MODUL
PEMBELAJARAN
MASTERI
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
Terbitan 2022
© Kementerian Pendidikan Malaysia
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian
artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam sebarang bentuk dan dengan cara
apa-apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain
sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah Bahagian Pembangunan
Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4, 6 – 8, Blok E9, Parcel E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya, MALAYSIA.
Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
MODUL PEMBELAJARAN MASTERI
ISBN 978-967-420-670-3
1. Science-Study and teaching (Preschool).
2. Education, Preschool.
3. Govenment publication--Malaysia
I. Malaysia. Kementerian Pendidikan. Bahagian Pembangunan Kurikulum. 507.1
PENYELARAS:
DR. NORINA MELATI BINTI MOHD YUSOFF
ABDUL BASITH MUHAMMAD BIN A. WAHID
Unit Projek Khas dan Inovasi
Sektor Dasar dan Penyelidikan Kurikulum
KHIDMAT GRAFIK:
MIOR SYAZRIL BIN MOHAMED SAPAWI
Sektor Dasar dan Penyelidikan Kurikulum
ADILLAH BINTI MANSOR
SK Seri Ketereh, Kelantan
DICETAK OLEH:
Unit Percetakan, Bahagian Pembangunan Kurikulum
PENGHARGAAN
PENASIHAT
HAJI AZMAN BIN HAJI ADNAN
Pengarah
Bahagian Pembangunan Kurikulum
PENGERUSI
HAJAH NOR’AIDAH BINTI NORDIN
Timbalan Pengarah
Sektor Sains dan Matematik
PANEL PENULIS
MOHD OSMIRA BIN MOHID Sektor Sains dan Matematik
MHD SHAFIEE BIN ABD GHANI Sektor Sains Sosial
DR. WONG LILI Sektor Pendidikan Khas
MIOR SYAZRIL BIN MOHAMED SAPAWI Sektor Dasar dan Penyelidikan Kurikulum
MUTIARA BINTI MEGAT Sektor Bahasa dan Kesusasteraan
FIRDAUS BIN ZAKEYUDDIN Sektor Kesenian dan Kesihatan
NURBAITY BINTI AHMAD Sektor Prasekolah
HAJI MOHD KAMAL BIN HAJI ABDULLAH SMK Dato’ Mohd Said, Negeri Sembilan
PAKAR RUJUK
DR. SUZIELEEZ SYRENE BINTI ABDUL RAHIM Universiti Malaya, Kuala Lumpur
DR. UMI KALSUM BINTI MOHD SALLEH Universiti Malaya, Kuala Lumpur
TURUT MEMBANTU
ZAHARIMAH BINTI SUBAINI PPD Petaling Perdana, Selangor
HAMIR BIN HABEED MOHD ABDUL SETTAR Sekolah Seri Puteri, Selangor
RUSILAWATI BINTI MOIN Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya
SAPTUYAH BINTI LATIP SMK Putrajaya Presint 11 (1), Putrajaya
MUHAMMAD FIRDAUS BIN YUSUP SMK Desa Serdang, Selangor
DR. MOHD YUSRI BIN KAMARUDDIN SK Cherana Puteh, Melaka
NORMASAYU BINTI MAT RESID SK Putrajaya Presint 11 (1), Putrajaya
NOOR AZLINDA BINTI SHUHAIMI SK RTB Bukit Changgang, Selangor
CHUAH JOON MING SJKC Pei Eng, Kedah
IRENE JEBAMALAR A/P THUMBARAYAN SJKT Bandar Baru Salak Tinggi, Selangor
ISI KANDUNGAN
RUKUN NEGARA .....................................................................................................vii
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN .............................................................. viii
DEFINISI KURIKULUM KEBANGSAAN ....................................................................ix
KATA ALU-ALUAN.....................................................................................................xi
PRAKATA ................................................................................................................ xiii
PENGENALAN........................................................................................................... 1
MATLAMAT................................................................................................................ 2
OBJEKTIF .................................................................................................................. 2
APAKAH PEMBELAJARAN MASTERI? .................................................................... 3
Ciri-ciri Pembelajaran Masteri.......................................................................... 4
Prinsip Asas dalam Pembelajaran Masteri ...................................................... 5
Kepentingan Pembelajaran Masteri................................................................. 6
PROSES PELAKSANAAN PEMBELAJARAN MASTERI .......................................... 7
PERANAN GURU DALAM PEMBELAJARAN MASTERI ........................................ 10
CONTOH PEMBELAJARAN MASTERI DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN..................................................................................................... 11
Matematik Awal Prasekolah .......................................................................... 12
Bahasa Melayu Sekolah Rendah Tahun 3 .................................................... 16
Sains Sekolah Rendah Tahun 3 .................................................................... 22
Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah Tahun 5 ........................................ 26
Sejarah Sekolah Menengah Tingkatan 4....................................................... 28
Geografi Sekolah Menengah Tingkatan 1 ..................................................... 32
Ekonomi Sekolah Menengah Tingkatan 4 ..................................................... 36
Matematik Pendidikan Khas Sekolah Menengah Tingkatan 5 ....................... 40
BIBLIOGRAFI........................................................................................................... 47
RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak;
mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan
seluruh masyarakatnya;
memelihara satu cara hidup demokratik;
mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara
akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaan
yang kaya dan pelbagai corak; dan
membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains
dan teknologi moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan
seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut
berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut:
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
vii
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan
warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian
dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.”
Sumber: Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)
viii
x
x
x
x
x
DEFINISI KURIKULUM KEBANGSAAN
x
x
3. Kurikulum Kebangsaan
x
(1) Kurikulum Kebangsaan ialah satu program pendidikan
yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi
semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan
dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid
dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta
untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini
dan untuk menyampaikan pengetahuan.
x
x
Sumber: Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997
[PU(A)531/97.]
ix
“ Pelaksanaan kurikulum yang harmoni dan berkesan mencakupi
aspek kandungan, pedagogi dan pentaksiran yang berlaku di dalam
dan di luar bilik darjah untuk melahirkan insan yang seimbang.”
KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera.
Penerbitan Siri Bahan Sokongan Bahagian Pembangunan Kurikulum 2022 (BSBPK
2022) merupakan satu usaha pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk
memastikan pelaksanaan kurikulum persekolahan dilaksanakan dengan lebih efektif.
Pembangunan kurikulum bukan sahaja melibatkan aspek kandungan dan pentaksiran
sesuatu bidang disiplin ilmu malah juga merangkumi aspek pedagogi iaitu cara
kandungan kurikulum diterjemah dan dilaksanakan oleh guru.
Pembelajaran murid di sekolah akan lebih bermakna apabila dipacu dengan
pengajaran dan pentaksiran yang berkesan serta disokong oleh kepimpinan yang
berkaliber. Penerbitan Siri BSBPK 2022 adalah bertepatan dalam memastikan
kelancaran pelaksanaan kurikulum oleh guru di dalam dan di luar bilik darjah seperti
yang termaktub dalam definisi Kurikulum Kebangsaan. Setiap modul dalam siri ini
mengandungi pelbagai panduan dalam bentuk contoh aktiviti pengajaran dan
pembelajaran serta situasi pragmatik yang boleh diadaptasi oleh guru mengikut
kesesuaian sekolah masing-masing.
Tahniah saya ucapkan kepada Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) atas
penerbitan siri BSBPK 2022 ini. Terima kasih dan syabas juga kepada semua pihak
yang telah menjayakan penerbitan siri ini. Semoga Siri BSBPK 2022 dapat
dimanfaatkan oleh semua guru dan warga KPM dalam menjayakan pelaksanaan
kurikulum kebangsaan di sekolah.
Datuk Hajah Nor Zamani Abdol Hamid
“ Pendekatan pedagogi yang bersesuaian dengan keperluan murid dapat
memastikan pengajaran dan pembelajaran yang bermakna berlaku.”
Prakata
PENGARAH BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) telah membangunkan pelbagai bahan
sokongan kurikulum yang terdiri daripada beberapa modul pengajaran dan
pembelajaran (PdP) serta modul penerangan am berkaitan pengurusan dan
pelaksanaan kurikulum sebagai rujukan guru dan warga Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM). Siri Bahan Sokongan BPK (BSBPK) 2022 kali ini merupakan
kompilasi modul pedagogi terbitan 2001 yang telah ditambah baik dan beberapa
modul baharu berkonsepkan mesra pengguna bagi menyokong serta memudahkan
pelaksanaan kurikulum di sekolah.
Siri BSBPK 2022 terdiri daripada lima bahan sokongan PdP dan dua bahan
penerangan am. Bahan sokongan PdP tersebut ialah: Modul Pedagogi Terbeza;
Modul Pembelajaran Masteri; Modul Pembelajaran Teradun; Modul Pembelajaran
Berasaskan Projek; dan Modul Kecerdasan Pelbagai. Bahan sokongan PdP yang
dirangka merangkumi konsep, strategi dan contoh aktiviti PdP bermula dari peringkat
prasekolah hingga ke peringkat sekolah menengah. Contoh aktiviti PdP dalam bahan
sokongan ini juga disertakan dengan panduan pelaksanaan pentaksiran dalam bilik
darjah.
Bahan penerangan am pula menerangkan konsep dan amalan berkaitan dengan
pengurusan kurikulum dan PdP di sekolah. Bahan penerangan am tersebut ialah:
Modul Kepimpinan dan Pengurusan Kurikulum di Sekolah dan Modul Pembelajaran
Akses Kendiri.
Semoga dengan penerbitan Siri BSBPK 2022 ini dapat menjadi panduan yang
bermanfaat kepada guru untuk melaksanakan PdP dan Pentaksiran Bilik Darjah
dengan lebih berkesan. BPK mengucapkan terima kasih dan merakamkan
penghargaan atas kerjasama dan sumbangan semua pihak yang terlibat secara
langsung atau tidak langsung dalam menghasilkan Siri BSBPK 2022 ini.
Haji Azman bin Haji Adnan
Siri BSBPK 2022 boleh digunakan untuk pelaksanaan kurikulum
di dalam dan di luar bilik darjah sebagaimana yang termaktub
dalam definisi Kurikulum Kebangsaan.
Kurikulum Kebangsaan
Kurikulum Kokurikulum
Segala rancangan pendidikan Apa-apa kegiatan yang
yang dikendalikan oleh dirancang selain daripada
sesebuah sekolah atau institusi proses PdP di dalam bilik darjah
pendidikan untuk mencapai (kurikulum).
matlamat pendidikan.
Pelaksanaan kurikulum yang harmoni dan berkesan mencakupi aspek
kandungan, pedagogi dan pentaksiran yang berlaku di dalam dan di luar
bilik darjah untuk melahirkan insan yang seimbang.
xiv | M o d u l P e m b e l a j a r a n M a s t e r i
Modul Pembelajaran Masteri |1
PENGENALAN
etiap murid mempunyai kebolehan dan keupayaan untuk menguasai
perkara yang dipelajari. Tahap penguasaan bergantung kepada
keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang
dialaminya. Satu daripada pendekatan PdP yang boleh digunakan oleh guru bagi
membantu murid menguasai hasil pembelajaran adalah melalui Pembelajaran
Masteri.
Pembelajaran Masteri ialah pendekatan PdP yang berfokus kepada penguasaan
murid dalam sesuatu perkara yang dipelajari. Melalui Pembelajaran Masteri murid
diberi peluang untuk maju mengikut kebolehan dan kadar pembelajaran mereka
sendiri serta dapat mempertingkatkan tahap penguasaan pembelajaran.
Guru yang menggunakan Pembelajaran Masteri menunjukkan kejayaan dalam
meningkatkan tahap penguasaan murid dalam pembelajaran. Pembelajaran
Masteri akan memberi pelbagai kebaikan kepada murid, antaranya tiada murid
akan ketinggalan dalam pembelajaran dan berputus asa kerana pendekatan ini
memberi peluang kepada murid untuk maju mengikut kebolehan dan kadar
pembelajaran masing-masing.
Pembelajaran Masteri secara tidak langsung dapat mengehadkan pembelajaran
berpusatkan guru. Pendekatan ini memerlukan murid untuk memahami
sepenuhnya sesuatu pelajaran tanpa mengira masa dan sumber yang diperlukan
sebelum melangkah ke peringkat seterusnya.
Panduan ini menerangkan tentang Pembelajaran Masteri, cara melaksanakannya
dan contoh pelaksanaannya dalam mata pelajaran di prasekolah, sekolah rendah,
sekolah menengah dan pendidikan khas. Modul ini juga membincangkan
mengenai peranan yang perlu dimainkan oleh guru semasa melaksanakan
Pembelajaran Masteri.
2|Modul Pembelajaran Masteri
MATLAMAT
Matlamat utama modul ini diterbitkan adalah untuk
membantu dan membimbing guru memahami prinsip
Pembelajaran Masteri dan peranannya dalam
meningkatkan tahap pencapaian murid serta cara
melaksanakannya di dalam bilik darjah.
OBJEKTIF
Modul ini 1 menyatakan prinsip
membolehkan Pembelajaran
Masteri.
guru:
menjelaskan peranan
2 Pembelajaran Masteri
dalam meningkatkan
tahap pencapaian murid.
3 melaksanakan
Pembelajaran Masteri
dalam PdP.
Rajah 1: Objektif Modul Pembelajaran Masteri
Modul Pembelajaran Masteri |3
APAKAH PEMBELAJARAN MASTERI?
PEMBELAJARAN MASTERI ialah
satu pendekatan PdP yang berfokuskan
tahap penguasaan murid dalam sesuatu
kandungan pembelajaran yang diajar
supaya murid dapat menguasai
sesuatu unit pembelajaran sebelum
berpindah ke unit pembelajaran yang
seterusnya.
Murid boleh menguasai sesuatu kandungan
pembelajaran sekiranya suasana pembelajaran yang
sesuai diwujudkan dan masa yang mencukupi
diberikan.
Pentaksiran formatif dilaksanakan oleh guru untuk
memantau perkembangan murid secara sistematik serta
memberikan maklum balas tentang kemajuan
pembelajaran murid tersebut.
Murid yang belum menguasai sesuatu kandungan pembelajaran dibantu dengan
aktiviti pemulihan manakala murid yang telah menguasai kandungan pembelajaran
tersebut diberikan aktiviti pengayaan.
Kajian menunjukkan Pembelajaran Masteri membantu meningkatkan tahap
pencapaian dan keyakinan murid serta memupuk sikap positif terhadap pembelajaran.
4|Modul Pembelajaran Masteri
CIRI-CIRI PEMBELAJARAN MASTERI
1 HASIL PEMBELAJARAN ditentukan dan
disusun mengikut hierarki atau unit
pembelajaran.
2 PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN
PdP dilakukan dengan menarik dan
menyeronokkan serta bermakna melalui
penggunaan bahan PdP yang berkesan.
3 PENTAKSIRAN BERTERUSAN dilakukan
untuk mengenal pasti perkembangan
pembelajaran murid bagi tujuan tindakan
susulan.
4 TINDAKAN SUSULAN dilakukan melalui
aktiviti pengayaan untuk murid yang telah
mencapai objektif pembelajaran dan aktiviti
pemulihan bagi yang belum mencapainya.
Modul Pembelajaran Masteri |5
PRINSIP ASAS DALAM PEMBELAJARAN MASTERI
Semua murid Kandungan
lazimnya boleh pembelajaran
mempelajari apa dipecahkan kepada
yang diajar oleh unit-unit yang kecil
supaya mudah dikuasai
guru.
oleh murid.
Murid memerlukan
masa yang mencukupi Pengajaran bagi
setiap unit
untuk menguasai
sesuatu hasil pembelajaran mestilah
jelas, berkesan dan
pembelajaran yang benar-benar difahami
ditentukan. oleh murid.
6|Model Pembelajaran Masteri
KEPENTINGAN PEMBELAJARAN MASTERI
1. MENGURANGKAN JURANG PENCAPAIAN ANTARA MURID
Murid mempunyai kebolehan dan keperluan yang berbeza. Pembelajaran Masteri
mengutamakan pengajaran terbeza dan tindakan susulan untuk memenuhi
keperluan setiap murid. Pembelajaran Masteri membolehkan murid menguasai
sesuatu isi pembelajaran sebelum bergerak ke pembelajaran seterusnya dan ini
secara langsung meningkatkan tahap pencapaian serta merapatkan jurang
pencapaian antara murid.
2. MURID BERPELUANG 3. MEMASTIKAN KELANCARAN SESI
MEMBINA ASAS YANG KUKUH PELAJARAN SETERUSNYA
Melalui Pembelajaran Masteri, Pembelajaran Masteri membolehkan murid
murid diberi peluang membina asas menguasai pengetahuan dan kemahiran
yang kukuh sebelum bergerak ke yang sebahagiannya merupakan prasyarat
sesi pembelajaran seterusnya kepada pelajaran yang seterusnya.
mengikut kemampuan diri. Penguasaan pengetahuan dan kemahiran
dalam sesi pembelajaran sebelumnya
4. MENINGKATKAN KEYAKINAN membolehkan murid mengikuti
DIRI MURID pembelajaran dengan lebih lancar dan
Keyakinan murid akan meningkat berkesan.
apabila mereka menguasai
kandungan pembelajaran yang 5. PEMBELAJARAN BERMAKNA
diajar. Murid yang telah menguasai
kandungan sesuatu pelajaran akan Pembelajaran Masteri membolehkan murid
mengambil bahagian dengan aktif menguasai unit-unit yang kecil dalam
dalam PdP dan lebih yakin untuk pembelajaran yang seterusnya bagi
menghadapi pembelajaran mewujudkan pembelajaran bermakna.
seterusnya. Penguasaan ini dapat memupuk sikap positif
dalam pembelajaran serta mendorong
pembelajaran sepanjang hayat.
Modul Pembelajaran Masteri |7
PROSES PELAKSANAAN PEMBELAJARAN MASTERI
PEMBELAJARAN MASTERI boleh mengurangkan
pendekatan PdP yang berpusatkan guru. Dalam usaha
melaksanakan Pembelajaran Masteri ini, beberapa
langkah perlu dirancang dengan teliti dan sistematik
bagi menghasilkan satu proses PdP yang berkesan
dengan mengambil kira tahap keupayaan murid yang
pelbagai. Guru perlu mengambil kira pengalaman
pembelajaran murid dan memberikan ruang yang lebih
kepada mereka untuk mengembangkan pengetahuan,
kemahiran dan nilai sedia ada bagi meningkatkan tahap
penguasaan mengikut kemampuan mereka sendiri.
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dilaksanakan secara
berterusan bagi mendapatkan maklumat
perkembangan tahap penguasaan murid. Langkah
yang dicadangkan dalam pembelajaran ini adalah
seperti dalam Rajah 2.
8|Model Pembelajaran Masteri
MODEL PEMBELAJARAN MASTERI
Langkah 1
Langkah 2
Langkah 3
Langkah 4
Langkah 5
Langkah 6
Rajah 2: Model Pembelajaran Masteri
Modul Pembelajaran Masteri |9
Langkah 1: Penentuan Objektif Pembelajaran
Guru perlu menentukan objektif pembelajaran yang selari dengan kandungan
kurikulum.
Langkah 2: Prapentaksiran
Guru perlu melaksanakan prapentaksiran bagi mengetahui dan menentukan
pengalaman, tahap kemahiran, potensi dan pengetahuan sedia ada murid sebelum
memulakan pengajaran. Prapentaksiran membantu guru mengenal pasti murid yang
berkemungkinan memerlukan bimbingan semasa proses PdP. Prapentaksiran juga
membantu guru mengubah suai rancangan PdP berdasarkan kesediaan murid.
Langkah 3: Pengajaran dan Pembelajaran
Guru menjalankan PdP mengikut kesesuaian dengan menggunakan strategi yang
berkesan dengan mengambil kira minat, kebolehan, gaya pembelajaran, pengalaman
dan latar belakang murid bagi mencapai objektif yang dihasratkan.
Langkah 4: Pentaksiran Formatif 1
Guru perlu melaksanakan pentaksiran formatif 1 bagi mendapatkan maklumat tentang
perkembangan, kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid. Pentaksiran formatif 1
dijalankan kepada semua murid untuk mengukur kandungan pembelajaran yang
sepatutnya dikuasai dalam sesi PdP pada hari tersebut atau selepas sesuatu tajuk.
Langkah 5: Tahap Penguasaan Murid
Guru perlu menyediakan aktiviti pengayaan kepada murid yang telah mencapai
objektif pembelajaran. Aktiviti pengayaan yang dirancang seharusnya membolehkan
murid meneroka dengan lebih mendalam pelbagai topik yang berkaitan untuk menarik
minat mereka termasuk pengetahuan dan kemahiran di luar ketetapan kurikulum bagi
meluaskan pengalaman pembelajaran.
Guru juga perlu menyediakan aktiviti pemulihan untuk murid yang belum mencapai
objektif pembelajaran bagi meningkatkan pemahaman mereka. Aktiviti pemulihan
melibatkan penyesuaian pendekatan dan bahan PdP dengan mengambil kira
perbezaan gaya pembelajaran dan masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid.
Hal ini membolehkan mereka menguasai kandungan dan kemahiran yang diperlukan
seterusnya boleh mencapai objektif pembelajaran sepenuhnya.
Langkah 6: Pentaksiran Formatif 2
Pentaksiran Formatif 2 hanya akan dilalui oleh murid yang menjalani aktiviti
pemulihan. Pentaksiran ini adalah untuk memastikan mereka telah benar-benar
menguasai kandungan pembelajaran yang sepatutnya dikuasai. Sekiranya murid
belum menguasai, guru boleh mengulang aktiviti pemulihan dan pentaksiran formatif
sehingga guru berpuas hati dengan penguasaan murid sebelum berpindah ke
pembelajaran seterusnya.
10 | M o d u l P e m b e l a j a r a n M a s t e r i
PERANAN GURU DALAM PEMBELAJARAN MASTERI
1. Mempunyai keyakinan bahawa semua murid boleh belajar dengan berjaya
dan menguasai sesuatu hasil pembelajaran sekiranya diberikan masa
yang mencukupi.
2. Memberi dorongan kepada murid sehingga mereka dapat menguasai
sesuatu pembelajaran.
3. Menggunakan pelbagai bahan pentaksiran secara pemerhatian, lisan dan
bertulis.
4. Menggunakan pelbagai bahan kendiri untuk aktiviti pemulihan dan
pengayaan.
5. Memastikan murid menguasai pembelajaran dengan aktiviti pemulihan.
Manakala aktiviti pengayaan dapat mengembangkan pengetahuan dan
meningkatkan kemahiran serta nilai.
6. Mewujudkan aktiviti pemulihan dan pengayaan secara bijaksana agar
murid tidak merasakan dirinya terpinggir serta keseronokan belajar dapat
dirasai. Guru juga perlu sentiasa memberikan pujian bagi setiap
peningkatan kefahaman murid.
7. Menghadapi segala kemungkinan penerimaan dan kefahaman murid
terhadap kandungan yang disampaikan. Oleh itu, guru perlu proaktif dan
kreatif untuk menjalankan strategi pengajaran yang sesuai dengan tahap
pemikiran murid.
Refleksi
1. Bagaimanakah pembelajaran berpusatkan guru dapat
dikurangkan dalam Pembelajaran Masteri?
2. Apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk memastikan
proses Pembelajaran Masteri berjalan dengan berkesan?
3. Apakah tindakan yang patut anda lakukan sekiranya masih
terdapat murid tidak mencapai objektif pembelajaran selepas
pentaksiran formatif dijalankan?
M o d u l P e m b e l a j a r a n M a s t e r i | 11
CONTOH
PEMBELAJARAN MASTERI
DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
12 | M o d u l P e m b e l a j a r a n M a s t e r i
MATEMATIK AWAL PRASEKOLAH
TEMA/TAJUK: PENGALAMAN PRANOMBOR - POLA
1. PENENTUAN OBJEKTIF 4. FORMATIF 1
PEMBELAJARAN
• Guru membuat pemerhatian ke atas
Murid dapat melengkapkan pola hasil kerja dan interaksi murid.
mengikut warna.
• Guru mentaksir menguasaan murid
berdasarkan hasil lembaran kerja
dan interaksi murid dengan bersoal
jawab. Contoh: Apakah warna yang
tertinggal pada pola tersebut?
2. PRAPENTAKSIRAN 3. PdP
• Guru mengimbas kembali • Murid menyatakan warna yang
konsep pola dengan tertinggal dalam susunan untuk
menggunakan bahan maujud. melengkapkan pola dengan
menggunakan bahan maujud yang
• Guru menguji pengetahuan murid berwarna. Contoh: buah epal
dengan bersoal jawab mengenai
pola yang terdapat di persekitaran. • Murid melengkap-
Contoh: Nyatakan pola yang kan pola dengan
ada pada susunan blok/jubin mewarnakan ruang
di lantai/papan dam. kosong pada
lembaran kerja
seperti di
Lampiran 1.
M o d u l P e m b e l a j a r a n M a s t e r i | 13
5. TAHAP PENGUASAAN
MURID
BELUM TELAH
MENGUASAI MENGUASAI
AKTIVITI PEMULIHAN AKTIVITI PENGAYAAN
• Murid dibimbing dalam kumpulan • Guru menunjukkan cara membuat
kecil untuk melengkapkan pola kraf ‘Rantai Kertas’ dengan
dengan menggunakan bahan mencantumkan keratan kertas warna
maujud (menyusun blok mengikut dan membentuk pola cantuman
warna yang berbeza). mengikut dua warna berbeza.
• Murid membuat aktiviti di • Murid menghasilkan kraf ‘Rantai
lembaran kerja atau Kertas’ dengan melengkapkan pola
gamifikasi dalam talian mengikut kreativiti sendiri.
seperti di Lampiran 2.
PEMBELAJARAN
SETERUSNYA
6. FORMATIF 2
• Guru melaksanakan pemerhatian ke atas hasil kerja dan
interaksi murid.
• Adakah murid dapat melengkapkan pola menggunakan
bahan maujud pada turutan yang betul?
Nota: Guru boleh mengulang aktiviti pemulihan dan
pentaksiran formatif sehingga guru berpuas hati dengan
penguasaan murid.
14 | M o d u l P e m b e l a j a r a n M a s t e r i
Lampiran 1
LEMBARAN KERJA
Nama : ______________________
Lengkapkan pola warna berikut.
1.
2.
3.
4.
5.
M o d u l P e m b e l a j a r a n M a s t e r i | 15
Lampiran 2
AKTIVITI PEMULIHAN
Pautan gamifikasi dalam talian :
Lembaran kerja :
Nama : ______________________
Lengkapkan.
1.
2.
3.
4.
5.
6.
16 | M o d u l P e m b e l a j a r a n M a s t e r i
BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
TEMA/TAJUK: KESIHATAN DAN KEBERSIHAN
SAYA SIHAT (KHASIAT VITAMIN C)
1. PENENTUAN OBJEKTIF 2. PRAPENTAKSIRAN
PEMBELAJARAN
Guru menguji
Murid dapat membaca ayat penyata, ayat pengetahuan murid
perintah, ayat tanya dan ayat seru dengan berkaitan pelbagai
sebutan dan intonasi yang betul. jenis ayat.
Contohnya seperti
yang terdapat
dalam paparan di
Lampiran 1.
3. PdP i. Ayat penyata: Ibu
membeli sayur.
• Murid membaca petikan Khasiat
Vitamin C dengan sebutan dan ii. Ayat tanya:
intonasi yang betul seperti di Siapakah nama
Lampiran 2 (a). kamu?
iii. Ayat perintah:
Jemput minum air
kopi ini.
iv. Ayat seruan:
Aduh, sakitnya
gigiku!
• Murid membaca 4. FORMATIF 1
ayat dalam petikan
Khasiat Vitamin C • Guru melaksanakan PBD secara lisan.
secara • Murid membaca petikan yang diberi.
berpasangan/
individu. Contoh: Contoh: Baca ayat yang diberi dan
tentukan jenis ayat sama ada ayat
i. Ayat perintah: “Saiful, makanlah sup sayur ini”, kata ibu. perintah, ayat tanya, ayat penyata atau
ii. Ayat tanya: “Apakah khasiat sup sayur ini?”, tanya Saiful. ayat seruan seperti di Lampiran 2 (b).
iii. Ayat penyata: “Sayur-sayuran dalam sup ini kaya
dengan vitamin C yang dapat membantu Saiful cepat
sembuh”, jelas ibu.
iv. Ayat seruan: “Oh, banyak kelebihan vitamin C ini!”, kata
Saiful.
M o d u l P e m b e l a j a r a n M a s t e r i | 17
AKTIVITI PEMULIHAN 6. FORMATIF 2
• Murid menentukan Guru melaksanakan PBD secara
jenis ayat yang lisan dan bertulis seperti di
diberikan dan Lampiran 5.
membaca ayat
tersebut dengan Nota: Guru boleh
sebutan dan mengulang
intonasi yang betul aktiviti pemulihan
seperti di dan pentaksiran
Lampiran 3. formatif sehingga
guru berpuas hati
dengan
penguasaan
murid.
BELUM MENGUASAI
PEMBELAJARAN
SETERUSNYA
TELAH MENGUASAI
AKTIVITI PENGAYAAN
• Murid main peranan berdasarkan
situasi diberi.
• Murid membina satu contoh ayat bagi
ayat perintah, ayat tanya, ayat
penyata dan ayat seru
di Lampiran 4.
18 | M o d u l P e m b e l a j a r a n M a s t e r i
Lampiran 1
(AKTIVITI GAMIFIKASI WORDWALL SECARA DALAM TALIAN)
Aktiviti: Kenal pasti jenis ayat berdasarkan contoh ayat yang diberi.
Pautan: https://wordwall.net/resource/32609373/kenal-pasti-jenis-ayat-berdasarkan-
contoh-ayat-yang-diberi Kod QR:
Lampiran 2 (a)
AKTIVITI MEMBACA PETIKAN
Aktiviti: Membaca kuat petikan dan kenal pasti
jenis ayat yang diwarnakan dalam petikan.
KHASIAT VITAMIN C
Sudah dua hari Saiful mengalami demam selsema. Pada pagi itu, ibu telah
menyediakan sup sayur untuk Saiful.
“Saiful, makanlah sup sayur ini”, kata ibu.
“Baiklah, ibu.” kata Saiful.
“Apakah khasiat sup sayur ini ibu?”, tanya Saiful.
Ibu tersenyum lalu menjawab, “Sup sayur ini banyak khasiatnya. Sayur-sayuran
dalam sup ini kaya dengan vitamin C yang dapat membantu Saiful cepat sembuh.
Vitamin C berupaya meningkatkan ketahanan badan”, kata ibu.
“Oh, banyak kelebihan vitamin C ini!”, kata Saiful.
“Ya, Saiful. Oleh itu, Saiful perlu menghabiskan sup sayur ini”, tambah ibu lagi.
“Terima kasih, ibu. Saya akan mematuhi nasihat ibu”, kata Saiful.
“Moga Saiful cepat sembuh”, balas ibu sambil tersenyum.
Sumber: Buku Teks Bahasa Melayu KSSR (Semakan 2017) Tahun 3
Lampiran 2 (b) JENIS AYAT
AKTIVITI PENTAKSIRAN FORMATIF 1
BIL. CONTOH AYAT DIWARNAKAN
1. “Saiful, makanlah sup sayur ini”, kata ibu.
2. “Apakah khasiat sup sayur ini ibu?”, tanya Saiful.
3. Sayur-sayuran dalam sup ini kaya dengan vitamin C yang
dapat membantu Saiful cepat sembuh.
4. “Oh, banyak kelebihan vitamin C ini!”, kata Saiful.
5. “Terima kasih, ibu. Saya akan mematuhi nasihat ibu”, kata
Saiful.
6. “Moga Saiful cepat sembuh”, balas ibu sambil tersenyum.
M o d u l P e m b e l a j a r a n M a s t e r i | 19
Lampiran 3
AKTIVITI PEMULIHAN
Aktiviti: Baca ayat dan tentukan jenis ayat
Nama: Tarikh:
Arahan: Baca ayat di bawah dan tentukan jenis ayat.
1. Apakah khasiat sup sayur yang dimasak oleh ibu?
________________________________________
2. Wah, kasut kamu cantik!
________________________________________
3. “Oh, banyaknya khasiat vitamin C”, kata Saiful.
________________________________________
4. Jemputlah makan bersama-sama kami.
________________________________________
5. Sayur-sayuran dalam sup ini kaya dengan vitamin C
yang dapat membantu Saiful cepat sembuh.
________________________________________
6. Di manakah keluarga kamu tinggal?
________________________________________
7. Ibu Aminah ke pasar untuk membeli sayur.
________________________________________
8. Jangan petik bunga itu.
________________________________________
9. Dia suka menonton televisyen.
________________________________________
10. Syabas, kamu telah menang!
_________________________________________
20 | M o d u l P e m b e l a j a r a n M a s t e r i
Lampiran 4
AKTIVITI PENGAYAAN
Aktiviti: Bina satu ayat dengan menggunakan jenis ayat yang diberikan.
Nama: Tarikh:
Arahan: Bina satu ayat bagi setiap ayat perintah, ayat penyata, ayat
tanya dan ayat seruan.
BIL. JENIS AYAT CONTOH AYAT
1. Ayat perintah
2. Ayat penyata
3. Ayat tanya
4. Ayat seruan
M o d u l P e m b e l a j a r a n M a s t e r i | 21
Lampiran 5
AKTIVITI PENTAKSIRAN FORMATIF 2
Aktiviti: Baca dan nyatakan jenis-jenis ayat di bawah.
Nama: Tarikh:
Arahan: Baca dan nyatakan jenis-jenis ayat di bawah.
BIL. CONTOH AYAT JENIS AYAT
1. Bilakah bas itu bertolak?
2. Jemputlah makan bersama-sama.
3. Wah, mahalnya baju kurung ini!
4. Murid-murid sedang mengulang kaji
pelajaran.
5. Hamdan tidak pergi ke sekolah hari ini.
6. Nenek sedang berehat diruang tamu.
7. Kami sekeluarga melancong ke Kota
Kinabalu.
8. Cis, berani kamu pukul saya!
9. Bilakah pertandingan syarahan
berlangsung?
10. Usah bermain ditepi jalan raya.
22 | M o d u l P e m b e l a j a r a n M a s t e r i
SAINS SEKOLAH RENDAH
TEMA: MANUSIA
TAJUK: KELAS MAKANAN
1. PENENTUAN 4. FORMATIF 1
OBJEKTIF
Guru melaksanakan PBD secara:
PEMBELAJARAN • pemerhatian – murid memadankan
Murid boleh memberikan Kad Imbasan Makanan dengan Kad
kepentingan kelas makanan Imbasan Kepentingannya.
berikut terhadap tubuh manusia: • lisan – murid menjawab soalan
(i) karbohidrat; (ii) protein; dan berdasarkan gambar yang diberi.
• bertulis – murid menjawab
(iii) lemak lembaran kerja yang diberikan
mengenai kelas makanan dan
kepentingannya kepada manusia.
2. PRAPENTAKSIRAN 3. PdP
Guru mengenal pasti Murid membuat perbincangan
pengetahuan dan kefahaman dalam kumpulan kecil untuk
murid dengan bersoal jawab membantu rakan mereka yang
mengenai kelas makanan dan sakit berdasarkan situasi yang
diberi oleh guru seperti di
contohnya.
Lampiran 1.
M o d u l P e m b e l a j a r a n M a s t e r i | 23
5. TAHAP TELAH
PENGUASAAN MENGUASAI
MURID
BELUM
MENGUASAI
AKTIVITI PEMULIHAN AKTIVITI PENGAYAAN
Murid berbincang dalam
Murid dibimbing oleh guru kumpulan dan meramal
untuk melaksanakan aktiviti
kelebihan dan kekurangan jika
seperti di Lampiran 2. sesuatu kelas makanan
diambil secara berlebihan.
6. PENTAKSIRAN FORMATIF 2
PEMBELAJARAN
Guru melaksanakan PBD secara: SETERUSNYA
• pemerhatian – guru membuat pemerhatian
semasa murid memadankan Kad Imbasan
Makanan dengan Kad Imbasan Kepentingannya.
• lisan – berdasarkan gambar yang diberi, murid
menjawab soalan yang diberi.
• bertulis – murid memberi contoh dua jenis
makanan yang diperlukan bagi membantu:
(i) tumbesaran; (ii) mencegah sembelit; (iii)
mengawal suhu badan; dan (iv) memanaskan
badan.
Nota: Guru boleh mengulang aktiviti pemulihan
dan pentaksiran formatif sehingga guru berpuas
hati dengan penguasaan murid.
24 | M o d u l P e m b e l a j a r a n M a s t e r i
Lampiran 1
AKTIVITI PERBINCANGAN DALAM KUMPULAN
Arahan: Baca situasi berikut dan bincangkan dalam kumpulan kecil.
Siti dan rakan-rakannya pergi melawat Rania
yang sedang sakit di rumahnya. Rania
menerangkan bahawa dia rasa tidak berselera,
badan lemah dan tidak bertenaga. Berdasarkan
simptom yang dinyatakan oleh Rania,
i. Cadangkan apakah jenis makanan yang
perlu diambil oleh Rania agar dia sihat
semula.
ii. Nyatakan kepentingan bagi setiap makanan
yang dicadangkan.
M o d u l P e m b e l a j a r a n M a s t e r i | 25
Lampiran 2
AKTIVITI PEMULIHAN
Apakah contoh dan kepentingan setiap kelas makanan yang berikut?
Padankan.
Kelas Makanan Contoh Makanan Kepentingan
1 a
i
Air
Mencegah
sembelit
2 b ii
Lemak
Membantu
tumbesaran
3 c iii
Protein
Memanaskan
badan
4 d iv
Pelawas
Mengawal suhu
badan
5 e v
Karbohidrat
Menjaga
kesihatan
6 f vi
Memberi tenaga
Vitamin dan
mineral
26 | M o d u l P e m b e l a j a r a n M a s t e r i
PENDIDIKAN SENI VISUAL SEKOLAH RENDAH
TAJUK: MENGHASILKAN
BEKAS ALAT TULIS
BERASASKAN BAHAN
KITARAN SEMULA
1. PENENTUAN OBJEKTIF
PEMBELAJARAN
Murid dapat menghasilkan sebuah produk
dalam bidang membentuk dan membuat
binaan.
M o d u l P e m b e l a j a r a n M a s t e r i | 27
5. TAHAP BELUM
PENGUASAAN MENGUASAI
MURID
TELAH
MENGUASAI
PEMBELAJARAN
SETERUSNYA
28 | M o d u l P e m b e l a j a r a n M a s t e r i
SEJARAH SEKOLAH MENENGAH
TAJUK: ANCAMAN KOMUNIS DAN PENGISYTIHARAN DARURAT
1. PENENTUAN OBJEKTIF 4. FORMATIF 1
Guru melaksanakan PBD secara:
PEMBELAJARAN • pemerhatian – melihat sikap dan tingkah
Murid dapat menjelaskan
Pentadbiran Tentera British (BMA) laku murid semasa PdP sama ada secara
di negara kita dan menerangkan individu atau berkumpulan.
gagasan Malayan Union serta
menjelaskan kepentingan • lisan – berdasarkan respon murid semasa
mempertahankan maruah bangsa. sesi soal jawab dan pembentangan.
• bertulis – berdasarkan catatan di peta
i-Think dan lembaran kerja yang diberikan.
2. PRAPENTAKSIRAN 3. PdP
• Guru menayangkan video berkaitan • Murid diminta mencatat isi penting
BMA di negara kita. berkaitan BMA dan usaha-usaha BMA di
negara kita dalam peta i-Think (peta buih).
• Guru mengadakan soal jawab
berkaitan kandungan video. • Murid menjawab soalan guru berkaitan
BMA.
• Guru mengesan tahap pengetahuan
murid berkaitan BMA di negara kita. • Murid menonton slaid berkaitan gagasan
Malayan Union.
• Murid melakukan aktiviti secara
berpasangan untuk mencatat isi penting
dalam peta i-Think (peta pokok) hasil
penerangan guru.
• Murid diminta membentangkan jawapan
mereka di hadapan kelas.
M o d u l P e m b e l a j a r a n M a s t e r i | 29
5. TAHAP BELUM
PENGUASAAN MENGUASAI
MURID
TELAH AKTIVITI PEMULIHAN
MENGUASAI • Murid melakukan aktiviti secara
berpasangan dengan dibimbing
oleh rakan sebaya untuk
membincangkan tajuk yang
dipelajari dengan menggunakan
pelbagai bahan dan sumber
seperti contoh di Lampiran 1.
• Murid membentangkan hasil
perbincangan.
AKTIVITI PENGAYAAN 6. FORMATIF 2
• Murid menjawab soalan berkaitan Guru melaksanakan PBD secara:
• pemerhatian – melihat sikap dan
Pentadbiran Tentera British
menggunakan lembaran kerja seperti tingkah laku murid semasa PdP sama
di Lampiran 2. ada secara individu atau berkumpulan.
• Murid menulis satu perenggan pendek
berkaitan gagasan Malayan Union. • lisan – berdasarkan respon murid
• Murid menjelaskan kepentingan semasa sesi soal jawab dan
mempertahankan maruah bangsa. pembentangan.
PEMBELAJARAN • bertulis – berdasarkan catatan di peta
SETERUSNYA i-Think dan lembaran kerja yang
diberikan.
Nota: Guru boleh mengulang aktiviti
pemulihan dan pentaksiran formatif
sehingga guru berpuas hati dengan
penguasaan murid.
30 | M o d u l P e m b e l a j a r a n M a s t e r i
Lampiran 1
AKTIVITI PEMULIHAN
1. Berdasarkan perbincangan, nyatakan tugas-tugas BMA.
Tugas BMA
Mengembalikan Kestabilan dan Keamanan Memulihkan Kepercayaan Rakyat
2. Terangkan ciri-ciri Malayan Union
Ciri-ciri Malayan Union
Pentadbiran Kewarganegaraan
M o d u l P e m b e l a j a r a n M a s t e r i | 31
Lampiran 2
AKTIVITI PENGAYAAN
1. Jelaskan tugas BMA dalam mengembalikan kestabilan dan keamanan negara.
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
2. Terangkan ciri-ciri Malayan Union berikut:
i. PENTADBIRAN
…………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………
ii. KEWARGANEGARAAN
…………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………
3. Mengapakah kita perlu mempertahankan maruah bangsa?
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
32 | M o d u l P e m b e l a j a r a n M a s t e r i
GEOGRAFI SEKOLAH MENENGAH
TAJUK: BENTUK MUKA BUMI DI MALAYSIA
1. PENENTUAN 2. PRAPENTAKSIRAN
OBJEKTIF • Guru menunjukkan gambar bentuk muka
bumi dengan menggunakan google map atau
PEMBELAJARAN bahan bantu yang sesuai.
Murid dapat menyatakan empat
bentuk muka bumi di Malaysia • Guru meminta murid menjawab beberapa
dan menghuraikan soalan mengenai bentuk muka bumi di
kepentingannya. kawasan tempat tinggal murid dan
menerangkan kepentingannya seperti di
Lampiran 1.
3. PdP
• Murid menerangkan bentuk muka bumi yang terdapat di kawasan tempat tinggal murid.
• Murid membincangkan bentuk muka bumi yang terdapat di Malaysia dalam kumpulan.
• Murid menjelaskan beberapa contoh bentuk muka bumi berdasarkan peta Malaysia.
• Murid mengenal pasti bentuk muka bumi mengikut kawasan yang betul seperti di Lampiran 2.
• Murid menghuraikan dengan contoh kepentingan pelbagai bentuk muka bumi di Malaysia.
4. FORMATIF 1
Guru melaksanakan PBD secara:
• pemerhatian – memerhati tingkah laku dan emosi murid berkaitan apa yang dipelajari dan
menggunakan pengetahuan sedia ada mereka untuk menerangkan bentuk muka bumi dan
kepentingannya.
• lisan – meminta murid menerangkan bentuk muka bumi dan kepentingannya.
• bertulis – meminta murid menyiapkan tugasan yang diberi berkaitan bentuk muka bumi dan
kepentingannya seperti di Lampiran 2.