The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU DASAR PERATURAN PELAJAR (dikemaskini 20/09/2021)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by JHEPA UPSI, 2021-09-20 04:04:11

BUKU DASAR PERATURAN PELAJAR

BUKU DASAR PERATURAN PELAJAR (dikemaskini 20/09/2021)

DASAR SKIM PERKHIDMATAN KESIHATAN PELAJAR
(PERUBATAN DAN PERGIGIAN)

1. Skim Perkhidmatan Kesihatan Pelajar (Perubatan dan Pergigian)

Skim Perkhidmatan Kesihatan Pelajar terdiri daripada bahagian perubatan
dan pergigian. Namun demikian, pihak Universiti berhak untuk meminda
mana-mana peraturan di dalam skim ini tanpa memberi sebarang sebab.

2.Tafsiran

Dalam Skim ini :

2.1 Skim Perkhidmatan Kesihatan Pelajar (Perubatan dan Pergigian)
bermakna kemudahan dan perkhidmatan perubatan, pergigian dan
kesihatan pelajar.

2.2 Universiti bermakna Universiti Pendidikan Sultan Idris.

2.3 Pelajar bermakna
a. Tempatan:seseorang yang telah mendaftar untuk mengikuti program
pengajian di Universiti Pendidikan Sultan Idris dan berwarganegara
Malaysia.

b. Antarabangsa:seseorang yang telah mendaftar untuk mengikuti
program pengajian di Universiti Pendidikan Sultan Idris dan bukan
warganegara Malaysia.

2.4 Semester bermakna tempoh bermula dari hari pertama semester I atau
semester II sehari sebelum bermula semester berikutnya.

2.5 Pusat Kesihatan Universiti bermakna pusat yang mengendalikan dan
menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan perubatan, pergigian dan
kesihatan di Universiti Pendidikan Sultan Idris.

2.6 Klinik Pesakit Luar bermakna unit yang memberikan perkhidmatan
pesakit luar perubatan dan perigian.

2.7 Hospital/ Klinik Kerajaan bermakna sebarang hospital kerajaan, klinik-
klinik kerajaan termasuk lain-lain perubatan persekutuan.

2.8 Hospital Swasta bermakna mana-mana hospital atau klinik yang tidak
termasuk dalam tafsiran Hospital Kerajaan.

2.9 Klinik Panel bermakna klinik swasta yang dilantik oleh Universiti bagi
memberi perkhidmatan perubatan kepada pelajar atau staf Universiti.

2.10 Pegawai Perubatan/ Pergigian Universiti bermakna Pegawai
Perubatan atau Pegawai Pergigian yang bertauliah dan berdaftar

49

dengan Kerajaan Malaysia yang dilantik oleh Universiti untuk berkhidmat
dengan Universiti.

2.11 Pegawai Hal Ehwal Pelajar bermakna mana-mana pegawai Kumpulan
Pengurusan dan Profesional yang berkhidmat di Jabatan Hal Ehwal
Pelajar & Alumni.

2.12 Pegawai Perubatan/ Pergigian Kerajaan bermakna Pegawai
Perubatan atau Pergigian yang berdaftar dan berkhidmat dengan
Kerajaan Malaysia.

2.13 Doktor Swasta bermakna Pegawai Perubatan atau Pergigian yang
tidak berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia.

2.14 Sesi Akademik bermakna tempoh pengajian sesuatu program
pengajian yang tarikh permulaan dan tarikh tamatnya ditetapkan oleh
senat.

2.15 Kes Kecemasan bermakna sebarang kes yang berkaitan dengan
kecederaan dan kemalangan, kesakitan yang teramat sangat, demam
yang tinggi (melebihi 40°C), kesukaran untuk bernafas, pendarahan,
tidak sedarkan diri dan keadaan pesakit mengganggu ketenteraman
orang lain atau membahayakan dirinya atau orang lain (kecemasan
psikiatrik).

2.16 Ubat-ubat di bawah senarai pakar bermakna ubat-ubatan seperti mana
yang disenaraikan di bawah Specialist Index Kementerian Kesihatan
Malaysia.

2.17 Surat Jaminan Rawatan bermakna surat yang dikeluarkan oleh
Universiti bagi menjamin bayaran kos rawatan hospital (tertakluk kepada
perbelanjaan yang ditanggung oleh Universiti).

2.18 Surat Pengesahan Pelajar bermakna surat yang dikeluarkan oleh
Universiti bagi mengesahkan status terkini pelajar.

3. Syarat-Syarat Skim Perkhidmatan Kesihatan Pelajar (Perubatan &
Pergigian)

3.1 Mereka Yang Layak Menerima Skim Ini Ialah:

i. Pelajar Universiti yang telah menjelaskan yuran Skim Perkhidmatan
Kesihatan Pelajar (Perubatan & Pergigian) bagi sesuatusemester.

ii. Pelajar yang menangguh pengajian atas sebab-sebab kesihatan yang
disahkan oleh Pegawai Perubatan/Pergigian Kerajaan atau Pegawai
Perubatan/Pergigian Universiti.

3.2 Mereka Yang Tidak Layak Menerima Skim Ini Ialah:

i. Pelajar yang menangguhkan pengajian bukan atas sebab-sebab
kesihatan.

50

ii. Pelajar yang menarik diri.

iii.Pelajar yang diberhentikan.

iv.Pelajar yang digantung pengajian.

v. Pelajar yang tamat pengajian berkuatkuasa mulai tarikh disiarkan
keputusan akhir bagi kursus pengajian (dan yang lain-lain jika ada)

4. Kemudahan Skim Perkhidmatan Kesihatan Pelajar

4.1 Perubatan

Kemudahan Skim Perkhidmatan Kesihatan Pelajar (Perubatan) adalah
meliputi perkhidmatan di Pusat Kesihatan Universiti dan Hospital
Kerajaan.

4.2 Pergigian

Skim Perkhidmatan Pergigian ditanggung di bawah Skim Perkhidmatan
Kesihatan Pelajar (Perubatan & Pergigian) dengan had kelayakan RM
100.00 satu sesi akademik mengikut kadar rawatan pergigian klinik
pergigian Universiti

4.3 Pusat Kesihatan Universiti

i. Klinik Pesakit Luar

Rawatan pesakit luar perubatan dan pergigian adalah mengikut jadual-
jadual yang ditetapkan oleh Universiti seperti berikut:

a. Perubatan

HARI WAKTU PENDAFTARAN REHAT
Isnin - Khamis 1.00 petang - 2.00 petang
8.15 pagi - 12.00 tengah hari 12.15 tengah hari - 2.45 petang
Jumaat 2.00 petang - 4.00 petang
Sabtu, Ahad &
8.15 pagi - 11.30 pagi
Cuti Umum 2.45 petang - 4.00 petang

TUTUP

51

b. Pergigian

HARI WAKTU PENDAFTARAN0 REHAT
1.00 petang - 2.00 petang
Isnin - Khamis 8.15 pagi -12.00 tengah hari
2.00 petang - 4.00 petang 12.15 tengah hari - 2.45 petang

Jumaat 8.15 pagi - 11.30 pagi
2.45 petang - 4.00 petang

Sabtu, Ahad & TUTUP
Cuti Umum

ii. Perkhidmatan Kecemasan

Pihak Pusat Kesihatan Universiti bersedia dipanggil untuk kes-kes
kecemasan pada hari bekerja atau ketika perkhidmatan bantuan
perubatan diberikan (tertakluk kepada kekangan dan kemudahan
serta staf yang sedia ada).

iii. Makmal Perubatan

Pusat Kesihatan Universiti menyediakan perkhidmatan makmal
ringkas. Namun demikian jika terdapat pemeriksaan makmal lanjutan,
pesakit tersebut akan dirujuk ke Hospital Kerajaan. Skim ini akan
menanggung ujian makmal lanjutan yang dijalankan atas nasihat atau
cadangan Pegawai Perubatan/Pergigian Universiti.

4.4 Kemudahan Sick Bay

i. Pesakit Yang Perlu Pemerhatian
Pusat Kesihatan Universiti menyediakan kemudahan Sick Bay. Pelajar-
pelajar yang dimasukkan ke bilik ini akan diberi pemerhatian tidak lebih
dari enam (6) jam. Jika didapati pelajar tersebut memerlukan rawatan
lanjut, rujukan ke Hospital Kerajaan yang berhampiran akan dibuat
bagi pelajar tempatan. Bagi pelajar antarabangsa, rujukan adalah ke
Hospital Kerajaan atau ke Hospital Swasta yang terdekat dan
tersenarai dalam Skim Insurans yang dipersetujui oleh Universiti
(bergantung kepada keadaan pesakit melalui penilaian Pegawai
Perubatan/Pergigian yang memeriksa).

ii. Rawatan, Penempatan Dan Makanan
Semua perbelanjaan rawatan dan penempatan di Sick Bay adalah
ditanggung oleh Universiti. Universiti juga menanggung bayaran
makan sewaktu pesakit diarahkan untuk tinggal di Sick Bay Pusat
Kesihatan Universiti.

52

4.5 Kemudahan Ambulans Dan Kenderaan

i. Kenderaan Kes Kecemasan

Universiti menyediakan kemudahan kenderaan untuk semua kes
kecemasan atau kes-kes yang memerlukan rujukan segera semasa
waktu pejabat dan semasa perkhidmatan bantuan perubatan.
ii. Kenderaan Kes Bukan Kecemasan

Universiti akan berusaha untuk menguruskan kenderaan bagi
pengangkutan kes-kes rujukan bukan kecemasan ke hospital
(tertakluk kepada kemudahan kenderaan yang sedia ada).
iii. Perbelanjaan Pengangkutan
Universiti tidak akan menanggung perbelanjaan sebarang
pengangkutan selain dari kenderaan yang disediakan oleh Universiti.
iv. Hospital Kerajaan
Universiti akan menanggung kemudahan rawatan pelajar di mana-
mana hospital kerajaan KECUALI bahagian private wing/
perkhidmatan pesakit bayar penuh bagi pelajar tempatan. Bagi pelajar
antarabangsa, kos rawatan adalah mengikut polisi insurans yang telah
ditetapkan oleh Universiti.
4.6 Surat Jaminan Rawatan
Surat Jaminan Rawatan boleh dikeluarkan oleh Pegawai Perubatan/
Pergigian Universiti.
4.7 Surat Pengesahan Pelajar
Surat Pengesahan Pelajar dikeluarkan oleh Pengetua Kolej Kediaman
(Luar dan Dalam Kampus) untuk membolehkan pelajar mendapat
rawatan di Hospital Kerajaan bagi kes-kes kecemasan perubatan dan
pergigian ketika ketiadaan Pegawai Perubatan/Pergigian atau semasa
cuti hujung minggu atau cuti am.
4.8 Bayaran Yang Ditanggung Oleh Universiti
Universiti akan menanggung semua bayaran yang dikenakan oleh pihak
hospital ke atas pelajar kecuali perbelanjaan yang tidak ditanggung oleh
Skim Perkhidmatan Kesihatan Pelajar (Perubatan dan Pergigian).

53

4.9 Pembayaran Balik

Pembayaran hospital yang telah didahulukan oleh pelajar boleh dituntut
dari Universiti dengan mengemukakan resit pembayaran kepada pihak
Pusat Kesihatan Universiti.

4.10 Kelayakan Wad

Universiti hanya menanggung perbelanjaan wad kelas dua atau yang
lebih rendah. Universiti tidak menanggung apa-apa bayaran kelas yang
lebih tinggi dari kelas dua.

4.11 Klinik Pergigian Universiti

i. Klinik Pesakit Luar Pergigian
Rawatan pesakit luar pergigian adalah mengikut jadual-jadual yang
ditetapkan oleh Universiti (Lampiran 2).

ii. Kadar Bayaran Rawatan Pergigian

Rawatan Pergigian Pelajar Pelajar
Tempatan Antarabangsa
Pemeriksaan & Diagnosis
Tampalan (Komposit/ Glass Ionomer RM 5.00 RM 10.00
Cement)
Tampalan (Amalgam) RM 20.00 RM 40.00
(sebatang) (sebatang)
Tampalan Sementara
RM 18.00 RM 36.00
Penskaleran (sebatang) (sebatang)
Cabutan
RM 8.00 RM 16.00
(sebatang) (sebatang)
RM 30.00 RM 50.00

RM 12.00 RM 24.00
(sebatang) (sebatang)

5. Perbelanjaan Yang Tidak Ditanggung Oleh Skim Perkhidmatan
Kesihatan Pelajar (Perubatan & Pergigian)

Perbelanjaan yang tidak ditanggung oleh Skim Perkhidmatan Kesihatan
Pelajar adalah seperti berikut:

5.1 Sebarang rawatan, ubat-ubatan dan peralatan untuk kemandulan,
kesuburan atau pencegahan kehamilan.

5.2 Pil vitamin (kecuali dipreskripsi oleh Pegawai Perubatan/ Pergigian
Universiti), sebarang ubat-ubatan untuk kecantikan seperti makanan
tambahan, pil pengawal selera, steroid untuk kekuatan atau kosmetik.

54

5.3 Sebarang rawatan dan pemeriksaan berkaitan dengan mengandung
dan bersalin sama ada dalam keadaan normal ataupun yang tidak
normal.

5.4 Alat-alat gantian anggota seperti plate & screw, gigi palsu dan
sebagainya. Walau bagaimanapun, dapat dipertimbangkan tertakluk
kepada pengesahan bahawa pelajar mengalami kecederaan/
pembedahan yang diakibatkan oleh aktiviti sewaktu mewakili
Universiti.

5.5 Alat-alat bantuan kepada kecacatan dan ketidakupayaan anggota
seperti tongkat, kerusi roda, cermin mata, alat bantuan pendengaran
dan sebagainya.

5.6 Rawatan pemindahan anggota seperti pemindahan jantung, buah
pinggang, mata dan sebagainya. Alat-alat bantuan kepada kecacatan
dan ketidakupayaan anggota seperti tongkat, kerusi roda, cermin
mata, alat bantuan pendengaran dan sebagainya.

5.7 Rawatan perubatan dan pembedahan untuk tujuan kosmetik/ estetik
atau ritual seperti berkhatan dan sebagainya, kecuali dalam keadaan
di mana Pegawai Perubatan/ Pergigian Universiti mengesahkan
rawatan itu diperlukan untuk mengurangkan risiko kepada pesakit.

5.8 Rawatan Pergigian bagi tujuan estetik seperti Korona, Jambatan,
Veneer, Implant, pendakap gigi dan pemutihan gigi.

5.9 Rawatan imunisasi untuk tujuan pelalian kecuali dalam keadaan
wabak atau suntikan vaksin anti-tetanus yang diberikan selepas luka.

5.10 Perbelanjaan rawatan perubatan homeopati atau tradisional seperti
bomoh, dukun, singseh dan sebagainya.

5.11 Perbelanjaan rawatan di hospital swasta kecuali Pegawai Perubatan/
Pergigian Universiti mengesahkan rawatan tersebut adalah untuk
kecemasan seperti kemalangan berlaku berdekatan hospital tersebut.

5.12 Perbelanjaan rawatan di luar negara kecuali bagi pelajar yang
dinyatakan rawatan tersebut akan ditanggung oleh Universiti.

5.13 Perbelanjaan pemeriksaan perubatan asas* (basic medical check-up)
kecuali atas urusan rasmi Universiti (tertakluk kepada ketersediaan
staf dan kemudahan).

*Pemeriksaan fizikal dan ujian air kencing (UFEME) sahaja yang
ditanggung oleh Universiti. Pemeriksaan ini tidak termasuk X-ray dada
dan pemeriksaan darah. Jika terdapat tambahan pemeriksaan, caj
tambahan akan dikenakan mengikut kadar yang ditetapkan oleh
Universiti.

5.14 Rawatan yang berkaitan dengan jangkitan semua jenis Hepatitis
(kecuali Hepatitis A) HIV, AIDS dan Sexually Transmitted Disease
(STD).

55

5.15 Rawatan pemulihan dadah.

5.16 Rawatan ke atas kecederaan tubuh yang disengajakan (self-inflicted
injury) atau akibat penglibatan secara langsung di dalam demonstrasi,
rusuhan dan civil commotion.

5.17 Perbelanjaan rawatan yang melebihi RM5,000 bagi pelajar tempatan
untuk satu tahun akademik, atau tinggal di wad melebihi 60 hari
berterusan untuk satu tahun akademik, yang mana terdahulu. Bagi
pelajar antarabangsa, perbelanjaan rawatan yang tidak melebihi
jumlah yang dihadkan melalui polisi insurans.

6. Yuran Skim

Yuran yang dikenakan untuk Skim ini bagi satu semester adalah seperti
berikut:

PELAJAR PENGAJIAN YURAN KESIHATAN/
SEMESTER
TEMPATAN Diploma pendidikan/bukan pendidikan
RM 30.00
ANTARA- Ijazah pertama pendidikan/bukan
BANGSA pendidikan RM 30.00
Kursus pasca ijazah
RM 60.00
Diploma muzik/bukan muzik RM 60.00
Ijazah sarjana muda pendidikan RM 60.00
Ijazah sarjana muda RM 60.00
Ijazah Doktor Falsafah Seperti yang
ditetapkan oleh
Mobiliti dan lain-lain program jangka pendek program

7. Am

Mana-mana perbelanjaan yang tidak ditanggung oleh Skim Perkhidmatan
Kesihatan Pelajar (Perubatan & Pergigian) yang boleh disediakan oleh Pusat
Kesihatan Universiti, bayaran akan dikenakan dengan kadar yang ditetapkan
oleh Universiti.

8. Sistem Kemudahan Perubatan Dan Kesihatan Pelajar Melalui Klinik
Panel (Perubatan) Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris

Klinik Panel Pelajar berfungsi membantu Pusat Kesihatan Universiti dalam
memberikan perkhidmatan perubatan dan perawatan kepada para pelajar
Universiti Pendidikan Sultan Idris. Walau bagaimanapun sebagai kawalan
dalaman, syarat-syarat penggunaaan kemudahan klinik panel pelajar adalah
seperti berikut :-

57
56

8.1 Cara Penggunaan Kemudahan Klinik Panel (Perubatan) Pelajar

i. Pelajar hanya dibenar untuk menggunakan kemudahan klinik panel
selepas waktu pejabat dan semasa cuti hujung minggu atau cuti am.

ii. Pelajar akan diberikan satu (1) keping Pelekat bernombor siri dan
bercop Pusat Kesihatan Universiti. Pelekat ini tidak boleh berpindah
hak milik.

iii. Pelekat ini hanya diberikan kepada pelajar yang telah menjelaskan
yuran Skim Perkhidmatan Kesihatan Pelajar (Perubatan dan
Pergigian) setiap semester. Ianya sah hanya untuk satu semester
pengajian sahaja mengikut nombor siri yang ditetapkan.

iv. Pihak Klinik Panel berhak untuk tidak memberikan perkhidmatan
kepada pelajar yang tidak membawa Pelekat yang sah.

8.2 Pelajar Yang Layak Menerima Kemudahan Ini

i. Pelajar yang telah menjelaskan yuran Skim Perkhidmatan Kesihatan
Pelajar bagi sesuatu semester.

ii. Pelajar yang menangguh pengajian atas sebab-sebab kesihatan yang
disahkan oleh Pegawai Perubatan Universiti.

8.3 Pelajar Yang Tidak Layak Menerima Kemudahan Ini.

i. Pelajar yang menangguh pengajian bukan atas sebab-sebab
kesihatan.

ii. Pelajar yang menarik diri.

iii. Pelajar yang diberhentikan.

iv. Pelajar yang digantung pengajian.

v. Pelajar yang tamat pengajian berkuat kuasa mulai tarikh disiarkan
keputusan akhir bagi kursus pengajiannya.

8.4 Garis Panduan Perkhidmatan Klinik Panel Pelajar

i. Klinik Panel Pelajar hanya memberikan perkhidmatan dan rawatan
pesakit luar untuk diri pelajar sahaja (tidak termasuk keluarga atau
tanggungan pelajar) dengan kadar bayaran maksimum sebanyak
RM35.00 (Ringgit Malaysia tiga puluh lima) sahaja setiap semester.

ii. Klinik Panel Pelajar hanya dibenarkan memberi perkhidmatan kepada
pelajar yang membawa Pelekat yang sah sahaja.

57

iii. Klinik Panel Pelajar hanya dibenarkan membuat rujukan ke hospital
kerajaan yang berdekatan sahaja untuk kes-kes kecemasan. Pihak
Pusat Kesihatan Universiti perlu dimaklumkan mengenai rujukan ini.

iv. Bagi kes bukan kecemasan, rujukan dari Klinik Panel Pelajar haruslah
melalui Pusat Kesihatan Universiti bagi tujuan rekod dan pengeluaran
Surat Jaminan Rawatan.

v. Klinik Panel Pelajar diminta memberi layanan yang berhemah dan
sewajarnya kepada pesakit/ pelajar UPSI.

vi. Klinik Panel Pelajar hanya akan mengeluarkan Sijil Cuti Sakit kepada
pelajar yang difikirkan benar-benar perlu sahaja.

vii. Klinik Panel Pelajar perlu membuat laporan serta-merta kepada pihak
Pusat Kesihatan Universiti sekiranya terdapat pelajar yang menghidapi
penyakit yang memerlukan langkah pencegahan.

viii. Universiti juga berhak untuk tidak membuat bayaran kepada mana-
mana Klinik Panel yang melanggar garis panduan di atas, termasuk
memberi perkhidmatan ke atas perbelanjaan yang tidak ditanggung
oleh Skim Perkhidmatan Kesihatan Pelajar (Perubatan dan Pergigian).

ix. Universiti berhak meminda dan mengubahsuai Sistem Kemudahan
Perubatan dan Kesihatan Pelajar (Perubatan dan Pergigian) dari
semasa ke semasa.

TAFSIRAN BAGI PELAJAR UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

BIL PERKARA DEFINISI

1. Pelajar yang Pelajar yang menangguhkan pengajian
menangguhkan bukan atas sebab-sebab kesihatan adalah
pengajian bukan atas pelajar yang mengisi permohonan melalui
sebab- sebab kesihatan portal pelajar untuk kelulusan Dekan
kecuali pelajar semester pertama
pengajian. Pelajar semester pertama
pengajian hanya dibenarkan untuk
menangguh pengajian atas sebab
kesihatan yang disahkan oleh Pegawai
Perubatan Kerajaan dan kes-kes khas yang
diluluskan oleh Timbalan Naib Canselor
(Akademik & Antarabangsa).

2. Pelajar yang menarik diri Kaedah 9, Pendaftaran dan Rekod

Pelajar yang menarik diri adalah pelajar yang
menarik diri atau berhenti daripada pengajian
yang mengisi permohonan melalui portal pelajar
untuk kelulusan Dekan. Pelajar yang berhenti
perlu menyelesaikan semua hutang dan
memulangkan bahan-bahan pinjaman yang
menjadi hak milik universiti.

Kaedah 6, Pendaftaran dan Rekod

58

3. Pelajar yang Pelajar yang diberhentikan adalah pelajar
diberhentikan yang mendapat:

i) PNGK kurang daripada 1.00; atau

ii) mendapat PNGK kurang daripada

1.70 dan berada dalam status

Percubaan pada semester

sebelumnya

iii) pelajar masih memperoleh gred B-
dan ke bawah dalam
Praktikum/Latihan Mengajar setelah
mendaftar dan mengikuti program
tersebut sebanyak dua (2) kali

iv) pelajar masih memperoleh gred C dan
ke bawah dalam Latihan Industri
setelah mendaftar dan mengikuti
program tersebut sebanyak dua (2) kali
dan

(v) pelajar yang tidak dapat menamatkan
pengajiannya dalam tempoh dua
belas (12) semester (DB).

Kaedah 15. 4, Peperiksaan

Pelajar yang gagal dan diberhentikan di atas
boleh membuat rayuan kepada universiti
melalui fakulti secara bertulis. Keputusan
rayuan adalah tertakluk kepada Senat.

4. Pelajar yang digantung Pelajar yang digantung pengajian adalah
pengajian pelajar yang dikenakan tindakan tatatertib.
Tempoh penggantungan adalah diambil kira
sebagai tempoh pengajian.

Kaedah 8, Pendaftaran dan Rekod

5. Pelajar yang tamat Pelajar yang tamat pengajian berkuat kuasa
pengajian berkuat kuasa mulai tarikh disiarkan keputusan akhir bagi
mulai tarikh disiarkan kursus pengajian adalah pelajar yang
keputusan akhir bagi menyempurnakan syarat-syarat untuk
kursus pengajian (dan tujuan bergraduat iaitu:
yang lain- lain jika ada)
i) telah lulus semua kursus yang
diwajibkan dalam struktur program
pengajian.

ii) mencapai PNGK 2.00 ke atas;

iii) memenuhi apa-apa peraturan
program, jika ada;

diperakui untuk dianugerahkan ijazah oleh
Senat;

Kaedah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Perkara Akademik) 2008 Pindaan 2017

59

DASAR PERATURAN DAN KADAR DENDA
PUSAT KEBUDAYAAN KADAR SEWAAN

60

61

62


Click to View FlipBook Version