Log Lencana Usaha
Kumpulan Pengakap Ke 28, Daerah Seputeh (Terbuka)
Log Lencana Usaha
Rekod Peribadi
Nama Pengakap:
Tarikh Lahir:
No.K/P:
Nama Sekolah:
No. Kumpulan:
Daerah:
Negeri:
Alamat Kumpulan:
Patrol:
Pangkat:
Kumpulan Pengakap Ke 28, Daerah Seputeh (Terbuka)
Log Lencana Usaha
Data Diri
Nama Pengakap:
Tarikh Lahir:
No. K/P:
No. Telefon:
Umur:
Alamat Rumah:
Bangsa:
Agama:
Nama Pemimpin:
No. Keahlian:
Tandatangan Pengakap
Kumpulan Pengakap Ke 28, Daerah Seputeh (Terbuka)
Log Lencana Usaha
REKOD KEMAJUAN LENCANA KEAHLIAN
Bil. Perkara Tarikh Tandatangan
Lulus Penguji
A Cita-cita Pengakap
1. Bendera Malaysia dan Bendera Negeri
2. Lagu Negaraku dan Lagu Negeri
3. Menaikkan Bendera
4. Nama orang-orang kenamaan
5. Persetiaan Pengakap & Undang-undang
Pengakap
B Kecergasan dan Kesegaran Jasmani
1. Asas Perbarisan
2. Kawad Tongkat
3. Isyarat-isyarat Tangan Pengakap
4. Halangan Komando
5. Melipat dan Mengibarkan Bendera
C Kemahiran Berpengakapan
1. Menjaga dan Menyimpan Pisau seta
Parang
2. Simpulan & Ikatan
- Simpul Himpit (Fisherman’s Knot)
Kumpulan Pengakap Ke 28, Daerah Seputeh (Terbuka)
Log Lencana Usaha
- Simpul Pulih (Sheep Shank Knot)
- Bunga Geti Ganda (Double Sheet Bend)
- Lilit Balak (Timber Hitch)
- Lilit Taut-Line (Taut Line Hitch)
- Ikat Seraya (Square Lashing)
- Ikat Serong (Diagonal Lashing)
3. Undang-undang Lalulintas Jalanraya
4. Memilih Tapak Perkhemahan
5. Keperluan peribadi untuk bekhemah
6. Alatan Pertolongan Cemas Peribadi
7. Menghidupkan Api
8. Berkhemah sekurang-kurangnya 1
malam
9. Arah Mata Angin dan Mengenali Peta
Topo
10. Isyarat Sulit Pengakap
11. Mengembara 8km. Berjalan kaki dalam
patrolnya. Membuat laporan bertulis
dalam buku log.
D Kecenderungan dan Minat
1. Kraftangan
2. Plaster Cast
Kumpulan Pengakap Ke 28, Daerah Seputeh (Terbuka)
Log Lencana Usaha
3. Rekod 12 orang sahabat
E Perkhidmatan
1. Balutan Anduh
a) Melipat Kain Anduh
b) Anduh Tangan dan Kaki
2. Tindakan Kecemasan
3. Memandu Orang
Dengan ini adalah diperakui dan disahkan bahawa Pengakap ini telah LULUS ujian tersebut
sepertimana yang ditetapkan dalam Skim Latihan Pengakap Malaysia.
Tarikh:
(T.t Pemimpin & Cop)
Kumpulan Pengakap Ke 28, Daerah Seputeh (Terbuka)
Log Lencana Usaha
Bendera Malaysia
Bendera Malaysia Jalur Gemilang
Bendera merupakan lambang kepimpinan, simbol penghormatan, martabat dan
kedaulatan bagi sesebuah negara. Setiap negara mempunyai bendera yang
tersendiri untuk mewujudkan perasaan bangga terhadap tanah air. Bendera
ditakrifkan sebagai sebidang kain yang diperagakan bagi menunjukkan tanda dan
lambang kewujudan yang juga dikenali sebagai panji dan obor. Bendera dalam
budaya Melayu biasanya dikaitkan dengan kedudukan golongan Diraja yang
memerintah.
Terdapat 14 jalur merah dan putih melintang yang sama lebar bermula dengan jalur
merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah. Jalur-jalur
ini menandakan keanggotaan 13 buah negeri dan sebuah kerajaan Persekutuan
iaitu Kedah, Pahang, Kelantan, Johor, Perak, Perlis, Selangor, Negeri Sembilan,
Terengganu, Sarawak, Pulau Pinang, Sabah, Melaka dan Wilayah Persekutuan
(Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya).
Warna merah pada jalur membawa makna gagah berani dan warna putih pula
membawa makna suci murni. Warna kuning yang digunakan pada bulan dan bintang
adalah warna Diraja yang melambangkan Raja-Raja Melayu. Gabungan tiga warna
utama iaitu merah, putih dan biru melambangkan setia kawan Persekutuan Tanah
Melayu dan United Kingdom dan penyatuan Tanah Melayu dengan Negara-negara
Komanwel.
Kumpulan Pengakap Ke 28, Daerah Seputeh (Terbuka)
Log Lencana Usaha
Sejarah Bendera Malaysia
Pada 29 November 1949, Majlis Raja-Raja dengan kerjasama Majlis Perundangan
Persekutuan telah mengadakan pertandingan peringkat kebangsaan untuk memilih
reka bentuk bendera bagi kerajaan yang bakal dibentuk. Dalam pertandingan
mereka cipta bendera peringkat kebangsaan pada Mei 1948 tersebut, seramai 373
karyawan telah mengambil bahagian dan telah melalui proses pemilihan serta
pertimbangan. Pada 15 November 1949 hanya tiga reka bentuk yang berjaya dipilih
ke peringkat akhir dan ciptaan Encik Mohamed bin Hamzah (arkitek Jabatan Kerja
Raya Negeri Johor) telah dipilih sebagai pemenang. Walau bagaimanapun reka
bentuk bendera tersebut telah dibuat beberapa pindaan iaitu bulan sabit dan bintang
yang pada asalnya berwarna putih digantikan dengan warna kuning bagi
melambangkan warna Diraja dan telah diperkenankan oleh Mesyuarat Majlis Raja-
Raja pada 22 dan 23 Februari 1950. Pada 19 April 1950, Majlis Perundangan
Persekutuan telah meluluskan usul yang dibentangkan oleh Pemangku Ketua
Setiausaha Negara. Reka bentuk bendera tersebut telah mendapat kelulusan King
George VI pada 19 Mei 1950. Sehubungan dengan itu, buat pertama kalinya
Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dikibarkan di perkarangan Istana Sultan
Selangor dengan dihadiri oleh DYMM Raja-Raja Melayu dan pegawai-pegawai King
George VI pada 26 Mei 1950. Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan
dan berkibar secara rasmi pada 31 Ogos 1957 di Padang Kelab Selangor seiring
dengan berkumandangnya lagu Negaraku yang buat kali pertama diperdengarkan
kepada umum. Bendera Persekutuan Tanah Melayu yang sebelum ini berjumlah 11
jalur melintang berwarna merah dan putih telah bertambah jalurnya kepada 14 jalur
sebaik sahaja kemasukan Sabah, Sarawak dan Singapura dalam Persekutuan
Malaysia pada 16 September 1963. Bendera ini dikenali sebagai bendera Malaysia.
Penambahan jalur ini adalah bagi mewakili tiga negeri tersebut. Walaupun Singapura
dikeluarkan dari Malaysia pada Ogos 1965, jumlah jalur pada bendera Malaysia
masih kekal termasuk ciri-ciri yang ada padanya. Setelah berkibar megah sejak
tahun 1950, pada malam 31 Ogos 1997 sempena sambutan 40 tahun kemerdekaan
negara, Tun Dr. Mahathir Mohammad yang merupakan Perdana Menteri Malaysia
ketika itu telah mengukir sejarah dengan mengumumkan nama baharu bagi bendera
Malaysia iaitu sebagai Jalur Gemilang. Susunan Keutamaan Bendera Susunan
keutamaan bendera Malaysia dan negeri-negeri ditentukan mengikut susunan
keutamaan DYMM Raja-Raja Melayu dan TYT Yang di-Pertua Negeri seperti yang
termaktub dalam Perkara 70, Perlembagaan Persekutuan, Keutamaan Raja dan
Yang di-Pertua Negeri. Selaras dengan perlantikan Ke bawah Duli Yang Maha Mulia
Sultan Muhammad V, Sultan Kelantan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-
Pertuan Agong XV pada 13 Disember 2016, kedudukan Susunan Kekananan Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja dan
Tuan-Tuan Yang Terutama Yang di- ertua-Yang di-Pertua Negeri, maka susunan
keutamaan bendera yang diperuntukan di bawah Surat Pekeliling Am Bil. 3 Tahun
1994 bagi bendera Malaysia dan negeri-negeri adalah berubah seperti berikut:
Kumpulan Pengakap Ke 28, Daerah Seputeh (Terbuka)
Log Lencana Usaha
KEUTAMAAN NEGERI/WILAYAH
1. Malaysia
2. Kedah
3. Pahang
4. Terengganu
5. Perlis
6. Selangor
7. Negeri Sembilan
8. Johor
9. Perak
10. Kelantan
11. Pulau Pinang
12. Melaka
13. Sabah
14. Sarawak
15. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
16. Wilayah Persekutuan Labuan
17. Wilayah Persekutuan Putrajaya
Susunan kekananan DDYMM Raja-Raja dan TTYT Yang di-Pertua-Yang di-Pertua
Negeri yang terkini adalah berkuat kuasa pada 13 Disember 2016.
Kumpulan Pengakap Ke 28, Daerah Seputeh (Terbuka)
Log Lencana Usaha
Bendera Wilayah Persekutuan
Wilayah Persekutuan memiliki bendera rasminya. Bendera ini telah mula digunakan
pada 23 Mei 2006 bagi semua acara rasmi yang melibatkan ketiga-tiga Wilayah
Persekutuan iaitu; Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Bagaimanapun, bendera-
bendera milik setiap wilayah masih digunakan dalam acara-acara tertentu yang
melibatkan Wilayah Persekutuan yang berkenaan.
Semasa Sukan Malaysia di Kedah pada tahun 2006, buat pertama kalinya; Kuala
Lumpur, Labuan dan Putrajaya disatukan ke dalam kontinjen tunggal Wilayah
Persekutuan dengan menggunakan bendera yang baharu.
Ciri-ciri bendera Wilayah Persekutuan menerapkan warna asas Jalur Gemilang yang
melambangkan Wilayah Persekutuan adalah milik Kerajaan Persekutuan dan
seluruh rakyat Malaysia.
Warna kuning membawa maksud kedudukan yang dihormati, dimuliakan dan
kedaulatan;
Warna biru mambawa maksud perpaduan, keikhlasan, kestabilan,
keharmonian dan kebenaran; dan
Warna merah membawa maksud semangat waja, kekuatan, keberanian dan
bertenaga.
Jata Negara pula melambangkan Wilayah Persekutuan sebagai jajahan
penting yang meneraju pemerintahan, pentadbiran dan pusat perniagaan
negara.
Tiga bintang di bawah Jata Negara membawa maksud tiga Wilayah
Persekutuan terpenting iaitu; Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya yang
bernaungn dan mendokong Wilayah Persekutuan.
Kumpulan Pengakap Ke 28, Daerah Seputeh (Terbuka)
Log Lencana Usaha
Bendera Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Bendera ini berteraskan konsep dan warna Jalur Gemilang yang berjalur putih dan
merah, warna biru tua bersama bintang serta bulan sabit berwarna kuning. Unsur-
unsur ini tidak dapat dipisahkan memandangkan Kuala Lumpur merupakan Ibu
Negara Malaysia dan juga Wilayah Persekutuan.
14 jalur merah dan putih (melintang) menandakan keanggotaan 13 buah
negeri di Malaysia dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur terletak di
bawah pentadbiran Kerajaan Persekutuan.
Bulan sabit dan bintang melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi.
Bintang berbucu 14 melambangkan 13 buah negeri di Malaysia dan Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur yang bertindak sebagai Pusat Kerajaan dan
Pentadbiran.
Warna biru tua di bahagian tengah melambangkan perpaduan wargakota
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang berbilang kaum.
Warna merah melambangkan keberanian, kegagahan sebuah bandaraya
dalam menghadapi cabaran ke arah pembangunan bandaraya kosmopolitan
yang dinamik dan berprogresif.
Warna kuning melambangkan kedaulatan dan kemakmuran Kuala Lumpur.
Warna putih melambangkan keluhuran, kebersihan dan keindahan
bandaraya dalam taman bercahaya.
Kumpulan Pengakap Ke 28, Daerah Seputeh (Terbuka)
Log Lencana Usaha
Lagu Negaraku
Lirik Lagu;
Negaraku
Tanah tumpahnya darah ku
Rakyat hidup bersatu dan maju
Rahmat bahagia Tuhan kurniakan
Raja kita selamat bertakhta
Rahmat bahagia Tuhan kurniakan
Raja kita selamat bertakhta
(Maestoso)
Sejarah Lagu Negaraku
Lagu Kebangsaan dicipta pada tahun 1957 dan pemilihan lagu ini dibuat oleh bekas
Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Abdul
Hamid Halim Shah. Irama ‘Negaraku’ dipetik daripada irama lagu negeri Perak. Lagu
negeri Perak pula mendapat ilham asal daripada lagu “Terang Bulan” yang
merupakan lagu yang amat disukai oleh Sultan Abdullah, Sultan Perak, ketika
baginda dalam buangan di Pulau Seychelles. ‘Negaraku’ menekankan taat setia dan
perpaduan rakyat untuk kemajuan negara. Lagu ini berperanan untuk
membangkitkan semangat patriotik dan cintakan tanah air. Idea untuk mencipta Lagu
Kebangsaan timbul ketika negara sedang bersiap menyambut hari kemerdekaan.
Lagu Kebangsaan perlu diperdengarkan dalam upacara pengisytiharan
kemerdekaan yang ditetapkan pada 31 Ogos 1957.
Lantaran itu, pada bulan Februari 1957, satu pertandingan mencipta lagu rasmi telah
diadakan. Namun empat lagu akhir yang telah disenarai pendek telah ditolak oleh
Jawatankuasa Khas Pemilihan Lagu Kebangsaan (JKPLK) yang diketuai sendiri oleh
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sebaliknya
mengesyorkan lagu Negeri Perak sebagai asas bagi mencipta Lagu Kebangsaan
Negara Malaysia. Cadangan itu telah dipersetujui oleh ahli JKPLK yang lain. Skor
lagu ‘Negaraku’ telah disediakan oleh Alfonso Soliano (Pemimpin Orkestra Radio
Malaya), D.S.P Croff (Pengarah Muzik, Pancaragam Polis Diraja), Kapten Lenthall
(Pengarah Muzik, Pancaragam Askar Melayu, Port Dickson) dan A.T Reed (Ketua
Pengarah Radio Malaya). Seni kata Lagu Kebangsaan “Negaraku” telah disediakan
oleh satu jawatankuasa khas yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
dengan persetujuan Sultan-Sultan Tanah Melayu.
Lagu Kebangsaan ‘Negaraku’ diperdengarkan buat julung kalinya selepas detik 12
malam di ambang 31 Ogos 1957, di Padang Kelab Selangor. Pada malam
bersejarah tersebut, bendera Union Jack telah diturunkan dan digantikan dengan
bendera Persekutuan Tanah Melayu, diiringi dengan Lagu Kebangsaan ‘Negaraku’.
Bermula dari detik inilah, lagu ‘Negaraku’ terus kekal menjadi lagu rasmi negara.
Kumpulan Pengakap Ke 28, Daerah Seputeh (Terbuka)
Log Lencana Usaha
Lagu Rasmi Wilayah Persekutuan
Lirik Lagu;
"MAJU DAN SEJAHTERA"
Inilah Wilayah Bumi Yang Bertuah
Maju Membangun Dijulang Megah
Aman Sentosa Disepanjang Masa
Teguh Disemai Sentiasa
Membara Semangat Setiap Warganya
Cergas Mindanya Semangat Waja
Pada Wilayah Ditumpah Setia
Hormat Hormati Penuh Mesra
Bersatulah
Berbaktilah
Semua Warga Wilayah
Sayangilah
Lindungilah
Sepenuh Jiwa Raga
Kita Jaga Keharmonian Semua
Maju Sejahtera
Wilayah Persekutuan
Lagu Maju dan Sejahtera ialah lagu rasmi Wilayah Persekutuan, Malaysia bermula
12 Ogos 2006. Lagu versi baru dirasmikan pada 28 Januari 2011
Senikata lagu Maju dan Sejahtera memenuhi hasrat kehidupan warga Wilayah
Persekutuan.
Maju mencerminkan kemajuan yang dicapai dari segi ekonomi, politik,
sosial, rohani, psikologi dan budaya.
Sejahtera dari segi aspek berikut :
Bandaraya yang berkualiti dan efisien yang mempunyai infrastrukur yang
terancang dan berkualiti;
Sistem pengangkutan awam yang tepat, cepat dan selamat;
Keselamatan awam yang terjamin dan kemudahan rekreasi untuk
memenuhi pelbagai keperluan masyarakat;
Keharmonian integrasi antara kaum dan penyertaan masyarakat untuk
membentuk komuniti yang berhemah, berbudi bahasa dan berbudaya tinggi;
Pencapaian masyarakat yang berilmu, bermoral, beretika dan bersikap
toleransi;
Pencapaian ekonomi dan peluang pekerjaan untuk masyarakat; dan
Nilai kebersihan, keselesaan dan penjagaan alam sekitar.
Kumpulan Pengakap Ke 28, Daerah Seputeh (Terbuka)
Log Lencana Usaha
Nama Orang-orang Kenamaan
1. DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-
PERTUAN AGONG
Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum
Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah,
DKP.,DKM., DK., DMN., SSAP., SIMP., DK.(Terengganu)., DK.(Johor)., SPMJ.,
PAT., DKMB.(Brunei).
Kumpulan Pengakap Ke 28, Daerah Seputeh (Terbuka)
Log Lencana Usaha
2. DYMM Raja Permaisuri Agong
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri
Agong
Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum
AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj,
DK., DMN., SSAP., SIMP., DK.(Johor)., SPMJ., PKC., PKT., PJK.,
DK.(Brunei)
Kumpulan Pengakap Ke 28, Daerah Seputeh (Terbuka)
Log Lencana Usaha
3. Perdana Menteri
Perdana Menteri Malaysia Ke-Lapan
Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato' (Dr) Haji
Muhyiddin bin Haji Muhammad Yassin
PSM (Persekutuan); SPMJ (Johor); SHMS (Kedah); SPSA (Perak); SPMP
(Perlis); SUNS (Negeri Sembilan); SPDK (Sabah); DUNM (Melaka); DP,
PNBS (Sarawak); SMJ, PIS (II), BSI (II) (Johor); Plaque of the City of
Sarajevo
Kumpulan Pengakap Ke 28, Daerah Seputeh (Terbuka)
Log Lencana Usaha
4. Menteri Wilayah Persekutuan
sejak 10 Mac 2020
Yang Berhormat Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji
Annuar Bin Musa
PSM; SIMP (Phg); SPDK (Sbh); DGSM (Mel)
Kumpulan Pengakap Ke 28, Daerah Seputeh (Terbuka)
Log Lencana Usaha
5. Datuk Bandar
Yang Berbahagia Dato' Nor Hisham Bin Ahmad Dahlan
Kumpulan Pengakap Ke 28, Daerah Seputeh (Terbuka)
Log Lencana Usaha
6. Ahli Parlimen Kawasan
Ahli Parlimen Kawasan
P.122 Seputeh, Kuala Lumpur
Yang Berhormat Teresa Kok Suh Sim
Kumpulan Pengakap Ke 28, Daerah Seputeh (Terbuka)
Log Lencana Usaha
Persetian Pengakap & Undang-undang Pengakap
Persetiaan Pengakap.
Bahawa Dengan Sesungguhnya
Saya Berjanji Dan Bersetia
Yang Saya
Dengan Seberapa Daya Upaya Saya
Akan:-
Taat Kepada Tuhan, Raja Dan Negara
Menolong Orang Pada Setiap Masa
Menurut Undang-Undang Pengakap
Undang-Undang Pengakap.
1. Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya.
2. Pengakap adalah seorang yang taat kepada Yang DiPertuan Agong serta Raja-Raja,
dan kepada Pemimpin-pemimpin Pengakap, Ibubapanya, Majikannya dan orang-orang
dibawahnya.
3. Pengakap adalah wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap
masa.
4. Pengakap adalah sahabat kepada sekalian orang dan saudara kepada lain-lain
pengakap walau apa negeri, pangkat dan agama sekali pun.
5. Pengakap adalah seorang yang baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa
berbudi
6. Pengakap adalah baik dan kasih kepada segala binatang.
7. Pengakap adalah seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibubapanya,
ketua patrolnya atau pemimpin-peminpin pengakapnya dengan tiada apa-apa soalan.
8. Pengakap adalah seorang yang sentiasa sabar dan manis mukanya di masa
kesusahan.
9. Pengakap adalah jimat dan cermat.
10. Pengakap adalah bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya.
Kumpulan Pengakap Ke 28, Daerah Seputeh (Terbuka)
Log Lencana Usaha
Asas Perbarisan
1. Kedudukan Sedia.
Berdiri tegak
Mata pandang 200 meter kehadapan
Tangan lurus rapat ke badan
Jari genggam. Ibujari hala ke bawah selari dengan garisan seluar
Kaki rapat, Tapak kaki bentuk huruf 'V'
2. Kedudukan Senang Diri.
Berdiri tegak
Kedua tangan lurus ke belakag.
Jari tangan kiri genggam jari kanan yang membentuk 'isyarat
Pengakap'
Kedua kaki lurus dan dijarakkan
Kumpulan Pengakap Ke 28, Daerah Seputeh (Terbuka)
Log Lencana Usaha
3. Kududukan Rehatkan Diri.
Berdiri tegak
Kedua tangan bengkok ke belakang dan diletakkan di paras pinggang
- Jari tangan kiri genggam jari kanan yang membentuk 'isyarat
Pengakap'
Kedua kaki lurus dan dijarakkan
4. Pergerakan Ke Kanan Pusing.
Pusing kaki kanan 90° ke kanan. Kaki kiri ikut semampu boleh
Angkat kaki kiri 90° ke atas dan hentak di sebelah kaki kanan
Kembali ke keadaan sedia
Kumpulan Pengakap Ke 28, Daerah Seputeh (Terbuka)
Log Lencana Usaha
5. Pergerakan Ke Kiri Pusing.
Pusing kaki kiri 90° ke kiri. Kaki kanan ikut semampu boleh
Angkat kaki kanan 90° ke atas dan hentak di sebelah kaki kiri
Kembali ke keadaan sedia
6. Pergerakan Ke Belakang Pusing.
Pusing kaki kanan 180° ke belakang ikut arah kanan. Kaki kiri ikut
semampu boleh
Angkat kaki kiri 90° ke atas dan hentak di sebelah kaki kanan
Kembali ke keadaan sedia
Kumpulan Pengakap Ke 28, Daerah Seputeh (Terbuka)
Log Lencana Usaha
7. Ke Kanan Lurus.
Pengakap yang berada di barisan hadapan kanan (Penanda) tidak perlu
bergerak.
(Pergerakan serentak tangan dan kepala)
Ahli barisan hadapan gerakkan tangan kanan lurus 90° ke kanan
di belakang badan kawan. Kepala pusing 90° ke kanan
(Ahli barisan paling kanan gerakkan tangan kanan lurus 90° ke
hadapan
di tepi bahu kanan kawan. Kepala tidak perlu pusing 90° ke kanan)
Angkat kaki kiri 90° ke atas dan hentak kembali di tempat asal.
Angkat kaki kanan 90° ke atas dan hentak di sebelah kaki kiri.
Ahli barisan hadapan bergerak ke kiri sehingga ibujari tangan kanan
menyentuh bahu kiri kawan
Pastikan hanya kelihatan kepala kawan di sebelah kanan sahaja yang
kelihatan
(Ahli barisan paling kanan bergerak ke belakang sehingga ibujari
tangan kanan menyentuh bahu kanan kawan. Pastikan hanya kelihatan
kepala kawan di hadapan sahaja yang kelihatan)
Ahli-ahli di dalam barisan (selain ahli barisan hadapan dan kanan)
Pergerakan sama seperti ahli lain cuma tidak perlu mengangkat
tangan.
Betulkan kedudukan mengikut kawan hadapan dan kawan d isebelah
kanan.
Semua ahli bersiap sedia untuk kembali ke kedudukan sedia apabila
arahan 'pandang depan' diberi.
Kumpulan Pengakap Ke 28, Daerah Seputeh (Terbuka)
Log Lencana Usaha
8. Buka Barisan.
Barisan hadapan melangkah 2 langkah ke hadapan.
Barisan belakang melangkah 2 langkah ke belakang.
Kumpulan Pengakap Ke 28, Daerah Seputeh (Terbuka)
Log Lencana Usaha
9. Tutup Barisan.
Barisan hadapan melangkah 2 langkah ke belakang.
Barisan belakang melangkah 2 langkah ke hadapan.
Kumpulan Pengakap Ke 28, Daerah Seputeh (Terbuka)
Log Lencana Usaha
10. Langkah ke sebelah.
Hukuman ini diberi dalam 2 pergerakan, iaitu ke kanan atau ke kiri.
Pengakap uang diberi hukuman mestilah melangkah kira-kira 20 inci
ke kanan/ kiri.
11. Barisan Paras.
a) Paras ahli tinggi di tengah
b) Paras ahli rendah di tengah
Kumpulan Pengakap Ke 28, Daerah Seputeh (Terbuka)
Log Lencana Usaha
c) Paras ahli tinggi di kiri
d) paras ahli tinggi di kanan
Kumpulan Pengakap Ke 28, Daerah Seputeh (Terbuka)
Log Lencana Usaha
12. Keluar Baris.
diberi untuk memberi rehat dan malakukan aktiviti seterusnya.
Pengakap berpusing ke kanan, bergerak tiga langkah ke hadapan
dengan kaki kiri bergerak dahulu akhirnya pecah.
Kumpulan Pengakap Ke 28, Daerah Seputeh (Terbuka)
Log Lencana Usaha
Kawat Tongkat
1. Kedudukan Sedia.
- Sama dengan kedudukan sedia tanpa tongkat.
- Kedudukan tangan dan kaki lurus, rapat ke sisi badan.
- Tumit rapat, hujung kaki dibuka 30 darjah
- Tangan kiri digenggam rapat ke peha dan ibu jari lurus menghala ke
tanah.
- Tangan kanan memegang tongkat dengan menggunakan ibu jari
kanan, dan memegang tongkat secara cengkaman Y.
- Tongkat dipegang dengan menggunakan ibu jari kanan.
- Tapak tongkat berada di atas tanah mencecah bumi tanpa bergerak.
2. Kedudukan Senang Diri.
- Tangan kiri berada di sisi.
- Angkat kaki kiri ke hadapan, paras lutut dan pada masa yang sama
tolak tongkat ke hadapan dan tangan kanan ke hadapan dalam
keadaan lurus dengan kedudukan 45 darjah.
- Tapak tongkat tidak berubah dan tangan kiri kekal di sisi.
Kumpulan Pengakap Ke 28, Daerah Seputeh (Terbuka)
Log Lencana Usaha
3. Kedudukan Rehatkan Diri.
- Seperti keadaan rehatkan diri dalam keadaan tidak bertongkat.
- Dalam keadaan senang diri, gerakkan tangan kanan ke bahagian
atas tongkat dengan kedudukan tangan bersudut 90 darjah.
Kumpulan Pengakap Ke 28, Daerah Seputeh (Terbuka)
Log Lencana Usaha
4. Baring Tongkat.
- Gerakkan selangkah kaki kiri ke hadapan tanpa hentak.
- Pengakap menurunkan tubuh secara menegak.
- Lutut kanan bergerak sehingga mencecah tanah dan duduk di atas
tumit kaki kanan. Peha kaki kiri di paras bumi.
- Tangan kiri di rusuk kiri lurus ke bawah dan tangan kanan lurus
selari dengan peha kanan.
- Hujung jari kanan masih lagi mencekak pada tongkat sambil
anggota lain terus pandang ke hadapan.
- Letakkan tongkat di atas tanah kemudian bangun dan berada
dalam keadaan sedia tanpa memegang tongkat.
Kumpulan Pengakap Ke 28, Daerah Seputeh (Terbuka)
Log Lencana Usaha
5. Angkat Tongkat.
- Gerakkan selangkah kaki kiri ke hadapan tanpa hentak.
- Pengakap menurunkan tubuh secara menegak.
- Lutut kanan bergerak sehingga mencecah tanah dan duduk di
atas tumit kaki kanan. Peha kaki kiri di paras bumi.
- Tangan kiri di rusuk kiri lurus ke bawah dan tangan kanan lurus
selari dengan peha kanan.
- Tangan kanan terus pegang sebelah atas tongkat sambil
anggota lain terus pandang ke hadapan.
- Bangun dengan tangan mengambil tongkat dengan tangan
kanan dan kemudian berdiri dalam keadaan sedia.
- Kaki kiri ke belakang rapat pada tumit kaki kanan tanpa hentak
dan anggota badan lain diam dan terus pandang ke hadapan.
Kumpulan Pengakap Ke 28, Daerah Seputeh (Terbuka)
Log Lencana Usaha
6. Kalih Tongkat.
- Tangan kanan memegang tongkat dan berdiri dalam keadaan
sedia.
- Tangan kanan menolak tongkat ke kiri.
- Tangan kiri menyambut tongkat dengan cengkaman Y.
- Tangan kiri tidak dikembalikan ke sisi badan.
- Tangan kanan diangkat apabila persetiaan atau doa dibacakan.
- Tangan kiri masih memegang tongkat.
7. Hormat dengan tongkat.
- Bawa tangan kiri ke kanan dengan membuat tanda pengakap.
- Perut jari terlekap di tongkat dengan kedudukan selari 90 darjah
Kumpulan Pengakap Ke 28, Daerah Seputeh (Terbuka)
Log Lencana Usaha
Isyarat-isyarat Tangan Pengakap
1. Satu Barisan Panjang.
Pemimpin berada dalam keadaan sedia dan menggenggam kedua-dua
tangan. Kemudian mendepa kedua-dua belah tangan.
2. Buka Barisan.
Pemimpin berada dalam keadaan sedia dan menggenggam kedua-dua
tangan. Kemudian mendepa kedua-dua belah tangan.
Kumpulan Pengakap Ke 28, Daerah Seputeh (Terbuka)
Log Lencana Usaha
3. Tutup Barisan.
Pemimpin berada dalam kedudukan buka barisan, kemudian
menggerakkan siku ke hadapan. Pergerakan pengakap adalah sama
seperti pergerakan tutup barisan dengan arahan lisan.
4. Tapak Kuda / Ladam Kuda
Pemimpin berdiri dalam keadaan sedia, kedua tangan bersilang di dada
dan jemari digengam. Pengakap bersedia untuk membuat ladam kuda
apabila kedua-dua tangan pemimpin diluruskan dikedudukan 45º dari
badan.
Kumpulan Pengakap Ke 28, Daerah Seputeh (Terbuka)
Log Lencana Usaha
5. Sedia.
6. Senang Diri
7. Rehatkan Diri
Kumpulan Pengakap Ke 28, Daerah Seputeh (Terbuka)
Log Lencana Usaha
8. Patrol berbaris memanjang di hadapan pemimpin.
9. Bersurai.
Kumpulan Pengakap Ke 28, Daerah Seputeh (Terbuka)
Log Lencana Usaha
Halangan Komando
1. Jambatan Monyet.
2. Memanjat Pokok.
Kumpulan Pengakap Ke 28, Daerah Seputeh (Terbuka)
Log Lencana Usaha
3. Menlintas Tali.
4. Monyet Crawl.
Kumpulan Pengakap Ke 28, Daerah Seputeh (Terbuka)
Log Lencana Usaha
5. Memanjat Tali.
6. Mengayut Tali.
Kumpulan Pengakap Ke 28, Daerah Seputeh (Terbuka)
Log Lencana Usaha
Melipat dan mengibarkan bendera
TATACARA MELIPAT BENDERA
1. Dua (2) orang petugas diperlukan semasa melipat satu bendera.
2. Ikat tali bendera pada tali tiang bendera dengan kemas, pastikan bendera
tidak terbalik.
3. Lipat 2 atau lipat 4 bendera tersebut (saiz lipatan perlu sesuai dengan
bendera).
4. Bentukkan lipatan bendera dalam bentuk zip-zap.
5. Belitkan tali tiang bendera melilit bendera. Seterusnya selitkan tali
bahagian bawah ke dalam lipatan tersebut.
6. Naikkan bendera yang diikat ke puncak tiang bendera.
Kumpulan Pengakap Ke 28, Daerah Seputeh (Terbuka)
Log Lencana Usaha
ISTIADAT MENAIKKAN BENDERA
1. Semua pemimpin berbaris mengikut kekanaan 3 langkah di belakang tiang
bendera
2. Pemimpin bertugas berdiri 3 langkah ke kiri dan selangkah di hadapan kiri
tiang bendera
3. Ahli Pengakap membuat bentuk ladam kuda dan dalam keadaan sedia.
4. Pemimpin bertugas akan memberi hukuman “sedia” kepada ahli pengakap.
5. Pemimpin bertugas mengadap pemimpin kanan memohon kebenaran
untuk menjalankan istiadat
6. Selepas mendapat kebenaran, pemimpin bertugas kembali ke tempat
asalnya dan akan menyebut perkataan “bendera”,
7. Pengakap bertugas bergerak 1 langkah ke hadapan dan berkawad menuju
tiang bendera dan berhenti di hadapan tiang bendera.
8. Pengakap bertugas menarik tali bendera dengan tangan kanan.
9. Pengakap bertugas bergerak 1 langkah ke belakang dan memberi hormat
kepada bendera (dalam kiraan 3 saat) diikuti oleh semua pemimpin serta
pengakap lain .
10. Selesai memberi hormat, pengakap bertugas kembali ke tempat asalnya.
11. Pemimpin bertugas akan menyebut perkataan “Negaraku”, semua ahli
pengakap menyanyi lagu Negaraku diikuti lagu 'Pengakap Malaysia',
Persetiaan Pengakap dan doa berturutan.
Kumpulan Pengakap Ke 28, Daerah Seputeh (Terbuka)
Log Lencana Usaha
12. Pemimpin bertugas sekali lagi mengadap pemimpin kanan untuk
menjemputnya menyampaikan ucapan ringkas.
13. Selepas mendapat persetujuan, pemimpin bertugas kembali ke tempat
asalnya dan mengarahkan ahli pengakap untuk 'senang diri'.
14. Selepas selesai ucapan pemimpin kanan, pemimpin bertugas akan
memberi hukuman “sedia” kepada ahli pengakap.
15. Pemimpin bertugas sekali lagi mengadap pemimpin kanan untuk
memohon kebenaran untuk menjalankan tugasan lain.
16. Selepas mendapat kebenaran, pemimpin bertugas kembali ke tempat
asalnya.
17. Pemimpin kanan memberi arahan keluar baris kepada semua pemimpin.
18. Pemimpin bertugas memberi arahan keluar baris kepada semua ahli.
Kumpulan Pengakap Ke 28, Daerah Seputeh (Terbuka)
Log Lencana Usaha
Menjaga dan menyimpan pisau serta parang
1. Pisau.
KEGUNAAN PISAU:
1. Memotong benda-benda kecil dan sederhana kecil lembut.
2. Meraut (rotan, buluh, kayu kecil dan lain-lain)
CARA MEMBERSIHKAN PISAU:
1. Basuh dan lap pisau selepas digunakan.
2. Sapu minyak pada pisau ketika hendak disimpan supaya tidak
berkarat.
CARA MENJAGA DAN MENYIMPAN PISAU:
1. Mata pisau hendaklah selalu tajam.
2. Gunakan mesin pencanai atau batu pengasah untuk mengasah.
3. Jangan letak pisau di merata tempat. Letakkan di tempat yang
mudah di capai dan jauh dari laluan.
4. Jangan jadikan pisau seperti permainan. Pisau boleh menyebabkan
cedera dan terbunuh.
Kumpulan Pengakap Ke 28, Daerah Seputeh (Terbuka)
Log Lencana Usaha
2. Parang.
KEGUNAAN PARANG:
1. Membelah atau mengerat benda yang agak keras.
2. Meraut atau memotong buluh, kayu kecil dan lain-lain.
CARA MENJAGA PARANG:
1. Mata parang hendaklah sentiasa tajam.
2. Gunakan alatan yang sesuai semasa mengasah.
3. Jangan bergurau semasa memegang parang.
Kumpulan Pengakap Ke 28, Daerah Seputeh (Terbuka)
Log Lencana Usaha
3. Mengasah Parang.
Kumpulan Pengakap Ke 28, Daerah Seputeh (Terbuka)
Log Lencana Usaha
Simpulan & Ikatan
1. Simpul Himpit (Fisherman's Knot)
Untuk menyambung dua tali yang sama besar, khasnya tali
pancing
Untuk menyambung dua tali yang licin.
2. Simpul Pulih (Sheep Shank Knot)
Untuk memendekkan tali tanpa memotongnya
Untuk menguatkan tali pada tempat yang reput dan hendak
putus
Untuk menegangkan tali yang kendur setelah kedua-dua
hujungnya diikat.
3. Bunga Geti Ganda (Double Sheet Bend)
Untuk menyambung dua utas tali yang tidak sama besar
Untuk menyambung dua tali yang licin.
Dua lilitan adalah lebih selamat.
Kumpulan Pengakap Ke 28, Daerah Seputeh (Terbuka)
Log Lencana Usaha
4. Lilit Balak (Timber Hitch)
Untuk mengikat hujung tali pada tiang atau pokok dengan
mudah
Untuk menarik balak atau kayu dan untuk memulakan ikat
serong.
5. Lilit Taut-line (Taut Line Hitch)
Untuk mengikat tali khemah ke pancang atau tali ke tiang supaya
ia dapat dikendurkan atau ditegangkan
6. Ikat Seraya (Square Lashing)
Untuk mengikat dua batang kayu/buluh yang bersilang
berbentuk “+”.
Kumpulan Pengakap Ke 28, Daerah Seputeh (Terbuka)
Log Lencana Usaha
7. Ikat Serong (Diagonal Lashing)
Untuk merapatkan dan mengikat dua batang kayu/buluh yang
bersilang berbentuk “X”.
Kumpulan Pengakap Ke 28, Daerah Seputeh (Terbuka)
Log Lencana Usaha