©SMKBSMeningkatkan Kemahiran Menulis Esei Sejarah Melalui “ Teknik Duit Tarik” dalam
kalangan Pelajar Tingkatan 1 Amanah Semasa Pandemik Covid-19
Disediakan oleh:
1. Mahmud bin Akoh
2. Ting Hie Kim
3. Suhada binti Nedri
4. Annie anak Chundang
5. Lydiawati binti Hasbi
6. Magdelene Malaysia anak Jamba
7. Chua Fen Nee
Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Sarikei,
Sarikei, Sarawak.
1
©SMKBS Abstrak
Kajian ini bertujuan meningkatkan kemahiran menulis dan menjawab soalan berbentuk esei mata
pelajaran Sejarah dalam kalangan murid tingkatan 1. Kajian ini dijalankan ke atas 25 orang responden
di kelas 1 Amanah di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Sarikei, Sarawak. Para penyelidik telah
membuat pemerhatian PdPc dan responden juga dikehendaki mengisi borang soal selidik bagi
mengenalpasti punca kelemahan menjawab soalan esei sejarah. Berdasarkan pemerhatian semasa PDPc,
kelemahan berpunca teknik menjawab salah dan kelemahan menyusun atur jawapan sejarah serta
hafalan terhada fakta sejarah lemah. Malahan analisa daripada soal selidik, mendapati kelemahan
utama respondens adalah mengemukakan fakta, huraian dan contoh mengikut kehendak sebenar soalan.
Bagi menangani masalah tersebut, Teknik Duit Tarik telah diperkenalkan. Pemerhatian dan soal selidik
telah dijalankan bagi melihat keberkesanan Teknik Duit Tarik dalam membantu meningkatkan teknik
menjawab soalan esei dalam kalangan responden. Melalui soal selidik dan pemerhatian yang dijalankan,
didapati bahawa majoriti daripada responden bersetuju dan menunjukkan respon positif terhadap
keberkesanan Teknik Duit Tarik. Seterusnya keputusan PBD Fasa 1 dan Fasa 2 telah dijalankan dan
dianalisis bagi melihat tahap perubahan peningkatan prestasi murid sebelum dan selepas Teknik Duit
Tarik diperkenalkan. Jelaslah bahawa, penggunaan Teknik Duit Tarik merupakan suatu inisiatif baharu
yang dapat dimanfaatkan dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah.
Kata Kunci : Sejarah Sekolah Menengah, Covid-19, Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR)
dan Teknik Duit Tarik.
2
©SMKBS Pengenalan
Penularan pandemik Covid 19 pada awal tahun 2020 telah mengubah landskap sistem
pendidikan di Malaysia. Sebelum ini, proses pengajaran dan pembelajaran serta pemudahcaraan
[PdPc] di semua peringkat sekolah lebih kepada kaedah bersemuka. Sebagai langkah mengelak
wabak ini menular daripada menjangkiti warga sekolah, pengajaran dan pembelajaran di
rumah[PdPR] dilaksanakan untuk menggantikan pembelajaran bersemuka sebelum ini. Kaedah
ini merupakan satu kaedah pembelajaran norma baharu bagi semua warga sekolah.
Apakah maksud pengajaran dan pembelajaran di rumah [PdPR] ? Pengajaran dan
Pembelajaran di Rumah (PdPR) adalah pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang dilaksanakan
di rumah atau pusat komuniti atau di mana-mana lokasi yang bersesuaian (KPM,2021). PdPR
boleh dilaksanakan dalam talian , luar talian atau secara off-site dengan berstruktur dan
terancang. Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) juga bertujuan membantu guru
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran alternatif dalam era pembelajaran norma
baharu.
Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan format baru iaitu Kurikulum
Standard Sekolah Menengah(KSSM) menggantikan Kurikum Bersepadu Sekolah Menengah
(KBSM) yang telah bermula pada tahun 2017. KSSM diperkenalkan kerana terdapat
keperluan untuk menjadikan Kurikulum Kebangsaan lebih holistik dan relevan selaras
dengan keperluan abad ke-21. Pelaksanaan KSSM pada tahun 2017 mengambil kira hasrat
PPPM yang melakarkan aspirasi murid bagi memenuhi keperluan negara (KPM, 2016).
Walau bagaimanapun, kekurangan sesi pembelajaran bersemuka menyukarkan pengkaji
untuk membimbing murid kepada format baharu untuk subjek sejarah. Malahan, para pelajar
berdepan kesukaran menjawab soalan sejarah khusunya soalan berbentuk esei. Penyelidik
mendapati, responden dari Tingkatan 1 Amanah mempunyai kekangan dan kelemahan ketara
untuk menjawab soalan esei sejarah. Sehubungan itu, pengkaji mendapat idea demi memudahkan
murid mengemukakan jawapan yang lebih berkualiti dan sistematik melalui kaedah permainan
berunsur Sejarah. Diharapkan penggunaan kaedah ini mampu meningkatkan keputusan Sejarah
dan menjadikan PdPc atau PdPR pengkaji lebih menyeronokkan pada masa akan datang.
Jadual 1 menunjukkan peratus pencapaian responden kajian bagi kelemahan menjwab
soalan berbentuk esei dalam Peperiksaan Pertengahan Penggal Pertama 2021. Berdasarkan
jadual tersebut, hanya seorang daripada responden kajian memperolehi markah 13/20 [65
peratus] dan 9 markah [45 peratus]. Manakala 3 orang responden mencapai 40 peratus dan 5
orang responden mencapai 30 peratus. Selebihnya mendapat markah 30 peratus. Seramai 4
orang responden gagal mendapat markah [0 markah]. Keputusan ini sangat membimbangkan
penyelidik dan menyebabkan penyelidik mencari inisiatif untuk mengatasi masalah ini.
3
Jadual 1: Markah Diperolehi Pelajar untuk Soalan Esei
dalam Peperiksaan Pertengahan Penggal Pertama 2021
Bil Responden Markah Soalan Esei Peratus [%]
1 Responden 1 0/20 0
2 Responden 2 6/20 30
3 Responden 3 0/20 0
4 Responden 4 6/10 30
5 Responden 5 8/20 40
6 Responden 6 2/20 10
©SMKBS
7 Responden 7 6/20 30
8 Responden 8 2/20 10
9 Responden 9 5/20 25
10 Responden 10 2/20 10
11 Responden 11 0/20 0
12 Responden 12 4/20 20
13 Responden 13 0/20 0
14 Responden 14 3/20 15
15 Responden 15 6/20 30
16 Responden 16 13/20 65
17 Responden 17 9/20 45
18 Responden 18 4/20 20
19 Responden 19 8/20 40
20 Responden 20 6/20 30
21 Responden 21 5/20 25
22 Responden 22 2/20 10
23 Responden 23 8/20 40
24 Responden 24 2/20 10
25 Responden 25 4/20 20
Hasil daripada tinjauan awal yang telah dijalankan, penyelidik telah mendapati terdapat
beberapa perkara yang telah mempengaruhi keputusan responden kajian untuk menjawab soalan
berbentuk esei. Didapati sebahagian besar responden tidak boleh mengemukakan fakta penting
berkaitan soalan yang disoal. Malahan, keupayaan responden untuk menghuraikan dan
mengemukakan contoh turut mempengaruhi kualiti jawapan. Jawapan dari responden juga tidak
menjawab kehendak sebenar soalan. Di samping itu, majoriti responden gagal menyusun atur
jawapan yang menyebabkan kehilangan banyak markah. Kelemahan-kelemahan ini jika tidak
diatasi pada peringkat awal akan mempengaruhi teknik menjawab esei dalam kalangan
responden pada masa-masa akan datang.
4
©SMKBS Penyataan masalah
Tinjauan awal mendapati masalah utama yang dihadapi dalam kalangan responden adalah
kelemahan menjawab soalan esei Sejarah dan jawapan yang tidak sistematik dan berstruktur.
Dapatan daripada Keputusan Peperiksaan Pertengahan Pertama menunjukkan majoriti
responden mencapai markah 50 peratus dan ke bawah. Pengkaji juga mendapati kualiti jawapan
dan aspek kesilapan teknikal semasa menjawab esei turut mempengaruhi markah responden.
Bahkan responden dilihat kurang membuat pembacaan buku teks Sejarah menyebabkan mereka
tidak berupaya mengingat fakta, huraian dan contoh. Keadaan ini menyebabkan perolehan
markah mereka sangat lemah dan terdapat segelintir murid tidak menjawab mengikut kehendak
sebenar soalan.
Dalam pelaksanaan kajian ini, pengkaji membuat tinjauan supaya masalah pembelajaran
dan pemudahcaraan dapat dikenal pasti. Sehubungan itu, pengkaji telah melakukan pemerhatian
awal terhadap sikap pelajar serta hasil kerja pelajar seperti buku nota dan buku latihan.
Berdasarkan pemerhatian tersebut, didapati pelajar agak pasif dan melakukan tugasan secara
sambil lewa. Hasil semakan terhadap buku nota dan latihan juga mendapati bahawa kebanyakan
pelajar tidak melengkap isi latihan mereka dengan sempurna. Pelajar juga tidak menyiapkan nota
walaupun bahan tersebut dibekalkan oleh guru mata pelajaran.
Selain itu, keputusan Peperiksaan Pertengahan Penggal Pertama tahun 2021 juga
menunjukkan prestasi yang kurang memberangsangkan terutama dalam bahagian penulisan esei.
Kebanyakan pelajar menjawab esei dalam bentuk isi penting sahaja tanpa menulis ayat lengkap.
Malahan tidak mampu menghurai atau menyatakan contoh yang relevan berkaitan soalan.
Permasalahan ini akan diberikan fokus oleh penyelidik dalam kajian ini.
Objektif Kajian
1. Meningkatkan kemahiran pelajar menjawab soalan esei sejarah.
2. Meningkatkan kualiti jawapan pelajar untuk menjawab soalan esei sejarah.
3. Menambah baik amalan PDPc guru dalam bilik darjah.
Soalan Kajian
1. Mengapakah pelajar tidak mampu menjawab soalan dalam bentuk esei dengan baik?
2. Adakah Teknik Duit Tarik mampu membantu pelajar 1 Amanah meningkatkan
kemahiran menjawab soalan esei sejarah?
3. Adakah terdapat perubahan sebelum dan selepas menjawab soalan esei Sejarah selepas
menggunakan Teknik Duit Tarik?
5
©SMKBS Tinjauan Literatur
Kaedah permainan dalam pengajaran dan pembelajaran bukanlah suatu yang asing.
Kaedah ini mendatangkan banyak manfaat dalam dunia pendidikan kini lebih-lebih lagi semasa
penularan Covid-19 iaitu semasa pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) giat
dijalankan.Hal ini kerana permainan yang dijalankan di kelas mempunyai pelbagai kelebihan
seperti peningkatan dalam pelibatan pelajar, pengekalan pengetahuan semasa sesi pembelajaran
dan wujudnya motivasi. Seterusnya, Horsley (2010) menyatakan kaedah ini juga dapat
mengenal pasti wujudnya hubungan antara teori dan amalan. Hasil dapatan Pan dan Tang (2004)
mendapati keberkesanan kaedah pengajaran (permainan) adalah suatu inovasi yang berpotensi
mengurangkan kadar kerisauan pelajar terhadap sesuatu mata pelajaran. Oleh itu, pengurangan
kerisauan ini dilihat berupaya meningkatkan pemindahan pengetahuan semasa sesi permainan
diadakan.
Kaedah penerangan secara langsung agak membosankan dalam pengajaran dan
pembelajaran Sejarah di sekolah terutama dalam kalangan pelajar yang bermasalah untuk
mengikuti pembelajaran. Hal ini menuntut para guru bersikap lebih kreatif dalam
membentuk suasana belajar yang lebih menarik. Sehubungan itu, guru hendaklah membentuk
pengalaman bilik darjah yang boleh memaksimumkan proses pengajaran dan pembelajaran.
Kajian oleh Rahil dan Habibah (2007) jelas menunjukkan perkaitan bahawa tindakan drastik
guru Sejarah amat diperlukan untuk mengembalikan minat dan tumpuan pelajar. Selain itu, guru
sejarah perlu mengubah suai corak pembelajaran dan pemudahcaraan serta mengambil inisiatif
ke arah meningkatkan pemahaman dan penglibatan pelajar secara menyeluruh. Langkah ini
selaras dengan kajian yang telah dilakukan oleh Mohd Shahrani dan Zainal (2008) yang
menyatakan bahawa guru merupakan tenaga pengajar atau pembimbing kepada para pelajar di
sekolah. Oleh itu, guru perlu lebih cakna dan bertanggungjawab mewujudkan suatu perubahan
yang bermakna kepada para pelajar. Tambahan, penularan pandemik Covid-19 telah mengubah
corak pembelajaran daripada bersemuka di sekolah kepada pembelajaran dan pengajaran di
rumah (PdPR).
Sehubungan itu, Yahya Buntat dan Lailimanita Ahmad (2011) sependapat menyatakan
guru-guru yang kreatif dan inovatif berperanan penting membawa perubahan semasa PdPR
untuk mencapai kecemerlangan dalam pendidikan. Dalam konteks kajian ini, pengkaji akan
memperkenalkan satu teknik alternatif bercorak permainan untuk menggalakkan penglibatan
aktif dalam kalangan pelajar Tingkatan Satu bagi mata pelajaran Sejarah. Pengkaji juga berharap
agar teknik ini dapat dijadikan landasan untuk berkongsi maklumat dan memupuk nilai
kerjasama sejajar dengan Standard 4.6 dalam SKPMg2 iaitu murid sebagai pembelajar aktif.
Kamariah Abu Bakar (2009) berpendapat kebanyakan guru bersikap positif terhadap pentingnya
aktiviti permainan diguna pakai dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Pendapat ini turut
disokong oleh Lim Carol dan Amir Hamzah (2012) yang menyifatkan permainan merupakan
kaedah terbaik bagi meneguhkan pembelajaran seterusnya memupuk perkembangan individu.
6
©SMKBS Secara amnya, kaedah permainan juga boleh membantu guru mencari alternatif baharu ke
arah mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran menarik melalui pelibatan murid.
Norazimah (2007) menambah perancangan yang dilakukan dengan rapi sebelum dan semasa
juga membantu menjayakan kaedah permainan ini. Selain itu, kaedah permainan dapat
membantu guru dan murid berinteraksi dengan lebih muda kerana bersifat positif. Hal ini
dikukuhkan dengan kajian oleh Henderson (2005) iaitu murid akan memperoleh pengalaman
belajar yang menyeronokkan berbanding dengan kaedah tradisional. Henderson menegaskan
bahawa kaedah permainan turut mewujudkan situasi pembelajaran yang menguntungkan kerana
murid mendapat pengetahuan , kemahiran, latihan untuk menghadapi masa depan serta
menyemak kandungan pembelajaran sekaligus meningkatkan pengetahuan mereka. Oleh yang
demikian, Pivec (2007) dalam hasil dapatan Pivec, Dzianbenko dan Kearney (2005) menyatakan
bahawa kaedah permainan boleh membantu mewujudkan dialog dan memecah / merentas
sempadan sosial dan budaya. Akhir sekali, permainan juga boleh digunakan untuk
membangunkan peribadi serta meningkatkan keyakinan dalam diri pemain itu sendiri.
Metodologi Kajian
Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan beberapa kaedah seperti berikut:
Pemerhatian
Dalam kajian penyelidikan ini, jenis pemerhatian yang digunakan adalah pemerhatian
berstruktur. Pemerhatian perlulah dijalankan secara sistematik semasa pembelajaran dalam kelas
dan secara atas talian. Kaedah pemerhatian telah dijalankan sebanyak 3 kali ke atas 25 orang
responden dari tingkatan 1 Amanah. Pemerhatian pertama telah dijalankan semasa kelas
bersemuka Sejarah untuk mengenalpasti punca kelemahan pelajar menjawab soalan esei sejarah.
Manakala pemerhatian kedua dan ketiga telah dijalankan secara atas talian iaitu selepas teknik
permainan diperkenalkan. Ia bertujuan melihat kesan atau perubahan daripada aplikasi
pelaksanaan Teknik Duit Tarik. Semasa menjalankan pemerhatian secara dalam talian (Google
Meet), pengkaji telah memerhati dan membuat catatan pada borang pemerhatian. Aspek
pemerhatian merangkumi tingkah laku, hasil tugasan dan pelibatan murid dalam pelaksanaan
aktiviti.
Soal selidik
Soal selidik menggunakan Google Form yang memerlukan responden mengisi berdasarkan
pemahaman kendiri. Responden akan membuat penandaan yang sesuai dalam borang soal selidik
yang diedarkan secara dalam talian iaitu sebelum pengaplikasian teknik bagi mengetahui
persepsi atau minat responden menjawab soalan esei sejarah. Borang soal selidik diberikan
kepada responden setelah selesai proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan Teknik Duit
Tarik. Dapatan daripada Google Form akan membantu guru mengetahui dan mengenal pasti
tahap pemahaman dan penguasaan murid menggunakan Teknik Duit Tarik untuk menjawab
7
©SMKBSsoalan esei sejarah. Semasa menjawab soal selidik ini, responden perlu memilih dan menanda
pada ruangan yang dirasakan sesuai.
Pentaksiran Bilik Darjah [PBD]
Pentaksiran merupakan elemen penting dalam semua proses pengajaran dan
pembelajaran kerana ia membantu dalam pembelajaran seseorang pelajar. Vincent Pang dan
Dennis Lajium (2017) berpendapat elemen pentaksiran membantu meningkatkan keberkesanan
pengajaran seseorang pendidik. Sehubungan dengan itu, pengkaji telah menggunakan keputusan
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) untuk mengukur tahap pencapaian responden. PBD telah
dijalankan pada bulan Mac dan bulan Jun tahun 2021. Dapatan daripada PBD telah
dimanfaatkan oleh pengkaji untuk mendapatkan maklumat pencapaian responden sebelum dan
selepas penggunaan Teknik Duit Tarik dilaksanakan.
Dapatan kajian
Untuk menjawab persoalan mengapakah pelajar tidak mampu menjawab soalan dalam
bentuk esei dengan baik?. Untuk mendapatkan data ini lebih terperinci, pengkaji menggunakan
kaedah soal selidik untuk mendapatkan respons langsung daripada responden. Keupayaan
responden menjawab soalan berbentuk esei membantu mendapatkan markah yang lebih baik. Hal
ini kerana bahagian esei menyumbang markah besar untuk keseluruhan markah sejarah pelajar.
Berdasarkan graf 1, untuk item 1 hingga 5, kebanyakan responden sukar menerang atau
menghuraikan fakta iaitu sebanyak 64.3%. Terdapat 7 orang responden bagi item 3 Tidak faham
kehendak sebenar soalan esei iaitu sebanyak 50%. Manakala seramai 4 orang responden (28.6%)
untuk item 1 tidak ingat fakta berkaitan soalan dan 14.3% atau 2 orang responden bagi item 4
lain-lain kelemahan. Seterusnya terdapat seorang responden ( 7.1%) bagi item 5 nyatakan dan
item 6 mengingat fakta yang salah untuk menjawab soalan esei.
8
©SMKBS
Graf 1: Kelemahan Pelajar Menjawab Soalan Esei Sejarah
Penyelidik menggunakan kaedah persoalan langsung semasa kelas PdPR bagi menjawab
persoalan kedua iaitu Adakah Teknik Duit Tarik membantu pelajarmeningkatkan kemahiran
menjawab soalan esei sejarah dalam kalangan pelajar 1A? Penyelidik menyusuli dengan soal
selidik bagi memperoleh data yang lebih tepat. Soal selidik mempunyai empat pilihan item yang
berkaitan manfaat Teknik Duit Tarik. Responden perlu memilih item mengikuti pemahaman
sendiri.
Graf 2: Manfaat Teknik Duit Tarik untuk Menjawab Soalan Esei
9
Terdapat 10 orang responden (71.4%) daripada data Graf 2 adalah memilih item A iaitu
menyusun fakta, huraian dan contoh secara teratur. Manakala item C iaitu membantu menulis
esei dalam bentuk perenggan adalah kedua tinggi iaitu seramai 9 orang responden (64.3%)
memilih penyataan ini. Seterusnya, seramai 8 orang responden (57.1%) bagi item B iaitu mudah
mengingat fakta, huraian dan contoh. Item D manfaat untuk mengesan jumlah jawapan
mengikut peruntukan markah mempunyai 4 responden (28.6%) dan 2 orang responden (14.3%)
adalah lain manfaat.
Bagi menjawab soalan ketiga iaitu Adakah terdapat perubahan sebelum dan selepas
menjawab soalaan esei Sejarah selepas menggunakan Teknik Duit Tarik. Penyelidik
menggunakan perbandingan keputusan Pentaksiran Bilik Darjah [PBD] fasa 1 dan fasa 2.
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan pentaksiran yang berterusan dalam sesi pengajaran
dan pembelajaran bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan
pencapaian murid. PBD berlaku secara formatif dan sumatif sebagai pembelajaran, untuk
pembelajaran dan tentang pembelajaran. Penyelidik membandingkan hasil tugasan sebelum dan
selepas teknik ini digunakan semasa pelaksanaan PdPr.
©SMKBS
Jadual 2: Keputusan Pentaksiran Bilik Darjah [PBD] Fasa 1]
Bil Responden Keputusan
PBD
1 Responden 1 2
2 Responden 2 3
3 Responden 3 4
4 Responden 4 4
5 Responden 5 4
6 Responden 6 4
7 Responden 7 3
8 Responden 8 3
9 Responden 9 3
10 Responden 10 4
11 Responden 11 2
12 Responden 12 3
13 Responden 13 3
14 Responden 14 4
15 Responden 15 3
16 Responden 16 3
17 Responden 17 3
18 Responden 18 5
19 Responden 19 4
20 Responden 20 4
21 Responden 21 4
10
22 Responden 22 3
23 Responden 23 4
24 Responden 24 2
25 Responden 25 3
Sebelum penyelidik memperkenalkan kaedah Teknik Duit Tarik kepada responden,
majoriti tahap penguasaan responden berada di lingkungan TP 2 hingga TP 4 . Hanya terdapat
seorang responden mencapai TP 5 berdasarkan penghantaran tugasan dan penglibatan aktif
melalui pelbagai pentaksiran semasa pdpr. Seramai 10 orang responden telah mencapai TP 4 , 10
orang responden adalah TP 3. Akhir sekali, seramai 2 responden mencapai TP 2
©SMKBSJadual 2: Keputusan Pentaksiran Bilik Darjah [PBD] Fasa 2
Bil Responden Markah PBD
1 Responden 1 3
2 Responden 2 4
3 Responden 3 4
4 Responden 4 5
5 Responden 5 5
6 Responden 6 5
7 Responden 7 4
8 Responden 8 4
9 Responden 9 5
10 Responden 10 4
11 Responden 11 4
12 Responden 12 5
13 Responden 13 3
14 Responden 14 4
15 Responden 15 4
16 Responden 16 4
17 Responden 17 4
18 Responden 18 5
19 Responden 19 4
20 Responden 20 5
21 Responden 21 5
22 Responden 22 4
23 Responden 23 4
24 Responden 24 4
25 Responden 25 5
11
©SMKBS Pengenalan teknik Duit Tarik oleh pengkaji menampakkan hasil jika merujuk kepada
keputusan PBD Fasa 2. Berdasarkan jadual di atas, terdapat peningkatan keputusan PBD bagi
responden jika dibandingkan dengan fasa 1. Seramai 8 orang responden telah mencapai TP 5
manakala TP 4 adalah seramai 14 orang responden. Seramai 2 orang responden mencapai TP 2.
Penyelidik mendapati peningkatan pencapaian PBD berpunca daripada sikap pelajar yang
semakin serius terhadap Pdpr. Selain itu, penyelidik juga mendapati kualiti jawapan pelajar
terhadap soaalan esei lebih baik berbanding sebelum teknik berkenaan digunakan.
Perbincangan
Berdasarkan Model Gelung Kajian Tindakan (Kemmis dan McTaggart, 1988), guru
menjalankan refleksi ke atas satu-satu isu pengajaran dan pembelajaran yang hendak ditangani.
Kemudian guru akan menyediakan satu pelan yang sesuai untuk mengatasi masalah tersebut.
Dalam konteks kajian ini, pengkaji akan mengguna pakai teknik ‘Duit Tarik’ untuk mengatasi
kelemahan pelajar dalam menulis esei.
Justeru, idea untuk menggunakan teknik ‘Duit Tarik’ diharap dapat menarik minat murid
dalam menulis esei Sejarah. Idea ‘Duit Tarik’ telah diaplikasi daripada penghasilan kek harijadi
yang mengandungi kotak berisi wang yang dapat ditarik dan ia semakin tular dalam masyarakat
kini. Dalam konteks kajian ini, spesimen wang akan dijadikan ganjaran dan keratan nota atau
maklumat penting yang ditarik dari kotak dimanfaatkan dalam penulisan esei Sejarah.
Tambahan, reka bentuk asal kotak duit tarik akan membantu menarik perhatian murid sekaligus
memberikan nilai tambah dan keseronokan kepada murid.
Pengkaji telah merumuskan keseluruhan hasil dapatan bagi ketiga-tiga soalan kajian.
Hasil dapatan kajian membuktikan bahawa Teknik ‘Duit Tarik’membantu dalam peningkatan
markah dalam penulisan esei Sejarah.
Hasil soal selidik yang dijalankan mendapati bahawa punca utama yang menyebabkan
masalah responden khususnya dalam penulisan esei Sejarah adalah kerana guru tidak
menggunakan kepelbagaian teknik pengajaran yang mampu menarik minat mereka dan sekaligus
meningkatkan kefahaman mereka. Berdasarkan soal selidik yang dijalankan bagi mengetahui
manfaat penggunaan Teknik ‘Duit Tarik’ iaitu item A, hampir keseluruhan daripada responden
bersetuju menggunakan Teknik ini memudahkan responden menyusun fakta, huraian dan contoh
dalam penulisan esei Sejarah. Hal ini demikian kerana teknik yang biasa digunakan oleh guru
semasa mengajar subjek Sejarah adalah dengan menggunakan kaedah konvensional iaitu
penerangan sahaja. Terdapat juga aktiviti yang dijalankan secara berkumpulan bagi topik-topik
tertentu yang memerlukan perbincangan di antara responden.
12
©SMKBS Mata pelajaran Sejarah adalah mata pelajaran yang memerlukan responden belajar secara
hands on kerana ia banyak melibatkan pemahaman. Oleh itu, sekiranya guru masih mengajar
menggunakan kaedah konvensional, sudah tentu murid akan kurang memahami isi pelajaran
yang disampaikan. Sekiranya dilihat pada analisis soal selidik 1 item 2 iaitu “sukar menerangkan
atau menghuraikan fakta‟, hasil analisis mendapati bahawa majoriti daripada responden
bersetuju dengan penyataan tersebut. Hal ini bermakna, penulisan esei mata pelajaran Sejarah
bukanlah satu cabaran besar bagi responden tetapi tiadanya pengaplikasian teknik menarik oleh
guru menyebabkan responden sukar untuk memperoleh markah tinggi dalam bahagian esei
Sejarah. Dengan kata lain, guru tidak berperanan sebagai pemudah cara yang dapat memudahkan
kefahaman responden.
Berdasarkan soal selidik yang dijalankan selepas rawatan, responden lebih memahami
topik yang diajar dengan menggunakan Teknik ‘Duit Tarik’ yang dijalankan. Selain itu,
responden juga menggemari Teknik ‘Duit Tarik’ kerana ia menghiburkan. Berdasarkan soal
selidik juga, responden dapat mengingati fakta,huraian dan contoh dengan melibatkan diri
dengan aktif serta mampu menjawab soalan dengan lebih yakin dalam bahagian esei. Sekiranya
dilihat daripada pencapaian PBD pula, terdapat perubahan tahap penguasaan PBD bagi
responden sebelum dan selepas rawatan dijalankan. Selepas Teknik ‘Duit Tarik’ diperkenalkan,
responden lebih menumpukan perhatian dan melibatkan diri secara aktif dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, responden juga berupaya menjawab soalan yang
diajukan dengan baik. Latihan pengukuhan juga dapat disiapkan dengan baik berbanding
sebelum menjalankan rawatan.
Dapatan daripada hasil analisis mendapati bahawa terdapatnya peningkatan sebelum dan
selepas. Responden yang memperoleh TP 5 telah meningkat dari sebelum rawatan seorang
kepada 8 orang selepas rawatan. Manakala bagi TP 4 pula bilangan responden meningkat dari
10 orang kepada 14 orang selepas Teknik ‘Duit Tarik’diperkenalkan.
Secara kesimpulannya, prestasi pencapaian responden dalam penulisan bahagian esei
Sejarah telah mengalami peningkatan sekiranya dibuat perbandingan sebelum dan selepas
rawatan dijalankan. Ini bermakna, Teknik ‘Duit Tarik’yang dijalankan telah membantu dalam
meningkatkan kefahaman responden dalam penulisan esei Sejarah.
Rumusan
Sememangnya, penularan pandemik covid-19 dan pelaksanaan PdPR telah memberi
cabaran kepada para pengkaji menjayakan kajian ini. Pengkaji banyak mendapatkan maklumat
berdasarkan pelibatan dan respons murid khususnya melalui PdPR dan tugasan yang dihantar.
Bagi mengukuhkan data yang diperolehi, penyelidik menyusuli dengan soal selidik dan
pertanyaan secara maya [Google Meet). Isu kehadiran, capaian internet dan bahan di rumah
yang terhad merupakan kekangan yang dihadapi oleh pengkaji. Namun, responden sangat kreatif
13
©SMKBSdan berusaha untuk menggunakan Teknik Duit Tarik untuk meningkatkan kemahiran menjawab
soalan berbentuk esei.
Dapatan kajian yang dilakukan oleh pengkaji mendapati bahawa Teknik Duit Tarik
banyak membantu murid menyusun atur jawapan esei mereka, membantu mengingat fakta dan
penyediaan peralatan agak mudah serta menyeronokkan. Pembelajaran sebegini mampu
menjadikan PdPc yang akan dijalankan oleh pengkaji pada masa akan datang lebih
menyakinkan. Hal ini demikian kerana berpusatkan pelajar, mengandungi elemen kreatif dan
inovatif serta mengetengahkan unsur berfikir aras tinggi (KBAT) dalam kalangan murid.
Dengan pengenalan kaedah berunsur permainan yang kreatif dan inovatif seperti Teknik Duit
Tarik diharapkan dapat menangkis stigma terhadap subjek Sejarah yang kerap dianggap
membosankan dalam kalangan pelajar. Pengkaji lain seperti Shahril @ Charil (2005) telah
menyokong bahawa amalan PdPc guru yang berkesan bergantung kepada keupayaan guru
mempelbagaikan kaedah pengajaran, penyediaan bahan bantu mengajar (BBM) yang inovatif
serta mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam mata pelajaran yang diajar. Sehubungan
itu, guru hendaklah sentiasa bersikap kreatif, inovatif dan berusaha mengaplikasikan elemen
Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21) dalam merancang serta menjayakan proses pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan dan menyeronokkan .
Secara kesimpulannya, prestasi pencapaian responden telah menunjukkan peningkatan
sekiranya dibuat perbandingan sebelum dan selepas ‘rawatan’ dijalankan. Jika sebelum
pengenalan teknik ini, ketara kelemahan responden menjawab soalan esei. Namun, perubahan
dan peningkatan cara menjawab esei mula menampakkan hasil selepas kaedah ini diperkenalkan.
Ini bermakna, Teknik Duit Tarik yang dijalankan telah membantu dalam meningkatkan
kemahiran pelajar-pelajar menjawab soalan esei sejarah. Oleh itu, pengkaji akan memanfaat dan
berkongsi hasil dapatan ini dengan rakan guru di sekolah.
14
©SMKBS Bibliografi
Horsley, T. L. (2010). Education Theory and Classroom Games : Increasing Knowledge and Fun
in the Classroom. The Journal of Nursing Education, 49(6), 363-364.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2016). Buku Penerangan Kurikulum Standard Sekolah
Menengah. Kuala Lumpur : Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2021). Manual Pengajaran dan Pembelajaran Versi 2. Kuala
Lumpur.
Lim Caro & Amir Hamzah Sharaai. (2012). Perbandingan Kaedah Menggunakan Kad
Permainan dan Buku Besar bagi Meningkatkan Pencapaian Murid Tahun 4 dalam Topik
Penyesuaian Tumbuhan terhadap Cuaca Melampau. Paper presented at the Kertas kerja
Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012. , Anjuran Isntitut
Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang.
Mohd Shahrani Ahmad dan Zainal Madon (2008). Tip Pandai Belajar. Selangor: PTS Millennia
Sdn Berhad.
Norazimah Mohamad Tarmizi (2007). Keberkesanan Kaedah Permainan dalam Meningkatkan
Penguasaan Penulisan Persamaan Kimia. Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Dengan Kepujian
(Sains). Perak : Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Pivec, M. (2007). Editorial : Play and Learn : Potentials of Game-based Learning. British
Journal of Educational Technology,38(3), 387-393.
Rahil Mahyudin dan Habibah Elias (2007). Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan. Selangor :
Karisma Publications Sdn Bhd.
Shahril @ Charil Hj Marzuki. (2005). Amalan Pengajaran Guru yang Berkesan:Kajian di
Beberapa Sekolah Menengah di Malaysia. Retrieved from
www.ipbl.edu.my/BM/penyelidikan/seminarpapers/2005/shahrilUM.pdf
Vincent Pang dan Dennis Lajium (2017), Pentaksiran Bilik Darjah, Sabah : Universiti Malaysia
Sabah.
15
©SMKBSGambar
16
©SMKBS
17
©SMKBS
18