The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Teks ini telah di pecahkan mengikut Bab Tingkatan 5

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by JMTcer.My, 2021-06-17 21:49:14

Buku Teks Topik PENGELUARAN MAKANAN

Buku Teks ini telah di pecahkan mengikut Bab Tingkatan 5

Keywords: Buku Teks Tingkatan 5

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

2.0 PENGELUARAN TANAMAN

Selepas mempelajari bab ini, murid akan dapat:

1. Menerangkan jenis tanaman makanan iaitu bijirin, sayuran, umbisi, kekacang dan tanaman komoditi.


2. Menggunakan mekanisasi pertanian bagi pembersihan kawasan, penyediaan tanah dan penanaman
tanaman.


3. Menjelaskan spesifikasi penanaman dari aspek jarak antara tanaman, jarak antara barisan dan
kepadatan tanaman.


4. Menerangkan kepentingan nutrien terhadap peningkatan kualiti hasil dan daya tahan tanaman
terhadap penyakit.


5. Membezakan kaedah penanaman menggunakan tanah dan tanpa tanah.

6. Menunjuk cara kaedah pembajaan bagi penanaman di tanah iaitu tabur, alur, poket dan semburan.


7. Menunjuk cara kaedah pembajaan bagi penanaman tanpa tanah iaitu Nutrient Film Technique
(hidroponik), titisan (fertigasi), dan semburan kabus (aeroponik).


8. Melakar dan mereka bentuk kaedah penanaman secara hidroponik, fertigasi, dan aeroponik.


9. Menjalankan satu projek penanaman secara hidroponik, fertigasi dan aeroponik.

10. Menerangkan perundangan alam sekitar berkaitan pengawalan perosak tanaman iaitu Akta Racun
Makhluk Perosak (1974), Akta Kuarantin Tumbuhan (1976), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974:
(1985) Pindaan.


11. Menerangkan garis panduan alam sekitar berkaitan pengawalan perosak tanaman berpandukan
Amalan Pertanian Baik Malaysia (MyGAP), Skim Amalan Ladang Baik Malaysia (SALM) dan
Sijil Organik Malaysia (SOM).


12. Meneroka kaedah pengawalan perosak tanaman seperti kaedah kultur, fizikal, biologi, kimia, organik,
perundangan dari mana-mana laman sesawang.


13. Mengkaji kesan pengawalan perosak tanaman menggunakan kaedah seperti kultur, fizikal, biologi,
kimia dan organik.


14. Menghuraikan kesan aktiviti pengawalan perosak tanaman terhadap alam sekitar.


15. Menerangkan aktiviti penuaian hasil iaitu sebelum, semasa dan pascatuai.

16. Menjelaskan kaedah penyimpanan hasil tuaian mengikut jenis hasil.


17. Melakukan aktiviti penuaian dan penyimpanan hasil tuaian tanaman.


18. Mengkaji aspek kelembapan, suhu, pengudaraan dan tempoh masa penyimpanan bagi mengekalkan
kualiti hasil tanaman.


19. Menerangkan strategi pemasaran hasil pertanian iaitu produk, harga, tempat dan promosi.


20. Menilai kehendak pasaran iaitu produk, harga, rupa luaran, sasaran pengguna dan keselamatan
makanan.


21. Melakukan aktiviti pemasaran hasil pertanian.


22. Mengkaji data harga semasa beberapa hasil tanaman di pasaran.


23. Menganalisis kadar harga semasa tanaman dengan harga musim perayaan, bandar dan luar bandar.


24. Memerihalkan modal permulaan dan modal akhir projek penanaman dan pengeluaran tanaman secara
hidroponik, fertigasi dan aeroponik.


25. Mengumpul dokumen dan menghitung kos projek penanaman dan pengeluaran tanaman secara
hidroponik, fertigasi dan aeroponik.


26. Mengumpul dokumen dan menghitung hasil pendapatan projek penanaman dan pengeluaran tanaman
secara hidroponik, fertigasi dan aeroponik.


27. Menghasilkan penyata untung rugi bagi projek penanaman dan pengeluaran tanaman secara
hidroponik, fertigasi dan aeroponik.


28. Menghitung Pulangan Modal (PM) dan Titik Pulangan Modal (TPM).


29. Membuat keputusan terhadap sesuatu bidang usaha.

63

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

2.0 PENGELUARAN TANAMAN

Pengenalan

Pengeluaran tanaman adalah berkaitan dengan penglibatan manusia dengan tanah, iklim dan
tanaman untuk mengeluarkan hasil tanaman makanan yang mempunyai nilai ekonomi. Pengeluaran
tanaman di Malaysia terbahagi kepada sektor estet iaitu bercorak komersial dan sektor pekebun
kecil.

2.1 Projek Tanaman
• Jenis Tanaman Makanan
• Mekanisasi Pertanian
• Spesifikasi Penanaman
• Kepentingan Nutrien Kepada Tanaman
• Penanaman Menggunakan Tanah dan

Tanpa Tanah
• Pembajaan
• Pembajaan Tanaman Tanpa Tanah
• Reka Bentuk Sistem Penanaman
• Projek Penanaman

2.2 Pengawalan Perosak Tanaman
• Perundangan Alam Sekitar
• Pengurusan Pengawalan Perosak Tanaman
• Kaedah Pengawalan Perosak Tanaman
• Kesan Pengawalan Perosak Tanaman
• Kesan Aktiviti Pengawalan Perosak

Terhadap Alam Sekitar

64

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

2.3 Penuaian dan Penyimpanan Hasil Tanaman
• Penuaian Hasil
• Kaedah Penyimpanan Hasil Tuaian
• Aktiviti Penuaian dan Penyimpanan Hasil Tanaman
• Pemantauan Kualiti Hasil Tanaman Di Tempat

Penyimpanan

2.4 Pemasaran Hasil Tanaman

• Strategi Pemasaran
• Kehendak Pasaran
• Aktiviti Pemasaran Hasil Pertanian
• Perbandingan Harga Pasaran
• Harga Semasa Tanaman

2.5 Tafsir Untung atau Rugi Projek Tanaman

• Modal Permulaan dan Modal Akhir
• Dokumen
• Hasil Pendapatan Projek Tanaman
• Penyata Untung Rugi Projek Tanaman
• Menghitung PM dan TPM
• Membuat Keputusan

65

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

UNIT 2.1 PROJEK TANAMAN

Pertanian merupakan antara sektor terpenting negara sungguhpun kini tumpuan banyak diberikan
kepada sektor perindustrian. Selain memberi peluang pekerjaan kepada rakyat, bidang pertanian
ini memberi pulangan yang lumayan kepada pihak yang mengusahakannya secara bersungguh-
sungguh. Hasil pertanian merupakan input yang digunakan dalam proses pengeluaran bahan
makanan yang boleh dijadikan sebagai produk eksport. Pengeluaran tanaman terbahagi kepada
dua jenis iaitu tanaman makanan dan tanaman industri.

Kepentingan Tanaman Makanan Kepada Negara

Pengeluaran tanaman makanan bertujuan memenuhi keperluan bekalan makanan penduduk.
Sungguhpun masih ada bahan makanan yang diimport namun menghasilkan tanaman makanan
sendiri dapat mengurangkan kebergantungan negara kepada negara luar dalam memenuhi
keperluan bahan makanan rakyat dan keselamatan makanan negara.

Pengeluaran tanaman membuka peluang pekerjaan kepada penduduk di samping menyumbang
kepada pendapatan negara melalui eksport mentah atau makanan siap proses. Selain dari membekal
bahan makanan untuk kegunaan domestik, pengeluaran tanaman menggalakkan perkembangan
industri pemprosesan makanan, mengimbangkan ekologi setelah terjejas oleh sektor perindustrian
serta memberi kesedaran kepentingan nutrisi dalam diet.

Kawasan Penanaman Utama Tanaman Makanan

Kawasan penanaman utama tanaman makanan di Malaysia ditunjukkan dalam Jadual 2.0.

Jadual 2.0 Kawasan tanaman makanan utama di Malaysia

Jenis Kawasan utama

Sayuran Cameron Highlands (Pahang), Kluang (Johor), Kuala Langat (Selangor), Gua
Musang (Kelantan) dan Kinta (Perak)

Padi Jelapang Padi: MADA (Kedah-Perlis), KADA (Kemubu Kelantan), Kerian
(Perak), IADA (Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu) Pulau Pinang,
IADA Seberang Perak, IADA Ketara (Terengganu), IADA Kemasin Semerak
(Kelantan)

Kelapa Sawit Johor, Pahang, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Terengganu, Sabah dan
Sarawak

Koko Pahang, Perak, Selangor, Johor, Sabah dan Sarawak

Lada Hitam Sarawak, Sabah
Kopi Pahang, Sabah, Selangor
Teh Pahang, Johor, Sabah, Sarawak, Selangor, Kedah

Sumber: Sayuran dan padi: Statistik tanaman 2015, Jabatan Pertanian Malaysia.
Kelapa sawit dan Lada hitam: Statistik Tanaman Industri Malaysia 2015 & Koko: Lembaga Koko Malaysia

Info Tambahan

Pokok getah (Hevea brasiliensis) tergolong dalam famili Euphorbiaceae. Malaysia adalah negara ketiga
terbesar dalam pengeluaran getah dunia selepas Thailand dan Indonesia. Keluasan tanaman berjumlah
1.02 juta hektar, 95% diusahakan oleh pekebun kecil. Penggunaan getah dunia dijangka melebihi
30 juta tan setahun pada tahun 2020 bagi memenuhi keperluan industri automatif, perubatan dan
pembinaan. Produk utama berasaskan getah adalah sarung tangan, tayar, kateter dan bebenang getah.

66

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

2.1.1 Jenis Tanaman Makanan

Jenis tanaman makanan yang ditanam adalah berbeza mengikut kawasan. Tanaman makanan di
kawasan tropika seperti Malaysia tidak sama dengan jenis tanaman makanan di kawasan beriklim
sederhana. Tanaman makanan di negara ini boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan utama seperti
ditunjukkan dalam Rajah 2.0.

Tanaman Makanan

Bijirin Sayur-Sayuran Komoditi Makanan

Padi Jagung Kelapa Sawit Koko Lada Hitam

Jenis Buah Jenis Daun Jenis Umbisi Jenis Kekacang

Rajah 2.0 Jenis tanaman makanan

Tanaman Bijirin

Tanaman bijirin merupakan tanaman utama untuk menghasilkan makanan manusia dan juga untuk
ternakan. Kebanyakan tanaman bijirin yang ditanam di Malaysia adalah dari famili Poaceae seperti
Padi dan Jagung.

Padi

Padi ialah tanaman makanan utama ditanam untuk mendapatkan beras sebagai makanan ruji.
Terdapat dua jenis padi di negara ini iaitu Padi Sawah (Gambar foto 2.0) dan Padi Huma
(Gambar foto 2.1) yang diusahakan secara meluas.

Gambar foto 2.0 Padi Sawah Gambar foto 2.1 Padi Huma (Padi Bukit)
67

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

Beras ialah bijirin yang diperolehi daripada tanaman padi (Oryza sativa L.) yang telah
dikupas kulitnya. Terdapat dua jenis beras iaitu beras biasa dan beras pulut. Beras biasa menjadi
sumber makanan utama. Beras jenis ini lebih mendapat nilai dagangan. Sementara itu, penggunaan
beras pulut adalah terhad untuk membuat kuih-muih. Beras mengandungi sumber karbohidrat dan
serat yang penting, protein, vitamin E dan vitamin B di samping membekalkan mineral seperti
zat besi, fosforus, magnesium, kalium, natrium dan selenium. Selain itu, beras juga mengandungi
rendah lelemak, garam dan kolestrol. Oleh yang demikian ia membantu dalam menjaga kesihatan
jantung.

Jadual 2.1 menunjukkan keluasan kawasan bertanam dan pengeluaran padi mengikut negeri
(2012 hingga 2014). Kedah merupakan kawasan paling luas bertanam padi serta pengeluaran
paling tinggi diikuti Perak dan Kelantan bagi Semenanjung Malaysia. Sarawak pula mempunyai
keluasan bertanam dan pengeluaran padi lebih tinggi berbanding Sabah.

Jadual 2.1 Keluasan bertanam dan pengeluaran padi mengikut negeri (2012-2014)

2012 2013 2014

Negeri Luas bertanam Pengeluaran Luas bertanam Pengeluaran Luas bertanam Pengeluaran
(Ha) (Tan metrik) (Ha) (Tan metrik) (Ha) (Tan metrik)

Johor 2 934 11 600 2 960 13 400 2 807 13 552
Kedah 213 378 856 245 210 327 889 167 215 511 899 103
Kelantan 250 308 215 255 70 890 217 661
Melaka 63 714 56 280
Negeri Sembilan 2 556 7 665 2 783 9 957 2 249 10 069
Pahang 2 126 8 463 1 986 8 425 2 266 8 520
Perak 34 594 31 471 8 091
Perlis 10 487 368 237 10 357 360 135 81 776 31 824
Pulau Pinang 82 142 246 982 81 636 251 449 52 092 364 174
Selangor 52 111 142 762 52 085 145 127 25 564 254 261
Terengganu 25 835 226 580 25 564 237 594 37 575 146 750
37 835 77 501 37 833 71 855 17 623 240 253
17 759 16 994
82 141

Semenanjung 510 606 2 230 937 498 805 2 233 835 516 444 2 268 306
Malaysia
44 921 120 231
Sabah 44 902 126 761 38 614 116 079 128 367 256 582
Sarawak 129 037 241 684 134 260 253 740 689 732 2 645 118

Malaysia 684 545 2 559 382 671 679 2 603 654

Nota: Padi Sawah dan Padi Huma (Sumber: Jabatan Pertanian Malaysia)

Jagung Gambar foto 2.2 Tanaman jagung

Tanaman jagung (Zea mays L.) diperkenalkan di
Malaysia sebagai tanaman kontan yang ditanam
sebagai tanaman pusingan oleh petani. Kawasan
penanaman jagung di negara ini adalah bersaiz
kecil dan berselerak terutamanya di negeri Pahang,
Kedah, Kelantan dan Perak. Terdapat empat varieti
utama yang ditanam secara komersial iaitu varieti
jagung manis seperti Masmadu, Manis Madu, Thai
Supersweet dan Taiwan Supersweet. Varieti-varieti
tersebut mendapat permintaan yang tinggi kerana
teksturnya lebih lembut dan rasanya yang manis di
samping tempoh pusingan penanaman yang singkat.
68

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

Tanaman Sayur-Sayuran

Sayur merupakan sumber vitamin dan mineral. Sayur adalah tanaman semusim yang merupakan
sumber vitamin dan mineral. Dasar Agromakanan Negara 2011 hingga 2020 telah menggalakkan
peluasan kawasan penanaman sayur-sayuran bagi tujuan mengurangkan kebergantungan kepada
sayur-sayuran import. Pahang menunjukkan peningkatan luas kawasan tanaman dan pengeluaran
dari tahun 2012 hingga 2014, diikuti oleh Johor dan Selangor. Jadual 2.2 menunjukkan keluasan
tanaman dan pengeluaran sayur-sayuran mengikut negeri.

Jadual 2.2 Keluasan tanaman dan pengeluaran sayuran mengikut negeri (2012-2014)

Negeri 2012 2013 2014

Luas tanaman Pengeluaran Luas tanaman Pengeluaran Luas tanaman Pengeluaran
(Ha) (Tan metrik) (Ha) (Tan metrik) (Ha) (Tan metrik)

Johor 8 045 161 515 11 501 325 606 11 548 326 804
Kedah 1 198 13 645 1 195 13 825 1 200 13 876
Kelantan 3 421 66 853 3 655 79 387 3 669 79 679
Melaka 1 252 25 964 1 628 16 102 1 635 16 162
Negeri Sembilan 1 375 24 340 1 966 23 109 1 974 23 194
Pahang 19 725 26 753 26 862
Perak 4 642 464 576 4 582 718 709 4 601 721 354
Perlis 40 202 54 455 54 655
Pulau Pinang 29 437 127 694 127 696
Selangor 985 13 499 1 045 15 446 1,049 15 503
Terengganu 5 267 82 679 5 449 81 832 5 471 82 133
859 9 985 1 205 14 015 1,210 14 066
Semenanjung
Malaysia 46 800 903 697 59 107 1 343 179 59 347 1 348 121

Sabah 2 396 24 564 4 054 44 591 4,071 44 755
Sarawak 4 230 44 245 4 490 46 042 4 508 46 211
W.P Labuan
157 1 031 127 388 127 390
Malaysia
1 434 200 68 053 1 439 478

Sumber: Jabatan Pertanian Malaysia (2012, 2013, 2014)

Tanaman sayur-sayuran dikelaskan kepada empat jenis iaitu jenis daun, jenis buah, jenis
kekacang dan jenis umbisi. Contoh setiap jenis sayur-sayuran ditunjukkan dalam Jadual 2.3.

Jadual 2.3 Jenis Sayur-sayuran

Jenis sayur Contoh

Daun Bayam, sawi bunga, sawi putih, kubis dan kangkung.
Buah Bendi, cili, tomato, terung, petola, timun dan labu.
Kekacang Kacang kelisa, kacang buncis dan kacang panjang.
Umbisi Lobak merah, lobak putih, ubi keledek, keladi, sengkuang dan ubi kayu.

69

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

Jenis Daun
Sayur-sayuran jenis daun (Gambar foto 2.3) lazimnya diambil bahagian daunnya sebagai masakan
tunggal mahupun campuran.

Sawi Bunga

Kangkung Kubis Cina Kubis Bunga Sawi Putih Bayam

Gambar foto 2.3 Sayur-sayuran jenis daun

Bayam Kubis

• Bayam adalah dari famili Amaranthaceae iaitu • Kubis adalah dari famili Brassicaceae.
sejenis tanaman sayuran yang boleh ditanam
di tanah rendah dan tinggi. • Kubis kaya dengan vitamin C, K, E dan A.
Tidak mengandungi kolestrol dan lemak yang
• Bayam kaya dengan vitamin A, B, C dan zat- berbahaya.
zat galian seperti zat besi (Fe), fosforus (P),
kalium (K), mangan (Mn) dan zink (Zn). • Kubis dapat menghalang jangkitan penyakit
dan ulser, kemurungan serta membantu
• Sayuran bayam boleh membantu mencegah melawan batuk dan demam.
masalah penglihatan akibat faktor usia.
• Terdapat dua jenis kubis iaitu kubis bulat
• Terdapat dua jenis bayam di pasaran iaitu (Brassica oleraceae var. capitata) dan kubis
bayam hijau (Amaranthus viridis ) dan bayam cina (Brassica rapa var. pekinensis) atau
merah (Amaranthus gangeticus). NAPA cabbage (USA).

Kailan Sawi

• Kailan adalah dari famili Brassicaceae yang • Sawi adalah dalam famili Brassicaceaae.
mempunyai daun dan batang yang tebal.
• Sawi kaya dengan vitamin A, B, C dan
• Kailan mengandungi vitamin A, C, E, K dan terdapat mineral seperti besi dan kalsium.
asam folat, kalsium, karbohidrat, protein,
serat, mangan. • Sawi rendah kalori dan kandungan serat
tinggi.
• Terdapat vitamin K yang sangat baik untuk
jantung dan vitamin A yang baik untuk mata. • Terdapat dua jenis sawi iaitu sawi bunga
(Brassica rapa) dan sawi putih (Brassica
• Kailan yang terdapat di pasaran adalah chinensis var. pekinensis).
Brassica oleracea var. alboglabra.

Kangkung

• Kangkung tergolong dalam famili Convolvulaceae yang berasal dari India.
• Kangkung kaya dengan protein, karbohidrat, lemak, serat dan kalsium.
• Kangkung ada anti oksida dan dapat mencegah sembelit.
• Contoh, kangkung air (lpomoea aquatica) dan kangkung darat (Ipomoea reptans).

70

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

Jenis Buah
Sayur-sayuran jenis buah (Gambar foto 2.4) digunakan sebagai masakan tunggal atau campuran.
Namun ada juga yang dimakan segar seperti timun dan tomato.

Terung

Bendi Tomato Timun Cili

Gambar foto 2.4 Sayur-sayuran jenis buah

Tomato Terung

• Tomato adalah dari famili Solanaceae. • Terung adalah dari famili Solanaceae.

• Tomato kaya dengan sumber vitamin A, C • Terung kaya dengan vitamin C, beta karotina,
dan asid folik yang baik. kalsium, protein, karbohidrat dan fosforus.

• Tomato dapat memudarkan bintik hitam • Khasiat terung adalah untuk menjaga kesihatan
pada wajah dan menyingkirkan lemak dalam jantung, mengawal gula dalam darah dan
badan. sumber anti oksida.

• Nama saintifik tomato ialah Solanum • Nama saintifik terung ialah Solanum
lycopersicum. melongena.

Timun Cili

• Timun adalah dari famili Cucurbitaceae. • Cili adalah dari famili Solanaceae. Merupakan
Sayuran ini juga satu famili dengan tembikai, tanaman yang memberikan pulangan lumayan.
labu dan melon.
• Cili kaya dengan vitamin A, B dan C kompleks,
• Timun mengandungi kalsium, zat besi, protein, karbohidrat dan karotena.
magnesium, fosforus, vitamin A, vitamin B1,
vitamin B2 dan vitamin C. • Cili mempunyai ciri-ciri anti bakteria dan
anti radang. Cili merah daripada varieti Kulai
• Timun dapat menghilangkan panas badan ialah baka tempatan yang mempunyai bentuk
luar dan dalam serta membuang toksin di panjang dan pedas.
dalam badan.
• Nama saintifik cili ialah Capsicum annum.
• Nama saintifik timun ialah Cucumis sativus.

Bendi
• Bendi adalah dari famili Malvaceae.
• Bendi mengandungi protein, karbohidrat, lemak, serat, kalsium dan besi.
• Sayur bendi baik untuk perkembangan otak dan menambah kecerdasan. Terdapat dua jenis bendi iaitu

jenis 5-segi dan jenis 7-segi.
• Nama saintifik bendi adalah Hibiscus esculentus.

71

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

Jenis Umbisi

Sayur-sayuran jenis umbisi (Gambar foto 2.5) digunakan sebagai bahan masakan dan juga sebagai
bahan membuat kuih contohnya, keledek dan ubi kayu, manakala keladi boleh dijadikan satu
daripada perasa aiskrim.

Ubi Kayu Ubi Keledek Keladi

Lobak Putih Lobak Merah

Gambar foto 2.5 Sayur-sayuran jenis umbisi

Ubi Kayu Lobak

• Ubi kayu adalah dari famili Euphorbiaceae. • Lobak merah adalah dari famili Umbelliferae,
• Mengandungi vitamin B kompleks, B1 dan manakala lobak putih adalah dari famili
Brassicaceae.
B2 dan kandungan karbohidrat yang tinggi.
• Sebagai bahan utama bagi penghasilan tepung • Mengandungi vitamin lengkap seperti A, B
dan C, garam, potasium dan karotena.
ubi dan monosodium glutamat (MSG). Selain
itu memberi tenaga dan kandungan serat yang • Karotena sangat berguna dalam perubatan
membantu penghadaman makanan. kerana dapat menghalang pertumbuhan dan
• Nama saintifik ubi kayu ialah Manihot pembiakan kanser, manakala serbuk bijinya
esculenta. boleh diminum umpama ‘teh’untuk mengubati
penyakit kembung perut untuk kanak-kanak.
Ubi Keledek
• Nama saintifik lobak merah ialah Daucus
• Ubi keledek adalah dari famili carota dan lobak putih pula adalah Raphanus
Convolvulaceae. sativus.

• Merupakan sumber karbohidrat, vitamin A Keladi
dan pelbagai zat untuk keperluan tubuh badan
manusia. • Keladi adalah dari famili Araceae.

• Mempunyai kandungan air yang banyak dan • Mengandungi vitamin C, vitamin E, vitamin
dapat membantu menurunkan berat badan. B6 dan beta karotena.
Terdapat dalam tiga varieti iaitu varieti gendut
(MSP 94), varieti cina dan varieti ungu. • Terdapat dua jenis keladi iaitu keladi yang
boleh dimakan dan tidak boleh dimakan iaitu
• Nama saintifik ubi keledek ialah Ipomoea dijadikan tanaman hiasan sahaja.
batatas.
• Nama saintifik keladi ialah Colocasia
esculenta.

Info Tambahan

Ubi kayu merupakan makanan tradisi juga makanan ruji ketika negara Malaysia dijajah oleh pihak
Jepun bagi menggantikan beras. Kulit ubi kayu tidak boleh dimakan kerana mengandungi asid
hidrosianik yang membahayakan kesihatan, oleh itu tidak digalakkan membakar ubi kayu sebelum
dimakan. Ubi kayu perlu dikupas kulitnya sebelum direbus.

72

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

Jenis Kekacang
Sayur-sayuran jenis kekacang (Gambar foto 2.6) diambil bahagian lenggai untuk dimasak secara
tunggal atau secara campuran. Namun kacang panjang dan kacang kelisa juga boleh dimakan
mentah.

Kacang Panjang

Kacang Buncis Kacang Botor atau Kacang Kelisa

Gambar foto 2.6 Sayur-sayuran jenis kekacang

Kacang Panjang Kacang Buncis

• Kacang panjang adalah dari famili Fabaceae. • Kacang buncis adalah dari famili Leguminosae.

• Mengandungi protein, vitamin B kompleks, • Mengandungi karbohidrat, protein, vitamin A,
mineral dan serat yang tinggi. Serat dalam C dan kalsium.
kacang panjang sangat baik. Membantu
menjaga kadar gula darah pada paras normal, • Membantu mencegah sembelit, mengawal
juga untuk metabolisme lemak yang normal. kadar gula dalam darah serta menstabilkan
kandungan kolestrol.
• Varieti kacang panjang yang disyorkan
ditanam adalah KP1 kerana hasilnya yang • Nama saintifik kacang buncis ialah Phaseolus
tinggi. vulgaris.

• Nama saintifik kacang panjang ialah Vigna
unguiculata.

Kacang Botor atau Kacang Kelisa

• Kacang botor atau kacang kelisa adalah dari keluarga Fabaceae.
• Kacang ini kaya dengan kalsium, protein, vitamin A dan B.
• Digunakan untuk mengubati serangan demam campak dan penyakit vertigo.
• Boleh dimakan sebagai ulam.
• Nama saintifik kacang kelisa ialah Psophocarpus tetragonolobus D.C.

Info Tambahan

Kacang tanah ialah tanaman jenis kekacang iaitu Arachis hypogaea dari famili Fabaceae. Negeri
Perak merupakan negeri pengeluar utama kacang tanah di Malaysia. Apabila proses pendebungaan
telah berlaku, bunganya berwarna kuning akan masuk ke dalam tanah untuk membentuk lenggai yang
mempunyai 3-4 biji kacang di dalamnya. Varieti kacang tanah yang popular dalam kalangan pekebun
adalah jenis Margenta yang diperkenalkan oleh MARDI. Namun terdapat juga dua varieti lain iaitu
GN-MI dan Sawo Merah.

73

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

Tanaman Komoditi Makanan

Sumbangan industri komoditi telah berkembang pada kadar purata pertumbuhan tahunan sebanyak
2.1%, manakala keluasan kawasan penanaman juga turut berkembang (Dasar Komoditi Negara,
2011-2020). Antara tanaman komoditi makanan utama Malaysia terdiri daripada Kelapa Sawit,
Koko dan Lada Hitam.

Kelapa Sawit

Kelapa Sawit (Elaeis guineensis) dari famili Palmae berasal daripada Afrika Barat. Baka kelapa
sawit yang banyak ditanam di Malaysia ialah Tenera yang merupakan kacukan baka Dura dan
Pisifera. Dura mempunyai tempurung yang tebal, manakala Pisifera mempunyai tempurung yang
nipis (Gambar foto 2.7).

Dura Pisifera Tenera

Gambar foto 2.7 Tenera adalah kacukan Dura dan Pisifera

Kegunaan Kelapa Sawit

Selain menghasilkan produk minyak sawit yang tinggi, kelapa sawit juga menghasilkan produk
sampingan yang lain. Antara kegunaan lain kelapa sawit adalah seperti Rajah 2.1.

Kegunaan
Kelapa Sawit

Rajah 2.1 Kegunaan kelapa sawit

Info Tambahan

AA Hybrida II ialah baka terbaharu kelapa sawit yang diperkenalkan di Malaysia. Tiga ciri utamanya
ialah baka yang renek, hasil buah tandan segar yang tinggi (FFB) dan kadar perahan minyak (OER)
yang tinggi.

74

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

Koko

Koko (Theobroma cacao) dari famili Malvaceae. Koko merupakan tanaman industri yang
menghasilkan buah dan biji koko untuk dijadikan produk berasaskan coklat. Buah lenggainya
seberat 300g hingga 500g dan mengandungi 30 biji hingga 60 biji. Setelah dikeringkan, biji
diproses menjadi mentega koko. Gambar foto 2.8 menunjukkan koko mentah, biji koko kering
dan produk koko.

Malaysia merupakan negara pengeluar biji koko kelapan terbesar di dunia selepas Ivory Coast,
Ghana, Indonesia, Cameroon, Nigeria, Brazil dan Equador. Tanaman koko ialah tanaman komoditi
ketiga penting di Malaysia selepas kelapa sawit dan getah. Manakala, Sabah pula merupakan
negeri yang mempunyai kawasan penanaman koko terbesar dengan menyumbang 38.9% keluasan
kawasan penanaman berbanding Sarawak dan Semenanjung Malaysia.

Koko Biji koko kering Produk koko

Gambar foto 2.8 Koko mentah, biji koko kering dan produk koko

Lada Hitam

Lada Hitam (Piper nigrum) dari famili Piperaceae iaitu tanaman rempah ratus. Lada hitam berasal
dari India, manakala Malaysia merupakan negara kelima pengeluar terbesar di dunia. Pokok lada
hitam memanjat dengan buah yang dikenali sebagai biji buah (beri) yang bergaris pusat 5mm
berwarna hijau dan berkeadaan lembut di peringkat awal pembentukannya. Warna kulit luar
(eksokarpa) ini akan bertukar menjadi kuning seterusnya kemerahan apabila masak, dan apabila
dikeringkan menjadi hitam. Setiap biji buah mengandungi biji tunggal yang diselaputi isi buah
(mesokarpa) yang berwarna putih (Gambar foto 2.9).

Gambar foto 2.9 Buah lada hitam, lada hitam dan lada putih

75

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

2.1.2 Mekanisasi Pertanian

Mekanisasi pertanian ialah aplikasi prinsip kejuruteraan dan teknologi dalam pengeluaran,
pengendalian dan pemprosesan pertanian. Mekanisasi pertanian melibatkan penggunaan mesin
pada keseluruhannya ataupun sebahagiannya untuk menggantikan tenaga manusia atau haiwan.
Mekanisasi tidak terhad kepada penggunaan traktor atau peralatan bermotor, malah melibatkan
apa sahaja alat yang membantu dalam menjalankan aktiviti pertanian.

Tujuan penggunaan mekanisasi pertanian adalah untuk meningkatkan produktiviti pekerja
serta menjadikan kerja di ladang lebih menarik dan senang dilakukan. Penggunaan mekanisasi
pertanian secara efisien juga dapat menjimatkan masa, tenaga pekerja dan kerja dapat dilakukan
dengan berkesan, menepati masa serta dapat melakukan pelbagai jenis kerja lain.

Faedah Menggunakan Mekanisasi Ladang

Menjimatkan Masa Menghasilkan Kerja Lebih Berkesan

• Jam bekerja dapat dikurangkan. Kerja • Kerja yang dihasilkan lebih berkesan
boleh dilakukan dalam jangka masa dan sempurna berbanding dengan
yang singkat. menggunakan tenaga manusia.

Menjimatkan Tenaga Pekerja Memudahkan Kerja

• Bilangan tenaga kerja yang diperlukan • Beban kerja seperti pemugaran tanah,
dapat dikurangkan pengawalan perosak dan rumpai,
pembajaan dan pemungutan hasil dapat
• Banyak kerja dapat dilakukan dalam diringankan.
masa tertentu.

Menepati Masa

• Pengeluaran hasil pertanian dalam musim dan cuaca yang sesuai dapat mengelakkan
kerugian dan kerosakan.

• Kerja-kerja yang telah dirancang dapat dijalankan dalam masa yang dijadualkan.

Faktor Pemilihan Mekanisasi

Pengusaha ladang perlu tahu kesesuaian kerja jentera yang akan digunakan. Ini adalah kerana
ada jentera yang sesuai kegunaannya di sawah padi sahaja dan tidak di tempat lain. Mendapatkan
perkhidmatan lepas jualan dapat membantu pengusaha mencari alat ganti sekiranya berlaku
kerosakan pada jentera. Bekalan alat ganti haruslah mudah diperolehi dengan harga yang
berpatutan. Pengusaha ladang harus memilih mekanisasi yang bersesuaian dengan modal
yang ada dan kegunaannya di ladang secara maksimum. Pilih model mekanisasi yang mudah
diselenggara, kuasa yang bersesuaian dan mudah untuk dikendalikan supaya kerja-kerja di ladang
dapat dilakukan dengan cepat mengikut perancangan dan masa penanaman yang sesuai. Oleh
yang demikian, pengusaha ladang digalakkan mendapatkan brosur yang mengandungi maklumat
tentang spesifikasi jentera seperti kuasa, harga, perkhidmatan yang diberikan selepas jualan,
senarai penyenggaraan yang perlu dilakukan dan kelebihan jentera dari segi penggunaannya.
Rajah 2.2 menunjukkan faktor pemilihan mekanisasi.

76

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

Mudah Kesesuaian Kemudahan
Dikendali Kerja Alat Ganti

Kuasa Faktor Harga
Jentera Pemilihan
Mekanisasi

Kemudahan
Penyenggaraan

Rajah 2.2 Faktor pemilihan mekanisasi

Penggunaan Mekanisasi Dalam Aktiviti Perladangan

Penggunaan mekanisasi ladang dapat membantu dalam kerja-kerja seperti berikut:
Pembersihan kawasan

• Mesin gergaji berantai untuk menebang pokok-pokok besar.
• Jentolak digunakan untuk mengumpul kayu dan tunggul.
Penyediaan tanah
• Alat bajak primer digunakan seperti bajak piring, bajak sepak dan bajak pahat.
• Alat bajak sekunder digunakan seperti bajak pembatas, bajak putar, bajak sisir dan bajak

sikat.
Penanaman

• Menggunakan alat penabur biji benih seperti dalam aktiviti penanaman padi tabur terus.
Pembajaan

• Mesin penabur baja. Baja ditabur lebih cepat dan sekata.
Pengawalan rumpai dan perosak

• Penebas putar, penyembur sandang berjentera, mesin rumput tolak, penebas sandang, pam
berkuasa, penyembur galas dan penyembur boom.

• Aktiviti pengawalan lebih berkesan, mudah dan cepat.

Info Tambahan

Mekanisasi ladang juga membantu dalam aktiviti penuaian hasil seperti mesin jentuai dan mesin penuai
buah. Dengan adanya mesin ini, kerja menuai dapat dilakukan serentak dan dapat disepadukan dengan
proses mengering dan menggred.

77

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

Pembajakan

Pembajakan terbahagi kepada dua jenis, iaitu pembajakan primer dan pembajakan sekunder.
Peralatan yang digunakan adalah seperti berikut :

Jenis Pembajakan Alatan

Pembajakan Primer - membajak tanah di peringkat Bajak piring, bajak pahat dan bajak
awal di mana lapisan tanah keras dilonggar, dipotong sepak.
dan dibalikkan.

Pembajakan Sekunder - membajak peringkat akhir di Bajak putar, bajak sikat, bajak
mana ketulan tanah dihancurkan sehingga sesuai untuk pembatas dan bajak sisir.
penanaman.

Terdapat empat kaedah pembajakan iaitu:
Pembajakan Sehala.

Membajak satu hala, bermula dari luar hujung sempadan tanah dan bergerak ke arah sempadan
sebelah hujung tanah yang berlawanan. Tanah dibajak selari memanjang dari hujung ke hujung
tanah. Menghasilkan pembajakan yang rata dengan meninggalkan satu alur atau furrow di sebelah
hujung tanah yang berlawanan. Sistem ini biasanya digunakan pada tanah yang luas dengan
menggunakan implemen reversible plough atau harrow (Rajah 2.3).

Pembajakan Kaedah Casting

Pembajakan kaedah casting bermula dari hujung tanah dan membalikkan tanah ke kanan.
Pembajakan bergerak mengikut arah lawan pusingan jam dan berakhir dengan membentuk parit
di tengah ladang (Rajah 2.4).

Pembajakan Terkumpul

Pembajakan terkumpul dimulakan dari bahagian tengah dan berakhir di tepi. Menghasilkan balikan
tanah yang bertentangan arah serta dapat meratakan semula parit yang terbentuk di tengah ladang
(Rajah 2.5).

Pembajakan Cara Pusingan

Pembajakan cara pusingan dimulakan dari tepi atau tengah ladang mengikut arah lawan pusingan
jam dan dilakukan secara berterusan. Menghasilkan balikan tanah yang bertentangan, dengan parit
terbentuk di tengah. Pembajakan secara mengundur kemudiannya dilakukan di bahagian tengah
ladang (Rajah 2.6).

Rajah 2.3 Pembajakan sehala Rajah 2.4 Pembajakan casting
78

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

/ ///////////////////////////////////////////////////////////////////// / //

/ / ///////////////// / /// ////////////// / /////////////////////// ///
/////////////// /////////////////// /
/
/ //////////////////////// /

Rajah 2.5 Pembajakan terkumpul Rajah 2.6 Pembajakan cara pusingan

Traktor Dalam Bidang Pertanian

Traktor merupakan satu daripada mekanisasi pertanian. Traktor berfungsi melakukan pelbagai
jenis operasi dan kerja. Terdapat beberapa jenis traktor yang digunakan dalam bidang pertanian
di Malaysia iaitu traktor 4 roda dan traktor 2 roda.

Traktor 4 Roda Traktor 2 Roda

Digunakan untuk menjalankan berbagai Traktor 2 roda untuk kegunaan di ladang
kerja di ladang seperti membajak tanah, bersaiz kecil dengan jenis kendalian tangan.
membaja, menyembur racun, merumput, Kebanyakan traktor ini digunakan untuk
pengangkutan dan sebagainya apabila mengendalikan kerja pembajakan ringan
disambungkan dengan implemen berkaitan. seperti pembajakan akhir dan penggemburan
Berkuasa sederhana yang berjulat antara 55 batas tanaman. Traktor ini menggunakan
hingga 100 kuasa kuda enjin satu silinder dan berkuasa antara 5
hingga 15 kuasa kuda.

Info Tambahan
Kedudukan tuil kawalan rotor dan tuil gear pemilihan bergantung kepada jenama traktor.

79

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5 Tuil Gear Roto

Bahagian Utama Traktor 2 Roda

Gear Pemilihan

: Neutral

: Reverse (Undur)

: Forward (Ke hadapan)
: Forward with roto

(Ke hadapan dengan roto berputar)

Tuil Cekam
Tuil Kawalan Kedalaman

Tuil Cok Penghidup Enjin

80

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

Tajuk: Mengendalikan Pembajakan Primer Atau Sekunder Traktor
Objektif: 2 Roda.
Mengendalikan pembajakan primer atau sekunder dengan betul.

Alatan dan mesin: Bajak putar / jentera pembajak beroda dua, set peralatan bengkel,
pemancit gris.

Peraturan Keselamatan:

1. Pakai pakaian yang sesuai serta memakai kasut ladang.

2. Periksa kawasan ladang serta tandakan halangan seperti parit, lubang dan lain-lain.

3. Gunakan gear kelajuan rendah.

4. Tumpukan perhatian pada kerja yang dilakukan.

5. Patuhi arahan guru semasa mengendalikan traktor 2 roda.

Langkah Kerja:

1. Letakkan traktor di tempat permulaan. 2. Laraskan tuil kedalaman.

3. Tolak gear pemilihan ke arah gear laju 4. Tolak tuil gear rotor pada kedudukan
atau perlahan. F atau F dan rotor.

81

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

5. Hidupkan enjin. 6. Laraskan tuil cok untuk mengawal bahan
bakar pada enjin.

7. Tarik tuil cekam utama dan mula 8. Kawal tuil cekam stereng untuk
bergerak. membelok.

9. Lepaskan tuil cekam utama untuk 10.Tolak gear pemilihan pada kedudukan
menghentikan traktor. berhenti (stop).

82

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

2.1.3 Penanaman

Setiap jenis tanaman mempunyai spesifikasi yang berbeza dari segi jarak antara tanaman, jarak
antara barisan dan kepadatan tanaman. Pengetahuan tentang spesifikasi tersebut akan dapat
membantu pengusaha ladang merancang penanaman untuk kuantiti dan kualiti hasil tanaman
yang lebih baik.

Jarak dan Kepadatan Tanaman

Tanaman perlu ditanam mengikut jarak yang sesuai dan betul supaya tanaman dapat membesar
ke tahap maksimum, tidak bersaing dengan tanaman lain untuk mendapatkan air, nutrien dan
cahaya matahari. Jarak penanaman yang sesuai juga akan dapat menentukan hasil yang tinggi.
Jarak tanaman sayuran berbeza mengikut jenis sayuran yang ditanam sama ada jenis daun, buah,
kekacang atau umbisi. Jarak tanaman yang betul akan memberikan ruang untuk tanaman tumbuh
dengan baik tanpa mengalami persaingan.

Jarak penanaman tanaman jagung hibrid Gambar foto 2.10 Jagung ditanam dua
yang dicadangkan ialah 20cm x 75cm untuk satu biji satu lubang
biji benih per lubang. Sekiranya dua biji benih
ditanam per lubang, jaraknya adalah 40cm x 75cm.
Jarak tanaman jagung boleh ditentukan dengan
mengambil kira umur jagung. Sekiranya jagung
yang ditanam untuk tempoh melebihi 100 hari,
jarak yang dicadangkan ialah 75cm x 40cm dengan
dua biji benih per lubang. Manakala, untuk satu biji
benih per lubang jaraknya ialah 75cm x 20cm. Jarak
tanaman jagung yang mempunyai tempoh kurang
dari 80 hari ialah 50cm x 20cm dengan satu biji
benih per lubang. Gambar foto 2.10 menunjukkan
jagung ditanam dua biji per lubang, manakala
Gambar foto 2.11 menunjukkan jarak tanaman
jagung hibrid yang dicadangkan.

75 cm 75 cm

20 cm
40 cm

Gambar foto 2.11 Jarak tanaman jagung hibrid yang dicadangkan

83

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

Jarak tanaman sayur-sayuran berbeza mengikut jenis sayur-sayuran yang ditanam sama ada
jenis daun, buah, kekacang atau umbisi. Jarak tanaman yang betul akan memberikan ruang untuk
tanaman tumbuh dengan baik tanpa mengalami persaingan. Jadual 2.4 menunjukkan jarak dan
kepadatan tanaman sayur-sayuran terpilih.

Jadual 2.4 Jarak dan kepadatan tanaman sayur-sayuran terpilih

Tanaman Jarak Tanam (m) Kepadatan Tanaman / ha

Cili 0.9 x 1.2 7 000

Timun 0.6 x 0.6 20 000

Bendi 0.9 x 1.5 5 500

Kacang Buncis 0.6 x 0.5 25 000

Kacang Panjang 0.6 x 0.45 27 700

Terung 0.9 x 1.5 5 500

Tomato 0.6 x 0.6 20 800

Jagung 0.75 x 0.25 30 000

Sumber: Pengeluaran tanaman tingkatan 4 dan 5, DBP

Jarak dan kepadatan penanaman bagi kelapa sawit, koko dan lada hitam ditunjukkan dalam
Jadual 2.5.

Jadual 2.5 Jarak dan kepadatan tanaman kelapa sawit, koko dan lada hitam

Tanaman Jarak Tanam (m) Kepadatan Tanaman/ha

Kelapa sawit 9x9x9 143

Koko 3x3 1 241

Lada hitam 2.5 x 2.0 2 000

Tanaman perlu ditanam mengikut jarak yang disyorkan supaya tanaman dapat membesar dengan
baik tanpa bersaing untuk mendapatkan air, nutrien dan cahaya. Susunan tanaman bergantung
kepada keperluan penanaman, bentuk muka bumi dan cara pengurusan tanaman tersebut.

Sistem Segi Tiga

Sistem ini sesuai untuk tanaman sayur-sayuran terpilih, kelapa sawit, koko dan lada hitam.
Rajah 2.7 menunjukkan sistem segi tiga. Kelebihan sistem ini ialah:

• Populasi tanaman per hektar lebih banyak dan penggunaan tanah lebih efektif.

• Setiap tanaman akan mendapat cahaya matahari yang lebih baik kerana tanaman tidak akan
melindungi tanaman yang lain. Proses fotosintesis berlaku dengan baik dan potensi mendapat
hasil adalah lebih tinggi.

• Serangan penyakit dapat dikurangkan kerana mendapat cahaya yang mencukupi.

• Peredaran udara yang baik membantu proses pendebungaan pokok secara optimum.

84

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

Rajah 2.7 Sistem segi tiga

Sistem Segi Empat

Sistem ini sesuai untuk tanaman seperti jagung, kelapa sawit, koko dan lada hitam seperti
ditunjukkan dalam Rajah 2.8. Kelebihan sistem ini ialah:

• Populasi tanaman per hektar kurang sedikit berbanding sistem segi tiga.
• Perlu sesuaikan dengan pancaran matahari utara-selatan bagi memastikan kedudukan pokok

seimbang.
• Memudahkan kerja memotong rumput, mengawal perosak dan aktiviti menuai hasil.

Rajah 2.8 Sistem segi empat

Sistem Siku Keluang Pokok utama Pokok sementara

Sistem ini berbeza sedikit kerana mempunyai
tanaman terdiri daripada pokok utama ditanam
pada penjuru empat segi dengan sepohon pokok
sementara di tengah segi empat. Apabila pokok
utama bertambah besar, pokok sementara boleh
ditebang. Hanya sesuai untuk penanaman kelapa
sawit dan koko. Rajah 2.9 menunjukkan sistem
siku keluang.

Rajah 2.9 Sistem siku keluang

85

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

Sistem Kontur Atau Teres Tanaman kekal
Lereng bukit
Sistem ini dilaksanakan di lereng bukit atau
kawasan yang berkontur. Teres dibina terlebih
dahulu untuk memudahkan kerja menanam dan
penjagaan tanaman. Sesuai digunakan untuk
tanaman seperti kelapa sawit dan getah. Rajah
2.10 menunjukkan sistem kontur atau teres.

Rajah 2.10 Sistem kontur atau teres

Kepadatan Tanaman (Bilangan Tanaman Dalam Suatu Kawasan)

Kepadatan tanaman berkait secara langsung dengan pengeluaran hasil tanaman. Kepadatan tanaman
ialah jumlah tanaman yang terdapat dalam satu keluasan penanaman. Tanaman yang ditanam
terlalu rapat akan mempengaruhi pembentukan jumlah daun. Hal ini berhubungkait dengan proses
fotosintesis tanaman yang akhirnya memberi kesan penurunan kepada produktiviti. Bagi tanaman
sayur seperti sawi, kepadatan yang tinggi mengakibatkan pokok tidak dapat mengembang besar
dan daun akan tumbuh menegak.

Dalam tanaman kelapa sawit pula, jika ditanam terlalu rapat atau padat, akan mengakibatkan
proses pendebungaan tidak dapat dilakukan dengan baik. Maka tandan sawit yang dihasilkan
kecil iaitu tidak banyak buah dan ringan. Pokok yang ditanam dengan kepadatan tinggi tanpa
mengikut jarak penanaman yang dicadangkan akan menjejaskan pertumbuhan pokok, seterusnya
menyebabkan kualiti dan kuantiti hasil menurun.

Anggaran bilangan pokok yang diperlukan untuk sesuatu keluasan boleh dikira dengan
menggunakan formula seperti berikut:

Formula Pengiraan Sistem Segi Tiga Formula Pengiraan Sistem Segi Empat
Bilangan pokok sehektar
Bilangan pokok sehektar
= 10 000 m2
= 10 000 m2 x 1.155 Jarak tanaman (m) x Jarak tanaman (m)
Jarak tanaman (m) x Jarak tanaman (m)

Contoh Pengiraan: Contoh Pengiraan:
Jenis tanaman: Kelapa Sawit Jenis tanaman: Kelapa Sawit
Jarak tanaman: 9 m x 9 m Jarak tanaman: 9 m x 9 m
Sistem penanaman: Segi tiga Sistem penanaman: Segi empat
Keluasan tanah: 1 hektar (10 000 m2) Keluasan tanah: 1 hektar (10 000 m2)
Bilangan pokok sehektar Bilangan pokok sehektar
= 10 000 m2 x 1.155 = 10 000 m2

Jarak tanaman (m) x Jarak tanaman (m) Jarak tanaman (m) x Jarak tanaman (m)
= 10 000 m2 x 1.155 = 10 000 m2

9m x 9m 9m x 9m
= 143 pokok/ha = 123 pokok/ha

86

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

2.1.4 Kepentingan Nutrien

Nutrien ialah sumber makanan yang diperlukan tumbuhan agar dapat tumbuh subur, mengeluarkan
hasil yang baik dan berkualiti. Tanaman mendapat bekalan nutrien daripada baja. Kesuburan
tanaman bergantung kepada jenis baja, cara dan masa pembajaan. Kekurangan nutrien boleh
menyebabkan tumbesaran terbantut.

Jenis-Jenis Nutrien

Tumbuhan memerlukan pelbagai nutrien. Setiap nutrien mempunyai peranan dan tugas tersendiri
bagi memastikan tumbesaran pokok yang baik di samping memberi sokongan terhadap kitaran
semula tanaman. Nutrien tanaman terbahagi kepada dua kumpulan iaitu nutrien makro dan nutrien
mikro.

Nutrien Makro

Nutrien ini diperlukan oleh tumbuhan dalam kuantiti yang banyak. Ini adalah kerana nutrien makro
terlibat dalam pembentukan kitar karbon dan tindak balas penyimpanan tenaga untuk tumbesaran
tumbuhan. Kekurangannya akan menyebabkan pertumbuhan tumbuhan terbantut. Fungsi nutrien
makro ditunjukkan dalam Jadual 2.6.

Jadual 2.6 Fungsi nutrien makro

Jenis Singkatan Fungsi

Karbon C Pembentukan karbohidrat untuk tumbesaran dan simpanan
Oksigen makanan.
Hidrogen O

H

Nitrogen Komponen protein utama diperlukan untuk menghasilkan
N klorofil. Nitrogen mempercepatkan proses tumbesaran pokok

dan melebihkan hasil daun.

Unsur ini mempercepatkan pengeluaran akar, bunga dan buah,

Fosforus P mempercepat kematangan pokok, menguatkan tangkai buah-
buahan. Penting dalam penghasilan tenaga dan diperlukan di

peringkat awal tumbesaran pokok.

Kalium Mempercepat pengeluaran bunga dan buah dan tumbesaran
K tisu meristem. Diperlukan untuk metabolisme kanji, protein
Kalsium
Magnesium dan pengaktifan enzim. Keupayaan menahan penyakit.
Sulfur
Ca Pembentukan dan pembahagian sel.

Mg Pembentukan klorofil dan merangsang enzim.

S Pembentukan asid amino dan protein.

Unsur nutrien makro seperti karbon, hidrogen dan oksigen yang diperlukan oleh
tumbuhan tidak dibekalkan melalui pembajaan sebaliknya diperolehi daripada sumber
lain. Bagaimanakah unsur ini diperolehi oleh tumbuhan? Bentangkan hasil perbincangan
dalam kelas.

87

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

Nutrien Mikro

Nutrien mikro diperlukan dalam kuantiti yang sedikit. Nutrien mikro terlibat dalam mengaktifkan
sesetengah enzim dan pemindahan elektron di dalam tanaman serta melengkapkan proses yang
dilakukan oleh nutrien makro. Tanpa nutrien mikro pembentukan bunga terhalang, pertumbuhan
pucuk dan akar terbantut dan buah gugur pramatang. Fungsi nutrien mikro ditunjukkan dalam
Jadual 2.7.

Jadual 2.7 Fungsi nutrien mikro

Nutrien Singkatan Fungsi

Boron B Bertindak balas dengan enzim.

Klorin Cl Membantu dalam pertumbuhan akar.

Kuprum Cu Pembentukan klorofil dan meransang enzim.

Ferum Fe Membantu proses fotosintesis.

Mangan Mn Menghasilkan klorofil dan meransang enzim.

Zink Zn Komponen enzim dan digunakan pada auksin.

Molibdenum Mo Pengikatan nitrogen.

Peranan Nutrien Utama (N, P dan K) Dalam Tumbuhan

Nutrien utama yang diperlukan oleh pokok ialah Nitrogen (N), Fosforus (P) dan Kalium (K).
Nitrogen adalah untuk kehijauan daun, fosforus untuk akar tumbuh subur dan kalium untuk
pembesaran tanaman. Rajah 2.11 menunjukkan peranan nutrien NPK dalam tumbuhan.

Nutrien

Nitrogen Fosforus Kalium

Komponen utama Mempercepat Mempercepatkan
pembentukan klorofil pengeluaran akar, bunga pengeluaran bunga dan
Mempercepat proses buah dan tumbesaran tisu
dan buah
tumbesaran meristem
Mempercepat
Melebihkan hasil daun kematangan pokok, Membantu pembinaan
menguatkan tangkai buah metabolisme kanji,

Penghasilan tenaga protein dan pengaktifan
di peringkat awal enzim

tumbesaran Keupayaan menahan
penyakit

Rajah 2.11 Peranan Nutrien NPK dalam tumbuhan

88

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

Kesan Kekurangan dan Berlebihan Unsur Nutrien

Kesan kekurangan dan berlebihan unsur nutrien pada tanaman ditunjukkan dalam Jadual 2.8 dan
Jadual 2.9.

Jadual 2.8 Kesan kekurangan dan berlebihan nutrien makro pada tanaman

Nutrien Kesan Kekurangan Nutrien Makro Kesan Berlebihan Nutrien
Makro

Nitrogen Klorosis (kuning) pada daun tua, tanaman Daun pokok rimbun dan berwarna
kurus dan buah kecil (Gambar foto 2.12). hijau tua. Pertumbuhan akar dan

pengeluaran buah sedikit dan
bunga berkurangan.

Fosforus Pokok terbantut, lewat matang dan warna Simptom tidak kelihatan, berlaku

keunguan pada daun muda (Gambar foto kekurangan Cu dan Zn apabila

2.13). P terlalu banyak dalam tanaman.

Kalium Daun tua berwarna kuning dengan tompok- Akar tanaman lazimnya tidak

tompok mati. Buah masak tidak sekata menyerap dalam kuantiti yang

(Gambar 2.14). banyak, tetapi pada paras yang

tinggi boleh menyebabkan

kekurangan unsur Mg, Mn, Zn

dan Fe.

Sulfur Sebahagian daun muda kelihatan kekuningan, Pokok akan terbantut. Dapat
permukaan atas daun menjadi keras bergulung dilihat antara urat daun warna
ke bawah, urat daun dan tangkai bertukar kekuningan seperti terbakar.
warna ungu.

Magnesium Klorosis antara urat daun atau tulang daun tua. Kesan tidak kelihatan pada
tanaman.

Kalsium Reput pada hujung buah, bahagian tepi daun Kesan tidak kelihatan pada
muda berwarna kekuningan, bahagian bawah tanaman.
daun bertukar keunguan, daun bergulung,
hujung pucuk dan akar mati.

Gambar foto 2.12 menunjukkan kesan kekurangan nitrogen dan Gambar foto 2.13 pula
menunjukkan kesan kekurangan fosforus pada tumbuhan.

Gambar foto 2.12 Kekurangan nitrogen Gambar foto 2.13 Kekurangan fosforus
89

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

Jadual 2.9 Kesan kekurangan dan berlebihan unsur nutrien mikro pada tanaman

Nutrien Kesan Kekurangan Nutrien Mikro Kesan Berlebihan Nutrien
Mikro

Ferum Klorosis antara urat daun yang bermula dari Kesan tidak kelihatan pada
tepi daun dan merebak keseluruhan daun. tanaman.
Pertumbuhan terbantut dan keguguran daun.

Klorin Boleh menyebabkan kelayuan pada daun, Hujung daun kelihatan terbakar,

klorosis dan berwarna perak. Pertumbuhan warna perak atau kekuningan.

akar terbantut. Daun akan berkurangan dan

pertumbuhan terbantut.

Mangan Klorosis antara urat daun tua dan daun Klorosis dan pertumbuhan
muda dengan kesan tompok-tompok mati terbantut.
dikelilingi gelang kekuningan. Bunga dan
buah berkurangan.

Molibdenum Berlaku klorosis pada daun muda. Urat daun Daun bertukar menjadi warna

dan tepi daun melengkung ke atas. kuning keemasan.

Boron Berlaku klorosis di antara urat daun muda Hujung daun kekuningan dan
dan pada permukaan atas daun. Menjadikan akhirnya menjadi warna coklat.
daun mudah reput dan mengakibatkan
kekurangan kalsium.

Zink Pengurangan panjang ruas. Tepi daun Klorosis antara urat daun yang
berkedut, tompok perang pada tangkai. bermula dari tepi daun dan
Daun kecil dan terdapat juga daun panjang merebak keseluruhan daun.
dan runcing.

Kuprum Daun muda berwarna hijau tua dengan Tumbesaran berkurangan.

bentuk tidak sempurna, bergulung seperti Klorosis antara urat daun yang

tiub. Tangkai daun bengkok ke bawah, bermula dari tepi daun dan

bunga sedikit atau tiada langsung. merebak keseluruhan daun.

Gambar foto 2.14 Kekurangan kalium menyebabkan buah masak (merah) tidak sekata
90

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

2.1.5 Penanaman Menggunakan Tanah dan Tanpa Tanah

Pelbagai kaedah penanaman boleh digunakan dan dipraktikkan sama ada menggunakan tanah
(konvensional) atau tanpa tanah. Pemilihan kaedah tersebut bergantung kepada infrastruktur asal
kawasan, jenis tanah, permintaan pasaran semasa dan kemudahan yang ada.

Penanaman secara konvensional adalah amalan penanaman secara tradisi yang dilakukan oleh
petani dan pengusaha ladang. Tanaman dilakukan di tempat terbuka, namun sebelum itu beberapa
aktiviti perlu dilakukan sebelum menanam seperti penyediaan tapak, menggembur, membuat batas
dan seterusnya penyediaan bahan tanaman.

Penanaman tanaman tanpa tanah bermaksud menanam tanaman menggunakan bahan-bahan
lain tanpa mencampurkan dengan tanah atau tidak menggunakan medium tanah. Penanaman
cara ini biasa dilakukan di bawah persekitaran terkawal seperti di bawah Struktur Pelindung
Hujan (SPH). Antara teknologi tanaman tanpa tanah yang biasa digunakan ialah hidroponik NFT,
fertigasi dan aeroponik.Teknologi ini penting dan diperkenalkan disebabkan kekurangan kawasan
penanaman, nilai harta tanah yang meningkat, kepelbagaian teknik penanaman, memudahkan
penyelenggaraan dan mengawal penyakit yang berpunca dari tanah.

Banding Beza Tanaman Atas Tanah dan Tanaman Tanpa Tanah

Jadual 2.10 menunjukkan banding beza penanaman atas tanah dan tanpa tanah dari segi pemberian
baja, kutipan hasil, hasil tuai, kos, penyediaan tempat dan peralatan.

Jadual 2.10 Banding beza tanaman atas tanah dan tanaman tanpa tanah

Tanaman Atas Tanah Perkara Tanaman Tanpa Tanah

Pemberian baja dilakukan secara Pemberian baja Pemberian baja dilakukan
manual. melalui sistem pengairan.

Hasil dituai lewat. Kutipan hasil Hasil dituai lebih awal.

Bilangan buah, hasil dan peratus Hasil tuai Bilangan buah, hasil dan peratus
hidup pokok adalah rendah. hidup pokok adalah tinggi.

Lebih rendah pada peringkat Kos Perlukan kos tinggi untuk
permulaan penanaman. Penyediaan tempat membina sistem pengairan.
Perlu dilakukan pada setiap kali
melakukan penanaman. menanam Sekali sahaja iaitu semasa awal
projek penanaman.
Menggunakan mekanisasi dan Peralatan
tenaga buruh yang banyak. Kurang tenaga buruh untuk
menguruskan kawasan
penanaman yang lebih luas.

91

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

Kelebihan dan Kekurangan Penanaman Di Atas Tanah
Kelebihan dan kekurangan penanaman di atas tanah ditunjukkan dalam Jadual 2.11.

Jadual 2.11 Kelebihan dan kekurangan penanaman di atas tanah
Kelebihan

Terdapat nutrien sedia ada di dalam tanah.
Tanah dapat menyimpan air.
Tanah dapat memberi sokongan mekanikal kepada tumbuhan.

Kekurangan
Perlukan kesesuaian tanah dengan tanaman. Tanaman tertentu sahaja
sesuai dengan jenis tanah tertentu.
Tanah mengandungi banyak patogen yang menjadi punca penyakit akar
kepada tanaman.
Terdapat tanah yang bermasalah seperti terlalu berkarbonat, tinggi
ferum, berasid dan beralkali. Keadaan ini memerlukan rawatan dan
pemulihan sifat dan struktur tanah tersebut.

Kelebihan dan Kekurangan Penanaman Tanpa Tanah
Kelebihan dan kekurangan penanaman tanpa tanah ditunjukkan dalam Jadual 2.12.

Jadual 2.12 Kelebihan dan kekurangan penanaman tanpa tanah
Kelebihan

Tidak perlukan kawasan yang luas.
Meningkatkan kualiti dan kuantiti hasil.
Menjimatkan kos (baja, air).
Pertumbuhan pokok seragam.
Serangan penyakit bawaan tanah dapat dikurangkan.
Masalah rumpai dapat dikurangkan.
Medium dapat dikitar semula.
Tempoh pusingan menanam dapat dikurangkan.

Kekurangan
Kos permulaan yang tinggi.
Perlukan pengetahuan dan kemahiran.
Keperluan asas diperlukan (air bersih, tenaga elektrik).
Kerosakan pada sistem pengairan boleh mengakibatkan kerugian
besar.
Hanya sesuai untuk tanaman jenis sayuran daun dan sayuran buah.

92

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

Penanaman Tanpa Tanah
Hidroponik
Hidroponik merupakan teknik penanaman tanpa tanah. Medium yang digunakan ialah air bagi
menggantikan tanah. Nutrien lengkap dilarutkan dengan air sebelum disalurkan kepada tanaman.
Tanaman yang ditanam dengan teknik ini hanya mengeluarkan akar yang kecil dan sedikit tetapi
efisien. Hidroponik terbahagi kepada dua iaitu:

Hidroponik Statik:
• Air yang digunakan kekal statik dalam takung atau kolam. Cara ini sesuai digunakan

untuk tanaman jangka pendek seperti sayur daun seperti salad, sawi, kailan dan bayam.
Kelebihannya adalah tidak memerlukan perbelanjaan yang besar dan sesuai untuk petani
yang baru mencuba untuk menanam secara hidroponik atau dijadikan sebagai hobi. Namun
terdapat juga petani yang menjalankannya secara komersial. Gambar foto 2.15 menunjukkan
kaedah hidroponik takung, manakala Gambar foto 2.16 adalah kaedah smart pot.

Gambar foto 2.15 Kaedah takung Gambar foto 2.16 Kaedah smart pot

Hidroponik Aktif:

• Merupakan satu sistem di mana larutan baja dibekalkan melalui tangki ke akar tanaman
menggunakan pam air. Kemudian larutan berkenaan akan disalurkan semula ke dalam
tangki. Proses ini akan berulang sehinggalah tanaman matang dan sedia untuk dituai.
Sistem ini sesuai untuk tanaman sayuran buah seperti tomato, cili, terung, tembikai, timun
dan sebagainya. Contoh sistem ini ialah kaedah nutrien dalam (Deep Film Technique),
teknik aliran cetek (Nutrient Film Technique), kaedah pasang surut, kaedah aeroponik,
kaedah akuaponik dan kaedah fertigasi.

Gambar foto 2.17 Kaedah aliran dalam Gambar foto 2.18 Kaedah aeroponik
93

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

Sistem Fertigasi

Sistem fertigasi merupakan kaedah penanaman tanpa tanah. Medium seperti cocopeat, sekam
padi, rockwool, perlite, zeolite, peatmoss dan vermiculite digunakan bagi menggantikan tanah.
Namun cocopeat dan sekam padi lebih banyak digunakan kerana harganya yang murah, ringan dan
mudah didapati. Penanaman sayur-sayuran secara fertigasi pada masa ini telah menjadi popular
dan meluas dalam kalangan pengusaha tanaman. Tanaman ditanam dalam bekas atau polibeg yang
mengandungi medium dan diletakkan di bawah Struktur Pelindung Hujan (SPH) atau terbuka
(Gambar foto 2.19). Nutrien yang lengkap disalurkan kepada tanaman menggunakan cara ini.

Sistem fertigasi sesuai untuk tanaman yang bernilai tinggi. Bagi petani yang mempunyai
kawasan terhad, mereka dapat menggunakan kreativiti mereka dengan cara tanaman bertingkat
atau berpara. Bagi kawasan yang mempunyai masalah banjir atau sering diserang binatang
buas, sistem fertigasi gantung adalah sangat praktikal (Gambar foto 2.20). Tanaman yang sesuai
mengunakan teknik ini ialah timun, terung dan kacang panjang. Kaedah fertigasi atas tanah boleh
dipraktikkan seperti Gambar foto 2.21.

Gambar foto 2.19 Kaedah fertigasi dalam Gambar foto 2.20 Kaedah fertigasi gantung
bekas

Gambar foto 2.21 Kaedah fertigasi atas tanah
94

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

2.1.6 Pembajaan

Pembajaan adalah proses membekalkan satu nutrien utama atau lebih kepada tanaman. Tujuan
melakukan pembajaan adalah untuk membantu merawat dan memulih tanah, membantu menyimpan
air, mengawal pH tanah dan merangsang pertumbuhan dan kegiatan mikroorganisma.
Jenis-Jenis Baja
Baja dikelaskan kepada baja organik dan baja kimia (Rajah 2.12).

Pengkelasan Baja

Baja Organik Baja Kimia

Tinja Haiwan Sisa Kilang Sisa Ladang

Baja Tunggal Baja Campuran Baja Sebatian Baja Lengkap

Rajah 2.12 Pengkelasan baja

Perbandingan Baja Organik Dengan Baja Kimia

Jadual 2.13 menunjukkan perbandingan antara baja organik dengan baja kimia dari segi keadaan
tanah, kadar penyerapan dan pegangan air, kandungan nutrien dan ketersediaan nutrien.

Jadual 2.13 Perbandingan baja organik dan baja kimia

Baja Organik Perkara Baja Kimia

Membaiki tekstur dan struktur Keadaan tanah Pengumpulan bahan toksik
tanah. meningkatkan keasidan tanah.

Menambah rongga udara Kadar penyerapan Tidak meningkatkan kadar
di dalam tanah (banyak dan pegangan air serapan air dalam tanah.
mikroorganisma) akan
meningkatkan kadar serapan
air.

Meningkatkan nutrien dalam Kandungan nutrien Membekalkan hanya nutrien
tanah dengan cara mengikat khusus.
nutrien bercas positif.

Kandungan nutrien Ketersediaan nutrien Kesan tindak balas nutrien
dibebaskan secara perlahan. cepat.

95

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

Kaedah Pembajaan Tanaman Atas Tanah
Pelbagai kaedah pembajaan boleh digunakan. Ini bergantung kepada jenis tanaman serta keluasan
tapak kawasan penanaman. Lima kaedah pembajaan ditunjukkan dalam Rajah 2.13.

Titisan

Poket Taburan

Kaedah
Pembajaan

Semburan Alur

Rajah 2.13 Kaedah pembajaan Alur
Taburan

• Baja ditabur secara sekata di atas • Baja pepejal diletak dalam alur dan
permukaan tanah. Cara ini juga dikenali dikambus semula dengan tanah. Cara ini
sebagai pembajaan permukaan dan sesuai untuk tanaman yang mudah rosak
lazimnya melibatkan penggunaan baja apabila tersentuh bahan baja.
nitrogen.

96

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

Poket

• Lubang-lubang poket digali sedalam 10-15cm di hujung kanopi kerana bahagian ini
merupakan zon akar yang aktif. Baja diletakkan dalam lubang poket dan dikambus.

Semburan Titisan

• Larutan cecair baja disembur untuk • Kaedah pemberian baja berbentuk cecair
merawat kekurangan nutrien tertentu pada terus ke pangkal pokok. Contoh pembajaan
tanaman. titisan ialah sistem fertigasi.

97

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

2.1.7 Pembajaan Tanaman Tanpa Tanah

Pembajaan tanaman tanpa tanah dilakukan melalui sistem pengairan. Melalui sistem pengairan,
nutrien dibekalkan kepada tanaman secara terkawal dan kos efektif. Jenis baja yang sesuai
digunakan adalah baja kimia yang mengandungi nutrien lengkap bagi keperluan pokok. Baja
dilarutkan terlebih dahulu di dalam air mengikut sukatan yang dicadangkan dan disalurkan
kepada tanaman melalui kaedah Nutrient Filem Technique (hidroponik), kaedah semburan kabus
(aeroponik) dan kaedah titisan (fertigasi).

Kaedah Pembajaan Tanaman Menggunakan Nutrient Film Technique (NFT)

Larutan baja yang disimpan dalam tangki simpanan dan dipam naik ke dalam palung yang
diletakkan di atas para secara sendeng. Ini bertujuan supaya larutan baja itu mengalir turun ke
bahagian palung yang rendah dan masuk semula ke dalam tangki simpanan. Pengaliran larutan baja
secara perlahan dengan kadar aliran yang tetap ini membolehkan akar tumbuhan menyerap nutrien
yang diperlukan. Bahagian hujung akar yang aktif akan menyentuh lapisan larutan baja yang
mengalir di dalam palung. Kemahiran dan pengetahuan pemasangan sistem pam air diperlukan
untuk memastikan hanya 1mm hingga 3mm larutan baja mengalir dengan darjah kecerunan palung
yang tepat (3o hingga 5o). Rajah 2.14 menunjukkan pengaliran larutan baja ke sistem NFT.

Palung tanaman

Pengaliran baja

Tangki Nutrien Akar tumbuhan

Pam air

Rajah 2.14 Pengaliran larutan baja ke sistem NFT

Kaedah Semburan Kabus (Aeroponik)

Larutan baja disembur secara semburan Senmobzuerlan Set pemasa
kabus pada akar tanaman dengan selang Nozel Pam air
masa. Sistem ini memerlukan alat
kawalan masa dan pam elektrik bagi Larutan baja
penjadualan semburan kabus dengan Tangki nutrien
kerap. Akar tanaman akan mudah kering
sekiranya berlaku kelewatan semburan Rajah 2.15 Baja dibekalkan kepada tanaman melalui
atau berlakunya gangguan pam elektrik. semburan kabus mengikut masa yang telah ditetapkan
Larutan baja lebih cepat diserap dengan
cara semburan kabus ini dan secara
tidak langsung oksigen juga dibekalkan
kepada pokok. Rajah 2.15 menunjukkan
baja dibekalkan kepada tanaman melalui
semburan kabus mengikut masa yang
telah ditetapkan.

98

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

Kaedah Titisan (Fertigasi)
Fertigasi ialah sistem penanaman yang menyatukan pembajaan dalam sistem pengairannya.
Pemberian baja yang lengkap dalam bentuk larutan disalurkan ke zon akar tanaman. Sistem ini
boleh diaplikasi dengan menggunakan pen penitis atau pita titis.
• Pen penitis menyalurkan larutan baja melalui tiub mikro yang disambung dari paip sub di

setiap lorong tanaman. Pen penitis boleh menyalurkan air ke dalam polibeg, ke atas batas atau
di mana-mana sahaja yang dikehendaki kerana pen penitis ini disambungkan dari tiub mikro.

• Pita titis menyalurkan larutan baja melalui lubang-lubang halus (emitter) yang berada di
sepanjang saluran paip tersebut. Pita titis hanya boleh diaplikasikan ke atas tanaman yang
mempunyai batas yang lurus atau pokok yang ditanam terus di atas tanah.
Rajah 2.16 menunjukkan konsep pembajaan fertigasi secara am. Larutan baja dibancuh dan

dimasukkan ke dalam tangki nutrien. Pam air yang dipasang selepas saluran tangki nutrien akan
mengepam larutan baja dan air untuk disalurkan ke paip-paip ladang yang diletakkan di sepanjang
batas tanaman (Gambar foto 2.22), manakala tanaman yang ditanam di dalam polibeg saluran
paip akan disambung pada set penitis dan diletakkan bersebelahan pokok (Gambar foto 2.23).
Pemberian baja adalah dikawal oleh set pemasa yang dipasang pada pam air.

Set pemasa

Cocopeat Set penitis

Injap kawalan

Pasu atau Polibeg Paip poli / PVC Pam air Tangki nutrien

Rajah 2.16 Konsep pembajaan sistem fertigasi secara am

Gambar foto 2.22 Fertigasi secara pita titis Gambar foto 2.23 Fertigasi secara pen penitis
99

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

Penyediaan Larutan Baja

Pengetahuan tentang penyediaan larutan baja amat penting kerana kadar nutrien yang diperlukan
oleh setiap tanaman tidak sama. Lazimnya baja yang dijual di pasaran adalah dalam bentuk
serbuk dan perlu dilarutkan mengikut kepekatan yang betul. Pengusaha tanaman harus mempunyai
pengetahuan tentang keperluan pH dan kepekatan larutan baja untuk tanaman yang akan ditanam
kelak. Baja penanaman tanpa tanah terdiri daripada larutan A dan larutan B (Jadual 2.14).

Jadual 2.14 Kandungan nutrien larutan baja A dan B.

Larutan Baja A Larutan Baja B

Kalsium nitrat, ammonium nitrat, kalium Kalium nitrat, mono kalium posfat, kalium
nitrat dan ferum. sulfat, magnesium sulfat, mangan sulfat,
kuprum sulfat, zink sulfat, asid borik dan
ammonium molibdat.

Terdapat pelbagai formula penyediaan larutan baja A dan B di pasaran dan harga bergantung
kepada formula yang digunakan. Bahan yang digunakan biasanya dalam bentuk garam mineral
atau cecair. Jadual 2.15 menunjukkan panduan kepekatan larutan baja berkala mengikut jenis dan
usia (minggu) tanaman.

Jadual 2.15 Kepekatan larutan baja sayur-sayuran terpilih

Kepekatan EC

Minggu Jenis Tanaman
Cili Kubis
Tomato Sayur Daun

1 1.2 1.2 1.5 1.1
2 1.2 1.2 1.5 1.1

3 1.4 1.2 1.5 1.2
4 1.4 1.3 1.7 1.2
5 1.6 1.3 1.7 1.2
6 1.6 1.5 1.7 1.2
7 1.8 1.8 2.0 1.2
8 2.0 2.0 2.0 1.2
9 2.0 2.0 2.0 1.2

pH Meter Gambar foto 2.24 EC Meter
pH meter ialah alat untuk mengukur kadar kemasaman air atau
tanah dengan menggunakan skala pH antara 0 hingga 14.

EC Meter
EC adalah merupakan singkatan kepada Electrical
Conductivity. Digunakan untuk mengetahui kepekatan larutan
baja. Bacaannya adalah menunjukkan caj elektrik di dalam
sesuatu larutan (Gambar foto 2.24).

100

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

Tajuk: Penyediaan Larutan Stok Baja A dan Baja B.
Objektif: Menyediakan larutan stok baja.
Bahan: Serbuk baja A dan serbuk baja B
Silinder penyukat (2 buah), botol plastik (2 buah), paip PVC
Alatan: dan penimbang.

Langkah Keselamatan:

Baca dan ikut arahan pada label dengan betul serta gunakan sarung tangan ketika melakukan
aktiviti.

Langkah Kerja:

1. Sediakan alatan dan bahan. Labelkan 2. Isi silinder penyukat A dan B dengan
silinder penyukat serta botol dengan A 500ml air bersih.
dan B.

3. Timbang 125g serbuk baja A dan 125g 4. Tuangkan serbuk baja A ke dalam
serbuk baja B. silinder penyukat A.

Info Tambahan
Panduan penyediaan stok baja A dan baja B adalah 2.5kg serbuk baja untuk 10 liter air bersih.

101

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

5. Tuangkan serbuk baja B ke dalam silinder 6. Kacau hingga serbuk baja A larut
penyukat B. sepenuhnya.

7. Kacau hingga serbuk baja B larut 8. Masukkan larutan baja pekat ke dalam
sepenuhnya. botol berlabel A.

9. Masukkan larutan baja pekat ke dalam 10. Larutan stok baja A dan B sudah sedia
botol berlabel B. untuk penggunaan.

Larutan stok baja A dan baja B hanya boleh dicampurkan apabila hendak digunakan
terus pada sistem pengairan. Bincangkan mengapa dan kesannya.

102

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

Tajuk: Penyediaan Larutan Baja A dan Baja B.
Objektif: Menyediakan larutan baja untuk penanaman.
Bahan: Stok baja A dan stok baja B.
Tangki nutrien, silinder penyukat, pengacau plastik dan EC
Alatan: meter.

Langkah Keselamatan:

Ikut sukatan yang tepat dan basuh tangan dengan bersih selepas melakukan aktiviti.

Langkah Kerja:

1. Isi tong dengan air bersih sebanyak 150 2. Sukat stok baja A sebanyak 250ml,
liter. Ambil bacaan awal EC meter. masukkan ke dalam tangki nutrien dan
kacau dengan plastik sehingga rata.

3. Sukat stok baja B sebanyak 250ml, 4. Ambil bacaan EC meter. Sesuaikan
dimasukkan ke dalam tangki nutrien kepekatan larutan baja dengan jenis
dan kacau dengan pengacau plastik tanaman. Larutan baja A dan baja B
sehingga rata. sudah sedia untuk kegunaan sistem
pengairan tanaman.
Info Tambahan

Sebagai panduan penyediaan larutan baja yang mudah adalah dengan menggunakan 2 bahagian
larutan stok baja (1 bahagian A + 1 bahagian B) untuk 100 bahagian air bersih.

103

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

2.1.8 Reka Bentuk Sistem Penanaman

Reka bentuk sistem penanaman perlu dihasilkan berasaskan kemudahan, keperluan dan kos yang
bersesuaian. Pengusaha ladang harus mengenal pasti jenis reka bentuk yang sesuai dengan kawasan
dan keluasan tapak serta kemudahan yang ada. Setelah menentukan jenis teknik penanaman
yang akan digunakan, pengusaha boleh mereka bentuk sistem yang sesuai dengan keperluannya.
Pengetahuan tentang keperluan asas tentang suatu sistem penanaman dapat membantu pengusaha
dalam mereka bentuk sistem penanaman yang dikehendaki.

Reka Bentuk Asas Sistem Hidroponik NFT

Binaan asas sistem hidroponik NFT terdiri daripada Jadual 2.16 Komponen dan fungsi
tangki nutrien, paip PVC, takung, set pemasa dan
pam air (Jadual 2.16). Pengusaha ladang boleh Komponen Fungsi
menyesuaikan keperluan untuk reka bentuk sistem
berdasarkan binaan asas sistem yang ditunjukkan Tangki nutrien Menempatkan larutan
dalam Rajah 2.17. Senarai komponen dan fungsi nutrien.
adalah seperti berikut:
Paip PVC Berfungsi mengalirkan
larutan nutrien ke tanaman.

Paip PVC Takung Takung Menempatkan lubang-
lubang untuk tanaman.

Set pemasa Mengawal kekerapan dan
tempoh semburan kabus ke
akar tanaman.

Pam air Mengepam larutan
nutrien daripada tangki ke
05.30 tanaman.

Set pemasa

Pam air Tangki nutrien

Rajah 2.17 Reka bentuk asas hidroponik NFT

Contoh reka bentuk sistem hidroponik NFT ditunjukkan dalam Rajah 2.18. Reka bentuk sistem
ini direka agar mudah digerak atau dipindahkan ke tempat lain mengikut kesesuaian.

Aliran air keluar Takung

Aliran air masuk

Tangki nutrien

Rajah 2.18 Contoh reka bentuk baharu hidroponik NFT
104

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

Contoh Cara Pemasangan Sistem Hidroponik NFT

1. Pasang bahagian-bahagian sistem 2. Sambungkan paip air masuk dan air keluar
mengikut lakaran reka bentuk yang telah dengan kemas.
dibuat.

3. Pasang pam air dan sambungkan ke set 4. Tuangkan stok baja A dahulu ke dalam
pemasa. Masukkan air bersih ke dalam tangki dan kacau. Masukkan pula stok
tangki mengikut keperluan sukatan baja B ke dalam tangki dan kacau.
campuran stok baja A dan baja B.

5. Uji kepekatan larutan baja menggunakan 6. Ubah anak benih daripada dulang semaian
EC meter. Dapatkan bacaan yang sesuai ke bakul plastik dan letak pada lubang-
untuk jenis sayur yang akan ditanam. lubang yang telah tersedia.

105

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

Reka Bentuk Sistem Aeroponik

Sistem penanaman aeroponik merupakan sistem hidroponik berteknologi tinggi. Binaan asas
sistem ini ditunjukkan dalam Rajah 2.19. Keperluan asas sistem ini ialah tangki nutrien, paip
PVC, pam air, nozel kabus dan set pemasa seperti dalam Jadual 2.17.

Jadual 2.17 Komponen asas sistem aeroponik dan fungsi

Komponen Fungsi

Tangki Nutrien Menempatkan larutan nutrien.

Paip PVC Berfungsi mengalirkan larutan nutrien ke tanaman.

Pam Air Mengepam larutan nutrien daripada tangki ke akar tanaman.

Nozel Kabus Menyemburkan larutan nutrien secara kabus ke akar tanaman.

Set Pemasa Mengawal kekerapan dan tempoh semburan kabus ke akar tanaman.

Tangki nutrien Set pemasa
Nozel
05.30

Paip PVC Pam air
Rajah 2.19 Reka bentuk asas aeroponik
Atap
Takung Set pemasa
Saluran ke nozel

Saluran air masuk

Tangki Nutrien Saluran air keluar

Rajah 2.20 Contoh reka bentuk baharu sistem aeroponik
106

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

Contoh Cara Pemasangan Sistem Aeroponik

1. Sediakan bahan dan peralatan yang 2. Ukur dan potong bahagian penutup atas
diperlukan mengikut lakaran reka bentuk sistem.
sistem.

3. Pasang sistem perpaipan dengan kemas. 4. Pasang kepala nozel pada sistem dan
sambungkan pam pada paip.

5. Masukkan air sehingga bawah aras batang paip dan uji sistem aeroponik tersebut.
6. Masukkan larutan stok baja A dan baja B mengikut sukatan serta tentukan kepekatan larutan

menggunakan EC meter.
7. Masukkan bebenang dalam bakul kecil dan basahkan bebenang tersebut.
8. Semai biji benih.

107

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

Reka Bentuk Sistem Fertigasi

Reka bentuk asas sistem fertigasi terdiri daripada komponen berikut iaitu tangki nutrien, paip
PVC, pam air, set pemasa, set penitis dan polibeg seperti dalam Jadual 2.18. Manakala, Rajah
2.21 menunjukkan reka bentuk asas sistem fertigasi. Reka bentuk ini boleh disesuaikan dengan
keperluan, keluasan tempat dan kemudahan yang ada. Rajah 2.22 menunjukkan contoh reka
bentuk baharu sistem fertigasi.

Jadual 2.18 Komponen asas sistem fertigasi dan fungsi

Komponen Fungsi

Tangki Nutrien Menempatkan larutan nutrien.

Paip PVC Berfungsi mengalirkan larutan nutrien ke set penitis.

Pam Air Mengepam larutan nutrien daripada tangki ke tanaman.

Set Pemasa Mengawal kekerapan semburan kabus ke akar tanaman.

Set Penitis Menitiskan larutan nutrien ke pangkal tanaman.

Polibeg Menempatkan tanaman.

Set pemasa Tangki nutrien
Paip poli
Set penitis

Injap
kawalan

Polibeg Pam air

Rajah 2.21 Reka bentuk asas fertigasi

Set Penitis Paip poli

Pasu

Tangki nutrien
Rajah 2.22 Contoh reka bentuk baharu sistem fertigasi
108

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

Contoh Cara Pemasangan Sistem Fertigasi Asas

1. Tebuk lubang pada tangki. 2. Buat penyambungan daripada pam di
dalam tangki ke penyambungan luar.
Gunakan penyambungan L.

3. Pasang penyambung L pada sambungan 4. Sambung paip utama (paip poli) ke
di luar tangki. penyambungan yang telah dibuat tadi.

5. Pasang satu lagi penyambung L di 6. Sambungkan injap kawalan pada paip
bahagian hujung paip utama. utama. Lakukan penyambungan paip
sekunder pada bahagian selepas injap
kawalan.

109

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

7. Buat lubang pada paip sekunder 8. Masukkan set penitis ke dalam
menggunakan penebuk. Masukkan tiub polibeg yang diisi dengan cocopeat.
mikro yang telah disambungkan kepada
pen penitis.

9. Lengkapkan semua penyambungan set 10. Isi air ke dalam tangki, masukkan stok
penitis. baja A ke dalamnya dan kacau.

11. Masukkan pula stok baja B dan kacau 12. Pindahkan anak benih pokok ke dalam
rata. polibeg. Pastikan pen penitis dibenamkan
berhampiran pangkal anak benih itu.
110

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

2.1.9 Projek Penanaman

Sebelum melaksanakan projek penanaman hidroponik, fertigasi dan aeroponik, anda perlu
menyediakan satu kertas cadangan tentang pelaksanaan projek dari awal sehingga tanaman
dituai dan dijual. Kertas cadangan yang disediakan adalah secara berasingan mengikut projek
penanaman yang dijalankan.

Contoh Kertas Cadangan
Berikut adalah contoh kertas cadangan untuk tanaman fertigasi:
Nama Projek : Tanaman Secara Fertigasi.
Objektif : i) Mencapai hasil pendapatan sebulan RM600.00 dan ke atas.
ii) Mengaplikasi pengetahuan dalam penanaman fertigasi.

Keterangan Mengenai Projek
1. Nama Tanaman: Cili Merah F1.
2. Lokasi Projek: Kampung Serting, Selangor.
3. Saiz Kawasan: 100 kaki x 100 kaki.
4. Jumlah Beg: 450 polibeg.
5. Kadar Pengeluaran: 3 kg/pokok.
6. Harga Pasaran: RM11.00/kg.
Cadangan Tarikh Pelaksanaan: Jun.
Kos Projek:
1. Kos Permulaan (kos tetap): RM 5,000.00
2. Kos Operasi (satu pusingan): RM 600.00
Perihal Projek:
Pengenalan: Projek yang hendak dijalankan ialah tanaman cili menggunakan kaedah

fertigasi secara pusingan tanaman.
Tenaga Kerja: 3 orang.
Jangkaan Pemasaran: Mulai bulan Ogos.
Anggaran Hasil Dikeluarkan Semusim:1 200kg.
Saluran Pemasaran: Jualan borong, Jualan runcit.

Tugasan:
Sediakan kertas cadangan projek untuk penanaman hidroponik, fertigasi dan aeroponik.
Pilih reka bentuk sistem yang bersesuaian untuk projek penanaman.

111

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

Contoh Format Laporan Projek
Setelah selesai pelaksanaan projek penanaman, anda perlu menyediakan satu laporan berkaitan
projek tersebut. Tujuan penyediaan laporan adalah untuk mengetahui status dan pencapaian projek
serta kekuatan dan kelemahan sekiranya berlaku untuk tujuan penambahbaikan. Berikut ialah
format yang boleh digunakan untuk tujuan membuat laporan projek penanaman anda.

Tajuk (Nama Projek):
Nama Penyedia Laporan:
Pengenalan:
Persediaan Awal:
Pemasangan Sistem:
Penyemaian Biji Benih:
Pemindahan Anak Benih (Transplant):
Penjagaan:
i. Sokongan
ii. Pemangkasan
iii. Pembajaan
iv. Kawalan Perosak dan Penyakit
Penuaian:
Penyata Kewangan:
Hasil Jualan:
Kelebihan dan Kekurangan Sistem:
Refleksi:
Rujukan:
Lampiran:

Tugasan:
Kumpulkan semua dokumen berkaitan penyediaan laporan projek. Sediakan laporan projek
penanaman mengikut format. Bentangkan hasil laporan.

112


Click to View FlipBook Version