The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Noor Aslizawati, 2019-12-24 09:55:59

MINIT MESYUARAT HEM BIL 3/2019

MINIT MESYUARAT HEM BIL 3/2019

MINIT MESYUARAT HEM KALI 3/2019
SEKOLAH KEBANGSAAN SRI MAULANA, PEKAN, PAHANG

TARIKH : 24 OKTOBER 2019

HARI : KHAMIS
MASA : 2.15 PETANG

TEMPAT : BILIK GERAKAN SK SRI MAULANA, PEKAN

KEHADIRAN :

1. ENCIK YUSAINI BIN MOHD PAMAN (GURU BESAR)
2. ENCIK ROSMAN BIN AB. RASID (GPK PENTADBIRAN)

3. PN.TERMIMAH BINTI MUHAMMAD (GPK HEM)

4. EN. A’BDUL HADI BIN MOHAMAD (GPK KO)

5. PN. NORASIAH BINTI MOHAMAD NOR (GPK PKI)
6. EN. WAN ABDULLAH BIN WAN CHIK

7. PN. ZUHAIRA BINTI ZUNUDDIN@ZAINUDDIN

8. PN. HARIFAH BINTI ABU HASSAN
9. PN. NORMALA BINTI ABDUL RAZAK

10. PN. ROHAYATI BINTI SULAIMAN

11. PN. AZLINA HARYANI BINTI MOHAMAD SHAH
12. PN. NORZITA BINTI ZAKARIA

13. EN. AZRUL HISYAM BINTI MOHAMAD RASIDI

14. EN. AZUAN BIN ABU BAKAR

15. PN. ROHADENA BINTI ABDUL HADEE
16. PN. SITI AISYAH BINTI ISMAIL

17. PN. HARTINI BINTI SIRU

18. PN. NOOR ASLIZAWATI BINTI ABD HAMID
19. PN. NORNAZALIZA BINTI ABD HALIM

20. PN. JASMANIAH BINTI JOHARI

21. PN. RUHANA BINTI HASSAN
22. PN. NOR BAIZURA BINTI ABD WAHAB

23. PN. NOOR AZIZAH BINTI AB. RAHIM

24. PN. SITI ZURAIHAH BINTI MOHD SAID

25. PN. ZAITON BINTI MOHD
26. PN. SHAHZATULNIZA BINTI KAMAL RAZEMAN

27. PN. NOORLIN BINTI MOHAMAD MOKHTAR

28. PN. NOOR PAIZAH BINTI SALAM
29. PN. SITI AZINI BINTI MAT NURAN

30. PN. ZALINA BINTI ISHAK

31. EN. MOHAMMAD FAIZAL BINTI ABDUL HAMID
32. PN. NURUL HUDA BINTI ABD RANI

33. EN. MOHD ROSLAIDI BIN MOHAMAD

34. CIK NUR HAZWANI BINTI MOHAMED NAWAWI
35. EN. MUHAMMAD KHERI BIN YAAKUB

36. PN. ROSMAINI BINTI OTHMAN

TIDAK HADIR - CRK
- MC
1. JUNAIDAH BINTI ABDUL RAHMAN ZAHARI - CUTI BERSALIN
2. PN. AINI NOOR BAYA BINTI SUHAIMI ARIF - MESYUARAT DI PPD
3. PN. SITI SARAH BINTI MAT ROS
4. PN. MUNIRAH BINTI MOHD RAZALI

1

1.0 UCAPAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan surah Al-Fatihah.
1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru kerana dapat meluangkan masa bagi

menghadiri mesyuarat HEM buat kali 3/2019.

2.0 UCAPAN GURU BESAR

2.1 Tuan Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang dapat hadir pada
mesyuarat hari ini.

2.2 Beliau berharap agar segala komitmen dan tanggungjawab yang telah diberikan sepanjang
tahun 2019 ini dapat diteruskan ke tahun hadapan.

3.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

3.1 En. Wan Abdullah telah mencadangkan agar minit mesyuarat HEM kali 2/2019 disahkan dan
disokong oleh En. Kheri.

4.0 PERKARA BERBANGKIT

4.1 Tiada

5.0 LAPORAN JAWATANKUASA

5.1 Pengurusan kebajikan
5.1.1 Rancangan makanan tambahan - Pn. Zalina binti Ishak

5.1.1.1 Jumlah murid RMT terkini ialah seramai 51 orang.
5.1.1.2 Program susu sekolah masih diberikan kepada murid RMT pada setiap hari

Selasa dan Khamis.
5.1.1.3 Calon murid yang layak untuk menerima RMT pada tahun 2020 telah

dikenalpasti. Surat persetujuan penjaga akan diedarkan selepas cuti Deepavali.

Tindakan: Makluman

5.1.2 BAP/KWAPM/YP & Kebajikan Murid - Cik Nur Hazwani bt. Mohamed Nawawi

Baki terkini berjumlah RM 756.10:-

5.1.2.1 Yayasan Pahang- Seramai 19 orang murid yang layak memohon. Permohonan

yang berjaya dan diluluskan adalah seramai 17 orang sahaja.

5.1.2.2 KWAMP- Pemberian duit KWAMP sebanyak RM100 pada 19/7/2019 kepada

22 orang murid.

5.1.2.3 Zakat MUIP- Sumbangan zakat MUIP sebanyak RM50 pada 9/8/2019 kepaa 46

orang murid.

5.1.2.4 Pembelian dan penyerahan sumbangan kepada mangsa kebakaran iaitu Intan

Nurdini (4 Siddiq) pada 29/8/2019.

5.1.2.5 Tudung LITTLE DARIENA- Sumbangan sehelai tudung sekolah bewarna putih

pelbagai Saiz kepada 10 orang murid pada 18/10/2019.

5.1.2.6 Sumbangan WARDED- RM 50 setiap seorang kepada murid yang telah masuk

wad. (Guru Kelas diminta untuk menyerahkan discharged note sebagai bukti

bagi tujuan pengeluaran duit sumbangan).

i. Nor Suraya (3 Siddiq) - 1/7/2019

ii. M. Danish Ashman (3Fatanah) - 1/7/2019

iii. Hizbul Mukmin (3Siddiq) – 5/7/2019

5.1.2.7 Jumlah murid yatim seramai 37 orang. 2 orang murid yatim piatu iaitu M.

Shahrizal Zulkarnain (1 Siddiq) dan M. Ibrahim Che Awang (5 Siddiq)

Tindakan: Makluman

2

5.1.3 Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) - Pn. Rohayati bt. Sulaiman

5.1.3.1 Buku stok SPBT telah disemak untuk pertengahan tahun 2019 oleh Pn.
Termimah pada 30 Jun 2019.

5.1.3.2 Buku Tahun 4 (KSSR Semakan) untuk sesi 2020 telah diterima pada
22/10/2019 iaitu Buku Student Book sahaja. Yang lain masih belum diterima.

5.1.3.3 Pelupusan buku teks belum dibuat. Surat permohonan telah dihantar pada
penghujung bulan September tetapi masih belum mendapat kelulusan
daripada pihak arkib negara.

5.1.3.4 Pemeriksaan keselamatan fizikal buku kali kedua telah dilakukan pada
23/9/2019.

5.1.3.5 Hasil dapatan bengkel SPBT yang diadakan pada 26/9/2019 :-
a) Perubahan pada format buku stok.
b) Perubahan pada borang SPBT-G.
c) Perubahan pada cara menulis nombor perolehan buku pada borang G dan
pada buku yang diterima.

5.1.3.6 Buku aktiviti murid hanya perlu dicop sekolah sahaja. Buku ini tidak perlu
ditulis no. Perolehan.
Tindakan: Makluman

5.1.4 Kafeteria - Pn. Ruhana binti Hassan

5.1.4.1 Telah menjalankan mesyuarat sebanyak tiga kali.
5.1.4.2 Program keceriaan kafeteria pada bulan Mei & Jun- Panitia matapelajaran dan

unit-unit beruniform telah meletakkan info dan maklumat di meja-meja
kafeteria.
5.1.4.3 Gotong-royong papan kenyataan kafeteria (sudut info) telah dilaksanakan oleh
AJK Kafeteria pada bulan Julai.
5.1.4.4 Takwim 2020- Mesyuarat Kafeteria, Program makan beradab, Program
Kafeteriaku bersih dan ceria, Program Hari Kafeteria.

Tindakan: Makluman

5.2 Pengurusan Disiplin

5.2.1 Disiplin dan pengawas sekolah & Task Force/Keciciran - En. Wan Abdullah

5.2.1.1 Terdapat 12 salah laku disiplin sepanjang bulan April-Oktober dan telah
direkodkan dalam SSDM.

5.2.1.2 Pelantikan pengawas bagi Sesi 2020- GPK Kurikulum mencadangkan supaya
pengawas sedia ada dinilai semula untuk pelantikan bagi sesi 2020.

5.2.2.3 Semua kes yang berlaku hendaklah dirujuk terus kepada pihak
sekolah/pentadbir tanpa campurtangan pihak ketiga untuk mengelakkan
perkara yang tidak diingini berlaku

Tindakan: Makluman

5.2.2 Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)- Pn. Jasmaniah bt. Johari

5.2.2.1 Mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada AJK PPDa kerana telah
menjayakan Program Minggu Antidadah dan menceriakan sudut PPDa dengan
jayanya.

5.2.2.2 Ingin menegur sikap murid yang merosakkan bahan yang terdapat di sudut
dan lorong PPDa. Guru diminta untuk mengingatkan murid supaya tidak
mengusik bahan-bahan yang telah ditampal.

5.2.2.3 Tiada sebarang aktiviti yang dilaksanakan dalam masa terdekat.
Tindakan: Makluman

3

5.2.3 Bina Insan - Pn. Zuhaira bt. Zunuddin @ Zainuddin

5.2.3.1 Laporan Program Maal Hijrah yang telah diadakan pada 13/9/2019. Antara
aktiviti yang dijalankan ialah perarakan, pertandingan mewarna, pertandingan
sepanduk, pertandingan selawat dan eksplorace

5.2.3.2 Laporan program pagi-
a) Bacaan surah Yasin ditukar kepada bacaan Surah al-Mulk bermula bulan Jun.
b) Setiap kelas dibekalkan lembaran Surah al-Mulk
c) Aktiviti bermula pukul 7.15-7.30 pagi pada hari Rabu dan Khamis.

5.2.3.3 Program Smart Salam selalu diperingatkan kepada murid. Laporan telah
dihantar pada bulan Ogos yang lalu.

Tindakan: Makluman

5.3 Bimbingan dan Kaunseling - En Muhammad Kheri b. Yaakub

5.3.1 Melaksanakan bimbingan individu dan kelompok.
5.3.2 Menjalankan program guru penyayang. Terima kasih diucapkan pada semua guru.
5.3.3
5.3.4 Program motivasi khusus untuk Tahun 6
5.3.5 Telah melaksanakan ujian psikometrik pada 24/4/2019 dan membuat analisis.
5.3.6 Melaksanakan Inventori Personaliti Warna (IPW) di Musolla.
5.3.7 Membantu menjayakan program Solat Hajat Perdana pada 29/8/2019.
5.3.8 Mengadakan ceramah jenayah pada 18/10/2019
Bersama PK HEM dan guru kelas berkenaan telah mengadakan lawatan ke rumah
5.3.9 murid.
5.3.10 Menyampaikan ceramah Persediaan Awal Remaja pada 21/10/2019.
Membawa 4 orang pelajar ke Program Pembimbing Rakan Sebaya pada 22/10/201 di
5.3.11 Serandu.
Ceramah Persediaan ke Sekolah menengah pada 23/10/2019

Tindakan: Makluman

5.4 MPM, Pendaftaran, Rekod Murid - Pn. Termimah bt. Muhammad

5.4.1 Guru kelas diingatkan agar menyimpan semua fail peribadi murid di rak yang terdapat
di bilik HEM. Semua kad pergigian dan kad kesihatan murid perlu diletakkan sekali
5.4.2 agar memudahkan proses pengurusan dokumen sekiranya terdapat murid yang
5.4.3 berpindah dalam cuti sekolah.
5.4.4 Guru kelas diminta untuk melengkapkan segala maklumat murid di belakang buku
kedatangan sebelum cuti sekolah agar proses untuk merekod maklumat murid dalam
buku pendaftaran dapat dibuat dengan baik pada minggu pertama cuti persekolahan.
Nama murid yang baru bertukar perlu dimasukkan dalam buku besar.
Guru kelas perlu mengemaskini buku pendaftaran. Murid-murid Tahun 6 yang keluar
perlu ditulis dengan pen merah.

Tindakan: Makluman

5.5 Pengurusan Kebersihan dan Kesihatan

5.5.1 Kebersihan, Keceriaan Kelas dan Tandas - Pn. Harifah bt. Abu Hassan

5.5.1.1 Sepanjang bulan April hingga Ogos, tiada kelas yang memenangi pertandingan
keceriaan tiga kali berturut-turut memandangkan tiada kelas yang mendapat
markah 90% ke atas.

5.5.1.2 Terdapat beberapa kelas yang tidak pernah mendapat markah 90% ke atas
iaitu PKI S, 1S, 3S, 4F dan 6S.

5.5.1.3 Pada 20 Ogos-18 September telah diadakan Program Pertandingan Keceriaan
dan Kebersihan Kelas sempena Bulan Kemerdekaan ke 62. Pemenang bagi
pertandingan tersebut adalah:-
Johan- 1 Fatanah
Naib Johan- 3 Fatanah
Ketiga- 2 Siddiq

4

Keempat- PKI Taqwa
Kelima- 4 Siddiq
5.5.1.4 Kebersihan tandas- Semua tandas berkeadaan baik kecuali tandas murid di
tingkat bawah yang berbau.

Tindakan: Makluman

5.5.2 Kesihatan - Pn. Siti Azini bt. Nuran

5.2.2.1 Aktiviti yang telah dijalankan:-
i. Suntikan vaksin untuk Tahun 1
ii. Rawatan dan pemeriksaan pergigian telah dijalankan selama 3 minggu di
sekolah.

iii. Program penyediaan sarapan sihat (bento) dengan kerjasama Kelab Doktor
Muda.

iv. Suntikan vaksin untuk Tahun 1 bagi yang belum menerima suntikan.
v. Sarapan sihat bersama MILO.

5.2.2.2 Hasil dapatan daripada pemeriksaan gigi yang dijalanan baru-baru ini didapati
bilangan murid yang rosak gigi pada tahun 2019 semakin bertambah. Salah
satu sebab yang dikenalpasti ialah program gosok gigi yang tidak dijalankan.
Oleh itu, program gosok gigi akan dilaksanakan semula pada tahun 2020.

Tindakan: Makluman

5.6 Pengurusan Keselamatan Fizikal dan Murid - En. Azuan b. Abu Bakar

5.6.1 2 aktiviti telah dijalankan sepanjang bulan April - Oktober.
5.6.2 Pada 18/4/2019 telah dijalankan kawad kebakaran kali 1 peringkat sekolah-program
5.6.3 awalan keselamatan pelajar.
5.6.4 Pada 30/10/2019 akan diadakan latihan kawad kebakaran bersama Balai Bomba
Peramu.
5.5.5 Untuk makluman sebanyak 10 tong alat pemadam api telah diisi dan diletakkan di
tempat yang telah disediakan. Tarikh luput alat pemadam api tersebut ialah pada
22/10/2020.
Di makmal komputer perlu diletakkan 1 alat pemadam api khas untuk memadamkan
elektrik.

6.0 HAL-HAL LAIN Tindakan: Makluman

6.1 Pintu kelas Tahun 4 Siddiq dan 6 Siddiq yang rosak masih belum dibaiki.
6.2 Isu makan di meja buluh berhampiran dewan- perlu dibuat makluman kepada murid tentang

larangan makan di tempat berkenaan.
Tindakan: Makluman

7.0 UCAPAN PENANGGUHAN

Pengerusi mengingatkan kepada semua guru agar dapat menjalankan setiap tanggungjawab yang telah
diberikan dengan penuh komitmen dan beliau mengucapkan terima kasih atas kehadiran ke mesyuarat
pada hari ini.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30 petang.

Disediakan oleh: Disemak Oleh :

(NOOR ASLIZAWATI BT. ABD HAMID) (TERMIMAH BT MUHAMMAD)
Setiausaha HEM GPK HEM
SK Sri Maulana, Pekan SK Sri Maulana, Pekan

5


Click to View FlipBook Version