SIRI RUJUKAN X-PRESS: PANDUAN & NOTA PANTAS AKTA KERJA 1955 (AKTA 265)&LAIN-LAIN PERUNDANGAN PERBURUHAN MASA KINI“TANGGUNG JAWAB MAJIKAN & HAK PEKERJA”DI SUSUN OLEH:PengerusiKelab Kebajikan Jabatan Tenaga Kerja Kedah 2024
1ISI KANDUNGANPENGENALAN 3SKOP LIPUTAN AKTA KERJA 1955. 4TAFSIRAN-TAFSIRAN PENTING 4JADUAL PERTAMA 6BAHAGIAN 2: KONTRAK PERKHIDMATAN 8BAHAGIAN 3: PEMBAYARAN UPAH 10BAHAGIAN 4: POTONGAN-POTONGAN UPAH 11BAHAGIAN 5: SISTEM PEMBAYARAN UPAH 12BAHAGIAN 6: KEUTAMAAN UPAH 12BAHAGIAN 7: KONTRAKTOR, PRINSIPAL DAN KONTRAKTOR UNTUK BURUH12BAHAGIAN 8 - WANITA & PEKERJAAN (Digugurkan semasa pindaan Akta terkini) 13BAHAGIAN 9: PERLINDUNGAN BERSALIN 13BAHAGIAN 10 : BAHAGIAN INI DIBATALKAN 15BAHAGIAN 11: KAKITANGAN DOMESTIK (Pembantu Rumah). 15BAHAGIAN 12: HARI REHAT, TEMPOH MASA KERJA, HARI KELEPASAN DAN LAIN-LAIN SYARAT PERKHIDMATAN15WAKTU KERJA (Sek. 60A) 16KERJA LEBIH MASA [Sek. 60A (3)(b),(c)] 20CUTI HARI KELEPASAN (Sek. 60D) 20CUTI TAHUNAN (Sek. 60E) 23CUTI SAKIT (Sek. 60F) 24CUTI PATERNITI (SEKSYEN 60FA). 25KADAR UPAH BIASA (Sek. 60l). 26BAHAGIAN 12A: FAEDAH - FAEDAH PENAMATAN DAN PEMBERHENTIAN 28BAHAGIAN 12B: PENGAMBILAN PEKERJA ASING (Sek. 60K) 29DENDA 31BAHAGIAN 12C: ATURAN KERJA FLEKSIBEL 31BAHAGIAN 13: DAFTAR, PENYATA DAN PAPAN NOTIS ... 32BAHAGIAN 17A: GANGGUAN SEKSUAL DI TEMPAT KERJA 34KENALI 11 INDIKATOR BURUH PAKSA 35PERATURAN KERJA (PEKERJA SEPARA MASA) PART -TIMER PENGENALAN 36
2DEFINISI - DEFINISI PENTING 36HARI KELEPASAN 37CUTI TAHUNAN 37CUTI SAKIT 38HARI REHAT 38DENDA 39AKTA KANAK-KANAK DAN ORANG MUDA 39PEKERJAAN 39HIBURAN AWAM 40PENTADBIRAN DAN PENGUATKUASAAN 41BIDANG KUASA KONTRAK. 41PERLAKSANAAN AKTA KERJA 1955 41DENDA 41KUASA-KUASA UMUM MENTERI 42PANDUAN PENGIRAAN BAYARAN MENGIKUT AKTA KERJA 1955 DAN 43JADUAL 1 43JADUAL 2 43AKTA STANDARD MINIMUM PERUMAHAN, PENGINAPAN DAN KEMUDAHAN PEKERJA 1990 (AKTA 446)46Seksyen 24D - Perakuan Penginapan 47Seksyen 24E - Notis Pendudukan 47Seksyen 24F -Pematuhan Standard Minimum 47Seksyen 24H - Undang-Undang Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)... 48Seksyen 241 - Kemudahan 48Seksyen 24 L. 48Penginapan 49PROSES PERMOHONAN PERAKUAN PENGINAPAN 52FLASH CARD INFORMASI PANTAS HAL-HAL PENGGAJIAN PEKERJA 561. PANDUAN ASAS KONTRAK PERKHIDMATAN 632. PANDUAN ASAS PENYATA GAJI 63
3PENGENALANAkta Kerja 1955 (Akta 265) adalah perundangan perburuhan yang menjadi rujukan utama kepada pekerja dan majikan dalam menyelesaikan isu-isu berkaitan hubungan pekerjaan kedua-dua belah pihak. Akta ini menjadi landasan kepada majikan dalam menetapkan peraturan-peraturan syarikat. Rangka undang-undang yang terkandung dalam akta ini melibatkan pembayaran gaji, kontrak antara majikan dan pekerja, hari rehat, kerja lebih masa, cuti, perlindungan bersalin dan sebagainya. Panduan & Nota Pantas ini juga telah dikemaskini berdasarkan Akta Kerja 1955 yang terkini.Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan Dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446) juga dijadikan sebagai rujukan utama yang menjurus kepada aspek “Penginapan Pekerja” dalam penghasilan panduan nota pantas ini. Akta ini merupakan panduan utama majikan berhubung aspek keperluan penginapan pekerja dimana ianya menjadi tanggungjawab majikan dalam menyediakan kemudahan ini.Selain itu, turut dimuatkan dalam buku ini adalah beberapa lagi rujukan perundangan penggajian pekerja yang penting untuk diketahui termasuklah Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda 1966, Peraturan-Peraturan Kerja Separa Masa 2010, Akta Umur Persaraan Minimum 2012 dan beberapa lagi sisipan Peraturan-Peraturan Penggajian Pekerja yang telah dikuatkuasakan.Buku ini diterbitkan bagi memudahkan majikan membuat rujukan pantas mengenai perkara-perkara asas yang sering berlaku dalam pengurusan syarikat. Persoalanpersoalan yang sering ditimbulkan oleh pihak majikan dirangkumkan bagi memudahkan semua pembaca. Bagi tujuan itu juga buku ini disusun secara tidak terlalu terikat dengan istilah-istilah atau bahasa-bahasa perundangan yang kadang-kala agak kompleks untuk difahami oleh semua pembaca.Walaubagaimanapun, buku ini tidak boleh dijadikan sebagai ganti undang-undang yang asal disebabkan ianya lebih tertumpu untuk memudahkan pembaca membuat rujukan awalan tentang sesuatu perkara mengenai perundangan perburuhan dengan lebih pantas. Selebihnya bagi tujuan kefahaman secara terperinci, maka keterangan lanjut boleh didapati dari mana-mana Jabatan Tenaga Kerja yang berhampiran anda.
4AKTA KERJA 1955SKOP LIPUTAN AKTA KERJA 1955▪ Semua pekerja tanpa mengambil kira had upah (gaji) dan jenis pekerjaandalam sektor swasta di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Perksekutuan Labuan adalah pekerja yang dilindungi di bawah Akta ini.- Jadual Pertama.▪ Pekerja yang bergaji lebih RM4000.00 sebulan (tanpa mengira pekerjaannya) DIKECUALIKAN daripada :(bayaran kerja lebih masa) (bayaran kerja pada hari rehat), (bayaran kerja pada cuti am) dan (faedah penamatan kerja)• Jadual PertamaBAHAGIAN 1 : TAFSIRAN-TAFSIRAN PENTING“Kontrak Perkhidmatan” ertinya:• Mana-mana perjanjian, sama ada secara lisan atau bertulis yang dinyatakan secara nyata atau tersirat, di mana seseorang itu bersetuju untuk mengambil seorang yang lain bekerja dan pekerja itu setuju untuk berkhidmat dengan majikannya.• Termasuk Kontrak Perantisan“Kontrak Perantisan” ertinya:• Suatu kontrak bertulis yang dibuat oleh seseorang dengan majikan yang mengaku akan mengambil orang itu bekerja dan melatih atau menjadikan ia terlatih secara sistematik untuk suatu tred bagi tempoh tertentu yang minimum enam bulan dan tempoh maksimum 24 bulan dalam tempoh mana perantis itu terikat untuk bekerja dalam perkhidmatan majikan; “perantis” ertinya mana-mana orang yang memasuki suatu kontrak perantisan;• Contoh: Pekerja sambung belajar dan dibiayai oleh majikan, maka wujud satu ikatan perjanjian antara pekerja dan majikan “Bersalin” ertinya:• Ertinya melahirkan anak yang berlaku selepas sekurang-kurangnya 22 minggu hamil dalam kelahiran seorang anak atau anak-anak sama ada hidup atau mati.• Hendaklah bermula dan berakhir pada hari sebenar kelahiran. Sekiranya 2 atau lebih anak yang dilahirkan (kembar) hendaklah dikira semula pada kelahiran anak yang terakhir.
5“Kakitangan Domestik” ertinya:• Seseorang yang diambil bekerja berhubung dengan kerja sesuatu tempat tinggal persendirian (rumah) dan tidak berhubung dengan mana-mana perniagaan atau syarikat.• Ia termasuklah tukang masak, pembantu rumah, ketua babu, jururawat persendirian, dan yang sama maksud dengannya.“Pekerja separuh masa (Part-Timer)” ertinya:• Seseorang yang diambil oleh majikannya yang purata waktu kerjanya melebihi30% tetapi kurang 70% dari waktu bekerja biasa seminggu.“Upah” ertinya:• Upah pokok dan semua bayaran lain dengan wang tunai kepada pekerja bagi kerja yang dibuat.• Tidak termasuk nilai mana-mana rumah atau apa-apa bekalan makanan, minyak, lampu atau rawatan perubatan.• Tidak termasuk apa-apa caruman yang dibayar oleh majikan seperti KWSP, PERKESO dan lain-lain.• Apa-apa elaun perjalanan.• Apa-apa jumlah kena bayar kepada pekerja untuk menanggung perbelanjaan khas.• Apa-apa ganjaran yang kena bayar atau pemberhentian atau persaraan.• Apa-apa bonus tahunan.“Hari “ertinya: (a) Suatu tempoh dua puluh empat jam yang berterusan bermula dari tengah malam; atau,(b) Seseorang pekerja yang terlibat dalam kerja gilir atau dalam kerja, jika waktu bekerja biasa dilanjutkan selepas tengah malam, suatu tempoh dua puluh empat jam yang berterusan bermula dari mana-mana masa;“Minggu” ertinya;• suatu tempoh tujuh hari yang berterusan.
6JADUAL PERTAMA (BAHAGIAN 19 AKTA)(SEBAGAI RUJUKAN TAKRIFAN MAKSUD KATEGORI PEKERJA YANG DILINDUNGI DI BAWAH AKTA KERJA 1955)( Seksyen 2(1) ) Pekerja 1. Mana-mana orang yang memasuki suatu kontrak perkhidmatan. 1A. Walau apa pun perenggan 1, orang yang upahnya melebihi RM4,000.00 sebulan 2. Mana-mana orang yang, tidak kira jumlah upah yang diperolehi dalam sebulan, telah memasuki kontrak perkhidmatan dengan seorang majikan yang mana: –(i) ia terlibat dalam pekerjaan kasar termasuk kerja sedemikian sebagai tukang atau perantis:Dengan syarat bahawa sekiranya seseorang diambil bekerja oleh seseorang majikan sebahagiannya dalam pekerjaan kasar dan sebahagiannya lagi dalam bidang tugastugas lain, maka orang tersebut tidak boleh dianggap sebagai melaksanakan pekerjaan kasar kecuali jika masa bila ia dikehendaki melakukan pekerjaan kasar dalam manamana satu tempoh upah yang melebihi satu setengah dari jumlah masa yang ia dikehendaki untuk bekerja dalam tempoh upah tersebut; (ii) ia terlibat dalam operasi atau pengendalian mana-mana kenderaan berjentera yang dijalankan untuk pengangkutan penumpang-penumpang atau barangan atau untuk upah atau untuk tujuan-tujuan perdagangan;(iii) ia menyelia atau menjaga pekerja-pekerja lain yang terlibat dalam pekerjaan kasar yang diambil bekerja oleh majikan yang sama dalam dan sepanjang pelaksanaan kerja mereka;(iv) ia terlibat dalam apa-apa keupayaan dalam mana-mana kapal yang berdaftar di Malaysia dan yang;(a) bukan seorang pegawai yang disahkan di bawah Akta Perkapalan Saudagar United Kingdom sebagaimana yang dipinda dari semasa ke semasa;
7Pekerja(b) bukan pemegang suatu sijil tempatan sebagaimana yang ditakrifkan dalam Bahagian VII dari Ordinan Perkapalan Saudagar 1952; atau(c) tidak membuat suatu perjanjian di bawah Bahagian III dari Ordinan Perkapalan Saudagar, 1952; atau(v) ia terlibat sebagai pekerja domestik. 3. Bagi tujuan Jadual ini “upah” ertinya upah sebagaimana yang ditakrifkan dalam seksyen 2, tetapi tidak meliputi mana-mana bayaran secara komisen, elaun nafkah dan bayaran lebih masa.
8BAHAGIAN 2 : KONTRAK PERKHIDMATANBolehkah seseorang majikan dan pekerja menandatangani sesuatu kontrak perkhidmatan di mana syarat peruntukan tidak berlandaskan Akta ini? (Sek. 7)• Syarat dan kandungan kontrak perkhidmatan hendaklah tidak kurang daripadaperuntukan-peruntukan yang telah ditetapkan di bawah Akta ini.• Kontrak perkhidmatan yang dibuat hendaklah memberi faedah kepada kedua-dua belah pihak dan tidak boleh berat sebelah.Bolehkah majikan menghalang hak pekerja di dalam sesuatu kesatuan sekerja?(Sek. 8)• Pekerja berhak untuk menyertai mana-mana kesatuan sekerja dan majikan tidak boleh menghalang.Adakah kesemua kontrak perkhidmatan mesti di dalam bentuk bertulis?(Sek. 10)• Apabila sesuatu kerja perlu dilakukan melebihi tempoh 1 bulan, maka kontrak perkhidmatan hendaklah dibuat secara bertulis. Apakah klausa wajib yang perlu dimasukkan ke dalam kontrak? (Sek. 10(2))• Perkara yang paling penting dimasukkan dalam kontrak perkhidmatan adalah kaedah penamatan kontrak antara pekerja dan majikan.Berapa lamakah notis penamatan perkhidmatan yang perlu diberikan oleh majikan dan pekerja sekiranya ingin menamatkan perkhidmatan? (Sek. 12)• Mana-mana pihak yang ingin menamatkan perkhidmatan dengan pihak lain maka panjang tempoh notis adalah seperti yang dipersetujui di dalam kontrakperkhidmatan.• Sekiranya ianya tidak diterangkan, maka Akta Kerja 1955 menyatakan seperti berikut:Perkhidmatan kurang dari 2 tahun - Notis adalah 4 mingguPerkhidmatan 2 hingga 5 tahun - Notis adalah 6 mingguPerkhidmatan lebih dari 5 tahun - Notis adalah 8 mingguBolehkah majikan mengarahkan pekerja berhenti lebih awal atau pekerjaberhenti sebelum tempoh notis berakhir? (Sek. 13)
9• Kedua-dua belah pihak boleh menamatkan kontrak sebelum notis berakhir dengan syarat notis itu digantikan dengan bayaran setakat baki notis sahaja.• Sekiranya berlaku apa-apa perlanggaran kontrak dengan sengaja oleh pihak yang satu lagi, maka kontrak perkhidmatan boleh ditamatkan.• Dengan syarat mestilah dengan persetujuan secara bertulis antara kedua-dua pihak. Adakah pekerja atau majikan boleh menamatkan perkhidmatan tanpa notis?(Sek. 13(2)) RUJUK SILANG Sek. 15)Ya, jika:• Majikan: gagal membayar upah kepada pekerja berdasarkan akta ini.• Pekerja: apabila gagal hadir bekerja selama lebih dari 2 hari berturut-turut tanpamemberitahu majikan dan tanpa sebab yang munasabah.Adakah pekerja boleh diberhentikan 24 jam sekiranya melakukan salahlaku di tempat kerja? (Sek. 14)• Pekerja boleh diberhentikan atas sebab salahlaku sama ada yang nyata atautersirat dengan menjalankan siasatan yang sepatutnya (Domestic Inquiry) dan hasil siasatan boleh menyebabkan majikan memberi hukuman salah satu dari berikut;a) Memecat pekerja tanpa notis;b) Menurunkan pangkat pekerja; danc) Mengenakan apa-apa hukuman ringan yang lain sewajarnya. Sekiranya hukuman gantung kerja tanpa gaji dikenakan, maka ia tidak boleh melebihi 2 minggu.Apakah prosedur-prosedur bagi menjalankan siasatan (Domestik Inquiry)?• Majikan boleh menggantung pekerja dalam tempoh tidak melebihi 2 minggu dan siasatan hendaklah dijalankan dalam tempoh berkenaan.• Dengan syarat sekiranya selepas siasatan dijalankan mendapati pekerja tidak melakukan kesalahan majikan hendaklah dengan serta-merta membayar balik jumlah penuh upah pekerja.• Tiada aturan yang spesifik yang ditetapkan oleh Akta. Walaubagaimanapun, dua prinsip asas keadilan asasi laitu RIGHT TO BE HEARD AND RULES AGAINST BIAS hendaklah dipatuhi.• Segala keterangan hendaklah direkodkan.Bagaimanakah kontrak perkhidmatan dianggap dilanggari oleh majikan(Sek. 15(1))?• Majikan dianggap melanggar kontrak perkhidmatan apabila gagal membayar upah menurut bahagian 3.
10Bagaimanakah kontrak perkhidmatan dianggap dilanggari oleh pekerja (Sek. 15(2))?• Pekerja dianggap melanggar kontrak perkhidmatan apabila ia berterusan tidak hadir kerja selama 2 hari berturut-turut tanpa kebenaran majikan.BAHAGIAN 3 : PEMBAYARAN UPAHApakah formula pengiraan gaji bagi bulan bekerja yang tidak lengkap yang ditetapkan melalui pindaan akta ini?• Formula pengiraan gaji bagi bulan bekerja yang tidak lengkap adalah seperti berikut : Gaji Bulanan x Bil. Hari Yang Layak Dalam Tempoh Gaji Tersebut Bil. Hari Dalam Tempoh GajiDalam keadaan mana formula pengiraan gaji bagi bulan bekerja yang tidak lengkap perlu diguna pakai?• Formula pengiraan gaji bagi bulan bekerja yang tidak lengkap hanya diguna pakai dalam empat (4) keadaan berikut :(v) Pekerja memulakan pekerjaan selepas hari pertama bulanberkenaan(vi) Pekerja ditamatkan perkhidmatan sebelum akhir bulan berkenaan(vii) Pekerja mengambil cuti tanpa gaji selama sehari atau lebih padabulan berkenaan(viii) Pekerja tidak hadir disebabkan menghadiri perkhidmatan negara di bawah Akta Perkhidmatan Negara 1952 [Akta 425] atau menghadiri Latihan Khidmat Negara di bawah Akta LatihanKhidmat Negara 2003 [Akta 628] atau mematuhi mana-mana undang-undang bertulis berhubung perkhidmatan negara.Berapa lamakah tempoh pembayaran upah seseorang pekerja? (Sek. 18)• Tempoh bayaran upah hendaklah tidak melebihi 1 bulan.Bilakah masa sepatutnya majikan membayar gaji pekerja (Sek. 19)?• Majikan hendaklah membayar gaji setiap pekerjanya tidak lewat dari hari ketujuh selepas hari terakhir bagi mana-mana tempoh upah.Sekiranya kontrak pekerja itu tamat, bilakah gaji patut dibayar kepada pekerja? (Sek. 20)• Gaji hendaklah dibayar pada hari terakhir pekerja itu bekerja.
11Sekiranya pekerja ditamatkan atas sebab-sebab khas oleh majikan (kesalahan disiplin setelah dibuktikan melalui siasatan dalaman) bagaimana gaji dijelaskan kepada pekerja? (Sek. 21 (1))• Majikan mestilah membayar gaji pekerja pada hari terkahir pekerja itu bekerja.Bagaimana pula sekiranya pekerja yang berhenti tanpa memberikan notis? (Sek. 21 (2))• Sekiranya pekerja berhenti tanpa notis, maka setelah ditolak apa-apa potongan yang dibenarkan, gaji hendaklah dijelaskan dalam tempoh 3 hari dari tarikh kontrak itu ditamatkan.Sekiranya majikan ingin memberikan pendahuluan kepada pekerja, apakah hadhad yang dibenarkan oleh Akta? (Sek. 22)• Adalah menjadi kesalahan sekiranya majikan membayar gaji pendahuluan (sekiranya belum layak) kecuali untuk tujuan berikut:(a) Membeli rumah atau memperbaiki rumah(b) Membeli tanah(c) Membeli motosikal atau kenderaan(d) Membeli binatang ternakan(e) Membeli saham syarikat• Selain dari yang dinyatakan di atas mestilah membuat permohonan terlebih dahulu kepada Ketua Pengarah Tenaga Kerja.Sekiranya seseorang pekerja ini menghadiri perbicaraan di mahkamah atau dipenjarakan, adakah beliau layak untuk mendapat gaji?• Sekiranya berlaku keadaan seperti di atas maka, majikan tidak perlu membayar gaji kepada pekerja termasuklah dalam perjalanan kecuali jika ia menjadi saksi kepada majikan.BAHAGIAN 4 : POTONGAN-POTONGAN UPAHApakah potongan-potongan yang boleh dibuat oleh majikan terhadap gaji pekerja tanpa kebenaran pekerja? (Sek. 24)• Kesilapan terlebih bayar (terhad kepada 3 bulan terakhir sahaja).• Gantirugi (ganti notis) yang perlu dibayar oleh pekerja sekiranya pekerja berhenti tanpa notis yang mencukupi.• Pembayaran balik pinjaman atau pendahuluan oleh majikan (tanpa faedah).• KWSP, PERKESO, dan sebagainya yang dibenarkan oleh undang-undang.Apakah potongan-potongan yang perlu mendapat kebenaran pekerja dengan kelulusan Ketua Pengarah Tenaga Kerja?• Potongan berkenaan pembayaran skim pencen, skim kebajikan dan lain-lain.• Potongan berkenaan pembayaran balik pendahuluan gaji.• Bayaran sewa kediaman.• Bayaran makanan yang disediakan oleh majikan.
12• Bayaran kepada kesatuan.• Potongan apa-apa syer perniagaan.*Jumlah besar potongan yang dibuat tidak boleh melebihi 50% daripada upah yang diperolehi pekerja itu sepanjang bulan.BAHAGIAN 5 : SISTEM PEMBAYARAN UPAHBagaimanakah cara upah dibayar kepada pekerja? (Sek. 25)• Upah hendaklah dibayar kepada pekerja atas nama pekerja berkenaan melalui akaun bank yang berdaftar di Malaysia.• Walaubagaimanapun, majikan boleh membayar dengan cara “tunai” atau “cek”perlu atas permintaan bertulis oleh pekerja dan permohonan bertulis kepada Ketua Pengarah (Jabatan)- Seksyen 25A. Tertakluk kepada alasan yang munasabah.Adakah majikan mempunyai tempat-tempat tertentu yang dilarang untuk membayar gaji kepada pekerja?• Majikan adalah dilarang untuk membayar gaji kepada pekerja di kedai menjual minuman keras atau tempat lain yang serupa, atau di tempat-tempat hiburan, kecuali pekerja itu bekerja di tempat berkenaan.BAHAGIAN 6 : KEUTAMAAN UPAHSekiranya seseorang majikan telah muflis dan mahkamah telah mengarahkan supaya hartanya dijual oleh pemiutang terjamin, adakah ini bermakna pekerjapekerjanya tidak akan mendapat gaji mereka? (Sek. 31)• Apabila mahkamah mengarahkan harta majikan dijual, mahkamah berhak untuk menahan pembayaran hasil jualan ini kepada pemiutang sehinggalah gaji pekerja dibayar terlebih dahulu (gaji itu termasuklah semua faedah yang terhutang oleh majikan).Sekiranya pihak (prinsipal) telah mengikat kontrak dengan seorang kontraktor untuk membuat suatu kerja bagi pihaknya. Kontraktor tersebut gagal membayar gaji pekerja dibawahnya, siapakah yang bertanggungjawab ke atas gaji tersebut?• Prinsipal, kontraktor (dan sebarang sub-kontraktor) bersama-sama bertanggungjawab untuk membayar gaji di dalam sebarang bulan untuk 3 bulan berturut-turut.BAHAGIAN 7 : KONTRAKTOR, PRINSIPAL DAN KONTRAKTOR UNTUK BURUHJika seseorang yang memperolehi tender (principal) memberikan kerja kepada orang lain, sekiranya berhutang gaji pekerja, siapakah yang bertanggungjawab untuk membayar upah tersebut? (Sek. 33)
13• Sekiranya berlaku masalah dalam pembayaran gaji, maka kedua-dua pihak perlu bersama-sama menjelaskan hutang berkenaan.• Dengan syarat:(a) Dalam hal kontrak binaan, prinsipal tidak bertanggungjawab melainkan dia juga adalah kontaktor binaan atau pemaju.(b) Prinsipal bertanggungjawab setakat hutang yang ada sahaja dalam tempoh 3 bulan berturut-turut.(c) Pekerja telah membawa kes kepada perbicaraan terhadap prinsipal untuk mendapatkan upahnya.BAHAGIAN 8 : WANITA & PEKERJAAN (Digugurkan semasa pindaan Akta terkini)BAHAGIAN 9 : PERLINDUNGAN BERSALINApakah faedah-faedah bersalin yang layak bagi wanita yang bersalin? (Sek. 37)• Wanita bersalin berhak untuk mendapat cuti bersalin 98 hari bagi setiap kali bersalin.• Wanita berhak mendapat elaun bersalin dari majikannya sebagaimana yang diperuntukkan.Bilakah cuti bersalin bermula?• Cuti bersalin tidak boleh bermula lebih awal dari tempoh 30 hari sebelum pekerja itu bersedia untuk bersalin.• Walaubagaimanapun, sekiranya doktor mengesahkan bahawa pekerja wanita tersebut tidak berupaya menjalankan tugasnya, maka dia boleh dikehendaki untuk memulakan cuti 14 hari lebih awal.Sekiranya pekerja wanita itu bercuti lebih awal dari tempoh 30 hari itu, adakah beliau layak mendapat elaun bersalin?• Ketidakhadiran sebelum tempoh yang dibenarkan menyebabkan wanita itu tidak layak untuk mendapat elaun bersalin bagi tempoh ia tidak hadir tersebut.Pekerja wanita yang sedang cuti bersalin dibenarkan untuk masuk bekerja awal sebelum habis tempoh cuti bersalin 98 hari. Adakah ini bermakna majikan juga boleh mengarahkan pekerja wanita yang sedang cuti bersalin untuk masuk kerja awal sebelum habis tempoh cuti bersalin 98 hari? • Tidak boleh kecuali dengan permohonan pekerja wanita itu sendiri dan dengan persetujuan majikan serta disahkan sihat untuk bekerja oleh pengamal perubatan berdaftar.Apakah syarat-syarat yang diperlukan untuk melayakkan pekerja wanita itu mendapat elaun bersalin? (Sek. 37 (1) (c) dan (2))• Pekerja wanita itu mestilah bekerja dengan majikan sekurang-kurangnya 90 hari sepanjang sembilan (9) bulan ia mengandung.• Telah bekerja dengan majikan sekurang-kurangnya empat (4) bulan sebelum bersalin.
14• Mempunyai tidak lebih dari lima (5) orang anak yang masih hidup.Berapakah kadar elaun yang layak diberikan kepada pekerja berkenaan? (Sek. 37)• Pengiraan kadar elaun bersalin adalah mengikut hari dengan kadar biasa sehari bekerja seorang pekerja mengikut kadar mana lebih tinggi.• Sekiranya pekerja bekerja gaji bulan dia dianggap telah mendapat elaun bersalin apabila terus menerus menerima gaji bulanan beliau.Seseorang pekerja yang layak atau tidak layak untuk mendapat elaun bersalin, adakah boleh memulakan tugas lebih awal? (Sek. 37 (1))• Boleh dengan syarat ;• Dia telah disahkan sihat oleh doktor• Dia mendapat kebenaran majikanSekiranya pekerja wanita yang layak elaun bersalin bersetuju untuk masuk bekerja sebelum tamat tempoh cuti bersalin, adakah majikan perlu memberikan bayaran tambahan selain elaun bersalin tersebut?• Tidak. Walaubagaimanapun, pihak majikan digalakkan untuk memberi bayaran tambahan.Jika seorang pekerja wanita bekerja dengan lebih dari satu majikan, siapakah yang harus membayar elaun bersalin beliau? (Sek. 37 (3))• Majikan yang membayar elaun bersalin boleh mendapat bayaran balik dari majikan lain sebagai suatu hutang sivil, sejumlah yang sama bahagian dengan jumlah elaun bersalin yang dibayar.Bolehkah pekerja yang sedang bercuti bersalin dipecat? (Sek. 37 (4))• Mana-mana majikan yang memecat pekerjanya dalam tempoh bersalin adalah melakukan suatu kesalahan kecuali atas alasan majikan menutup perniagaan.Bolehkah majikan menamatkan perkhidmatan pekerja wanita yang sedang hamil?• majikan tidak boleh menamatkan perkhidmatan pekerja wanita yang sedang hamil atau sakit yang berbangkit daripada kehamilan kecuali dalam keadaan-keadaan berikut : (i) Penamatan disebabkan perlanggaran kontrak perkhidmatan yang disengajakan – seksyen 13(2) (ii) Penamatan disebabkan salah laku - seksyen 14(1) (iii) Penamatan disebabkan penutupan perniagaan majikanAdakah pekerja domestik dan pekerja separa masa layak untuk mendapat cuti bersalin? • Tidak.
15BAHAGIAN 10 : (Bahagian Ini Dibatalkan Dan Dibawa Ke Akta Kanak-Kanak Dan Orang Muda 1966)BAHAGIAN 11 : KAKITANGAN DOMESTIK (Pembantu Rumah)Bagaimanakah prosedur menamatkan perkhidmatan kakitangan domestik? (Sek. 57)• Kakitangan domestik boleh ditamatkan atau menamatkan perkhidmatan dengan memberikan 14 hari notis tentang niatnya untuk menamatkan kontrak.• Atau membayar gantirugi sebanyak tempoh berkenaan sekiranya tidak memberikan notis.Apakah prosedur mengambil kakitangan domestik asing bekerja? (Sek. 57A)• Majikan hendaklah memaklumkan kepada Ketua Pengarah berkenaan pengambilan pekerja itu dalam tempoh 30 hari dari tarikh pengambilan.• Sekiranya gagal melaporkan dalam tempoh tersebut, majikan adalah melakukan kesalahan dan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000.00.Apakah majikan perlu melaporkan penamatan perkhidmatan kakitangan domestik pekerja asing? (Sek. 57B)• Jika perkhidmatan kakitangan domestik asing ditamatkan, majikan hendaklah melaporkan kepada Ketua Pengarah dalam tempoh 30 hari dari tarikh penamatan perkhidmatan tersebut.• Ini termasuklah sekiranya pekerja melarikan diri dari tempat kerja.• Sekiranya gagal melaporkan dalam tempoh tersebut adalah melakukan kesalahan dan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000.00.BAHAGIAN 12 : HARI REHAT, TEMPOH MASA KERJA, HARI KELEPASAN DAN LAIN-LAIN SYARAT PERKHIDMATANBerapakah jumlah hari rehat yang layak diterima oleh pekerja di bawah akta ini? (Sek. 59 (1))• Seorang pekerja layak menerima 1 hari penuh hari rehat selepas setiap 6 hari bekerja dalam 1 minggu.Jika pekerja bekerja 5 hari seminggu, adakah 2 hari lagi dikira sebagai hari rehat?• Jika pekerja bercuti pada hari Sabtu dan Ahad, hari terakhirnya iaitu hari Ahad dianggap sebagai hari rehat rasmi di bawah akta ini.• Seterusnya jika bekerja pada hari Sabtu, dia tidak akan layak menuntut bayaran mengikut kadar hari rehat tetapi hanya kadar kerja lebih masa.Bagaimanakah seseorang majikan memberitahu pekerja-pekerjanya tentang hari rehat mereka? (Sek. 59 (2))• Majikan perlu menyediakan satu jadual kerja untuk memberitahu pekerja tentang hari rehatnya untuk bulan tersebut pada setiap awal bulan dan jadual itu perlulah diletak di tempat yang mudah dilihat.
16• Apabila hari rehat semua pekerja jatuh pada hari yang sama setiap minggu, majikan hanyalah perlu mengeluarkan notis, bukannya jadual kerja.Bolehkah majikan mengarahkan pekerjanya bekerja pada hari rehat? (Sek. 60 (1) dan Sek. 60A (2))• Tiada pekerja yang boleh dipaksa bekerja pada hari rehat melainkan ia terlibat dalam kerja yang memerlukan pemantauan berterusan atau bersambungan oleh 2 atau lebih syif.• Kerja yang akan dilakukan oleh pekerja adalah penting kepada ekonomi Malaysia atau perkhidmatan yang penting seperti yang dijelaskan di dalam Akta Perhubungan Perusahaan 1967.Bagaimanakah pembayaran dibuat kepada pekerja yang dikehendaki bekerja pada hari rehat?Bagi pekerja yang bergaji hari atau jam• Gaji sehari pada kadar biasa untuk jangkamasa kerja-kerja yang tidak melebihi setengah hari daripada hari kerja normalnya. (4 jam kerja dapat gaji 1 hari).• Dua hari gaji pada kadar biasa untuk jangkamasa kerja lebih daripada setengah hari tetapi tidak lebih daripada jumlah jam kerja normalnya. (8 jam kerja dapat gaji 2 hari).Bagi pekerja bergaji bulan• Separuh gaji pada kadar biasa untuk kerja yang dilakukan pada hari tersebut dan masanya tidak melebihi separuh hari daripada hari kerjanya yang normal.• Satu hari gaji pada kadar biasa untuk sebarang kerja yang melebihi setengah hari tetapi tidak melebihi jumlah jam kerja normalnya.Bagi kerja yang melebihi kadar jam biasa• Bagi kedua-dua kategori pekerja di atas, sebarang kerja yang dibuat yang melebihi jumlah jam kerja yang normal pada hari rehat perlulah dibayar pada kadar yang tidak kurang daripada dua kali ganda kadar sejam yang normal.Untuk pekerja yang mendapat upah mengikut kerja dan bekerja pada hari rehat, dia perlulah dibayar;• Dua kali ganda kadar upahnya yang normal.WAKTU KERJA (Sek. 60A)Berapakah jumlah jam bekerja bagi tempoh seorang pekerja mengikut akta ini?• Secara umumnya, pekerja di bawah kontrak perkhidmatan tidak boleh disuruh bekerja :o Lebih daripada 5 jam berturut-turut tanpa henti sekurang-kurangnya untuk selama 30 minit (sebarang rehat kurang dari 30 minit di dalam jangkamasa 5 jam berturut-turut itu tidak akan memutuskan jangkamasa 5 jam tersebut);o Lebih dari 8 jam sehari;
17o Lebih dari 10 jam sehari walaupun tidak berterusan; atauo Lebih daripada 45 jam seminggu.• Seorang pekerja yang bekerja dimana kerja tersebut perlu dijalankan tanpa henti dan memerlukan pengawasannya yang berterusan mungkin perlu bekerja selama 8 jam berturut-turut, termasuk rehat untuk makan selama 45 minit.• Apabila ada perjanjian untuk bekerja kurang dari 8 jam pada hari - hari tertentu, kerja pada hari seterusnya mungkin ditambah melebihi 8 jam, tetapi tiada pekerja boleh bekerja melebihi 9 jam sehari ataupun 48 jam seminggu.Bagaimana majikan boleh melaksanakan pengurangan waktu bekerja daripada 48 jam kepada 45 jam seminggu? • Pengurangan waktu bekerja daripada 48 jam kepada 45 jam seminggu boleh dilaksanakan seperti berikut:i. Contoh 1: Mengurangkan waktu bekerja pada setiap hari(dalam seminggu) Contoh 1: Waktu Balik DiawalkanWaktu Kerja Asal Waktu Kerja BaruHari Waktu Kerja BilJam Hari Waktu Kerja BilJamIsnin 8.00am - 5.00pm 8 Isnin 8.00am - 4.30pm 7.5Selasa 8.00am - 5.00pm 8 Selasa 8.00am - 4.30pm 7.5Rabu 8.00am - 5.00pm 8 Rabu 8.00am - 4.30pm 7.5Khamis 8.00am - 5.00pm 8 Khamis 8.00am - 4.30pm 7.5Jumaat 8.00am - 5.00pm 8 Jumaat 8.00am - 4.30pm 7.5Sabtu 8.00am - 5.00pm 8 Sabtu 8.00am - 4.30pm 7.5Ahad Hari Rehat - Ahad Hari Rehat -Jumlah JamSeminggu48 Jumlah Jam Seminggu 45Waktu Rehat : 1.00 pm – 2.00pmWaktu Rehat : 1.00 pm – 2.00 pm
18ii. Contoh 2: Waktu Masuk DilewatkanWaktu Kerja Asal Waktu Kerja BaruHari Waktu Kerja BilJam Hari Waktu Kerja Bil JamIsnin 8.00am - 5.00pm 8 Isnin 8.30am - 5.00pm 7.5Selasa 8.00am - 5.00pm 8 Selasa 8.30am - 5.00pm 7.5Rabu 8.00am - 5.00pm 8 Rabu 8.30am - 5.00pm 7.5Khamis 8.00am - 5.00pm 8 Khamis 8.30am - 5.00pm 7.5Jumaat 8.00am - 5.00pm 8 Jumaat 8.30am - 5.00pm 7.5Sabtu 8.00am - 5.00pm 8 Sabtu 8.30am - 5.00pm 7.5Ahad Hari Rehat - Ahad Hari Rehat -Jumlah JamSeminggu48 Jumlah Jam Seminggu 45Waktu Rehat : 1.00 pm – 2.00pmWaktu Rehat : 1.00 pm – 2.00 pmiii. Contoh 3: Mengurangkan waktu bekerja dalam mana-mana hari(dalam seminggu)Waktu Kerja Asal Waktu Kerja BaruHari Waktu Kerja Bil JamHari Waktu Kerja Bil JamIsnin 8.00am - 5.00pm 8 Isnin 8.00am - 5.00pm 8Selasa 8.00am - 5.00pm 8 Selasa 8.00am - 5.00pm 8Rabu 8.00am - 5.00pm 8 Rabu 8.00am - 5.00pm 8Khamis 8.00am - 5.00pm 8 Khamis 8.00am - 5.00pm 8Jumaat 8.00am - 5.00pm 8 Jumaat 8.00am - 5.00pm 8Sabtu 8.00am - 5.00pm 8 Sabtu 8.00am - 1.00pm 5Ahad Hari Rehat - Ahad Hari Rehat -Jumlah JamSeminggu48 Jumlah JamSeminggu45Waktu Rehat : 1.00 pm – 2.00 pm Waktu Rehat : 1.00 pm – 2.00 pmSyarikat ABC mengamalkan waktu bekerja 8 jam sehari dengan 6 hari bekerja seminggu bagi kakitangannya yang bekerja di pejabat. Bagi melaksanakan pengurangan waktu kerja daripada 48 jam seminggu kepada 45 jam seminggu,
19bolehkah Syarikat A mengurangkan hari bekerja kepada 5 hari seminggu dan menaikkan waktu bekerja sehari kepada 9 jam?• Boleh dengan persetujuan pekerja.Dalam usaha mengurangkan waktu kerja daripada 48 jam seminggu kepada 45 jam seminggu, bolehkah majikan mengurangkan waktu bekerja dengan memanjangkan waktu rehat? Contohnya waktu bekerja asal adalah dari jam 8.00pagi hingga 5.00 petang (6 hari bekerja seminggu) dengan waktu rehat dari jam 1.00petang hingga 2.00 petang. Dengan pelaksanaan waktu kerja 45 jam seminggu, majikan menetapkan waktu rehat baru iaitu mulai 1.00 petang hingga 2.30 petang.• Tidak boleh kerana tujuan pengurangan waktu kerja adalah untuk mewujudkan work life balance bagi membolehkan pekerja mempunyai masa yang lebih untuk keluarga dan urusan peribadi lain.Sekiranya majikan yang mengamalkan 6 hari bekerja seminggu mengurangkan waktu kerja sehari daripada 8 jam kepada 7.5 jam bagi memenuhi keperluan 45 jam waktu kerja seminggu, bagaimanakah pengiraan Ordinary Rate of Pay (ORP) dan Hourly Rate of Pay (HRP) bagi tujuan bayaran kerja lebih masa?• ORP = Gaji Bulanan 26• HRP = ORP 7.5 jamBolehkah seorang majikan menandatangani kontrak perkhidmatan dengan pekerjanya bekerja lebih daripada masa yang ditetapkan?• Majikan perlu membuat permohonan bertulis kepada Ketua Pengarah Tenaga Kerja sebelum melakukannya.• Jika Ketua Pengarah berpuas hati bahawa terdapat keadaan-keadaan istimewa yang terdapat di dalam perniagaannya, dia boleh meluluskan permintaan tersebut bergantung kepada syarat-syarat yang dikenakan ke atasnya.Bagaimanakah dengan pekerja giliran? Berapakah tempoh jam kerja mereka?• Pekerja giliran mungkin diperlukan bekerja sehingga lebih daripada 8 jam sehari atau lebih daripada 45 jam seminggu, tetapi:• Setiap 5 jam kerja berturut-turut, mesti ada rehat selama 30 minit; purata jam kerja untuk seminggu di dalam masa 3 minggu atau sebarang masa lebih daripada 3 minggu (jika diluluskan oleh Ketua Pengarah) mestilah tidak melebihi 45 jam seminggu; dan
20• Mereka tidak boleh bekerja lebih daripada 12 jam di dalam sebarang hari kecuali keadaan di mana: terdapat kemalangan sama ada sebenar atau hanya ancaman di tempat kerja; prestasi kerja penting bagi kehidupan masyarakat; pertahanan atau keselamatan Malaysia; kerja-kerja penting yang terpaksa dilakukan ke atas mesin-mesin atau kilang ataupun gangguan kerja yang tidak dapat dijangkakan.KERJA LEBIH MASA [Sek. 60A (3)(b),(c)]Apakah makna “kerja lebih masa”?• “Kerja lebih masa” bermakna jumlah jam kerja yang dilakukan yang lebih daripada jam bekerja biasa.• Apabila suatu kerja dijalankan secara mengagih-agihkannya selama 10 jam masa dari tamatnya tempoh pengagihan ini sehinggalah masa pekerja itu berhenti bekerja untuk hari tersebut akan di kira sebagai lebih masa.• “Jam kerja normal” bermakna jumlah jam bekerja yang dipersetujui di dalam kontrak perkhidmatan iaitu jumlah jam bekerja di dalam satu hari. Ia tidak boleh melebihi hadnya sebagaimana yang terkandung di dalam Akta ini.Apakah kadar bayaran seorang pekerja yang membuat kerja lebih masa?• Dia akan dibayar dengan kadar tidak kurang daripada satu setengah kali ganda bayaran mengikut jam waktu kerja biasanya.Adakah terdapat sebarang sekatan terhadap jumlah kerja lebih masa yang boleh dibuat oleh pekerja di dalam sebulan?• Seorang pekerja tidak boleh bekerja lebih masa melebihi 104 jam di dalam sebarang bulan.CUTI HARI KELEPASAN (Sek. 60D)Berapa harikah cuti berbayar yang layak diterima oleh seorang pekerja di dalam setahun?• Seorang pekerja layak menerima 11 hari cuti umum berbayar berdasarkan kepada gajinya yang biasa di mana empat daripadanya adalah:o Hari Kebangsaano Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong;o Hari Keputeraan Sultan / Gabenor Negeri atau Hari Wilayah Persekutuan;o Hari Pekerja;o Hari Malaysia;• Enam hari yang selebihnya boleh ditentukan kemudian dan diterangkan di dalam satu notis yang kemudiannya diletakkan di tempat yang mudah dilihat sebelum permulaan sesuatu tahun itu.
21Apakah yang berlaku jika hari cuti umum jatuh pada hari rehat?• Apabila cuti umum jatuh pada hari rehat, hari yang berikutnya adalah hari cuti.Bagaimanakah sekiranya ada di antara 11 hari cuti umum itu jatuh semasa cuti sakit, cuti tahunan ataupun semasa kehilangan keupayaan yang sementara (di bawah Akta Pampasan Pekerja 1952) atau Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969?• Majikan hendaklah memberikan cuti gantian pada hari lain sebagai gantian.Bagaimanakah kedudukan cuti umum seseorang pekerja sekiranya sehari sebelum atau selepas cuti umum, pekerja tidak hadir bekerja?• Secara langsung pekerja tidak akan layan untuk mendapat gaji untuk hari cuti umum tersebut dan cuti umum tersebut dianggap terbatal.Sekiranya pekerja terpaksa bekerja pada hari cuti umum, bagaimanakah kaedah pengiraan gaji mereka?• Selain mendapat gaji untuk cuti tersebut, pekerja juga layak mendapat bayaran seperti berikut:i. Pekerja yang bergaji bulanan, mingguan, harian ataupun mengikut jamDia mestilah dibayar dua hari gaji mengikut kadar bayaran biasa (jika ia melakukan kerja lebih masa, dia mestilah dibayar tidak kurang daripada tiga kali ganda gaji mengikut jam).ii. Pekerja yang mendapat upah mengikut kerja-kerjaDia mestilah dibayar upah dua kali ganda daripada kadar biasa (jika ia melakukan kerja lebih masa, dia mestilah dibayar upah tidak kurang daripada tiga kali ganda daripada kadar biasa).Adakah pekerja-pekerja tersebut layak untuk mendapat elaun-elaun lain?• Elaun PerjalananLayak sekiranya ada dinyatakan dalam kontrak perkhidmatan• Elaun Perumahan/MakananTidak layak untuk mendapat kadar tambahan bagi sebarang elaun perumahan atau makanan di bawah Akta ini.
22Jadual 1 : Ringkasan pembayaran untuk kerja lebih masa, hari rehat dan cuti umum.Pekerja Lebih Masa Hari RehatCuti Umum (Tambahan Kepada Bayaran Cuti Umum)Bulanan 1 ½ x gaji pekerja mengikut jam4 jam atau kurang½ hari gaji mengikut kadar biasaLebih dari 4-8 jamSehari gaji mengikut kadar biasaLebih dari 8 jamTidak kurang dari 2 x gaji sejam8 jam atau kurang2 hari gaji mengikut kadar biasaLebih dari 8 jam3 x gaji sejamHarian/Ikut jam1 ½ x gaji pekerja mengikut jam4 jam atau kurang1 hari gaji mengikut kadar biasaLebih dari 4 – 8 jam2 hari gaji mengikut kadar biasaLebih dari 8 jamTidak kurang dari 2 x gaji sejam8 jam atau kurang2 hari gaji mengikut kadar biasaLebih dari 8 jam3 x gaji sejamIkut Kerja 1 ½ x gaji pekerja mengikut jam2 x kadar biasa mengikut kerja8 jam atau kurang2 x kadar biasa mengikut kerjaLebih dari 8 jam3 x kadar biasa mengikut kerja• Tertakluk Anggaran: Jumlah jam kerja sehari = 8 jam
23CUTI TAHUNAN (Sek. 60E)Berapakah kelayakan cuti tahunan bagi seseorang pekerja mengikut Akta Kerja 1955?• Selepas bekerja selama 12 bulan berturut-turut di bawah majikan yang sama, seseorang pekerja layak untuk mendapat cuti tahunan seperti berikut:Kurang 2 tahun perkhidmatan 8 hari bagi setiap tahunLebih dari 2 tahun tetapi kurang dari 5 tahun perkhidmatan12 hari bagi setiap tahun5 tahun dan ke atas 16 hari bagi setiap tahun• Dan jika tidak cukup 12 bulan perkhidmatan, maka haknya untuk cuti tersebut adalah nisbah langsung dengan bilangan perkhidmatan.• Dengan syarat:o Sekiranya bercuti kurang dari setengah hari adalah tidak dikira bercuti dan sekiranya melebihi setengah hari dikira bercuti 1 hari.Sekiranya dalam tempoh cuti tahunan, seseorang pekerja mendapat cuti sakit atau cuti bersalin, cuti yang manakah didahulukan?• Apabila seseorang pekerja mengambil cuti sakit atau cuti bersalin, cuti tahunannya dianggap tidak diambil atau digunakan. Maka cuti sakit hendaklah didahulukan.Sekiranya cuti tahunan pekerja tidak dihabiskan sehingga hujung tahun, apakah status baki cuti tahunan tersebut?• Cuti yang diberi di dalam setahun mestilah dihabiskan sebelum akhir tahun yang berikutnya atau ia akan lupus.• Atau sekiranya dalam kontrak perkhidmatan menyatakan boleh di bawa ke hadapan, maka ia tertakluk kepada kontrak perkhidmatan tersebut.Adakah sebarang peruntukan yang menyebabkan pekerja tidak layak mengambil cuti tahunan tersebut?• Sekiranya seorang pekerja tidak hadir lebih daripada 10% daripada hari kerjanya tanpa kebenaran atau alasan, dia tidak layak untuk mendapat cuti tahunan bagi tahun tersebut atau dalam erti kata lain cuti tahunan adalah terbatal. Sekiranya pekerja ditamatkan perkhidmatan, adakah beliau layak untuk mengambil baki cuti tahunan tersebut?• Pekerja layak untuk baki cuti tahunan tersebut.• Jika dia tidak mengambilnya, majikan mestilah membayar setiap hari cuti tersebut mengikut kadar yang telah ditetapkan.
24Bagaimanakah pengiraan bayaran cuti tahunan dibuat?• Pekerja yang bergaji bulanan dianggap sudah menerima bayaran cuti tahunannya sekiranya ia menerima gaji bulanannya.• Bagi yang bergaji hari atau mengikut jam, bayaran cuti tahunannya adalah mengikut jam, bayaran cuti tahunannya adalah mengikut kadar yang sama dengan kadar gaji hariannya.• Apabila cuti tidak diambil, pekerja dibayar \"in lieu\" kecuali dia bersetuju secara bertulis untuk tidak menuntut bayaran tersebut.Adakah pekerja yang diberhentikan di atas perihal salah laku layak untuk menerima bayaran cuti tahunannya?• Jika pekerja diberhentikan di atas perihal salah laku, dia tidak akan layak untuk menerima sebarang pembayaran bagi cuti tahunannya yang ia layak tetapi belum digunakannya.CUTI SAKIT (Sek. 60F)Berapakah kelayakan cuti sakit berbayar yang layak diperolehi oleh pekerja di dalam setahun?Seseorang pekerja selepas pemeriksaan, atas perbelanjaan majikan, layak:Tanpa perlu dimasukkan ke hospital :2 tahun perkhidmatan 14 hari2 tahun atau lebih perkhidmatan tetapi tidak lebih dari 5 tahun 18 hari5 tahun atau lebih perkhidmatan 22 hariAdakah tempoh 60 hari cuti sakit apabila dimasukkan ke hospital termasuk dengan kiraan cuti sakit luar?• Tidak.Kelayakan cuti sakit dan cuti sakit hospitalisasi diasingkan bagi membolehkan pekerja mendapatkan tempoh rawatan dan pemulihan yang mencukupi sebelum memulakan kerja semula setelah diberikan cuti sakit. Dengan pengasingan cuti sakit yang dibuat melalui pindaan ini, pekerja akan mendapat cuti sakit berbayar yang lebih tinggi daripada 60 hari setahun kepada 74 hingga 82 hari setahun (bergantung kepada tempoh perkhidmatan)Apakah keadaan - keadaan yang tidak melayakkan pekerja mendapat cuti sakit?• Semasa cuti bersalin (telah layak untuk menerima elaun bersalin); atau• Semasa kehilangan keupayaan (telah layak untuk menerima pampasan di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1960 atau Akta Pampasan Pekerja 1952).
25• Tidak mendapat pengesahan (sijil cuti sakit) oleh pengamal perubatan yang sah.• Tidak melaporkan cuti sakit kepada majikan dalam tempoh 48 jam.CUTI PATERNITI (SEKSYEN 60FA)Apakah syarat-syarat yang perlu dipenuhi bagi membolehkan seseorang pekerja lelaki mendapat cuti paterniti berbayar 7 hari?• Syarat-syarat bagi mendapat cuti paterniti berbayar 7 hari :(i) pekerja lelaki hendaklah telah berkahwin dengan pasangannya;(ii) pekerja lelaki tersebut hendaklah telah bekerja sekurangkurangnya 12 bulan dengan majikan yang sama sebelum memulakan cuti;(iii) pekerja perlu memaklumkan majikannya sekurang-kurangnya30 hari sebelum isterinya bersalin atau seawal mungkin selepas kelahiran;(iv) kelayakan cuti paterniti berbayar terhad kepada 5 kali kelahirantanpa mengira bilangan isteri.Sekiranya pekerja wanita mengalami keguguran selepas 22 minggu hamil, adakah suami beliau layak mendapat cuti paterniti berbayar 7 hari sekiranya telah memenuhi semua syarat-syarat lain?• Layak kerana takrif bersalin di bawah seksyen 2 Akta ini adalah melahirkan anak yang berlaku selepas sekurang-kurangnya 22 minggu hamil tanpa mengira anak tersebut hidup atau mati. Bilakah cuti paterniti bermula dan adakah cuti berkenaan boleh diberikan secara selang seli?• Cuti paterniti bermula pada tarikh isteri pekerja bersalin dan ianya hendaklah diberikan secara berterusan selama 7 hari.•Sekiranya isteri pekerja bersalin pada jam 11.40 malam iaitu selepas waktu kerja suami pekerja berkenaan, adakah hari berkenaan dikira sebagai permulaan cuti paterniti?• Ya kerana cuti paterniti bermula daripada tarikh isteri pekerja berkenaan bersalin.Adakah Hari Rehat dan Hari Kelepasan Am diambil kira dalam pengiraan cutipaterniti 7 hari tersebut?Ya kerana cuti paterniti dikira secara berterusan mulai tarikh isteri bersalin termasuk Hari Rehat dan Hari Kelepasan Am.
26Sekiranya isteri pekerja melahirkan lima (5) bayi kembar, adakah ianya dikira sebagai satu (1) kelahiran atau lima (5) kelahiran?• Dikira sebagai satu (1) kelahiran.Encik Halim mempunyai dua (2) orang isteri dan telah bekerja selama 5 tahun. Sekiranya isteri pertamanya melahirkan anak pada 11.4.2023 dan isteri keduamelahirkan anak pada 16.4.2023, adakah beliau berhak mendapat cuti paterniti berbayar 7 hari sebanyak dua (2) kali ?• Cuti paterniti En Halim akan bersambungan bermula pada 11.4.2023 sehingga 23.4.2023 dan dikira berdasarkan kelahiran tanpa mengira bilangan isteri tertakluk maksimum lima (5) kelahiran..Adakah pekerja domestik dan pekerja separa masa layak untuk mendapat cuti paterniti?• Tidak.KADAR UPAH BIASA (Sek. 60I)Apakah yang dimaksudkan dengan \"kadar bayaran biasa\"?• \"Kadar bayaran biasa\" bermaksud gaji yang ditetapkan di bawah Akta sama ada dikira secara bulanan, mingguan, harian, mengikut jam atau mengikut kerja yang dibayar kepada pekerja untuk kerja-kerja yang dilakukan di dalam masa normal di dalam satu hari, tetapi tidak termasuk:• Sebarang bayaran yang dibuat mengikut skim bayaran insentif yang diluluskan atau sebarang bayaran ke atas kerja yang dibuat pada hari rehat atau hari cuti umum yang diluluskan oleh majikan atau sebarang hari ganti kepada cuti umum tadi.Apakah formula yang digunakan di bawah Akta ini untuk mengira \"kadar bayaran biasa\" bagi seorang pekerja yang :• Bergaji bulanan;• Bergaji mingguan; dan• Bergaji mengikut jam atau mengikut kerja?Pekerja yang bergaji bulanan := kadar bayaran sebulan 26Contoh :En. Mat mendapat gaji RM1,500 sebulan. Kadar bayaran biasanya adalah :
27= RM 1,500 26= RM 57.69 sehariPekerja yang bergaji mingguan := kadar bayaran sebulan 6Contoh :Puan Liza dibayar RM250.00 seminggu. Kadar bayaran biasanya adalah := RM250 6= RM41.66 sehariPekerja yang bergaji harian atau dibayar gaji mengikut kerja := jumlah gaji yang diterima oleh pekerja sebelum tempoh gaji jumlah hari sebenar pekerja bekerja semasa tempoh gajiTempoh gaji tidak termasuk :• Bayaran yang diterima di bawah skim bayaran insentif yang diluluskan.• Kerja yang dilakukan di dalam sebarang cuti rehat, cuti umum atau sebarang hari cuti ganti untuk cuti umum tersebut.Contoh :Cik Mei Ling memperolehi RM1500.00 pada bulan lepas (tidak termasuk bayaran di bawah skim bayaran insentif yang diluluskan), dan dia bekerja selama 25 hari pada bulan lepas (tidak termasuk cuti rehat, cuti umum dan sebagainya), kadar bayaran biasanya untuk sehari adalah := RM1500 25= RM60.00 sehariApakah yang dimaksudkan dengan “kadar upah biasa”? [Sek. 60I (1)(a)]• “Kadar upah biasa” bermaksud kadar bayaran biasa dikira mengikut bulan, minggu, hari, jam atau kadar sebahagian yang mana seseorang pekerja adalah
28berhak menerima di bawah syarat perkhidmatannya untuk waktu bekerja biasa bagi sehari. Kadar upah biasa = Kadar upah bulanan 26Apakah yang dimaksudkan dengan kadar bayaran ikut jam?• Kadar bayaran ikut jam ertinya kadar bayaran biasa dibahagi dengan waktu bekerja biasa.Contoh :Jika kadar bayaran biasa Cik Senah ialah RM50.00 sehari dan jam kerja normalnya ialah 8 jam, maka kadar bayarannya mengikut jam ialah := RM50 8= RM6.25 sejamBAHAGIAN 12A : FAEDAH – FAEDAH PENAMATAN DAN PEMBERHENTIANApakah syarat-syarat yang melayakkan pekerja mendapat faedah penamatan?• Pekerja perlu berkhidmat selama12 bulan berterusanApakah keadaan-keadaan yang tidak membolehkan pekerja mendapat faedahfaedah penamatan dan pemberhentian ini?Secara umum, ia berlaku apabila :• Dia bersara berdasarkan kepada kontrak perkhidmatannya• Dia dipecat akibat perihal salah laku (setelah dijalankan penyiasatan)• Dia secara sukarela menamatkan kontraknya (kecuali jika majikan secara sengaja melanggar syarat-syarat kontrak atau pekerjaannya diancam oleh bahaya, keganasan atau penyakit kepada pekerja atau keluarganya)• Kontraknya diperbaharui atau dia telah diambil bekerja semula oleh majikan yang sama di atas peruntukan dan syarat-syarat yang tidak kurang untungnya berbanding dengan kontrak sebelumnya• Dia telah menolak tawaran memperbaharui kontrak atau pengambilan semula tanpa sebarang sebab, dan• Dia telah berhenti setelah menerima notis penamatan kontrak tanpa mendapat persetujuan majikan terlebih dahulu atau tanpa membayar ganti rugi kepada majikan sebagaimana yang ditetapkan di bawah Sek. 13.
29Berapakah jumlah faedah pemberhentian yang perlu dibayar?Jumlah faedah pemberhentian adalah seperti berikut :Setahun perkhidmatan tetapi kurang daripada 2 tahun - 10 hari gaji setiap tahun2 tahun perkhidmatan tetapi kurang daripada 5 tahun - 15 hari gaji setiap tahun5 tahun ke atas - 20 hari gaji setahunDiambil puratanya jika tidak cukup setahun dan dikira ke bulan yang paling hampir.Contoh pengiraan :Bekerja 2 tahunPendapatan = Gaji pokok + semua elaun (kecuali elaun pengangkutan) + kerja lebih masa + komisen (tidak termasuk bonus)Formula :Jumlah Faedah = Pendapatan 12 bulan terakhir X 30 (15 hari x 2 tahun)Penamatan 365Bilakah bayaran ke atas faedah-faedah penamatan atau pemberhentian ini dibuat?• Sebarang penamatan mestilah dibayar tidak lebih daripada 7 hari selepas tarikh penamatan kontrak atau tarikh di mana 4 minggu berturut-turut itu tamat (di dalam kes pemberhentian).• Penerangan bertulis mesti diberi kepada pekerja dengan menjelaskan bagaimana jumlah dan cara faedah-faedah itu dikira.• Faedah-faedah untuk pekerja yang sudah mati mestilah diserahkan kepada Ketua Pengarah yang akan memprosesnya sama seperti di atas.BAHAGIAN 12B : PENGAMBILAN PEKERJA ASING (Sek. 60K)Siapakah “pekerja asing”• “Pekerja asing” secara umumnya ialah pekerja yang bukan rakyat tempatan. Untuk tujuan bahagian ini, ia tidak termasuk pekerja asing yang telah mendapat taraf penduduk tetap Malaysia.Apakah syarat-syarat yang dikenakan ke atas majikan yang menggaji pekerja asing?• Tiada majikan boleh mengambil pekerja asing kecuali telah mendapat kelulusan terlebih dahulu daripada Ketua Pengarah. (S.60K(1))
30• Kesalahan menggajikan pekerja asing tanpa kelulusan Ketua Pengarah terlebih dahulu boleh didenda tidak melebihi RM100,000.00 atau tidak lebih 5 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.• Suatu permohonan untuk Kelulusan berkenaan hendaklah dalam bentuk dan cara sebagaimana ditentukan Ketua Pengarah atau Prosedur yang ditetapkan JTKSM.• Majikan yang mengambil pekerja asing mesti memberikan segala butiran yang berkaitan kepada Ketua Pengarah dalam tempoh 14 hari selepas pengambilan tersebut.• Majikan mesti memberikan butiran pekerja asing kepada Ketua Pengarah Tenaga Kerja secara teratur dan berperingkat-peringkat dari masa ke semasa sebagaimana yang diarahkan oleh Ketua Pengarah.• Majikan wajib menyediakan penginapan dan kemudahan pekerja serta menjaga kebajikan pekerja asing yang digajikan selaras dengan Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446), Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) dan Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 (Akta 732)• Majikan hendaklah dalam tempoh 30 hari dari tarikh penamatan perkhidmatan memberitahu Ketua Pengarah tentang penamatan itu dalam cara ditetapkan Ketua Pengarah atau JTKSM.• Jika pekerja asing menamatkan perkhidmatannya atau melarikan diri dari tempat pekerjaan, majikan hendaklah dalam 14 hari dari tarikh penamatan perkhidmatan atau selepas ketidakhadiran pekerja asing tersebut memaklumkan Ketua Pengarah dengan cara yang ditetapkan. (Borang yang ditetapkan dan boleh didapati di mana-mana cawangan JTKSM).• Istilah pekerja asing tidak termasuk pemastautin tetap di Malaysia (S.60O)Bolehkah seorang pekerja tempatan membuat aduan kepada Ketua Pengarah Tenaga Kerja bahawa dia telah didiskriminasi dengan mendapat terma dan syaratsyarat pekerjaan yang kurang menguntungkan berbanding dengan pekerja asing?Ya. Ketua Pengarah Tenaga Kerja boleh membuat penyiasatan terhadap aduan tentang diskriminasi ini dan boleh mengeluarkan arahan-arahan tertentu bertujuan untuk menyelesaikan masalah ini.Bolehkah majikan menamatkan kontrak perkhidmatan seorang pekerja tempatan bertujuan untuk mengambil pekerja asing?Majikan di larang daripada melakukannya di bawah Akta ni.Sebelum membuang sebarang pekerja tempatan, apakah langkah yang perlu diambil oleh majikan?Apabila majikan merasa perlu untuk mengurangkan tenaga kerjanya akibat daripada pertindihan kerja, dia tidak boleh menamatkan perkhidmatan pekerja tempatan
31melainkan setelah dia menamatkan perkhidmatan semua pekerja asing yang sama taraf dan pangkat dengan pekerja tempatan.DENDAApakah denda yang lazim dikenakan di bawah Akta ini?• Sebarang orang yang melakukan sebarang kesalahan, bercanggah dengan peruntukan atau peraturan atau penggubalan subsidiary di mana tiada denda disebut, boleh didenda tidak melebihi RM10,000.00 jika didapati bersalah. Setakat manakah kuasa Ketua Pengarah Tenaga Kerja untuk mengenakan denda?• Ketua Pengarah dengan persetujuan bertulis daripada pendakwaraya awam boleh mendenda sebarang kesalahan yang dilakukan oleh seseorang di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya dengan cara membuat tawaran bertulis untuk mendenda orang yang telah melakukan kesalahan itu di mana denda tersebut mestilah dibayar dalam masa yang telah ditetapkan dan jumlahnya tidak melebihi 50% daripada denda maksima.• Apabila denda tidak dibayar dalam masa yang telah ditetapkan, pendakwaan di mahkamah boleh dimulakan pada bila-bila masa. BAHAGIAN 12CATURAN KERJA FLEKSIBELSeksyen 60P. Aturan kerja fleksibel.(1) Tertakluk kepada Bahagian XII atau apa-apa terkandung dalam kontrak perkhidmatan, seseorang pekerja boleh memohon kepada majikan untuk aturan kerja fleksibel bagi mengubah waktu kerja, hari bekerja atau tempat kerja yang berkaitan dengan penggajiannya.(2) Sekiranya terdapat perjanjian kolektif, apa-apa permohonan yang dibuat oleh pekerja di bawah subseksyen (1) hendaklah selaras dengan terma dan syarat dalam perjanjian kolektif .Seksyen 60Q. Permohonan aturan kerja fleksibel.(1) Seorang pekerja hendaklah membuat permohonan untuk aturan kerja fleksibel di bawah seksyen 60P secara bertulis dan dalam bentuk dan kaedah yang boleh ditentukan oleh Ketua Pengarah.(2) Selepas permohonan dibuat di bawah subseksyen (1), majikan hendaklah, dalam tempoh 60 hari dari tarikh permohonan diterima, meluluskan atau menolak permohonan.
32(3) Majikan hendaklah memberitahu pekerja tersebut secara bertulis tentang kelulusan atau penolakan permohonan di bawah subseksyen (1) dan dalam kes penolakan, majikan hendaklah menyatakan alasan bagi penolakan. Seksyen 69. Kuasa Ketua Pengarah untuk menyiasat tentang pengaduan.(2) Kuasa-kuasa Ketua Pengarah di bawah subseksyen (1) hendaklah termasuk kuasa untuk mendengar dan memutuskan, mengikut prosedur yang ditetapkan dalam Bahagian ini, apa-apa tuntutan oleh – (ii) seorang kontraktor untuk buruh terhadap seorang prinsipal, kontraktor atau subkontraktor untuk apa-apa jumlah yang kontraktor untuk buruh menuntut supaya dibayar kepadanya mengenai apa-apa kerja yang disediakan olehnya di bawah kontraknya dengan kontraktor atau sub-kontraktor; atau (4) Seseorang yang gagal mematuhi mana-mana keputusan atau perintah Ketua Pengarah yang dibuat di bawah seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit; dan juga, dalam hal kesalahan berterusan, boleh dikenakan denda harian tidak melebihi satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.Seksyen 69F. Diskriminasi dalam pekerjaan.(1) Ketua Pengarah boleh menyiasat dan memutuskan apa-apa pertikaian antara seorang pekerja dan majikannya mengenai apa-apa perkara berkaitan diskriminasi dalam pekerjaan, dan Ketua Pengarah boleh, menurut keputusan, membuat suatu perintah.(2) Seorang majikan yang gagal mematuhi mana-mana perintah Ketua Pengarah yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) melakukan kesalahan dan apabila disabitkan hendaklah didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit dan hendaklah juga, dalam kes kesalahan berterusan, boleh dikenakan denda harian tidak melebihi satu ribu ringgit untuk setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.BAHAGIAN 13: DAFTAR, PENYATA DAN PAPAN NOTISKewajipan Majikan Menyimpan Daftar (S.61)Majikan berkewajipan menyimpan daftar pekerja seperti yang ditetapkan di bawah Peraturan-Peraturan Kerja 1957 seperti berikut:-i- Butir-butir peribadi (Peraturan 5(a))ii- Terma-terma dan syarat-syarat pekerjaan (Peraturan 5(b))iii- Butiran Upah dan Elaun (Peraturan 5 (c))
33Setiap daftar pekerjaan perlu disimpan tidak kurang dari 6 tahun selepas merekodnya. Kewajipan Majikan Untuk Mengemukakan Penyata (S.63)Ketua Pengarah boleh menghendaki majikan mengemukakan penyata maklumat mengenai pekerja yang digajikan dalam bentuk yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah dari masa ke semasa atau JTKSM.Contoh : Borang PK- Pemberhentian Kerja Borang Penyata Penggajian TahunanKewajipan Majikan Untuk Memberi Notis dan Maklumat-Maklumat Lain (S.63A)Seperti :i- memulakan apa-apa perniagaan atau profesion,ii- mengambil alih,iii- menukar nama atau lokasi perniagaan.Dalam mana pekerja digajikan atau ada kemungkinan diambil bekerja:i- perlu lapor secara bertulis kepada Pejabat Tenaga Kerja yang berhampiran,ii- laporan hendaklah dalam tempoh 90 hari dari tarikh mula operasi, pengambilalihan, pertukaran nama atau lokasi syarikat yang menggajikan pekerja.Kewajipan Majikan Untuk Mempamerkan Papan Notis (S.64)- Kewajipan ini tertakluk kepada majikan yang memiliki atau mengusahakan manamana estet atau ladang (20 hektar dan ke atas), lombong-lombong kuari, dan mana-mana perniagaan yang menggajikan tidak kurang dari 5 orang pekerja yang terletak di luar kawasan pihak berkuasa tempatan. - Papan Notis tersebut hendaklah dalam Bahasa Kebangsaan mengandungi nama tempat, aktiviti dan alamat berdaftar.- Notis hendaklah dipamerkan pada laluan jalan masuk ke tempat tersebut(BAHAGIAN 14 HINGGA BAHAGIAN 17 DALAM AKTA KERJA 1955 ADALAH MERUJUK KEPADA PERANAN DAN TATAKELOLA PENGUATKUASA JTKSMSAHAJA. OLEH ITU TIADA KEWAJARAN UNTUK DIMASUKKAN KANDUNGAN BAHAGIAN-BAHAGIAN TERSEBUT DALAM BUKU INI.)
34BAHAGIAN 17A : GANGGUAN SEKSUAL DI TEMPAT KERJASeksyen 81B. Mana-mana majikan yang gagal –(a) membuat siasatan terhadap aduan berkenaan gangguan seksual di bawah subseksyen 81B(1);(b) memaklumkan kepada pengadu tentang keengganannya dan sebabsebab bagi keengganan itu sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen 81B(2);(c) membuat siasatan terhadap aduan berkenaan gangguan seksual apabila diarahkan untuk berbuat demikian oleh Ketua Pengarah di bawah perenggan 81B(5)(a) atau subseksyen 81D(2); atau(d) mengemukakan suatu laporan siasatan gangguan seksual kepada Ketua Pengarah di bawah subseksyen 81D(2),adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit.Seksyen 81H. Notis berkaitan gangguan seksual.Seseorang majikan, hendaklah pada setiap masa, mempamerkan ditempat kerja, suatu notis bagi meningkatkan kesedaran tentang gangguan seksual.Seksyen 90B. Buruh Paksa.Mana-mana majikan yang mengancam, menipu atau memaksa seseorang pekerja untuk melakukan apa-apa aktiviti, perkhidmatan atau kerja dan menghalang pekerja tersebut dari meninggalkan tempat atau kawasan di mana aktivitiperkhidmatan kerja tersebut dibuat, melakukan suatu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan didenda tidak melebihi seratus ribu ringgit atau penjara untuk tempoh tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya. (BAHAGIAN 17.1 , 17.2 DAN 18 ADALAH MERUJUK KEPADA PERANAN DAN TATAKELOLA PENGUATKUASA JTKSM SAHAJA. OLEH ITU TIADA KEWAJARAN UNTUK DIMASUKKAN KANDUNGAN BAHAGIAN-BAHAGIAN TERSEBUT DALAM BUKU INI.)
35(BAHAGIAN 19 : RUJUK JADUAL PETAMA M/S 5)BURUH PAKSAApa itu buruh Paksa?Iaitu sebarang pekerjaan atau perkhidmatan yang diperoleh daripada seseorang di bawah ancaman atas apa-apa bentuk hukuman dan dilakukan tanpa kerelaannya.KENALI 11 INDIKATOR BURUH PAKSA1 ) Penganiayaan Golongan Rentan terhadap kanak-kanak, orang muda, wanita, OKU, warga emas, pekerja asing serta golongan berpendidikan rendah dan dalam kemiskinan.2) Penipuan kontrak perkhidmatan tidak dipatuhi, tiada salinan dan bahasa yang tidak difahami, janji tidak dipenuhi seperti memberi penginapan yang kondusif atau gaji yang lumayan dan majikan sengaja tidak membaharui permit kerja.3) Penghambaan Hutang. Dipaksa bekerja untuk melangsaikan hutang yang diambil untuk memperoleh pekerjaan.4) Keganasan Fizikal dan Seksual. Penderaan fizikal, mental dan seksual.5) Ancaman dan Ugutan secara fizikal, mental dan seksual terhadap pekerja yang ingin membuat aduan atau berhenti kerja termasuk:- ancaman atau ugutan untuk penahanan gaji.- ancaman dan ugutan untuk menamatkan permit kerja dan menyerahkan pekerja kepada pihak berkuasa.6) Isolasi. Tiada akses kepada komunikasi luar. Komunikasi sentiasa dikawal oleh majikan / ejen.7) Penahanan Dokumen Pengenalan Diri - penyimpanan pasport dan dokumen peribadi pekerja oleh majikan / ejen.8) Penahanan Gaji tidak dibayar gaji atau kerap dibayar gaji lewat. Tidakmendapat bayaran atau faedah mengikut undang-undang perburuhan dan potongan gaji yang tidak sah.9) Kerja Lebih Masa Berlebihan - Dipaksa bekerja lebih masa melebihi had. Tidak diberi cuti rehat atau mendapat rehat yang mencukupi.10) Sekatan Pergerakan tidak dibenarkan bergerak bebas di tempat kerja atau tempat penginapan seperti diawasi melalui CCTV, pintu berkunci, berpagar ataupengawal keselamatan.11) Tempat Kerja dan Tempat Tinggal Tidak Sesuai Didiami - diminta melakukan kerja yang merbahaya tanpa peralatan perlindungan yang mencukupi. Tempat tinggal yang sesak, kotor, sempit dan tiada kemudahan asas.
36Peranan Anda?Sebagai Pekerja Ketahui hak pekerja. Memahami terma dan syarat kontrak perkhidmatan. Laporkan segera ke JTKSM.Sebagai M a j i ka nPamerkan pernyataan dasar larangan buruh paksa. Anjurkan program kesedaran. Elakkan sebarang bentuk buruh paksa dengan mematuhi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan.PERATURAN KERJA(PEKERJA SEPARA MASA)PART -TIMERPENGENALANPeraturan ini berkuatkuasa pada 1 Oktober 2010.DEFINISI - DEFINISI PENTING Masa Kerja Normal - masa kerja yang dipersetujui dalam kontrak perkhidmatan atau yang ditentukan di bawah Peraturan 4, mengikut mana-mana yang berkenaan.Peraturan ini tidak terpakai kepada:a) Pekerja yang diambil bekerja sekali-sekala dan tidak tetap atau hanya diambil sekali -sekala.b) Pekerja yang tidak melebihi 30% kerja dalam seminggu atau kurang 14 jam.c) Yang menjalankan pekerjaan di rumah majikan (contoh: pembantu rumah).Apakah masa kerja normal bagi pekerja separa masa (Part-timer)?• Sekiranya tidak dapat dipastikan jumlah jam kerja pekerja normal, maka 7.5 jam dianggap waktu kerja normal. Maka pekerja separa masa hendaklah bekerja 70% dari waktu kerja pekerja normal.Berapakah bayaran kerja lebih masa bagi pekerja separa masa?• Bayaran kerja lebih masa hendaklah dikira mengikut kadar 1.5 pada setiap jam kerja.
37HARI KELEPASANAdakah pekerja separa masa layak untuk mendapat cuti umum?• Ya. Pekerja separa masa juga layak mendapat cuti umum sekurang - kurangnya 7 hari.• Cuti yang wajib adalah:o Hari Kebangsaano Hari keputeraan Yang di-Pertuan Agongo Hari Keputeraan Raja - Raja atau Yang di-Pertua Negerio Hari Pekerjao Hari Malaysia• Lain - lain hari boleh dipilih berdasarkan kalendar.Bagaimanakah sekiranya cuti umum jatuh pada hari rehat?• Hari bekerja berikutnya dikira sebagai hari cuti umum bagi menggantikan cuti tersebut.Bagaimanakah kadar bayaran gaji pekerja separa masa sekiranya beliau dikehendaki bekerja pada hari cuti umum?• Sekiranya pekerja dikehendaki bekerja pada hari rehat, beliau perlu dibayar 2 kali ganda dari kadar biasa.Bagaimanakah pula sekiranya pekerja dikehendaki bekerja melebihi masa kerja biasanya pada hari kelepasan tersebut?• Tidak kurang 2 kali ganda bayaran ikut jam mengikut kadar waktu pekerja separa masa.• Sekiranya kerja lebih masa melebihi 9 jam, maka pengiraan adalah 3 kali ganda gaji bagi setiap jam.CUTI TAHUNANAdakah pekerja separa masa layak untuk mendapat cuti tahunan?• Pekerja separa masa layak untuk mendapat cuti tahunan mengikut pecahan berikut:o Tidak kurang dari 6 hari bagi perkhidmatan 12 bulan hingga 2 tahuno Tidak kurang dari 8 hari bagi perkhidmatan 2 tahun hingga 5 tahuno Tidak kurang dari 11 hari bagi perkhidmatan lebih dari 5 tahun• Sekiranya kontrak perkhidmatan pekerja separa masa ditamatkan, maka baki cutitahunan hendaklah dibayar pada kadar biasa.
38CUTI SAKITAdakah pekerja separa masa layak untuk mendapat cuti sakit?• Pekerja separa masa juga layak untuk mendapatkan cuti sakit seperti berikut;o 10 hari bagi perkhidmatan kurang dari 2 tahuno 13 hari bagi perkhidmatan 2 hingga 5 tahuno 15 hari bagi perkhidmatan lebih dari 5 tahun• Seseorang pekerja separa masa tidak berhak mendapat cuti sakit pada hari dia tidak bekerja.HARI REHATApakah kelayakan pekerja separa masa untuk mendapat cuti rehat?• Pekerja separa masa layak untuk mendapat cuti rehat 1 hari dalam seminggu jika:o Selepas 5 hari atau lebih bekerjao Jumlah masa kerja tidak kurang 20 jam semingguSekiranya pekerja dikehendaki bekerja pada hari rehat, apakah yang perlu majikan lakukan?• Jika majikan mengarahkan pekerja bekerja pada hari rehat hendaklah membayar tidak kurang dari 2 hari gaji.Bagaimana pula pengiraan kerja lebih masa pekerja pada hari rehat?• Sekiranya pekerja bekerja melebihi kerja normalnya, maka bayaran seperti berikut hendaklah dibayar kepada pekerja;o 1.5 kali ganda apabila kerja lebih masa tidak melebihi 8 jamo 2.0 kali ganda apabila kerja lebih masa melebihi 8 jamDENDA• Sekiranya majikan gagal atau ingkar akan peraturan-peraturan kerja (pekerja separa masa) 2010, mengikut mana-mana yang berkenaan, melakukan satu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi RM 10,000.00.
39AKTA KANAK-KANAK DANORANG MUDA 1966 [AKTA 350]AKTA KANAK-KANAK DAN ORANG MUDAi. Kanak-kanakSeseorang yang di bawah umur 15 tahunii. Orang MudaSeseorang yang berumur 15 tahun atau lebih tetapi belum mencapai 18 tahunPEKERJAANApakah jenis pekerjaan yang mungkin majikan boleh mengambil kanak-kanak atauremaja untuk bekerja?1. Kanak-kanakKanak-kanak boleh diambil bekerja di bawah pekerjaan berikut:• Pekerjaan yang melibatkan kerja-kerja ringan yang bersesuaian dengannya dan dijalankan oleh keluarganya.• Pekerjaan sebagai perintis di bawah kontrak perantisan bertulis yang diluluskan oleh Ketua Pengarah Tenaga Kerja di mana salinan kontrak seumpamanya telah difailkan.• Pekerjaan yang memerlukan bekerja di tempat-tempat yang diluluskan / dibiayai oleh kerajaan seperti sekolah, institusi latihan atau kapal latihan; dan• Di tempat hiburan awam (bergantung kepada terma dan syarat-syarat pelesenan).ii. Orang MudaOrang muda boleh diambil bekerja di sebarang pekerjaan berikut:• Yang bersesuaian dengannya (sama ada ianya dijalankan oleh keluarganya atau tidak) dan pekerjaan-pekerjaan yang telah disebutkan di atas.• Di dalam sebarang pejabat, kedai (termasuk hotel, bar, restoran, gerai, gudang, kilang, bengkel, stor, rumah penginapan, teater, pawagam, kelab atau persatuan).• Kerja-kerja perindustrian yang dikendalikan oleh keluarganya atau penjaganya.Orang muda / remaja perempuan tidak boleh diambil bekerja di sebarang hotel, bar, restoran, rumah penginapan atau kelab kecuali tempat-tempat tersebut adalah di bawah pengawalan dan pengurusan ibu bapa atau penjaganya. Jika tidak, kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah perlu diperolehi.
40Menteri, bagaimanapun boleh melarang kanak-kanak atau remaja daripada bekerja di mana-mana tempat yang telah disebutkan di atas jika ia merasakan pekerjaan tersebut di atas boleh menjejaskan perkembangan kanak-kanak atau remaja tadi.Berapakah jumlah maksima hari di mana kanak-kanak atau remaja dibenarkan bekerja?• Mereka tidak dibenarkan bekerja lebih daripada 6 hari bagi jangka masa 7 hari berturutturut.Berapakah jumlah jam kerja bagi kanak-kanak dan remaja di bawah Akta ini?i. Kanak-kanak• Dilarang bekerja di antara jam 8 malam - 7 pagi (tidak melibatkan kanak-kanak yang bekerja di dalam bidang hiburan awam)• Dilarang bekerja lebih daripada 3 jam berturut-turut tanpa berehat selama 30 minit.• Dilarang bekerja lebih daripada 6 jam sehari• Kanak-kanak yang bersekolah dilarang bekerja lebih daripada 7 jam termasuk masa persekolahannya.ii.Orang Muda• Dilarang bekerja di antara 8 malam - 6 pagi (tidak melibatkan remaja yang bekerja di tempat-tempat pertanian atau hiburan awam atau kapal yang di bawah penjagaan ibu bapa / penjaga).• Dilarang bekerja lebih daripada 4 jam sehari atau 4 jam berturut-turut tanpa rehat sekurang-kurangnya 30 minit.• Dilarang bekerja melebihi 7 jam sehari atau 8 jam jika dia perintis.• Jika dia bersekolah, dia tidak boleh bekerja melebihi 8 jam termasuk masa persekolahannya.• Dia mestilah telah berehat selam 12 jam berturut-turut sebelum memulakan kerjanya pada sebarang hari.HIBURAN AWAMApakah yang mesti dibuat oleh majikan sebelum mengambil seorang kanak-kanak atau remaja bekerja di dalam industri hiburan awam?• Majikan mestilah terlebih dahulu mendapatkan lesen (dengan batasan dan syaratsyarat) daripada Ketua Pengarah Tenaga Kerja yang juga boleh mengenakan syaratsyarat tambahan dari semasa ke semasa jika difikirkannya perlu.• Tiada lesen akan dikeluarkan sekiranya Ketua Pengarah Tenaga Kerja berpendapat pekerjaan tersebut berbahaya kepada nyawa, anggota badan, kesihatan atau moral seseorang kanak-kanak atau orang muda.
41• Ibu bapa boleh merayu kepada Menteri jika mereka tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut.PENTADBIRAN DAN PENGUATKUASAANSiapakah yang diberi tanggungjawab untuk melaksanakan peruntukan-peruntukan Akta ini?• Ketua Pengarah Tenaga Kerja (dan pegawai-pegawai yang dilantik di bawah Seksyen Akta Kerja 1955) adalah orang-orang yang bertanggungjawab ke atas akta ini.Mahkamah apakah yang mempunyai kuasa untuk membicarakan kesalahankesalahan yang dilakukan di bawah Akta ini?• Mahkamah Majistret Kelas Satu mempunyai kuasa untuk membicarakan sebarang kesalahan dan menjatuhkan hukuman (tanpa mengabaikan kuasa Mahkamah Tinggi atau Mahkamah Seksyen (Seksyen 9).BIDANG KUASA KONTRAKAdakah kanak-kanak atau orang muda boleh menandatangani kontrak pekerjaan di bawah Akta ini?• Walaupun terdapat Akta Kontrak 1950, seorang kanak-kanak atau remaja boleh menandatangani kontrak pekerjaan (tetapi bukan sebagai pekerja). Dia juga boleh menyaman sebagai plantif.• Bagaimanapun, seseorang majikan tidak boleh menuntut bayaran atau ganti rugi sepertimana yang termaktub di bawah Seksyen 13 Akta Kerja 1955 daripada seorang kanak-kanak atau orang muda di atas perlanggaran kontrak pekerjaan.PERLAKSANAAN AKTA KERJA 1955Adakah pengambilan kanak-kanak atau orang muda sebagai pekerja dilindungi oleh Akta Kerja 1955?• Di bawah peruntukan yang disebut di dalam jadual yang pertama Akta Kerja 1955 khususnya Seksyen 8, 10, 11, 29, 31, 37, 44, 57, 61, 92, 94, 97, 99, 101, & 102 (selain daripada 2 (b) dan sebarang peraturan yang dibuat di bawahnya mengambil kira pengambilan kanak-kanak atau orang muda bekerja. (Sek.16)DENDAApakah denda yang dikenakan ke atas orang yang melanggar peruntukanperuntukan Akta ini, atau ibu bapa / penjaga yang secara sedar bersetuju dengan sebarang perlanggaran Akta tersebut berkaitan dengan kanak-kanak / orang muda?• Jika didapati bersalah dia boleh dihukum penjara tidak melebihi 6 bulan atau denda tidak melebihi RM 2,000 ataupun kedua-duanya sekali.
42• Bagi kesalahan kedua atau seterusnya, dia boleh dihukum penjara tidak melebihi 2 tahun atau denda tidak melebihi RM 3,000 ataupun kedua-duanya sekali. (Sek. 14)KUASA-KUASA UMUM MENTERIApakah kuasa-kuasa umum Menteri?• Melarang seseorang kanak-kanak atau orang muda daripada bekerja di sebarang tempat, atau mengenakan sebarang syarat termasuk mengubah atau membatalkannya, jika dirasakannya perlu.• Membentuk satu Lembaga yang boleh mencadangkan kadar minima yang perlu dibayar.• Mengarah penyiasatan tentang aduan gaji rendah. (Sek. 3, 8)
43PANDUAN PENGIRAAN BAYARAN MENGIKUT AKTA KERJA 1955 DAN PERATURAN-PERATURAN KERJA(FAEDAH-FAEDAH PENAMATAN DAN RENTIKERJA SENTARA) 1980Ringkasan Formula:BAYARAN GAJI Kadar HARI OTHARI BIASA - 1.5HARI REHAT 1 2HARI CUTI UMUM 2 3JADUAL 1TEMPOH PERKHIDMATANNOTIS PENAMATAN / GAJI GANTI NOTIS(Seksyen 12(2))FAEDAH TAMAT KERJA(Peraturan 6)KELAYAKAN CUTI TAHUNAN CUTI SAKITKurang 2 tahun4 mingguGaji Bulan = 28 hariGaji Hari = 24 hari10 hari setahun 8 hari setahun 14 hari setahun2 tahun hingga kurang 5 tahun6 mingguGaji Bulan = 42 hariGaji Hari = 36 hari15 hari setahun 12 hari setahun 18 hari setahun5 tahun ke atas8 mingguGaji Bulan = 56 hariGaji Hari = 48 hari20 hari setahun 16 hari setahun 22 hari setahunJADUAL 2CONTOH KIRAAN1 PENGIRAAN OT PADA HARI KERJA BIASABayaran 1.5 per jamKiraanGaji HariJumlah sejam = (Gaji pokok + Elaun / 26 hari / 8 jam) x 1.5 = (RM 1000 / 26 / 8) x 1.5Jumlah sejam = (Gaji sehari / 8 jam) x 1.5RM 7. 21
442 PENGIRAAN OT PADA HARI REHATBayaran 2.0 per jamKiraanGaji HariJumlah sejam = (Gaji pokok + Elaun / 26 hari / 8 jam) x 2.0 = (RM 1000 / 26 / 8) x 2.0Jumlah sejam = (Gaji sehari / 8 jam) x 2.0RM9.613 PENGIRAAN OT PADA HARI CUTI UMUM Bayaran 3.0 per jam KiraanJumlah sejam = (Gaji pokok + Elaun / 26 hari / 8 jam) x 3.0 = (RM 1000 / 26 / 8) x 3.0Jumlah sejam = (Gaji sehari / 8 jam) x 3.0RM 14.424 GAJI GANTI NOTISContoh: Kerja genap 2 tahunKiraanJumlah = (Gaji pokok + elaun)/30 hari(bulan tersebut) x 42 hari (2 tahun genap) = (RM 1000 + RM 200)/ 30 x 42 hariRM1,680.005 FAEDAH PENAMATANContoh: Kerja genap 2 tahun KiraanJumlah Pendapatan 12 bulan terakhir/ 365 x 30 hari (15 hari x 2 tahun) = RM 1000 x 12 /365 x 30RM986.306 GAJI GANTI CUTI TAHUNAN (Jika ada baki) Contoh: 3 hari cuti KiraanJumlah (Gaji pokok + elaun) / 26 baki cuti tahunan =(RM 1000 + RM 200) / 26 x 3 hariRM138.467 BAKI GAJI (Jika ada)KiraanJumlah (Gaji pokok + elaun) / 30 (cth bulan Jun) jumlah hari bekerja(RM 1000 + RM 200) / 30 x 5 hariRM 200.008 CUTI TANPA GAJIContoh: Pekerja cuti 10 hari Jumlah = (Gaji pokok + elaun) / 30 x 10 hari9 PONTENG KERJAContoh: Pekerja ponteng 2 hariJumlah = (Gaji pokok + elaun) / 30 x 2 hari
4510 BEKERJA KURANG 1 BULANContoh: Bekerja 21 hari pada bulan JunJumlah = (Gaji pokok + elaun) / 30 x 21 hari11 NOTIS BERHENTI TIDAK CUKUP SEBULANContoh: Notis 14 hari sahajaJumlah = (Gaji pokok + elaun) / 30 x (28 – 14)A FORMULA GAJI HARIAN GAJI GANTI NOTISContoh: Gaji RM 40 dan tempoh notis 30 hari KiraanJumlah = Gaji tempoh notis = RM 40.00 x 30RM1,200.00B FAEDAH PENAMATANContoh: Gaji RM 40 sehari. Kerja 4 tahun, kelayakan faedah penamatan 15 hari setahun. (Rujuk Jadual) KiraanJumlah = Gaji x (4 tahun x 15 hari kelayakan) = RM 40.00 x 60RM2,400.00
46AKTA STANDARD MINIMUM PERUMAHAN, PENGINAPAN DANKEMUDAHAN PEKERJA 1990 (AKTA 446)AKTA STANDARD MINIMUM PERUMAHAN, PENGINAPAN DANKEMUDAHAN PEKERJA 1990 (AKTA 446)DAHULU SEKARANGTerpakai di estet yang berkeluasan melebihi20 hektarTerpakai di di estet yang berkeluasan melebihi 20 hektar (Bahagian II dan III Akta) dan semua tempat pekerjaan selain estet (Bahagian IIIA Akta)- Sek 24A hingga Seksyen 24N –berkaitan penginapan dan kemudahan yang perlu disediakan oleh majikan/penyedia. Terpakai di Majlis Daerahsahaja.Terpakai di Majlis Daerah sahaja (estet) dan semua kawasan termasuk Majlis Daerah (sektor selain estet), Majlis Perbandaran, Majlis Bandaraya dan Wilayah PersekutuanPermohonan kelulusan pelan melalui JTK (untuk estet)Kelulusan pelan (untuk estet) masih sama. Bagi selain estet, kelulusan di PBT berkenaan.RUJUKAN
47ANTARA KANDUNGAN PINDAAN AKTA 446 (2019)Seksyen 24 D – Perakuan Penginapan- Tiada penginapan boleh disediakan untuk pekerja melainkan mendapatkan perakuan. Mengemukakan Permohonan bagi mendapatkan Perakuan Penginapan.- Mengemukakan maklumat permohonan yang lengkap mengikut Borang dan senarai semak yang ditetapkan.- Melantik orang yang kompetan untuk berurusan dengan PBT, JTK dan agensiagensi lain yang berkaitan.Seksyen 24E – Notis Pendudukan- Mengemukakan Notis Pendudukan kepada JTK berdekatan dalam tempoh 30 hari dari tarikh penginapan diduduki.- Maklumat pekerja yang mendiami penginapan hendaklah disimpan di penginapan tersebut bagi tujuan pemeriksaan. - Muat turun contoh borang Notis Pendudukan di bawah Seksyen 24E Akta 446 melalui laman sesawang JabatanTenaga Kerja Semenanjung Malaysia.Seksyen 24F –Pematuhan Standard Minimum- Majikan / Penyedia penginapan perlu memastikan bahawa tiap-tiap penginapan yang disediakan mematuhi standard minimum yang dikehendaki di bawah Akta atau mana-mana peraturan.
48Seksyen 24H – Undang-Undang Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)- Tiada majikan boleh menggunakan mana-mana bangunan sebagai penginapan jika ianya tidak sesuai didiami mengikut undang2 bertulis PBSeksyen 24I – Kemudahan- Tanggungjawab menyediakan kemudahan yang sesuai dan mencukupiSeksyen 24 L- Melantik orang yang bertanggungjawab bagi penginapan- Memastikan pekerja mematuhi peraturan tatatertib di penginapan- Melawat dan memeriksa penginapan sekurang-kurangnya dua (2) kali sebulan- Membawa pekerja yang sakit ke hospital - Menyenggara / menyimpan rekod aduan kesihatan pekerja
49Penginapan Tafsiran – Sek 24BMana-mana bangunan atau struktur kekal atau sementara termasuklah apa-apa bangunan rumah, pondok, bangsal atau kepungan berbumbung yang selamat dan sesuai digunakan bagi maksud kediaman manusia. Penginapan Berpusat Mana-mana bangunan yang digunakan bagi penginapan pekerja yang diambil kerja oleh seorang atau lebih majikan yang disediakan oleh Penyedia Penginapan Berpusat. Penyedia Penginapan Berpusat Mana-mana orang yang menyediakan dan menguruskan penginapan berpusat dan menyelia perkhidmatan yang disediakan di dalamnya bagi seorang atau lebih majikan, tetapi tidak termasuk majikan yang menyediakan penginapan bagi pekerjanya sendiri. DormitoriDormitori ertinya bilik tidur yang besar yang mempunyai beberapa banyak katil di asrama sekolah, institusi penggajian tinggi, dsb (Kamus Dewan Edisi Keempat).Selain Dormitori Mana-mana penginapan yang lengkap dengan kemudahan yang dinyatakan dalam Perenggan 2 Jadual Peraturan-Peraturan Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja (Penginapan dan Penginapan Berpusat) 2020 yang disediakan dalam unit penginapan tersebut. – Suatu unit penginapan yang lengkap dengan kemudahan ruang rehat, ruang makan dan ruang dapur seperti banglo, teres, apartment dan fi.PengecualianBot-bot nelayan, rumah rakit, pelantar minyak, kapal persiaran, kapal dagang, kelong ikan tidak boleh dianggap sebagai penginapan – Tidak Perlu Perakuan.