1
• TELEFON: 087-331444/331444 • FAKS: 087-331817
• Laman Web: ipgkk.moe.edu.my • E-Mel: [email protected]
e-Portfolio
NAMA : CAMILLUS LAKIU
No. Matrik : P21014621
PPISMP BAHASA MELAYU (SK)
AMBILAN SEPT 2021
SBEMMEMSTBE1R0I74
SEJARAH PERKEMBANGAN
BAHASA MELAYU
SEMESTER SEPT 2021 – JAN 2022
2
ISI KANDUNGAN
Biodata Pelajar 4
Pengenalan 5-6
Sejarah Perkembangan Tulisan dalam Bahasa Melayu 7-24
- Sistem tulisan Pallava
- Sistem tulisan Kawi
- Sistem tulisan Jawi
- Sistem ejaan Za’ba
- Sistem ejaan rumi kongres
- Pedoman ejaan rumi bahasa Melayu
Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu Pramerdeka dan Pasca 25-45
Merdeka
- Peranan Pejabat Karang-Mengarang
- Peranan Pakatan Belajar-Mengajar Pengetahuan Bahasa
- Peranan ASAS 50
- Bahasa Melayu dalam Sistem Pendidikan
• Laporan Barnes (1951)
• Laporan Fenn-Wu (1951)
• Ordinan Pelajar (1952)
• Laporan Razak (1956)
- Pengenalan Bahasa Melayu Moden
• Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka
3
• Kerjasama Serantau dan Pengantarabangsaan
Cabaran dan Masa Depan Bahasa Melayu 46-54
- Pendidikan
- Ekonomi 55-56
- Pentadbiran Kerajaan 57-59
- Kerancauan Bahasa di Media Sosial
- Percampuran Kod
- Slanga
Kesimpulan
Sumber rujukan
4
BIODATA PELAJAR
NAMA CAMILLUS LAKIU
NO. K/P 020518-12-0639
NO. MATRIK P21014621
ANGKA GILIRAN 2101012310008
KAUM DUSUN
JANTINA LELAKI
AGAMA KRISTIAN
NO. DAFTAR KELAHIRAN SB089303
[email protected]
E-MEL
BILANGAN ANAK DALAM KELUARGA 11
ANAK YANG KE BERAPA 11
TARIKH LAHIR 18 MEI 2002
5
TARAF PERKAHWINAN BUJANG
ALAMAT KAMPUNG TELUPID, TELUPID
POSKOD/ BANDAR 89320 , TELUPID
NEGERI SABAH
NO. TELEFON 014-6918661
6
BAHAGIAN 1
SEJARAH
PERKEMBANGAN
TULISAN BAHASA
MELAYU
7
PENGENALAN
Bahasa Melayu merupakan bahasa yang mempunyai turutan sejak zaman Bahasa
Melayu Kuno sehinggalah menjadi satu bahasa yang utama di Malaysia. Hal ini kerana
perkembangan yang berlaku sejak zaman Melayu Kuno sehinggalah kini. Menurut James,
(2005) bahasa Melayu merupakan anggota terpenting dalam kerabat Bahasa Autronesia
yang memiliki batasan luas, diluncurkan dalam peradaban Asia Timur. Bahasa Melayu yang
dikatakan berasal dari Nusantara telah dikemukakan oleh dua tokoh barat iaitu R.H. Geldern
dan J. H. C. Kern. Kedua-dua tokoh ini telah mendapati bahasa Melayu berasal dari
Nusantara atas bukti-bukti yang mereka temui. Menurut tokoh R.H. Geldern, beliau telah
membuat kajian terhadap kapak tua. Beliau mendapati kapak tua yang dijumpai oleh beliau
di beberapa tempat seperti Hwang, Salween, Yangtze dan Sungai Brahmaputra adalah
sama dengan kapak tua yang dijumpai di kawasan Nusantara. Beliau mempercayai bahawa
kapak tua telah dibawa dari Asia Tengah bersama-sama dengan bahasanya.
Menurut tokoh barat yang kedua pula iaitu J. H. C. Kern mendapati bahawa terdapat
persamaan terhadap beberapa perkataan. Beliau mendapati bahawa terdapat perkataan di
Nusantara sama dengan perkataan yang ada di Madagaskar dan Taiwan serta di Filipina
yang berasal dari induk yang sama iaitu Asia.
Menurut Ening, (2017), bahasa Melayu merupakan bahasa yang terpenitng dan
berpengaruh di Asia Tenggara. Ia merupakan bahasa Lingua franca di kepulauan Selat
Melaka yang menjadi pusat perdagangan ketika itu. Para pedagang telah bersinggah di
kepulauan itu untuk berdagang. Lingua franca dapat didefinisikan sebagai bahasa
pengantar yang merupakan istilah linguistik.
Dari segi sistem tulisan, bahasa Melayu mengalami beberapa sistem tulisan
mengikut peredaran zaman iaitu sejak zaman bahasa Melayu Kuno sehinggalah menjadi
sistem tulisan rumi. Sistem tulisan ini adalah berdasarkan pengaruh-pengaruh yang datang
di sekitar Nusantara dan Kepulauan Melayu. Tulisan yang awal dikenalpasti ialah tulisan
Pallawa atau Pallava iaitu tulisan yang berasal dari India.
Tulisan ini merupakan tulisan yang terawal serta mempunyai bukti jumpaan batu
bersurat. Conoth tulisan lain ialah tulisan Kawi dan tulisan Jawi. Kedua-dua tulisan ini
merupakan tulisan yang menyusul daripada tulisan Pallawa kerana tulisan Pallawa
merupakan tulisan asas atau induk kepada tulisan-tulisan yang lain.
8
SISTEM TULISAN PALLAVA
Salah satu tulisan yang terdapat dalam bahasa Melayu ialah tulisan Pallawa atau
boleh juga disebut sebagai tulisan Pallava. Tulisan ini merupakan tulisan terawal yang
digunakan dalam masyarakat bahasa Melayu Kuno. Tulisan Pallava berasal dari India
Selatan yang telah dibawa oleh orang Hindu semasa tiba di kawasan Melayu. Ketibaan
mereka ke alam Melayu adalah disebabkan oleh faktor perdagangan. Menurut Akik at. el.
(2016) nama sistem tulisan ini diambil bersempena dengan nama salah satu kerajaan pada
ketika itu iaitu Kerajaan Pallawa. Sistem tulisan Pallava ini terdapat pada zaman Bahasa
Melayu Kuno iaitu sebelum timbulnya zaman Bahasa Melayu Klasik. Sistem tulisan Pallava
ini telah digunakan di Sumatera Selatan, Campa, Ligor dan di Pulau Jawa. Sistem tulisan ini
juga telah digunakan sekitar abad ke-4 Masihi.
Terdapat beberapa bukti yang telah membuktikan penggunaan tulisan Pallawa ini. Ia
telah dijumpai di sekitar Nusantara seperti di Kutai, dan di Kalimantan Timur. Menurut Akik
at. el. (2016), Sistem tulisan ini telah menjadi asas kepada semua sistem tulisan di
Nusantara seperti sistem tulisan Hanacaraka, Rencong, Batak, Makasar dan Baybayin iaitu
sistem tulisan di Filipina. Menurut Wiwien, (2017), hampir semua aksara di Nusantara
Indonesia berasal daripada sistem tulisan Pallawa. Sistem tulisan ini mempunyai 46 abjad
dan sehingga kini masih menjadi sejarah sistem tulisan. Hal ini dapat dibuktikan bahawa
sistem tulisan Pallawa merupakan sistem tulisan yang terawal dan mempunyai pengaruh
Sanskrit.
9
Rajah 1: Tulisan Pallava yang telah menjadi tulisan utama semasa zaman Bahasa
Melayu Kuno.
Rajah 2: Aksara Pallava yang telah digunakan.
10
Terdapat beberapa jumpaan iaitu bukti yang menyatakan penggunaan sistem tulisan
Pallava ini. Ia telah dibuktikan oleh tokoh-tokoh pengkaji. Setiap jumpaan tersebut
menyatakan pelbagai maksud namun masih menggunakan sistem tulisan Pallava.
Antara bukti yang dijumpai merupakan batu bersurat seperti di Kedukan Bukit,
Palembang yang dijumpai sekitar 683 Masihi. Selain itu, Batu Bersurat di Talang Tuwo telah
dijumpai sekitar 684 Masihi. Batu bersurat ini telah dijumpai oleh Louis Constant Westenenk.
Seterusnya, Batu Bersurat Kota Kapur yang telah dijumpai sekitar 686 Masihi oleh J. K. Ven
Der Meulen. Batu Bersurat ini merupakan batu bersurat yang tertua dalam Bahasa Melayu.
Akhir sekali batu bersurat Krang Brahi. Batu bersurat ini ditemui sekitar tahun 6868 Masihi.
Batu bersurat ini merupakan batu bersurat yang ditinggalkan oleh kerajaan Sriwijaya yang
telah dijumpai oleh Kontrolir L. M. Berkhout.
Rajah 2.1: Batu bersurat Kedukan Bukit
11
Rajah 2.2: Batu bersurat Talang Tuwo
Rajah 2.3: Batu bersurat Krang Brahi
12
Rajah 2.4: Batu bersurat Kota Kapur
13
SISTEM TULISAN KAWI
Sistem tulisan Kawi merupakan tulisan yang digunakan selelpas tulisan Pallava. Ia
merupakan tulisan yang digunakan oleh orang Melayu sejak abad ke-8. Tulisan ini juga
digunakan serentak dengan permulaan tulisan Jawi diperkenalkan di Kepulauan Melayu.
Tulisan Kawi merupakan tulisan secara turunan daripada Sistem Pali. Perkataan Kawi
berasal dari perkataan Sanskrit yang bermaksud penyair.
Selain itu, tulisan ini berasal daripada huruf Vangki atau dikenali sebagai Wenggi
iaitu huruf yang dibawa oleh orang-orang India dari Coromandel. Tulisan Kawi ini digunakan
untuk menulis dalam bahasa Kawi yang digunakan oleh orang Jawa pada ketika itu. Tulisan
Kawi ini juga dikenali sebagai aksara Jawa Kuno kerana ia banyak digunakan oleh orang-
orang Jawa.
Pada asalnya, tulisan Kawi ini hanya ditulis diatas daun dan kemudian mengikut
perkembangan, tulisan Kawi ini ditulis pada batu, Terdapat beberapa bukti yang dapat
menjelaskan penggunaan sistem tulisan Kawi ini berdasarkan jumpaan yang ditemui.
Antaranya ialah melalui inskripsi yang dijumpai di Joreng, Tapanuli, Sumatera Utara. Sistem
tulisan ini juga merupakan induk kepada bahasa dan tulisan lain di Nusantara dan
Kepulauan Melayu. Antara bahasa tersebut ialah sepeprti di Batak, Rejang, Lampung,
Kerinci dan lain-lain.
Selain itu, penemuan sebuah batu nisa orang Melayu di Pengkalan Kempas, Sungai
Ujang, Negeri Sembilan. Batu nisan ini bernama Ahmad Majnun dan tertera tahun1463.
Batu nisan ini juga memaparkan kedua-dua tulisan iaitu tulisan Kawi dan tulisan Jawi.
Sistem tulisan Kawi terdapat pada zaman Bahasa Melayu Kuno. Dalam sistem tulisan Kawi
terdapat sekitar 47 huruf, namun terdapat beberapa huruf, bentuk serta penggunaannya
belum dikenalpasti.
Sistem tulisan ini dipercayai telah lenyap sekitar tahun1400 Masihi dengan runtuhnya
kerajaan Majapahit yang bertakhta ketika itu.
14
Rajah 3: Contoh sistem tulisan Kawi yang dijumpai oleh pengkaji.
15
SISTEM TULISAN JAWI
Tulisan Jawi merupakan tulisan ketiga yang timbul selepas tulisan Pallava dan
tulisan Kawi. Menurut Abdul Jalil, (2012), tulisan Jawi telah timbul di Kepulauan Melayu
sekitar 1300 Masihi. Perkembangan tulisan ini adalah berkaitan dengan ketibaan orang
Parsi di Kepulauan Melayu yang membawa perubahan kepada Zaman Bahasa Melayu
Klasik. Tulisan Jawi telah tulisan huruf-huruf Arab yang digunakan di Kepulauan Melayu
atau bahasa Melayu dengan tulisan Arab. Tulisan Jawi berasal dari bahasa Arab iaitu
perkataan Yawi di Pattani. Ia merupakan abjad Arab yang sesuai digunakan untuk menulis
bahasa Melayu. Perkembangan tulisan Jawi ini dapat dilihat apabila Islam bertapak di
Kepulauan Melayu dengan pesat. Kedudukan mereka ini telah mengakibatkan berlaku
penyebaran agama dan juga usaha untuk mempelajari agama Islam yang utama seperti al-
Quran dan Hadith.
Ulama-ulama telah memperkenalkan sejenis tulisan yang menyerupai tulisan Arab
iaitu tulisan Jawi (Abdul Jalil, 2012). Hal ini dilakukan kerana untuk mempelajari agama
Islam, mereka perlulah mempelajari al-Quran yang terkandung tulisan-tulisan Arab. Mereka
akan belajar dengan dimulai pengenalan kepada huruf-huruf. Huruf Jawi biasanya akan
ditulisa dari kiri ke kanan.
Tulisan Jawi berkembang pesat sejajar dengan penyebaran Islam, setelah bangsa
Melayu mendapati bahawa tulisan Pallava yang digunakan mereka selama ini tidak sesuai
sekali sebagai wahana penyebaran perihal agama baru ini. Orang Melayu memandang
tinggi martabat tulisan Jawi sebagai langkah mereka memahami Islam dan kitab suci al-
Quran sebagai pedoman mereka dalam kedupan. Menurut Abdul Jalil, (2012), tulisan Jawi
telah digunakan secara meluas di negeri-negeri seperti Kesultanan Melaka, Johor, Brunei,
Sulu, Patani, Aceh dan Ternate seawal abad ke-15 Masihi. Penggunaan tulisan Jawi ini
adalah bertujuan dalam surat menyurat diraja, titah-perintah, puisi, dan kaedah
perhubungan antara saudagar di Pelabuhan Melaka. Hal ini kerana Kepulauan Melayu
Melaka masih menjadi pusat perdagangan yang cekap ketika itu. Di pusat perdagangan
inilah berlaku penyebaran agama Islam dan sistem tulisan Jawi.
Menurut Sabariah et.al. (2015) dalam kajian menurut tokoh bahasa Awang Sariyan
(2010) menjelaskan selepas Islam tiba di Kepulauan Melayu, berlaku penterjemahan teks-
teks bahasa Arab kepada bahasa Melayu dengan menggunakan sistem tulisan Jawi.
Dengan berlakunya zaman tersebut, semua surat dan urusan-urusan rasmi dalam kerajaan
menggunakan bahasa Melayu dengan menggunakan tulisan Jawi. Tulisan Jawi yang
16
asasnya berasal dari bahasa Arab telah menjadi linguafranca lebihlebih lagi di pusat
perdagangan dengan pengubahsuaian yang tepat. Terdapat beberapa bukti awal
penggunaan tulisan Jawi. Antara bukti tersebut ialah Batu Bersurat Terengganu yang
bertarikh 22 Februari 1302 Masihi. Batu bersurat ini telah diwartakan sebagai Warisan
Kebangsaan kerana ia membuktikan penggunaan tulisan Jawi yang terawal.
Rajah 4: 29 aksara Jawi atau abjad Jawi yang digunapakai selepas penambahbaikan.
17
Rajah 5: Batu Bersurat Terengganu yang menggunakan tulisan Jawi. Batu bersurat ini
merupakan batu bersurat dengan tulisan Jawi yang tertua di Asia Tenggara.
18
SISTEM EJAAN ZA’BA
Za’ba atau nama panjangnya ialah Zainal Abidin Ahmad. Beliau lahir pada 16
September 1895 di Batu Kikir Jempol, negeri Sembilan. Za’ba terkenal kerana sekitar tahun
1940-an beliau merupakan ahli akademik dan penulis gerakan politik Akademik keturunan
Minangkabau yang giat menulis. Walaupun bergelaran anak kampung, belaiau berjaya
dinobatkan sebagai salah satu tokoh Malaysia dari bidang sastera dan bahasa. Za’ba
mendapat pendidikan di beberapa tempat sejaklah pendidikan awal sehingga beliau menjadi
sorang guru yang berwibawa dengan kepakaran beliau dalam penulisan. Sekolah awal
beliau adalah di Sekolah Melayu, Linggi. Setelah itu berbekalkan sijil prasekolah, beliau
diterima masuk di perkdimatan pendidikan kolonial iaitu menjadi seorang guru. Menurut
Makmur & Muhammad (2014), Za’ba menjadi guru di perkhidmatan tersebut hanya selama
tujuh tahun kerana pemikirannya yang progresif.
Setelah itu, beliau menjalankan pelbagai kerja seperti pengarang dan penterjemah
buku. Tugas utama beliau adalah sebagai penerbit buku teks dan buku bacaan umum
sekolah Melayu. Za’ba merupakan seorang yang gemar membaca. Kebanyakan penulisan
beliau muncul di akhbar-akhbar tempatan dan majalah seperti utusan Melayu.
Ketokohan mereka telah menjadi rujukan kepad ank muda sehingga kini lebih-lebih
lagi di Nusantara. Za’ba merupakan tokoh pertama yang benar-benar menganalisis tulisan
Jawi dari segi prinsip dan segala permasalahan yang timbul. Menurut Za’ba terdapat
ketidakseragaman ejaan, sistem pemvokalan dalam Jawi, sistem ejaan dalam suku kata,
perkembangan dan penggunaan abjad-abjad Jawi. Oleh sebab masalah tersebut timbul,
Za’ba telah menerbitkan buku “ Daftar ejaan Melayu Jawi-Rumi” pada tahun 1949 yang
membincangkan mengenai rumi-rumi Jawi.
Menurut Makmur & Muhammad (2014) mengatakan bahawa Za’ba menyatakan
sistem ejaan Jawi yang lebih baku adalah mengurangkan penggunaan abjad-abjad alif, wau,
dan ya. Ia banyak digunakan sebagau sistem pemvokalan seperti yang terdpat dalam tulisan
Jawi yang terdapat pada Batu Bersurat Terengganu iaitu bukti terawal penggunaan tulisan
Jawi.
Selain itu, ketokohan Za’ba telah mengumpul kata-kata sejak tahun 1918
mengharapkan agar tulisan Jawi dapat dikembangkan dengan penggunaan yang betul
beserta dengan padanan ejaan ruminya. Perubahan tersebut akan menjadi rujukan pada
masa akan datang bagi memudahkan penggunaan tulisan Jawi dalam Bahasa Melayu.
19
Rajah 6: Perbezaan antara ejaan jawi Za’ba dan ejaan Jawi yang baharu.
20
SISTEM EJAAN RUMI KONGRES
Sistem ejaan rumi kongres ini merupakan sistem ejaan selepas sistem ejaan Za’ba.
Ejaan rumi kongres ini merupakan salah satu hasil dalam sidang Jawatankuasa Ejaan dan
Bunyi Bahasa Melayu (1959).
Pada asasnya ejaan rumi telah lama diperkenalkan oleh orang-orang barat semasa
menjalankan perdagangan di Kepulauan Melayu. Hal ini dapat dibuktikan dengan dengan
kadah ejaan Za’ba yang cuba memperbaiki sistem tulisan terdahulu. Walaubagaimanapun,
setelah timbul zaman bahasa Melayu Klasik yang telah menggunakan tulisan Jawi, tulisan
rumi hanya digunakan dalam kalangan orang-orang barat sahaja.
Sistem ejaan rumi kongres 1957 telah dicapai setelah pembentangan dua kertas
kerja yang dibentangkan oleh Angkatan Sasterawan Lima Puluh dan Persatuan Bahasa
Melayu Universiti Malaya di Kongres Persuratan dan Bahasa Melayu Malaya III di Singapura
pada 16 hingga 21 September 1956. Sebelum itu, Kongres II yang telah dijalankan pada 1
dan 2 Januari 1954 di Seremban telah memutuskan untuk menerima ejaan rumi sebagai
ejaan rasmi bahasa Melayu. Menurut Mohd Naim, (1991) keputusan ini dilaksanakan atas
dasar kajian yang dilakukan semenjak Kongres I yang telah diadakan pada tahun 1952.
Terdapat beberapa cadangan yang telah dikemukan oleh Angkatan Sasterawan
Lima Puluh (ASAS 50) dan Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM). Antara
cadangan ASAS 50 ialah menggantikan diftong ai, oi, dan au kepada ay, aw dan oy.
Contohnya perkataan “gulai” akan diganti sebagai “gulay”. Selain itu, fonem “ch” akan
diganti kepada fonem “c” sahaja. Contohnya perkataan “cawan” yang asalnya “chawan”.
Akhir sekali konsonan “ng” dan “ny” akan ditandakan dengan simbol mereka.
Menurut cadangan PBMUM pula, menolak penggunaan konsonan-konsonan kembar
atau rangkap konsonan seperti “ch” ditukarkan kepada “c” sahaja manakala konsonan
seperti dh,dz,gh, dan kh tidak digunakan lagi.
Dengan itu melalui cadangan daripada kedua-dua pihak, Kongres III iaitu pada tahu
1956 telah memutuskan beberapa keputusan. Sekitar tahun 1957, Dewan Bahasa dan
Pustakan telah menerbitkan risalah yang berjudul “Kaedah baharu ejaan rumi Bahasa
Melayu” (Mohd Naim, 1991). Risalah ini merupakan sistem yang diterima sepenuhnya dalam
21
Kongres 1956. Dalam Kongres ini, menerapkan tiga jenis diftong seperti ay, oy dan aw bagi
menggantikan ai, au, dan oi.
Terdapat beberapa perubahan yang telah dinyatakan dalam ejaan Kongres Bahasa
Melayu 1956. Walaubagaimanapun, sistem ejaan tersebut digunapakai hanya beberapa
tahun sahaja. Sistem ejaan kongres ini telah berubah kepada ejaan Melindo dan berubah
kembali kepada sistem ejaan baru pada tahun 1972.
Rajah 7: Perubahan yang telah dilaksanakan serta diterima pada Sistem ejaan
Kongres 1956 dari segi fonem, konsonan dan diftong.
22
Rajah 7: Kerangka masa pelaksanaan dan penerimaan bagi ketiga-tiga kongres yang
telah dijalankan dalam bahasa Melayu.
PEDOMAN EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
Pada 27 Jun 1967, suatu keputusan mengenai sistem ejaan yang ilmiah, serta boleh
digunapakai oleh Malaysia dan Indonesia telah dicapai. Rundingan tersebut telah dihadiri
oleh Jawatankuasa Bahasa dan Ejaan Malaysia yang dipengerusikan oleh Pengarah Dewan
Bahasa dan Pustaka. Rundingan tersebut merupakan rundingan persetujuan sistem ejaan
Malaysia-Indonesia. Pihak dari Indonesia juga turut menghadiri rundngan tersebut iaitu
Kumpulan Ahli Bahasa KOTI.
Melalui persetujuan rundingan tersebut, pelbagai kempen telah dijalankan bagi
memberi penerangan kepada seluruh negara mengenai sistem ejaan Malaysia-Indonesia ini.
Penyebaran berita tersebut adalah melalui radio, televisyen, akhbar-akhbar, majalah dan
juga ceramah yang telah disampaikan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Dengan
pencapaian yang dihasilkan maka terbentuklah Sistem Ejaan Malaysia-Indonesia pada
tahun 1967. Ia hanyalah mengikut penerimaan daripada kedua-dua pihak.
23
Pada 16 Ogos 1972 telah berlaku Sistem Ejaan Baharu Malaysia-Indonesia. Sistem
ini telah dirasmikan serta dilancarkan oleh perdana menteri Tun Abdul Razak bin Datuk
Hussein di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Pelancaran sistem Ejaan Baharu
merupakan persetujuan antara kedua-dua negara Malaysia dan Indonesia yang ingin
mewujudkan satu sistem bahasa dan ejaan yang sama serta dapat memberikan faedah
kepada kedua-dua negara.
Terdapat beberapa perkara yang telah ditetapkan oleh PUEBM (1975) dalam Sistem
Ejaan Baharu tersebut. Antaranya ialah pemakaian huruf vokal dan konsonan, diftong asal
yang telah diguna kembali iaitu ai,au dan oi serta penggunaan 26 huruf-huruf konsonan
termasuk q dan x. Selain itu, senarai gugus konsonan untuk mengeja perkataan atau istilah
pinjaman perkataan asing.
Seterusnnya cara penulisan juga ditetapkan dalam sistem Ejaan Baharu 1975.
Antaranya ialah kata turutan, kata gandaan yang dieja menggunakan simbol sempang, kata
singkatan yang ditulis mendahului atau mengikutinya, kata panggilan “si” dan “sang” perlu
dieja terpisah dan penggunaan partikel.
Pada tahun 1981, Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia telah diterbitkan serta
dikemaskini oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Terdapat penerbitan bagi Pedoman Umum
Ejaan Rumi Bahasa Malaysia. Terbuktilah bahawa perkembangan bagi bahasa dan ejaan
Melayu sentiasa dipantau dan diawasi bagi memastikan bahasa Melayu sentiasa mengikuti
perkembangan ilmu semasa. Dalam Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa Melayu terdapat
beberapa penetapan.
24
a) Terdapat 26 abjad yang telah digunakan dalam tulisan rumi iaitu bermula dari huruf “Aa”
sehingga “Zz”.
b) Penggunaan huruf vokal
GABUNGAN HURUF HURUF VOKAL HURUF
KONSONAN a DIFTONG
gh
kh e (pepet) au
ng e (taling) ai
sy oi
ny i
o
u
c) Penggunaan huruf diftong
d) Penggunaan huruf konsonan iaitu huruf-huruf lain selain daripada huruf vokal.
e) Penggunaan gabungan huruf konsonan
25
PENGGUNAAN PEDOMAN UMUM PENULISAN
ABJAD EJAAN RUMI HURUF
PENULISAN BAHASA MELAYU TANDA BACA
UNSUR
SERAPAN PENULISAN
KATA
- KATA - KATA
DASAR GANTI
-KATA -KATA
TURUTAN DEPAN
-BENTUK - KATA “SI”
GANDAAN DAN “SANG”
-GABUNGAN - PARTIKEL
KATA
Rajah 8: Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa Melayu
26
BAHAGIAN 2
SEJARAH
PERKEMBANGAN
BAHASA MELAYU
PRAMERDEKA
DAN
PASCAMERDEKA
27
PENGENALAN
Bahasa Melayu mengalami pelbagai peringkat pengembangan untuk menjadi
semua bahasa yang utama di Malaysia. Hal ini dikatakan demikian kerana, sebelum
sebelum bahasa Melayu sampai kepada perkembangan semasa pramerdeka,
terdapat beberapa zaman seperti zaman bahasa Melayu Kuno dan zaman bahasa
Melayu Klasik. Bahasa Melayu pda zaman pramerdeka dan pascamerdeka berbeza
daripada bahasa Melayu pada sebelumnya. Pelbagai perubahan telah berlaku pada
bahasa Melayu zaman pramerdeka dan pascamerdeka dai segi ejaan, rumi, laras da
tatabahasa Melayu.
Perkembangan bahasa Melayu zaman pramerdeka juga dikenali sebagai
pengembangan sebelum Malaysia mencapai zaman kemerdekaan. Pengembangan
ini berlaku sekitar abad ke-19. Zaman bahasa Melayu pascamerdeka pula
merupakan zaman pengembangan bahasa Melayu selepas Malaysia mencapai
kemerdekaan. Secara asasnya kedua-dua zaman pengembangan bahasa Melayu
pramerdeka dan pascamerdeka dikategorikan sebegai bahasa Melayu Moden.
PERANAN PUSAT KARANG MENGARANG
Pejabat Karang Mengarang pada awalnya merupakan badan penterjemahan
yang telah ditubuhkan pada tahun 1923. Pejabat ini telah ditubuhkan di Maktab
Perguruan Sultan Idris (MPSI). Penubuhan ini merupakan atas cadangan Zainal
Abidin bin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Za’ba. Cadangan penubuhan tersebut
disokong oleh Pengetua Maktab Perguruan Sultan Idris iaitu O. T. Dussek yang juga
merupakan orang barat. Dengan mengemukakan cadangan tersebut, kedua-dua
tokoh ini telah menjadi ketua jabatan. Kesan daripada penubuhan Pejabat Karang
Mengarang ini, ia telah menimbulkan minat dalam kalangan guru serta pelatih di
MPSI.
28
R. O. DUSSEK
ZA’BA
ABDUL ABDUL RAHMAN AHMAD MURAD YAZID
KUDUS YUSUF NASARUDDIN AHMAD
MUHAMAD
Rajah 1: Tokoh-tokoh yang pernah berkhidmat di Pejabat Karang
Mengarang MPSI.
Terdapat beberapa peranan Pejabat Karang Mengarang di Malaysia pada
zaman pramerdeka. Peranan pejabat ini terbahagi kepada dua iaitu tujuan dan
rancangan jangka pendek dan tujuan dan rancangan jangka panjang. Antara tujuan
dan rancangan pada jangka pendek ialah menerbitkan sebanyak mungkin buku-
buku Sekolah Melayu iaitu dari segi buku-buku pengajaran. Tujuan ini adalah untuk
mengatasi kekurangan buku-buku pembelajaran dan pengajaran di Sekolah Melayu.
Oleh itu, pertubuhan ini cuba mengembangkan bahasa Melayu dengan
memperkayakan buku-buku di setiap sekolah-sekolah Melayu.
Selain itu, Pejabat Karang Mengarang juga memperbanyakkan terbitan buku-
buku bacaan umum kepada masyarakat. Hal ini disebabkan buku-buku bacaan
dalam bahasa Melayu pada masa itu belum berkembang sepenuhnya dengan
format yang betul. Tujuannya adalah untuk memberikan masyarakat pelbagai
pengetahuan kepada masyarakat melalui bacaan bahasa Melayu.
29
PERANAN PAKATAN BELAJAR-MENGAJAR PENGETAHUAN BAHASA
Pakatan Belajar-Mengajar Pengetahuan Bahasa juga merupakan salah
pertubuhan dan institut yang ditubuhkan sebelum merdeka atau pramerdeka.
Pakatan ini telah ditubuhkan di Johor Bahru pada tahun 1888 sehingga tahun 1941.
Pakatan ini ditubuhkan oleh Dato’ Seri Amar Diraja Abdul Rahman Andak dan Dato’
Muhammad Ibrahim Munsyi. Awal tahun 1934, pakatan ini telah dihidupkan semula
yang dinamai Pakatan Bahasa Melayu dan Persuratan Buku-Buku Diraja
(PBMPBD). Cadangan ini telah disokong oleh DYMM Sultan Ibrahim dan kerajaan
Johor. Persatuan ini telah dihidupkan semula untuk kali kedua oleh :
a) Dato’ Abdullah Abdul Rahman
b) Mejar Dato’ Muhammad Said Sulaiman
c) Dato’ Awang Muda
d) Mejar Musa Yusof
Tokoh Mejar Dato’ Muhammad Said Sulaiman merupakan tonggak utama
yang menggerakkan pakatan ini. Beliau telah menyumbang beberapa majalahnya
dala majalah peredar iaitu jurnla terbitan Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan
Bahasa. Beliau telah menghasilkan Buku Katan pada tahun 1936, Jalan Bahasa
Melayu (1937) dan Penokok & Penambah (1939).
30
Memelihara, Memelihara tulisan
memperlengkap & Jawi
mempermodenkan
Bahasa Melayu
Mengadakan PERANAN Menstandartka
perpustakaan PBMPB n ejaan &
perkataan
Mengeluarkan Mengembangkan
jurnal enam bulan pengetahuan Mencipta
perkataan
sekali melalui ceramah &
penyelidikan baharu
Rajah 2: Peranan Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa (PBMPB)
31
Rajah 3: Sejarah pembentukan Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa hingga
penubuhan Dewan Bahasa Pustaka.
32
PERANAN ASAS 50
Kekejaman pihak Jepun telah menyebabkan timbulnya semangat
nasionalisme dalam kalangan masyarakat Melayu. Kekalahan Inggeris kepada
Jepun membangkitkan lagi semangat tersebut bagi meningkatkan lagi pendidikan
bahasa Melayu. Dengan itu, masyarakat dan tokoh-tokoh telah melancarkan
perjuangan melalui kaedah politik ataupun pertubuhan yang bersifat bahasa,
kesusasteraan dan budaya bagi mencapai kemerdekaan.
Salah satu pertubuhan tersebut ialah pertubuhan Angkatan Sasterawan 50
(ASAS 50). Tokoh-tokoh ASAS 50 terdiri daripada pemuda-pemuda golongan
bawahan namun mereka mempunyai idea-idea untuk memajukan bangsa Melayu
dan bahasa utama. Penubuhan ASAS 50 yang memperjuangkan bahasa Melayu
juga telah mendorong sebuah pertubuhan yang diasaskan oleh guru-guru Melayu
yang dikenali sebagai Lembaga Bahasa Melayu (LBM) pada tahun 1951.
33
BAHASA MELAYU DALAM SISTEM PENDIDIKAN
a) LAPORAN BARNES (1951)
Selepas tamat Perang Dunia Kedua, orang-orang Melayu semakin
memandang tinggi terhadap ketertinggian bangsa dan bahasa. Mereka percaya
bahawa dengan adanya pendidikan yang tinggi, sesuatu sosioekonomi itu akan maju
dan dapat menyelesaikan masalah perkauman. Oleh itu pada tahun 1951, satu
laporan telah diperkenalkan iaitu Laporan Barnes (1951). Laporan ini bertujuan
untuk menyiasat kedudukan dan memperbaiki pendidikan orang Melayu serta
membentuk satu sistem pendidikan untuk semua kaum yang bercanggahan dengan
sistem pendidikan lain.
Cadangan Laporan Barnes (1951) telah mencadangkan beberapa perkara
dalam laporan tersebut, iaitu matlamat pendidikan dasar hendaklah membentuk satu
rupa bangsa yang berasaskan pelbagai kaum (Morni et. al., 2019). Dalam perkara
ini, sekolah vernakular Tamil dan Cina perlulah dibubarkan dan perlu digabungkan
menjadi satu jenis sekolah sahaja iaitu sekolah kebangsaan. Dengan itu, semua
kaum dapat berkumpul dan belajar bersama-sama dalam satu jenis sekolah tanpa
berlakunya diskriminasi mahupun perpecahan kaum.
Laporan ini tidak akan mengiktiraf sebarang pembentukan sekolah
vernakular Cina dan Tamil yang akan menjadi satu komponen dala sistem
pendidikan kebangsaan. Menurut Morni, (2019) bahasa pengantar yang digunakan
di dalam sekolah kebangsaan ialah bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Bahasa
ibunda daripada kumpulan etnik yang lain akan diturunkan tarafnya kepada bahasa
asing dan hanya akan diajar sebagai satu mata pelajaran sahaja.
34
Menubuhkan Sekolah-sekolah
sekolah dwibahasa Melayu, Cina dan
Tamil ditukarkan
di mana bahsa secara beransur-
pengantar ialah
bahasa Melayu dan ansur kepada
bahasa Inggeris sekolah
kebangsaan.
CADANGAN LAPORAN
BARNES
Pengajaran agama menggantikan
pengajaran jawi di sekolah
Tujuan :
Mengurangkan bebanan ibu bapa yang
terpaksa menghantar anak-anak mereka ke
kelas agama pada waktu petang.
Rajah 4: Cadangan Laporan Barnes
35
b) LAPORAN FENN-WU (1951)
Laporan Barnes telah menimbulkan isu dalam kalangan kaum Cina. Mereka
bimbang jika cadangan dalam laporan tersebut diteruskan, bahasa dan budaya
mereka akan hilang. Oleh itu, suatu laporan telah telah timbul iaitu Laporan Fenn-
Wu (1951). Laporan ini merupakan kesinambungan dengan Laporan Barnes (1950).
Laporan Fenn- Wu (1951) telah diketuai oleh Dr. Fenn iaitu setiausaha Kerja
Bersekutu Negara China dan Dr. Wu Teh Yao yang bekerja dengan Pertubuhan
Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Tujuan laporan ini diwujudkan adalah untuk
mengkaji dan menilai semula kewajaran Laporan Barnes 1950. Hal ini dikatakan
demikian kerana masyarakat Cina beranggapan laporan tersebut bertujuan untuk
menghapuskan bahasa dan kebudayaan Cina.
Menurut Nor Shela (2019) bangsa cina gusar budaya dan bahasa mereka
yang dikhuatiri akan hilang kerana penggunaan bahasa Melayu yang dominan.
Salah satu cadangan Laporan Fenn-Wu (1951) ialah seklah Cina akan
menggunakan bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Cina. Terdapat
beberapa cadangan lagi yang telah dinyatakan oleh Laporan Fenn-Wu bagi
menjamin bahasa dan budaya Cina dimartabatkan tanpa berlaku sebarang
pengasigan bahasa.
36
Sekolah vernakular iaitu Sekolah-Sekolah jenis
sekolah Cina, sekolah Tamil kebangsaan iaitu Sekolah
dan Sekolah Melayu dibenarkan Inggeris akan dikekalkan.
beroperasi dengan
menggunakan bahasa Melayu,
bahasa Cina dan bahasa Tamil
serta mengadakan bahasa
kebangsaan.
CADANGAN
LAPORAN FENN-WU
1951
Sekolah-sekolah vokasional
terus dikembangkan untuk
menampung keperluan
tenaga pekerja mahir yang
diperlukan untuk
pembangunan negara
Persekutuan Tanah Melayu
atau Malaysia
Rajah 5: Cadangan Laporan Fenn-wu
37
Walaupun demikian, menurut Nor Shela (2019) usul ini telah ditentang oleh
United Malays National Organisation (UMNO) kerana mereka beranggapan bahawa
kaedah pelaksanaan tersebut tidak membawa kepada tujuan asal iaitu perpaduan
etnik. Oleh itu, untuk mengatasi perkara tersebut terus berlaku dan akan
menimbulkan isu pada masa akan datang, satu jawatankuasa telah dibangunkan
bagi mengkaji cadangan Barnes dan Fenn-Wu iaitu Jawatankuasa Penasihat Pusar.
Jawatankuasa ini bertujuan untuk memastikan keseimbangan dan keadilan antara
cadangan Barnes dan Fenn-Wu.
c) ORDINAN PELAJAR (1952)
Berikutan isu yang timbul antara Laporan Barnes dan Laporan Fenn-Wu yang
mempunyai percanggahan cadangan, suatu jawatankuasa telah ditubuhkan bagi
mengkaji kedua-dua laporan tersebut. Jawantakuasa tersebut ialah Jawatankuasa
Penasihat Pusat yang bertujuan mengadili cadangan kedua-dua pihak. Oleh itu
terdapat beberapa perubahan yang telah dilakukan oleh Ordinan Pelajaran 1952.
Salah satu perkara yang telah dilakukan oleh ordinan ini ialah mengadakan
dua sistem persekolahan iaitu sekolah yang mengunakan bahasa Melayu dan
Inggeris sebagai bahasa pengantar. Sistem pendidikan sekolah kebangsaan
dilaksanakan melalui pengenalan bahasa Inggeris secara beransur-ansur di sekolah
Melayu, Cina dan Tamil. Sebelum berlakunya kefahaman dalam pendidikan, sekolah
Inggeris telah ditubuhkan dalam kalangan masyarakat namun kemasukan pelajar
adalah terhad kepada anak-anak golongan atasan sahaja. Dalam Ordinan Pelajar
ini, sekolah Inggeris telah dikekalkan dan bahasa Melayu semakin berkembang
dengan pembejarannya di sekolah-sekolah Cina dan Tamil.
Selain itu, cadangan Laporan Barnes 1950 untuk meletakkan pembelajaran
agama pada waktu petang telah diubah oleh Ordinan Pembelajaran 1952. Ordinan
ini telah menyatakan bahawa pendidikan agama akan diadakan pada waktu
persekolahan untuk murid-murid beragama Islam. Pelajaran bahasa Melayu
38
diwajibkan di sekolah Inggeris manakala bahasa Inggeris diwajibkan di sekolah
Melayu.
Walaupun bahasa Cina dan Tamil telah diperkenalkan sebagai bahasa asing
di dalam Ordinan Pelajaran (1952), namun ia juga mempunyai syarat tertentu untuk
mewujudkan persediaan pembelajaran di dalam sekolah. Pelajaran bahasa Cina dan
Tamil perlulah disediakan oleh sekolah sekiranya peljar mencapai sekurang-
kurangnya 15 orang pelajar. Pembelajaran kedua-dua bahasa ini dikira sebagai
subjek tambahan di dalam setiap sekolah kebangsaan kepada pelajar-pelajar yang
berkenaan.
Sekolah-sekolah vokasional juga akan diperkembangkan. Hal ini dikatakan
demikian kerana, kerajaan ingin mewujudkan tenaga pekerja yang berpotensi dan
mempunyai kemahiran dalam membangunkan negara ke arah kemajuan. Perkara ini
telah disedari oleh pemimpin tempatan dan barat bagi menghalang pemutusan
tenaga kerja yang ramai.
39
d) LAPORAN RAZAK (1956)
Laporan Razak pada tahun 1956 merupakan laporan selepas Ordinan
Pelajar. Satu jawatankuasa telah ditubuhkan ketika itu selepas Ordinan Pelajar iaitu
Jawatankuasa Mengkaji Semula Dasar Pelajaran. Antara bidang tugas
jawatankuasa ini ialah memeriksa dasar pelajaran sedia ada termasuk perkara yang
terkandung dalam Ordinan Pelajaran 1952. Jawatankuasa ini juga mengesyorkan
perubahan dan penyesuaian terhadap pendidikan. Laporan ini juga dikenali sebagai
Penyata Razak yang dikemukakan pada 6 Mei 1956. Menurut penyata ini, untuk
membentuk satu sistem pendidikan yang sistematik, perlulah mempunyai ciri-ciri
yang betul.
CIRI-CIRI DALAM MEMBENTUK SISTEM
PENDIDIKAN
Bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan dan bahasa pengantar
Kurikulum yang berorientasikan
dalam sekeliling tanah air
Sukatan pelajaran yang mempunyai
isi kandungan yang sama bagi
semua sekolah
Rajah 6: Ciri-ciri dalam membentuk sistem pendidikan.
40
Setelah itu, Penyata Razak telah digantikan dengan Laporan Razak pada
tahun 1956. Asasnya laporan ini mempunyai 17 cadangan yang mengambil kira
matlamat akhirnya membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan. Antara perkara
yang diperkatakan dalam Laporan Razak ialah:
Bahas Melayu dan bahasa Inggeris wajib bagi semua sekolah
rendah dan menengah
Bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Tamil menjadi bahasa
pengantar bagi sekolah jenis kebangsaan
2 jenis sekolah yang terbuka kepada semua etnik antara sekolah-
sekolah rendah yang menerima bantuan atau persendirian dan
menengah yang menerima bantuan atau persendirian
Sistem pendidikan sekolah menengah terdiri daripada Sekolah
Menengah Rendah (SMR), Sekolah Menengah Atas (SMA) dan Pra
Universiti.
Sistem peperiksaan yang berpusat dan sama bagi semua
Guru-guru sekolah rendah dan menengah yang berkelayakan
Semua guru diletakkan di bawah satu perkhidmatan professional
Penubuhan Jemaah Nazir Persekutuan
Rajah 7: 17 cadangan Laporan Razak 1956
41
PENGENALAN BAHASA MELAYU MODEN
Bahasa Melayu Moden bermula pada abad ke-19 iaitu setelah kedatangan
penjajah Eropah seperti Portugis, Belanda dan Inggeris. Karya tokoh seperti karya
Munsyi Abdullah merupakan permulaan kepda bahasa Melayu moden. Bahasa
Melayu berada pada kedudukan yang tinggi sebelum kedatangan British. Fungsi
bahasa Melayu ketika itu adalah sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran,
kesusasteraan dan bahasa pengantar di pusat-pusat pendidikan Islam. Sebelum
kemunculan bahasa Melayu Moden, bahasa melayu klasik telah digunakan sebagai
bahasa rasmi istana dalam setiap urusan-urusan. Menurut Faridah & Norlidza (2020)
terdapat beberapa perbezaan antara bahasa Melayu klasik dan bahasa Melayu
moden. Perbezaan yang ketara dalam kedua-dua perkembangan bahasa tersebut
ialah melalui konsep morfologi iaitu perkataan atau kata dalam bahasa Melayu. Hal
ini kerana dalam bahasa klasik, mereka lebih menggunakan perkataan atau ayat
pasif manakala dalam bahasa Melayu moden, jenis perkataan dan ayat-ayat lebih
banyak menggunakan konsep aktif iaitu ayat dan perkataan menggunakn susunan
aktif.
Dalam bahasa Melayu moden juga terdapat perkembangan pertubuhan
seperti Dewan bahasa dan pustaka (DBP) dan mempunyai kerjasama serantau dan
pengantarabangsaan. Oleh itu, terdapat suku kata dan susunan ayat yang betul dan
lebih gramatis dalam bahasa Melayu moden.
42
a) PERANAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (DBP)
Kerajaan Malaysia telah menubuhkan Dewan Bahasa dan Pustaka pada 22
Jun 1956. Tujuan penubuhan ini adalah untuk memartabatkan Bahasa Melayu.
Selain itu, tujuan penubuhan ini juga adalah bertujuan untuk mengembangkan
bahasa Melayu yang bakal dijadikan bahasa kebangsaan pada ketika itu. Menjelang
tahun 1956, Dewan Bahasa dan Pustaka telah dinaikkan sebagai badan berkanun
yang telah disempurnakan melalui Ordinan Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun
1959. Setelah itu, Dewan Bahasa dan Pustaka telah diberikan kuasa secara
autonomi untuk menggubal dasarnya yang khusus, menyusun program pembinaan
dan pengembangan bahasa dan sastera serta menjalankan kegiatan penerbitan dan
perniagaan buku secara teratur berdasarkan prinsip dan amalan perusahaan dan
sektor penerbitan.
DBP telah memberikan pelbagai kepentingan dalam memartabatkan bahasa
Melayu pada masa akan datang. DBP juga dipercayai sebagai salah satu medium
untuk mencari dan menganalisis maklumat bahasa Melayu iaitu dari segi morfologi
sehinggalah peringkat akhir iaitu wacana.
Menurut Hamedi (1991) merupakan penerbitan buku yang paling besar di
Malaysia. Dengan edaran buku kepada orang ramai, jualan mendapat sambutan
daripada masyarakat kerana kadar harga yang sesuai berbanding dengan pengedar
swasta. Hal ini dikatakan demikian kerana DBP mempunyai tanggungjawab sosial
untuk dipikul seperti yang termaktub dalam akta negara iaitu Akta 213 (Akta Dewan
Bahasa dan Pustaka) yang meminta pihak DBP mengedarkan buku yang banyak
kepada orang ramai. Kepentingan DBP dapat dinyatakan melalui usaha mereka
memartabatkan penggunaan bahasa Melayu.
43
PERANAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
Membina dan memperkayakan bahasa
kebangsaan dalam semua bidang termasuk
sains dan teknologi
Memperkembangkan bakat sastera
khususnya dalam bahasa kebangsaan
Mencetak, menerbitkan, membantu
percetakan, penerbitan buku-buku,
majalah-majalah, risalah-risalah dan
bentuk-bentuk kesusasteraan dalam
bahasa kebangsaan dan bahasa lain-
lain.
Membakukan ejaan dan sebutan dalam
bahasa Melayu
Membentuk istilah-istilah yang sesuai dalam
bahasa kebangsaan
Menggalakkan penggunaan bahasa
kebangsaan yang betul supaya
digunakan secara meluas bagi segala
maksud mengikut undang-undang yang
sedang berkuatkuasa.
Rajah 8: Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka.
44
b) KERJASAMA SERANTAU DAN PENGANTARABANGSAAN
Bahasa Melayu merupakan bahasa yang dikatakan sebagai bahasa dunia.
Bahasa Melayu telah berkembang di Nusantara Indonesia sekalihus di Kepulauan
Melayu yang memberi impak kepada perkembangan bahasa Melayu. Hal ini
dikatakan demikian kerana sejak awal bahasa Melayu diperkenalkan melalui bahasa
sanskrit dalam bahasa Melayu kuno sehingga kini penglibatan Indonesia dalam
bahasa Melayu turut serta. Perkara ini juga berlaku kerana terdapat persamaan
antara bahasa Indonesia dan bahasa Melayu dalam penggunaannya sehari-hari.
Malaysia dan Indonesia telah menubuhkan Majlis bahasa Indonesia-Malaysia
(MBIM) pada tahun 1972 bagi memulakan era baru dalam kerjasama kebahasaan
peringkat serantau. Pada tahun 1985 pula, Brunei Darussalam telah menyertai
penubuhan pakatan Indonesia-Malaysia sekaligus memperluaskan penubuhannya
menjadi Majlis Bahasa Brunei Darussalam- Indonesia- Malaysia (MABBIM). MBIM
dan MABBIM telah ditubuhkan untuk merancang dan memantau perkembangan
bahasa Melayu atau bahasa Indonesia di rantau ini. Kedua-dua penubuhan ini
adalah untuk menyeragamkan pedoman ejaan, penyeragaman pedoman
pembentukan istilah dan penyeragaman istilah-istilah ilmu tinggi peringkat
profesonal dan baik. Singapuran juga sering mengikuti sidang MBIM dan MABBIM
sejak tahun 1985 sebagai pemerhati. Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu dan
Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu adalah sangat penting bagi
kerjasama yang banyak membentuk kerja-kerja peristilahan.
Perkembangan bahasa Melayu telah merentasi negara secara langsung
berkaitan dengan bidang pendidikan bahasa, khususnya strategi pengajaran bahsa
Melayu kepada penutur asing yang telah menuntut ilmu di Malaysia. Namun ia juga
adalah berkaitan dengan pendatang asing yang telah menetap di Malaysia dengan
jangka masa yang lama. Secara nyatanya, kedudukan bahasa Melayu merupakan
sebagai bahasa antarabangsa benar-benar menyerlah dalam zaman bahasa Melayu
klasik. Perkembangan tersebut adalah pada sekitar abad ke-15 dan beberapa abad
45
beirkutnya. Penggunaan bahasa Inggeris yang telah menjadi bahasa ibunda atau
bahasa utama belum mencapai satu tahap bahasa antarabangsa yag dominan.
Menurut Awang Sariyan (2015) upaya kita sebenarnya lebih merupakan salah
satu upaya meningkakan taraf antrabangsa yang telah dicapai oleh bahasa Melayu
dahulu, terutama dalam rangka kesesuaiannya dengan perkembangan zaman. Ia
adalah selaras dengan konsep bahawa keantarabangsaan pada zaman gemilang
tamadun Melayu sebelum datangnya penjajah lagi. Sumbangan Islam sebagai
agama sejagat telah membantu menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa
antarabangsa, melalui penyerapan istilah-istiah yang berkaitan dengan akidah dan
ibadah.
Potensi besar bahasa Melayu yang menimbulkan keperluan perencanaan
pengajaran bahasa Mleayu kepada penurut asing, sebagai salah satu usaha
pengantarabangsaan bahasa dan persuaratan Melayu pada zaman ini ialah
kewujudan pusat-pusat pengajian di seluruh dunia yang mengajar bahasa Melayu
sekaligus membawa pengertian bahasa Indonesia. Hal ini kerana bahasa Indonesia
dan Malaysia mempunyai persamaan dari segi kosa kata dan sedikit sebanyak
perkataan yang sama.
Menurut Nazreen (2014) walaupun bahasa Melayu telah tersebar luas dalam
dunia melalui pengajian yang melayakkan pembelajaran bertaraf antarabangsa,
namun peranannya sebagai wahana moden tidaklah begitu memberangsangkan dan
ia masih lagi dalam keadaan samar-samar. Bahasa Melayu moden ketika ini dpat
dilihat melalui perdagangan, ekonomi, bahasa ilmu dan bahasa teknologi di
peringkat antarabangsa.
Dalam usaha pengantarabangsaan bahasa Melayu ini telah diberikan oleh
pelbagai bidang dalam negara. Bidang-bidang itulah yang perlu mengutamakan
bahasa Melayu agar ia terus berkembang kepada persada dunia walaupun bahasa
Inggeris menjadi bahasa pengantar di negara luar. Antaranya pengantarabangsaan
bahasa Melayu adalag melalui politik, kerjasama negara, dan pendidikan di
beberapa benua.
46
Oleh itu, dalam membentuk kerjasama dan pengantarabangsaan bahasa
Melayu, memerlukan perancangan yang sangat teliti kerana ia adalah langkah untuk
memartabatkan bahasa kebangsaan sendiri.
47
BAHAGIAN 3
CABARAN DAN
MASA DEPAN
BAHASA MELAYU
48
PENGENALAN
Bahasa Melayu telah mengalami pelbagai perkembangan dari segi imbuhan,
kosan kata dan sistem perkataan. Bahasa Melayu yang tealh menjadi bahasa dunia
ini juga telah diiktirafkan di persada dunia dan menjadi pengajian di beberapa buah
negara sebagai salah satu bahasa asing.
Bahasa Melayu yang menjadi pengantar ilmu atau asas kepada ilmu
masyarakat telah disarankan oleh Laporan Razak pada tahun 1956 dan telah
dikukuhkan lagi oleh Laporan Abdul Rahman Talib 1960. Perkara ini dapat
dibuktikan bahawa bahsa Melayu boleh menjadi bahasa ilmu apabila digunakan
sepenuhnya dalam institut pengajian tinggi. Subjek ini seharusnya tidak dilupuskan
bagi mencapai sebuah bahasa kebangsaan yang terus berkembang pada masa
akan datang.
Kadangkala terdengar daripada pendapat orang bahawa bahasa Melayu tidak
akan menjadi bahasa yang mampu mengubah masyarakat. Mereka berpendapat
bahawa bahasa itu akan berada pada tempat yang kedua dan ilmu akan berada
pada tempat yang pertama atau utama. Sepatutnya persepsi seperti ini perlulah
dibuang daripada pemikiran masyarakat kerana kita memiliki bahasa yang
berkembang dan dinamis dalam menghadap apa juga cabaran yang bakal datang.
49
BAHASA MELAYU DALAM PENDIDIKAN
Dasar bahasa pendidikan ialah dasar yang dipegang dalam menggunakan
bahasa sebagai bahasa pengantar di sekolah. Selama beberapa tahun selepas
kemerdekaan, perisytiharan bahasa Melayu sebagai bahasa utama sekolah tibul isu
bahawa dalam pendidikan dibenarkan untuk menggunakan bahasa Inggeris sebagai
bahasa pengantar atau bahasa pendidikan pada masa itu. Pendidikan ini
termasuklah institusi pengajian tinggi kerajaan dan swasta serta pendidikan sekolah.
Hal ini telah merosakkan rancangan sebelumnya kerana ia akan menggugat
penggunaan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan.
Cabaran ini adalah berlaku semenjak timbulnya Akta Pendidikan 1996 dan
Akta IPTS 1996 diluluskan. Menurut Hashim (1996) cabaran yang paling serius
dalam bahasa Melayu ialah penubuhan kolej swasta dan separuh swasta dan
institusi pengajian tinggi awam bergerak ke arah menjadikan bahasa Inggeris
sebagai bahasa pengantar. Tambahan pula Akta Pendidikan Tinggi Swasta (1996)
menyatakan bahawa IPTS di negara ini perlulah menggunakan bahasa Inggeris
sebagai bahasa pengantar namun ia bukanlah satu jaminan yang membawa kepada
keutuhan bahasa Melayu.
Dalam hal ini, keseragaman penggunaan bahasa Melayu dalam pendidikan
dalam negara seharusnya diterapkan dalam sistem yang nyata. Ia akan memberikan
impak yang positif ke arah perkembangan bahasa Melayu pada era akan datang
sebagai bahasa utama dan rasmi di Malaysia.
50
BAHASA MELAYU DALAM EKONOMI
Selain daripada faktor pendidikan, faktor ekonomi juga merupakan salah satu
isu yang membimbangkan dalam pemerkasaan bahasa Melayu. Terdapat yang
menafikan keupayaan bahasa Melayu dalam bidang perniagaan, saham, korporat,
perbankan dan penjenamaan produk. Walaupun demikian, dalam bidang ini masih
tidak meluar perkembangan bahasa Melayu dalam konteks sehingga ke hari ini. Hal
ini hanya berlaku pada peringkat masyarakat tempatan apatah lagi pada peringkat
antarabangsa.
Isu yang sering timbul dalam bidang ekonomi ialah bahasa Melayu dikatakan
tiada nilai ekonomi, tiada nilai komersial dan sukar digunakan dalam urusan
perdagangan. Namun demikian, bahasa Melayu tetap menjadi kekalahan kepada
bahasa Inggeris dalam banyak situasi terutama dalam bidang ekonomi. Dalam
bidang ekonomi, bahasa Melayu sering dikatakan tidak difahami oleh golongan-
golongan pedagang terutamanya pedagang dari luar negara. Kini, bahasa Inggeris
merupakan bahasa utama dalam kegiatan perdagangan walaupun perdagangan
dalam negara. Penggunaan bahasa Melayu dalam perniagaan sangat jelas kurang
digunakan oleh masyarakat perniaga. Isu ini bukan sahaja menurunkan martabat
bahasa Melayu tetapi ia juga akan menimbulkan sikap percampuran bahasa antara
bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.