BUKU DASARPERATURAN PELAJARBahagian Hal Ehwal PelajarCetakan September 2025Penafian : Semua maklumat yang dipaparkan di dalam buku ini adalah benarsemasa cetakan dan sebarang perubahan adalah tertakluk kepada pindaan semasa.Maklumat yang dipaparkan telah dikemaskini sehingga September 2025
SENARAI KANDUNGANBIL PERKARA MUKASURAT1DIREKTORI TELEFON PUSATTANGGUNGJAWABi - iii2 AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1 - 333 DISIPLIN DAN TATATERTIB PELAJAR 34 - 404 PERATURAN KOLEJ KEDIAMAN 41 - 555DASAR SKIM PERKHIDMATAN KESIHATANPELAJAR56 - 68
iDirektori TelefonPusat TanggungjawabPUSAT TANGGUNGJAWAB NO. TELEFONBahagian Governan 05-450 6957 / 6930Bahagian Sumber Manusia 05-4506347 / 6344 / 6365Bahagian Pengangkutan 05-450 6829 / 5160 / 6748 / 5109Hotline : 019-4183016 Bahagian Keselamatan Hotline KSAJS : 05 - 450 6969Hotline KSAS : 05 - 450 6999Bahagian Pengurusan Kualiti 05 - 450 5330 / 5334Bahagian Perundangan 05- 4506362 / 6491Bahagian Komunikasi Korporat 05 - 450 6000 / 6661Bahagian Audit Dalam 05 - 450 6476 / 6492 / 6474Bahagian Pengurusan Risiko dan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan05 - 450 5438Perpustakaan Tuanku Bainun 05-450 6832 / 6802Jabatan Pengurusan Pembangunan dan Harta Benda (JPPHB) 05-450 5990(KSAJS) 05-450 7237(KSAS)Jabatan Bendahari (Unit Kewangan Pelajar) Undergrad- Diploma- Degree : 05 - 450 7761 | 013-5122040 Postgrad- Master- HD :05 - 450 7760 | 013-4580580Jabatan Strategik 05-450 6351 / 6376 / 6546Muzium Pendidikan Nasional 05-4505303 / 5085 / 6640Pusat Wakaf, Endowment, Zakat, Khairat dan Sedekah (WEZAS)05-4506314 / 6813 / 6994Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi 05 - 450 7179 / 7184 / 7159 / 7199Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Negara 05-4507119 / 7125 / 7133 / 7124 / 7141Pusat Inisiatif Pemodenan Pendidikan 05 - 4507445 / 7450 / 7443 / 7448Pusat Kesihatan Universiti Klinik Pesakit Luar : 05-450 6671Klinik Pergigian : 05-450 6872Farmasi : 05-450 6511Pusat ICT Hotline : 017-7462600Aduan Alat Bantuan Mengajar (DK) :017-2396500 (KSAJS) |017-2397500 (KSAS)Pejabat Karang Mengarang 05 - 450 6464 / 5596/ 5472 / 5594 / 05 - 450 5533 (Kedai Buku)
iiDirektori TelefonPusat TanggungjawabPUSAT TANGGUNGJAWAB NO. TELEFONBahagian Hal Ehwal Akademik 05-4507073 / 7041 / 7071Hotline Kemasukan : 013-415 3016 Hotline Pengijazahan & Peperiksaan : 013-446 3016Hotline Penjadualan : 013-462 3016Bahagian Hal Ehwal Pelajar 05-4507151 / 7840 / 7834 / 7835Hotline Kebajikan : 019-5719977Institut Pengajian Siswazah 05 - 450 7015 / 5496 / 5473 / 5482Hotline : 013-2294797Pusat Pembangunan Akademik 05 - 450 5190 / 6457 / 6458Pusat Latihan Mengajar & Industri (PULAMI) 05 - 450 7212 / 7218 / 7219 / 7219Pusat Antarabangsa, Mobiliti dan Pengembangan Pendidikan (IMAC)05 - 450 6772 / 5500 / 6781Pusat Pedagogi, Penyelidikan dan Inovasi (CPRI) 05 - 450 7754Pusat Alumni 05 - 450 7054 / 7050 / 7051Pusat Kaunseling 05 - 450 6919 / 6774Pusat Kebudayaan 05 - 450 5308 / 5326 / 5426Pusat Keusahawanan & Kebolehpasaran Graduan (EDGE) 05 - 450 5006 / 6887 / 6355Pusat Ko-Kurikulum 05 - 450 7527 / 7700 / 7709Pusat Sukan 05 - 450 7960 / 7965 / 7970Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) 05 - 450 6979 /5005Pusat Islam 05 - 450 7540 / 7545 / 7561Pusat Ulul Albab 05 - 450 6972 / 5036 / 6959/5037Kolej Za’ba 05 - 450 6779 | 05 - 458 3259Kolej Aminuddin Baki 05 - 450 7170 / 7177Kolej Harun Aminurrashid 05 - 450 7783 / 7784 | 05 - 458 1288Kolej Ungku Omar 05 - 450 7164 / 7100Kolej Awang Had Salleh 05 - 450 7087 / 7584 / 7531Unit Kediaman Luar Kampus 05 - 450 5270 / 5272
iiiDirektori TelefonPusat TanggungjawabFAKULTI NO. TELEFONFakulti Bahasa dan Komunikasi 05 - 450 5255 / 5286 / 5277Fakulti Muzik dan Seni Persembahan 05 - 450 5181 / 5515Fakulti Pembangunan Manusia 05 - 450 7501 / 7502 / 7499Fakulti Pengurusan Ekonomi 05 - 450 7188 / 7276 / 7770 / 7775Fakulti Sains dan Matematik 05 - 450 7205 / 7206 / 7519 / 7331Fakulti Sains Kemanusiaan 05 - 450 5047 / 5151 / 5043Fakulti Sains Sukan & Kejurulatihan 05 - 450 7172 / 7160 / 7165Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif 05 - 450 6623 / 5923 / 6645 / 6030Fakulti Teknikal dan Vokasional 05 - 450 6644 / 6161Fakulti Komputeran Dan Meta-Teknologi 05 - 450 6627 / 6643 / 6574 / 6577
P.U. (B) 392AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (PINDAAN) 2024PENETAPAN TARIKH PERMULAAN KUAT KUASAPADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 1(2) Akta Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2024 [Akta A1713], Menteri menetapkan 1 Oktober 2024 sebagai tarikh seksyen 2 dan 3, perenggan 4(a) dan seksyen 5 Akta itu mula berkuat kuasa.Bertarikh 25 September 2024[JPT.S(G)2000/01/07/02 Jld.20 (37); PN(U2)3336]DATO’ SERI DIRAJA DR. ZAMBRY BIN ABD KADIR Menteri Pendidikan Tinggi1
AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI(UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS)(TATATERTIB PELAJAR) 2024SUSUNAN KAEDAHBAHAGIAN IPERMULAANKaedah 1. Nama dan permulaan kuat kuasa 2. TafsiranBAHAGIAN IITATATERTIB AM 3. Larangan am 4. Menghadiri kuliah, tutorial, dsb. 5. Sekatan ke atas penggunaan teks atau rakaman kuliah 6. Plagiarisme dan etika penulisan 7. Kehadiran bagi peperiksaan 8. Kelakuan yang berhubungan dengan peperiksaan 9. Perhimpunan 10. Bendera dan sepanduk 11. Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian, perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi 12. Penerbitan, pengagihan atau pengedaran dokumen 13. Kegiatan pelajar di luar Kampus 14. Pelajar yang melibatkan diri dalam pekerjaan, dsb. yang tidak sesuai 15. Representasi memudaratkan atau mendatangkan mudarat yang berhubungan dengan Universiti 16. Bantahan pelajar terhadap kemasukan orang ke dalam Kampus 17. Bahan kakisan, bahan letupan, senjata berbahaya, dsb. 18. Perjudian di dalam Kampus 19. Bahan yang memabukkan 20. Gangguan seksualP.U.(A) 3382
21. Bahan lucah 22. Dadah dan racun 23. Merokok, menggunakan, menyimpan, dsb., produk tembakau, produk pengganti tembakau, dsb. 24. Kebersihan di dalam Kampus 25. Membuat bising 26. Tempat penginapan atau tempat tidur di dalam Kampus 27. Memasuki bahagian Kampus atau bahagian bangunan Kampus yang dilarang 28. Pakaian pelajar 29. Kad pelajar 30. Kuasa pihak berkuasa tatatertib untuk memberikan perintah, suruhan atau arahan yang berhubungan dengan ketenteraman dan tatatertib Universiti 31. Hukuman tatatertib terus oleh pihak berkuasa tatatertibBAHAGIAN IIITATATERTIB ASRAMA 32. Memasuki atau berada di dalam bilik pelajar menetap 33. Menghalang pekerja Universiti dan orang yang diberi kuasa daripada memasuki dan menjalankan fungsinya, dsb. 34. Berada di luar premis asrama selepas tengah malam 35. Berada di dalam premis asrama selepas tengah malam 36. Menggunakan premis asrama dengan cermat dan larangan kacau ganggu 37. Bertukar bilik tanpa kebenaran terlebih dahulu 38. Berpindah tempat tinggalBAHAGIAN IVTATATERTIB LALU LINTAS JALAN 39. Menyimpan, memiliki atau mempunyai kenderaan motor di dalam Kampus 40. Kenderaan motor hendaklah dipandu hanya di atas jalan raya 41. Meletak kenderaan atau kenderaan motor secara menghalang 42. Menggunakan ruang letak kereta yang diuntukkan 43. Membonceng 44. Pemakaian topi keledar dan tali pinggang keledar 45. Arahan dan isyarat lalu lintas 46. Pengemukaan lesen memandu dan kad pelajar 47. Halangan kepada aliran lalu lintas 48. Kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 sebagai kesalahan tatatertib P.U.(A) 3383
BAHAGIAN VTATACARA TATATERTIB 49. Representasi 50. Akibat tidak membuat representasi 51. Representasi lisan 52. Pengakuan bersalah dan tatacara berikutnya 53. Tatacara apabila pelajar mengaku tidak bersalah 54. Keterangan pelajar 55. Memanggil semula saksi 56. Pengumuman keputusan 57. Tatacara apabila pelajar membuat representasi bertulis 58. Hukuman tatatertib 59. Jagaan dan pelupusan barang kes 60. Nota prosiding tatatertib 61. Daftar prosiding tatatertib 62. Laporan prosiding tatatertib 63. Pembayaran denda 64. Akibat tidak membayar denda 65. Perintah pampasan 66. Orang yang boleh hadir dalam prosiding tatatertibBAHAGIAN VIRAYUAN 67. Notis rayuan 68. Representasi bertulis rayuan 69. Tatacara Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Pelajar 70. Keputusan Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Pelajar 71. Rayuan tidak berkuat kuasa sebagai penggantungan pelaksanaan hukumanBAHAGIAN VIIAM 72. Pengisytiharan kepentingan 73. Penyampaian notis dan dokumen 74. Pembatalan 75. KecualianP.U.(A) 3384
AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI(UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS)(TATATERTIB PELAJAR) 2024PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh Seksyen 16C Akta Universiti Kolej Universiti 1971 (Akta 30), Lembaga Pengarah Universiti Pendidikan Sultan Idris membuat kaedahkaedah yang berikut:BAHAGIAN IPERMULAAN Nama dan permulaan kuat kuasa1. (1) Kaedah-kaedah ini bolehlah dinamakan Kaedah-Kaedah Universiti dan Kolej Universiti (Universiti Pendidikan Sultan Idris) (Tatatertib Pelajar) 2024. (2) Kaedah-Kaedah ini mula berkuat kuasa pada 11 November 2024.Tafsiran2. Dalam Kaedah-Kaedah ini, melainkan jika konteksnya mengkehendaki makna yang lain-“asrama” ertinya apa-apa tempat penginapan, dengan apa-apa jua nama yang dipanggil, yang disediakan oleh Universiti bagi tempat tinggal pelajar;“Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Pelajar” ertinya Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Pelajar yang ditubuhkan oleh Lembaga di bawah seksyen 16B Akta;“Kampus” ertinya Kampus Universiti termasuk semua asrama, institusi dan bangunan Universiti;“kenderaan” ertinya suatu struktur yang boleh bergerak atau digerakkan atau digunakan untuk membawa mana-mana orang atau benda dan yang bersentuhan dengan permukaan bumi apabila bergerak; “kenderaan motor” ertinya tiap-tiap perihalan kenderaan yang digerakkan oleh jentera mekanisme yang terkandung di dalam badan kenderaan itu dan dibina atau disesuaikan supaya boleh digunakan di atas jalan, dan termasuklah apa-apa kenderaan yang ditarik oleh sesuatu kenderaan motor sama ada atau tidak bahagian kenderaan yang ditarik sedemikian menindih atas kenderaan motor yang menariknya;“kesalahan tatatertib” ertinya suatu kesalahan di bawah Kaedah-Kaedah ini;P.U.(A) 3385
“Ketua Asrama” ertinya ketua atau apa-apa nama jua yang diberi kepada seseorang pekerja Universiti yang dilantik sebagai ketua bagi suatu asrama; “Naib Canselor” ertinya Naib Canselor Universiti, dan termasuklah mana-mana orang atau kumpulan orang yang diberi kuasa oleh Naib Canselor untuk bertindak bagi pihaknya; “orang yang diberi kuasa” ertinya mana-mana orang atau kumpulan orang yang diberi kuasa oleh Naib Canselor untuk bertindak bagi pihak Universiti; “pelajar” ertinya seseorang pelajar berdaftar, selain pelajar di institusi bersekutu dengan Universiti, yang mengikuti kursus pengajian, pengajaran, latihan atau penyelidikan daripada apa-apa perihalan pada peringkat persediaan, praijazah, pascaijazah atau pascakedoktoran secara sepenuh masa atau sambilan dalam, oleh atau daripada Universiti, dan termasuklah pelajar pengajian jarak jauh, luar kampus, pertukaran dan tidak berijazah; “pelajar menetap” ertinya seseorang pelajar yang menetap di dalam asrama; “peperiksaan” termasuklah apa-apa cara atau kaedah penilaian yang menyebabkan suatu markah atau gred diberikan bagi sesuatu kursus tertentu atau sebahagian daripada kursus tertentu; “pihak berkuasa tatatertib” ertinya Jawatankuasa Tatatertib Pelajar yang ditubuhkan oleh Lembaga yang disebut dalam seksyen 16B Akta; “prosiding tatatertib” ertinya suatu prosiding tatatertib di bawah Kaedah-Kaedah ini; “Universiti” ertinya Universiti Pendidikan Sultan Idris.BAHAGIAN IITATATERTIB AMLarangan am3. (1) Tiada seorang pun pelajar boleh—(a) berkelakuan, sama ada di dalam Kampus atau di luar Kampus, dengan apa-apa cara yang merosakkan atau mendatangkan mudarat kepada—(i) kepentingan, kesejahteraan, nama baik atau integriti Universiti, mana-mana pelajar atau pekerja Universiti; atau(ii) ketenteraman awam, kesejahteraan atau keselamatan, kemoralan, kesopanan atau tatatertib;(b) melanggar apa-apa peruntukan mana-mana undang-undang bertulis, sama ada di dalam Universiti atau di luar Universiti;P.U.(A) 3386
(b) melanggar apa-apa peruntukan mana-mana undang-undang bertulis, sama ada di dalam Universiti atau di luar Universiti;(c) mengganggu atau campur tangan dalam, atau menyebabkan terganggunya atau cara campur tangan dalam, apa-apa pengajaran, pengajian, penyelidikan, kerja pentadbiran, atau apa-apa kegiatan yang dijalankan oleh atau di bawah arahan atau dengan kebenaran Universiti;(d) mencegah, menghalang atau mengganggu, atau menyebabkan supaya dicegah, dihalang atau diganggu, mana-mana pekerja Universiti atau mana-mana orang yang bertindak di bawah arahan atau kebenaran pekerja itu, daripada menjalankan kerja, kewajipan atau fungsinya;(e) mencegah atau menghalang, atau menyebabkan supaya dicegah atau dihalang, mana-mana pelajar daripada menghadiri mana-mana kuliah, tutorial, kelas atau peperiksaan, atau daripada melakukan apa-apa kegiatan yang dijalankan oleh atau di bawah arahan, atau dengan kebenaran Universiti;(f) menganjur, menghasut atau mengambil bahagian dalam pemboikotan apa-apa kuliah, tutorial, kelas, peperiksaan atau kegiatan lain yang dijalankan oleh atau di bawah arahan, atau dengan kebenaran Universiti;(g) merosak, mengubah, mengusik, mencuri atau tanpa kebenaran yang sah mengalih, atau dengan apa-apa cara menguruskan, apa-apa bahan, objek, barang atau harta Universiti;(h) melakukan apa-apa perbuatan atau menyebabkan apa-apa perbuatan dilakukan di dalam Kampus, bagi menyebabkan atau mungkin menyebabkan berlaku apaapa salah laku, halangan, kesulitan, kegusaran, kerugian atau kecederaan kepada mana-mana orang atau mana-mana badan pelajar di dalam Universiti;(i) melanggar apa-apa arahan atau kehendak Ketua Pustakawan Universiti atau pekerja perpustakaan lain berkenaan dengan penggunaan perpustakaan, bukubuku perpustakaan dan kemudahan lain di dalam perpustakaan; atau(j) melanggar apa-apa arahan atau kehendak orang yang diberi kuasa berkenaan dengan penggunaan mana-mana bahan, objek, barang atau harta di dalam Universiti.(2) Mana-mana pelajar yang melanggar subkaedah (1) melakukan suatu kesalahan tatatertib.Menghadiri kuliah, tutorial dsb.4. (1) Seseorang pelajar hendaklah menghadiri mana-mana kuliah, tutorial, kelas ataupengajaran lain yang berhubungan dengan kursus pengajiannya melainkan jika kebenaran terlebih dahulu berkenaan dengan ketidakhadirannya daripada kuliah, tutorial, kelas atauP.U.(A) 3387
pengajaran itu diperoleh daripada Dekan Fakulti atau ketua Sekolah, Pusat, Akademi atau Institut, mengikut mana-mana yang berkenaan. (2) Jika hal keadaan tidak membenarkan kebenaran terlebih dahulu itu diperoleh, pelajar hendaklah, dengan seberapa segera yang mungkin selepas kuliah, tutorial, kelas atau pengajaran itu, memperoleh kelulusan daripada Dekan Fakulti atau ketua Sekolah, Pusat, Akademi atau Institut, mengikut mana-mana yang berkenaan, berkenaan dengan ketidakhadirannya itu.(3) Mana-mana pelajar yang tidak menghadiri mana-mana kuliah, tutorial, kelas atau pengajaran lain yang berhubungan dengan kursus pengajiannya tanpa memperoleh kebenaran daripada Dekan Fakulti atau ketua Sekolah, Pusat, Akademi atau Institut, mengikut mana-mana yang berkenaan, melakukan suatu kesalahan tatatertib.Sekatan ke atas penggunaan teks atau rakaman kuliah5. (1) Tiada seorang pun pelajar boleh— (a) menggunakan teks atau apa-apa bentuk rakaman kuliah, tutorial, kelas atau pengajaran yang disampaikan kepada pelajar itu di Universiti kecuali bagi maksud mengikuti kursus pengajiannya; atau (b) menghasilkan semula, dengan apa-apa cara, keseluruhan atau mana-mana bahagian teks atau apa-apa bentuk rakaman yang disebut dalam perenggan (a) bagi maksud penerbitan, pengagihan atau pengedaran, sama ada untuk bayaran atau tidak.(2) Walau apa pun subkaedah (1), Naib Canselor boleh mengeluarkan garis panduan yang membenarkan mana-mana pelajar atau apa-apa pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar, untuk membuat salinan teks atau apa-apa bentuk rakaman mana-mana kuliah, tutorial, kelas atau pengajaran di bawah kawalan dan arahan Naib Canselor atau Dekan Fakulti atau ketua Sekolah, Pusat, Akademi atau Institut, sebagaimana yang dibenarkan oleh Naib Canselor, tertakluk kepada syarat sebagaimana yang difikirkan perlu atau suai manfaat oleh Naib Canselor.(3) Mana-mana pelajar yang melanggar subkaedah (1) melakukan suatu kesalahan tatatertib.Plagiarisme dan etika penulisan6. (1) Tiada seorang pun pelajar boleh memplagiat apa-apa idea, penulisan, data atau ciptaan kepunyaan orang lain.(2) Bagi maksud kaedah ini, plagiarisme termasuklah— (a) perbuatan meniru atau mengambil sesuatu idea, penulisan, data atau ciptaan yang dinyatakan dengan jelas dalam bentuk benda, penulisan, data, ciptaanP.U.(A) 3388
atau apa-apa harta intelek kepunyaan orang lain dan mendakwa bahawa idea, penulisan, data atau ciptaan yang dinyatakan dengan jelas dalam bentuk benda, penulisan, data, ciptaan atau harta intelek kepunyaan orang lain itu ialah hasil dapatannya atau ciptaannya sendiri; atau(b) suatu cubaan untuk menonjolkan atau perbuatan menonjolkan, dengan apaapa cara, bahawa pelajar itu ialah sumber asal atau pencipta sesuatu idea, penulisan, data atau ciptaan yang dinyatakan dengan jelas dalam bentuk benda, penulisan, data, ciptaan atau apa-apa harta intelek yang sebenarnya telah diambil daripada mana-mana sumber lain.(3) Tanpa menjejaskan keluasan subkaedah (2), seseorang pelajar memplagiat apabila pelajar itu—(a) menerbitkan, dengan dirinya sebagai pengarang, suatu ringkasan, artikel, kertas saintifik atau akademik, tesis, projek tahun akhir, tugasan atau buku yang keseluruhannya atau sebahagiannya ditulis oleh mana-mana orang lain;(b) menggabungkan dirinya atau membenarkan dirinya digabungkan sebagai pengarang bersama suatu ringkasan, artikel, kertas saintifik atau akademik, tesis, projek tahun akhir, tugasan atau buku, sedangkan pelajar itu tidak langsung membuat apa-apa sumbangan bertulis bagi ringkasan, artikel, kertas saintifik atau akademik, tesis, projek tahun akhir, tugasan atau buku itu;(c) memaksa orang lain untuk memasukkan namanya dalam senarai penyelidik bersama bagi suatu projek penyelidikan tertentu atau dalam senarai pengarang bersama bagi suatu penerbitan sedangkan pelajar itu tidak membuat apa-apa sumbangan yang boleh melayakkan dirinya sebagai penyelidik bersama atau pengarang bersama;(d) memetik data akademik yang merupakan hasil penyelidikan yang dijalankan oleh mana-mana orang lain, seperti dapatan makmal atau dapatan kerja lapangan atau data yang diperoleh melalui penyelidikan perpustakaan, sama ada yang diterbitkan atau tidak diterbitkan, dan menggabungkan data itu sebagai sebahagian daripada penyelidikan akademiknya tanpa memberikan pengiktirafan yang sewajarnya kepada sumber asal;(e) menggunakan data penyelidikan yang diperoleh melalui kerja usaha sama dengan mana-mana orang lain, sama ada atau tidak orang lain itu ialah pekerja Universiti atau pelajar Universiti, sebagai sebahagian daripada penyelidikan akademik peribadinya yang lain yang berbeza, atau bagi penerbitan atas namanya sendiri sebagai pengarang tunggal, tanpa memperoleh keizinan daripada penyelidik bersamanya sebelum memulakan penyelidikannya sendiri atau sebelum menerbitkan data itu;P.U.(A) 3389
(f) menyalin idea atau karya orang lain yang disimpan dalam apa-apa jua bentuk, sama ada secara bertulis, bercetak atau tersedia dalam bentuk elektronik, atau dalam bentuk slaid, atau dalam apa-apa jua bentuk pengajaran atau perkakas penyelidikan, atau dalamapa-apa bentuk lain, dan mendakwa sama ada secara langsung atau tidak langsung bahawa dia ialah pencipta idea atau karya itu;(g) menterjemahkan penulisan atau karya orang lain daripada satu bahasa ke dalam bahasa lain sama ada atau tidak secara keseluruhan atau sebahagian, dan kemudian mengemukakan terjemahan itu dalam apa-apa jua bentuk atau cara sebagai hasil penulisan atau karya asalnya sendiri; atau(h) memetik idea daripada penulisan atau karya seseorang lain dan membuat ubah suaian tertentu tanpa menyebut dengan sewajarnya sumber asal dan menyusunnya semula dengan apa-apa cara sehingga kelihatan seolah-olah pelajar itu ialah pencipta idea itu.(4) Naib Canselor boleh, dengan keizinan Senat, mengeluarkan garis panduan berkenaan dengan plagiarisme.(5) Mana-mana pelajar yang melanggar subkaedah (1) melakukan suatu kesalahan tatatertib.Kehadiran bagi peperiksaan7. (1) Jika kursus pengajian seseorang pelajar menghendaki kehadiran pelajar itu bagi sesuatu peperiksaan dan pelajar itu tidak selainnya dihalang daripada menduduki peperiksaan itu, pelajar itu hendaklah hadir bagi peperiksaan itu melainkan jika kebenaran terlebih dahulu daripada Dekan Fakulti atau ketua Sekolah, Pusat, Akademi atau Institut, mengikut mana-mana yang berkenaan, telah diperoleh.(2) Jika hal keadaan tidak membenarkan kebenaran terlebih dahulu itu diperoleh, pelajar hendaklah, dengan seberapa segera yang mungkin selepas peperiksaan itu, memperoleh kebenaran daripada Dekan Fakulti atau ketua Sekolah, Pusat, Akademi atau Institut, mengikut mana-mana yang berkenaan, berkenaan dengan ketidakhadirannya itu.(3) Mana-mana pelajar yang tidak dihalang daripada menduduki sesuatu peperiksaan tetapi tidak menduduki peperiksaan itu tanpa memperoleh kebenaran daripada Dekan Fakulti atau ketua Sekolah, Pusat, Akademi atau Institut, mengikut mana-mana yang berkenaan, melakukan suatu kesalahan tatatertib.Kelakuan yang berhubungan dengan peperiksaan 8. (1) Tiada seorang pun pelajar boleh—(a) membawa apa-apa buku, kertas, dokumen, gambar, peranti elektronik atau benda lain ke dalam bilik peperiksaan melainkan jika dibenarkan oleh penyelia peperiksaan;P.U.(A) 33810
(b) membawa apa-apa buku, kertas, dokumen, gambar, peranti elektronik atau benda lain keluar dari bilik peperiksaan tanpa kebenaran penyelia peperiksaan kecuali buku, kertas, dokumen, gambar, peranti elektronik atau benda lain yang telah terlebih dahulu dibenarkan dibawa masuk ke dalam bilik peperiksaan di bawah perenggan (a);(c) menerima apa-apa buku, kertas, dokumen, gambar, peranti elektronik atau benda lain daripada mana-mana orang lain semasa berada di dalam bilik peperiksaan melainkan jika dibenarkan oleh penyelia peperiksaan;(d) menulis, atau mendapatkan orang lain untuk menulis, apa-apa maklumat atau gambar rajah yang mungkin berkaitan dengan peperiksaan yang didudukinya, di atas mana-mana bahagian tubuh badannya, pakaiannya atau benda lain;(e) berkomunikasi dengan mana-mana pelajar atau orang lain semasa sesuatu peperiksaan sedang berjalan melalui apa-apa jua cara, melainkan jika dibenarkan oleh penyelia peperiksaan; atau(f) menipu atau meniru, cuba untuk menipu atau cuba untuk meniru, atau berkelakuan mengikut cara yang boleh ditafsirkan sebagai menipu atau meniru, dalam sesuatu peperiksaan.(2) Walau apa pun subkaedah (1), seseorang pelajar boleh, semasa dia berada di dalam bilik peperiksaan, menerima daripada penyelia peperiksaan apa-apa buku, kertas, dokumen, gambar, peranti elektronik atau benda lain yang disyorkan oleh pemeriksa dan diluluskan oleh Naib Canselor.(3) Bagi maksud kaedah ini, “bilik peperiksaan” ertinya suatu tempat atau medium dalam talian yang ditentukan oleh Senat dan digunakan untuk pelajar menjalani peperiksaan.(4) Mana-mana pelajar yang melanggar subkaedah (1) melakukan suatu kesalahan tatatertib.Perhimpunan9. (1) Seseorang pelajar, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar boleh mengadakan, menganjurkan atau terlibat dalam suatu perhimpunan, dalam mana-mana bahagian Kampus jika—(a) perhimpunan itu diadakan dan dianjurkan tidak melanggar apa-apa arahan, sekatan, terma atau syarat yang dinyatakan di dalam kebenaran yang dikeluarkan oleh Naib Canselor; dan (b) peserta perhimpunan itu— (i) tidak melakukan apa-apa perbuatan atau membuat apa-apa pernyataan yang berkecenderungan untuk mewujudkan atau menggalakkan perasaan niatP.U.(A) 33811
jahat atau permusuhan dalam kalangan pelajar, pekerja Universiti atau mana-mana orang lain; dan(ii) tidak membuat apa-apa yang mengganggu ketenangan, ketenteraman dan kesejahteraan Universiti dan orang awam. (2) Mana-mana pelajar yang melanggar subkaedah (1) melakukan suatu kesalahan tatatertib.Bendera dan sepanduk10. (1) Tiada seorang pun pelajar, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar, boleh—(a) membuat atau menyebabkan supaya dibuat atau melakukan apa-apa perbuatan untuk membuat atau menyebabkan supaya dibuat;(b) mengibar, menunjukkan, mempamer atau menggunakan, atau menyebabkan supaya dikibar, ditunjukkan, dipamer atau menggunakan; atau(c) memiliki atau mempunyai dalam milikannya, jagaannya atau kawalannya, apa-apa bendera, sepanduk, plakad, poster, lambang atau peranti lain yang boleh menyebabkan keadaan tidak berdisiplin, kekacauan, keingkaran atau pelanggaran KaedahKaedah ini.(2) Mana-mana pelajar yang melanggar subkaedah (1) melakukan suatu kesalahan tatatertib. Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian, perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi11. (1) Tiada seorang pun pelajar, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar boleh menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian, perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi bagi maksud memulakan apa-apa komen, permintaan, cadangan, pengagihan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, menjijikkan, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut, menyinggung atau mengganggu mana-mana orang. (2) Mana-mana pelajar yang melanggar subkaedah (1) melakukan suatu kesalahan tatatertib.Penerbitan, pengagihan atau pengedaran dokumen12. (1) Tiada seorang pun pelajar, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar, boleh menerbitkan, mengagihkan atau mengedarkan apa-apa dokumen di dalam Kampus atau di luar Kampus tanpa kebenaran secara bertulis terlebih dahulu Naib Canselor.(2) Dalam memberikan kebenaran di bawah subkaedah (1), Naib Canselor boleh mengenakan apa-apa sekatan, terma atau syarat sebagaimana yang difikirkan perlu atau suai manfaat.P.U.(A) 33812
(3) Kebenaran yang dikehendaki di bawah subkaedah (1) ini hendaklah sebagai tambahan kepada apa-apa lesen, permit atau apa-apa bentuk lain pemberikuasaan yang dikehendaki di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain.(4) Bagi maksud subkaedah (1), “dokumen” termasuklah apa-apa penerbitan bercetak dan elektronik.(5) Mana-mana pelajar yang melanggar subkaedah (1) atau apa-apa sekatan, terma atau syarat yang dikenakan Naib Canselor dalam subkaedah (2) melakukan suatu kesalahan tatatertib.Kegiatan pelajar di luar Kampus13. (1) Tiada seorang pun pelajar, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar, boleh menganjurkan, menjalankan atau menyertai apa-apa kegiatan di luar Kampus yang mendatangkan kesan yang buruk kepada Universiti atau yang mendatangkan mudarat kepada kepentingan Universiti.(2) Naib Canselor boleh mengeluarkan garis panduan berkenaan dengan kegiatan yang mendatangkan mudarat kepada kepentingan Universiti.(3) Mana-mana pelajar yang melanggar subkaedah (1) melakukan suatu kesalahan tatatertib.Pelajar yang melibatkan diri dalam pekerjaan, dsb. yang tidak sesuai14. (1) Tiada seorang pun pelajar boleh, di dalam Kampus atau di luar Kampus, melibatkan diri dalam apa-apa pekerjaan, penggajian, perniagaan, perdagangan atau kegiatan lain, sama ada secara sepenuh masa atau sambilan, yang pada pendapat Naib Canselor adalah tidak sesuai.(2) Mana-mana pelajar yang melanggar subkaedah (1) melakukan suatu kesalahan tatatertib.Representasi memudaratkan atau mendatangkan mudarat yang berhubungan dengan Universiti15. (1) Tiada seorang pun pelajar, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar boleh, membuat apa-apa representasi atau komunikasi lain, sama ada secara lisan atau bertulis, berhubung dengan apa-apa perkara mengenai Universiti, pekerja Universiti atau pelajar Universiti, yang memudaratkan atau yang mendatangkan mudarat kepada Universiti, dalam perjalanan apa-apa kuliah, ucapan atau pernyataan awam atau dalam apa-apa penyiaran melalui bunyi atau gambar.(2) Mana-mana pelajar yang melanggar subkaedah (1) melakukan suatu kesalahan tatatertib.P.U.(A) 33813
Bantahan pelajar terhadap kemasukan orang ke dalam Kampus16. (1) Tiada seorang pun pelajar, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar, boleh membuat apa-apa bantahan, sama ada secara lisan atau bertulis, terhadap—(a) kemasukan mana-mana orang, badan atau kumpulan orang ke dalam Kampus atau kehadiran mana-mana orang, badan atau kumpulan orang di dalam Kampus yang telah diberikan kebenaran oleh Naib Canselor untuk masuk ke dalam Kampus atau hadir di dalam Kampus; atau(b) larangan masuk mana-mana orang, badan atau kumpulan orang ke dalam Kampus atau pembuangan mana-mana orang, badan atau kumpulan orang dari Kampus.(2) Mana-mana pelajar yang melanggar subkaedah (1) melakukan suatu kesalahan tatatertib.Bahan kakisan, bahan letupan, senjata berbahaya, dsb.17. (1) Tiada seorang pun pelajar boleh mempunyai dalam milikannya, jagaannya atau kawalannya apa-apa bahan kakisan, bahan letupan, senjata berbahaya atau gas beracun di dalam Kampus.(2) Bagi maksud kaedah ini, “bahan kakisan”, “bahan letupan” dan “senjata berbahaya” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 [Akta 357].(3) Mana-mana pelajar yang melanggar subkaedah (1) melakukan suatu kesalahan tatatertib.Perjudian di dalam Kampus18. (1) Tiada seorang pun pelajar, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar, boleh menganjurkan, menguruskan, menjalankan atau membantu dalam menganjurkan, menguruskan atau menjalankan, atau menyertai apa-apa perjudian di dalam Kampus.(2) Tiada seorang pun pelajar boleh membekal, memiliki atau menyimpan apa-apa juga jenis perjudian atau apa-apa peralatan atau benda yang digunakan untuk perjudian atau bertanggungjawab bagi menganjurkan apa-apa jenis perjudian di dalam Kampus.(3) Bagi maksud kaedah ini, “perjudian” ertinya bermain apa-apa permainan beradu nasib, atau gabungan beradu nasib dan kemahiran, bagi mendapatkan wang atau nilai wang, dan termasuklah apa-apa pertaganan, pertaruhan atau loteri.(4) Mana-mana pelajar yang melanggar subkaedah (1) atau (2) melakukan suatu kesalahan tatatertib.P.U.(A) 33814
Bahan yang memabukkan19. (1) Tiada seorang pun pelajar boleh—(a) mengguna, minum atau mempunyai dalam milikannya, jagaannya atau kawalannya, apa-apa bahan yang memabukkan di dalam Kampus; atau(b) berada dalam keadaan mabuk di bawah pengaruh bahan yang memabukkan di dalam Kampus.(2) Bagi maksud kaedah ini, “bahan yang memabukkan” ertinya apa-apa bahan yang pada bila-bila masa dan tidak kira bagaimana sekalipun penggunaannya boleh menyebabkan mabuk atau menjejaskan pertimbangan atau hilang kewarasan.(3) Mana-mana pelajar yang melanggar subkaedah (1) melakukan suatu kesalahan tatatertib.Gangguan seksual20. (1) Tiada seorang pun pelajar boleh melakukan gangguan seksual terhadap orang lain, sama ada di dalam Kampus atau di luar Kampus.(2) Pelakuan sesuatu perbuatan seksual kepada orang lain tidak terhad kepada pelakuan perbuatan itu di dalam Kampus selagi perlakuan itu merosakkan atau mencemarkan nama baik Universiti.(3) Bagi maksud kaedah ini, “gangguan seksual” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Antigangguan Seksual 2022 [Akta 840].(4) Mana-mana pelajar yang melanggar subkaedah (1) melakukan suatu kesalahan tatatertib.Bahan lucah21. (1) Tiada seorang pun boleh, mempunyai dalam milikannya, jagaannya atau kawalannya apa-apa bahan lucah di dalam Kampus.(2) Subkaedah (1) tidak terpakai jika milikan, jagaan atau kawalan apa-apa bahan lucah adalah relevan bagi maksud kursus pengajian.(3) Tiada seorang pun pelajar, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar boleh mengagihkan, mengedarkan atau menunjukkan, atau menyebabkan supaya diagihkan, diedarkan atau ditunjukkan, atau dengan apa-apa cara terlibat dalam pengagihan, pengedaran atau penunjukan, apa-apa bahan lucah di dalam Kampus.(4) Seseorang pelajar, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar hendaklah disifatkan mengagihkan, mengedarkan atau menunjukkan suatu bahan lucah, tanpa mengira sama ada pengagihan, pengedaran atau penunjukan itu adalah—P.U.(A) 33815
(a) kepada satu orang sahaja atau kepada lebih daripada satu orang; atau(b) untuk mendapatkan apa-apa bayaran atau balasan lain.(5) Mana-mana pelajar yang melanggar subkaedah (1) atau (3) melakukan suatu kesalahan tatatertib.Dadah dan racun22. (1) Tiada seorang pun pelajar boleh—(a) mempunyai dalam milikannya, jagaannya atau kawalannya apa-apa dadah atau racun;(b) memberikan, membekalkan atau menyediakan, atau menawarkan atau cuba memberikan, membekalkan atau menyediakan apa-apa dadah atau racun kepada mana-mana orang;(c) menghisap atau selainnya mengambil apa-apa dadah atau racun;(d) mempunyai dalam milikannya, jagaannya atau kawalannya apa-apa perkakas, alatan, radas atau barang yang direka bentuk atau diniatkan untuk digunakan bagi memproses, mengambil, meminum, menghisap, menyedut atau memasukkan ke dalam badannya, apa-apa dadah atau racun; atau(e) berada di bawah pengaruh mana-mana dadah atau racun.(2) Tiada apa-apa jua dalam kaedah ini boleh disifatkan sebagai menghalang seseorang pelajar daripada menjalani apa-apa rawatan perubatan yang melibatkan apa-apa dadah atau racun sebagaimana yang dipreskripsi oleh pengamal perubatan yang berdaftar di bawah Akta Perubatan 1971 [Akta 50].(3) Seseorang pelajar yang disyaki telah mengambil apa-apa dadah hendaklah menyerah dirinya bagi maksud ujian air kencing apabila dikehendaki oleh Naib Canselor atau pihak berkuasa tatatertib.(4) Bagi maksud kaedah ini—(a) “mengambil” dengan variasi gramatis ertinya makan, mengunyah, menghisap, menelan minum, menyedut, atau memasukkan ke dalam badan dalam apa-apa cara atau melalui apa-apa cara jua;(b) “dadah” ertinya apa-apa dadah atau bahan sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama kepada Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234]; dan(c) “racun” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Racun 1952 [Akta 366].P.U.(A) 33816
(5) Mana-mana pelajar yang melanggar subkaedah (1) atau (3) melakukan suatu kesalahan tatatertib.Merokok, menggunakan, menyimpan, dsb., produk tembakau, produk pengganti tembakau, dsb.23. (1) Tiada seorang pun pelajar boleh—(a) merokok, menggunakan, menyimpan, mengagih, menawarkan atau membekal apa-apa produk tembakau, produk pengganti tembakau, bahan merokok atau peranti merokok di dalam Kampus;(b) memiliki dalam jagaannya atau kawalannya apa-apa produk tembakau, produk pengganti tembakau, bahan merokok atau peranti merokok di dalam Kampus; atau(c) cuba untuk merokok, menggunakan, menyimpan, mengagih, menawarkan atau membekalkan apa-apa produk tembakau, produk pengganti tembakau, bahan merokok atau peranti merokok di dalam Kampus.(2) Bagi maksud kaedah ini, peranti merokok termasuklah rokok elektronik, peranti pengewapan elektrik dan hukah.(3) Mana-mana pelajar yang melanggar subkaedah (1) melakukan suatu kesalahan tatatertib.Kebersihan di dalam Kampus24. (1) Tiada seorang pun pelajar boleh melakukan apa-apa tindakan yang boleh menjejaskan kebersihan dan kekemasan mana-mana asrama, mana-mana tempat penginapan seseorang pelajar di dalam Kampus, dewan kuliah, jalan, kawasan atau mana-mana bahagian lain Kampus.(2) Mana-mana pelajar yang melanggar subkaedah (1) melakukan suatu kesalahan tatatertib.Membuat bising25. (1) Tiada seorang pun pelajar boleh membuat apa-apa bunyi atau bising, atau menyebabkan apa-apa bunyi atau bising dikeluarkan, dengan apa-apa cara, jika bunyi atau bising itu boleh secara munasabahnya menyebabkan kegusaran atau gangguan kepada manamana orang di dalam Kampus.(2) Subkaedah (1) tidak terpakai jika apa-apa bunyi atau bising yang dibuat adalah bagi maksud yang berkaitan dengan kursus pengajian dan di tempat yang sesuai yang diluluskan oleh Universiti.(3) Mana-mana pelajar yang melanggar subkaedah (1) melakukan suatu kesalahan tatatertib.P.U.(A) 33817
Tempat penginapan atau tempat tidur di dalam Kampus26. (1) Tiada seorang pun pelajar boleh menggunakan atau menyebabkan supaya digunakan mana-mana bahagian Kampus atau mana-mana bahagian mana-mana bangunan di dalam Kampus sebagai tempat penginapan atau tempat tidur, kecuali tempat penginapan yang disediakan untuknya di dalam asrama oleh Universiti.(2) Mana-mana pelajar yang melanggar subkaedah (1) melakukan suatu kesalahan tatatertib.Memasuki bahagian Kampus atau bahagian bangunan Kampus yang dilarang27. (1) Tiada seorang pun pelajar boleh masuk ke dalam mana-mana bahagian Kampus atau mana-mana bahagian mana-mana bangunan di dalam Kampus yang telah ditetapkan atau diperintahkan oleh Naib Canselor sebagai dilarang bagi apa-apa kemasukan oleh manamana pelajar atau golongan pelajar untuk—(a) suatu tempoh spesifik sebagaimana yang dinyatakan dalam pemberitahuan atau perintah; atau(b) sehingga pemberitahuan atau perintah itu diganti atau dibatalkan.(2) Mana-mana pelajar yang melanggar subkaedah (1) melakukan suatu kesalahan tatatertib.Pakaian pelajar28. (1) Seseorang pelajar hendaklah berpakaian dengan sopan dan sesuai semasa menghadiri kuliah, tutorial, kelas, peperiksaan, bengkel atau semasa terlibat atau menghadiri apa-apa kegiatan di dalam Kampus.(2) Seseorang pelajar hendaklah mematuhi apa-apa arahan bertulis yang dikeluarkan oleh Naib Canselor yang berhubungan dengan cara berpakaian pelajar di dalam Kampus.(3) Mana-mana pelajar yang melanggar subkaedah (1) melakukan suatu kesalahan tatatertibKad pelajar29. (1) Seseorang pelajar hendaklah mempamerkan kad pelajar sepanjang masa ketika berada di dalam Kampus.(2) Mana-mana pelajar yang tidak atau enggan mempamerkan atau menunjukkan kad pelajar apabila diminta oleh pihak berkuasa tatatertib atau mana-mana pekerja yang diberi kuasa oleh Universiti melakukan suatu kesalahan tatatertib.P.U.(A) 33818
Kuasa pihak berkuasa tatatertib untuk memberikan perintah, suruhan atau arahan yang berhubungan dengan ketenteraman dan tatatertib Universiti30. (1) Pihak berkuasa tatatertib boleh, dari semasa ke semasa, mengeluarkan sama ada secara lisan atau bertulis apa-apa perintah, suruhan atau arahan sebagaimana yang difikirkannya perlu atau suai manfaat untuk memelihara ketenteraman dan tatatertib Universiti termasuk tatatertib asrama, tatatertib lalu lintas jalan, tatatertib di dalam perpustakaan dan tatatertib di dalam Kampus.(2) Perintah, suruhan atau arahan itu boleh, secara amnya, berhubung dengan semua pelajar atau sesuatu golongan atau seorang pelajar tertentu, dan hendaklah menjadi kewajipan tiap-tiap pelajar untuk mematuhi dan melaksanakan perintah, suruhan atau arahan itu.(3) Mana-mana pelajar yang melanggar mana-mana perintah, suruhan atau arahan yang dikeluarkan di bawah subkaedah (1) melakukan suatu kesalahan tatatertib.Hukuman tatatertib terus oleh pihak berkuasa tatatertib31. (1) Pihak berkuasa tatatertib boleh menurut budi bicaranya, sebagai ganti mengambil prosiding tatatertib di bawah Bahagian V, mengenakan hukuman tatatertib terus dengan amaran atau denda tidak melebihi lima ratus ringgit ke atas mana-mana pelajar yang melakukan suatu kesalahan tatatertib di bawah perenggan 3(1)(i) dan kaedah 23, 24, 25, 26, 27, 28, 29, 30, 34, 35, 36, 37, 38, 39, 40, 41, 42, 43, 44, 45, 46 dan 47 di hadapan, atau yang dilihat oleh pihak berkuasa tatatertib.(2) Pihak berkuasa tatatertib hendaklah, sebelum hukuman dikenakan ke atas pelajar itu, memaklumkan pelajar itu tentang kesalahan tatatertib yang dilakukan oleh pelajar itu dan memberi pelajar itu suatu peluang untuk membuat, dengan segera, representasi lisan berkenaan dengan kesalahan tatatertib itu.(3) Apabila hukuman yang disebut dalam subkaedah (1) dikenakan, pihak berkuasa tatatertib hendaklah dengan serta-merta menyerahkan kepada pelajar itu suatu notis pengenaan hukuman dalam apa-apa bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh pihak berkuasa tatatertib.(4) Kaedah 63 dan 64 hendaklah terpakai jika hukuman yang dikenakan di bawah subkaedah (3) ialah denda.BAHAGIAN IIITATATERTIB ASRAMAMemasuki atau berada di dalam bilik pelajar menetap32. (1) Tiada seorang pun pelajar menetap boleh membenarkan mana-mana pelajar, orang atau kumpulan pelajar yang lain memasuki mana-mana bilik di dalam asrama yang diduduki oleh seseorang pelajar menetap.P.U.(A) 33819
(2) Subkaedah (1) tidak terpakai bagi—(a) orang yang diberi kuasa yang memasuki bilik itu bagi maksud menjalankan fungsi, kewajipan atau tanggungjawabnya;(b) seseorang yang memasuki bilik itu mengikut apa-apa kebenaran bertulis yang diberikan oleh atau bagi pihak Ketua Asrama; dan(c) seseorang pelajar menetap daripada jantina yang sama yang memasuki manamana bilik di dalam asrama untuk lawatan sosial.(3) Mana-mana pelajar menetap yang melanggar subkaedah (1) melakukan suatu kesalahan tatatertib.Menghalang pekerja Universiti dan orang yang diberi kuasa daripada memasuki dan menjalankan fungsinya, dsb.33. (1) Tiada seorang pun pelajar menetap boleh menghalang atau mencegah mana-mana pekerja Universiti atau orang yang diberi kuasa daripada memasuki bilik pelajar menetap itu bagi menjalankan fungsi, kewajipan atau tanggungjawabnya.(2) Mana-mana pelajar menetap yang melanggar subkaedah (1) melakukan suatu kesalahan tatatertib.Berada di luar premis asrama selepas tengah malam34. (1) Tiada seorang pun pelajar menetap boleh berada di luar premis asrama selepas tengah malam kecuali dengan kebenaran bertulis yang diberikan oleh atau bagi pihak Ketua Asrama.(2) Mana-mana pelajar menetap yang melanggar subkaedah (1) melakukan suatu kesalahan tatatertib.Berada di dalam premis asrama selepas tengah malam35. (1) Tiada seorang pun pelajar boleh, selain pelajar menetap, berada di dalam premis asrama selepas tengah malam kecuali dengan kebenaran bertulis yang diberikan oleh atau bagi pihak Ketua Asrama.(2) Mana-mana pelajar yang melanggar subkaedah (1) melakukan suatu kesalahan tatatertib.Menggunakan premis asrama dengan cermat dan larangan kacau ganggu36. (1) Seseorang pelajar menetap—(a) hendaklah menggunakan premis asrama dengan penjagaan yang sepatutnya; dan(b) tidak boleh melakukan apa-apa jua yang boleh mencacati, merosakkan atau P.U.(A) 33820
menyebabkan apa-apa kerosakan lain kepada mana-mana bahagian kawasan atau bangunan atau kepada apa-apa barang atau lekapan dalamnya.(2) Seseorang pelajar menetap hendaklah, semasa menggunakan premis dan kemudahan asrama, mengambil segala langkah berhati-hati bagi memastikan bahawa penggunaan itu tidak menyebabkan apa-apa kesulitan, kegusaran, halangan atau kacau ganggu kepada manamana orang lain.(3) Mana-mana pelajar menetap yang melanggar subkaedah (1) atau (2) melakukan suatu kesalahan tatatertib.Bertukar bilik tanpa kebenaran terlebih dahulu37. (1) Tiada seorang pun pelajar menetap boleh bertukar bilik yang telah diuntukkan kepadanya di asrama ke mana-mana bilik lain tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu yang diberikan oleh atau bagi pihak Ketua Asrama.(2) Mana-mana pelajar menetap yang melanggar subkaedah (1) melakukan suatu kesalahan tatatertib.Berpindah tempat tinggal38. (1) Seseorang pelajar menetap hendaklah menetap di asrama menurut budi bicara Universiti.(2) Universiti boleh menghendaki seseorang pelajar menetap untuk mengosongkan biliknya di asrama atau memindahkan pelajar menetap itu ke bilik lain di asrama yang sama atau di asrama yang lain pada bila-bila masa tanpa apa-apa alasan.(3) Jika seseorang pelajar menetap dikehendaki mengosongkan biliknya di asrama itu atau dipindahkan di bawah subkaedah (2), pelajar menetap itu hendaklah dalam masa yang dinyatakan oleh Universiti mengalihkan semua barang kepunyaannya daripada bilik yang dikehendaki untuk dikosongkan itu.(4) Mana-mana pelajar menetap yang melanggar subkaedah (3) melakukan suatu kesalahan tatatertib.BAHAGIAN IVTATATERTIB LALU LINTAS JALANMenyimpan, memiliki atau mempunyai kenderaan motor di dalam Kampus39. (1) Seseorang pelajar boleh menyimpan, mempunyai dalam milikannya atau mempunyai apa-apa kenderaan motor di dalam Kampus selepas membuat suatu permohonan dan memperoleh kebenaran bertulis daripada Naib Canselor .(2) Permohonan dan kebenaran bertulis di bawah subkaedah (1) hendaklah dalam apaapa bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Naib CanselorP.U.(A) 33821
(3) Permohonan bagi kebenaran bertulis di bawah subkaedah (1) hendaklah mengandungi maklumat tetapi tidak terhad kepada—(a) perihalan kenderaan motor itu;(b) lesen kenderaan motor yang sah;(c) polisi insurans yang sah berkenaan dengan kenderaan motor itu;(d) lesen memandu sah pemohon itu; dan(e) kad pelajar pemohon itu.(4) Tertakluk kepada subkaedah (1), Naib Canselor boleh memberikan kebenaran bertulis kepada pelajar untuk suatu tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh Naib Canselor dan kebenaran bertulis itu hendaklah pada setiap masa dipamerkan di tempat yang mudah dilihat pada kenderaan motor itu.(5) Seseorang pelajar boleh memohon kepada Naib Canselor untuk pembaharuan kebenaran bertulis dan subkaedah (1) dan (2) hendaklah terpakai mutatis mutandis bagi sesuatu permohonan untuk pembaharuan itu.(6) Naib Canselor boleh memberikan pembaharuan kebenaran bertulis itu bagi suatu tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh Naib Canselor.(7) Jika Naib Canselor berpuas hati bahawa pelajar itu melanggar mana-mana peruntukan Kaedah-Kaedah ini atau adalah suatu yang bertentangan dengan kepentingan Universiti untuk pelajar itu memegang kebenaran bertulis itu, Naib Canselor boleh—(a) menolak untuk memberikan kebenaran bertulis itu;(b) menolak pembaharuan kebenaran bertulis itu; atau(c) membatalkan apa-apa kebenaran bertulis yang diberikan.(8) Mana-mana pelajar yang menyimpan, mempunyai dalam milikannya atau mempunyai apa-apa kenderaan motor di dalam Kampus tanpa kebenaran bertulis daripada Naib Canselor melakukan suatu kesalahan tatatertib.Kenderaan motor hendaklah dipandu hanya di atas jalan raya40. (1) Tiada seorang pun pelajar boleh memandu suatu kenderaan motor di dalam Kampus selain di bahagian jalan yang digunakan sebagai jalan bagi laluan kenderaan motor.(2) Mana-mana pelajar yang melanggar subkaedah (1) melakukan suatu kesalahan tatatertib.P.U.(A) 33822
Meletak kenderaan atau kenderaan motor secara menghalang41. (1) Tiada seorang pun pelajar boleh meletak apa-apa kenderaan atau kenderaan motor di mana-mana tempat atau dalam apa-apa cara yang boleh menyebabkan bahaya, halangan atau kesulitan kepada mana-mana orang, kenderaan atau kenderaan motor lain di dalam Kampus.(2) Mana-mana pelajar yang melanggar subkaedah (1) melakukan suatu kesalahan tatatertib.Menggunakan ruang letak kereta yang diuntukkan42. (1) Tiada seorang pun pelajar boleh meletakkan apa-apa kenderaan atau kenderaan motor lain di ruang letak kereta yang diuntukkan bagi kenderaan atau kenderaan motor tertentu.(2) Mana-mana pelajar yang melanggar subkaedah (1) melakukan suatu kesalahan tatatertib.Membonceng43. (1) Tiada seorang pun pelajar yang menunggang motosikal di dalam Kampus boleh—(a) membawa lebih daripada seorang pembonceng di atas motosikal itu; atau(b) membawa seseorang pembonceng melainkan jika pembonceng itu duduk membonceng motosikal itu di belakang tempat duduk penunggang di atas tempat duduk yang direka bentuk dengan sempurna yang dipasang dengan kukuh pada motosikal itu.(2) Tiada seorang pun pelajar boleh membenarkan dirinya membonceng di atas motosikal yang ditunggang oleh mana-mana orang dengan melanggar subkaedah (1).(3) Mana-mana pelajar yang melanggar subkaedah (1) atau (2) melakukan suatu kesalahan tatatertib.Pemakaian topi keledar dan tali pinggang keledar44. (1) Tiada seorang pun pelajar boleh— (a) menunggang atau membonceng motosikal di dalam Kampus tanpa memakai topi keledar; atau(b) berada dalam kenderaan motor yang bergerak di dalam Kampus tanpa memakai tali pinggang keledar.(2) Mana-mana pelajar yang melanggar subkaedah (1) melakukan suatu kesalahan tatatertib.P.U.(A) 33823
Arahan dan isyarat lalu lintas45. (1) Seseorang pelajar hendaklah mematuhi—(a) semua arahan lalu lintas dalam bentuk apa-apa perintah, suruhan atau arahanyang diberikan oleh orang yang diberi kuasa semasa menggunakan jalan, kenderaan atau kenderaan motor di dalam Kampus; dan(b) semua isyarat lalu lintas dalam bentuk apa-apa isyarat, tiang isyarat amaran, tiang isyarat arah, tanda atau peranti yang didirikan atau disediakan di atas atau berhampiran dengan jalan sebagai makluman, panduan atau tanda arah bagi menggunakan jalan itu.(2) Mana-mana pelajar yang melanggar subkaedah (1) melakukan suatu kesalahan tatatertib.Pengemukaan lesen memandu dan kad pelajar46. (1) Mana-mana pelajar yang memandu, yang bertanggungjawab ke atas atau yang mempunyai kawalan ke atas suatu kenderaan motor semasa di dalam Kampus hendaklah mengemukakan suatu lesen memandu yang sah dan kad pelajarnya apabila diarahkan oleh orang yang diberi kuasa.(2) Mana-mana pelajar yang melanggar subkaedah (1) melakukan suatu kesalahan tatatertib.Halangan kepada aliran lalu lintas47. (1) Tiada seorang pun pelajar boleh berkelakuan dengan apa-apa cara, atau melakukan apa-apa perbuatan, yang menghalang atau mengganggu pergerakan lalu lintas yang lancar dan teratur di dalam Kampus.(2) Mana-mana pelajar yang melanggar subkaedah (1) melakukan suatu kesalahan tatatertib.Kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 sebagai kesalahan tatatertib48. Seseorang pelajar melakukan suatu kesalahan tatatertib di bawah Kaedah-Kaedah ini jika pelajar itu melakukan apa-apa perbuatan di dalam Kampus yang merupakan suatu kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333] atau mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.BAHAGIAN VTATACARA TATATERTIBRepresentasi49. (1) Jika seseorang pelajar dikatakan telah melakukan suatu kesalahan tatatertib di bawah Kaedah-Kaedah ini, pihak berkuasa tatatertib hendaklah memberikan suatu notis bertulis kepada pelajar yang mengandungi kesalahan tatatertib yang dikatakan itu, fakta kes,P.U.(A) 33824
hukuman atau denda maksimum yang boleh dikenakan dan alasan bagi tindakan yang dicadangkan diambil terhadap pelajar itu.(2) Notis yang disebut dalam subkaedah (1) hendaklah menyatakan hak pelajar itu untuk membuat suatu representasi lisan atau representasi bertulis berkenaan dengan kesalahan tatatertib yang dikatakan itu dalam tempoh dan mengikut cara sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu.(3) Pelajar itu hendaklah mempunyai hak untuk diwakili oleh seseorang pekerja Universiti atau pelajar lain Universiti itu dalam prosiding tatatertib yang diambil terhadap pelajar itu.Akibat tidak membuat representasi50. Jika seseorang pelajar tidak hadir di hadapan pihak berkuasa tatatertib untuk membuat representasi lisan atau tidak membuat representasi bertulis mengikut subkaedah 49(2), pihak berkuasa tatatertib hendaklah memutuskan dengan sewajarnya dan mengenakan ke atas pelajar itu satu daripada hukuman yang dinyatakan dalam subkaedah 58(1) atau mana-mana gabungan dua atau lebih hukuman itu yang sesuai.Representasi lisan51. Jika pelajar itu membuat representasi lisan mengikut subkaedah 49(2) dan hadir di hadapan pihak berkuasa tatatertib, pihak berkuasa tatatertib hendaklah menjelaskan kepada pelajar itu fakta kesalahan tatatertib yang dikatakan telah dilakukan oleh pelajar itu dan meminta pelajar itu untuk mengaku bersalah atau tidak bersalah.Pengakuan bersalah dan tatacara berikutnya52. (1) Jika pelajar mengaku bersalah, pihak berkuasa tatatertib hendaklah menjelaskan kepadanya fakta kes dan akibat pengakuan salahnya.(2) Jika pelajar mengaku fakta kes dan pihak berkuasa tatatertib berpuas hati bahawa suatu kesalahan tatatertib telah dilakukan, pihak berkuasa tatatertib hendaklah mengumumkan dia bersalah atas kesalahan tatatertib itu dan memintanya untuk mengemukakan apa-apa rayuan untuk meringankan hukuman.Tatacara apabila pelajar mengaku tidak bersalah53. (1) Jika pelajar mengaku tidak bersalah atas kesalahan tatatertib, atau tidak atau enggan mengaku, atau tidak mengaku fakta kes, pihak berkuasa tatatertib hendaklah memeriksa mana-mana saksi, apa-apa dokumen atau barang lain bagi menyokong kes terhadap pelajar itu.(2) Pelajar itu, pekerja Universiti atau pelajar lain Universiti yang mewakili pelajar itu mempunyai hak untuk menyoal mana-mana saksi dan memeriksa dokumen atau barang itu, dan pihak berkuasa tatatertib boleh memeriksa semula saksi itu.(3) Bagi maksud subkaedah (1), saksi hendaklah diminta oleh pihak berkuasa tatatertib untuk memberikan keterangan dalam pendengaran itu.P.U.(A) 33825
(4) Jika keterangan yang disebut dalam subkaedah (3) telah diterima, dan pihak berkuasa tatatertib mendapati bahawa tiada kes untuk dijawab, pihak berkuasa tatatertib hendaklah memutuskan bahawa pelajar itu tidak bersalah untuk kesalahan tatatertib itu.Keterangan pelajar54. (1) Jika keterangan yang disebut dalam kaedah 53 diterima, dan pihak berkuasa tatatertib mendapati bahawa terdapatnya suatu kes untuk dijawab, pelajar itu hendaklah diberikan peluang untuk memberikan keterangannya, memanggil mana-mana saksi atau mengemukakan apa-apa dokumen atau barang lain bagi pembelaannya.(2) Pihak berkuasa tatatertib boleh memeriksa pelajar itu, mana-mana saksinya atau memeriksa apa-apa dokumen atau barang yang dikemukakan oleh pelajar itu.(3) Pelajar itu boleh memeriksa semula mana-mana saksinya yang telah diperiksa oleh pihak berkuasa tatatertib.Memanggil semula saksi55. Pihak berkuasa tatatertib boleh memeriksa atau memanggil semula mana-mana saksi pada bila-bila masa sebelum pihak berkuasa tatatertib mengumumkan keputusannya.Pengumuman keputusan56. (1) Selepas mendengar keterangan saksi dan memeriksa dokumen atau barang lain yang dikemukakan di hadapannya, pihak berkuasa tatatertib hendaklah mengumumkan keputusannya dalam kes itu.(2) Jika pihak berkuasa tatatertib memutuskan bahawa pelajar itu bersalah atas kesalahan tatatertib itu, pihak berkuasa tatatertib hendaklah meminta pelajar itu mengemukakan apaapa rayuan untuk meringankan hukumannya.(3) Jika selepas pelajar mengemukakan rayuannya untuk meringankan hukuman di bawah subkaedah (2), pihak berkuasa tatatertib hendaklah mengenakan ke atas pelajar itu satu daripada hukuman yang dinyatakan dalam subkaedah 58(1) atau mana-mana gabungan dua atau lebih hukuman itu yang sesuai.(4) Keputusan pihak berkuasa tatatertib hendaklah disampaikan secara bertulis kepada pelajar itu dalam masa empat belas hari dari tarikh keputusan.Tatacara apabila pelajar membuat representasi bertulis57. (1) Jika pelajar memilih untuk membuat representasi bertulis mengikut subkaedah 49(2), pelajar itu hendaklah membuat pengakuannya secara bertulis terhadap kesalahan tatatertib yang dikatakan itu.(2) Jika pelajar mengaku bersalah dalam representasi bertulisnya itu, pelajar itu bolehlah memasukkan rayuan untuk meringankan hukuman dalam representasi bertulis itu.(3) Jika pelajar mengaku tidak bersalah dalam representasi bertulisnya itu, pelajar ituP.U.(A) 33826
hendaklah menyatakan alasan yang padanya dia bergantung untuk membela dirinya dalam representasi bertulisnya itu.(4) Selepas menimbangkan alasan yang dikemukakan di bawah subkaedah (3), pihak berkuasa tatatertib hendaklah memberikan keputusannya dalam kes itu.(5) Jika pihak berkuasa tatatertib memutuskan bahawa pelajar itu bersalah atas kesalahan tatatertib itu, pihak berkuasa tatatertib hendaklah memaklumkan pelajar itu keputusannya secara bertulis dalam masa empat belas hari dari tarikh keputusan itu, dan hendaklah meminta pelajar itu mengemukakan apa-apa rayuan untuk meringankan hukuman secara bertulis dalam masa empat belas hari dari tarikh penerimaan keputusan itu.(6) Jika pihak berkuasa tatatertib memutuskan bahawa pelajar itu tidak bersalah atas kesalahan tatatertib itu, keputusan itu hendaklah disampaikan secara bertulis kepada pelajar itu dalam masa empat belas hari dari tarikh keputusan itu.(7) Selepas pelajar mengemukakan rayuan untuk meringankan hukuman, jika ada, di bawah subkaedah (2) atau (5), mengikut mana-mana yang berkenaan, pihak berkuasa tatatertib hendaklah mengenakan atas pelajar itu satu daripada hukuman yang dinyatakan dalam subkaedah 58(1) atau mana-mana gabungan dua atau lebih hukuman itu yang sesuai dalam masa empat belas hari dari tarikh penerimaan rayuan untuk meringankan hukuman itu.(8) Apa-apa hukuman yang dikenakan di bawah subkaedah (7) hendaklah disampaikan secara bertulis kepada pelajar dalam masa empat belas hari dari tarikh hukuman dikenakan.Hukuman tatatertib58. (1) Mana-mana pelajar yang didapati bersalah atas apa-apa kesalahan tatatertib di bawah Kaedah-Kaedah ini boleh dikenakan satu atau mana-mana gabungan dua atau lebih hukuman yang sesuai seperti yang berikut:(a) amaran;(b) khidmat masyarakat yang tidak melebihi dua puluh empat jam mengikut peraturan-peraturan yang dibuat oleh Lembaga;(c) denda tidak melebihi lima ratus ringgit;(d) dilarang daripada berada di dalam mana-mana bahagian Kampus bagi suatu tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh pihak berkuasa tatatertib;(e) dibuang atau dilarang untuk tinggal di asrama;(f) bagi kesalahan tatatertib yang berhubungan dengan perkara akademik, digantung daripada menduduki mana-mana peperiksaan sebagaimana yang ditentukan oleh Universiti;P.U.(A) 33827
(g) digantung daripada menjadi seorang pelajar Universiti bagi suatu tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh pihak berkuasa tatatertib; atau(h) dibuang daripada Universiti.(2) Berkenaan dengan kesalahan tatatertib dibawah kaedah 8, pihak berkuasa tatatertib boleh, dengan kelulusan Senat, sebagai tambahan kepada hukuman di bawah subkaedah (1), mengenakan hukuman gred gagal bagi mana-mana kursus pengajian tertentu atau semua kursus pengajian semasa semester yang dinyatakan itu.(3) Bagi maksud kaedah ini—(a) “semester” bermaksud suatu tempoh masa yang diuntukkan oleh Senat bagi maksud kuliah, peperiksaan dan apa-apa kegiatan pendidikan; dan(b) “khidmat masyarakat” ertinya apa-apa perkhidmatan atau apa-apa kegiatan yang dilakukan demi kebaikan orang awam keseluruhannya.(4) Mana-mana pelajar yang tidak mematuhi hukuman yang disebut dalam perenggan (1)(b) boleh dikenakan denda lima ratus ringgit.Jagaan dan pelupusan barang kes59. (1) Pihak berkuasa tatatertib boleh memerintahkan apa-apa dokumen atau barang lain yang dikemukakan di hadapannya dalam penjalanan mana-mana prosiding tatatertib supaya disimpan dalam jagaannya atau dalam jagaan mana-mana orang sebagaimana yang dinyatakan oleh pihak berkuasa tatatertib sementara menunggu tamatnya prosiding tatatertib itu.(2) Pihak berkuasa tatatertib hendaklah, apabila tamatnya prosiding tatatertib di hadapannya, membuat apa-apa perintah sebagaimana yang difikirkannya patut bagi pelupusan apa-apa dokumen atau barang lain yang dikemukakan di hadapannya dalam penjalanan prosiding tatatertib, dan boleh mengarahkan supaya perintah itu mula berkuat kuasa sama ada dengan serta-merta atau pada bila-bila masa sebagaimana yang dinyatakannya.(3) Kuasa pihak berkuasa tatatertib di bawah subkaedah (2) hendaklah termasuk kuasa untuk memerintahkan pemusnahan apa-apa dokumen atau barang lain atau pelucuthakan apa-apa dokumen atau barang itu.Nota prosiding tatatertib60. (1) Pihak berkuasa tatatertib hendaklah membuat atau menyebabkan supaya dibuat nota bertulis semua prosiding tatatertib di hadapannya.(2) Nota prosiding tatatertib hendaklah disimpan dalam jagaan pihak berkuasa tatatertib.Daftar prosiding tatatertib61. (1) Pihak berkuasa tatatertib hendaklah menyenggara suatu daftar bagi semua prosiding tatatertib yang dijalankan di bawah Kaedah-Kaedah ini.P.U.(A) 33828
(2) Daftar yang disebut dalam subkaedah (1) hendaklah merekodkan—(a) nama pelajar;(b) butir-butir kesalahan tatatertib;(c) perkembangan prosiding tatatertib;(d) keputusan prosiding tatatertib; dan(e) apa-apa maklumat atau butir-butir lain sebagaimana yang diarahkan oleh pihak berkuasa tatatertib.Laporan prosiding tatatertib62. (1) Jika seseorang pelajar telah didapati bersalah atas suatu kesalahan tatatertib, pihak berkuasa tatatertib bolehlah menghantar suatu laporan berkenaan dengan prosiding tatatertib itu kepada orang yang berikut:(a) Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pengajian tinggi;(b) ibu bapa atau penjaga pelajar itu;(c) Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri, institusi, pihak berkuasa berkanun, organisasi komersial atau perniagaan, atau badan lain yang menaja pelajar itu; dan(d) majikan pelajar itu, jika ada.(2) Orang yang disebut dalam perenggan (1)(b), (c) dan (d) boleh, atas permohonannya kepada pihak berkuasa tatatertib, diberikan salinan terperaku nota prosiding tatatertib selepas dibayar apa-apa fi yang ditentukan oleh pihak berkuasa tatatertib, yang hendaklah tidak melebihi lima ratus ringgit.(3) Suatu salinan terperaku nota prosiding tatatertib berkenaan dengan mana-mana kes tertentu hendaklah diberikan oleh pihak berkuasa tatatertib kepada Menteri jika Menteri menghendaki nota prosiding tatatertib itu.Pembayaran denda63. (1) Jika pihak berkuasa tatatertib mengenakan hukuman denda atas seseorang pelajar, pihak berkuasa tatatertib hendaklah menyatakan tempoh yang denda itu hendaklah dibayar dan pelajar itu hendaklah membayar denda itu dalam tempoh tersebut kepada Bursar.(2) Tempoh yang disebut dalam subkaedah (1) tidak boleh lebih daripada empat belas hari—(a) dalam hal suatu representasi lisan, dari tarikh pengenaan denda oleh pihakP.U.(A) 33829
berkuasa tatatertib; atau(b) dalam hal suatu representasi bertulis, dari tarikh penerimaan pemberitahuan hukuman yang dikenakan di bawah subkaedah 58(1).Akibat tidak membayar denda64. (1) Jika pelajar itu tidak membayar denda itu dalam tempoh yang dinyatakan, amaun denda itu hendaklah dikira sebagai hutang yang kena dibayar kepada Universiti.(2) Pelajar yang tidak membayar denda itu hendaklah dengan serta-merta digantung daripada menjadi pelajar Universiti dan tidak boleh berada di dalam atau memasuki Kampus, mengikut kaedah-kaedah akademik Universiti, penggantungan itu hendaklah berterusan sehingga denda itu dibayar.Perintah pampasan65. (1) Jika apa-apa hukuman tatatertib telah dikenakan atas seseorang pelajar, pihak berkuasa tatatertib boleh, sebagai tambahan kepada hukuman di bawah subkaedah 58(1), memerintahkan pelajar itu untuk membayar apa-apa pampasan yang adil dan munasabah sebagaimana yang ditentukannya berkenaan dengan apa-apa kerosakan atau kerugian kepada mana-mana harta kepunyaan Universiti atau apa-apa kerugian kepada Universiti atau pekerja Universiti atau mana-mana pelajar lain.(2) Pampasan yang ditentukan di bawah subkaedah (1) hendaklah dibayar oleh pelajar itu kepada Bursar dalam tempoh yang dinyatakan oleh pihak berkuasa tatatertib dan Bursar hendaklah menyebabkan pampasan itu dibayar kepada Universiti atau pekerja Universiti atau mana-mana pelajar lain yang mengalami kerosakan atau kerugian di bawah subkaedah (1).(3) Subkaedah 64(2) hendaklah terpakai mutatis mutandis jika pelajar itu tidak membayar pampasan yang ditentukan di bawah subkaedah (1) dalam tempoh yang dinyatakan di bawah subkaedah (2).Orang yang boleh hadir dalam prosiding tatatertib66. (1) Tiada seorang pun boleh hadir dalam sesuatu prosiding tatatertib kecuali—(a) anggota pihak berkuasa tatatertib;(b) pelajar yang terhadapnya prosiding tatatertib diambil;(c) pekerja Universiti atau pelajar lain Universiti yang mewakili pelajar itu;(d) ibu bapa atau penjaga pelajar itu;(e) saksi yang dipanggil memberikan keterangan oleh pihak berkuasa tatatertib; danP.U.(A) 33830
(f) mana-mana orang lain sebagaimana yang dibenarkan hadir oleh pihak berkuasa tatatertib atas apa-apa sebab.(2) Seseorang yang hadir dalam prosiding tatatertib di bawah perenggan 1(f), tidak boleh dalam apa-apa cara mengganggu penjalanan prosiding tatatertib. BAHAGIAN VI RAYUANNotis rayuan67. Mana-mana pelajar yang tidak berpuas hati dengan keputusan pihak berkuasa tatatertib di bawah Kaedah-Kaedah ini, boleh merayu dalam masa empat belas hari dari tarikh penerimaan keputusan pihak berkuasa tatatertib, dengan mengemukakan notis rayuan bersama dengan alasan rayuan secara bertulis kepada Jawatankuasa Rayuan Tatatertib PelajarRepresentasi bertulis rayuan68. Mana-mana pelajar yang mengemukakan rayuan di bawah kaedah 67 hendaklah dibenarkan untuk membuat representasi bertulis di hadapan Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Pelajar dalam masa empat belas hari dari tarikh penerimaan keputusan pihak berkuasa tatatertib.Tatacara Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Pelajar69. (1) Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Pelajar yang mendengar suatu rayuan hendaklah memutuskan rayuan itu dalam masa enam puluh hari dari tarikh penerimaan rayuan.(2) Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Pelajar itu hendaklah memutuskan rayuan itu atas merit rayuan itu semata-mata.(3) Walau apa pun subkaedah (1), Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Pelajar boleh, jika difikirkannya adil dan perlu, dan tertakluk kepada hak pelajar itu untuk didengar, meminta apa-apa penyataan lanjut atau keterangan tambahan daripada mana-mana orang lain.Keputusan Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Pelajar70. (1) Dalam menimbangkan rayuan di bawah kaedah 67, Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Pelajar boleh—(a) mengesahkan keputusan yang dibuat oleh pihak berkuasa tatatertib itu;(b) mengesahkan keputusan pihak berkuasa tatatertib berhubung dengan kesalahan tatatertib pelajar, tetapi mengubah hukuman dengan mengenakan mana-mana satu atau mana-mana gabungan dua atau lebih hukuman yang sesuai di bawah subkaedah 58(1) atau selainnya;(c) mengetepikan keputusan yang dibuat oleh pihak berkuasa tatatertib dan mengumumkan bahawa pelajar itu tidak bersalah untuk kesalahan tatatertib itu; atauP.U.(A) 33831
(d) menghantar balik rayuan kepada pihak berkuasa tatatertib untuk dipertimbangkan semula.(2) Keputusan Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Pelajar adalah muktamad dan hendaklah disampaikan secara bertulis kepada pelajar itu dalam masa empat belas hari dari tarikh keputusan.Rayuan tidak berkuat kuasa sebagai penggantungan pelaksanaan hukuman71. (1) Sesuatu rayuan oleh seseorang pelajar tidak berkuat kuasa sebagai penggantungan pelaksanaan hukuman yang dikenakan di bawah kaedah 58 atau sebagai penggantungan pembayaran apa-apa pampasan yang diperintahkan dibayar di bawah kaedah 65.(2) Walau apa pun subkaedah (1), pihak berkuasa tatatertib boleh, mengarahkan supaya pelaksanaan hukuman yang dikenakan atau pembayaran apa-apa pampasan yang diperintahkan dibayar ditangguhkan sehingga rayuan oleh pelajar diselesaikan.BAHAGIAN VIIAMPengisytiharan kepentingan72. (1) Jika mana-mana ahli Jawatankuasa Tatatertib Pelajar mempunyai apa-apa kepentingan dalam mana-mana prosiding tatatertib yang dibawa di hadapannya, ahli Jawatankuasa Tatatertib Pelajar itu hendaklah mengisytiharkan jenis kepentingan itu dalam mesyuarat yang diadakan oleh pihak berkuasa tatatertib sebelum pengeluaran notis di bawah subkaedah 49(1) dan pengisytiharan itu hendaklah direkodkan dalam minit mesyuarat yang dalamnya pengisytiharan itu telah dibuat.(2) Jika pengerusi atau mana-mana ahli Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Pelajar mempunyai apa-apa kepentingan dalam mana-mana rayuan di bawah kaedah 67, pengerusi atau mana-mana ahli Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Pelajar itu hendaklah mengisytiharkan jenis kepentingan itu dalam mesyuarat yang diadakan oleh Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Pelajar sebelum pendengaran rayuan itu dan pengisytiharan itu hendaklah direkodkan dalam minit mesyuarat yang dalamnya pengisytiharan itu telah dibuat.(3) Mana-mana orang yang dinyatakan di bawah subkaedah (1) atau (2) yang mempunyai kepentingan dalam mana-mana prosiding tatatertib yang dibawa di hadapannya tidak boleh mengambil bahagian dalam prosiding tatatertib atau rayuan tatatertib itu.Penyampaian notis dan dokumen73. (1) Penyampaian apa-apa notis atau dokumen di bawah Kaedah-Kaedah ini hendaklah dilaksanakan secara ke diri atau melalui pos berdaftar ke alamat terakhir yang diketahui bagi pelajar itu, atau melalui mel elektronik ke alamat mel elektronik pelajar yang terhadapnya prosiding tatatertib itu diambil.P.U.(A) 33832
(2) Penyampaian apa-apa notis atau dokumen melalui pos berdaftar hendaklah disifatkan telah disampaikan dengan sewajarnya kepada pelajar itu.(3) Penyampaian apa-apa notis atau dokumen melalui mel elektronik hendaklah disifatkan telah disampaikan dan dihantar apabila notis atau dokumen dihantar kepada alamat mel elektronik pelajar itu.Pembatalan74. Kaedah-Kaedah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1999 [P.U. (A) 265/1999] dibatalkan.Kecualian75. Apa-apa prosiding tatatertib terhadap pelajar dan apa-apa rayuan yang dibuat, diambil atau dimulakan dan belum selesai di bawah Kaedah-Kaedah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1999 (“Kaedah-Kaedah yang dibatalkan”) hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Kaedah-Kaedah ini, diuruskan di bawah Kaedah-Kaedah yang dibatalkan seolah-olah Kaedah-Kaedah yang dibatalkan itu tidak dibatalkan oleh KaedahKaedah ini.Dibuat 30 Oktober 2024[KPT.PUU(S).100-1/21/4 JLD.2(2); PN(PU2)75K/IV]PUAN SRI DATUK SERI ROHANI PARKASH BINTI ABDULLAH Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Pendidikan Sultan IdrisP.U.(A) 33833
34TATATERTIB DAN ETIKA PAKAIAN PELAJARDalam usaha memantapkan pengurusan tatatertib pelajar, Unit Tatatertib Pelajar bertanggungjawab memastikan pelajar mematuhi peraturan-peraturan, atau mana-mana garis panduan, arahan, petunjuk, sekatan, syarat atau terma yang dikenakan atau diberikan di bawah Kaedah-Kaedah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1999. Di bawah kaedah ini, sekiranya seseorang pelajar melakukan suatu kesalahan tatatertib, Pihak Berkuasa Tatatertib Pelajar boleh mendakwa dan mengenakan hukuman kepada pelajar berkenaan setelah perbicaraan dijalankan.Apabila seseorang pelajar telah didapati bersalah, Pihak Berkuasa Tatatertib Pelajar hendaklah mengenakan ke atas pelajar satu (atau gabungan dua atau lebih) daripada hukuman yang dinyatakan dalam Kaedah 48, iaitu:(i) amaran;(ii) denda tidak melebihi dua ratus ringgit;(iii) dilarang daripada mana-mana bahagian atau bahagian- bahagian tertentu (iv) Universiti bagi tempoh yang ditetapkan;(v) digantung daripada menjadi seorang pelajar Universiti bagi tempoh yang ditetapkan;(vi) dipecat dari Universiti.Laporan berkenaan dengan kesalahan tatatertib pelajar akan dihantar kepada pihak Universiti dan ibu bapa atau penjaga pelajar berkenaan. Sekiranya pelajar pemegang biasiswa, laporan tersebut akan turut dihantar kepada badan penaja biasiswa itu dan jika pelajar berkenaan seorang penjawat awam, laporan akan turut dihantar kepada Ketua Jabatan/majikan pelajar tersebut.PERATURAN BERKAITAN ETIKA BERPAKAIAN DAN SAHSIAH RUPA DIRI PELAJARPelajar hendaklah sentiasa mematuhi peraturan dan arahan Universiti berkaitan perkara ini dan tidak bertindak melakukan sesuatu yang bertentangan dengan peruntukan-peruntukan tersebut pada setiap masa dan ketika.Pelajar yang didapati tidak mematuhi peraturan ini boleh dikenakan saman dan dihadapkan kepada Pihak Berkuasa Tatatertib Pelajar serta boleh dikenakan hukuman di bawah Kaedah 48, Kaedah-kaedah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1999.Rujuk Gambarajah 1 - Etika Pakaian Pelajar yang perlu di baca bersama Peraturan-Peraturan Universiti Pendidikan Sultan Idris (Etika Berpakaian Dan Sahsiah Rupadiri Pelajar) 2014
35PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (ETIKA BERPAKAIAN DAN SAHSIAH RUPADIRI PELAJAR) 2014Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 26 Kaedah-Kaedah Universiti Pendidikan Sultan Idris [P.U.(A) 265/1999], Naib Canselor membuat Peraturan berikut:NAMA, MULA BERKUATKUASA DAN PEMAKAIAN1. (1) Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Universiti Pendidikan Sultan Idris (Etika Berpakaian Dan Sahsiah Rupadiri Pelajar) 2014 dan hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Naib Canselor.(2) Peraturan-peraturan ini hendaklah terpakai kepada semua pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris.Gambarajah 1 : Etika Pakaian Pelajar
36DEFINISI2. Dalam peraturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain -“kampus” ertinya kampus Universiti Pendidikan Sultan Idris, termasuklah -(a) Kampus cawangan;(b) Kampus sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah yang dibuat di bawah subseksyen 6(1) Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971; dan(c) Kawasan bersekali dengan segala bangunan atau struktur lain di atasnya, yang dipunyai atau digunakan, sama ada untuk selama-lamanya atau selainnya oleh Universiti;“Naib Canselor” ertinya Naib Canselor Universiti, dan termasuklah mana- mana orang atau kumpulan orang yang diberi kuasa oleh Naib Canselor untuk bertindak bagi pihaknya;“orang yang diberi kuasa” ertinya mana-mana orang atau kumpulan orang yang diberi kuasa oleh Naib Canselor untuk bertindak bagi pihak Universiti;“pelajar” ertinya seseorang pelajar berdaftar, selain pelajar di suatu institusi yang bersekutu dengan Universiti, yang mengikuti kursus pengajian, pengajaran, latihan atau penyelidikan daripada apa-apa perihalan pada peringkat persediaan, praijazah, lepas ijazah atau lepas kedoktoran secara sepenuh masa atau sambilan dalam, oleh atau dari Universiti dan termasuklah pembelajaran jarak jauh, luar kampus, pertukaran dan pelajar tidak berijazah;PERATURAN AWAM3. (1) Semua pelajar hendaklah pada setiap masa dan ketika, mematuhi peraturan-peraturan dan arahan-arahan Universiti dan tidak bertindak melakukan sesuatu yang bertentangan dengan peraturan-peraturan dan arahan-arahan tersebut.(2) Semua pelajar Muslim tidak boleh bertindak atau melakukan sesuatu yang bertentangan dengan peraturan dan hukum Islam, atau mengabaikan tanggungjawab Islam yang diwajibkan ke atas mereka sama ada ketika bersendirian atau di tempat awam, di dalam atau di luar kampus.(3) Semua pelajar termasuk pelajar bukan Islam dan pelajar antarabangsa hendaklah sentiasa mematuhi peraturan Universiti yang dibuat dari semasa ke semasa dan bertindak sesuai dengan sahsiah diri sebagai pelajar Universiti, sama ada ketika bersendirian atau di tempat awam, di dalam atau di luar kampus.
37PERATURAN BERPAKAIAN DI DALAM KAMPUS, SEMASA MENJALANI LATIHAN MENGAJAR ATAU INDUSTRI DAN MENGHADIRI MAJLIS ATAU URUSAN RASMI UNIVERSITI4. (1) Semasa berada di dalam kampus, semua pelajar hendaklah sentiasa :(a) Berpakaian kemas, sopan dan tidak melanggar peraturan Universiti; dan(b) Mempamerkan kad pelajar, kecuali ketika menjalankan kegiatan sukan dan kokurikulum. (2) Pelajar lelaki adalah dibenarkan tidak memakai tali leher ketika berada dalam kawasan kampus, kecuali diwajibkan oleh pensyarah masing- masing bagi sebarang tujuan pengajaran dan pembelajaran.(3) Semua pelajar dilarang memakai pakaian atau eksesori yang melambangkan sebarang pertubuhan atau kumpulan tertentu yang boleh mengakibatkan ketidakharmonian atau ketenteraman Universiti terganggu.(4) Semua pelajar dilarang mempamerkan sebarang unsur yang pada pandangan Naib Canselor atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Naib Canselor adalah bertentangan dengan moral yang baik atau mengandungi reka bentuk, perkataan atau frasa yang tidak diingini dari segi nilai atau norma.5. Semasa menjalani latihan mengajar atau industri dan menghadiri majlis rasmi atau urusan rasmi Universiti –(a) Pelajar dikehendaki berpakaian kemas dan sopan mengikut etika pakaian yang ditetapkan oleh pihak sekolah, industri atau penganjur dan tidak melanggar peraturan Universiti; dan(b) Pemakaian jeans adalah tidak dibenarkan.6. Semasa menghadiri makmal, aktiviti sukan, aktiviti kebudayaan, aktiviti beruniform atau aktiviti pelajar –(a) Pelajar hendaklah mematuhi etika pakaian dan peraturan yang ditetapkan dalam aktiviti tersebut;(b) Seluar pendek dan baju tanpa lengan hanya dibenarkan dipakai semasa melakukan aktiviti sukan dan sekitar gelanggang sukan sahaja; dan(c) Pakaian renang hanya dibenarkan dipakai semasa melakukan aktiviti renang dan ketika berada di dalam kawasan kolam renang sahaja.
387. Fakulti boleh memberi kelonggaran kepada pelajar-pelajar daripada Fakulti berkenaan sahaja untuk berpakaian seperti berikut bagi hari-hari tertentu -(a) T-Shirt berkolar semasa kuliah seni dan muzik, aktiviti amali, studio, bengkel dan persembahan; dan(b) T-shirt berkolar dan track bottom untuk aktiviti fizikal, dan termasuk aktiviti bukan fizikal khusus bagi Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan.PAKAIAN KHUSUS UNTUK PELAJAR LELAKI DAN PEREMPUAN8. (1) Semua pelajar lelaki –(a) hendaklah berpakaian yang sesuai dan sopan sebagai mahasiswa Universiti; (b) dilarang mengenakan pakaian dan berpenampilan seperti berikut –(i) Memakai pakaian atau aksesori yang melambangkan sebarang pertubuhan atau kumpulan tertentu;(ii) Memakai pakaian atau perhiasan diri yang menampakkan kekeliruan jantina;(iii) Berseluar ketat;(iv) Memakai seluar jeans, seluar pendek atau T-shirt ketika berurusan di pejabat dan menghadiri kuliah (v) Berambut panjang (sehingga mencecah kolar baju, menutup telinga dan mencecah kening), berekor, berwarna dan berfesyen rambut yang tidak kemas;(vi) Berseluar pendek; dan (vii) Memakai selipar ketika berurusan di pejabat dan menghadiri kuliah.(2) Semua pelajar perempuan – (a) hendaklah berpakaian yang sesuai dan sopan sebagai mahasiswa Universiti; dan (b) dilarang mengenakan pakaian dan berpenampilan seperti berikut –(i) memakai pakaian atau aksesori yang melambangkan sebarang pertubuhan atau kumpulan tertentu;(ii) memakai pakaian atau perhiasan diri yang menampakkan kekeliruan jantina; (iii) memakai pakaian tanpa lengan, sendat dan menjolok mata;(iv) memakai kain atau skirt di atas paras lutut(v) memakai seluar ketat dan jeans;(vi) memakai seluar pendek ketika berurusan di pejabat dan menghadiri kuliah; dan(vii) memakai selipar ketika berurusan di pejabat dan menghadiri kuliah.
39(3) Seseorang pelajar adalah dilarang memakai purdah di dalam kampus, termasuklah ketika menghadiri majlis rasmi anjuran Universiti atau mana-mana pihak yang diluluskan oleh Universiti di dalam atau di luar kampus kecuali sebagaimana yang diluluskan secara bertulis oleh Naib Canselor.PENGUATKUASAAN9. (1) Pihak penguatkuasa kepada peraturan ini adalah –(a) Kakitangan akademik yang boleh –(i) Menasihati, memberi amaran atau kaunseling kepada pelajar berkenaan dengan peraturan ini; dan(ii) Menghalang mana-mana pelajar yang tidak mematuhi peraturan ini daripada memasuki kelas atau kuliah;(b) Pengetua kolej, felo asrama dan pegawai-pegawai hal ehwal pelajar yang boleh-(i) Menasihati, memberi amaran atau kaunseling kepada pelajar berkenaan dengan peraturan ini; dan(ii) Mengambil tindakan yang perlu dan munasabah selaras dengan peraturan ini;(c) Kakitangan perpustakaan dan pentadbiran yang boleh –(i) Membuatteguransecarateruskepadapelajarberkenaandengan peraturan ini; dan(ii) Menghalang mana-mana pelajar yang tidak mematuhi peraturan ini daripada memasuki mana-mana ruang dalam kampus atau menggunakan kemudahan Universiti.(d) Penasihat pertubuhan pelajar dan penasihat atau mentor pelajar yang boleh –(i) Menasihati, memberi amaran atau kaunseling kepada pelajar berkenaan dengan peraturan ini; dan(ii) Menghalang mana-mana pelajar yang tidak mematuhi peraturan ini daripada memasuki mana-mana ruang dalam kampus atau menggunakan kemudahan Universiti.(e) Pengawal keselamatan yang boleh –(i) Mengambil tindakan awal dengan menghalang daripada memasuki atau meninggalkan kawasan kampus dan menyoal selidik pelajar yang didapati melanggar peraturan tersebut; dan(ii) Melaporkan kepada mana-mana pegawai hal ehwal pelajar bahawa satu melanggar peraturan ini disyaki telah berlaku
40(2) Mana-mana pelajar yang didapati telah berkelakuan yang melanggar peraturan ini boleh –(a) Diberi amaran bertulis dan direkodkan ke dalam fail pelajar dan pangkalan data bagi pengesanan kesalahan berulang; atau(b) Dikenakan denda maksimum RM50 dengan diberikan notis dendaan untuk setiap kesalahan.PENGECUALIAN10. Tatacara berpakaian selain daripada yang dinyatakan di dalam peraturan ini hendaklah mendapat kebenaran khas daripada Naib Canselor.Bertarikh pada 4 haribulan November 2014
41PERATURAN KOLEJ KEDIAMAN KAEDAH 35(1),KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS1. PendahuluanDasar dan peraturan yang terkandung di dalam Peraturan Kolej Kediaman ini adalah berasaskan kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971. Kaedah-kaedah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Tatatertib Pelajar-pelajar) 1999, Bahagian III: Tatatertib Asrama. Dalam menyedia dan melaksanakan peraturan ini mengikut kaedah-kaedah tersebut, kuasa Pengetua atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa olehnya mengikut Kaedah 35(1), Bahagian III: Tatatertib Asrama, Kaedah- kaedah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Tatatertib Pelajar-pelajar)1999 adalah berkaitan.Semua pelajar adalah terikat dengan peruntukan–peruntukan dalam Perlembagaan.Universiti Pendidikan Sultan Idris, undang-undang kecil dan peraturan-peraturan yang dibuat dari semasa ke semasa oleh Pihak Berkuasa Kolej.Sebarang pelanggaran oleh pelajar terhadap peraturan ini, boleh dikenakan tindakan tatatertib tertakluk kepada Kaedah-kaedah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Tatatertib Pelajar-Pelajar)1999.2. Dasar Penempatan Pelajar di Kolej Kediaman2.1 Secara amnya penempatan pelajar di kolej kediaman mengambilkira faktor-faktor seperti berikut :-2.1.1 Penempatan yang disediakan merupakan satu KEMUDAHAN untuk pelajar dan BUKANNYA HAK seseorang pelajar;2.1.2 Pelajar yang sudah berkahwin dan berkeluarga juga tertakluk kepada peraturan yang serupa;2.1.3 Penempatan bilik/rumah di kolej kediaman adalah ditentukan oleh Pentadbiran Kolej;2.1.4 Permohonan untuk tinggal di kolej kediaman hendaklah melalui borang khas penginapan asrama. Permohonan menetap di asrama hendaklah diperbaharui setiap sidang akademik;2.1.5 Timbalan Naib Canselor HEP& Alumni boleh menarik balik tawaran tempat tinggal atas sebab-sebab kepentingan Universiti;2.1.6 Tawaran penginapan bagi pelajar-pelajar senior adalah untuk satu sidang akademik, pelajar tidak dibenarkan menarik diri di pertengahan semester;2.1.7 Pelajar boleh ditukarkan dari satu kolej ke kolej yang lain pada setiap tahun pengajian;2.1.8 Pertukaran bilik dan kolej tidak dibenarkan kecuali atas sebab- sebab kesihatan yang diperakukan oleh Pegawai Perubatan atau sebab-sebab yang boleh diluluskan oleh Pengetua;2.1.9 Pelajar-pelajar Semester 1 - Semester 4 dimestikan untuk menginap di asrama Bagaimanapun, pelajar semester 5 ke atas boleh dipertimbangkan tertakluk
42kepada kekosongan tempat. Pelajar tertakluk kepada dasar penempatan secara percampuran kaum, negeri dan fakulti;2.1.10 Penarikan balik tawaran penginapan di kolej boleh dibuat atas alasan-alasan berikut :- Penghuni didapati telah melanggar peraturan kolej kediaman.3. Kriteria Pemilihan Pelajar Menginap di Kolej3.1 Kriteria pemilihan pelajar-pelajar adalah mengikut keutamaan yang disenaraikan seperti berikut :3.1.1 Pelajar Baru3.1.2 Keutamaan diberikan kepada pelajar-pelajar Ijazah Pertama dan Diploma3.1.3 Pelajar SUKSIS dan PALAPES akan menginap sepanjang tempoh pengajian3.1.4 Pelajar-pelajar Kurang Upaya (OKU)3.1.5 Pelajar yang aktif serta memberi sumbangan kepada kemajuan kolej, universiti dan negara.3.1.6 Pelajar-pelajar yang tidak melakukan kesalahan tatatertib 3.2 JHEPA mensasarkan dasar bahawa 60% pelajar menginap di dalam kampus.4. Panel Pemilihan Penginapan Kolej Kediaman4.1 Panel Pemilihan Penginapan di Kolej Kediaman adalah :4.1.1 Pengetua Kolej4.1.2 Semua Felo Kolej4.1.3 Penolong Pendaftar4.1.4 Penolong Pegawai Tadbir5. Peraturan Kolej Kediaman Kaedah-Kaedah Universiti Pendidikan Sultan Idris5.1 PendahuluanDasar dan peraturan yang terkandung di dalam Peraturan Kolej Kediaman ini adalah berasaskan kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971. Kaedah-kaedah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Tatatertib Pelajar- Pelajar) 1999, Bahagian III: Tatatertib Asrama. Dalam menyedia dan melaksanakan peraturan ini mengikut kaedah-kaedah tersebut, kuasa Pengetua atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa olehnya mengikut kaedah 35(1), Bahagian III : Tatatertib Asrama, kaedahkaedah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1999 adalah berkaitan.Semua pelajar adalah terikat dengan kaedah-kaedah dalam Perlembagaan Universiti Pendidikan Sultan Idris, undang-undang kecil dan peraturan- peraturan yang dibuat dari semasa ke semasa oleh pihak Berkuasa Kolej. Sebarang pelanggaran oleh pelajar terhadap peraturan ini, boleh dikenakan tindakan tatatertib tertakluk kepada kaedahkaedah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1999.