INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KAMPUS IPOH, 31150 ULU KINTA
PERAK DARUL RIDZUAN
KERTAS KERJA PERTANDINGAN PERMAINAN TRADISIONAL
TARIKH: 24 NOVEMBER 2021
MASA: 10.30 PAGI HINGGA 12.30 TENGAH HARI
TEMPAT: PERKARANGAN PULAKO IPG KAMPUS IPOH
DIANJURKAN OLEH
UNIT W5
DISEDIAKAN OLEH
UNIT W5
KOD KURSUS
MPU3031 PENGURUSAN KOKURIKULUM
1
SENARAI ISI KANDUNGAN 4
1.0 PENGENALAN 4
2.0 PENGANJUR 5
5
3.0 MAKLUMAT PERTANDINGAN 5
3.1 MATLAMAT 6
3.2 OBJEKTIF 6
3.3 RASIONAL 7
3.4 NAMA PERTANDINGAN 7
3.5 TEMA 7
3.6 KETETAPAN PERTANDINGAN 8
3.7 KUMPULAN SASARAN 8
3.8 CADANGAN PERMAINAN 10
3.8.1 KETINTING 12
3.8.2 BALING SELIPAR / TUJU SELIPAR 15
3.8.3 GALAH PANJANG 17
3.8.4 BATU SEREMBAN 20
3.8.5 TIKAM GULI
3.8.6 TATING LAWI 23
23
4.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA 23
4.1 AJK INDUK 23
4.2 AJK PELAKSANA
4.3 AJK PERMAINAN 24
5.0 ANGGARAN PERBELANJAAN 25
6.0 ALATAN DAN KEMUDAHAN 25
7.0 PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG
2
7.1 PERATURAN PEMAKAIAN 27
8.0 JADUAL TENTATIF PENGELOLAAN
8.0 ANDAIAN KEKANGAN 28
9.0 REFLEKSI
28
9.1 ASMANIZA BINTI ISMAIL
9.2 NURUL SHARAUDAH BINTI MOHD ZANI 29
9.3 NURUL IZZAH BINTI ROSLI 29
9.4 MITRHASHINII A/P PERUMAL 30
9.5 NUR SUHADAH BINTI JAINUDDIN 31
9.6 LOGHAVATHANA A/P RAJA 32
9.7 TEVATHAARANHI A/P SASI KUMAR 33
9.8 ILAMATHY A/P NALLAMUTHU 34
9.9 NURIN ‘AIN NAJAH BINTI MOHD ZAIRI 35
9.10 AN NUR NABIHAH BINTI ZURAIDI 36
9.11 ABDUL MUHAIMIN BIN AKMAL 36
9.12 MUHAMMAD SYAKIR ASYRAAF BIN MOHD SUKRI 37
9.13 INDRAJIT A/L MOHAN 38
9.14 MUHAMMAD IZZAIRUL AIMAN BIN IBRAHIM 39
9.15 NAJWA BINTI ABDUL AZIZ 39
10.0 PENUTUP 40
11.0 LAMPIRAN 41
11.1 POSTER
11.2 GAMBAR 43
12.0 SUMBER RUJUKAN
44
3 44
49
52
1.0 PENGENALAN
Dalam usaha membina modal insan yang berkualiti demi masa depan negara,
murid mestilah didedahkan dengan aktiviti kokurikulum yang membina (Nor Raudah
& Salmee Suhaina, 2020). Berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, potensi
murid wajarlah digilap secara menyeluruh dan holistik melalui semua aspek
termasuklah aspek jasmani, emosi, rohani, dan intelek (JERI). Oleh itu, ahli warga
W5 telah bercadang untuk menganjurkan Pertandingan Permainan Tradisional
antara para pelajar Unit W5.
Setiap permainan tradisional dibahagikan kepada bebeapa stesen untuk
memudahkan urusan pengendalian permainan dan keseluruhan aktiviti permainan
tradisional ini turut dikendalikan oleh setiap guru pelatih daripada unit W5.
Pertandingan Permainan Tradisional / Kanak-Kanak ini akan berlangsung pada 24
November 2021 iaitu pada hari Rabu. Seramai 15 orang pelajar akan mengambil
bahagian dalam aktiviti yang dipertandingkan. Sehubungan dengan itu, guru pelatih
yang terlibat akan berpeluang untuk meningkatkan ilmu pengetahuan tentang
permainan tradisional dan meningkatkan kemahiran dalam aktiviti permainan
tradisional. Tambahan pula, aktiviti-aktiviti permainan tradisional itu juga dapat
memberikan pengalaman yang bermakna kepada para guru pelatih untuk
mengaplikasikannya dalam aktiviti kokurikulum di sekolah kelak.
2.0 PENGANJUR
Pelajar Unit W5 IPG Kampus Ipoh.
4
3.0 MAKLUMAT PERTANDINGAN
3.1 MATLAMAT
Permainan tradisional yang akan diadakan dapat meningkatkan
kemahiran sosial antara guru pelatih dengan pihak sekolah. Selain itu, ia
dapat meningkatkan semangat kerjasama, bertolak ansur dan saling tolong
menolong dalam kalangan guru pelatih. Di samping itu, ia dapat
mendedahkan pengalaman baharu kepada guru-guru pelatih mengenai ilmu
pengurusan serta pentadbiran sesebuah pertandingan. Seterusnya dapat
menyemai sikap menghargai permainan tradisional dalam kalangan
murid-murid. Tambahan pula, meningkatkan pemikiran kritis dan kreatif
murid-murid dalam menyelesaikan masalah. Akhir sekali, meningkatkan tahap
disiplin murid-murid melalui penetapan peraturan permainan serta melahirkan
individu yang sedia menghadapi cabaran.
3.2 OBJEKTIF
3.1.1 Melahirkan dan menanamkan semangat kesukanan dalam sanubari
pelajar.
3.1.2 Guru pelatih dapat mengelola dan mengurus sesebuah pertandingan
dengan baik dan sistematik.
3.1.3 Meningkatkan hubungan interpersonal antara guru pelatih dengan
pihak-pihak tertentu yang terlibat semasa pengelolaan Permainan
Tradisional.
3.1.4 Mendedahkan mengenai permainan tradisional dalam kalangan
murid-murid di Sekolah.
3.1.5 Mengeratkan silaturahim, hubungan kekeluargaan, dan nilai insaniah
antara pelajar.
3.1.6 Menggalakkan murid-murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti
kesukanan yang memberikan impak positif kepada kesihatan serta
kecergasan fizikal dan mental.
5
3.1.7 Memastikan pelajar mampu bersaing dan meningkatkan potensi dalam
bidang kokurikulum bukan sahaja akademik.
3.3 RASIONAL
3.2.1 Pertandingan permainan tradisional ini dapat memberi pendedahan,
pengetahuan dan pengalaman mengenai perancangan, persediaan
dan pengelolaan sesuatu pertandingan.
3.2.2 Semangat kesukanan, nilai bekerjasama, dan nilai insaniah, nilai
toleransi dan dapat dipupuk yang bakal dipupuk dalam kalangan
semua peserta dan ahli jawatankuasa.
3.2.3 Bagi insan, kecergasan dan kecerdasan adalah aspek yang
memainkan peranan yang penting bagi menyediakan pelajar yang
proaktif. Pelajar yang mantap dari segi rohani, jasmani, emosi dan
sosial dapat dilahirkan.
3.2.4 Karnival ini juga suatu usaha untuk menghargai dan menyemai kembali
rasa cinta terhadap permainan tradisional yang dianggap sebagai
warisan budaya di kalangan masyarakat Malaysia.
3.2.5 Membentuk pelajar yang berdikari dan mampu menyesuaikan diri
mengikut situasi.
3.2.6 Menyemai nilai kebudayaan yang tinggi dalam diri pelajar bagi
memastikan golongan remaja akan mengekalkan dan menghargai
budaya dan tradisi mereka pada masa depan.
3.4 NAMA PERTANDINGAN
Karnival Permainan Tradisional 2021
6
3.5 TEMA
Pengaplikasian dasar “Towards Sporting Nation’ sebagai tema
pertandingan bagi menyokong matlamat negara untuk menjadikan riadah
sebagai sebuah matlamat nasional bagi melahirkan ‘Keluarga Malaysia’ yang
kekal sihat, aktif dan cergas. Perkara ini dapat menggalakkan pelajar untuk
lebih aktif dalam bidang kokurikulum di bawah strategi Sukan untuk Semua
dan Sukan Untuk Kecemerlangan.
3.6 KETETAPAN PERTANDINGAN
Program ini akan dilaksanakan pada ketetapan berikut:
Tarikh : 24 November 2021
Hari : Rabu
Masa : 10.30 pagi - 12.30 tengah hari
Tempat : Perkarangan Pulako, IPG Kampus Ipoh
3.7 KUMPULAN SASARAN
Semua pelajar Unit W5, IPG Kampus Ipoh
7
3.8 CADANGAN PERMAINAN
3.8.1 KETINTING
1. Sejarah/Asal usul
Ketinting adalah satu permainan tradisional yang selalu dimainkan oleh
kanak-kanak. Kebiasaannya permainan ini lebih digemari oleh kanak-kanak
perempuan berbanding lelaki. Ini kerana permaianan ini tidak lasak dan
hanya menggunakan kaedah lompatan satu kaki dan dua kaki. Permainan ini
hanya memerlukan pemerhatian di gelanggang yang kecil sahaja. Ketinting
hanya dimainkan oleh sekumpulan kanak-kanak yang terdiri daripada dua
hingga empa orang sahaja. Sekiranya lebih, ia akan mendatangkan
kesukaran bagi setiap pemain kerana ianya hanya dimainkan di kawasan
yang kecil sahaja.
2. Peralatan Diperlukan
● Gelanggang → Di kawasan kampung, gelanggang dibuat hanya
dengan menggoreskannya di atas tanah sahaja. Di kawasan
perumahan pula, kapur digunakan untuk melukis di atas jalan tar.
● Gundu (buah teng-teng) → Gundu mestilah berbentuk leper dan
anggaran saiz bagi gundu adalah sebesar duit 50 sen.
3. Cara Bermain
- Sebelum memulakan permainan, pemain haruslah melakukan undian
untuk mengetahui pemain mana yang harus memulakan permainan
dahulu.
- Bagi memulakan permainan, pemain hendaklah mencampakkan gundu
ke dalam petak pertama dengan membelakangkan petak. Jika gundu
tidak masuk ke dalam petak yang ditentukan atau terkeluar, ia
dianggap mati. Pemain lain mengambil giliran pula.
8
- Pemain dikehendaki melompat ke dalam kesemua petak dengan
sebelah kaki, kecuali di petak sembilan dengan kedua belah kaki.
Seandainya pemain terpijak garisan ia dianggap mati dan giliran
pemain lain mengambil alih.
- Setelah pemain melompat kembali ke garisan permulaan, setibanya di
petak kedua dan keempat, pemain memijak dengan kaki kanan di
petak kedua dan kaki kiri di petak keempat. Setelah itu pemain
dikehendaki melompat ke petak ketiga pula dengan hanya sebelah
kaki dan seterusnya gundu hendaklah dikutip di petak pertama dan
terus ke garisan penamat.
- Setiap pemain tidak dibenarkan memijak petak dimana gundu berada
didalamnya, smada kepunyaan sendiri atau pihak lawan, jika ini
berlaku ia dikira mati, giliran pemain seterusnya mengambil alih
permainan.
4. Ulasan
Permainan ketinting yang dijalankan pada hari tersebut berjalan
dengan lancar. Semua peserta didapati menikmati permainan tersebut dan
bermain dengan seronok. Akan tetapi, terdapat beberapa kekeliruan terjadi
sebelum permainan tersebut dimulakan. Setiap peserta menyatakan
pendapat mereka yang berbeza-beza mengenai cara permainan ketinting ini
harus dijalankan. Oleh itu, terdapat beberapa waktu di mana permainan harus
diberhentikan seketika untuk membincangkan cara bermain.
Pada pendapat saya, aktiviti ini boleh diperbaiki lagi di mana pihak
penganjur bersama ahli-ahlinya berbincang dengan lebih teliti mengenai
peraturan permainan dan bagaimana cara untuk bermain dengan betul. Ini
kerana terdapat beberapa info yang mengatakan bahawa permainan ketinting
terdapat banyak versi yang berbeza mengikut setiap negeri. Selain daripada
itu, pihak penganjur boleh menunjukkan demo yang lengkap terlebih dahulu
kepada para peserta sebelum permaina dimulakan.
9
3.8.2 BALING SELIPAR / TUJU SELIPAR
1. Sejarah/ Asal-usul
Asal-usul permainan ini tidak dapat dipastikan kerana telah sedia
dimainkan di Negara ini sejak dahulu lagi. Namun begitu permainan ini terus
berkembang ke seluruh Tanah Melayu dan dimainkan oleh pelbagai kaum
dan jantina. Kanak-kanak perempuan dan lelaki sering bermain permainan ini
bersama. Ia merupakan sebuah permainan yang menarik dan memerlukan
semangat sepasukan yang tinggi. Permainan tuju selipar ini sering dilakukan
di tempat rata yang mempunyai tanah yang rata bagi memudahkan pemain
untuk berlari dan mengejar sesama mereka. Lebih lucu lagi, kanak-kanak
akan bermain tuju selipar di masjid ataupun surau ketika jemaah sedang solat
kerana mereka menggunakan selipar jemaah itu sendiri dalam permainan ini.
2. Peralatan Diperlukan
● Kawasan lapang: Di kawasan kampung atau perumahan, padang atau
gelanggang futsal dan sebagainya.
● Selipar: Tiga buah selipar digunakan untuk mendirikan seolah-olah
‘kubu’ oleh pasukan ‘defense’ dan selipar lain digunakan untuk
mengejar kumpulan pasukan ‘defense’.
3. Cara bermain
1) Pemain pertama daripada kumpulan utama memulakan permainan
dengan cara membaling selipar kearah selipar yang telah disusun.
2) Setiap pemain boleh membuat lontaran sebanyak tiga kali untuk
menjatuh selipar yang telah disusun.
3) Jika lontaran yang dilakukan tidak terkena pada sasaran, giliran pihak
lawan pula mengambil alih untuk melakukan lontaran seterusnya.
4) Jika selipar berjaya dijatuhkan, maka pemain kumpulan utama
berusaha mematikan lawannya dengan membuat balingan selipar dan
disasarkan pada pihak lawan.
10
5) Kemenangan dikira berdasarkan jika pihak lawan dapat menyusun
semula selipar-selipar tersebut menjadi tiga segi dan melangkah
susunan tersebut.
4. Pemarkahan
Permainan ini biasanya seperti pusingan kalah mati. Kumpulan
‘defense’ yang berjaya menyusun tuju selipar dahulu sebelum dikejar oleh
kumpulan ‘chaser’ dikira kemenangan buat kumpulan ‘defense’. Sekiranya
kumpulan ‘chaser’ berjaya menyingkirkan semua ahli kumpulan ‘defense’
sebelum mereka berjaya membuat kubu selipar, kumpulan itu dikira menang.
5. Ulasan
Kumpulan penganjur memakan masa selama 10 minit untuk
menerangkan peraturan tuju selipar ini kerana banyak kekeliruan dan
pertanyaan yang dianjurkan oleh pemain. Menurut mereka, terdapat banyak
versi lain permainan ini mengikut negeri masing-masing. Semasa pihak
penganjur menerangkan peraturan dan cara bermain, semua pemain
mengambil cakna dengan teliti. Walaupun terdapat beberapa kekeliruan
sebelum permainan ini berlangsung, semua pemain bersungguh-sungguh
bermain tuju selipar bersama-sama. Hasilnya, semua orang dapat berseronok
dengan permainan tradisional ini.
Tambahan pula, semasa penganjuran aktiviti ini, kami telah mendapati
beberapa kekurangan iaitu kekangan masa dan cuaca merupakan dua faktor
yang menghalang para peserta daripada menikmati permainan ini secara
total. Hal ini dapat dijelaskan lagi seperti keadaan masa yang agak lewat
serta cuaca yang sangat panas pada hari berlangsungnya acara ini. Justeru,
sebagai saranan penambahbaikan, kami mencadangkan supaya permainan
ini dimainkan di awal pagi begitu juga di tempat yang teduh untuk
merancakkan lagi persaingan dan keseronokan yang dialami oleh para
peserta.
11
3.8.3 GALAH PANJANG
1. Sejarah/Asal usul
Asal usul permainan ini sukar untuk diketahui dan siapakah yang
mencipta permainan ini. Ini disebabkan permainan galah panjang ini telah
bermula seawal tahun 1960-an dan terus berkembang ke serata Tanah
Melayu. Permainan ini bukan sahaja dimainkan di Tanah Melayu tetapi juga
di negara-negara lain seperti, Brunei Singapura dan Thailand. Namun begitu,
nama dan corak permainan telah berubah mengikut masyarakat setempat.
2. Peralatan diperlukan
● Tepung untuk garisan gelanggang
● Wisel
● Kawasan tanah yang rata dan lapang
3. Cara bermain
● Gelanggang galah panjang di lakar diatas tanah yang lapang. Panjang
dan lebar bergantung kepada pelukis garisan dan bilangan pemai.
Satu petak galah panjang berukuran lebih kurang 2 meter x 1.5 meter.
● Selepas penentuan, kumpulan yang menjaga gelanggang akan
menjaga gelanggang dengan berpijak di atas garisan yang dilukis tadi.
Ketua akan menjaga garisan tengah dan bebas pergi kemana-mana
garisan depan atau belakang.
● Kumpulan menempuh gelanggang akan berkumpul di depan,
seterusnya ketua akan menyapakan tangannya dengan ketua pihak
lawan. Seterusnya mereka berlari masuk ke dalam gelanggang.
● Kemenangan tercapai apabila orang yang telah melepasi garisan
paling akhir melepasi garisan permulaan. Dan permainan diteruskan
sehingga ada pemain yang ingin berhenti.
12
4. Pemarkahan
5. Ulasan
Permainan ini telah diadakan pada 24 November bagi pelajar W5.
Semua pelajar telah memberi kerjasama yang amat memuaskan. Namun
begitu, segelintir pelajar tidak dapat memahami cara permainan galah
panjang pada mulanya. Mereka telah mengemukakan beberapa soalan bagi
kefahaman mereka.
Selain itu, ahli kumpulan yang mengendalikan permainan ini telah
menunjukkan demonstrasi cara permainan galah panjang. Dengan itu, para
pelajar telah memahami cara permainan dan terus mulakan permainan. oleh
sebab kesuntukkan masa, format permainan telah ditukarkan kepada format
kalah mati.
Seterusnya, antara kekuatan yang dapat dilihat dalam permainan
galah panjang ini ialah pelajar terhibur dan berasa seronok ketika bermain.
Pelajar akan berasa seronok kerana mereka dapat belajar cara permainan
permainan ini dan mereka juga dapat rasa bebas kerana mereka mungkin
sudah jemu untuk belajar di dalam kelas sahaja. Selain itu, kekuatan yang
lain yang dapat dilihat adalah pelajar berkerjasama untuk melepasi halangan
dan juga menghalang penyerang untuk melepasi kawasan jagaan mereka.
13
Selain itu, kelemahan yang dikesan ialah garisan permainan merupakan
garisan asal tempat letak kereta. Pelajar juga sering terkeluar kerana mereka
tidak perasan garisan tersebut dengan jelas. Tapak gelanggang juga tidak
begitu selamat kerana terdapat kemungkinan yang besar untuk pelajar
tercedera semasa bermain.
Antara penambahbaikan yang boleh dilakukan ialah, permainan ini
perlu diadakan di kawasan yang terbuka dan teduh seperti awal pagi.
Penambahbaikan yang seterusnya ialah juri pemantau perlu membuat
garisan baru dan berlainan warna dari garisan sedia ada.sekiranya ingin
memulakan permainan yang baru. Secara keseluruhannya permainan galah
panjang ini menarik dan seronok juga disamping boleh bertukar-tukar
pendapat dengan kenalan baru. Diharapkan agar permainan tradisional ini
tidak luput ditelan zaman.
14
3.8.4 BATU SEREMBAN
1. Sejarah/Asal usul
Batu seremban mempunyai nama yang lain iaitu ‘selambut’ dan juga
‘serembat’. Sebutan ‘selambut’ kebanyakannya digunakan di utara dan timur
Semenanjung Malaysia. Pada zaman dahulu, permainan ini sering kali
dimainkan di serambi rumah, dan di dalam rumah, ataupun mana-mana
permukaan rata. Terdapat banyak jenis buah atau batu yang digunakan,
antaranya biji getah, guli kaca, batu kerikil, ataupun kain yang dijahit dan diisi
dengan biji saga.
2. Peralatan diperlukan
● 5 biji buah
● Tempat yang rata
3. Cara bermain
● Dalam versi ini, terdapat lima peringkat yang digelarkan Buah Satu,
Buah Dua, dan seterusnya.
● Setelah mencapai lima peringkat, pemain haruslah menimbang untuk
mendapatkan mata
● Setiap buah yang ditangkap akan memberikan 2 mata kepada pemain
sekiranya ditangkap dari atas dan 1 mata sekiranya ditangkap dari
bawah.
● Pemain akan terus bermain sekiranya dia tidak gagal pada
mana-mana peringkat
● Sekiranya gagal pada peringkat tertentu, pemain perlu memulakan
semula pada peringkat tersebut setelah tiba gilirannya semula.
● Pemain dengan mata tertinggi selepas lima peringkat dilalui sebanyak
lima kali, memenangi pertandingan.
15
4. Pemarkahan
Pemain Pusingan 1 Pusingan 2 Pusingan 3 Pusingan Akhir
X
Y
Z
A
B
5. Ulasan
Batu seremban merupakan satu permainan yang sangat terkenal di
Malaysia terutamanya dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia. Permainan
batu seremban yang dijalankan pada hari kejadian didapati membawa
kekeliruan semua peserta apabila terdapat banyak versi bermain batu
seremban. Berikutan juga dengan masa yang singkat, pihak penganjur
terpaksa menggunakan versi yang paling sesuai terhadap kedua-dua peserta
yang bertanding. Sebelum memulakan permainan, kedua-dua peserta
dibenarkan untuk menanyakan soalan kepada pihak penganjur agar tiada
kemusykilan akan berlaku.
Kedua-dua peserta yang bertanding didapati sangat cekap di
dalam pertandingan ini dan berjaya menunjukkan satu perlawanan yang
sengit. Kekurangan yang didapati di dalam pertandingan ini ialah pemilihan
batu yang kurang sesuai oleh pihak penganjur iaitu kecil dan kotor.
Pengurusan yang kurang baik oleh pihak penganjur turut harus diberikan
perhatian.
16
3.8.5 TIKAM GULI
1. Sejarah / Asal Usul
Permainan guli adalah permainan tradisional melayu yang digemari
oleh kanak-kanak pada masa lapang terutamanya pada zaman dahulu.
Permainan guli ini juga dikenali sebagai Kelereng. Permainan guli ini
dimainkan secara melontarkan guli dengan tepat mengenai sasarannya.
Permainan ini biasanya dimainkan oleh kanak-kanak terutamanya
kanak-kanak lelaki yang berumur antara tujuh hingga dua belas tahun.
Kawasan yang paling sesuai untuk dijadikan gelanggang adalah di tempat
yang teduh, tanah rata dan kawasan yang lapang.
Pada zaman dahulu, potongan-potongan kayu dibulatkan sebesar
sebiji telur ayam untuk dijadikan sebuah guli. Selepas Perang Dunia Pertama,
guli dibuat dari bahan kapur yang dicampurkan dengan simen. Ia sebesar ibu
jari kaki. Sekarang, guli diperbuat dari bahan-bahan kaca dengan ukuran
yang pelbagai saiz, dari ukuran jari kaki kelingking hingga ibu jari kaki.
2. Peralatan
● Guli
3. Cara Bermain
1) Sebuah lubang induk perlu dilukis diatas tanah dengan diameter 1
meter.
2) Dengan jarak 2 meter daripada lubang induk, setiap pemain perlulah
meleretkan biji guli masuk ke dalam lubang induk ataupun lubang
utama.
17
3) Guli yang telah masuk ke dalam lubang induk atau yang paling hampir
adalah dikira sebagai pemain yang pertama yang memulakan
permainan dan diikuti oleh guli-guli kedua hampir dan seterusnya.
4) Pemain pertama akan menjentik gulinya kepada semua guli yang
berada di dalam kawasan bulatan agar terkeluar dari bulatan tersebut.
5) Setiap satu guli yang berjaya dikeluarkan daripada lubang induk oleh
pemain adalah dikira satu mata.
6) Setiap pemain diberikan satu percubaan pada setiap pusingan.
7) Pemain yang berjaya memungut mata tertinggi adalah dikira
pemenang.
4. Pemarkahan NAMA SKOR PUSINGAN SKOR PUSINGAN
KUMPULAN: Jumlah: PERTAMA KEDUA
PEMAIN
1
2
3
4
5
KUMPULAN:
PEMAIN NAMA SKOR PUSINGAN SKOR PUSINGAN
Jumlah: PERTAMA KEDUA
1
2
3
4
5
18
5. Ulasan
Tikam Guli merupakan suatu permainan yang digemari dan dimain
oleh orang ramai semasa kanak-kanak. Ia juga merupakan suatu permainan
yang mementingkan fokus dan kemahiran strategi seseorang. Peserta perlu
mencabar kemahiran fokus mereka untuk bermain dan memenangi
permainan ini. Selain daripada meluangkan masa, peserta juga dapat
meningkatkan kemahiran strategi mereka untuk bermain permainan ini. Bagi
aspek penambahbaikkan, stesen permainan berlebihan dan bilangan guli
perlu ditambah. Ini adalah bagi memberi peluang kepada semua peserta
untuk bermain aktiviti ini. Juga, kumpulan peserta perlu dibahagi sebelum
bermula pertandingan mengikut stesen masing-masing.
19
3.8.6 TATING LAWI
1. Sejarah
Permainan Sepak Bulu Ayam merupakan antara permainan tradisional
yang dimainkan di Malaysia. Ia juga dikenali sebagai sebuyam, lawi ayam dan
chapteh. Ada pendapat menyatakan permainan ini berasal dari China dan
namanya dikenali sebagai chien tsu. Masyarakat Malaysia telah
mengasimilasikan permainan ini dan menamakannya chapteh atau sepak
bulu ayam. Menyingkap kembali sejarah permainan sepak bulu ayam ini,
tiada tarikh khusus yang menyatakan bila permainan ini mula bertapak di
negara ini namun daripada sejarah lisan dan kajian golongan pencinta seni
budaya, permainan ini telah wujud di negara ini sejak sekian lama dahulu. Di
beberapa daerah di negeri Johor umpamanya, permainan ini dikenali dengan
nama ‘sepak yem’ dan sangat digemari kanak-kanak lelaki sejak di bangku
sekolah lagi.
2. Peralatan
● Lawi Ayam
● Gelung rotan
● Marker
3. Cara bermain
1) Murid dalam kumpulan kecil.
2) Undian dibuat untuk menentukan kumpulan yang akan memulakan
permainan.
3) Kumpulan yang dipilih untuk memulakan permainan akan mula
menimang manakala kumpulan lain akan menjadi pengira.
4) Setiap pemain hanya diberikan peluang untuk menimang sebanyak
tiga kali berturut-turut sebelum menghantar kepada rakan sepasukan
yang seterusnya.
20
5) Pemain dibenarkan untuk menggunakan semua anggota badan kecuali
tangan.
6) Permainan dijalankan sebanyak 3 pusingan (3 kali jatuhan) dan
seterusnya tukar peranan.
7) Kumpulan yang membuat timangan terbanyak dikira sebagai
pemenang.
4. Tips Keselamatan:
● Pastikan lawi ayam selamat untuk digunakan.
● Pastikan kawasan permainan selamat.
5. Pemarkahan
KUMPULAN:
PEMAIN SKOR SKOR
PUSINGAN PUSINGAN
NAMA PERTAMA
KEDUA
1
2
3
4
5
Jumlah:
21
KUMPULAN: SKOR SKOR
PEMAIN PUSINGAN PUSINGAN
PERTAMA
NAMA KEDUA
1
2
3
4
5
Jumlah:
6. Ulasan
Tating Lawi juga dikenali sebagai ‘chapteh’, dimain menggunakan kaki.
Aspek menarik permainan ini adalah ia merupakan suatu permainan yang
dimainkan secara berpasukan dan berkumpulan. Aktiviti ini dapat memupuk
semangat kerjasama dan setia kawan di kalangan para peserta serta
mengeratkan hubungan silaturahim sesama mereka. Semua peserta dapat
bermain dengan gembira dan mereka memberi motivasi antara satu sama
lain sehingga berakhirnya aktiviti. Bagi aspek penambahbaikan, peserta perlu
dibahagi kepada kumpulan yang lebih kecil supaya semua orang dapat
bermain permainan tersebut.
22
4.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA
4.1 AJK INDUK
Penaung : Dr. Yahya Bin Osman
Pensyarah Kanan : Shahaliza Binti Halim
Ketua Unit Kokurikulum : Dr. Mohd Hafidz Bin Osman
Penyelaras Kursus : Encik Krishna Kumar a/l Varatharaj
Wakil Subjek : Indrajit a/l Mohan
4.2 AJK PELAKSANA
Guru Penasihat :Encik Krishna Kumar a/l Varatharaj
Ketua Unit :Izzairul Aiman Bin Ibrahim
Pen. Ketua Unit :An Nur Nabihah Binti Zuraidi
Setiausaha :Mitrhashinii a/p Perumal
Bendahari :Nurul Sharaudah Binti Mohd Zani
4.3 AJK PERMAINAN
1. Kumpulan Sukan dan Permainan:
1) Abdul Muhaimin Bin Akmal
2) Izzairul Aiman Bin Ibrahim
3) Loghavathana a/p Raja
4) Nurin ‘Ain Najah Binti Mohd Zairi
5) Nurul Sharaudah Binti Mohd Zani
23
2. Kumpulan Kelab dan Persatuan:
1) Ilamathy a/p Nallamuthu
2) Indrajit a/l Mohan
3) Muhammad Syakir Asyraaf Bin Mohd Sukri
4) Nur Suhadah Binti Jainuddin
5) Nurul Izzah Binti Rosli
3. Kumpulan Unit Beruniform:
1) An Nur Nabihah Binti Zuraidi
2) Asmaniza Binti Ismail
3) Mitrhashinii a/p Perumal
4) Najwa Binti Abdul Aziz
5) Tevathaaranhi a/p Sasikumar
5.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
Bil. Perkara Jumlah
Kumpulan Sukan dan Permainan:
1. Tiada RM0
Kumpulan Kelab dan Persatuan:
1. Tiada RM0
Kumpulan Unit Beruniform:
1. Bulu Ayam / Chapteh RM3.50 x 2 = RM7.00
2. Guli RM4.50
Jumlah RM11.50
24
6.0 ALATAN DAN KEMUDAHAN Jumlah
Bil. Perkara 5 biji
1 Kumpulan Sukan dan Permainan: 1 paket
- Batu-batu yang bersaiz kecil (batu seremban) 3 buah
- Tepung (gelanggang galah panjang) 6 pasang
2 Kumpulan Kelab dan Persatuan 1 paket
- Tape (gelanggang ketinting) 2 buah
- Selipar pemain (tuju selipar)
3 Kumpulan Unit Beruniform
- Guli
- Chapteh
7.0 PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG
Peraturan Permainan Ketinting
● Semasa bermain, ceper tidak boleh jatuh di luar petak, di atas garisan
mana-mana petak.
● Tangan dan kaki pemain tidak boleh terpijak garisan petak semasa melompat
ataupun ketika mengambil semula ceper mereka.
● Seorang pemain diberikan 3 peluang sahaja.
25
Peraturan Permainan Baling Selipar / Tuju Selipar
● Had anggota badan yang boleh dibaling dengan selipar adalah di bawah
paras kepala. Jika dengan sengaja membuat balingan kearah kepala,
pengadil berhak mendenda pihak yang membaling dari segi mata
perlawanan.
● Sebarang cara bermain yang mendatangkan kecederaan seperti “Body
contact” atau lawan badan adalah tidak dibenarkan sama sekali.
Peraturan Permainan Galah Panjang
● Jika ketua kumpulan penyerang disentuh oleh mana-mana ahli kumpulan
pertahanan, maka keseluruhan kumpulan dikira mati. Walau bagaimanapun,
permainan akan diteruskan sehingga tamat masa.
● Mana-mana ahli daripada kumpulan penyerang atau pertahanan keluar
daripada kawasan permainan masing-masing, permainan akan diberhentikan
dan diberikan demerit.
● Masa perlawanan ada 5-1-5.
● Setelah tamat 5 minit pertama tamat, wisel akan dibunyikan dan kumpulan
pertahanan pula akan mengambil giliran sebagai penyerang dan sebaliknya.
● Permainan ini hanya 5 orang pemain sahaja. 4 orang pemain utama dan 1
orang pemain simpanan.
Peraturan Permainan Batu Seremban
Permainan akan berpindah kepada pihak lawan jika;
● Pemain tidak dapat menyambut buah yang dilambung.
● Ketika memungut buah di lantai, tersentuh buah lain atau buah-buah yang
terhimpit bergerak.
● Pemain terlupa tahap dia berada ketika menyambung semula permainan.
26
● Melakukan perkara yang di luar permainan, pemain akan dibuang
gelanggang. Pemain tidak dibenarkan bercakap, memberi atau menerima
sebarang isyarat daripada rakan.
Peraturan Permainan Tikam Guli
● Kedua-dua kaki tidak boleh melepasi garisan penanda untuk menikam.
● Kedua-dua kaki tidak boleh diangkat dan melangkah ke hadapan ketika
membuat tikaman.
● Tikaman hanya boleh menggunakan “striker” yang telah disediakan
● Kedudukan tikaman hanya boleh pada kedudukan berdiri.
Peraturan Permainan Tating Lawi
● Setiap pasukan diberi masa selama 5 minit maksimum untuk membuat
timbangan bola atau 3 kali peluang bola jatuh ke tanah yang mana lebih
dahulu.
● Pasukan atau individu yang menimbang paling banyak atau mata tertinggi
akan diisytiharkan sebagai pemenang.
● Penganjur berhak meminda waktu pertandingan jika melibatkan
keselamatandan keselesaan peserta.
● Penganjur berhak memindah tempat atau menambah syarat dan peraturan
pertandingan sekiranya perlu.
7.1 PERATURAN PEMAKAIAN
1. Semua peserta perlu memakai baju sukan rasmi yang sesuai.
2. Bertudung hitam bagi murid beragama Islam.
3. Mengikat rambut dengan kemas bagi murid bukan beragama Islam.
4. Memakai tracksuit hitam atau biru gelap.
5. Memakai kasut sukan serta stokin berwarna hitam.
27
8.0 JADUAL TENTATIF PENGELOLAAN
MASA AKTIVITI
8.00 pagi - 8.45 ● Berkumpul
pagi ● Taklimat dan permainan guli
● Taklimat dan permainan tating lawi
8.45 pagi - 9.30 ● Taklimat dan permainan ting ting
pagi ● Taklimat dan permainan tuju selipar
9.30 pagi - 10.15 ● Taklimat dan permainan batu seremban
pagi ● Taklimat dan permainan galah panjang
10.30 pagi ● Bersurai
8.0 ANDAIAN KEKANGAN
9.1 Terdapat peserta yang menarik diri atas faktor tertentu seperti
kesihatan.
9.2 Masalah cuaca buruk seperti hujan sepanjang tempoh pertandingan
dijalankan.
9.3 Terdapat pelajar yang cedera semasa menjalankan aktiviti.
9.4 Tempat digunakan oleh orang lain yang bukan peserta.
28
9.0 REFLEKSI
Refleksi adalah bertujuan untuk menilai, memerhati serta merujuk kembali
berkenaan elemen, kemahiran dan pengalaman yang dapat diperoleh daripada
aktiviti yang dilakukan. Refleksi juga penting untuk peserta supaya dapat menilai
kembali kekuatan dan kelemahan yang ada sepanjang aktiviti supaya usaha
penambahbaikkan dapat dilakukan.
9.1 ASMANIZA BINTI ISMAIL
Pada 24 November 2021 yang lalu, kelas kami telah mengadakan satu
program Pertandingan Permainan Tradisional yang bertempat di Pulako, IPG
Kampus Ipoh. Berdasarkan aktiviti yang disertai, dapat disimpulkan bahawa, aktiviti
yang dijalankan amatlah bermanfaat dan merupakan pengalaman bermakna kepada
saya dan rakan-rakan guru pelatih yang terlibat. Hal ini kerana, kami berpeluang
untuk menambahkan ilmu pengetahuan tentang permainan tradisional/kanak-kanak
ini. Peluang yang diberikan sangatlah berharga kerana, kebanyakan kanak-kanak
pada masa ini tidak lagi mempraktikkan permainan tradisional kerana terlalu
terpengaruh dengan budaya luar yang menyebabkan warisan permainan-permainan
tradisional ini kian dilupakan. Kemahiran dan pengalaman yang ditimba juga yang
mengeratkan lagi hubungan sesama warga kelas dan memupuk jiwa kami sebagai
guru-guru pelatih untuk lebih menghargai warisan yang bermakna ini.
Walaupun program ini berjalan dengan lancar, terdapat juga beberapa
kekangan seperti masa yang agak tidak mencukupi dan kekurangan peralatan
permainan yang menyebabkan para pemain hanya mempunyai peluang yang terhad
untuk bermain dan permainan terpaksa dijalankan dalam bentuk kumpulan. Oleh itu,
diharapkan bahawa aktiviti permainan tradisional ini akan dapat diadakan lagi pada
masa akan datang dengan perancangan yang lebih terperinci dan menyeluruh
supaya setiap pelajar yang terlibat akan dapat mempelajari dengan lebih mendalam
lagi tentang permainan-permainan tradisional dengan cara yang lebih adil dan
saksama. Secara keseluruhannya, dapat dilihat dengan jelas bahawa kesemua guru
pelatih yang terlibat telah memperoleh satu bentuk pengalaman yang dapat
29
diadaptasikan di sekolah pada masa akan datang dalam proses mendidik
murid-murid melalui aktiviti kokurikulum yang diadakan.
9.2 NURUL SHARAUDAH BINTI MOHD ZANI
Pada hari Selasa bersamaan 24 November 2021, saya dan rakan pasukan
Kelab Permainan telah mengendalikan dua jenis permainan tradisional. Acara
tersebut telah diadakan di Pusat Latihan Kokurikulum IPG Kampus Ipoh pada pukul
10.30 pagi sehingga 12.30 tengahari sebagai sebuah aktiviti kursus. Oleh yang
demikian, permainan tradisional yang telah dipilih adalah galah panjang dan batu
seremban. Terdapat beberapa kelebihan dan juga kelemahan yang dapat dikenal
pasti berdasarkan penganjuran aktiviti tersebut.
Pertama, saya berjaya menambah baik kemahiran berkomunikasi dan
meningkat keyakinan diri setelah aktiviti tersebut. Hal ini adalah kerana saya
dikehendaki untuk mengelola bahagian galah panjang dengan menerangkan
langkah-langkah serta peraturan permainan kepada para peserta. Saya perlu
menggunakan kaedah komunikasi yang berkesan bagi memastikan setiap peserta
menumpukan sepenuh perhatian dan minat mereka. Seterusnya, saya juga
mendapati bahawa semangat kesukanan dalam diri berjaya ditingkatkan menerusi
berbagai-bagai permainan yang dilakukan. Sewaktu menyediakan poster, saya
banyak membaca artikel mengenai permainan tradisional yang banyak memberikan
kesan positif kepada semangat kesukanan saya.
Selanjutnya, terdapat beberapa kelemahan yang dapat saya konklusikan
sepanjang tempoh pengelolaan. Perihal yang dominan yang perlu diperbaiki adalah
tempat galah panjang dilakukan. Oleh sebab aktiviti tersebut dilakukan di PULAKO,
kami terpaksa menggunakan gandum bagi melukis garisan kotak yang sangat kecil
Hasilnya, para peserta tidak dapat bermain dengan selesa kerana ruang yang terhad
dan perlu dibersihkan setelah waktu permainan tamat. Saya berharap permainan
30
akan datang dapat dilakukan di gelanggang sukan dengan garisan yang lebih jelas
dan ruang yang lebih besar.
Oleh itu, jelaslah bahawa terdapat pelbagai hasil positif dan juga negatif
daripada pengelolaan permainan tradisional galah panjang dan batu seremban.
9.3 NURUL IZZAH BINTI ROSLI
Sepanjang menyiapkan tugasan kertas kerja yang diamanahkan kepada unit
W5, banyak yang saya telah pelajari daripada tunjuk ajar rakan-rakan saya. Mereka
banyak membantu dalam menjayakan penghasilan kertas kerja ini. Pada peringkat
awal, wakil subjek MPU3031, iaitu Indrajit Mohan telah memberi tahu tentang projek
ini di dalam ruang sembang kelas kami menerusi aplikasi WhatsApp. Setelah notis
itu dihantar, kami berbincang tentang bagaimana untuk membahagikan tugas-tugas
yang sedia ada. Usai berbincang, kami memutuskan untuk menggunakan kerangka
ataupun draf kerja kursus salah seorang daripada unit W5 iaitu Sharaudah yang
telah membuat kertas kerja pertandingan bola jaring. Kami mengolah isi kandungan
kerja kursusnya dan mencapai kata sepakat bahawa setiap kumpulan yang telah
tersedia di dalam kelas ini mengikuti apa yang telah dibahagikan. Secara
keseluruhannya, terdapat 3 buah kumpulan yang terdiri daripada 5 orang ahli.
Sungguhpun kami perlu membuat penulisan secara berasingan, namun interaksi
antara rakan lain tidak terkecuali sebagai contoh, kumpulan Logha perlu menyiapkan
bahagian peraturan permainan maka kami semua perlu menghantar peraturan
setiap permainan kepadanya. Sifat kerjasama ternyata wujud semasa proses
penjayaan kertas kerja ini.
Menurut pembahagian yang telah ditetapkan, kumpulan saya yang terdiri
daripada Indrajit, Mohd Syakir, Ilamathy, Suhada dan saya, Izzah perlu mengolah
bahagian Ahli Jawatankuasa sehingga Pendapatan dan Perbelanjaan. Syakir telah
menawarkan dirinya untuk menyiapkan bahagian kertas kerja itu memandangkan
saya dan juga Suhada telah menyiapkan tugasan penulisan bagi dua permainan
31
tradisional yang dijalankan oleh kumpulan saya iaitu permainan ketinting dan baling
selipar. Ilamathy ditugaskan untuk memberi info tambahan kepada kami dan
membetulkan kesilapan yang ada di dalam setiap penulisan kami manakala Indrajit
bertanggungjawab untuk menyiapkan ‘flipbook’. Akan tetapi, masalah penyampaian
maklumat masih lagi berlaku antara kalangan unit W5. Hal ini mungkin disebabkan
interaksi maya yang tak begitu efisien dan berkesan dalam pembahagian tugas.
Masalah ini boleh diselesaikan dengan wakil subjek membuat satu mesyuarat
melalui ‘google meeting’ agar maklumat boleh disampaikan dengan lebih tepat.
Selebihnya, saya berpendapat bahawa rakan lain telah berjaya memberi kerjasama
dan bantuan yang jitu sepanjang penulisan kertas kerja.
9.4 MITRHASHINII A/P PERUMAL
Saya amat bersyukur kepada Tuhan kerana dengan nikmat dan kurniannya,
kami warga W5 dapat melaksanakan Karnival Permainan Tradisional tahun 2021
dengan meriah. Tugasan kami bagi subjek Pengurusan Kokurikulum pada semester
ini adalah untuk merancang, menjalankan dan mengelolakan suatu aktiviti
Permainan Tradisional. Dengan kerjasama rakan sekelas, karnival ini berlangsung
secara lancar dan berjaya melaksanakan karnival ini tanpa apa jua kekangan. Saya
ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. Krishna Kumar kerana
membimbing kami dengan memberi pelbagai idea dan bantuan bagi mengelolakan
aktiviti ini.
Dalam mesyuarat pertama, beliau telah mengagihkan kami kepada tiga
kumpulan yang berbeza dan juga menerangkan tugasan kami secara terperinci.
Satu kumpulan ditugaskan untuk mengadakan dua permainan untuk karnival
tersebut. Setiap kumpulan ditugaskan untuk menyediakan poster permainan juga.
Seterusnya, dalam mesyuarat ahli kedua, setiap kumpulan telah merancang
permainan dan juga berbincang tentang bahan-bahan yang diperlukan untuk
permainan tersebut. Permainan yang dijalankan oleh kumpulan saya ialah tikam guli
dan tating lawi. Pada 24 November, karnival telah bermula dengan permainan tikam
32
guli. Kumpulan yang bertanggungjawab telah memulakan pertandingan dengan
mengagihkan kumpulan dan menerangkan peraturan permainan tersebut.
Pertandingan lain juga berlangsung seperti itu juga. Karnival ini telah memberi
pelbagai pengalaman yang berbeza dan pengetahuan yang lebih mendalam. Segala
pengetahuan ini kami dapat menggunakan semasa melaksanakan praktikum dan
juga sebagai seorang pendidik. Saya juga sedar bahawa sebagai seorang yang
guru, bukannya mudah untuk menganjurkan suatu pertandingan. Sebagai guru
pelatih, saya perlu menambahkan ilmu pengetahuan untuk dikongsi kepada murid
pada masa depan.
9.5 NUR SUHADAH BINTI JAINUDDIN
Daripada proses penganjuran aktiviti permainan tradisional ini, kami
mendapati bahawa terdapat beberapa aspek yang kami boleh perbaiki terutama
sekali di dalam bidang penganjuran dan pentadbiran aktiviti yang masih cetek.
Banyak yang kami peroleh daripada aktiviti ini. Peluang ini membuka mata kami
supaya lebih menghargai permainan-permainan tradisional yang merupakan
khazanah negara yang berharga. Aktiviti ini memberi kami peluang keemasan untuk
mempelajari dan bermain permainan yang pernah kami dengar namun tidak pernah
melihatnya dimainkan di hadapan mata. Kami sangat bersyukur sekurang-kurangnya
dengan adanya subjek ini pada semester ini, kami dapat memperbaiki lagi
kemahiran-kemahiran untuk menganjurkan sebarang aktiviti, tidak semestinya sukan
dan penganjuran sukan.
Aktiviti bermain permainan tradisional ini juga memberi peluang untuk kami
mengeratkan hubungan sebagai rakan sekelas. Ini adalah kerana setiap aktiviti
haruslah dijalankan secara berkumpulan. Selain daripada mengajar kami tentang
kemahiran-kemahiran untuk menganjurkan aktiviti, ia juga memberi kami satu nilai
supaya lebih menghargai semangat bekerjasama dan setia kawan. Komitmen dan
kerjasama yang diberikan oleh setiap siswa amat membantu untuk melancarkan
kesemua aktiviti tersebut hingga selesai. Setiap individu memahami tujuan aktiviti ini
33
dilaksanakan dan memberi kerjasama yang baik dan serta memainkan peranan
masing-masing.
9.6 LOGHAVATHANA A/P RAJA
Pada bulan November tahun 2021, kami saya telah menerima tugasan untuk
menyiapkan satu perancangan projek iaitu penghasilan kertas kerja untuk aktiviti
Permainan Tradisional. Saya telah berjaya menyiapkan tugasan tersebut dengan
jayanya. Maka bagi melengkapkan lagi tugasan subjek Pengurusan Kokurikulum,
saya akan menghasilkan satu penulisan refleksi bagi tugasan kertas kerja ini. Dalam
menyiapkan tugasan yang telah diberikan, pelbagai pengetahuan baru yang telah
saya ketahui. Saya juga dapat mengenalpasti kekurangan dan kelebihan yang ada
pada diri saya dalam menyiapkan tugasan ini. Dalam penulisan ini, saya akan
menjelaskan dengan lebih terperinci tentang refleksi pembuatan kertas kerja berikut.
Pada mulanya, terdapat beberapa kekangan yang saya hadapi kerana tidak
pernah membuat sebuah kertas kerja bagi sebarang aktiviti sebelum ini, oleh itu,
saya telah meminta bantuan daripada senior untuk mendapatkan contoh kertas kerja
rujukan dan beberapa sumber daripada internet juga. Selepas itu, saya telah
membuat keputusan untuk membuat kertas kerja Permainan Tradisional.
Dengan harapan yang tinggi, penganjuran Pertandingan Permainan
Tradisional ini dapat menanamkan semangat kesukanan yang luhur dalam kalangan
pelajar W5. Siswa guru yang seimbang dan holistik dalam semua bidang iaitu emosi,
rohani, jasmani, dan intelek mampu dibentuk melalui penglibatan murid dalam
kegiatan kokurikulum bagi mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Bukan itu sahaja, semangat kesukanan, perpaduan, dan nilai insaniah akan berjaya
disemai dalam kehidupan para pelajar (Syed Lamsah et. al, 2018). Oleh yang
demikian, bagi merealisasikan objektif dan memastikan kelancaran pertandingan,
segala bentuk bantuan serta sokongan daripada pelbagai pihak amat diperlukan.
Seluruh warga kelab bola jaring meletakkan harapan yang tinggi agar pertandingan
ini mendapat sambutan serta sokongan daripada pihak pentadbir dan warga W5.
34
9.7 TEVATHAARANHI A/P SASI KUMAR
Semasa melaksanakan tugasan kertas kerja berkenaan Aktiviti Permainan
Tradisional ini, saya telah menerima banyak faedah yang berguna dan baik untuk diri
saya sebagai bakal guru. Setelah membuat banyak rujukan dan perbincangan
bersama rakan-rakan, saya mula lebih mengenali serta memahami tentang cara
menghasilkan kertas kerja ini. Kursus ini dipandang penting kerana aktiviti
kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum sekolah, dan setiap murid harus
melibatkan diri. Saya telah memahami aktiviti ini boleh dijalankan di dalam dan di
luar bilik darjah, mengikut kesesuaian sesuatu aktiviti. Menurut Juliza Ezaida (2014),
kegiatan kokurikulum dapat diertikan sebagai apa-apa kegiatan yang dirancang
daripada proses pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah (kurikulum) yang
memberikan murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan
kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di bilik darjah.
Permainan Tradisional yang dianjurkan oleh kelas kami iaitu W5 telah
mendapat sambutan dan kerjasama yang memuaskan dari setiap warga W5.
Seramai 15 orang pelajar telah mengambil bahagian dalam aktiviti yang
dipertandingkan. Sehubungan dengan itu, guru pelatih yang terlibat akan berpeluang
untuk meningkatkan ilmu pengetahuan tentang permainan tradisional dan
meningkatkan kemahiran dalam aktiviti permainan tradisional. Tambahan pula,
aktiviti-aktiviti permainan tradisional itu juga dapat memberikan pengalaman yang
bermakna kepada para guru pelatih untuk mengaplikasikannya dalam aktiviti
kokurikulum di sekolah kelak. Saya bertemu dengan pelbagai rintangan tetapi saya
tetap melaksanakan tugasan saya bagi melengkapkan kertas kerja ini. Segala
kekuatan dan kelemahan yang saya tempuh telah menjadi sebagai iktibar bagi
aktiviti-aktiviti yang akan saya libat pada masa akan datang.
Akhir kata, saya berharap agar seluruh warga W5 meletakkan harapan yang
tinggi agar kertas kerja ini mendapat sambutan serta sokongan daripada pihak
35
pentadbir. Selain itu, diharapkan juga kertas kerja yang disediakan ini akan
mendapat kelulusan daripada pihak pentadbir.
9.8 ILAMATHY A/P NALLAMUTHU
Pada 24 November 2021 yang lalu, kami dari kelas W5 telah diberi tugas oleh
pensyarah kami Encik Krishna Kumar untuk menganjurkan dan mengelolakan
karnival aktiviti Permainan Tradisional 2021 bagi kursus MPU 3031, Pengurusan
Kokurikulum dengan tema ‘Towards Sporting Nation’. Bagi saya, permainan
tradisional yang kami pilih bagi karnival ini sememangnya sudah terkenal dan ada
juga rakan yang lebih berpengalaman dalam permainan -permainan tersebut. Tetapi
dalam konteks ini kepengurusan adalah tugasan utama kami. Kami telah
dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu Persatuan, Permainan dan Badan Beruniform
yang terdiri daripada 5 orang sekumpulan. Setiap kumpulan telah menganjurkan 2
permainan tradisional. Kumpulan saya iaitu kumpulan persatuan telah menganjurkan
dan mengelolakan dua permainan iaitu ketinting dan baling selipar. Kumpulan
permainan telah menganjurkan galah panjang dan batu seremban. Kumpulan Badan
Beruniform pula menganjurkan tating lami dan tikam guli. Seramai 15 orang pelajar
W5 telah mengambil bahagian dalam aktiviti ini dan telah diadakan di pekarangan
Pusat Latihan Kokurikulum (Pulako), IPG kampus Ipoh. Melalui aktiviti ini, kami
dapat meningkatkan ilmu pengetahuan kami mengenai permainan tradisional dan
meningkatkan kemahiran menganjurkan sesuatu aktiviti. Aktiviti ini juga telah telah
memberikan pengalaman yang amat bermakna kepada kami semua untuk
mengaplikasikannya dalam aktiviti kokurikulum di sekolah.
9.9 NURIN ‘AIN NAJAH BINTI MOHD ZAIRI
Secara ringkasnya, pengurusan permainan tradisional yang telah dilakukan
oleh kami jelas membawa banyak pulangan positif dan impak maksimum
terutamanya kepada pengetahuan pengurusan kokurikulum serta kemahiran
bersukan. Melalui aktiviti permainan tradisional yang dijalankan oleh setiap
36
kumpulan pengelola, kami dapat menimba ilmu dan pengalaman baru dalam
permainan tradisional. Sesungguhnya, kemahiran seseorang terhadap permainan
tradisional ini dipengaruhi oleh gaya hidup mereka. Terdapat segelintir rakan yang
kurang mahir bermain permainan tradisional kerana ianya merupakan sesuatu yang
agak asing dalam kehidupan mereka. Walau bagaimanapun, semua peserta dapat
menyertai semua permainan dengan baik atas panduan kumpulan pengelola.
Namun begitu, terdapat juga beberapa kepincangan yang dapat kami
kenalpasti dalam pengelolaan permainan tradisional ini. Sebagai contoh,
ketidakcekapan dalam memberi taklimat oleh pengelola. Oleh kerana permainan
tradisional memerlukan pengetahuan peraturan yang terperinci, terdapat segelintir
peserta dan pengelola sendiri yang sukar untuk memahami gerak-geri pertandingan.
Selain itu, berlaku juga kekangan masa dan alatan semasa menjalankan aktiviti.
Kesimpulannya, semua peserta dan pengelola perlulah bergiat dengan lebih
cepat dan efisien dalam aktiviti yang bakal dijalankan di kemudian hari demi
memastikan kelancaran setiap aktiviti.
9.10 AN NUR NABIHAH BINTI ZURAIDI
Secara keseluruhannya, pelaksanaan program Pertandingan Karnival
Permainan Tradisional anjuran Unit W5, IPG Kampus Ipoh telah meninggalkan
kesan yang mendalam untuk diri saya. Hal ini kerana, terdapat pelbagai aspek
penting yang dapat saya pelajari sepanjang aktiviti ini diadakan. Pertama, semangat
kerjasama berpasukan amat penting dalam menjayakan sesuatu program. Hal ini
kerana, kita tidak mungkin mampu melakukan sesuatu tugasan kumpulan tanpa
bantuan ahli pasukan. Melalui program ini, setiap pasukan terdiri daripada lima ahli
dan masing-masing menunjukkan kerjasama yang sangat baik semasa sama ada
sebelum, semasa dan selepas program. Selain itu, perkara kedua ialah kemahiran
mengelola. Saya dapati pertandingan ini telah mengajar dan mendedahkan kepada
37
saya sedikit sebanyak perkara yang perlu diberi perhatian semasa mengelola
sebuah program termasuklah perancangan yang teliti serta komitmen yang tinggi.
Walau bagaimanapun, terdapat juga perkara yang harus diperbaiki dari masa
ke semasa. Pertama, pengurusan waktu pertandingan. Peruntukan masa yang
singkat telah menyukarkan pengurusan masa untuk memberi taklimat, menunjukkan
demo serta pelaksanaan pertandingan. Terdapat beberapa acara yang terpaksa
dipendekkan masanya. Di samping itu, pemilihan kawasan pertandingan juga perlu
diperbaiki. Penganjur perlu memilih kawasan yang lebih lapang dan jauh daripada
tempat parkir kerana bimbang akan berlaku kerosakan. Akhir sekali, diharapkan
agar program ini dapat memberi impak positif terhadap semua yang terlibat dan
memberi faedah untuk kegunaan pada masa hadapan.
9.11 ABDUL MUHAIMIN BIN AKMAL
Pada pandangan saya, bermain permainan tradisional menggamit memori
sewaktu kecil dan ianya sangat mengujakan. Permainan dianjurkan oleh pengelola
masing-masing dengan begitu teratur sekali. Namun begitu, sebagai seorang
pengelola, sudah tentunya banyak kelemahan yang saya rasakan perlu diperbaiki.
Pada mulanya format pertandingan berlainan, namun kesuntukan waktu memaksa
pengelola untuk mengubahnya kepada satu orang mewakili satu pasukan.
Kelemahan ketika mengelolakan aktiviti ini ialah kami tidak mempunyai pengetahuan
tentang cara sepatutnya permainan berjalan. Petanding tidak sepatutnya bermula
dari Batu Pertama setelah giliran tamat kerana mereka hanya perlu bermula dari
Batu terakhir yang mereka gagal menyambut. Itu adalah antara kesilapan ketika
pengelolaan. Bagi peraturan lain dan cara melambung batu, penerangan yang
diberikan dapat dikatakan berkesan kerana peserta mengikut cara lambungan batu
yang ditentukan oleh pihak pengelola. Setelah memahami permainan ini dan
kesilapan serta kelemahan kami mengelola, saya akan membaiki kesilapan ini dan
38
akan meletakkan sepenuh tenaga untuk mengelolakan apa-apa program selepas ini
dengan jaya.
9.12 MUHAMMAD SYAKIR ASYRAAF BIN MOHD SUKRI
Sebagai ringkasan terhadap program yang telah dilaksanakan oleh unit W5
ini, saya telah mengenal pasti beberapa aspek yang perlu diambil kira lalu ditambah
baik pada masa hadapan. Aspek-aspek tersebut adalah dari segi pengurusan masa
dan perancangan program. Untuk menjelaskan dengan lebih lanjut, program kali ini
telah diadakan dengan kekangan waktu yang amat terhad. Maka, sebahagian
daripada permainan tradisional yang telah dirancang perlu dihabiskan dengan
segera lantas mengehadkan bilangan pemain dalam setiap permainan. Selain itu,
perancangan program ini juga tidak dilakukan dengan begitu teliti apabila terdapat
sedikit kepincangan dalam atur cara semasa berlangsungnya program.
Namun demikian, saya yakin bahawa hal-hal ini merupakan sesuatu yang
dapat diubah dan ditambah baik oleh semua siswa guru unit W5 pada program yang
seterusnya. Tuntasnya, setiap daripada kami perlu mengambil peluang ini untuk
menaik taraf kemahiran pelaksanaan sesebuah program supaya kami dapat menjadi
siswa guru serta pendidik yang berkaliber kelak.
9.13 INDRAJIT A/L MOHAN
Pertamanya, terdapat beberapa kekurangan dalam pelaksanaan permainan
tradisional kami. Masa permainan tradisional perlu dirancang lebih sistematik untuk
menggalakkan semua permainan dimain tergesa-tergesa. Hal ini telah
menyebabkan, ada bahagian permainan tradisional ini tidak dapat dimainkan secara
sempurna. Contohnya, permainan Batu Seremban di mana, hanya wakil daripada
tiga kumpulan yang dapat main, sebab kekurangan masa. Seterusnya, dalam
pendapat saya penyebaran wabak kovid juga merupakan satu sebab di mana kita
39
tidak dapat menyediakan barang keperluan untuk permainan tradisional. Hal ini telah
menyebabkan kami terpaksa menukar permainan kami mengikut barang yang kami
ada. Semua permainan tradisional yang kami main, telah memberi kesedaran
kepada kami tentang kehidupan zaman dahulu. Memang tidak dapat dinafikan kalua
dikatakan, manusia pada zaman ini sangat menggunakan telefon pintar. Tetapi, pada
zaman dulu, rakyat Malaysia bersatu bermain permainan-permainan seperti ini pada
masa lapang mereka. Permainan-permainan ini juga akan menjadikan tubuh badan
sihat. Apabila bermain permainan ini, badan kita akan mengeluarkan sisa toksik dari
badan melalui peluh, dan menjadikan badan kita sihat.
9.14 MUHAMMAD IZZAIRUL AIMAN BIN IBRAHIM
Berdasarkan kertas kerja yang telah dilakukan bagi melaksanakan tugasan
kerja kursus MPU 3031, banyak perkara yang telah dapat saya kenal pasti
terutamanya aspek-aspek yang perlu ada di dalam sesebuah kertas kerja. Apabila
melihat kertas kerja yang telah dilakukan oleh rakan kelas yang lain, juga didapati
terdapat kertas kerja saya terdapat beberapa perkara yang perlu ditambah baik.
Antara kelemahan yang didapati di dalam kertas kerja saya ialah di bahagian
lampiran. Didapati di bahagian lampiran saya tidak menyertakan beberapa
lampiran-lampiran penting seperti sijil penyertaan dan sijil penghargaan. Selain itu,
saya juga mendapati kertas kerja karnival sukan saya mempunyai kelemahan di
bahagian tentatif jika ingin dibandingkan dengan rakan yang lain. Hal ini kerana
didapati tentatif saya kurang menarik dan pertandingan yang dijalankan hanya akan
melibatkan kumpulan pelajar yang kecil sahaja. Ini akan menyebabkan perkataan
‘karnival’ tidak lagi relevan. Karnival mestilah disertai oleh jumlah pelajar sebanyak
yang mungkin.
Selain daripada kelemahan, saya juga mendapati kertas kerja saya
mempunyai kelebihannya yang tersendiri iaitu di bahagian kemudahan dan alatan
40
yang diperlukan. Didapati peralatan yang diperlukan oleh saya tidak memakan kos
yang banyak jika ingin dibandingkan dengan rakan yang lain.
Kesimpulannya, pelaksanaan kertas kerja ini telah banyak mengajar saya
perkara yang saya tidak tahu dalam penghasilan sebuah kertas kerja yang lengkap,
berstruktur dan teliti. Saya berharap dengan pengalaman yang saya terima daripada
penghasilan kertas kerja ini, saya tidak akan mempunyai sebarang masalah untuk
melengkapinya pada masa hadapan apabila bertugas sebagai seorang guru di
sekolah.
9.15 NAJWA BINTI ABDUL AZIZ
Pertandingan Permainan Tradisional antara pelajar yang dianjurkan oleh
pihak W5 telah memberi kesan yang sangat bermakna kepada semua siswa guru
yang terlibat. Tidak dinafikan bahawa permainan tradisional adalah merupakan
permainan yang kian dilupakan oleh generasi muda pada zaman sekarang. Melalui
program tersebut saya telah dapati banyak kelebihan dan tidak lupa juga
kekurangan yang mampu kita perbaiki untuk program yang seterusnya.
Pertama sekali, kekurangan yang saya dapati adalah penganjur mempunyai
peruntukkan wang yang terhad di mana peralatan dan persediaan permainan
haruslah menggunakan usaha sendiri untuk menghasilkan barangan supaya dapat
digunakan untuk bermain. Seterusnya, tempat melaksanakan program juga memberi
kesan kepada program ini oleh kerana cuaca panas yang tidak dapat dielak. Maka
dengan ini, adalah lebih baik jika pihak penganjur mengusahakan untuk mencari
tempat yang lebih nyaman dan sesuai untuk permainan tradisional. Seterusnya,
pergerakan program adalah kurang sistematik oleh kerana kekurangan waktu untuk
melaksanakan enam permainan dalam masa dua jam. Dalam hal ini, adalah realistik
untuk penganjur untuk melaksanakan permainan secara berperingkat supaya semua
pemain dapat merasai setiap permainan yang dibuat. Secara keseluruhan,
41
penganjur telah melaksanakan Pertandingan Permainan Tradisional dengan sangat
baik dan terdapat penglibatan daripada semua pihak yang terlibat.
10.0 PENUTUP
Dengan penuh harapan, penganjuran Pertandingan Permainan Tradisional ini
dapat menanamkan semangat kesukanan yang luhur dalam kalangan pelajar W5.
Siswa guru yang seimbang dan holistik dalam semua bidang iaitu emosi, rohani,
jasmani, dan intelek mampu dibentuk melalui penglibatan murid dalam kegiatan
kokurikulum bagi mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Bukan itu
sahaja, semangat kesukanan, perpaduan, dan nilai insaniah akan berjaya disemai
dalam kehidupan para pelajar (Syed Lamsah et. al, 2018). Oleh yang demikian, bagi
merealisasikan objektif dan memastikan kelancaran pertandingan, segala bentuk
bantuan serta sokongan daripada pelbagai pihak amat diperlukan. Seluruh warga
kelab bola jaring meletakkan harapan yang tinggi agar pertandingan ini mendapat
sambutan serta sokongan daripada pihak pentadbir dan warga W5. Selain itu,
diharapkan juga kertas kerja yang disediakan ini akan mendapat kelulusan daripada
pihak pentadbir.
42
11.0 LAMPIRAN
11.1 POSTER
43
44
45
46
47
11.2 GAMBAR
48
49
50