The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MESRA ALAM -kegunaan rujukan pelajar

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fadzyllamy, 2023-01-11 21:31:52

PENGENALAN MESRA ALAM

MESRA ALAM -kegunaan rujukan pelajar

Keywords: MPU24021

Pengenalan

Mesra Alam

FADZILLAH BINTI MOHD YUSOF
JUNAIDAH BINTI MOHD DAUD

https://pmjbedumy.sharepoint.com/sites/eLearningPMJB


Pengenalan

Mesra Alam

Panduan Pelajar Politeknik Malaysia

PENGARANG PENERBIT

FADZILLAH BINTI MOHD YUSOF POLITEKNIK METrO JOHOR

JUNAIDAH BINTI MOHD DAUD BAHRU

PENYUNTING No 64, Jalan Suria 19
Taman Putera
MALISA BINTI OTHMAN
81100 Johor Bahru
Johor, Malaysia

Hak Cipta Terpelihara Politeknik METrO Johor Bahru. Tiada bahagian di

dalam penerbitan ini yang boleh diterbitkan semula, disimpan di dalam

sistem dapatan semula atau dipindahkan dalam bentuk apa sekalipun


melalui elektronik, mekanikal, fotokopi, gambar, rekod dan lain-lain

melainkan dengan kebenaran pemilik hakcipta.

E-ISBN: 978-967-2770-06-0


Pengenalan

Mesra Alam

Panduan Pelajar Politeknik Malaysia

FADZILLAH BINTI MOHD YUSOF
JUNAIDAH BINTI MOHD DAUD

PENERBIT PMJB PRESS
POLITEKNIK METrO JOHOR BAHRU

2022


ISI KANDUNGAN PENGENALAN MESRA ALAM

1.0 PENGENALAN

1.1 Takrifan Mesra Alam
1.2 Alam Sekitar
1.3 Kepentingan Menjaga Alam Sekitar



2.0 PENCEMARAN ALAM SEKITAR

2.1 Pencemaran Udara
2.2 Pencemaran Air
2.3 Pencemaran Tanah
2.4 Pencemaran Bunyi


2.5 Pencemaran Sisa Pepejal

2.6 Pencemaran Radioaktif
2.7 Pencemaran Haba / Terma
2.8 Pencemaran Cahaya
2.9 Pencemaran Visual

3.0 PENGURUSAN DAN PEMELIHARAAN
ALAM SEKITAR

3.1 Dasar Dan Akta
3.2 Strategi Utama Alam Sekitar
3.3 Melestarikan Alam Sekitar

Bibliografi


PRAKATA

Setinggi-tinggi syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-

Nya, e-book Pengenalan Mesra Alam ini berjaya diterbitkan.


Kandungan e-book ini merupakan koleksi dan himpunan nota-

nota daripada pelbagai sumber yang ada dan digarap sebegini


rupa bagi memudahkan kefahaman para pelajar yang akan

menggunakannya sebagai rujukan. Selain itu kandungannya


dapat dijadikan sebagai rujukan bagi sesiapa sahaja yang

berkeperluan kepada maklumat yang ada.

Pendedahan kepada alam sekitar dan kepentingan menjaga

alam sekitar merupakan matlamat yang murni iaitu melahirkan

insan yang bukan sahaja menyayangi alam sekitar yang diwarisi

daripada generasi terdahulu tetapi juga akan mempuyai sikap


hormat dan bertanggungjawab kepada alam sekitar yang

merupakan milik generasi akan datang.

Akhir kata, setinggi penghargaan kepada semua pihak yang

terlibat dalam penyediaan e-book ini sama ada secara


langsung atau tidak langsung. Semoga segala usaha yang

dicurahkan dapat memberi manafaat dalam mendidik generasi


yang menyangi alam sekitar ini.


1.0 PENGENALAN

1.1 Takrifan Mesra Alam
1.2 Alam Sekitar
1.3 Kepentingan Menjaga Alam Sekitar

1


1.0 PENGENALAN

1.1 TAKRIFAN

“Mesra Alam menerangkan sesuatu yang
berfaedah dari segi ekologi atau
sekurang-kurangnya tidak memudaratkan.”

“Mesra Alam tidak memudaratkan atau
tidak menjejaskan kualiti alam sekitar
(bukan penggunaan sesuatu atau sesuatu
kegiatan)”

Mesra alam adalah istilah kelestarian dan

pemasaran yang merujuk kepada barang

dan perkhidmatan, undang-undang, garis

panduan dan dasar yang menuntut

dikurangkan, minimum atau tidak

mendatangkan mudarat terhadap ekosistem

atau alam sekitar.

2


1.2 ALAM SEKITAR

Alam sekitar merupakan segala benda hidup dan bukan
hidup yang wujud secara semula jadi di permukaan bumi,
atau sebahagian daripadanya. Untuk memelihara
komponen-komponen alam sekitar, kita perlu memahami
alam sekitar secara menyeluruh.

Alam sekitar terdiri daripada tiga komponen yang

utama iaitu:

ALAM SEKITAR SEMULAJADI

(NATURAL ENVIRONMENT)

01 Alam sekitar semulajadi meliputi matahari,
air, udara, bumi, dan kitaran fizikal yang
menyokong kehidupan (seperti kitar oksigen,
nitrogen, karbon dan air) serta sistem
biologi dan ekologi (benda hidup yang
saling berinteraksi).

3


02 ALAM SEKITAR BUATAN
(MAN-MADE ENVIRONMENT)

Alam sekitar buatan merangkumi manusia

dan persekitaran buatan manusia. Alam

sekitar buatan merujuk kepada

persekitaran fizikal binaan atau ciptaan

manusia iaitu alam sekitar yang dibina

oleh manusia seperti taman herba, taman

burung, taman orkid, taman bunga, zoo

dan lain-lain.

4


ALAM SEKITAR SOSIOBUDAYA

(SOCIO-CULTURAL ENVIRONMENT)

Alam sekitar sosio budaya merujuk kepada

03 alam sekitar yang berkaitan dengan
bagaimana manusia berinteraksi dan
menyusun diri mereka dalam kumpulan
seperti keluarga, pendidikan, pekerjaan,
kesihatan, politik, kerajaan, ekonomi,
kesenian, agama dan budaya.

Ia merangkumi hubungan ataupun pertalian
rapat antara manusia dengan budayanya
ataupun budaya di sekelilingnya termasuk
etika persekitaran buatan manusia itu
sendiri. Semua komponen ini adalah saling
berhubungan dan tidak boleh dilihat
sebagai satu entiti tersendiri. Kualiti saling
hubungan ini menggambarkan alam sekitar
yang sihat dan seimbang.

5


1.3 KEPENTINGAN MENJAGA ALAM SEKITAR

Alam sekitar memainkan peranan yang penting dalam
kehidupan harian kita. Alam sekitar yang tidak tercemar
memberikan kita satu suasana yang selesa dan
menyamankan. Di samping memberi keselesaan kepada
manusia, ia juga sedikit sebanyak akan menjejaskan
aktiviti-aktiviti pembangunan negara sekiranya alam
sekitar di negara kita tidak dijaga dengan baik.
Persekitaran yang bersih penting untuk mewujudkan
kehidupan yang sihat dan sejahtera.

Kesihatan manusia terjamin Habitat flora & fauna

Ekosistem
Demi

menjadi
kelangsungan

terjamin kehidupan akan


datang

Menjamin bekalan
Menjamin

sumber alam bekalan sumber


alam

Menarik pelancong

6


1.3.1 Kesihatan Manusia Terjamin

Penjagaan alam sekitar adalah mustahak bagi
memastikan kesihatan manusia terjamin. Kepentingan
menjaga alam sekitar adalah penting untuk manusia,
terutamanya terhadap sistem pernafasan kita. Kita
merupakan makhluk yang lemah dan mudah untuk
dijangkiti penyakit terutamanya jika alam sekitar tidak
dijaga.

Persekitaran yang bersih membolehkan kita menyedut

udara yang segar. Udara yang bersih dan segar amat

penting untuk kesihatan. Tumbuh-tumbuhan

membebaskan oksigen ke udara dan membolehkan

badan kita mendapat bekalan oksigen secukupnya.

Selain itu, alam sekitar yang bersih membolehkan kita

menikmati keselesaan.

7


1.3.1 Kesihatan Manusia Terjamin

Aktiviti riadah yang dijalankan dalam keadaan bersih
akan menguatkan kesihatan kita. Dengan ini, kesihatan
manusia akan terjamin. Pencemaran alam yang berlaku
telah menyebabkan timbulnya penyakit-penyakit baru
yang mengancam nyawa manusia. Tambahan pula,
penyakit tersebut mudah dijangkiti dan ubat untuk
merawat pesakit memerlukan masa yang lama sebelum
ia betul-betul selamat untuk digunakan.

8


1.3.1 Kesihatan Manusia Terjamin

Di Malaysia misalnya, penyakit denggi telah
mengancam kesihatan masyarakat tempatan saban
tahun. Endemik ini boleh dihindari sekiranya setiap
ahli masyarakat memastikan kebersihan kawasan
setempat dan kebersihan kendiri. Aktiviti bergotong-
royong wajar digalakkan dan kecekapan pengurusan
sampah hendaklah ditambah baik oleh pihak
berwajib.

Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan di Malaysia
sehingga Oktober 2022 adalah sebanyak 48,109 kes
berbanding 21,308 kes bagi tempoh sama pada 2021
iaitu peningkatan sebanyak 26,801 kes atau 125.8 peratus.

9


1.3.2 Menjamin bekalan sumber alam

Menjaga alam sekitar adalah penting untuk flora
fauna. Kebersihan alam sekitar akan menjamin
keseimbangan ekosistem. Ekosistem yang terpelihara
daripada kerakusan manusia akan membantu menjamin
sumber air. Tanpa pemusnahan hutan, ia dapat
berfungsi sebagai kawasan tadahan hujan. Kehadiran
hutan-hutan tadahan hujan akan menakung air hujan
secara semula jadi dalam kuantiti yang besar. Hutan
yang lengkap dengan flora dan faunanya
menyebabkan air hujan yang turun dapat disalurkan
dengan baik ke sungai.

10


1.3.2 Menjamin bekalan sumber alam

Air hujan yang turun itu

tidak akan tersejat

malah akan disalurkan

ke sungai untuk

meneruskan peredaran

air. Ini dapat menjamin

bekalan air yang

mencukupi bagi

kegunaan domestik

mahupun industri.

Selain itu, hutan akan

membantu manusia

menakung air dalam

empangan-empangan

yang dilengkapi

teknologi canggih.

11


1.3.2 Menjamin bekalan sumber alam

Air hujan yang turun itu tidak

akan tersejat malah keadaan ini

membolehkan kita menghasilkan

kuasa elektrik hidro sebagai suatu

tenaga yang bersifat mesra alam

dan akan kita mampu

mengurangkan pergantungan

kepada tenaga fosil seperti

petrol dan arang batu yang

memusnahkan alam.

Secara umumnya, kebersihan

alam sekitar adalah tuntutan

semula jadi untuk manusia

menjamin kehidupan yang selesa.

Ini bukan sahaja memastikan

manusia mengelak scenario

perubahan alam yang

mengancam malah membantu

manusia memiliki kualiti hidup

yang baik. 12


1.3.2 Menjamin bekalan sumber alam

Secara umumnya, kebersihan alam sekitar adalah
tuntutan semula jadi untuk manusia menjamin
kehidupan yang selesa. Ini bukan sahaja
memastikan manusia mengelak scenario perubahan
alam yang mengancam malah membantu manusia
memiliki kualiti hidup yang baik.

13


1.3.3 Ekosistem menjadi stabil
Ekosistem dunia akan menjadi stabil sekiranya alam
sekitar dijaga dengan baik. Pemanasan global, kenaikan
paras air laut dan pencemaran merupakan isu yang
timbul sejak dua tiga dekad kebelakangan ini. Kejadian
ini berlaku disebabkan perindustrian yang dicipta oleh
manusia sehingga menyebabkan ekosistem yang
memelihara fungsi bumi terganggu.

Pelepasan karbon telah terhasil daripada pembakaran tenaga
seperti kilang pemprosesan dan penggunaan pengangkutan
bahan api. Akibatnya, berlaku penipisan lapisan ozon dan efek
rumah hijau di mana kekurangan jumlah pokok untuk
meneutralkan semula kadar karbon yang berada di hemisfera
bumi telah menyumbang kepada peningkatan suhu tersebut.

14


1.3.3 Ekosistem menjadi stabil
Penghutanan semula yang dilakukan secara terancang
dan sistematik yang dijalankan oleh Jabatan Perhutanan
serta badan-badan bukan kerajaan dapat meningkatkan
oksigen di atmosfera kerana tumbuhan hijau berperanan
sebagai perangkap dan pengguna utama karbon
dioksida dalam proses fotosintesis. Penghutanan semula
dilakukan di kawasan pokok balak yang telah ditebang
tujuan penghutanan semula ini dapat memastikan spesies
pokok tidak pupus.

Di samping itu, penghutanan semula dapat mengekalkan
kualiti alam sekitar yang baik, memulihara tanah yang
subur dan sumber air yang cukup. Habitat fauna dan
flora serta warisan hutan juga dapat dikekalkan melalui
penghutanan semula. Secara tidak langsung, ia dapat
mengurangkan pemanasan global yang serius di negara
kita. Oleh sebab itu, masyarakat konvensional perlu
berusaha dalam mencari jalan supaya ekosistem bumi
kembali stabil di samping kemajuan manusia dapat
dicapai.

15


1.3.4 Habitat Flora dan Fauna Terpelihara

Alam sekitar merupakan tempat tinggal bagi flora dan
fauna. Kedua-duanya memainkan peranan dalam
mengekalkan alam semula jadi dan setiap satunya
mempunyai rantaian yang mengikat antara satu sama
lain. Flora fauna merupakan biodiversiti yang tidak boleh
dipisahkan. Flora merupakan tempat perlindungan
pelbagai fauna daripada angkara manusia atau sesama
haiwan sendiri.

Pemuliharaan terhadap alam sekitar adalah amat
penting untuk mengelakkan kepupusan. Kepupusan salah
satu daripadanya akan menjejaskan kitaran alam semula
jadi. Penerbangan hutan yang tidak terancang akan
menyebabkan cuaca menjadi panas dan kering. Ini akan
menjejaskan pertumbuhan flora dan fauna pula akan
kehilangan habitatnya. Dengan itu, habitat hidupan
darat dan air terpelihara. Signifikan utama dalam
penjagaan alam sekitar adalah habitat flora dan fauna
akan terpelihara.

16


1.3.4 Habitat Flora dan Fauna Terpelihara

Alam sekitar yang merangkumi

gunung-ganang, taburan hutan

sehingga ke lautan merupakan

habitat kepada hidupan flora

dan fauna. Disebabkan populasi

manusia yang semakin

bertambah dari tahun ke tahun,

pembangunan penempatan juga

bertambah rancak. Kita tidak

boleh nafikan bahawa

pembangunan adalah penting

demi mencapai kemajuan tetapi

elemen penjagaan alam sekitar

seharusnya menjadi agenda

utama.

17


1.3.4 Habitat Flora dan Fauna Terpelihara

Hal ini demikian kerana kita

masih lagi bergantung

kepada sumber flora dan

fauna dalam pelbagai aspek

kehidupan terutamanya

bekalan makanan. Sebagai

contoh, tumpahan minyak

yang berlaku di laut dalam

telah menyebabkan ikan-ikan

mati dan nelayan tidak dapat

menampung permintaan

daripada pengguna.

Kesannya, isu keselamatan

makanan akan timbul dan

boleh menimbulkan konflik

antara negara. Mekanisme

kawalan yang efektif

hendaklah dilaksanakan

supaya permintaan

pengguna dapat dipenuhi

di samping pemeliharaan

habitat flora dan fauna

terjamin.

18


1.3.5 Menarik Pelancong

Keindahan alam sekitar itu juga boleh memberi peluang
kepada pelancong untuk mengunjungi negara kita dan
kita perlu untuk menarik perhatian mereka. Persekitaran
yang cantik dan bersih dapat menarik ramai
pelancongan dari luar negara atau orang tempatan
untuk melancong ke negara kita.

Dalam aktiviti pelancongan, kita dapat mendapatkan
hasil dari pendapatan luar negara untuk menambah
sumber kewangan negara. Ini dapat meningkatkan
pertukaran wang asing. Dalam jangka panjang,
pertumbuhan ekonomi juga akan meningkat. Melalui
aktiviti itu peluang pekerjaan untuk orang tempatan juga
akan meningkat dan secara tidak langsung ia dapat
mengurangkan pengangguran di negara kita. Dalam
usaha memajukan negara dan meningkatkan taraf hidup
penduduk, penjagaan terhadap alam sekitar merupakan
tanggungjawab masyarakat.

19


1.3.5 Menarik Pelancong

Alam sekitar yang terjaga dapat menarik pelancong
domestik atau antarabangsa. Malaysia telah dikurniakan
khazanah alam yang banyak dimana pulau yang
mengelilingi perairan negara menjadi pusat penyelam
skuba kerana keindahan terumbu karang yang terdapat
di dasar laut. Manakala kemegahan Gunung Kinabalu
menjadi kegemaran pendaki gunung dalam melihat
keunikan bentuk muka bumi Sabah yang terpampang
setelah mencapai kemuncak pendakian.

Dua contoh tarikan utama pelancong tempatan mahupun
asing ini adalah alam sekitar yang wajar diuruskan dan
dipelihara sebaik mungkin. Pihak berkuasa seharusnya
merancang dengan penuh teliti untuk meningkatkan
jumlah pelancong di samping memelihara keindahan
alam yang tersemat di kawasan tersebut. Pelancongan
yang berteraskan alam sekitar mampu menjana ekonomi
setempat dan menyumbang kepada pertumbuhan
ekonomi negara secara amnya.

20


1.3.6 Kelangsungan Hidup Generasi Akan Datang

Alam ini bukan milik kita dan setakat ini sahaja. Kita
berkongsi hidup dengan pelbagai makhluk lain dan saling
bergantung antara satu sama lain dari sejak Nabi Adam
hinggalah ke hari kiamat nanti. Adalah tanggungjawab
kita semua dalam melestarikan alam sekitar. Oleh itu
apakah yang harus kita lakukan untuk melestarikan alam
sekitar ini agar ianya terus kekal dan dapat dinikmati
sehingga ke masa depan untuk generasi akan datang?

"Kita tidak mewarisi bumi daripada nenek moyang kita,

tetapi kita meminjamnya daripada anak cucu kita"
- Chieff Seattle

21


1.3.6 Kelangsungan Hidup Generasi Akan Datang

Kita mesti sedar akan kepentingan memelihara alam
semula jadi yang masih ada pada hari ini. Usaha-usaha
memupuk kesedaran masyarakat terhadap kepentingan
alam sekitar terus dilakukan oleh pelbagai pihak di
negara ini seperti kempen kebersihan, perkhemahan alam
sekitar bagi belia, seminar, bengkel, pameran, promo
media dan penerbitan bahan-bahan cetak.

Semuanya adalah bagi meningkatkan pengetahuan,
kesedaran dan penyertaan orang ramai bagi memelihara
alam sekitar. Pemuliharaan alam sekitar adalah
tanggungjawab bersama. setiap generasi supaya
pembangunan lestari dikekalkan serta penggunaan
sumber alam dapat diguna pakai sehingga generasi akan
datang secara kualitatif dan kuantitatif.

22


Sudut
Info

Negara manakah yang paling mesra alam?
Pusat Undang-undang & Dasar Alam Sekitar Yale

menghasilkan Indeks Prestasi Alam Sekitar (EPI) yang

mengukur sejauh mana negara menetapkan, memenuhi dan

menguatkuasakan dasar alam sekitar. Pada tahun 2018

negara kedudukan teratas (terbaik didahulukan) ialah;

Switzerland, Perancis, Denmark, Malta, Sweden dan UK.
Kad Skor Kecekapan Tenaga Antarabangsa menyenaraikan

ekonomi penggunaan tenaga terbesar di dunia berdasarkan

dasar dan program kecekapan tenaga mereka. Pada 2018

Jerman terikat dengan Itali untuk tempat pertama diikuti


Perancis, United Kingdom dan Jepun.
Dari segi kitar semula negara terbaik ialah Jerman diikuti


Austria, Korea Selatan, Wales dan Switzerland.
Dari segi pelepasan karbon, negara yang mengurangkannya

pada 2018 ialah Jerman, Jepun, Mexico, Perancis dan United


Kingdom.
Oleh itu, terdapat banyak cara untuk menilai kemesraan

alam tetapi Jerman, Switzerland, Perancis dan UK semuanya


kelihatan sangat baik dalam kebanyakan langkah ini.



23


2.0 PENCEMARAN ALAM SEKITAR

2.1 Pencemaran Udara
2.2 Pencemaran Air
2.3 Pencemaran Tanah
2.4 Pencemaran Bunyi
2.5 Pencemaran Sisa Pepejal
2.6 Pencemaran Radioaktif
2.7 Pencemaran Haba / Terma
2.8 Pencemaran Cahaya
2.9 Pencemaran Visual

24


2.0 PENCEMARAN ALAM SEKITAR

TAKRIFAN

Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka,

Pencemaran merupakan perbuatan yang

mencemarkan (mengotorkan) – pengotoran alam –

perbuatan yang mencemarkan kebersihan alam

sekeliling dengan sampah sarap.

Takrifan pencemaran yang lebih bermaklumat adalah
menurut Akta Kualiti Alam Sekitar (AKAS) 1974 yang
menyatakan bahawa pencemaran ialah perubahan
sama ada secara langsung atau tidak langsung
kepada sifat-sifat fizik, kimia, biologi atau aras
sinaran mana-mana bahagian alam sekeliling dengan
melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan buangan
hingga menjejaskan kegunaan-kegunaan berfaedah
yang menimbulkan suatu keadaan yang mungkin
berbahaya kepada kesihatan, keselamatan atau
kebajikan awam manusia atau organisma-organisma
lain,iaitu tumbuhan dan haiwan.

25


2.0 PENCEMARAN ALAM SEKITAR

TAKRIFAN

Terdapat 2 faktor yang mengakibatkan pencemaran
iaitu pencemaran yang disebabkan faktor semulajadi
dan pencemaran yang disebabkan faktor manusia.
Faktor semulajadi berlaku dengan sendirinya setelah
berlakunya bencana alam seperti letusan gunung
berapi, dilanda ribut taufan, gempa bumi dan
sebagainya.

Manakala pencemaran yang disebabkan faktor
manusia adalah kesan daripada perbuatan dan
aktiviti manusia samada dilakukan dengan sengaja
atau tidak disengajakan.

26


2.1 PENCEMARAN UDARA

Pencemaran udara didefinisikan sebagai pencemaran
atmosfera yang mengganggu komposisi semula jadi
dan kimia di udara. Ianya boleh jadi dalam bentuk
bahan partikel seperti debu atau gas yang berlebihan
seperti karbon dioksida atau wap lain yang tidak
boleh dikeluarkan dengan berkesan melalui kitaran
semula jadi seperti kitaran karbon atau kitaran
nitrogen.

Kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah
menyatakan sebanyak 3.3 juta manusia mati setiap
tahun disebabkan oleh pencemaran udara. Ia adalah
tiga kali lebih tinggi daripada jumlah kematian yang
disebabkan oleh kemalangan kenderaan.

27


2.1.1 PUNCA

Pencemaran udara berasal dari pelbagai punca. Di
antara punca-punca tersebut termasuk :-

Aktiviti pembangunan dan perindustrian yang
mengakibatkan pelepasan nitrogen, sulfur dioksida,
hidrokarbon, klorofluorokarbon (CFC) dan karbon
dioksida serta pembebasan bahan kimia berbahaya
atau benda asing lain ke dalam atmosfera.

Sudut Info

Ancaman yang diketahui terhadap keseimbangan ozon

adalah penggunaan klorofluorokarbon (CFC) buatan

manusia yang meningkatkan kadar penyingkiran ozon


menyebabkan kemerosotan beransur-ansur dalam paras

ozon global.

CFC digunakan oleh masyarakat moden dalam peti sejuk,

bahan dorong dalam penyembur, pembuatan busa dan


bahan pelarut terutamanya bagi kilang-kilang elektronik.
Hayat CFC menyebabkan satu molekul yang dibebaskan


hari ini boleh wujud 50 hingga 100 tahun dalam

atmosfera sebelum dihapuskan.

Bagi tempoh kira-kira 5 tahun, CFC bergerak naik

dengan perlahan ke dalam stratosfera (10 – 50 km). Di

atas lapisan ozon utama, pertengahan julat ketinggian

20 – 25 km, kurang sinar uv diserap oleh ozon. Molekul


CFC terurai setelah bertindak balas dengan uv, dan

membebaskan atom klorin. Atom klorin ini juga berupaya

untuk memusnahkan ozon dan menghasilkan lubang ozon

28


Kenderaan bermotor adalah antara penyumbang
pencemaran utama di dunia lantaran
kebergantungan masyarakat kepadanya amat
tinggi pada masa kini.
Setiap kenderaan bermotor memerlukan tenaga
yang banyak dan perlu melalui proses pembakaran
bahan api fosil untuk menghasilkannya. Ia juga turut
menghasilkan gas karbon monoksida, nitrus oksida,
hidrokarbon dan habuk-habuk yang akan memberi
kesan buruk kepada alam.

29


Aktiviti harian manusia dan isi rumah juga
menyumbang kepada pencemaran udara melalui
tenaga mesin hasil penggunaan barang alatan
elektrik seperti peti sejuk, penyaman udara, mesin
pengering baju dan sebagainya. Semasa cecair
penyejuk digunakan, gas klorofluorokarbon (CFC)
akan dilepaskan ke udara dan ia mampu
menipiskan ozon dan menyebabkan pencemaran
udara.

30


Pembakaran terbuka selalu dilakukan di kawasan
tapak pelupusan sampah, sisa pepejal di tapak
pembinaan dan industri, sisa ladang dan kebun
serta pembakaran di hutan simpan. Partikel jelaga
yang terhasil daripada pembakaran boleh
diterbangkan oleh angin ke kawasan lain sehingga
jarak yang jauh dan mengakibatkan jerebu.

31


2.1.2 KESAN

Beberapa kesan dikenal pasti dengan mudah seperti
penipisan lapisan ozon, pemanasan global, jerebu,
hujan asid, kerosakan tanaman dan kadar pengidap
asma yang meningkat.

01 Kesan kepada manusia adalah sistem
pernafasan di mana gas seperti karbon
monoksida akan meracuni oksigen dalam
darah dan melambatkan tindak balas manusia
seterusnya memberi kesan mengantuk,
penyakit lelah dan paru-paru.

32


02 Kesan kepada tumbuhan di mana tumbuhan
akan mengalami kerosakan nekrosis
(keguguran daun), klorosis (pertukaran
warna) dan pertumbuhan terbantut. Ini akan
memberi kesan kepada kekurangan sumber
makanan dan ekonomi serta mengganggu
keseimbangan ekosistem.

33


03 Kesan kepada haiwan yang mungkin
akan terancam akibat udara yang
tercemar memasuki paru-paru haiwan
dan sumber makanan yang tercemar.

34


Kesan kepada bahan bermaksud kerosakan 04
berlaku akibat pencemaran udara seperti
kekotoran pada pakaian, permukaan dinding
bangunan dan sebagainya. Ia terhasil
daripada pengendapan asap atau zarah
halus dan hakisan logam.

35


05

Penipisan lapisan ozon yang berlaku akan
mengakibat pemanasan global. Penyusutan lapisan
ozon yang melindungi bumi daripada sinaran terus
cahaya matahari. Pendedahan secara terus kepada
cahaya matahari boleh menyebabkan kanser kulit
dan juga mengakibatkan berlakunya pencairan ais di
bahagian kutub bumi.

36


06

Hujan Asid merupakan gabungan gas sulfur dioksida

dan nitrogen oksida dengan air hujan yang

menghasilkan asid sulfuric dan asid nitrik. Asid ini

akan terkumpul di dalam awan dan bergerak ke

tempat-tempat lain. Asid tersebut akan turun bersama

hujan dan menimpa kehidupan yang ada di muka

bumi. Ia memberi kesan kepada hidupan manusia,

haiwan dan tumbuh-tumbuhan serta boleh juga

menghakis pakaian, kertas dan bahan

binaanbangunan. Selain itu ia juga boleh meresap

kedalam tanah dan menyebabkan kualiti tanah

berkurang dan tidak subur.

37


2.1.3 LANGKAH MENGATASI
Penampalan ozon

Bahagian ozon yang berlubang ditampal dengan
mengionkan oksigen di atmosfera melalui
penggunaan belon helium. Selain itu, penampalan
ozon juga boleh dilakukan dengan menembak peluru
ozon dengan menggunakan kapal terbang yang
mampu menampal ozon. Namun begitu, penampalan
ozon ini hanya dapat mengawal pencemaran udara
untuk jangka masa pendek sahaja.

38


Memperkenalkan undang-undang

Pihak kerajaan yang bertindak sebagai agen

pentadbir negara telah menggubal pelbagai

undang-undang dalam mengawal kadar

pencemaran. Sebagai contoh, industri besar dan

kecil diwajib menapiskan asap yang dikeluarkan.

Wet scrubber merupakan penapis asap kilang

dengan menyembur air dan batu kapur pada asap.

Proses ini dapat mengurangkan sulfur dioksida

sampai 90%.

39


2.2 PENCEMAAN AIR

Pencemaran air adalah perubahan yang berlaku
kepada air dari segi kandungan atau warna serta
sifat-sifat kimia yang disebabkan oleh pelbagai
bahan pencemar dalam pelbagai bentuk seperti
pepejal, cecair dan gas biasanya akibat kegiatan
manusia.
Pencemaran air boleh berlaku di lautan, sungai, tasik
dan takungan bawah tanah serta apa sahaja sumber
sumber air. Ia juga boleh menjejaskan penggunaan
air yang lain, seperti aktiviti pengairan.

40


2.2.1 PUNCA

Pencemaran air terjadi apabila berlaku peningkatan
mendapan dari hakisan tanah, hujan asid, tumpahan
dan pembuangan sampah serta pereputan bahan
organik dalam bekalan air.
a. Aktiviti Kumbahan
Pencemaran air yang paling besar berpunca
daripada pembuangan sisa kumbahan yang tidak
sempurna.
Pencemaran air menerusi sisa kumbahan ini
bertambah buruk di kawasan yang tidak mempunyai
sistem pembentungan yang sempurna terutamanya di
kawasan luar bandar yang pengaliran sisa kumbahan
disalurkan terus ke dalam sungai.

41


b. Aktiviti Pertanian
Aktiviti ini sama ada berskala kecil mahupun
berskala besar turut menjadi faktor pencemaran air.
Pembukaan dan penerokaan tanah yang tidak
terkawal telah menyebabkan hakisan tanah
seterusnya mencemarkan air sungai kesan daripada
bahan terampai dan keladak yang dibawa ke dalam
sungai.
Penggunaan racun serangga dan baja kimia dalam
bidang pertanian turut mencemarkan air. Keadaan
ini pastinya memberikan kesan kepada kehidupan
akuatik dan keindahan alam semulajadi.
Aktiviti penternakan seperti penternakan ayam,
lembu, kambing dan khinzir direkodkan sebagai
penyebab utama pencemaran air akibat najis dan
sisa kotoran yang dihasilkan.

42


c. Aktiviti Pembuangan Sisa Pepejal
Aktiviti pembuangan sampah yang tidak terurus -
sikap ambil mudah masyarakat yang membuang
sampah terus ke dalam longkang dan sungai
menimbulkan kesan pencemaran air.
Pengaliran dan pembuangan sisa perindustrian yang
tidak selamat juga semakin serius dan menyumbang
masalah pencemaran air.
Air sungai yang tercemar akan memberikan kesan
buruk kepada kesihatan manusia akibat sisa buangan
industri yang mengandungi bahan keluli, bakteria,
bahan-bahan organik dan bukan organik yang tidak
dirawat dengan betul.

43


d. Aktiviti Kegiatan Ekonomi
Kegiatan ekonomi manusia seperti pembalakan,
penerokaan dan tebus guna tanah juga
menyebabkan air terus tercemar. Aktiviti pembukaan
tanah antara menjadi punca utama pencemaran di
lembangan sungai di seluruh negara.
Air buangan daripada kegiatan perniagaan dan
industri dipercayai menyumbang penurunan kualiti
air sungai.
Di bandar - bandar besar kebanyakan restoran,
gerai dan gerai makanan berlesen dipercayai
mengalirkan air buangannya terus ke dalam
longkang yang akhirnya mengalir ke sungai.

44


e. Keracunan dan toksid
Logam berat seperti plumbum, merkuri, kuprum,
arsenic dan kromium yang digunakan dalam
penyalutan timah, penyaduran dan larutan
penyalutan kromium boleh bertindak sebagai
penghalang metabolic atau pernafasan dalam
banyak organisma dan merencat atau memusnahkan
enzim yang diperlukan untuk proses kehidupan. Ia
boleh mencemar dan memusnahkan kehidupan sistem
akuatik.

45


Click to View FlipBook Version