PENGGUNAAN TEKNIK “PAIR SHARE QUIZ” DALAM MENGUASAI
PENULISAN ESEI BERPANDUKAN GAMBAR RAJAH SUBJEK EKONOMI T.6
KELAS 6B2
Lu Hung King, Guru Akademik T.6
SMK Bandar Sarikei
Abstrak
Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah pelajar dalam menjawab soalan esei Ekonomi Semester
1 iaitu Mikroekonomi yang dihadapi oleh murid Tingkatan enam dalam Bab 2 Pasaran Barang dan
Harga. Kajian ini melibatkan seramai 24 orang murid. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui soal
selidik dan pemerhatian dan ujian pra. Hasil tinjauan menunjukkan murid lemah dalam penulisan esei
berbantukan gambar rajah. Perancangan tindakan difokuskan kepada amalan Teknik Pair Share Quiz
untuk meningkatkan penguasaan penulisan esei murid dalam menganalisis kehendak soalan esei yang
berdasarkan gambar rajah dan kajian ini telah diselesaikan dalam tempoh 3 minggu. Keputusan ujian
pos telah menunjukkan peningkatan prestasi Murid. Dapatan kajian menunjukkan murid lebih yakin
Ssamasa menjawab soalan esei yang berbantukan gambar rajah.
Kata kunci: Teknik Pair Share Quiz, Pedagogi Abad-21
BPengenalan
Pencapaian para murid dalam mata pelajaran ekonomi Tingkatan 6 Semester 1 adalah tidak
memuaskan dalam STPM 2020, iaitu hanya mencapai kelulusan 51.02%. Bagi meningkatkan
Kperatus kelulusan, pihak sekolah melalui penyelaras subjek Mata Pelajaran telah menjalankan
pelbagai langkah seperti mendedahkan para pelajar teknik menjawab soalan berdasarkan
soalan-soalan STPM yang lepas dan kelas tambahan. Masalah yang dikenal pasti antaranya
sikap para murid yang malas membaca, tidak menguasai tema dan tidak menguasai teknik
Mmenjawab dengan tepat. Kegagalan para murid menguasai tema menyebabkan mereka tidak
dapat menjawab soalan esei mengikut kehendak soalan. Hasil daripada pemeriksaan kertas
ujian dan peperiksaan mendapati para murid sering kali mencampuradukkan huraian jawapan
mereka dengan fakta dan bukan fakta.
SPenyataan Masalah
©Pengkaji telah menganalisis soalan-soalan tahun lepas Mikroekonomi Semester 1 STPM dan
mendapati bahawa Bab 2 Pasaran Barang dan Harga merupakan soalan sangat popular dalam
Semester 1. Peruntukan markah bagi subtajuk ini adalah seperti berikut:
Jadual 1 : Peruntukan markah
Tahun Wajaran markah (%)
2016 33.33%
2017 33.33%
2018 33.33%
2019 33.33%
2020 33.33%
Jika murid dapat menjawab semua soalan bagi Bab 2 Pasaran Barang dan Harga dengan
tepat, peluang mencapai keputusan cemerlang dalam Ekonomi STPM adalah cerah.
Masalah utama yang dihadapi murid adalah menganalisis kesan perubahan permintaan
dan penawaran terhadap keseimbangan pasaran barang. Murid gagal menganalisis kehendak
soalan dan menghuraikannya berdasarkan fakta dan konsep ekonomi dengan menggunakan
gambar rajah.
Lantaran itu, pengkaji yakin bahawa penggunaan Teknik Pair Share Quiz dapat
membantu murid untuk menguasai penulisan soalan esei yang berbantukan gambar rajah dalam
Bab 2 Pasaran Barang dan Harga, Mikroekonomi Semester 1.
Objektif Kajian
Objektif Am
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran penguasaan penulisan soalan esei
ekonomi berbantukan gambar rajah dalam Bab 2 Pasaran Barang dan Harga.
SObjektif Khusus
1. Meningkatkan peratus kelulusan penilaian ujian pos sebanyak 30% berbanding ujian pra .
2. Murid dapat melukis gambar rajah mengikut kehendak soalan esei dengan tepat.
B3. Murid dapat mengingati fakta dan konsep ekonomi dengan mudah.
4. Murid dapat memberi huraian soalan esei berbantukan gambar rajah dengan tepat.
KSoalan Kajian
MJadual 2 Soalan dan refleksi bagi Inkuiri Kendiri kajian
Pengkaji telah membuat soalan inkuiri kendiri berdasarkan kepada pemerhatian atau isu yang
dihadapi. Sebelum kajian dijalankan, beberapa soalan kajian telah diwujudkan bagi
memastikan kajian yang dijalankan dapat mencapai objektifnya.
S1 Apakah wajaran markah bagi Bab Sebanyak 33.33% soalan esei dalam Bab 2
Bil. Inkuiri kendiri Refleksi
©2 Mengapa muird tidak memahami Subtopik diasingkan dan dihuraikan secara
2 pasaran barang dan harga dalam pasaran Barang dan Harga yang dikeluarkan
Bahagian B soalan esei, semester dari tahun 2016 hingga tahun 2020.
1, STPM?
kaedah atau teknik yang terdapat terperinci dalam buku teks telah merumitkan
dalam buku teks? lagi kefahaman murid.
3 Apa perlu saya buat untuk murid Pengkaji merumuskan satu kaedah yang lebih
memahami kaedah ini? Bolehkah mudah dalam PdPc untuk meningkatkan
saya menggunakan kaedah lain kefahaman murid yang meliputi 3 aspek iaitu
yang bersesuaian dengan tahap kenalpasti kehendak soalan, fakta dan konsep
kebolehan murid saya? dan gambar rajah.
4 Bagaimana saya boleh tingkatkan Pengkaji akan menggunakan intervensi yang
kaedah pengajaran saya supaya melibatkan murid secara keseluruhan dalam
mereka lebih faham? usaha meningkatkan kefahaman fakta dan
konsep ekonomi.
5 Adakah BBM amat perlu bagi Ya, BBM yang disediakan lebih ringkas dan
PdP topik ini? Mengapa? padat dan sesuai dengan tahap kefahaman
murid kelas 6B2.
Tinjauan Literatur
Sebelum membuat perancangan, kajian tinjauan awal diberikan bagi mengumpul data tentang
masalah kajian. Bentuk tinjauan awal berdasarkan soal selidik. Para murid diberikan 6 item
SBil Pernyataan
1 Tidak membaca
2 Membaca tetapi tidak mengingati fakta dan konsep
Bekonomi
3 Tidak berminat dengan mata pelajaran ekonomi
4 Pelajar berminat, tetapi perlu mengingati banyak
fakta dan konsep ekonomi
K5 Tidak menguasai kemahiran melukis gambar rajah
6 Pengajaran dan pembelajaran kurang berkesan
soalan tentang permasalahan mereka dalam menjawab soalan esei yang berbantukan gambar
rajah. (Sila rujuk lampiran A). Berdasarkan data maklumat soal selidik yang diperoleh terdapat
beberapa masalah yang dikenal pasti seperti:
Jadual 3 Dapatan tinjauan awal
Bilangan Pelajar
2
23
0
22
11
2
Daripada 6 item soalan yang diberi didapati 23 orang murid yang membaca tetapi tidak
mengingati fakta dan konsep ekonomi. Ini diikuti dengan 22 orang murid yang berminat tetapi
Mperlu mengingati banyak fakta dan konsep ekonomi. Akhir sekali, terdapat 11 orang murid
yang tidak menguasai kemahiran melukis gambar rajah. Oleh itu, fokus kajian ini adalah
penggunaan Teknik Pair Share Quiz untuk meningkatkan kemahiran pelajar dalam menjawab
soalan esei yang berbantukan gambar rajah.
©SMetodologi Kajian
Kajian yang dilakukan ini melibatkan penggunaan sumber data primer yang dibuat berdasarkan
pemerhatian, ujian pra dan ujian pos, dan soal selidik.
Pemerhatian
Pengkaji telah membuat pemerhatian ke atas tingkah laku murid semasa proses pengajaran dan
pemudahcaraan berlangsung sebelum dan selepas kajian dijalankan. Sebelum kajian, para
murid kurang berkeyakinan untuk memberikan jawapan ketika disoal oleh guru. Kurang
keyakinan, jawapan tidak tepat , tidak memahami kehendak soalan, huraian fakta dan isi
tidak selaras dengan konsep ekonomi serta kurang mahir melukiskan gambar rajah
berdasarkan soalan. Pengkaji juga membuat semakan buku latihan murid untuk mengenalpasti
tahap penguasaan murid terhadap Bab 2 Pasaran Barang dan Harga.
Ujian Pra dan Pos
Ujian Pra diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan sejauh mana kemahiran
penguasaan penulisan soalan esei berbantukan gambar rajah yang diberikan. Ujian Pra terdiri
daripada tiga soalan esei yang perlu dijawab dalam masa 1 jam. (Sila rujuk lampiran B)
Selepas ujian pra dilaksanakan, pengkaji tidak mengembalikan skrip jawapan kepada
murid dan tidak juga dibincangkan bersama murid. Sebaliknya, pengkaji telah
memperkenalkan Teknik Pair Share Quiz dan selang dua minggu kemudian, para murid
pengkaji telah menduduki ujian pos yang terdiri daripada 3 soalan esei yang sama dengan ujian
pra yang perlu dijawab. (Sila rujuk lampiran C)
Soal Selidik
Sebanyak 24 set borang soal selidik (Sila rujuk lampiran E ) telah disediakan dan diedarkan
kepada murid untuk mendapatkan maklum balas berkenaan dengan selepas penggunaan Teknik
Pair Share Quiz dalam penulisan soalan esei berbantukan gambar rajah. Pengkaji menggunakan
Skala Likert Lima Tahap dalam membuat analisis data. Borang soal selidik dibentuk dengan
menggunakan skala likert lima tahap, iaitu :
1= Sangat Tidak Bersetuju
S2=Tidak Bersetuju
3=Kurang Bersetuju
4= Bersetuju
5=Sangat Bersetuju
BDapatan Kajian
KPengkaji membuat catatan perubahan yang berlaku selepas melaksanakan tindakan melalui
analisis pemerhatian, analisis ujian pra dan ujian pos dan analisis soal selidik.
Analisis Pemerhatian
MSelepas penggunaan Teknik Pair Share Quiz dalam penulisan esei berbantukan gambar rajah,
pengkaji mendapati :
a) Murid lebih yakin untuk menjawab soalan esei yang berbantukan gambar rajah sama ada
secara lisan atau bertulis.
Sb) Murid dapat menjawab soalan esei dengan menyediakan gambar rajah berserta dengan
huraian yang tepat.
©Analisis Ujian Pra dan Ujian Pos
Perbandingan pencapaian murid dalam Ujian Pra dan Ujian Pos (Sila rujuk lampiran D) adalah
seperti berikut:
Jadual 4 : Perbandingan Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos sebelum dan selepas
penggunaan Teknik Pair Share Quiz
Markah Bilangan Murid (orang) Beza
0–3 Ujian Pra Ujian Pos -3
4–8 3 0 -3
9 – 11 3 0 -2
12 – 14 3 1 -4
15 – 17 6 2 -1
1 0
18 - 20 3 2 -1
21 – 23 4 4 0
24 – 25 0 3 3
26 – 27 0 4 4
28 – 29 0 3 3
1 5 4
30 ( markah penuh) 24 24 0
62.5% 95.8% 33.3%
Jumlah 37.5% 4.2% -33.3%
Peratus lulus (%)
Peratus gagal (%)
7
6S3 3 3
2
Bilangan Murid(orang) 6
5
5
4
44 4
3
B0 – 3 4 – 8 9 – 11 12 – 14 15 – 17 18 - 20 21 – 23 24 – 25 26 – 27 28 – 29 30
3 33
1 22
Ujian Pra Ujian Pos001100001
KGraf Bar 1 : Perbandingan Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos sebelum dan selepas0
penggunaan Teknik Pair Share Quiz
Markah
PERATUS (%) M100 95.8
4.2
80 62.5
Ujian Pos
S60 37.5
40
20
©0
Ujian Pra
PERBANDINGAN KEPUTUSAN SEBELUM DAN SELEPAS PENGGUNAAN TEKNIK PAIR
SHARE QUIZ
Lulus Gagal
Graf Bar 2 : Perbandingan Peratusan Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos Sebelum dan
Selepas Penggunaan Teknik Pair Share Quiz
Berdasarkan dapatan Ujian Pra dan Ujian Pos di atas, jelas menunjukkan terdapat peningkatan
dari segi pencapaian murid. Hasil kajian telah menunjukkan terdapat peningkatan pencapaian
yang ketara dalam peratus kelulusan Ujian Pos iaitu meningkat dari 62.5% kepada 95.8% iaitu
sebanyak 33.3% berbanding dengan Ujian Pra.
Walaupun masih terdapat seorang murid yang gagal dalam Ujian Pos yang ditunjukkan
hanya 4.2%, tetapi tiada seorang pun murid yang mendapat markah kurang daripada 9 markah
berbanding dengan Ujian Pra yang sebanyak 6 orang.
Analisis Soal Selidik
Semua murid yang terlibat telah memberikan respons positif kepada borang soal selidik yang
telah diberikan manakala guru-guru telah memberikan komen yang membina. Berikut adalah
analisis soal selidik yang telah dijawab oleh murid. Dapatan kajian adalah seperti berikut:
Jadual 5 : Dapatan borang soal selidik
Skala kekerapan (orang )/ Peratusan (%)
Pernyataan
12 3 4 5
1 Saya berminat subjek Ekonomi
00 1 16 7
S2 Saya berminat menjawab soalan esei
Ekonomi yang berbantukan gambar(4.16%) (66.67) (29.17%)
rajah
3 Saya yakin dan memahami kehendak001 12 11
Bsoalan esei (4.16%) (50%) (45.84%)
4 Saya mudah mengingati konsep005 13 6
ekonomi dan melukis keluk dengan
(20.83%) (54.17%) (25%)
Ktepat selepas Teknik Pair Share Quiz
00 3 10 11
diperkenalkan
5 Penggunaan Teknik Pair Share Quiz
membantu saya lebih yakin untuk
menjawab soalan esei ekonomi yang
Mberbantukan gambar rajah dengan
huraian yang tepat.
(12.5%) 41.66%) (45.84%)
00 2 9 13
(8.33%) (37.5%) (54.17%)
Berdasarkan dapatan kajian di atas, dapat disimpulkan bahawa Seramai 23 orang responden
Satau 95.84% responden berminat kepada subjek Ekonomi dan turut berminat menjawab soalan
esei ekonomi yang berbantukan gambar rajah dalam Bab 2 Pasaran barang dan harga dengan
©menggunakan Teknik Pair Share Quiz.
Seramai 19 orang murid atau 79.15% responden bersetuju dan sangat setuju bahawa
penggunaan Teknik Pair Share Quiz meningkatkan keyakinan dan pemahaman kehendak
soalan dalam menjawab soalan esei ekonomi berbentuk gambar rajah. Kumpulan responden
ini juga, iaitu 21 orang murid atau 87.5% yang bersetuju dan sangat setuju bahawa penggunaan
Teknik Pair Share Quiz ini membantu mereka untuk mengingati konsep ekonomi dan melukis
keluk dengan tepat.
Justerus itu, seramai 22 orang murid atau 91.67% responden yang setuju dan sangat
setuju bahawa mereka lebih yakin untuk menjawab soalan esei ekonomi yang berbentuk
gambar rajah dengan huraian yang tepat selepas Teknik Pair Share Quiz diaplikasi dalam
pengajaran dan pemudahcaraan.
Perbincangan
Kumpulan sasaran terdiri daripada 24 orang dari kelas 6B2. Kelas ini terdiri daripada 15 orang
lelaki dan 9 orang perempuan. Tumpuan kajian pengkaji adalah kepada murid yang mempunyai
pencapaian ekonomi yang lemah. Pengkaji mengambil keputusan untuk mengadakan kajian ke
atas 24 orang murid kelas ini agar semua murid ini dilayan sama rata dan mendapat manfaat
sepenuhnya
Pengkaji akan mengadakan PdPc seperti biasa, Selepas itu, para murid diminta
menduduki ujian pra. Seterusnya, pengkaji telah memperkenalkan teknik pengajaran dan
pemudahcaraan baharu iaitu Teknik Pair Share Quiz dalam Bab 2 Pasaran Barang dan Harga.
Sebelum Teknik Pair Share Quiz dilaksanakan, pengkaji akan menyediakan satu modul
latihan untuk diedarkan kepada pelajar.
KBSGambar 1 : Modul Latihan
Modul latihan tersebut mengandungi :
i. Mengenal pasti faktor-faktor yang
mempengaruhi perubahan
permintaan dan penawaran dalam
pasaran barang
ii. Mengenal pasti peralihan keluk
permintaan atau penawaran ke kiri
atau kanan dalam gambar rajah
iii. Penulisan esei mengikut 5 item yang
penting berdasarkan gambar rajah
MPengkaji melaksanakan Teknik Pair Share Quiz berdasarkan perancangan yang dibuat.
yang dilukis.
S • Murid akan mencari pasangan
berdua-duaan.
• Murid diedarkan Modul latihan dan
© berbincangkan latihan tersebut
bersama.
Gambar 2: Perbincangan berpasangan
• Seterusnya, guru membincangkan
jawapan bagi modul latihan yang
diberi dan murid membuat
pembetulan jawapan
©SMKBSGambar 3 : Semakan Jawapan • Selepas itu, murid akan menguji
pasangannya secara lisan sesama
sendiri sehingga mencapai tahap
penguasaan baik atau cemerlang.
• Dalam selang dua minggu
kemudian, para murid menduduki
ujian pos. Selepas itu, murid akan
membuat perbandingan markah
antara kedua-dua ujian tersebut.
• Guru membincangkan jawapan
sebagai langkah pengukuhan.
• Guru memaklumkan kekuatan dan
kelemahan murid.
Gambar 4 : menguji pasangan sesama diri
Kajian ini telah dilaksanakan selama tiga minggu. pengkaji telah memperuntukan 12
waktu dalam pengajaran dan pemudahcaraan untuk memperkenalkan Teknik Pair Share Quiz
kepada murid dalam Bab 2 Pasaran Barang dan Harga. Setiap latihan diperuntukan 4 waktu ( 2
jam).
Selepas Ujian Pos, murid telah diberikan borang soal-selidik untuk mendapatkan
pandangan mereka terhadap penggunaan Teknik Pair Share Quiz dalam pengajaran dan
pemudahcaraan. Borang soal selidik ini bertujuan untuk mendapatkan pandangan pelajar
dengan cara yang lebih selesa dan jujur berbanding dengan cara temu bual secara individu
dengan murid.
Berdasarkan pemerhatian, pengkaji mendapati penggunaan Teknik Pair Share Quiz
dalam pengajaran dan pemudahcaraan telah berjaya meningkatkan pencapaian murid dalam
Bab 2 Pasaran Barang dan Harga, Mikroekonomi Semester 1. Murid yakin dan dapat
menganalisis kehendak soalan serta menjawab soalan esei berdasarkan konsep ekonomi yang
berbantukan gambar rajah dengan tepat.
Di samping itu, penggunaan Teknik Pair Share Quiz dapat menarik minat murid dan
meningkatkan ingatan fakta dan konsep ekonomi yang sukar diingati. Kaedah ini terbukti
apabila pencapaian keputusan murid dalam Ujian Pos yang telah menunjukkan peningkatan
kelulusan sebanyak 33.3% iaitu daripada 62.5% kepada 95.8% berbanding dengan Ujian Pra.
Rumusan
Hasil dapatan kajian ini telah menunjukkan bahawa penggunaan Teknik Pair Share Quiz dalam
Bab 2 Pasaran Barang dan Harga telah menunjukkan pengajaran dan pemudahcaraan yang
lebih ceria dan menyeronokkan. Teknik Pair Share Quiz juga membantu murid dalam
Spenguasaan pemahaman, kemahiran pengapliksaian dan penganalisisan terhadap bab ini.
Selain itu, penggunaan Teknik Pair Share Quiz ini juga telah meningkatkan keyakinan murid
dalam menjawab soalan-soalan guru secara lisan dan bertulis dalam peperiksaan.
BHasil kajian menunjukkan bahawa murid mencatatkan peningkatan prestasi iaitu 95.8%
murid lulus dalam ujian pos selepas penggunaan Teknik Pair Share Quiz dalam pengajaran dan
pemudahcaraan. Namun demikian, masih terdapat 1 orang murid gagal dalam Ujian Pos, iaitu
mendapat kurang daripada 12 markah kerana lemah dalam pengaplikasian dan penganalisisan
Ksoalan esei. Walau bagaimanapun, pengkaji telah meluangkan lebih banyak masa dan berusaha
sedaya upaya untuk membantu kumpulan murid ini supaya mereka juga berjaya menguasai
subtajuk ini.
Pengkaji memberikan beberapa cadangan untuk tindakan pada masa depan. Antara
Mcadangan untuk kajian yang seterusnya adalah seperti yang berikut:
i. Penggunaan Teknik Pair Share Quiz diteruskan sebaik sahaja guru mengajar Bab 2
SPasaran Barang dan Harga.
ii. Teknik Pair Share Quiz boleh diteruskan dan diaplikasi dalam penulisan soalan esei
©dalam Makroekonomi, Semester dua dan Ekonomi Malaysia, Semester tiga.
iii. Setiap murid perlu dibekalkan satu set modul contoh esei agar kemahiran setiap
murid dapat dipertingkatkan.
Hasil daripada kajian ini, pengkaji mendapati terdapat perubahan yang positif dari segi
amalan pengajaran guru akan mempengaruhi minat pembelajaran murid. Semoga hasil kajian
saya ini dapat dimanfaatkan dan menjadikan proses pengajaran dan pemudahcaraan subjek
ekonomi lebih menarik, berkesan dan menyeronokkan.
Rujukan
Kementerian Pelajaran Malaysia (2008). Buku Manual Kajian Tindakan Edisi Ketiga.
Putrajaya: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan.
Lai, Moi Chang (2020). Revisi Teks Pra-U STPM Ekonomi ( Mikroekonomi) Semester 1.
Selangor : Sasbadi Sdn.Bhd.
Lim, Faith (2020). Nota & Latihan STPM Mikroekonomi Semester 1. Selangor : Ilmu Bakti
Sdn. Bhd,
©SMKBS
Lampiran A
Soal Selidik Awal
Arahan: Sila tandakan (/) dalam ruangan yang berkenaan. Ya Tidak
BIL Masalah menjawab soalan esei Gambar rajah
1
Tidak membaca
2 Membaca tetapi tidak mengingati fakta dan konsep
ekonomi
3
Tidak berminat dengan mata pelajaran ekonomi
4 Pelajar berminat, tetapi perlu mengingati banyak fakta
dan konsep ekonomi KBSUjian Pra
5
Tidak menguasai kemahiran melukis gambar rajah
6
Pengajaran dan pembelajaran kurang berkesan
Lampiran B
1. Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan kesan ke atas keluk permintaan sekiranya,
Jawab semua soalan di bawah.
Mi. Kerajaan memberi bonus kepada kakitangan awam. [ 5m]
ii. Harga barang pengganti menurun. [5m]
2. Dengan menggunakan gambar rajah, huraikan kesan ke atas harga dan kuantiti
keseimbangan suatu barang di pasaran sekiranya kerajaan mengenakan cukai ke atas input
Spengeluaran barang tersebut. [ 10 m]
3. Pertambahan bilangan pelajar dan peningkatan harga kertas telah memberi kesan kepada
©keseimbangan pasaran bagi buku teks Ekonomi.
Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan kesan kepada keseimbangan pasaran buku
teks ekonomi sekiranya perubahan permintaan adalah lebih besar daripada perubahan
penawaran. [10 m]
Lampiran C
Ujian Pos
Jawab semua soalan di bawah.
1. Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan kesan ke atas keluk permintaan sekiranya,
iii. Kerajaan memberi bonus kepada kakitangan awam. [ 5m]
iv. Harga barang pengganti menurun. [5m]
2. Dengan menggunakan gambar rajah, huraikan kesan ke atas harga dan kuantiti
keseimbangan suatu barang di pasaran sekiranya kerajaan mengenakan cukai ke atas input
pengeluaran barang tersebut. [ 10 m]
3. Pertambahan bilangan pelajar dan peningkatan harga kertas telah memberi kesan kepada
keseimbangan pasaran bagi buku teks Ekonomi.
Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan kesan kepada keseimbangan pasaran buku
teks ekonomi sekiranya perubahan permintaan adalah lebih besar daripada perubahan
©SMKBSpenawaran. [10 m]
Lampiran D
KEPUTUSAN UJIAN PRA DAN UJIAN POS ESEI EKONOMI PELAJAR
TINGKATAN 6, KELAS T.6B2
SENARAI RESPONDEN UJIAN PRA UJIAN POS KEPUTUSAN
1 30 30 Kekal
2 21 29 +8
3 12 28 +6
4 13 22 +9
5S8 3 10 +7
6 17 30 +13
7 8 14 +6
B11
18 30 +12
9 14 21 +7
10K139 27 +18
9 19 +10
12 11 24 +13
M16 14 22 +8
14 21 26 +5
15 21 29 +8
S19
14 30 +16
17 2 21 +19
©201818 24 +6
6 13 +7
6 20 +14
21 18 27 +9
22 21 30 +9
23 12 24 +12
24 1 27 +26
Lampiran E
BORANG SOAL SELIDIK
TAJUK KAJIAN TINDAKAN
TEKNIK PAIR SHARE QUIZ: SATU KAEDAH MENGUASAI PENULISAN ESEI
GAMBAR RAJAH SUBJEK EKONOMI T.6
OLEH:
PN. LU HUNG KING
BAHAGIAN A: MAKLUMAT DIRI
S1. Jantina
Dengan segala hormatnya pelajar diminta memberi maklumat tentang diri anda dengan
menandakan ( ) pada kotak berkenaan.
B3. Keturunan Lelaki Perempuan
2. Umur 18 tahun 19 tahun
KIban Nyatakan:_______
Melayu Cina
Bidayuh Lain-lain:
MBAHAGIAN B:
SSOAL SELIDIK KEBERKESANAN AMALAN TEKNIK PAIR SHARE QUIZ
Bahagian ini mengandungi 5 item.
©Bagi setiap pernyataan di bawah, anda dimohon menandakan ( ) pada skala yang terbaik
4. Gred Keputusan SPM (Ekonomi Asas): __________
mewakili diri anda tentang keberkesanan Amalan Teknik Pair Share Quiz sebagai satu kaedah
menguasai penulisan esei gambar rajah subjek ekonomi T.6 di sekolah anda seperti skala di
bawah.
Sangat Tidak Bersetuju Skala
Tidak Bersetuju 1
Kurang Bersetuju 2
Bersetuju 3
Sangat Bersetuju 4
5
Pernyataan SKALA
1 Saya berminat subjek Ekonomi 1 2 34 5
2 Saya berminat menjawab soalan esei Ekonomi yang
berbantukan gambar rajah
3 Saya yakin dan memahami kehendak soalan esei
4 Saya mudah mengingati konsep ekonomi dan melukis
keluk dengan tepat selepas Teknik Pair Share Quiz
diperkenalkan
5 Penggunaan Teknik Pair Share Quiz membantu saya
lebih yakin untuk menjawab soalan esei ekonomi yang
berbantukan gambar rajah dengan huraian yang tepat.
©SMKBSTerima kasih ataskerjasama anda
Lampiran F
Perbandingan Skrip jawapan Ujian Pra dan Ujian Pos
©SMKBSSebelumSelepas
Sebelum Selepas
©SMKBS