The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Untuk lulus Lencana Usaha seseorang Pengakap perlu lulus ujian-ujian berikut : -

A. Cita-cita Pengakap
1. Bendera Malaysia dan Bendera Negeri masing-masing
2. Lagu Negaraku dan lagu negeri masing-masing
3. Menaikkan bendera
4. Nama orang-orang kenamaan - Namah Penuh DYMM Sultan/ Raja, TYT Yang Dipertua Negeri, Menteri Besar dan Ketua Menteri.
5. Persetian Pengakap & Undang-undang Pengakap

B. Kecergasan dan Kesegaran Jasmani
1. Asas perbarisan
2. Kawat tongkat
3. Isyarat-isyarat tangan Pengakap
4. Halangan komando
5. Melipat dan mengibarkan bendera

C. Kemahiran Berpengakap
1. Menjaga dan menyimpan pisau serta parang
2. Simpula & ikatan : -
- Simpul Himpit (Fisherman's Knot)
- Simpul Pulih (Sheep Shank Knot)
- Bunga Geti Ganda (Double Sheet Bend)
- Lilit Balak (Timber Hitch)
- Lilit Taut-line (Taut Line Hitch)
- Ikat Seraya (Square Lashing)
- Ikat Serong (Diagonal Lashing)
3. Undang-undang Lalulintas Jalanraya
4. memilih tapak perkhemahan
5. Keperluan peribadi untuk berkhemah
6. Alatan pertolongan cemas peribadi
7. Menghidupkan api
8. Berkhemah sekuran-kurangnya 1 malam
9. Arah mata angin dan mengenali peta topo
10. Isyarat sulit Pengakap
11. Mengembara 8km. Berjalan kaki dalam patrolnya. Membuat laporan bertulis dalam buku log.

D. Kecenderungan dan Minat
1. Kraftangan
2. Plaster cast
3. Rekod 12 orang sahabat pena

E. Perkhidmatan
1. Balutan anduh
a) Melipat kain anduh.
b) Anduh tangan dan kaki.
2. Tindakan kecemasan
3. Memandu orang

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Darren Wan, 2020-04-28 10:19:33

Buku Log Lencana Usaha

Untuk lulus Lencana Usaha seseorang Pengakap perlu lulus ujian-ujian berikut : -

A. Cita-cita Pengakap
1. Bendera Malaysia dan Bendera Negeri masing-masing
2. Lagu Negaraku dan lagu negeri masing-masing
3. Menaikkan bendera
4. Nama orang-orang kenamaan - Namah Penuh DYMM Sultan/ Raja, TYT Yang Dipertua Negeri, Menteri Besar dan Ketua Menteri.
5. Persetian Pengakap & Undang-undang Pengakap

B. Kecergasan dan Kesegaran Jasmani
1. Asas perbarisan
2. Kawat tongkat
3. Isyarat-isyarat tangan Pengakap
4. Halangan komando
5. Melipat dan mengibarkan bendera

C. Kemahiran Berpengakap
1. Menjaga dan menyimpan pisau serta parang
2. Simpula & ikatan : -
- Simpul Himpit (Fisherman's Knot)
- Simpul Pulih (Sheep Shank Knot)
- Bunga Geti Ganda (Double Sheet Bend)
- Lilit Balak (Timber Hitch)
- Lilit Taut-line (Taut Line Hitch)
- Ikat Seraya (Square Lashing)
- Ikat Serong (Diagonal Lashing)
3. Undang-undang Lalulintas Jalanraya
4. memilih tapak perkhemahan
5. Keperluan peribadi untuk berkhemah
6. Alatan pertolongan cemas peribadi
7. Menghidupkan api
8. Berkhemah sekuran-kurangnya 1 malam
9. Arah mata angin dan mengenali peta topo
10. Isyarat sulit Pengakap
11. Mengembara 8km. Berjalan kaki dalam patrolnya. Membuat laporan bertulis dalam buku log.

D. Kecenderungan dan Minat
1. Kraftangan
2. Plaster cast
3. Rekod 12 orang sahabat pena

E. Perkhidmatan
1. Balutan anduh
a) Melipat kain anduh.
b) Anduh tangan dan kaki.
2. Tindakan kecemasan
3. Memandu orang

Keywords: pengakap,scout

Undang-undang Lalulintas Jalanraya

Panda Tanda Lalu Lintas.

1. Lampu Isyarat di Hadapan.

 Pandu dengan berhati-hati
 Patuhi Lampu Isyarat
 Merah – Berhenti
 Kuning – Bersedia untuk berhenti
 Hijau – Jalan jika keadaan selamat
2. Awas / Beri Tumpuan.

 Pandu dengan berhati-hati kerana kemungkinan ada bahaya-
bahaya tertentu.

Kumpulan Pengakap Ke 28, Daerah Seputeh (Terbuka)
Log Lencana Usaha

3. Papan Tanda Berhenti di Hadapan.

 Pandu dengan berhati-hati.
 Perlahankan kenderaan anda dan bersedia untuk berhenti,

pasanglah isyarat/ hala tuju kenderaan anda lebih awal (3saat).
 Lihatlah ke kiri, ke kanan & ke kiri, jika keadaan selamat teruskan

pemanduan.
4. Lintasan Keretapi Berpagar.

 Perlahankan kenderaan anda ketika menghampiri tanda ini.
 Berhenti jika pagardi tutup dan tunggu sehingga pagar di buka

sebelum meneruskan pemanduan.

Kumpulan Pengakap Ke 28, Daerah Seputeh (Terbuka)
Log Lencana Usaha

5. Jalan Semakin Sempit.

 Perlahankan kenderaan anda.
 Beri laluan kepada kenderaan dari sebelah kanan hadapan.
 Dilarang memotong.
 Pandu dengan berhati-hati.

Kumpulan Pengakap Ke 28, Daerah Seputeh (Terbuka)
Log Lencana Usaha

A. Pejalan Kaki
1. Mendengar nasihat guru dan pemimpin pengakap.
2. Jangan berlari / bermain di jalan raya.
3. Menggunakan tempat yang disedia khas seperti jejantas untuk melintas jalan
raya.
4. Melintas jalan selepas bas bergerak jauh.
5. Jangan berebut-rebut menaiki bas atau apa-apa kenderaan.

B. Keselamatan Pejalan Kaki
Isu keselamatan pejalan kaki hebat diperkatakan di media-media baik media cetak
mahu pun media elektronik.
Antaranya adalah kadar kematian pejalan kaki iaitu pada kadar 562 kematian
setahun. Jumlah ini telah menjadikan pejalan kaki merupakan golongan ke-3
tertinggi di dalam statistik kematian akibat kemalangan jalan raya.
Untuk itu, beberapa kaedah keselamatan bagi pejalan kaki telah dikongsi agar
dapat dimanfaatkan oleh semua.
1. Memakai Pakaian Cerah

 Supaya mudah dilihat oleh kenderaan lain
 Penggunaan jaket keselamatan dengan pemantul cahaya juga boleh

membantu

2. Jangan Membelakangi Kenderaan
 Jalan menghadap lalu lintas (supaya mudah melihat keadaan lalulintas yang
berdekatan)
 Jangan berjalan terlalu rapat dengan jalan raya (gunakan laluan pejalan
kaki)

Kumpulan Pengakap Ke 28, Daerah Seputeh (Terbuka)
Log Lencana Usaha

3. Gunakan Kemudahan Untuk Melintas
 Lebih 70% kemalangan melibatkan pejalan kaki adalah berpunca daripada
sikap mereka yang tidak menggunakan kemudahan untuk melintas yang
telah disediakan atau pun melintas di tempat yang salah
 Lintasan pejalan kaki
 Lintasan berisyarat/lintasan undan (lintasan pejalan kaki yang mempunyai
set lampu isyarat dan butang serta dua lampu berwarna merah dan hijau
{orang merah dan orang hijau} di mana apabila hendak melintas pengguna
jalan raya perlu menekan butang
 Jejantas

4. Berhati-Hati Semasa Melintas
 Pastikan keadaan adalah benar-benar selamat sebelum melintas
 Jangan sekali-kali berdiri di tengah-tengah jalan sewaktu hendak melintas
 Pimpin anak-anak semasa hendak melintas jalan

5. Sentiasa Awasi Anak-Anak
 40% daripada kemalangan pejalan kaki melibatkan golongan kanak-kanak
berumur 6 hingga 10 tahun.
 Anak-anak perlu sentiasa ditemani oleh orang dewasa apabila berada di
atas jalan raya kerana orang dewasa lebih berkemahiran untuk menganggar
jarak dan membuat keputusan

Kerjasama pengguna jalan raya yang lain iaitu pemandu kenderaan dan
penunggang motosikal untuk bersikap lebih prihatin dengan memberhentikan
kenderaan di lintasan pejalan kaki sekiranya terlihat ada pejalan kaki yang
menunggu untuk melintas jalan.

Kumpulan Pengakap Ke 28, Daerah Seputeh (Terbuka)
Log Lencana Usaha

C. Penunggang Basikal

1. Basikal sentiasa berada dalam keadaan baik.

2. Menunggang di kiri jalan.

3. Menunggang basikal dalam satu barisan.

4. Pastikan belakang anda tidak ada kenderaan lain sebelum membelok ke kanan
atau ke kiri.

5. Jangan berbual-bual, berlumba dan melakukan apa-apa yang tidak sepatutnya
semasa menunggang basikal.

6. Memahami dan mengetahui isyarat-isyarat jalan raya.

7. Tidak menunggang basikal secara berkumpulan.

8. Berikan isyarat tangan sebelum melintas jalan raya.

D. Keselamatan Ketika Menunggang Basikal

Pelbagai alat pelindungan direka khas bagi mengelakkan kecederaan yang lebih
serius jika berlaku sesuatu yang tidak diingini. Pemakaian topi keselamatan yang
betul dan menepati piawaian dapat melindungi kepala daripada kecederaan yang
teruk jika terjatuh daripada basikal. Gambar di bawah menunjukkan topi
keselamatan bagi penunggang basikal.

1. Topi Keselamatan Penunggang Basikal
Alat-alat keselamatan yang lain termasuklah pelindung siku dan lutut. Ia juga tidak
kurang penting berbanding topi keselamatan. Pemakaian pelindung siku dan lutut
dapat mengelakkan kecederaan serius terhadap kedua-dua anggota tersebut.
Anggota ini mudah tercedera apabila terjatuh di tempat yang keras dan
penggunaan pelindung siku dan lulut amatlah digalakkan ketika menunggang
basikal. Gambar di bawah menunjukkan pelindung siku dan lutut yang sesuai bagi
penunggang basikal.
Pelindung Lutut

2. Pelindung Siku
Kasut yang sesuai juga diperlukan ketika menunggang basikal. Melindungi kaki
harus menjadi keutamaan kerana kaki adalah anggota yang sangat penting penting
ketika menunggang basikal. Kasut yang sesuai bersifat melindungi. Gambar di
bawah menunjukkan kasut yang sesuai digunakan oleh penunggang basikal.
Elakkan pemakaian selipar ketika menunggang basikal.

Kumpulan Pengakap Ke 28, Daerah Seputeh (Terbuka)
Log Lencana Usaha

3. Jaket Pemantul Cahaya
Antara alat keselamatan lain termasuklah jaket pemantul cahaya. Jaket ini sangat
penting terutamanya ketika menunggang pada malam hari atau cuaca yang gelap.
Ini untuk menyedarkan pengguna jalan raya lain kehadiran kita di jalan raya.
Pemakaian pakaian yang terang juga penting, sama penting seperti pemakaian
jaket keselamatan bagi menyedarkan kehadiran kita si bahu jalan. Gambar di
bawah menunjukkan jaket keselamtan yang sesuai bagi seorang penunggang
basikal.

Kumpulan Pengakap Ke 28, Daerah Seputeh (Terbuka)
Log Lencana Usaha

Cara Memilih Tapak Perkhemahan

1. Sumber Asas
Untuk memilih kawasan ataupun tapak perkhemahan yang baik, perkara yang
paling utama untuk diambil kira ialah sumber alam semulajadi terutamanya punca
air. Punca air adalah penting untuk kita memasak, minum, membersihkan diri dan
sebagainya. Namun begitu anda DILARANG berkhemah terlalu dekat dengan
sungai dikawasan hulu atau berbukit. jika hujan dikawasan ini, terutamanya di
sebalah hulu, paras air akan tiba-tiba naik dengan cepat.

2. Bentuk Muka Bumi
Bentuk muka bumi yang sesuai adalah tanah rata dan kering. Kedudukan tanah
tersebut haruslah tinggi sedikit daripada kawasan disekitarnya untuk mengelakkan
air bertakung / banjir ketika hujan lebat. Permukaan tanah juga seharusnya tidak
berbatu-batu kerana ia tidak menyelesakan ketika tidur. Tambahan pula, ia boleh
merosakkan alas khemah anda.
Tidak digalakkan untuk mendirikan khemah di bawah pokok yang besar ataupun
yang sudah tua. Kerana dikhuatiri dahan yang besar dari pokok tersebut akan
menghempap khemah anda. Anda juga harus memastikan bahawa tapak
perkhemahan anda jauh dari semak dan belukar kerana kawasan begini
merupakan tempat sarang serangga ataupun binatang merayap seperti ular, kala
jengking dan lipan. Bukan itu sahaja, tunas lalang yang tajam boleh mengoyakkan
khemah.
Kumpulan Pengakap Ke 28, Daerah Seputeh (Terbuka)
Log Lencana Usaha

Tetapi anda juga diingatkan supaya tidak mencari kawasan yang terlalu lapang,
sekurangnya tidak jauh dari tempat anda mempunyai pokok atau bukit untuk
mengelakkan ancaman angin. Anda juga dilarang untuk mendirikan khemah yang
terlalu dekat dengan kaki bukit kerana bahaya tanah runtuh.

3. Perhubungan
Kawasan yang anda pilih sekurang-kurangnya mempunyai cara untuk berhubung
dengan orang diluar kawasan perkhemahan tersebut seperti jalan raya, telefon
awam, balai polis, rumah penduduk kampung dan sebagainya. Ini untuk
memudahkan anda mendapatkan bantuan segera jika perlu. Jika anda
menjalankan aktiviti ini dikawasan yang terpencil atau jauh kedalam hutan,
pastikan anda berhampiran dengan tanah lapang dan tinggi supaya kedudukan
anda mudah dikesan dari udara.

4. Sinar Matahari
Kedudukan anda seharusnya mendapat sinar matahari disebelah pagi untuk tujuan
mengeringkan udara lembap dalam khemah dan juga mengeringkan pakaian dan
peralatan yang basah. Pemandangan yang indah juga tidak kurang pentingnya
kerana ia dapat memberikan ketenangan kepada kita serta perkhemahan kita
menjadi lebih seronok.

5. Denai Binatang
Jangan sekali-kali mendirikan khemah dikawasan denai binatang. Kerana dikhuatiri
khemah anda akan menjadi mangsa rempuhan binatang yang menggunakan denai
tersebut.

Teknik Memilih Tapak Perkhemahan
1. Carilah tapak perkhemahan sebaik-baiknya lapang dan tanahnya rata.

2. Terdapat sumber/punca air berhampiran.

3. Mendapat pancaran cahaya matahari untuk mengeringkan khemah jika basah.

4. Terlindung daripada tiupan angin secara terus.

5. Jika boleh carilah tapak yang mempunyai pemandagan yang menarik.

6. Lakukan pemeriksaan di sekitar kawasan perkhemahan (untuk keselamatan)

7. Jika bersatai (berkeluarga) carilah tempat yang mempunyai kemudahan awam
seperti tandas, parking kereta dan lain-lain.

Kumpulan Pengakap Ke 28, Daerah Seputeh (Terbuka)
Log Lencana Usaha

Elakkan Dari Tempat Berikut
1. Kawasan khemah yang lembab dan berair (khemah basah dan ketidakselasaan
berlaku)
2. Dikawasan tanah yang berlumpuh (mengotorkan khemah)
3. Berhampiran belukar atau semak samun atau kawasan lalang (elak gangguan
serangga contoh nyamuk , haiwan kecil contoh ular dan jika kawasan lalang ia
mudah terbakar). dikawasan ini juga menyukarkan pergerakan.
4. Di atas tebing curam (risiko tergelicir atau tanah runtuh)
5. Di kawasan berbatu yang tajam, akar pokok yang timbul di permukan tanah
(merosakan khemah)
6. Di bawah pokok mati atau berdahan mati (risiko dahan patah dan menghempap
khemah)
7. Di bawah pokok besar dan daunya rimbun (risiko dahan patah jika ribut atau
hujan lebat)
8. Di bawah pokok yang beracun atau berhampiran dengannya (sepeti pokok
rengas-risiko gatal-gatal), juga pokok yang berduri.
9. Di atas denai binatang (laluan binatang) atau laluan manusia
10. Berhampiran tempat sumber makanan/minum haiwan di sekitarnya (risiko
diserang haiwan dan juga akan menakutkan haiwan)
11. Di kawasan kotor atau berhampiran dengan sampah sarap.(penyakit)
12. Terlalu dekat dengan sungai (risiko berlaku ibu air)

Kumpulan Pengakap Ke 28, Daerah Seputeh (Terbuka)
Log Lencana Usaha

Keperluan peribadi untuk berkhemah

1. Pakaian Seragam Pengakap
2. Pakaian Lain (T-shirt, seluar, seluar dalam, dll.)
3. Tikar
4. Peralatan ibadat
5. Pisau kecil, parang, dll.
6. Lampu picit
7. Alat kegunaan makan (pinggan, sudu, dll.)
8. Minyak rambut, cermin bedak, dll.
9. Bekalan Makanan yang cukup.
10. Bantal, kain selimut
11. Duit yang cukup (tidak membawa duit yang terlalu banyak)
12. Alat tulis
13. Lain-lain keperluan jika perlu.
Kumpulan Pengakap Ke 28, Daerah Seputeh (Terbuka)
Log Lencana Usaha

Alatan Pertolongan Cemas Peribadi

Apakah Peti Pertolongan Cemas

Peti pertolongan cemas ialah peti yang lengkap mengandungi ubat-ubatan serta
peralatan perubatan yang asas yang boleh dibeli di farmasi. Peti ini patut diletakkan di
tempat yang kering dan selamat, jauh daripada kanak-kanak.
Setiap ubat yang ada perlu dilabel dengan jelas jenis dan kegunaannya dan
kandungannya perlu diperiksa setiap 6 bulan sekali. Setiap rumah perlu ada peti
pertolongan cemas. Begitu juga premis-premis yang lain seperti sekolah, kilang, hotel
dan kawasan rekreasi.
Ia juga patut disediakan di dalam kenderaan terutama sekali pengangkutan awam
seperti bas, teksi, kapalterbang dan sebagainya.

Antara senarai peralatan asas yang perlu ada ialah:
1. Kain Anduh

Kegunaan.
 Membalut luka berdarah dan patah.
 “Immobilization” atau pengangkutan mangsa.

Kumpulan Pengakap Ke 28, Daerah Seputeh (Terbuka)
Log Lencana Usaha

2. Burnol

Kegunaan
 Pembasmi Kuman
 Luka Terlecur

Cara penggunaan
 Keringkan luka dan sapu ke bahagian lecur dengan gauze.

Amaran
 Jangan disapu pada luka kebakaran tahap 2 dan 3.

3. Crepe Bandage.

Kegunaan
 Kecederaan terkehel dan terseliuh
 Luka berdarah
 ‘Immobilzation’ atau penetapan.

Amaran
 Tidak sesuai untuk kecederaan kebakaran.
 Mempunyai saiz kelebaran yang berbeza.

Kumpulan Pengakap Ke 28, Daerah Seputeh (Terbuka)
Log Lencana Usaha

4. LMS (Laminate Menthol Solution) & Menzza Cream

Kegunaan
 Kecederaan otot dan terseliuh.

Cara penggunaan
 Letak sedikit ke atas tangan, dan gosok menggunakan kedua-dua belah
tangan sehingga panas lalu sapu ke atas bahagian kecederaaan.
 (Menzza sap uterus dan tidak perlu digosok pada tapak tangan.

Amaran
 Jangan terkena mata dan tertelan.

5. Tweezer

Kegunaan
 Memegang kapas dan gauze.

Peringatan
 Tweezer mestilah sentiasa kering dan bersih.

Kumpulan Pengakap Ke 28, Daerah Seputeh (Terbuka)
Log Lencana Usaha

6. Gauze

Kegunaan
 Menutup luka sambil memberi tekanan langsung.
 Menutup luka kecil selepas disapu ubat.

Peringatan
 Boleh digunting dari Roller Bandage.

7. Gunting

Kegunaan
 Menggunting pembalut yang lebih.

Peringatan
 AWAS, alat tajam

Kumpulan Pengakap Ke 28, Daerah Seputeh (Terbuka)
Log Lencana Usaha

8. Kapas

Kegunaan
Membersihkan luka.
Memberi tekanan langsung untuk menghentikan pendarahan.
Amaran
Kapas tersebut mestilah bersih dan kering.

9. Micropore Tape

Kegunaan
 Melekat pembalut pada luka mangsa.

Peringatan
 Mempunyai saiz kelebaran yang berbeza.

Kumpulan Pengakap Ke 28, Daerah Seputeh (Terbuka)
Log Lencana Usaha

10. Plaster.

Kegunaan
 Menutup luka terpotong yang kecil

Peringatan
 Mempunyai jenis-jenis yang tertentu.
 Contoh: Kalis Air,Kain, Getah.

11. Roller Bandage

Kegunaan
 Luka tercalar dan berdarah.
 Boleh dipotong kepada bahagian kecil untuk dijadikan sebagai gauze.

Peringatan
 Mempunyai saiz kelebaran yang berbeza.

Kumpulan Pengakap Ke 28, Daerah Seputeh (Terbuka)
Log Lencana Usaha

12. Surgical Glove

Kegunaan
 Melindungi diri kita daripada terkena luka mangsa atau darah mangsa.

Peringatan
 Pakai dan guna sekali SAHAJA.

Kumpulan Pengakap Ke 28, Daerah Seputeh (Terbuka)
Log Lencana Usaha

Menghidupkan Api

Kumpulan Pengakap Ke 28, Daerah Seputeh (Terbuka)
Log Lencana Usaha

Persediaan
1. Guna ranting- ranting atau dahan-dahan kayu kering. Beberapa batang kayu disusun
selari sebagai lantai. Ini kerana kelembapan tanah akan menghalang kelancaran
pembakaran

2. Kayu yang baru dipotong atau yang terbenam di dalam tanah tidak sesuai sebagai
bahan api. Ini kerana kayu ini biasanya tidak cukup kering dan pembakarannya akan
menghasilkan asap yang banyak.

3. Letakkan umpan untuk memulakan api. Umpan biasanya terdiri daripada ranting-
ranting kayu yang cukup kering, kulit kayu, ataupun daun-daun kering.

4. Tindihkan kayu yang semakin besar saiznya apabila api mula menyala. Kayu ini ada
baiknya ditindihkan bersilangan supaya membolehkan peredaran udara.

Menyalakan Api
1. Gunakan andang dan nyalaan hendaklah bermula dari bahagian tengah unggun api.
Api akan membakar timbunan itu secara berperingkat-peringkat. Sebaik sahaja anda
selesai menghidupkan api, mancis mestilah dipadam dan batangnya dipatahkan
kepada dua untuk memastikan tiada nyalaan lagi.
Bahan-bahan untuk memulakan api:

a) Daun kering
b) Ranting
c) Kayu kering yang besar
d) Rumput kering/kulit kayu yang kering dan lembut

2. Pastikan api itu tidak terlalu besar. Kawal api tersebut. Ada baiknya mengepung
kawasan bakaran tersebut supaya api tidak merebak.

Kumpulan Pengakap Ke 28, Daerah Seputeh (Terbuka)
Log Lencana Usaha

Memadamkan Api
1. Sebelum meninggalkan kawasan perkhemahan, pastikan api dipadamkan. Jangan
tinggalkan bara atau kesan pembakaran. Jirus api tersebut dengan air.
2. Taburkan tanah atau pasir dan pijakkan sehingga mampat. Letakkan semula rumput
yang telah dipindahkan dari kawasan yang digunakan, kemudian jiruslah dengan air
supaya rumput itu dapat hidup semula.

Peringatan
1. Biasanya, apabila hujan turun, hanya bahagian luar kayu sahaja yang basah,
melainkan hujan terlalu lebat dan berpanjangan. Jika bahagian luarnya basah, belahlah
kayu tersebut kemudian ambillah bahagian dalamnya.
2. Rapatkan kayu yang lembap tadi berhampiran dengan nyalaan api supaya kayu
tersebut kering perlahan-lahan
3. Persilangan kayu mestilah dibuat untuk membolehkan cukup oksigen membantu
pembakaran. sekiranya asap yang banyak keluar, ini bererti kayu mungkin tidak cukup
kering. Carilah kayu yang ringan dan kering.

Kumpulan Pengakap Ke 28, Daerah Seputeh (Terbuka)
Log Lencana Usaha

Kaedah lain menghidupkan api

Kumpulan Pengakap Ke 28, Daerah Seputeh (Terbuka)
Log Lencana Usaha

Kumpulan Pengakap Ke 28, Daerah Seputeh (Terbuka)
Log Lencana Usaha

Kumpulan Pengakap Ke 28, Daerah Seputeh (Terbuka)
Log Lencana Usaha

Berkhemah Sekurang-Kurangnya Satu Malam
(Laporan dan Log Perkhemahan)

A. Matlamat

1. Melatih menyelesaikan tugasan dengan bertanggungjawab.
2. Meluaskan pengetahuan dan memberi pendedahan tentang kehidupan berkhemah.
3. Memberi peluang mempraktikkan segala kemahiran.
4. Melatih Berdikari.
5. Mengeratkan tali persaudaraan antara pengakap mahupun di antarabangsa
6. Menggalakkan mendapat lencana-lencana kemajuan dan kepandaian.
7. Menyedarkan pengakap agar sentiasa bersyukur atas segala kurniaan Tuhan.

Kumpulan Pengakap Ke 28, Daerah Seputeh (Terbuka)
Log Lencana Usaha

B. Perancangan Awal

1. Pemilihan tempat atau tapak hendaklah berdasarkan :
- Objektif perkhemahan.
- Bilangan peserta.
- Tempoh perkhemahan.
- Kemudahan asas yang ada dan diperlukan.

2. Ciri-ciri tapak atau kawasan yang sesuai :
- Mendapatkan kebenaran dan maklumat.
- Kemudahan asas seperti pengangkutan dan bekalan air.
- Banyak bahan baker.
- Kawasan yang lapang bergantung kepada bilangan peserta
- Tiada gangguan bahaya.
- Tidak terlalu jauh dari penduduk atau perkampungan.
- Hutan yang tidak terlalu terlidung daripada cahaya matahari.
- Tempat yang tidak terlalu lembap, tidak becak dan berlumput.

3. Ciri-ciri lain yang perlu diperhatikan
- Cuaca dan arah angin.
- Dahan atau pokok yang reput.
- Tebing runtuh atau batu besar yang bahaya.
- Kawasan yang mudah dinaiki air atau banjir.

Kumpulan Pengakap Ke 28, Daerah Seputeh (Terbuka)
Log Lencana Usaha

4. Pembentukan Ahli Jawatankuasa
- Mengikut keperluan program.
Ketua Perkhemahan:
Setiausaha:
Bendehari:
Kuartermaster:
Ketua Aktiviti:

Kumpulan Pengakap Ke 28, Daerah Seputeh (Terbuka)
Log Lencana Usaha

5. Merancang program
- Pemilihan kawasan yang sesuai
- Keselamatan terjamin.
- Bersesuaian dengan objektif.
- Berkaitan setiap aktiviti.
- Mengembirakan peserta .
- Keseimbangan masa.
- Persiapan peralatan.

9.00 pagi – Berkumpul
9.30 pagi – Istiadat Bendera
10.00 pagi – Bertolak

Kumpulan Pengakap Ke 28, Daerah Seputeh (Terbuka)
Log Lencana Usaha

6. Aktiviti yang dirancang dalam bentuk
- Penilaian
- Pengujian
- Pertandingan / kuiz
- Berhalangan
Aktivit 1.
Alatan:
Kaedah menjalankannya:

Kumpulan Pengakap Ke 28, Daerah Seputeh (Terbuka)
Log Lencana Usaha

7. Merancang makanan
- Tempoh perkhemahan.
- Mempunyai sumber air yang bersih.
- Cara memasak berpusat atau latihan memasak.
- Memerlukan makanan basah jika berdekatan kedai atau pasar.
- Memerlukan makanan dalam tin jika jauh dari kedai atau pasar.
Menu Hari Pertama
Sarapan

 Telur
 Kentang
 Nasi
 Milo

Kumpulan Pengakap Ke 28, Daerah Seputeh (Terbuka)
Log Lencana Usaha

8. Surat-menyurat
- Surat kebenaran.
- Surat keselamatan.
- Surat pemberitahuan dll.

9. Persiapan Untuk Menghadiri Perkhemahan
- Tempat yang hendak dituju.
- Hari dan masa bertolak.
- Tempat berkumpul.
- Kelengkapan yang perlu disediakan oleh setiap individu dan kumpulan.
- Pengangkutan yang digunakan.
- Pembahagian tugas.

10. Semasa hendak berangkat perlu memeriksa dan meneliti
- Maklumat atau keterangan daripada ibubapa / penjaga telah diperolehi dan lengkap.
- Semua peserta berada dalam keadaan sihat.
- Kelengkapan peralatan individu dan kumpulan dalam keadaan baik.
- Memakai pakaian seragam pengakap.

11. Semasa tiba di tapak perkhemahan
- Menghubungi orang berkenaan.
- Mendapatkan sedikit maklumat.
- Memeriksa kawasan sebelum mendirikan khemah.

12. Sepanjang perkhemahan
- Semua peserta terlibat secara langsung dalam program.
- mengetahui segala peraturan.
- Digalakkan melibatkan penduduk kampong seperti program gotong-royong

Kumpulan Pengakap Ke 28, Daerah Seputeh (Terbuka)
Log Lencana Usaha

13. Sebelum meninggalkan tapak perkhemahan
- Perlukan ada mesyuarat khas.
- Meruntuhkan khemah dan binaan seperti gedjet.
- Membersihkan kawasan perkhemahan.
- Mengemaskan dan menyemak keperluan peribadi dan kumpulan.
- Memastikan tiada bara api.
- Menimbus lubang yang dibuat.

14. Penyediaan Kelengkapan dan Peralatan (bergantung kepada tempoh masa
perkhemahan, aktiviti dan bilangan peserta)

Keperluan peribadi
 Pakaian seragam
 Baju-T
 Pakaian sukan / pakaian beribadat
 Selipar / kasut
 Duit poket
 Berus gigi dan ubat gigi
 Sabun mandi dan sabun basuh
 Ubat peribadi
 Kompas / Wisel
 Mancis
 Pisau dan parang
 Lampu suluh
 Tali
 Alat tulis
 Sudu dan garpu
 Pinggan, mangkuk dan cawan atau gelas.
 Bekas air
 Perkakas memasak
 Tikar
 Dan lain-lain

Kumpulan Pengakap Ke 28, Daerah Seputeh (Terbuka)
Log Lencana Usaha

15. Keperluan Kumpulan

 Khemah
 Cangkul
 Tali
 Parang / Kapak / Pisau / Gergaji
 Tukul besi
 Lampu gasoline atau lain-lain.
 Ubat nyamuk
 Dapur minyak atau lain-lain
 Mancis
 Baldi
 Bendera kumpulan
 Lilin
 Dan lain-lain

16 Keperluan Memasak (sekiranya dibawa oleh individu atau kumpulan)

 Pisau ( pelbagai jenis ) / Parang kecil
 Kuali / Cerek
 Baldi / Besen
 Papan cincang
 Penapis
 Pencedok air
 Kain pencuci / Kain pelapik
 Pembuka tin
 Tali
 Span / Serbuk pencuci
 Berus dawai / sabut
 Beras
 Rempah-ratus
 Bahan mentah
 Bahan-bahan lain

Kumpulan Pengakap Ke 28, Daerah Seputeh (Terbuka)
Log Lencana Usaha

17. Memilih Tapak Khemah
Ciri-ciri yang perlu diketahui
- Menentukan arah cahaya matahari terbit dan terbenam bagi khemah yang tidak
berpintu. Pastikan cahaya tidak terus memancar ke dalam khemah.
- Didirikan berlawan dengan arah tiupan angin bagi mengelakkan hujan masuk ke
dalam khemah tetapi boleh mengadap tiupan angin ketika musim panas.
- Tempat yang selamat dan sesuai seperti tanah yang rata atau lereng bukit atau
pergunungan.
- Elakkan mendirikan khemah di bawah pokok yang reput, tua dan mudah tumbang dan
juga jangan mendirikan di tempat yang berumput tebal dan dipenuhi lalang supaya
mengelakan serangga atau binatang berbisa.
- Dirikan di kawasan yang teduh dan selesa. Tempat beristirehat apabila selesai
melakukan aktiviti pada siang hari.

18. Mendirikan Khemah
- Bersihkan kawasan tapak khemah.
- Tentukan arah tiup angina, kemudian dirikan khemah.
- Ukur saiz panjang khemah diatas lantai, tanam kedua-dua batang tiang khemah.
- Naikkan khemah, pasang bumbung dan tiang dengan betul.
- Ketuk pancang dan ikat tali dari kedua-dua batang tiang ke pancang.
- Kemudian barulah ikat dengan tegang tali khemah pada kedua-dua belah tepi khemah
ke pancang.
- Setelah selesai mendirikan khemah, bina parit kecil di sekeliling khemah untuk
mengelakkan air hujan bertakung.
- Kemudian taburkan serbuk belerang ( sulfur ) di sekeliling khemah untuk mengelakkan
binatang bias memasuki khemah pada waktu malam.

Kumpulan Pengakap Ke 28, Daerah Seputeh (Terbuka)
Log Lencana Usaha

19. Menurunkan Khemah
- Pasti segala barang dikeluarkan daripada khemah.
- Tanggalkan ikatan tali khemah pada pancang kemudian turunkan khemah.
- Kumpulkan pancang khemah dan tiang khemah yang di tanam.
- Sebelum melipat khemah, pastikan tiada sampah sarap yang melekat pada khemah.
- Bagi khemah yang masih lembap, keringkan di bawah cahaya matahari.
- Bentangkan khemah di atas tanah. Semua helai pintu, penahan angina dan tali
khemah hendaklah dilipatkan ke bahagian dalam.
- Selepas itu, khemah perlu dilipat sehingga lebarnya lebih kurang 0.5 meter.
- Khemah mesti diikat dengan kemas dan betul supaya tidak terburai di pertengahan
jalan.
- Bersihkan kawasan perkhemahan

Kumpulan Pengakap Ke 28, Daerah Seputeh (Terbuka)
Log Lencana Usaha

Sijil Penyertaan Perkhemahan

Kumpulan Pengakap Ke 28, Daerah Seputeh (Terbuka)
Log Lencana Usaha

Arah Mata Angin Dan Mengenali Peta Topo

N = Utara
S = Selatan
E = Timur
W = Barat
NW = Barat Laut
NE = Timur Laut
SE = Tenggara
SW = Barat Daya
Kedudukan satu tempat atau poin boleh ditentukan dengan menggunakan arah
atau bearing. Arah adalah satu cara yang subjektif, oleh itu ia kurang tepat.
Bearing tepat kerana ia didapati dengan menggunakan protaktor.

Kumpulan Pengakap Ke 28, Daerah Seputeh (Terbuka)
Log Lencana Usaha

Arah menunjukkan kedudukan satu-satu poin dari arah lain dengan
menggunakan nama mata angin. Jarum pada kompas magnetic digunakan untuk
menunjukkan arah. Terdapat 4 arah utama, iaitu utara, timur, barat dan selatan.
Keempat-empat arah ini disebut mata angin utama selain daripada empat mata
angin utama, terdapat 28 mata angin yang lain.

Mata angin merupakan panduan yang digunakan untuk menentukan arah. Umum
digunakan dalam navigasi, kompas dan peta. Berpandukan pada pusat mata
angin, maka kita akan melihat 8 arah yaitu dengan urutan sebagai berikut
(mengikuti arah jarum jam):

Utara (0°)
Timur laut (45°): Terletak di antara utara dan timur
Timur (90°)
Tenggara (135°): Terletak di antara timur dan selatan
Selatan (180°)
Barat daya (225°): Terletak di antara selatan dan barat
Barat (270°)
Barat laut (315°): Terletak di antara barat dan utara

Utara, timur, selatan dan barat merupakan empat mata angin utama.

Utara dan selatan menggambarkan kutub Bumi, manakala timur dan barat
menentukan arah putaran Bumi.

Kumpulan Pengakap Ke 28, Daerah Seputeh (Terbuka)
Log Lencana Usaha

Peta Topo

Pengenalan Mengenai Peta Topo
1. Peta topo (peta rupa bumi) yang dikeluarkan oleh Jabatan Ukur Malaysia mempunyai
berbagai-bagai maklumat.
2. Peta-peta tersebut diwarnakan (sehingga enam jenis warna) dan mempunyai garis-
garis dan symbol-simbol berserta makna bagi kedua-dua itu dalam petunjuk peta
tersebut.
3. Maklumat utama yang boleh diperolehi daripada peta-peta itu ialah:

a) Rupa bumi dari garis kontur
b) Bentuk saliran
c) Tumbuhan semulajadi
d) Jenis-jenis pertanian dan kegiatan ekonomi yang lain
e) Bentuk petempatan
f) Bentuk perhubungan
4. Pengetahuan dari segi kaedah dan pendekatan dalam kajian dan tafsiran peta amat
perlu untuk membolehkan maklumat-maklumat dalam peta tersebut dapat dibaca dan
ditafsir.

Kumpulan Pengakap Ke 28, Daerah Seputeh (Terbuka)
Log Lencana Usaha

Definasi Peta Topo
Suatu unjuran grafik permukaan bumi ini yang menunjukkan taburan semua unsur-
unsur yang terdapat, termasuk unsur semula jadi dan binaan manusia.
Tujuan
1. Supaya dapat mencari jalan dimerata tempat dan mengenali rupa bentuk tanah.
2. Supaya dapat memahami keterangan yang diberikan di atas peta.
3. Supaya dapat menolong dengan pantas dan tepat dalam penyampaian maklumat
dan perintah berkenaan pergerakan dan arahan.
Cara Menjaga Peta
1. Peta adalah satu dokumen yang mudah rosak, jika tidak dijaga dengan rapi terutama
sekali di dalam perjalanan. Bekalan peta selalunya tidak mencukupi dan terhad.
Dengan itu peta hendaklah dihindarkan daripada basah, lumpur dan terkoyak.
2. Peta-peta itu hendaklah dibalut dengan plastik supaya tidak terkena air dan terkoyak.
3. Jangan sekali-kali menggunakan pen atau lain-lain bahan tulis yang tidak boleh
dipadam.
4. Peta adalah satu dokumen penting, hendaklah dijaga dan disimpan yang ditempat
yang selamat.

Kumpulan Pengakap Ke 28, Daerah Seputeh (Terbuka)
Log Lencana Usaha

Maklumat Di Luar Garisan Peta
1. Tajuk Peta – selalunya pekan yang penting atau kawasan.
2. Bilangan peta yang tepat untuk dibuat rujukan. Ia mengandungi no. siri, no. syit dan
cetakan.
3. Nama penerbit dan tarikh diterbitkan.
4. Garisan sukatan atau skala. Boleh dibaca di dalam batu, ela dan kilometer.
5. Nama pencetak dan tarikh cetakan.
6. Penunjuk kepada peta-peta penyambung dan peta sempadan negeri lain.
7. Petunjuk peta.
8. Rajah perubahan yang tepat dari utara grid ke utara sebenar. Perubahan tahunan
disegi perubahan megnetik diberi disini.
9. Penerangan bagaimana mengambil rujukan peta.
Ketepatan Peta
1. Peta adalah gambaran tanah yang dilukis mengikut sukatan. Walaubagaimanapun
tepat peta dibuat, ia adalah gambaran tanah untuk masa peta dibuat. Perubahan-
perubahan berikut mungkin telah berlaku sejak ianya disemak.

a) Pekan , jalanraya dan jalan keretapi mungkin telah dibangun dan di bina.
b) Hutan / kebun – mungkin telah dipotong atau ditukat kepada pertanian jenis lain.
c) Garisan pantai – mungkin telah berubah akibat hakisan.
d) Sungai – Arah perjalanan sungai mungkin telah berubah akibat perubahan

manusia atau hakisan.

Kumpulan Pengakap Ke 28, Daerah Seputeh (Terbuka)
Log Lencana Usaha

Panduan Grid

Kumpulan Pengakap Ke 28, Daerah Seputeh (Terbuka)
Log Lencana Usaha

Garisan Timuran Dan Garisan Utaraan

a. Dalam peta topografi garisan melintang dan garisan menegak dikenali sebagai
garisan grid.

b. Garisan grid di bawah peta disebut garisan timuran dan garisan grid di tepi kiri peta
disebut garisan utaraan.

Garisan Timuran Garisan Utaraan

c. Nombor-nombor garisan timuran dan garisan utaraan dikenali sebagai panduan grid
(PG) atau rujukan grid (RG).

d. Kedudukan sesuatu ciri geografi atau objek boleh ditentukan dengan membaca
panduan grid atau rujukan grid. Apabila membaca panduan grid, nilai garisan timuran di
sebut dahulu dan diikuti oleh nilai garisan utaraan.

Kumpulan Pengakap Ke 28, Daerah Seputeh (Terbuka)
Log Lencana Usaha

Panduan Grid Empat Angka Dan Enam Angka

1. Panduan grid empat angka digunakan untuk menentukan kedudukan sesuatu tempat
atau kawasan dalam segiempat sama dalam peta topo.
2. Bagi panduan grid empat angka, dua angka bagi garisan timuran dibaca dahulu dan
diikuti oleh dua angka bagi garisan utaraan.

Kumpulan Pengakap Ke 28, Daerah Seputeh (Terbuka)
Log Lencana Usaha

4. Panduan grid enam angka digunakan untuk menentukan kedudukan sesuatu titik di
atas peta topo.
5. Bagi panduan grid enam angka, tiga angka bagi garisan timuran dibaca dahulu dan
diikuti oleh tiga angka bagi garisan utaraan.

Kedudukan titik di atas peta
1. Masjid : 026 009
2. Klinik : 049 018

(Angka ke 3 dibuat secara anggaran)
Kumpulan Pengakap Ke 28, Daerah Seputeh (Terbuka)
Log Lencana Usaha

Skala Dan Jarak

Skala ialah nisbah di antara jarak yang diberi dalam peta dengan jarak sebenar di atas
permukaan tanah. Terdapat tiga jenis skala iaitu skala lurus, skala penyata dan skala
pecahan pengimbang.
1. Skala lurus adalah satu garisan yang lurus yang dibahagikan kepada beberapa
bahagian yang sama.

2. Skala penyata adalah skala yang dinyatakan dalam bentuk pernyataan.
1 cm mewakili 5 km

3. Skala pecahan pengimbang adalah skala yang dinyatakan dalam bentuk nisbah.
1 : 100 000

Kumpulan Pengakap Ke 28, Daerah Seputeh (Terbuka)
Log Lencana Usaha

Ukuran Jarak

Menggunakan Benang
Selalunya seutas benang yang disertakan bersama jangka sudut boleh digunakan
untuk mengukur di atas peta. Ini adalah cara yang baik dan pantas jika dibuat dengan
cara yang betul.
Jarak Antara Dua Garisan Grid
Sekiranya anda mengetahui skala sesuatu peta maka adalah mudah untuk mengukur
jarak antara dua titik dalam sentimeter dan menukarkan kepada jarak sebenar di atas
tanah. Setiap garisan grid di antara satu sama lain adalah satu kilometer manakala
jarak melintang dalam satu petak anggaran 1 ½ km.

Kumpulan Pengakap Ke 28, Daerah Seputeh (Terbuka)
Log Lencana Usaha

Kontor

1. Garisan yang dilukis dengan menyambungkan semua tempat yang mempunyai
ketinggian yang sama .
2. Menunjukkan ketinggian dengan tepat
3. Dapat menggambarkan kecerunan dan bentuk muka bumi di sesuatu tempat.
4. Garisan kontur berwarna coklat.
5. Perbezaan ketinggian di antara dua garisan kontur dikenali sebagai selang tinggi

Garisan Kontur dan CerunJarak dan susunan garisan kontur dapat menunjukkan
bentuk cerun.

a) cerun curam - garisan-garisan kontur rapat di antara satu sama lain.
b) cerun landai - garisan – garisan kontur jarang di antara satu sama lain.
c) Cerun cembung – garisan kontur jarang di atas dan rapat di bawah.
d) Cerun cekung – garisan kontur rapat di atas dan jarang di bawah
e) Cerun sekata – garisan kontur sama jarak di antara satu sama lain.
f) Cerun bertangga – garisan kontur berselang-seli di antara rapat dan jarang

Kumpulan Pengakap Ke 28, Daerah Seputeh (Terbuka)
Log Lencana Usaha

Garisan Kontur dan Bentuk Muka Bumi Garisan kontur juga boleh menggambarkan
pelbagai jenis bentuk muka bumi melalui keratan rentas.

a) tebing tinggi - garisan kontur berhampiran tepi pantai.
b) susuh bukit - garisan kontur berbentuk ‘V’ dengan hujungnya menghala ke tanah

rendah.
c) dataran tinggi - garisan kontur di bahagian tepinya rapat dan bahagian

tengahnya kosong.
d) rabung - garisan kontur membujur dan rapat
e) lurah - garisan kontur berbentuk ‘V’ dengan hujungnya menghala ke tanah tinggi.
f) genting dan pelana – garisan kontur bagi genting dan pelana adalah sama tetapi

bagi pelana tidak ada sungai mengalir turun darinya.

Kumpulan Pengakap Ke 28, Daerah Seputeh (Terbuka)
Log Lencana Usaha

Isyarat Sulit Pengakap

Kumpulan Pengakap Ke 28, Daerah Seputeh (Terbuka)
Log Lencana Usaha


Click to View FlipBook Version