PENGGUNAAN TEKNIK “PAIR SHARE QUIZ” DALAM MENGUASAI PENULISAN ESEI BERPANDUKAN GAMBAR RAJAH SUBJEK EKONOMI T.6 KELAS 6B2
Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah pelajar dalam menjawab soalan esei Ekonomi Semester 1 iaitu Mikroekonomi yang dihadapi oleh murid Tingkatan enam dalam Bab 2 Pasaran Barang dan Harga. Kajian ini melibatkan seramai 24 orang murid. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui soal selidik dan pemerhatian dan ujian pra. Hasil tinjauan menunjukkan murid lemah dalam penulisan esei berbantukan gambar rajah. Perancangan tindakan difokuskan kepada amalan Teknik Pair Share Quiz untuk meningkatkan penguasaan penulisan esei murid dalam menganalisis kehendak soalan esei yang berdasarkan gambar rajah dan kajian ini telah diselesaikan dalam tempoh 3 minggu. Keputusan ujian pos telah menunjukkan peningkatan prestasi Murid. Dapatan kajian menunjukkan murid lebih yakin samasa menjawab soalan esei yang berbantukan gambar rajah.
-
Follow
-
0
-
Embed
-
Share
-
Upload