51
PENTADBIRAN KERAJAAN
Sebelum merdeka, bahasa Melayu telah digunakan dalam pentadbiran
kerajaan namun telah ditentang oleh pihak British kerana pada masa itu pentadbiran
telah dipegang oleh kuasa barat. Namun selepas merdeka, bahasa Melayu telah
dijadikan sebagai bahasa kebangsaan negara yang sudah termaktub dalam
perlembagaan negara. Setiap kegiatan perlulah menggunakan bahasa Melayu
namun diberi kebebasan untuk menggunakan bahasa yang lain seperti bahasa
kaum contohnya bahasa Tamil, bahasa Cina dan banyak lagi. Namun dalam
pentadbiran kerajaan terdapat beberapa percampuran bahasa yang merupakan
salah satu cabaran dalam pemartabatan bahasa Melayu.
Dalam sistem pendidikan juga merupakan salah satu cabang dalam
pentadbiran kerajaan. Sebagai bahasa kebangsaan, bahasa Melayu berjaya
membentukkan konsep negara yang berdaulat dan telah menjadi salah satu faktor
pemerkasaan hubungan antara kaum di Malaysia. Sektor utama dalam pentadbiran,
pendidikan, undang-undang dan kehakiman telah mencapai kemajuan melalui
penggunaan bahasa Melayu yang menyebabkan berlakunya demokrasi pendidikan.
Hal ini dikatakan demikian kerana sesetengah pelajar Malaysia telah mendapat
peluang belajar dalam bahasa kebangsaan sendiri. Kekangan yang sering dikatakan
dalam kalangan pelajar ialah mereka terpaksa belajar dalam bahasa asing kerana
pentadbiran kerajaan yang telah mengeluarkan akta bahawa institut pendidikan
tinggi boleh menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pendidikan.
52
KERANCUAN BAHASA DI MEDIA SOSIAL
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2013), perkataan ‘rancu’ bermaksud
tidak teratur, bercampur aduk dan kacau (bahasa) manakala kerancuan bermaksud
keadaan rancu atau kekeliruan penggunaanya. Kerancauan mempunyai maksud
yang sama dengan rancu iaitu tidak teratur dan bercampur aduk. Dalam isu bahasa
Melayu ini, sering dikaitkan dengan pembakuan bahasa Melayu dalam pertuturan
dan juga penulisan dalam media sosial. Kini, media sosial bukan sesuatu yang
janggal lagi dalam kalangan masyarakat Malaysia. Perkembangan dunia juga
membawa kepada sesuatu yang baru terhadap bahasa Melayu dari segi
penggunaannya. Hal ini dikatakan demikian kerana dahulu sebelum mempunyai
pengaruh media sosial, masyarakat lebih bertutur secara baku namun sekarang
banyak campur aduk bahasa dan penggunaan tatabahasa yang tidak betul.
Menurut Awang Sariyan (1994), bahasa seseorang itu dikira baku apabila dia
menguasai sistem ejaan, tatabahasa, peristilahan, sebutan dan laras bahasa. Dalam
bahasa Melayu sangat mementingkan susun atur dan penggunaan perkataan yang
betul bagi memudahkan pihak pendengar atau pembaca memahami apa yang ingin
kita sampaikan. Kerancauan yang dinyatakan merupakan kecelaruan, kekacauan,
pencemaran dan kesilapan yang membawa kepada pencemaran bahasa yang
mengacu makna yag sama. Antara kerancauan bahasa Melayu yang sering berlaku
pada masa ini ialah penggunaan bahasa rojak, penggunaan dialek, penggunaan
ejaan yang salah dan terdapat beberapa lagi. Laras bahasa juga merupakan salah
satu aspek yang dititik beratkan dalam penggunaan bahasa Melayu dalam media
sosial.
Terdapat beberapa faktor yang telah menyebabkan berlakunya isu ini dalam
kalangan pengguna bahasa Melayu. Penggunaan bahasa rojak sering digunakan
pada masa ini. Penggunaan bahasa rojak dikaitkan dengan penggunaan tatabahasa
dan sintaksis yang kurang tepat dan atau salah. Penggunaan bahasa rojak juga
dikaitkan dengan percampuran bahasa antara bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
Dalam hal ini, ia telah dipengaruhi dengan komukasi luar negara iaitu penggunaan
bahasa Inggeris yang berleluasa. Kadangkala masyarakat muda tidak dapat
mengawal sikap mereka dan berasa malas untuk berbahasa baku dalam bahasa
53
Melayu. Kesannya, kerancauan bahasa dalam media sosial ini akan menghakis
kekuatan bahasa Melayu iti sendiri akibat penggunaan bahasa rojak secara
berleluasa. Selain itu, masyarakat akan memandang remeh terhadap penggunaan
bahasa Melayu yang betu di media sosial. Tambahan pula isu yang timbul ini akan
menyebabkan pendidikan masyarakat terhadap penggunaan ayat bahasa Melayu
yang betul akan terjejas. Hal ini kerana mereka berasa keliru dalam menilai
perkataan yang ada dalam bahasa Melayu atau tidak. Oleh itu, sesetengah
masyarakat boleh dikatakan turut terpengaruh dengan penggunaan kerancauan
bahasa di media sosial sehingga menjadi kebiasaan lebih-lebih lago golongan
remaja.
Kesimpulannya, kerancauan bahasa seharusnya dibendung dari masa
sekrang agar tidak berleluasa dan tidak diteruskan lagi dalam kalangan masyarakat.
Ia memberikan kesan yang tinggi dalam penggunaan bahasa Melayu sehingga
mampu menurutkan martabat bahasa Melayu di Malaysia sekaligus dunia.
54
PERCAMPURAN KOD
Percampuran kod merupakan salah satu fenomena biasa dalam kalangan
masyarakat yang boleh berbahasa lebih daripada satu. Secara umumnya di
Malaysia pencampuran kod sering berlaku dengan menggunakan bahasa Melayu
dan bahasa Inggeris. Percampuran kod juga berlaku apabila seorang bertutur
dengan mencampur adukkan bahasa atau dialek dengan bahasa atau dialek yang
lain. Hal ini berlaku kerana di Malaysia mempunyai pelbagai budaya dan kaum yang
mempunyai bahasa dan dialek yang berlainan apabila bertutur.
Seiring dengan kecanggihan teknologi dalam dunia yang semakin canggih ini,
sistem komunikasi juga mengalami perubahan terutama dalam kalangan generasi
muda. Noor Aida & Norzaliza (2019) menyatakan bahawa menurut Muyken (2016)
mendefinisikan percampuran kod merupakan penggunaan lebih daripada satu
bahasa dalam pertuturan dan ia digunakan dalam komunikasi. Hal ini dikatakan
demikian apabila seorang anak jati Melayu menuturkan bahasa Melayu dengan
menyelitkan perkataan daripada bahasa lain. Di Malaysia, bahasa Melayu
merupakan bahasa utama dan bahasa Inggeris merupakan bahasa kedua.
Isu ini sering berlaku dalam pengajaran di universiti awam dan telah dianggap
sebagai satu norma atau kebiasaan. Di universiti mengalami percampuran kaum
yang menyebabkan percampuran bahasa juga turut berlaku. Terdapat juga yang
mengatakan dalam dwibahasa. Percampuran kod ini juga dipengaruhi oleh
perkahwinan silang budaya yang mempengaruhi oleh pemilihan linguistik (bahasa)
individu dan seterusnya akan berkembang kepada ahli keluarga yang lain.
Seperti yang diketengahkan dalam sistem pendidikan, bahasa Melayu
perlulah digunakan di sekolah sebagai bahasa pendidikan. Beberapa tokoh bahasa
menentang penggunaan bahasa Inggeris dalam pendidikan walaupun ilmu tersebut
dari luar seperti sains dan matematik. Menurut Noor Aida & Norzaliza (2019)
menyatakan kajian Malini & Jia (2018) mendapati bahawa tidak semua peljar
sekolah rendah bergantung kepada percampuran kod untuk memahami dan belajar
bahsaa kedua ini.
Percampuran kod ini juga sebenarnya memberikan impak kepada nilai
bahasa Melayu. Jika diteruskan lagi, ia akan menjejaskan penggunaan bahasa
55
Melayu dan sekaligus akan menjadi kebiasaan atau trend kepada masyarakat lebih-
lebih lagi remaja. Golongan yang sepatutnya menjaga martabat bahasa Melayu
terpengaruh dengan penggunaan percampuran kod atas alasan tertentu.
SLANGA
Penggunaan bahasa slanga dalam kalangan remaja telah menyebabkan
wujudnya bahasa slanga dalam pertuturan dan juga penulisan. Bahasa slangan
merupakan penggunaan bahasa yang tidak rasmi dan ungkapan-ungkapan yang
tidak dianggap sebagai standard dalam dailek atau bahasa. Dalam hal ini, slanga
sering dijumpai di kawasan kosa kata. Penulisan-penulisan yang digunakan dalam
sesebuah buku terutama dalam bacaan ringan seperti komik mampu mempengaruhi
pembaca dan mereka akan terikut-ikut. Dalam perkara ini, apabila mereka sudah
terikut-ikut, mereka akan mencampur adukkan bahasa slanga dalam bahasa
Melayu.
Sekiranya bahasa slanga diterima menjadi satu kebiasaan penggunaan
bahasa slanga bagi penggunaan di aam realiti muka akan melenyapkan bahasa
Melayu yang gramatis dan murni. Secara tidak langsung, bahasa slanga yang sering
digunakan dalam kalangan masyarakat akan perlahan-lahan menghakis pengunaan
bahasa Melayu sepertimana ia digunakan dengan cara yang betul. Sejujurnya
matlamat untuk mengembangkan bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat akan
terkabur kerana kemunculan bahasa slanga.
Antara contoh bahasa slanga yang sering dibicarakan oleh golongan
masyarakat ialah caye iaitu percaya, camni iaitu macam ini dan teypon iaitu telefon.
Sebenarnya terdapat pelbagai lagi bahasa slanga yang sering diunggapkan. Bahasa
slanga ini digunakan hanyalah untuk memudahkan pertuturan mereka sehari-hari
sehingga tidak kedengaran berbahasa baku. Kebiasaan yang digunakan dalam
menggunakan bahasa slanga ini akan mencemarkan penggunaan bahasa Melayu
yang telah lama menjadi bahasa dunia.
56
KESIMPULAN
Bahasa Melayu merupakan bahasa dunia yang timbul beribu-ribu tahun
dahulu. Perkembangan bahasa Melayu adalah bermula daripada pengaruh bahasa
Sanskrit. Pengaruh bahasa Sanskrit ini telah berkembang luas pada zaman bahasa
Melayu Kuno. Terdapat beberapa tulisan yang telah diperkenalkan oleh pada zaman
bahasa Melayu Kuno antaranya tulisan Pallava atau Pallawa, tulisan Nagiri dan
tulisan Kawi. Zaman bahasa Melayu Kuno ini telah mengajar masyarakat serba
sedikit mengenai pendidikan dan masyarakat mula mempelajari sistem tulisan
mereka. Zaman bahasa Melayu Kuno telah berubah menjadi zaman bahasa Melayu
Klasik. Zaman ini timbul akibat kedatangan pedagang dari Arab. Pada zaman ini
berlaku penyebaran bahasa Arab dan tulisan Arab. Kedatangan mereka juga telah
mendatangkan pengaruh Islam dalam kalangan masyarakat Melayu. Zaman bahasa
Melayu Klasik telah menggunakan tulisan Jawi dalam setiap urusan seperti
pentadbiran dan urusan dalam istana. Khususnya terdapat beberapa lagi ciri-ciri
perkembangan bahasa Melayu seperti penggunaan ejaan Za’ba, rumi kongres,
ejaan rumi bahasa Melayu dan pedoman ejaan rumi bahasa Melayu. Dalam
pedoman ejaan rumi bahasa Melayu telah berlaku pemodenan ejaan yang telah
menggabungkan Melayu dan Indonesia.
Dalam hal ini, perkembangan bahasa Melayu telah berubah menjadi bahasa
Melayu pramerdeka iaitu zaman sebelum merdeka. Pada zaman bahasa Melayu
pramerdeka, terdapat beberapa tokoh bahasa yang menampakkan usaha mereka
dalam memartabatkan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat
Melayu. Hal ini dikatakan demikian kerana, pada masa tersebut kerajaan British
telah memegang sistem pentadbiran dan sistem pendidikan. Oleh itu, sistem
pendidikan telah dikawal oleh pihak British dari segi penggunaan bahasa pengantar
si sekolah dan pelajar-pelajar dalam sekolah tersebut. Dalam sejarah perkembangan
bahasa Melayu pramerdeka dan pascamerdeka pula, telah berlaku beberapa
penubuhan bagi memartabatkan penggunaan bahasa Melayu. Antara penubuhan
tersebut ialah Pejabat Karang-Mengarang, Pakatan Belajar-Mengajar Pengetahuan
Bahasa dan ASAS 50 iaitu Angkatan Sasterawan 50. Penubuhan-penubuhan ini
57
telah melangsungkan pelbagai peranan bagi meningkatkan lagi martabat bahasa
Melayu dalam kalangan masyarakat. Selain itu, terdapat juga beberapa laporan
yang mengandungi sistem pendidikan bahsa Melayu. Dalam hal ini, laporan tersebut
adalah berdasarkan tokoh-tokoh yang telah menyatakan idea mereka. Contohnya,
Laporan Barnes (1951), Laporan Fenn-Wu (1951) dan Laporan Razak (1956).
Kesemua laporan ini telah dibuat sebelum merdeka iaitu pada zaman pramerdeka
bagi merancang penggunaan bahasa Melayu pada masa akan datang dalam
kalangan masyarakat.
Sesuatu bahasa sememangnya memerlukan masa dan usaha untuk
memartabatkan sesuatu bahasa tersebut. Hal ini dikatakan demikian kerana dalam
memartabatkan sesuatu bahasa mempunyai cabaran dan perlu diatasi serta
keadaan bahasa tersebut pada masa akan datang. Cabaran bahasa Melayu ini
sememangnya tidak boleh dielak namun boleh diperbaiki dan diatasi dengan segera
agar masalah atau isu tersebut tidak berulang pada masa akan datang. Cabaran-
cabaran bahasa Melayu ini termasuk juga dari segi politik, ekonomi, pencampuran
kod, slanga dan banyak lagi. Cabaran atau isu ini semakin berleluasa dan akan
perlahan-lahan menghakis martabat bahasa Melayu. Kini, bahasa Melayu tidak dititik
beratkan lagi oleh masyarakat akibat daripada pengaruh asing. Isu ini khususnya
berlaku dalam kalangan remaja pada masa ini. Oleh itu, peranan daripada pelbagai
pihak sangat penting bagi menjamin martabat bahasa Melayu pada masa akan
datang. Selain itu, masyarakat Malaysia juga perlulah sedar tanggungjawab masing-
masing untuk menjaga bahasa kebangsaan sendiri kerana kemajuan dan
pembangunan negara bergantung kepada bahasa kebangsaan negara itu sendiri.
58
SUMBER RUJUKAN
Awang Sariyan. (2015). 5th Malaysia international conference on foreign language (MICFL
2015): Bahasa Melayu sebagai bahasa antarabangsa dan upaya
pengantarabangsaan.
https://www.researchgate.net/profile/Shamala-
Paramasivam/publication/311227542_A_comparative_discourse_analysis_of_hedge
s_in_opinion-
giving_by_Arab_EFL_and_Malay_ESL_learners_in_WhatsApp_focused_group_disc
ussions/links/583fb47608ae2d217557edd4/A-comparative-discourse-analysis-of-
hedges-in-opinion-giving-by-Arab-EFL-and-Malay-ESL-learners-in-WhatsApp-
focused-group-discussions.pdf#page=6
Awang Sariyan. (2020). Ceramah Arif Budiman 16: Masa depan bahasa Melayu di
Nusantara.
https://academyofsingaporeteachers.moe.edu.sg/docs/librariesprovider6/resources-
files/ceramah-arif-budiman/jilid-4/12-cab-16---prof-datuk-dr-awang-sariyan.pdf
Ening H., (2017), Islam dan perkembangan bahasa Melayu. Jurnal Lektur Keagamaan: Vol.
15, No. 1, 2017: 81-96
https://www.researchgate.net/publication/325149903_Islam_dan_Perkembangan_Ba
hasa_Melayu
Jaafar Jambi. (2008). Cabaran dan proses pemantapan bahasa Melayu. Jurnal Pengajian
Melayu, Jilid 19, 2008.
https://mojc.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/9721/6860
James T. C., (2005), Bahasa Melayu bahasa dunia: Sejarah singkat.
https://books.google.com.my/books?hl=en&lr=&id=_mbVdqbseg4C&oi=fnd&pg=PA1
&dq=perkembangan+bahasa+melayu&ots=ed9MuoMh9m&sig=I9oYtJDen0t-
u0qaUf1k6f2Fs74#v=onepage&q=perkembangan%20bahasa%20melayu&f=false
59
Ibrahim Majdi Mohamad Kamil & Maliati Mohamad. (2020). Cabaran pemerkasaan bahasa
Melayu dalam usaha mencapai negara bangsa di Malaysia. ASIAN PEOPLE
JOURNAL 2020,VOL 3(2),181-191.
https://journal.unisza.edu.my/apj/index.php/apj/article/view/152/150
Makmur H. & Muhammad Bukhari L., (2015), Pengajaran tulisan Jawi kaedah Za’ba dan
Matlob (r.h): Satu kajian perbandingan.
https://www.researchgate.net/publication/283318693_PENGAJARAN_TULISAN_JA
WI_KAEDAH_ZA'BA_DAN_MATLOB_rh_Satu_Kajian_Perbandingan
Morni Hanim Salleh., Mohd Samsudin. & Suffian Mansor. (2019). Reaksi Kesatuan
Persekutuan Guru-Guru Melayu Semenanjung dan Dong Jiao Zong terhadap
Laporan Barnes 1950. 55Sejarah: JournalofHistory Department, University of
Malaya; No. 28 (1) 2019: 55-69; ISSN 1985-0611.
http://mojem.um.edu.my/index.php/SEJARAH/article/view/18971/10691
Muhammad Ariff Ahmad. (1992). Bicara Bahasa dan Sastera 3: Pertumbuhan dan
perkembangan bahasa Melayu.
https://www.languagecouncils.sg/mbms/en/-
/media/mlc/documents/penerbitan_pertumbuhan-dan-perkembangan-bahasa-
melayu_haji-muhammad-ariff-ahmad.pdf
Mior Khairul Azrin bin Mior Jamaluddin. (2011). Sistem pendidikan di Malaysia: Dasar,
cabaran dan pelaksanaan kearah perpaduan nasional. SOSIOHUMANIKA, Vol 4, No
1 (2011).
https://journals.mindamas.com/index.php/sosiohumanika/article/view/436
Nazreen Munir. (2014). Wacana akademik bahasa Melayu: Pengantarabangsaan bahasa
Melayu.
https://www.academia.edu/9579200/Pengantarabangsaan_Bahasa_Melayu
Nor Shela Saleh., Norizan Rameli., Muhaymin Hakim Abdullah & Riki Rahman. (2019).
Integrasi etnik dalam ideology pendidikan. JOURNAL OF TECHNO
SOCIALVOL.11NO.2(2019)47-54
https://publisher.uthm.edu.my/ojs/index.php/JTS/article/view/4370/3337
60
Noor Aida Mahmor & Norzaliza Ghazali. (2019). Seminar Teknologi Multimedia &
Komunikasi 2019: Trend percampuran kod generasi muda masa kini. e-Prosiding
SMTComm’19 (e-ISBN 978-967-16435-5-6).
http://repo.uum.edu.my/26720/1/SMTC%202019%20112%20%20120.pdf
Sharifah Darmia Sharif Adam. (2019). Peranan dan cabaran bahasa kebangsaan dalam
menyatupadukan pelbagai etnik di Sabah. Volume 4, Issue 4, August
2019
https://media.neliti.com/media/publications/322623-peranan-dan-cabaran-bahasa-
kebangsaan-da-9b258eee.pdf
Shahril Shahril & Charil bin Marzuki. (2009). Dasar dan perancangan pendidikan negara
sejak 52 tahun kemerdekaan Malaysia: Satu sorotan dan refleksi. Vol 10, No 2
(2009).
https://ejournal.upi.edu/index.php/JAPSPs/article/view/6309
Wiwien W., (2016), Pengenalan aksara Pallawa dengan Modal Hidden Markov.
https://journal.itny.ac.id/index.php/ReTII/article/view/441
Fitriah Gi Kwang. (2013, 24 Julai). [Slaid PowerPoint. SlideShare]. Bahasa Melayu pasca
merdeka.
https://www.slideshare.net/fitriahgikwang/pasca-merdeka
Nazarinanawawi. (2012, 03 Mei). [Slaid PowerPoint. SlideShare]. Masa hadapan bahasa
Melayu.
https://www.slideshare.net/nazarinanawawi/masa-hadapan-bahasa-melayu
Institut Pendidikan Guru (IPG). (Jun 2011). Modul bahasa Melayu: Sejarah perkembangan
bahasa Melayu, Perkamusan dan Terjemahan.
https://bm1ipip.weebly.com/uploads/2/8/0/8/28087439/modul_bmm3112.pdf
61