f. Kemasinan atau salinity
Ini berlaku apabila air garam dari lombong atau
telaga minyak dilepaskan ke dalam air tawar. Ia
akan memberi kesan kepada organisma di mana
kebanyakkannya akan musnah apabila air tawar
bertukar menjadi payau.
46
2.2.2 KESAN
a. Kerosakan komuniti biologi semulajadi
Pencemaran air mempengaruhi seluruh biosfera
tumbuhan dan organisma yang hidup di dalam jasad
air tersebut serta organisma dan tumbuhan yang
mungkin terdedah kepada airnya. Kesannya boleh
merosakkan bukan sahaja kepada spesies individu,
tetapi juga kepada komuniti biologi semula jadi.
47
b. Mengurangkan kuantiti air yang boleh diminum
Pencemaran air memberi kesan yang teruk kerana
ianya mengurangkan kuantiti air yang boleh
diminum, menurunkan bekalan air untuk pengairan
tanaman dan memberi kesan kepada ikan dan
hidupan liar. Semua sedia maklum, air adalah
sumber kehidupan semua makhluk.
48
2.2.3 LANGKAH MENGATASI
a. Elakkan pembuangan sisa-sisa makanan dan
organik ke dalam longkang sebaliknya menanam
sisa-sisa makanan di tapak yang sesuai.
Kawasan yang dianggap sesuai mestilah terletak
agak jauh dari sungai-sungai atau di mana-mana
punca air bagi mengelakkan proses larut resap yang
juga boleh mengakibatkan pencemaran. Hal ini
dapat mengelakkan penyumbatan sistem pengaliran
longkang, pembiakan lalat dan bakteria serta banjir.
49
b. Penguatkuasaan undang-undang. Contohnya, Akta
Zon Ekonomi Eksklusif 1984 haruslah digunakan
setakat yang diperlukan dan mengenakan denda
yang lebih tinggi kepada mereka yang mencemari
laut dan pantai. Bagi kilang-kilang yang
menyalurkan bahan buangan seperti cecair dan
pepejal kimia ke dalam sungai juga akan diambil
tindakan tegas. Penggunaan bahan kimia oleh
kilang-kilang juga dihadkan.
50
c. Pengukuran pencemaran
air dijalankan dengan
menganalisis sampel air
dengan ujian fizikal, kimia
dan biologi. Kawalan
pencemaran air boleh
dicapai dengan rawatan air
sisa yang sesuai (ini termasuk
rawatan air sisa kumbahan
dan perindustrian),
menyediakan perkhidmatan
sanitasi yang dikendalikan
dengan selamat untuk orang
yang tidak mempunyai akses,
rawatan air sisa pertanian,
hakisan dan kawalan
sedimen dari tapak
pembinaan, dan mengawal
air larian bandar (air hujan).
51
2.3 PENCEMARAN TANAH
Pencemaran tanah adalah apabila tanah menjadi
penghalang kepada pertumbuhan semula jadi dan
keseimbangan di muka bumi sama ada ia digunakan
untuk penanaman, ternakan, tempat tinggal atau
hidupan liar.
52
2.3.1 PUNCA
a. Faktor-faktor seperti tumpahan bahan kimia tanpa
sengaja, hujan asid yang disebabkan oleh pencemaran
udara, pertanian intensif, penebangan hutan, sisa
nuklear, tapak pelupusan dan pembuangan haram,
hakisan tanah, amalan pertanian seperti penggunaan
racun perosak, racun rumpai dan baja kimia,
perlombongan, lambakan minyak dan bahan api,
pelupusan sisa yang ditanam, pelupusan arang batu
dan saliran air permukaan yang tercemar ke dalam
tanah.
b. Di samping itu punca pencemaran tanah juga adalah
seperti tumpahan dan pembuangan sisa berbahaya dan
kumbahan, amalan pertanian tidak mampan seperti
penggunaan racun perosak, perlombongan, penebangan
hutan dan amalan pembuangan sampah merata-rata. Bahan
kimia yang paling biasa terlibat adalah petroleum
hidrokarbon, pelarut, racun perosak, plumbum, dan lain-lain
logam berat.
53
2.3.2 KESAN
a. Kesan kesihatan manusia melalui sentuhan langsung
dengan tanah atau melalui penyedutan bahan cemar
tanah yang telah mengewap; mendatangkan potensi
ancaman yang lebih besar kepada air bawah tanah
untuk kegunaan manusia.
b. Kesan kesihatan akibat pendedahan kepada
pencemaran tanah berbeza bergantung kepada jenis
pencemar, laluannya dan kelemahan pada penduduk
yang terdedah boleh menyebabkan gangguan
kongenital, atau boleh menyebabkan keadaan
kesihatan kronik lain.
c. Rosak dan terbantutnya pertumbuhan yang
mengakibatkan hasil tanaman berkurangan,
kehilangan habitat hidupan liar, pencemaran air,
hakisan tanah dan gurun.
d. Tumpuhan bahan perindustrian buatan manusia
atau bahan-bahan semulajadi, seperti nitrat dan
ammonia yang berkaitan dengan baja ternakan
daripada operasi pertanian, juga telah dikenal pasti
sebagai membahayakan kesihatan dalam tanah dan
pada air bawah tanah.
54
2.3.3 LANGKAH MENGATASI
a. Remediasi
Kegiatan membersihkan tanah yang sudah tercemar
daripada bahan yang tidak sepatutnya ada dalam
tanah dengan dua jenis cara iaitu in-situ atau ex-situ.
Pembangunan in-situ bermaksud membangunkan dan
memajukan kawasan pertanian yang sedia ada agar
hasil pengeluaran dapat ditingkatkan. Usaha ini
memerlukan penggunaan bioteknologi dan R&D
dijalankan.
Pembersihan ex-situ meliputi penggalian tanah yang
tercemar dan kemudian dibawa ke kawasan yang
selamat. Di kawasan tersebut, tanah itu akan
dibersihkan dari zat pencemar.
55
2.3.3 LANGKAH MENGATASI
b. Bioremediasi
Merupakan cara merawat tanah menggunakan
organisma mikro. Kaedah ini bertujuan untuk
mengurai atau mendegradasi zat pencemar menjadi
bahan yang kurang beracun atau tidak beracun.
Salah satu organisma mikro yang berfungsi sebagai
bioremediasi ialah vesicular arbuskular mikoriza.
c. Kawalan aktiviti
Langkah lain yang boleh diambil adalah seperti
mengawal aktiviti pembinaan, perlombongan dan
pembalakan serta menyedarkan orang ramai supaya
menjaga kebersihan alam sekitar dengan
mengadakan kempen-kempen yang berkenaan.
56
2.4 PENCEMARAN BUNYI
Pencemaran bunyi merujuk kepada tahap kebisingan
yang tidak diingini dari bunyi-bunyi yang disebabkan
oleh aktiviti manusia yang mengganggu keselesaan
kehidupan. Contoh pencemaran bunyi adalah seperti
hasil m esin, uhpaaiwnamnaanutasiua1.1manus ia yang menggangu
aktiv iti kehid
57
2.4 PENCEMARAN BUNYI
Jenis-jenis pencemaran bunyi adalah seperti berikut:-
Kebisingan Selenjar
Ini adalah kebisingan yang selar dan kurang
daripada 3 desibel (dB). Ini berlaku apabila
seseorang sedang berbisik kerana gelombang bunyi
bergetar dengan lebih perlahan.
Contoh kebisingan selenjar adalah seseorang
sedang berbisik
58
2.4 PENCEMARAN BUNYI
Jenis-jenis pencemaran bunyi adalah seperti berikut:-
Kebisingan Fluktuasi
Kebisingan fluktuasi pula adalah kebisingan yang
terletak antara puncak gelombang yang tinggi dan
rendah. Pada tahap ini getaran gelombang bunyi
akan bergetar dengan lebih cepat daripada
kebisingan selenjar. Getaran gelombang adalah
sekitar 3 dB sahaja.
Contoh kebisingan fluktuasi adalah bunyi enjin
kenderaan dan orang sedang bercakap.
59
2.4 PENCEMARAN BUNYI
Jenis-jenis pencemaran bunyi adalah seperti berikut:-
Hentakan Impuls
Ini merupakan bunyi yang lebih intensiti dalam
tempoh yang lebih singkat. Pada kebiasaannya,
tahap ini getaran gelombang akan memuncak dan
menurun dengan cepat. Pada tahap ini intensiti bunyi
melebihi 80 dB kemudian gelombang bunyi akan
menurun. Tetapi intensiti masih menunjukkan tahap
yang tinggi keran bunyi yang kuat akan memberi
kesan yang lama terhadap getaran.
Contoh, tembakan, ketukan atau lagaan daripada
benda yang keras.
60
2.4 PENCEMARAN BUNYI
Jenis-jenis pencemaran bunyi adalah seperti berikut:-
Kebisingan Selang-seli
Kebisingan ini berlaku secara berselang-seli. Ia
dihasilkan apabila bunyi bising menjadi perlahan
dan kuat dalam jangka masa yang pendek.
Contoh, Ketika seseorang sedang menggergaji
kayu, getaran akan berlaku ketika gergaji itu
bergerak dan getaran tidak akan berlaku apabila
gergaji kayu dihentikan. Semasa gergaji sedang
ditarik intensiti akan meninggi pada kadar
tertentu dan menurun apabila gergaji tidak
disorongkan.
61
2.4 PENCEMARAN BUNYI
Faktor mempengaruhi pengeluaran bunyi:-
Ulangan - Lebih banyak kali ulangan maka lebih
tinggi perasaan tidak selesa pada masyarakat.
Kekuatan bunyi - Lebih kuat bunyi lebih rosak
pendengaran seseorang itu.
Kekerapan dan tempoh - Bunyi bising berterusan
boleh mengganggu kehidupan seseorang.
62
2.4.1 PUNCA
Antara punca-punca pencemaran bunyi adalah
seperti berikut:
1. Pembangunan Industri
Bunyi yang dikeluarkan dari kilang-kilang seperti
jentera, mesin kilang serta pemprosesan dan
pembuatan material boleh mengganggu
ketenteraman masyarakat setampat yang
berhampiran kilang tersebut.
2.Kawasan Pembinaan
Bunyi yang dikeluarkan apabila cerucuk-cerucuk besi
(jack hammer) ditanam dalam tanah akibat
pembinaan bangunan tinggi. Ini boleh merosakkan
suasana masyarakat di kawasan tersebut.
63
2.4.1 PUNCA
Antara punca-punca pencemaran bunyi adalah
seperti berikut:
1. Kenderaan dan kesesakan lalu lintas
Kenderaan di jalan raya mengeluarkan bunyi hon
boleh memekakkan pendengaran terutamanya di
jalan sesak. Sejurus itu boleh mengganggu
ketenteraman masyarakat.
2.Aktiviti Manusia
Masyarakat memasang radio dan televisyen dengan
volume yang kuat.
3.Kuari - Aktiviti Memotong Besi
Pemecahan batu-batu mengakibatkan penghasilan
bunyi yang kuat menyebabkan pencemaran bunyi.
64
2.4.2 KESAN
Beberapa pencemaran bunyi mungkin bersifat
sementara manakala ada yang kekal. Kesan-kesan
mungkin termasuk kehilangan pendengaran,
gangguan hidupan liar dan mengganggu
ketenteraman.
a. Kesan pencemaran bunyi terhadap manusia
Bunyi yang tidak dikehendaki mampu membawa
kesan negatif secara physiological. Pencemaran
bunyi mampu merimaskan, memberi tekanan,
menghilangkan pendengaran, gangguan tidur serta
kesan buruk lain. Tekanan dan hipertensi adalah
punca utama masalah kesihatan, di mana telinga
berdengung menyebabkan mengalami masalah daya
ingatan, serta serangan panik.
65
2.4.2 KESAN
Selain itu, kesan lain pula pencemaran bunyi mampu
menyumbang kepada kesan kardiovaskular di mana
boleh menyebabkan peningkatan statistik pada
tekanan darah serta peningkatan kejadian arteri
koronari.
Pencemaran bunyi menyebabkan menjejaskan
produktiviti di mana pekerja tidak dapat menjana
idea untuk organisasi apabila pencemaran bunyi
berleluasa sehingga menjejaskan pemikiran
seseorang.
66
2.4.2 KESAN
b. Kesan pencemaran bunyi terhadap alam sekitar
Bunyi bising memberi kesan buruk kepada haiwan. Ia
menyebebkan tekanan serta meningkat risiko
kematian dan mengganggu haiwan berhubung
terutamanya berkaitan dengan pembiakan dan
navigasi. Dedahan lampau akustik boleh mendorong
kepada kehilangan pendengaran sementara atau
kekal.
c. Kesan bunyi boleh memusnahkan habitat yang
disebabkan bunyi bising. Sebagai contoh,
pencemaran bunyi menyebabkan kematian spesies
paus tertentu akibat terdedah kepada sonar tentera
yang kuat.
67
2.4.3 LANGKAH MENGATASI
1. Penggunaan Teknologi
Penggunaan halangan bunyi, menghadkan kelajuan
kenderaan, menukar tekstur permukaan jalan raya,
menghadkan berat kenderaan, menggunakan
kawalan trafik agar tidak mengalami tekanan brek
dan pecutan bagi kenderaan.
Pengeluaran bunyi dari kapal terbang dengan
menghasilkan enjin jet yang lebih senyap dan
menukar laluan penerbangan dan tempoh masa
penggunaan landasan telah membuktikan memberi
kebaikan penduduk berhampiran lapangan terbang.
68
2.4.3 LANGKAH MENGATASI
2. Pendidikan
Melalui pendidikan memberi kesedaran serta
membentuk sikap positif terhadap alam sekitar
terutamanya dari peringkat rendah lagi. Melalui
pendidikan mereka dapat mengetahui pencemar
alam dari segi kesan-kesan negatif terhadap alam
sekitar dan manusia.
Pendidikan alam sekitar mula diperkenalkan secara
formal pada peringkat rendah dalam mata
pelajaran alam dan manusia dan pada peringkat
menengah pula dalam mata pelajaran sains juga
bagi pelajar di peringkat Institusi Pengajian Tinggi.
Masyarakat juga mengetahui mengenai alam sekitar
melalui penyiaran media serta kempen.
69
2.4.3 LANGKAH MENGATASI
3. Tanggungjawab bersama
Kerajaan perlu memainkan peranan seperti
mengetatkan undang-undang untuk melindungi alam
sekitar. Rondaan oleh pegawai alam sekitar perlu
diperbanyakkan. Pengusaha kilang haruslah
mendapatkan nasihat mengenai alam sekitar
sebelum memulakan operasi. Selain itu, pengguna
perlu memantau persekitaran sekiranya terdapat
pihak tidak bertanggungjawab terhadap alam
sekitar perlu segera membuat aduan agar
pencemaran bunyi diatasi.
70
2.4.3 LANGKAH MENGATASI
4. Pameran, pertandingan dan kempen alam sekitar
Pameran perlu diadakan secara berkala di setiap
kawasan tertentu dengan mengedar risalah tentang
punca dan kesan pencemaran bunyi terhadap alam
sekitar serta manusia. Selain itu, kerajaan perlulah
mempamerkan slaid-slaid berkaitan pencemaran
bunyi agar dapat menyedarkan masyarakat serta
mengajar masyarakat melindungi alam sekitar.
Mengadakan pertandingan kuiz tentang
pencemaran untuk meningkatkan pengetahuan
masyarakat mengenai alam sekitar terutamanya di
peringkat sekolah.
71
2.4.3 LANGKAH MENGATASI
5. Pendedahan media massa
Penyiaran isu-isu berkaitan alam sekitar supaya
masyarakat peka dan berhati- hati untuk melindungi
alam sekitar daripada tercemar. Pihak media turut
menyiarkan isu-isu terkini di akhbar dan majalah
untuk meningkatkan pengetahuan masyarakat
72
2.5 PENCEMARAN SISA PEPEJAL
Sisa pepejal merujuk kepada sebarang bahan
atau benda ataupun lebihan bahan yang tidak
dikehendaki oleh manusia.
Sisa pepejal atau sampah boleh dibahagikan
kepada tiga iaitu pembuangan pembandaran,
buangan pepejal industri dan buangan najis. Sisa
pepejal pembandaran ialah sampah sarap,
seperti kertas, plastik, tin, makanan dan sisa
makanan. Bagi sisa pepejal kesan daripada
aktiviti perindustrian pula seperti buangan
binaan bangunan, logam, kayu, kadbod, benang,
buangan makanan dan minyak.
73
2.5.1 PUNCA
1. Faktor pencemaran sisa pepejal
2.Pertambahan penduduk
3.Proses pembandaran
4.Perindustrian pesat
74
2.5.2 KESAN
1. Pencemaran sisa pepejal
2. Pencemaran bau
3. Pencemaran air
4. Pencemaran udara
75
2.5.3 LANGKAH MENGATASI
1. Kempen kitar semula
2. Penyediaan tong sampah yang banyak
3. Mengutip sampah mengikut jadual
4. Pendidikan alam sekitar dalam kurikulum pelajar
merupakan satu langkah penting dalam
mempengaruhi tingkah laku pelajar terhadap
tanggungjawab mereka untuk menjaga alam
sekitar. Penerapan ini bertujuan untuk
memastikan para pelajar mempunyai
pengetahuan dan kesedaran yang jelas tentang
kesan negatif hasil daripada penggunaan plastik
sekali guna yang semakin bertambah.
76
2.5.3 LANGKAH MENGATASI
5.Mengelakkan penggunaan barangan pakai buang
yang berasaskan plastik
6.Mengenakan cukai terhadap penggunaan plastik
7.Penggunaan barangan terbiodegradasi
8.Menjalankan pemantauan secara berkala ke atas
semua premis jualan
77
2.6 PENCEMARAN RADIOAKTIF
1. Pencemaran radioaktif jarang berlaku tetapi
amat merbahaya malah boleh membawa maut
jika ianya berlaku. Oleh itu perlu adanya
peraturan-peraturan yang ketat untuk mengawal
pencemaran radioaktif.
78
2.6 PENCEMARAN RADIOAKTIF
2. Penggunaan tenaga nuklear telah luas
digunakan pada masa kini mempunyai permintaan
yang tinggi terhadap sumber-sumber tenaga.
Pencemaran telah berlaku secara senyap dalam
pembangunan tenaga nuklear ini. Pencemaran
radioaktif mampu memasuki tubuh melalui
penghadaman, menghidu, penyerapan melalui
kulit, atau suntikan.
Oleh sebab ini adalah penting bagi
menggunakan peralatan perlindungan peribadi
apabila mengendalikan bahan radioaktif.
Pencemaran radioaktif juga mungkin diserap
akibat memakan tumbuhan dan haiwan yang
tercemar atau meminum air atau susu dari haiwan
yang terdedah. Berikutan selepas kejadian
pencemaran teruk, kesemua laluan berpotensi
bagi pendedahan dalaman perlu difikirkan.
79
2.6.1 PUNCA
1. Pembuangan sisa nuklear yang haram. Bahan
yang telah digunakan oleh reactor nuclear masih
mempunyai kuasa pereputan radioaktif dan
memancarkan zarah subaton (sinaran) yang
membahayakan alam sekitar.
2. Penyalahgunaan bahan radioaktif juga
merupakan salah satu faktor yang penting.
Penggunaan bahan radioaktif seperti Uranium
dan Plutonium yang salah akan menyebabkan
peletupan dan pendedahan bahan radioaktif.
80
2.6.1 PUNCA
3. Berlakunya kemalangan loji kuasa nuklear atau
kebocoran dari pelupusan sisa nuklear dan operasi
perlombongan uranium.
4. Kecuaian manusia semasa pengendalian dengan
bahan radioaktif. Kemalangan di stesen nuklear dan
kemalangan semasa mengangkut bahan radioaktif
dari satu tempat ke tempat yang lain merupakan
kemalangan yang sentiasa berlaku.
81
2.6.2 KESAN
1. Pencemaran radiasi radioaktif boleh
menyebabkan kecacatan kelahiran, kanser dan
masalah kesihatan yang lain kepada manusia dan
hidupan lain.
2. Boleh merosakkan tanah dan menyumbang
kepada pencemaran air serta udara.
3. Penggunaan bahan radioaktif yang tidak
terkawal sama ada untuk pembangunan atau
peperangan akan membawa pelbagai kesan
buruk yang menjejaskan alam sekeliling seperti
kepupusan flora dan fauna. Kebanyakan spesies
akan dimusnahkan kerana kehilangan habitat.
82
1. Kawasan yang terjejas akan berlakunya
kehilangan kesuburan tanah. Ini akan
mengakibatkan kehilangan sumber makanan dan
sumber protein. Kekurangan sumber makanan
juga akan menjejaskan bidang ekonomi kawasan
tersebut kerana perlunya mengambil keluaran
import negara lain untuk memenuhi keperluan
makanan.
83
2. Bahan-bahan nuklear yang dibebaskan akan
menyebabkan manusia yang dilahirkan menghidap
pelbagai penyakit seperti mutasi genetik dan
penyakit kanser. Ujian nuklear akan menyebabkan
lapisan ozon dimusnahkan sebahagian dan ia
menyebabkan manusia terdedah dengan sinaran
matahari selama-selamanya manusia akan
mengidap penyakit kulit.
84
3. Kemalangan di loji nuklear akan menyebabkan
kehilangan nyawa manusia dan juga kemusnahan
bangunan. Wabak penyakit akan merebak kerana
persekitaran yang kotor. Kadar kematian yang
bertingkat disebabkan penyakit yang merebak akan
menjejaskan nama negara dan turut mempengaruhi
pendapatan negara.
85
Sudut Info
Bencana Chernobyl dianggap malapetaka nuklear
terburuk dalam lipatan sejarah Ukraine dan seluruh
dunia, yang mana angka kematiannya kekal misteri
dan ia terus menjejaskan kesihatan penduduk
tempatan. Lebih 200 tan uranium masih kekal dalam
reaktor meletup itu, meningkatkan kebimbangan
lebih banyak kebocoran radioaktif boleh berlaku
jika struktur konkrit lama yang menutupi reaktor
usang itu runtuh.
Pada jam 1.23 pagi 26 April 1986, reaktor nombor
empat loji jana kuasa nuklear Chernobyl, terletak
kira-kira 100 kilometer di utara Kiev, Ukraine,
meletup ketika satu ujian keselamatan.
Selama 10 hari berikutnya, bahan api nuklear masih
terbakar, mengeluarkan kepulan awan radiasi
beracun yang mencemarkan sehingga tiga perempat
negara di Eropah dengan Ukraine serta negara
jirannya di Belarus dan Russia paling terjejas teruk.
Asap dipenuhi bahan radioaktif itu terbang sejauh
2,334 kilometer sehingga ke Britain serta Norway.
86
2.6.3 LANGKAH MENGATASI
1. Pembinaan fasiliti stesen nuklear yang lebih
selamat. Penggunaan bahan pembinaan dan
rekacipta yang lebih canggih untuk menghalang
pengaliran keluar bahan radioaktif jika berlaku
peletupan bahan nuklear.
2. Pembuangan sisa bahan radioaktif secara
sistematik dapat mengurangkan pencemaran.
Cara yang sesuai seperti pembuangan geologi
dan penggunaan semula merupakan cara jangka
panjang yang perlu dipraktikkan.
3. Penamatan eksperimen bahan radioaktif yang
tidak membawa kebaikan kepada manusia perlu
dilakukan. Pembuatan bom nuklear yang tidak
berfaedah perlu dikurangkan agar pendedahan
manusia kepada bahan nuklear dapat
dikurangkan.
87
2.7 PENCEMARAN HABA/TERMA
Pencemaran haba / terma adalah lebihan panas
yang mewujudkan kesan yang tidak diingini dalam
jangka masa yang panjang. Bumi mempunyai kitaran
haba semula jadi tetapi peningkatan suhu yang
tinggi boleh dianggap sebagai yang amat jarang
berlaku. Ia mengakibatkan kemerosotan kualiti air
akibat mana-mana proses yang mengubah suhu air.
Biasanya pencemaran haba / terma adalah terhad
kepada kawasan-kawasan berhampiran sumber
mereka namun ianya boleh membawa kesan yang
lebih luas di kawasan geografi yang lebih besar.
88
2.7.1 PUNCA
1. Punca pencemaran haba boleh disebabkan oleh
loji kuasa, air zarah pencemaran yang
memerangkap haba dari pelepasan asap dan
gas oleh kenderaan, kilang dan sebagainya
terutama penggunaan bahan bakar fosil serta
penebangan hutan yang menyebabkan kesan
rumah hijau.
89
2.7.1 PUNCA
2. Stesen Penjanaan Kuasa Elektrik
Stesen menghasilkan haba yang banyak. Selalunya
didirikan di tebing sungai untuk dibekalkan air
sungai untuk menyejukkan. Ia akan mengakibatkan
suhu air sungai meningkat. Penyebab biasa
pencemaran haba / terma adalah penggunaan air
sebagai bahan pendingin oleh loji kuasa dan kilang
industri. Apabila air yang digunakan sebagai bahan
pendingin dikembalikan ke persekitaran semula jadi
pada suhu yang lebih tinggi, perubahan suhu
mengurangkan bekalan oksigen dan memberi kesan
kepada komposisi ekosistem.
90
2.7.1 PUNCA
3. Peningkatan Kawasan Perindustrian
Kawasan perindustrian sering membebaskan air
panas yang telah digunakan ke dalam sungai. Ini
akan mengakibatkan suhu air sungai meningkat dan
memberi kesan kepada habitat hidupan akuatik.
Kandungan oksigen berkurangan dan menyukarkan
hidpan akuatik untuk hidup, ikan dan organisma lain
boleh terkesan oleh perubahan mendadak pada
suhu air dalam yang dikenali sebagai "kejutan
haba."
a.Kewujudan Bangunan Bercermin
Cermin yang berfungsi sebagai dinding meningkat
suhu kawasan sekitar. Ia akan menyerap haba dan
memantulkannya ke atmosfera.
b.Bandar Raya Yang Pesat Membangun
Kewujudan banyak bangunan yang rapat dengan
satu sama lain menyukarkan pengaliran udara dan
ini akan memerangkap udara yang berhabuk serta
menghasilkan kepekatan karbon dioksida yang
tinggi.
c.Pertambahan bilangan kenderaan bermotor
Jumlah kenderaan bermotor meningkatakan
mengeluarkan karbon dioksida.
91
2.7.1 PUNCA
4. Kewujudan Bangunan Bercermin
Cermin yang berfungsi sebagai dinding meningkat
suhu kawasan sekitar. Ia akan menyerap haba dan
memantulkannya ke atmosfera.
a.Bandar Raya Yang Pesat Membangun
Kewujudan banyak bangunan yang rapat dengan
satu sama lain menyukarkan pengaliran udara dan
ini akan memerangkap udara yang berhabuk serta
menghasilkan kepekatan karbon dioksida yang
tinggi.
92
6. Pertambahan bilangan kenderaan bermotor jumlah
kenderaan bermotor meningkatkan mengeluarkan
karbon dioksida.
Alternatif pengguaan kenderaan jenis hybrid dan
elektrik dikatakan mampu mengurangkan kadar
pencemaran di bandar-bandar besar.
93
2.7.2 KESAN
Apabila suhu mula meningkat, perubahan iklim dan
cuaca menjadi tidak stabil yang akan menyebabkan
pelbagai bencana alam serta merosakkan habitat
dan populasi hidupan.
1. Kematian
Bumi kini sedang mengalami “demam panas” akibat
pemanasan global yang turut membawa bersamanya
iklim dunia yang semakin kucar-kacir. Peningkatan
suhu bumi telah membunuh lebih satu juta orang di
seluruh dunia sejak tahun 2000 sama ada secara
langsung ataupun tidak. Pertubuhan Kesihatan
Sedunia (WHO) yang mengeluarkan perangkaan
tersebut menjelaskan separuh daripada jumlah
kematian itu berlaku di Asia Pasifik, benua yang
paling padat penduduk. Selain itu, jumlah berkenaan
belum ditambah dengan 800,000 lagi mangsa yang
terbunuh akibat pencemaran setiap tahun.
94
2.7.2 KESAN
Apabila suhu mula meningkat, perubahan iklim dan
cuaca menjadi tidak stabil yang akan menyebabkan
pelbagai bencana alam serta merosakkan habitat
dan populasi hidupan.
1. Pencairan ais di kutub
Pemanasan global berpunca daripada pencemaran
udara yang meningkatkan jumlah gas-gas karbon
yang turut dikenali sebagai gas rumah hijau di dalam
atmosfera bumi. Haba matahari yang pada
kebiasaannya dapat dipantulkan ke permukaan bumi
kembali ke angkasa lepas kemudiannya
terperangkap dan menyebabkan suhu bumi semakin
meningkat. Akibatnya, ais di kutub-kutub mula
mencair dan meningkatkan paras air laut sehingga
menenggelamkan sesetengah pulau kecil dan
menghakis permukaan tanah besar.
95