The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

POLISI OPERASI UNIT KEJURUTERAAN HOSPITAL TUMPAT

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by unitsurvelanhtp, 2026-04-14 02:32:05

POLISI OPERASI UNIT KEJURUTERAAN HOSPITAL TUMPAT (1)

POLISI OPERASI UNIT KEJURUTERAAN HOSPITAL TUMPAT

PENYATAAN HAK CIPTA DAN KERAHSIAANHak cipta terpelihara. Dokumen ini tidak boleh didedahkan, disalin, dihantar atau disimpna di dalam sistem elektronik atau diterbitkan semula dalam sebarang bentuk dan dengan sebarang cara sekalipun, sama ada sebahagian atau sepenuhnya tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu.Alamat rasmi :Hospital TumpatJalan Kelaboran16200 TumpatKelantan Darul Naim


SINGKATAN/DEFINISI3R Reduce, Reuse and RecycleAEMAS Asean Energy Management Accreditation SchemeASIS Asset and Services Information SystemBEMS Biomédical Engineering Maintenance ServicesBER Beyond Economic RepairBPKj Bahagian Perkhidmatan KejuruteraanCA Concession AgreementCLS Cleansing ServicesEAC Energy Accounting CentreEMC Energy Management CommitteeEMGS Energy Management Gold StandardEMWP Energy Management Working ProcedureEPRI Engineering Plant Room InspectionFMS Facility Management ServicesFEMS Facility Engineering Maintenance ServicesGGP Government Green ProcurementHTU Hospital TumpatHSIP Hospital Specific Implementation Plan


HWMS Healthcare Waste Management ServicesIAQ Indoor Air QualityJKNK Jabatan Kesihatan Negeri KelantanKKM Kementerian Kesihatan MalaysiaLLS Linen Laundry ServicesMAP Master Agreed ProcedurePATA Pengurusan Aset Tak AlihPEP Perakuan PelupusanPOG Project Operational GuidelinePPM Planned Preventive MaintenancePSH Perkhidmatan Sokongan HospitalRI Routine InspectionRMK Rancangan MalaysiaRMSB Radicare (M) Sdn. Bhd.RW Reimbursable WorksSEMP Sustainability Energy Management ProgrammeSIT Sustainability Improvement TeamSOP Standard Operating ProcedureSP Sustainability ProgrammeT&C Testing & Commissioning


TOR Terms Of ReferenceTRKPI Technical Requirement and Key Performance IndicatorUPF Unit Pengurusan FasilitiVO Variation Order


POLISI OPERASI UNIT KEJURUTERAAN 11. ORGANISASI DAN PENGURUSAN1.1. PengenalanPenswastaan Perkhidmatan Sokongan Hospital (PSH) telah mula dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 28 Oktober 1996 melalui Concession Agreement (CA) di antara Kerajaan dan tiga (3) syarikat yang dilantik bagi tempoh lima belas (15) tahun sehingga 27 Oktober 2011 dan tempoh interim selama sehingga perjanjian baru ditandatangani. Sebanyak 139 hospital dan 11 institusi terlibat dalam projek penswastaan ini. Kontrak baru telah berkuatkuasa pada 1 April 2015 di antara Kerajaan dengan lima (5) syarikat konsesi melibatkan 148 Hospital dan Institusi.Pada 4 November 2010, Perbendaharaan Malaysia telah bersetuju meluluskan penubuhan Unit Kejuruteraan (Operasi) di hospital-hospital di bawah KKM. Asas penubuhan adalah sebagai inisiatif Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan (BPKj), KKM dalam mengambilalih tugas dan peranan Sistem Hospital Awasan Taraf Sdn. Bhd. (SIHAT) yang tamat perkhidmatannya secara rasmi pada 31 Oktober 2011.Unit Kejuruteraan telah diwujudkan di Hospital Tumpat pada tahun 2011 bagi memantau pelaksanaan Perkhidmatan Sokongan Hospital (PSH) untuk memenuhi kehendak pelanggan dan memenuhi kepuasan pelanggan melalui penambahbaikan berterusan dengan penglibatan semua kakitangan melalui sistem pengurusan berkualiti yang terancang.Untuk mencapai tahap tersebut, Unit Kejuruteraan Hospital Tumpat akan melaksanakan tanggungjawab berdasarkan kepada teras yang ditetapkan oleh pihak kementerian ● Kualiti dan integriti perkhidmatan kami adalah tanggungjawab semua anggota. Justeru itu, prosedur berhubung dengan segala aspek yang melibatkan kualiti akan dibangunkan dan dipraktikkan pada setiap masa. Penyeliaan berterusan akan dilaksanakan bagi menjamin kualiti perkhidmatan.● Prosedur yang digunakan dalam program akan disemak dan dipertingkatkan dari masa ke semasa. Ini adalah selaras dengan dasar sistem kualiti yang menitikberatkan penambahbaikan secara berterusan.


POLISI OPERASI UNIT KEJURUTERAAN 2● Sasaran utama polisi kualiti adalah untuk memperkukuh dan mempertingkatkan pengurusan dan komitmen setiap anggota dalam menghasilkan perkhidmatan yang menepati kehendak pelanggan.● Pendidikan dan latihan berterusan kepada anggota bagi mempertingkatkan kompetensi dalam bidang berkaitan.LokasiUnit Kejuruteraan merupakan unit yang berada di Pejabat Pengarah.


POLISI OPERASI UNIT KEJURUTERAAN 31.2. VISI & MISI


POLISI OPERASI UNIT KEJURUTERAAN 4KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIAVISI UNIT KEJURUTERAANMenjadi sebuah organisasi yang profesional, cekap, berkemahiran tinggi dalam memberi perkhidmatan kejuruteraan dan memastikan keberkesanan Perkhidmatan Sokongan Hospital (PSH) bagi menjamin perkhidmatan rawatan pesakit di fasiliti yang kondusif dan selesa.MISI UNIT KEJURUTERAANUntuk memastikan perkhidmatan sokongan hospital yang berkualiti, bermutu dengan pemantauan dan penyelarasan dilaksanakan dengan berkesan melalui pematuhan Standard Operating Procedure (SOP) bagi setiap servis yang disediakan.OBJEKTIF UNIT KEJURUTERAAN1. Memantau perlaksanaan Perkhidmatan Sokongan Hospital (PSH) bagi perkhidmatan ‘Facility Management Services (FMS), Facility Engineering Maintenance Services (FEMS), Biomedical Engineering Maintenance Services (BEMS), Cleansing Services (CLS), Linen Laundry Services (LLS) dan Healthcare Waste Management Services (HWMS) dan Sustainability Programme (SP) agar ianya dilaksanakan mengikut Perjanjian Konsesi.2. Membantu dalam urusan pembangunan hospital seperti khidmat nasihat berkaitan fasiliti hospital, penyediaan spesifikasi, pemantauan projek naiktaraf / pembaikian di hospital.3. Melindungi kepentingan Kementerian Kesihatan Malaysia dan pengguna-pengguna hospital dengan memastikan keperluan di dalam perjanjian konsesi dipenuhi.


POLISI OPERASI UNIT KEJURUTERAAN 54. Memastikan Khidmat Sokongan Hospital yang diberikan oleh syarikat konsesi adalah berterusan, cekap dan selamat mengikut piawaian yang ditetapkan. 5. Memberi pendidikan dan latihan kepada pengguna bagi mempertingkatkan pemahaman tentang Khidmat Sokongan Hospital.PIAGAM PELANGGANMemantau secara berterusan bagi memastikan pelanggan mendapat Perkhidmatan Sokongan Hospital (PSH) yang berkesan dan mengikut Concession Agreement (CA) dan memastikan setiap aduan pelanggan akandirekodkan dan dikenakan pemotongan yuran perkhidmatan.1.3. Skop Perkhidmatana. KejuruteraanAntara perkhidmatan kejuruteraan yang terlibat ialah:i. Mengurus projek-projek pembangunan, naik taraf dan minor works di Hospital Tumpat.ii. Pemeriksaan Teknikal Sistem Utama (Engineering Plant Room)iii. Membantu Dalam Pengeluaran Sijil Perakuan Pelupusan (PEP)iv. Menguruskan PATA – Pengurusan Aset Tak Alih Kerajaanb. Perkhidmatan Sokongan Hospital (PSH)Terdapat 6 skop perkhidmatan yang dipantau iaitu:i. Perkhidmatan Pengurusan Fasiliti (FMS) - Mengawal selia pengurusan dan penyelarasan PSH yang merangkumi Facility Engineering Maintenance Services(FEMS), Biomedical Engineering Maintenance Services (BEMS), Linen and Laundry Services (LLS), Healthcare Waste Management Services (HWMS) dan Cleansing Services (CLS) bagi memastikan Hospital Kontrak dapat beroperasi dengan baik dan selamat.ii. Perkhidmatan Penyelenggaraan Kejuruteraan Fasiliti (FEMS) - Mengawal selia penyelenggaraan semua sistem kejuruteraan mekanikal dan elektrik serta sistem


POLISI OPERASI UNIT KEJURUTERAAN 6kejuruteraan awam termasuk bangunan, jalan, longkang, bekalan air, sistem pembetungan paip kebersihan serta tanah dan landskap di Hospital Kontrak.iii. Perkhidmatan Penyelenggaraan Kejuruteraan Biomedikal (BEMS) - Mengawal selia penyelenggaraan semua peralatan bioperubatan dan peralatan lain yangberkaitan dan bersekutu yang akan digunakan di Hospital Kontrak.iv. Perkhidmatan Pembersihan (CLS) - Mengawal selia pembersihan wad, klinik dan kawasan-kawasan lain di dalam Hospital Kontrak termasuk pembersihan dewan bedah, makmal, farmasi dan kawasan sekeliling Hospital Kontrak.v. Perkhidmatan Linen (LLS) - Mengawal selia pengumpulan linen, pemprosesan dobi, pengedaran dan bekalan linen di Hospital Kontrak.vi. Perkhidmatan Pengurusan Sisa Hospital (HWMS) - Mengawal selia pengumpulan, penyimpanan, pengangkutan, rawatan dan pelupusan sisa di Hospital Kontrak.Selain itu, terdapat tiga skop di bawah Sustainability Program iaitu :i. Program Pengurusan Tenaga Lestari (SEMP)ii. Program Reduce, Reuse and recycle (3R)iii. Program Kualiti Udara Dalaman


POLISI OPERASI UNIT KEJURUTERAAN 71.4. Carta Organisasi1.4.1 Carta Organisasi Hospital


POLISI OPERASI UNIT KEJURUTERAAN 81.4.2 Carta Organisasi Unit Kejuruteraan


POLISI OPERASI UNIT KEJURUTERAAN 91.4.3 Carta Organisasi Perkhidmatan Sokongan Hospital


POLISI OPERASI UNIT KEJURUTERAAN 10Lokasi dan Waktu Operasi Rajah 1. 1 Lokasi Unit Kejuruteraan di bahagian Pejabat Pentadbiran Hospital 1.5. Masa Bertugas Unit Kejuruteraan merupakan unit yang terletak di Pejabat Pentadbiran, Hospital Tumpat. Waktu Operasi adalah seperti berikut : Ahad hingga Rabu 8.00 pagi – 5.00 petangKhamis 8.00 pagi – 3.30 petang


POLISI OPERASI UNIT KEJURUTERAAN 112. SUMBER MANUSIA DAN PENGURUSAN2.1. Ketua Unit Kejuruteraan Penolong Jurutera bertanggungjawab kepada Pengarah Kesihatan Negeri, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan), Ketua Jurutera Negeri dan Pengarah Hospital, KKM. 2.2 Pengurusan Unit 2.2.1 Sumber Manusia 1. Segala pengurusan sumber manusia seperti kemaskini buku perkhidmatan,cuti rehat, bayaran gaji/ elaun diuruskan oleh Unit Pentadbiran/ Gaji di HospitalTumpat.2. Maklumat perjawatan di Unit Kejuruteraan adalah seperti berikut:Bil Jawatan Gred Jum. Jawatan Isi Kosong1. Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam)/ Penolong JuruteraJA29/ 30/ JA36 (TBK 13 THN)1 1 03. Semua data berkaitan Penolong Jurutera akan disimpan seperti rekod peribadijurutera akan dikekalkan di peringkat unit, termasuk biodata jurutera, sijiltahunan yang dikemas kini, salinan sijil yang berkaitan, rekod semua bukulatihan/ CPD/ log, rekod keistimewaan dan rekod cuti tahunan/ sijil perubatan.2.2.2 Pentadbiran i. Semua kakitangan akan mematuhi polisi hospital dan unit.ii. Rekod statistik seperti pengurusan sumber manusia, aktiviti peningkatankualiti/ beban kerja/ penempatan juga disimpan dan dikemas kini di UnitKejuruteraan.2.2.3 Kewangan Peruntukan Belanja Mengurus untuk Unit Kejuruteraan disalur di bawah kod 060200 Aktiviti Kejuruteraan.


POLISI OPERASI UNIT KEJURUTERAAN 122.3 Taklimat Orientasi 1. Setiap kakitangan baru yang bertugas perlu diberi taklimat orientasi danpengenalan kepada Hospital Tumpat dan Unit Kejuruteraan.2. Taklimat orientasi ini merangkumi aspek perkhidmatan, dasar-dasar polisi, sertaperkhidmatan pusat tanggungjawab agar dapat membantu dalam pemahamanperanan dan tanggungjawab sebagai kakitangan awam yang dilantik.2.4 Pengurusan Latihan dan Kursus Kakitangan perlu menghadiri tujuh (7) hari kursus dalam tempoh setahun dan diberi peluang mengikuti kursus generik dan fungsional mengikut keperluan bidang tugas bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran. 2.5 Pengurusan Cuti 1. Semua kakitangan perlu mematuhi Peraturan-peraturan Pegawai Awam(Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dan Peraturan-peraturan Pegawai Awam(Kelakuan dan Tatatertib) pindaan 2002.2. Semua kakitangan akan mematuhi etika profesional yang telah ditetapkan olehKKM, JKNK, Hospital Tumpat dan etika yang berkaitan.3. Permohonan cuti adalah melalui aplikasi HRMIS dan diluluskan di JKN/ Hospital/Institusi/ PKD tempat pegawai-pegawai bertugas.2.6 Penilaian Prestasi Penilaian prestasi perlu dibuat setiap tahun berdasarkan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) atau Sasaran Kerja Utama (SKU) yang disusun oleh kakitangan pada awal tahun dan disahkan oleh Pegawai Penilai Pertama. Laporan SKT atau SKU pegawai akan dinilai seperti berikut : Bil Pegawai Dinilai Peg. Penilai PertamaPeg. Penilai Kedua1. Penolong Jurutera Pengarah Hospital/ Ketua Jurutera


POLISI OPERASI UNIT KEJURUTERAAN 13Hospital/ Institusi Institusi2.7 Etika dan DisiplinSenarai / Petikan Undang-Undang Dan Peraturan-Peraturan Yang Diperlukan Oleh Unit KejuruteraanBil Undang-undang & Peraturan RujukanUMUM1 Perintah Am Semua yang berkaitan dengan penjawat awam2 Arahan Perbendaharaan3 Surat-surat Pekeliling PerkhidmatanKHIDMAT SOKONGAN HOSPITAL1 Perjanjian Kontrak (CA) antara Syarikat Konsesi dan KKM2 Supplementary Agreement antara Syarikat Konsesi dan KKM3 PP Bil 5/2007 Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan4 Deduction Formula for the Privatization of Hospital Support Services5 Guidelines on Management of Variations in Contract Hospital6 User Manual: Central Management Information System (CMIS) Version 27 Project Operational Guideline (POG) for BEMS, FEMS, CLS, LLS, CWMS8 Garis Panduan Penulisan Surat Rasmi9 Garis Panduan ASIS10 Garis Panduan QAPPENGURUSAN LATIHAN1 PP Bil 6/2005 Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam


POLISI OPERASI UNIT KEJURUTERAAN 142 Garis Panduan Pengurusan Latihan Bahagian3 Garis Panduan Pelaksanaan PTK-CPD Skim Perkhidmatan KejuruteraanLAIN-LAIN


POLISI OPERASI UNIT KEJURUTERAAN 153. POLISI DAN PROSEDUR3.1. PENTADBIRAN3.1.1 Semua kakitangan akan mematuhi polisi hospital dan unit. 3.1.2 Semua data berkaitan jurutera akan disimpan seperti rekod peribadi jurutera akan dikekalkan di peringkat unit, termasuk biodata jurutera, sijil tahunan yang dikemas kini, salinan sijil yang berkaitan, rekod semua buku latihan/CPD/log, rekod keistimewaan dan rekod cuti tahunan/sijil perubatan. 3.1.3 Rekod statistik seperti pengurusan sumber manusia, aktiviti peningkatan kualiti/beban kerja/penempatan juga disimpan dan dikemas kini di Unit Kejuruteraan. 3.1.4 Peruntukan kewangan dan belanjawan adalah di bawah peruntukan mengurus dan peruntukan pembangunan.3.2. POLISI UNIT KEJURUTERAAN3.2.1. Projek Pembangunan, Naik Taraf dan Minor Worksi. Menyemak dan memberi ulasan kepada semua permohonan naiktaraf yang dikemukakan.ii. Terlibat secara langsung dalam proses perolehan kerja di hospital meliputi:a. Menyediakan skop dan spesifikasi kerja.b. Memantau prestasi pelaksanaan projek.c. Memantau kerja-kerja Pengujian dan Pentauliahan (Testing & Commissioning) aset dan fasiliti baru.d. Memastikan Tempoh Tanggungan Kecacatan (Defect Liability Period) diuruskan dengan berkesan.iii. Menguruskan permohonan dan peruntukan di bawah Peruntukan Pembangunan, Rancangan Malaysia (RMK) dan Perluasan Program Penyelidikan dan Sokongan Teknikal - Peruntukan Sinking Fund.


POLISI OPERASI UNIT KEJURUTERAAN 163.2.2. Pemeriksaan Teknikal Sistem Utama (Engineering Plant Room)Terlibat dalam menjalankan pemeriksaan ke atas sistem mekanikal, elektrikal dan awam termasuk menyemak Laporan Penilaian Keadaan (Condition Appraisal) dan menyiasat aduan-aduan berkaitan Perkhidmatan Sokongan Hospital dan sistem teknikal hospital dan memastikan setiap aduan dari pihak hospital diambil tindakan. Antara sistem-sistem utama di hospital adalah: -i. Sistem Penghawa Dinginii. Sistem Pencegah Kebakaran iii. Sistem UPS iv. Sistem Janakuasa Tunggu Sedia (Genset) v. Sistem Perpaipan dan lain-lainvi. Sistem Gas Perubatanvii. Sistem rawatan air kumbahanviii. Sistem komunikasi dan multimedia3.2.3. Sijil Perakuan Pelupusan (PEP)Membuat semakan permohonan BER 1 oleh syarikat konsesi termasuk pemeriksaan dokumen dan fizikal alat dan seterusnya membuat laporan BER 2 untuk menyokong pelupusan bagi peralatan jentera/mekanikal, elektrikal, dan biomedikal yang berkaitan.3.2.4. Menguruskan PATA – Pengurusan Aset Tak Alih Kerajaan Pelantikan sebagai ahli dalam Unit Pengurusan Fasiliti (UPF) dan bertanggungjawab dalam:i. Melaksanakan aktiviti setiap fasa dalam kitaran hayat aset tak alih berdasarkanDPAK, MPAM dan tatacara – tatacara yang berkaitan.ii. Mengemukakan laporan – laporan teknikal, kos dan maklumat pengurusan dalam aktiviti Pengurusan Aset Tak Alih (bangunan & Infrastruktur) kepada PTF Jabatan Kesihatan Negeri.iii. Menyedia keperluan sumber dan pembangunan kompetensi organisasi.


POLISI OPERASI UNIT KEJURUTERAAN 173.3. POLISI PERKHIDMATAN SOKONGAN HOSPITAL 3.3.1. Facility Management Services (FMS)i. Pihak syarikat konsesi iaitu Radicare (M) Sdn Bhd bertanggungjawab untuk menyediakan dan menguruskan secara efektif dan efisien semua skop di bawah Perkhidmatan Sokongan Hospital.ii. Pihak konsesi perlu menyediakan tenaga kerja yang berkelayakan berdasarkan Perjanjian Konsesi dan menyediakan alatan yang bersesuai dan peralatan perlindungan yang lengkap.3.3.2. Facility Engineering Maintenance Services (FEMS) dan Biomedical Engineering Maintenance Services (BEMS)i. Pihak syarikat konsesi iaitu Radicare (M) Sdn Bhd bertanggungjawab melakukan penyelenggaraan keatas peralatan perubatan dan juga kemudahan-kemudahan fasiliti (bangunan, sistem, peralatan dan juga kenderaan).ii. Pengguna di semua unit bertanggungjawab membuat laporan aduan kerosakan kepada pihak Radicare. Kemudian pengguna akan mendapat maklumbalas dari pihak Radicare bersama nombor rujukan aduan dan pengguna disarankan untuk mencatat nombor rujukan, jenis kerosakan, unit yang terlibat, tarikh dan masa respon kerja dilakukan dan disiapkan ke dalam buku aduan Radicare. Pihak Radicare juga akan memasukkan setiap aduan ke dalam sistem ASIS. Pihak FEMS/BEMS akan di hantar ke unit yang terlibat untuk respon terhadap sebarang kerosakan dan membaikpulih peralatan dalam tempoh 7 hari bekerja. iii. Pihak konsesi FEMS juga bertanggungjawab melakukan kerja-kerja penyelenggaraan PPM (Planned Preventive Maintenance) dan RI (Routine Inspection) yang di jadualkan secara berkala bagi kemudahan-kemudahan fasiliti (bangunan, sistem, peralatan dan juga kenderaan). Begitu juga BEMS bertanggungjawab melakukan kerja-kerja penyelenggaraan PPM (Planned Preventive Maintenance) dan RI (Routine Inspection) ke atas peralatan-peralatan Biomedikaliv. Kerja – kerja PPM dan RI bagi bidang awam, mekanikal dan elektrikal dilakukan secara berkala dan pihak konsesi bertanggungjawab melaksanakan jadual yang


POLISI OPERASI UNIT KEJURUTERAAN 18telah ditetapkan berdasarkan pelan tindakan hospital dan mematuhi perjanjian konsesi yang telah dipersetujui dan mengikut landasan Technical Requirement and Key Performance Indicator (TRKPI).v. Sebarang penambahbaikan kerja dan sebarang kerja-kerja yang melibatkan perubahan oleh pihak FEMS/BEMS memerlukan persetujuan pengarah hospital terlebih dahulu.vi. Kesemua unit perlu mengekalkan dan mengemaskini kesemua peralatan dan aset (inventori dan harta modal) di setiap unit masing-masing. Ketua unit perlu mengasingkan peralatan-peralatan yang perlu di PPM pada bulan itu agar memudahkan kerja-kerja PPM oleh pihak konsesi.vii. Segala peralatan yang tidak boleh digunakan atau yang telah di BER perlu di lupuskan mengikut garis panduan pelupusan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Pegawai aset bertanggungjawab memastikan proses pelupusan berjalan dengan lancar.viii. Semua unit disarankan melaporkan kerosakan melalui sistem ASIS, telefon atau borang aduan kerosakan dan elakkan memanggil pihak Radicare bagi kerja-kerja pembaikan tanpa ada nombor aduan.3.3.3. Cleansing Services (CLS)i. Pihak syarikat konsesi iaitu Radicare (M) Sdn Bhd perlu memberi perkhidmatan pembersihan mengikut perjanjian konsesi yang telah ditetapkan. Perkhidmatan pembersihan merangkumi kerja-kerja pembersihan di seluruh kawasan hospital dan penyediaan bekalan kerja-kerja berkaitan. ii. Pihak syarikat konsesi iaitu Radicare (M) Sdn Bhd perlu memastikan kerja-kerja pembersihan dan pembekalan perlu di patuhi berdasarkan Hospital Specific Implementation Plan iaitu (HSIP) dan Technical Requirements and Key Performance Indicator (TRKPI).iii. Jurutera/Penolong Jurutera dan Liaison Officer Cleansing dipertanggungjawabkanuntuk memantau kerja-kerja pembersihan dan pembekalan hospital. Walaubagaimanapun ketua-ketua unit juga turut sama membantu dalam pemantauan kerja-kerja pembersihan dan pembekalan hospital bagi melicinkan perkhidmatan pembersihan hospital dan memastikan kebersihan berada pada tahap tinggi.


POLISI OPERASI UNIT KEJURUTERAAN 193.3.4. Linen and Laundry Services (LLS)i. Memantau Pihak syarikat konsesi iaitu Radicare (M) Sdn Bhd dalam memberi perkhidmatan linen mengikut perjanjian konsesi yang telah ditetapkan. Perkhidmatan linen merangkumi pembekalan dan penghantaran kain linen bersih dan pengutipan kain linen kotor serta pembasuhan kain linen kotor ke subkontraktor.ii. Kain linen bersih akan di terima di unit-unit tertentu mengikut stock level yang di tetapkan.iii. Kain linen kotor di kutip dan di masukkan ke dalam beg linen berwarna putih bagi mengelakkan sebarang jangkitan manakala di Bilik Prosedur sahaja kain linen kotor diletakkan di beg linen berwarna hijau manakala kain linen kotor dan yang berdarah diletakkan pada beg linen berwarna merah.iv. Terdapat dua penimbang di sediakan di stor linen. Kedua-dua penimbang adalah untuk menimbang kain linen bersih dan kain linen kotor. v. Cadar di hantar pada setiap hari dan perlu di tukar mengikut keperluan harian atau permintaan ketua unit3.3.5. Healthcare Waste Management Services (HWMS)i. Terdapat pelbagai definisi yang dimaksudkan dengan pembuangan sisa. Pembuangan sisa termasuk pembuangan klinikal, radioaktif, kimia dan sisa umum. Pihak syarikat konsesi iaitu Radicare (M) Sdn Bhd di pertanggungjawabkan untuk mengendalikan pembuangan sisa klinikal mengikut perjanjian yang telah di persetujui dan penghantaran bagi pelupusan sisa klinikal di hantar ke sub –kontraktor.ii. Pembuangan sisa klinikal dan sisa umum di asingkan ke dalam tong sampah yang disediakan. Pembuangan sisa klinikal di masukkan ke dalam tong berwarna kuning manakala pembuangan sisa umum pula di masukkan ke dalam tong sampah hitam yang disediakan.iii. Pelabelan dan pelupusan sisa klinikal telah di tetapkan iaitu label cytoxic dan radio aktif mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.iv. Pelupusan bagi pembuangan sisa jarum adalah berdasarkan spesifikasi Hospital Specific Implementation Plans yang telah di tetapkan.v. Pembuangan sisa klinikal perlu dikendalikan dengan selamat dan mematuhi prosedur yang telah ditetapkan. Porter yang mengendalikan sisa klinikal hospital


POLISI OPERASI UNIT KEJURUTERAAN 20siap berpakaian dengan alat pelindung diri sebelum menjalankan tugas. Kemudian Wheeled Bin yang bersih diambil dari stor. Wheeled Bin bersih yang di ambil di bawa menuju ke wad atau jabatan. Porter kemudiannya akan mengikat beg plastik kuning yang penuh dengan menggunakan tali pengikat plastic sehala. Sharp container yang penuh juga dimasukkan ke dalam beg plastic kuning dan diikat dengan tali pengikat plastic sehala. Beg plastic kuning yang telah diikat dimasukkan ke dalam Wheeled Bin dan di bawa ke Central Store dan penimbangan akan dilakukan di stor untuk penghantaran ke Incinerator Teluk Panglima Garang.vi. Menguruskan pembuangan sisa klinikal hospital termasuk Klinik-klinik Kesihatan dan Pergigian berhampiran bermula dari proses pengumpulan, penyimpanan dan penghantaran sisa untuk tujuan pembakaran habis di mana ia menurut ketetapan Jabatan Alam Sekitar. 3.3.6. Sustainability Program (SP)i. Pada April 2015, Pihak Konsesi telah menandatangani perjanjian bersama dengan pihak KKM untuk menjalankan Program Kelestarian (SP) yang terdiri daripada tiga sub-program iaitu Pengurusan Tenaga Lestari (SEMP), Kualiti Udara Dalaman (IAQ) dan Kitar Semula (3R). Sejak peringkat awal Program SP dilaksanakan, Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi setiap sub-program telah digariskan dan salah satu target utama bagi Program Pengurusan Tenaga Lestari (SEMP) adalah untuk mencapai 1-Star, 2-Star dan 3-Star di dalam penilaian Energy Management Gold Standard (EMGS). Peringkat 3-Star bagi penilaian EMGS memerlukan integrasi di antara SEMP dan standard utama yang digunapakai oleh pihak hospital. Justeru, dengan persetujuan bersama Ahli Jawatankuasa Pengurusan Tenaga (EMC), Polisi Tenaga, Energy Management Working Procedure (EMWP), Carta Organisasi dan Terma Rujukan (TOR) diintegrasikan bersama-sama dengan Polisi Umum di bawah KPI Kualiti Hospital.ii. Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk mengurangkan pelepasan karbon yang terhasil daripada pihak penjanaan tenaga (TNB) dengan mengurangkan kadar penggunaan di pihak pengguna akhir. Pelbagai aktiviti dan projek telah dirancang dan dilaksanakan secara berperingkat untuk mencapai target penjimatan tenaga sebanyak sekurang-kurangnya 10% dalam bentuk kWh.


POLISI OPERASI UNIT KEJURUTERAAN 21iii. Program ini dijalankan secara sistematik berpandukan Polisi Tenaga dan digerakkan oleh Ahli Jawatankuasa Pengurusan Tenaga (EMC). Prosedur utama perjalanan program ini berpandukan standard Asean Energy Management Accreditation Scheme (AEMAS) yang merangkumi skop Management (Pengurusan), Organization (Organisasi), Process (Proses), Information (Maklumat), Financial (Kewangan), Corporate Responsibility (Tanggungjawab Korporat) dan Achievement (Pencapaian). Kenyataan Polisi Tenaga adalah seperti berikut:DECLARATION OF COMMITMENT Hospital Tumpat is committed to support, emphasize and practice its energy management and conservation initiatives in line with Efficient Management of Energy Regulation 2008 and Other relevant laws.STATEMENT OF POLICYThis policy is to establish a sustainable energy management system to:• Promote and commit energy efficient management for continual improvement.• Improve environmental performance and cost effectiveness.• Encourage innovation in green technologies.• Investment Government Green Procurement (GGP).• Provide necessary resources to achieve energy efficient objectives and targets.• Commitment to comply with Electricity Regulation 1994 and relevant regulations with respect to energy, safety and health


POLISI OPERASI UNIT KEJURUTERAAN 223.4. PROSEDUR OPERASI KHIDMAT SOKONGAN HOSPITAL Perkhidmatan Biomedikal dan Fasiliti (BEMS & FEMS)3.4.1. Prosedur Penyelenggaraan Kerja Tidak Berjadual (Unscheduled Maintenance)Objektif prosedur ini adalah untuk menentukan kerosakan kepada bangunan, loji dan peralatan yang dikekalkan oleh Perkhidmatan Penyelenggaraan Kejuruteraan (FEMS/ BEMS) dan untuk menjalankan pembaikan untuk dipulihkan kepada keadaan tertentu.Skop prosedur ini terpakai untuk menjalankan:a. Breakdown Maintenance (BD) – Semua service request yang dilaporkan oleh pengguna untuk memulihkan item kepada keadaan tertentu.b. Corrective Maintenance (CM) – Semua kecacatan atau kerosakan yang dikenal pasti oleh Syarikat Konsesi dan pembaikan segera dibuat untuk memulihkan item kepada keadaan tertentu.c. Non-Maintenance Request – Semua service request yang dilaporkan oleh pengguna yang tidak memerlukan penyelenggaraan.Butiran Prosedur:a. Service Request● Permintaan oleh pengguna untuk melakukan penyelenggaraan kerosakan atau sebarang permintaan lain tambahan kepada yang biasanya disediakan tidak termasuk reimbursable works.● Permintaan itu akan dimulakan sama ada melalui lisan atau bertulis atau telefon ke Help Desk Cawangan atau orang teknikal FEMS/ BEMS.● Semua permintaan akan direkodkan dalam ASIS oleh Data Entry Operator.b. Respon kepada permintaanApabila menerima service request daripada Help Desk, orang teknikal yang berkaitan akan membuat tindakan mengikut tempoh masa yang ditetapkan seperti yang dinyatakan dalam TRKPI.


POLISI OPERASI UNIT KEJURUTERAAN 23● Response time akan direkodkan dan disahkan oleh Pengguna pada work order dan dimasukkan ke dalam ASIS segera.c. Pengesahan siap kerja● Adalah menjadi tanggungjawab orang Teknikal untuk memastikan pengguna mengakui penerimaan item yang dibaiki/ diservis dan mengesahkan bahawa pembaikan/ perkhidmatan telah selesai dan menandatangani Work Order yang lengkap.d. Rekod● Semua work order yang berkaitan dengan kerja-kerja penyelenggaraan tidak berjadual akan disimpan oleh RMSB sepanjang tempoh kontrak perjanjian konsesi.e. Dokumen yang berkaitan● Work OrderRangka prosedur:MULASERVICE REQUESTHELP DESKVERIFYRESPOND TAMAT


POLISI OPERASI UNIT KEJURUTERAAN 243.4.2. Prosedur Penyelenggaraan Kerja Berjadual (Scheduled Maintenance)Objektif prosedur ini adalah untuk menentukan prosedur penyelenggaraan kerja berjadual untuk peralatan dan kemudahan bangunan di bawah Perkhidmatan Penyelenggaraan Kejuruteraan (FEMS/ BEMS).Skop prosedur ini terpakai untuk menjalankan:a. Planned Preventive Maintenance (PPM) - Penyelenggaraan berkala ke atas peralatan atau kemudahan bangunan untuk meminimumkan risiko kegagalan dan untuk memastikan operasi yang berterusan.b. Routine Inspection (RI) - Tugas pemerhatian berkala harian dan penilaian ke atas peralatan atau keadaan bangunan.c. Predictive Maintenance (PDM) - Satu teknik untuk membantu menentukan keadaan peralatan dan kemudahan perkhidmatan untuk meramalkan apabila penyelenggaraan dilakukan.d. Scheduled Corrective Maintenance (SCM) - Penyelenggaraan yang telah ditetapkan semasa PPM atau RI yang tidak dapat dilaksanakan dengan sertamerta apabila dikesan.Butiran Prosedur:a. Menyediakan perancangan kerja● Orang teknikal akan menyediakan perancangan tahunan untuk PPM yang disebut sebagai PPM Calendar. Kalendar akan menunjukkan frekuensi PPM yang dijangka akan dilaksanakan. Perancangan akan dikemas kini dalam Hospital Specific Implementation Plan (HSIP) dan diberikan kepada pengguna untuk rujukan mereka.● Orang teknikal akan menyediakan senarai semak PPM Hospital Engineering Planned Preventive Maintenance (HEPPM).b. Pemberitahuan pengguna● Orang teknikal akan memberitahu pada pengguna semua PPM atau RI atau PDM yang telah dirancang kecuali ground maintenance. PPM atau RI atau


POLISI OPERASI UNIT KEJURUTERAAN 25PDM Notice akan dikeluarkan satu bulan lebih awal atau pada tempoh yang dipersetujui oleh pengguna.● Apabila menerima notis, pengguna akan memberitahu syarikat jika PPM tidak dapat dilaksanakan pada tarikh sasaran dengan mencadangkan tarikh baru yang dipersetujui dan direkodkan pada ruangan reschedule dalam PPM Notice. Jika tiada sebarang bantahan, notis itu akan dianggap sebagai diterima.c. Pengesahan Kerja Siap● Orang teknikal akan memastikan pengguna mengakui penerimaan item yang telah dibaiki/ diservis dan mengesahkan bahawa pembaikan/ perkhidmatan telah selesai dan menandatangani Work Order yang lengkap.● Sekiranya kerja penyelenggaraan didapati tidak memuaskan oleh pengguna, orang teknikal akan membetulkan dan sekali lagi mendapatkan pengesahan dari pengguna.d. Rekod● Semua work order yang berkaitan dengan penyelenggaraan kerja berjadual akan disimpan oleh RMSB sepanjang tempoh kontrak perjanjian konsesi.e. Dokumen yang berkaitani. PPM Calendarii. PPM Noticeiii. Maintenance Work Order


POLISI OPERASI UNIT KEJURUTERAAN 26Rangka prosedur:MULAPPM NoticeVERIFYPPM/ RI/ PDM/ SCMTAMATPPM CalendarReschedule


POLISI OPERASI UNIT KEJURUTERAAN 273.4.3.Prosedur Testing & Commissioning (T&C)Prosedur Testing & Commissioning untuk semua aset baru, sistem baru, RW dan projek pembangunan baru yang dibeli atau dipasang oleh KKM/ pelanggan, aset yang dipindahkan dari lokasi dan aset lain yang disumbangkan oleh pihak ketiga untuk Perkhidmatan Penyelenggaraan Kejuruteraan (FEMS/ BEMS).Skop Testing & Commissioning meliputi semua skop kerja untuk:a. Semua peralatan baru yang diperolehi, disumbangkan, dinaiktaraf, diganti dan dipindahkan ke Hospital Kontrak.b. Bangunan dan kemudahan baru ditambah kepada Hospital Kontrak oleh Kerajaan atau pihak lain semasa tempoh konsesi.Skop PSH dalam Testing & Commissioning adalah seperti berikut:a. Menghadiri semua Testing & Commissioning peralatan, Reimburseable Worksdan projek pembangunan oleh pihak lain.b. Menyaksikan dan mengemukakan pemerhatian dan komen serta merekodkan data yang relevan ke dalam ASIS.Butiran Prosedur:a. Permintaan untuk Testing & Commissioning (T&C)Pengguna akan mengemukakan permintaan T&C tidak kurang 7 hari dari tarikh T&C dijalankan. Work order T&C akan dikeluarkankan oleh data entry operatorRMSB apabila menerima permintaan T&C oleh pengguna. b. Testing & Commissioning (T&C)● Orang teknikal akan menghadiri dan menyaksikan testing & Commissioning(T&C) untuk:i. Memastikan semua aksesori dan lain-lain, manual teknikal (operasi dan penyelenggaraan), sijil statutori disediakan oleh Pembekal seperti pada Kontrak Pembelian.ii. Memastikan bahawa semua spesifikasi peralatan, sistem, loji atau bangunan dan infrastruktur adalah mengikut kontrak pembelian.


POLISI OPERASI UNIT KEJURUTERAAN 28iii. Memastikan peralatan, sistem dan loji itu berfungsi mengikut reka bentuk seperti yang dinyatakan dalam manual operasi dan kontrak.● Semua pemerhatian semasa T&C akan direkodkan dalam senarai semak T&C● Sekiranya T&C diselesaikan dengan memuaskan, keputusan dan senarai semak T&C akan ditandatangani oleh Pelanggan, Pembekal dan orang teknikal akan memaklumkan pengguna untuk menyediakan KEWPA dalam masa 14 hari dan untuk mengeluarkan SNF bagi tujuan penandaan dan pendaftaran aset ke ASIS. Work order T&C akan ditutup.● Sekiranya T&C tidak dilaksanakan dengan memuaskan oleh pembekal disebabkan oleh apa-apa kecacatan, penghantaran spesifikasi yang salah, penyampaian modul atau aksesori yang tidak lengkap, kegagalan untuk menyediakan apa-apa dokumen teknikal atau manual atau pensijilan yang relevan, dan sebagainya,● Orang teknikal akan mencatat dan menyediakan laporan senarai kecacatan dan percanggahan dan melampirkan dengan senarai semak T&C dan serahkan kepada pengguna. Work order kerja T&C akan ditutup kerana T&C tidak berjaya.● Pengguna perlu dinasihati untuk tidak menerima aset sehingga semua kecacatan dan percanggahan diperbetulkan dan mengarahkan pembekal untuk membetulkan semua kecacatan dan untuk membekalkan semua perbezaan barangan sebelum T&C baru boleh dilakukan untuk memastikan pematuhan pembekal. Jika pengguna masih menerima, RMSB akanmenyediakan senarai pengecualian dan mengemukakan kepada pihak berkuasa hospital untuk kelulusan.● Sekiranya kecacatan atau percanggahan tidak dapat diselesaikan oleh pembekal, pengguna boleh meminta RMSB untuk membetulkannya dan semua kerja yang terlibat untuk membaiki kecacatan atau membekalkan item percanggahan tersebut akan dikategorikan sebagai reimbursable work(RW).● Selepas pendaftaran aset dalam ASIS, RMSB akan meneruskan tuntutan variation order aset mengikut prosedur untuk variation order.


POLISI OPERASI UNIT KEJURUTERAAN 29MULAREQUEST T&CHELP DESKVERIFYT&CTAMAT● RMSB akan memantau dan merekodkan semua pengguna dan latihan teknikal yang diperlukan yang akan disediakan oleh pembekal jika termasuk dalam kontrak pembelian.c. Rekod● Semua work order dan dokumen berkaitan dengan T&C akan disimpan sepanjang tempoh kontrak perjanjian konsesi.d. Dokumen berkaitani. Testing & Commissioning ChecklistRangka prosedur:


POLISI OPERASI UNIT KEJURUTERAAN 303.4.4. Prosedur BEYOND ECONOMIC REPAIR (BER)Objektif prosedur ini adalah untuk mengesyorkan Beyond Economic Repair (BER) ke atas kilang / sistem kejuruteraan dan / atau peralatan (Aset).Skop prosedur ini boleh digunakan semua loji kejuruteraan/ sistem dan/ atau peralatan, yang memenuhi kriteria yang ditetapkan dalam Pekeliling Perbendaharaan, yang disyorkan untuk BERButiran Prosedura. Permintaan Beyond Economic Repair (BER)Permintaan itu akan dimulakan sama ada oleh;i. Pelanggan sama ada secara lisan atau bertulis atau telefon ke Help DeskCawangan atau orang teknikal FEMS/BEMS.ii. Syarikat akan mencadangkan BER berdasarkan penilaian peralatan semasa penyelenggaraan dan/ atau jika aset memenuhi kriteria BER sebagaimana yang ditakrifkan dalam Master Agreed Procedure (MAP FEMS 013).b. Permohonan BER 1● Orang teknikal akan menilai aset berdasarkan kriteria BER sebagaimana yang ditetapkan dalam MAP.● Sekiranya kriteria tersebut dipenuhi, orang teknikal akan mengisi Borang BER1 dengan semua butiran maklumat aset merujuk kepada data ASIS dan KEWPA● Semua dokumen sokongan yang berkaitan seperti laporan penilaian keadaan, surat sokongan pengeluar, KEWPA, dan lain-lain akandisediakan dan akan menjadi sebahagian daripada lampiran borang BER 1.


POLISI OPERASI UNIT KEJURUTERAAN 31● Selepas pengesahan oleh orang teknikal yang berkaitan, borang BER 1 akan disyorkan oleh Pengurus Fasiliti lengkap dengan semua dokumen sokongan yang berkaitan dan akan dikemukakan kepada pengguna untuk cadangan dan kelulusan.c. Penilaian dan cadangan BER 2● Pengguna (JOHN) akan menilai cadangan BER dan jika cadangan itu ditolak atau diulas berdasarkan kesilapan teknikal pada borang BER 1 atau dokumen sokongan yang tidak mencukupi, orang teknikal akanmembetulkan dan mengemukakan semula cadangan untuk pengguna (JOHN) penilaian semula.● Jika cadangan itu tidak dicadangkan oleh pengguna (JOHN) untuk BER, syarikat akan meneruskan penyelenggaraan aset sebagaimana TRKPI.● Selepas penilaian dan jika cadangan BER itu adalah wajar, pengguna (JOHN) akan mengesyorkan cadangan itu dengan menyediakan borang BER 2 dan dikemukakan cadangan yang lengkap kepada Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) atau Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan (BPK) yang mana bersesuaian untuk kelulusan.d. Kelulusan● JKN atau BPK akan menilai cadangan BER dengan saranan pengguna dan meluluskannya jika cadangan itu boleh diterima dan wajar. Setelah diluluskan, JKN atau BPK akan mengeluarkan Sijil BER.● Pengguna akan memaklumkan kepada RMSB mengenai kelulusan BER dan mengeluarkankan SNF jika aset tersebut tidak lagi berfungsi untuk pelupusan, variation dan proses penyingkiran aset.e. Rekod● Semua work order dan dokumen yang berkaitan dengan beyond economic repair (BER) akan disimpan sepanjang tempoh kontrak perjanjian konsesi.f. Dokumen berkaitan


POLISI OPERASI UNIT KEJURUTERAAN 32i. BER1 FormRangka prosedur:MULAREQUEST BERHELP DESKBER 2TAMATBER 1APPROVAL


POLISI OPERASI UNIT KEJURUTERAAN 33Perkhidmatan Pembersihan (CLS)3.4.5. Prosedur PembersihanObjektif prosedur ini adalah untuk memastikan semua pembersihan dijalankan denganberkesan untuk mengekalkan dan meningkatkan persekitaran yang bersih.Skop prosedur ini digunakan untuk pembersihan semua kawasan termasuk kawasan umum, kawasan perubatan, kawasan khusus dan kawasan lain.Butiran Prosedur:a. Pembersihan rutin● Penyelia Housekeeping (HKS) dan/ atau Pembantu Penyelia Housekeeping(AHKS) bertanggungjawab untuk memastikan sumber manusia yang mencukupi disediakan untuk melaksanakan pembersihan mengikut masa dan kekerapan yang dipersetujui seperti yang direkodkan dalam jadual pembersihan.● Pasukan pembersihan akan melakukan pembersihan di setiap kawasan pengguna mengikut jadual yang ditetapkan.● Setelah selesai setiap tugas pembersihan, Pasukan Pembersihan akanmengemukakan satu salinan Daily Cleansing Activity (DCA) form kepada wakil hospital untuk pengesahan dan tandatangan.● Pembersihan kecemasan boleh diminta oleh wakil hospital melalui cara berikut :i. Mengemukakan Cleansing Works Requisition Form atauii. Hubungi pasukan sokongan pembersihan menggunakan telefon● HKS/ AHKS yang menerima permintaan pembersihan kecemasan secara lisan bertanggung jawab untuk merekodkannya dalam Cleansing Works Requisition Form.b. Pembersihan berkala● Borang Periodic Cleansing Schedule untuk scrubbing, polishing, buffing, high level cleaning dan carpet shampoo akan disediakan oleh HKS/ AHKS selama 12 bulan.


POLISI OPERASI UNIT KEJURUTERAAN 34● Semua aktiviti di atas akan dijalankan seperti yang dijadualkan. Setelah selesai kerja berkala, staf pembersihan akan menandakan lajur minggu yang sesuai pada Schedule Periodic Work Form dan mengemukakan borang tersebut kepada pengguna untuk pengesahan.● HKS/ AHKS bertanggungjawab untuk menyediakan Jadual Pembersihan dan Kekerapan untuk perbincangan dengan wakil hospital untuk menentukan jadual yang terbaik sesuai untuk menjalankan aktiviti-aktiviti pembersihan. Jadual pembersihan akan menyeluruh memperincikan masa, kekerapan dan aktiviti pembersihan semua kawasan-kawasan yang memerlukan perkhidmatan pembersihan. Operasi pembersihan akandijalankan mengikut jadual yang diluluskan. c. Bekalan bahan consumable● HKS/ AHKS bertanggungjawab untuk mengenal pasti dan membekalkan keperluan bahan dan consumable berdasarkan setiap kawasan pengguna dan rekod dalam Cleansing Consumable Issuance Form dan Material Distribution Record. ● Membekalkan dan/ atau penambahan bahan consumable ke kawasan pengguna akan dilakukan oleh Pasukan Pembersih semasa pelaksanaan tugas pembersihan mengikut keperluan setiap kawasan pengguna.● HKS/ AHKS akan sentiasa memastikan stok yang mencukupi untuk bekalan minimum satu minggu disimpan di stor untuk semua bahan consumable. Sekiranya stok consumable berada di bawah tahap yang dijangkakan, HKS/ AHKS akan segera menambah item stok untuk mengelakkan kekurangan bekalan.d. Dokumen berkaitani. Periodic Cleansing Scheduleii. Cleansing Schedule And Frequencyiii. Cleansing Works Requisition iv. Daily Cleaning Activityv. Material Distribution Recordvi. Cleansing Consumable Issuance


POLISI OPERASI UNIT KEJURUTERAAN 35vii. Record of Scheduled Periodic WorkRangka prosedur:3.4.6. Prosedur pemeriksaan pembersihan Joint Inspection (JI)Objektif prosedur ini adalah untuk memastikan bahawa perkhidmatan pembersihan melaksanakan sehingga ke tahap yang memuaskan.Skop prosedur ini digunakan untuk pemeriksaan bersama mingguan yang dilakukan secara bulanan dengan wakil hospital.Butiran Prosedur:a. Pemeriksaan Bersama Mingguan● HKS akan menyediakan Cleansing Weekly Inspection Schedule dan akanmendapatkan persetujuan mengenai masa dan kawasan setiap pemeriksaan dengan mengemukakan salinan jadual kepada wakil hospital.MULADCA/ PERIODICVERIFYTAMATSCHEDULE


POLISI OPERASI UNIT KEJURUTERAAN 36● Berdasarkan jadual, HKS/ AHKS adalah bertanggungjawab melakukan pemeriksaan mingguan yang dilakukan setiap hari dalam tempoh 5/ 6 hari di kawasan pengguna bersama dengan wakil hospital. Walau bagaimanapun, bagi fasiliti kecil di tapak, Joint Inspection (JI) akan dijalankan pada satu hari dalam seminggu atau seperti yang diminta oleh wakil hospital.● Semua pemeriksaan akan dijalankan untuk menilai tahap kebersihan menggunakan sistem penilaian Ya (Y) dan Tidak (N). Skor yang diberikan akan dipersetujui oleh kedua-dua pihak dan direkodkan dalam Joint Inspection Checklist Form.● Berdasarkan hasil pemeriksaan, jika kekurangan yang dihadapi HKS/ AHKS akan mengambil langkah-langkah pemulihan untuk memperbaiki masalah dengan segera.b. Dokumen berkaitani. Cleansing Weekly Inspection Schedule ii. Joint Inspection Checklistiii. Weekly Joint Inspection Summary ReportRangka prosedur:MULADCA/ PERIODICVERIFYTAMATSCHEDULE


POLISI OPERASI UNIT KEJURUTERAAN 373.4.7. Prosedur pengurusan sisa domestikObjektif prosedur ini adalah untuk memastikan bahawa semua kutipan dan pelupusan sisa domestik dilakukan dengan cara yang berkesan untuk mengekalkan dan meningkatkan persekitaran yang bersih secara kebersihan.Skop prosedur ini boleh digunakan untuk semua kawasan termasuk kawasan khusus, kawasan perubatan/ klinikal, kawasan umum dan kawasan lain.Butiran prosedur:a. Jadual● HKS bertanggungjawab untuk menyediakan Cleansing Schedule and Frequency untuk perbincangan dengan wakil hospital untuk menentukan jadual yang sesuai untuk menjalankan aktiviti kutipan sisa domestik.● Semua aktiviti kutipan akan dijalankan oleh pengendali pembersihan berdasarkan jadual yang dipersetujui. b. Kutipan sisa domestik● Di setiap kawasan pengguna, pengendali pembersihan akan sentiasa memastikan bahawa setiap kali sisa domestik beg plastik hitam adalah tiga suku penuh beg itu akan diikat dengan betul, dikeluarkan dari containers and receptacles sisa domestik dan dipindahkan ke collection device atau bilik sisa domestik jika ia disediakan di kawasan pengguna.● Kutipan sisa domestik tidak boleh dilakukan bersama dengan sisa klinikal. Setiap kali apabila bekas beg atau sisa bekas umum kosong, pengendali pembersihan akan memastikan bahawa ia adalah bersih sebelum dipasangkan dengan beg plastik hitam.● Sebarang containers and receptacles yang didapati kotor akan dibersihkan di central general waste store atau kawasan yang dikenal pasti diluluskan oleh Pengarah Hospital.


POLISI OPERASI UNIT KEJURUTERAAN 38● Penggantian akan dilakukan untuk mana-mana containers and receptaclesyang diambil untuk dibasuh. Semua containers and receptacles akandibersihkan pada permulaan kitaran kutipan.● Pengendali pembersihan akan melakukan kutipan di setiap kawasan pengguna mengikut jadual yang telah ditetapkan. Setelah selesai tugas itu, pengendali pembersihan akan mengemukakan salinan Daily Cleansing Activity Form kepada wakil hospital untuk pengesahan dan tandatangan.c. Pergerakan collection device dalam hospital● Di setiap bilik sisa domestik/ collection device, operasi pembersihan akansentiasa menggunakan collection device yang sesuai dan mengikuti laluan kutipan yang dipersetujui/ diluluskan.● Sekiranya terdapat sebarang halangan pada laluan yang diluluskan, pengendali pembersihan akan menggunakan budi bicaranya untuk meneruskan pengumpulan selagi tidak mengganggu perkhidmatan hospital. HKS akan memberitahu Wakil Hospital dengan segera sebelum laluan alternatif diambil.d. Pembersihan central general waste store● HKS akan menjaga kebersihan stor dan menjalankan penyelenggaraan tetap. Ia akan bebas daripada tikus atau mana-mana perosak, pengudaraan yang baik, dilindungi, berpagar dan tiada bau busuk.● Selepas setiap kali sisa domestik diangkut keluar, central general waste store akan dibersihkan dan apabila perlu, di basmi kuman. Mana-mana cecair/ air sisa yang dilepaskan dari stor, akan disalurkan ke sistem pembentungan terawat.● Semua aktiviti pembersihan akan direkodkan setiap hari ke dalam Daily Cleaning Activity Form dan disahkan oleh liaison officer yang bertanggungjawab atau wakilnya.e. Dokumen berkaitani. Cleansing Schedule and Frequency


POLISI OPERASI UNIT KEJURUTERAAN 39ii. Daily Cleaning ActivityRangka prosedur:MULACOLLECTION GWVERIFYTAMATSCHEDULE


Click to View FlipBook Version