The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU DASAR PERATURAN PELAJAR (dikemaskini 20/09/2021)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by JHEPA UPSI, 2021-09-20 04:04:11

BUKU DASAR PERATURAN PELAJAR

BUKU DASAR PERATURAN PELAJAR (dikemaskini 20/09/2021)

SENARAI KANDUNGAN MUKA
SURAT
BIL PERKARA
1
1 DIREKTORI TELEFON PUSAT
TANGGUNGJAWAB 3
9
2 DISIPLIN & TATATERTIB PELAJAR 32
3 AKTA UNIVERSITI & KOLEJ UNIVERSITI 49
4 PERATURAN KOLEJ KEDIAMAN
5 DASAR SKIM PERKHIDMATAN KESIHATAN 60

PELAJAR

6 DASAR PERATURAN DAN KADAR DENDA
PUSAT KEBUDAYAAN

DIREKTORI TELEFON PUSAT TANGGUNGJAWAB

PUSAT TANGGUNGJAWAB NO. TELEFON
Pejabat Naib Canselor 05 – 4596200
05 – 450 6777 / 6546 / 6407
Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal 05 – 450 6555 / 6377
Akademik & Antarabangsa)
Pejabat Timbalan Naib Canselor 015 - 4879 7085 / 7083
(Hal Ehwal Pelajar & Alumni)
Pejabat Timbalan Naib Canselor 015 – 4879 7881 / 7883
(Penyelidikan & Inovasi)
Jabatan Canselori 05 – 450 6380 / 6376
Pejabat Pendaftar 05 – 450 6444 / 6776
Pejabat Bendahari 05 – 450 6329 / 6304 / 6307
015 – 4879 7738 / 7760
Pejabat Ketua Pustakawan 05 – 450 6779 / 6271 / 6832
Jabatan Pengurusan Pembangunan & 05 – 450 6111 / 6110
Harta Benda 015 – 4879 7236
Bahagian Perundangan 05 – 450 5084 / 6362 / 6491
Bahagian Governan 05 – 450 6351 / 6957 / 6864
Bahagian Keselamatan 05 – 450 6816 / 6810
Bahagian Sumber Manusia 05 – 450 6494
Bahagian Hal Ehwal Akademik 05 – 4879 7908 / 7981 / 7982
Bahagian Hal Ehwal Pelajar 015 – 4879 7152 / 7835 / 7149
Pusat Alumni 015 – 4879 7051 / 7052 / 7054
Pusat Kaunseling 05 – 450 6774
Pusat Kebudayaan 05 – 450 5308 / 5446 / 5326
Pusat Keusahawanan & Kebolehpasaran 05 – 450 5006 / 6887
Graduan (EDGE)
Pusat Ko-Kurikulum 015 – 4879 7708 / 7700
Pusat Sukan 015 – 4879 7960 / 7965
Pusat Transformasi Komuniti Universiti 05 – 450 5005 / 6979
(UCTC)
Kolej Aminuddin Baki 015 – 458 1252 / 05 – 450 5092
Kolej Awang Had Salleh 015 – 4879 7897 / 7898
Kolej Harun Aminurrashid 015 – 4879 7909 / 7903
Kolej Ungku Omar 015 – 4879 7102 / 7100
Kolej Za’ba 05 – 458 3259
Unit Kediaman Luar Kampus 05 – 450 6965 / 6964

1

DIREKTORI TELEFON PUSAT TANGGUNGJAWAB

PUSAT TANGGUNGJAWAB NO. TELEFON
Bahagian Komunikasi Korporat 05 – 450 6978 / 6661
Bahagian Perancangan Korporat 05 – 450 6396 / 6395
Bahagian Pengangkutan 05 – 450 6594 / 6883
Bahagian Pengurusan Kualiti 05 – 450 5322 / 5334

Bahagian Pengurusan Risiko & 05 – 450 5331 / 5438
Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan
Bahagian Audit Dalam 05 – 450 6476 / 6474
Akademi Pendidikan / Sekolah Makmal 05 – 450 5883 / 5880
Pejabat Karang Mengarang 05 – 4879 7564 / 7565
Unit Integriti 05 – 450 6471 / 6451
Pusat Islam 015 – 4879 7540 / 7545
Pusat Kesihatan Universiti 05 – 450 6668 / 6671
Pusat Latihan Mengajar & Industri 015 – 4879 7211 / 7210
Pusat Pembangunan Akademik 05 – 450 6457
Pusat Pengurusan Penyelidikan Inovasi 015 – 4879 7856 / 7969

Pusat Penyelidkan Perkembangan 015 – 4879 7130 / 7139
Kanak-Kanak Negara

Institut Pengajian Siswazah 05- 450 5487 / 5482

Pusat Antarabangsa & Mobiliti 05 – 450 5187 / 5090
Pusat Bahasa & Pengajian Umum 015 – 4879 7930 / 7931
05 – 450 5821 / 5826
Pusat Teknologi Maklumat & 015 – 4879 7227
Komunikasi 05 – 450 6972 / 5073
Pusat Ulul Albab 05 – 450 5303 / 5085
Institut Peradaban Melayu 05 – 450 6667 / 6680
Muzium Pendidikan Nasional 05 – 450 6179 / 6036
Fakulti Bahasa & Komunikasi 05 – 450 5515 / 6702
Fakulti Muzik & Seni Persembahan 015 – 4879 7501 / 7503
Fakulti Pembangunan Manusia 015 – 4879 7276 / 7771
Fakulti Pengurusan Ekonomi 015 – 4879 7526 / 7519
Fakulti Sains & Matematik 05 – 450 5151 / 5047
Fakulti Sains Kemanusiaan 015 – 4879 7171 / 7156
Fakulti Sains Sukan & Kejurulatihan 05 – 450 5882 / 5923

Fakulti Seni, Komputeran & Industri 05 – 450 6359 / 6644
Kreatif
Fakulti Teknikal & Vokasional

2

DISIPLIN DAN TATATERTIB PELAJAR

Dalam usaha memantapkan pengurusan tatatertib pelajar, Unit Perundangan
Pelajar bertanggungjawab memastikan pelajar mematuhi peraturan-peraturan,
atau mana-mana garis panduan, arahan, petunjuk, sekatan, syarat atau terma
yang dikenakan atau diberikan di bawah Kaedah-Kaedah Universiti Pendidikan
Sultan Idris (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1999. Di bawah kaedah ini, sekiranya
seseorang pelajar melakukan suatu kesalahan tatatertib, Pihak Berkuasa
Tatatertib Pelajar boleh mendakwa dan mengenakan hukuman kepada pelajar
berkenaan setelah perbicaraan dijalankan.

Apabila seseorang pelajar telah didapati bersalah, Pihak Berkuasa Tatatertib
Pelajar hendaklah mengenakan ke atas pelajar satu (atau gabungan dua atau
lebih) daripada hukuman yang dinyatakan dalam Kaedah 48, iaitu:

i) amaran;
ii) denda tidak melebihi dua ratus ringgit;
iii) dilarang daripada mana-mana bahagian atau bahagian-

bahagian tertentu Universiti bagi tempoh yang ditetapkan;
iv) digantung daripada menjadi seorang pelajar Universiti bagi

tempoh yang ditetapkan;
v) dipecat dari Universiti.

Unit ini bertanggungjawab menjalankan pelaksanaan tatatertib pelajar dari
semasa ke semasa seperti memastikan pelajar dapat dihadapkan ke Pihak
Berkuasa Tatatertib Pelajar, menyampaikan maklumat-maklumat, arahan dan
sebagainya.

Laporan berkenaan dengan kesalahan tatatertib pelajar akan dihantar kepada
pihak-pihak Universiti, ibu bapa atau penjaga pelajar berkenaan. Sekiranya
pelajar seorang pemegang biasiswa, laporan tersebut akan dihantar kepada
badan penaja biasiswa itu, dan sekiranya pelajar berkenaan seorang penjawat
kerajaan, laporan akan dihantar kepada Ketua Jabatan/majikan pelajar tersebut.

PERATURAN BERKAITAN ETIKA BERPAKAIAN DAN
SAHSIAH RUPA DIRI PELAJAR

Pelajar hendaklah sentiasa mematuhi peraturan-peraturan dan arahan-arahan
Universiti berkaitan perkara ini dan tidak bertindak melakukan sesuatu yang
bertentangan dengan peruntukan-peruntukan tersebut pada setiap masa dan
ketika.

3

Pelajar yang didapati tidak mematuhi peraturan ini boleh dikenakan saman dan
dihadapkan kepada Pihak Berkuasa Tatatertib Pelajar serta boleh dikenakan
hukuman di bawah Kaedah 48, Kaedah-kaedah Universiti Pendidikan Sultan
Idris (Tatatertib Pelajar-Pelajar)1999.

PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
(ETIKA BERPAKAIAN DAN SAHSIAH RUPA DIRI PELAJAR) 2014

PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 26 Kaedah-Kaedah
Universiti Pendidikan Sultan Idris [P.U.(A) 265/1999], Naib Canselor membuat
Peraturan berikut:

NAMA, MULA BERKUAT KUASA DAN PEMAKAIAN

1. (1) Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan
Universiti Pendidikan Sultan Idris (Etika Berpakaian Dan Sahsiah Rupadiri
Pelajar) 2014 dan hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan
oleh Naib Canselor.

(2) Peraturan-peraturan ini hendaklah terpakai kepada semua pelajar
Universiti Pendidikan Sultan Idris.

DEFINISI

2. Dalam peraturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang
lain -

“kampus” ertinya kampus Universiti Pendidikan Sultan Idris, termasuklah –

4

(a) Kampus cawangan;
(b) Kampus sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah yang dibuat di bawah

subseksyen 6(1) Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971; dan
(c) Kawasan bersekali dengan segala bangunan atau struktur lain di atasnya,

yang dipunyai atau digunakan, sama ada untuk selama-lamanya atau
selainnya oleh Universiti;

“Naib Canselor” ertinya Naib Canselor Universiti, dan termasuklah mana- mana
orang atau kumpulan orang yang diberi kuasa oleh Naib Canselor untuk
bertindak bagi pihaknya;

“orang yang diberi kuasa” ertinya mana-mana orang atau kumpulan orang
yang diberi kuasa oleh Naib Canselor untuk bertindak bagi pihak Universiti;

“pelajar” ertinya seseorang pelajar berdaftar, selain pelajar di suatu institusi
yang bersekutu dengan Universiti, yang mengikuti kursus pengajian, pengajaran,
latihan atau penyelidikan daripada apa-apa perihalan pada peringkat persediaan,
praijazah, lepas ijazah atau lepas kedoktoran secara sepenuh masa atau
sambilan dalam, oleh atau dari Universiti dan termasuklah pembelajaran jarak
jauh, luar kampus, pertukaran dan pelajar tidak berijazah;

PERATURAN AWAM

3. (1) Semua pelajar hendaklah pada setiap masa dan ketika, mematuhi
peraturan-peraturan dan arahan-arahan Universiti dan tidak bertindak melakukan
sesuatu yang bertentangan dengan peraturan-peraturan dan arahan-arahan
tersebut.

(2) Semua pelajar Muslim tidak boleh bertindak atau melakukan sesuatu
yang bertentangan dengan peraturan dan hukum Islam, atau mengabaikan
tanggungjawab Islam yang diwajibkan ke atas mereka sama ada ketika
bersendirian atau di tempat awam, di dalam atau di luar kampus.

(3) Semua pelajar termasuk pelajar bukan Islam dan pelajar antarabangsa
hendaklah sentiasa mematuhi peraturan Universiti yang dibuat dari semasa ke
semasa dan bertindak sesuai dengan sahsiah diri sebagai pelajar Universiti,
sama ada ketika bersendirian atau di tempat awam, di dalam atau di luar kampus.

PERATURAN BERPAKAIAN DI DALAM KAMPUS, SEMASA
MENJALANI LATIHAN MENGAJAR ATAU INDUSTRI DAN
MENGHADIRI MAJLIS ATAU URUSAN RASMI UNIVERSITI

4. (1) Semasa berada di dalam kampus, semua pelajar hendaklah sentiasa

(a) berpakaian kemas, sopan dan tidak melanggar peraturan Universiti;
dan

(b) mempamerkan kad pelajar, kecuali ketika menjalankan kegiatan
sukan dan kokurikulum.

5

(2) Pelajar lelaki adalah dibenarkan tidak memakai tali leher ketika berada di
dalam kawasan kampus, kecuali diwajibkan oleh pensyarah masing-
masing bagi sebarang tujuan pengajaran dan pembelajaran.

(3) Semua pelajar dilarang memakai pakaian atau Aksesori yang
melambangkan sebarang pertubuhan atau kumpulan tertentu yang boleh
mengakibatkan ketidakharmonian atau ketenteraman Universiti terganggu.

(4) Semua pelajar dilarang mempamerkan sebarang unsur yang pada
pandangan Naib Canselor atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh
Naib Canselor adalah bertentangan dengan moral yang baik atau
mengandungi reka bentuk, perkataan atau frasa yang tidak diingini dari
segi nilai atau norma.

5. Semasa menjalani latihan mengajar atau industri dan menghadiri majlis rasmi
atau urusan rasmi Universiti :
(a) pelajar dikehendaki berpakaian kemas dan sopan mengikut etika pakaian
yang ditetapkan oleh pihak sekolah, industri atau penganjur dan tidak
melanggar peraturan Universiti; dan
(b) pemakaian jeans adalah tidak dibenarkan.

6. Semasa menghadiri makmal, aktiviti sukan, aktiviti kebudayaan, aktiviti
beruniform atau aktiviti pelajar :
(a) pelajar hendaklah mematuhi etika pakaian dan peraturan yang ditetapkan
dalam aktiviti tersebut;
(b) seluar pendek dan baju tanpa lengan hanya dibenarkan dipakai semasa
melakukan aktiviti sukan dan sekitar gelanggang sukan sahaja;dan
(c) pakaian renang hanya dibenarkan dipakai semasa melakukan aktiviti
renang dan ketika berada di dalam kawasan kolam renangsahaja.

7. Fakulti boleh memberi kelonggaran kepada pelajar-pelajar daripada Fakulti
berkenaan sahaja untuk berpakaian seperti berikut bagi hari-hari tertentu-

(a) T-Shirt berkolar semasa kuliah seni dan muzik, aktiviti amali, studio,
bengkel dan persembahan; dan

PAKAIAN KHUSUS UNTUK PELAJAR LELAKI DAN PEREMPUAN

8. (1) Semua pelajar lelaki
(a) hendaklah berpakaian yang sesuai dan sopan sebagai mahasiswa
Universiti; dan
(b) dilarang mengenakan pakaian dan berpenampilan seperti berikut -
(i) memakai pakaian atau aksesori yang melambangkan sebarang
pertubuhan atau kumpulan tertentu;
(ii) memakai pakaian atau perhiasan diri yang menampakkan
kekeliruan jantina;
(iii) berseluar ketat;

6

(iv) memakai seluar jeans, seluar pendek atau T-shirt ketika
berurusan di pejabat dan menghadiri kuliah;

(v) berambut panjang (sehingga mencecah kolar baju, menutup
telinga dan mencecah kening), berekor, berwarna dan
berfesyen rambut yang tidak kemas;

(vi) berseluar pendek; dan
(vii) memakai selipar ketika berurusan di pejabat dan menghadiri

kuliah.

(2) Semua pelajar perempuan –
(a) hendaklah berpakaian yang sesuai dan sopan sebagai mahasiswa
Universiti; dan
(b) dilarang mengenakan pakaian dan berpenampilan seperti berikut –
(i) memakai pakaian atau aksesori yang melambangkan sebarang
pertubuhan atau kumpulan tertentu;
(ii) memakai pakaian atau perhiasan diri yang menampakkan
kekeliruan jantina;
(iii) memakai pakaian tanpa lengan, sendat dan menjolok mata;
(iv) memakai kain atau skirt di atas paras lutut;
(v) memakai seluar ketat dan jeans;
(vi) memakai seluar pendek ketika berurusan di pejabat dan
menghadiri kuliah; dan
(vii) memakai selipar ketika berurusan di pejabat dan menghadiri
kuliah.

(3) Seseorang pelajar adalah dilarang memakai purdah di dalam kampus,
termasuklah ketika menghadiri majlis rasmi anjuran Universiti atau
mana-mana pihak yang diluluskan oleh Universiti di dalam atau di luar
kampus kecuali sebagaimana yang diluluskan secara bertulis oleh
Naib Canselor.

PENGUATKUASAAN

9. (1) Pihak penguatkuasa kepada peraturan ini adalah –
(a) kakitangan akademik yang boleh –
(i) menasihati, memberi amaran atau kaunseling kepada pelajar
berkenaan dengan peraturan ini; dan
(ii) menghalang mana-mana pelajar yang tidak mematuhi peraturan
ini daripada memasuki kelas atau kuliah;
(b) pengetua kolej, felo asrama dan pegawai-pegawai hal ehwal pelajar
yang boleh-
(i) menasihati, memberi amaran atau kaunseling kepada pelajar
berkenaan dengan peraturan ini; dan
(ii) mengambil tindakan yang perlu dan munasabah selaras
dengan peraturan ini;
(c) kakitangan perpustakaan dan pentadbiran yang boleh -
(i) membuat teguransecarateruskepada pelajar berkenaan dengan
peraturan ini; dan
(ii) menghalang mana-mana pelajar yang tidak mematuhi
peraturan ini daripada memasuki mana-mana ruang dalam
kampus atau menggunakan kemudahan Universiti.

7

(d) penasihat pertubuhan pelajar dan penasihat atau mentor pelajar
yang boleh -
(i) menasihati, memberi amaran atau kaunseling kepada pelajar
berkenaan dengan peraturan ini; dan
(ii) menghalang mana-mana pelajar yang tidak mematuhi
peraturan ini daripada memasuki mana-mana ruang dalam
kampus atau menggunakan kemudahan Universiti.

(e) pengawal keselamatan yang boleh -
(i) mengambil tindakan awal dengan menghalang daripada
memasuki atau meninggalkan kawasan kampus dan menyoal
selidik pelajar yang didapati melanggar peraturan tersebut; dan
(ii) melaporkan kepada mana-mana pegawai hal ehwal pelajar
bahawa satu melanggar peraturan ini disyaki telah berlaku

(2) Mana-mana pelajar yang didapati telah berkelakuan yang melanggar
peraturan ini boleh -
(a) diberi amaran bertulis dan direkodkan ke dalam fail pelajar dan
pangkalan data bagi pengesanan kesalahan berulang; atau
(b) dikenakan denda maksimum RM50 dengan diberikan notis
dendaan untuk setiap kesalahan.
PENGECUALIAN

10. Tatacara berpakaian selain daripada yang dinyatakan di dalam peraturan
ini hendaklah mendapat kebenaran khas daripada Naib Canselor.

Bertarikh pada 4 haribulan November 2014

Profesor Dato’ Dr. Zakaria Bin Kasa
Naib Canselor

Universiti Pendidikan Sultan Idris

8

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971
Kaedah-Kaedah Universiti Pendidikan Sultan Idris
(TATATERTIB PELAJAR-PELAJAR) 1999

Artikel I. Jilid 43 1hb Julai 1999
Artikel II. Tambahan No. 61
Artikel III. No. 3
Artikel IV. Perundangan (A)
P.U. (A) 265

SUSUNAN KAEDAH-KAEDAH

BAHAGIAN 1
PERMULAAN

Kaedah
1. Nama
2. Tafsiran

BAHAGIAN II
TATATERTIB AM

3. Larangan Am
4. Menghadiri Kuliah

5. Sekatan ke atas penggunaan teks kuliah
6. Larangan terhadap plagiarisme
7. Kehadiran dalam peperiksaan
8. Kelakuan semasa peperiksaan
9. Menganjurkan perhimpunan
10. Pembesar suara
11. Sepanduk
12. Penerbitan, dsb., dokumen
13. Kegiatan pelajar diluar kampus
14. Pelajar yang melibatkan diri dalam pekerjaan, dsb.
15. Representasi berhubung dengan Universiti
17. Judi di dalam Kampus
18. Meminum minuman keras dan berkelakuan tidak senonoh
19. Artikel lucah
20. Dadah dan racun
21. Kebersihan di dalam Kampus
22. Membuat bising
23. Pemeriksaan ke atas pelajar yang disyaki mempunyai gangguan mental
24. Tempat tinggal atau tempat tidur di dalam Kampus
25. Memasuki bahagian atau bangunan Kampus yang dilarang
26. Pakaian pelajar
27. Keingkaran

9

BAHAGIAN III
TATATERTIB ASRAMA

28. Memasuki atau berada di bilik pelajar menetap
29. Menghalang dsb., pegawai-pegawai, dsb., daripada masuk dan

menjalankan tugas
30. Berada di luar asrama pada waktu malam
31. Berada di dalam premis asrama pada waktu malam
32. Menggunakan premis asrama dengan cermat dan larangan kacau

ganggu
33. Bertukar bilik tanpa kebenaran terdahulu
34. Berpindah tempat tinggal
35. Kuasa pengetua untuk memberi perintah, dsb, berkenaan dengan

ketenteraman dan tatatertib

BAHAGIAN IV
TATATERTIB LALU LINTAS JALAN

36. Kebenaran bertulis bagi pelajar yang menyimpan, memiliki atau
mempunyai kenderaan motor di dalam Kampus.

37. Daftar kenderaan motor pelajar
38. Had laju
39. Kenderaan motor hendaklah dipandu hanya atas jalanraya
40. Meletak kereta secara menghalang
41. Menggunakan ruang letak kereta yang diuntukkan
42. Membonceng
43. Arahan dan isyarat lalu lintas
44. Pengeluaran lesen memandu dan kad matrikulasi
45. Halangan kepada aliran lalu lintas
46. Perbuatan di dalam Kampus yang adalah kesalahan di bawah Akta

Pengangkutan Jalan 1987 sebagai kesalahan tatatertib
47. Hukuman tatatertib terus

BAHAGIAN V
TATACARA TATATERTIB

48. Hukuman tatatertib
49. Kehadiran di hadapan pihak berkuasa tatatertib
50. Akibat tidak hadir di hadapan pihak berkuasa tatatertib
51. Penjelasan fakta dan pengambilan rayuan
52. Pengakuan bersalah dan tatacara berikutnya
53. Tatacara apabila pelajar mengaku tidak bersalah
54. Keterangan pelajar
55. Memanggil semula saksi
56. Pengumuman keputusan
57. Pengenaan hukuman
58. Jagaan dan pelupusan barang kes
59. Nota bertulis mengenai prosiding tatatertib
60. Jagaan nota
61. Daftar prosiding tatatertib
62. Laporan prosiding tatatertib kepada ibu bapa, Menteri, dsb.
63. Bayaran denda
64. Tidak membayar denda

10

65. Perintah pampasan
66. Orang yang boleh hadir dalam prosiding tatatertib

BAHAGIAN VI
RAYUAN

67. Notis rayuan
68. Penyampaian rayuan kepada Menteri
69. Tindakan Menteri ke atas rayuan
70. Rayuan tidak berkuatkuasa sebagai penggantungan pelaksanaan
hukuman

BAHAGIAN VII
AM

71. Kesalahan tatatertib
72. Kaedah-kaedah ini tidak mengurangkan tanggungan jenayah

PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh Seksyen 16C Akta
Universiti Kolej Universiti 1971 (Akta 30), Lembaga Pengarah Universiti

Pendidikan Sultan Idris membuat kaedah-kaedah yang berikut:

BAHAGIAN I
PERMULAAN

Nama

1. Kaedah-kaedah ini bolehlah dinamakan Kaedah-Kaedah Tatatertib
Universiti Pendidikan Sultan Idris (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1999.

Tafsiran

2. Dalam Kaedah-Kaedah ini, melainkan jika konteksnya mengkehendaki
makna yang lain-

“arahan lalu lintas” ertinya apa-apa perintah, arahan atau petunjuk yang
diberikan oleh seseorang orang yang diberi kuasa kepada mana-mana
orang yang menggunakan jalan atau kenderaan di dalam Kampus.

“asrama” ertinya apa-apa kemudahan, dengan apa-apa jua nama yang
dipanggil, yang disediakan oleh Universiti bagi kediaman pelajar;

“bilik tatatertib” ertinya sesuatu bilik yang diuntukkan bagi maksud
menjalankan prosiding tatatertib amnya atau bagi maksud prosiding
tatatertib yang tertentu;

“dadah” ertinya apa-apa dadah atau bahan yang pada masa ini disenaraikan
dalam Jadual Pertama kepada Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234);

“isyarat lalu lintas” termasuklah isyarat, tiang isyarat amaran, tiang
arahan, isyarat, tanda atau alat yang didirikan atau disediakan pada atau

11

berhampiran dengan jalan untuk pengetahuan, panduan atau penunjuk
orang-orang yang menggunakan jalan.

“judi” ertinya bermain apa-apa permainan beradu nasib, atau gabungan
beradu nasib dan kemahiran, bagi wang atau nilai wang, dan termasuklah
apa-apa pertaruhan atau apa-apa loteri.

“Kampus” ertinya Kampus Universiti Pendidikan Sultan Idris termasuklah
semua asrama, institusi dan bangunan Universiti.

“kakitangan” ertinya mana-mana pekerja Universiti.

“kenderaan” ertinya satu struktur yang boleh bergerak atau digerakkan
atau digunakan bagi membawa mana-mana orang atau benda dan yang
bersentuhan dengan permukaan bumi apabila bergerak;

“kenderaan bermotor” ertinya tiap-tiap perihal kenderaan yang digerakkan
oleh jentera mekanisme yang terkandung di dalam badan kenderaan badan
itu dan dibina atau disesuaikan supaya boleh digunakan di atas jalan, dan
termasuklah apa-apa kenderaan yang ditarik oleh satu kenderaan motor
sama ada atau tidak bahagian daripada kenderaan yang ditarik itu menindih
atas kenderaan motor yang menariknya.

“kesalahan tatatertib” ertinya suatu kesalahan di bawah Kaedah- Kaedah
ini;

“meletak kereta” ertinya membawa sesuatu kenderaan kepada keadaan
yang tidak bergerak dan menyebabkan kenderaan itu menunggu bagi apa-
apa maksud selain mengambil atau menurunkan dengan serta-merta orang,
barang-barang atau bagasi;

“menipu” termasuklah meniru;

“minuman keras” ertinya apa-apa minuman keras yang mempunyai apa-
apa kekuatan alkohol;

“Naib Canselor” ertinya Naib Canselor Universiti, dan termasuklah mana-
mana orang yang diberi kuasa oleh Naib Canselor untuk bertindak bagi
pihaknya;

“orang yang diberi kuasa” ertinya mana-mana orang atau kumpulan orang
yang diberi kuasa dengan sewajarnya untuk bertindak bagi pihak Universiti;

“pelajar” termasuklah mana-mana pelajar lepasan ijazah, pelajar sambilan,
pelajar di bawah rancangan pengajian jarak jauh atau luar Universiti dan
pelajar-pelajar yang mengikuti kursus sepenuh masa atau sambilan di
Universiti;

“pelajar pemegang biasiswa” termasuklah mana-mana pelajar yang
sedang belajar atas biasiswa, dermasiswa, pinjaman, tajaan, cuti bergaji
atau tanpa gaji, atau atas pemberian atau apa-apa kemudahan lain, daripada
mana-mana Kerajaan, institut, pihak berkuasa berkanun, organisasi

12

perdagangan atau perniagaan atau badan lain;

“pelajar menetap” ertinya seseorang pelajar yang menetap di dalam
asrama;

“Pengetua” ertinya pegawai utama yang menjaga sesuatu asrama ;

“peperiksaan” termasuklah apa-apa cara atau kaedah penilaian yang
menyebabkan markah atau gred diberikan bagi sesuatu kursus atau
sebahagian daripada kursus tertentu;

“pihak berkuasa tatatertib” ertinya Naib Canselor atau, jika berkenan,
mana-mana Timbalan Naib Canselor, mana-mana anggota kakitangan,
mana-mana pegawai atau mana-mana pekerja Universiti, yang diwakilkan
oleh Naib Canselor dengan tugas, kuasa atau kewajipan tatatertib di bawah
sebseksyen 16B(3) Akta;

“prosiding tatatertib” ertinya prosiding tatatertib di bawah Kaedah-
Kaedah ini;

“racun” ertinya apa-apa bahan yang dinyatakan melalui nama dalam ruang
pertama Senarai Racun kepada Akta Racun 1952(Akta 366) dan
termasuklah apa-apa sediaan, larutan, sebatian, campuran atau bahan
semulajadi yang mengandungi bahan itu.

BAHAGIAN II
TATATERTIB AM

Larangan am

3. Seseorang pelajar tidak boleh-

(a) menjalankan urusannya, sama ada di dalam Kampus atau di luar
Kampus, dalam apa-apa cara yang merosakkan memudaratkan;
(i) kepentingan, kesejahteraan atau nama baik Universiti, mana-
mana pelajar, kakitangan, pegawai atau pekerja Universiti; atau
(ii) ketenteraman atau keselamatan awam, moral, kesopanan atau
tatatertib;

(b) mencabuli apa-apa peruntukan mana-mana undang-undang bertulis,
sama di dalam Kampus atau di luar Kampus

(c) menggangu atau dalam apa-apa cara campur tangan, atau
menyebabkan supaya diganggu atau dalam apa-apa cara
campurtangan, apa-apa pengajaran, pengajian, penyelidikan, kerja
pentadbiran, atau apa-apa kegiatan yang dijalankan oleh atau di
bawah arahan atau dengan kebenaran Unversiti;

(d) melarang, menghalang atau mengganggu, atau menyebabkan supaya
dilarang, dihalang atau diganggu, mana-mana pegawai atau pekerja
Universiti atau mana-mana orang yang bertindak di bawah arahan
atau kebenaran pegawai atau pekerja itu, daripada menjalankan
kerja, kewajipan atau tugasnya;

13

(e) melarang atau menghalang, atau menyebabkan supaya dilarang atau
dihalang, mana-mana pelajar daripada menghadiri mana-mana
kuliah, tutorial atau kelas, atau daripada mengambil bahagian dalam
apa-apa kegiatan yang sah;

(f) menganjur, menghasut atau menyertai pemulauan apa-apa
pemeriksaan, kuliah, tutorial, kelas atau kegiatan sah lain yang
dijalankan oleh atau di bawah arahan atau dengan kebenaran
Universiti;

(g) merosak, mengubah, mengganggu, mengalih atau dalam apa-apa
cara berurusan dengan apa-apa bahan, objek, artikel atau harta
dalam Universiti;

(h) melakukan apa-apa perbuatan atau menyebabkan apa-apa perbuatan
dilakukan di dalam Kampus, supaya menyebabkan atau mungkin
menyebabkan apa-apa halangan, kesulitan, kegusaran, kerugian
atau kerosakan kepada mana-mana orang di dalam Universiti;

(i) melanggar apa-apa arahan atau kehendak Pustakawan Universiti,
anggota kakitangan perpustakaan atau pekerja perpustakaan lain
berkenaan dengan penggunaan perpustakaan, buku-buku dalam
perpustakaan dan kemudahan-kemudahan lain dalam perpustakaan;

(j) melanggar apa-apa arahan atau kehendak seseorang yang diberi
kuasa berkenaan dengan penggunaan mana-mana makmal,
perkakas atau bahan, dan kemudahan lain dalam makmal.

Menghadiri kuliah

4. (1) Jika seseorang pelajar dikehendaki menghadiri mana-mana kuliah,
tutorial, kelas atau pengajaran lain berhubungan dengan kursus
pengajiannya, dia tidak boleh tidak hadir kuliah, tutorial, kelas atau
pengajaran lain yang berhubungan dengan kursus pengajiannya itu
tanpa kebenarannya terdahulu Dekan Fakulti atau Sekolah, atau
Ketua Pusat, Akademik atau Institut, mengikut mana-mana yang
berkenaan;

(2) Jika hal keadaaan tidak membenarkan kebenaran terdahulu diperoleh,
pelajar hendaklah, dengan seberapa segera yang boleh selepas itu,
memuasan hati Dekan atau Ketua, mengikut mana-mana yang
berkenaan, berkenaan dengan ketidakhadirannya dan memperoleh
kelulusan berkenaan dengan ketidakhadirannya itu.

Sekatan ke atas penggunaan teks kuliah

5. (1) Tertakluk kepada subkaedah (2), seseorang pelajar tidak boleh
menggunakan teks mana-mana kuliah atau pengajaran yang
disampaikan kepadanya di Universiti kecuali bagi maksud mengikuti
kursus pengajiannya ; terutamanya, dia tidak boleh membuat salinan
dalam apa-apa cara tentang kesemua atau mana-mana bahagian
teks itu bagi maksud penerbitan, pembahagian atau pengedaran,
samada untuk bayaran atau tidak.

14

(2)Tiada apa-apa jua dalam kaedah ini boleh disifatkan sebagai
menghadkan budi bicara Naib Canselor untuk mengeluarkan garis
panduan bagi membenarkan seseorang pelajar, atau sesuatu
pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar, membuat salinan teks
mana-mana kuliah atau pengajaran di bawah kawalan dan arahan
Naib Canselor, atau Dekan Fakulti atau Sekolah, atau Ketua Pusat,
Akademik atau Institut, dan Naib Canselor boleh mengenakan dalam
garis panduan itu apa-apa terma dan syarat yang disifatkannya perlu
atau sesuai berkenaan dengan pengeluaran semula teks mana-mana
kuliah atau pengajaran.

Larangan terhadap plagiarisme

6. (1) Seseorang pelajar tidak boleh memplagiat apa-apa idea, penulisan,
data atau ciptaan orang lain.

(2) Bagi maksud kaedah ini, plagiarisme termasuklah -
(a) perbuatan mengambil sesuatu idea, penulisan, data atau ciptaan
orang lain dan mendakwa bahawa idea, penulisan, data atau
ciptaan itu adalah hasil dapatan atau ciptaan sendiri; atau

(b) suatu cubaan untuk menonjolkan atau perbuatan menonjolkan,
dalam apa-apa cara, bahawa dia adalah sumber asal atau
pencipta sesuatu idea, penulisan, data atau ciptaan yang adalah
sebenarnya diambil daripada beberapa sumber lain.

(3) Tanpa menjejaskan keluasan makna subkaedah (2), seseorang
pelajar memplagiat apabila dia-
(a) menerbitkan, dengan dirinya sebagai pengarang, suatu ringkasan,
artikel, kertas saintifik atau akademik, atau buku yang adalah
keseluruhannya atau sebahagiannya ditulis oleh beberapa orang
lain.

(b) menggabungkan dirinya atau membenarkan dirinya digabungkan
sebagai pengarang bersama sesuatu ringkasan, artikel, kertas
saintifik atau akademik, atau buku, apabila dia tidak langsung
membuat apa-apa sumbangan bertulis kepada ringkasan, artikel,
kertas saintifik atau akademik, atau buku;

(c) memaksa orang lain untuk memasukkan namanya dalam senarai
penyelidik bersama bagi sesuatu projek penyelidikan tertentu
atau dalam senarai penyelidik bersama bagi penerbitan apabila ia
tidak membuat apa-apa sumbangan yang boleh melayakkan
dirinya sebagai penyelidik bersama atau pengarang bersama;

(d) memetik data akademik yang adalah hasil penyelidikan yang
dijalankan oleh beberapa orang lain, seperti dapatan makmal atau
dapatan kerja lapangan atau data yang diperoleh melalui
penyelidikan perpustakaan, samada diterbitkan atau tidak
diterbitkan, dan menggabungkan data tersebut sebagai
sebahagian daripada penyelidikan akademiknya tanpa memberi
pengiktirafan sewajarnya kapada sumber asal;.

(e) menggunakan data penyelidikan yang diperoleh melalui kerja
usaha sama dengan beberapa orang lain, sama ada atau tidak

15

orang lain itu anggota kakitangan atau pelajar Universiti sebagai
sebahagian daripada penyelidikan akademik yang berbeza yang
lain, atau bagi penerbitan atas namanya sendiri sebagai
pengarang tunggal, tanpa memperoleh keizinan penyelidik
bersamanya sebelum memulakan penyelidikan peribadinya atau
sebelum menerbitkan data;

(f) menyalin idea atau ciptaan orang lain yang disimpan dalam apa-
apa jua bentuk, sama ada bertulis, tercetak atau tersedia dalam
bentuk elektronik atau dalam bentuk slaid, atau dalam apa-apa
jua bentuk pengajaran atau perkakas penyelidikan atau dalam
apa-apa bentuk lain dan mengaku sama ada secara langsung
atau secara tidak langsung bahawa dia ialah pencipta idea atau
ciptaan itu;

(g) menterjemahkan tulisan atau ciptaan orang lain daripada satu
bahasa kepada bahasa lain sama ada atau tidak secara
keseluruhan atau sebahagian, dan kemudian mengemukakan
terjemahan itu dalam apa-apa jua bentuk atau cara sebagai
penulisannya atau ciptaannya sendiri;

(h) memetik idea daripada penulisan atau ciptaan orang lain dan
membuat beberapa ubahsuaian tanpa rujukan sewajarnya
kepada sumber asal dan menyusun idea itu semula dalam apa-
apa cara yang seolah-olah dia ialah pencipta idea-idea itu;

Kehadiran dalam peperiksaan

7. (1) Jika kursus pengajian seseorang pelajar memerlukan dia hadir bagi
sesuatu peperiksaan dan dia tidak selainnya dihalang daripada
peperiksaan itu, dia tidak boleh tidak hadir tanpa kebenaran
terdahulu Dekan Fakulti atau Sekolah, atau Ketua Pusat, Akademik
atau Institut, mengikut mana-mana yang berkenaan;

(2) Jika hal keadaan tidak membenarkan kebenaran terdahulu diperoleh,
pelajar hendaklah memuaskan hati Dekan atau Ketua, mengikut
mana-mana yang berkenaan, berkenaan dengan ketakhadirannya
dan memperoleh kelulusan berkenaan dengan ketakhadirannya itu.

Kelakuan semasa peperiksaan

8. Tiada pelajar boleh-
(a) mengambil apa-apa buku, kertas kerja, dokumen, gambar atau benda
lain kecuali yang diberi kuasa oleh pemeriksa ke dalam atau ke luar
dari sesuatu bilik peperiksaan atau menerima apa-apa buku, kertas
kerja, dokumen, gambar atau benda lain daripada mana-mana orang
lain semasa dalam bilik peperiksaan, kecuali seorang pelajar boleh,
semasa dia di dalam bilik peperiksaan, menerima daripada
pengawas peperiksaan apa-apa buku, kertas kerja, dokumen,
gambar atau benda lain yang telah disyorkan oleh Pemeriksa atau
Lembaga Pemeriksa dan diberi kuasa oleh Naib Canselor;

(b) menulis, atau telah menulisnya melalui orang lain, apa-apa maklumat

16

atau gambar rajah yang mungkin berkaitan dengan peperiksaan yang
didudukinya, di atas tangannya atau di atas mana-mana bahagian
lain tubuh badannya, atau di atas pakaiannya;

(c) berhubung dengan mana-mana pelajar lain semasa sesuatu
peperiksaan melalui apa-apa jua cara; atau

(d) menipu atau cuba untuk menipu atau berkelakuan mengikut cara yang
boleh ditafsirkan sebagai menipu atau cuba untuk menipu dalam
sesuatu peperiksaan, semasa peperiksaan itu sedang dijalankan.

Menganjurkan perhimpunan

9. (1) Tiada pelajar, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar boleh, tanpa
kebenaran terdahulu Naib Canselor, mengadakan, menganjurkan,
atau memanggil, atau menyebabkan supaya diadakan, dianjurkan
atau dipanggil atau dalam apa-apa cara, terlibat dalam pengadaan,
penganjuran, atau pemanggilan, atau menyebabkan supaya
diadakan, dianjurkan, atau dipanggil atau dalam apa-apa cara terlibat
dalam melakukan apa-apa perbuatan untuk mengadakan,
menganjurkan, atau memanggil, apa-apa perhimpunan yang lebih
daripada 5 orang dalam bahagian mana-mana kampus atau atas
mana-mana tanah atau dalam mana-mana bangunan yang dipunyai
oleh atau di bawah milikan atau kawalan Universiti atau yang
digunakan bagi maksud Universiti;

(2) Dalam memberi kebenaran yang tersebut dalam subkaedah (1), Naib
Canselor boleh mengenakan apa-apa sekatan, terma atau syarat
yang disifatkannya perlu atau sesuai.

(3) Tiada pelajar boleh menghadiri atau menyertai sesuatu perhimpunan
yang diadakan yang berlanggaran dengan subkaedah (1) atau (2).

Pembesar suara

10. (1)Tiada pelajar, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar boleh
memiliki, atau menggunakan, atau mempunyai dalam milikan, atau
jagaan atau kawalan pelajar atau pertubuhan, badan atau kumpulan
pelajar, bagi maksud upacara awam, apa-apa pembesar suara,
pelaung suara, penguat suara atau alat-alat serupa lain tanpa
kelulusan terdahulu Naib Canselor

(2) Dalam memberikan kelulusan dalam subkaedah (1), Naib Canselor
boleh mengenakan apa-apa sekatan, terma atau syarat yang
disifatkan perlu atau sesuai.

Sepanduk

11. Tiada pelajar, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar boleh :
(a)
membuat atau menyebabkan supaya dibuat atau melakukan apa-apa
(b) perbuatan untuk membuat atau menyebabkan supaya dibuat;
mengibar, mempamer, menunjukkan atau dalam apa-apa cara
menggunakan atau menyebabkan supaya dikibar, dipamer, atau

17

ditunjukkan atau dalam apa-apa cara menggunakan;
(c) memiliki atau mempunyai dalam milikan, jagaan atau kawalan pelajar

atau pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar,

apa-apa bendera, sepanduk, plakad, poster, lambang atau alat lain yang
membawa kepada keadaan tidak disiplin, kekacauan, keingkaran atau
pelanggaran Kaedah-Kaedah ini.

Penerbitan, dsb., dokumen

12. (1)Tiada pelajar, pertubuhan, badan atau pertubuhan pelajar, tanpa
kebenaran terdahulu Naib Canselor, boleh menerbitkan, membahagi-
bahagikan atau mengedarkan apa-apa dokumen di dalam Kampus
atau di luar Kampus

(2) Dalam memberikan kebenaran dalam subkaedah (1), Naib Canselor
boleh mengenakan apa-apa sekatan, terma atau syarat yang dia

(3) Kebenaran yang dikehendaki dalam kaedah ini hendaklah sebagai
tambahan bagi apa-apa lesen, permit atau apa-apa bentuk lain
pemberikuasaan yang dikehendaki di bawah mana-mana undang-
undang bertulis lain.

Kegiatan pelajar di luar Kampus

13. (1)Tiada pelajar, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar, boleh
menganjurkan, menjalankan atau menyertai apa-apa kegiatan di luar
Kampus yang mendatangkan kesan buruk secara langsung kepada
Universiti atau yang memudaratkan kepentingan Universiti.

(2)Naib Canselor boleh mengeluarkan garis panduan berkenaan dengan
kegiatan yang memudaratkan kepentingan Universiti.

Pelajar yang melibatkan diri dalam pekerjaan, dsb.

14. Tiada pelajar boleh, di dalam Kampus atau di luar Kampus, melibatkan
diri dalam apa-apa pekerjaan, penggajian, perniagaan, perdagangan
atau kegiatan lain, sama ada atas dasar sepenuh masa atau sambilan,
yang pada pendapat Naib Canselor tidak diingini

Representasi berhubung dengan Universiti

15. Tiada pelajar, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar, boleh, tanpa
kelulusan Naib Canselor terlebih dahulu, membuat apa-apa representasi
atau apa-apa perhubungan lain, sama ada secara berlisan atau bertulis
atau dalam apa-apa cara lain, kepada mana-mana pegawai awam atau
kepada akhbar atau kepada orang ramai dalam perjalanan kuliah,
ucapan atau pernyataan awam atau dalam perjalanan apa-apa
penyiaran melalui bunyi atau gambar yang berhubungan dengan
sesuatu perkara berkaitan dengan Universiti atau dengan kakitangan
atau pelajar Universiti atas sifat mereka sebagai kakitangan atau pelajar
Universiti, atau berkaitan dirinya atas sifatnya sebagai pelajar Universiti.

18

Bantahan pelajar terhadap kemasukan orang-orang ke dalam Kampus

16. Tiada pelajar, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar, boleh membuat
apa-apa bantahan, sama ada secara lisan atau bertulis atau apa-apa
cara lain, terhadap kemasukan ke dalam, atau kehadiran dalam, atau
larangan atau pemecatan mana-mana orang, badan atau kumpulan
orang dari Kampus.

Judi di dalam Kampus

17. (1) Tiada pelajar, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar, boleh
menganjur, mengurus atau menjalankan, atau mengambil bahagian
dalam, apa-apa perjudian, loteri atau pertaruhan di dalam Kampus.

(2) Larangan dalam subkaedah (1) tidak terpakai bagi apa- apa
perjudian, loteri atau pertaruhan di dalam Kampus yang
dianjur, diurus atau dijalankan oleh Universiti mengikut
mengikut mana-mana undang-undang bertulis.

Meminum minuman keras dan berkelakuan tidak senonoh

18. (1) Tiada pelajar boleh, di dalam Kampus, meminum atau mempunyai di
dalam milikannya atau di bawah jagaan atau kawalannya apa-apa
minuman keras.

(2) Mana-mana pelajar yang didapati berada dalam keadaan mabuk atau
yang berkelakuan tidak senonoh di bawah pengaruh minuman keras,
di dalam Kampus adalah melakukan suatu kesalahan tatatertib.

Artikel lucah

19. (1) Tiada pelajar boleh, di dalam Kampus mempunyai, dalam milikannya
atau di bawah jagaan atau kawalannya apa-apa artikel lucah.

(2) Tiada pelajar, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar, boleh
membahagi-bahagikan, mengedarkan atau mempamerkan, atau
menyebabkan supaya dibahagi-bahagikan, diedarkan atau
dipamerkan, atau dalam apa-apa cara mengambil bahagian dalam
pembahagian, pengedaran atau mempamerkan, apa-apa artikel
lucah di dalam Kampus.

(3) Seseorang pelajar hendaklah disifatkan sebagai membahagi-
bahagikan,mengedarkan atau mempamerkan sesuatu artikel lucah,
tidak kira sama ada pembahagian, pengedaran atau mempamerkan
itu kepada satu orang sahaja atau kepada lebih daripada satu orang
dan tidak kira sama ada atau tidak pembahagian, pengedaran atau
pameran itu adalah bagi bayaran atau bagi apa-apa balasanlain.

Dadah dan racun

20. (1) Tiada pelajar boleh mempunyai dalam milikannya atau di bawah
jagaan atau kawalannya apa-apa dadah atau racun

(2) Tiada pelajar boleh memberikan, membekalkan, memberikan,
mengadakan atau menawarkan atau bercadang untuk memberikan,
membekalkan mengadakan atau menawarkan apa-apa dadah atau
racun kepada mana-mana orang.Tiada pelajar boleh makan melalui
mulut atau menghisap atau menyedut, atau memasukkan ke dalam
badannya dengan suntikan atau dalam apa-apa jua cara lain,
apa-apa dadah atau racun.

(3) Tiada apa-apa jua dalam kaedah ini boleh disifatkan sebagai
melarang seseorang pelajar daripada menjalani apa-apa rawatan
oleh atau di bawah preskripsi pengamal perubatan yang berdaftar di
bawah Akta Perubatan 1971 (Akta 50).

(4) Mana-mana pelajar yang didapati di bawah pengaruh mana-mana
dadah atau racun adalah melakukan suatu kesalahan tatatertib.

(5) Naib Canselor boleh mengkehendaki seorang pelajar yang disyaki
menagih dadah menjalani air kencing.

(6) Jika seseorang pelajar enggan menyerah dirinya untuk menjalani
ujian yang tersebut dalam subkaedah (6) dia adalah melakukan
suatu kesalahan tatatertib.

Kebersihan di dalam Kampus

21. Seseorang pelajar tidak boleh melakukan apa-apa yang boleh
menjejaskan kebersihan dan kekemasan tempat tinggal seseorang
pelajar di dalam Kampus, atau mana-mana asrama, dewan kuliah,
jalan, kawasan atau mana-mana bahagian Kampus lain, atau mana-
mana bangunan atau binaan lain di dalam Kampus.

Membuat bising

22. Seseorang pelajar tidak boleh membuat apa-apa bunyi bising, atau
menyebabkan apa-apa bunyi bising dikeluarkan, dalam apa-apa cara,
jika bunyi atau bising itu menyebabkan atau mungkin menyebabkan
kemarahan atau gangguan kepada mana-mana orang di dalam
Kampus.

Pemeriksaan ke atas pelajar yang disyaki mempunyai gangguan
mental

23. Naib Canselor boleh menghendaki seseorang pelajar yang disyaki
mempunyai gangguan mental menjalani pemeriksaan perubatan oleh
pengamal perubatan yang berkelayakan.

Tempat tinggal atau tempat tidur dalam Kampus

24. Tiada pelajar boleh menggunakan atau menyebabkan supaya
digunakan mana-mana bahagian mana-mana bangunan di dalam
Kampus sebagai tempat tinggal atau tempat tidur, kecuali tempat tidur
yang disediakan untuknya dalam asrama oleh Universiti.

20

Memasuki bahagian atau bangunan Kampus yang dilarang

25. Seseorang pelajar tidak boleh masuk ke dalam mana-mana bahagian
Kampus atau mana-mana bahagian mana-mana bangunan di dalam
Kampus, yang kemasukan ke dalamnya dilarang kepada pelajar amnya
atau, terutamanya, kepada pelajar atau sesuatu kelas pelajar.

Pakaian pelajar

26. Naib Canselor boleh mengeluarkan apa-apa arahan secara bertulis,
yang difikirkannya perlu yang berhubungan dengan cara berpakaian
pelajar di dalam Kampus.

Keingkaran

27. Jika seseorang pelajar melanggar apa-apa arahan, secara bertulis,
yang sah yang diberikan atau dibuat oleh mana-mana pegawai atau
pekerja Universiti yang diberi kuasa untuk memberi atau membuat
arahan atau kehendak di dalam Kampus, pelajar itu adalah melakukan
suatu kesalahan tatatertib.

BAHAGIAN III
TATATERTIB ASRAMA

Memasuki atau berada di dalam bilik pelajar menetap

28. (1) Tiada seorang pun boleh memasuki sesuatu bilik di dalam asrama
yang diduduki oleh seseorang pelajar menetap kecuali pelajar
menetap itu sendiri.

(2) Subkaedah (1) tidak terpakai-

a) bagi seseorang orang yang diberi kuasa yang memasuki
bilik itu bagi maksud menjalankan tugas, kewajipan atau
tanggungjawabnya;

b) bagi seseorang yang memasuki bilik itu mengikut apa-apa
kebenaran yang diberi oleh, atau bagi pihak, Pengetua;
dan

c) bagi pelajar menetap daripada jantina yang sama yang
memasuki bilik itu untuk melawat bagi maksud sosial
biasa.

(3) Maka hendaklah menjadi kewajipan seseorang pelajar menetap
untuk memastikan bahawa sekatan dalam kaedah ini betul-betul
dipatuhi.

Menghalang dsb., pegawai-pegawai, dsb., daripada masuk dan
menjalankan tugas

29. Seseorang pelajar menetap tidak boleh melakukan apa-apa untuk
menghalang atau melarang seseorang orang yang diberi kuasa
daripada memasuki bilik pelajar menetap itu dan menjalankan tugas,
kewajipan atau tanggungjawabnya di dalam bilik itu.

21

Berada di luar asrama pada waktu malam

30. Seseorang pelajar menetap tidak boleh, berada di luar asrama, selepas
tengah malam kecuali dengan kebenaran yang diberi oleh atau bagi
pihak Pengetua.

Berada di dalam premis asrama selepas tengah malam

31. Selepas tengah malam, kecuali pelajar-pelajar menetap di dalam
asrama mereka masing-masing, tiada pelajar lain boleh berada di
dalam premis asrama kecuali dengan kebenaran yang diberi oleh atau
bagi pihak Pengetua.

Menggunakan premis asrama dengan cermat dan larangan kacau
ganggu

32. (1) Seseorang pelajar hendaklah menggunakan premis asrama dengan
cermat yang sewajarnya dan tak boleh melakukan sesuatu yang boleh
mencacatkan, mengotorkan atau menyebabkan apa-apa kerosakkan
lain pada mana-mana bahagian, kawasan atau bangunan atau pada
apa-apa benda atau lekapan di dalamnya.

(2) Seseorang pelajar hendaklah dalam menggunakan premis asrama
dan kemudahan-kemudahan di dalamnya, mengambil langkah
berhati-hati bagi memastikan bahawa dia tidak menyebabkan apa-
apa kesulitan, kegusaran, halangan atau kacau ganggu kepada
mana-mana orang lain.

Bertukar bilik tanpa kebenaran terdahulu

33. Jika seseorang pelejar diuntukkan sebuah bilik di asrama untuk tinggal
oleh Universiti, dia tidak boleh bertukar ke mana-mana bilik lain tanpa
mendapat kebenaran terdahulu secara bertulis yang diberi oleh atau
bagi pihak Pengetua

Berpindah tempat tinggal

34. (1) Seseorang pelajar menetap tinggal di asrama mengikut budi bicara
dan kehendak mutlak Universiti.

(2)Universiti boleh menghendaki seseorang pelajar menetap
mengosongkan biliknya di asrama atau memindahkannya ke tempat
tinggal lain yang disediakan oleh Universiti pada bila-bila masa tanpa
memberi apa-apa alasan.

(3)Jika seseorang pelajar menetap mengosongkan biliknya di asrama
atau memindahkannya ke tempat tinggal lain yang disediakan oleh
Universiti pada bila-bila masa tanpa memberi apa-apa alasan.

Kuasa pengetua untuk memberi perintah, dsb., berkenaan dengan
ketenteraman dan tatatertib

35. (1) Pengetua atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh Naib

22

Canselor boleh, dari semasa ke semasa, memberi secara lisan atau

perlu atau sesuai untuk memelihara ketenteraman dan tatatertib di
dalam asrama.

(2) Perintah,arahan atau petunjuk itu boleh secara amnya terpakai bagi
semua pelajar atau sesuatu kelas atau perihal pelajar atau seseorang
pelajar tertentu dan hendaklah menjadi kewajipan tiap-tiap pelajar
yang kepadanya perintah, arahan atau petunjuk itu terpakai untuk
memematuhi dan melaksanakan perintah, arahan atau petunjuk itu.

(3) Pihak berkuasa tatatertib boleh pada budi bicaranya,sebagai ganti
mengambil prosiding tatatertib di bawah Bahagian V,mengenakan
hukuman tatatertib terus dengan denda tidak melebihi lima puluh
ringgit ke atas mana-mana pelajar yang melanggar mana-mana
perintah, arahan atau petunjuk.

Dengan syarat bahawa sebelum hukuman itu dikenakan di atas
pelajar, pihak berkuasa tatatertib hendaklah memberitahunya tentang
kesalahan tatatertib yang dilakukan olehnya dan memberinya suatu
peluang untuk membuat, dengan serta merta, representasi lisan
berkenaan dengan kesalahan itu.

(4)Setelah pengenaan hukuman yang tersebut dalam subkaedah (3), pihak
berkuasa tatatertib hendaklah dengan serta merta menyerahkan kepada
pelajar suatu notis bertulis tentang pengenaan hukuman itu dalam apa-
apa bentuk yang diarahkan oleh Naib Canselor, dan berkenaan dengan
denda yang dikenakan peruntukan Kaedah 63 dan 64 hendaklah
terpakai.

BAHAGIAN IV
TATATERTIB LALU LINTAS JALAN

Kebenaran bertulis bagi pelajar yang menyimpan, memiliki atau mempunyai
kenderaan motor di dalam Kampus

36. (1) Seseorang pelajar yang bercadang untuk menyimpan, mempunyai
dalam milikannya atau mempunyai apa-apa kenderaan motor di dalam
Kampus hendaklah, pada mulanya, memohon dan memperoleh
daripada Naib Canselor suatu kebenaran bertulis berkenaan dengan
kenderaan motor itu; permohonan dan kebenaran bertulis itu hendaklah
dalam apa-apa bentuk sebagaimana yang ditetapkan oleh Naib
Canselor, tertakluk kepada subkaedah (2).

(2) Permohonan bagi kebenaran itu hendaklah dibuat oleh pelajar secara
bertulis dengan menyatakan perihalan kenderaan motor itu dan
hendaklah disenarai dengan lesen kenderaan motor semasa polisi
insurans pihak ketiga semasa berkenaan dengan kenderaan motor itu
dan lesen memandu yang sah berkenaan dengan permohonan itu.

(3) Kebenaran Naib Canselor hendaklah dipamerkan pada bila-bila masa
secara mudah dilihat di atas kenderaan motor.

23

(4) Kebenaran itu hendaklah diperbaharui pada setiap tahun dan
peruntukan Subkaedah(1) dan (2) hendaklah terpakai mutatis
mutandis bagi sesuatu permohonan untuk perbaharuan.

(5) Naib Canselor boleh enggan memberi kebenaran atau membatalkan
apa-apa kebenaran yang diberikan jika dia berpuas hati bahawa
kebenara atau pembatalan apa-apa kebenaran itu bukan untuk
kepentingan Universiti bagi pelajar memegang kebenaran itu.

Daftar kenderaan motor pelajar

37. Naib Canselor hendaklah menyebabkan supaya disenggarakan suatu
daftar bagi sem ua kenderaan motor yang disimpan, dimiliki atau
dipunyai oleh pelajar dalam Kampus dalam apa-apa bentuk yang
difikirkan patut oleh Naib Canselor.

Had laju

38. Tiada pelajar boleh memandu kenderaan motor di dalam Kampus pada
kelajuan yang lebih daripada yang ditunjukkan oleh isyarat lalu lintas.

Kenderaan motor hendaklah dipandu hanya atas jalan raya

39. Tiada pelajar boleh memandu kenderaan motor dimana-mana tempat
selain di bahagian jalan yang digunakan sebagai jalan laluan bagi
kenderaan motor; khususnya, tiada kenderaan motor boleh dipandu
oleh pelajar di atas laluan jalan kaki, bahu jalan, tepi rumput, lorong
jalan kaki, koridor, beranda, kakilima, laman dalam atau dalam mana-
mana bahagian mana-mana bangunan atau tempat lain sama ada di
sisi jalan laluan atau selainnya, yang biasanya tidak dimaksudkan atau
tidak disediakan secara khas untuk laluan kenderaan motor.

Meletak kenderaan secara menghalang

40. Tiada pelajar boleh meletak apa-apa kenderaan di mana-mana tempat
atau dalam apa-apa cara yang menyebabkan bahaya, halangan atau
kesulitan kepada mana-mana orang atau kenderaan motor lain.

Menggunakan ruang letak kereta yang diuntukkan

41. Jika suatu ruang letak kereta diuntukkan bagi kenderaan motor tertentu,
tiada pelajar boleh meletak kenderaan motor lain dalam ruang letak
kereta itu.

Membonceng

42. (1) Seseorang pelajar yang memandu motosikal beroda dua tidak boleh
membawa lebih daripada satu orang di atasmotosikal itu.

(2) Tiada pelajar boleh membawa seseorang di atas motosikal beroda dua
melainkan jika orang itu duduk menunggang motosikal itu di belakang
tempat duduk pemandu di atas tempat duduk yang direka bentuk
dengan sempurna dan dipasang dengan kukuh pada motosikal itu.

24

(3) Seseorang pelajar tidak boleh membenarkan dirinya dibawa di atas
motosikal beroda dua yang dipandu oleh seseorang, sama ada
seorang pelajar atau bukan yang berlanggaran dengan subkaedah (1)
dan (2).

Arahan dan isyarat lalu lintas

43. Seseorang pelajar hendaklah mematuhi semua arahan lalu lintas dan
isyarat lalu lintas.

Pengeluaran lesen memandu dan kad matrikulasi

44. Mana-mana pelajar yang memandu atau yang menjaga atau mengawal
sesebuah kenderaan motor hendaklah membawa bersamanya sesuatu
lesen memandu yang sah yang dikeluarkan kepadanya di bawah Akta
Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dan kad matrikulasinya dan
hendaklah mengeluarkan lesen memandu atau kad matrikulasi untuk
diperiksa oleh seseorang orang yang diberi kuasa apabila dikehendaki
berbuat demikian.

Halangan kepada aliran lalu lintas

45. Seseorang pelajar tidak boleh berkelakuan dalam apa- apa cara, atau
melakukan apa-apa perbuatan, yang menghalang atau mengganggu
perjalanan lalu lintas yang licin dan teratur di dalamKampus.

46. (1) Seseorang pelajar melakukan suatu kesalahan tatatertib di bawah
Kaedah- Kaedah ini jika dia melakukan apa-apa perbuatan di dalam
Kampus yang adalah suatu kesalahan di bawah Akta Pengangkutan
Jalan 1987 atau mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di
bawah akta itu akan disifatkan telah dibuat di bawah Akta itu.

(2) Maka hendaklah menjadi satu pembelaan bagi apa-apa pertuduhan
kesalahan tatatertib di bawah subkaedah (1) jika seseorang pelajar
mengemukakan keterangan untuk menunjukkan bahawa dia telah atau
sedang dalam proses menghadapi tindakan di bawah Akta
Pengangkutan Jalan 1987 atau mana-mana perundangan subsidiari
yang dibuat di bawah akta itu atau disifatkan telah dibuat di bawah akta
itu bagi kesalahan itu.

Hukuman tatatertib terus

47. (1) Pihak berkuasa tatatertib boleh pada budi bicaranya, sebagai ganti
mengambil prosiding tatatertib di bawah bahagian V, mengenakan
hukuman tatatertib terus dengan amaran atau terus dengan denda tidak
boleh melebihi lima puluh ringgit ke atas mana-mana pelajar yang
melakukan suatu kesalahan tatatertib di bawah Bahagian ini dengan
kehadiran atau pendapat pihak berkuasa tatatertib:

Dengan syarat bahawa sebelum apa-apa hukuman dikenakan ke atas
pelajar, pihak berkuasa tatatertib hendaklah memberitahunya tentang
kesalahan tatatertib yang dilakukan olehnya dan memberinya suatu
peluang untuk membuat,dengan serta- merta, representasi lisan
berkenaan dengan kesalahan itu.

25

(2) Setelah pengenaan hukuman yang disebut dalam subkaedah (1) pihak
berkuasa tatatertib hendaklah dengan serta-merta menyerahkan
kepada pelajar suatu notis bertulis tentang pengenaan hukuman itu
dalam apa-apa bentuk yang diarahkan oleh Naib Canselor,dan jika
hukuman yang dikenakan adalah suatu denda peruntukan Kaedah 63
dan 64 hendaklah terpakai.

BAHAGIAN V
TATACARA TATATERTIB

Hukuman Tatatertib

48. Seseorang pelajar yang melakukan suatu kesalahan tatatertib di bawah
kaedah-kaedah ini dan didapati bersalah atas kesalahan itu boleh
dikenakan mana-mana gabungan dua atau lebih hukuman yang sesuai
yang berikut:

(a) amaran;
(b) denda tidak melebihi dua ratus ringgit;
(c) dilarang daripada mana-mana bahagian atau bahagian-bahagian

tertentu Universiti bagi tempoh yang ditetapkan;
(d) digantung daripada menjadi seorang pelajar Universiti bagi tempoh

yang ditetapkan;
(e) dipecat dari Universiti;

Kehadiran dihadapan pihak berkuasa tatatertib

49. Jika pada pendapat pihak berkuasa tatatertib bahawa seseorang pelajar
telah melakukan suatu kesalahan tatatertib di bawah kaedah-kaedah ini,
pihak berkuasa tatatertib hendaklah memberitahu pelajar tentang
kesalahan tatatertib yang didakwa itu dan mengkehendaki pelajar itu hadir
di hadapannya di suatu bilik tatatertib pada tarikh dan masa yang
ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Akibat tidak hadir di hadapan pihak berkuasa tatatertib

50. Jika seseorang pelajar tidak hadir di hadapan pihak berkuasa tatatertib
mengikut Kaedah 49, dia hendaklah dengan serta-merta digantung
daripada menjadi pelajar Universiti dan tidak boleh selepas itu berada di
dalam atau memasuki kampus; penggantungan itu hendaklah berterusan
sehingga pelajar menawar untuk hadir di hadapan pihak berkuasa tatatertib
dan ada, hakikatnya, ditetapkan oleh pihak berkuasa tatatertib selepas
pelajar itu menawarkan untuk hadir di hadapan pihak berkuasa tatatertib.

Penjelasan fakta dan pengambilan rayuan

51. Dalam prosiding tatatertib, pihak berkuasa tatatertib hendaklah menjelaskan
kepada pelajar tentang fakta kesalahan tatatertib yang didakwa telah
dilakukan oleh pelajar dan meminta pelajar membuat pengakuan atas
kesalahan itu.

26

Pengakuan bersalah dan tatacara berikutnya

52. (1) Jika pelajar mengaku salah, pihak berkuasa tatatertib hendaklah
menerangkan kepadanya tentang fakta kes.

(2) Jika pelajar mengaku tentang fakta ini dan pihak berkuasa tatatertib
berpuas hati bahawa suatu kesalahan pada hakikatnya telah dilakukan
daripada fakta tersebut, pihak berkuasa tatatertib hendaklah
mengumumkan dia bersalah atas kesalahan tatatertib dan memintanya
untuk mengemukakan apa-apa rayuan untuk meringankan hukuman.

Tatatertib apabila pelajar mengaku tidak bersalah

53. (1) Jika pelajar mengaku bahawa tidak bersalah atas kesalahan tatatertib
atau gagal atau enggan membuat pengakuan atau tidak mengaku akan
fakta kes,pihak berkuasa tatatertib hendaklah memeriksa mana- mana
saksi atau apa-apa dokumen atau artikel lain bagi menyokong kes
terhadap pelajar-pelajar hendaklah diminta menyoal saksi dan
memeriksa apa-apa dokumen atau artikel dan pihak berkuasa tatatertib
boleh memeriksa semula saksi.

(2) Bagi maksud subkaedah (1), saksi hendaklah dipanggil untuk memberi
keterangan dalam pembicaraan oleh Naib Canselor.

Keterangan pelajar

54. Selepas keterangan yang tersebut dalam Kaedah 53 diterima dan pihak
berkuasa tatatertib mendapati bahawa ada suatu kes untuk dijawab, pelajar
hendaklah diminta memberi keterangannya, memanggil mana- mana saksi
atau mengemukakan apa-apa dokumen atau apa-apa artikel lain bagi
pembelaannya; pihak berkuasa tatatertib boleh menyoal pelajar atau
mana-mana daripada saksinya itu.

Memanggil semula saksi

55. Pihak berkuasa tatatertib boleh menyoal atau memanggil semula mana-
mana saksi pada bila-bila masa sebelum pihak berkuasa itu mengumumkan
keputusannya.

Pengumuman keputusan

56. Selepas mendengar keterangan saksi-saksi dan memeriksa dokumen atau
artike lain yang dikemukakan di hadapannya, pihak berkuasa tatatertib
hendaklah mengumumkan keputusannya dalam kes itu, dan jika pihak
berkuasa itu memutuskan bahawa pelajar adalah bersalah atas kesalahan
tatatertib, pihak berkuasa itu hendaklah meminta pelajar membuat apa-
apa rayuan untuk meringankan hukumannya.

Penggunaan hukuman

57. Selepas pelajar mengemukakan hujah bagi meringankan hukumanya, jika
ada, di bawah Kaedah 52 atau 56, mengikut mana-mana yang
berkenaan,pihak berkuasa tatatertib hendaklah mengenakan ke atas

27

atau daripada hukuman yang dinyatakan dalam Kaedah 48 atau mana-
mana dua atau lebih gabungan hukuman yang sesuai.

Jagaan pelupusan barang kes

58. (1) Pihak berkuasa tatatertib boleh memerintah apa-apa atau artikel lain
yang dikemukakan di hadapannya dalam perjalanan mana- mana
prosiding tatatertib supaya disimpan dalam jagaannya atau dalam
jagaan orang yang dinyatakan oleh pihak berkuasa tatatertib
sementara menanti tamatnya prosiding tatatertib itu.

(2) Pihak berkuasa tatatertib hendaklah, apabila tamat prosiding tatatertib

di hadapannya membuat apa-apa perintah sebagaimana yang

lain yang dikemukakan diperintah itu mula berkuat kuasa samada
secara serta-merta atau pada suatu masa yang ditetapkan oleh pihak
berkuasa tatatertib itu.

(3) Kuasa pihak berkuasa tatatertib di bawah subkaedah (2) hendaklah
termasuk kuasa untuk memerintah pemusnah apa-apa dokumen atau
artikel lain atau lain atau perlucutan dokuman atau artikel lain kepada
Universiti.

Nota bertulis mengenai prosiding tatatertib

59. Pihak berkuasa tatatertib, hendaklah membuat atau menyebabkan supaya
dibuat nota-nota bertulis mengenai semua prosiding tatatertib
dihadapannya tetapi nota-nota itu tidak perlu dibuat kata demi kata.

Jagaan nota

60. Nota-nota mengenai prosiding tatatertib hendaklah disimpan dalam jagaan
Naib Canselor

Daftar prosiding tatatertib

61. Naib Canselor hendaklah menyenggara suatu daftar bagi semua prosiding
tatatertib yang dijalankan di bawah Kaedah-Kaedah ini; daftar itu hendaklah
merekod nama pelajar, butir-butir kesalahan tatatertib, kemajuan
perjalanan prosiding, keputusan prosiding, dan maklumat-maklumat atau
butir-butir lain sebagaimana yang diarahkan oleh Naib Canselor.

Laporan prosiding kepada ibubapa, Menteri, dsb.

62. (1) Jika seseorang pelajar didapati bersalah atas suatu kesalahan tatatertib,
Naib Canselor hendaklah menghantar suatu laporan berkenaan
dengan prosiding tatatertib itu kepada orang-orang yang berikut:
(a) Menteri
(b) ibubapa atau penjaga pelajar
(c) dalam hal pelajar pemegang biasiswa, kepada pihak berkuasa atau
badan penaja biasiswa atau pemberi biasiswa itu; dan
(d) dalam hal pelajar yang juga seorang pekerja Kerajaan, kepada
Ketua Jabatan pekerja itu.

28

(2) Orang yang tersebut dalam perenggan (b) hingga (d) subkaedah (1)
hendaklah atas permohonan diberikan salinan nota prosiding tatatertib

lima puluh ringgit.

(3) Suatu salinan nota prosiding tatatertib yang ditentusahkan berkenaan
dengan mana-mana kes tertentu hendaklah diberi oleh Naib Canselor
kepada Menteri jika Menteri berkehendakkan nota prosiding itu.

Bayaran denda.

63. (1) Jika pihak berkuasa tatatertib mengenakan hukuman denda ke atas
pelajar, pihak berkuasa tatatertib hendaklah menyatakan tempoh yang
denda hendaklah dibayar dan pelajar hendaklah membayar denda
dalam tempoh tersebut kepada Bendahari.

(2) Tempoh yang tersebut dalam subkaedah (1) hendaklah tidak kurang dari
empat belas hari dari tarikh keputusan pihak berkuasa tatatertib.

Tidak membayar denda

64. Jika pelajar tidak membayar denda dalam tempoh yang ditetapkan, dia
hendaklah dengan serta merta digantung daripada menjadi pelajar
Universiti dan tidak boleh selepas itu berada di dalam atau memasuki
Kampus; penggantungan itu hendaklah berterusan hingga denda dibayar.

Perintah pampasan.

65. (1) Jika apa-apa hukuman tatatertib telah dikenakan ke atas seseorang
pelajar, pihak berkuasa tatatertib boleh, sebagai tambahan, memerintah
membayar pampasan sebagaimana yang ditetapkan oleh pihak
berkuasa tatatertib berkenaan dengan apa-apa kerosakan pada mana-
mana harta atau apa-apa kerugian atau kecederaan kepada mana-
mana orang yang pelajar itu mungkin dapati bertanggungjawab atasnya
oleh pihak berkuasa tatatertib itu.

(2) Seseorang pelajar boleh diperintahkan membayar pampasan di bawah
kaedah ini tidak kira sama ada harta yang rosak itu kepunyaan
Universiti atau mana-mana orang lain.

(3) Amaun pampasan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tatatertib di
bawah subkaedah (1) hendaklah amaun yang adil dan munasabah
dengan mengambil kira semua hal perkara kes dan orang yang terlibat
dalam kes itu.

(4) Pampasan yang ditetapkan di bawah subkaedah (1) hendaklah dibayar
oleh pelajar kepada Bendahari dalam tempoh yang ditetapkan oleh
pihak berkuasa tatatertib.

(5) Peruntukan kaedah 61 hendaklah terpakai mutatis mutandis jika pelajar
gagal membayar pampasan yang ditetapkan di bawah subkaedah (1)
dalam tempoh yang ditetapkan di bawah subkaedah(4).

29

(6) Bendahari hendaklah membayar pampasan yang dibayar oleh pelajar
di bawah subkaedah (4) kepada orang yang ditentusahkan oleh pihak
berkuasa tatatertib sebagai orang yang berhak menerima bayaran.

(7) Apa-apa pampasan yang kena dibayar atau dibayar di bawah Kaedah-
Kaedah ini hendaklah tanpa menjejaskan hak mana-mana orang untuk
memulakan prosiding sivil dalam mahkamah undang-undang bagi
kerosakan atau pampasan berkenaan dengan kerosakan, kerugian
atau kecederaan yang tersebut dalam subkaedah (1), atau hak mana-
mana orang untuk menerima apa-apa bayaran atau pampasan di
bawah mana-mana undang-undang bertulis lain berkenaan dengan
kerosakan, kerugian atau kecederaan itu.

Orang yang boleh hadir dalam prosiding tatatertib

66. Tiada seorang pun yang boleh hadir dalam prosiding tatatertibkecuali-
(a) anggota pihak berkuasa tatatertib;
(b) pelajar yang terhadapnya prosiding tatatertib diambil;
(c) ibu bapa atau penjaga pelajar;
(d) saksi semasa dia memberi keterangan, atau apabila dikehendaki oleh
pihak berkuasa tatatertib; dan
(e) mana-mana orang lain yang dibenarkan hadir oleh pihak berkuasa
tatatertib bagi apa-apa sebab yang tertentu.

BAHAGIAN VI
RAYUAN

Notis rayuan

67. (1) Jika seseorang pelajar tidak berpuas hati dengan keputusan suatu pihak
berkuasa tatatertib, dia boleh memberi notis secara bertulis tentang
niatnya untuk merayu terhadap keputusan itu dengan memfailkan
dengan Naib Canselor suatu notis rayuan dalam dua salinan dalam
masa tiga puluh hari dari tarikh keputusan itu disampaikan kepadanya.

(2) Notis rayuan itu hendaklah menyatakan dengan jelas alasan-alasan
rayuan.

Penyampaian rayuan kepada Menteri

68. Naib Canselor hendaklah, apabila menerima notis rayuan, mengemukakan
notis rayuan itu kepada Menteri bersama dengan suatu salinan nota
prosiding tatatertib yang berkenaan dengannya notis rayuan itu diberi dan
alasan keputusan.

Tindakan Menteri ke atas rayuan

69. (1) Menteri boleh, apabila menerima dokumen yang tersebut dalam Kaedah
68 daripada Naib Canselor, meminta apa-apa maklumat atau butir-
butir lanjut yang berhubungan dengan prosiding tatatertib sebagaimana
yang difikirkan patut.

30

(2) Jika Menteri menolak terus rayuan di bawah subseksyen 16B (4) Akta,
keputusan Menteri hendaklah disampaikan kepada pelajar melalui
Naib Canselor.

(3) Jika Menteri melantik suatu jawatankuasa di bawah subseksyen 16B
(5) Akta untuk menimbangkan rayuan itu, keputusan Menteri mengenai
rayuan itu yang dibuat selepas menerima syor jawatankuasa hendaklah
disampaikan kepada pelajar melalui Naib Canselor.

Rayuan tidak berkuat kuasa sebagai panggantungan perlaksanaan
hukuman
70. Sesuatu rayuan oleh seseorang pelajar tidak berkuat kuasa sebagai

menggantung perlaksanaan hukuman yang dikenakan atau sebagai
menggantung pembayaran apa-apa pampasan yang diperintahkan
dibayar, melainkan jika Naib Canselor atau Menteri mengarahkan
sebaliknya.

BAHAGIAN VII
AM

Kesalahan tatatertib

71. Seseorang yang melanggar mana-mana Kaedah-Kaedah ini, atau mana-
mana garis panduan, arahan, petunjuk, sekatan, syarat, atau terma yang
dikenakan atau diberikan di bawah Kaedah-Kaedah ini, adalah melakukan
kesalahan tatatertib.

Kaedah-Kaedah ini tidak mengurangkan tanggungan jenayah.
72. Tiada apa-apa jua dalam Kaedah-Kaedah ini boleh mengurangkan

tanggungan mana-mana pelajar atau orang lain bagi apa-apa kesalahan di
bawah mana-mana undang-undang bertulis.
Dibuat 18 Mei 1999.
[KP (PUU)S 10075/07/2/Jld. III: PN (PU2)75z/1]

PROF. EMERITUS TAN SRI DATO’ DR. AWANG HAD BIN SALLEH
Pengerusi

Lembaga Pengarah
Universiti Pendidikan Sultan Idris

31

PERATURAN KOLEJ KEDIAMAN
KAEDAH 35(1),
KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

1. Pendahuluan

1.1. Dasar dan peraturan yang terkandung di dalam Peraturan Kolej
Kediaman ini adalah berasaskan kepada Akta Universiti dan
Kolej Universiti 1971. Kaedah-kaedah Universiti Pendidikan
Sultan Idris (Tatatertib Pelajar-pelajar) 1999, Bahagian III:
Tatatertib Asrama. Dalam menyedia dan melaksanakan
peraturan ini mengikut kaedah-kaedah tersebut, kuasa
Pengetua atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa
olehnya mengikut Kaedah 35(1), Bahagian III: Tatatertib
Asrama, Kaedah-kaedah Universiti Pendidikan Sultan Idris
(Tatatertib Pelajar-pelajar) 1999 adalah berkaitan. Semua
pelajar adalah terikat dengan peruntukan–peruntukan dalam
Perlembagaan Universiti Pendidikan Sultan Idris, undang-
undang kecil dan peraturan-peraturan yang dibuat dari semasa
ke semasa oleh Pihak Berkuasa Kolej. Sebarang pelanggaran
oleh pelajar terhadap peraturan ini, boleh dikenakan tindakan
tatatertib tertakluk kepada Kaedah-kaedah Universiti
Pendidikan Sultan Idris (Tatatertib Pelajar-Pelajar)1999.

.

2. Dasar Penempatan Pelajar di Kolej Kediaman

2.2. Secara amnya penempatan pelajar di kolej kediaman
mengambilkira faktor-faktor seperti berikut :-

2.2.1. Penempatan yang disediakan merupakan satu
KEMUDAHAN untuk pelajar dan BUKANNYA HAK
seseorang pelajar;

2.2.2. Pelajar yang sudah berkahwin dan berkeluarga juga
2.2.3. tertakluk kepada peraturan yang serupa;
2.2.4.
Penempatan bilik/rumah di kolej kediaman adalah
ditentukan oleh Pentadbiran Kolej;

Permohonan untuk tinggal di kolej kediaman
hendaklah melaluiatas talian. Permohonan menetap
di asrama hendaklah diperbaharui setiap sidang
akademik;

2.2.5. Timbalan Naib Canselor HEP& Alumni boleh
menarik balik tawaran tempat tinggal atas sebab-
sebab kepentingan Universiti;

32

2.2.6. Tawaran penginapan bagi pelajar-pelajar senior
2.2.7. adalah untuk satu semester, pelajar tidak
2.2.8. dibenarkan menarik diri di pertengahan semester;

2.2.9. Pelajar boleh ditukarkan dari satu kolej ke kolej yang
lain pada setiap tahun pengajian;

Pertukaran bilik dan kolej tidak dibenarkan kecuali
atas sebab-sebab kesihatan yang diperakukan oleh
Pegawai Perubatan atau sebab-sebab yang boleh
diluluskan oleh Pengetua;

Pelajar-pelajar semester baru dimestikan menginap
di asrama. Bagaimanapun, pelajar semester 2 ke
atas boleh dipertimbangkan tertakluk kepada
kekosongan tempat.

2.2.10. Pelajar tertakluk kepada dasar penempatan secara
percampuran kaum, negeri dan fakulti;

2.2.11. Penarikan balik tawaran penginapan di kolej boleh
dibuat atas alasan-alasan yang munasabah.

2.2.12.
3. Kriteria Pemilihan Pelajar Menginap di Kolej

3.1 Kriteria pemilihan pelajar-pelajar adalah mengikut keutamaan yang
disenaraikan seperti berikut :
3.1.1 Pelajar Baru

3.1.2 Keutamaan diberikan kepada pelajar-pelajar Ijazah

Pertama dan Diploma
3.1.3 Pelajar SUKSIS dan PALAPES akan menginap

sepanjang tempoh pengajian
3.1.4 Pelajar-pelajar Kurang Upaya (OKU)
3.1.5 Pelajar yang aktif serta memberi sumbangan kepada

kemajuan kolej, universiti dan negara.
3.1.6 Pelajar-pelajar yang tidak melakukan kesalahan

tatatertib

3.2 JHEPA mengariskan dasar bahawa 60% pelajar menginap di dalam
kampus.

33

4. Panel Pemilihan Penginapan Kolej Kediaman

4.1 Kriteria pemilihan pelajar-pelajar adalah mengikut keutamaan

yang disenaraikan seperti berikut :

4.1.1 Pelajar baharu
4.1.2 Keutamaan diberikan kepada pelajar-pelajar Ijazah

Pertama dan diploma
4.1.3 Pelajar SUKSIS/ PALAPES/SISPA akan menginap

sepanjang tempoh menyertai badan tersebut.
4.1.4 Pelajar-pelajar Orang Kelainan Upaya (OKU)
4.1.5 Pelajar yang aktif serta memberi sumbangan kepada

kemajuan kolej, universiti dan negara.
4.1.6 Pelajar-pelajar yang tidak melakukan kesalahan

Tatatertib
4.1.7 Tertakluk kepada budi bicara Pengetua

5. Peraturan Kolej Kediaman Kaedah-Kaedah Universiti Pendidikan
3S.u2ltJaHnEIdPrAismensasarkan bahawa 60% pelajar menginap di dalam
kampus.

5.1 Panel Pemilihan Penginapan di Kolej Kediaman adalah :

5.1.1 Pengetua Kolej
5.1.2 Semua Felo Kolej
5.1.3 Pegawai Kolej

34

6. Peraturan Kolej Kediaman Kaedah-Kaedah Universiti Pendidikan
Sultan Idris

Dasar dan peraturan yang terkandung di dalam Peraturan Kolej
Kediaman ini adalah berasaskan kepada Akta Universiti dan Kolej
Universiti 1971. Kaedah-kaedah Universiti Pendidikan Sultan Idris
(Tatatertib Pelajar- Pelajar) 1999, Bahagian III : Tatatertib Asrama.

Dalam menyedia dan melaksanakan peraturan ini mengikut kaedah-
kaedah tersebut, kuasa Pengetua atau mana-mana orang lain yang
diberi kuasa olehnya mengikut kaedah 35(1), Bahagian III : Tatatertib
Asrama, kaedah-kaedah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Tatatertib
Pelajar-Pelajar) 1999 adalah berkaitan.

Semua pelajar adalah terikat dengan kaedah-kaedah dalam
Perlembagaan Universiti Pendidikan Sultan Idris, undang-undang kecil
dan peraturan-peraturan yang dibuat dari semasa ke semasa oleh
pihak Berkuasa Kolej.

Sebarang pelanggaran oleh pelajar terhadap peraturan ini, boleh
dikenakan tindakan tatatertib tertakluk kepada kaedah-kaedah
Universiti Pendidikan Sultan Idris (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1999.

6.1 Peraturan Am Kolej Kediaman (JENIS-JENISKESALAHAN)

Kolej kediaman diwujudkan bagi memberikan kemudahan penempatan
kepada pelajar-pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris yang layak. Di
samping itu, ia juga bertujuan untuk memperkembangkan diri pelajar
secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka dapat mensosialkan
diri bagi menghadapi kehidupan sebenar di luar kampus kelak.

Bagi melicinkan perjalanan organisasi pentadbiran kolej kediaman
serta memberikan keselesaan kepada penghuni-penghuni kolej, pihak
UPSI melaksanakan Peraturan Am Kolej Kediaman selaras dengan
peruntukan dalam Kaedah-Kaedah Universiti Pendidikan Sultan Idris
(Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1999.

Peraturan Am Kolej Kediaman (Jenis-Jenis Kesalahan) UPSI
diterangkan dalam empat bahagian iaitu :

a) Peraturan Tingkahlaku dan Pakaian Pelajar
b) Harta Benda Kolej Kediaman
c) Keselamatan dan Ketenteraman
d) Perkara Am

35

a) Peraturan Tingkahlaku Dan Pakaian Pelajar

(i) Melanggar peraturan tingkahlaku dan pakaian
pelajar.
(ii) Berkelakuan kurang sopan/ biadab.
(iii) Tidak memakai kad pelajar dalam kawasan kolej.
(iv) Bermain judi dan yang seumpama dengannya dalam
kawasan kolej.
(v) Memiliki, meminum minuman keras di kawasan kolej
(vi) Memiliki, menghisap dan menjual rokok/ rokok
elektronik di kawasan dan dalam bangunan kolej.
(vii) Memiliki, mengedar dan menyalahguna dadah.
(viii) Berdua-duaan antara lelaki dan perempuan tanpa
alasan munasabah di kawasan kolej termasuk
(ix) membawa suami/ isteri di dalam bilik penginapan.
(x) Tidak menghadiri aktiviti kolej yang dimestikan.
(xi) Berlaku tidak jujur dengan petugas kolej kediaman.
Membenarkan orang yang tidak berkenaan atau
(xii) pelajar lain tinggal/ bermalam dalam bilik.
(xiii) Berpindah bilik tanpa kebenaran.
Berada dalam bilik pelajar lain atau di luar kawasan
(xiv) kolej selepas jam 12.00 malam.
Menyimpan, menampal, melihat atau mendengar
(xv) bahan-bahan lucah.
Tidak memasang dan menggunakan cadar dan
(xvi) sarung bantal.
(xvii) Hubungan sumbang sesama jenis.
Tidak mengemaskan pakaian dan peralatan di dalam
(xviii) bilik.
Menyidai pakaian di tempat yang tidak dibenarkan.

b) Harta Benda Kolej Kediaman

(i) Menyalahgunakan harta benda kolej.
(ii) Menconteng, mengotorkan atau merosakkan mana-

mana bahagian bangunan, harta benda atau
kawasan kolej kediaman.
(iii) Tidak menutup suis lampu dan kipas angin ketika
penghuni tiada di bilik.
(iv) Membawa, mengubah atau memindah kedudukan
peralatan kemudahan umum kepunyaan kolej.
(v) Merosak, mengotorkan peralatan, kemudahan di
bilik seperti lampu, kipas siling, tingkap, almari,
lantai, dan kelengkapan-kelengkapan lain. Tidak
menutup paip air.

36

c) Keselamatan Dan Ketenteraman Penghuni

i. Membuat bising atau mengganggu ketenteraman.
ii. Memiliki senjata merbahaya atau alatan lain yang boleh

mengancam keselamatan nyawa.
iii. Menampal poster atau bahan bercetak tanpa kebenaran atau

di kawasan larangan.
iv. Tidak meletak kenderaan di tempat yang disediakan.
v. Menyidai pakaian di tempat yang tidak dibenarkan.
vi. Memiliki peralatan elektrik tanpa kebenaran.
vii. Membuat sambungan pendawaian elektrik dan telefon.
viii. Bermain mercun atau bunga api dalam kawasan kolej.
ix. Menjalankan aktiviti penyiaran secara haram melalui radio

atau media lain.
x. Mempamerkan berhala atau objek-objek untuk tujuan

pemujaan dan bahan-bahan seumpamanya.
xi. Menyalahgunakan alat pemadam api dan alatan lain yang

disediakan.
xii. Mengadakan aktiviti atau perhimpunan rapat umum/ kempen/

ceramah/ perniagaan tanpa kebenaran daripada pentadbiran
kolej kediaman atau Universiti.

d) Perkara Am

Melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan undang-
undang negara dan perkara-perkara yang diperuntukkan dalam Akta
Universiti dan Kolej Universiti 1971, Statut dan kaedah-kaedah yang
dikuatkuasakan oleh Universiti.

7. Kewangan
7.1 Bayaran Sewa Penginapan

7.1.1 Yuran penginapan hendaklah dijelaskan pada hari
pendaftaran bilik atau pada tarikh pelajar mula tinggal di kolej
7.1.2 kepada pihak Bendahari atau sesiapa yang diberi kuasa
7.1.3 olehnya untuk memungut bayaran tersebut.
7.1.4 Yuran penginapan asrama adalah termasuk perkhidmatan
7.1.5 internet tanpa wayar bagi satu semester di kolej-kolej
kediaman UPSI.
Pembayaran hendaklah dibuat melalui cek atau kiriman
wang yang berpalang atas nama Bendahari Universiti
Pendidikan Sultan Idris.
Resit hendaklah disimpan dan ditunjukkan apabila diminta
oleh Pengetua atau pihak berkuasa kolej.
Pelajar-pelajar pemegang biasiswa/dermasiswa/ pinjaman
boleh membuat bayaran secara potongan daripada penaja
kewangan.

37

7.2 Peraturan Sewaan

7.2.1 Semua penghuni hendaklah membayar sewa untuk setiap
7.2.2 semester. Penghuni yang menarik diri setelah pendaftaran
kolej tidak boleh mendapat balik wang sewa.
Penghuni yang hendak menginap semasa cuti semester
hendaklah menjelaskan yuran sewaan semasa cuti mengikut
bilangan hari yang dipohon.

7.3 Denda Sewaan Bilik

7.3.1 Denda akan dikenakan ke atas pelajar-pelajar yang
7.3.2 mempunyai penaja kewangan jika: Pelajar tidak dapat
7.3.3 menyelesaikan sewa. Pelajar gagal membayar baki sewa.
Pelajar yang permohonan penangguhan bayarannya tidak
diluluskan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni.
Pelajar yang tidak mempunyai penaja kewangan akan
dikenakan denda jika gagal membayar sewa dengan
sepenuhnya dalam tempoh dua minggu dari tarikh
pendaftaran masuk ke kolej pada setiap semester.
Denda dikenakan sebanyak RM5.00 bagi genap 2 minggu dari
tarikh yang ditetapkan. Denda yang sama akan dikenakan
bagi setiap 2 minggu atau sebahagian yang selanjutnya
sehingga bayaran sewa dijelaskan sepenuhnya.

8. PERATURAN KOLEJ

8.1. Peraturan Kediaman Di Kolej 38

(a) Hanya penghuni yang berdaftar sahaja dibenarkan tinggal di
Kolej berkenaan. Pihak Berkuasa Kolej berhak mengambil
tindakan tatatertib ke atas mana-mana pelajar atau penghuni
yang menghuni atau menduduki mana-mana kolej tanpa izin
Pengetua.

(b) Penghuni bilik tidak boleh membenarkan orang lain
menumpang/ tinggal/menginap di dalam bilik tempat
tinggalnya.

(c) Penghuni hanya boleh tinggal di bilik yang telah ditetapkan.
(d) Penghuni yang ingin bermalam di luar kampus hendaklah

memberitahu Pengetua atau Feloj bagi memudahkan pihak
kolej menghubungi jika berlaku sesuatu kejadian.
(e) Pentadbiran kolej boleh dari semasa ke semasa memberi
apa-apa perintah atau arahan secara bertulis atau lisan yang
difikirkan perlu untuk memelihara ketenteraman dan tatatertib
asrama.
(f) Sebarang kerosakan hendaklah dilaporkan segera. Bahagian
Pentadbiran Kolej kediaman akan mengenakan denda
kepada penghuni bekenaan jika kerosakan yang
mendatangkan mudarat tidak dilaporkan segera.
(g) Tidak dibenarkan membuat pendawaian elektrik secara
haram untuk sebarang kegunaan di dalam bilik.

8.2 Peraturan Menduduki Bilik Di Kolej

a) Bilik-bilik hendaklah dipastikan bersih dan kemas.
b) Setiap penghuni hendaklah memastikan peralatan dan

perabot di biliknya lengkap dengan mengisi borang
penerimaan dan penyerahan rumah ketika mendaftar masuk
ke kolej kediaman. Jika didapati kurang, penghuni hendaklah
melaporkannya kepada Pihak Berkuasa Kolej.
c) Penghuni adalah bertanggungjawab memelihara harta benda
yang disediakan oleh pihak kolej. Bayaran denda atau ganti
rugi boleh dikenakan jika harta benda didapati rosak, kotor
atau hilang.
d) Perabot atau kelengkapan-kelengkapan lain yang disediakan
tidak boleh diubah kedudukannya atau diubahsuai tanpa
kebenaran Pihak Berkuasa Kolej.
e) Setiap bilik hendaklah sentiasa dikunci bagi maksud
keselamatan.
f) Penghuni dilarang membawa barang makanan ke dalam bilik
yang boleh menyebabkan kekotoran atau menimbulkan bau
yang kurang menyenangkan.
g) Sebarang poster, gambar, atau hiasan dinding bilik tidak boleh
menggunakan paku atau gam yang sukar ditanggalkan. Alat
penyangkut gambar dan ‘posterhanger’ yang sesuai gamnya
dan tidak merosakkan dinding adalah dibenarkan.
h) Penghuni yang dengan sengaja merosakkan bangunan dan
harta benda Universiti akan dikenakan tindakan tatatertib dan
diminta membayar balik kos pembaikan dan penggantian.
i) Pelajar dilarang merokok di dalam bilik kediaman dan
kawasan kolej.
j) Penghuni tidak dibenarkan berjudi, minum arak, menyimpan
dan membawa makanan yang haram di sisi Islam di kolej.
k) Penghuni dikehendaki menutup lampu, kipas dan lain-lain suis
apabila tidak berada di dalam bilik.
l) Penghuni dilarang membuang sampah, plastik, tuala wanita
atau bahan yang tidak mudah hancur ke dalam tandas atau
8.3 Tetamsauluran air, parit atau longkang.

a) Penghuni tidak dibenarkan menerima sebarang tetamu atau
keluarganya di dalam rumah.

b) Pelajar boleh bertemu dengan tetamu mereka di ruang yang
telah disediakan.

39

8.4 Bilik Mandi dan Tandas 40
Semua penghuni bertanggungjawab ke atas kebersihan bilik mandi
dan tandas.

9. Peraturan Mengosongkan Bilik

a) Selepas tempoh menyewa, penghuni hendaklah
mengosongkan bilik tidak lewat dari tarikh yang di tetapkan
kecuali jika permohonan melanjutkan tempoh untuk menginap
dibuat seminggu sebelum tamat semester serta permohonan
tersebut diluluskan oleh Pihak Berkuasa Kolej.

b) Bilik hendaklah ditinggalkan dalam keadaan bersih dengan
membuang sampah dalam bekas yang disediakan.

c) Kakitangan atau wakil boleh memeriksa alat-alat perabot dan
kelengkapan-kelengkapan lain. Jika didapati berlaku
kerosakan, kekotoran atau kehilangan, denda dan gantirugi
boleh dikenakan mengikut kadar yang telah ditetapkan oleh
Pihak Berkuasa Kolej.

d) Kunci rumah dan kunci bilik hendaklah diserahkan sendiri
kepada Pihak Berkuasa Kolej.

e) Penghuni yang menghilangkan, tidak memulangkan atau
lewat memulangkan kunci bilik dan rantai kunci akan
dikenakan denda mengikut kadar yang ditetapkan oleh Pihak
Berkuasa Kolej.

10. Peraturan Pakaian

a) Setiap pelajar yang tinggal di Kolej hendaklah mematuhi
arahan dan peraturan kod etika pakaian dan rupa diri yang
telah ditetapkan oleh UPSI

b) Setiap pelajar yang menghadiri upacara-upacara rasmi di
kolej kediaman seperti Jamuan Makan Malam, Seminar dan
aktiviti yang dijalankan di kolej adalah dikehendaki memakai
pakaian rasmi sesuai dengan matlamat dan tujuan majlis
tersebut diadakan. Berkain pelekat dan berkain batik adalah
tidak dibenarkan di dalam kawasan kafeteria atau di sekitar
kawasan kolej. Kain pelekat hanya dibenarkan untuk tujuan
sembahyang dan aktiviti agama di surau sahaja.

c) Tidak dibenarkan menjemur kain di koridor, tingkap, railing
langsir atau memaku di belakang pintu dan lain-lain tempat
melainkan di ampaian yang disediakan.

d) Pelajar perempuan tidak dibenarkan memakai pakaian
mencolok mata, singlet, dan berseluar pendek atau berskirt
pendek semasa di kafeteria atau di kawasan kolej kediaman.

e) Pelajar lelaki tidak dibenarkan memakai seluar pendek dan
berbaju singlet semasa di kolej kediaman.

11. Pendaftaran Kenderaan
a) Pelekat kenderaan perlu ditampal di setiap kenderaan dan

. ianya hendaklah diperbaharui pada setiap sesi.
b) Pelajar hendaklah sentiasa mematuhi Ordinan Lalu Lintas
Jalan 1958 dalam kampus Ordinan, P.T.M 49/58.
c) Pemilik kenderaan tidak dibenarkan membunyikan hon
kenderaan mereka sehingga mengganggu ketenteraman
penghuni lain.
d) Pelajar dilarang meletakkan motosikal di atas koridor, beranda
atau kaki lima, halaman berkepung atau di mana-mana
bahagian bangunan kolej.
e) Kenderaaan hendaklah diletakkan di ruang atau petak yang
telah dibenarkan.
f) Kenderaan yang diletakkan tidak pada ruang yang dibenarkan
akan disaman.
g) Pelajar semester 1 hingga 4 tidak dibenarkan sama sekali
membawa kenderaan.

12. Ketenteraman Kolej
a) Penghuni dilarang membuat bising yang boleh mengganggu
ketenteraman penghuni lain termasuk penggunaan alat-alat
muzik.
b) Lampu siling di bilik penginapan hendaklah dimatikan suisnya
mulai jam 12.00 tengah malam.

41

13. Aktiviti Pelajar

• Sebarang aktiviti di kolej hendaklah mendapat kebenaran Pihak Berkuasa
Kolej.

• Aktiviti yang melibatkan orang luar mestilah mendapat kebenaran pihak
Universiti.

14. Kegiatan Berdua-Duaan Di Sekitar Kolej
Penghuni Kolej tidak dibenarkan berkelakuan menjolok mata seperti
berdua-duaan di sekitar kolej dalam keadaan mencurigakan pada bila-bila
masa.

15. Perkara-perkara Lain Yang Ditegah
• Memiliki atau minum minuman keras. Membawa/ menyimpan makanan
haram (Di sisi Agama Islam) ke dalam bilik.
• Berjudi di kolej.
• Menyimpan, memiliki atau menonton bahan-bahan lucah.
• Memiliki atau menyalahgunakan dadah, bahan-bahan beracun, serta
bahan lain yang mudah terbakar.
• Membawa masuk seseorang BUKAN PELAJAR ke bilik tanpa
kebenaran Pihak Berkuasa Kolej.
• Membawa masuk seseorang yang berlainan jantina ke bilik.
• Berniaga tanpa kebenaran Pihak Berkuasa Kolej.
• Membuat kutipan wang dari bilik ke bilik tanpa kebenaran pihak
Berkuasa Universiti.
• Memelihara binatang di bilik atau kawasankolej.
• Menyidai kain bukan di ampaian yangdisediakan.
• Perbuatan-perbuatan lain yang boleh mendatangkan mudarat atau
bertentangan dengan nilai murni masyarakat Malaysia.

16. Peralatan Elektrik dan Elektronik
• Sebarang penggunaan peralatan elektrik atau elektronik mestilah
mendapat kebenaran dari Pihak Berkuasa Kolej.
• Penghuni yang mempunyai / memiliki alat-alat elektrik di biliknya
dikehendaki mendaftar untuk mendapatkan lesen kelulusan dari
Pejabat Kolej Kediaman terlebih dahulu.
• Tiap-tiap alat elektrik yang dibenarkan dikenakan bayaran RM 10.00
satu semester (Rujuk Jadual 1). Bayaran hendaklah dibuat di Pejabat
Kolej.

42

Jadual 1. Kadar Pendaftaran Barangan Elektrik dan peralatan yang tidak
benarkan di Kolej-kolej Kediaman UPSI.

erek ektrik idak dibenarkan
ug ett e idak dibenarkan
eterika idak dibenarkan
harger andphone idak dibenarkan
air ryer idak dibenarkan
embakar oti u uk pengurusan ko e
i e ooker
adio
ampu e a ar
omputer
e e isyen
oi eater
eti ais
esin basuh

tention ire
ain ain pera atan

43

17. Kadar Denda

JENIS-JENIS KESALAHAN DAN KADAR DENDA PENGHUNI
KOLEJ KEDIAMAN

JADUAL 2: JENIS KESALAHAN DAN KADAR DENDA PENGHUNI KOLEJ
KEDIAMAN

embenarkan pe a ar ber ainan antina memasuki atau berada di enda
da am bi ik i koridor
i da am bi ik
ihantar untuk tindakan tatatertib

ike uarkan dari ko e kediaman sepan ang penga ian

engha ang menahan seseorang pega ai kakitangan uni ersiti enda
daripada memasuki bi ik pe a ar kerana men a ankan tugas

e a ar uar yang bukan penginap tetapi berada di da am ka asan

ko e tanpa a asan yang munasabah antara am tgh ma am enda
enda aksimum
pagi enda

erkha at termasuk berdua duaan

iserahkan kepada abatan gama s am
ermain udi unsur pertaruhan

iserahkan kepada

erokok okok ektronik enda

i e etakkan kenderaan di da am bangunan atau tempat yang
tidak dibenarkan atau mengha ang a uan

ii enggunakan kende raan deng an tidak mengikuti peraturan kta
a an aya

eme ihara binatang da am ka asan ko e kediaman enda dan kemba i ke

i enukar bi ik tanpa kebenaran i enda
ii enukar ko e kediaman tanpa kebenaran bi ik asa

ukar ko e

ii ike uarkan dari ko e
kediaman sepan ang tempoh
peng a ian

idak memadam ampu kipas semasa meningga kan bi ik enda

i embuat bising hingga mengganggu ketenteraman penghuni ain

se epas am ma am pagi enda

ii engadakan akti iti sosia di b ok tanpa kebenaran

44

i en a i me akukan peras ugut

ii en ederakan orang tanpa sebab munasabah

iii ergaduh bertumbuk memasuki kumpu an haram

i engendap berke akuan men urigakan di ka asan ber ainan enda diserahkan kepada
antina enda maksimum

enyimpan minuman keras di bi ik

i emi iki atau mengedar dadah

ii emi iki gambar gambar u ah u ah bahan ba aan audio
isua yang diharamkan

iii idak hadir ke tindakan tatatertib

i e en ong ketika minggu suaikena

embon eng motosika ber ainan antina

idak memakai kad matrik di ka asan ko e

erdua duaan antara e aki dan perempuan tanpa a asan idak dipertimbangkan untuk
munasabah di ka asan ko e termasuk memba a suami isteri da am penginapan dan diru uk ke

bi ik penginapan

idak menghadiri akti iti ko e yang di a ibkan idak dipertimbangkan untuk
penginapan

erke iaran di ka asan ko e i ik a eteria i ik obi i ik

ehat se epas am tengah ma am

u ang e at ke ko e se epas am tengah ma am

iba a ke untuk tatatertib

ebarang notis atau hebahan dari pihak uar hanya ihak pengan ur akan di

dibenarkan ditampa di papan kenyataaan yang denda dan

disediakan o eh pihak ko e notis ditangga kan

e a ar berke akuan atau berpakaian tidak sopan di atau diru uk

ko e kepada kaunse or

enginap di ko e tanpa kebenaran rm

embenarkan pe a ar ain menginap di da am bi ik dan atau digugurkan

rumah daripada ko e

45

JADUAL 3.
KADAR DENDA SALAH LAKU MEROSAKKAN HARTA BENDA KOLEJ

i ang semua kun i enda
enda
i ang kun i bi ik enda

i ang rantai kun i setiap ka i memin am
semasa aktu pe abat
idak memu angkan kun i se epas da tar ke uar

denda hari atau mana mana yang ebih tinggi

ertingga kun i terkun i memin am kun i dari pe abat ko e
iada sebarang urusan se epas aktu pe abat

erosakkan perabot dengan senga a arga sebenar m
i ati i
ii i am ii
iii mari iii
i o t oard i
angsir
i ea i
ii erusi ii
iii erusi rehat iii

enda ada ah ka i ganda
daripada harga sebenar

en a atkan dinding dan merosakkan harta benda ko e enda

anti rugi ka i ganda

ike uarkan dari ko e sepan ang
tempoh penga ian

emindahkan harta benda perabot ko e dari tempat asa tanpa enda
kebenaran pengetua

erosakkan menya ahgunakan a at pemadam api a at pen egah enda
kebakaran yang ain
anti rugi ka i ganda

ike uarkan dari ko e sepan ang
tempoh penga ian

idak men u i bi ik air sinki dan tandas sehingga meningga kan indi idu
kesan kuning atau umut

46

i emasak di da am bi ik enda

ii enggunaan nya aan api aked ame di da am bangunan at akan dirampas

iii embuat u ian dengan menggunakan bahan kimia mudah ike uarkan dari ko e sepan ang

terbakar di da am bi ik tempoh penga ian

emi iki kun i dup i ate atau memi iki kun i penghuni ain tanpa enda
sebab yang munasabah

idak mengemas bi ik atau men u i bi ik atau membuang sampah enda
dari da am bi ik

enyidai pakaian di tempat yang tidak dibenarkan enda
enda
embuangan tua a anita astikan di da am p astik sebe um

dibuang ke da am tong sampah

etiap pin aman barangan daripada pihak ko e akan dikenakan eposit pake
deposit pin aman dan kadar

i eposit hanya dikemba ikan sekiranya barangan untuk se aan ruang
dipu angkan da am keadaan asa akti iti ke ab persatuan aku ti

ii empoh diberikan se ama hari daripada tarikh akhir
program eposit tidak akan dipu angkan se epas tempoh
tersebut

idak menda tar barangan e ektrik se epas tempoh penda taran atau a at
semasa pemeriksaan

arang akan dirampas dan denda akan dikenakan

maran dan tidak

ampah sarap atau sisa makanan dibungkus dan diikat kemas dipertimbangkan untuk
sebe um dibuang ke da am tong sampah
penginapan serta di ru uk ke

enda

idak mengambi semu a barang barang di stor se epas hari enda kepada pihak
penda taran
yang mengurus simpanan barang
iberikan tempoh masa hari beker a se epas tempoh
penda taran arang barang akan di upuskan dan tuntutan tidak yang di u uskan o eh pengetua
dibenarkan

eningga kan atau menyimpan barang barang di da am bi ik atau enda kepada pihak
rumah semasa uti semester
yang mengurus simpanan barang
iberikan tempoh masa hari beker a se epas tempoh
penda taran arang barang akan di upuskan dan tuntutan tidak yang di u uskan o eh pengetua
dibenarkan

enggi kadar o eh

47

18. Peraturan Kecemasan

18.1 Jika berlaku kecemasan yang memerlukan rawatan, pelajar boleh
menghubungi pengetua, felo dan penolong pengurus asrama. Jika
pengetua, felo atau penolong pengurus asrama tidak dapat dihubungi
mana-mana Ahli Majlis Mahasiswa Kolej hendaklahdihubungi.

18.2 Felo bertugas bertanggungjawb menghantar penghuni yang
memerlukan rawatan ke hospital/ klinik yangberdekatan.

19. Hal-hal lain

19.1 Pihak kolej boleh mengenakan sejumlah denda terhadap kerosakan
kunci, perabot, sebarang peralatan kolej yang lain atas pertimbangan
Pengetua.

19.2 Pihak Kolej juga boleh mengenakan kompaun ke atas kesalahan
tatatertib kolej atau dipanjangkan untuk perbicaraan tatatertib di
peringkat kolej atau Universiti tertakluk kepada jenis kesalahan.

19.3 Perbicaraan Tatatertib di Kolej
19.4 Setiap kolej mempunyai Lembaga Tatatertib Pelajar. Keahlian

Lembaga ini terdiri daripada Pengetua sebagai Pengerusi, Penolong
Pengurus Asrama sebagai setiausaha dan Felo-felo sebagai ahli.
19.5 Lembaga Tatatertib Kolej diberi kuasa untuk memanggil sidang
tatatertib untuk membicarakan dan menjatuhi hukuman ke atas setiap
kesalahan tatatertib pelajar di peringkat kolej.
19.6 Dalam pengendalian kes tatatertib ini, pelajar/penghuni diberi peluang untuk
membela diri ke atas setiap tuduhan yang dikenakan padanya.
19.7 Denda yang dikenakan mesti dijelaskan di Jabatan Bendahari atau lain-lain yang
diberi kuasa dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat pemberitahuan keputusan
dikeluarkan.

20. Perubahan Peraturan

Pengetua atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa olehnya boleh dari
semasa ke semasa, memberi arahan atau perintah secara lisan atau
bertulis yang difikirkan perlu atau sesuai untuk memelihara ketenteraman
dan tatatertib dalam kolej, dan tiap-tiap pelajar hendaklah mematuhinya.

21. MAKLUMAN

Semua penghuni kolej dimohon mematuhi semua peraturan yang telah
ditetapkan bagi menjaga imej dan ketenteraman kolej kediaman.

48


Click to View FlipBook Version