The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU LOG PENGAKAP_NUR HELWANA BINTI TAIB

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by helwanataib, 2024-05-06 03:38:20

BUKU LOG PENGAKAP_NUR HELWANA BINTI TAIB

BUKU LOG PENGAKAP_NUR HELWANA BINTI TAIB

TUGASAN 1a KERJA KURSUS (INDIVIDU) SEMESTER / PROGRAM PISMP KOD KURSUS MPU3431a NAMA KURSUS KOKURIKULUM- UNIT BERUNIFORM PENGAKAP I NAMA NUR HELWANA BINTI TAIB ANGKA GILIRAN 2021172310575 NO. KAD PENGENALAN 020728020572 KUMPULAN PT2S2-3 NAMA PENSYARAH ENCIK MUHAMMAD JUN BIN BASARUDDIN TARIKH HANTAR 15 APRIL 2024 Pengesahan Pelajar: Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuk dan fahami. Catatan (jika ada) TANDATANGAN: TARIKH: MARKAH INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS 56000 KUALA LUMPUR


NAMA : NUR HELWANA BINTI TAIB NO. K/P : 020728-02-0572 JANTINA : PEREMPUAN AGAMA : ISLAM BANGSA : MELAYU ALAMAT: C-3-1 KOMPLEKS KEDIAMAN PENSYARAH IPG KAMPUS PULAU PINANG, 11700 GELUGOR, PULAU PINANG NO. TEL: 0111-8529876 A. GILIRAN : 2021172310575 PROGRAM : PISMP 2022 B I O D A T A


DEFINISI Pergerakan Pengakap dapat didefinisikan sebagai pergerakan sukarela,bebas daripada politik untuk melatih generasi muda, terbuka kepada semua tanpa mengira asal usul,bangsa dan kepercayaan agama selaras dengan prinsip dan kaedah yang diilhamkan oleh pengasasnya. MATLAMAT Bagi melatih generasi muda untuk melahirkan individu yang berpotensi dari segi fizikal, intelek, sosial dan rohani serta tanggungjawab terhadap masyarakatnya, negaranya dan seterusnya masyarakat antara bangsa. PRINSIP 1. Kepercayaan kepada Tuhan. 2. Tanggungjawab kepada masyarakat dan negara. 3. Perkhidmatan kepada diri sendiri P R I N S I P - P R I N S I P A S A S P E R T U B U H A N


LAMBANG DAN MAKSUD LOGO PENGAKAP DUNIA 1. Pecahan tiga kelopak : melambangkan Persetiaan Pengakap yang tiga. 2. Dua buah bintang pecah lima warna ungu pada kelopak kiri dan kelopak kanan :melambangkan Undang-undang Pengakap. 3. Ikatan putih :menunjukkan ikatan persaudaraan Pengakap. L A M B A N G D A N M A K S U D L O G O P E R T U B U H A N


4. Lingkaran tali berwarna putih : melambangkan persaudaraan Pengakap Sedunia. 5. Warna ungu : warna Pengakap Sedunia. 6. Warna putih : kesucian dan kebersihan LAMBANG DAN MAKSUD LOGO PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA 1. 3 kelopak pada lambang membawa maksud 3 Persetiaan Pengakap iaitu :. 1. Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara 2. Menolong orang setiap masa 3. Menurut undang-undang Pengakap. 2. Dua bintang pecah lima berwarna hijau menandakan undang-undang Pengakap yang sepuluh.


3. Ikatan hijau yang mengikat kelopak melambangkan "Persaudaraan Pengakap" 4. Bintang pecah 14 melambangkan "Kesemua negeri-negeri dalam Malaysia" 5. Bulan Sabit menandakan "Agama rasmi Negara iaitu Agama Islam". 6. Lingkaran Tali melambangkan "Perpaduan Rakyat Malaysia dan PersaudaraanPengakap Sedunia". 7. Warna kuning pada bulan sabit dan bintang juga melambangkan warna dirajabagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja. 8. Warna kuning,hijau,merah yang terdapat pada lambang menandakan unit-unitpengakap iaitu: 1. Kuning - Pengakap Kanak-Kanak 2. Hijau - Pengakap Muda 3 .Merah - Pengakap Remaja


COGAN KATA PENGAKAP KANAK-KANAK a)Untuk murid tahap dua sekolah rendah iaitu berumur 9 tahun hingga 12 tahun. b)Cogan kata mereka ialah“Buat Sehabis Baik”. c)Mempelajari asas kepengakapan bagi membuat persediaan yang rapi dan menimba ilmu pengetahuan. d) Membentuk tingkah laku dan persepsi yang positif terhadap kepengakapan. COGAN KATA PENGAKAP MUDA a) Untuk tingkatan 1 hingga tingkatan 3 sekolah menengah. b) Cogan kata mereka ialah“Selalu Sedia”. c) Ahli pengakap selau bersedia menerima segala cabaran yang dipelajari asas kepengakapan dengan mengaplikasikan asas tersebut dalam kehidupan. d) Menerima latihan sesuai dengan umurnya. e) Satu Istiadat Meningkat Naik hendaklah diadakan dan ahli akan melafazkan semula Persetiaan Pengakap. C O G A N K A T A P E R T U B U H A N


COGAN KATA PENGAKAP REMAJA a) Untuk murid sekolah menengah tingkatan 4 dan 5 termasuk pelajar tingkatan 6. b) Cogan kata mereka ialah“Pandangan Luas” c) Ahli pengakap membentuk satu rutin dalam kepengakapan supaya dapat mencipta atau berfikiran jauh untuk sesuatu yang baharu dan sentiasa berfikir diluar kotak. COGAN KATA PENGAKAP KELANA a) Untuk ahli berusia 17 tahun hingga 40 tahun. b) Cogan kata mereka ialah“Berkhidmat” c) Ahli pengakap yang sukarela menjadi sebahagian daripada ahli akan berkhidmat untuk negara dan juga memegang kepada prinsip kepengakapan. d) Perkhidmatan tersebut akan membentuk jati diri yang kukuh dan sentiasa berfikiran lebih rasional.


MAKSUD LOGO 1. Terdapat 3 kelopak pada lambang yang membawa maksud 3 Persetiaan Pengakap iaitu: a) Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara b) Menolong orang setiap masa c) Menurut undang-undang Pengakap. 2. Dua bintang pecah lima berwarna hijau menandakan undang-undang Pengakap yang sepuluh. B E N D E R A R A S M I P E R T U B U H A N


3. Ikatan hijau yang mengikat kelopak melambangkan "Persaudaraan Pengakap" 4. Bintang pecah 14 melambangkan "Kesemua negeri-negeri dalam Malaysia" 5. Bulan Sabit menandakan "Agama rasmi Negara iaitu Agama Islam". 6. Lingkaran Tali melambangkan "Perpaduan Rakyat Malaysia dan Persaudaraan Pengakap Sedunia". 7. Warna kuning pada bulan sabit dan bintang juga melambangkan warna diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja. 8. Warna kuning,hijau,merah yang terdapat pada lambang menandakan unit-unit pengakap iaitu: a) Kuning - Pengakap Kanak-Kanak b) Hijau - Pengakap Muda c) Merah - Pengakap Remaja


L A G U R A S M I P E R T U B U H A N


P E R S E T I A A N & U N D A N G - U N D A N G


SEJARAH PENGASAS PENGAKAP DUNIA Lord Baden-Powell juga dikenali sebagai “BP” dilahirkan pada 22 Februari 1857 di Hyde Park, London. Bapanya, Reverend H.H. Baden-Powell merupakan seorang pensyarah di Universiti Oxford, London. Ibunya pula adalah anak kepada Laksamana British yang bernama W.T.Smyth. Semasa BP berumur 3 tahun, ayahnya meninggal dunia. Beliau kemudian tinggal bersama ibunya dalam keadaan yang sederhana. Sejak kecil lagi beliau sudah menunjukkan minat yang amat mendalam terhadap kehidupan di luar rumah dan alam semula jadi. Pada zaman persekolahan, BP banyak menceburkan diri dalam kegiatan sekolah seperti berlakon,menyanyi dan menembak. Pada tanggal 8 Januari 1941, beliau telah meninggal dunia di Paxtu, Kenya sebelum sempat menyambut ulang tahun ke 84. S E J A R A H P E N U B U H A N P E R T U B U H A N


SEJARAH PENUBUHAN PERTUBUHAN ANTARABANGSA Pergerakan Pengakap telah diasaskan oleh Robert Stephenson SmythBaden Powell atau Lord Baden-Powell, seorang tentera Inggeris berpangkat Leftenan Jeneral. Setelah bersara daripada tentera, Baden-Powell pulang ke England dan telah menganjurkan satu perkhemahan di Pulau Browsea selama 10 hari pada tahun 1907. Seramai 21 orang budakbudak turut serta dalam perkhemahan itu. Baden-Powell menggunakan idea berpandukan kepada pengalamannya dalam peperangan Mafeking dan buku“ Aids To Scouting”. Selepas itu dalam tahun 1908, Baden-Powell pula mengarang sebuah buku berjudul “Scouting For Boys”. Kandungannya berdasarkan kepada pengalaman beliau semasa menjadi askar di India dan Afrika serta perkhemahan budak-budak diPulau Browsea. Buku itu telah memikat hati budak-budak. Dengan itu wujudlah Pergerakan Pengakap. Dalam tempoh setahun sahaja Pergerakan Pengakapberkembang di England dan merebak ke Australia, Canada, New Zealand dan AfrikaSelatan. Berikutnya pada tahun 1909, Pergerakan Pengakap ditubuhkan di Chile, Amerika Syarikat, Ghana, India dan selepas itu di seluruh dunia.


SEJARAH PERTUBUHAN DI MALAYSIA Pergerakan Pengakap mula berkembang di Malaysia (Malaya) 2 tahun setelah BP mengasaskan Pergerakan ini di England apabila F.C.Sands menubuhkan pasukan Pengakap KanakKanak (cubs) di Singapura pada 2hb Julai 1910. Setelah tamat Perang Dunia ke-II iaitu tepat selepas Merdeka pada tahun 1957, PersekutuanBudak-Budak Pengakap Tanah Melayu, menjadi ahli dalam Persidangan Pengakap Sedunia. Pada tahun 1963 (penubuhan Malaysia), Persekutuan BudakBudak Pengakap Tanah Melayu ditukar kepada Persekutuan Pengakap Malaysia. Penubuhan Pengakap di Malaysia telah dilakukan oleh pegawai Ingeris sama ada daripada pengawai pentadbiran atau para pendidik. Pergerakan Pengakap juga ditubuhkan oleh pegawai Melayu seperti penubuhan Pengakap Kelantan dilakukanoleh para pelajar kelas malam anjuran Majlis Agama Islam, di Sekolah Inggeris Kota Bahru di bawah pimpinan Tengku Ahmad Temenggung (Tengku Panglima Raja Kelantan). Persekutuan Budak Pengakap Persekutuan Tanah Melayu dibentuk selepas Perang Dunia Ke-2. Persekutuan ini menjadi


satu badan bebas dan berasingan serta menjadi ahli penuh kepada Persidangan Pengakap Sedunia (dulu terkenal sebagai Persidangan Pengakap Antarabangsa) pada 1hb September 1957.Persekutuan Pengakap Malaysia telah ditubuhkan pada bulan November 1964 yang mengandungi Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. Persekutuan Pengakap Singapura kemudian berhenti menjadi sebahagian daripada Persekutuan Pengakap Malaysia apabila Singapura berpisah daripada Malaysia pada bulan Ogos 1965. Persekutuan Pengakap Malaysia terdiri daripada Majlis-majlis Negeri, iaituJohor, Kedah, Perak, Sabah, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, PulauPinang, Sarawak, Selangor, Melaka, Terengganu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Labuan. Rumah BP yang terletak di Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur, ialah ibu pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia, yang telah didirikan dengan belanja RM150 ribu dan telah dibuka dengan rasminya pada 5 Januari 1957 sempena menyambut perayaan ulang tahun yang ke-50 Pengakap Dunia. Rumah BP adalah nadi pergerakan pengakap seluruh negara. Di sinilah


Ketua Pesuruhjaya Negara mengarahkan segala gerak kerja Persekutuan Pengakap Malaysia. Ringkasan tahun negeri yang menubuhkan Pergerakan Pengakap: 1910: Pulau Pinang oleh R Roberts, GH Goh & George Pykett 1913: Sabah oleh Thomas Cecil Alexander di Sandakan1915: Pulau Pinang oleh HR Cheeseman di Penang Free School 1915: Sarawak oleh Thomas Cecil Alexander di Kuching (aktif selepas 1930) 1919: Pahang oleh GM Laidlow di Pekan (diaktifkan 1927 oleh HP Hertslet 1922: Kedah oleh EC Hicks, EAG Stuart, RPS Walker & CW Bloomfield 1926: Perak oleh LR Wheeler di Maktab Melayu Kuala Kangsar 1926: Melaka oleh R Brunstone di Bandar Melaka 1926: Negeri Sembilan oleh R Brunstone, Bird Smith & Roger Smith 1926: Selangor oleh BE Haw di Sekolah Victoria Institution 1927: Terengganu oleh AJ Gracle1927: Kelantan oleh YM Tengku Ahmad Temenggong 1928: Johor oleh HR Cheeseman di Maktab Sultan Abu Bakar 1931: Perlis oleh Bird Smith & Roger Smith


ISTIADAT LAUNG AGUNG Istiadat Laung Agung adalah tradisi dalam Istiadat PKK dan telah digunakan di seluruh dunia. Ia dilakukan oleh PKK untuk menunjukkan bahawa mereka telah membuat "Sehabis Baik". Kata penghargaan itu ditujukan khas kepada pemimpin PKK atau Akela. Laung Agung hendaklah diadakan pada setiap awal dan akhir perjumpaan PEK. 1. Akela berteriak PEK ! ( bermaksud PKK berhenti, diam dan dengar arahan seterusnya dalam keadaan sedia). S E J A R A H P E N U B U H A N P E R T U B U H A N


2. Akela berteriak PEK ! PEK ! PEK ! lalu melebarkan kedua tangan separas bahu yang menunjukkan isyarat untuk membentuk bulatan kecil. 3. Sambil berteriak PEEEEK, pengakap kanak-kanak berlari menghampiri Akela lalu membentuk bulatan mengelilingi Akela mengikut sekawan. Akela mendepa tangan dan PKK pula berpegangan tangan. 4. Akela angkat tangan tinggi sedikit. PKK mengangkat tumit. Akela menurunkan tangan rapat ke peha, PKK segera melepaskan pegangan sesama mereka lalu duduk mencangkung rapat manakala tangan berada di sisi luar kedua belah peha lalu berteriak ' AKELA, KITA BUAT HABIS BAIK ". Sebaik sahaja menyebut BAIK, pkk terus berdiri dlm keadaan sedia mengadap Akela. 5. Petugas dari sekawan bertugas memberi hormat kepada Akela dan mencabar sambil berteriak " KAMU BUAT HABIS BAIK " (intonasi menyoal ). PKK yang membalas hormat sambil menjawab " KAMI BUAT HABIS BAIK ". 6. Akela membalas hormat dalam keadaan sedia. ( PKK tidak turunkan tangan mereka sehingga Akela turunkan tangannya dari posisi tabik hormat ). Istiadat Laung Agung hanya bermula daripada Perkara 1 - 6 seperti di atas. Selepas selesai perkara no. 6, Istiadat Mengibar Bendera dilakukan bagi PKK.


ISTIADAT TERIMA ANUGERAH 1.Laung Agung dijalankan terlebih dahulu. 2. Akela bergerak kebulatan di hadapan bendera. 3. Akela memanggil penerima lencana berbaris di hadapannya (ditengah bulatan). 4.Taklimat Akela tentang pentingnya lencana yang diterima oleh penerima. 5. Akela maju ke arah PKK dan PKK tabik hormat 6. Akela menyematkan lencana -Lencana Kemajuan di kiri lengan baju -Lencana Kepandaian di kanan lengan baju. 7. Akela bersalam dan ucapan “Syabas”. 8.PKK tabik hormat 9.Selesai semua -Pek beri sorakan “Tahniah”dan dijawab oleh penerima lencana. 10.PKK balik ke sekawan masing-masing. ISTIADAT TAMAT KURSUS (MANIKAYU) Manikayu adalah pengesahan yang diterima oleh orang dewasa dalam Pengakap yangtelah menyempurnakan Kursus Kepimpinan Manikayu (Peringkat Pengenalan hingga Peringkat Keempat) yang diberikan oleh Pasukan Latihan,Persekutuan Pengakap Malaysia. ◆ Mereka yang menghabiskan latihan diberikan pengesahan dalam bentuk dua mani kayu pada tali kulit. ◆ Penerima Manikayu dikenali sebagai Wood Badger atau Gilwellian.


STRUKTUR ORGANISASI PERTUBUHAN ANTARABANGSA S T R U K T U R O R G A N I S A S I P E N G A K A P


STRUKTUR ORGANISASI PERTUBUHAN MALAYSIA


STRUKTUR ORGANISASI IPG


PERATURAN PENDAFTARAN ◆ Pendaftaran ahli pengakap diperbaharui setiap tahun ◆ Pendaftaran keahlian bermula bulan mac ◆ Tertakluk dibawah akta : Akta Parlimen 1968, Akta (Perbadanan) Persekutuan PengakapMalaysia pindaan Akta 143, Tahun 1974 pindaan Akta 409,Tahun 1989 YURAN KEAHLIAN YURAN PENGAKAP KANAK-KANAK ◆ Bermula tahun 2018, yuran keahlian =RM7 ◆ Pengakap Kanak-kanak,Pengakap Muda Dan Pengakap Remaja ◆ Yuran sebelumnya =RM5 YURAN PENGAKAP DEWASA ◆ Pengakap dewasa =RM10 ◆ Barisan pemimpin, jawatankuasa kumpulan, ahli majlis & pesuruhjaya K A E D A H P E N D A F T A R A N A H L I


BORANG PENDAFTARAN PENGAKAP


PENUBUHAN DAN PENDAFTARAN KUMPULAN Seorang yang dewasa berusia lebih dari 18 tahun 6 bulan dan menjadi pemimpin boleh menubuhkan kumpulan dengan menulis surat kepada Pesuruhjaya Pengakap Daerah/Setiausaha Persekutuan Tempatan untuk menyatakan tujuannya atau penerangan cara menubuhkan Pasukan Pengakap. Bila Pesuruhjaya Pengakap Daerah dan Persekutuan Pengakap Tempatan berpuas hati maka 3 keping boring PPM – (8) akan dikirimkan kepada pemimpin berkenaan untuk dipenuhkan. Setelah lengkap dan ditandatangani oleh Kuasa Penganjur (Guru Besar) dan bakal pemimpin, hendaklah dihantar kepada Persekutuan Pengakap Malaysia melalui Pesuruhjaya Pengakap Negeri. Apabila mendapat kelulusan dari Persekutuan Tempatan dan PesuruhjayaPengakap Daerah, maka bakal pemimpin hendaklah bersetuju menerima tujuan-tujuan, cara-cara dan dasar Persekutuan untuk mengusahakan dengan sedaya upayanya. T A N G G U N G J A W A B & P A K A I A N P E M I M P I N


a) Menubuhkan jawatankuasa Kumpulan dengan secepat mungkin dan tidak lewatdari 3 bulan setelah kumpulan ditubuhkan. b) Hendaklah mengandungi sekurang-kurangnya 3 patrol dan tidak lebih dari 6 patrol mempunyai sejumlah 18 / 48 orang ahli. Apabila lebih dari dua unit maka hendaklah ada seorang Pemimpin Kumpulan, 2 oreang pemimpin dan beberapa orang penolong pemimpin. Jika satu unit sahaja maka hendaklah ada seorang pemimpin bertugas dan beberapa orang penolong-penolongnya mengikut keperluan kumpulan itu. c) Menegaskan tentang keagamaan dalam pengakap supaya perjalanan kumpulan itu mengikut nilai-nilai agama. d) Menentukan semua ahli pengakap menerima latihan sepenuhnya mengikut skimlatihan. e) Menolong kumpulan itu untuk mendapatkan tempat / rumah yang sesuai danperalatan latihan untuk berlatih. f) Pemimpin mesti patuh akan Dasar, Pertubuhan dan Perlembagaan PersekutuanPengakap Malaysia. Bagi ibu pejabat, seterusnya menerima borang PPM-8 dua salinan akan dikembaliukan ke Pesuruhjaya Negeri dan Persekutuan Tempatan untuk direkodkan. Usaha seterusnya oleh kumpulan ialah pembayaran pendaftaran keahlian dankumpulan dengan memenuhkan borang PPM 1 (A) dan PPM (B) Borang pendaftaran kumpulan RM 10.00 Borang pendaftaran ahli pengakap RM 3.00 Bayaran pendaftaran pemimpin / ahli biasa RM 5.00


PERATURAN DAN PEMBATALAN KUMPULAN Kumpulan yang tidak memperbaharui pendaftarannya bersekali dengan keahliannya, maka kumpulan itu tidak dibenarkan menjalankan latihan / perjumpaan dan tidak dibenarkan ahli-ahlinya memakai uniform pengakap. Kumpulan itu dengan sendirinya digantung keahliannya mengikut peraturan perlembagaan Persekutuan peraturan 44 – 46 dan 47.Dalam masa penggantungan semua latihan kumpulan dan pemimpinnya secara automatik digantung keahlian pemimpinnya serta tauliahnya mengikut peraturan 80 PPM. Walau bagaimana pun penggantungan ini adalah sementara sehingga kumpulan itu memperbaharui pendaftaran keahliannya. Pihak Persuruhjaya Daerah akanmemaklumkan kepada kuasa penganjur akan kesalahan perkara ini. Pihak Pesuruhjaya Daerah akan menarik balik surat penggantungan kumpulan dan tauliah pemimpin setelah pendaftaran disempurnakan kemudian. PENTADBIRAN KUMPULAN a) Majlis Kumpulan Keanggotaan Majlis Kumpulan hendaklah terdiri dari:- i) Seorang Pengerusi ii) Seorang Setiausaha iii) Seorang Bendahari iv) Sekurang-sekurangnya 7 orang ahli jawatankuasa v) Pemimpin kumpulan adalah sebagai ahli tasmi bagi mewakili Majlis Pemimpin Kumpulan. vi) Kuasa Penganjur adalah sebagai penasihat. b) Majlis Pemimpin Kumpulan.


i) Pemimpin kumpulan / pemimpin bertugas – Pengerusi ii) Seorang pemimpin dilantik – Setiausaha iii) Semua pemimpin dan penolong pemimpin – jawatankuasa c) Majlis Ketua Patrol Pemimpin kumpulan hendaklah menubuhkan Majlis Ketua Patrol yang terdiri daripada ketuaketua patrol dan penolongnya. TAULIAH-TAULIAH Pemimpin kumpulan hendaklah memohon tauliah tetap/sementara pemimpin kepada Pesuruhjaya Daerah untuk pemimpin-pemimpin seperti berikut. a) Tauliah Tetap – kepada pemimpin yang telah menghadiri dan lulus Kursus Kepimpinan Manikayu peringkat II b) Tauliah sementara – kepada pemimpin yang belum menghadiri sebarang kursus kepimpinan manikayu. c) Tanpa Tauliah – pemimpin yang tidak mempunyai sebarang tauliah, maka ianyatidak boleh menjalankan latihan kepada ahli pengakapnya. TUGAS MAJLIS PEMIMPIN a) Buku log Kumpulan.- Kedatangan ahli unit tiap-tiap perjumpaan .- Perharian- Stok alatan kumpulan- Persediaan mengajar/program latihan- Kutipan yuran. b) Surat kebenaran ibubapa/penjaga- Pemimpin unit hendaklah terlebih dahulu membuat surat kebenaran murid/pelajar yang ingin memasuki unit pengakap dari ibu bapa mereka dan surat kebenaran ini hendaklah disimpan dan difailkan. c) Butiran peribadi Unit Pengakap.- Nama ahli, No. KP - Tarikh lahir, bangsa , agama, kesihatan- Nama ibu bapa, alamat keluarga- Kecenderungan/minat.


PAKAIAN SERAGAM PEMIMPIN


TUJUAN a.Menyelamatkan nyawa : Memberi bantuan awal untuk menyelamatkan magsa dalam situasi mengancamnyawa seperti pendarahan yang banyak dan jantung terhenti. b. Mengurangkan kesakitan : Memberi keselesaan, keyakinan serta kata-kata semangat untuk memberikan keselesaankepada pesakit. c. Mengelakkan kecederaan atau keadaan menjadi semakin teruk:Memberi rawatan yang betul dan pantas untuk mengelakkannya daripadabertambah teruk. d. Sebagai persediaan sebelum diambil oleh doctor: Memudahkan tugas doktor untuk merawat mangsa sebaik sahaja sampai di tempat kejadian K E P E N T I N G A N A S A S P E R T O L O N G A N C E M A S


PRINSIP a.Utamakan keselamatan Jangan mengambil tindakan bahaya untuk menyelamatkan nyawa mangsa. Sekiranya tindakan tersebut masih dilakukan, hanya akan menjadi beban tambahan kepada orang lain. b. Berikan pertolongan setakat yang termampu Ahli Pertolongan Cemas bukanlah profesional. Oleh itu, lakukan sekadar yang mampu sahaja kerana kemungkinan tindakan yang berlebihan dan tidak pasti hanya akan memburukkan lagi keadaan. Kadang kala hanya berada di sisi mangsa,menenangkannya dan memberikan kata-kata semangat sudah mencukupi. c. Seboleh-bolehnya tidak perlu memindahkan mangsa, beri pertolongan cemas di tempat kejadian. Jika keadaan kawasan tersebut bahaya dan dapat mendatangkan mudarat kepada mangsa dan orang yang memberikan bantuan, maka, mangsa boleh dipindahkan di tempat yang selamat dan berdekatan sebelum pertolongan cemas diberikan. d. Sentiasa jaga kehormatan mangsa Jangan sewenang-wenangnya membuka pakaian mangsa untuk memeriksa kecederaan atau untuk menjalankan CPR. Pertolongan seharusnya diberikan setakat yang boleh tanpa melampaui batas terutama kepada mangsa yang berlainan jantina.


➢ Balutan Anduh berfungsi untuk mengampu & merehatkan anggota atas serta menjauhkan anggota atas daripada menarik atau menggerakkan dada, bahu & leher. ➢ Ikatan Simpul Sila digunakan bagi mengikat anduh dan balutan. FUNGSI ANDUH ➢ Mengampu tangan atau pun pergelangan yang tercedera ➢ Menahan darah ➢ Membalut bahagian cedera/patah B A L U T A N D A N A N D U H


JENIS BALUTAN ANDUH (balutan kepala)


(balutan siku) (balutan lengan)


(balutan tangan dan kaki)


LUKA Luka ialah terkoyak daging pada tubuh yang menyebabkan darah keluar dibahagian luar atau dalam dan membolehkan kumankuman masuk. Jika kuman-kuman itu masuk pada luka, ini akan menyebabkan luka itu bernanah (jangkitan). JENIS-JENIS LUKA Luka boleh dibahagikan kepada yang berikut: 1. luka terhiris (incised wound) 2. luka terkoyak (lacerated wound) 3. luka tembus atau tertikam (punctured or stab wound) 4. lebam (contused wound) 5.tembakan senapang di mana lukanya kecil ketika peluru masuk,tetapi besar ketika peluru keluar (gunshot wound) RAWATAN i. Balut luka dengan kain yang bersih dan kering ii. Bahan darah jika keluar iii. Gunakan anduh (jika perlu) dan hantar ke hospital LUKA DI DADA KERANA TERTIKAM M E R A W A T L U K A D A N G I G I T A N


i. Baringkan si malang dan naikkan kepala dan bahunya, serta condongkan badannya ke sebelah luka ii. Balutkan luka itu dengan segera. Luka seperti ini disebut luka terhisap (sucking wound) iii. Hantar ke hospital dengan segera GIGITAN ULAR Tanda gigitan ular boleh menyebabkan terkejut yang amat sangat, bengkak pad atempat yang digigit dan berbisa pada pesakit. RAWATAN 1. Jika anggota badan digigit,tahan perjalanan darah dengan mengikat kuat pada bahagian yang digigit berhampiran dengan jantung, tetapi janganlah sehingga menyebabkan pengaliran darah dalam urat nadi terhenti. 2. Anda harus dapat merasa denyutan nadi pada pergelangan tangan atau kaki. 3. Cuci luka itu dengan air yang berwarna merah tua dengan kalium permanganat untuk menawarkan racun yang ada pada luka itu. 4. Juntaikan anggota yang digigit dan biarkan darah keluar dengan menghiris daging yang digigit dengan pisau tajam, yang telah terbakar terlebih dahulu. 5. Longgarkan ikatan selama setengah minit tiap-tiap setengah jam. 6. Biarkan pesakit bertenang dengan cukup. 7. Berikannya kopi atau teh agar badannya panas. 8. Jika ia tidak bernafas, bantunya dengan cara pertolongan dalam pernafasan. 9. Panggil doktor atau bawa ia ke rumah sakit yang paling dekat. 10. Antivenin (ubat menawarkan racun bisa gigitan ular) hanya boleh diberikan oleh mereka yang terlatih untuk berbuat demikian.


MELECUR Terbakar disebabkan oleh benda-benda panas yang kering seperti api, aruselektrik atau ubat-ubat yang kera s lagi tajam seperti air api, asid dan alkali. Melecur pula disebabkan oleh benda-benda panas yang berair seperti wapair yang mendidih atau minyak panas. RAWATAN 1. Baringkan pesakit dan rawat ia daripada terkejut. Jangan tanggalkan pakaiannya kecuali jika basah disebabkan oleh minyak petrol atau air atau api atau alkali kerana pakaian melindungkan orang itu daripada udara yangsejuk dan memberi kepanasan kepadanya. 2. Lindungkan tempat yang terbakar atau melecur daripada udara dengan menutupnya dengan kain pembalut yang bersih atau kain kering 3. Panggil doctor 4. Berikan pesakit banyak minuman panas (jka ia sedar dalam kebakarantidak teruk atau melecur tidak teruk) M E L E C U R , P I T A M D A N P A T A H


5. Jika pakainnya disambar api, selimutkannya dengan kain, baju atau kain tutup meja. Biarkannya diatas. Pergerakan akan menyalakan api PITAM PUNCA-PUNCA 1. Udara tidak dapat berkisar dengan betul 2. Terlalu lapar atau terlalu kenyang 3. Mendapat berita yang mengejutkan 4. Darah keluar terlalu banyak 5. Melihat kejadian yang ngeri 6. Mencium bau yang busuk 7. Kekurangan oksigen dalam darah apabila pernafasan tergendala 8. Kekurangan darah dalam otak 9. Berpanas terlalu lama 10. Otak tercedera. TANDA-TANDA 1. Muka menjadi pucat 2. Berasa pening dan sakit 3. Denyutan nadi menjadi lemah 4. Bernafas dengan deras RAWATAN 1. Longgarkan pakaian pada bahagian leher, dada dan pinggangnya 2. Beri udara bersih dengan mengipasnya 3. Jika pesakit telah sedar, berinya minum air yang sejuk atau teh manis yang panas


4. Jika terlalu lapar, berikan makanan ringan seperti biskut atau roti 5. Berehat di tempat teduh 6. Jika mukanya merah, angkat muka dan bahunya. Jika mukanya pucat,baringkannya 7. Tahan semua darah daripada keluar kecuali dari telinga 8. Jika ia bernafas dengan bising (kuat), baringkannya dalam kedudukan mengiring 9. Selimutkannya, tetapi jangan terlalu panas 10. Makanan tidak boleh diberi selagi pesakit itu masih belum sedar PATAH Tulang yang retak ataupun terpisah dipanggil PATAH. Biasanya amat suar untuk mengenal pasti sama ada tulang itu patah atau tidak. Bila mana kita merasai sangsi, kecederaan itu mestilah di rawat seperti mana rawatan untuk patah. JENIS-JENIS PATAH PATAH TERTUTUP- Tulang patah tetapi kulit tidak tercedera. PATAH TERBUKA- Luka akan wujud dibahagian tulang yang patah. (patah terbuka) (patah tertutup)


RAWATAN 1.Tenangkan mangsa. 2.Topang dibahagian yang cedera dan cegah gerak bahagian tersebut. 3.Tutup mana-mana luka dengan kain bebat yang telah disucihamakan. 4.Topang dibahagian yang cedera dalam posisi yang sangat-sangat selesa.Rehatkan bahagian lengan yang patah dengan bantal atau kusyen. Gunakanselimut yang digulung dan apitkan di sisi sepanjang anggota yang patah. 5.Gunakan bahagian anggota yang tidak cedera sebagai sokongan.Contohnya, bebatkan jari yang patah kepada jari yang disebelahnya. 6.Dapatkan bantuan seberapa segera yang boleh.


KERACUNAN Racun ialah suatu cecair, pepejal atau gas yang masuk ke dalam badan dengan jumlah yang secukupnya sehingga merosakkan kesihatan, atau malahan memusnahkan nyawa. Racun gas seperti gas dapur, asap api, asap kereta,hidrogen klorida dan lain-lain biasanya disedut ke dalam badan. Racun yang ditelan biasanya disebabkan oleh buah-buahan beracun, makanan berkuman atau tersalah adunan. Alkali dan asid adalah racun yang kuat kerana akan membakar mulut atau kerongkong atau perut, ia bertindak terhadap saraf. RAWATAN Jika termakan racun, berilah tablet atau larutan untuk menghilangkan sakit misalny aaspirin, ubatan yang mengandungi candu, menidurkannya (dadah barbituret)atau khayal fikiran. Jika pesakit sedar dan tiada tanda mulut atau bibir terbakar, tanyalah apa yang terjadi untuk mendapatkan maklumat. Muntahkan dengan menjolok jari kebelakang tekak atau meminumkan air garam. Jika terdapat tanda mulut atau bibir terbakar, berikan air untuk mencairkan. Jika pesakit tidak sedar K E R A C U N A N D A N T E R S E L I U H


dan masih bernafas, tentukan salur nafas terbuka. Letakkan seperti kedudukan pemulihan pernafasan terhenti. Hantar ke hospital atau klinik bersama bekas racun atau kesan-kesan yang boleh didapati atau kesan muntah untuk memudahkan doktor memeriksa jenis racun tersebut. TERSELIUH Selepas sesuatu pergerakan yang tidak semena-mena dan luar biasa,tulang di bahagian sendi mungkin menjadi terkehel dan biasanya diikuti dengan kesakitan yang amat sangat dan membengkak. Kemungkinan hilang daya upayadi tempat yang cedera. Kadangkala mungkin ada tulang yang cedera di tempat tersebut atau berhampiran dengannya. Oleh yang demikian, jangan cuba merawat tempat yang terkehel kerana ini akan menyebabkan kehilangan daya rasa atau pergerakan disebabkan tekanan diatas urat saraf yang berhampiran atau saraf saluran darah. RAWATAN 1.Bantu pesakit supaya berada dalam posisi yang sangat selesa. 2.Tinggikan bahagian yang cedera bagi mengurangkan kesakitan danbengkaknya. 3.Bila mana merasa sangsi, rawat kecederaan sebagaimana merawat patah. 4.Berikan demahan sejuk atau pek ais batu. Letakkan demahan di atas tempat yang cedera selama 20 minit dalam setiap 4 jam. 5.Selepas 20 minit, sokong sendi dengan balutan yang kemas, tinggikan dan rehatkan anggota yang cedera. 6.Kecederaan seharusnya diperiksa oleh doktor, bagi memastikan tidak ada tulang yang patah


KESUKARAN BERNAFAS Baringkan mangsa telentang, Berhati-hati dengan mangsa yang mengalami kecederaan belakang atau tengkuk. Dongakkan kepala mangsa dengan meletakkan satu tangan anda di bawah tengkuk, dan pada masa sama dengan berhati-hati tekan bahagian dahi ke bawah. Pastikan tiada objek yang menghalang saluran tekak. Gunakan tangan yang menekan dahi untuk menutup lubang hidung mangsa, lekapkan mulut anda ke mulut mangsa. Dengan perlahan dan berhati-hati hembuskan dua kali ke dalam mulut mangsa. Jika mangsa tidak bernafas lagi dengan sendirinya, hembuskan lagi dengan kadar satu hembusan setiap 5 saat atau 12 hembusan seminit. Teruskan pemulihan mulut ke mulut hingga bantuan tiba. Sekiranya mangsa seorang bayi, anda haruskan berikan 20 hembusan seminit atau sekali setiap 3 saat. Sekiranya mangsa tiada langsung degupan jantung, anda mesti mulakan CPR. P E M U L I H A N P E R N A F A S A N


SIMPULAN BALAK Ikatan ini digunakan bagi mengikat tali pada kayu atau batang yang besar supaya tidak licin. SIMPULAN BUNGA GETI Simpulan ini digunakan bagi menyambung hujung tali yang tidak sama besar, misalnya tali perahu dengan tali kapal S I M P U L A N


SIMPULAN TINDIH KASIH Simpulan ini digunakan untuk mengikat leher binatang supaya tidak terjerut,dan membuat lubang tali yang tidak terjerut untuk mengangkat mangsa ataubinatang ke atas seperti kucing terjatuh ke dalam telaga. SIMPULAN BUKU SILA 1.Untuk menyambung 2 tali yang sama besar 2.Mengikat khemah yang sudah dilipat 3.Mematikan ikatan semasa membuat anduh/pertolongan cemas mudah dibuka


SIMPULAN MANUK 1.Untuk mengikat tali pada tiang/balak 2.Untuk mematikan ikatan ke pokok/pacing 3.Untuk memulakan dan mematikan Ikatan Seraya, Ikatan Silang Gunting, dan lilit kacang 4.Untuk mengikat tali bot/sampan semasa berlabuh SIMPULAN BELIT Mengikat tali pada khemah/tiang/pokok supaya tidak lucut


IKATAN SERAYA 1)Mengikat dua batang kayu atau buluh yang bersilang 2)Membina jambatan menara atau aktiviti pioneering/gajet 3)Dimulakan dan dimatikan dengan simpul manu IKATAN SERONG I K A T A N


Click to View FlipBook Version