The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zahidi, 2022-09-16 11:35:20

model LiPS 2023

EDISI 2

LATAR BELAKANG

q Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Bil 1/2020 telah mencadangkan Modul
Literasi Pemikiran (LiPS) dibangunkan. Modul Literasi Pemikiran (LiPS) ini
akan menjadi mekanisma pensyarah meningkatkan pengupayaan dalam
pemikiran kreatif dan inovatif semasa menjalankan PdPc dan dapat
disebarluas kepada semua pensyarah di 27 buah IPG Kampus.

q Program ini telah bermula pada tahun 2018, berdasarkan keputusan Mesyuarat
Tertinggi bil. 2/2019 telah mengarahkan Pusat Pembangunan Latihan (PPL)
menjemput pengerusi ASTI Dr Mohammad Yunus bin Mohammad Yasin
bertujuan untuk sesi perkongsian ilmu ”Changing Attitudes Towards Science &
Mathematic In Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).

q Tindak susulan dari perkongsian ilmu berkenaan, Mesyuarat pengurusan
tertinggi IPGM telah mengarahkan PPL merancang dan menjalankan bengkel
creative and critical thinking bagi meningkatkan pembudayaan pemikiran
kreatif dan kritis dalam kalangan pensyarah IPG.

CETUSAN IDEA REKTOR

q Model Literasi Pemikiran Pasak Sembilan (LiPS) membudayakan pemikiran
berimpak tinggi

q Membantu guru membentuk daya fikir yang kritis dan kreatif seawal pendidikan
prasekolah demi memastikan kemenjadian murid.

q Proses PdPc yang berorientasikan Model LiPS dapat melahirkan generasi fikir
yang berwawasan.

q Model LiPS dibangunkan bersama-sama Modul LiPS bagi menyokong guru
merancang aktiviti bilik darjah yang berteraskan literasi pemikiran demi
menyokong perkembangan daya fikir murid secara menyeluruh.

q Modul LiPS bermatlamat untuk memperkasa PdPc guru dengan merentasi
semua kemahiran dan pengetahuan mewujudkan satu generasi masa kini
yang sentiasa membudayakan pemikiran bagi mengoptimumkan penguasaan
kemahiran Literasi Pemikiran secara asimilasi dalam situasi formal dan dalam
kehidupan seharian.

q Memantapkan kualiti penyampaian guru dalam kapasiti pengamal refleksi
(Rektor 2021)

CONNECTING THE DOT

q LiPS merupakan bahan sokongan bagi membantu guru melaksanakan
pedagogi yang berteraskan literasi pemikiran.

q Konsep amalan berfikir dalam kehidupan menjadi teras kepada perancangan
aktiviti PdPc.

q Kandungan modul ini berfokus kepada budaya berfikir untuk membentuk daya
fikir murid yang memiliki minda kelas pertama yang mampu menggunakan
pengetahuan secara proaktif, kreatif dan inovasi.

LiPS 1

q Melalui latihan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB), Model
Literasi Pemikiran Pasak Sembilan (LiPS) diharapkan dapat meningkatkan
kemahiran pedagogi guru dalam membina kemahiran berfikir murid.

q Pemangkin dalam kemenjadian pensyarah dan warga KPM dengan
membudayakan kemahiran berfikir yang berimpak tinggi demi pembentukan
masyarakat yang berinformasi, berpengetahuan dan berilmu.
(Timbalan Rektor, 2021)

BOOSTER PEMIKIRAN

q Membangunkan potensi diri murid.
q Menjadi booster kepada proses pengembangan kemenjadian murid.
q Aspirasi pendidikan negara yang didokong di dalam Falsafah Pendidikan

Kebangsaan (FPK).
q Melahirkan modal insan yang seimbang dari aspek J.E.R.I dan sahsiah.
q LiPS memastikan murid memiliki jati diri yang tinggi malah turut menguasai

dan mengaplikasikan segala ilmu pengetahuan yang diperolehi dalam
kehidupan seharian secara lebih kreatif, kritis dan inovatif serta mempunyai
kekuatan fizikal dan mental yang cergas lagi cerdas.
q Pelengkap kepada kemahiran kompetensi diri.
q Memartabatkan profesion perguruan sebagai kerjaya yang menjadi tulang
belakang ke arah pembentukan masyarakat Malaysia yang dinamik dan
cemerlang.

(Dr. Mohammad Ghazali, 2021)

RINGKASAN EKSEKUTIF

• Berpaksikan kepada kemahiran berfikir aras tinggi dan kritis sebagai asas
utama dalam menggemburkan kreativiti guru dan memantapkan kompetensi
guru dalam penyampaian Pengajaran dan Pembelajaran Pemudahcara (PdPc)
secara hibrid (bersemuka dan secara maya).

• Berpegang kepada kurikulum sedia ada sebagaimana yang termaktub dalam
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) dan Kurikulum
Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK).

• Membantu guru meneroka pendekatan baharu bagi membantu memperkasa
pendekatan pendidikan sedia ada ke arah merealisasikan hasrat yang
terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

• Menjadi asas panduan baharu kepada guru dalam mereka bentuk
perancangan aktiviti dan pengurusan bilik darjah bersesuaian dengan
keperluan pendidikan abad ke-21 dan pendekatan pendidikan sejagat

• Merupakan elemen keperluan dalam pembangunan karakter modal insan yang
menyeluruh memenuhi aspek metakognitif, kinestetik, kemahiran personal dan
interpersonal, komunikasi dan kebolehupayaan mengorganisasi dan
menganalisis maklumat secara kritis dan kreatif.

LiPS 2

KONSEP ASAS

q LiPS dengan 9 Pasak utama menyediakan panduan pengurusan
pedagogi dan pentafsiran oleh guru kepada murid secara lebih
holistik dan komprehensif

q LiPS adalah panduan pengurusan pedagogi bagi meningkatkan lagi
tahap keupayaan seorang guru sebagai pendidik dalam membuat
pemerhatian, pentaksiran, pemudahcaraan dan penyelidikan
terhadap keupayaan profesionalisme diri dan perkembangan diri
murid secara seimbang seiring dengan keperluan FPK

q LiPS menjadi alternatif kepada guru dalam mencungkil, membina
dan memperkasakan potensi diri murid sekali gus membawa ke arah
pembentukan kemenjadian manusia/insan yang menepati aspirasi
negara.

q Bentuk rangsangan yang pelbagai mampu dihasilkan oleh guru
dalam mendorong, mencungkil dan memotivasikan murid kepada
penerokaan maklumat dan data yang baharu.

LiPS 3

LiPS 4

LiPS 5

LiPS 6

LITERASI PEMIKIRAN
PASAK SEMBILAN

LiPS 7

PASAK ASIMILASI

• Asimilasi adalah proses kognitif dimana seseorang mengintegrasikan persepsi,
konsep ataupun pengalaman baru ke dalam skema atau pola yang sudah ada
dalam fikiran. Menurut Ausebel (1978), konsep penyusunan penting untuk
menyesuaikan skema murid dengan bahan pembelajaran agar pembelajaran
optimal berlaku.

• Dalam konteks LiPS, asimilasi merupakan satu proses berterusan bermula dari
seawal usia kanak-kanak hasil daripada pengaktifan proses sensorimotor yang
berlaku disebabkan daripada pengadaptasian pengetahuan dan pengalaman
baharu. Asimilasi turut melibatkan proses pautan kognitif yang melibatkan
beberapa aspek seperti penempatan, pengklasifikasian maklumat, data
berdasarkan kepada stimulus dan rangsangan kognitif bagi sesuatu peristiwa,
kejadian, situasi atau rangsangan baharu yang membentuk kepada satu
konteks (habitual) baharu yang lebih baik kepada seseorang manusia.

• Dengan kata lain, asimilasi adalah satu proses pengembangan kehidupan yang
berlaku apabila pengetahuan baru yang diperolehi oleh murid sewaktu proses
pengajaran dan pembelajaran dilakukan melalui aktiviti-aktiviti yang dirancang
dengan teliti.

PASAK KOGNITIF

• Kognitif merangkumi proses memilih, memfokus, mengabai, merefleksi
data.(woolfork, 1988). Hal ini turut disokong oleh Ned Hermann (1996) dengan
mengemukakan teori pemikiran keseluruhan otak yang mengatakan bahawa
penggunaan otak boleh diukur dan kecenderungan seseorang untuk berfikir
atau belajar boleh mempengaruhi cara dia melihat sesuatu, cara ia memproses
maklumat dan cara membuat keputusan.

• Dalam konteks LiPS menterjemahkan, perkembangan kognitif dan metakognitif
secara seimbang. Murid dibimbing dalam mengenalpasti kebolehan sebenar
diri dan mampu mempertingkatkan daya fikir yang mencapai standard. . LiPS
dari perspektif pasak kognitif menjurus kepada keupayaan murid dalam
merungkai dan merangkai ilmu pengetahuan dan kepelbagaian kemahiran
yang diperolehi secara formal dan tidak formal untuk diadaptasikan dalam diri
sekaligus melahirkan murid serba boleh.

PASAK MAKLUMAT DAN DATA

• Data adalah fakta yang telah terjadi dan memiliki makna serta dapat disimpan
dan disusun sehingga menjadi sebuah maklumat yang dapat digunakan untuk
pelbagai tujuan, seperti membuat sesuatu penelitian, pemasaran dan
pengetahuan (Hoffer, Prescot & McFadden, 2005).

• LiPS melalui maklumat dan data mendedahkan murid kepada satu proses
mengumpul, mengorganisasi, menyaring dan meneroka sehingga membawa
kepada keupayaan mencipta sesuatu yang baharu hasil daripada kemahiran

LiPS 8

merungkai dan merangkai serta mengurus maklumat dan data sedia ada ke
dalam bentuk pemikiran kritis dan komputasional.
• Menerusi maklumat dan data, murid diberikan peluang untuk memahami
proses penyaluran informasi secara positif berdasarkan kepada sumber yang
konkrit dan berautoriti dengan keupayaan membuat banding beza dan
mengadaptasi keperluan sesuatu maklumat dan data mengikut keperluan
persekitaran.

PASAK KINESTETIK

• Kinestetik adalah menggunakan pergerakan badan dalam mengekspresikan
diri berdasarkan kepada pemerolehan ilmu, pemprosesan maklumat,
mengklasifikasi atau menghuraikan atau mencanai dan menghubungkaitkan
dari penghayatan aspek emosi, visual, estetika yang merangsang dan
mendorong keupayaan fizikal untuk disampaikan melalui ekspresi diri dan idea
mengikut kesesuaian situasi. (Gardner (1983), Jasmine (2007).

• LiPS dengan pendekatan yang ada akan berupaya menterjemahkan maksud
kinestetik dari segi penyampaian idea yang meningkatkan keupayaan kognitif
melalui pemikiran kritikal dan kreatif.

• Di samping itu, murid berani menyampaikan pandangan dengan laras bahasa
yang sesuai dan diterjemahkan melalui gerak balas kinestetik yang betul.
Pengurusan emosi pula akan lebih terkawal dan stabil dari seawal usia kanak-
kanak prasekolah.

PASAK SAINS DAN TEKNOLOGI

• Pasak sains dan teknologi dalam LiPS melibatkan pelbagai bidang dan ruang
pembelajaran, memerlukan keupayaan murid mengkaji, menilai dan
menghayati seni keindahan ciptaan pencipta dan mengaitkan fungsi dengan
pelbagai dimensi kehidupan.

• Pemikiran sains dan teknologi membantu murid mengawal pembelajaran,
peka, analitik dan berkeupayaan mentafsir fenomena dalam konteks
penyelesaian masalah, membuat keputusan dan cetusan idea.

• Keupayaan murid menguasai kemahiran menaakul sekaligus mempamerkan
kemampuan kognitif tinggi yang membawa kepada pemikiran analitik, sintesis
dan penilaian sehingga membawa ke peringkat kemahiran inkuiri dan kreativiti
(Srini M. Iskandar, 2014 )

• Kemenjadian LiPS dalam sains dan teknologi mampu menyumbang kepada
kelestarian pembangunan manusia dan kemajuan teknologi kearah budaya
masyarakat moden

PASAK BAHASA

• Bahasa yang berkesan adalah kemampuan murid meyakinkan penerima
maklumat menerima fakta yang tepat dan boleh dipercayai.

LiPS 9

• Murid berkeupayaan untuk menyatakan idea verbal, non verbal dan penulisan
dengan perkataan sendiri yang bersesuaian dengan situasi dan persekitaran.

• Melalui bahasa murid boleh menguasai kemahiran interpersonal atau
intrapersonal dan mampu memperlihatkan keterampilan serta personaliti diri
ke arah modal insan.

PASAK KOMUNIKASI

• Sillars (1988) menjelaskan komunikasi adalah penghantaran, penerimaan atau
pertukaran maklumat, pendapat atau idea dengan tulisan, percakapan atau
imej visual atau mana-mana kombinasi ketiga-tiga unsur tersebut supaya
bahan yang dikomunikasikan difahami dengan jelas .

• Dalam konteks LiPS, komunikasi adalah penyebaran, pertukaran dan
pemahaman maklumat atau perkongsian pengalaman antara manusia dengan
manusia, antara manusia dengan mesin dan antara mesin dengan mesin
secara berintegriti dan terancang melalui pelbagai medium penyampaian,
saluran dan alat. Komunikasi juga berlaku secara monolog seandainya
rangsangan secara sosio emosi (psikososial) dan persekitaran berlaku.

• Dalam membentuk kemenjadian murid, komunikasi berperanan untuk
memantapkan kefahaman murid dalam mengaplikasikan nilai diri, kesantunan
dan berempati dengan menghayati sifat insan dan ihsan sesama makhluk
sesuai dengan persekitaran serta norma sejagat.

PASAK INSAN DAN IHSAN

• Keupayaan individu menjadi suri teladan seiring dengan norma kehidupan,
tuntutan agama, kepercayaan dan budaya persekitaran sebagai satu kitaran
interaksi yang saling berkait.

• Insan dan ihsan merupakan satu perkaitan yang menunjangi kemenjadian
murid yang dijelmakan dalam konteks pengajaran dan pembelajaran bagi
memastikan setiap individu murid mampu dibangunkan potensi mengikut
keupayaan individu kepada beberapa aspek seperti kepimpinan diri dan
masyarakat.

PASAK ESTETIKA

• Kemahiran mengaplikasikan nilai estetika dalam menghargai keindahan seni
yang ada dalam persekitaran kehidupan

• Pemikiran dalam kepekaan atau sensitiviti yang berfokuskan kepada keindahan
dan citarasa yang halus, menyenangkan dan menggembirakan bagi melahirkan
nilai yang luhur dan bermakna. Murid mampu memahami, menghayati,
menghargai dan menyelami nilai estetika yang membawa manusia kepada
hidup yang lebih harmoni bijaksana dan beradab dalam membentuk
kemenjadian murid.

LiPS 10

PANDUAN PENGOPERASIAN (MODEL RUAS)

• LiPS bukan kurikulum atau sukatan, tidak mengantikan atau mengubah RPH
tetapi satu pendekatan alternatif dalam menguruskan PdPc/ PdPr.

• Membantu guru mengenalpasti dan meningkatkan potensi murid serta
pembentukan kemenjadian murid.

• Menekankan pendekatan dalam mengintegrasikan LiPS dalam aktiviti yang
digariskan dalam DSKP dan KSPK sebagai asas utama pengembangan aktiviti
di bilik darjah.

• Membantu guru dalam mentafsir dan mentaksir murid secara holistik dan
komprehensif.

• Memantapkan kemampuan guru sebagai pemikir reflektif terhadap prestasi
murid.

OPERATIONAL MODEL RUAS

LiPS 11

KERANGKA MODEL RUAS

PEMETAAN

LiPS 12

PENDEKATAN PEDAGOGI

• Relevan dengan kandungan MK kursus Pedagogi EDUP3123 bagi program
PISMP 2022.

• Membantu dan memudahkan guru dalam merancang dan melaksanakan
pentaksiran serta penilaian.

• Meningkatkan pemikiran reflektif guru dalam pelaksanaan PdPC.
• Menekankan kepada kemenjadian murid.
• Hubungan TS25 dan Kemahiran Literasi dengan LiPS
• LiPS menekankan juga kepada 6C yang merupakan tunjang PAK 21

LiPS 13


Click to View FlipBook Version