Media Baru dan Dakwah
DAKWAH MELALUI WEB TV: KAJIAN TERHADAP
PENDEKATAN INOVATIF DI JAKIM.TV
Ahmad Shahrom Bin Zamri1, Nor Raudah Hj Siren2,
Muhammed Bin Yusoff3
PENDAHULUAN
Dakwah yang berkesan memerlukan kepada suatu kaedah, cara, pendekatan atau strategi
penyampaian yang bersesuaian dengan golongan sasaran. Hal ini kerana, dakwah
mempunyai hala tuju dan matlamat yang jelas iaitu untuk membawa manusia mencapai
kesejahteraan di dunia dan akhirat melalui rahmat Allah SWT.
Menurut Ab Aziz Mohd Zin (1997) 4, asas kepada keperluan ini merujuk kepada
dua komponen utama dalam dakwah iaitu isi atau pengajaran yang hendak disampaikan
kepada sasaran dan cara untuk menyampaikan pengajaran tersebut. Berdasarkan keadaan
tersebut, pendekatan yang digunakan oleh para da`ie adalah satu perkara yang penting
dalam dakwah kerana ia merupakan cara bagaimana pengajaran yang hendak disampaikan
itu dapat diterima oleh golongan sasaran. Inilah yang dimaksudkan dengan hikmah dalam
berdakwah seperti yang dituntut dalam al-Qur`an dalam Surah al-Nahl (16) ayat 125 yang
bermaksud,
“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat
kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah
dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik;
sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang
yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan
orang yang mendapat hidayah petunjuk.”
Ali al-Murshid (1989)5 menjelaskan bahawa berdakwah secara berhikmah itu
mempunyai kekuatan yang boleh mempengaruhi sasaran. Ia juga membawa maksud
sesuatu tindakan yang sesuai dan bijaksana yang dilakukan oleh pendakwah berdasarkan
kesesuaian sasaran untuk dipengaruhinya. Hal ini kerana, sesuatu pengajaran walaupun
baik, susah untuk diterima oleh sasaran jika cara penyampaiannya salah atau tidak
tepat.6 Tanpa pendekatan yang baik juga, masyarakat yang menjadi sasaran dakwah akan
memberi maklum balas yang negatif terhadap mesej dakwah yang disampaikan walaupun
1 Calon Sarjana, Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.
2 Norrodzoh Binti Haji Siren, PhD, Pensyarah di Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi
Pengajian Islam Universiti Malaya.
3 Muhammed Bin Yusoff, PhD, Pensyarah di Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian
Islam Universiti Malaya.
4 Ab. Aziz bin Mohd Zin, Pengantar Dakwah Islamiah (Kuala Lumpur, Universiti Malaya, 1997), 76.
5 `Ali Ibn Saleh al-Murshid (1989), Mustalzimat al-Da`wah fi al-`Asr al-Hadir.Damanhur, dalam Nor Raudah
Siren, Yusmini Mohd. Yusoff dan Mahmudah Nawawi, ed., E-Dakwah:Kepentingan Dan Pelaksanaanya
Di Malaysia, (Kuala Lumpur, Penerbit Universiti Malaya, 2006),108.
6 Ab. Aziz Mohd Zin, Syahadah Ibadah Asabiah Dakwah (Petaling Jaya: Tempo Publishing,1991),103.
1
Media Baru dan Dakwah
isi dakwahnya menarik dan bermutu.7
Oleh yang demikian, dalam usaha untuk memantapkan penyebaran dakwah secara
berhikmah supaya mesej Islam dapat difahami dan dihayati oleh masyarakat seluruhnya,
penggunaan teknologi komunikasi maklumat (ICT)8 adalah suatu pendekatan yang
dianggap relevan pada masa kini. Jakim.TV telah menerima pengiktirafan sebagai produk
inovatif bagi kategori ICT dalam Anugerah Inovatif Jabatan Perdana Menteri bagi tahun
20139. Pengiktirafan tersebut menjadikan Jakim.TV sebagai model web tv berunsurkan
Islam yang pertama diiktiraf sebagai produk inovatif di Malaysia.
JAKIM.TV
Jakim.TV adalah saluran televisyen internet yang diterbitkan oleh Jakim. Penubuhannya
dilihat sebagai suatu langkah yang tepat dalam menyalurkan maklumat Islam secara cekap,
pantas dan berautoriti sesuai dengan peranan Jakim sebuah agensi pengurusan hal ehwal
Islam di peringkat persekutuan. Jakim.TV berperanan sebagai sebuah sistem penyampaian
kerajaan yang cekap, mudah, cepat dan mesra pengguna, berperanan sebagai media
alternatif dakwah baru yang tidak diragui kewibawaannya untuk panduan umat Islam di
Malaysia dan di peringkat global. Jakim.TV dihasilkan oleh unit produksi Bahagian Media
Jakim pada tahun 2010 dan telah dilancarkan secara rasmi pada 11 Januari 2011. Jakim.
TV dikendalikan sepenuhnya oleh pasukan khas dari Jakim yang melibatkan Bahagian
Pengurusan Maklumat Jakim dan Bahagian Media Jakim. Jakim.TV boleh dilayari di
laman sesawang: http://www.jakim.tv. dan https://www.youtube.com/user/tvjakim (versi
youtube) dari mana-mana tempat yang mempunyai akses kepada internat pada bila-bila
masa tanpa henti.10
PENDEKATAN INOVATIF DALAM WEB TV DAKWAH
Asas kepada pewujudan sesebuah web tv dakwah yang inovatif boleh dilihat melalui tujuan
dan matlamat penerbitan sesebuah web tv itu sendiri. Web tv dakwah yang bersifat inovatif
hendaklah mempunyai dua unsur utama iaitu, web tv yang mengandungi mesej dakwah
dalam isi kandungan penyampaiannya dan kedua web tv yang menampilkan elemen-elemen
inovatif dalam perkhidmatan dan proses pelaksanaannya. Bagi menjelaskan teori web tv
dakwah yang bersifat inovatif, di bawah ini dinyatakan gambar rajah 1 yang menghuraikan
konsep tersebut:
7 Roslan Mohamed,“Dakwah Non Muslim: Satu Introspeksi Ringkas” Jurnal YADIM, bil.3(Jun 2002),121.
8 Menurut Hairudin Harun (1999) ICT juga telah merubah masyarakat pada tahap yang paling asas iaitu
perubahan pada gaya pemikiran dan budaya fikir masyarakat. Hairudin Harun (Dr), “Weltanschauung
Melayu Dalam Era Teknologi Maklumat: Komputer Menjadi Teras Pemikiran atau Punca Tewasnya
Pemikiran Melayu dalam Mokmin Basri (2004), Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) Dan Nilai
Dalam Masyarakat. Juga lihat Wan Adli Wan Ramli dan Mohamad Kamil Majid, Memahami Islam
Melalui Tekno-Da`I dalam Dakwah Islam semasa Konsep dan Pelaksanaan, sunt. Nor Raudah Siren,
Yusmini Mohd. Yusoff dan Mahmudah Nawawi (Kuala Lumpur, Penerbit Universiti Malaya, 2006), 40-
51.
9 Zulkiflizain, “Jakim Dinobat Jabatan Paling Inovatif 2013”, laman sesawang http://www.islam.gov.my/
jakim-dinobatkan-sebagai-jabatan-paling-inovatif-2013 Oktober 30, 2014, dicapai pada 30 Oktober 2014
juga lihat “Jakim Menang Anugerah Jabatan Paling Inovatif”, Berita Harian, 29 Oktober 2014, laman
sesawang http://www.bharian.com.my/node/14361 dicapai pada 30 Oktober 2014.
10 Laporan Tahunan Jakim, Bahagian Pengurusan Maklumat Jakim. 2011.
2
Media Baru dan Dakwah
GGaammbbaarr RRaajjaahh1:1K: KonosenpseWpeWb TeVbDTaVkwDaahkInwoavhatiIfnovatif
WEB TV DAKWAH
MESEJ DAKWAH ELEMEN INOVATIF
Akidah Mengandungi unsur-unsur ke arah Kreativiti Elemen yang mengandungi
pembinaan kefahaman berkaitan unsur-unsur seperti kerumitan,
ketauhidan, keimanan dan kepercayaan keunikan, keaslian, logik, pelik,
kepada Allah SWT, Malaikat, Kitab, cantik, bergerak, menonjol,
Nabi dan Rasul, Hari Akhirat serta berubah-ubah dan berulang-ulang.
Qada dan Qadar Allah SWT.
Syariah Mengandungi unsur-unsur suruhan Relevan Elemen yang mengandungi
(seperti ibadah Fardhu Ain atau Fardhu unsur-unsur seperti kesepadanan,
Kifayah) dan unsur-unsur larangan, kesesuaian, menepati kehendak,
batasan atau tegahan (undang-undang memenuhi keperluan, tepat pada
jenayah dan hokum hakam seperti sah, waktunya dan mengemukakan
batal, sunat, makrukh serta halal dan alasan.
haram).
Signifikan Elemen yang mengandungi
unsur-unsur seperti keberhasilan,
Akhlak Mengandungi unsur-unsur baik berkepentingan, bermakna dan
(suruhan) dan buruk (tegahan) ke arah saling berhubungan.
pengukuhan akhlak, peradaban dan
pembinaan moral dan etika insan. Efisyen Elemen yang mengandungi
unsur-unsur seperti kecekapan,
cermat, praktikal, mudah,
menjimatkan, mesra pengguna,
nyata dan jelas.
Keupayaan Elemen yang mengandungi
unsur-unsur kebolehpercayaan,
keberkesanan, dapat memberi
penjelasan, memperlihat hasil,
kesempurnaan, mencapai objektif
dan menjawab permasalahan.
MESEJ DAKWAH
SesebMSueaEsheSbEwuaJehDbwAtevKbWdtavAkHdwaakwhahhenhednadkalkalahhmmeemmaappaarrkkaannbbahaahna-nba-hbaanhapnenperebnitearnbiytaanng ybaenrkgaibtaenrkaitan
dengadnenagjaanrajnaraInslaIsmlamsesbebaaggaai bbaahhaannutuamtaamuantuukntautkapatantapapraanpepnagrgaunpae. nIsgi-gisuinpae.ntIisnig-iysaingpenting
yang tteerrkkaanndudnugngddalaalmammmeseesjejddakawkawhah(m(māwāḍwḥūḍ’ḥūā’l-āḍlā-’ḍwāā’ḥw)sāeḥca)rsaecuamrauummnyuammnyeraanmgkeuramnigkumi
penerpaenngearanngtaenrhtaedrhaapdaapgaagmama aIsIlsalamm sseebbaaggaaii aadd-d-idnin(c(acraarhaidhuipduypanygasnygumsuylu) mdaunl)kdoansnepkonsep
penghayatan ajaran Islam dalam kehidupa3n insan (al-tadayyun). Pada hari ini, dalam
konteks masyarakat Islam di Malaysia, penghayatan terhadap ajaran Islam biasanya dirujuk
sebagai pelaksanaan dan pengamalan cara hidup Islam dalam kehidupan seharian individu
muslim samada melibatkan lingkungan pengaruhnya (circle of influence) iaitu merangkumi
3
Media Baru dan Dakwah
aspek akidah, ibadah dan akhlak atau melepasi batasan ke ruang kecaknaannya (circle
of concern) seperti pelaksanaan syariah yang melibatkan individu lain, keluarga, institusi
masyarakat atau negara11.
Al-Qaradawi (1984)12 dalam menggambarkan penghayatan terhadap agama telah
merumuskan bahawa, konsep penghayatan terhadap agama itu merangkumi penghayatan
secara menyeluruh berdasarkan pemahaman akidah sebagai pegangan hidup, ibadah
sebagai amalan hidup, syariah sebagai peraturan dan pertimbangan hidup serta akhlak
mulia sebagai etika kehidupan yang perlu diamalkan. Ia termasuk menjauhkan diri
daripada perbuatan syirik dan perkaran yang dilarang oleh Allah SWT. Ketiga-tiga asas
Islam inilah yang melatari keseluruhan sejarah dan perkembangan agama Islam khususnya
dalam pembentukan nilai-nilai murni dan tingkah laku yang mencorak seluruh kehidupan
umat Islam13.
Berdasarkan penerangan tersebut, tiga prinsip asas Islam sebagai isi kandungan
utama mesej dakwah yang menjadi bahan penerbitan bagi sesebuah web tv berkonsepkan
dakwah merangkumi aspek akidah, syariah dan akhlak Islamiah.
i. Akidah
Aspek akidah merupakan maklumat utama yang perlu diterbitkan oleh sesebuah web tv
dakwah. Hal ini kerana, akidah adalah tunjang terpenting dalam kehidupan seorang muslim.
Individu muslim yang tidak mempunyai akidah Islam yang mantap akan mudah terpesong
dipengaruhi ajaran-ajaran yang boleh merosakkan iman seperti perkara syirik dan khurafat
yang menyesatkan. Oleh yang demikian, aspek pertama yang perlu disampaikan kepada
golongan sasaran adalah berkaitan akidah. Ini jelas ditunjukkan oleh Baginda SAW apabila
beliau berusha memurnikan akidah penduduk Makkah dalam usaha dakwahnya sekitar 13
tahun dengan menyeru masyarakat meninggalkan sembahan berhala yang menyesatkan
kepada keimanan yang hakiki hanya kepada Allah SWT14. Umumnya, mesej dakwah
dari sudut akidah merangkumi maklumat yang berkaitan dengan ketauhidan, keimanan
dan keyakinan kepada Allah SWT, para malaikat, kitab-kitab, para rasul, hari akhirat dan
beriman dengan qada’ dan kadar Allah SWT. Keimanan kepada Allah SWT merangkumi
keyakinan terhadap rasul-rasul-Nya serta apa yang dibawa oleh rasul-Nya sama ada
suruhan atau tegahan untuk dilaksanakan atau ditinggalkan dalam kehidupan seharian
umat manusia.
ii. Syariah
Mesej dakwah yang berkaitan syariah Islam merangkumi aspek ibadah, muamalah,
munakahat dan jenayah dan seluruh tatacara hidup yang berpandukan ajaran Islam15. Ia dapat
11 Mohamad Abu Bakar. “Islam Sebagai Budaya dan Peradaban: Ke mana? Di mana?,” Jurnal Pemikir
(39&40,2005), 271.
12 Al-Qaradawi, Yusuf, Ke Arah Pelaksanaan Syariah Islamiyyah, terj.Abdul Rahman Ahmad Jerlun (Shah
Alam: Dewan Pustaka Fajar, 1984), 12.
13 Ahmad Munawar Ismail, Zakaria Stapa Dan Siti Aishah Suhaimi, “Islam Dan Pembentukan Jati Diri
Bangsa Melayu,” An International Journal Hadhari (Special Edition 2012), 143-154.
14 Al-Aluri, Adam Abd Allah (1980), Tarikh al-Da’wah al-Islamiyah min al-Ams ila al-Yawm. Bayrut: Dar
Maktabat al-Hayah. h.10
15 Ṣyriati, Ali (1982), Tentang Sosiologi Islam (terj.Saifullah Mahyudin). Yogyakarta: Ananda, h.107
4
Media Baru dan Dakwah
membantu pengguna untuk memahami ajaran Islam yang murni khususnya yang berkaitan
aspek-aspek perundangan Islam melibatkan pengamalan cara hidup muslim merangkumi
perkara suruhan dan tegahan, batasan dan larangan, hukum-hakam, halal, haram, sunat,
makruh, sah, batal serta dapat mengetahui isu-isu perundangan semasa khususnya yang
berkaitan dengan fatwa-fatwa semasa serta enakman terkini yang diwartakan di peringkat
negeri-negeri. Maklumat yang berkaitan Syariah Islamiah dapat membantu masyarakat
Islam untuk memahami ajaran Islam yang suci murni, memantap dan memperteguhkan
iman serta membendung muslim dari terjebak dengan anasir-anasir yang boleh merosakkan
akidah seperti ajaran sesat, terpengaruh dengan fahaman akidah songsang seperti golongan
ekstremisme, humanisme Barat, liberalisme, pluralisme, emansipasi dan sebagainya. Oleh
yang demikian, Ahmad Ghalwash (1978) menegaskan, dakwah Islamiyyah hendaklah turut
memberitahu tentang kesan dan akibat dari perlakuan manusia sama ada mereka berhak
menerima pahala atau dosa dan akan mendapat hukuman di akhirat kelak.16
iii. Akhlak
Abdul Karim Zaydan (1980) menegaskan bahawa akhlak memberi pengaruh yang besar
dalam membentuk peribadi insan. Ia bertepatan dengan pembawaan dan sifat yang ada
dalam jiwa dan hati mereka17. Justeru, media Islam perlu berpegang kepada paksi yang
bermatlamat untuk membina akhlak masyarakat dan seterusnya menyumbang ke arah
pembinaan tamadun manusia yang cemerlang, melahirkan masyarakat berperadaban,
berkualiti, mempunyai daya saing yang tinggi serta mampu menangkis cabaran dan dugaan
yang mendatang. Kandungan dan bahan sebaran media Islam hendaklah mengandungi
mesej-mesej yang boleh membina moral dan etika masyarakat, memaparkan cara hidup
muslim sejati, berusaha memotivasikan insan ke arah mengamalkan nilai-nilai murni,
bepekerti mulia, menerapkan sifat-sifat kesederhanaan (wasatiyyah), kebersamaan,
menjaga hubungan silaturahim serta menonjolkan contoh teladan khususnya dalam aspek
pembinaan institusi kekeluargaan.
ELEMEN INOVATIF
Unsur kedua dalam konsep web tv dakwah yang bersifat inovatif mengandungi lima elemen
utama iaitu elemen kreativiti, relevan, signifikan, efisien dan keupayaan. Penerangan
berkaitan elemen-elemen inovatif tersebut adalah seperti berikut:
(i) Kreativiti
Kreativiti merujuk kepada produk yang memaparkan ciri-ciri inovatif khususnya dari sudut
keaslian produk seperti kaedah, proses atau eksperimen pelaksanaan yang benar-benar
baharu, mendahului, menunjukkan satu tahap peningkatan yang ketara, mempunyai ciri-ciri
keunikan seperti bersifat digital, automatik, interaktif, boleh membawa kepada perubahan
yang menyeluruh melibatkan penggemblengan teknologi yang berkesan serta mempunyai
nilai tambah yang boleh terus dikomersialkan. Ned Costello (2007)18 merumuskan empat
16 Ghalwash, Ahmad Ahmad (1978), al-Dakwah al-Islamiyah: Usuluha wa –Wasailuha. Al-Qahirah: Dar
al-Kitab al-Misri. H.13
17 Zaydan, Abd al-Karim (1980), Dasar-dasar ilmu dakwah (terj. Asywadi Syukur), Jakarta: Media Dakwah,
h.82-83
18 Md. Asham Ahmad “Faham Kreativiti dan Inovasi Menurut Islam”, ed. Azrina Sobian (Kuala
5
Media Baru dan Dakwah
ciri-ciri asasi kreativiti iaitu (i) keaslian (originality), (ii) kesesuaian (appropriateness)
dengan masalah yang dihadapi, (iii) berpandangan ke hadapan (future orientation) dan (iv)
keupayaan menyelesaikan masalah (problem-solving ability).
Dalam bidang psikologi dakwah, keupayaan da’i untuk menarik perhatian mad’u
melalui pendekatan tertentu adalah penting dalam membantu penyampaian mesej
dakwah yang berkesan. Justeru, penggunaan elemen kreativiti adalah suatu pendekatan
yang signifikan dengan penggunaan metod dakwah melalui attention (tarikan perhatian)
melibatkan teknik cantik, berubah-ubah dan bergerak (movement), pelik dan berulang-
ulang (repetition). Sebagai contoh, manusia secara fitrahnya sukakan kepada keindahan dan
mudah tertarik dengan sesuatu yang bersifat cantik, menarik dan menghiburkan. Kehendak
manusia kepada kecantikan ini terakam dalam al-Qur`an, Firman Allah SWT;
Al-A’raf 7:31
Terjemahan: Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah
berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan
sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu
melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang
melampaui batas.
Dalam konteks dakwah, pendakwah yang cemerlang adalah mereka yang berjaya
menggambarkan Islam dalam wajah yang cantik sehingga menyebabkan manusia tertarik
dengan cara hidup Islam. Bagi maksud tersebut, Ab. Aziz Mohd Zin (1999) merakamkan
pandangan al-Rikabi (1979)19 yang menjelaskan bahawa; “syarat penyampaian dakwah
kepada sasaran hendaklah melalui seelok-elok cara, sebaik-baik media dan sejelas-jelas
penerangan, adalah suatu kesilapan apabila menyampaikan perkara yang mulia kepada
sasaran dalam bentuk yang hina hingga menghilangkan kesuciannya.” Ab. Aziz Mohd
Zin (1999) seterusnya menegaskan bahawa, persembahan yang cantik dalam rangka yang
mampu menarik perhatian sasaran kepada Islam ialah kecantikan dari sudut isi kandungan,
cara penyampaian menerusi uslub yang bersesuaian, kecanggihan media yang menjadi
saluran penyampian serta kecantikan akidah, akhlak, peraturan dan sirah Islam20.
(ii) Relevan
Relevan merujuk kepada produk yang dapat memenuhi keperluan dan permintaan
semasa, memaparkan suatu perubahan yang selaras dengan agenda nasional, menyokong
dasar, program atau tumpuan utama kerajaan, mencetus senario baru yang diperlukan,
menawarkan penyelesaian kepada sesuatu masalah, menjawab persoalan, memenuhi
Lumpur:IKIM, 2012), 5, dalam Ned Costello, Syarahan di Symposium on Creativity, National University
Of Ireland Dublin, 27 Mei 2007.
19 Al-Rikabi, Zain al-`Abidin, Nazariyah al-Islamiyah fi al-I`lam wa al-`Alaqat al-Insaniyah, (Riyadh,
1979), 299.
20 Ibid., Ab. Aziz Mohd. Zin (1999), 62.
6
Media Baru dan Dakwah
permintaan, memberi sumbangan dari sudut penjimatan kos yang ketara, serta membina
jalinan kolaborasi yang strategik atas tujuan kecemerlangan21.
Dalam konteks psikologi dakwah melalui tarikan perhatian, elemen relevan
menepati teknik tepat pada waktunya dan mengemukakan alasan. Untuk menarik perhatian
sasaran, isi kandungan dakwah hendaklah disesuaikan dengan keperluan dan pemintaan
semasa. Ia penting supaya mesej yang disampaikan tidak bersifat ketinggalan (out of date)
yang boleh menyebabkan golongan sasaran menjadi jemu dan bosan. Sebagai contoh,
perkembangan ICT pada hari ini memungkinkan seseorang terjebak kepada zina secara
mudah. Oleh demikian, metode dakwah āl-Qur’an yang sentiasa bersifat segar dan semasa
telah menegaskan supaya manusia perlu berwaspada terhadap sesuatu perbuatan yang
boleh menjerumuskan mereka kepada zina disamping menerangkan keburukan perbuatan
tersebut secara jelas. Firman Allah SWT;
Āl-Isrā 17:32
Terjemahan: “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina
itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa
kerosakan)”.
Menurut al-Qahtani (1974), alasan kepada tegahan melakukan zina dalam ayat
tersebut menunjukkan bahawa perbuatan tersebut adalah keji dan merosakkan dan tidak
disukai oleh sesiapapun seperti penjelasan Nabi SAW bahawa kita tidak akan menyukai
jika zina itu berlaku kepada ibu kita, anak perempuan mahupun saudara kita22.
(iii) Signifikan
Signifikan merujuk kepada produk yang memaparkan keberhasilan yang ketara dari
sudut menghasilkan potensi yang penting, utama dan sangat bermakna, memberi impak
yang tinggi sama ada di peringkat tempatan, nasional mahu pun global, memperlihatkan
kecemerlangan serta menunjukkan outcome yang memenuhi objektif yang disasarkan atau
melebihi sasaran23.
Elemen signifikan dilihat berkaitan dengan teknik dakwah melalui tarikan ada
hubungan dengan seseorang dan membuka ufuk pemikiran. Melalui teknik ada hubungan
dengan seseorang tarikan perhatian akan berlaku terhadap mesej dakwah yang mewujudkan
hubungan antara penyampai mesej dan penerima. Hubungan akan berlaku apabila golongan
sasar terangsang dengan mesej yang membuatkan dirinya penting, utama dan bermakna.
Contohnya, dalam āl-Qur’an terdapat ayat-ayat yang dimulai dengan perkataan; “wahai
manusia, wahai orang yang beriman, wahai orang yang sedang berselimut” dan lain-lain.
Hal ini kerana, fitrah manusia yang mempunyai sifat sentiasa ingin tahu, cuba memahami,
suka mencari dan menyelidik sesutu yang bermakna untuk mendapatkan maklumat. Firman
Allah SWT dalam Surah Yunus (10) ayat 101 yang bermaksud,
21 Kriteria Penilaian Anugerah Inovasi Jabatan Perdana Menteri (AIJPM), 2012.
22 Al-Qahtani, Said ibn ‘Ali ibn Wahap (1994), Muqawwimat al-Da’iyah al-Najihat. H 173.
23 Ibid., Kriteria Penilaian AIJPM, 2012.
7
Media Baru dan Dakwah
“Katakanlah (wahai Muhammad): “Perhatikan dan fikirkanlah apa yang
ada di langit dan di bumi dari segala kejadian yang menakjubkan, yang
membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya). Dalam pada itu, segala
tanda dan bukti (yang menunjukkan kekuasaan Allah), dan segala Rasul
(yang menyampaikan perintah-perintah Allah dan memberi amaran), tidak
akan memberi faedah kepada orang-orang yang tidak menaruh kepercayaan
kepadanya.”
Elemen saling berhubungan antara mesej dakwah dengan golongan sasar (manusia)
dapat dilihat dengan jelas daripada ayat di atas. Abdullah Yusuf Ali (2000)24 berpandangan
bahawa nikmat iman tidak akan dapat dirasai sekiranya kita membiarkan panca indera kita
mati. Kebesaran Allah SWT hanya akan dapat dinikmati melalui usaha kefahaman yang
bersungguh melalui pemerhatian pancaindera dan kecerdasan minda yang ditumpukan
dalam memahami ayat tersebut.
(iv) Efisien
Efisien25 merujuk kepada produk yang memberi hasil yang optimum, menguntungkan atau
terdapat bukti yang nyata dari sudut kemampuan produk untuk menyumbang kepada cara
bekerja yang lebih cekap, cepat, cermat dan tepat, sistematik, boleh dipertanggungjawabkan,
mudah dan mesra pengguna, menjimatkan masa, kos dan meningkatkan produktiviti sedia
ada ke arah kemajuan yang memberangsangkan. Elemen efisien yang menerapkan aspek
penghasilan kerja yang cekap, cepat, cermat dan tepat bertepatan dengan teknik tarikan
dalam psikologi dakwah berkaitan pendekatan mudah serta nyata dan jelas. Penyampaian
mesej dakwah secara nyata dan jelas melalui pendekatan yang cekap, cepat, tepat dan
cermat dengan menggunakan bahasa yang menjinakkan (lembut) akan memudahkan
proses penerimaan mesej dakwah secara berkesan. Oleh yang demikian, agama Islam itu
perlu disampaikan secara mudah, jelas dan nyata. Firman Allah SWT dalam Surah al-
Baqarah (2) ayat 185 yang bermaksud,“Allah menghendaki kemudahan bagi kamu dan
tidak menghendaki kesukaran bagi kamu”.
Ab. Azizi Mohd Zin (1999)26 menjelaskan pada asasnya ayat tersebut berkaitan
dengan kewajipan berpuasa kepada umat Islam, namun diberikan kemudahan untuk
meninggalkannya bagi orang yang sakit, uzur dan musafir. Umumnya kaedah dakwah
Islam bersifat mudah, jelas, tidak memberatkan serta praktikal dan bersesuaian dengan
keadaan dan tuntutan semasa.
(v) Keupayaan
Keupayaan merujuk kepada produk yang memaparkan faedah yang nyata dengan
keberhasilan yang menonjol, memperlihatkan kecemerlangan, mampan serta meliputi
tempoh masa yang jelas membuktikan keberkesanannya seperti boleh dilaksanakan
dengan sempurna atau terdapat bukti yang telah menunjukkan kejayaannya atau telah
mencapai objektif atau melampaui matlamat ia diperkenalkan27, boleh dijadikan contoh
24 Abdullah Yusuf Ali (2000), Al-Qur’ Ānu’ L-Karīm Terjemahan dan huraian maksud (terj. Muhammad
‘Uthman El-Muhammady). DBP Kuala Lumpur, h. 971
25 Ibid., Kriteria Penilaian AIJPM, 2012.
26 Ibid., Ab. Azizi Mohd Zin (1999), h. 65
27 Garis Panduan Bagi Melaksanakan Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam (AIPA), 2006.
8
Media Baru dan Dakwah
atau model kejayaan, tidak diragui, diperakui serta diiktiraf. Dalam menyampaikan mesej
dakwah, keupayaan untuk memaparkan sesuatu yang berfaedah, penting dan tidak diragui
adalah menjadi keutamaan. Oleh yang demikian, teknik kebolehpercayaan, keberkesanan,
memperlihatkan hasil, mencapai objektif serta menjawab pemasalahan dalam bidang
psikologi dakwah melalui attention merupakan pendekatan yang boleh mempengaruhi
golongan sasaran. Di dalam āl-Qur’an terdapat ayat-ayat yang mengandungi unsur-unsur
kebolehpercayaan dan kemampuan untuk menjawab permasalahan. Firman Allah SWT
dalam Surah al-A’raf (9) ayat 191 yang bermaksud,“Patutkah mereka sekutukan Allah
dengan benda-benda yang tidak dapat menciptakan sesuatupun, sedang benda-benda itu
sendiri diciptakan?”
Ab. Azizi Mohd Zin (1999)28 berpandangan bahawa ayat di atas memberikan
beberapa sebab yang konsisten seperti prihal patung yang tidak boleh disembah kerana ia
benda yang dibuat sendiri oleh tangan manusia. Dengan adanya alasan tersebut sudah tentu
ia menyenangkan golongan sasaran untuk memahami kenapa Islam melarang penyembahan
patung.
Berdasarkan huraian di atas, dapatlah difahami bahawa ciri-ciri inovasi dan
kreativiti itu adalah sesuatu yang bersifat subjektif dan dipengaruhi oleh sejauh mana kita
memberikan definisi yang tepat terhadap suatu produk inovasi mengikut konsep yang ingin
diukur.29 Elemen-elemen inovatif yang terdapat dalam sesebuah web tv pula boleh dilihat
menerusi gaya persembahan yang menarik, unik, pelik, terkini dan menampilkan pelbagai
ciri-ciri kreatif yang berupaya mempengaruhi pengguna untuk melayari web tv tersebut.
MESEJ DAKWAH JAKIM.TV
Kajian yang dilakukan ke atas Jakim.TV mendapati, mesej dakwah Jakim.TV dapat dilihat
menerusi paparan isi kandungan yang merangkumi aspek akidah, syariah dan akhlak
Islamiah seperti dinyatakan dalam Jadual 1:
Jadual 1: Isi Kandungan Jakim.TV
Bil. Program Akidah Akhlak Syariah Isu Semasa
1. Bicara Bicara Mufti, Forum Perdana,
Ad-Din, Forum Perdana, Ifta’, Dialog, Fikr-Fikir, Dialog,
2. Dokumentari Dialog, Fikir- Fikir-Fikir, Dialog, Keluarga Sayang Disayang
Fikir, Keluarga Keluarga Al,Bayan,
3. Hiburan Al,Bayan, Dokumentari Khas,
Dian Iman Al-Bayan, Dokumentari Dian Iman
Dokumentari Khas, Dian
Khas, Infaq, Dian Iman Adik-Adikku,
Iman Festival Nasyid
Iklan TV Kebangsaan, Iklan
TV, Nasyid TV,
Catur Bestari
28 Ibid., Ab. Azizi Mohd Zin (1999), h.85-86
29 Ibid., Chua Yan Piaw (2012), h.78
9
Media Baru dan Dakwah
4. Rancangan Hikmah Rakaman Hikmah Rakaman Khas,
Khas (Manderin), Khas, Hikmah (Manderin), Hikmah (Manderin),
Qudwah (Manderin), Qudwah Qudwah (Tamil)
5. Isu Semasa (Tamil) Qudwah (Tamil) (Tamil)
6. Khutbah Persada Jurnal, Persada Jurnal,
7. Al-Quran Persada Jurnal, Persada Jurnal, Respons Respons
Respons Respons Khutbah Khutbah Jumaat
Jumaat
Khutbah Khutbah Jumaat Tilawah Interaktif,
Jumaat Qiraatul Quran
MESEJ AKIDAH DALAM JAKIM.TV
Berdasarkan Jadual 1, mesej akidah Jakim.TV disampaikan melalui program bicara30 (bual
bicara), dokumentari khas (rencana/majalah), rancangan khas31, isu semasa, dan khutbah
Jumaat. Penerangan mengenai isu-isu akidah disampaikan secara jelas oleh penceramah
yang berautoriti dalam bidang agama yang terdiri dari kalangan agamawan seperti para
mufti, ahli akademik samada dari universiti tempatan mahupun swasta dan pegawai-
pegawai agama samada dari Jakim mahupun Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN).
Sebagai contoh, isu-isu akidah disampaikan menerusi program bertajuk; Islam dan
kehidupan, akidah memupuk perpaduan (rancangan ad-din), kepentingan taqwa, jampi
serapah, fungsi akal, doa dan kelebihan, penyucian jiwa, Muslim bijaksana, kesan beriman
kepada Rasul, hakikat beragama (rancangan dian iman), alam barzah, masalah sosial
peringatan dari Allah, taqwa tangga kejayaan, memohon perlindungan Allah, Israk Mikraj,
suratan takdir, meletakkan untung nasib kepada makhluk, sesat dalam cahaya, Lailatut
Qadar dan kembali ke pangkal jalam (rancangan bicara mufti).
Penyampaian mesej akidah dalam Jakim.TV turut diolah dengan menarik melalui
penampilan tokoh-tokoh agamawan yang bersifat santai dan bersahaja khususnya dalam
rancangan bual bicara Rancangan Persada Jurnal. Penerbit dilihat berusaha memikat
khalayak menerusi sajian topik perbincangan yang dekat di hati masyarakat khusunya prihal
dosa dan balasannya. Sebagai contoh mesej akidah yang terkandung dalam perbincangan
tersebut dapat dilihat menerusi penerangan ahli panel tentang adanya balasan bagi orang
yang melakukan dosa di akhirat kelah;
“neraka adalah api yang membakar yang akan kita tempuhi di akhirat
kelak sekiranya kita dicampakkan oleh Allah Taala di atas dosa-dosa yang
kita dilakukan..”32
30 Program bicara menampilkan seorang juru acara yang bertindak selaku moderator program yang
menanyakan beberapa soalan sebagai isu perbincangan kepada seorang atau beberapa orang panel.
Program bual bicara juga dipersembahkan menerusi soal jawab antara penonton dan penceramah.
31 Dinamakan rancangan khas kerana program ini dikhususkan untuk menyampaikan mesej dakwah kepada
golongan sasaran dalam bahasa Tamil dan Manderin.
32 Ustaz Mohd Zamri Shapik, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Insan Jakim dalam Persada
Jurnal , Azb Seksa Neraka di lihat pada 15 Mei 2015, https://www.youtube.com/watch?v=INkwsWuTiv8
10
Media Baru dan Dakwah
MESEJ SYARIAH DALAM JAKIM.TV
Mesej syariah dalam Jakim.TV dapat dilihat menerusi program bicara, dokumentari khas,
hiburan, rancangan khas, isu semasa dan khutbah Jumaat. Isu-isu syariah yang disampaian
adalah seperti program bertajuk hukum hakam ramadhan, meraikkan solat, cerai SMS, ada
apa pada wali, poligami, poligami dan monogami, zakat membangun ekonomi ummah,
hak penjagaan anak, kawin muda, penceraian, masalah anda; nikah-cerai-rujuk, hak wanita
selepas penceraian, (rancangan ad-din), solat asas pembangunan peribadi (rancangan
dian iman), amal makruf nahi mungkar, ramadhan al-mubarakh, riba’ menurut Islam,
pendermaan organ, pajak gadak Islam, hukum hakam dan fadhilat membaca Bismillah,
solat ibadah istimewa, bersih tapi haram, ibu tumpang, puasa bebas atau terbelenggu
(rancangan bicara mufti) serta rancangan infaq iaitu sebuah program bual bicara yang
mengupas isu-isu pengurusan harta wakaf Islam yang bermula daripada episod 1 hingga
episod 13. Sebagai contoh, mesej syaraiah dalam Jakim.TV dapat dilihat menerusi slot Ifta’
bertajuk ‘Derma Organ’ seperti berikut:
“...dalam konteks kehidupan manusia pada hari ini pendermaan organ
adalah membuka satu ruang yang bermatlamat untuk menyelamatkan
nyawa manusia, Muzakarah Fatwa Kebangsaan yang telah bersidang pada
22 hingga 23 Jun 1970 dikuti dengan persidangan pada 22 Feb 1973 telah
memutuskan bahawa hukum pemindahan organ adalah harus tapi mestilah
menepati empat syarat utama, yang pertama dalam keadaan terdesak
yakni bermatlamat untuk menyelamatkan nyawa manusia dan pemindahan
itu mestilah dipastikan mendapat kejayaan, yang kedua kena pastikan
penderma telahpun meninggal dunia... yang disahkan oleh doktor pakar...
ketiga mestilah tiada unsur-unsur pemerdagangan anggota organ manusia
dan tiada unsur-unsur pembunuhan manusia dan yang keempat mestilah
mendapat kebenaran dari empunya diri sendiri artinya ada satu perjanjian
oleh empunya diri berseeetttuju untuk mendermakan organ yang ada pada
dirinya..,”33
Sementara itu, dalam rancangan Forum Perdana Ehwal Islam, topik perbahasan
berkaitan mesej-mesej syariah dapat dilihat dalam forum bertajuk inovasi wakaf, syawal
yang dirai, hiburan dalam Islam, aku terima nikahnya, laba riba’, perbankan Islam dan
konvensional, 9 pintu rezeki, mahligai barakah, halalan thoyyiban, madu atau racun,
melepasi sempadan ketakutan, bantal lama tilam baru, labur atau lebur serta nampak
halal rupanya haram. Selain itu, persembahan mesej syariah menerusi penerangan isu-isu
waqaf, zakat dan haji menerusi program iklan tv juga telah memperlihatkan kesungguhan
usaha kreatif dan inovatif penerbit Jakim.TV dalam menyalurkan dakwah Islamiah kepada
khalayak secara berkesan.
33 Sahibus Samahah Dato’ Setia Hj. Mohd Tamyes Abd. Wahid, Mufti Kerajaan Negeri Selangor Darul
Ehsan, Jakim.TV, rancangan Ifta bertajuk ‘Derma Organ’ dilihat pada 3 Julai 2015, https://www.youtube.
com/watch?v=MdZwiz2o06A&lis=PLD1B18574B896865B&index=3
11
Media Baru dan Dakwah
MESEJ AKHLAK DALAM JAKIM.TV
Pendekatan kreatif Jakim.TV dalam menyampaikan mesej akhlak kepada khalayak dapat
dilihat menerusi pemilihan topik perbincangan yang umumnya bersifat cuba menjawab
persoalan dan permasalahan semasa yang sedang dihadapi oleh masyarakat. Sebagai
contoh, dalam rancangan Forum Perdana Ehwal Islam, tajuk-tajuk perbincangannya
adalah seperti amanah pendidikan, rahmat seluruh alam, Islam dan inovasi, human capital
an Islamic perspective, hamba duit, pewaris negara, merakyatkan perkhidmatan awam,
watan segenggam harapan, hujan emas hujan batu, menjuarai kehidupan rakyat dan inovasi
menjulang tamadun serta kemarau kasih. Mesej akhlak dalam Jakim.TV dapat dilihat
melalui rancangan khutbah jumaat yang mengupas isu tanggungjawab anak terhadap ibu
bapa seperti berikut;
“Islam mengajar umatnya supaya menghormati dan berbuat baik kepada
ibu bapa. Segala jasa dan pengorbanan yang mereka curahkan sejak di alam
rahim sehingga kita dilahirkan begitu besar pengorbanannya. Merekalah
yang bertanggungjawab mencari nafkah dan mendidik kita sehingga
dewasa. Mereka juga sanggup mengorbankan nyawa dan kepentingan diri
demi mengharungi pelbagai cabaran untuk masa depan anak-anak”.34
PENDEKATAN INOVATIF JAKIM.TV
Berdasarkan kajian yang dilakukan, Jakim.TV dilihat dapat memenuhi elemen-elemen
inovatif yang merangkumi aspek kreativiti, relevan, signifikan, efisien dan keupayaan.
Huraian mengenai ciri-ciri inovatif Jakim.TV adalah seperti berikut:
Elemen Inovatif Yang Mengandungi Ciri-Ciri Kreativiti
Jakim.TV adalah sebuah web tv Islamik yang dapat ditonton melalui saluran
internet pada setiap masa di semua tempat di seluruh dunia tanpa batasan dan
sempadan geografi. Keunikan Jakim.TV dapat dilihat melalui persembahan
Jakim.TV yang bersifat asli kerana lebih daripada 786 video rakaman35
yang terdapat dalam Jakim.TV adalah bahan terbitan Jakim sendiri yang sebelumnya telah
disiarkan dalam RTM1 dan RTM2 dalam slot dari Jakim. Selain itu, rancangan agama yang
dipaparkan seperti Forum Perdana Ehwal Islam, Bicara Mufti, Al-Bayan, Sayang Disayang,
Persada Jurnal, Khutbah Jumaat, Hikmah (Manderin dan Tamil), Tilawah Interaktif dan
laian-lain dapat ditonton secara berulang-ulang.
Dari sudut persembahan, Jakim.TV menampilkan paparan grafik yang menarik
dengan seni visual dan audio yang jelas seolah-olah penonton sedang menonton sebuah
rancangan tv secara langsung. Hal ini berlaku apabila kita membuka sesebuah program
yang terdapat dalam isi kandungan Jakim.TV. Ciri-ciri kreativiti dan inovatif Jakim.TV
seterusnya dapat dilihat menerusi kemudahan pengguna untuk menonton web tv tersebut.
Ini kerana, Jakim.TV bukan sahaja boleh dicapai menerusi komputer bahkan ia juga boleh
34 Khutbah Jumaat, Pengukuh Kasih Sayang Terhadap Ibu Bapa, dilihat pada 3 Julai 2015, https://www.
youtube.com/watch?v=WgEzd6xFvak.
35 Puan Shaema binti Mohd Hamim (Pegawai Operasi Jakim.TV, Ibu Pejabat Jakim Putrajaya) dalam
temubual dengan penulis pada 21 Mei 2014.
12
Media Baru dan Dakwah
dicapai menerusi peranti mudah alih seperti tablet dan smarat phone yang menggunakan
aplikasi sama ada sistem android atau iOS (Internetwork Operating System/iPhone
Operating System Apple) .
Gambar Rajah 2 : Menunjukkan Jakim.TV yang boleh menggunakan
menggunakan pelbagai jenis peranti mudah alih36
Elemen Inovatif Yang Mengandungai Ciri-Ciri Relevan
Menurut Bahagian Pengurusan Maklumat Jakim, antara ciri-ciri inovasi yang terdapat dalam
Jakim.TV adalah penggunaan teknologi penyampaian media hybrid dan cloud computing
“Content Delivery Network (CDN)”. Penggunaan bertujuan untuk menyelesaikan masalah
kesesakan dan mutu kestabilan server di kalangan pengguna. Secara umumnya, pengguna
akan dilayan oleh server yang berlainan berdasarkan dari mana lokasi mereka.37 Jakim.TV
dikatakan dapat menyelesaikan masalah paparan video yang kurang memuaskan ekoran
kadar kelajuan Internet serta akses yang tidak menentu dan kurang pantas terutamanya
ketika berlakunya kesesakan capaian Internet.
Masalah tersebut dapat diselesaikan menerusi penggunaan teknologi adaptive video
streaming yang turut dikenali sebagai IIS Smooth Streaming. Teknologi daripada Microsoft
tersebut dikatakan dapat menyelesaikan masalah video yang tersangkut-sangkut untuk satu-
satu siaran web tv. Ia membolehkan kualiti paparan video berubah secara automatik dan
berterusan mengikut kelajuan Internet pelawat. Sebagai makluman, hampir semua web tv
sedia ada sekarang menghadapi masalah ini. Jakim.TV juga dapat menyelesaikan masalah
capaian ke server utama dengan mengadaptasikan teknologi hybrid.
36 Google Analytics yang diambil dari tarikh 1 Januari hingga 19 Mei 2014.
37 Bahagian Pengurusan Maklumat Jakim dalam Mesyuarat Pencalonan Produk Inovasi Jakim Tahun 2012.
13
Media Baru dan Dakwah
Gambar Rajah 3: Teknologi Jakim.TV yang dapat menyelesaikan masalah
video yang tersangkut-sangkut untuk satu-satu siaran web tv
Web TV yang tersangkut-sangkut38 Paparan Jakim.TV39
Elemen Inovatif Yang Mengandungai Ciri-Ciri Efisian
Menurut pihak pengurusan Jakim.TV, penggunaan teknologi hybrid dan Content Delivery
Network (CDN) dalam Jakim.TV telah berupaya mengurangkan kos penyelenggaraan
untuk jangka masa panjang. Ini kerana, kerajaan tidak perlu menanggung kos
penyelenggaraan rangkaian dan server, penerbitan siaran serta yuran tahunan. Sebagai
contoh, tanpa membeli sebarang hardware server dan penyelenggaranya, kandungan
Jakim.TV boleh diletakkan di 27 lokasi di seluruh dunia dengan kos melalui CDN.
Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan, pengunjung bukan sahaja datangnya
dari Malaysia bahkan terdapat juga capaian individu daripada negara luar seperti
Indonesi, Singapura, United States, Thailand, Brunei, China, Vietnam dan India.40
38 Astro OASIS Live Stream TV, dilihat pada 15 Ogos 2015, http://www.index-of-stream.com/live/stream/
a1e1d950/astro-oasis/
39 Jakim.TV, Tazkirah Ramadhan Pintu Ar-Rayyan, dilihat pada 15 Ogos 2015, https://www.youtube.com/
watch?v=KJDswJA3uhA
40 Ibid., Bahagain Pengurusan Maklumat Jakim.
14
Media Baru dan Dakwah
Gambar Rajah 4: Menunjukkan lokasi penonton yang mengakses Jakim.TV41
Elemen Inovatif Yang Mengandungi Ciri-Ciri Signifikan
Dari sudut keberkesanan penggunaannya, Jakim.TV dikatakan berjaya mengaplikasikan
penyebaran ilmu dan dakwah melalui video streaming di Internet yang dapat memberi
kesan positif dan faedah yang nyata kepada kerajaan dan rakyat seluruhnya. Selain
percuma, pengguna boleh memilih rancangan mengikut kategori program dan menontonnya
rancangan yang disiarkan menerusi Jakim.TV pada bila-bila masa dari semua tempat,
melalui peralatan ICT yang mempunyai akses kepada Internet.
Gambar Rajah 4: Menunjukkan Pengguna Boleh Memilih Rancangan
Mengikut Kategori di Ruang Carian Video dan Kategori
41 Google Analytics yang diambil dari tarikh 1 Januari hingga 19 Mei 2014.
15
Media Baru dan Dakwah
Elemen Inovatif Yang Mengandungai Ciri-Ciri Keupayaan
Melalui borang maklum balas secara online juga, pengguna dikatakan dapat menghantar
komen atau cadangan bagi tujuan penambahbaikan terhadap program yang disiarkan. Di
samping itu, melalui sistem web analytics dan star rating, Jakim dapat mengetahui statistik
tontonan dengan terperinci bagi setiap kandungan yang dipaparkan menerusi Jakim.
tv. Dengan adanya platform seperti ini, Jakim dapat memantau program yang mendapat
sambutan ramai atau program yang tersebut perlu diperbaiki. Ini merupakan satu usaha
Jakim yang berterusan untuk memastikan program yang dihasilkan dapat memenuhi cita
rasa dan kehendak rakyat. Jakim.TV dapat meningkatkan penerbitan kandungan Islamik
tempatan yang berkualiti bagi mengimbangi kandungan dari luar yang bercanggah dengan
nilai agama dan sosio-budaya Malaysia.
Gambar Rajah 5: Web analytics yang menunjukkan statistik penonton
Mengikut jenis rancangan Jakim.TV
16
Media Baru dan Dakwah
KESIMPULAN
Secara keseluruhanya, Jakim.TV dilihat telah memenuhi ciri-ciri sebuah web tv dakwah
yang bersifat inovatif dan kreatif. Ini kerana, dapatan kajian menunjukkan terdapat nya
mesej dakwah yang merangkumi aspek aqidah, syariah dan akhlak dalam isi kandungan
Jakim.TV disamping wujudnya elemen-elemen inovatif yang merangkumi aspek kreativiti,
relevan, signifikan, efisien dan keupayaan yang digunakan sebagai pendekatan inovatif
dalam Jakim.TV. Pendekatan inovatif melalui web tv dakwah ini telah membantu Jakim
dalam mempelbagaikan penyampaian mesej dakwah kepada khalayak sesuai dengan
tuntutan dan keperluan semasa.
RUJUKAN
Ab. Aziz bin Mohd Zin, Pengantar Dakwah Islamiah, Kuala Lumpur.Universiti Malaya,
1997.
___________________ Syahadah Ibadah Asabiah Dakwah, Tempo Publishing, Petaling
Jaya Selangor, 1991.
Abdullah Embong, Peranan Teknologi Maklumat Dalam Memproses Dan Menyokong
Pembelajaran Abad Ke-21.dalam; Seminar Tiga Serantau Peranan Epistemologi
Dalam Aplikasi Pendidikan dan Komunikasi, Prince Songkla University, Thailand,
pada 13 Mei 1999.
Abdul Halim Mat Diah, Suatu Contoh Tentang Huraian Metodologi, Kuala Lumpur: Fakulti
Usuluddin, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 1982.
Abu Hassan Hasbullah, “Kuasa Media Baru Menggempur Perubahan Bentuk dan
Kandungan Ekoposial di Asia Tenggara: Satu Pembacaan Future Studies,” Jurnal
Pengajian Media, Jilid 10.No.1, (2008):47-49.
___________________ “Media Sebagai ar-Risalah: Menemukan Kebijakan, Keberkatan
dan Ketaqwaan Media.” Makalah, Seminar Generasi Y, Persatuan Ulama’ Malaysia
Cawangan Selangor, Shah Alam, 29 Disember 2012.
Ali Ibn Saleh al-Murshid, Mustalzimat al-Da`wah fi al-`Asr al-Hadir. Damanhur, 1989.
Bernama, berita bertajuk; “Kerajaan Akan Perkenal Saluran TV Bercorak Agama
Sepenuhnya”, laman sesawang bernama.com, dicapai pada 20 September 2013,
http://www.bernama.com.my/bernama/v3/ news_lite.php?id=417425.
Cambridge International Dictionary of English, United Kingdom: Cambridge University
Press,1999.
Chua Yan Piaw, Kaedah dan Statistik Penyelidikan Asas Statistik Penyelidikan Buku 2, Mc
Graw Hill (Malaysia) Sdn. Bhd, 2006.
Darulsalam Abu Bakar,“Sejarah Penyiaran di Malaysia 1921-1991.” Tesis kedoktoran,
Jabatan Sejarah, Fakulti Satera dan Sains Sosial Universiti Malaya, Kuala Lumpur,
2001.
David Brown Jr. Kamus Internet, Kuala Lumpur: Golden Books Centre Sd. Bhd, 2002.
Davies, Merryl Wyn, Adnan Khalil Pasha, Beyond Frontiers: Islam and Contemporary
Needs, London: Mansell, 1989.
Elizabeth Walter, Cambridge Advanced Leatner’s Dictionary. Ed. Ke-2. New York:
17
Media Baru dan Dakwah
Cambridge University Press, 2005.
Ensiklopedia Malaysiana, jil.8,Anzagain, Kuala Lumpur, 1995.
Fathī Yakan, ‘Kaifa Nad’ū Ilā al-Islām’, Beirut: Al-Risālah, 1997.
Fatwa Kebangsaan bertarikh 2 Mei 2006, “Kumpulan Blak Metal” laman sesawang e-fatwa,
dicapai 25 April 2013,http://www.e-fatwa.gov.my/apa-itu-fatwa.
Ghazali Daimin dan Azizul Halim Yahya, Istilah dan Takrifan Komputer, Shah Alam:
Penerbit UPENA Universiti Teknologi Mara, 2006
Ghazali Darusalam, Dinamika Ilmu Dakwah Islamiah, Kuala Lumpur: Utusan Publications
& Distributors, 1996.
Hasrul Hashim dan Bahiyah Omar, “Transformasi Penyiaran Televisyen Melalui Internet:
Kajian Perhubungan Kepuasan Terhadap Pengguna Remaja,” Malaysian Journal
Of Communication, Jilid. 27(1), (2011):146-169.
Hazman Hassan, “Pengaruh Satanisme Dalam Fenomena Metal Di Malaysia: Analisis Dari
Perspektif Akidah Islam” Tesis Kedoktoran, Akademi Islam Universiti Malaya,
2011.
Haika Kazi, “JAKIM tubuh pasukan kesan penyebaran aktiviti tidak betul guna media baru
‘Pantau ajaran sesat di internet,” Berita Harian 13 Jun 2011, laman sesawang Berita
Harian, di capai pada 25 April 2013, http://www.bharian.com.my/bharian/articles/
Pantauajaransesatdiinternet_/Article/.
Ibn Manzūr, Lisān al-`Arab, Beirut: Dār al-Kutub al`Ilmiyyah.
Iskandar Ab Rashid dan Zaitun Ismail, Membina Laman Web Menggunakan XHTML,
Kuala Lumpur: Penerbit Venton Publishing, 2002.
Jakim, “Inovasi dan Transformasi Dakwah Jakim Menerusi Media.” Makalah, Seminar
Islam GRID Kedua 2011, Pusat Islam Kuala Lumpur, 5 Disember 2011.
Janet Stevenson & P.H Collin, Dictionary Of Information & Library Management, Ed. ke-
2. London: A & C Black Publishers Ltd, 2006.
Kamus Dewan. Ed. ke-4 Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2007.
Koentjaraningrat, “Metode-Metode Penelitian Masyarakat”, P.T.Gramedia, Jakarta, 1983.
Krippendorff, Klaus. Content Analysis: an introduction to its methodology, Sage
Publications Beverly Hills, Calif, 1980.
Laporan Tahunan Jakim “Memperkasa Dakwah Islam”, Tahun 2010.
Margaret Sourie dan Sanjay Kaushaik, Dictionary Of IT Terms, Kuala Lumpur: Golden
Books Centre Sdn. Bhd, 2002.
Metalunderground.com, “Malaysian Metal Bands”, laman sesawang metalunderground.
com, di capai pada 15 April 2013, http://www.metalunderground. com/bands/
country/Malaysia/.
Mohd Saifuddeen Shaikh Mohd Salleh, Kemunculan Teknodaei, dicapai pada 12Disember
2012,IKIM,http://www.ikim.gov.my./bm/media/2003-utusan/a03.
Muhammed Yusof, “Nasyid Di Radio Dakwah: Kajian Terhadap Nasyid Di Radio IKIM.
FM.” Tesis Kedoktoran, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya Kuala
Lumpur, 2012.
Muhamad Zaki, Ainurliza Mat Rahim, Zainol Abidin Ahmad dan Noor Adzrah Ramle
ed. Representasi Islam Dalam Media, Bandar Baru Nilai: Universiti Sains Islam
Malaysia, 2011.
Nor Azah Abdul Aziz, “Internet , Laman Web Pornografi dan Kaedah Psikospiritual Islam
18
Media Baru dan Dakwah
Dalam Menangani Keruntuhan Akhlak Remaja Pelayar Laman Web Pornografi,”
Jurnal Usuluddin 29 (Januari 2009), 147-154.
Nor Raudah Hj. Siren, E-Dakwah: Kepentingan Dan Pelaksanaanya Di Malaysia, Akademi
Pengajian Islam,Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2006.
Othman Lebar, Penyelidikan Kualitatif Pengenalan Kepada Teori dan Metod, Ed.ke-3.
Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, 2009.
Panduan Peningkatan Budaya Inovasi dalam Perkhidmatan Awam, Unit Pemodenan
Tadbiran dan Perancang Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana
Menteri, 29 Januari 2010.
Panduan Mengenai Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK), MAMPU, Jabatan Perdana
Menteri, 1 November 2009.
Radiah Mahmud, Peranan Tekno-Da`ei Terhadap Perkembangan Dakwah Di Malaysia,
Kajian Ilmiah Sarjana Muda Sastera 2003/2004, Universiti Malaya, Kuala Lumpur,
2004.
R`auf Shalabi, Sikulugiyah al-Ra`iwa al-Da`wah, Kuwait: Dar al-Qalam, 1982.
Richard C.Dorf, Techonology Society And Man, California:Boyd & Fraser Publishing
Company, 1974.
Roslan bin Mohamed, “Dakwah Non Muslim: Satu Introspeksi Ringkas,” Jurnal Yayasan
Dakwah Islamiah Malaysia, Bil. 3, (Jun 2002):121
Rosmani Omar , “Kajian Pengaplikasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Dalam
Proses Pengajaran dan Pembelajaran di Sekolah Menengah Terpilih Selangor.”
Disertasi Sarjana Pengajian Penerbitan, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti
Malaya Kuala Lumpur, 2008.
Schensul, S.L., Schensul, J.J.& LeCompte, M. D., Essential Ethnographic Methods:
Ethnographer’s Toolkit, New York: Altamira Press, 1999.
Siddiquee, N.A., “Service Delivery Innovations And Governance: The Malaysian
Experience,” International Journal of Public Sector Management, Vol.2.
(2008):194-213.
Sofinaz Abu Bakar, “Inovasi Dalam Pembangunan Pendidikan Islam Di Zon Sentul,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.” Disertasi Sarjana Fakulti Pendidikan,
Universiti Malaya Kuala Lumpur, 2004.
Syahrul Aswari Abdullah, “Raih Pendapatan Menerusi Laman Web Lucah, Saudagar
Ghairah Didenda RM30,000.” Harian Metro, 28 Mei 2010.
Syed Arabi Idid, Kaedah Penyelidikan Komunikasi Dan Sains Sosial, Dewan Bahasa Dan
Pustaka. Kuala Lumpur, 1998.
Syed Muhammad Dawilah Al-Idrus dan Mohd Lutfi Solehan, “Peranan ICT Dalam
Penyebaran Dakwah Dalam Era Globalisasi.” Makalah, Seminar Kebangsaan
Dakwah Islamiah Di IPT dan Komuniti, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 2-3
Disember 2009.
Sheikh Abdullah Basmeih, Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian Al-Qur`an,
Cet.12, Jakim, Kuala Lumpur, 2001.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), dicapai pada 20 Disember
2012,http://www.skmm.gov.my/skmmgovmy/media/General/pdf/CMQ1_
BM2012.
Wikipedia, http://ms.wikipedia.org/wiki/Televisyen. April 2013.
19
Media Baru dan Dakwah
William Moris, The American Heritage Dictionary of English Language, Bostan:
Haunghton Mifflin Company, 1969.
W.Lawrence Neuman, Social Research Methods Qualitative and Quantitative Approaches,
Massachusetts, C.5. Allyn and Bacon, 1991.
Woollacott, Janet. Messages and Meaning dalam Culture Society and The Media, ed.
Gurevitch M., Bennett T., Curran, J. & Woollacott. J., London: Methuen, 1982.
Zaizul Ab. Rahman, “Faktor Dorongan Jenayah Rogol Di Malaysia Dan Program
Pemulihannya: Kajian Di Penjara Sungai Udang, Melaka.” Tesis Kedoktoran
Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2012.
Zulkiple Abd Ghani, “Penyebaran Dakwah Melalui Media Penyiaran di Malaysia”, Jurnal
Penyelidikan Islam, Bi.17. (2004): 156-162.
20
Media Baru dan Dakwah
PROFIL MASYARAKAT MELAYU MALAYSIA DI MEDIA SOSIAL
YANG MEMPROMOSIKAN LGBT
Kamal Azmi Abd. Rahman1, Mastura Md. Nizam2,
Ain Balkis Mohd Azam3
PENDAHULUAN
Istilah LGBT adalah merujuk kepada akronim lesbian, gay, bi-seksual dan trans-seksual.
Ia adalah singkatan bagi pengenalan diri berdasarkan kepada orientasi seks. Umumnya,
kegiatan mereka mempunyai kaitan dengan keinginan manusia untuk merubah fitrah asal
kejadian mereka kepada personaliti yang bertentangan. Perlakuan yang tidak bermoral ini
dilarang dalam Islam seperti mana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud;
“Ada empat golongan manusia yang mendapat murka dan amarah Allah.
Abu Hurairah bertanya, siapakah mereka itu wahai Rasulullah? Beliau
menjawab, kaum lelaki orang yang mendatangi (berzina dengan haiwan)
dan orang yang mendatangi lelaki (homeseksual).
(Hadis riwayat al-Ṭabrānī dan al-Baihāqī)
Kegiatan homoseksual dalam sejarah manusia bukanlah sesuatu yang baru kerana
al-Quran telah menceritakan tentangnya sejak sebelum Masihi lagi iaitu di zaman Nabi Lūṭ
a.s. Antara ayat-ayat Quran tersebut tersebut ialah:
Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). ingatlah ketika ia berkata kepada
kaumnya: Patutkah kamu melakukan perbuatan Yang keji, Yang tidak
pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu?
Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat
kamu Dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum
Yang melampaui batas.
(al-Aʿrāf, 7: 80-81)
Dan kaumnya pun datang meluru kepadanya (dengan tujuan hendak
mengganggu tetamunya), sedang mereka sebelum itu sudah biasa
melakukan kejahatan. Nabi Lut berkata: “Wahai kaumku! di sini ada
anak-anak perempuanku mereka lebih suci bagi kamu (maka berkahwinlah
Dengan mereka). Oleh itu takutlah kamu kepada Allah, dan janganlah
1 Pensyarah di Jabatan Usuluddin, Akademi Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.
([email protected]). Calon Ijazah Kedoktoran, Jabatan Usuluddin & Falsafah, Fakulti Pengajian
Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.
2 Pelajar tahun empat, Ijazah Sarjana Muda Usuluddin dan Multimedia, Akademi Islam, Kolej Universiti
Islam Antarabangsa Selangor.
3 Pelajar tahun empat, Ijazah Sarjana Muda Usuluddin dan Multimedia, Akademi Islam, Kolej Universiti
Islam Antarabangsa Selangor.
21
Media Baru dan Dakwah
kamu memberi malu kepadaku mengenai tetamu-tetamuku. Tidakkah ada
di antara kamu seorang lelaki yang bijak berakal (yang dapat memberi
nasihat)?
(Hūd, 11: 78)
Patutkah kamu melakukan hubungan jenis dengan lelaki dari kalangan
manusia, Dan kamu tinggalkan apa yang diciptakan oleh Tuhan kamu
untuk kamu (melakukan hubungan Yang halal) dari badan isteri-isteri
kamu? (kamu orang-orang Yang bersalah) bahkan kamu adalah kaum
Yang melampaui batas (keinginan kebanyakan haiwan)!
(al-Shuaʿrā’, 26: 165-166)
Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki, bukan perempuan, kerana
memuaskan nafsu syahwat kamu. (perbuatan kamu itu amatlah keji)
bahkan kamu kaum Yang jahil (yang tidak mengetahui akan akibatnya)”.
(al-Naml, 27:55)
Larangan Islam terhadap gaya hidup homoseksual menunjukkan bahawa LGBT
hakikatnya bukan sekadar masalah moral, sebaliknya dalam neraca Islam sebagai al-Dīn,
ia mempunyai kaitan langsung dengan amalan beragama orang Islam. LGBT adalah suatu
amalan yang dilarang secara jelas sama ada di dalam Quran mahupun Hadis. Pengiktirafan
kumpulan LGBT dan membenarkan perkahwinan sesama jantina akan menimbulkan
kekeliruan dalam kehidupan sosial umat Islam. Apatah lagi kebanyakkan pensyariatan
Islam juga mempunyai kaitan dengan fitrah ketetapan jantina manusia seperti aurat,
perkahwinan, nasab atau keturunan, farā’id (pembahagaian harta pusaka) dan lain-lain
lagi.
LGBT pada waktu ini sudah mempunyai jaringannya di seluruh dunia. Melalui
jaringan ini, mereka mudah untuk mempromosikan agenda-agenda mereka dan saling
bertukar maklumat. Antara faktor yang mendorong dan menggalakkan perkembangan
jaringan LGBT adalah usaha promosi mereka di laman-laman sosial. Justeru, kajian ini
dilakukan untuk mengenalpasti laman-laman sosial yang mempromosi agenda LGBT.
Tujuan utama kajian adalah untuk menganalisa profil-profil masyarakat Melayu Malaysia
yang berdaftar di laman-laman sosial yang mempromosikan LGBT. Maklumat-maklumat
tersebut juga akan dibandingkan bagi mengenalpasti trend dan fenomena LGBT di kalangan
masyarakat Melayu yang secara umumnya adalah Muslim di Malaysia. Terdapat limitasi
bagi kajian yang dijalankan kerana kajian tidak mengesahkan keaslian bagi setiap profil.
Oleh yang demikian akaun yang diambil sebagai sampel kajian mungkin terdedah kepada
profil palsu. Walau bagaiamanapun, maklumat awal yang diperolehi daripada kajian ini
boleh membantu untuk kajian-kajian yang akan dijalankan pada masa hadapan tentang
LGBT di kalangan masyarakat Melayu di Malaysia. Maklumat mengenai perkembangan
LGBT yang dibentangkan juga dapat membantu pendakwah dan agensi-agensinya dalam
menanangani penularan gejala LGBT di kalangan umat Islam terutamanya di Malaysia.
22
Media Baru dan Dakwah
MALAYSIA DAN LGBT
Istilah LGBT telah mula digunakan secara meluas pada era 90-an. Pergerakan mereka
bertujuan untuk mendapatkan hak-hak kumpulan yang memperjuangkan homoseksual
iaitu individu yang tertarik atau mempunyai kecenderungan seksual terhadap jantina yang
sama. Merujuk kepada Kamus Dewan edisi keempat, istilah gay adalah golongan lelaki
yang mempunyai tarikan seksual terhadap kaum sejenisnya, lelaki homoseksual; lesbian
merujuk kepada perempuan yang mempunyai tarikan seksual terhadap kaum sejenisnya,
perempuan homoseksual; biseksual adalah seseorang yang mempuyai kecenderungan
untuk melakukan hubungan seks dengan lelaki dan juga wanita; trans-seksual pula adalah
seorang (lelaki atau perempuan) yang berperasaan dan berpenampilan sebagai anggota
jantina yang satu lagi, dan kadang-kadang menukar organ jantinanya melalui pembedahan4.
Oleh kerana bertentangan dengan orientasi seks yang normal, LGBT adalah
kumpulan minoriti dalam masyarakat. Walaupun begitu, kumpulan ini giat mempromosikan
dan menzahirkan diri mereka dalam usaha untuk menuntut hak-hak yang sewajarnya dalam
kehidupan sosial. Senario dalam kehidupan masyarakat moden juga memperlihatkan
bahawa mereka yang menyokong pergerakan menuntut hak-hak homoseksual adalah
mereka yang diiktiraf sebagai pejuang hak asasi manusia dan sebaliknya. Pada dasarnya,
kelompok LGBT di seluruh dunia menuntut 8 perkara utama, iaitu5;
i. Aktiviti seks sesama jantina (tidak mengambil kira soal haram atau halal).
ii. Pengiktirafan terhadap hubungan sesama sejenis atau berlainan jenis.
iii. Perkahwinan sesama jantina.
iv. Pengambilan anak angkat.
v. Membenarkan gay untuk berkhidmat dalam tentera.
vi. Membenarkan lesbian untuk berkhidmat dalam tentera.
vii. Anti diskriminasi berdasarkan orientasi seksual.
viii. Memperjuangkan undang-undang untuk identiti gender dan ekspresi gender.
Pertubuhan LGBT yang terbesar di dunia ialah International Lesbian, Gay, Bisexual,
Trans and Intersex Association (ILGA). ILGA ini memayungi kebanyakan pertubuhan
LGBT di seluruh dunia yang mempunyai matlamat yang sama. Pertubuhan-pertubuhan
LGBT di seluruh dunia aktif memperjuangkan hak kumpulan mereka dan mengumpulkan
ahli-ahlinya. Di Asia Tenggara seperti di Singapura, kumpulan LGBT menubuhkan
kumpulan yang bernama People Like Us (PLU) untuk menguruskan aktiviti-aktiviti mereka
manakala di Malaysia kumpulan Seksualiti Merdeka dilihat sebagai organisasi yang giat
mempromosikan agenda LGBT.
Seksualiti Merdeka sentiasa berusaha untuk mengubah kehidupan sosial serta
penerimaan undang-undang berkenaan dengan kepelbagaian orientasi seksual di Malaysia.
4 Kamus Dewan, Edisi keempat, (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1994), 440
5 Tolak Puak Lgbt http://www.dakwah.com.my/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=396
:tolak-puak-lgbt&catid=86:topik&Itemid=357 (Akses 25 Julai 2015)
23
Media Baru dan Dakwah
Hal ini adalah merujuk kepada arena antarabangsa yang memberikan hak kesamaan dan
mengkritik hukuman undang-undang terhadap kumpulan minoriti iaitu mereka yang
mempunyai orientasi seks yang tidak dominan dan berbeza dengan kumpulan majoriti.
Kerajaan Malaysia dalam kenyataannya menjelaskan bahawa pihak berkuasa serius dalam
usaha dan ingin menangani gejala LGBT6 berikutan terdapat usaha untuk menuntut agar
golongan lesbian, gay, bi-seksual dan tran-seksual (LGBT) diiktiraf pada tahun 2012.
GERAKAN MEMPROMOSIKAN LGBT DI MEDIA SOSIAL
Media sosial (social media) adalah saluran pergaulan sosial secara online di internet. Para
pengguna (user) media sosial berkomunikasi, berinteraksi, saling mengirim pesanan dan
saling berkongsi maklumat serta dan membangun jaringan (networking). Oleh yang demkian,
sosial media adalah suatu sarana yang dapat menghubungkan para pengguna dengan
pelbagai cara. Andreas Kaplan dan Michael Haenlein mendefinisikan media sosial sebagai
sebuah kelompok aplikasi internet yang dibangunkan berasaskan teknologi web 2.0 yang
membolehkan penciptaan dan pertukaran maklumat pengguna user-generated content.7
Teknologi ini telah mengubah cara penggunaan internet dengan pelbagai kemudahan yang
ditawarkan oleh new media atau media baharu. Media ini berbeza dengan media yang
sebelumnya seperti e-mel dan laman web kerana media bukan sekadar dijadikan alat untuk
pengedaran dan pengarkiban maklumat yang berasaskan teks tetapi juga menjadi alat yang
berkeupayaan untuk menyampaikan kandungan media serta menyediakan kemudahan
interaksi antara pembaca dengan penulis.8
Media sosial juga di jelaskan oleh sebagai media yang memudahkan pengguna
untuk berinteraksi, berkongsi dan menciptakan pesanan; ia termasuk blog, jaringan
sosial, wiki/ensiklopedia online, forum-forum maya, termasuk virtual worlds (dengan
avatar atau karakter 3D)9. Media baharu bukan sekadar ‘perpustakaan maklumat’ untuk
memudahkan pengedaran maklumat kepada khalayak global, malah ia merupakan alat
yang berpengaruh bagi aktiviti sosial-komunikasi. Antony Mayfield dalam bukunya What
is Social Media? mendefinisikan bahawa media sosial adalah satu kelompok media baru
secara online yang mencakupi beberapa ciri-ciri berikut10:
1) Penyertaan
Media sosial mendorong sumbangan dan maklumbalas (feedback) dari setiap orang
yang berminat.
6 Tiada Undang-Undang Benarkan Perkahwinan Sejenis. Berita Harian, 23 Mac 2012 http://www2.
bharian.com.my/articles/Tiadaundang-undangbenarkanperkahwinansejenis_Mashitah/Article/ (Akses 25
Julai 2015
7 Kaplan, Andreas M.; Michael Haenlein. 2010. Users of the world, unite! The challenges and opportunities
of Social Media. Business Horizons, 53(1): 59–68.
8 Siti Ezaleila Mustafa, et al, 2010, Media Sosial: Tinjauan Terhadap Laman Jaringan Sosial Dalam Talian
Tempatan, Malaysian Journal of Media Studies, 12: 37-52.
9 http://eprints.ung.ac.id/2146/5/2013-1-69201-281409095-bab2-26072013030624.pdf (Akses 10 May
2015)
10 Antony Mayfield, 2008, What Is Social Media, http://ebooksoneverything.com/marketing/
WhatisSocialMedia.pdf (Akses 5 May 2015)
24
Media Baru dan Dakwah
2) Keterbukaan
Hampir semua media sosial adalah terbuka untuk maklum balas (feedback) dan
penyertaan. Ia mendorong untuk melakukan pemilihan, memberi komen, dan
berkongsi informasi. Selain itu, tiada juga sebarang halangan untuk mengakses dan
membuat sumbangan bahan.
3) Komunikasi dua hala
Media tradisional berbentuk penyiaran satu hala (dipancarkan atau disebarkan
kepada orang ramai) manakala media sosial pula dikenali sebagai komunikasi dua
hala.
4) Komuniti
Media sosial memberi peluang komuniti dibentuk dengan cepat dan berkomunikasi
secara efektif. Komuniti dapat saling berkongsi minat yang sama, misalnya
fotografi, isu-isu politik ataupun program televisyen kesukaan ramai.
5) Saling berhubung
Hampir semua media sosial terhasil daripada saling berhubungan, membina pautan
pada laman web, sumber-sumber dan orang ramai.
Fenomena global jaringan media sosial seperti Facebook, Youtube dan Twitter
memberi impak kepada pengguna internet di Malaysia disebabkan kemampuannya yang
membolehkan komunikasi tanpa batasan dan penyebaran maklumat secara global. Laman
jaringan media sosial digunakan dengan meluas oleh pelbagai kumpulan pengguna seperti
ahli akademik, ahli politik, organisasi korporat, agensi kerajaan, pelajar, dan sebagainya
untuk pelbagai tujuan: perniagaan, pengajaran dan pembelajaran, penyebaran ideologi
politik, komunikasi, perhubungan awam dan alat pengiklanan. Oleh kerana penggunaan
tanpa batasan, pengguna bebas untuk berkongsi maklumat sama ada dalam bentuk yang
positif mahupun negatif. Selain itu, penerimaan media sosial juga dipengaruhi oleh beberapa
faktor terutamanya faktor mudah guna, faktor kaitan dan rangkaian antara peribadi dan
sosial. 11
Kemudahan dan keterbukaan yang yang terdapat dalam media sosial sudah
tentu menjadi pilihan kumpulan LGBT untuk mempromosikan agenda mereka dan juga
membina jaringan. Salzburg Academy on Media and Global Change juga menyatakan
bahawa gerakan LGBT dunia menggunakan kemudahan media sosial untuk membentuk
penerimaan masyarakat dunia terhadap isu-isu yang berkaitan dengan LGBT. Berdasarkan
pemerhatian umum dengan merujuk kepada laman sesawang www.ranker.com dengan kata
kunci ‘Top LGBT Social Networks’ terdapat lebih kurang 80 laman sosial yang dikenalpasti
memporomosikan agenda LGBT. Namun setelah diteliti, hanya 64 buah laman sosial sahaja
yang masih aktif digunakan. Kebanyakkan laman sosial menepati takrifan media sosial
kerana ia digunakan untuk berkongsi maklumat, berkomunikasi atau berinteraksi bersama
rakan dari dalam negara mahupun luar negara dan membangun jaringan (networking).
Oleh itu, bagi tujuan mendapatkan sampel laman sosial, kaedah persampelan bertujuan
11 Ika Destiana et.al, 2013, Penerimaan Media Sosial: Kajian Dalam Kalangan Pelajar Universiti di
Palembang. Jurnal Komunikasi, Malaysian Jurnal of Communication, 29 (2): 125-140.
25
Media Baru dan Dakwah
(purposive sampling) digunakan. Terdapat tiga laman sosial yang telah dikenalpasti
mempunyai pengguna aktif yang ramai di kalangan rakyat Malaysia iaitu www.axcest.com,
www.fridea.asia dan www.onelovenet.com. Ketiga-tiga laman sosial tersebut seterusnya
dipilih sebagai sampel kajian. Berikut dinyatakan maklumat umum tentang sampel kajian
dan justifikasi bagi pemilihannya:
Bil. Media Sosial Pemilihan Sampel
1 www.axcest.com Merujuk kepada laman sesawang www.
angeloinfo.com, www.axcest.com merupakan laman
Axcest.com adalah salah satu rangkaian sosial yang mempromosi agenda LBGT yang
sosial di Asia yang paling pesat mempunyai ramai bilangan profil pengguna
berkembang dan telah mewujudkan di kalangan rakyat Malaysia.13
sebuah komuniti yang bersahabat
tanpa sempadan. Ia diwujudkan untuk
memudahkan ahli-ahli berhubung,
meluaskan rangkaian perniagaan,
pertukaran idea dan maklumat. Pengguna
atau ahli dapat berkongsi gambar, berbual
dan sebagainya.12
2 www.fridae.asia Pemilihan sampel adalah berdasarkan kepada
pengaruh besar yang dibawa oleh fridae.asia di
Fridae.asia merupakan laman sosial yang peringkat Asia. Melalui carian Google search
terbesar untuk gay, lesbian, biseksual engine mengenai organisasi LGBT di Malaysia,
dan transgender di Asia. Laman sosial www.fridae.asia berada top three atau di tempat
ini membawakan berita terkini mengenai ketiga berbanding laman-laman sosial yang
politik, kesihatan, hak LBGT, dan isu- lain.
isu yang memberi kesan kepada gay di
Asia. Pengguna perlu membuat profil
untuk bertemu kenalan baru dan berbual
secara langsung kepada pengguna-
pengguna lain dari seluruh Asia dan
dunia. Dengan adanya laman sosial ini,
mereka dapat mengetahui maklumat
di mana untuk tinggal, tempat gay
berkumpul, tempat membeli belah di
perniagaan gay dan pelbagai lagi. Visi
Fridae adalah untuk menjadi laman
sosial gay Asia terkemuka dan laman web
rangkaian sosial; saluran utama komuniti
perniagaan untuk komuniti gay Asia; dan
suara yang dihormati dalam mendokong
kesaksamaan dan kebebasan pilihan.14
12 http://www.axcest.com/about.php
13 www.angeloinfo.com merupakan jaringan dalam talian yang menyediakan maklumat tempatan dalam
Bahasa Inggeris secara global. Ia mengendalikan 89 laman sesawang serantau dan 42 laman nasional dan
terus berkembang ke seluruh dunia.
14 http://www.fridae.asia
26
Media Baru dan Dakwah
3 www.onelovenet.com Pemilihan sampel adalah berdasarkan kepada
Onelovenet.com adalah sebuah lam ejen carian Google search engine tentang
LGBT di Malaysia mendapati bahawa laman
sosial www.onelovenet.com berada di muka
pertama dan berada di antara kedudukan
yang tertinggi dalam carian internet.
Jadual 1: Sampel media sosial yang mempromosikan LGBT
PERSAMPELAN
Seramai 997 profil warganegara Malaysia yang lengkap telah dipilih sebagai sampel
daripada laman sosial; www.axcest.com, www.fridae.asia, dan www.onelovenet.com.
Pemilihan sampel kajian adalah menggunakan teknik persampelan rawak mudah dengan
menggunakan nombor janaan Microsoft Office Excel bertujuan untuk mendapatkan data
yang telah tersedia di laman sosial. Bilangan sampel profil bagi setiap laman sosial pula
ditentukan melalui jadual Krejcie dan Morgan (1970). Malalui kaedah ini, setiap profil
wargenegara Malaysia yang berdaftar di laman-laman sosial mempunyai peluang atau
kebarangkalian yang sama untuk dipilih sebagai sampel. Ia juga bersesuaian dengan
matlamat kajian untuk mendapatkan peratusan dan maklumat umum profil masyarakat
Melayu di laman sosial yang mempromosikan LGBT. Kajian mengumpulkan maklumat
umum yang diperolehi daripada profil tentang umur, jantina dan orientasi seks. Data dan
maklumat tersebut dianalisa dengan menggunakan Microsoft Excel dan dibentangkan
dalam bentuk bilangan, peratusan dan jadual silang. Jadual (2) dibawah menunjukkan
profil masyarakat Malaysia dalam laman sosial terpilih yang mempromosi agenda LGBT.
Melalui jadual tersebut, bilangan sampel profil masyarakat Malaysia di laman sosial www.
axcest.com adalah sebanyak 375 profil, www.fridae.asia sebanyak 302 profil, dan www.
onelovenet.com sebanyak 320 profil.
Laman Sosial/ Bilangan Profil Masyarakat Bilangan Sampel
Sampel Malaysia
www.axcest.com 11 469 375
www.fridae.asia 1412 302
www.onelovenet.com 1926 320
Jumlah 14 807 997
Jadual 2: Bilangan Sampel Profil Masyarakat Malaysia
Profil Masyarakat Melayu Malaysia
Laman Sosial/ Melayu Cina India Campuran Lain-lain
Bangsa Bil % Bil % Bil % Bil % Bil %
www.axcest.com 14 3.7 323 86 7 1.8 19 5.1 12 3.2
0.9
www.fridae.asia 15 5 275 91 2 0.6 7 2.3 3 1.5
2
www.onelovenet.com 161 50.3 98 30.6 47 14.7 9 2.8 5
Jumlah 190 19 696 70 56 5.6 35 4 20
Jadual 3: Profil Masyarakat Malaysia Berdasarkan Bangsa
27
Media Baru dan Dakwah
Kajian mendapati bahawa bilangan profil yang mempunyai peratusan tertinggi adalah
masyarakat berbangsa Cina iaitu sebanyak 70% bersamaan dengan 696 profil, diikuti
dengan bangsa Melayu iaitu sebanyak 19% bersamaan dengan 190 profil, bangsa India
sebanyak 5.6% bersamaan dengan 56 profil, kemudian bangsa campuran sebanyak 4%
bersamaan dengan 35 profil dan bangsa lain-lain sebanyak 2% bersamaan dengan 20 profil.
Di laman sosial www.axcest.com bilangan profil bangsa Melayu adalah sebanyak 3.7%
bersamaan dengan 14 profil, bangsa Cina sebanyak 86% bersamaan 323 profil, bangsa India
sebanyak 1.8% bersamaan dengan 7 profil, bangsa campuran sebanyak 5.1% bersamaan
dengan 19 profil dan lain-lain sebanyak 3.2% bersamaan dengan 12 profil. Di laman sosial
www.fridae.asia bilangan profil bangsa Melayu adalah sebanyak 5% bersamaan 15 profil,
bangsa Cina sebanyak 91% bersamaan dengan 275 profil, bangsa India sebanyak 0.6%
bersamaan dengan 2 profil, bangsa campuran sebanyak 2.3% bersamaan dengan 7 profil dan
lain-lain sebanyak 0.9% bersamaan 3 profil. Di laman sosial www.onelovenet.com bilangan
profil bangsa Melayu adalah sebanyak 50.3% bersamaan dengan 161 profil, bangsa Cina
sebanyak 30.6% bersamaan dengan 98 profil, bangsa India sebanyak 14.7% bersamaan
dengan 47 profil, bangsa campuran sebanyak 2.8% bersamaan dengan 9 profil dan lain-
lain sebanyak 1.5% bersamaan dengan 5 profil. Secara keseluruhannya, dapat disimpulkan
bahawa bangsa Cina mencatatkan peratusan tertinggi bagi setiap laman sosial kecuali di
laman sosial www.onelovenet.com, di mana masyarakat Melayu mencatat peratusan paling
tinggi berbanding bangsa-bangsa lain di Malaysia.
Umur/ Perempuan Lelaki Jum. %
Jantina/
Orientasi Bil. % Bil. %
Seks
128 67.4 62 32.6
20-29
30-39 Lesbian Bi-seksual Trans- Gay Bi-seksual Trans-
40-49 seksual seksual
50-59
60-69 54 8 0 5 32 0 99 52.1
Jumlah
Peratus 39 15 0 16 3 0 73 38.4
11 0 04 1 0 16 8.4
10 00 0 0 1 0.5
00 01 0 0 1 0.5
105 23 0 26 36 0 190 100
55.2 12.1 0 13.7 19 0 100
Jadual 4: Profil Masyarakat Melayu Malaysia berdasarkan Umur,
Jantina & Orientasi Seks
Jadual (4) diatas menunjukkan bilangan profil masyarakat Melayu Malaysia
berdasarkan kepada umur, jantina dan orientasi seks mereka. Jumlah profil perempuan
adalah sebanyak 67.4% bersamaan dengan 128 profil manakala profil lelaki sebanyak
32.6% bersamaan dengan 62 profil. Jika diperhatikan kepada orientasi seks profil yang
berdaftar, lesbian mencatatkan peratusan tertinggi iaitu sebanyak 55.2% bersamaan dengan
105 profil manakala bilangan profil gay pula adalah sebanyak 13.7% bersamaan dengan 26
profil. Selebihnya sebanyak 31.1% bersamaan bersamaan dengan 59 profil adalah golongan
28
Media Baru dan Dakwah
bi-seksual yang terdiri daripada profil lelaki dan wanita. Kajian juga mendapati tiada profil
transeksual di kalangan masyarakat Melayu di ketiga-tiga laman sosial tersebut.
Jika dilihat pada umur profil masyarakat Melayu, kajian mendapati bahawa mereka
yang berada di lingkungan umur antara 20-29 tahun mencatatkan peratusan tertinggi
sebanyak 52.1% bersamaan dengan 99 profil. Semua profil ini terdiri daripada 54 profil
lesbian, 5 profil gay dan 40 profil bi-seksual. Umur antara 30-39 tahun mencatatkan
peratusan sebanyak 38.4% bersamaan dengan 73 profil yang terdiri daripada 39 profil
lesbian, 16 profil gay dan 18 profil bi-seksual. Umur antara 40-49 pula sebanyak 8.4%
bersamaan dengan 16 profil yang terdiri daripada 11 profil lesbian, 4 profil gay dan 1 profil
bi-seksual. Umur antara 50-59 tahun mencatatkan peratusan sebanyak 0.5% bersamaan
1 profil lesbian dan umur antara 60-69 tahun mencatatkan peratusan terendah iaitu 0.5%
bersamaan 1 profil gay.
PERBINCANGAN
Berdasarkan maklumat profil masyarakat Malaysia berdaftar di laman-laman sosial LGBT,
penglibatan msayarakat Melayu mencatatkan peratusan yang kedua tertinggi selepas
msayarakat Cina. Masyarakat Cina mencatatkan peratusan sebanyak 70% berbanding
masyarakat Melayu sebanyak 19% daripada total populasi responden. Jika beranggapan
bahawa semua Melayu adalah Islam, angka ini sudah cukup merungsingkan kerana LGBT
jelas dilarang oleh agama Islam dan norma kehidupan masyarakat Melayu di Malaysia.
Kajian juga mendapati bahawa peningkatan peratusan Melayu adalah disebabkan oleh
peratusan tinggi yang dicatatkan di laman www.onelovenet.com. Peratusan profil masyarakat
Melayu dalam laman sosial ini mencatatkan peratusan yang paling tinggi iaitu sebanyak
50.3% jika dibandingkan dengan masyarakat berbangsa lain. Sebaliknya, profil Melayu
yang mendaftar di laman sosial lain seperti www.fridea.com hanya 5% sahaja dan www.
axcest.com pula hanya sebanyak 3.7%.
Kajian juga mendapti bahawa 90.5% profil Melayu yang mendaftar di laman-laman
sosial LGBT adalah terdiri di kalangan belia iaitu mereka yang berumur 20-39 tahun. Dalam
kalangan belia tersebut, lebih daripada separuh responden atau profil masyarkat Melayu
adalah dalam lingkungan umur 20-29 iaitu sebanyak 52.1%. Ini adalah senario kehidupan
sosial terkini bagi masyarakat kerana umur lingkungan ini adalah gen Y yang sentiasa
menjadi pengguna utama dalam mana-mana laman sosial. Sebanyak 55.2% daripada total
profil adalah terdiri daripada kumpulan lesbian walaupun pemerhatian umum terhadap
keseluruhan profil secara global dan menyeluruh mendapati profil golongan gay lebih tinggi
berbanding golongan lesbian. Peratusan lesbian yang tinggi ini sebenarnya bertepatan
dengan data yang menunjukkan bahawa profil wanita (67.4%) lebih banyak daripada profil
lelaki (32.6%). Peratusan profil wanita lesbian ini juga banyak disumbangkan oleh laman
sosial www.onelovenet.com. Majoriti profil wanita Melayu adalah dalam lingkungan usia
20-29 tahun berbanding majoriti profil lelaki gay pada usia 30-39 tahun.
Oleh yang demikian, antara usaha yang dirasakan perlu dalam menangani gejala
ini ialah menjelaskan tentang perbezaan gender secara berterusan di peringkat sekolah
menengah dengan penumpuan diberikan kepada kumpulan wanita. Ini adalah sebahagian
daripada usaha pencegahan bagi mengelakkan kumpulan remaja terlibat dengan gejala
tidak sihat seperti LGBT. Kajian-kajian lanjutan tentang LGBT juga perlu digalakkan bagi
29
Media Baru dan Dakwah
memahami trend kumpulan LGBT, mengenalpasti individu yang terlibat dan langkah-
langkah pemulihan khusus untuk mereka kerana kebanyakkan yang terlibat adalah di
kalangan belia iaitu mereka yang sedang berkerjaya ataupun mereka yang sedang menuntut
di IPT. Selain itu, mungkin terdapat di kalangan mereka yang sudah mendirikan rumah
tangga pada usia tersebut, maka tidak mustahil jika dalam sesebuah keluarga era ini yang
akan mempunyai ayah gay atau ibu lesbian.
KESIMPULAN
Penetapan hukum haram mempraktikkan gaya hidup homoseksual adalah ijma’ ulama
berdasarkan nas-nas al-Quran dan Hadith. Dari sudut fiqh, seks sesama jenis disebut al-
fāḥishah (dosa besar) yang sangat menjijikkan dan bertentangan dengan naluri manusia
sama ada lelaki atau perempuan (al-Nisā’, 4: 1). Ini jelas apabila Allah merakamkan amaran
Nabi Lūṭ a.s. terhadap kaumnya (al-Aʿrāf, 7: 80-81). Kemudian Allah telah menurunkan
azab kepada kaum Nabi Lūṭ tersebut atas perbuatan keji tersebut (al-Aʿrāf, 7: 84). Perbuatan
ini tidak hanya salah di sisi agama dan masyarakat, bahkan juga memberikan kesan negatif
dalam kehidupan bermasyarakat seperti runtuhnya institusi rumah tangga, berlaku pelbagai
penyakit kelamin dan jiwa serta sebagainya.
Dalam senario LGBT di Malaysia, langkah yang sewajarnya perlulah difikirkan
memandangkan kumpulan ini telah membentuk sebuah jaringan komuniti yang global
serta mempunyai suara dan pengaruh dalam politik. Senada dengan reaksi di peringkat
antarabangsa, penentangan terhadap mereka juga seringkali dianggap sebagai tidak
menghormati hak individu dan manusia. Dalam situasi seperti ini, umat Islam samada
golongan pemikir, ahli-ahli politik atau individu perlu mencari satu pendekatan yang
berkesan dalam manyatakan pendirian agama dalam isu-isu yang berkaitan dengan LGBT
serta memastikan sebarang bentuk dialog dapat difahami oleh akal manusia. Jika tiada
sebarang langkah yang proaktif diambil, kemungkinan jumlah golongan LGBT di kalangan
masyarakat Islam terutamanya di Malaysia akan terus meningkat.
Melalui kemudahan yang terdapat di laman sosial, kumpulan LGBT mudah merekrut
ahli-ahli baru di kalangan remaja dan belia, membina jaringan dan mengindoktrinkan tentang
perjuangan menuntut hak kumpulan LGBT. Berdasarkan kepada kajian awal mengenai
profil masyarakat Melayu di media-media sosial LGBT, kajian mendapati bahawa 19%
daripada total populasi profil adalah profil masyarakat Melayu Malaysia. Peratusan ini
agak membimbangkan apatah lagi dengan mengambil kira bahawa profil yang berbangsa
Melayu adalah beragama Islam. Oleh yang demikian, kajian lanjutan tentang LGBT di
kalangan masyarakat Melayu di laman-laman sosial hendaklah dijalankan oleh pengkaji-
pengkaji kerana pergerakan mereka lebih aktif di internet. Selain itu, bagi membendung
masalah ini, pendekatan dakwah yang menyeluruh perlu dijalankan bagi memahamkan
masyarakat tentang isu-isu gender dan seksualiti pada perspektif Islam. Usaha-usaha ini
dapat memastikan tiada peningkatan peratusan masyarakat Melayu – Islam yang terlibat
dalam gejala LGBT.
30
Media Baru dan Dakwah
RUJUKAN
Andreas Kaplan dan Michael Haenlein, Users of The World Unite: The Challenges and
Opportunities of Social Media, Business Horizon, 53 (1) (2010): 59-68.
“Axcest Profiles,” Akses 5 May 2015, http://www.axcest.com/about.php
Faradillah Iqmar Omar, Penerimaan Media Sosial Sebagai Medium dakwah Dalam
Kalangan Mahasiswa KUIS, Kertas Kerja yang dibentangkan di Conference on
Management and Muamalah (CoMM 2014:2014), 26-27.
Antony Mayfield, What is Social Media? (UK: icrossing, 2008). Akses 5 May 2015. http://
ebooksoneverything.com/marketing/WhatisSocialMedia.pdf
Ika Destiana et.al, “Penerimaan Media Sosial: Kajian Dalam Kalangan Pelajar Universiti
di Palembang”, Jurnal Komunikasi (Malaysian Jurnal of Communication), 29 (2)
(2013): 125-140.
Kamus Dewan, Edisi keempat, (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1994)
Siti Ezaleila Mustafa, et al, “Media Sosial: Tinjauan Terhadap Laman Jaringan Sosial
Dalam Talian Tempatan,” Malaysian Journal of Media Studies, 12 (2010): 37-52.
“Tiada Undang-Undang Benarkan Perkahwinan Sejenis,” Berita Harian, 23
Mac 2012. Akeses 30 Julai 2015 http://www2.bharian.com.my/articles/
Tiadaundangundangbenarkanperkahwinansejenis_Mashitah/Article/
“Tolak Puak Lgbt,” Akses 25 Julai 2015, http://www.dakwah.com.my/v1/
index.php?option=com_content&view=article&id=396:tolak-puak-
lgbt&catid=86:topik&Itemid=357
“Wanita Banyak Pilihan,” 30 Julai 2011, Berita Harian. Akses 25 Julai 2015, http://www2.
bharian.com.my/articles/Wanitabanyakpilihan/Article/
“Social Media and Lgbt Community,” Akeses 30 Julai 2015, http://www.salzburg.umd.
edu/unesco/social-media-and-lgbt-community
31
Media Baru dan Dakwah
EKSPRESI PEMIKIRAN GENERASI MUDA ISLAM TERHADAP MAKLUMAT
BERKAITAN AGAMA MELALUI PENCARIAN DI YOUTUBE
Mohd Faisal Mustaffa1, Mohd Sobhi Ishak2, Norizah Aripin3
PENGENALAN
Mempelajari dan memahami ilmu agama merupakan salah satu daripada tuntutan di dalam
Islam. Ini kerana ilmu agama dapat membimbing seseorang itu berada dalam landasan
yang betul dalam perjalanan hidup di dunia untuk menuju ke akhirat.
Sebagaimana sabda Nabi S.A.W yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari 4 :
“Barangsiapa menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu padanya, nescaya Allah akan
memudahkan baginya jalan ke syurga.”
Selain itu juga, orang yang menuntut ilmu dan memahami agama ini akan diberi kebaikan
oleh Allah SWT. Sabda Nabi S.A.W yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari5 :
“Barangsiapa yang Allah kehendaki kebaikan baginya, Allah akan memberi kefahaman
kepadanya dalam agama.”
Dalam proses mendapatkan ilmu agama, secara tradisinya seseorang itu perlu menghadiri
majlis pengajian sama ada formal ataupun tidak formal. Majlis pengajian tidak formal yang
bersifat tradisional biasanya dijalankan di masjid, surau dan ceramah-ceramah umum yang
dianjurkan. Manakala pengajian formal pula melalui pengajian di pondok, sekolah agama
rakyat, sekolah agama bantuan kerajaan, kolej dan universiti yang mempunyai silibus
lebih tersusun. Kini selain daripada mendapatkan maklumat berkenaan agama di kuliah-
kuliah ataupun masjid, terdapat alternatif lain, iaitu medium media baru untuk seseorang
itu mendapatkan maklumat agama sebagai panduan dalam kehidupan harian6.
KANDUNGAN AGAMA DALAM INTERNET
Perkembangan teknologi Internet kini mewujudkan fenomena baru apabila banyak
bahan agama boleh diperolehi di medium berkenaan. Pelbagai platform di Internet telah
digunakan untuk berkongsi, berbincang dan meluahkan pandangan berkaitan dengan
agama. Lambakan kandungan berkaitan agama di Internet telah melahirkan ramai
1 Mohd Faisal Mustaffa merupakan pelajar Doktor Falsafah (Pengurusan Media) dari Pusat Pengajian
Teknologi Multimedia dan Komunikasi, College of Arts and Sciences, Universiti Utara Malaysia. Email:
[email protected].
2 Mohd Sobhi Ishak, PhD merupakan Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan
Komunikasi, College of Arts and Sciences, Universiti Utara Malaysia. Email: [email protected].
3 Norizah Aripin, PhD merupakan Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan
Komunikasi, College of Arts and Sciences, Universiti Utara Malaysia. Email: [email protected].
4 Muhammad bin Isma‘il al-Bukhari, 1422H, Sahih al-Bukhari, salinan cetakan Bulaq, Mesir: al-Matba‘ah al-
Amiriyyah tahun 1313H, ed. Muhammad Zuhayr al-Nasir, Beirut: Dar Tawq al-Najah & Jeddah: Dar al-Minhaj. no
hadis 69.
5 Ibid hadis no 3116.
6 Umar Halim & Samsudin A. Rahim (2010). Penglibatan Digital: Akses dan Penggunaan E-Agama Dalam Kalangan
Generasi Muda Muslim. Jurnal komunikasi Jilid 27(2): 121-135. UKM.
32
Media Baru dan Dakwah
penceramah dalam talian yang dipanggil “Ustaz Google”, atau “Ustaz YouTube”. Pelayar
Internet yang terdiri daripada golongan muda berpengetahuan ICT secara tidak langsung
menjadi pengikut baharu golongan ini yang lebih selesa mendapat pendedahan agama
melalui medium teknologi berbanding institusi tradisional sebelumnya.
Beberapa kajian berkaitan fenomena penggunaan medium teknologi Internet telah
dijalankan oleh para pengkaji. Haslin Hassan dan Hamzon Haron7 mendapati pengguna
Internet aktif menggunakan dan menghabiskan masa sekitar 30 minit sehingga dua jam
bagi melayari bahan-bahan berkaitan dengan agama di Internet. Kajian Faradillah Iqmar
Omar8 mendapati golongan pelajar mudah untuk menerima bahan-bahan berkaitan agama
yang disebarkan di Internet khususnya media sosial. Kajian Gehad Mohd Sharaf dan rakan-
rakan9 pula mendapati majoriti dalam kalangan pelajar di Universiti Teknologi Malaysia
adalah pengguna media baharu dan cenderung untuk berbincang perkara berkaitan agama
di media baru. Fenomena pencarian berkaitan agama juga boleh dilihat daripada lima orang
penceramah popular di YouTube yang disenaraikan oleh channel TH Filem10 mengikut
ranking bagi tahun 2014, iaitu pertama Ustaz Azhar Idrus, kedua Ustaz Kazim Elyas, ketiga
Ustaz Abdullah Khairi, keempat Ust Don dan kelima Ustaz Haslin Baharim11.
Melihat kepada kecenderungan pengguna menggunakan medium Internet untuk
mendapatkan maklumat berkaitan agama khususnya penggunaan laman berasaskan video
seperti YouTube ini, telah menimbulkan persoalan mengenai motif penggunaan medium ini
untuk tujuan agama. Kajian ini cuba meneroka penggunaan sebenar YouTube oleh generasi
muda Islam untuk manfaat agama.
ULASAN KARYA KAJIAN LEPAS BERKENAAN YOUTUBE
Berdasarkan beberapa kajian lepas berkenaan dengan Youtube, terdapat beberapa kajian
yang memfokuskan kepada bidang pendidikan iaitu berkaitan alat bantu dalam pembelajaran
matapelajaran sains sosial,12 penggunaan YouTube dalam pendidikan perioperatif dalam
kalangan jururawat13 dan kajian analisis kandungan video YouTube berkaitan dengan
gerakan aktivis nasionalis Uyghur.14
7 Haslin Hassan dan Hamzon Haron (2013), Technology and Religion: Information Seeking Behaviour of Online
Religious Information Among Malays, World Applied Sciences Journal.
8 Faradillah Iqmar Omar, Penerimaan Media Sosial Sebagai Medium Dakwah Dalam Kalangan Mahasiswa Kuis,
2014, E-procedding of the Conference on Management and Muamalah, 26-27 May 2014.
9 Gehad Mohammed Sharaf, Mahdi Alhaji Musa, Azizah Abdul Rahman, An Examination of Social Networking
Sites Usage Among Muslims Student in Islamic Perspectives, International Journal of Engineering and Advanced
Technology (IJEAT) ISSN: 2249 – 8958, Volume-1, Issue-4, April 2012.
10 TH Filem merupakan channel YouTube yang berkongsi keratan video ceramah di YouTube melalui laman sesawang,
dicapai pada 26 Oktober 2016, www.youtube.com/tuanhell.
11 Laman sesawang YouTube, dicapai pada 20 Oktober 2016, https://m.youtube.com/watch?v=hFLx1T7NR4E.
12 Tan Choon Keong & Carol Binti Abu, Pengaplikasian Video Youtube : Bahan Bantu Mengajar (BBM), Dalam Proses
Pengajaran dan Pembelajaran Mata Pelajaran Sains Sosial, Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS,
29 – 30 Ogos 2013.
13 Logan, Rebecca. (2012). Using YouTube in Perioperative Nursing Education. AORN Journal; 2012
14 Matteo Vergani & Dennis Zuev (2011), Analysis of YouTube Videos Used by Activists in the Uyghur Nationalist
Movement : combining quant itat ive and qualitat ive methods, Journal of Contemporary China, 20:69, 205-229.
33
Media Baru dan Dakwah
Bagi tujuan penggunaan YouTube untuk tujuan agama, terdapat kajian Siti Rokiah Abdul
Rahman dan Fadzli Adam15 berkaitan penggunaan YouTube sebagai medium pembelajaran
agama dalam kalangan pelajar Fakulti Kotemporari Islam. Kajian ini mendapati terdapat
hubungan yang signifikan di antara faktor kebergunaan dan faktor kemudahgunaan YouTube
dengan asas pengetahuan agama. Pengguna YouTube yang mempunyai pengetahuan latar
belakang agama yang baik cenderung untuk melayari kandungan agama di YouTube. Hasil
kajian juga menunjukkan pengguna gemar mengakses ceramah agama menerusi laman
YouTube.
METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini menggunakan pendekatan analisis kandungan berdasarkan reka bentuk
Unobtrusive research method16 untuk mengenal pasti kandungan berkaitan agama di
YouTube yang dilayari oleh generasi muda Islam.Terdapat tiga jenis unobtrusive research
method iaitu analisis kandungan, menganalisis statistik data sedia ada dan analisis sejarah
(history)/perbandingan (comparative). Unobtrusive research method merupakan kaedah
mengumpul data tanpa melibatkan responden secara langsung. Kaedah ini adalah dengan
menjejak tinggalan bukti fizikal seperti dokumen yang dibuang dalam tong sampah, kesan-
kesan tinggalan dalam menjejak bukti dalam siasatan dan mengumpul data-data yang
ditinggalkan.
Sebelum kajian dimulakan, penyelidik telah mengosongkan sejarah carian di
dalam enjin carian di dalam makmal komputer iaitu Internet Explorer, Google Chrome
dan Mozilla. Pelajar dibiarkan bebas melayari platform YouTube untuk mencari bahan
yang mereka inginkan selama dua jam di dalam makmal kajian. Aktiviti mereka tidak
dipantau oleh penyelidik dan pembantu makmal. Selepas selesai dan para pelajar keluar
daripada makmal komputer, penyelidik menjejak kembali kandungan fail cache (cache
file) yang mengandungi alamat setiap laman web yang dilayari oleh subjek kajian dan
disalin ke dalam perisian Word seterusnya disimpan dalam Pendrive untuk dianalisa.
Kajian ini mengetengahkan keupayaan perisian peluncur sebagai ejen pengumpulan data
pasif. Internet mempunyai keupayaan sebagai alat pengumpulan data secara sistematik
yang terkandung di dalam perisian peluncur di bahagian tetapan sejarah (history setting).
Untuk memastikan analisis kandungan yang dijalankan berlandaskan kaedah
saintifik, penyelidik menggunakan langkah menganalisis kandungan seperti yang
dicadangkan oleh Mohd Dhari Othman, 17 iaitu pertama, menentukan objektif kajian,
kedua menentukan bahan yang hendak dikaji, ketiga membentuk kategori isi kandungan,
keempat membentuk unit analisis, kelima memilih sampel, keenam menyediakan rangka
koding, ketujuh menyediakan borang koding, kelapan pra uji rangka koding, kesembilan
melatih jurukod, kesepuluh, menguji kesahihan antara jurukod, kesebelas membuat koding
dan keduabelas membuat analisa data.
15 Siti Rokiah Abdul Rahman & Fadzli Adam, Penggunaan YouTube Sebagai Medium Pembelajaran Agama
Dalam Kalangan Generasi Y di Terangganu, Malaysia , E-Proceeding of the International Conference on
Social Science Research, ICSSR 2015, 8 & 9 June 2015, Meliá Hotel Kuala Lumpur, Malaysia. Organized
by http://WorldConferences.net
16 Raymond M.Lee (2000), Unobtrusive Method in Social Research, Buckhingham : Open University Press,
h.3.
17 Mohd Dhari Othman (1999), Analisis Kandungan. Dalam Syed Arabi Idid (Penyunting). Analisis
Kandungan : Satu Panduan Penyelidikan. Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia, h. 35-44.
34
Media Baru dan Dakwah
Kategori Isi Kandungan
Kategori isi kandungan adalah berdasarkan cabang ilmu dan amalan dalam Islam iaitu
‘aqidah, syari‘ah dan tasawuf. Pembahagian kategori ‘aqidah, syari‘ah dan tasawuf ini
berdasarkan kepada hadis Jibril A.S yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari18 :
Daripada ‘Umar RA, beliau berkata : “Ketika kami duduk-duduk di sisi
Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba datang seorang lelaki yang
memakai baju sangat putih dan berambut sangat hitam, tidak nampak
padanya bekas perjalanan jauh dan tiada seorang pun di antara kami yang
mengenalinya. Kemudian dia duduk di hadapan Nabi SAW lalu merapatkan
kedua lututnya kepada lutut Nabi SAW, lalu berkata: “Ya Muhammad,
beritahukan aku tentang Islam?” Maka bersabdalah Rasulullah SAW : “Islam
adalah engkau bersaksi bahwa tidak ada illah (Tuhan yang disembah) selain
Allah, dan bahawa Nabi Muhammad SAW adalah utusan Allah, engkau
mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa Ramadan dan menunaikan
haji jika mampu.” Kemudian lelaki itu berkata: “Anda benar.” Kami semua
kehairanan, dia yang bertanya, dia pula yang membenarkan jawapan Nabi
SAW. Kemudian dia bertanya lagi: “Beritahu aku tentang Iman.” Lalu Nabi
SAW menjawab: “Engkau beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya,
kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya dan hari kiamat dan engkau beriman
kepada takdir yang baik mahu pun yang buruk.” Kemudian lelaki itu
berkata lagi: “Anda benar.” Kemudian lelaki itu berkata lagi: “Beritahu aku
tentang ihsan.” Lalu Nabi SAW bersabda: “Ihsan adalah engkau beribadah
kepada Allah seakan-akan engkau melihat-Nya, jika engkau tidak melihat-
Nya, maka seolah-olah Allah melihat engkau.” Kemudian lelaki itu berkata:
“Beritahukan aku tentang hari kiamat.” Nabi SAW bersabda: “Yang
ditanya tidak lebih tahu dari yang bertanya.” Dia berkata: “Beritahukan
aku tentang tanda-tandanya.” Nabi SAW bersabda: “Jika seorang hamba
melahirkan tuannya dan jika engkau melihat seorang yang tidak beralas
kaki, bertelanjang, miskin dan penggembala kambing berlumba-lumba
meninggikan bangunannya.” Kemudian orang itu berlalu dan aku berdiam
sebentar. Kemudian Baginda (Rasulullah) bertanya: “Tahukah engkau siapa
yang bertanya?” Aku berkata: “Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui.”
Baginda bersabda: “Dia adalah Jibril yang datang kepada kalian (bermaksud)
mengajarkan agama kalian.”
Berdasarkan hadis Jibril inilah, terbentuknya asas yang utama kepada cabang kefahaman
Islam yang berteraskan kepada ilmu berkaitan dengan ‘aqidah (soal iman), ilmu berkaitan
dengan syari‘ah (soal hukum) dan ilmu berkaitan dengan tasawuf (soal akhlak) yang
menjadi asas kepada pecahan cabang ilmu Islam di dalam kajian ini.
18 Muhammad bin Isma‘il al-Bukhari , Op. Cit no hadis 3207.
35
Media Baru dan Dakwah
Unit Analisis
Unit analisis bagi kajian ini adalah laman web YouTube.
Persampelan
Teknik persampelan bertujuan digunakan untuk memperolehi sampel bagi kajian ini.
Iklan pengumuman mengenai kajian dibuat kepada pelajar bidang komunikasi, media dan
multimedia yang berminat untuk terlibat dalam kajian ini. Antara manfaat yang diperolehi
oleh peserta kajian ialah mendapat makanan dan minuman semasa kajian dijalankan
dan mendapat kupon akses penggunaan makmal komputer selama dua jam di makmal
komputer. Peserta yang mendaftar diminta mengisi borang persetujuan untuk menyertai
kajian dengan sukarela dan dibenarkan menarik diri pada hari kajian sekiranya berubah
fikiran. Pada hari akhir iklan kajian dikeluarkan sebanyak 90 peserta mendaftar. Walau
bagaimanapun, hanya 72 peserta hadir pada hari kajian.
Koding
Proses koding dilakukan oleh dua orang jurukoding iaitu Pembantu Penyelidik lulusan
Ijazah Sarjana Muda Syariah dan disemak oleh Pensyarah Kanan UUM lulusan Ijazah
Kedoktoran PhD Usuluddin pengkhususan Al-Quran Hadis daripada Akademi Pengajian
Islam Universiti Malaya yang mempunyai asas ilmu pengajian Islam dan pengalaman
menggunakan Internet. Alamat URL yang disimpan berserta tajuk jenis video yang dilayari
dikategorikan mengikut kategori ‘aqidah, syari‘ah dan tasawuf serta mengikut penceramah
yang ditontoni.
DAPATAN KAJIAN
Profil
Kajian ini melibatkan seramai 72 orang responden berumur dalam lingkungan 20 hingga 26
tahun. Responden merupakan pelajar di bawah tiga program pengajian yang berbeza iaitu
Pengajian Teknologi Media, Pengajian Komunikasi dan Pengajian Multimedia Universiti
Utara Malaysia. Jadual 1 menujukkan responden perempuan adalah sebanyak 46 orang
manakala responden lelaki adalah sebanyak 26 orang.
Jadual 1: Jantina Responden
36
Media Baru dan Dakwah
Cabang Ilmu Islam Yang Dicari Di YouTube
Hasil kajian menunjukkan tiga kategori cabang ilmu Islam yang dicari di YouTube. Pertama
carian berkaitan ilmu tasawuf iaitu sebanyak 34.9 peratus, diikuti oleh carian berkaitan
dengan syari‘ah 33.7 peratus dan ketiga carian berkaitan dengan ‘aqidah 23.7 peratus.
Perkara berkaitan tasawuf yang dilayari adalah berkaitan dengan zikirullah sebagai
penenang hati, syukur dalam kehidupan, mencari bahagia dalam kehidupan, doa-doa dan
amalan pelindung diri, ceramah tentang taubat, menanam cinta kepada Allah dan menjadi
wanita solehah.
Antara carian berkaitan dengan syari‘ah yang dicari di YouTube adalah berkaitan
hukum fardu ‘ain, hukum menutup aurat, hukum berkaitan solat, tatacara solat jamak
dan qasar, hukum duit BRIM 500, hukum mengurat dan merisik cinta, solat jenazah dan
sebagainya.
Manakala, perkara yang dilayari berkaitan dengan ‘aqidah antaranya ceramah takut
pada Allah, syurga dan neraka, kisah Dajjal, tanda akhir zaman dan kedatangan Imam
Mahdi, peristiwa kiamat, tujuan hidup, persoalan ketuhanan dan salah faham tentang Jesus
Christ sebagai anak Tuhan, dan debat di antara kristian dan Islam.
Jadual 2: Carian Kandungan Agama Di YouTube Berdasarkan Cabang Ilmu Islam
Rajah 2 menunjukkan, perkataan yang digunakan untuk carian video di YouTube.
Penyelidik menggunakan perisian wordle19 untuk tujuan menyaring dan menonjolkan
perkataan yang kerap ditaip oleh responden semasa membuat carian kandungan agama
di YouTube dalam makmal kajian. Menggunakan wordle, Perkataan yang ditonjol dalam
saiz huruf (font) paling besar menunjukkan perkataan yang paling kerap dicari oleh
responden kajian. Dapatan menunjukkan perkataan utama yang dicari adalah ‘Ustaz’. Ini
menunjukkan bahawa responden kerap membuat carian berdasarkan tokoh agama. Antara
tokoh yang mendapati carian tertinggi ialah Ustaz Azhar Idrus, diikuti oleh Ustaz Don dan
Ustaz Kazim Elias. Selain itu, perkataan ceramah, Islam, agama, nabi dan solat. Dapatan
ini secara tidak langsung menunjukkan perkara yang difikirkan oleh responden pada masa
itu sebagai pelambangan kepada konsep yang kekal dan sering bermain dalam pemikiran
mereka apabila memperkatakan mengenai kandungan agama.
19 Laman sesawang Wordle, dicapai pada 18 Oktober 2015, http://www.wordle.net/create.
37
Media Baru dan Dakwah
Rajah 2:Kekerapan Carian Perkataan di YouTube
Jadual 2 menunjukkan hasil kajian berkaitan carian kandungan agama di YouTube mengikut
nama penceramah oleh jurukod. 5 penceramah yang berada dalam carian utama adalah Ustaz
Azhar Idrus iaitu sebanyak 30 peratus, kedua Ustaz Don Danial sebanyak 21.8 peratus,
Ketiga Ustaz Kazim Elias 17.3 peratus. Manakala bagi carian dua lagi penceramah iaitu
Ustaz Abdullah Khairi dan Ustaz Haslin Baharim masing-masing mencatatkan peratusan
sebanyak 6.4 peratus.
Jadual 2 : Carian Kandungan Agama Di Youtube Mengikut Nama Penceramah
38
Media Baru dan Dakwah
KESIMPULAN
Penggunaan YouTube oleh generasi muda Islam adalah berorientasikan keperluan,
kecepatan dan kemudahan yang disediakan oleh teknologi. Pelbagai cabang ilmu Islam
diteroka oleh generasi ini meliputi ‘aqidah, syari‘ah dan tasawuf yang memperlihatkan
keinginan yang tinggi untuk mengetahui pelbagai ilmu Islam. Setidak-tidaknya, mereka
telah memulakan usaha untuk mengetahui pelbagai maklumat berkaitan dengannya.
Walau bagaimanapun, sejauh mana usaha ini diteruskan dengan pengajian tradisional atau
menerima maklumat sepenuhnya dari YouTube tidak diperolehi. Kecenderungan kepada
tokoh agama tidak dapat dinafikan. Gelombang “Ustaz Azhar Idrus” merupakan fenomena
besar yang ditunjukkan oleh tokoh agama yang berjaya mendekati generasi muda Islam
dengan gaya dan cara tersendiri. Ustaz Don yang muncul dari generasi ini turut menambat
perhatian pengguna YouTube dengan pendekatannya. Manakala Ustaz Kazim Elias, yang
banyak mencipta kaedah membimbing remaja Islam dengan cara lebih praktikal turut
diminati dan disenangi oleh generasi muda Islam ini. Topik kegemaran yang diperolehi
dalam kajian ini, menunjukkan mereka juga mempunyai keinginan untuk berhibur melalui
carian berkaitan nasyid. Mereka mahukan jawapan mengenai ilmu Islam, mendengar
penjelasan permasalahan agama berkaitan Islam, nabi, wanita, solat dan sebagainya. Hal
ini menjelaskan wujud keperluan untuk memahami pelbagai permasalahan agama dengan
kaedah yang mudah dan cepat.
Penghargaan
Kajian ini adalah sebahagian daripada Geran RAGS (Research Acculturation Grant) yang
ditaja oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (Kod S/O: 12854).
BIBLIOGRAFI
Faradillah Iqmar Omar, Penerimaan Media Sosial Sebagai Medium Dakwah Dalam
Kalangan Mahasiswa Kuis, 2014, E-procedding of the Conference on Management
and Muamalah, 26-27 May 2014.
Gehad Mohammed Sharaf, Mahdi Alhaji Musa, Azizah Abdul Rahman, An Examination of
Social Networking Sites Usage Among Muslims Student in Islamic Perspectives,
International Journal of Engineering and Advanced Technology (IJEAT), ISSN:
2249 – 8958, Volume-1, Issue-4.
Haslin Hassan dan Hamzon Haron, Technology and Religion: Information Seeking
Behaviour of Online Religious Information Among Malays, 2013, World Applied
Sciences Journal.
Laman sesawang Channel TH Filem di Youtube, dicapai pada 26 Oktober 2016, www.
youtube.com/tuanhell.
Laman sesawang YouTube, dicapai pada 20 Oktober 2016, https://m.youtube.com/
watch?v= hFLx1T7NR4E.
Laman sesawang YouTube, dicapai pada 20 Oktober 2016, https://m.youtube.com/
watch?v= hFLx1T7NR4E.
Laman sesawang Wordle, dicapai pada 18 Oktober 2015, http://www.wordle.net/create.
39
Media Baru dan Dakwah
Logan, Rebecca. (2012). Using YouTube in Perioperative Nursing Education. AORN
Journal; 2012
Matteo Vergani & Dennis Zuev (2011), Analysis of YouTube Videos Used by Activists
in the Uyghur Nat ionalist Movement : combining quant itat ive and qualitat ive
methods, Journal of Contemporary China, 20:69, 205-229.
Mohd Dhari Othman (1999), Analisis Kandungan. Dalam Syed Arabi Idid (Penyunting).
Analisis Kandungan : Satu Panduan Penyelidikan. Bangi : Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Muhammad bin Isma‘il al-Bukhari, 1422H, Sahih al-Bukhari, salinan cetakan Bulaq,
Mesir: al-Matba‘ah al-Amiriyyah tahun 1313H, ed. Muhammad Zuhayr al-Nasir,
Beirut: Dar Tawq al-Najah & Jeddah: Dar al-Minhaj.
Raymond M.Lee (2000), Unobtrusive Method in Social Research, Buckhingham : Open
University Press.
Siti Rokiah Abdul Rahman & Fadzli Adam, Penggunaan YouTube Sebagai Medium
Pembelajaran Agama Dalam Kalangan Generasi Y di Terangganu, Malaysia ,
E-Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR
2015, 8 & 9 June 2015, Meliá Hotel Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://
WorldConferences.net
Tan Choon Keong & Carol Binti Abu, Pengaplikasian Video Youtube : Bahan Bantu
Mengajar (BBM), Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Mata Pelajaran
Sains Sosial, Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos
2013.
TH Filem merupakan channel YouTube yang berkongsi keratan video ceramah di YouTube
melalui laman sesawang, dicapai pada 26 Oktober 2016, www.youtube.com/
tuanhell.
40
Media Baru dan Dakwah
APLIKASI FACEBOOK SEBAGAI MEDIA DAKWAH BAHARU
Ruzain Syukur b Mansor1
PENDAHULUAN
Dakwah bersifat universal dan dinamik. Ia bergerak mengikut lingkungan masa dari segi
metodologi penyampaiannya serta bergerak atas media yang mendokongnya. Dengan
wujudnya media baharu, dakwah tidak tersisih malah tetap berpeluang menyambung
tuntutan agama dengan kaedah yang lebih segar dan dinamik. Ia kekal dengan fungsi
asalnya iaitu mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.
Yusof Al-Qardhawi memberi definisi dakwah sebagai usaha membawa orang
lain kepada agama Islam, supaya mengikut petunjuk agama ini, melaksanakan segala
ketetapannya di muka bumi ini, mengkhususkan segala bentuk perhambaan diri,
permohonan dan taat kepada Allah sahaja, melepaskan diri daripada segala kongkongan
yang bukan daripada Allah (taghut) yang terpaksa dipatuhi, memberi hak kepada orang
yang ditentukan hak oleh Allah, menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran,
dan berjihad pada jalannya.2 Takrifan ini menggambarkan dakwah sebagai suatu proses
yang menyeluruh dan menyentuh hubungan ketaatan manusia kepada Allah
MEDIA SOSIAL SEBAGAI MEDIA BAHARU DAKWAH
Media baharu boleh didefinasikan sebagai penggunaan Internet untuk menyampaikan
maklumat. Ianya termasuk blog, youtube, media sosial seperti facebook dan twitter.3
Ia merupakan istilah yang digunakan untuk menerangkan kemunculan teknologi era
baru digital jaringan teknologi informasi dan komunikasi.4 Perkembangan media sosial
menjadikan interaksi menjadi semakin mudah. Pilihan remaja terhadap laman web sosial
seperti Facebook, Twitter, Myspace dan Myspace memberi peluang kepada mereka untuk
membentuk interaksi sosial dan pergaulan maya yang luas.5 Walau bagaimanapun, interaksi
sosial dan pergaulan maya yang luas itu sebenarnya merupakan salah satu fungsi kecil
daripada motif penggunaan laman media sosial. Ringkasnya media baharu merupakan
medium baharu dalam teknologi maklumat dan komunikasi. Ia boleh menghubungkan
manusia dengan sokongan capaian internet. Secara ringkasnya, media baharu adalah media
yang terbentuk daripada interaksi antara manusia dengan internet secara khusus.
1 Ruzain Syukur b Mansor merupakan calon sarjana Dakwah dan Pembangunan Insan di Universiti Malaya
serta penulis buku Dakwah dan Teknologi Maklumat (JAKIM, 2011)
2 Dr Yusof al-Qardhawi Thaqafah al-Dai’yah , (Beirut, 2009), 5
3 Aini Maznina et.al, Dakwah Melalui Media Baru: membentuk Tingkah Laku Positif (Pengalaman
Malaysia)
4 www.scribd.com/doc/59223171/kebaikan dan keburukan media baru, 9 Mei 2015
5 Rosmawati Mohamad Rasid (2012), “Mediamorphosis melalui Laman Web Sosial: dari Perspektif
Sasaran Dakwah Remaja”, dalam Muhamad Faisal Ashaari et al.(eds.), Ustaz Google Dakwah Menerusi
Teknologi Maklumat. Selangor: Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Universiti Kebangsaan
Malaysia, h. 97
41
Media Baru dan Dakwah
Laporan daripada Kaiser Family Education mengenai media dalam kehidupan
generasi M (umur dari 8 hingga 18 tahun) menunjukkan mereka menghabiskan sebanyak
25 peratus daripada kehidupan mereka dengan berinteraksi melalui laman web sosial,
selain 19 peratus dengan bermain games dan 16 peratus kepada video sites.6 Manakala
kenyataan akhbar Sinar Harian bertarikh 26 September 2014 menyatakan bahawa rakyat
Malaysia menghabiskan masa antara tiga hingga lima jam sehari di alam siber, dengan
58 peratus daripada kalangan mereka melayari laman media sosial melalui telefon pintar
masing-masing di mana sahaja mereka berada. Kajian menunjukkan 41.7 peratus daripada
golongan belia berumur 20 hingga 29 tahun dan 16.5 peratus kanak-kanak dan remaja
berumur bawah 19 tahun adalah pengguna setia internet dan bilangan mereka terus
meningkat setiap hari. Jelas sekali bahawa media sosial mempengaruhi kehidupan manusia
terutama bagi tujuan komunikasi sosial.
Manakala semakan melalui Internet World Statistic melalui capaian web http://
www.internetworldstats.com/asia.htm.my bertarikh 21 Mac 2014 mendapati sejumlah
20,140,125 orang penduduk Malaysia dirujuk sebagai pengguna internet setakat 31
Disember 2013. Manakala sehingga 31 Disember 2013, sejumlah 13,589,520 orang
penduduk Malaysia merupakan pengguna berdaftar laman sosial Facebook. Jumlah
tersebut mewakili 45.2% daripada jumlah populasi 30,073,353 penduduk Malaysia pada
tahun 2014. Data menunjukkan hampir separuh daripada bilangan rakyat Malaysia
memiliki akaun Facebook pada 2014. Ia dilihat sebagai trend semasa memandangkan ia
mudah dihubungkan dengan peranti komunikasi elektronik seperti telefon bimbit, i-pad
dan sebagainya.
Statistik ini disokong pula oleh kajian oleh Normah Mustaffa7 dengan penemuan
Facebook merupakan laman jaringan sosial yang paling digemari untuk aktiviti bersembang.
Antara dapatan kajian tersebut, remaja bergantung kepada internet untuk memahami
persekitaran sosial, berinteraksi dan juga memenuhi keperluan sosial berbanding keperluan
sendiri.
Dapatan kajian di atas menggambarkan media baharu sebagai kuasa baharu yang
berpengaruh terhadap komunikasi manusia. Berdasarkan data, facebook masih kekal sebagai
antara media sosial yang paling diminati ramai pelbagai lapisan masyarakat.
MOTIF MULTI FUNGSI
Laman sosial Facebook mempunyai pelbagai fungsi. Antaranya untuk mengumpulkan rakan
lama, mencari rakan baru atau mewujudkan kumpulan yang mempunyai minat yang sama.
Walau bagaimanapun, diakui bahawa setiap teknologi untuk mempunyai sisi positif dan
negatif bergantung pada cara ia digunakan. Jeniri Amir menyatakan bahawa media sosial bagai
pedang bermata dua; ia boleh membawa kebaikan jika digunakan dengan bijaksana, tetapi
boleh menghancurkan diri, masyarakat dan negara jika disalahgunakan.8
Beberapa kajian telah dikenal pasti menyentuh secara langsung penggunaan laman
6 Vahlberg, Vivian (2005), Fitting into their lives a survey of three studies about youth media usage.
Newspaper Association of America Foundation, http://www.naafoundation.org , 22 Mac 2015
7 Normah Mustaffa et al. “Kebergantungan Internet dan Aktiviti Online Remaja Di Lembah Kelang” ,
Jurnal Komunikasi, Malaysian journal of Communication, Jil. 29 Bil. 1, 2013, 199-212
8 Jeniri Amir , “Hukuman Berat Bendung Salah Guna Media Sosial”, Berita Harian, 21 Mac 2015, 27
42
Media Baru dan Dakwah
sosial. Kajian ini dilihat penting untuk mengetahui apakah tujuan remaja atau pelajar
sekolah menggunakan laman sosial. Norhazlina Abd. Hamid et al. (2011)9 dalam satu
penyelidikan telah mengkaji penggunaan laman sosial Facebook dalam kalangan pelajar
lelaki dan perempuan di sekolah menengah di zon Petaling Jaya Selatan.
Kajian ini bertujuan mengkaji kekerapan dan motif penggunaan Facebook oleh pelajar
lelaki dan perempuan di tiga buah sekolah menengah harian biasa di zon Petaling Jaya
Selatan. Populasi kajian merupakan pelajar tingkatan tiga di tiga buah sekolah menengah di
sekitar kawasan Petaling Jaya Selatan. Kajian yang dijalankan ini menggunakan soal selidik
ini akan dianalisis secara deskriptif dan juga analisis inferensi. Hasil kajian mendapati,
pelajar akan melayari responden antara 30 minit hingga 3 jam sehari sama ada waktu
persekolahan mahupun waktu hujung minggu. Manakala analisis secara deskriptif pada
kajian yang sama menunjukkan bahawa pelajar lelaki menggunakan laman Facebook untuk
mendapatkan maklumat dan mencari kenalan baru berbanding dengan pelajar perempuan.
Sementara itu, pelajar perempuan menggunakan Facebook untuk berkomunikasi dengan
rakan dan ahli keluarga mereka
FACEBOOK BAGI TUJUAN AGAMA
Dalam satu kajian yang telah dijalankan oleh Pew Research Centre’s Internet and American
Life Project menunjukkan bahawa 64% daripada 128 juta penduduk Amerika Syarikat telah
menggunakan rangkaian internet bagi tujuan keagamaan.10 Secara globalnya, penduduk
global menggunakan rangkaian internet bagi tujuan keagamaan. Ia rujukan yang pantas
serta menghubungkan pelbagai silang informasi dan budaya.
Manakala satu kajian yang dilaksanakan oleh Liza Shahnaz et al (2011) 11, ingin
mengetahui motif penggunaan Facebook dalam kalangan pelajar Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia menggunakan teori Kegunaan dan Kepuasan. Objektif kajian ini
ialah:
1. Untuk mengetahui karakter pengguna Facebook dalam kalangan penuntut
ijazah sarjana muda Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
2. Untuk mengetahui pola penggunaan Facebook dalam kalangan pengguna
Facebook.
3. Untuk mengetahui motif penggunaan Facebook bagi tujuan agama dalam
kalangan mahasiswa sarjana muda Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
4. Untuk mengetahui kebaikan dan keburukan penggunaan Facebook oleh
responden.
9 Norhazlina Abd. Hamid et al. “Penggunaan Facebook Di Kalangan Pelajar Lelaki Dan Perempuan Pada
Sekolah Menengah Di Zon Petaling Jaya Selatan” (Tesis Sarjana Teknologi Pendidikan Universiti Putra
Malaysia, 2015)
10 Clark, L., Hoover, S.& Rainie, L. Faith Online. Pew Internet and American Life Project. Dicapai dari
Http://www.pewinternet.org/Reports/2004/Faith-Online.aspx dicapai pada 10 Oktober 2004
11 Liza Shahnaz, “Religious Motives for Using Facebook among University Muslim Students” (Kertas Kerja
pembentangan dalam Seminar Kebangsaan Media dan Dakwah (SMED) 14 Disember 2011).
43
Media Baru dan Dakwah
Kajian ini menggunakan kaedah survei. Kajian menunjukkan majoriti mahasiswa
Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Kemanusiaan menggunakan Facebook. Kebanyakan mereka
adalah perempuan berumur 22 tahun ke bawah. Mahasiswa Kuliyyah Ilmu Wahyu dan
Kemanusiaan menggunakan Facebook untuk tujuan agama. Mereka menggunakan
Facebook untuk mengajak manusia untuk melakukan kebaikan. Mereka juga berpendapat
Facebook bermanfaat untuk mengekalkan perhubungan bersama yang lain bagi tujuan
dakwah.
FACEBOOK SEBAGAI MEDIA DAKWAH
Salasiah Hanin Hamjah menyatakan bahawa pelaksanaan dakwah hari ini memerlukan
pelbagai pendekatan. Para pendakwah masa kini perlu melengkapkan diri dengan
pengetahuan IT supaya pengetahuan tersebut dapat digunakan sebagai medium dakwah
masa kini. Salah satu pendekatan dakwah yang selari dengan perkembangan teknologi
ialah berdakwah menerusi media elektronik. Ia termasuk menggunakan internet (Facebook,
blog, Youtube dan sebagainya).12 Jelas menunjukkan bahawa Islam tidak boleh dilihat
mundur kerana tidak mahu mengikut arus kemodenan teknologi maklumat semasa.
Justeru, pendakwah bertanggungjawab untuk memahirkan diri dengan kemahiran dakwah
menerusi media sosial seperti Facebook.Ia sebagai media atau wasilah memanjangkan
kebaikan kepada rakan sosial mahupun masyarakat.
Muhammad Faisal Ashaari menyatakan peranan Facebook sebagai medium dakwah
dilihat sebagai peluang baik bagi mengoptimumkan variasi penyebaran dakwah melalui
komunikasi media internet. Ia memberi ruang interaksi dengan pendakwah dengan lebih
dekat lagi. 13 Dakwah harus bergerak mengikut arus kedinamikan media penyampaian
maklumat. Justeru dakwah melalui Facebook harus dilihat sebagai suatu ruang untuk orang
awam mendekati pendakwah. Dakwah melalui Facebook akan memutuskan halangan jarak
dan masa antara pendakwah dengan sasaran dakwah.
FACEBOOK SEBAGAI MEDIA PENULISAN DAKWAH
Jika dahulu, medan bagi penulis dakwah hanyalah jurnal, buku dan majalah sahaja. Tidak
semua dapat peluang untuk menulis kecuali pakar di bidang masing-masing. Penulis perlu
bergelut dengan kritikan dan tapisan editor majalah atau buku sebelum ianya disiarkan
sebagai karya dakwah di akhbar, majalah atau pun buku yang diterbitkan oleh penerbit.
Justeru, ruang penulisan dakwah masih terhad.
Namun demikian, kemunculan media baharu seperti Facebook membuka ruang
kepada para penulis untuk menampilkan idea dengan lebih luas. Ruang percuma di laman
Facebook terutamanya pada aplikasi nota dan status membolehkan para penulis menulis
catatan tazkirah di dinding akaun Facebook masing-masing. Ternyata, ia membuka lagi
ruang dakwah kepada para penulis. Manusia yang mempunyai kemahiran bahasa akan
12 Salasiah Hanin Hamjah “Pendekatan Spiritual dalam Dakwah Menerusi Youtube”, dalam Muhamad
Faisal Ashaari et al.(eds.), Ustaz Google Dakwah Menerusi Teknologi Maklumat. (Selangor: Jabatan
Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2012), 97
13 Muhamad Faisal Ashaari et al., “Newsworthiness dalam Dakwah Menerusi Facebook”, dalam Muhamad
Faisal Ashaari et al.(eds.), Ustaz Google Dakwah Menerusi Teknologi Maklumat. (Selangor: Jabatan
Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2012) 94
44
Media Baru dan Dakwah
menggunakan medium penulisan dalam bahasa yang mereka fahami dan menjadikan alatan
komunikasi sebagai wadah dalam berinteraktif. Justeru, lapangan di langit terbuka seperti
e-mail, website, Facebook, WhatsApp, WeChat dan Telegram serta lain-lain yang bersifat
atas talian dan percuma menjadi pilihan bagi sesiapa yang memiliki telefon pintar, tablet
atau gajet ditambah pula daya akses internet yang semakin mudah dan meluas mutakhir ini.
Justeru, manusia berinteraksi sesama sendiri dengan meluas melalui penulisan
dan bahasa yang mereka fahami. Disinilah penulisan yang mempunyai unsur dakwah,
nasihat dan tazkirah, yang asalnya hanya berlegar dalam majalah, akhbar, skrip di radio
dan televisyen, e-mel, website semakin relevan bagi menjadi antara masukan dalam media
baharu yang semakin canggih masa kini. 14
Diakui antara aktiviti utama dalam aplikasi Facebook ialah penulisan. Justeru,
ia kini antara medium berpengaruh dalam memanjangkan suara penulis dengan tidak
mengabaikan lain-lain aplikasi seperti berkongsi video dan lagu.
APLIKASI FACEBOOK BAGI TUJUAN DAKWAH
Ada pelbagai kaedah berdakwah menggunakan aplikasi sedia ada dalam Facebook. Ezry
Yusof, dalam artikelnya antara kaedah menyampaikan dakwah melalui Facebook adalah
seperti di bawah:15
(a) Jemput (invite) sasaran dakwah menyertai grup Facebook seperti ‘What is Islam’.
(Ada lebih 500 grup tentang ‘What is Islam’) atau dapatkan sokongan-sokongan
mereka daripada kumpulan-kumpulan yang ingin mengumpul tandatangan
seperti ‘Let’s collect 1,000,000 signatures to support the Palestinians in Gaza’
(Cadangan: Menyentuh emosi dan manipulasi perasaan bukan Muslim dengan
memberi kesedaran kepada mereka tentang khabar berita semasa seperti kematian
kanak-kanak di Gaza dan kekejaman Zionis)
(b) Berkongsi (muat naik) video-video berkenaan Islam atau apa sahaja berkait
dengan sains atau kemanusiaan yang akhirnya menyebabkan manusia
kembali mengingati akan kebesaran, kekuasaan dan keesaan Allah SWT.
(Cadangan: Video tokoh-tokoh cadangan dalam perbandingan agama: Dr. Zakir
Naik, Ahmad Deedat, Yusof Estes dan lain-lain)
(c) Menggunakan aplikasi nota ‘notes’ untuk menghantar catatan-catatan menarik
dan ‘tag’ mereka supaya mereka dapat membacanya. Kini, para pendakwah
dapat menyampaikan tazkirah melalui dinding (wall) akaun Faceboook serta
menyampaikan informasi mengenai Islam.
(d) Cipta kumpulan sendiri dan jemput (invite) rakan-rakan lain untuk menyertainya.
Adakan diskusi ilmiah tentang sesuatu topik yang bermanfaat. Jaga adab-adab
bertutur supaya mad’u tidak menjauhkan diri mereka daripada anda.
14 Nor Raudah Hj. Siren, Retorik Penulisan Dakwah, (Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 2013),
29-45
15 Ezry Yusof , “Dakwah Menggunakan Facebook” dalam Majalah I keluaran September 2009, Selangor:
Karangkraf
45
Media Baru dan Dakwah
DAKWAH FACEBOOK MELALUI STATUS UNTUK SYIAR
Dakwah melalui Facebook antaranya melalui tulisan status untuk syiar. Penulisan status
di dinding Facebook adalah perkara asas dan paling mudah dilakukan. Status di dinding
Facebook boleh berbentuk ayat al-Qur’an dan hadis mengajak kepada kebaikan. Malah,
status di Facebook juga boleh dimuatkan dengan kata-kata hukama’ dan ahli bijak pandai
dalam erti kata berkongsi ilmu dengan rakan Facebook yang lain. Ia dirasakan suatu
media dakwah yang paling mudah, cepat dan mudah untuk disebarkan (viral) sekiranya
mempunyai nilai ilmu yang bermanfaat.
Bual Bicara Dakwah (Chatting)
Malah, kemudahan bual (chatting) di Facebook boleh dimanfaatkan untuk bual bicara
malah usrah secara maya. Perbincangan atau chatting melalui aplikasi Facebook ini boleh
menghubungkan ahli usrah selagi ada capaian internet.
Aplikasi Nota dan Peristiwa bagi Tujuan Dakwah
Manakala aplikasi nota di dalam Facebook bakal memberi manfaat kepada massa
melalui perkongsian catatan nota dakwah. Menulis nota di ruangan Facebook sama seperti
menulis di blog. Kandungan nota yang mengandungi ajakan kepada kebaikan disulami
dengan hadis dan ayat al-Qur’an mengandungi elemen dakwah yang baik.
Manakala ruangan peristiwa (event) untuk tujuan dakwah dalam Facebook
merupakan satu lagi medium dakwah dalam laman sosial. Ajakan dan jemputan untuk
menghadiri majlis ilmu boleh sahaja dilaksanakan melalui Facebook. Ini menjadikan
misi dan berita program dakwah akan dapat disebarkan dengan lebih cepat, pantas dan
menyeluruh
RUMUSAN DAN PENUTUP
Berdasarkan kajian kepustakaan yang dibuat, multi fungsi facebook dapat digambarkan
seperti rajah berikut:
Media
dakwah
Nota , Multi Media
peristiwa Fungsi penulisan
video di Facebook dakwah
dalam
wall Dakwah
Chatting Rajah 1
untuk
dakwah
46
Media Baru dan Dakwah
Antara rumusan penting yang boleh diambil daripada kajian ini:
1. Kewujudan media baharu sebagai medan komunikasi sosial tidak hanya dilihat dari
sisi pandang keburukannya. Tetapi, ia harus juga dilihat bagaimanakah aplikasinya
memberikan manfaat kepada masyarakat.
2. Dakwah perlu sentiasa merujuk kepada perkembangan semasa. Pendakwah kini
harus maju ke hadapan dengan turut menjadikan laman sosial sebagai media
dakwah.
3. Dakwah harus mengambil kesempatan rancaknya perkembangan media baharu
untuk menyebarkan kebaikan dan mencegah kemungkaran. Untuk itu, para
pendakwah harus memahirkan diri dalam peggunaan aplikasi media sosial agar
dapat memaksimumkan penggunaannya bagi tujuan dakwah.
Justeru, dicadangkan perkara berikut sebagai cadangan dalam menjadikan facebook
sebagai media dakwah:
1. Organisasi pendidikan perlu memberi pendedahan melalui modul latihan
penggunaan media sosial sebagai media baharu dakwah.
2. Kesedaran perlu ditingkatkan agar masyarakat lebih aktif berkomunikasi dan
mengaplikasi facebook sebagai media menyebar kebaikan.
3. Perlu lebih banyak lagi bimbingan dan penerangan mengenai aplikasi penggunaan
media baharu bagi tujuan dakwah.
Semoga penyebaran dakwah akan terus subur dengan mengambil kira pendekatan lebih
segar dan menarik. Ianya dikira sebagai suatu keperluan dalam memastikan Islam dilihat
sebagai agama yang progresif dan berdaya saing.
47
Media Baru dan Dakwah
BIBLIOGRAFI
Clark, L., Hoover, S.& Rainie, L. Faith Online. Pew Internet and American Life Project.
Dicapai dari Http://www.pewinternet.org/Reports/2004/Faith-Online.aspx dicapai
pada 10 Oktober 2004
Ruzain Syukur b Mansor. Dakwah dan Teknologi Maklumat. Putrajaya: Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia, 2011
Rosmawati Mohamad Rasid. Mediamorphosis melalui Laman Web Sosial: dari
Perspektif Sasaran Dakwah Remaja”, dalam Muhamad Faisal Ashaari et al.(eds.),
Ustaz Google Dakwah Menerusi Teknologi Maklumat. Selangor: Jabatan
Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Universiti Kebangsaan Malaysia,2012
Vahlberg, Vivian. Fitting into their lives a survey of three studies about youth media
usage. Newspaper Association of America Foundation, http://www.naafoundation.
org , 22 Mac 2015
Jeniri Amir . Hukuman Berat Bendung Salah Guna Media Sosial”. Berita Harian, 21
Mac 2015, 27
Normah Mustaffa et al. Kebergantungan Internet dan Aktiviti Online Remaja Di Lembah
Kelang. Jurnal Momunikasi, Malaysian journal of Communication, Jil. 29 Bil. 1,
2013
Norhazlina Abd. Hamid et al. Penggunaan Facebook Di Kalangan Pelajar Lelaki Dan
Perempuan Pada Sekolah Menengah Di Zon Petaling Jaya Selatan” (Tesis Sarjana
Teknologi Pendidikan Universiti Putra Malaysia, 2015)
Nor Raudah Hj. Siren. Retorik Penulisan Dakwah. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti
Malaya, 2013
Ezry Yusof , “Dakwah Menggunakan Facebook” dalam Majalah I keluaran September
2009,
48
Media Baru dan Dakwah
PERANAN IBU BAPA TERHADAP PENGARUH MEDIA ELEKTRONIK KEPADA
ANAK REMAJA BERMASALAH PEMBELAJARAN
Azura Awang1, Yusmini Md. Yusoff2, Siti Fadhilah Zakaria3,
Norhana Mohd Salleh4
PENDAHULUAN
Pada umumnya, masyarakat mengetahui bahawa gejala sosial atau keruntuhan akhlak
remaja dalam kalangan umat Islam hari ini adalah berpunca daripada media elektronik.
Kewujudan sumber-sumber negatif seperti akhlak terkeji dalam filem, televisyen, internet,
CD, DVD dan sebagainya telah menimbulkan masalah yang serius kepada perkembangan
remaja muslim masa kini. Tidak dapat dinafikan, kemunculan media elektronik seperti
Astro sebagai contoh, dalam kehidupan masyarakat hari ini memberi kesan yang besar
khususnya di kalangan remaja. Astro adalah khidmat penyiaran berbayar yang mula
diperkenalkan pada tahun 1996.5
Khidmat penyiaran ini menghidangkan pelbagai jenis rancangan yang sebahagian
besarnya adalah program berbentuk hiburan dari artis-artis antarabangsa tanpa sekatan dan
batasan waktu. Masalah boleh menjadi semakin serius apabila ibu bapa tidak memainkan
peranan dan menjalankan tanggungjawab yang sewajarnya dalam aspek penerapan nilai-
nilai Islam kepada anak-anak. Paling membimbangkan apabila terdapat segelintir ibu bapa
yang membiarkan anak-anak mereka menonton rancangan hiburan di samping melayari
laman web atau menggunakan pelbagai aplikasi berasaskan internet tanpa bimbingan dan
kawalan yang sepatutnya. Menyediakan anak dengan telefon pintar berbekalkan kemudahan
internet juga menjadi tren ibu bapa dewasa kini. Kemudahan yang asalnya diberikan untuk
tujuan kebaikan mungkin boleh disalahguna oleh golongan remaja. Ibu bapa seharusnya
memberi ilmu dan maklumat yang sesuai dengan syariat Islam bagi memastikan anak-
anak remaja melalui perkembangan emosi, rohani dan intelektual yang seimbang. Peranan
ini penting bagi memastikan anak-anak tersebut dapat membezakan perlakuan-perlakuan
yang baik dan tidak baik dalam menjalani kehidupan seharian.
Media elektronik seperti televisyen, internet, telefon pintar dan sebagainya
amat besar pengaruhnya ke atas generasi muda sama ada pengaruh yang baik mahupun
sebaliknya.6 Pengaruh moral yang negatif ke atas remaja juga dikatakan berpunca daripada
media-media elektronik seperti ini. Ibu bapa yang merupakan pemegang amanah Allah
SWT bertanggungjawab memelihara dan mendidik generasi muda agar menjadi anak yang
soleh. Tanggungjawab ini termasuk kepada anak remaja yang mengalami ketidakupayaan
akal.
1 Pensyarah di Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Institut Pendidikan Guru, Kampus Pendidikan Islam,
Bangi, Selangor.
2 Pensyarah Kanan, Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam, Universiti
Malaya.
3 Calon Sarjana, Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
4 Calon Sarjana, Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
5 Haryati Abdul Karim. “Globalisasi, Penggunaan Media Dan Identiti Hibrid Di Kalangan Remaja
Malaysia”, Southeast Asia Psychology Journal”, Jil.1, (2014), 77
6 Ab. Halim Tamuri dan Zarin Ismail, “Hubungan Antara Pegangan Nilai Moral dengan Media Massa:
Tinjauan ke Atas Remaja Melayu Luar Bandar”, Sari 27 (2009). 199-212.
49
Media Baru dan Dakwah
Penemuan Suppiah Nachiappan et al.7 mendapati, anak remaja bermasalah
pembelajaran cenderung untuk mengalami masalah kesihatan mental kerana mereka
mempunyai kecerdasan IQ yang sederhana iaitu pada kadar 50-80. Faktor pengaruh
media elektronik yang negatif dan faktor ketidakupayaan akal anak remaja bermasalah
pembelajaran ini agak membimbangkan kerana mereka boleh terjebak dalam melakukan
kegiatan tidak bermoral seperti minum arak, bohsia, penyalahgunaan dadah, perzinaan dan
sebagainya. Zaleha Yaacob8 menegaskan, terdapat pelbagai gejala sosial yang melanda
remaja masa kini kesan daripada media elektronik seperti salah laku, keganasan, rogol, buli,
serangan, pelacuran dan sebagainya. Gejala ini juga dibimbangi berlaku dalam kalangan
anak remaja bermasalah pembelajaran.
Aspek keganasan dan seksual yang dipaparkan dalam media mampu memberi
kesan terhadap tingkah laku remaja bermasalah pembelajaran seperti fahaman seks yang
tidak halal, pornografi, kekerasan dan keganasan yang melampau dari nilai-nilai agama.9
Media elektronik yang sedia maklum berpengaruh banyak menonjolkan budaya yang
memperlihatkan pergaulan bebas, dan hedonisme iaitu minat terhadap hiburan yang
melampau, boleh menimbulkan masalah kepada perubahan tingkah laku, antisosial dan
jenayah dalam kalangan remaja.
Oleh itu, sesuai dengan perkembangan dunia teknologi maklumat, kajian ingin
melihat bagaimana ibu bapa boleh menggunakan medium yang digilai golongan remaja ini
ke arah kebaikan dan membendung sebarang anasir yang boleh merosakkan iman sebagai
usaha pembentukan generasi muslim yang taat kepada Allah S.W.T dan Rasul-Nya.
METODOLOGI KAJIAN
Kaedah pensampelan yang dipilih dalam menjalankan kajian ini ialah kaedah pensampelan
bertujuan. Kaedah pensampelan bertujuan (purposive sampling) ini dipilih dengan
merujuk kepada kumpulan informan ibu bapa yang mempunyai ciri-ciri yang sama iaitu
memiliki anak remaja bermasalah pembelajaran sebagai responden kajian ini.10 Kajian
kualitatif bersifat deskriptif ini menggunakan instrumen temubual mendalam (in-depth)
bagi memahami bagaimana ibu bapa iaitu informan kajian bertindak, berinteraksi dan
menjalankan kehidupan seharian bersama anak remaja bermasalah pembelajaran melalui
media elektronik dalam aspek penerapan nilai-nilai Islam.
Informan yang menjadi sampel kajian ini adalah ibu bapa beragama Islam yang
memiliki anak bermasalah pembelajaran kategori slow learner. Kesemua anak remaja
bermasalah pembelajaran informan ditempatkan dalam Program Integrasi Pendidikan
Khas, di Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras Jaya. Sampel ini bukan merupakan
sampel rawak tetapi dipilih sendiri oleh pengkaji. Sepanjang proses mendapatkan data,
teknik pensampelan bertujuan ini dikembangkan kepada pensampelan bola salji (snow ball
sampling). Persampelan ini berlaku apabila seorang informan yang menjadi sampel kajian
7 Suppiah Nachiappan et al., Pembelajaran dan Perkembangan Pelajar, Edisi Kedua. (Selangor : Oxford
Fajar Sdn Bhd., 2012), 76-77.
8 Zaleha Yaacob, “Pengaruh Keganasan dalam Media terhadap Tingkah laku Agresif Remaja,” (Disertasi
Ijazah Sarjana Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, 2010), 24-48.
9 Ibid.
10 Chua Yan Piaw, Kaedah Penyelidikan, Siri Kaedah dan Statistik Penyelidikan, Buku 1, Edisi 2,
(Selangor:Mc Graw Hill (Malaysia) Education, 2011), 226.
50