©SMKBSPENGGUNAAN TEKNIK “Q1Q0Q0” UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN
BELAJAR KENAJALAN PERMINTAAN DALAM SUBJEK EKONOMI 1 TINGKATAN
6B3 SMK BANDAR SARIKEI
SENIN ANAK UMPANG
Guru Akademik Tingkatan 6
SMK Bandar Sarikei
K.M 3.5, Jalan Repok,
96100 Sarikei. Sarawak
Abstrak
Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah pelajar dalam menjawab soalan kuantitatif Ekonomi 1
Semester 2 iaitu Mikroekonomi yang dihadapi oleh pelajar Tingkatan 6B3 dalam subtajuk Keanjalan
Permintaan. Kajian ini melibakan 37 orang pelajar. Objektif kajian ialah untuk meningkatkan penguasaan
kemahiran menjawab soalan kuantitatif pelbagai jenis keanjalan permintaan, meningkatkan kemahiran
menganalisis kehandak soalan keanjalan permintaan, meningkatkan kemahiran mengingat rumus
pelbagai jenis keanjalan permintaan dengan mudah dan cepat, dan meningkatkan kemahiran menjawab
pelbagai soalan kenajalan permintaan dengan tepat. Hasil tinjauan menunjukkan pelajar lemah dalam
menjawab soalan kuantitatif berkaitan jenis-jenis keanjalan permintaan. Oleh itu penggunaan Teknik
“Q1Q0Q0” telah diperkenalkan untuk meningkatkan kemahiran murid dalam mempelajari topik Keanjalan
Permintaan dengan mudah, cepat dan tepat. Kajian ini telah dilaksanakan dalam tempoh 4 minggu yang
merangkumi 16 waktu semasa PdPc bersemuka dan tujuh waktu di luar sidang PdPR. Dapatan kajian
menunjukkan pencapaian pelajar meningkat semasa Ujian 2 kepada 100% berbanding 45.95% dalam
Ujian 1. Kesimpulannya penggunaan Teknik “Q1Q0Q0” banyak membantu pelajar mengingat dan
menjawab tiga jenis keanjalan permintaan dalam soalan kuanntitatif dengan mudah dan cepat.
Kata Kunci : Subjek Ekonomi, keanjalan permintaan harga, keanjalan permintaan silang, keanjalan
permintaan pendapatan, pedagogi
Pengenalan
Keanjalan permintaan harga merupakan subtajuk dalam bab 2 iaitu Pasaran Barang dan Harga
dalam Ekonomi Kertas 1 atau kertas Mikroekonomi dalam STPM. Keanjlaan permintaan harga
dibahagikan kepada tiga nejis iaitu keanjalan permintaan harga(Ed), keanjalan permintaan
silang(Ec), dan keanjalan permintaan pendapatan(Ey). Topik kenajalan permintaan ini merupakan
topik yang penting dan popular dalam STPM Semester 1. Ini kerana semasa peperiksaan STPM
Semester 1 sepanjang tempoh tahun 2015 hingga tahun 2019, sebanyak dua soalan hingga empat
soalan daripada 20 soalan aneka pilihan, dan satu soalan kuantitatif daripada 3 soalan kuantitatif
adalah dikeluarkan daripada topik keanjalan permintaaan. Berdasarkan analisis soalan STPM
tahun lepas dari tahun 2015 hingga tahun 2019 dalam tempoh yang sama juga didapati sebanyak
12.5% hingga 15% daripada wajaran markah soalan STPM Ekonomi 1 dikeluarkan daripada
topik ini. Dalam tajuk ini soalan yang kerap dikeluarkan adalah dalam bahagian soalan aneka
pilihan dan soalan kuantitatif kecuali STPM tahun 2019 soalan yang keluar adalah bahagian esei.
©SMKBS Sehubungan itu pengkaji yakin bahawa tahap penguasaan murid dalam topik ini akan
meningkatkan peluang mereka mencapai keputusan yang lebih baik dalam Ekonomi 1 STPM.
Namun begitu berdasarkan pemerhatian dalam kelas semasa PdPc bersemuka, pengkaji mendapati
hampir 50% murid lemah menguasai topik berkaitan keanjalan permintaan harga. Ini dibuktikan
dengan pencapian mereka dalam Ujian 1.
Analisa keputusan Ujian 1 berkaitan tajuk keanjalan permintaan bagi Tingkatan 6B3 yang
diadakan semasa PdPc bersemuka, pengkaji tatap dengan perasaan yang berbaur kecewa, marah,
sedih dan kurang puas hati. Hanya 17 orang atau 45.95% daripada 37 orang pelajar lulus dalam
Ujian 1. Bagi prestasi pelajar yang lulus kebanyakan hanya mendapat 50 markah hingga 59
markah. Apabila pengkaji membincangkan sebab-sebab kegagalan pelajar di dalam kelas, para
pelajar menyatakan kegagalan mereka berpunca daripada tidak membaca buku, tidak membuat
ulangkaji, dan sukar membezakan rumus bagi ketiga-tiga jenis keanjalan permintaan iaitu
keanjalan permintaan harga, keanjalan permintaan silang, dan keanjalan permintaan pendapatan.
Berdasarkan maklumbalas yang diberikan oleh pelajar dan pemerhatian oleh guru ekonomi
serta keazaman untuk mencapai kelulusan 100% dalam tajuk keanjalan permintaan mendorong
pengkaji menjalankan kajian ini. Justeru itu, pengkaji ingin memperkenalkan Teknik “Q1Q0Q0”
bagi meningkatkan kemahiran muird dalam menjawab soalan kuantitatif dalam topik keanjalan
permintaan. Ini kerana kaedah PdPc yang bagus, menarik dan interaktif serta dapat menggalakan
perkembangan idea dan penerokaan adalah sangat diperlukan untuk mewujudkan murid yang
mempunyai kemahiran insaniah melalui pembelajaran yang bermakna. Sehubungan itu,
pemilihan dan penentuan kaedah pengajaran yang pelbagai adalah diperlukan selaras dengan
kesediaan, kemampuan, kebolehan, penumpuan, pengalaman dan pemerhatian murid. (BPK,
2014)
Penyataan Masalah
Antara objektif pembelajaran Ekonomi STPM adalah untuk menggunakan jadual, gambar rajah,
dan persamaan untuk menagnalisis konsep dan teori ekonomi, serta menyampaikan maklumat dan
idea ekonomi dalam bentuk yang sesuai. Sehubungan itu kaedah pengajaran guru yang sesuai
perlu dikenalpasti dan digunakan untuk membolehkan murid memahami teori dan konsep
ekonomi. Ini kerana jika pembelajaran guru mudah dipelajari dan murid dapat belajar maka
pencapaian murid akan meningkat(Hattie, 2012). Oleh itu Teknik “Q1Q0Q0” merupakan kaedah
yang menarik dan sesuai digunakan oleh guru Ekonomi bagi mengatasi masalah pembelajaran
murid yang mempunyai pelbagai kebolehan dan potensi yang berbeza. Ini kerana menurut Yakop
di dalam Zahari (2013), murid yang cerdas boleh belajar dan menyelesaikan latihan dengan cepat
mengikut tahap kefahaman mereka. Sebaliknya bagi murid yang lemah mereka dapat
mempelajari sesuatu topik secara berulang-ulang sehingga mereka menguasainya. Justeru Teknik
“Q1Q0Q0” diharapkan dapat memotivasikan murid yang lemah untuk meningkatkan pencapaian
dan kefahaman mereka dalam mempelajari topik keanjalan permintaaan.
Kajian ini adalah tentang Penggunaan Teknik “Q1Q0Q0” Untuk Meningkatkan Kemahiran
Belajar Keanjalan Permintaan Dalam Subjek Ekonomi 1 Tingkatan 6B3 SMK Bandar Sarikei.
Kajian ini adalah bertujuan untuk meningkatkan penguasaan kemahiran menjawab soalan
©SMKBSkuantitatif pelbagai jenis keanjalan permintaan, meningkatkan kemahiran menganalisis kehendak
soalan keanjalan permintaan, meningkatkan kemahiran mengingat rumus pelbagai jenis kenajalan
permintaan dengan mudah dan cepat, dan meningkatkan kemahiran menjawab pelbagai soalan
keanjalan permintaan dengan tepat.
Berdasarkan dapatan daripada penggunaan Teknik “Q1Q0Q0” diharapkan ia dapat
membantu pelajar menjawab soalan kuantitatif ketiga-tiga jenis keanjalan permintaan harga(Ed),
keanjalan permintaan sialan(Ec), dan kenajalan permintaan pendapatan(Ey) dengan mudah, cepat
dan tepat. Di samping itu Teknik “Q1Q0Q0” dapat membantu pelajar mengingat dan
mengkategorikan jenis-jenis barang dengan tepat berdasarkan nilai pekali keanjalan permintaan
yang diperolehi.
Penggunaan Teknik “Q1Q0Q0” juga diharapkan dapat membantu guru Ekonomi yang
mengajar Semester 1 dalam topik keanjalan permintaaan dengan lebih mudah, berkesan dan mudah
difahami.
Soalan Kajian
Terdapat empat soalan telah dikenal pasti dalam kajian ini, iaitu:
i. Adakah pengajaran dan pembelajaran menggunakan Teknik “Q1Q0Q0” boleh menjadikan
kaedah pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) yang berkesan?
ii. Adakah pengajaran dan pembelajaran menggunakan Teknik “Q1Q0Q0” ini lebih sesuai dalam
pengajaran berbanding dengan kaedah konvensional iaitu hafalan?
iii. Adakah pengajaran dan pembelajaran menggunakan Teknik “Q1Q0Q0” boleh meningkatkan
minat dan motivasi murid terhadap pelajaran Ekonomi 1 dalam topik keanjalan permintaan harga?
iv. Adakah terdapat perbezaan antara pencapaian di antara murid yang didedahkan dengan
pengajaran dan pembelajaran menggunakan Teknik “Q1Q0Q0” dan murid yang diajar dengan
kaedah konvensional?
Tinjauan Literature
Guru memainkan peranan penting dalam menghasilkan PdPc dan PdPR yang berkesan dan
bermakna. Oleh itu guru harus memastikan murid aktif dalam aktiviti pembelajaran mereka . Di
sampign itu, guru hendaklah mempelbagaikan kaedah yang digunakan dalam PdPc. Teknik
pengajaran secara “chalk and talk” hendaklah diubah kepada teknik yang dapat merangsang
murid untuk berfikir dan dapat mengeluarkan idea baru. Sehubungan itu, guru hendaklah
merancang soalan, tugasan dan aktiviti yang dapat meransang murid berfikir secara
berterusan.(Irma-Ain dan Zolkepeli, 2017).
©SMKBS Dalam pada itu guru turut memainkan peranan penting sebagai agen perubahan dalam
menyebarkan kurikulum kepada murid di sekolah, mengubah sikap dan status murid terhadap
sesuatu kurikulum. Nixon(1974) dan Freaser(1982) yang dipetik Saharudin(1996) mendapati
guru yang berpengetahuan akan menunjukkan kesediaan yang tinggi berasaskan pencapaiannya
dan kejayaan sesuatu pengajaran bergantung kepada kemahiran dan kebolehan guru menguasai
pengetahuan untuk menerangkan dengan jelas dan dapat difahami sesuatu konsep. Situasi ini amat
bertepatan dengan situasi murid dalam mempelajari sesuatu topik dalam subjek Ekonomi.
Menurut Rajendran(2001), kesediaan guru dalam mengendalikan proses PdP bergantung
kepada beberapa aspek iaitu ilmu pengetahuan tentang mata pelajaran, yang diajar, kemahiran
untuk mengajar kandungan mata pekajaran, dan sikap sikap yang sesuai dimiliki untuk mengajar
kemahiran berfikir dalam sesuatu mata pelajaran.
Penggunaan gambar-gambar dan ilustrasi dalam pembelajaran bukanlah sesuatu yang
asing dalam meningkatkan kefahaman di kalangan murid. Malah di dalam buku First Contact:
learning in Introductory Sociology oleh Nancy A. Greenwood dan Jay R. Howrd (2011) di dalam
Muhammmad Hussaini ada menceritakan tentang penggunaan gambar-gambar yang bersesuaian
untuk memperkuatkan sesi pembelajaran. Alat bantuan visual atau gambar-gambar ini amat sesuai
dijadikan sebagai butiran dan komponen visual di dalam PdPc. Menurut mereka lagi, terdapat
kecenderungan bahawa penggunaan teknologi ini dapat membantu meningkatkan tahap
pembelajaran murid. Ini kerana penggunaan gambar yang mempunyai corak serta visual yang
menarik adalah lebih baik dan berkesan berbanding dengan penggunaan kaedah “chalk and talk”
dan papan hitam.
Madison(2004) di dalam Muhammad Hussaini juga turut bersetuju dengan pendapat
bahawa penggunaan gambar sebagai alat ilustrasi yang mampu meningkatkan keberkesanan
pembelajaran murid. Sehubungan itu penggunaan kad permainan jocker yang terdiri daripada
gabungan tiga jenis warna sudah pasti mampu menarik minat murid untuk menguasai sesuatu
konsep keanjalan permintaan harga dengan mudah dan berkesan.
Menurut Rose Sivia(2006) dalam bukunya How Can You Help Your Children To Learn
turut mengupas tentang keberkesanan penggunaan gambar yang dapat merangsang daya ingatan,
membentuk gambaran mental, di samping dapat mengingat gambar dan sesuatu yang telah
dipelajari dengan mudah.
Metodologi Kajian
Kajian ini melibatkan 37 orang murid Tingkatan 6B3 yang terdiri daripada 10 orang lelaki dan
27 orang murid perempuan. Daripada jumlah ini hanya seramai 11 orang murid yang mepunyai
pengetahuan asas subjek Ekonomi kerana ada mengambil subjek Ekonomi semasa SPM manakala
baki 26 orang tidak mengambil Ekonomi semasa SPM. Kebanyakan murid ini masih belum
menguasai kemahiran menjawab soalan kuantititif berkaitan topik keanjalan permintaan harga
walaupun pengkaji telah mendedahkan mereka dengan tajuk ini semasa PdPc bersemuka. Kajian
ini menggunakan model kajian Tindakan Stephen Kemmis dan Mc Taggart(1988). Berdasarkan
model ini, terdapat empat langkah dalam melaksanakan kajian iaitu merefleksi, merancang,
bertindak dan memerhati.
Sehubungan itu, pengkaji telah meninjau masalah-masalah yang menyebabkan murid
tidak boleh menguasai kemahiran menjawab soalan kuantitatif dalam topik keanjalan permintaan
harga, keanjalan permintaan silang dan keanjalan permintaan pendapatan melalui ujian 1,
pemerhatian, temubual.
Guru telah menggunakan tiga keping kad permainan Jocker yang berlainan warna iaitu
warna hitam, warna biru, dan warna merah sebagai bahan dalam Teknik “Q1Q0Q0” untuk
memudahkan murid mengingatkan sesuatu konsep keanjalan permintaan yang dipelajari.
©SMKBS
©SMKBS
Rajah 1.0 : Kad Permainan Jocker
Berdasarkan rajah 1.0, Kad permainan Jocker yang berwarna hitam digunakan untuk mempelajari
konsep keanjalan permintaan harga(Ed). Kad jocker warna hitam dipilih kerana ia adalah warna
yang asli yang semua murid ada memiliki warna rambut yang hitam. Ini memudahkan mereka
mengingat konsep dan rumus ketiga-tiga jenis keanjalan permintaan yang paling asas iaitu
keanjalan permintaan harga(Ed), keanjalan permintaan silang(Ec), dan keanajalan permintaan
pendapatan(Ey). Dalam kad Jocker hitam ini murid dapat melihat perbezaan yang sangat nyata
dan ketara bagi setiap keanjalan permintaan tersebut. Perbezaan yang ketara sekali adalah dari
segi bunyi sebutan rumus, iaitu jika keanjalan permintaan harga(Ed) nada rumusnya dibunyikan
sebagai Q1Q0Q0P0P1P0. Sebaliknya keanjalan permintaan pendapatan (Ey) pula nada rumusnya
dibunyikan sebagai Q1Q0Q0Y0Y1Y0 . Manakala keanjalan permintaan silang (Ec) pula nada
©SMKBSrumusnya dibunyikan sebagai Q1Q0Q0P0P1P0 iaitu senada dengan rumus bagi keanajalan
permintaan harga. Untuk membantu murid mengingat mereka digalakan tidak membunyikan
rumus keanjalan permintaan silang sebagai QA1QA0QA0PB0PB1PB0. Teknik nada atau lagu
ringkas ini sangat membantu murid mempelajari rumus ketiga-tiga jenis keanjlaan permintaan
serentak. Murid juga diingatkan bahawa keanjalan permintaan harga hanya mengkaji satu jenis
barang sahaja yang berubah daripada segi harga dan kesannya kepada kuantiti diminta bagi barang
itu sendiri. Manakala kad Jocker warna biru untuk menguasai konsep keanjalan permintaan
silang(Ec) manakala kad jocker warna merah untuk penguasaan konsep keanjalan permintaan
pendapatan. Maka kenajalan permintaan harga adalah seperti berikut:
Ec= Q1-Q0 x P0
Q0 P1-P0
dimana,
P0 ialah harga asal sesuatu barang
P1 ialah harga baru sesuatu barang
Q0 ialah kauntiti diminta asal sesuatu barang
Q1 ialah kuantiti diminta baru sesuatu barang
Kad Jocker warna biru dipilih kerana ia adalah warna yang lembut dan menenangkan
fikiran. Jadi pengkaji mengaitkan warna biru untuk mempelajari keanjalan silang iaitu keanjalan
yang digunakan untuk membandingkan dua jenis barang yang berbeza daripada segi harga dan
kuantiti diminta. Pada kad Jocker ini turut ditulis tentang rumus keanjalan permintaan silang bagi
dua jenis barang iaitu barang A mewakili barang yang berubah dari segi harga manakala barang B
mewakili barang lain yang berubah dari segi kuantiti diminta. Murid diingatkan bahawa rumus
keanjalan permintaan silang ini bunyi nadanya adalah tetap tidak kira jenis barang sama ada ia
barang C atau barang D. Perkara yang perlu murid tukar dalam rumus hanyalah seperti berikut jika
barang yang mengalami perubahan harga adalah barang C dan kesannya ke atas kuantiti barang D.
Maka keanjalan permintaan silang antara barang C dan barang D adalah seperti berikut:
Ec= QD1-QD0 x PC0
QD0 PC1-PC0
dimana,
PC0 ialah harga asal barang C
PC1 ialah harga baru barang C
QD0 ialah kuantiti diminta asal barang D
QD1 ialah kuantiti diminta baru barang D
Di samping itu, dalam meningkatkan kemahiran mempelajari keanjalan permintaan silang
murid juga dapat merujuk pada kad jocker ini bahawa jika nilai pekali Ec adalah positif ini
bermakna kedua-dua jenis barang tersebut adalah barang pengganti. Nilai pekali Ec yang positif
bermakna apabila harga sesuatu barang naik(contohnya barang C) maka ia menyebabkan kuantiti
diminta bagi barang lain(contohnya barang D) atau barang yang satu lagi juga meningkat. Nilai
pekali Ec yang positif menunjukkan hubungan positif atau hubungan langsung antara harga
sesuatu barang dengan kuantiti diminta barang lain. Maka jenis barang yang terlibat adalah barang
pengganti iaitu barang yang boleh menggantikan fungsi barang lain. Contohnya ialah teh dengan
kopi. Ini bermakna apabila harga teh naik, maka kuantiti diminta untuk teh akan menurun dan
kuantiti diminta untuk barang penggantinya iaitu kopi akan meningkat.
©SMKBS Sebaliknya jika nilai pekali Ec yang negatif bermakna apabila harga sesuatu barang
naik(contohnya barang C) maka ia menyebabkan kuantiti diminta bagi barang lain(contohnya
barang D) akan menurun. Nilai pekali Ec yang negatif menunjukkan hubungan negative atau
hubungan songsang antara harga sesuatu barang dengan kuantiti diminta barang lain. Maka jenis
barang yang terlibat adalah barang penggenap iaiatu barang yang perlu digunakan bersama-sama
dengan barang lain. Contohnya ialah kereta dengan minyak petrol. Ini bermakna apabila harga
kereta naik, maka kuantiti diminta untuk minyak petrol akan menurun.
Manakala jika nilai pekali Ec yang dihitung adalah sifar bermakna apabila harga sesuatu barang
naik(contohnya barang A) maka ia menyebabkan kuantiti diminta bagi barang lain(contohnya
barang B) adalah tetap. Nilai pekali Ec yang sifar menunjukkan perubahan harga sesuatu barang
tidak mempengaruhi perubahan kuantiti diminta terhadap barang lain. Maka jenis barang yang
terlibat adalah barang tidak berkaitan atau dikenali juga sebagai barang neutral. Contohnya ialah
kereta dengan teh. Ini bermakna apabila harga kereta naik, maka kuantiti diminta untuk teh tidak
berubah atau tetap.
Sebaliknya kad permainan Jocker berwarna merah dipilih kerana ia melambangkan tentang wang
kertas bernilai RM10. Jadi akan membantu murid mengaitkannya dengan keanjalan permintaan
pendapatan(Ey). Kenajalan permintaan pendapatan ialah mengkaji perubahan kauntiti diminta
sesuatu barang apabila pendapatan(Y) berubah. Pada kad Jocker ini turut ditulis tentang rumus
keanjalan permintaan pendapatan bagi empat jenis barang iaitu barang mewah, barang biasa,
barang bawahan, dan barang mesti. Dalam memahami keanjalan permintaan pendapatan ini
bunyi nada rumusnya adalah tetap tidak kira sama ia barang mewah, barang biasa, barang
bawahan, dan barang mesti iaitu seperti berikut:
Ey= Q1-Q0 x Y0
Q0 Y1-Y0
dimana,
Y0 ialah pendapatan asal pengguna
Y1 ialah pendapatan baru pengguna
Q0 ialah kuantiti diminta asal sesuatu barang
Q1 ialah kuantiti diminta baru sesuatu barang
Dalam meningkatkan kemahiran mempelajari keanjalan permintaan pendapatan murid
juga dapat merujuk pada kad jocker ini bahawa jika nilai pekali Ey adalah positif dan nilainya
melebihi satu bermakna barang tersebut adalah barang mewah. Ini bermakna apabila pendapatan
pengguna meningkat 1% maka kuantiti diminta terhadap barang mewah meningkat melebihi 1%.
Manakala jika nilai pekali Ey yang positif tetapi kurang daripada satu bermakna apabila
pendapatan pengguna meningkat 1% maka kuantiti diminta terhadap barang biasa atau barang
normal juga meningkat tetapi kurang daripada 1%.
Sebaliknya jika nilai pekali Ey yang negatif ini bermakna barang tersebut adalah barang
giffen atau barang inferior atau barang bawahan. Barangan bawahan adalah barang yang biasa
digunakan oleh orang miskin atau berpendapatan rendah. Ini bermakna apabila pendapatan
pengguna meningkat, maka mereka akan mengurangkan permintaan terhadap barang bawahan dan
menggantikannya dengan barang yang lebih berkualiti. Contohnya ialah ikan masin dan ubi kayu..
Ini bermakna apabila pendapatan naik, maka kuantiti diminta untuk ikan masin akan menurun dan
pengguna akan menggantikannya dengan ikan segar atau makan lain yang lebih baik.
Sebaliknya jika nilai pekali Ey adalah sifar bermakna barang tersebut adalah barang mesti
iaitu barang yang mesti digunakan dalam kehidupan harian. Contohnya beras dan garam. Ini
bermakna apabila pendapatan naik maka ia menyebabkan kuantiti diminta bagi barang seperti
beras adalah tetap sama.
Dalam memastikan keberkesanan Teknik “Q1QoQo” murid dihendaki menulis terlebih
dahulu perkara paling asas sebelum menulis rumus keanjalan permintaan dengan menyenaraikan
enam elemen penting iaitu harga asal(Po) dan harga baru(P1), kuantiti diminta asal(Q0) dan
kuantiti diminta baharu(Q1), pendapatan asal(Yo) dan pendapatan baru(Y1). Dengan
menyenaraikan empat elemen ini, ia sangat membantu dan memudahkan murid menghitung
pelbagai pekali keanjalan permintaan dan seterusnya dapat menjawab soalan dengan tepat.
©SMKBS
Jadual 1.0 menunjukkan markah pencapaian murid dalam Ujian 1 ialah sebelum
penggunaan Teknik “Q1QoQo” diperkenalkan. Ujian 1 ini telah dijalankan semasa PdPc
bersemuka. Dalam Ujian 1 soalan yang dikemukakan adalah satu soalan kuantitatif yang berkaitan
dengan penghitungan ketiga -tiga jenis kenajalan permintaan iaitu keanajalan permintaan harga,
kenajalan permintaan silang, dan keanjalan permintaan pendapatan. Dalam Ujian 1 ini soalan yang
dikemukakan juga berkaitan dengan hubungan antara kedua-dua jenis barang berdasarkan nilai
pekali keanjalan permintaan silang yang dieperolehi. Disamping memerlukan murid mengelaskan
jenis barang berdasarkan nilai pekali kenajalan permintaan pendapatan yang diperolehi.
Jadual 1.0 : Analisis Ujian 1
Julat markah Bilangan pelajar(orang) Peratus(%)
0-9 1 2.70
10-19 4 10.81
20-29 5 13.51
30-39 7 18.92
40-49 3 8.11
50-59 4 10.81
60-69 2 5.41
70-79 1 2.70
80-89 4 10.81
90-99 5 13.51
100 1 2.70
Berdasarkan Jadual 1.0 didapati bilangan murid yang lulus dalam Ujian 1 adalah seramai
20 orang atau 54.05% manakala murid yang gagal adalah seramai 17 orang atau bersamaan
45.95%. Didapati julat markah yang paling ramai murid perolehi adalah dalam lingkungan 30
hingga 39 markah iaitu seramai 7 orang atau 18.92%. Manakala seorang murid atau 2.20% telah
mendapat kurang daripada 9 markah.
Dapatan kajian
Setelah Teknik “Q1QoQo” diperkenalkan kita dapat melihat keberkesanan teknik ini dengan
melihat perbandingan pencapaian pelajar dalam Ujian 1 dan ujian 2 adalah seperti dalam Jadual
2.0
Jadual 2.0:Analisa Markah Ujian 1 dan Ujian 2
NAMA ©SMKBSUJIAN 1 UJIAN 2 Perbezaan Prestasi murid
MURID Peratus Peratus Markah
markah Markah Meningkat
Pelajar 1 20 Meningkat
Pelajar 2 30 50 55 Meningkat
Pelajar 3 20 75 35 Meningkat
Pelajar 4 50 85 10 Menurun
Pelajar 5 50 60 -35 Meningkat
Pelajar 6 80 45 40 Meningkat
Pelajar 7 35 75 65 Meningkat
Pelajar 8 35 100 20 Meningkat
Pelajar 9 80 100 35 Meningkat
Pelajar 10 10 45 20 Meningkat
Pelajar 11 30 50 60 Menurun
Pelajar 12 40 100 -30
Pelajar 13 90 60 0 Kekal
Pelajar 14 45 45 80 Meningkat
Pelajar 15 20 100 60 Meningkat
Pelajar 16 40 100 10 Meningkat
Pelajar 17 90 100 35 Meningkat
Pelajar 18 30 65 55 Meningkat
Pelajar 19 0 55 90 Meningkat
Pelajar 20 10 100 5 Meningkat
Pelajar2 1 90 95 10 Meningkat
Pelajar 22 90 100 25 Meningkat
Pelajar23 50 75 40 Meningkat
Pelajar 24 60 100 25 Meningkat
Pelajar 25 20 45 15 Meningkat
Pelajar 26 30 45 65 Meningkat
Pelajar 27 20 85 60 Meningkat
Pelajar 28 10 70 -10 Menurun
Pelajar 29 100 90 5 Meningkat
Pelajar 30 50 55 40 Meningkat
Pelajar 31 60 100 10 Meningkat
Pelajar 32 90 100 -10 Menurun
Pelajar 33 80 70 35 Meningkat
Pelajar 34 30 65 0
80 80 Kekal
Pelajar 35 20 80 60 Meningkat
Pelajar3 6 70 100 30 Meningkat
Pelajar 37 10 95 85 Meningkat
Peratus kelulusan sebelum Teknik “Q1QoQo” 17 orang (45.95%)
Peratus gagal sebelum Teknik “Q1QoQo” 20 orang ( 54.05%)
Peratus kelulusan selepas Teknik “Q1QoQo” 37 orang (100%)
Peratus gagal selepasTeknik “Q1QoQo”
0 orang ( 0%)
Bilangan pelajar yang markah meningkat 31 orang (83.78%)
2 orang (5.40%)
Bilangan pelajar yang markah kekal
©SMKBS
Berdasarkan Jadual 2.0 didapati prestasi pencapaian murid dalam Ujian 2 meningkat
dengan sangat ketara daripada peratus lulus sebanyak 45.95% dalam Ujian 1 telah meningkat
kepada 100% semasa Ujian 2. Ini merupakan peningkatan sebanyak 54.05%. Ini bermakna semua
murid telah lulus dalam Ujian 2. Ujian 2 ini dijalankan di luar sidang PdPR yang menggunakan
masa selama 45 minit iaitu selang seminggu selepas Teknik “Q1QoQo” diperkenalkan kepada
murid. Sebanayak dua soalan kauntitatif yang berkaitan dengan ketiga-tiga jenis keanjalan
permintaan harga, keanjalan permintaan silang, dan keanjalan permintaan pendapatan telah diuji
dalam ujian 2. Di samping itu murid yang menunjukkan peningkatan markah adalah seramai 31
orang atau bersamaan dnegan 83.78%. Manakala murid yang mencatatkan penurunan markah
adalah seramai 4 orang atau 10.81%. Sebaliknya bilangan murid yang mencatatkan tiada
perubahan markah adalah seramai 2 orang atau 5.40%. Ini menunjukkan pencapaian murid telah
meningkat dengan amat baik dan teknik yang digunakan berjaya meningkatkan prestasi murid dari
segi kualiti dan kuantiti. Murid yang emndapat markah penuh iaitu 100 markah juga telah
meningkat dari seorang dalam Ujian 1 kepada 12 orang dalam Ujian 2. Berdasarkan skrip jawapan
pada Ujian 2 juga mendapati murid bertambah mahir dalam menulis rumus yang hendak digunakan
dalam menjawab kehendak soalan. Mereka tidak lagi menggunakan rumus keanjalan permintaan
harga untuk menjawab soalan berkaitan kenajalan permintaan silang dan keanjalan permintaan
pendapatan. Hampir 90% murid telah menulis dan menggunakan rumus yang betul pada setiap
soalan keanjalan permintaan yang berbeza.
Disamping itu 90% murid juga telah menulis terlebih dahulu perkara paling asas sebelum
menulis rumus keanjalan permintaan dengan menyenaraikan enam elemen penting iaitu harga
asal(Po) dan harga baru(P1), kuantiti diminta asal(Q0) dan kuantiti diminta baharu(Q1),
pendapatan asal(Yo) dan pendapatan baru(Y1). Dengan menyenaraikan empat elemen ini, ia
sangat membantu dan memudahkan murid menghitung pekali keanjalan permintaan dan
seterusnya dapat menjawab soalan dengan tepat.
Selain itu 95% murid juga telah menunjukkan langkah-langkah pengiraan yang tepat untuk
mendapatkan jawapan pekali keanjalan permintaan harga, keanjalan permintaan silang dan
kenajalan permintaan pendapatan. Keadaan ini amat berbeza sekali dengan cara menjawab dalam
Ujian 1 dan latihan yang dibuat dalam kelas di mana terdapat 40% murid tidak menunjukkan
langkah-langkah pengiraan mereka. Sebaliknya terus memberikan jawapan terakhir mereka tanpa
menunjukkan jalan pengiraan. Ini bermakna walaupun jawapan mereka betul, murid akan
©SMKBSmendapat markah yang kurang kerana tidak menunjukkan langkah-langkah untuk mendapatkan
jawapan.
Berdasarkan pemerhatian dan temubual ringkas dengan murid dalam sesi PdPR semasa
mengembalikan markah Ujian 2 kepada murid, kebanyakan murid sangat berpuashati dan
gembira dengan prestasi markah yang mereka perolehi. Kebanyakan mereka menyatakan diri
mereka seronok menggunakan Teknik “Q1Q0Q0” dalam meningkatkan kemahiran mereka
menguasai topik keanjalan permintaan. Ini kerana teknik ini bukan sahaja mudah dipratikkan
dengan cara mengingat intonasi dan nadanya, malah rumus keanjalan permintaan juga senang
diaplikasi. Kesemua ini menjadikan mereka lebih yakin menjawab soalan pengiraan berkaitan
ketiga-tiga jenis kenalajan permintaan dengan lebih cepat dan tepat. Mereka juga dapat
memahami kehendak soalan dan dapat menulis jawapan yang tepat . Dalam pada itu mereka juga
dapat mengkategorikan jenis barang berdasarkan kjalan permintaan silang dan keanjalan
permintaan pendapatan dengan tepat berdasarkan nilai pekali keanjalan yang diperolehi.
Perbincangan
Kajian ini telah dilaksanakan selama 4 minggu. Pengkaji telah memperuntukkan dua
waktu(sejam) untuk mengadakan taklimat ringkas pengenalan Teknik “Q1Q0Q0” melalui Google
Meet yang diadakan sebelah malam iaitu diluar sidang waktu PdPR . Tujuannya supaya murid
bersedia dengan kad Permainan Jocker masing-masing yang mereka boleh print daripada bahan-
bahan yang guru hantar daripada aplikasi telegram ke group subjek Ekonomi Tingkatan 6B3. Ini
memudahkan mereka untuk mencetak Kad Permainan Jocker tersebut tanpa perlu membelinya
daripada kedai. Guru sebenarnya sudah menyediakan tiga keping Kad Permainan Jocker yang
berlainan warna kepada murid iaitu warna hitam, warna biru dan warna merah. Namun oleh kerana
sesi PdPc bersemuka tidak dapat dijalankan dan PdPR diteruskan maka guru telah meminta murid
untuk mencetaknya sendiri pada sekeping kertas A4 berdasarkan bahan yang telah pengkaji hantar
ke telegram subjek Ekonomi.
Selepas itu guru telah memperkenalkan Teknik “Q1Q0Q0” dengan terperinci melalui
Google Meet Bersama murid di luar sidang PdPR pada sebelah petang menggunakan tempoh 3
waktu( satu jam setengah). Tujuannya supaya ia tidak menjejaskan waktu PdPR mereka. Selang
seminggu selepas pengenalan Teknik “Q1Q0Q0” murid telah menduduki Ujian 2 yang diadakan
pada hari Sabtu selama 45 minit. Ujian 2 ini juga dijalankan di luar sidang PdPR secara online.
Guru menghantar kertas soalan secara online dan murid dikehendaki mencetak soalan dan
menjawab Ujian 2 di tempat kediaman masing-masing. Selepas masa tamat murid dikehendaki
muat naik jawapan dan menghantar skrip jawapan kepada pengkaji untuk disemak.
Selepas Ujian 2, murid telah ditemubual secara lisan oleh guru untuk mendapatkan
pandangan mereka tentang penggunaan Teknik “Q1Q0Q0” dalam PdPc dan PdPR. Temubual ini
berujuan untuk mendapatkan pandangan pelajar tentang teknik yang telah didedahkan kepada
mereka.
Melalui pemerhatian guru, didapati penggunaan Teknik “Q1Q0Q0” dalam PdPc dan PdPR
telah berjaya meningkatkan kemahiran murid dalam mengaplikasi dan menganalisis serta
menjawab soalan kuantitatif dalam tajuk keanjalan permintaan harga, keanjalan permintaan silang
dan keanjalan permintaan pendapatan.
Di samping itu, penggunaan Teknik “Q1Q0Q0” dapat menarik minat pelajar untuk
mempelajari sesuatu yang sukar dingati. Teknik ini terbukti berjaya apabila prestasi pencapaian
pelajar dalam Ujian 2 telah menunjukkan peningkatan kelulusan sebanyak 54.05% iaitu daripada
45.95% kepada 100% berbanding dengan Ujian 1
Rumusan
Hasil dapatan kajian ini telah menunjukkan bahawa penggunaan Teknik “Q1Q0Q0” dalam
subtajuk Keanjalan Permintaan telah menunjukkan proses pengajaran dan pemudahcaraan serta
PdPR yang lebih ceria dan menyeronokkan. Teknik “Q1Q0Q0” juga membantu pelajar dalam
penguasaan pemahaman, kemahiran mengaplikasi dan menganalisis kehendak soalan berkaitan
subtajuk kenajalan permintaan . Selain itu, penggunaan Teknik “Q1Q0Q0” ini juga telah berjaya
meningkatkan keyakinan pelajar dalam menjawab soalan guru secara lisan dan bertulis dalam
ujian dan peperiksaan.
Hasil kajian menunjukkan bahawa pelajar mencatatkan peningkatan prestasi iaitu 100%
pelajar lulus dalam ujian selepas penggunaan Teknik “Q1Q0Q0” dalam pengajaran dan
pemudahacaraan dan PdPR. Selain itu bilangan pelajar yang mencatkan peningkatan markah
adalah seramai 31 orang atau 83.78%. Namun masih terdapat 2 orang pelajar atau 5.40%
mencatatkan tiada perubahan markah dalam ujian 2.
Dalam pada itu proses pengajaran dan pemudahcaraan berkaitan penggunaan Teknik
“Q1Q0Q0” yang dilakukan di luar sidang PdPR yang melibatkan beberapa pihak, iaitu murid
dengan guru, guru dengan bahan maujud(Kad Permainan Jocker), murid dengan bahan maujud
telah mencipta suasana belajar yang lebih santai dan menyeronokkan di samping ia tidak terikat
dengan hafalan rumus semata-mata.
Teknik “Q1Q0Q0” yang diperkenalkan dan contoh latihan kuantitatif ynag diberikan
semasa sesi pengenalan teknik ini juga dapat meningkatkan kefahaman murid terhadap konsep dan
rumus dengan mudah dan cepat. Ini seterusnya dapat meningkatkan penguasaan kemahiran
menjaab pelbagai jenis keanjalan permintaan dnegan lebih mudah.
Sehubungan itu, penggunaan Teknik “Q1Q0Q0” perlu diteruskan dalam PdPc atau
tempoh PdPR semasa murid mempelajari topik Keanjalan Permintaan pada masa datang. Di
samping memperluaskan penggunaan teknik ini kepada murid Tingkatan 4 dan Tingkatan 5
yang mengambil subjek Ekonomi SPM dalam mempelajari topik keanjalan permintaaan.
©SMKBS
Rujukan
Bahagian Pembangunan Kurikulum(2015), Buku Pengoperasian LINUS 2.0 Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Hattie, A.(2012). 6 Essentials tto Inspire Your Young Artist: The Old Schoolhouse. Tennese:The
Old Schoolhouse.
Irma-Ain Binti Mohd Md. Som & Zolkepeli Bin Haron(2017). Kesediaan guru
mengimplementasikan KBAT dalam Pembelajaran dan pengajaran matematik sekolah
rendah. Jurnal Pendidikan Malaysia, 23(14), 147-161.
Kemmis, S. & McTaggart, R.,(1988) The action research planner, 3rd ed. Victoria, Autralia:
Deakin University Press
Mohd Aizat Abu Hassa(2017). Penggunaan perisian ‘Tux paint’ di dalam aktiviti menggambar
pendidikan seni visual di sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Malaysia, 23(15), 162-174.
Mohd Asnorhisham Adam & Abdul Rahim Hamdan (2017). Intervensi penguassaan menulis
literasi Bahasa melayu murid menerusi pendekatan C0-LINUS. Jurnal Pendidikan
Malaysia, 23(9), 83-91.
Mohd Ridzuan Md Nasir(2020). Asas Penulisan Laporan Kajian Tindakan(Panduan Mudah
Untuk Guru). Kota baharu:Mennhajj Resources, Malaysia.
Rajendran, N.S(2001). Pengajaran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi: Kesediaan Guru
Mengendalikan Pengajaran dan Pembelajaran: Kertas Kerja Dibentang pada Seminar
Projek KBKK: Poster Warisan-Pendidikan-Wawasan 2021
Zaari Mohamad.(2013). Keberkesanan kajian pembelajaran berbantukan computer(penggunaan
internet-virtual fields trip) terhadap penguasaan konsep sains-siratan makanan.
Pahang:Universiti Terbuka Malaysia.
©SMKBS