PENYELIDIKAN PENDIDIKAN SMK BANDAR SARIKEI Download PDF
  • 21
  • 3
PENGGUNAAN TEKNIK “Q1Q0Q0” UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN BELAJAR KENAJALAN PERMINTAAN DALAM SUBJEK EKONOMI 1 TINGKATAN 6B3 SMK BANDAR SARIKEI
Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah pelajar dalam menjawab soalan kuantitatif Ekonomi 1 Semester 2 iaitu Mikroekonomi yang dihadapi oleh pelajar Tingkatan 6B3 dalam subtajuk Keanjalan Permintaan. Kajian ini melibakan 37 orang pelajar. Objektif kajian ialah untuk meningkatkan penguasaan kemahiran menjawab soalan kuantitatif pelbagai jenis keanjalan permintaan, meningkatkan kemahiran menganalisis kehandak soalan keanjalan permintaan, meningkatkan kemahiran mengingat rumus pelbagai jenis keanjalan permintaan dengan mudah dan cepat, dan meningkatkan kemahiran menjawab pelbagai soalan kenajalan permintaan dengan tepat. Hasil tinjauan menunjukkan pelajar lemah dalam menjawab soalan kuantitatif berkaitan jenis-jenis keanjalan permintaan. Oleh itu penggunaan Teknik “Q1Q0Q0” telah diperkenalkan untuk meningkatkan kemahiran murid dalam mempelajari topik Keanjalan Permintaan dengan mudah, cepat dan tepat. Kajian ini telah dilaksanakan dalam tempoh 4 minggu yang merangkumi 16 waktu semasa PdPc bersemuka dan tujuh waktu di luar sidang PdPR. Dapatan kajian menunjukkan pencapaian pelajar meningkat semasa Ujian 2 kepada 100% berbanding 45.95% dalam Ujian 1. Kesimpulannya penggunaan Teknik “Q1Q0Q0” banyak membantu pelajar mengingat dan menjawab tiga jenis keanjalan permintaan dalam soalan kuanntitatif dengan mudah dan cepat
View Text Version Category : 22
  • Follow
  • 0
  • Embed
  • Share
  • Upload
Related publications