PENYELIDIKAN PENDIDIKAN SMK BANDAR SARIKEI Download PDF
  • 21
  • 3
Meningkatkan Kemahiran Menulis Esei Sejarah Melalui “ Teknik Duit Tarik” dalam kalangan Pelajar Tingkatan 1 Amanah Semasa Pandemik Covid-19
Kajian ini bertujuan meningkatkan kemahiran menulis dan menjawab soalan berbentuk esei mata pelajaran Sejarah dalam kalangan murid tingkatan 1. Kajian ini dijalankan ke atas 25 orang responden di kelas 1 Amanah di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Sarikei, Sarawak. Para penyelidik telah membuat pemerhatian PdPc dan responden juga dikehendaki mengisi borang soal selidik bagi mengenalpasti punca kelemahan menjawab soalan esei sejarah. Berdasarkan pemerhatian semasa PDPc, kelemahan berpunca teknik menjawab salah dan kelemahan menyusun atur jawapan sejarah serta hafalan terhada fakta sejarah lemah. Malahan analisa daripada soal selidik, mendapati kelemahan utama respondens adalah mengemukakan fakta, huraian dan contoh mengikut kehendak sebenar soalan. Bagi menangani masalah tersebut, Teknik Duit Tarik telah diperkenalkan. Pemerhatian dan soal selidik telah dijalankan bagi melihat keberkesanan Teknik Duit Tarik dalam membantu meningkatkan teknik menjawab soalan esei dalam kalangan responden. Melalui soal selidik dan pemerhatian yang dijalankan, didapati bahawa majoriti daripada responden bersetuju dan menunjukkan respon positif terhadap keberkesanan Teknik Duit Tarik. Seterusnya keputusan PBD Fasa 1 dan Fasa 2 telah dijalankan dan dianalisis bagi melihat tahap perubahan peningkatan prestasi murid sebelum dan selepas Teknik Duit Tarik diperkenalkan. Jelaslah bahawa, penggunaan Teknik Duit Tarik merupakan suatu inisiatif baharu yang dapat dimanfaatkan dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah
View Text Version Category : 22
  • Follow
  • 0
  • Embed
  • Share
  • Upload
Related publications