The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kajian ini bertujuan untuk membantu murid-murid yang lemah dalam menguasai penanda wacana dalam penulisan karangan Bahasa Melayu berformat PT3. Seramai 26 orang murid Tingkatan 3 Cemerlang dan empat orang guru Bahasa Melayu terlibat dalam kajian ini. Kami memfokuskan kepada penggunaan penanda wacana asas untuk permulaan ayat dan kesinambungan ayat di dalam perenggan karangan. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui ujian akhir tahun murid semasa berada di Tingkatan 2. Oleh itu, kami mengambil keputusan untuk mencipta satu kaedah penceritaan berdasarkan huruf pertama penanda wacana dengan menetapkan setiap penanda wacana untuk perenggan
pendahuluan, perenggan isi, dan perenggan penutup. Kami telah menjalankan langkah-langkah yang
dirancang dari mula sehingga didapati penguasaan murid untuk menggunakan penanda wacana yang berbeza dalam penulisan karangan dilihat semakin memuaskan berbanding sebelumnya. Apabila mengetahui serba sedikit penanda wacana yang dapat digunakan dalam penulisan, murid telah menunjukkan sikap yang lebih positif untuk berani menulis karangan dan tidak membiarkan kosong semasa penilaian dilaksanakan.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PENYELIDIKAN PENDIDIKAN SMK BANDAR SARIKEI, 2022-03-03 08:59:51

Kaedah Penghafalan Penanda Wacana untuk Kegunaan Menulis Karangan Bahasa Melayu melalui Penceritaan terhadap murid kelas Tingkatan 3 Cemerlang SMK Bandar Sarikei 2021

Kajian ini bertujuan untuk membantu murid-murid yang lemah dalam menguasai penanda wacana dalam penulisan karangan Bahasa Melayu berformat PT3. Seramai 26 orang murid Tingkatan 3 Cemerlang dan empat orang guru Bahasa Melayu terlibat dalam kajian ini. Kami memfokuskan kepada penggunaan penanda wacana asas untuk permulaan ayat dan kesinambungan ayat di dalam perenggan karangan. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui ujian akhir tahun murid semasa berada di Tingkatan 2. Oleh itu, kami mengambil keputusan untuk mencipta satu kaedah penceritaan berdasarkan huruf pertama penanda wacana dengan menetapkan setiap penanda wacana untuk perenggan
pendahuluan, perenggan isi, dan perenggan penutup. Kami telah menjalankan langkah-langkah yang
dirancang dari mula sehingga didapati penguasaan murid untuk menggunakan penanda wacana yang berbeza dalam penulisan karangan dilihat semakin memuaskan berbanding sebelumnya. Apabila mengetahui serba sedikit penanda wacana yang dapat digunakan dalam penulisan, murid telah menunjukkan sikap yang lebih positif untuk berani menulis karangan dan tidak membiarkan kosong semasa penilaian dilaksanakan.

Keywords: penanda wacana,teknik penghafalan penceritaan,perenggan karangan,tidak terikat

Tajuk:
Kaedah Penghafalan Penanda Wacana untuk Kegunaan Menulis Karangan Bahasa

Melayu melalui Penceritaan terhadap murid kelas Tingkatan 3 Cemerlang
SMK Bandar Sarikei 2021

Disediakan Oleh:
Puan Nur Irma Kasuma Binti Median

Puan Norhusnah Binti Sepawi
Puan Siti Hotimah Binti Muhadzir

Encik Abusrah Bin Madini
©SMKBS

©SMKBS ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk membantu murid-murid yang lemah dalam menguasai penanda wacana
dalam penulisan karangan Bahasa Melayu berformat PT3. Seramai 26 orang murid Tingkatan 3
Cemerlang dan empat orang guru Bahasa Melayu terlibat dalam kajian ini. Kami memfokuskan kepada
penggunaan penanda wacana asas untuk permulaan ayat dan kesinambungan ayat di dalam perenggan
karangan. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui ujian akhir tahun murid semasa berada di
Tingkatan 2. Oleh itu, kami mengambil keputusan untuk mencipta satu kaedah penceritaan berdasarkan
huruf pertama penanda wacana dengan menetapkan setiap penanda wacana untuk perenggan
pendahuluan, perenggan isi, dan perenggan penutup. Kami telah menjalankan langkah-langkah yang
dirancang dari mula sehingga didapati penguasaan murid untuk menggunakan penanda wacana yang
berbeza dalam penulisan karangan dilihat semakin memuaskan berbanding sebelumnya. Apabila
mengetahui serba sedikit penanda wacana yang dapat digunakan dalam penulisan, murid telah
menunjukkan sikap yang lebih positif untuk berani menulis karangan dan tidak membiarkan kosong
semasa penilaian dilaksanakan.

Kata Kunci: penanda wacana, teknik penghafalan berdasarkan penceritaan, perenggan
karangan, tidak terikat.

1.0 PENGENALAN
Karangan merupakan satu bahagian wajib yang harus di jawab dalam Kertas Peperiksaaan

Bahasa Melayu PT3. Bahagian ini akan menguji kemampuan murid-murid untuk
menghuraikan pengetahuan secara tersusun berdasarkan ilmu yang telah diperolehi semasa
proses PdP, melalui bahan bacaan tambahan, ataupun makluman umum daripada media massa.
Murid akan diuji dengan menulis karangan berdasarkan tema yang terkandung di dalam DSKP.
Penggunaan penanda wacana dapat menghasilkan penulisan yang menarik untuk dibaca kerana
adanya kesinambungan ayat yang tidak tergantung makna apabila dibaca. Karangan akan
menjadi lebih tersusun penghuraiannya kerana penanda wacana berfungsi untuk
menggabungkan idea sebelum dan selepas murid dalam menyusun ayat. Oleh itu, tidak
dinafikan kemahiran menulis karangan dengan penanda wacana yang betul dan tidak berulang
amat penting agar para guru yang menyemak karangan murid dapat mengesan kemampuan
murid menulis karangan yang lengkap dan tepat. Malahan, apabila mengetahui penanda
wacana, murid juga dapat menggunakannya apabila diperlukan semasa menjawab soalan esei
dalam subjek yang lain seperti Sejarah dan Pendidikan Moral.

©SMKBS2.0 PERNYATAAN MASALAH

Skrip jawapan Peperiksaan Akhir Tingkatan 2 Cemerlang telah dinilai oleh empat orang
guru yang terlibat dalam Kajian Tindakan ini dan masalah yang dikenalpasti telah
dibincangkan sebagai fokus untuk penyertaan Kajian Tindakan Tahun 2020. Disimpulkan
bahawa murid masih lemah dalam penulisan karangan kerana tidak menggunakan penanda
wacana yang sesuai. Keseluruhan karangan telah dibaca dan dinilai. Hasilnya menunjukkan
bahawa murid masih mempunyai pengetahuan yang cetek tentang kepelbagaian penanda
wacana yang boleh digunakan. Kita sedia maklum, penanda wacana telah didedahkan kepada
murid semasa di sekolah rendah lagi dan kemungkinan pemahaman murid semasa di sekolah
rendah masih kurang jelas dan semasa di Tingkatan 1 mereka masih kurang memahami
kehendak penulisan yang sebenar untuk sekolah menengah. Murid sering kali menggunakan
penanda wacana yang sama dalam satu perenggan dan kesinambungan perenggan berikutnya
juga tidak menggunakan penanda wacana yang tepat. Oleh itu, kami telah mengkaji untuk
mencipta kaedah penghafalan penanda wacana menggunakan kaedah penceritaan berdasarkan
huruf pertama setiap penanda wacana tersebut.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Oleh itu, kami telah menetapkan beberapa objektif untuk dicapai setelah Kajian Tindakan ini
selesai.

1. Memastikan murid menghafal sebahagian daripada penanda wacana yang ada bagi
memudahkan mereka menulis karangan.

2. Memastikan setelah murid berjaya menghafal penanda wacana tersebut melalui kaedah
penceritaan, murid dapat menggunakannya semasa menulis karangan.

3. Murid dapat menulis karangan yang mempunyai kesinambungan ayat berdasarkan
penanda wacana yang dihafal.

4. Murid dapat menulis karangan degan ayat yang tersusun dan gramatis.

©SMKBS4.0 SOALAN KAJIAN

Sebelum kami meneruskan perancangan dalam mencipta kaedah penceritaan untuk menghafal
penanda wacana, kami telah menimbulkan persoalan terlebih dahulu agar Kajian Tindakan ini
dapat diperhalusi.

1. Berapakah jumlah penanda wacana yang diketahui oleh murid?
2. Adakah murid mengetahui kesesuaian penggunaan penanda wacana tersebut?
3. Bagaimanakah murid mampu menggunakan penanda wacana yang berbeza dalam

setiap pendahuluan, isi karangan dan penutup?
4. Sejauh mana penggunaan teknik penghafalan penanda wacana melalui penceritaan ini

mampu membantu murid dalam menyiapkan sebuah karangan?

5.0 TINJAUAN LITERATUR

Sesuatu penulisan atau perbualan yang menggunakan penanda wacana dalam ayat
sebagai unsur bahasa akan menghasilkan wacana penulisan yang berkesatuan. Menurut Jaafar
(2014), dalam penulisan penanda wacana bukan sahaja menghubungkan antara ayat, malah
turut menghubungkan antara perenggan. Hal ini memberi gambaran bahawa penanda wacana
memainkan peranan yang penting untuk menghasilkan suatu penulisan yang baik dan berkesan.

Sarjana Bahasa di dunia juga telah membahaskan penanda wacana dengan pelbagai
terminologi. Misalnya, Fraser (1999) telah menyenaraikan beberapa istilah penanda wacana
oleh pengkaji bahasa, iaitu sentence connectives (Halliday & Hasan, 1976), semantic conjuncts
(Quirk et al., 1985), discourse particles (Schorup, 1985), pragmatic connectives (Van Dijk,
1979), pragmatic markers (Fraser,1988, 1990; Schiffrin, 1987) dan discourse connectives
(Blackmore, 1987, 1992). Ternyata penggunaan istilah ini bercampur-campur. Misalnya,
Halliday & Hasan dan Quirk et al. menganggap penanda wacana sebagai penghubung
(connectives dan conjuncts) ayat dan semantik. Van Dijk dan Blackmore turut menggunakan
istilah connectives yang ditumpukan pada kajian pragmatik dan wacana. Schorup pula
menggunakan istilah yang sedikit berbeza, iaitu particles. Fraser dan Schffrin menggunakan
istilah markers untuk penanda wacana dalam kajian pragmatik. Setakat ini dapat dirumuskan
bahawa perbezaan istilah penanda wacana dalam kalangan pengkaji bahasa di Barat
dipengaruhi oleh bidang kajian.

©SMKBS Dari segi sintaksis, penanda wacana hadir pada bahagian awal ayat (Miriam Urgelles
Coll, 2009). Misalnya, He was really tired. However, the noise did not let him sleep. Contoh
ini menunjukkan bahawa penanda wacana hadir selepas ayat lain, dan kata however dalam ayat
berikutnya berfungsi untuk menghubungkan kedua-dua ayat tersebut dari segi semantik.
Dengan ini, penanda wacana ialah unsur yang berfungsi untuk menghubungkan dua atau lebih
ayat menjadi satu kesatuan idea yang utuh.

Dalam konteks di Malaysia, kajian tentang penanda wacana masih agak baharu. Kajian
penanda wacana khususnya dikembangkan oleh pengkaji wacana misalnya, Sanat Md. Nasir
(2002). Sanat Md. Nasir telah mencuba menghasilkan model kohesi bahasa Melayu yang
dipinda daripada Halliday dan Hasan (1976) berdasarkan data teks akhbar. Dalam model ini
Sanat telah membahagikan kohesi kepada tiga jenis yang utama, tautan perulangan, tautan
kolokasi dan tautan penghubung ayat. Dalam kajian Sanat, tautan penghubung ayat merujuk
penanda wacana. Menurut Sanat (2002), tautan penghubung ayat (sentence connectors)
berfungsi untuk menghubungkan antara unsur linguistik, iaitu unit teks (ayat) sebelum dengan
yang sesudahnya.

6.0 METODOLOGI KAJIAN
Metodologi kajian adalah penting supaya penyelidikan yang dijalankan mempunyai

kaedah yang paling sesuai dan berkesan dalam menjawab permasalahan kajian. Kami telah
bersepakat untuk menggunakan kaedah kuantatif terlebih dahulu dengan menemui murid dan
menerangkan mereka tentang Kajian Tindakan yang kami lakukan ini. Mula sekali, untuk
mengenalpasti jumlah penanda wacana yang murid ketahui, kami meminta murid menulis di
atas kertas semua penanda wacana yang mereka tahu. Kemudian berdasarkan pengumpulan
maklumat tersebut kami membuat analisis ringkas jumlah penanda wacana yang diketahui oleh
murid. Bagi menjawab soalan kajian kami yang kedua, kami telah mengedarkan borang soal
selidik kepada semua murid agar mereka mencatat penanda wacana yang mereka tahu dengan
kesesuaiannya. Ini berbeza dengan tindakan pertama tadi kerana tindakan pertama adalah untuk
mengenalpasti jumlah tetapi tindakan kedua adalah untuk mengenalpasti pengetahuan murid
tentang kefahaman kesesuaian penanda wacana tersebut. Akhir sekali, kami membuat
keputusan bahawa setiap penanda wacana yang diketahui oleh murid akan dikekalkan di dalam
jadual penanda wacana dan ia akan disusun mengikut kesesuaiannya. Setelah kami berjaya
menyusun penanda wacana mengikut kesesuaian dan penggunaannya bagi setiap perenggan,
kami membuat jalan cerita yang senang untuk difahami oleh murid. Kemudian, kami

menerangkan kepada murid tentang susunan penanda wacana, fungsinya, dan jalan penceritaan
yang di ambil dari huruf pertama. Murid diminta menghafal terlebih dahulu penanda wacana
berserta susunannya sebelum menghafal jalan cerita yang direka kerana fokusnya adalah agar
murid dapat menggunakan penanda wacana yang berbeza dalam penulisan karangan apabila
mereka mengingati jalan ceritanya.

7.0 DAPATAN KAJIAN

Berikut merupakan dapatan kajian kami;

A. Perenggan Pendahuluan
©SMKBS
Pada perenggan pendahuluan, murid hanya menggunakan satu penanda wacana untuk
memulakan ayat supaya mereka dapat mengembangkan huraian karangan dengan baik. Kami
menekankan murid-murid agar menulis tiga hingga empat ayat sahaja untuk perenggan
pendahuluan berdasarkan kehendak soalan. Di bawah ini adalah penanda wacana dan jalan
cerita yang akan dihafal oleh murid untuk mengingatkan penanda wacana yang harus
digunakan. Ditekankan semula, murid boleh memilih, penanda wacana yang bersesuaian
mengikut tema soalan. Terdapat empat penanda wacana yang sesuai untuk perenggan
pendahuluan untuk dihafal oleh murid.

Penanda Wacana Sebenar Penceritaan untuk Penghafalan

Dewasa ini Dokumen

Pada Masa ini Pentaksiran

Baru-baru ini Bilik

Dalam meniti arus kemodenan Darjah

JADUAL 1: Penanda Wacana untuk Perenggan Pendahuluan

B. Perenggan Isi

Bagi menghuraikan perenggan isi, penggunaan penanda wacana amat penting. Hal ini
demikian kerana, penulisan karangan perlu ada kesinambungan antara setiap ayat dan ayat
tidak tergantung apabila dibaca. Sehubungan itu, penanda wacana mampu menjadikan sesuatu
ayat itu menjadi lebih gramatis. Kami telah mendedahkan kepada murid-murid mengenai
penulisan untuk menulis isi karangan. Pada perenggan isi, kami menekankan murid untuk
menulis lima ayat sahaja. Lima ayat itu terdiri daripada Ayat Topik (AT), Ayat Huraian (AH),
Ayat Contoh (AC), Ayat Huraian Contoh (AHC) dan Ayat Penegasan (AP).

Projek Kajian Tindakan ini memerlukan murid menghafal tiga susunan penanda wacana
seperti di dalam jadual di bawah. Apabila murid menggunakan penanda wacana yang dirancang
tersebut, hal ini bermakna, tiga perenggan isi yang diutarakan akan menggunakan penanda
wacana yang berbeza. Terlebih dahulu murid perlu menghafal penanda wacana asal sebelum
menghafal jalan ceritanya.
©SMKBS
Ayat Topik (AT) Antaranya… Selain itu,… Seterusnya,.. Aku
Sangat
Ayat Huraian Hal ini demikian Hal ini berlaku Hal ini terjadi Sedih
(AH) kerana… Hal dulu
kerana… kerana… …….buat aku
……terluka
Ayat Contoh (AC) Contohnya… Umpamanya… Misalnya… Cintaku
Untuk
Ayat Huraian Dengan itu… Oleh itu… Makanya… Mu
Contoh (AHC) Akhirnya… Tegasnya… Dan
Onar
Ayat Penegasan Jelaslah… Mu
(AP) Jadi
Aku
Tertipu

JADUAL 2: Penanda Wacana untuk Perenggan Isi

C. Perenggan Penutup

Bagi perenggan penutup, hanya satu penanda wacana yang digunakan. Namun kami
juga menekankan agar murid-murid menulis tiga ayat dalam perenggan penutup. Ayat harapan
perlu ada dalam penutup. Berikut merupakan tiga penanda wacana yang kami cipta dan murid
hanya perlu memilih satu untuk perenggan penutup ini.

Kesimpulannya… Tuntasnya… Rumusannya… Karen
Terkejut
Rumahnya terbakar
©SMKBS
JADUAL 3: Penanda Wacana untuk Perenggan Penutup

Kesimpulannya, murid perlu dijelaskan semula bahawa penanda wacana di atas dapat di
gunakan dalam karangan rencana, fakta dan pendapat. Malahan apabila murid sudah
memahami fungsi dan kesesuaian penanda wacana tersebut, murid akan senang untuk menulis
ayat karangan yang lain. Penggunaan penanda wacana ini tidak terikat mengikut susunannya
asalkan murid jelas kegunaan penanda wacana tersebut dengan kesesuian ayat yang hendak
ditulis.

©SMKBS8.0 PERBINCANGAN
Sepanjang melaksanakan kajian tindakan ini, kumpulan kami berganding bahu dalam

memastikan murid yang menjadi responden kami iaitu murid dari kelas 3 Cemerlang memberi
kerjasama agar objektif kami tercapai. Setelah merangka jadual tindakan, kami melaksanakan
tugasan dan memastikan segala tugasan disemak dan murid terus dinilai dari masa ke semasa
berdasarkan latihan penulisan yang diberikan.

Pertama, bermula dengan meminta murid menyenaraikan seberapa banyak penanda
wacana yang mereka tahu di atas kertas, tindakan ini bertujuan untuk melihat sejauh mana
pengetahuan murid terhadap penanda wacana yang telah diajar kepada mereka sebelum ini. Di
tahap ini, kemahiran berfikir aras rendah digunakan iaitu mengingati. Murid akan mengingati
semula penanda wacana yang pernah mereka gunakan sebelum ini semasa proses PdP BM
samaada di sekolah rendah atau semasa di Tingkatan 1 dan tingkatan 2.

JADUAL 4: Peringkat Aras Pemikiran

Kedua, setelah kami menganalisis penanda wacana yang ditulis oleh murid. Kami ingin
mengetahui sejauh mana pengetahuan murid tentang fungsi penanda wacana tersebut.
Maksudnya di sini adalah, murid tersebut sepatutnya tahu penanda wacana tersebut untuk
permulaan ayat, ayat kedua, penghubung ayat, ayat penutup dan ayat perbandingan. Oleh itu,
kami mengedarkan satu jadual kosong untuk dilengkapkan oleh murid murid. Di peringkat ini
kemahiran berfikir aras rendah iaitu memahami masih diaplikasikan.

JADUAL 5: Lembaran Penilaian Kefahaman Penanda Wacana
©SMKBS

©SMKBSSelepas mendapat jawapan daripada murid, kami berbincang dan mengenalpasti penanda
wacana yang selalu digunakan oleh murid dan penanda wacana yang betul fungsi kegunaannya
dan penanda wacana. Hasilnya kami berjaya memilih penanda wacana yang akan dihafal oleh
murid-murid dan merekakan jalan cerita yang akan digunakan oleh murid menghafalnya
(Rujuk Jadual 1, Jadual 2, Jadual 3). Dalam masa sebulan, murid didedahkan dengan nota
penanda wacana dan senarai penanda wacana. Murid diminta untuk menghafal penanda
wacana tersebut terlebih dahulu.

Setelah itu, kami mendedahkan pula jalan penceritaan yang dicipta agar murid-murid
tahu bahawa huruf pertama pada jalan cerita itu merujuk kepada penanda wacana yang mereka
telah hafal. Perenggan pendahuluan kami menggunakan istilah Dokumen Pentaksiran Bilik
Darjah untuk huruf pertama yang mewakili penanda wacana kerana perkara tersebut sering kali
didengari oleh murid-murid. Oleh itu,murid akan lebih mudah untuk menghafal penanda
wacana untuk pendahuluan. Bagi perenggan isi, jalan peceritaan berkaitan pecintaan remaja
yang mengecewakan diguna sebagai jalan cerita kerana ia juga dilihat sebagai nasihat kepada
murid. Perenggan penutup pula menggunakan penceritaan nama rakan sekelas agar cepat untuk
menghafalnya.

Kami juga memberi masa untuk murid menghafal jalan penceritaaan ini dan kami turut
mengajar murid menggunakan penanda wacana ini menerusi latihan-latihan menulis perenggan
karangan. Pada tahap ini, cabaran lebih rumit kerana, murid aras tinggi akan cekap untuk
menulis, murid aras sederhana masih bertatih untuk menulis dan murid aras rendah masih perlu
diajar untuk menulis. Namun, ini bukan halangan kepada kami berempat, kerana objektif utama
kami adalah untuk memastikan murid dapat menghafal penanda wacana sahaja. Usaha untuk
melatih murid agar dapat menulis karangan adalah satu perkara lain kerana ia boleh dipupuk
dengan bahan bacaan dan latihan yang berterusan.
Bagi memastikan hasil kajian tindakan kami ini berjaya, kami memberi tugasan kepaada murid
untuk menulis karangan penuh dan memastikan murid menjawab ujian karangan semasa
pentaksiran dilaksanakan.

9.0 RUMUSAN
Usaha kajian tindakan kumpulan kami ini akan terus dipraktiskan dan dimurnikan dari masa
ke semasa agar dapat digunakan sepanjang tahun. Kami juga akan mendedahkan teknik ini
kepada semua murid bermula mereka di Tingkatan 1. Teknik penghafalan penanda wacana
menerusi penceritaan ini juga dapat kami dedahkan kepada murid yang berada di Tingkatan 4
dan Tingkatan 5.

Rujukan
Fraser, B., “What are Discourse Markers?” dlm. Journal of Pragmatics 31, 931-52, 1999

Halliday, M.A.K. & Ruqaiya Hasan, 1976. Cohesion in English. London: Longman.

Halliday, M.A.K. & Ruqaiya Hasan, 1995. Cohesion in English. London: Longman.

Nik Safiah Karim et al., 2008. Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Sanat Md. Nasir, 2002. Tautan dalam Wacana Bahasa Melayu Akhbar. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
©SMKBS


Click to View FlipBook Version