The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU LOG PENGAKAP_NUR HELWANA BINTI TAIB

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by helwanataib, 2024-05-06 03:38:20

BUKU LOG PENGAKAP_NUR HELWANA BINTI TAIB

BUKU LOG PENGAKAP_NUR HELWANA BINTI TAIB

1)Merapatkan dan mengikat dua batang kayu/buluh bersilang 2)Membuat gajet 3)Dimulakan dengan simpul balak dan dimatikan dengan simpul manuk IKATAN LILIT KACANG Mengikat kayu buluh semasa membuat gajet supaya lebih kemas dan ketat dan kuat.


GAJET DAPUR FUNGSI 1) Memudahkan untuk meletakkan alatan dapur supaya tersusun. 2) Memudahkan kerja menyiapkan masakan CARA Menggunakan ikatan - Simpul manuk - Ikatan seraya - Ikatan lilit kacang F U N G S I G A J E T


GAJET MEJA MAKAN FUNGSI Digunakan sebagai tempat makan untuk ahli sekawan. CARA Menggunakan ikatan - Simpul manuk - Ikatan seraya - Ikatan lilit kacang GAJET TEMPAT LETAK BARANG PELBAGAI FUNGSI Digunakan untuk meletakkan pelbagai barang yang digunakan sepanjang perkhemahan


CARA Menggunakan ikatan - Simpul manuk - Ikatan seraya - Ikatan lilit kacang GAJET TEMPAT LETAK KASUT FUNGSI Untuk memastikan tapak perkhemahan bersih, tersusun dengan rapi dan kemas. CARA Menggunakan ikatan - Simpul manuk - Ikatan seraya - Ikatan lilit kacang


GAJET TIANG BENDERA FUNGSI Digunakan untuk menggantung bendera kumpulan ataupun unit kecildan sebagainya semasa perkhemahan. CARA Menggunakan ikatan - Simpul manuk - Ikatan seraya - Ikatan lilit kacang


GAMBAR AKTIVITI


PINTU GERBANG FUNGSI Sebagai pintu masuk ke tapak perkhemahan ahli sekawan sekaligus menjadi penanda tapak perkhemahan. CARA Menggunakan ikatan - ikatan seraya - silang tungku - lilit balak - simpul manuk - lilit kacang F U N G S I P I O N E E R I N G


MENARA KAWALAN FUNGSI Digunakan untuk memantau dan mengawal keadaan sekitar tapak perkhemahan daripada ancaman bahaya. CARA Menggunakan ikatan - ikatan seraya - silang tungku - lilit balak - simpul manuk - lilit kacang


JAMBATAN FUNGSI Digunakan untuk menyeberang kawasan yang berair seperti Sungai atau paya bagi perkhemahan pada tempoh yang lama. CARA Menggunakan ikatan - ikatan seraya - silang tungku - lilit balak - simpul manuk - lilit kacang


FUNGSI & KEPENTINGAN 1) Melatih ahli sentiasa berdisiplin dan patuh kepada arahan. 2) Membina semangat berpasukan dan bekerjasama. 3) Membentuk jati diri unggul. 4) Membina kekuatan mental dan fzikal yang kental. 5) Meningkatkan keyakinan dan iltizam yang tinggi dalam diri. 6) Melatih daya fokus yang tinggi BAHASA HUKUMAN KAWAD KAKI STATIK 1. Skuad senang diri, rehatkan diri. 2. Skuad, Skuad sedia 3. Skuad, ke kanan lurus 4. Pandang depan 5. Skuad buka barisan gerak 6. Skuad bergerak ke kanan, kanan pusing 7. Skuad bergerak ke kiri, belakang pusing 8. Skuad menghadap ke belakang, kanan pusing 9. Skuad menghadap ke hadapan, belakang pusing 10. Skuad tutup barisan gerak A S A S K A W A D K A K I


BAHASA HUKUMAN KAWAD KAKI DINAMIK 1.Skuad dari kanan cepat jalan 2. Skuad hormat ke hadapan hormat 3. Skuad hormat ke kiri hormat 4. Skuad selaku terima sijil ke hadapan hormat 5. Skuad hormat ke kanan hormat 6. Skuad henti 7. Skuad akan menghadap ke hadapan kanan pusing 8. Skuad ke kanan lurus 9. Pandang depan 10. Bergerak ke kanan, kanan pusing 11. Skuad dari kiri perlahan jalan 12. Skuad hormat ke hadapan hormat 13. Skuad hormat ke kanan hormat 14. Skuad selaku terima sijil ke hadapan hormat 15. Skuad hormat ke kiri hormat 16. Skuad henti 17. Skuad akan menghadap ke hadapan kiri pusing 18. Keluar baris


KONSEP Perkhemahan merupakan salah satu aktiviti kokurikulum di sekolah dan sering mendapat sambutan daripada pelajar yang menampilkan salah satu cara hidup sementara yang dilakukan di luar rumah. Perkhemahan merupakan salah satu aktiviti yang menggabungkan dua aspek utama iaitu ketahanan diri dan kemahiran setiap anggota yang menyertainya. Aktiviti ini dapat melatih anggota pengakap menyelesaikan segala tugasan dengan penuh tanggungjawab. Melalui perkhemahan, anggota pengakap dapat mempraktikkan segala kemahiran dan kecekapan yang telah dipelajari TUJUAN o Mendidik o Latih sifat berdikari o Membina keyakinan diri o Mencari pengalaman o Meningkatkan pengetahuan JENIS-JENIS PERKHEMAHAN RINGKAS ◆ Untuk 3 atau 4 orang ahli di tempat tinggal mereka. ◆ Biasanya dilakukan pada hujung minggu. ◆ Biasa diadakan selama satu malam atau dua malam. ◆ Sekadar untuk perkhemahan sahaja A S A S P E N G U R U S A N P E R K H E M A H A N


KUMPULAN ◆ Dianjurkan oleh pemimpin atau Majlis Ketua Patrol. ◆ Dihadiri oleh sekumpulan ahli. ◆ Dijalankan selama dua atau tiga hari. ◆ Biasanya diadakan sekali bagitiap-tiap penggal persekolahan BESAR-BESARAN ◆ Dianjurkan oleh Majlis peringkat daerah, negeri, negara atau dunia ◆ Dihadiri oleh beratus-ratus atau beribu-ribu orang peserta. ◆ Dikenali sebagai ‘jambori’. ◆ Diadakan 4 tahun sekali. ◆ Mengambil masa 3-7 hari. JENIS-JENIS KHEMAH DAN FUNGSINYA RIDGE TENT Mempunyai tiang yang melintang di sepanjang bumbung. Ia diperbuat dari bahan nilon(nylon) yang ringan supaya mudah dibawa dan dilipat


DOME TENT Berbentuk gelembung dan menggunakan bahan yang sesuai serta fleksibel. Ianya ringan, mudah dibawa dan sesuai digunakan untuk perkhemahan seperti di sekolah dan sebagainya. FRAME TENT Khemah jenis besar ini biasa digunakan untuk perkhemahan keluarga. Rangka khemah akan dipasang terlebih dahulu kemudian barulah dipasang kanvas.


PERANCANGAN DAN PERSIAPAN MENGENDALIKAN PERKHEMAHAN PERANCANGAN PERKHEMAHAN • Membuat kertas kerja (Organisasi,bajet,kos & logistic) • Mengadakan mesyuarat dengan Jawatankuasa Pengelola • Menyediakan senarai petugas & jadual bertugas • Penentuan penyertaan,syarat & peraturan • Logistik kemudahan pegawai dan peserta • Pengisian aktiviti sepanjang program • Senarai pegawai dan peserta • Surat Kebenaran Waris • Aturcara Program • Makan minum, sama adaberpusat/ masak sendiri • Pengangkutan peserta • Peralatan perhubungan (radio) • Mengambil Insurans Tambahan FAKTOR PEMILIHAN TEMPAT PERKHEMAHAN • Jauh dari gangguan binatang luas dan berbisa • Jauh dari hakisan, tanah runtuh dan banjir • Selamat dari rebut atau gelombang besar • Bukan kawasan wabak penyakit • Kemalangan di luar jangkaan (pokok tumbang) ASPEK KESELAMATAN • Mengikut dan melaksanakan setiap aktiviti yang dijalankan dengan penuhdedikasi dan bersemangat tinggi • Menepati masa dan berdisiplin ketika menjalankan setiap aktiviti. • Mengutamakan setiap prinsip keselamatan keika melakukan aktiviti • Mengamalkan sikap kerjasama dan kekeluargaan sepanjang menjalankanaktiviti • Mematuhi teguran dan arahan yang diberikan oleh pemimpin atau rakansebaya • Tidak meninggalkan tapak perkhemahan tanpa mendapatkan kebenarandaripada penyelaras program / ketua


TUJUAN 1. Mewujudkan pengurusan aktiviti pandu arah dengan lebih berkesan dan mengikut prosedur yang ditetapkan. 2. Mempunyai sistem pengurusan aktiviti pandu arah yang mantap. 3.Melaksanakan aktiviti yang terancang mengikut prosedur pengendalian aktiviti. PERATURAN 1. Kebenaran Sebelum kita memulakan sesuatu aktiviti perkhemahan, perkara yang amat penting sekali ialah memohon kebenaran. Kebenaran daripada ibu bapa ataupun penjaga adalah perlu dan kita harus memaklumkan mengenai aktiviti serta tujuannya kepada mereka ataupun orang yang terdekat dengan kita. 2. Persediaan Alatan titik kawalan (control point) Suatu tanda kedudukan yang telah ditentukan di atas peta yang perlu dilawati oleh peserta.- Biasanya merupakan ciri-ciri muka bumi atau ciriciri buatan manusia yang jelas.- Titik kawalan bukanlah“check-point” kerana ia tiada penjaga dititik. 3.Penanda Kawalan - Tujuannya bagi membantu peserta tiba ke destinasi yang betul.- Suatu objek yang diperbuat daripada kain berwarna merah muda dan putih J A L A N L A S A K D A N P A N D U A R A H


sebagai tanda yang diletakkan di Titik kawalan (dalam lingkungan 10m).- Mempunyai kod kawalan tersendiri dan penebuk lubang (puncher) yang unik. 4.Kad Kawalan- Setiap peserta perlu membawa bersama-sama kad kawalan ketika menyertai acara sebagai bahan bukti atau pengesahan.- Dalam kad ini akan dicatatkan nama peserta serta masa bermula (start time) dan tersedia petak-petak untuk ditebuk apabila sampai di titik kawalan nanti. -Kad ini perlu diserahkan kepada penjaga masa di garisan penamat untukmencatat masa penamat. 5.Peta utama - Peta yang telah ditandakan dengan landasan dan disertakan denganketerangan kawalan.- Landasan ini akan disediakan oleh Perancang Landasan 6.Keterangan Kawalan - Keterangan asas sebagai panduan titik-titik (control description) kawalanberkenaan. Butirbutir yang disenaraikan adalah siri titik kawalan, kod kawalandan keterangan mengenai kedudukan titik kawalan.- Diperingkat antarabangsa, keterangan tidak ditulis dalam bentuk ‘teks’ tetapi dalam bentuk kod/gambar rajah. 7.Landasan - Landasan adalah panduan arah perjalanan dari permulaan titik kawalan ketitik kawalan yang lain hingga ke penamat. Landasan ini akan dilukis diataspeta utama dan akan disalin oleh peserta kemudiannya. Tanda yang berkenaan landasan adalah : - Titik permulaan ditandakan dengan tiga segi. - Titik kawalan dengan tanda bulatan. - Titik penamat dengan tanda 2 bulatan bertindih. -‘Leg’ adalah perjalanan diantara 2 titik kawalan.


PROSEDUR Sebelum 1.Mengetahui Tujuan Perkhemahanan a)Rekreasi- Mementingkan kemudahan, keselesaan makan minum, tempat tidur (Tidak mementingkan kegiatan kemahiran ilmu perkhemahan) b) Khusus- Menekankan kearah kemahiran dan ilmu perkhemahan c) Pengembaraan Ekspedisi- Berkhemah sementara di sesuatu tempat bagitujuan berehat d) Misteri- Siri penjeajahan yang bertujuan mencari sesuatu tersembunyi sama ada menggunakan Kompas/peta e) Penyelidikan- Membuat kajian yang memerlukan jangka masa yang lama) f) Ikhtiar Hidup- Pengembaraan yang lasak,berunsur ilmiah, menguji kemahiran yang telah dipelajari dalam membina semangat & ketahanan diri 2) Memperoleh Kebenaran Kebenaran mengadakan perkhemahan mestilah diperolehi denganmengemukakan permohonan bertulis mengikut kawasan: 1. Kawasan Sekolah (Kelulusan Pengetua atau Guru Besar) 2. Daerah luar kawasan sekolah (Kelulusan Pegawai Pelajaran Daerah) 3. Dalam negeri tetapi diluar daerah / luar negeri (Kelulusan Pengarah JPN) 4. Luar Negara (Kelulusan Pengarah KPM) Setiap permohonan disertakan dengan dokumen sokongan:- • Kertas cadangan pelaksanaan perkhemahan • Senarai nama pelajar & guru pengiring • Senarai nama jurulatih yang akan memimpin dan menyelia perkhemahan • Senarai tugas jawatankuasa pelkasanan • Jadual aktiviti perkhemahan • Pelantikan dan mesyuarat Jawatankuasa induk serta pelaksanaan


3)Pemberitahuan mengenai perkhemahan yang akan dijalankan mestilah dikemukakan kepada:- • Balai Polis yang berhampiran dengan lokasi perkhemahan • Balai Bomba dan Penyelamat • Pusat Kesihatan • Pejabat Penghulu yang berkenaan • Penyertaan murid dalam perkhemahan hendaklah kerelaan murid & kesanggupan sendiri (Borang kebenaran oleh waris) 4)Aspek keselamatan lokasi Perkhemahan • Jauh dari gangguan binatang luas dan berbisa • Jauh dari hakisan, tanah runtuh dan banjir • Selamat dari rebut atau gelombang besar • Bukan kawasan wabak penyakit • Kemalangan di luar jangkaan (pokok tumbang) SEMASA 1)Taklimat Ketua Perkhemahan/ Penyelaras Program- Peraturan / Larangan Disiplin- Taklimat Program aktiviti- Menyelia perjalanan program 2)Menjalankan Mesyuarat / Perjumpaan Pegawai Kem- Mesyuarat penyelaras harus dibuat pada akhir setiap aktiviti bagi menilai & membincangkan masalah yang timbul untuk diperbaiki pada masa hadapan 3)Perancangan Program-Memastikan jadual perkhemahan dilaksanakn sesuai mengikut perancangan boleh diubah sekiranya terdapat perkara yang tidak boleh dielakkan 4) Memastikan Kesihatan & Kebajikan Para peserta sentiasa terjamin - Jangkitan penyakit berjangkit - Keracunan Makanan - Kemudahan ii Asas - Sistem Komunikasi


SELEPAS 1) Penyelaras Program / Ketua Perkhemahan Perlu berada di sekolah / lokasi perkhemahan bagi memastikan semua peserta telah pulang Perkara-perkara yang perlu dilakukan selepas tamat aktiviti perkhemahan :- 1. Memastikan keperluan logistic atau peralatan perkhemahan mencukupi dan berada dalam keadaan baik 2. Memastikan kawasan perkhemahan berada dalam keadaan bersih 3. Memohon kebenaran daripada pemilik tempat untuk meninggalkan tapak perkhemahan 2) Mesyuarat Post-Mortem Mengadakan post-mortem aktiviti yang dijalankan & mengenal pasti kelemahan untuk diambil tindakan selanjutnya pada perkhemahan akan datang 3) Membentang & Membuat Laporan 1. Kewangan (Belanjawan) 2. Aktiviti (Aktiviti Kemahiran Ilmu Perkhemahan) 4) Surat PenghargaanMengedar surat penghargaan kepada pihak yang terlibat dan sijil pencapaiandan penyertaan kepada peserta perkhemahan 5) Mendokumentasikan program tersebut sebagai panduan dan rujukan padamasa hadapan MEMBACA KOMPAS Perkara-perkara penting semasa guna Kompas - Memeriksa bearing kompas (arah yang hendak dituju) bagi memastikan arah yang betul dan tepat. - Tentukan sesuatu objek sebagai tanda supaya anda boleh terus menghala ke arah yang hendak dituju dengan mudah, misalnya pokok besar, benda yang ganjil atau batu besar yang berada di persekitaran. Langkah-langkah bagi mencari kedudukan sesuatu tempat di atas peta: i.letakkan peta di atas permukaan yang rata.


ii.tandakan kedua-dua tempat yang hendak dicari bearing sudutnya, misalnya A dan B. iii.lukiskan kedudukan arah mata angin utara selata. ini dapat dilakukan dengan melukis garisan yang selari dengan mana-mana garisan gred yang berhampiran. iv. sambungkan kedua-dua titik A dan B dengan satu garis lurus. v. Gunakan jangka sudut bagi mengukur sudut bermula dari utara mengikut arah pusingan jarum jam sehingga ke garisan yang menyambungkan kedua-dua titik tersebut. KOMUNIKASI RADIO AMATUR Ia merupakan sejenis komunikasi yang menggunakan peralatan radio dan elektronik dan ianya digunakan secara meluas di seluruh dunia dengan menggunakan frekuensi tertentu bagi berhubung diantara satu sama lain. II. Radio amatur ini terbahagi kepada 2 iaitu secara simpleks dan satu lagi melalui pancar ulang. III. Simpleks (simplex) merupakan kaedah perhubungan radio secara point to point seperti walkie-talkie yang kita gunakan untuk SRS dan Rakan Cop. IV. Pancar ulang atau repeater pula merupakan perhubungan melalui sejenis perantiyang menerima (RX) dan menghantar (TX) kembali audio kita. Pancar ulang lazimnya terletak di kawasan tinggi seperti di gunung/bukit bagi membolehkan ia menerima dan menghantar semula audio ke tempat yang lain pada jarak yang lebih jauh. MEMBACA PETA TOPO DAN KEGUNAAN - Peta Topografi ialah peta yang menunjukkan keadaan muka bumi sesebuah kawasan, selalunya menggunakan garisan kontur dalam peta moden. Peta topografi mestilah mempunyai garisan lintang dan garisan bujur dan titikpertemuannya menghasilkan koordinat.


Koordinat ialah titik persilangan antara garisan lintang dan bujur. Peta topografi yang piawai biasanya menggunakan skala 1:50,000. Skala begini dapat menunjukkan sesebuah kawasan seluas Putrajaya dengan lebih lengkap dan sempurna. Petatopografi memiliki beberapa kesamaan dan perbezaan dengan peta rupa bumi. MENGESAN TANDA DAN SIMBOL i. Tanda dan simbol adalah kaedah yang sering digunakan apabila melakukan pengembaraan dalam hutan mahupun mendaki bukit. ii.Kemahiran mengesan dan mengecam simbol atau tanda yang ditinggalkan penting bagi membolehkan kita menjejaki ahli yang tersesat melalui isyarat yang ditinggalkan. iii.Bentuk yang pelbagai dibuat dengan menggunakan batu, ranting, anak panah,lakaran pada tanah adalah tanda yang sering dilakukan


LAPORAN PENGEMBARAAN


DEFINISI MALAM KEBUDAYAAN ▪ Malam kebudayaan pengakap juga dikenali dengan ‘Malam Pengakap’ ▪ merupakan acara kemuncak - diadakan di tempat-tempat lapang dan terdapat aktiviti seperti nyanyian, lakonan dan tarian bagi tujuan menghibur TUJUAN MALAM KEBUDAYAAN ◆ menghilangkan rasa bosan selepas penat bekerja & berkhemah ◆ melatih bertatatertib ◆ taat dan mengikut perintah ◆ mencungkil bakat terpendam ◆ bekerjasama dan tolong menolong ◆ tahu menilai, menghargai dan menghormati orang lain ◆ menghilangkan rasa malu ◆ berkeyakinan dan mempercayai diri sendirl ◆ untuk kepuasan diri dan bukan menunjuk-nunjuk M A L A M K E B U D A Y A A N D A N L A G U


LAGU-LAGU PENGAKAP SAYONARA Sayonara, sayonara, Hingga berjumpa lagi, Sayonara sayonara, Sampai berjumpa lagi. Buat apa susah, buat apa susah, Susah itu tak ada gunanya, Buat apa susah, buat apa susah, Susah itu tak ada gunanya. KODOK NGOROK Kodok ngorok, Ro ko tok, ro ko tok, Di pinggir kali, Re ke tek, re ke tek, Ia jatuh, Ro ko tok, ro ko tok, Lalu mati, Re ke tek, re ke tek. DI SINI SENANG DI SANA SENANG Di sini senang di sana senang Di mana-mana hatiku senang Di sini senang di sana senang Di mana-mana hatiku senang La. la, la, la, la, la


KEMAHIRAN IKHTIAR HIDUP • Teknik yang digunakan dalam keadaan merbahaya (natural disaster) untuk menyelamatkan diri sendiri atau pun orang lain. • Teknik-teknik ini bertujuan untuk menyediakan keperluan asas kehidupan manusia iaitu air, makanan, tempat tinggal, habitat, keupayaan untuk berfikir, memberi isyarat,mengembara dengan selamaT, mengelakkan interaksi yang tidak selamat dengan Binatang dan menyembuhkan apa-apa kecedaraan. PUNCA SITUASI IKHTIAR HIDUP • Punca utama ialah kelalaian manusia itu sendiri sama ada di peringkat perancangan,persiapan atau pun peringkat perlaksanaan aktiviti • Kurang pengetahuan dan kemahiran adalah kelemahan yang sepatutnya tidak berlaku jika ingin melakukan aktiviti luar 5 ELEMEN UTAMA DALAM IKHTIAR HIDUP -api -makanan dan minuman -memberi isyarat -tempat perlindungan I K H T I A R H I D U P


-bantuan kecemasan GAMBAR AKTIVITI


DERIA SENTUH ★ Alatan: pen, pensil, pemadam, lencana, duit syiling, kotak mancis, penutup botol dan lain-lain, ★ Cara main: ○ Objek diletakkan di dalam karung/kotak dan setiap pengakap diberi masa 1 minit untuk menyentuh objek-objek tanpa melihatnya. ○ Setelah semua pengakap dalam sekawan menyentuhnya, mereka perlu berbincang dan ketua menulis senarai nama objekobjek tersebut. ○ Sekawan yang menyenaraikan nama objek terbanyak dengan betul adalah pemenang. LEMBU KENA KEPUNG ★ Ahli Pengakap memegang tangan dan membuat satu bulatan. ★ Seorang Pengakap menjadi `lembu’ dan berdiri dalam bulatan. ★ Lembu perlu cuba berlari keluar dari bulatan dengan menggunakan sebarang cara dan ahli-ahli pengakap yang membuat bulatan pula cuba seberapa yang boleh menahan `lembu’ tersebut dari keluar daripada bulatan tersebut. P E R M A I N A N K E C I L U N T U K A H L I K A N A K 2


★ Jika `lembu’ itu dapat keluar daripada kepungan itu, tukar ahli Pengakap lain sebagai `lembu’ dan begitulah seterusnya KOMANDO LAWAN KOMUNIS ★ Ahli Pengakap dibahagikan kepada dua pasukan; satu Komando dan satu lagi Komunis. ★ `Nyawa’ Komunis ialah skaf yang diikatkan di kepala. ★ Komando dikehendaki merebut skaf yang ada di kepala Komunis dalam masa yang ditetapkan. ★ Komunis diberi masa untuk bersembunyi dan kemudian Komando akan mencari mereka. ★ Apabila ` nyawa’ dicabut, Komunis diisytiharkan ` mati’ dan terkeluar daripada permainan. ★ Permainan akan tamat apabila masa telah habis. ★ Ahli pengakap menukar pasukan dari Komando kepada komunis dan sebaliknya. ★ Pasukan yang paling banyak merebut skaf dikira sebagai pemenang. BOLA BERACUN ★ Pilih dua patrol untuk membentuk satu bulatan yang besar. Patrol lain berdiri di dalam bulatan yang ditandakan. ★ Ahli pengakap yang berada di dalam bulatan akan dibaling dengan bola dan sekiranya terkena pengakap tersebut dikira ` mati’. ★ balingan hanya sah sekiranya terkena di bahagian bawah lutut pengakap yang berada dalam bulatan.


★ Pengakap yang sudah ` mati’ , hendaklah mengambil tempat dengan segera di garisan bulatan dan dibenarkan mengambil bahagian balingan bola. ★ Permainan diteruskan sehingga hanya seorang pengakap sahaja berada dalam bulatan dan dia diisytiharkan sebagai pemenang. KEPENTINGAN PERMAINAN KECIL ◆ Meningkatkan keupayaan mematuhi arahan ◆ Meningkatkan kemahiran sosial ◆ Membangunkan kualiti kepimpinan ◆ Membina kemahiran yang diperlukan untuk kegunaan dalam situasi sebenar


MALAM PENGAKAP Malam Pengakap adalah nama bagi satu temasya yang dipersembahkan oleh kumpulan pengakap untuk bersukaria sebagai menghilangkan kebosanan dan melupakan segala kerja yang telah dibuat semasa berkhemah dll. Aturcara yang dipersembahkan dalam Malam Pengakap itu adalah datangnya dari pengakap itu sendiri seperti seni tari, seni lakon, nyanyian dll. Semua itu bercorakkan seni budaya pengakap. Persembahan Malam Pengakap itu hanyalah apa yang terdaya oleh setiap kumpulan pengakap itu sendiri. 2. a.‘Campfire’ menggunakan unggun api (iaitu unggun api yang dikelilingi oleh pengakap-pengakap yang mengambil bahagian) b. Malam Pengakap tidak menggunakan unggun api hanya menggunakan obor yang dinyalakan di sekeliling kawasan Malam Pengakap‘Campfire’ (Unggun Api) biasanya digunakan dalam temasya perkhemahan di hutan, di tepi pantai dan sebagainya. Faedahnya untuk menerangi suasana perkhemahan dan menjauhkan nyamuk serta binatang buas. Persembahannya mungkin ada persamaan dengan Malam Pengakap. M A L A M K E B U D A Y A A N


3. Persembahan Malam Pengakap atau Malam Kebudayaan Pengakap mempunyai susunan aturcara b. Mengadakan latihan dan menguji bakat c. Seni tari, seni lakon dan menyanyi dikaitkan dalam kebudayaan d. Penapisan (pilihan) untuk aturcara persembahan Diingatkan bahawa disiplin diutamakan dalam temasya Malam Pengakap ATURCARA MALAM PENGAKAP a.Mesyuarat harus diadakan di antara kumpulan pengakap yang turut serta dalam persembahan b. Menyusun acara c. Mengadakan penapisan awal sebelum dipersembahkan. Pilih seorang pengerusi khas untuk menjaga persembahan tersebut d. Semua persembahan harus dapat didengar dan dilihat oleh penonton e. Masa persembahan hanya 2 jam sahaja f. Adakan muzik sendiri dari kanak-kanak itu sendiri, kalau ada GAMBAR AKTIVITI


Skim Latihan Pengakap Kanak-kanak diadakan untuk membolehkan ahli-ahli Pengakap mengikuti aktiviti-aktiviti dan menunjukkan minat dalam berpengakap. Setelah menjalani latihan dengan aktiviti-aktiviti kemahiran berpengakap, Pengakap Kanak. kanak ini akan dianugerahi dengan lencana-lencana tertentu yang membuktikan bahawa dia telah menjalani ujian tersebut dengan jayanya. Lencana wajib yang perlu diperoleh terlebih dahulu adalah Lencana Keahlian. Setelah memperolehi Lencana Keahlian, Pengakap Kanak-kanak tersebut perlu meneruskan latihan dengan memilh SATU Lencana Wajlb iaitu Lencana Penunggang Basikal ATAU Lencana Ahill Renang. Dalam peringkat Pengakap Kanak-kanak ini, TIGA (3) Lencana Kemajuan akan diberikan kepada seseorang ahli yang berjaya mengikuti skim ini, iaitu: 1)Lencana Keris Gangsa 2) Lencana Keris Perak 3)Lencana Keris Emas S K I M L E N C A N A P E N G A K A P


TUJUAN 1. Kerja-kerja amal dan sukarelawan kepada masyarakat atau komuniti 2. Memupuk semangat gotong royong dan budaya kesukarelawan di kalanganbeliau dan generasi baru. 3. Menjalinkan hubungan dua hala yang baik dan mesra dengan pemimpin danmasyarakat setempat 4. Merealisasikan tanggungjawab sosial syarikat-syarikat korporat yang terlibat kepada masyarakat Aktiviti sukarela yang dijalankan adalah seperti mengkaji keadaan di lokasi tema tersebut, mengenal pasti masalah yang ada, memberi cadangan, membuat kerja penambahbaikan, pembersihan, penceriaan, pengindahan dan lain-lain. Antara aktiviti yang dijalankan ialah; 1. Kejiranan Perkhidmatan sukarela dilaksanakan untuk keluarga baru atau penduduk dikawasan perumahan, kampung, kampung baru, lading, rumah panjang, rumah pangsa, rumah orang asli, FELDA dan lain-lain. 2. Perkhidmatan sosial K H I D M A T M A S Y A R A K A T D A L A M P E R T U B U H A N


Sumbangan kerja sukarela meliputi aspek kesihatan, pendidikan, kebajikan,perumahan dan sebagainya dalam organisasi, institut, pertubuhan Kerajaan ataupun badan bukan kerajaan. 3.Alam sekitar Membantu memelihara alam sekitar termasuklah hutan, sungai, kawasanpertanian, penternakan, perindustrian, pantai dan sebagainya. 4.Kemudahan awam Kerja sukarela dilakukan ke atas kemudahan awam yang disediakan sepertitaman rekreasi, pasar, stesen bas, keretapi, perpustakaan, lif, taman permainan,tandas awam, pondok telefon, dewan orang ramai dan lain-lain. 5.Penempatan di agensi Kerajaan Mendedahkan tentang peranan agensi kerajaan untuk pembangunan negara dan peluang bagi pelatih memberikan perkhidmatan sukarela bagi menjayakan misi agensi-agensi tersebut. Dalam bidang pendidikan dan di Institut Pendidikan Guru Khidmat Masyarakat ialah kerja amali yang dijalankan di luar jadual waktu persekolahan • Menjalankan kerja amali di luar waktu persekolahan sekurangkurangnya 10 jam • Penyertaan aktif dalam kerja khidmat kepada komuniti sekolah atau komuniti luarsekolahProgram khidmat Komuniti atau Khidmat Masyarakat bertujuan untuk memberipendedahan kepada guru pelatih tentang ilmu kemasyarakatan di luar ruang lingkupInstitut masing-masing. Program ini merupakan sebahagian daripada keperluan kursusyang wajib diikuti oleh setiap pelajar


Click to View FlipBook Version