The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SOALAN GEOGRAFI BAHAGIAN A DAN B (Grp2)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by danneyq, 2023-01-02 19:58:50

SOALAN GEOGRAFI BAHAGIAN A DAN B

SOALAN GEOGRAFI BAHAGIAN A DAN B (Grp2)

Keywords: Geo stpm

BAB 1: ALAM SEKITAR FIZIKAL DAN JENIS-JENIS SISTEM

1. (a) Jelaskan konsep sistem terbuka dalam konteks sebuah kawasan hutan tropika. [4]

Rangka Jawapan
Tenaga - tenaga masuk (tanaga matahari), tenaga keluar (bahang bumi)
Bahan - bahan masuk (hujan / karbon dioksida), bahan keluar (wap air /
oksigen)

Cadangan Jawapan

Kawasan hutan tropika boleh dibuktikan sebagai sebuah sistem terbuka sebab adanya kemasukan
tenaga dalam bentuk tenaga matahari dan ada tenaga keluar dalam bentuk bahang matahari.

Kawasan hutan juga membenarkan kemasukan bahan dalam bentuk gas karbon dioksida dan
membenarkan bahan keluar dalam bentuk oksigen melalui proses fotosintesis.

(b) Jelaskan kepentingan setiap komponen sistem bumi kepada aktiviti manusia di [8]
kawasan tropika.

Rangka Jawapan
Atmosfera - membekal hujan untuk aktiviti pertanian
Litosfera - lapisan kandungan pelbagai mineral - perlombongan
Hidrosfera - aliran sungai - aktiviti perhubungan dan pengangkutan
Biosfera - bekalan kayu-kayan untuk aktiviti pembalakan

Cadangan Jawapan

Komponen Atmosfera mempengaruhi aktiviti manusia melalui unsur-unsur cuaca seperti
suhu dan hujan. Komponen atmosfera melalui proses pembentukan hujan membekalkan hujan
yang lebat di kawasan tropika. Hujan yang lebat ini menjadi bekalan air yang menggalakkan
aktiviti pertanian seperti penanaman padi sawah.

Komponen Litosfera yang menampung pelbagai mineral di lapisan kerak bumi pula dapat
menjana aktiviti perlombongan. Kawasan tropika yang kaya dengan pelbagai mineral berbentuk
bahan api fosil menggalakkan aktiviti perlombongan seperti petroleum dan gas asli.

Komponen Hidrosfera yang menampung zon air pula membekalkan air di kawasan
tropika melalui proses-proses kitar hidrologi dan membentuk aliran sungai. Sungai-sungai yang
mengairi pelbagai pelusuk muka bumi di kawasan tropika lembap telah dimanfaatkan oleh
penduduk yang tinggal di sepanjang sungai sebagai jalan-jalan perhubungan untuk bergerak ke
kawasan-kawasan sekitar. Sungai-sungai juga menggalakkan kerja-kerja pengangkutan barangan
dari satu kawasan ke kawasan lain di sepanjang sungai dengan menggunakan bot dan kapal.

Komponen Biosfera di kawasan tropika lembap menampung pelbagai hidupan liar dan
tumbuh-tumbuhan. Tumbuhan di kawasan tropika lembap adalah jenis berkayu keras yang
mempunyai permintaan yang tinggi daripada industri perabot dan kilang kayu. Bekalan kayu keras
yang banyak yang disediakan oleh komponen biosfera dan ditambah oleh permintaan yang tinggi
dari sektor industri berasaskan kayu telah menggalakkan aktiviti pembalakan dijalankan dengan
giat di kawasan hutan tropika.

(c) Bincangkan empat saling kebergantungan antara komponen persekitaran bumi. [13]

Rangka Jawapan Proses Kesan
Isi Hujan - proses resapan simpanan air bawah tanah

i - Atmosfera - Hidrosfera

ii - Atmosfera - Litosfera Hujan - proses hakisan / BMB hakisan sungai /
iii - Atmosfera - Biosfera luluhawa luluhawa

Bahangan matahari - Tumbesaran tumbuhan
proses fotosintesis

iv - Litosfera - Hidrosfera BMB curam - proses larian banjir / tanah runtuh
v - Litosfera - Biosfera air permukaan

vi Biosfera - Hidrosfera tanah tinggi / tanah pamah habitat / rantaian makanan
vii Kesimpulan beralun - pertumbuhan
tumbuhan

Tumbuh-tumbuhan - simpanan air bawah tanah
proses resapan

Cadangan Jawapan

Saling kebergantungan antara atmosfera dengan hidrosfera berlaku apabila hujan dari atmosfera
apabila sampai ke permukaan bumi akan melalui proses resapan yang akhirnya akan meningkatkan
simpanan air bawah tanah.

Interaksi di antara atmosfera dengan biosfera berlaku apabila bahang matahari dari atmosfera
menggalakkan proses fotosintesis tumbuhan di biosfera. Hasilnya interaksi ini menggalakkan
tumbesaran tumbuhan.

Saling kebergantungan antara litosfera dengan biosfera berlaku apabila proses pembentukan
bentuk muka bumi seperti proses lipatan dan proses gelinciran dalam litosfera membentuk
pelbagai bentuk muka bumi seperti tanah tinggi dan tanah pamah. Kepelbagaian bentuk muka
bumi ini menggalakkan pertumbuhan pelbagai jenis pokok dan menghasilkan habitat dan siratan
makanan.

Interaksi di antara biosfera dengan hidrosfera berlaku apabila tumbuh-tumbuhan dari atmosfera
menggalakkan proses resapan air hujan dalam hidrosfera. Hasilnya interaksi ini menggalakkan
simpanan air bawah tanah.

a) Apakah yang dimaksudkan dengan sistem bumi ? [3]
Saling interaksi antara komponen-komponen fizikal yang membentuk planet bumi iaitu
biosfera (hidupan), atmosfera (lapisan udara), hidrosfera (air) dan litosfera (batuan/kerak
bumi) untuk mencapai keseimbangan.
Mana-mana 3 isi x 1m = 3m

b) Terangkan dua sebab sistem bumi bersifat sebagai sistem terbuka. [4]
b1- Komponen sistem bumi iaitu biosfera, atmosfera, hidrosfera dan litosfera mempunyai
sempadan yang membenarkan kemasukan bahan dan tenaga antara satu sama lain
b2- Berlaku tindakbalas antara komponen-komponen dalam sistem bumi
b3- Sistem bumi adalah kompleks iaitu mempunyai banyak komponen yang saling
bergantung antara satu sama lain
Mana-mana 2 isi x 2m = 4m

c) Huraikan dua komponen persekitaran fizikal yang membentuk sistem bumi. [4]
c1- Biosfera
c2- Atmosfera
c3- Hidrosfera
c4- Litosfera
Mana-mana 2 isi x 2m = 4m

d) ”Komponen alam sekitar fizikal bumi penting dalam menjana sumber tenaga.”
Jelaskan pernyataan ini. [4]
d1- Biosfera - tenaga biomas
d2- Atmosfera - tenaga solar, tenaga angin
d3- Hidrosfera - tenaga hidroelektrik, tenaga ombak, tenaga pasang surut
d4- Litosfera - tenaga bahan api fosil/tenaga elektrik terma, tenaga geoterma
Mana-mana 2 isi x 2m = 4m

e) Huraikan komponen persekitaran fizikal bumi sebagai suatu sistem.[10]

B1 Atmosfera 1m
- Lapisan gas & wap air yg menyelaputi bumi, terdiri pelbagai campuran gas, utk
kehidupan haiwan & tumbuhan 1m
-unsur-unsur cuaca & iklim spt suhu, hujan,kelembapan udara, angin dll 1m

B2 Hidrosfera / sistem hidrologi 1m
-75% permukaan bumi dilitupi air, air tanih dll,membekalkan air kpd kehidupan 1m

B3 Litosfera /sistem geomorfologi 1m

-kerak bumi terdiri drpd tanih & batuan – medium bagi hidupan di permukaan bumi 1m
B4 Biosfera/sistem ekologi
-tumbuhan & haiwan – menggunaan atmosfera, hidrosfera & litosfera,gerak sistem
ekologi 1m
B5 Saling kebergantungan – nyatakan keempat-empat komponen tersebut saling
berinteraksi utk membentuk satu sistem 2m

f) Bincangkan kepentingan komponen sistem bumi terhadap aktiviti manusia.[11]
C1 Atmosfera – suhu,hujan dll (huraian mesti kait unsur-unsur cuaca & iklim)
-IKS/Pertanian/Pelancongan/perikanan
C2 hidrosfera – sungai, tasik, laut
-Perikanan/pengangkutan/pelancongan

g) Jelaskan perbezaan antara proses endogenik dengan proses eksogenik. [12]
a1- Punca tenaga
Endogenik
-tenaga dari dalam bumi yang digerakkan oleh haba radioaktif
Eksogenik
-tenaga dari luar permukaan bumi seperti tenaga matahari
a2- Jenis tenaga
Endogenik
- tenaga haba dalam bumi, tenaga magnetik/radiogenik, tenaga graviti,
tenaga geoterma
Eksogenik
- tenaga haba rasa, tenaga haba pendam, tenaga kinetik, tenaga keupayaan,

tenaga kimia

a3- Kepentingan kepada aktiviti manusia
Endogenik
-tenaga haba-magma-hasilkan lava bes-membentuk tanih lava bes lereng2
bukit gunung berapi-subur utk pertanian contoh Pulau Jawa Indonesia
Eksogenik
-tenaga matahari-aktiviti IKS contoh pengeringan ikan, keropok, batik dll

a4- Membekalkan sumber tenaga
Endogenik
-tenaga haba-geiser – menghasilkan tenaga geoterma-tenaga elektrik
Endogenik
-tenaga matahari-menghasilkan tenaga solar-tenaga elektrik

a5- Mempengaruhi proses geomorfologi di permukaan bumi
Endogenik
-lipatan, gelinciran, letusan gunung berapi, gempa bumi, metamorfisme
batuan
Eksogenik
-luluhawa, pergerakan jisim, hakisan, pengangkutan, pemendapan

a6- Menghasilkan bentuk muka bumi yang berbeza
Endogenik
-menghasilkan bentuk muka bumi gunung lipat, banjaran gunung, gunung
bongkah, permatang lautan, jurang lautan dll
Eksogenik
-menghasilkan bentuk muka bumi spt air terjun, jeram, dataran banjir, delta,

tasik ladam, tetambak dll.
* Pemarkahan mesti menunjukkan perbezaan
6 isi x 2m = 12m

Bab 2 : Sistem Suria
Jawab semua soalan.

1. (a) Apakah bukti-bukti bumi berbentuk sfera? [6m]
(b) Secara ringkas, nyatakan kesan-kesan putaran bumi. [4m]
(c) Nyatakan ciri-ciri yang terdapat di permukaan bumi semasa terjadinya ekuinoks. [6m]

Skema Jawapan (Struktur)

1. (a) Apakah bukti-bukti bumi berbentuk sfera? [6m]
a. Bukti-bukti yang menunjukkan bumi berbentuk sfera

i. Bukti pelayaran mengelilingi bumi-tempat permulaan dan berakhir pelayaran
mengelilingi bumi boleh dilakukan pada tempat yang sama.

ii. Bukti daripada kedudukan kaki langit yang melengkung ianya dapat dilihat di
kawasan pantai atau pinggir laut.

iii. Bumi berbentuk sfera dimana ianya dapat dilihat pada waktu gerhana bulan.
iv. Bukti satelit dimana gambar bumi yang diambil melalui satelit jelas berbentuk

sfera.
v. Terbit dan terbenamnya matahari pada waktu yang berbeza mengikut zon masa

antarabangsa.
(b) Secara ringkas, nyatakan kesan-kesan putaran bumi. [4m]
b. Kesan-kesan putaran bumi:

i. Kejadian siang dan malam dimana bumi yang menghadap matahari terbit
menjadi siang manakala bahagian terlindung malam.

ii. Perbezaan waktu tempatan, iaitu 4 minit bagi 1 darjah garisan longitude.

iii. Pembiasan arus lautan dunia dan sistem angin dunia yang berkaitan dengan
daya koriolis.

iv. Kejadian pasang dan surut air laut setiap hari.

(c) Nyatakan ciri-ciri yang terdapat di permukaan bumi semasa terjadinya ekuinoks. [6m]
c. Ciri-ciri yang terdapat di permukaan bumi semasa terjadinya musim ekuinoks:
i. Kejadian siang dan malam adalah sama di semua tempat di muka bumi ini.
ii. Pancaran matahari waktu tengah hari tepat di atas garisan khatulistiwa pada 21 Mac dan

23 Sept.
iii. Tenaga matahari maksimum diterima di kawasan khatulistiwa.
iv. Terjadinya musim bunga di kawasan khatulistiwa.

Soalan Esei

1. Jelaskan peranan tenaga suria terhadap aktiviti manusia. [15m]
2. Jelaskan kesan lebihan bahangan matahari yang diterima oleh bumi akibat penipisan lapisan

ozon terhad manusia. [13m]

Skema Jawapan (Esei)

1. Peranan tenaga suria terhadap aktiviti manusia:
i. Terhadap jenis dan aktiviti pertanian- mempengaruhi kitaran aktiviti pertanian dalam
bentuk tempoh masa atau bilangan hari penanaman.
ii. Terhadap aktiviti perikanan- bilangan hari menangkap ikan di laut bergantung keadaan
musim panas atau sejuk.
iii. Terhadap aktiviti pelancongan- jenis dan aktiviti pelancongan mengikut musim misalnya
musim panas, musim dingin, luruh dan bunga, maka aktiviti pelancongan adalah
berbeza-beza.
iv. Terhadap aktiviti pembalakan- kitaran kerja dipengaruhi oleh keadaan cuaca atau
musim sejuk dan panas. Misalnya di kawasan hawa sederhana- penebangan berlaku
pada musim sejuk manakala pengangkutan berlaku di musim panas dengan cairan salji.
v. Terhadap pengangkutan- jenis dan kadar pengangkutan berbeza mengikut musim
khususnya di kawasan yang dilanda empat musim.
vi. Terhadap aktiviti sosial- seperti bersukan, beriadah dan lain-lain amat bergantung
kepada keadaan cuaca sama ada panas melampau atau kemarau, hujan berpanjangan
dan sebagainya.

2. Kesan lebihan bahangan matahari akibat penipisan lapisan ozon terhadap manusia:
i. Kesan kepada kulit- menjadi gelap dan terbakar. Pendedahan yang begitu lama boleh
menyebabkan barah kulit yang berpunca daripada menerima sinar UV yang berlebihan.
Sel-sel kulit akan mati.
ii. Kesan kepada mata- merosakkan penglihatan manusia atau penyakit katarak mata.
Retina mata akan rosak apabila dipaksa menerima lebihan pancaran matahari.
iii. Melemahkan sistem pelalian manusia(imunisasi)- juga berpunca daripada penerimaan
sinar UV yang berlebihan.
iv. Kehilangan air badan secara berlebihan- badan cepat berpeluh akibat peningkatan
metabolisme yang berpunca daripada cuaca panas. Kehilangan tenaga atau kelesuan
yang kelak memudaratkan kesihatan manusia.
v. Mempengaruhi genetic manusia- menyebabkan kecacatan yang berpunca daripada
radiasi bahangan matahari secara berlebihan.
vi. Menghadkan aktiviti di luar rumah akibat pemanasan global- juga boleh menyebabkan
fenomena lain seperti jerebu yang mengganggu aktiviti harian dan membahaya
kesihatan manusia.

Bab 3:Kedudukan bumi dalam sistem suria

Bahagian B: Soalan struktur

3.1 Bukti bumi berbentuk sfera
1.(a) Jelaskan 4 bukti yang menunjukkan bumi berbentuk sfera (8)

(i)Pelayaran Kapal.Sebuah kapal yang berlayar boleh bermula dan berakhir di
tempat yang sama.

(ii)Kaki langit.kaki langit bumi berbentuk melengkung terutamanya Ketika
dilihat di tepi pantai.

(iii)Kapal di lautan.Ketika kapal di lautan bahagian atasnya dahulu kelihatan
baharulah bahagian keseluruhannya.

(iv)Matahari terbit dan terbenam.Matahari terbit dan terbenam berlaku pada
waktu dan arah yang berbeza.Oleh kerana bumi berputar di atas
paksinya,matahari akan terbit dari arah timur dan bahagian ini akan mengalami
siang terlebih dahulu.

3.2 Pergerakan bumi

2.(a) Jelaskan bagaimana bumi bergerak dalam sistem suria. [4]
a1- Bumi berputar di atas paksinya yang condong sebanyak 23 ½ ° dari satah
tegak bumi - 1 putaran lengkap 24 jam/1 hari - arah barat ke timur
a2- Bumi beredar mengelilingi matahari mengikut orbit berbentuk elips - 1
edaran lengkap 365 ¼ hari/1 tahun - arah timur ke barat 2 isi x 2m = 4m b)

(b)Bezakan dua ciri antara kejadian ekuinoks dan solstis. [4]
Ciri kejadian Ekuinoks Solstis
b1- Kedudukan matahari tengah hari Garisan Khatulistiwa Garisan Sartan dan
Garisan Jadi
b2- Tarikh 21 Mac dan 23 September 21 Jun dan 22 Disember
b3- Tempoh siang dan malam Sama panjang di semua kawasan Tidak sama
panjang antara hemisfera utara dan hemisfera selatan
b4- Kejadian musim Musim bunga dan musim luruh Musim panas dan musim
sejuk

b5- Intensiti bahangan matahari Sama banyak di kedua-dua hemisfera Solstis
musim panas - hemisfera utara terima bahangan matahari maksimum dan
sebaliknya
c) Terangkan kesan kejadian ekuinoks terhadap ciri fizikal di permukaan bumi.
[3] c1- Semua kawasan menerima cahaya matahari - banyak di
Khatulistiwa/sedikit di kutub
c2- Tempoh siang dan malam adalah sama panjang di semua Kawasan
c3- Suhu tinggi/cuaca panas di Khatulistiwa - pancaran matahari tegak waktu
tengah hari di garisan Khatulistiwa - bahangan matahari maksimum di kawasan
berkenaan
c4- Wujud musim bunga (21 Mac) dan musim luruh (23 September) di hemisfera
utara

3.Secara ringkas,nyatakan kesan-kesan kejadian putaran bumi. [4m]
(i) Kejadian siang dan malam di mana bumi yang menghadap matahari terbit
menjadi siang manakala bahagian terlindung menjadi malam.
(ii) Perbezaan waktu tempatan,iaitu 4 minit bagi 1 darjah longitud.
(iii) Pembiasan arus lautan dunia dan sistem angin dunia yang berkaitan dengan
daya koriolis.
(iv) Kejadian pasang dan surut air laut setiap hari.

3.3 Peredaran bumi
4.(a) Apakah yang dimaksudkan dengan peredaran bumi ?

-Merujuk kepada [bumi mengelilingi matahari] [dalam orbit] dengan
mengambil masa [365¼ hari] [dari barat ke timur/lawan jam]
[mana-mana 3x1m = 3 markah]

(b) Terangkan bagaimana kejadian berikut berlaku.
(i) Solstis musim sejuk.

Bi · Matahari berada tegak di atas 1m
kepala di garisan

jadi pada waktu tengah hari. 1m
1m
· Berlaku pada 22 Disember.

· Kesannya malam lebih panjang
daripada siang.

3 markah.

(ii) Solstis musim panas.

Bii · Matahari berada tegak di atas 1m
kepala di garisan 1m
1m
sartan pada waktu tengah hari.
3 markah
· Berlaku pada 21 Jun.

· Kesannya siang lebih panjang
daripada malam.

(c) Jelaskan tiga kesan kejadian empat musim terhadap aktiviti
manusia.

Fakta Huraian Markah

C1 Pertanian Dijalankan mengikut musim 2m
tertentu , tidak sepanjang
tahun. Contoh penanaman
gandum dijalankan musim
bunga dan dituai pada musim
sejuk.

C2 Peloncongan Dijalankan pada musim sejuk. 2m
Pelancong bermain luncur air
dan hoki ais

Terima jika nyatakan musim
bunga.

C3 Pertempatan/tempat Musim sejuk tinggal dalam 2m

tinggal iglu.

Musim panas tinggal dalm
tupik

C4 Pembalakan Dijalankan pada musim sejuk 2m
apabila getah pokok beku dan
senang ditebang.

Tidak dijalankan sepanjang
tahun

C5 Ternakan Musim panas dilepaskan 2m

meragut rumput di padang.

Musim sejuk dibiarkan dalam
kandang dan diberi makan
jerami dan oat.

Mana-mana 3isi X 2m = 6 markah

Fakta Im + Huraian 1m..

SOALAN ESEI
1.Huraikan ciri-ciri permukaan bumi semasa terjadinya musim
ekuinoks.[10m]
a.Ekuinoks musim bunga
-Matahari tegak di atas garisan khatulistiwa
-Berlaku pada 21 Mac setiap tahun
-Kawasan sedehana dunia di hemisfera utara mengalami musim bunga
manakala Kawasan sederhana dunia di hemisfera selatan mengalami
musim luruh.
-Semua Kawasan di permukaan bumi mengalami siang dan malam yang
hamper sama Panjang.

b.Ekuinoks musim luruh
-Matahari tegak di atas garisan khatulistiwa
-Berlaku pada 23 September setiap tahun
-Kawasan sederhana dunia di hemisfera utara mengalami musim luruh
manakala Kawasan seferhana dunia di hemisfera selatan mengalami
musim bunga.
-Semua Kawasan di permukaan bumi mengalami siang dan malam yang
hampir sama Panjang.

2. Jelaskan kesan peredaran bumi terhadap habitat haiwan.[10m]
-Apabila musim sejuk,habitat haiwan lazimnya akan berpindah ke
Kawasan baru atau berhijrah ke Kawasan yang lebih panas.
-Sebagai contoh,burung layang-layang akan berpindah ke kawsan Asia
tenggara dari negara seperti China apabila tibanya musim sejuk di
Kawasan berkenaan.

-Peredaran bumi menyebabkan berlakunya pergerakan habitat haiwan
untuk mencari makanan.
-Kawasan-kawsan yang mengalami musim sejuk,biasanya sukar
mendapatkan makanan kerana dipenuhi dengan salji.
-Oleh itu,perpindahan habitat haiwan adalah sebagai proses mencari
makanan di Kawasan baru.

SOALAN GEOGRAFI BAB 4
2. (a) Jelaskan jenis-jenis tenaga yang terdapat dalam sistem bumi
[12]
Skema Pemarkahan
a1 Tenaga potensi/ keupayaan - tenaga yang tersimpan didalam sesuatu
jasad
a2 Tenaga kinetik- tenaga yang terhasil akibat pergerakan sesuatu jasad
a3 Tenaga haba- tenaga yang berpunca dari sinaran matahari- objek
menjadi panas
a4 Tenaga graviti- tenaga yang terbentuk daripada mampatan jisim dan
pembentukan momentum sudut semasa pembentukan planet bumi
a5 Tenaga geoterma – tenaga dari dalam bumi di kawasan yang
mempunyai aktiviti gunung berapi
a6 Tenaga kimia – terhasil melalui proses fotosintesis tumbuhan /
Tenaga haba- Tenaga Kimia.
a7 Tenaga biomas- terhasil daripada pereputan dan penguraian sisa
ladang dan pertanian
(mana-mana 6 isi x 2 markah = 12 markah)
2. (a) Jelaskan jenis-jenis tenaga dalam sistem bumi. [12]
a1- Tenaga endogenik- yang berpunca daripada tenaga dalam bumi-menghasilkan
pelbagai proses endogenik spt pembentukan batuan,lipatan,gelinciran dan aktiviti
gunung berapi.
a2- Tenaga eksogenik- berpunca daripada luar bumi/matahari-mempengaruhi

proses eksogenik spt geomorfologi-luluhawa dan hakisan, atmosfera spt
pembentukan cuaca dan iklim,proses kitar hidrologi dan sistem ekologi spt habitat.
a3- Tenaga kinetik- terhasil akibat pergerakan sesuatu jasad-semakin laju
pergerakan sesuatu jasad, semakin laju tinggi tenaga kinetik. Cth pergerakan air
sungai atau pergerakan bumi spt peredaran dan putaran bumi.
a4- Tenaga keupayaan- tenaga yang tersimpan/terpendam didalam sesuatu jasad
dan boleh digunakan pada bila-bila masa. Contohnya air sungai yang dijadikan
empangan akan menjadi tenaga keupayaan yang besar.
a5- Tenaga kimia- tenaga yang tersimpan dalam bentuk atom atau molekul dalam
badan haiwan dan tumbuhan. Cth tumbuhan membuat makanan sendiri melalui
proses fotosintesis dengan bantuan cahaya matahari dan tenaga kimia ini tersimpan
dalam tisu tumbuhan spt daun,ranting,buah dll.
a6- Tenaga geoterma- tenaga yang berpunca daripada haba di bawah permukaan bumi.cth
geiser/pancutan air panas dapat membekalkan sumber tenaga elektrik melalui stesen tenaga geoterma.
( 6 x 2 =12m)

Bab 5: Peranan tenaga suria terhadap proses fizikal dan hidupan di
bumi
Soalan struktur
1.Jelaskan pengaruh tenaga suria terhadap proses geomorfologi
a.Luluhawa kimia
-Bahang matahari turut mempengaruhi kegiatan luluhawa kimia
khususnya di kawsan tropika lembap.
-Bahang matahari yang diterima sepanjang tahun -purata 27
menyebabkan kegiatan luluhawa kimia aktif sepanjang tahun.

b.Luluhawa fizikal
-Tenaga matahari amat mempengaruhi kegiatan luluhawa fizikal.
-Di kawasan gurun panas bahang matahari yang tinggi menyebabkan
berlakunya luluhawa fizikal melalui proses pengembangan dan
pengecutan.
-Pada waktu siang,bahang matahari yang diterima di kawasan gurun
panas tinggi melebihi 40 darjah celcius dan keadaan ini menyebabkan
batuan di kawasan tersebut mengembang.

c.Hakisan dan pengangkutan bahan
-Wap-wap air yang terbebas sama ada melalui sejatan,sejat peluhan
atau perpeluhan tumbuhan akan naik ke atas lalu mengalami
penyejukan secara adiabatik sebelum mengalami proses pemeluwapan
dan kemudiannya turun sebagai kerpasan.

-Kerpasan dalam bentuk hujan apabila tiba ke permukaan bumi akan
mengalir dalam bentuk larian air permukaan dan aliran alur.

d.Pemendapan bahan
-Bahan-bahan yang dihakis akan diangkut dan kemudiannya
dimendapkan apabila aliran air tersebut tidak lagi berupaya untuk
mengangkut bahan-bahan tersebut.
-Contohnya,halaju air yang tinggi di bahagian hulu sungai akan
menghakis tebing dan dasar sungai tersebut dan kemudiannya diangkut
dan dimendapkan di bahagian hilir sungai.

2.Nyatakan lima proses luluhawa kimia
i.Hidratan
ii.Pengoksidaan
iii.Hidrolisis
iv.Larutan
v.Pengkarbonan

3.Jelaskan peranan tenaga suria terhadap aktiviti manusia di Kawasan tropika

lembap dan Kawasan sederhana dunia.

a.Pertanian
-Di Kawasan tropika lembap,penerimaan bahang suria sepanjang tahun(panas
sepanjang tahun)menggalakkan kegiatan pertanian dijalankan sepanjang tahun.
-Pelbagai jenis tanaman tropika dapat ditanam seperti getah,kelapa sawit,padi
dan sebagainya.

b.Pembalakan
-Suhu yang tinggi sepanjang tahun ,dan hujan yang lebat sepanjang tahun di
Kawasan tropika lembap menggalakkan pertumbuhan hutan hujan tropika.
-Pelbagai spesis pokok kayu keras seperti meranti,keruing,balau dan cengal
tumbuh di Kawasan hutan itu.

c. perikanan
-Penerimaan bahang matahari yang sederhana di Kawasan tropika
lembap,menggalakkan pertumbuhan plankton ataupun pembiakan ikan.

d.penternakan
-Di Kawasan tropika lembap kegiatan penternakan dapat dijalankan sepanjang
tahun.
-Penerimaan bahang suria sepanjang tahun akan menggalakkan pertumbuhan
rumput.
-Di Kawasan sederhana dunia kegiatan ternakan dilepaskan pada musim bunga
dan musim panas.

e.Pelancongan
-Penerimaan bahang matahari sepanjang tahun di Kawasan tropika lembap
menggalakkan kemasukan pelancong sepanjang tahun.
-Pelancong -pelancong dari negara yang mengalami musim sejuk akan melancong
ke Kawasan tropika.

f.Perindustrian
-Bahang matahari dapat mempengaruhi berapa jenis industri.
-Ikan kering dan tembakau memerlukan bahang matahari untuk tujuan
pengeringan.

4.Nyatakan peranan tenaga suria terhadap hidupan di permukaan bumi.
a.peranan terhadap tumbuhan
(i)perpeluhan
-Kehilangan air daripada tumbuhan melalui liang-liang stoma daun.
-sinaran matahari menyebabkan liang stoma terbuka yang seterusnya
mempengaruhi proses perpeluhan tumbuhan.
-Perpeluhan tumbuhan membekalkan wap-wap air atmosfera dan menggalakkan
pembentukan kerpasan.

(ii)Fotosintesis dan pengeluaran makanan
-Tenaga suria diserap oleh klorofil dalam daun dan kemudiannya ditukarkan
kepada tenaga kimia.
-Tenaga kimia digunakan untuk mensetensis karbohidrat daripada air dan karbon
dioksida dan membebaskan oksigen.

(iii)Perbezaan ciri dan pola tumbuhan mengikut Kawasan
-Di Kawasan khatulistiwa(menerima bahang suria sepanjang tahun)
-Ciri tumbuhannya malar hijau,berdaun lebar,berakar banir,tinggi,berkayu keras
dan bercampur-campur.

b.Peranan terhadap haiwan
(i) Respirasi

-Bahang suria diperlukan oleh haiwan untuk proses respirasi.
-Proses ini diperlukan bagi mengimbangi suu badan haiwan-haiwan tersebut.

(ii)Perbezaan jenis dan ciri haiwan
-Di Kawasan tropika lembap terdapat haiwan-haiwan yang sesuai dengan bahang
suria yang panas sepanjang tahun seperti harimau,monyet dan rusa.
-Di Kawasan sederhana dunia kebanyakkan haiwan yang mendiami Kawasan
tersebut lebih tahan kepada cuaca sejuk seperti beruang dan Arnab.

5.Nyatakan peranan bahangan suria terhadap hidupan berikut :
(i)Tumbuh-tumbuhan
-Perpeluhan.Sinaran matahari menyebabkan liang stoma daun terbuka yang
seterusnya mempengaruhi proses perpeluhan tumbuhan.
(ii)Haiwan
-Membekalkan cahaya dan haba.Haba diperlukan dalam proses pembiakan.
-Haiwan seperti burung,reptilia dan amfibia memerlukan haba untuk menetaskan
telurnya.

Soalan Esei
1.Huraikan lima faktor yang memepengaruhi proses luluhawa kimia di kawasan
tropika lembap.[10m]
a1-Bentuk muka bumi/topografi
-Aktif di kawasan bercerun berbanding tanah rata/aktif di kawasan cerun yang
menghadap angin lazim membawa banyak hujan.
a2-Unsur iklim-bahang matahari yang tinggi/suhu tinggi dan hujan banyak
menggalakkan proses larutan,hidratan,pengkarbonatan dan hidrolisis.
a3-Struktur rekahan

-Menggalakkan resapan air ke dalam tanah.
a4-Jenis batuan
-Batuan lembut (enapan)giat terluluhawa berbanding batuan keras.
a5-Tumbuh-tumbuhan
-Membekalkan asid,gas dan sebatian kimia
-Mempercepatkan proses tindak balas kimia
a6-Tindakan hidupan dalam tanah
-cacing,tikus dan arnab membantu secara tidak langsung proses luluhawa kimia
a7-Masa
-Batuan lembut cepat diluluhawa,batuan keras lambat terluluhawa.

2.Jelaskan kesan luluhawa kimia terhadap pembentukan landskap di kawasan
tropika lembap dan pengaruhnya terhadap aktiviti manusia[10m]
Kesan terhadap pembentukan landskap tropika lembap:
F1-Topografi karst(pengkarbonatan-larutan)-ekopelancongan
F2-Tanah laterit (pengoksidanan)-penanaman getah dan kelapa sawit
F3-Tanah liat putih (kaolin)-pembuatan tembikar,porselin,pasu dan lain-lain
F4-Lapisan regolit/terurai yang tebal (luluhawa dalaman)-pertanian
F5-Pembentukan tors dan bornhard (luluhawa dalaman)-ekopelancongan

Kesan terhadap aktiviti manusia:
F1-Kegiatan pertanian -bahan regolit yang tebal-subur untuk kegiatan pertanian
-Tanah laterit-sesuai untuk tanaman getah dan kelapa sawit
F2-Kegiatan perindustrian-tanah liat (kaolin)-industri tembikar
F3-Kegiatan pelancongan -pandang darat karst -pemandangan yang menarik dan
unik seperti gua,stalaktit,sungai bawah tanah dan stalakmit.

BAB 6: SISTEM GEOMORFOLOGI

6 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan proses geomorfologi? [3]
Cadangan Jawapan

Proses perkembangan pembentukan bentuk muka bumi dan meliputi proses proses
semulajadi seperti luluhawa, hakisan dan pemendapan yang mengubah, mengukir
dan membentuk bentuk muka bumi.

(b) Bincangkan empat proses dalam sistem geomorfologi. [13]

Rangka Jawapan Proses Kesan
Isi pandang darat karst
penguraian batuan penghasilan regolit
i Luluhawa
ii Hakisan proses penghausan atau perubahan landskap fizikal
pengukiran batuan permukaan landai
iii Pergerakan jisim tetambak/delta/dataran
iv Pengangkutan pegerakan bahan regolit
v Pemendapan banjir
pemindahan sisa hakisan
kesimpulan
muatan menjadi
pegun/terlonggok

Cadangan Jawapan

Salah satu proses geomorfologi adalah luluhawa. Luluhawa merupakan proses penguraian
dan pereputan batuan secara insitu. Luluhawa kimia jenis pengkarbonan akan menghasilkan
pandang darat karst seperti gua batu kapur, stalagmit dan stalatit.

Hakisan merupakan proses penghausan atau pengukiran batuan dan bentuk muka bumi
dengan bantuan agen geomorfologi seperti air mengalir, titisan hujan, ombak dan angin. Hakisan
yang berlaku secara berterusan akan menghasilkan regolit yang tebal.

Pergerakan jisim merupakan proses pergerakan regolit dari cerun atas ke bahagian bawah
cerun akibat tarikan graviti. Kejadian pergerakan jisim seperti tanah runtuh akan menyebaban
perubahan landskap fizikal seperti pembentukan cerun yang lebih curam.

Pemendapan pula merupakan proses yang berlaku apabila bahan muatan menjadi pegun,
terlonggok dan tidak diangkut lagi oleh agen seperti air mengalir. Proses pemendapan bahan
muatan seperti di sungai akan menghasilkan delta di muara sungai.

kesimpulannya, empat proses geomorfologi dalam sistem geomorfologi adalah seperti
luluhawa, hakisan, pergerakan jisim dan pemendapan.

(c) Jelaskan bagaimana aktiviti manusia boleh menganggu keseimbangan sistem

geomorfologi [9]

Rangka Jawapan proses kesan
pemotongan tanah hakisan tanah
isi kaedah letupan pergerakan jisim
i. Pertanian di cerun
ii. Kuari batuan/ penebangan pokok luluhawa - pelepasan
tekanan
perlombongan di cerun
iii. Pembalakan

Cadangan Jawapan

Pertanian di cerun boleh menganggu keseimbangan sistem geomorfologi. Pemotongan
tanah di kawasan cerun untuk aktiviti pertanian seperti penanaman padi huma, penanaman sayur-
sayuran dan bijirin di cerun akan menyebabkan berlakunya struktur tanah menjadi longgar dan
terdedah kepada agen-agen hakisan seperti air hujan. Keadaan ini akan menyebabkan kawasan
cerun senang mengalami hakisan tanah.

Perlombongan di kawasan cerun turut menganggu keseimbangan sistem geomorfologi.
Penggunaan kaedah letupan dalam aktiviti perlombongan seperti kuari batuan akan melonggarkan
struktur tanah. Apabila hujan turun dengan lebat, pergerakan jisim seperti tanah runtuh akan
berlaku di kawasan cerun.

Pembinaan jaringan pengangkutan dan perhubungan akan menyebabkan tanah
terdedah kepada agen- agen geomorfologi seperti air hujan. Penebangan pokok secara besar-
besaran akan menyebabkan proses pintasan dan proses susupan tidak berlaku. kewujudan larian
air permukaan yang giat berlaku akan menyebabkan hakisan permukaan.

7.
a) Kenal pasti tiga kumpulan batuan dan berikan contoh-contohnya. [3]
a1- Batuan igneus
-contohnya batu granit, riolit dan andesit
a2- Batuan enapan
-contohnya batu kapur, batu pasir dan gipsum
a3- Batuan metamorfosis
-contohnya batu marmar, batu permata, intan
3 isi x 1m = 3m
b) Jelaskan proses pembentukan tiga kumpulan batuan berkenaan. [6]

b1- Batuan igneus
- terbentuk hasil pembekuan dan penyejukan magma di dalam lapisan kerak bumi atau diluar
permukaan bumi
- contoh ; batuan igneus terobosan dan batuan igneus rejahan
b2- Batuan enapan
- terbentuk hasil daripada proses penimbunan/pemendapan, pemadatan dan penyimenan
bahan-bahan enapan
- contohnya ; lumpur, kelodak, kulit kerang, kulit siput dan sisa-sisa tumbuhan dan haiwan
yang telah mati
b3- Batuan metamorfosis
- terbentuk hasil daripada tekanan dan suhu yang tinggi di dalam bumi
- menyebabkan batuan igneus dan batuan enapan mengalami perubahan daripada segi tekstur
dan komposisi kimia dan menghasilkan batuan baharu
- contoh : batu kapur (batuan enapan) berubah kepada batu marmar
3 isi x 2m = 6m

c) Huraikan tiga kepentingan batuan kepada aktiviti manusia. [6]
c1- Aktiviti pertanian
Batu basalt - mudah pecah dan terluluhawa
- sesuai untuk aktiviti pertanian padi dan teh
- contoh : Pulau Jawa Indonesia, Pulau Luzon Filipina
Batu riolit
- mudah diurai oleh luluhawa kimia
- membentuk tanih laterit yang subur

c2- Aktiviti perlombongan dan pembinaan
Batu pasir
- perlombongan pasir
- bahan utama untuk industri pembinaan bangunan, rumah
Batu granit
- perlombongan kuari batu
- bahan utama untuk industri pembinaan bangunan dan jalan raya

c3- Aktiviti pelancongan dan rekreasi
Batu kapur (batuan enapan) - proses luluhawa kimia menghasilkan pandang darat karst

seperti stalaktit, stalakmit, tiang kalsit, gua batu kapur dll
- aktiviti kajian & penyelidikan, memerhati keunikan pandang
darat karst, sukan lasak (rock climbing) dll

c4- Aktiviti perindustrian
Batu feldsfar - diurai oleh luluhawa kimia membentuk tanih liat halus (kaolin)
- digunakan utk industri kraftangan tembikar, pasu, labu sayong
dan pembuatan batu-bata
Batu kapur
- industri pembuatan simen contoh di Padang Rengas dan Tasek, Perak
DLL yang sesuai.
Mana-mana 3 isi x 2m = 6m

BAB 7

a] Nyatakan 3 jenis lapisan bumi

-Kerak bumi , lapisan mantel, lapisan tera bumi

2b]Bagi setiap jenis lapisan yang anda nyatakan di atas , huraikan sifat2
fizikal dan kimianya.

-Lapisan kerak bumi terletak paling luar dan menyelubungi mantel. Ia terbentuk
daripada
bahankurang tumpat terpisah dari mantel oleh ketakselanjaran Mohorovicics. Kete
balannya berubahmengikut tempat iaitu kerak bumi di lautan lebih nipis, berusia
muda, dan lebih tumpat berbandingkerak bumi di daratan. Kerak bumi terdiri
daripada lapisan atas [sial] dan lapisan bawah [sima]

-Lapisan mantel merupakan lapisan ke2 dalam struktur bumi .Lapisan ini lebih
tumpat berbandingkerak bumi dan mantel dipisahkan dari kerak bumi oleh
ketakselanjaran mohorovicic. Ketebalannya2830km dan ketumpatan pula 3.0-
3.37g/cm.

-Lapisan teras bumi merupakan lapisan bumi yang paling dalam dan dipisahkan
dari mantel olehketakselanjaran Gutenberg. Ia dikenali juga sebagai barisfera.
Ketumpatan lapisan ini paling tinggi berbanding kerak bumi dan mantel
dan ketebalannya ialah 3470km. Lapisan ini kaya dengan mineralseperti nikel dan
besi. Lapisan ini terbahagi kepada lapisan teras luar dan lapisan teras dalam

3]Terangkan 3 ciri utama lapisan mantel.

-Merupakan lapisan ke2 dalam struktur bumi. Ia meliputi 82% daripada isi padu
bumi dan berasaskan jisim pula mantel meliputi 68% daripada bumi. Lapisan ini
lebih tumpat berbanding kerak bumi.

-Mantel dipisahkan dari kerak bumi oleh ketakselanjaran Mohorovicic dan
dipisahkan dari lapisanteras bumi oleh ketakselanjaran Gutenberg. Ketebalan
lapisan mantel 2830km dan ketumpatan adalah3.0-3.37g/cm

-Di bahagian lapisan mantel bumi terdapat zon batuan separa cair yang dikenali
sebagai
astenosfera.Di sini berlaku arus2 perolakan panas yang menghasilkan tenaga haba
yang tinggi untuk menimbulkan proses tektonik berlaku.

4a] Bezakan proses endogenik dengan proses eksogenik.

-Perbezaan dari segi punca tenaga-T enaga endogenik berasal dari dalam
bumi/kerak bumi manakalatenaga eksogenik berasal dari luar
bumi/tenaga matahari.

-Perbezaan contoh tenaga-Tenaga endogenik seperti tenaga seismik [gempa bumi],
tenaga volkanik,tenaga atomik seperti galian plutonium, uranium. Tenaga
eksogenik adalah tenaga matahari yang boleh bertukar menjadi tenaga keupayaan
dan tenaga kinetik.

-Tenaga eksogenik/matahari amat penting untuk menggerakkan seluruh sistem
bumi sama ada sistemgeomorfologi, sistem atmosfera, sistem hidrologi dan juga
sistem ekologi. Manakala tenega endogenik amat penting untuk menghidupkan
sistem dalam bumi/ aktiviti igneus jalar dalam dan juga jalar luar.

4b] Huraikan kepentingan tenaga eksogenik terhadap sistem2 bumi.

Tenaga eksogenik amat penting untuk menggerakkan seluruh operasi
sistem2 bumi.

-Luluhawa berlaku-Kesemuanya memerlukan suhu yang tinggi dan tenaga haba
yang cukup
untuk beroperasi. Misalnya luluhawa kimia memerlukan suhu asas 10 celcius untu
k bertindakbalasmenguraikan batuan, manakala luluhawa fizikal memerlukan kepa
nasan yang terik untuk mengembangkan mineral batuan.

-Proses hakisan dan pergerakan jisim-Misalnya dalam proses hakisan glasier,
proses ini boleh
berlakuapabila mempunyai tenaga haba yang cukup untuk mencairkan salji. Bahan
g matahari akanmencairkan salji. Apabila salji mencair barulah ia boleh menggera
kkan segala bahan hakisanmenuruni lurah2.

-Proses sejat peluhan dalam sistem hidrologi. Sejatan dari permukaan air, sejatan
dari lembapan tanih,dan perpeluhan dari tumbuhan2 tidak akan terjadi jika
tidak mempunyai tenaga haba matahari yangcukup. Oleh itu ia mempengaruhi
turunya hujan.

-Membolehkan angin bertiup dalam sistem atmosfera. Angin akan bertiup dari
tekanan tinggi ketekanan rendah untuk menghasilkan perbezaan tekanan ini,
mestilah wujud perbezaan suhu dan habaantara dua tempat.

-Membolehkan tumbuhan2 membuat makanan dalam sistem ekologi. Tenaga
matahari yang cukupmembolehkan proses fotosintesis berlaku. Begitu juga
organisma2 lain yang memerlukan tenagamatahari untuk pelbagai proses seperti
proses pepeluhan/respirasi, tumbesaran dan sebagainya.

5]Jelaskan kesan2 terhadap sistem geomorfologi apabila
bumi dikatakan menerimalebihan tenaga eksogenik
.Sistem bumi menerima lebihan tenaga eksogenik disebabkan aktiviti manusia.
Kesannya ialah rumahhijau, penipisan lapisan ozon, antara kesan2nya ialah;
-Fenomena penggurunan ; Saiz kawasan gurun menjadi semakin besar akibat cuaca
dan persekitarandi kawasan gurun yang semakin kering-kontang dan tandus-
gersang. Proses2 luluhawa fizikal
sertahakisan layang angin semakin dominan. Contoh, Gurun Sahel dan Kalahari di
Afrika sedangmengalami perluasan yang hebat.
Pencairan ais di kawasan2 kutub. Misalnya litupan ais Antartika dan Greenland me
nyebabkankenaikan aras laut serta risiko yang rendah menjadi tenggelam.
-Menggiatkan proses hakisan glasier dan runtuhan salji di kawasan pergunungan
tinggi kerana litupanais dan salji akan mengalami pencairan yang hebat.

Nyatakan lima contoh batuan enapan. (5 markah)
-Konglameret, batu pasir, syal, batu garam, batu gipsium, batu kapur dan batu
arang

Huraikan proses pembentukan batuan igneus. (5markah)
Batuan igneus ter bentuk melalui proses penyejukan dan pembekuan magma di
lapisankerak bumi atau di permukaan bumi.
Magma yang membeku di dalam lapisan kerak bumi dinamakan sebagai igneus
rejahan
manakala magma yang membeku di permukaan bumi dinamakan sebagai igneus
terobosan.
Bagaimanakah batu metamorfik terhasil? (5markah)
Batu metamorfik terhasil melalui perubahan tekanan dan suhu yang dialami oleh b
atumendak dan juga batu igneus semasa gerakan tektonik di dalam bumi. Batu
metamorfik lebih keras dan stabil berbanding batu igneus dan batu mendak.

Bagaimanakah batuan enapan dan mendak terbentuk? (5markah)
Batuan enapan dan batuan mendak adalah batuan yang terbentuk
daripada bahan- bahan yang dimendapkan oleh air mengalir, ais dan angin. Bahan-

bahan enapan terdiri daripada lumpur, pasir, kerikil, kulit-kulit kerang sisa
tumbuhan dan haiwan yang telahmati yang dikenali sebagai fosil.

Bezakan proses pembentukan batuan igneus, dan metamorfik? (10markah)
Batuan igneus terbentuk melalui proses penyejukan dan pembekuan magma di
lapisan kerak bumi atau di permukaan bumi. Magma yang membeku di dalam
lapisan kerak
bumi dinamakan sebagai igneus rejahan manakala magma yang membeku di perm
ukan bumi dinamakan sebagai igneus terobosan.
Manakala Batu metamorfik terhasil melalui perubahan tekanan dan suhu
yang dialamioleh batu mendak dan juga batu igneus semasa gerakan tektonik di
dalam bumi. Batumetamorfik lebih keras dan stabil berbanding batu igneus dan
batu mendak.

Nyatakan contoh-contoh bahan enapan. (5markah)
-Lumpur, pasir, kerikil, kulit-kulit kerang, sisa tumbuhan, haiwan mati(fosil)

Bagaimanakah batu kapur hasil daripada batuan enapan? (5markah)
-Batuan enapan yang terbentuk di dasar laut mengandungi banyak kalsium
karbonatyangkebanyakannya datang dari timbunan cengkerang dahn hidupan laut
yang mati, mengerasdan seterusnya menghasilkan batu kapur.

Hurahikan proses pemadatan dan penyimenan. (12markah)
Proses pemadatan berlaku apabila bahan-bahan enapan terkumpul secara
lapisan,selapis demi selapis. Apabila bahan enapan menjadi semakin tebal, lapisan
bawhakan mengalami tekanan daripada lapisan atasnya. Lama-kelamaan bahan-
bahaneanapan tersebut menjadi mampat dan melekat antara satu sama lain
membentuk batuanPenyimenan merupakan prose pelekatan antara mineral-
mineral disebabkan adanya bahan
perikat. Bahan enapan yang kasar tidak melekat antara satu sama lain sepertimana
bahan enapan yang halus. Bahan-bahan enapan yang kasar hanya boleh
terlekatantara satu sama lain apabila adanya bahan-bahan perikat atau bahan
penyimenan.

Apakah maksud kitar batuan? (10markah)

Kitar batuan merupakan proses perubahan yang dialami oleh sesuatu
jenis batunyang melibatkan sifat fizikal dan kimia batuan tersebut. Antara proses
yang
terlibatdalam kitar batuan ialah pembekuan,pencairan, tekanan dan haba yang ting
gi,hakisan, luluhawa, mampatan dan simentansi. Ia akan menyebabkan batuan
boleh berubah sama ada menjadi batu metamorfik, igneus,enapan dan sebaliknya.

Huraikan bentuk-bentuk muka bumi yang menonjol dan melekuk.

(10markah)

menonjol contohnya, banjaran gunung, bukit, tebing tinggi,dataran tinggi
yangmenunjukan bahawa batuan tersebut adalah keras, stabil dan amat
tahandaripada operasi proses geomorfikdi kawasan berkenaan.

Melekuk Contohnya lembah, lurah, lembangan dan tanah pamah yangmencermink
an batuan dasarnya mudah digondol, dihakis dan diluluh, sertatidak teguh dan
tidak stabil.

Huraikan secara ringkas tentang batu kapur dan kesannya.

(15markah)

Batu kapur merupakan sejenis batu mendak, lembut dan tidak stabil. Iamenghasilk
an konfigurasi bentuk muka bumiyanb berbeza dengan batuangranit. Komponen
utama ialah kalsium karbonat yang mudah mengalami pelarutan, pengkarbonan,
dan hidrolis melalui luluhawa dalaman.

Kesannya, menghasilkan bentuk-bentuk lekukan yang besar, lurah dantanah
pamah. Proses-proses larutan dan pengkarbonan bertindak denganmaksimum.

Huraikan kewujudan tenaga endogenik. (5 markah)

Berpunca dari kerak bumi. Wujud dalam lapisan mantel bumi yang
menghasilkan berbagai fenomena seperti gempa bumi, letusan gunung berapi, lipat
an, gelincirangerakan tektonik.

Huraikan punca-punca tenaga endogenik (10 markah)

Tenaga gravitymampatan jisim dan pertambahan momentum sudut semasa pemben
tukan planet.Tenaga radiogenik-atom yang didapati daripada pencerakinan
nucleus atom yang wujud dalam sesetengah mineral radiogenik. Tenaga haba-
wujuddalam lapisan atas mantel bumi yang amat panas dan batuannya bersifat
separa cair kerana berada dalam keadaan tekanan, suhu dan mampatan yang tinggi.

Apakah kesan yang daripada tenaga endogenik (10 markah)
-Batuan yang separa cair mewujudkan arus-arus perolakkan yang panas yang
bolehMengerakan lapisan kerak bumi. Ia akan menghasilkan fenomena seperti
lipatan dangelinciran, gempa bumi, letusan gunung berapi. Perlanggaran antara
kerak bumi bolehmenghasilkan gelombang seismik yang menyebabkan kejadian
gempa bumi.

Apakah andaian Wegener tentang hanyutan benua? (7 markah)
-Benua-benua yang ada pada hari ini sebenarnya berasal daripada satu
benuayang besar sahaja dinamakan sebagai PANGEA( pan=all, gea=earth) danapa
bila berlakunya gerakan-gerakan di dalam kerak bumi pangea akan berpecah-pecah
dan bertaburan seperti mana yang ada pada hari ini.

Bagaimanakah benua-benua memisah? (3 markah)
Putaran bumi membekalkan tenaga tekanan yang cukup kuat untuk memisahdan
menghayutkan benua-benua tersebut.

Apakah benua-benua dan lautan terlibat? (7markah)
Benua-benua

• Amerika dan eropah
• Afrika dan Australia
• Antartika serta Afrika
• India
Lautan-lautan
• Lautan atlantik
• Lautan hindi

Huraikan tentang arah pergerakan benua. (8markah)
Dua arah

Pergerakan ke barat-disebabkan oleh kuasa-kuasa tektonik yangada di dalam
bumi

Pergerakan ke arah kutub- akibat tekanan ke atas benua yang seolah-olah
terapung di atas lautan magma yang panas.

Mempunyai daya mampatan dan daya tegangan

Nyatakan dua daya yang boleh menggerakan lapisan kerak bumi. (2markah)

-Daya mampatan dan tegangan.

Huraikan kedua-dua daya tersebut. (7markah)

Kedua-dua wujud akibat arus perolakan yang panas. Batuan di dalam mantel bumi
mengalami suhu dan tekanan yang sangat tinggi sehingga batuan tersebut menjadi
cair atau separa cair. Kepanasan dan kecairan tersebut mewujudkan satu arus perol
akan yang sentiasa boleh menggerakan lapisan kerak bumi diatasnya.

Huraikan perkataan astenosfera. (7markah)

Astenosfera merupakan sejenis lapisan mantel yang panas. Ia akan
mengenakandaya mampatan dan tegangan ke atas lapisan kerak bumi di atasnya
dan kesannyalapisan kerak bumi turut bergerak yang bererti benua-benua yang ada
turut bergerak apabila arus perolakan tersebut bergerak.

Apakah contoh kesan hanyutan tersebut? (9markah)

India dipendekan setelah mengalami hanyutan ke arah utara melintasi lautan
hindiyang ada pada masa kini. Banjaran lipatan Himalaya terbentuk apabila pertem
bungan tanah besar asia dengan india. Cara seperti ini menghasilkan banjaran-
banjaran gunung pada zaman tersier seperti banjarab alps, andes, rocky.Lipatan
yang rencam wujud daripada geseran menarik yang wujud semasa benua melintasi
di atas lapisan kerak batuan basalt

Nyatakan bukti yang menyokong teori hanyutan benua. (5markah)

Bukti-bukti

-Keselanjaran benua

-Kesamaan geologi

-Kesamaan fosil

-Bukti paleomagnet

-Bukti oseanik

Huraikan bukti-bukti tersebut. (10 Markah)

Bukti keselanjaran benua

Garisan pinggir pantai di beberapa benua boleh dicantumkan
walaupunkedudukan benua-benua kini adalah jauh dan dipisahkan oleh lautanyang
luas.

Pinggir pantai barat afrika dan timur selatan, eropah barat dan amerikautara
boleh dicantum.

Bukti geologi

Melalui teknik radiometrik geologi enapan awal yang berada diatlantik dan yang
ditemui di benua amerika selatan dan afrika
samadari segi jenis dan usia walaupun berada pada benua-benua yang berlainan.

Bukti fosil

Fosil haiwan dan tumbuh-tumbuhan dijumpai di enua-benua berlainanadalah
sama dari segi jenis dan usia.

Contohnya fosil dinousour dari zaman jurasik yang ditemui di benuaamerika
selatan, afrika,dan juga china.

Bukti paleomagnet

Bukti mengenai pindahan kutub

Pengalihan dan putaran benua

Pembalikan medan geomagnet

Bukti oseanik

Bahan mendak lautan yang paling tua ditemui di lautan atlantik dan
lautan pasifik

Walaupun kedua-dua lautan ini paling jauh tetapi bahan mendak yang
ditemuisama dari segi jenis dan usia.

Apakah yang dimaksudkan oleh teori hanyutan benua? (10markah)

teori hanyutan benua menjelaskan bahawa benua-benua
sentiasa megalami pergerakan antara satu sama lain kerana wujudnya arus perolaka
n yang panas didalam mantel bumi. Arus perolakan mampu menggerakan lapisan
kerak bumiyang dibahagikan kepada plat-plat tektonik.

apakah yang dimaksudkan oleh teori plat tektonik? (10markah)

plat dipecahkan kepada plat benua dan plat lautan.Plat benua:

Plat pasifik

Plat amerika utara

Plat amerika selatan

Plat Eurasia
Plat Africa
Plat indo-australia
Plat antartika
Plat lautan
Plat pasifik
Plat antartika
Plat- Plat ini sentiasa bergerak. Pergerakan ini disebabkan wujud pergerakan arus p
erolakan magma yang panas di lapisan astenosfera.

nyatakan cara-cara plat tektonik bergerak. (3markah)
-Pertembungan, pencapahan dan perselisihan
huraikan gerakan pertembungan. (12markah)
Pertembungan plat berlaku antara plat benua dengan plat benua, plat lautan
dengan plat lautan, plat benua dengan plat lautan.

Apabila dua plat lautan bertembung:
Plat yang tumpat terjunam ke bawah.
Zon plat terjunam membentukan jurang lautan yang sangat dalam.
Plat yang terbenam mengalami pencairan dan peleburan akibat suhu dantekanan

yang sangat tinggi.
Plat yang cair membentuk magma. Magma membentuk barisan-barisangunung

berapi di dasar laut.
Barisan- barisan tersebut akan membentuk pulau dan rangkaan gunung berapi.

Apabila plat lautan bertembung dengan plat benua:
Plat laut lebih tumpat. Plat benua terbenam ke bawah.
Plat lautan mencair membentuk magma.
Wujud jurang lautan
Kerak bumi akan termampat dan menghasilkan gunung lipat.

Apabila plat benua bertembung plat dengan plat benua
Pinggir plat mampat dan lipat
Ia kerana terdapat tolakan dari kedua-dua arah plat yang bertembung.
Kedua-dua plat benua mempunyai ketumpatan yang sama.
Lapisan kerak bumi akan terlipat membentuk banjaran gununglipat.

Huraikan gerakan perselisihan dan pencapahan. (10markah)
Perselisihan

Berselisih sepanjang garis gelinciran.
Garis sempadan berlakunya perselisihan ini dinamakan sebagaisempadan neutral.
Iaitu plat- plat yang tidak bertembung menjauhi antara satu sama laintetapi
sekadar berselisih dan bergeseran sahaja.
Fenomena yang sering terjadi ialah gempa bumi.
Pencapahan
Plat- plat terpisah dan bergerak menjauhi antara satu sama lain
Menghasilkan tegangan yang kuat pada lapisan kerak bumi.
Kesannya, sempadan pencapahan yang akan merekah.
Wujud garis kelemahan pada kerak bumi yang membolehkan magmayang panas
dari lapisan mantel mengalir keluar.
Jelaskan gegaran yang wujud apabila gempa bumi berlaku. (10markah)
Gegaran berlaku pada tiga peringkat. Iaitu, gegaran awal, gegaran utama, dangegar
an penghujung. Kuat gegaran maka semakin besar gelombang seismic
yangdikeluarkan dan fenomena gempa bumi akan menjadi semakin dahsyat.
Geseranantara dua plat membolehkan tenaga terkumpul dalam teori kejadian
gempa bumi. Tenaga ini tidak boleh dipendamkan dan terpaksa dilepaskan.
Nyatakan 5 plat utama yang melibat dalam pergerakan kerak
bumi.(5markah)
plat benua:
Plat pasifik
Plat amerika utara

Plat amerika selatan

Plat Eurasia

Plat Africa

Plat indo-australia

Kawasan manakah merupakan kawasan gunung berapi aktif dan
lingkaranapi pasif ? (12 markah)

Di kawasan Sempadan antara plat-plat berlakunya pertembungan dan pencapahan
plat yang akan menghasilkan fenomena gunung berapi serta
gempa bumi. Di kepulauan Indonesia juga menjadi sempadan antara plat asia deng
an Australia. Kawasan ini merupakan kawasan gunung berapi
aktif.Plat Eurasia bersempadan dengan plat-
plat pasifik di sepanjang siri juranglautan yang dalam. Di sempadan plat ini aktiviti
gunung berapi dan gempa bumi sangat aktif sehingga kawasan ini digelar sebagai
lingkaran api pasifik

Huraikan zon yang stabil dan tidak stabil. (13 markah)

Zon stabil

Plat Eurasia, plat indo-sinian, plat indo-
australia, plat pasifik stabilsebagai zon yang stabil. Contoh Negara ialah Malaysia,
Thailand,Myanmar, Vietnam, laos dan kemboja. Negara-
negara ini selamatdaripada mengalami gempa bumi dan gunung berapi.

Zon tidak stabil.

Filipina dan Indonesia terletak di zon tidak stabil.

Kepulauan Indonesia seringkali mengalami gempa bumi danmempunyai
rangkaian gunung berapi yang aktif.

Jurang lautan yang dalam dikenali sebagai jurang jawa yang terletak diselatan
pulau jawa.

Huraikan kepelbagaian jenis lipatan dan gelinciran.

Lipatan

-Antiklin mempunyai lengan yang condong ke arah bertentangan dan mempunyai
geologi atau batuantua di bahagian tengah lengkungnya Sinklin pula bertentangan
dengan antiklin dan ia dientuk olehgeologi yang muda di bahagian
tengah lengkunya.

-Terdapat beberapa bentuk bumi dikaitkan dengan antiklin dan sinklin iaitu rabung
antiklin danrabung sinklin. Rabung antiklin merupakan bahagian yang menonjol
daripada permukaan bumi akibatgelending ke atas lapisan batuan. Rabung sinklin

ialah gelendingan ke bawah yang bersifat keras dantahan hakisan. Gelendingan
timbul ke permukaan bumi sebagai 1 dataran yang sempit.

Gelinciran

-boleh dibahagikan kapada sesar biasa, sesar songsang, dan sesar rabak.

SESAR BIASA

-Berlaku apabila daya2 tegangan tarik kerak bumi dari bawah, dan akibatnya ada
blok yang terangkatatau terjatuh. Ini akan menghasilkan cerun sesar yang curam,
lurus, dan ketinggian
yang berbeza.Tindakan ini menghasilkan geseran sesar pada permukaan blok batua
n dan menyebabkan salahsatunya terangkat ke atas.

SESAR RABAK

-Berlaku apabila daya mampatan dan tegangan dikenakan ke atas lapisan kerak
bumi dari kedua dua
arah yang bertentangan dan hanya berlaku secara mendatar dan tidak melibatkan k
enaikan dan kejatuhan blok batuan. Kesannya ialah gempa bumi yang dahsyat.

Bincangkan empat kesan terhadap permukaan bumi akibat proses lipatan
dangelinciran kerak bumi.

Bentuk2 lipatan yang terjadi sebenarnya bergantung kepada kekuatan daya mampa
tan yangdikenakan ke atas lapisan kerak bumi. Daya mampatan yang lemah
mewujudkan permukaan
bumiyang beralun manakala daya mampatan yang kuat menghasilkan bentuk lipata
n yang komplekssehingga membentuk banjaran2 gunung lipat yang berkilometer
tingginya di atas permukaan bumi.Pembentukan sistem gunung lipat sebenarnya
berpunca daripada pertembungan plat2 tektonik

-Gelincirin atau sesar ialah retakan pada kerak bumi apabila berlaku anjakan pada
lapisan kerak bumi.Daya dan tenaga endogenik dari dalam kerak bumi akibat
tegangan dan mampatan akan bertindak terhadap lapisan batuan dan menyebabkan
lapisan batuan tersebut meretak atau merekah sehinggalapisan batuan seolah-olah
berbentuk blok yang disempadani oleh retakan

-Proses tegangan dan mampatan yang berterusan membolehkan blok2 batuan
(lapisan kerak bumi)mengalami anjakan di sepanjang garis gelinciran.

Nyatakan perbezaan bentuk2 bumi igneus rejahan dan igneus terobosan.

Igneus rejahan Membeku di dalam lapisan2 kerak bumi maka ia akan
menghasilkan pelbagai
bentuk bumi. Manakala igneus terobosan terhasil apabila cairan magma yang naik

melepasi lapisan kerak bumi, mengalir dan membeku di permukaan bumi dan ia a
kan menghasilkan bentuk bumi igneusterobosan.Contoh igneus rejahan ialah daik,
sil, lopolit, lakolit, pakolit ,batolit, manakala contohigneus terobosan ialah kon lava
asid, kon lava bes, kon abu, kon komposit dan sebagainya.

Huraikan proses2 pembentukan bentuk bumi igneus rejahan dan igneus
terobosan.

Igneus rejahan berasal daripada cairan magma yang panas yang berada jauh ke
dalam bumi. Apabilacairan magma itu bergerak ke atas, mengalir dan membeku di
dalam lapisan2 kerak bumi maka iaakan bumi igneus rejahan meliputi daik,
sil, lopolit, pakolit, lakolit, dan batolit. Daik terbentuk apabilamenegak di lapisan
kerak bumi. Sil terbentuk apabila magma membeku secara mendatar di
antaralapisan2 batuan terutama bagi batuan mendak. Lakolit terbentuk apabila
magma mengangkat lapisansebelah atasnya menjadi bentuk kubah yang juga
membeku di lapisan kerak bumi. Lopolit
mempunyai bentuk yang bertentangan dengan lakaolit. Ia terjadi sekiranya magma
membeku di dalam lapisankerak bumi mengikut lengkung kerak bumi tersebut.
Batolit pula terbentuk hasil daripada
sekumpulanmagma yang membeku secara besar2 di lapisan
kerak bumi. Pakolit terbentuk apabila magmamembeku di bahagian puncak lintap
mungkum (antiklin) atau sinklin. Bentuk pakolit dan lakolit adalah sebuah kanta.

Igneus terobosan pula terjadi apabila magma dari lapisan mantel bumi mengalir
keluar dan membekudi permukaan bumi. Oleh itu bentuk ini banyak dicirikan oleh
aktiviti gunung berapi yang meletus danmemuntahkan lavanya. Di antara contoh
bentuk bumi jalar luar ialah seperti kon gunung berapi, lava bes, kon abu, kon
komposit, penara basalt, krater dan kaldera

Terangkan saiz dan 4 faktor yang menghasilkan gunung berapi yang
beranikabentuk dan saiz

Jenis bahan yang yang diletuskan : Keanekan bahan yang diletuskan akan mempen
garuhikepelbagaian rupa yang berapi. Misalnya lava bes akan membentuk gunung
berapi perisai yang bercerun landai dengan ukur lilitnya yang sangat besar kerana
lava bes adalah cair dan dapat
mengalir jauh sebelum membeku. Sebaliknya, lava asid pula menghasilkan gunun
g berapi berkubah dengancerun yang curam, kerana lavanya sangat likat dan tidak
mampu mengalir jauh

.-Sifat dan jenis letusan: Letusan yang senyap dan utama dan menyumbatkannya,
maka lava terpaksamencari jalan keluar yang lain.Tekanan daripada dalam gunung
berapi boleh mewujudkan lohong-lohong cawangan yang baru yang membolehkan
lava mengalir keluar lalu membentuk kon serbaragam.

-Kuantiti lava dan bahan piroklas yang keluar: Saiz gunung berapi
amat bergantung kepada kuantitilava yang dikeluarkan lebih banyak bahan yang

dikeluarkan maka lebih besar gunung berapi akanterbentuk. Namun begitu
kekuatan letupan boleh mempengaruhi saiz gunung berapi. Apabila letusankuat
berlaku kemungkinan besar boleh mengecilkan atau memusnahkan gunung berapi
yang sedia ada.

Nyatakan jenis dan taburan gunung berapi

-gunung berapi boleh dibahagikan kepeda 3 jenis iaitu gunung berapi hidup,
gunung berapi pendam,dan gunung berapi mati.

-Gunung berapi hidup ialah gunung berapi yang selalu meletus dan sangat aktif.
Terdapat kira2 500gunung berapi yang masih aktif di dunia. Contohnya gunung
etna,gunung pelee dan sebagainya.-Gunung berapi mati ialah gunung berapi yang
tidak aktif dan tidak akan meletus lagi walaupun ia pernah meletus sebelumnya.
Contohnya gunung berapi kilimanjaro afrika.

-Gunung berapi pendam ialah gunung berapi yang pernah meletus dan akan
meletus lagi pada masahadapan. Gunung berapi jenis ini akan meletus sekali dalam
jangka masa yang panjang. Contohnyaialah berapi fujiyama di jepun dan gunung
berapi vesuvius di itali.

Jelasakan perbandingan antara kesan2 sesar biasa dan sesar rabak.

Kesan sesar biasa akan menghasilkan cerun sesar yang curamdan lurus dengan
ketinggianyang berbeza2 mengikut ketinggian anjakan blok yang telah berlaku.
Selain itu terdapat banyak garisgelinciran di satu tempat dan akan mengalami
beberapa kali sesaran secara bersiri dan jenis sesar yangterbentuk ialah sesar
bertangga. Sekiranya terdapat dua atau lebih sesar biasa berkeadaan selari,
makaterdapat blok batuan yang mengalami kenaikan dan kejatuhan secara
berselang-seli. Blok batuan yang jatuh akan membentuk lurah yang dalam dikenali
sebagai garben manakala blok yang terangkat akanmembentuk gunung bongkah
yang dikenali sebagai horst.Kesan sesar rabak ialah berlaku pergerakan secara
melintang pada blok2 batuan dari kedua-dua arah yang bertentangan. Pergerakan
ini hanya berlaku secara mendatar dan tidak
mewujudkancerun serta tidak terdapat ganguan di atas lapisan batuan
yang dialami semasa sesar ini terjadimenghasilkan gempa bumi yang dahsyat.

Huraikan tentang bahan-bahan yang dikeluarkan oleh letusan gunung
berapi.

-Letusan gunung berapi akan mengeluarkan lava. Lava ialah magma yang mengalir
di permukaan bumi.Lava terbahagi kepada Lava asid dan lava bes.Kedua-
dua jenis lava mempunyai ciri-ciri yang berbeza antara satu sama lain. Ciri- ciri
fizikal yang dikaitkan dengan sesuatu jenis lava ialah keadaansuhu,kelikatan dan
darjah keletupan.-

Letusan gunung berapi juga keluarkan bahan
bahan piroklas. Bahan- bahan ini terdiridaripada serpihan batuan dan batu tongkol
serta debu2 yang halus. Bahan2 ini dibahagikankepada ‘bom gunung berapi” ,
lapili, dan abu gunung berapi. Bom gunung berapi
ialah bongkah batuan pejal atau serpihan batuan yang berdiameter beberapa cm hin
gga 30cmmanakala lapili ialah partikal pejal yang lebih kecil dan berdiameter
hingga 4-25mm. Abugunung berapi ialah partikal yang berdiameter kurang
daripada 4mm. Partikal ini halus danringan seperti debu dan habuk yang boleh
diterbangkan oleh angin hingga berpuluhan2kilometer jauhnya.

8.1 – 8.5
Soalan (1)

a)Nyatakan jenis-jenis luluhawa (3markah)
Antara jenis-jenis luluhawa ialah luluhawa kimia, luluhawa fizikal, dan luluhawa
biologikal.

b)Huraikan konsep luluhawa (5markah)
Satu proses pemecahan dan penguraian atau pereputan batuan yang
berlak secara in-situakibat tindak balas pelbagai agen luluhawa seperti
air hujan,perubahan suhu, tindakan ibun,mikro organisma keatas batuan
sehingga batuan tersebut mengalami pemecahan kepada saizyang lebih kecil atau
terurai menjadi bahan batu seperti larutan,tanih regolit dan sebagainya.

Soalan (2)

a) Berikan definasi luluhawa kimia (5markah)

Proses pereputan atau penguraian batuan apabila mineral batuan tersebut
bertindak balasdengan air, asid, ion dan larutan-larutan sehingga mineral batuan
tersebut bertukar dari peringat primer kepada peringat sekunder.

b) Jelaskan proses-proses luluhawa kimia atau luluhawa dalaman
(10markah)

Proses larutan(Solution)

Akibat tindakan air hujan atau air larian yang bertidak sebagai pelarut. Air
berupayamelarutkan mineral batuan yang mudah larut seperti gipsium dan
kalsium karbonat menjadi hasil larutan. Kuantiti hasil larutan bergantung kepada
kuantiti air yang ada dan kadar kelarutan setiap mineral yang membentuk batu.
Contotnya kalsium dan natrium.

Proses pengarbonan

Tindak balas antara asid lemah (asid karbonik) dengan karbonat batu (kapur).
Hujan yangturun akan bersepadu dengan karbon dioksida di udara membentuk
asid karbonik. Pesamaaantindak balas kimia ialah:H2O + CO2 = H2CO3 Air Karbon
dioksida Asid karbonikAsid karbonik berupaya menguraikan batuan apabila ia
bertindak balas dengan kalsiumkarbonat (batu kapur) menghasilkan larutan
kalsium bikarbonat.Persamaan tindak balas kimianya ialah:

H2O3 + CaCO3 = Ca(HCO3)2

Asid karbonik, kalsium karbonat ,Kalsium Bikarbonat Oleh sebab itu batu kapur
mudah mengalami luluhawa.

Proses penghidaratan

Penambahan air kepada mineral batuan sehingga menyebabkan mineral tersebut
mengalamitegasan dan pengembangan. Contohnya besi oksida menyerap air
menjadi besi hidroksida.Buktinya hematit merah telah menukar kepada limonit
kuning dengan proses penghidratan Proses Pengksidaan (Oxidation)

Proses tindak balas antara oksigen dengan kandungan mineral batuan yang
menyebabkanmineral tersebut teroksida

Proses Chelasi

Proses pembendungan satu ion antara agen-agen chelasi yang dikeluarkan oleh
tumbuhandengan ion mineral dalam batuan seperti ion ferum. Pembendungan ini
menyebabkan batuanmengembang. Agen-agen chelasi boleh dikeluarkan oleh
tumbuhan yang hidup di permukaan batuan seperti lumut dan kulampair. Semasa
menyerap makanan dan zat galian menerusi akar higroskopinya tumbuhan
tersebut akan mengeluarkan sejenis asid yang dikenali sebagai asidchelasi. Asid
ini berupaya bertindak balas dengan ion mineral tersebut mengalami penguraian

Huraikan lima bentuk muka bumi yang terhasil akibat proses luluhawa kimia
dikawasan tropika lembab(10 markah).

Topografi

Rupa muka-rupa muka yang terdapat di kawasan karst ialah termasuk
batukapur,stalaktit,stalagmit, tiang kalsit, sungai bawah tanah, lubang layang-
layang dolina, uvaliadan juga porje. Kewujudan ini menunjukkan keberkesanan
poses larutan dan pengarbonandalam luluhawa dalaman. Kedua-dua tindak balas
tersebut merurakan proses asas yang bolehmembentuk, mengukir, dan
memperkembangkan rupa muka di kawasan karst. Pandangan ini banyak terdapat
di kepulauan Papua New Guinea, Kepulauan Indonesia, sekitar Pulau Langkawi.

Grike dan Clint

Terhasil akibat luluhawa dalaman di kawasan batu kapur.Batu kapur mempunyai
banyak rekahan. Air hujan akan meresap ke dalam batu kapur. Air hujan ini akan
melarutkan kalsiumkarbonat di sepanjang dinding rekahan tadi. Proses larutan
yang berterusan akanmemperdalam dan memperlebarkan rekahan-rekahan
berkenaan membentuk jurang dan lurah yang dikenali sebagai grike manakala
bongkah-bongkah yana dikelilingi oleh grike tadidinamai klint.

Tors dan Inselberg

Luluhawa kimia bertindak mereput dan menguraikan struktur batuan bukit yang
kemudiandihakis dan diangut oleh hakisan air meningalkan sisa-sisa yang keras,
tahan serta tertonjol di permukaan bumi.Manakala inselberg pula merupakan

tonjolan- tonjolan batuan dari dalam bumi setelah muka umi di sekitarnya
diluluhawa, dihakis- angut dan direndahkan.Kebanyakan proses yang bertindak
merendahkan muka bumi sekitar sehingga tertonjolnya batuan ialah proses
hidrolisis, larutan dan juga hidrasi. Inselberg banyak terdapat di AfrikaSelatan,
Ghana dan Nigeria.

Regolit seperti Tanah laterit dan Tanah liat

Tanah liat dan tanah laterit di tropika lembah mempunyai lapisan yang tebal
yangmenunjukkan batuan mengalami pereputan dan penguraian sepenuhnya.
Pembentukkan tanahliat berkait rapat dengan proses hidrolisis terhadap batuan
feldsfar iaitu;

Orthoclase felsfar + Asid Karbonik + Air =

Kalium Karbonat + kaolin [Tanah Liat] +Kuartza [Pasir]

Tanah laterit pula berkait rapat dengan proses pengoksidaan. Kepentingan proses
pengoksidaan dalam kejadian tanah laterit boleh dilihat pada longokkan
seskuioksida besiyang terdapat pada lapisan A tanah laterit ini. Warna
keperangan pada seskuioksida besimembuktikan sebatian ini telah mengalami
proses pengoksidaan yang begitu hebat.Padasesetengah tempat longokkan
seskuiosida besi mencapai ketebalan 10 meter yangmenyebabkan sebahagian
besar tanah laterit berwarna keperangan.

Nyatakan proses-proses gerakan jisim.(4markah)

Aliran lambat, aliran cepat, geluncuran, runtuhan

Apakah proses-proses yang terdapat dalam aliran lambat.(4markah)

Kesotan tanah-tanih kesotan talus, kesotan batuan, kesotan batu glasier,
gelangsaran

Huraikan aliran lambat. (7markah)

Melibatkan pergerakan regolit dan tanah-tanih secara prlahan-lahan menuruni
cerun dan jugadikenali sebagai kesotan.tidak lihat dalam mata kasar tetapi boleh
mengenali dengan kesan-kasan yang wujud di atas permukaan cerun seperti tiang
elektrik, tiang telefon.Pergerakanregolit ini berlaku di atas permukaan cerun yang
landai dan
melibatkan kedalaman dari beberapa sentimeter kebeberapa meter ke bawah mu
ka cerun. Proses ini mengambil jangkamasa yang perlahan.Terdapat beberapa
faktor mempengaruhi proses aliran lambat iaitu,cerunyang landai, tidak terlalu
curam,dan muka cerun tersebut tidak dilitupi oleh tumbuban yangtebal yang

digondolkan oleh manusia. Faktor cerun mempengarui peranan tarikan graviti
dancengkaman regolit dengan permukaan cerun.Selain itu, faktor hujan
menambahkan berat jisimdi atas cerun apabila ruang-ruang udaranya dipenuhi
air. Keadaan ini memyebabkan cerunmenjadi tidak stabil dan menambahkan
kelicinan permukaan untuk memudahkan pergerakkanregolit ke bawah cerun.

Jelaskan lima langka untuk mengawal gerakkan jisim.(10markah)

Langkah perundangan

Menubuhkan unit cerun negara bagi melakasanakan kerja-kerja rondaan dan
pemantauanyang berterusan terhadap aktiviti pembangunan di kawasan tanah ti
nggi \ berceruncuram.Mengambil tindakan yang tegas terhadap pihak yang melan
ggar peraturan EIA.Mewartakan kawasan cerun bukit yang tidak boleh diusih
untuk pembangunan dan dikekalkandalam keadaan semula jadi.

Langkah pengurusan

Menanam pokok-pokok perlindung yang kekal diatas permukaan cerun bukit agar
proseskestabilan cerun secara semula jadi terpelihara.Membina benteng serta
tembok penahan dikaki cerun yang tidak stabil dan berisiko untuk runtuh.
Menggunakan sungkupan plastik diatas permukaan cerun yang tidak stabil yang
bersifat sementara. Memperbaiki sistem salirandan laluan air di permukaan cerun
dengan menyediakan sistem perparitan, longkang , sistem pembentungan
air buangan di permukaan cerun. Memotong cerun mengikut
spesifikasi yangditetapkan seperti tidak melebihi 45 darjah.

Langkah pendidikan

Melaksanakan kempen kesedaran dan pendidikan alam sekitar kepada semua lap
isan masyarakat.Peranan media cetak dan elektronik untuk menganjurkan kursus-
kursus seminar.

KONSEP PENDUDUK

SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN
Jawab semua soalan.

1 (a) Apakah yang di maksudkan dengan penduduk sebagai sumber
manusia? [3]

(b) Huraikan tiga faktor yang mempengaruhi kualiti sumber manusia di
sesebuah negara. [6]

(c) Perihalkan tiga cara bagaimana penduduk di sesebuah kawasan
boleh mempengaruhi perubahan alam sekitar fizikalnya.[6]

Jawapan struktur

SKEMA JAWAPAN (STRUKTUR)

1. (a) Sumber manusia ialah aset / tenaga buruh / tenaga kerja dalam
sesebuah negara yang diukur berdasarkan kuantiti dan kualiti. [3]

Ciri-ciri
- sumber manusia diukur berdasarkan kuantiti / bilangan seperti:

Jumlah / bilangan / saiz penduduk Umur dan jantina

Ciri-ciri
- sumber manusia diukur berdasarkan kualiti seperti: Taraf pendidikan

/ tahap kemahiran / kepakaran dalam sesuatu bidang secara saintifik Tahap
kesihatan / kemenjadian / kualiti fizikal

- Sikap / amalan budaya / kemahiran insaniah (soft-skill) – kepimpinan,
kerjasama, cekap, amanah, kebolehan berkomunikasi.

1(b) (6m)

b1 Pendidikan – Kelulusan akademik, kadar celik huruf / celik ICT tinggi.

b2 Kemahiran – Kemahiran dalam bidang teknik dan vokasional dll

b3 Tahap kesihatan – jika sihat daya tahan tinggi, produktif, kuat kerja –
akses kemudahan kesihatan yang baik – peningkatan kualiti hidup –
kemenjadian penduduk.

b4 Kebolehkerjaan (fizikal dan mental) budaya kerja yang positif –
menepati masa – mobiliti buruh – patuh arahan.

b5 Sikap positif – tahap kepimpinan yang tinggi dan berdaya tahan –
kecekapan berkomunikasi – tahap integriti – keterbukaan minda

b6 Dasar Kerajaan – Kerajaan menubuhkan institusi latihan, kursus,
insentif, biasiswa – akses pendidikan – galakan pendidikan – galakan R&D.

1(c)(6m)

c1 Pertanian – mengubah bentuk muka bumi melalui penyahhutanan – aktiviti
ragutan – pencemaran air, tanih dan udara.

c2 Perlombongan – tebuk, gerudi, gali, letup – kehabisan sumber mineral-
kerosakan dan pencemaran alam sekitar.

c3 Pembalakan – tebang pokok- kesan gondol, hakisan, tanah runtuh –
kepupusan kepelbagaian biologi.

c4 Perkilangan – pembakaran bahan tenaga fosil dan pelepasan sisa –
menyebabkan pencemaran alam.

c5 Pembangunan tanah dan pembinaan – penerokaan tanah, perataan tanah,
peneresan tanah – berlaku hakisan dan tanah runtuh.

c6 Perikanan – Memukat, menuba, mengebom, bina prasarana perikanan,
akuakultur – kerosakan terumbu karang – pencemaran air

c7 Pengangkutan – pembinaan lebuh raya, lapangan terbang, pembakaran
bahan api fosil – pelepasan asap – pencemaran udara, bunyi

c8 Pelancongan – Pembinaan infrastruktur, pembuangan sisa – pencemaran air
– perubahan suhu – pembinaan kawasan rekreasi.

c9 Pembangunan kawasan petempatan / domestik – Pembuangan sisa,
pembuangan bahan kumbahan. Pembakaran terbuka – pencemaran alam
sekitar.

c10 Aktiviti bukan ekonomi – peperangan/ pilihan raya/ demonstrasi/ ujian
nuklear – mengganggu alam sekitar – pencemaran alam sekitar.

konsep penduduk

soalan struktur dan jawapan

Jawab semua soalan
2. a) Berikan maksud penduduk sebagai sumber manusia.[3]

b) Jelaskan konsep penduduk sebagai sumber manusia yang diukur
secara kuantiti dan kualiti.[4]

c) Terangkan dua kelebihan yang diperoleh oleh negara yang dimiliki
sumber manusia yang berkualiti.[4]

d) Jelaskan dua cara untuk menghasilkan sumber manusia yang
berkualiti di sesebuah negara.[4]

Skema jawapan struktur

2. a) Sumber manusia ialah penduduk yang dapat menyumbang
kepada kemajuan dan kemakmuran serta kesejahteraan
negara.Sumber manusia merupakan asset yang bernilai kepada
negara,tidak membebankan dan tidak menjadi liability kepada
negara. [3]

b) Penduduk sebagai sumber manusia merupakan aset,tenaga
buruh/tenaga kerja dalam sesebuah negara yang diukur
berdasarkan kuantitidan kualiti.Suber manusia dalam sesebuah
negara meliputi penduduk berada dalam lingkungan umur 15-64
tahun.Sumber manusia diukur berdasarkan kuantiti,iaitu jumlah
dan saiz penduduk,uur serta jantina.Dari segi kualiti,sumber
manusia diukur berdasarkan taraf pendidikan , tahap kemahiran
, serta kepakaran dalam sesuatu bidang. [4]

C) i) Dapat menjadi tenaga kerja yang produktif untu meningkatkan
pendapatan negara [2]

ii) Dapat menghasilkan teknologi tinggi melalui kajian dan
penyelidikan yang dapat mengoptimumkan pengeluaran luar
negara [2]
D) i) melalui bidang Pendidikan – memperbanyakkan institusi
Pendidikan,mengurangkan kadar buta huruf , seterusnya
meningkatkan taraf Pendidikan [2]


Click to View FlipBook Version