan/pelayaran Internet atau temu bual dengan ahli keluarga atau mereka yang berpengetahuan tentang kad perubatan. (3) Susun dan kategorikan maklumat insurans kepada deduktibel, ko-insurans atau keduaduanya. (4) Senaraikan maklumat penting seperti amaun perlindungan, bayaran premium, amaun deduktibel dan manfaat hospital bagi setiap Kad Perubatan. (5) Banding-beza antara produk Kad Perubatan berkenaan dan buat pilihan Kad Perubatan sesuai dengan diri anda. Berikan justifikasi terhadap pilihan tersebut.


58 PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK (1) Terangkan tentang latar belakang keluarga anda termasuk pekerjaan dan pendapatan ibu bapa bagi tahun 2020. (2) Kumpulkan maklumat pendapatan tambahan ibu bapa dan perbelanjaan yang telah dilakukan sepanjang tahun 2020. (3) Susun dan kategorikan maklumat kepada pendapatan yang dikenakan cukai dan pelepasan cukai. Penerokaan Jadual Pelepasan Cukai Pemastautin 2020 perlu dijalankan. (4) Tentukan pendapatan bercukai dan cukai pendapatan yang dikenakan pada tahun 2020. Penerokaan Jadual Kadar. (5) Cukai Pendapatan Individu untuk Tahun Taksiran 2020 perlu dijalankan. (6) Kenal pasti rebat cukai pendapatan atau lain-lain rebat cukai yang diambil kira. Kirakan jumlah cukai yang perlu dibayar bagi Tahun Taksiran 2020. Tema : Cukai Pendapatan Topik : Cukai Pendapatan Ayah Saya Masa : Dua minggu


59 PENILAIAN PROJEK Log Pemerhatian Individu atau Log Pemerhatian Kumpulan Guru boleh mencatatkan pemikiran matematik, kefahaman konsep, kemahiran dan refleksi berkaitan murid secara individu atau berkumpulan. Catatan pemerhatian digunakan sebagai rekod kemajuan dalam pembelajaran murid yang akan membantu guru menentukan Tahap Penguasaan dalam pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Contoh: Kefahaman masalah, prosedur, pengiraan, tahap pemikiran, keupayaan menaakul, membuat perkaitan, membuat perwakilan dan mengkomunikasikan proses dan dapatan. Nama Murid / Ahli Kumpulan: Projek: Tarikh Ulasan


60 RUBRIK PENILAIAN Nama Murid / Ahli Kumpulan: Projek: Hasil / Tindakan / Tingkah Laku Markah Penyelesaian Memuaskan Penyelesaian adalah sah dan praktikal. 25 Justifikasi Keputusan Murid mengkomunikasikan dapatan serta menjustifikasi keputusan melalui pembentangan, laporan bertulis atau perbincangan. Murid menyokong keputusan dengan hujah yang bernas. 15 Kaedah Murid berupaya menganalisis dan menstrukturkan maklumat dengan menggunakan teknologi. 15 Ketepatan Penaakulan dan pengiraan adalah logik dan tepat. 15 Kreativiti Murid mempamerkan pemikiran kreatif dan kritis. 10 Kegigihan Murid menunjukkan kegigihan sepanjang projek. 10 Kerjasama dalam Kumpulan Murid berkerja bersama, berkongsi idea, dan mendengar idea rakan. Mereka menunjukkan kesediaan membantu satu sama lain. 10 Cadangan Soalan Penilaian • Apakah masalah yang cuba diselesaikan? • Bagaimanakah anda boleh menerangkan kepada rakan lain? • Apakah yang perlu dicari sebelum anda boleh memperoleh sesuatu penyelesaian? • Bagaimanakah fakta masalah berhubungkait? • Bagaimanakah suatu fakta berkait dengan yang lain? • Apakah data yang diperlukan/tidak diperlukan? Mengapa? • Apakah strategi yang mungkin dapat menyelesaikan masalah ini? • Apakah strategi yang bersesuaian? • Bagaimanakah anda berkongsi kefahaman tentang masalah kepada ahli kumpulan? • Bagaimanakah kumpulan anda membahagi tugasan bagi menyelesaikan masalah ini? • Bagaimanakah kumpulan anda bekerjasama secara efektif? • Apakah penyelesaian yang bersesuaian dengan masalah yang dinyatakan? • Bagaimanakah anda menjustifikasi penyelesaian akhir?


61 JAWAPAN 3.0 Matematik Pengguna: Insurans Lembaran Tugasan 1: SP 3.1.1 1. Risiko ialah kemungkinan berlakunya musibah yang tidak dapat dielak. 2. Cadangan jawapan: Kemalangan, Kecurian, Rompakan, Kebakaran, Banjir, Gempa bumi, Kerugian dalam pelaburan, Sakit, Kematian dan lain-lain. *Terima jawapan yang munasabah. 3. Cadangan jawapan: Kaedah yang boleh digunakan untuk mengurangkan risiko adalah membuat perlindungan dengan cara mendapatkan insurans. Lembaran Tugasan 2a: SP 3.1.1 (a) Insurans Am (b) Insurans Hayat (c) Insurans Hayat (d) Insurans Hayat (e) Insurans Hayat (f) Insurans Am (g) Insurans Am (h) Insurans Hayat (i) Insurans Hayat Lembaran Tugasan 2b: SP 3.1.1 Situasi 1 Situasi 2 Situasi 3 Risiko – Kos rawatan Insurans Hayat: Perubatan dan kesihatan Risiko – Tanah runtuh yang mengakibatkan kerosakan pada rumah Insurans Am: Kediaman Risiko – Berlaku kemalangan Insurans Am: Kenderaan Situasi 4 Situasi 5 Situasi 6 Risiko – Hilang upaya menyeluruh dan kekal Insurans Hayat: Hayat seumur hidup Risiko – Kemalangan dalam perjalanan, kehilangan bagasi, belanja perubatan dan sebagainya Insurans Am: Perjalanan Risiko – Kematian/ Hilang upaya/ Penyakit kritikal Insurans Hayat: Bertempoh gadai janji berkurang Lembaran Tugasan 1: SP 3.1.2 Jenis polisi insurans: Polisi komprehensif, polisi pihak ketiga atau polisi pihak ketiga, kebakaran dan kecurian Jumlah yang ingin diinsuranskan Kapasiti enjin Peratus diskaun tidak menuntut (NCD) Tambahan perlindungan bencana seperti banjir


62 JAWAPAN Lembaran Tugasan 2: SP 3.1.2 Jenis pelan insurans Destinasi Bilangan ahli yang dilindungi Tempoh perlindungan Amaun perlindungan yang diperlukan Lembaran Tugasan 3: SP 3.1.2 Jantina Umur Pekerjaan Keadaan kesihatan Perokok atau bukan perokok Lembaran Tugasan 1: SP 3.1.3 Cadangan jawapan: Pelan Insurans Rajawali kerana ko-insuransnya lebih rendah iaitu sebanyak 10% dan elaun tunai harian hospital lebih tinggi iaitu sebanyak RM150 sehari. *Terima jawapan yang munasabah. Lembaran Tugasan 2: SP 3.1.3 Pelan Insurans Kenanga = RM5300 Pelan Insurans Mawar = RM20,050 Pelan Insurans Kemboja = RM16,250 Lembaran Tugasan 4: SP 3.1.3 Soalan 1: Ko-insurans (a) Premium bulanan adalah 5% daripada gaji Rania. x (b) Jika kos rawatan hospital ialah RM18,000, Rania perlu membayar ko-insurans sebanyak RM800. x (c) Jika Rania dimasukkan ke wad selama 5 hari, dia akan mendapat jumlah elaun tunai harian hospital sebanyak RM500. / (d) Semakin tinggi kos rawatan hospital, semakin tinggi amaun ko-insurans yang perlu Rania bayar. / Soalan 2: Deduktibel (a) RM50 (b) Terima jawapan yang munasabah.


63 JAWAPAN 4.0 Matematik Pengguna: Percukaian Lembaran Tugasan 1: SP 4.1.1 Sumber-sumber Pendapatan Negara: Hasil kutipan pelbagai jenis cukai. (Terima jawapan lain yang munasabah.) Tujuan Percukaian: Percukaian dilaksanakan supaya kerajaan dapat mentadbir negara dengan baik dan sistematik. (Terima jawapan lain yang munasabah.) Kelebihan Percukaian: Keamanan, Fizikal dan Pembangunan, Ekonomi, dan Sosial. (Terima jawapan lain yang munasabah.) Lembaran Tugasan 1a: SP 4.1.2 1. Cukai Pendapatan 2. Cukai Jalan 3. Cukai Jualan dan Perkhidmatan 4. Cukai Pintu 5. Cukai Tanah Lembaran Tugasan 1b: SP 4.1.2 Cukai Pendapatan : Perintah penggulungan syarikat atau perintah kebankrapan. Cukai Pintu : Harta mudah alih dirampas atau disita, bangunan atau tanah dilelong. Cukai Tanah : Tindakan perampasan tanah. Cukai Jalan : Tindakan saman dan tidak layak pampasan insurans motor jika berlaku kemalangan (Terima jawapan lain yang munasabah daripada sudut perundangan dan kewangan.) Lembaran Tugasan 1: SP 4.1.3 RM69,000 (Imbuhan tetap perumahan RM400 dan imbuhan tetap keraian RM400 setiap bulan tidak dikenakan cukai pendapatan.)


64 JAWAPAN Lembaran Tugasan 2: SP 4.1.3 (a) Pelepasan cukai yang dibenarkan (b) Jumlah pelepasan cukai Pelepasan Cukai Amaun (RM) Individu 9,000 Isteri 4,000 Anak menuntut di universiti 8,000 Anak masih bersekolah 2,000 Anak OKU 6,000 KWSP dan insuran nyawa *KWSP + insuran nyawa = RM4000 + RM1500 5,500 Perubatan ibu 4,000 Peralatan sokongan anak OKU 4,500 Pembelian buku dan majalah 300 Jumlah pelepasan cukai 43,300 (Bagi anak OKU yang bersekolah dalam situasi di atas, hanya boleh membuat pelepasan cukai pada item 19 merujuk kepada Jadual Pelepasan Cukai Individu Pemastautin Tahun 2020) Lembaran Tugasan 3: SP 4.1.3 (a) RM29,350 (b) RM430.50 (c) RM0 Individu Isteri Anak menuntut di universiti Anak masih bersekolah Anak OKU KWSP dan insurans nyawa Perubatan ibu Peralatan sokongan anak kurang upaya (OKU) Peralatan sukan dan pembelian buku dan majalah


65 JAWAPAN Lembaran Tugasan 4: SP 4.1.3 Potongan Cukai Bulanan (PCB) adalah satu mekanisme potongan cukai pendapatan daripada saraan bulanan semasa pekerja mengikut Jadual Potongan Cukai Bulanan. Potongan ini bertujuan untuk mengurangkan beban pekerja membayar cukai sekaligus apabila cukai dikira. Lembaran Tugasan 5: SP 4.1.3 (a) Cukai jalan dikenakan ke atas pemilik kenderaan bermotor supaya kenderaan tersebut dibenarkan untuk dipandu di jalan raya secara sah. (b) Kadar cukai jalan ialah RM70.00 setahun berdasarkan kapasiti enjin kereta iaitu 1300cc. Lembaran Tugasan 6: SP 4.1.3 (a) Ya. Terima jawapan yang munasabah. Cukai tanah. (b) RM68.80 setahun. Lembaran Tugasan 7: SP 4.1.3 (a) RM264.47 (b) RM48.44 Lembaran Tugasan 1: SP 4.1.4 (a) Cukai pendapatan, cukai pintu, cukai jalan, cukai tanah, cukai jualan dan perkhidmatan. (b) Terima jawapan yang munasabah bagi sebab perlunya membayar cukai. (c) Terima jawapan yang munasabah untuk akibat pengelakan cukai tersebut.


66 SINGKATAN BNM - Bank Negara Malaysia KSSM - Kurikulum Standard Sekolah Menengah PdP - Pengajaran dan Pembelajaran PDRM - Polis Diraja Malaysia DSKP - Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran PBL - Pembelajaran Berasaskan Projek SP - Standard Pembelajaran LHDN - Lembaga Hasil Dalam Negeri SAS - Sistem Taksiran Sendiri PBT - Pihak Berkuasa Tempatan ACP - Akta Cukai Pendapatan 1967 OKU - Orang Kurang Upaya SSPN - Skim Simpanan Pendidikan Nasional PRS - Skim Persaraan Swasta PERKESO - Pertubuhan Keselamatan Sosial KWSP - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja PCB - Potongan Cukai Berjadual MRTA - Insurans Bertempoh Gadai Janji Berkurangan


67 PANEL PENULIS 1. Hajah Nor’aidah binti Nordin Bahagian Pembangunan Kurikulum 1.2. Rosita binti Mat Zain Bahagian Pembangunan Kurikulum 2.3. Noraida binti Md. Idrus Bahagian Pembangunan Kurikulum 3.4. Alyenda binti Ab. Aziz Bahagian Pembangunan Kurikulum 4.5. Nordiana binti Ahmad Bahagian Pembangunan Kurikulum 5.6. Dr. Chiang Kok Wei Bahagian Pembangunan Kurikulum 6.7. Dr. Faizah binti Md Ghazali IPGK Pendidikan Teknik, Negeri Sembilan 8. Zanariah binti Mahyun IPGK Tun Hussein Onn, Johor 9. Krishnan a/l Mookan SMK Telok Datok, Selangor 10. Norfaizah binti Zainal Abidin SMK Pandan Mewah, Selangor 11. Tan Chuan Chen SMK Katholik (M), Selangor 12. Wan Azidah binti Mohd Yusoff SMK Puchong Permai, Selangor TURUT MENYUMBANG 1. Dr. Syazreen Niza binti Shair Universiti Teknologi MARA, Selangor 2. Siti Khadzimah binti Sallip IPGK Pendidikan Teknik, Negeri Sembilan 3. Nor Azlina binti Robani @ Mohyi SMK Putrajaya Presint 9(2), Putrajaya


68


69 PENGHARGAAN Penasihat Haji Azman bin Haji Adnan Pengarah 7. Penasihat Editorial Hajah Nor’aidah binti Nordin Timbalan Pengarah Sektor Sains dan Matematik Rosita binti Mat Zain Ketua Penolong Pengarah Unit Matematik dan Matematik Tambahan 8. Susun Atur dan Ilustrasi 1. Dr. Chiang Kok Wei Unit Matematik dan Matematik Tambahan 2. Nordiana binti Ahmad Unit Matematik dan Matematik Tambahan


Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 4, 6-8 Blok E9, Kompleks Kerajaan Parcel E 62604 Putrajaya Tel: 03-8884 2000 Faks: o3-8888 9917 http://bpk.moe.gov.my


Click to View FlipBook Version