The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zahidi, 2022-09-16 11:35:20

model LiPS 2023

EDISI 2

LITERASI PEMIKIRAN PASAK SEMBILAN 43 Jadual 1 Hasil Dapatan Kaji Selidik Persepsi Guru Dalam Tiga Domain Literasi Pemikiran Melalui Aktiviti PdP Bilik Darjah PASAK Min Domain1 Min Domain 2 Min Domain 3 Min Keseluruhan Insan dan Ihsan 3.3 3.7 3.7 3.6 Kognitif 3.3 3.7 3.7 3.5 Bahasa 3.2 3.6 3.6 3.5 Komunikasi 3.3 3.6 3.6 3.5 Maklumat Data 3.2 3.5 3.6 3.4 Sains dan Teknologi 3.4 3.6 3.6 3.5 Kinestetik 3.5 3.7 3.7 3.6 Estetika 3.4 3.6 3.6 3.5 Asimilasi/ Alami 3.4 3.6 3.6 3.5 Min 3.3 3.6 3.6 3.5 Jadual 1 menunjukkan hasil analisis dapatan tiga domain utama bagi setiap sembilan pasak literasi pemikiran. Domain 1 merupakan penilaian guru terhadap murid dalam pembudayaan literasi pemikiran. Julat min skor bagi murid antara 3.2 hingga 3.5 menunjukkan guru secara keseluruhan tidak bersetuju sepenuhnya (min=3.3) murid mempunyai budaya literasi pemikiran. Guru menilai amalan pemikiran kinestetik sebagai amalan paling tinggi (min=3.5) dalam kalangan murid diikuti oleh amalan pemikiran Sains, teknologi, estetika, asimilasi (min= 3.4), Insan dan Ihsan, Kognitif, Komunikasi (min=3.3) dan amalan pemikiran paling rendah dalam Bahasa dan Maklumat Data (min=3.2). Domain 2 merujuk kepada amalan literasi pemikiran dalam perancangan aktiviti PdP. Domain 2 diukur melalui penilaian guru terhadap tugasan yang dirancang dan diberi dapat meningkatkan amalan literasi pemikiran. Julat min skor bagi domain amalan literasi pemikiran dalam perancangan aktiviti PdP ini antara 3.5 hingga 3.7 menunjukkan guru secara keseluruhan masih tidak bersetuju sepenuhnya (min=3.7) aktiviti/tugasan yang diberikan guru mengandungi amalan dalam meningkatkan literasi pemikiran murid. Dapatan daripada Bahagian C item soal selidik terbuka juga mendapati guru menyenaraikan pelbagai pendekatan yang digunakan bagi meningkatkan amalan pemikiran antaranya kaedah PAK21, Inkuiri penemuan, i-Think, pembelajaran berasaskan masalah, projek, pembelajaran kontekstual dan kaedah-kaedah pendidikan masa kini namun min keseluruhan domain 2 masih merasakan tugasan yang disediakan tidak dapat meningkatkan potensi amalan literasi pemikiran dalam kalangan murid. Domain 3 merujuk amalan literasi pemikiran guru dalam pelaksanaan aktiviti PdP. Domain 3 diukur melalui penilaian terhadap amalan guru ketika melaksanakan aktiviti bagi meningkatkan potensi literasi pemikiran murid. Julat min skor bagi item ini antara 3.6 hingga 3.7 menunjukkan guru secara keseluruhan masih tidak bersetuju sepenuhnya (min=3.6) dalam kemahiran guru menyediakan aktiviti bagi meningkatkan potensi murid dalam LiPS. Dapatan daripada item soal selidik terbuka (Bahagian C) juga mendapati banyak halangan yang disenaraikan melibatkan penglibatan, sikap dan kerjasama murid. Ini menunjukkan


LITERASI PEMIKIRAN PASAK SEMBILAN 44 bahawa amalan literasi pemikiran melalui aktiviti yang dilaksanakan kurang berjaya membudayakan literasi pemikiran dalam kalangan murid. 7.4 KESIMPULAN Secara kesimpulannya, guru menggunakan pelbagai kaedah pedagogi masa kini bagi menyemai kemahiran berfikir dalam kalangan murid melalui aktiviti dalam bilik darjah. Namun begitu, persepsi guru melalui amalan menunjukkan guru tidak sepenuhnya bersetuju murid berjaya membudayakan amalan pemikiran. Guru juga tidak bersetuju sepenuhnya bahawa perancangan dan pelaksanaan guru dalam aktiviti menggunakan pendekatan pedagogi masa kini dapat menerapkan amalan pembudayaan pemikiran dalam kalangan murid sekolah di Malaysia. Oleh itu, model LiPS yang dibangunkan oleh IPGM ini dilihat relevan dalam membantu guru secara operasi dalam merancang dan melaksanakan aktiviti yang didasari sembilan pasak dalam literasi pemikiran bagi membudayakan amalan pemikiran murid. 8.0 RUMUSAN IPG KPM berpaksikan kepada visi “Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru” sangat optimis dengan keperluan masa kini dalam mendepani arus pendidikan negara bersesuaian dengan aturan lanskap global. Tumpuan dunia terhadap kepentingan Pendidikan Warganegara Global (Global Citizenship) yang menunjang kepada maksud kesejagatan dalam hubungan dan penerapan nilai- nilai murni yang turut menjurus kepada maksud insan dan insaniah manusia turut menguatkan lagi hujah kepada keperluan membimbing guru dalam memperkasakan pedagogi masa kini ke arah yang lebih seimbang dan sempurna sebagaimana yang digariskan dalam FPK. IPG KPM bertegas dalam mengadunkan makna kemenjadian murid dalam penyampaian pendidikan di sekolah yang perlu diambil kira dari pelbagai aspek. Penghasilan LiPS dengan Modul dan Aplikasi Modul dalam PdP dan PdPr ini adalah satu langkah proaktif IPG KPM dalam memperkasakan guru masa kini. LiPS dengan Sembilan Pasak menunjang ke arah kemenjadian guru dan pendekatan-pendekatan yang boleh dijadikan sebagai pendekatan alternatif, diharap agar dapat membimbing guru Malaysia untuk terus ampuh membantu negara dalam menghasilkan modal insan negara yang cemerlang. LiPS bukan satu kurikulum baharu, tetapi satu alternatif yang dibina dengan harapan dapat memudahkan lagi tugas dan peranan guru sebagai fasilitator kepada murid di sekolah. Secara amnya, melalui LiPS dan modul LiPS yang dihasilkan ini dapat meningkatkan lagi motivasi guru di Malaysia.


LITERASI PEMIKIRAN PASAK SEMBILAN 45 10.0 RUJUKAN Abdullah Hassan. (2009). Tatabahasa Pedagogi Untuk Sekolah Menengah. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Al-Ghazali. (1967). Ihya ulum al-Din. Juz 1, Qahirah: Mu’assah al Halabi wa syarikah li al Nasyri wa at-Tauzi’. Amir Aris & Ahmad Rozelan. (2016) Proseeding of 4th International Conference on Management and Muamalah 2017 (IcoMM). http://conference.kuis.edu.my Amstrong, T. (2018). Multiple Intelligences in the Classroom (4th Edition). USA : ASCD Member Book. Ausubel, D. (1978). Educational psychology: a cognitive view. Holt, Rinehart and Winston. Baert, P. & Bryan S. T. (Eds.). (2007). Pragmatism and European Social Theory. Bardwell Press. Berk, L. & Meyers, L. B. (2015). Infants and Children: Prenatal through Middle Childhood (8th Edition). Plenum Blasing, B., Guigon, E., & Schack, T. (2015). The neurocognitive mechanisms underlying body ownership and their link to bodily self-consciousness. Consciousness and Cognition, 33, 126-140. Brown, S., Bussell, H., & Webster, D. (2018). The Importance of Student Engagement in the Community: A Review of Research and Practice. Journal of Community Engagement in Higher Education. Vol 10 No. 1, 27-38. Chomsky, Noam (1965). Aspects of the Theory of Syntex. MIT Press. Dewey, J. (1966). Democracy and Education: An Introduction to the Philosophy of Education. Free Press. Elmasri, R. & Navathe, S. B. (2000). Fundamentals of Database Systems (3rd Edition). Addison-Wesley. Erudio Journal of Educational Innovation. 2. 13-20. Stuart, S. (1988). Success in Communication. John Murray. Flavell, J. H. (1976). Metacognition and Cognitive Monitoring. A New Area of Cognitive Developmental Inquiry. American Psychologist.34, 906-911. Falsafah Pendidikan Kebangsaan. (1996). Gardner, H. (1983). Multiple Intelligences: The Theory in Practice. Basic Book. Guilford, J.P. (1967). The nature of human intelligence. McGraw-Hill.


LITERASI PEMIKIRAN PASAK SEMBILAN 46 Halteman, M. C. (2010). Varieties of Harm to Animals in Industrial Farming. Journal of Animal Ethics, 1(2), 122-131. https://doi.org/10.5406/janimalethics.1.2.0122 Hoffer, J. A., Prescott, M. B. & McFadden, F. R. (2005). Modern Database Management (7th ed.) Prentice Hall, Upper Saddle River. Iskandar, Srini. (2014). Pendekatan Keterampilan Metakognitif Dalam Pembelajaran Sains di Kelas. Jasmine Julia (2012). Mengajar Dengen Metode Kecerdasan Majemuk. Nuansa Cendikia. Kamaruddin Kachar. (1989). Perkembangan Pendidikan di Malaysia. Teks Publication. Kamus Dewan. (2007). Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kamus Dewan edisi ke-4. (2007). Dewan Bahasa dan Pustaka. Levin, M.R. (1993). Democratic Vistas-Democratic Media: Defining a role in printed images. Journal French Historical Studies, vol 18 no.1, Spring, Duke University Press Lilia Halim. (2013). Pendidikan Sains dan Pembangunan Masyarakat Berliterasi Sains. Universiti Kebangsaan Malaysia. Mana Sikana. (2013). Berdiri di akar diri: Kritikan sastera pascamoden. Institut Terjemahan dan Buku Malaysia. Mana Sikana. (2013). Dari Barat ke Timur: Teori dan kritikan sastera. Dewan Bahasa dan Pustaka. Maslow, A. H. (1943). A Theory of human motivation. Psychological Review, 50(4), 370-396. https://doi.org/10.1037/h0054346 Mohd. Affandi Hassan. (1992). The tawhidic approach in management and public administration: Concepts, principles, and an alternative model. National Institute of Public Administration. Muhammad Hilmi Jalil & Fakhrul Adabi Abdul Kadir. (2013). Kepentingan Kesihatan Diri Dalam Pembangunan Insan: Analisis Karya Falsafah HAMKA, Jurnal Hadhari, 5 (2), 53-66. Ned Hermann. (1996). The Whole Brain Business Book. McGraw-Hill. Noor Zila Md. Yusuf. (2015). Bahasa Antara dalam Pembelajaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kedua. Tesis Doktor Falsafah. Universiti Putra Malaysia. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah). 2013. Kementerian Pendidikan Malaysia. Saharia Ismail. (2015). Pembangunan Insan Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Journal of Human Capitol Development, 8 (2), 83-99.


LITERASI PEMIKIRAN PASAK SEMBILAN 47 Samsudin A. Rahim. (1993). Komunikasi Asas. Dewan Bahasa dan Pustaka. Scruton, R. (1997). The Aesthetics of Music. Oxford University Press. Sidek Baba. (2006). Pendidikan Rabbani. Karya Bestari. Sperry, Roger W. (1967). Split-brain Approach to Learning Problems. In The Neurosciences: A Study Program (Gardner C. Quarton Ed.) Theodore Melnechuk, and Francis O. Schmitt, 714-22 Rockfeller University Press. Sufean Hussin. (2004). Pendidikan di Malaysia, sejarah, sistem dan falsafah. Dewan Bahasa dan Pustaka. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 14/2002. Pelaksanaan Pendidikan Wajib di Prarendah 2003. Kementerian Pendidikan Malaysia. Wiratno, T. & Santosa, R. (2014). Pengantar Linguistik Umum. In: Bahasa, Fungsi Bahasa, dan Konteks Sosial. Universitas Terbuka, 1-19. Woolfolk, A. E. (1988). Educational Psychology (3rd. Ed). Prentice Hall. Zaitul Azma Zainon Hamzah, (2017). Nilai Pendidikan dan Kebijaksanaan Masyarakat Melayu dalam Pantun dan Peribahasa Melayu. International Journal of the Malay World and Civilisation, 5 (2). 73-85. Zhukovskiy V.I., Pivovarov D.W. (2008). The Nature of Visual Thinking. Journal of Siberian Federal University. Humanities & Social Sciences. No (1). 124-148. Zulfahmi Syamsuddin. (2014). Perbandingan Pemikiran Konsep Akhlak Al-Ghazali dan Ibn Miskawayh Dalam Aspek Intelek. Journal of Islamic Education, 2 (2), 107-119.


LITERASI PEMIKIRAN PASAK SEMBILAN 48 PENGHARGAAN Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada: Dr Rusmini binti Ku Ahmad Pengarah Bahagian Perkembangan Kurikulum (BPK), KPM Yayasan Guru Tun Hussein Onn Dr Mohamed Yunus bin Yasin, ASTI GENIUS@Pintar Universiti Kebangsaan Malaysia Bahagian Pembangunan Kurikulum KPM Panel Penggubalan Buku Futuristik, IPGM Panel Penggubalan MoLIB, IPGM Panel Penggubalan Pentaksiran Bilik Darjah, IPGM dan kepada semua yang telah menyumbang idea dan tenaga secara langsung atau tidak langsung dalam membangunkan Model Literasi Pemikiran Pasak Sembilan (LiPS) IPGM


Click to View FlipBook Version