The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Dasar dan Peraturan Pelajar (Kemaskini 2025)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by JHEPA UPSI, 2024-10-23 04:17:52

Buku Dasar dan Peraturan Pelajar

Buku Dasar dan Peraturan Pelajar (Kemaskini 2025)

435.2 Peraturan Am Kolej Kediaman (Jenis-jenis Kesalahan)Kolej kediaman diwujudkan bagi memberikan kemudahan penempatan kepada pelajar-pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris yang layak. Di samping itu, ia juga bertujuan untuk memperkembangkan diri pelajar secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka dapat mensosialkan diri bagi menghadapi kehidupan sebenar di luar kampus kelak.Bagi melicinkan perjalanan organisasi pentadbiran kolej kediaman serta memberikan keselesaan kepada penghuni-penghuni kolej, pihak UPSI melaksanakan Peraturan Am Kolej Kediaman selaras dengan peruntukan dalam Kaedah-Kaedah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Tatatertib Pelajar- Pelajar) 1999.Peraturan Am Kolej Kediaman (Jenis-Jenis Kesalahan) UPSI diterangkan dalam empat bahagian iaitu :a) Peraturan Tingkahlaku dan Pakaian Pelajarb) Harta Benda Kolej Kediamanc) Keselamatan dan Ketenteraman Penghunid) Perkara Am a) Peraturan Tingkahlaku Dan Pakaian Pelajar(i) Melanggar peraturan tingkahlaku dan pakaian pelajar.(ii) Berkelakuan kurang sopan/ biadab.(iii) Tidak memakai kad pelajar dalam kawasan kolej.(iv) Bermain judi dan yang seumpama dengannya dalam kawasan kolej.(v) Memiliki, meminum minuman keras di kawasan kolej(vi) Memiliki, menghisap dan menjual rokok di kawasan dan dalam bangunan kolej.(vii) Memiliki, mengedar dan menyalahguna dadah.(viii) Berdua-duaan antara lelaki dan perempuan tanpa alasan munasabah di kawasan kolej termasuk membawa suami/ isteri di dalam bilik penginapan.(ix) Tidak menghadiri aktiviti kolej yang dimestikan.(x) Berlaku tidak jujur dengan petugas kolej kediaman.(xi) Membenarkan orang yang tidak berkenaan atau pelajar lain tinggal/ bermalam dalam bilik.(xii) Berpindah bilik tanpa kebenaran.(xiii) Berada dalam bilik pelajar lain atau di luar kawasan kolej selepas jam 12.00 malam.(xiv) Menyimpan, menampal, melihat atau mendengar bahan-bahan lucah.(xv) Tidak memasang dan menggunakan cadar dan sarung bantal.(xvi) Hubungan sumbang sesama jenis.(xvii) Tidak mengemaskan pakaian dan peralatan di dalam bilik.(xviii)Tidak menyidai pakaian di tempat yang disediakan.


44b) Harta Benda Kolej Kediaman(i) Menyalahgunakan harta benda kolej.(ii) Menconteng, mengotorkan atau merosakkan mana-mana bahagian bangunan, harta benda atau kawasan kolej kediaman.(iii) Tidak menutup suis lampu dan kipas angin ketika penghuni tiada di bilik.(iv) Membawa, mengubah atau memindah kedudukan peralatan kemudahan umum kepunyaan kolej.(v) Merosak / mengotorkan peralatan, kemudahan di bilik seperti lampu, kipas siling, tingkap, almari, lantai, dan lain-lain.(vi) Tidak menutup paip airc) Keselamatan Dan Ketenteraman Penghuni(i) Membuat bising atau mengganggu ketenteraman.(ii) Memiliki senjata merbahaya atau alatan lain yang boleh mengancam keselamatan nyawa.(iii) Menampal poster atau bahan bercetak tanpa kebenaran atau di kawasan larangan.(iv) Tidak meletak kenderaan ditempat yang disediakan.(v) Menyidai pakaian ditempat yang tidak dibenarkan.(vi) Memiliki peralatan elektrik tanpa kebenaran.(vii) Membuat sambungan pendawaian elektrik dan telefon.(viii) Bermain mercun/ bunga api dalam kawasan kolej.(ix) Menjalankan aktiviti penyiaran secara haram melalui radio dan/ atau media lain.(x) Mempamerkan berhala atau objek-objek untuk tujuan pemujaan dan bahanbahan (xi) seumpamanya.(xii) Menyalahgunakan alat pemadam api dan alatan lain yang disediakan.(xiii) Mengadakan aktiviti/ perhimpunan rapat umum/ kempen/ ceramah/ perniagaan tanpa (xiv) kebenaran daripada pentadbiran kolej kediaman dan/ atau Universiti.d) Perkara AmMelakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan undang-undang negara dan perkara-perkara yang diperuntukkan dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971, Statut dan kaedah-kaedah yang dikuatkuasakan oleh Universiti.


456. Kewangan6.1 Bayaran Sewa Penginap 6.1.1 Yuran penginapan hendaklah dijelaskan pada hari pendaftaran bilik atau pada tarikh pelajar mula tinggal di kolej kepada pihak Bendahari atau sesiapa yang diberi kuasa olehnya untuk memungut bayaran tersebut. 6.1.2 Yuran penginapan asrama adalah mengikut kadar yuran penginapan. Pelajar akan disediakan dengan kemudahan capaian internet tanpa wayar (wireless line) di kolej-kolej Kediaman UPSI. 6.1.3 Pembayaran hendaklah dibuat melalui cek atau kiriman wang yang berpalang atas nama Bendahari Universiti Pendikan Sultan Idris. 6.1.4 Resit hendaklah disimpan dan ditunjukkan bila diminta oleh Pengetua atau pihak berkuasa kolej.6.1.5 Pelajar-pelajar pemegang biasiswa/dermasiswa/pinjaman boleh membuat bayaran secara potongan daripada penaja kewangan.6.2 Peraturan Sewaan6.2.1 Semua penghuni hendaklah membayar sewa untuk setiap semester. Penghuni yang menarik diri setelah pendaftaran kolej tidak boleh mendapat balik wang sewa.6.2.2 Penghuni yang hendak menginap semasa cuti semester hendaklah menjelaskan yuran sewaan semasa cuti mengikut bilangan hari yang dipohon.6.3 Denda Sewaan Bilik6.3.1 Denda akan dikenakan ke atas pelajar-pelajar yang mempunyai penaja kewangan jika:a) Pelajar tidak dapat menyelesaikan sewa.b) Pelajar gagal membayar baki sewa.c) Pelajar yang permohonan penangguhan bayarannya tidak diluluskan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni.6.3.2 Pelajar yang tidak mempunyai penaja kewangan akan dikenakan denda jika gagal membayar sewa dengan sepenuhnya dalam tempoh dua minggu dari tarikh pendaftaran masuk ke kolej pada setiap semester.6.3.3 Denda dikenakan sebanyak RM5.00 bagi genap 2 minggu dari tarikh yang ditetapkan. Denda yang sama akan dikenakan bagi setiap 2 minggu atau sebahagian yang selanjutnya sehingga bayaran sewa dijelaskan sepenuhnya.


467. PERATURAN KOLEJ7.1 Peraturan Kediaman Di Kolej7.1.1 Hanya penghuni yang berdaftar sahaja dibenarkan tinggal di Kolej berkenaan. Pihak Berkuasa Kolej berhak mengambil tindakan tatatertib ke atas manamana pelajar/penghuni yang menghuni atau menduduki mana-mana kolej tanpa izin Pengetua.7.1.2 Penghuni bilik tidak boleh membenarkan orang lain menumpang/ tinggal/menginap di dalam bilik tempat tinggalnya.7.1.3 Penghuni hanya boleh tinggal di bilik yang telah ditetapkan.7.1.4 Penghuni yang ingin bermalam di luar kampus hendaklah memberitahu Pengetua atau Felo atau Pembantu Penghuni Kolej bagi memudahkan pihak kolej menghubungi jika berlaku sesuatu kejadian.7.1.5 Pentadbiran kolej boleh dari semasa ke semasa memberi apa-apa perintah atau arahan secara bertulis atau lisan yang difikirkan perlu untuk memelihara ketenteraman dan tatatertib asrama.7.1.6 Sebarang kerosakan hendaklah dilaporkan segera. Bahagian Pentadbiran Kolej kediaman akan mengenakan denda kepada penghuni bekenaan jika kerosakan yang mendatangkan mudarat tidak dilaporkan segera.7.1.7 Tidak dibenarkan menyambung dawai elektrik untuk sebarang kegunaan di dalam bilik.7.2 Peraturan Menduduki Bilik Di Kolej7.2.1 Bilik-bilik hendaklah dipastikan bersih dan kemas.7.2.2 Setiap penghuni hendaklah memastikan peralatan dan perabot di biliknya lengkap dengan mengisi stok inventori pada hari awal menduduki bilik. Jika didapati kurang, hendaklah melaporkannya kepada Pihak Pengurusan Kolej.7.2.3 Penghuni adalah bertanggungjawab memelihara harta benda kolej yang disediakan. Bayaran denda atau ganti rugi akan dikenakan jika barang rosak, kotor dan hilang.7.2.4 Perabot di bilik atau kelengkapan-kelengkapan lain tidak boleh diubah kedudukannya atau diubahsuai tanpa kebenaran Pihak Pengurusan Kolej.7.2.5 Bilik-bilik hendaklah dikunci bagi maksud keselamatan.7.2.6 Penghuni dilarang membawa barang makanan ke dalam bilik yang boleh menyebabkan kekotoran atau menimbulkan bau yang kurang menyenangkan.7.2.7 Sebarang poster, gambar, atau hiasan dinding bilik tidak boleh menggunakan paku atau gam yang sukar ditanggalkan. Alat penyangkut gambar dan ‘posterhanger’ yang sesuai gamnya dan tidak merosakkan dinding adalah dibenarkan.


477.2.8 Penghuni yang dengan sengaja merosakkan bangunan dan barang Universiti akan dikenakan tindakan tatatertib oleh pihak Universiti. Mereka juga diminta membayar balik kos pembaikan dan penggantian. 7.2.9 Pelajar DILARANG MEROKOK di dalam bilik kediaman dan kawasan kolej.7.2.10 Penghuni tidak dibenarkan berjudi, minum arak, menyimpan makanan dan membawa makanan yang haram di sisi Islam di Kolej.7.2.11 Penghuni dikehendaki menutup lampu, kipas dan lain-lain suis apabila tidak berada di dalam bilik untuk mengelakkan pembaziran dan kebakaran. 7.2.12 Penghuni tidak dibenarkan membuang sampah atau benda yang tidak mudah hancur seperti plastik, tuala wanita dan lain- lain ke dalam tandas atau saluran air/ parit (longkang).7.3 Tetamu7.3.1 Penghuni tidak dibenarkan menerima sebarang tetamu atau keluarganya di dalam rumah.7.3.2 Pelajar boleh bertemu dengan tetamu mereka di ruang tamu yang telah disediakan.7.3.3 Tetamu atau keluarga penghuni tidak dibenarkan bermalam kecuali mendapat kebenaran daripada Pengetua Kolej.7.4 Bilik Mandi dan TandasSemua penghuni bertanggungjawab ke atas kebersihan bilik mandi dan tandas.8. Peraturan Mengosongkan Bilik8.1 Selepas tempoh menyewa, penghuni hendaklah mengosongkan bilik tidak lewat dari tarikh yang di tetapkan kecuali jika permohonan melanjutkan tempoh untuk menginap dibuat seminggu sebelum tamat semester serta permohonan tersebut diluluskan oleh Pihak Pengurusan Kolej.8.2 Bilik hendaklah ditinggalkan dalam keadaan bersih dengan membuang sampah dalam bekas yang disediakan.8.3 Pengurusan kolej atau wakil akan memeriksa alat-alat perabot dan kelengkapankelengkapan lain. Jika didapati berlaku kerosakan, kekotoran atau kehilangan, dendadan gantirugi akan dikenakan mengikut kadar yang telah ditetapkan oleh Pihak Pengurusan Kolej.8.4 Penghuni hendaklah memindahkan barang-barang milik sendiri ke tempat yang disediakan. Sebarang alat atau benda yang ditinggalkan dianggap sebagai tidak diperlukan lagi.8.5 Semua kunci hendaklah diserahkan sendiri kepada Pihak Pengurusan Kolej.8.6 Penghuni yang menghilangkan, tidak memulangkan atau lewat memulangkan kunci


48bilik, almari, laci meja atau rantai kunci akan dikenakan denda seperti yang di tetapkan oleh Pihak Pengurusan Kolej.9. Peraturan Pakaian9.1. Setiap pelajar yang tinggal di Kolej hendaklah mematuhi arahan dan peraturan kod etika pakaian dan rupa diri yang telah ditetapkan oleh Universiti. 9.2. SEMUA PELAJAR termasuk Majlis Mahasiswa Kolej yang menghadiri upacaraupacara rasmi di kolej kediaman seperti Jamuan Makan Malam, Seminar dan aktiviti yang dijalankan di kolej adalah dikehendaki memakai pakaian rasmi sesuai dengan matlamat dan tujuan majlis tersebut diadakan. 9.3. Berkain pelekat dan berkain batik adalah tidak dibenarkan di dalam kawasan kafeteria atau di sekitar kawasan kolej. Kain pelekat hanya dibenarkan untuk tujuan sembahyang dan aktiviti agama di surau sahaja. 9.4. Pelajar perempuan tidak dibenarkan memakai singlet, menjolok mata dan berseluar pendek atau berskirt pendek semasa di kafeteria atau di kawasan kolej kediaman.9.5. Pelajar lelaki tidak dibenarkan memakai seluar pendek dan berbaju singlet semasa di kafeteria.10. Pendaftaran Kenderaan10.1 Setiap kenderaan pelajar hendaklah didaftar dengan Pihak Berkuasa Universiti melalui kelulusan pejabat kolej kediaman.10.2 Pelekat kenderaan perlu ditampal di setiap kenderaan dan ianya hendaklah diperbaharui pada setiap sesi pertukaran yang di tetapkan.10.3 Pelajar hendaklah sentiasa mematuhi Ordinan Lalu Lintas Jalan 1958 dalam kampus Ordinan, P.T.M 49/58.10.4 Pemilik kenderaan tidak dibenarkan membunyikan kenderaan mereka sehingga mengganggu ketenteraman penghuni lain.10.5 Pelajar di larang memandu motosikal di atas koridor, beranda/ kaki lima, halaman berkepung atau di mana-mana bahagian daripada mana-mana bangunan kolej.10.6 Kenderaaan hendaklah diletakkan di ruang/ petak yang telah dibenarkan.10.7 Kenderaan yang diletakkan tidak pada ruang yang dibenarkan akan disaman dan dikenakan denda.10.8 Pelajar semester 1 hingga 4 tidak dibenarkan sama sekali membawa kenderaan.11. Ketenteraman Kolej11.1 Penghuni dilarang membuat bising yang boleh mengganggu ketenteraman penghuni lain. Ini termasuk penggunaan alat-alat muzik.11.2 Lampu siling di bilik penginapan hendaklah dimatikan suisnya tidak lewat daripada jam 12.00 tengah malam.


4912. Aktiviti Pelajar12.1 Sebarang aktiviti di kolej hendaklah mendapat kebenaran Pihak Pengurusan Kolej.12.2 Aktiviti yang melibatkan orang luar mestilah mendapat kebenaran pihak Universiti.13. Kegiatan Berdua-Duaan Di Sekitar KolejPenghuni Kolej tidak dibenarkan berkelakuan sumbang seperti berdua-duaan di sekitar kolej dalam keadaan mencurigakan pada bila-bila masa.14. Perkara-perkara Lain Yang Ditegah14.1 Memiliki atau minum minuman keras. Membawa/ menyimpan makanan haram (Di sisi Agama Islam) ke dalam bilik.14.2 Berjudi di kolej.14.3 Menyimpan, memiliki atau menonton bahan-bahan lucah.14.4 Memiliki atau menyalahgunakan dadah, bahan-bahan beracun, serta bahan lain yang mudah terbakar.14.5 Membawa masuk seseorang BUKAN PENGHUNI KOLEJ ke bilik tanpa kebenaran Pihak Pengurusan Kolej.14.6 Membawa masuk seseorang yang berlainan jantina ke bilik.14.7 Berniaga tanpa kebenaran Pihak Pengurusan Kolej.14.8 Membuat kutipan wang dari bilik ke bilik tanpa kebenaran pihak Berkuasa Universiti.14.9 Memelihara binatang di bilik atau kawasan kolej.14.10Tidak dibenarkan menjemur kain di koridor, tingkap, railing langsir atau memaku di belakang pintu dan lain-lain tempat melainkan di ampaian yang disediakan.14.11Perlakuan lain yang boleh mendatangkan mudarat atau bertentangan dengan nilai murni masyarakat Malaysia.15. Peralatan Elektrik dan Elektronik15.1 Sebarang penggunaan peralatan elektrik atau elektronik mestilah mendapat kebenaran dari Pihak Pengurusan Kolej.15.2 Penghuni yang mempunyai / memiliki alat-alat elektrik di biliknya dikehendaki mendaftar untuk mendapatkan pelekat (sticker) kelulusan dari Pejabat Kolej Kediaman terlebih dahulu.15.3 Tiap-tiap alat elektrik yang dibenarkan dikenakan bayaran RM 10.00 satu semester (Rujuk Jadual 1). Bayaran hendaklah dibuat di Pejabat Kolej.


5020. Kadar Denda untuk salah lakuBIL JENIS KESALAHAN KADAR DENDA1 Membenarkan pelajar berlainan jantina memasuki atau berada di dalam bilik;–RM 200.00–Dikeluarkan dari kolej kediaman sepanjang pengajian.–Diajukan kepada JK Siasatan dan JK Tatatertib2 Menghalang/ menahan seseorang pegawai/ kakitangan universiti daripada memasuki bilik pelajar kerana menjalankan tugas;RM 200.003 Pelajar luar yang menginap atau berada di dalam kawasan kolej antara jam 12.00 tgh malam - 5.00 pagi.RM 100.004 Berkhalwat, termasuk berdua-duaan;* Diserahkan kepada Jabatan Agama Islam –RM 100.00–Diajukan kepada JK Siasatan dan JK Tatatertib5 Bermain judi/ unsur pertaruhan. RM 100.006 Merokok di kawasan kolej kediaman. RM 200.007 (i) Meletakkan kenderaan di dalam bangunan atau tempat yang tidak dibenarkan atau menghalang laluan.(ii)Menggunakan kenderaan dengan tidak mengikuti peraturan Akta Jalan Raya.RM 100.008 Memelihara binatang dalam kawasan kolej kediaman. RM 50.00BIL BARANG HARGA1 Cerek Elektrik RM10.002 Jug Kettle RM10.003 Seterika RM10.004 Hair Dryer RM10.005 Pembakar Roti RM10.006 Rice Cooker RM10.007 Radio 100w RM10.008 Lampu Belajar RM10.009 Televisyen DIHARAMKAN10 Coil Heater DIHARAMKANJadual 1: Kadar Pendafataran Barang Elektrik


51BIL JENIS KESALAHAN KADAR DENDA9 Menukar bilik tanpa kebenaran. –RM 50.00–Balik ke bilik asal 10 Menukar kolej kediaman tanpa kebenaran. –RM 100.00–Dikeluarkan dari kolej11 Tidak memadam lampu/kipas semasa meninggalkan bilik.RM 50.0012 (i) Memainkan alat muzik/ membuat bising selepas jam 11.00 malam - 6.00 pagi serta mengganggu ketenteraman jiran(ii)Mengadakan aktiviti sosial di blok tanpa kebenaran.RM 50.0013 (i) Mencaci/ melakukan peras ugut.(ii) Mencederakan orang tanpa sebab munasabah.(iii) Bergaduh, bertumbuk, memasuki kumpulan haram.(iv) Mengendap/ berkelakuan mencurigakan di kawasan berlainan jantina.(v) Menyimpan minuman keras di bilik.(vi) Memiliki atau mengedar dadah.(vii) Memiliki gambar-gambar lucah/ CD lucah, bahan bacaan/ audio visual yang diharamkan.(viii) Tidak hadir ke tindakan tatatertib.(ix) Ponteng ketika minggu suaikenal.-RM 100.00-Diajukan kepada JK Siasatan dan JK Tatatertib14 Membonceng motosikal berlainan jantina. RM 50.0015 Tidak memakai kad matrik di kawasan kolej RM 10.0016 Berdua-duaan antara lelaki dan perempuan tanpa alasanmunasabah di kawasan kolej termasuk membawa suami/ isteri dalam bilik penginapan.-RM 100.00-Tidak dipertimbangkan untuk penginapan-Diajukan kepada JK Siasatan dan JK Tatatertib17 Tidak menghadiri aktiviti kolej yang diwajibkan -Tidak dipertimbangkanuntuk penginapan18 Berkeliaran di kawasan kolej/ Bilik TV/ Kafeteria/ Bilik Dobi/ Bilik Rehat selepas jam 12.00 tgh malam.RM 10.0019 Pulang lewat ke kolej selepas jam 12.00 malam RM 50.0020 Notis-notis/ hebahan dari pihak luar hanya dibenarkan ditampal di papan notis yang ditetapkan oleh pihak kolej.Pihak penganjur akan di denda RM 100.00 dan notis ditanggalkan.


52BIL JENIS KESALAHAN KADAR DENDA21 Pelajar berkelakuan/ berpakaian tidak sopan di kolej. RM 50.0022 Menginap di kolej tanpa kebenaran RM 100.0023 Membenarkan pelajar lain menginap di dalam bilik danrumahRM 100.00 / Dibuang daripada kolej24 Membiarkan kasut-kasut bersepah diluar pintu/ dalamrumah. RM 10.00 sepasang25 Menukar bilik tanpa pengetahuan pihak pentadbirankolej.-RM 100.00 /-Dikeluarkan daripada kolej26 Tidak memerah pakaian dan membiarkan air titisanpakaian menitis sehingga mengganggu laluan penghuni. RM 50.0021. Kadar Denda untuk merosakkan Harta Benda KolejBIL JENIS KESALAHAN KADAR DENDA1 Hilang semua kunci RM 100.002 Hilang kunci bilik RM50.003 Hilang rantai kunci RM50.004 Tidak memulangkan kunci selepas proses Clearance- denda : RM1/ hari atau mana-mana yang lebih tinggiRM 100.005 Tertinggal kunci/ terkunci/ meminjam kunci dari pejabat kolej. *Tiada sebarang urusan selepas waktu pejabat.RM 5.00 setiap kali meminjam semasa waktu pejabat.6 Merosakkan perabot Jenis perabot Harga(i) Katil RM 210(ii) Tilam RM 200(iii) Almari RM 275(iv) Soft Board RM 43(v) Langsir RM 14/m(vi) Meja RM 107(vii) Kerusi RM 64(viii) Kerusi Rehat RM 81*3 kali ganda hargabarang yang dirosakkan


53BIL JENIS KESALAHAN KADAR DENDA7 Mencacatkan dinding dan merosakkan harta benda kolej -RM 100.00- Dikeluarkan dari kolej sepanjang tempoh pengajian.8 Memindahkan harta benda/ perabot kolej dari tempat asaltanpa kebenaran pengetuaRM 100.009 Merosakkan/ menyalahgunakan alat pemadam api/ alat pencegah kebakaran yang lain dikeluarkan dari kolej sepanjang tempoh pengajianGanti rugi 3 kali ganda harga10 Tidak menutup suis lampu dan kipas ketika penghuni tiada di bilik.RM 20.0012 Tidak mencuci bilik air / sinki / tandas sehinggameninggalkan kesan kuning / lumutRM 50.00/individu13 (i) Memasak di dalam bilik(ii) Penggunaan ’nyalaan api’ (Naked flame) di dalam bangunan(iii) Membuat ujian dengan menggunakan bahan kimia mudah terbakar di dalam bilik-RM 100.00-Alat akan dirampas14 Memiliki kunci ’duplicate’ atau memiliki kunci penghuni laintanpa sebab yang munasabahRM 100.0015 Tidak mengemas bilik atau mencuci bilik atau membuangsampah dari dalam bilikRM 50.0016 Menyidai pakaian di tempat yang tidak dibenarkan RM 50.0017 Pembuangan tuala wanita – Pastikan dibuang ke dalam ’Sanitary Bin’ yang telah disediakan.RM 100.0018 Tidak mendaftar barangan elektrik selepas tempoh pendaftaran/ semasa pemeriksaan.-RM 50.00/ alat-Barang akan dirampas19 Sampah sarap/ sisa makanan di bungkus dan diikat kemas, hendaklah dibuang ke dalam tong sampah.- RM 100.00- Amaran20 Tidak mengambil semula barang-barang di stor selepas hari pendaftaran.* Diberikan tempoh masa 7 hari bekerja selepas tempoh pendaftaran. Barang-barang akan dilupuskan dan tuntutan tidak dibenarkan.RM 100.00


54BIL JENIS KESALAHAN KADAR DENDA21 Meninggalkan/ menyimpan barang-barang di dalam bilik/ rumah semasa cuti semester.*Diberikan tempoh masa 7 hari bekerja selepas tempoh pendaftaran. Barang-barang akan dilupuskan dan tuntutan tidak dibenarkan.RM 100.0022. Setiap pinjaman barangan daripada pihak kolej akan dikenakan deposit(i) Deposit hanya dikembalikan sekiranya barangan dipulangkan dalam keadaan asal.(ii) Tempoh diberikan selama 3 hari daripada tarikh akhir program. Deposit sebanyak RM 50.00/pakej pinjaman tidak akan dipulangkan dalam tempoh tersebut.22. Peraturan Kecemasan22.1 Jika berlaku kecemasan yang memerlukan rawatan, pelajar boleh menghubungi pengetua, felo dan penolong pengurus asrama. Jika pengetua, felo atau pengurus kolej tidak dapat dihubungi mana-mana Ahli Majlis Mahasiswa Kolej hendaklah dihubungi.22.2 Felo bertugas bertanggungjawb menghantar penghuni yang memerlukan rawatan ke hospital/ klinik yang berdekatan.23. Hal-hal lain23.1 Pihak kolej boleh mengenakan sejumlah denda terhadap kerosakan kunci, perabot, sebarang peralatan kolej yang lain atas pertimbangan Pengetua.23.2 Pihak Kolej juga boleh mengenakan kompaun ke atas kesalahan tatatertib kolej atau dipanjangkan untuk perbicaraan tatatertib di peringkat kolej atau Universiti tertakluk ke pada jenis kesalahan.23.3 Perbicaraan Tatatertib di Kolej23.3.1 Setiap kolej mempunyai Lembaga Tatatertib Pelajar. Keahlian Lembaga ini terdiri daripada Pengetua sebagai Pengerusi, Penolong Pendaftar atau Penolong Pegawai Tadbir sebagai setiausaha dan Felo-felo sebagai ahli.23.3.2 Lembaga Tatatertib Kolej diberi kuasa untuk memanggil sidang tatatertib untuk membicarakan dan menjatuhi hukuman ke atas setiap kesalahan tatatertib pelajar di peringkat kolej.23.3.3 Dalam pengendalian kes tatatertib ini, pelajar/penghuni diberi peluang untuk membela diri ke atas setiap tuduhan yang dikenakan padanya.23.3.4 Denda yang dikenakan mesti dijelaskan di Jabatan Bendahari atau lain-lain yang diberi kuasa dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat pemberitahuan keputusan dikeluarkan.


5524. Perubahan PeraturanPengetua atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa olehnya boleh dari semasa ke semasa, memberi arahan atau perintah secara lisan atau bertulis yang difikirkan perlu atau sesuai untuk memelihara ketenteraman dan tatatertib dalam kolej, dan tiap-tiap pelajar hendaklah mematuhinya.25. MaklumanSemua penghuni kolej dimohon mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan bagi menjaga imej dan ketenteraman kolej kediaman.


56DASAR SKIM PERKHIDMATAN KESIHATAN PELAJAR(PERUBATAN DAN PERGIGIAN)1. Skim Perkhidmatan Kesihatan Pelajar (Perubatan dan Pergigian)Skim Perkhidmatan Kesihatan Pelajar terdiri daripada bahagian perubatan dan pergigian.Namun demikian, pihak Universiti berhak untuk meminda mana-mana peraturan di dalam skim ini tanpa memberi sebarang sebab.2. TafsiranDalam Skim ini :2.1 Skim Perkhidmatan Kesihatan Pelajar (Perubatan dan Pergigian) bermakna kemudahan dan perkhidmatan perubatan, pergigian dan kesihatan pelajar.2.2 Universiti bermakna Universiti Pendidikan Sultan Idris.2.3 Pelajar bermaknaa. Tempatan : seseorang yang telah mendaftar untuk mengikuti program pengajian di Universiti Pendidikan Sultan Idris dan berwarganegara Malaysia.b. Antarabangsa : seseorang yang telah mendaftar untuk mengikuti program pengajian di Universiti Pendidikan Sultan Idris dan bukan warganegara Malaysia.2.4 Semester bermakna tempoh bermula dari hari pertama semester I atau semester II sehari sebelum bermula semester berikutnya.2.5 Pusat Kesihatan Universiti bermakna pusat yang mengendalikan dan menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan perubatan, pergigian dan kesihatan di Universiti Pendidikan Sultan Idris.2.6 Klinik Pesakit Luar bermakna unit yang memberikan perkhidmatan pesakit luar perubatan dan pergigian.2.7 Hospital/ Klinik Kerajaan/ Hospital Universiti (kerajaan) bermakna sebarang hospital kerajaan termasuk mana-mana hospital universiti, klinik-klinik kerajaan termasuk lain-lain yayasan perubatan persekutuan. 2.8 Hospital Swasta bermakna mana-mana hospital atau klinik yang tidak termasuk dalam tafsiran Hospital Kerajaan.2.9 Klinik Panel bermakna klinik swasta yang dilantik oleh Universiti bagi memberi perkhidmatan perubatan kepada pelajar atau staf Universiti.


572.10 Pegawai Perubatan/ Pergigian Universiti bermakna Pegawai Perubatan atau Pegawai Pergigian yang bertauliah dan berdaftar dengan Kerajaan Malaysia yang dilantik oleh Universiti untuk berkhidmat dengan Universiti.2.11 Pegawai Hal Ehwal Pelajar bermakna mana-mana pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang berkhidmat di Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni.2.12 Pegawai Perubatan/ Pergigian Kerajaan bermakna Pegawai Perubatan atau Pergigian yang berdaftar dan berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia.2.13 Doktor Swasta bermakna Pegawai Perubatan atau Pergigian yang tidak berkhidmat denganKerajaan Malaysia.2.14 Sesi Akademik bermakna tempoh pengajian sesuatu program pengajian yang tarikh permulaan dan tarikh tamatnya ditetapkan oleh senat.2.15 Kes Kecemasan bermakna sebarang kes yang berkaitan dengan kecederaan dan kemalangan, kesakitan yang teramat sangat, demam yang tinggi (melebihi 40°C), kesukaran untuk bernafas, pendarahan, tidak sedarkan diri dan keadaan pesakit mengganggu ketenteraman orang lain atau membahayakan dirinya atau orang lain (kecemasan psikiatrik).2.16 Ubat-ubat di bawah senarai pakar bermakna ubat-ubatan sepertimana yang disenaraikan di bawah Specialist Index Kementerian Kesihatan Malaysia.2.17 Surat Jaminan Rawatan bermakna surat yang dikeluarkan oleh Universiti bagi menjamin bayaran kos rawatan hospital (tertakluk kepada perbelanjaan yang ditanggung oleh Universiti).2.18 Surat Pengesahan Pelajar bermakna surat yang dikeluarkan oleh Universiti bagi mengesahkan status terkini pelajar.3. Syarat-Syarat Skim Perkhidmatan Kesihatan Pelajar (Perubatan & Pergigian)3.1 Mereka yang layak menerima skim ini ialah :i. Pelajar Universiti yang telah menjelaskan yuran Skim Perkhidmatan Kesihatan Pelajar (Perubatan & Pergigian) bagi sesuatu semester.ii. Pelajar yang menangguh pengajian atas sebab-sebab kesihatan yang disahkan oleh Pegawai Perubatan/Pergigian Kerajaan atau Pegawai Perubatan/Pergigian Universiti.


583.2 Mereka yang tidak layak menerima skim ini ialah :i. Pelajar yang menangguhkan pengajian bukan atas sebab-sebab kesihatan.ii. Pelajar yang menarik diri.iii. Pelajar yang diberhentikan.iv. Pelajar yang digantung pengajian.v. Pelajar yang tamat pengajian berkuatkuasa mulai tarikh disiarkan keputusan akhir bagi kursus pengajian (dan yang lain-lain jika ada) (Sila lihat Apendiks1 bagi tafsiran yang dimaksudkan)4. Kemudahan Skim Perkhidmatan Kesihatan Pelajar4.1 PerubatanKemudahan Skim Perkhidmatan Kesihatan Pelajar (Perubatan) adalah meliputi perkhidmatan di Pusat Kesihatan Universiti dan Hospital Kerajaan.4.2 PergigianSkim Perkhidmatan Pergigian ditanggung di bawah Skim Perkhidmatan Kesihatan Pelajar (Perubatan & Pergigian) dengan had kelayakan RM 100.00 satu sesi akademik mengikut kadar rawatan pergigian klinik pergigian Universiti.4.3 Pusat Kesihatan Universitii. Klinik Pesakit LuarRawatan pesakit luar perubatan dan pergigian adalah mengikut jadual-jadual yang ditetapkan oleh Universiti seperti berikut :a. PerubatanHARI WAKTU REHATIsnin - Khamis 8.15 pagi - 12.45 tengah hari2.00 petang - 4.45 petang1.00 petang - 2.00 petangJumaat 8.15 pagi - 12.00 tengah hari2.45 petang - 4.45 petang12.15 tengah hari - 2.45 petangSabtu, AhadCuti Umum TUTUP


59b. PergigianHARI WAKTU REHATIsnin - Khamis 8.15 pagi - 12.45 tengah hari2.00 petang - 4.45 petang1.00 petang - 2.00 petangJumaat 8.15 pagi - 12.00 tengah hari2.45 petang - 4.45 petang12.15 tengah hari - 2.45 petangSabtu, AhadCuti Umum TUTUPii. Perkhidmatan Kecemasan Pihak Pusat Kesihatan Universiti bersedia dipanggil untuk kes-kes kecemasan pada hari bekerja atau ketika perkhidmatan bantuan perubatan diberikan (tertakluk kepada kekangan dan kemudahan serta staf yang sedia ada).iii. Makmal PerubatanPusat Kesihatan Universiti menyediakan perkhidmatan makmal ringkas. Namundemikian jika terdapat pemeriksaan makmal lanjutan, pesakit tersebut akan dirujuk ke Hospital Kerajaan. Skim ini akan menanggung ujian makmal lanjutan yang dijalankan atas nasihat atau cadangan Pegawai Perubatan/Pergigian Universiti.4.4 Kemudahan Sick Bayi. Pesakit Yang Perlu PemerhatianPusat Kesihatan Universiti menyediakan kemudahan Sick Bay. Pelajar-pelajar yang dimasukkan ke bilik ini akan diberi pemerhatian tidak lebih dari enam (6) jam. Jika didapati pelajar tersebut memerlukan rawatan lanjut, rujukan ke Hospital Kerajaan yang berhampiran akan dibuat bagi pelajar tempatan. Bagi pelajar antarabangsa, rujukan adalah ke Hospital Kerajaan atau ke Hospital Swasta yang terdekat dan tersenarai dalam Skim Insurans yang dipersetujui oleh Universiti.(bergantung kepada keadaan pesakit melalui penilaian Pegawai Perubatan/Pergigian yang memeriksa).ii. Rawatan, Penempatan Dan MakananSemua perbelanjaan rawatan dan penempatan di Sick Bay adalah ditanggung oleh Universiti. Universiti juga menanggung bayaran makan sewaktu pesakit diarahkan untuk tinggal di Sick Bay Pusat Kesihatan Universiti.


604.5 Kemudahan Ambulans Dan Kenderaani. Kenderaan Kes KecemasanUniversiti menyediakan kemudahan kenderaan untuk semua kes kecemasan atau kes-kes yang memerlukan rujukan segera semasa waktu pejabat dan semasa perkhidmatan bantuan prubatan.ii. Kenderaan Kes Bukan KecemasanUniversiti akan berusaha untuk menguruskan kenderaan bagi pengangkutan keskes rujukan bukan kecemasan ke hospital (tertakluk kepada kemudahan kenderaan yang sedia ada).iii. Perbelanjaan PengangkutanUniversiti tidak akan menanggung perbelanjaan sebarang pengangkutan selain dari kenderaan yang disediakan oleh Universiti.iv. Hospital KerajaanUniversiti akan menanggung kemudahan rawatan pelajar di mana-mana hospital kerajaan KECUALI bahagian private wing/ perkhidmatan pesakit bayarpenuhbagi pelajar tempatan. Bagi pelajar antarabangsa, kos rawatan adalah mengikut polisi insurans yang telah ditetapkan oleh Universiti.4.6 Surat Jaminan RawatanSurat Jaminan Rawatan boleh dikeluarkan oleh Pegawai Perubatan/Pergigian Universiti.4.7 Surat Pengesahan PelajarSurat Pengesahan Pelajar dikeluarkan oleh Pengetua Kolej Kediaman (Luar dan Dalam Kampus) untuk membolehkan pelajar mendapat rawatan di Hospital Kerajaan bagi kes-kes kecemasan perubatan dan pergigian ketika ketiadaan Pegawai Perubatan/Pergigian atau semasa cuti hujung minggu atau cuti am.4.8 Bayaran Yang Ditanggung Oleh UniversitiUniversiti akan menanggung semua bayaran yang dikenakan oleh pihak hospital ke atas pelajar kecuali perbelanjaan yang tidak ditanggung oleh Skim Perkhidmatan Kesihatan Pelajar (Perubatan dan Pergigian).4.9 Pembayaran BalikPembayaran hospital yang telah didahulukan oleh pelajar boleh dituntut dari Universiti dengan mengemukakan resit pembayaran kepada pihak Pusat Kesihatan Universiti.


614.10 Kelayakan WadUniversiti hanya menanggung perbelanjaan wad kelas dua atau yang lebih rendah. Universiti tidak menanggung apa-apa bayaran kelas yang lebih tinggi dari kelas dua.4.11 Klinik Pergigian Universitii. Klinik Pesakit Luar PergigianRawatan pesakit luar pergigian adalah mengikut jadual-jadual yang ditetapkan oleh Universiti (Lampiran 2).ii. Kadar Bayaran Rawatan PergigianRAWATAN PERGIGIAN PELAJAR TEMPATAN PELAJAR ANTARABANGSAPemeriksaan & Diagnosis RM 5.00 RM 10.00 Tampalan (Komposit/ Glass Ionomer Cement) RM 20.00 (sebatang) RM 40.00 (sebatang)Tampalan (Amalgam) RM 18.00 (sebatang) RM 36.00 (sebatang)Tampalan Sementara RM 8.00 (sebatang) RM 16.00 (sebatang)Penskaleran RM 30.00 RM 50.00 Cabutan RM 12.00 (sebatang) RM 24.00 (sebatang)5. Perbelanjaan Yang Tidak Ditanggung Oleh Skim Perkhidmatan Kesihatan Pelajar (Perubatan & Pergigian)Perbelanjaan yang tidak ditanggung oleh Skim Perkhidmatan Kesihatan Pelajar adalah seperti berikut:5.1 Sebarang rawatan, ubat-ubatan dan peralatan untuk kemandulan, kesuburan atau pencegahan kehamilan.5.2 Pil vitamin (kecuali dipreskripsi oleh Pegawai Perubatan/ Pergigian Universiti), sebarang ubat-ubatan untuk kecantikan seperti makanan tambahan, pil pengawal selera, steroid untuk kekuatan atau kosmetik.5.3 Sebarang rawatan dan pemeriksaan berkaitan dengan mengandung dan bersalin sama ada dalam keadaan normal ataupun yang tidak normal.5.4 Alat-alat gantian anggota seperti plate & screw, gigi palsu dan sebagainya. Walaubagaimanapun, dapat dipertimbangkan tertakluk kepada pengesahan bahawa pelajar mengalami kecederaan/ pembedahan yang diakibatkan oleh aktiviti sewaktu mewakili Universiti.


625.5 Alat-alat bantuan kepada kecacatan dan ketidakupayaan anggota seperti tongkat, kerusi roda, cermin mata, alat bantuan pendengaran dan sebagainya.5.6 Rawatan pemindahan anggota seperti pemindahan jantung, buah pinggang, mata dan sebagainya. Alat-alat bantuan kepada kecacatan dan ketidakupayaan anggota seperti tongkat, kerusi roda, cermin mata, alat bantuan pendengaran dan sebagainya.5.7 Rawatan perubatan dan pembedahan untuk tujuan kosmetik/ estetik atau ritual seperti berkhatan dan sebagainya, kecuali dalam keadaan di mana Pegawai Perubatan/ Pergigian Universiti mengesahkan rawatan itu diperlukan untuk mengurangkan risiko kepada pesakit.5.8 Rawatan Pergigian bagi tujuan estetik seperti Korona, Jambatan, Veneer, Implant, pendakap gigi dan pemutihan gigi.5.9 Rawatan imunisasi untuk tujuan pelalian kecuali dalam keadaan wabak atau suntikan vaksin anti-tetanus yang diberikan selepas luka.5.10 Perbelanjaan rawatan perubatan homeopati atau tradisional seperti bomoh, dukun, singseh dan sebagainya.5.11 Perbelanjaan rawatan di hospital swasta kecuali Pegawai Perubatan/ Pergigian Universiti mengesahkan rawatan tersebut adalah untuk kecemasan seperti kemalangan berlaku berdekatan hospital tersebut.5.12 Perbelanjaan rawatan di luar negara kecuali bagi pelajar yang dinyatakan rawatan tersebut akan ditanggung oleh Universiti.5.13 Perbelanjaan pemeriksaan perubatan asas* (basic medical check-up) kecuali atas urusan rasmi Universiti (tertaktluk kepada ketersediaan staf dan kemudahaan). *Pemeriksaan fizikal dan ujian air kencing (UFEME) sahaja yang ditanggung oleh Universiti. Pemeriksaan ini tidak termasuk X ray dada dan pemeriksaan darah. Jika terdapat tambahan pemeriksaan, caj tambahan akan dikenakan mengikut kadar yang ditetapkan oleh Universiti.5.14 Rawatan yang berkaitan dengan jangkitan semua jenis Hepatitis (kecuali Hepatitis A) HIV, AIDS dan Sexually Transmitted Disease (STD).5.15 Rawatan pemulihan dadah.5.16 Rawatan ke atas kecederaan tubuh yang disengajakan (self inflicted injury) atau akibat penglibatan secara langsung di dalam demonstrasi, rusuhan dan civil commotion.


635.17 Perbelanjaan rawatan yang melebihi RM5,000 bagi pelajar tempatan untuk satu tahun akademik, atau tinggal di wad melebihi 60 hari berterusan untuk satu tahun akademik, yang mana terdahulu. Bagi pelajar antarabangsa, perbelanjaan rawatan yang tidak melebihi jumlah yang dihadkan melalui polisi insurans.6. Yuran SkimYuran yang dikenakan untuk Skim ini bagi satu semester adalah seperti berikut:PELAJAR PENGAJIAN YURAN KESIHATAN / SEMESTERPelajar TempatanDiploma pendidikan / bukan pendidikan RM 10.00 Ijazah pertama pendidikan /bukan pendidikan RM 30.00Kursus pasca ijazah RM 30.00PELAJAR PENGAJIAN YURAN KESIHATAN / SEMESTERPelajar AntarabangsaDiploma muzik / bukan muzik RM 60.00 Ijazah Sarjana Muda Pendidikan RM 60.00Ijazah Sarjana Muda RM 60.00Ijazah Doktor Falsafah RM 60.00Mobiliti dan lain-lain program jangka pendekseperti yang ditetapkan oleh program7. AmMana-mana perbelanjaan yang tidak ditanggung oleh Skim Perkhidmatan Kesihatan Pelajar (Perubatan & Pergigian) yang boleh disediakan oleh Pusat Kesihatan Universiti, bayaran akan dikenakan dengan kadar yang ditetapkan oleh Universiti.


648. Sistem Kemudahan Perubatan Dan Kesihatan Pelajar Melalui Klinik Panel (Perubatan) Pelajar Universiti Pendidikan Sultan IdrisKlinik Panel Pelajar berfungsi membantu Pusat Kesihatan Universiti dalam memberikan perkhidmatan perubatan dan perawatan kepada para pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris. Walau bagaimanapun sebagai kawalan dalaman, syarat-syarat penggunaaan kemudahan klinik panel pelajar adalah seperti berikut :-8.1 Cara Penggunaan Kemudahan Klinik Panel (Perubatan) Pelajari. Pelajar hanya dibenar untuk menggunakan kemudahan klinik panel selepas waktu pejabat dan semasa cuti hujung minggu atau cuti am.ii. Pelajar akan diberikan satu (1) keping Pelekat bernombor siri dan bercop Pusat Kesihatan. Pelekat ini tidak boleh berpindah hak milik.iii. Pelekat ini hanya diberikan kepada pelajar yang telah menjelaskan yuran Skim Perkhidmatan Kesihatan Pelajar (Perubatan dan Pergigian) setiap semester. Ianya sah hanya untuk satu semester pengajian sahaja mengikut nombor siri yang ditetapkan.iv. Pihak Klinik Panel berhak untuk tidak memberikan perkhidmatan kepada pelajar yang tidak membawa Pelekat yang sah.8.2 Pelajar Yang Layak Menerima Kemudahan Inii. Pelajar yang telah menjelaskan yuran Skim Perkhidmatan Kesihatan Pelajar bagi sesuatu semester.ii. Pelajar yang menangguh pengajian atas sebab-sebab kesihatan yang disahkan oleh Pegawai Perubatan Universiti.8.3 Pelajar Yang Tidak Layak Menerima Kemudahan Ini.i. Pelajar yang menangguh pengajian bukan atas sebab-sebab kesihatan.ii. Pelajar yang menarik diri.iii. Pelajar yang diberhentikan.iv. Pelajar yang digantung pengajianv. Pelajar yang tamat pengajian berkuat kuasa mulai tarikh disiarkan keputusan akhir bagi kursus pengajiannya.


658.4 Garis Panduan Perkhidmatan Klinik Panel Pelajar i. Klinik Panel Pelajar hanya memberikan perkhidmatan dan rawatan pesakit luar untuk diri pelajar sahaja (tidak termasuk keluarga atau tanggungan pelajar) dengan kadar bayaran maksimum sebanyak RM35.00 (Ringgit Malaysia tiga puluh lima) sahaja setiap semester.ii. Klinik Panel Pelajar hanya dibenarkan memberi perkhidmatan kepada pelajar yang membawa Pelekat yang sah sahaja.iii. Klinik Panel Pelajar hanya dibenarkan membuat rujukan ke hospital kerajaan yang berdekatan sahaja untuk kes-kes kecemasan. Pihak Pusat Kesihatan Universiti perlu dimaklumkan mengenai rujukan ini.iv. Bagi kes bukan kecemasan, rujukan dari Klinik Panel Pelajar haruslah melalui Pusat Kesihatan Universiti bagi tujuan rekod dan pengeluaran Surat Jaminan Rawatan.v. Klinik Panel Pelajar diminta memberi layanan yang berhemah dan sewajarnya kepada pesakit/ pelajar UPSI.vi. Klinik Panel Pelajar hanya akan mengeluarkan Sijil Cuti Sakit kepada pelajar yang difikirkan benar-benar perlu sahaja.vii. Klinik Panel Pelajar perlu membuat laporan serta merta kepada pihak Pusat Kesihatan Universiti sekiranya terdapat pelajar yang menghidapi penyakit yang memerlukan langkah pencegahan.viii. Universiti juga berhak untuk tidak membuat bayaran kepada mana-mana Klinik Panel yang melanggar garis panduan di atas, termasuk memberi perkhidmatan ke atas perbelanjaan yang tidak ditanggungoleh Skim Perkhidmatan Kesihatan Pelajar (Perubatan dan Pergigian).ix. Universiti berhak meminda dan mengubahsuai Sistem Kemudahan Perubatan dan Kesihatan Pelajar (Perubatan dan Pergigian) dari semasa ke semasa.


66TAFSIRAN BAGI PELAJAR UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRISBIL PERKARA DEFINISI1 Pelajar yang menangguhkan pengajianbukan atas sebab-sebab kesihatanPelajar yang menangguhkan pengajian bukan atas sebabsebab kesihatan adalah pelajar yang mengisi permohonan melalui portal pelajar untuk kelulusan Dekan kecuali pelajar semester pertama pengajian. Pelajar semester pertama pengajian hanya dibenarkan untuk menangguh pengajian atas sebab kesihatan yang disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan dan kes-kes khas yang iluluskan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa). Kaedah 9, Pendaftaran dan Rekod2 Pelajar yang menarik diri Pelajar yang menarik diri adalah pelajar yang menarik diri atau berhenti daripada pengajian yang mengisi permohonan melalui portal pelajar untuk kelulusan Dekan. Pelajar yang berhenti perlu menyelesaikanNsemua hutang dan memulangkan bahan-bahan pinjaman yang menjadi hak milik universiti.Kaedah 6, Pendaftaran dan Rekod3 Pelajar yang diberhentikanPelajar yang diberhentikan adalah pelajar yang mendapat:i. PNGK kurang daripada 1.00; atau ii. Mendapat PNGK kurang daripada 1.70 dan berada dalam status Percubaan pada semester sebelumnya.iii. Pelajar masih memperoleh gred B- dan ke bawah dalam Praktikum/Latihan Mengajar setelah mendaftar dan mengikuti program tersebut sebanyak dua (2) kali.iv. Pelajar masih memperoleh gred C dan ke bawah dalam Latihan Industri setelah mendaftar dan mengikuti program tersebut sebanyak dua (2) kali danv. Pelajar yang tidak dapat menamatkanpengajiannya dalam tempoh dua belas (12) semester (DB). Kaedah 15. 4, Peperiksaanvi. Pelajar yang gagal dan diberhentikan di atas boleh membuat rayuan kepada universiti melalui fakulti secara bertulis. Keputusan rayuan adalah tertakluk kepada Senat.Kaedah 10, Peperiksaan


67TAFSIRAN BAGI PELAJAR UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRISBIL PERKARA DEFINISI4 Pelajar yang digantun pengajianPelajar yang digantung pengajian adalah pelajar yang dikenakan tindakan tatatertib. Tempoh penggantungan adalah diambil kira sebagai tempoh pengajian. Kaedah 8, Pendaftaran dan Rekod5 Pelajar yang tamat pengajian berkuat kuasa mulai tarikh disiarkankeputusan akhir bagi kursus pengajian (dan yang lain-lain jika ada)Pelajar yang tamat pengajian berkuat kuasa mulai tarikh disiarkan keputusan akhir bagi kursus pengajian adalah pelajar yang menyempurnakan syarat-syarat untuk tujuan bergraduat iaitu:i. Telah lulus semua kursus yang diwajibkan dalam struktur program pengajian. ii. Mencapai PNGK 2.00 ke atas; iii. Memenuhi apa-apa peraturan program, jika ada; iv. Diperakui untuk dianugerahkan ijazah oleh Senat; v. Tidak disabitkan dengan kesalahan tatatertib. Pelajar yang telah melengkapkan struktur program pengajian dan dalam siasatan kesalahan tatatertib, akan ditangguhkan daripada bergraduat sehingga selesai perbicaraan ke atasnya.Kaedah 1, PengijazahanRujukan:Kaedah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Perkara Akademik) 2008 Pindaan 2017


68Carta Aliran Pengurusan Rujukan Pesakit Antarabangsa ke HospitalPutuskan pesakit untuk rujukanHantar pesakit ke hospitalMaklumkan kepada Pegawai Pengiring/ Kebajikan / BertugasSediakan Pesakit Pastikan pesakit stabilPass over pesakit ke pasukan triagingSerahkan maklumat kepada Pegawai Pengiring / Kebajikan / BertugasJAWATAN PROSES KERJAPegawai perubatan Buat keputusan untuk merujuk pesakit ke hospitalJururawat Terlatih Pastikan pesakit stabilJururawat Terlatih Menyediakan pesakit- keselesaan pesakit- Surat Jaminan Rawatan- Salinan pasport- Salinan kad MatriksJururawat Terlatih Maklumkan kepada Pegawai Pengiring/ Kebajikan / BertugasPenolong Pegawai PerubatanHantar pesakit ke hospitalPenolong Pegawai PerubatanMengiringi pesakit ke triaging dan pass over kepada pasukan triaging hospitalPenolong Pegawai PerubatanSerahkan maklumat kepada Pegawai Pengiring/ Kebajikan/ BertugasProses Kerja Pengurusan Rujukan Pesakit Antarabangsa ke Hospital


Click to View FlipBook Version