The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by chieng08-812, 2022-11-12 22:27:14

EDUP3083 ASAS KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU (LAPORAN TEMU BUAL)

KOLEKSI CONTOH TUGASAN 2 LAPORAN TEMU BUAL

IPG Kampus Pendidikan Teknik

Showcase Kapasiti Pedagogi
Pembelajaran Bermakna (KPPB)

2022

Guru Berjiwa Pendidik Memacu

Matlamat Pembangunan

Mampan

EDUP3083 ASAS KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN

PROFESIONALISME GURU 1

(Tugasan 2) SAINS AMBILAN JUN 2019
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

PISMP Sains Ambilan Jun 2019

ISI KANDUNGAN 3-24
25-32
TUGASAN 2: LAPORAN TEMU BUAL 33-44

2.1 Contoh Tugasan Laporan Temu Bual (Chee Wei Soon) 45-56

2.2 Contoh Tugasan Laporan Temu Bual (Chong Hui Jun)

2.3 Contoh Tugasan Laporan Temu Bual (Fatin Nurhakimah
Alia Binti Mat Isa)

2.4 Contoh Tugasan Laporan Temu Bual (Teng Ru Yun)

2

SAINS AMBILAN JUN 2019
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

TUGASAN 2: LAPORAN TEMU BUAL

Tugasan 2: Laporan Temu Bual

2.1 Contoh Tugasan Laporan Temu Bual (Chee Wei Soon)

1.0 PENGENALAN
Pada 14 Oktober 2022 (Jumaat), saya telah menjalankan satu sesi temu bual di Institut
Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik (IPGKPT), Nilai, Negeri Sembilan bersama
seorang pensyarah dari Jabatan Ilmu Pendidikan (JIP) yang bernama Puan Masriyah binti
Misni. Pelaksanaan sesi temu bual ini adalah bertujuan untuk membincangkan peranan
pegawai perkhidmatan pendidikan (PPP) sebagai pemimpin profesional dalam mendepani isu
dan cabaran pengajaran dan pembelajaran (PdP) ketika fasa endemik COVID-19. Sesi temu
bual ini telah dilaksanakan secara separa berstruktur supaya saya boleh mengemukakan
soalan-soalan lanjutan yang berkenaan berdasarkan jawapan yang diberi oleh responden
temu bual.

2.0 LAPORAN TEMU BUAL
2.1 LATAR BELAKANG RESPONDEN TEMU BUAL
Puan Masriyah binti Misni berasal dari Sabak Bernam, Selangor yang memulakan
kerjaya pendidikan beliau sebagai seorang guru sekolah menengah pada tahun 1989.
Setelah memperoleh ijazah dalam bidang Perancangan dan Pengurusan Pendidikan
di Universiti Malaya (UM), beliau telah meneruskan perkhidmatan beliau sebagai
seorang pensyarah di IPG Kampus Raja Melewar (IPGKRM) selama 6 tahun dan
seterusnya bertukar ke IPGKPT mulai tahun 2013 sehingga kini. Pada asalnya, beliau
ditempatkan di Jabatan Sains Sosial yang mengajar beberapa kursus yang
bertemakan Sains Sosial. Namun, beliau telah ditukarkan ke JIP mulai tahun 2021
sehingga kini.

2.2 PERANAN GURU SEBAGAI PEMIMPIN PROFESIONAL DALAM PDP
Berdasarkan sesi temu bual yang telah dijalankan, Puan Masriyah telah menjelaskan
bahawa terdapat beberapa faktor atau perkara yang wajar diambil kira oleh guru dalam
memainkan peranannya sebagai seorang pemimpin profesional. Pertama sekali, guru
haruslah menyedari bahawa dirinya merupakan agen perubahan dalam sektor
pendidikan. Sudah terang lagi bersuluh bahawa seorang guru bukan sahaja
bertanggungjawab dalam pelaksanaan PdP semata-mata, tetapi juga terlibat secara
langsung dalam pelbagai urusan seperti aktiviti kokurikulum, pengurusan atau

3

SAINS AMBILAN JUN 2019
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

pentadbiran dan sebagainya. Maka, seseorang guru haruslah melaksanakan segala
tanggungjawab dengan sehabis baik supaya dapat menunjukkan penampilan diri
sebagai seorang pemimpin profesional dalam sektor pendidikan.

Perkara yang seterusnya ialah guru perlu sentiasa mengutamakan
peningkatan kompetensi diri dalam profesion keguruan sepanjang tempoh
perkhidmatan sebagai seorang PPP. Puan Masriyah telah memberi penekanan
kepada pembangunan profesionalisme keguruan adalah sangat penting dalam
mengembangkan pemikiran seseorang guru sehingga berkeupayaan untuk menjadi
seorang PPP yang berketerampilan dan berwibawa. Sehubungan dengan itu, beliau
juga telah menjelaskan bahawa betapa pentingnya penggunaan pendekatan yang
bervariasi dalam pelaksanaan PdP untuk meningkatkan penglibatan murid secara aktif
di dalam bilik darjah dan seterusnya dapat meningkatkan perkembangan potensi
murid secara menyeluruh dan optimum.

Selain itu, amalan nilai murni seperti keberanian, keyakinan dan
keterbukaan juga merupakan peranan guru sebagai seorang pemimpin profesional
dalam PdP. Hal ini dikatakan demikian kerana seseorang guru seharusnya sentiasa
berani mengambil risiko dalam mencuba pendekatan baharu yang dapat memberi
sumbangan kepada peningkatan keberkesanan pelaksanaan PdP. Sebagai contoh,
guru boleh mengaplikasikan pedagogi kontemporari seperti Pembelajaran
Berasaskan Projek (PBP) semasa merancang sesuatu aktiviti PdP bagi menarik minat
dan meningkatkan motivasi murid dalam proses pembelajaran. Dengan ini, generasi
muda yang lebih berkomptensi tinggi dapat dilahirkan dengan lebih jayanya.

2.3 ISU DAN CABARAN PDP KETIKA FASA ENDEMIK COVID-19

Penularan wabak COVID-19 telah menjadikan PdP telah dilaksanakan secara atas

talian yang melibatkan penggunaan alat peranti dan platform digital secara meluas.

Perubahan sebegini telah mendatangkan pelbagai isu dan cabaran kepada guru.

Dalam konteks ini, Puan Masriyah telah mengetengahkan isu kelesuan murid dalam

pembelajaran yang disebabkan oleh ketidakcukupan alat peranti dan capaian Internet

yang terhad. Menurut sebuah statistik daripada Kementerian Pendidikan Malaysia

(KPM), terdapat 37% daripada 900,000 orang murid tidak mempunyai alat peranti

pembelajaran yang bersesuaian (Hawati & Jarud Romadan, 2020). Dengan situasi

sebegini, majoriti ibu bapa terpaksa memberi keutamaan kepada anak-anak yang

bakal menduduki peperiksaan awam seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk

menggunakan alat peranti. Secara tidak langsung, anak-anak yang tidak terlibat dalam

peperiksaan awam turut terpinggir sehingga berlakunya kemerosotan peratusan

kehadiran murid-murid sekolah rendah sepanjang pelaksanaan PdP di rumah (PdPR).

4

SAINS AMBILAN JUN 2019
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

Situasi ini turut disokong oleh kajian Tenh & Shahlan (2021) yang menyatakan bahawa
kekurangan alat digital dan capaian Internet yang terhad merupakan faktor utama
PdPR yang menjejaskan kehadiran murid. Kesannya, semangat guru dalam
pelaksanaan PdPR akan terbantut. Sekiranya isu ini tidak diselesaikan dengan
tindakan yang sewajarnya, senario ini akan bertambah parah lagi sehingga jurang
pencapaian akademik dalam kalangan murid akan semakin ketara.

Selepas seluruh dunia mengalih ke fasa endemik dan semua warga pendidikan
telah kembali ke kawasan sekolah secara bersemuka, sifat-sifat negatif yang
terbawa oleh murid selepas endemik ini turut menjadi satu cabaran yang agak besar
kepada para guru dalam melaksanakan PdP. Situasi ini berlaku kerana majoriti murid
telah terbiasa dengan keadaan pembelajaran secara tidak formal, di mana mereka
tidak perlu memakai pakaian seragam yang kemas, boleh merayau di rumah, tidak
memasuki kelas atas talian dan sebagainya. Apabila pelaksanaan PdP telah kembali
secara bersemuka, mereka masih menganggap sekolah sama seperti rumah mereka,
di mana segala tingkah laku mereka semasa berada di rumah boleh ditunjukkan di
kawasan sekolah, sedangkan kesemua tingkah laku tersebut adalah bercanggahan
dengan peraturan-peraturan sekolah. Sifat-sifat murid sebegini bukan sahaja akan
menjejaskan keharmonian bilik darjah, malah menyebabkannya terus kehilangan
semangat dan motivasi untuk belajar.

2.4 PERUBAHAN PERANAN GURU SEBAGAI PEMIMPIN PROFESIONAL
DALAM PDP KETIKA FASA ENDEMIK COVID-19
Peranan guru telah mengalami perubahan bagi mengatasi segala isu atau cabaran
akibat endemik COVID-19. Dalam konteks ini, Puan Masriyah menyatakan bahawa
seorang guru seharusnya berperanan sebagai pemimpin profesional dengan sentiasa
bermomentum tinggi dan rajin meneroka apa-apa sahaja yang boleh
meningkatkan keberkesanan PdP. Sebagai contoh, guru haruslah
mengintegrasikan elemen-elemen Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam
pelaksanaan PdP seperti mengadakan kuiz interaksi menerusi Quizizz, Kahoot,
Wordwall dan sebagainya bagi meningkatkan penglibatan murid secara aktif dalam
proses PdP. Rahayu, et. al. (2020) menegaskan bahawa penguasaan kemahiran TMK
adalah sangat penting kepada guru sebagai pemimpin pendidikan abad ke-21 dalam
melahirkan generasi muda yang berfikiran kritis dan celik TMK supaya mereka
berkemampuan untuk menghadapi cabaran globalisasi, seiring dengan Revolusi
Perindustrian 4.0 (IR 4.0). Puan Masriyah juga mencadangkan guru dalam
mengintegrasikan elemen Didik Hibur Muzik dalam aktiviti PdP kerana elemen ini

5

SAINS AMBILAN JUN 2019
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih menyeronokkan dan seterusnya

menarik minat murid untuk belajar.

Selain itu, Puan Masriyah juga menyatakan bahawa seorang guru haruslah

menunjukkan profesionalisme sebagai seorang pendidik dengan memainkan

peranan dalam merancang aktiviti PdP yang menarik supaya murid bersemangat

untuk belajar. Sebagai contoh, guru boleh mengintegrasikan pendekatan

Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) semasa menjalani eksperimen berkenaan

topik 6 Haba bagi mata pelajaran Sains Tahun 5. Dengan ini, saya akan melontar

persoalan berkenaan kepada murid-murid semasa melakukan eksperimen supaya

mereka boleh menghubungkaitkan dapatan eksperimen dengan isi pelajaran yang

telah dikuasai. Contoh ini adalah selaras dengan kursus SCES3163 Kimia Fizikal, di

mana aktiviti ini adalah berkonsepkan Termokimia yang merupakan salah sebahagian

daripada sukatan pelajaran. Dengan pendekatan sebegini, tahap minat murid dalam

mempelajari mata pelajaran Sains akan ditingkatkan secara beransur-ansur dan

mereka akan lebih bersemangat dalam proses pembelajaran. Bukan itu sahaja,

penggunaan pendekatan sebegini juga dapat merangsang perasaan inkuiri dalam diri

murid-murid dan mendorong mereka untuk bersifat peka terhadap persekitaran dalam

kehidupan seharian.

Di samping itu, guru juga perlu menukarkan peranannya sebagai

pembimbing dalam proses pembelajaran murid. Kita sedia maklum bahawa jurang

pendidikan yang ketara telah berlaku sejak pelaksanaan PdPR disebabkan oleh isu

ketidakcukupan alat peranti dan capaian Internet terhad sehingga segolongan besar

murid terpinggir dalam sistem pendidikan. Isu ini bertambah parah lagi dengan

pemansuhan sistem penstriman di sekolah, di mana murid-murid tidak terbahagi

mengikut prestasi akademik semata-mata. Sudah tentunya sebuah bilik darjah akan

terdiri daripada murid-murid yang memiliki kebolehan dan keupayaan yang berbeza.

Bagi golongan murid yang tidak menguasai isi pelajaran dan kemahiran asas semasa

PdPR, mereka tidak dapat mengikuti rentak pelajaran selepas kembali ke sekolah.

Sekiranya isu ini tidak diselesaikan dengan kadar segera, mereka akan menghadapi

pelbagai masalah, khususnya pengangguran apabila mereka menjadi dewasa nanti.

Maka, guru haruslah memberi bimbingan kepada golongan murid lemah untuk

memastikan mereka telah menguasai isi pelajaran berkenaan.

Tambahan pula, Puan Masriyah telah menekankan bahawa guru sebagai

seorang pemimpin profesional dalam pendidikan seharusnya memberi layanan yang

sama rata kepada murid-murid di dalam bilik darjah. Jangan sesekali membuat

perbandingan antara murid kerana tindakan ini akan menyinggung perasaan dan

meruntuhkan keyakinan diri murid di dalam bilik darjah. Bagi murid yang menunjukkan

6

SAINS AMBILAN JUN 2019
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

tingkah laku positif atau memberi respons yang betul, guru haruslah memberi ganjaran
yang setimpal atau sebaliknya. Dalam erti kata yang lain, sistem ganjaran dan
hukuman ini berfungsi sebagai alat kawalan disiplin dan alat penilaian holistik yang
boleh mendorong kepada berlakunya persaingan sihat sesama murid di dalam bilik
darjah. Dengan ini, kita boleh menyemai sifat akauntabiliti dalam diri murid, di mana
mereka akan terlatih untuk bertanggungjawab atas segala tingkah laku yang
ditunjukkan di kawasan sekolah seperti apa yang telah digariskan dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK). Malah, semua murid juga dapat menerima peluang
pendidikan secara sama rata dan seterusnya menjadikan 5 Aspirasi Pendidikan yang
terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025
dapat direalisasikan.

3.0 ANALISIS PERANAN DAN USAHA PPP DALAM PROFESION KEGURUAN SERTA
IMPAKNYA KE ARAH MENJAYAKAN MATLAMAT PEMBANGUNAN MAMPAN
Berdasarkan dapatan temu bual yang telah dibincangkan di bahagian sebelum ini, suatu
analisis telah dilakukan terhadap peranan dan usaha PPP dalam profesion keguruan serta
perkaitannya dengan teori asas kepimpinan. Bahagian ini juga akan membincangkan
impaknya ke arah menjayakan Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development
Goal – SDG). Berdasarkan pemahaman Puan Masriyah, SDG merupakan suatu pelan
tindakan terdiri daripada 17 matlamat yang dipersetujui oleh semua anggota Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sejak tahun 2015 demi keamanan dan kemakmuran sejagat.

3.1 TEORI TRADISIONAL TRET

Berdasarkan dapatan temu bual, saya berpendapat bahawa Puan Masriyah

merupakan seorang pemimpin profesional yang berasaskan Teori Tradisional Tret

yang mengandaikan seseorang individu boleh menjadi seorang pemimpin yang

berkesan ssekiranya dia memiliki ciri-ciri atau tret-tret tertentu. Dalam konteks ini,

beliau berkemampuan untuk menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi, bersifat

asertif serta rela melaksanakan tanggungjawab dari aspek kurikulum, kokurikulum

dan sebagainya dengan sehabis baik. Kesemua sifat yang dimiliki merupakan tret-tret

bagi seseorang pemimpin yang berkesan. Walaupun beliau telah berkhidmat sebagai

PPP selama 33 tahun, tetapi beliau masih melakukan pembelajaran sepanjang hayat

demi pendidikan berkualiti, seperti apa yang digariskan dalam SDG-4: Quality

Education.

Bukan itu sahaja, Puan Masriyah juga bersikap rajin dan berani mengambil

risiko dalam meneroka pendekatan baharu atau apa-apa sahaja yang boleh

meningkatkan keberkesanan PdP. Hal ini kerana beliau sangat mengutamakan

7

SAINS AMBILAN JUN 2019
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

konsep pembangunan profesionalisme keguruan dari segi peningkatan
kompetensi diri. Secara tidak langsung, beliau telah memberi sumbangan dalam
menjayakan SDG-9: Industry, Innovation and Infrastructure, di mana beliau telah
berusaha untuk melakukan inovasi dalam bidang pendidikan yang dapat
meningkatkan keberkesanan PdP. Perkara ini juga selaras dengan Teori Tradisional
Tret yang menyatakan bahawa seseorang individu boleh menjadi seorang pemimpin
berkesan sekiranya dia berkebolehan menguasai pelbagai kemahiran seperti
kemahiran interpersonal, kemahiran kognitif dan kemahiran teknikal melalui latihan
yang konsisten.

3.2 TEORI SITUASI HERSEY DAN BLANCHARD (1977)
Dengan merujuk kepada dapatan temu bual, didapati Puan Masriyah juga merupakan
seorang pemimpin profesional yang berasaskan Teori Situasi Hersey dan
Balnchard 1977 yang menyatakan bahawa keberkesanan kepimpinan adalah
berganting kepada situasi semasa, khususnya dari segi tahap kematangan ahli. Dalam
konteks ini, Puan Masriyah dikategorikan sebagai ahli kumpulan kematangan tinggi
dalam organisasi sekolah, di mana beliau memiliki motivasi yang tinggi dalam
menjayakan pelaksanaan PdP. Di dalam bilik darjah pula, beliau menjadi seorang
pemudahcara dan mengekalkan komunikasi yang baik dengan murid-murid.
Pada pendapat beliau, seorang pemimpin profesional di dalam bilik darjah seharusnya
memberi layanan yang sama rata kepada semua murid tanpa membuat sebarang
perbandingan sesama mereka. Perkara ini turut diberi penekanan bagi memastikan
perasaan murid tidak tersinggung. Pernyataan ini sememangnya bertepatan dengan
teori ini, di mana pemimpin perempuan lebih bersifat prihatin, sensitif dan
berorientasikan perhubungan manusia (Wong, Noriati & Boon, 2018). Berdasarkan
pernyataan-pernyataan di atas, satu rumusan boleh dibuat bahawa Puan Masriyah
merupakan seorang pemimpin profesional dalam pendidikan yang sentiasa berusaha
untuk mejayakan SDG-5: Gender Equality dan SDG-10: Reduce Inequalities. Hal
ini dikatakan demikian kerana beliau sentiasa memberi layanan yang sama rata
kepada semua murid tanpa mengira jantina dan pencapaian akademik. Dalam erti kata
yang lain, tiada elemen diskriminasi atau sifat bias di dalam bilik darjah, sebaliknya
beliau akan memberi bimbingan kepada golongan murid lemah supaya dapat
merapatkan jurang perbezaan dalam kalangan murid dari aspek pencapaian akademik.

8

SAINS AMBILAN JUN 2019
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

3.3 TEORI KEPIMPINAN TRANSAKSIONAL
Secara umumnya, Puan Masriyah juga merupakan seorang pemimpin profesional
berasaskan Teori Kepimpinan Transaksional. Secara spesifiknya, beliau merupakan
pemimpin transaksional konstruktif, di mana beliau telah mengintegrasikan sistem
ganjaran dan hukuman sebagai alat kawalan disiplin. Perkara ini amat penting
kerana murid-murid boleh memperoleh maklum balas menerusi sistem ini, di mana
tingkah laku positif mereka akan diiktiraf ataupun sebaliknya.

3.4 TEORI KEPIMPINAN TRANSFORMASIONAL
Selain teori-teori yang telah dibincangkan, Puan Masriyah juga telah mengaplikasikan
Teori Kepimpinan Transformasional sepanjang tempoh perkhidmatan beliau sebagai
seorang pemimpin profesional dalam pendidikan. Secara umumnya, Teori Kepimpinan
Transformasional menfokuskan sifat inovatif dan akauntabiliti seseorang pemimpin
untuk memangkin sesuatu perubahan dan memberi tumpuan kepada keperluan ahli
dalam sesebuah organisasi. Buktinya, beliau rajin meneroka apa-apa sahaja yang
boleh menjayakan pelaksanaan PdP, khususnya dari segi penggunaan pendekatan
PdP yang baharu dan pengintegrasian teknologi. Beliau menyedari bahawa keperluan
asas murid-murid di dalam bilik darjah adalah menguasai ilmu pengetahuan pelbagai
bidang menerusi pendidikan formal. Dengan sifat sebegini, sudah tentunya murid-
murid dapat belajar dengan lebih berkesan dan seterusnya meningkatkan
perkembangan potensi diri secara optimum. Dengan mengaplikasikan Teori
Kepimpinan Transformasional, beliau berkemampuan untuk mengharungi segala
cabaran pendidikan sejak era endemik COVID-19 dan seterusnya menginspirasikan
perubahan dalam sistem pendidikan secara beransur-ansur (Mansaray, 2019).
Implikasinya, SDG-4: Quality Education dapat direalisasikan dengan jayanya.

4.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, guru banyak memainkan peranan penting dalam pendidikan. Era endemik
COVID-19 telah mengubah landskap pendidikan di seluruh dunia, termasuklah negara
Malaysia. Dengan ini, peranan guru juga berlakunya adaptasi bagi menghadapi segala isu
dan cabaran dalam alam pendidikan. Dapatan temu bual ini telah menjelaskan bahawa Puan
Masriyah telah mengaplikasikan pelbagai Teori Kepimpinan sepanjang tempoh perkhidmatan
beliau sebagai seorang pemimpin profesional dalam pendidikan. Semoga dapatan ini boleh
menyedari para siswa pendidik yang bakal berkhidmat sebagai seorang pemimpin profesional
dalam pendidikan dan seterusnya mampu memberi sumbangan signifikan sehinggalah dapat
merealisasikan SDG pada tahun 2030 nanti.

9

SAINS AMBILAN JUN 2019
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

Disediakan oleh,
______________
(CHEE WEI SOON)
Siswa Pendidik 7PISMP SN Ambilan Jun 2019,
IPG Kampus Pendidikan Teknik.

10

SAINS AMBILAN JUN 2019
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

RUJUKAN
Hawati Abdul Hamid & Jarud Romadan Khalidi. (2020). Covid-19 and Unequal Learning.

https://bit.ly/3ggrVg8
Mansaray, H. E. (2019). The Role of Leadership Style in Organisational Change Management:

A Literature Review, Journal of Human Resource Management, 7(1), 18 – 31. doi:
10.11648/j.jhrm.20190701.13
Rahayu Ahamad Bahtiar, Sham Ibrahim, Halijah Ariffin, Nor Hazimah Ismail & Wan Mohd
Khairul Wan Isa. (2020). Peranan dan Cabaran Pemimpin Pendidikan Dalam
Memastikan Matlamat Dan Agenda Pendidikan Dilestari Dalam Tempoh Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19. https://bit.ly/3D3YLK8
Tenh, C. L. & Shahlan Surat. (2021). Persepsi Ibu Bapa terhadap Pembelajaran Atas Talian
Berdasarkan Tahap Kepuasan dan Halangan yang Dihadapi, International Journal of
Advanced Research in Islamic Studies and Education (ARISE), 1(4), 1 – 15.
https://bit.ly/3EHzCGe
Wong, K. W., Noriati A. Rashid & Boon, P. Y. (2018). Siri Pendidikan Guru: Asas Kepimpinan
dan Pembangunan Profesionalisme Guru. Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn.
Bhd.

11

SAINS AMBILAN JUN 2019
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

LAMPIRAN 1
TRANSKRIP TEMU BUAL
Saya
Salam sejahtera dan selamat tengah hari puan. Nama saya Chee Wei Soon, seorang siswa
pendidik 7PISMP Sains dari IPG Kampus Pendidikan Teknik. Sesi temubual pada hari ini akan
membincangkan peranan pegawai perkhidmatan pendidikan (PPP) sebagai seorang pemimpin
profesional dalam mendepani isu dan cabaran PdP ketika fasa endemik COVID-19. Sebelum
memulakan temubual ini, izinkan saya merakam dan mengambil nota lapangan sepanjang sesi
temubual ini. Saya akan memastikan segala maklumat yang disalurkan melalui temu bual ini hanya
digunakan untuk tujuan penulisan laporan temu bual sahaja. Saya juga akan menghormati segala
maklumat atau pandangan dikongsi kerana tiada jawapan betul atau salah bagi sesi temu bual ini.
Sebelum itu, bolehkah puan ceritakan serba sedikit tentang latar belakang peribadi puan?

Responden
Terima kasih saudara Chee kerana sudi memilih saya sebagai rakan pembelajarannya untuk
ditemubual bagi memenuhi tugasan kursus EDUP3083. Saya berasal dari Sabak Bernam
Selangor. Saya memulakan kerjaya saya sebagai guru pada tahun 1989 di Sekolah Menengah
Kebangsaan Ungku Aziz, Sabak Bernam. Pada waktu itu, saya mengajar pelajar Tingkatan Enam.
Selepas saya memperolehi kelulusan dalam Sarjana Pendidikan bagi bidang Perancangan dan
Pentadbiran Pendidikan di Universiti Malaya pada tahun 2005, saya berhijrah ke IPG Kampus Raja
Melewar, Seremban sebagai pensyarah pada tahun 2007 dan seterusnya berpindah ke IPG
Kampus Pendidikan Teknik pada tahun 2013 sehinggalah sekarang. Pada mulanya, saya
ditempatkan di Jabatan Sains Sosial dan kemudian dipindahkan ke Jabatan Ilmu Pendidikan pada
tahun 2021 untuk mengajar kursus-kursus seperti EDUP2012 dan EDUP3093.

Saya
Baik. Terima kasih puan atas penceritaan yang sangat menarik. Disebabkan bidang pengajian
puan ialah Perancangan dan Pengurusan Pendidikan, sudah tentunya puan pernah mendengar
istilah “Pemimpin Profesional dalam Pendidikan” kan? Saya tertanya-tanya dengan istilah ini
kerana inilah kali pertama saya dengari istilah ini. Jadi, apa yang puan faham tentang “Pemimpin
Profesional dalam Pendidikan”?

Responden
Jadi, sebagai seorang pemimpin profesional dalam pendidikan, ada banyak perkara yang boleh
dilakukan supaya kelihatan lebih profesional. Salah satunya ialah guru seharusnya berupaya
memimpin perubahan di tempat bertugas. Kita tidak harus meletakkan tanggungjawab ini di
bahu pentadbir sahaja. Sebaliknya, kita boleh memainkan peranan sebagai agen perubahan di

12

SAINS AMBILAN JUN 2019
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

sekolah. Contohnya, guru merupakan insan yang boleh dicontohi oleh murid dari segi tindak-tanduk
atau perilaku, pertuturan, penampilan. Sudah tentunya seorang guru yang profesional akan
menimbulkan rasa hormat dan teruja dalam diri murid. Selain itu, apabila guru menjadi seorang
jurulatih di padang, dia mesti menunjukkan kepakaran dan kemahiran berkenaan serta
membimbing murid untuk menguasai kemahiran tersebut. Dengan ini, dia dapat melahirkan ahli-
ahli atau pelapis dalam bidang berkenaan. Dari segi pentadbiran, guru akan diberi pelbagai
tugasnya seperti menggubal soalan, menyemak kurikulum dan sebagainya. Maka, dia harus
berperanan sebagai model kepimpinan supaya dia berpeluang menjadi seorang pemimpin yang
profesional. Seterusnya, sebagai seorang pemimpin profesional dalam pendidikan, dia mesti
mengutamakan daya pengeluaran tinggi dalam bidang kerjayanya. Peranan guru bukan
setakat mengajar untuk menyampaikan maklumat, tetapi yang lebih pentingnya adalah membina
dan mengembangkan idealisme, pemikiran dan pengalaman untuk mendorong murid-murid
menjadi manusia yang berjasa dan berjaya. Jadi, guru-guru yang mengutamakan daya
pengeluaran tinggi dalam pendidikan akan menampilkan ciri-ciri interpersonal, profesional dan
intelektual semasa berada di sekolah. Guru juga perlu berketerampilan dan berwibawa supaya
menjadi seorang guru yang berkesan. Contohnya, seseorang guru akan mencuba pelbagai
pendekatan dalam PdP dan menilai keberkesanannya. Akhir sekali, seorang pemimpin profesional
dalam pendidikan mesti bersikap yakin dan berani mencuba idea-idea baharu dan inovatif.
Sekiranya kita hanya menggunakan idea yang sama dan tidak mampu memberikan idea baharu,
bagaimanakah kita boleh menjadi profesional?

Saya
Terima kasih puan. Kita merupakan agen perubahan dalam pendidikan yang berperanan penting
dalam PdP, kokurikulum, pengurusan dan sebagainya. Puan juga telah menyentuh konsep
perkembangan kompetensi diri sebagai seorang pemimpin profesional dalam pendidikan. Selain
itu, guru juga perlu bersifat berani, yakin dan mahu mencuba idea inovatif. Seperti apa yang kita
tahu, endemik COVID-19 telah menjadikan PdP kita terpaksa dilaksanakan secara atas talian, di
mana semua murid akan belajar dengan hanya menggunakan medium digital sahaja. Jadi, adakah
endemik COVID-19 mengubah peranan guru sebagai seorang pemimpin profesional dalam
pendidikan?

Responden
Secara keseluruhannya, panedemik COVID-19 telah menyebabkan PdP menjadi lesu atas
beberapa kekangan seperti penggunaan peranti dan capaian Internet yang terhad. Bagi golongan
yang kurang berkemampuan, mereka perlu berkongsi satu alat peranti bersama empat lima orang
anak yang bersekolah. Jadi, ada keluarga yang akan mengutamakan anak yang akan menduduki

13

SAINS AMBILAN JUN 2019
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

peperiksaan atau yang berada di tingkatan yang lebih tinggi untuk mendapatkan pendidikan. Bagi
anak yang masih berusia muda ini, mereka akan serba sedikit ketinggalan dalam pendidikan atas
sebab ini. Situasi ini menyebabkan peratusan kehadiran murid dalam PdPR menjadi kurang.
Secara tidak langsung, isu ini membantutkan semangat guru-guru yang pada mulanya berkobar-
kobar untuk mengajar dan seterusnya berputus asa. Maka, motivasi guru sangat penting. Apabila
kembali ke sekolah secara bersemuka pada era endemik ini, guru haruslah mengekalkan
momentum dengan rajin meneroka strategi-strategi PdP berasaskan TMK seperti
penggunaan Quizizz, Jamboard, Wordwall dan sebagainya untuk menarik kembali minat murid
dalam pembelajaran. Semasa era pandemik COVID-19, kebanyakan murid tiada motivasi untuk
belajar, manakala guru-guru pula juga berputus asa kerana sambutan PdP yang mengecewakan.
Apabila kembali semula ke sekolah, mereka masih tertanya-tanya sama ada murid-murid masih
bermotivasi dan berminat belajar pada era endemik ini. Mereka risau akan murid-murid masih
terbawa-bawa sifat malas dan tidak bermotivasi apabila kembali ke sekolah. Jadi, sebagai
pemimpin yang profesional, kita haruslah meningkatkan motivasi murid dalam pembelajaran
dengan menggunakan perisian-perisian TMK untuk menarik kembali minat mereka. Guru juga
boleh menggunakan teknik didik hibur untuk membolehkan murid-murid belajar sambil
bermain. Pada pendapat saya, cara ini akan menjadikan murid-murid berasa seronok dan terhibur
semasa belajar bersama guru tersebut. Secara tidak langsung, murid-murid akan rajin datang ke
sekolah. Pendek kata, guru haruslah menunjukkan kepakarannya dalam bidang pendidikan
dengan menguasai kemahiran-kemahiran TMK dan mengintegrasikannya dalam PdP. Hal ini
kerana motivasi murid telah menjadi berkurangan akibat pandemik COVID-19 ini. Mereka menjadi
lesu dan malas pada ketika itu. Apabila mereka dikehendaki kembali ke sekolah pada era endemik
ini, sudah tentunya mereka tidak bersemangat untuk berbuat demikian. Maka, guru haruslah
bertindak sebagai seorang pemimpin profesional dengan merancang aktiviti PdP yang menarik dan
menyeronokkan supaya murid-murid tertarik untuk datang ke sekolah.

Saya
Saya sangat bersetuju dengan pendapat puan, khususnya isu murid-murid yang terbawa sifat
malas sejak endemik COVID-19 dan kemerosotan peratusan kehadiran PdPR. Kini, satu isu serius
yang sedang berlaku ialah kelemahan dalam penguasaan ilmu pengetahuan dan kemahiran asas,
khususnya kemahiran 3M walaupun mereka telah tiba di Tahap 2. Pernahkah puan
mengenalpasti isu ini semasa melakukan penyeliaan terhadap pelajar-pelajar praktikum di
sekolah pada masa ini?

Responden
Pada pendapat saya, isu ini tidak mustahil untuk berlaku. Jadi, kita sebagai seorang guru haruslah
bertindak proaktif, bersikap inovatif dalam mencuba strategi PdP baharu supaya dapat

14

SAINS AMBILAN JUN 2019
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

menghasilkan PdP yang lebih berkesan. Selepas endemik COVID-19 selama dua tahun ini, murid-
murid akan berasa tertanya-tanya bahawa bagaimanakah cara cikgu sekolah akan mengajar
mereka. Jadi, dia akan menghadiri sekolah untuk mendapatkan jawapan daripada persoalan
tersebut. Dengan ini, kehadiran murid ke rumah akan meningkat secara tidak langsung. Sekiranya
guru masih menggunakan pendekatan yang sama dalam PdP, murid-murid akan berasa
kekosongan dan tidak seronok untuk belajar di sekolah, sedangkan guru menggunakan pelbagai
kaedah semasa melaksanakan PdPR. Jadi, kita sebagai seorang pemimpin profesional dalam
pendidikan seharusnya mengambil peluang keemasan ini untuk mengembalikan minat,
semangat dan motivasi murid-murid untuk belajar apabila mereka kembali semula ke
sekolah. Kita mestilah merancang aktiviti PdP berpusatkan murid yang lebih kreatif dan inovatif
supaya mereka tidak akan merasakan dirinya terpinggir. Yang paling pentingnya adalah janganlah
sesekali guru memberi tumpuan kepada murid-murid pandai sahaja. Sekarang, sistem
streaming class telah dimansuhkan di sekolah. Jadi, salah satu ciri pemimpin profesional dalam
pendidikan ialah sifat keadilan, di mana guru harusnya memberi peluang secara sama rata
kepada semua murid tanpa sifat pilih kasih. Walaupun terdapat golongan murid yang
berpencapaian rendah, mereka masih mempunyai keinginan untuk menjawab. Guru juga perlu
cakna akan suasana pembelajaran di dalam kelas dengan memberi peluang kepada murid-
murid yang duduk di belakang kelas untuk menjawab sekiranya mereka mengangkat tangan. Guru
tidak sewajarnya mengabaikan murid-murid yang pernah memberi jawapan yang salah terhadap
pertanyaan yang dikemukakan sebelum ini. Sebaliknya, guru seharusnya memberi bimbingan
dan peneguhan positif kepada mereka yang berusaha untuk menjawab pertanyaan tersebut
walaupun jawapan yang diberi adalah salah. Dengan ini, golongan murid tersebut tidak akan
berasa putus asa walaupun mereka salah menjawab. Seorang guru yang profesional juga tidak
sepatutnya membuat perbandingan antara murid di dalam kelas. Sebaliknya, kita haruslah
memberi pujian kepada murid yang menunjukkan sikap positif dan menggalakkan murid-murid
lain untuk mencontohi sikapnya. Perkara ini akan memotivasikan murid-murid lain untuk
menunjukkan tingkah laku positif di dalam bilik darjah. Hakikatnya, majoriti murid menggemari
pujian atau ganjaran yang diberi oleh guru kerana mereka akan menganggap pujian atau ganjaran
ini adalah suatu penghormatan kepada mereka dan kedua-duanya akan memotivasikan mereka
untuk meneruskan proses pembelajaran di dalam bilik darjah.

Saya
Betul. Pemansuhan streaming class telah menjadikan satu bilik darjah terdiri daripada murid-murid
yang berlainan dari segi tahap kognitif, bangsa, agama dan sebagainya. Pemberian layanan yang
sama rata kepada semua murid di dalam bilik darjah yang memiliki kepelbagaian budaya
merupakan salah satu ciri guru sebagai seorang pemimpin profesional. Seperti apa yang dijelaskan

15

SAINS AMBILAN JUN 2019
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

oleh puan, pujian dan ganjaran merupakan kegemaran murid-murid. Apabila kita memberi pujian
atau ganjaran kepada mereka, mereka akan merasakan dirinya dihargai dan adanya kepunyaan di
dalam bilik darjah. Kita juga berharap agar dengan adanya pujian dan ganjaran, mereka akan lebih
bermotivasi untuk belajar di dalam kelas. Namun, saya juga tertanya-tanya tentang isu kawalan
disiplin di dalam bilik darjah sejak endemik COVID-19 ini. Seperti apa yang dibincangkan tadi,
murid-murid terbawa sifat malas semasa datang ke sekolah. Sebenarnya, terdapat banyak lagi
contoh isu disiplin murid, seperti pergaduhan sesama murid, kes buli dan sebagainya. Sudah
tentunya isu ini akan mengganggu kelancaran PdP. Jadi, saya ingin bertanya, apakah inisiatif
yang boleh dilakukan oleh guru sebagai pemimpin profesional dalam pendidikan untuk
menyelesaikan masalah ini?

Responden
Bagi saya, salah satu caranya adalah menggunakan sistem ganjaran yang telah dibincangkan
tadi. Sebenarnya, sistem ini bukan sahaja dapat memotivasikan murid untuk belajar, tetapi sistem
ini juga boleh digunakan sebagai alat kawalan disiplin, di mana murid-murid yang melanggar
disiplin sekolah atau menunjukkan tingkah laku negatif seperti tidak bekerjasama dengan ahli
kumpulan semasa pelaksanaan aktiviti PdP secara berkumpulan akan dipotong markah.
Hakikatnya, penggunaan sistem ini dalam pelaksanaan PdP adalah untuk mewujudkan suatu
persaingan sihat dalam kalangan murid, khususnya semasa guru melaksanakan pentaksiran bilik
darjah dalam PdP. Dengan adanya sistem ini, guru boleh mengenalpasti perkembangan aktiviti
berkumpulan dari semasa ke semasa. Murid-murid akan membuat pemerhatian terhadap markah
yang diperoleh kumpulannya. Sekiranya markah dikurangkan, mereka akan membuat refleksi
kendiri terhadap tingkah laku yang pernah ditunjukkan di dalam bilik darjah. Pada masa yang sama,
guru juga boleh memberi penjelasan tentang sebab markah mereka dipotong. Dengan ini, mereka
akan berubah dan mengingatkan antara satu sama lain untuk menunjukkan tingkah laku yang
positif sepanjang sesi PdP berlangsung. Pendek kata, penggunaan sistem ganjaran ini akan
melatih murid-murid untuk bertanggungjawab terhadap segala tingkah laku yang ditunjukkan di
dalam kelas supaya mereka berkebolehan memiliki sifat akauntabiliti dan integriti sepanjang proses
pembelajaran. Perkara ni adalah sejajar dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(FPK), iaitu menfokuskan kemenjadian murid yang memiliki perkembangan seimbang dari segi
jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS).

Saya
Secara rumusannya, puan sangat menggalakkan para guru untuk mengintegrasikan sistem
ganjaran dan hukuman dalam PdP kerana sistem ini berfungsi sebagai alat kawalan disiplin dan
alat penilaian pencapaian akademik. Dengan ini, murid-murid dapat meningkatkan prestasi
akademik dan seterusnya melatih diri untuk menjadi seorang yang lebih berdisiplin dan

16

SAINS AMBILAN JUN 2019
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

berakauntabiliti, khususnya perkembangan potensi diri dan penguasaan kemahiran insaniah.
Marilah kita menjuruskan perspektif ke peringkat global, iaitu Matlamat Pembangunan Mampan
(Sustainable Development Goal – SDG). SDG dikemukakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu (PBB) dalam Perhimpunan Agung PBB pada September 2015 di New York. SDG terdiri
daripada 17 matlamat seperti kemiskinan, kelaparan sifar, pendidikan kualiti dan sebagainya.
Pengenalan SDG ini adalah bertujuan untuk memastikan pembangunan dapat ditingkatkan demi
kemaslahatan manusia dan bumi. Jadi, saya ingin bertanya, apakah yang puan fahami tentang
SDG?

Responden
Apa yang saya fahami tentang SDG ialah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah
meletakkan SDG ini di bawah satu kursus, iaitu “Pendidikan Kewarganegaraan Global (PKG) ”
atau digelar sebagai “Global Citizenship Education (GCE)” dalam bahasa Inggeris. Kursus PKG ini
telah dilancarkan pada tahun 2012 oleh Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-Moon. Kursus PKG ini
mempunyai 17 matlamat yang boleh terbahagi kepada tiga dimensi, iaitu kognitif, sosioemosi dan
tingkah laku. PKG bermatlamat untuk melahirkan pelajar yang aktif, bertanggungjawab,
berintegrati dan berakauntabiliti terhadap isu-isu yang melibatkan politik, ekonomi, sosial dan
alam sekitar di seluruh dunia. Maknanya, PKG mengharapkan para pelajar cakna, berfikiran
secara kritis dan kreatif serta bertindak dengan proaktif dan inovatif apabila berhadapan dengan
sebarang isu ataupun cabaran yang timbul di peringkat global pada masa akan datang. Hal ini
kerana para pelajar merupakan generasi pelapis yang akan menerajui negara ini di peringkat global
nanti. Mereka akan menjadi pemimpin yang bertanggungjawab untuk mengendalikan segala
permasalahan yang timbul di peringkat global pada masa akan datang. Jadi, mereka perlu
diberi pendedahan tentang PKG ini. Itulah sebab wujudnya Agenda 2030 yang bertujuan untuk
mewujudkan satu pembangunan lestari dan mampan pada masa depan. SDG disediakan sebagai
satu rangka tindakan bersama di peringkat global supaya dunia ini berada di dalam keadaan aman
dan makmur sekarang dan juga pada masa akan datang. Kita tidak berharap isu-isu global yang
sedang berlaku diulangi pada masa akan datang sehingga rakyatnya hidup dalam kemiskinan dan
kebuluran. Masalah sebegini akan memberi kesan terhadap semua aspek, termasuklah
pendidikan. Salah satunya ialah generasi muda di dunia ini tidak berpeluang untuk menikmati
kesaksamaan dalam pendidikan atas isu kemiskinan, kelaparan atau kebuluran menjelang tahun
2030 nanti, sedangkan UNESCO pernah menekankan slogan Education for All (Pendidikan untuk
Semua). Dalam konteks pendidikan, kita sebagai guru profesional berperanan penting ke arah
menjayakan kemenjadian manusia. Ketidakcapaian SDG menyebabkan pendidikan tidak dapat
dijalankan dengan berkesan akibat ketiadaan air, tenaga, kesihatan dan sebagainya. Endemik
COVID-19 yang baru-baru ini telah menjadikan ramai yang terkorban kerana mereka tidak

17

SAINS AMBILAN JUN 2019
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

mendapatkan vaksinasi. Kepincangan pentadbiran negara juga boleh menyebabkan negara
tersebut tidak mampu menawarkan vaksin yang percuma kepada rakyat.

James
Betul. Dalam konteks pendidikan, SDG bermatlamat untuk memastikan slogan UNESCO tercapai.
Dalam konteks Malaysia pula, aspirasi sistem yang pertama ialah “Akses kepada Pendidikan”.
Maka, SDG ini adalah sangat relevan dalam bidang pendidikan. Kita telah membincangkan
peranan pihak kerajaan dalam melancarkan dasar-dasar tertentu ke arah menjayakan SDG ini.
Sekiranya dilihat dari skop yang lebih spesifik, apakah yang boleh dilaksanakan oleh seseorang
guru sebagai seorang pemimpin profesional dalam pendidikan ke arah menjayakan SDG?

Responden
Sebagai pemimpin profesional dalam pendidikan, kita haruslah memberi layanan yang sama rata
kepada murid-murid supaya mereka tidak terasing daripada murid-murid yang lain. Cuba fikirkan
balik apa yang berlaku pada peringkat awal pandemik COVID-19. Betapa banyak usaha yang telah
ditunjukkan oleh guru-guru untuk memastikan tiada murid yang tercicir. Bagi murid yang tiada
peranti, guru-guru sanggup menghantar lembaran kerja ke rumah mereka dan memberi masa
kepada mereka untuk menghabiskan lembaran kerja tersebut. Maka, sudah jelas bahawa guru
tersebut adalah seorang pemimpin profesional dalam pendidikan dengan berfikiran terbuka bagi
mencari alternatif untuk menyelesaikan masalah pembelajaran murid. Secara tidak langsung,
murid-murid akan terdidik sebagai seorang yang berilmu pengetahuan dan seterusnya menyedari
bahawa betapa pentingnya pendidikan dalam melahirkan manusia yang berguna. Sebagai contoh,
individu yang berpelajaran tidak akan melakukan perkara yang akan merosakkan alam sekitar
seperti membuang sampah merata-rata, memusnahkan tumbuh-tumbuhan. Sebaliknya, individu
yang tidak berpelajaran hanya akan berfikir tentang keuntungan atau kepentingan peribadi. Mereka
tidak menyedari bahawa tindakan mereka ini akan menyebabkan berlakunya pemanasan global.
Sebagai seorang pemimpin profesional dalam pendidikan, mereka akan menjelaskan kepentingan
penjagaan alam sekitar melalui tindakan-tindakan mudah seperti membuang sampah di tong
sampah dan sebagainya sehingga mereka terlatih sebagai tabiat dalam kehidupan. Bukan itu
sahaja, guru juga memastikan semua murid adalah sihat dengan memastikan mereka telah
menerima vaksinasi lengkap sebelum kembali ke sekolah. Program vaksinasi ini adalah berkait
rapat dengan aspek kesihatan, di mana semua warganegara global adalah sihat dan bebas
daripada sebarang wabak seperti malaria, SARS dan sebagainya. Sekiranya majoriti penduduk di
sesebuah negara mengalami masalah kesihatan, pembangunan negara tersebut akan terbantut.
Dengan ini, sudah tentunya, matlamat mampan tidak akan tercapai di peringkat negara mahupun

18

SAINS AMBILAN JUN 2019
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

global. Begitulah sebab seluruh dunia telah bekolaboratif untuk mencari jalan penyelesaian untuk
mengatasi penularan COVID-19.

Saya
Faham. Apa yang boleh dirumuskan ialah apa-apa sahaja yang dilakukan oleh guru telah
menyumbang kepada pencapaian matlamat SDG ini. kita sebagai seorang pemimpin profesional
dalam pendidikan haruslah berusaha untuk membantu murid yang mengalami isu kemiskinan dan
ketidakcukupan sumber makanan melalui program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di
sekolah. Dengan ada makanan mencukupi, murid dapat menerima pendidikan formal dengan
berkesan. Dengan ini, kita dapat menjayakan pendidikan berkualiti yang tersenarai dalam SDG ini.

Responden
Betul. Apa-apa yang berlaku sekarang dan pada masa depan adalah berakar umbi daripada fikiran
dan tindakan yang kita ambil sekarang ini. Kesimpulannya, pembangunan mapan disediakan oleh
PBB bukan hanya di seluruh dunia untuk menyediakan kehidupan yang selesa, sejahtera, aman
dan makmur untuk generasi yang akan datang, khususnya kanak-kanak. Begitulah sebab sistem
pendidikan kini ingin melatih para pelajar di sekolah tentang pembangunan mapan di bawah kursus
PKG. Bagi saya, apa-apa sahaja yang berlaku sekarang adalah bermula dari pendidikan, di mana
pendidikan berkemampuan untuk melahirkan modal insan yang berguna dan berdaya saing
sehingga berkemampuan untuk memberi sumbangan ke arah menjayakan SDG ini.

Saya
Sebagai rumusan, kita berperanan untuk menjayakan SDG menerusi pendidikan kerana kita
berharap agar apa-apa sahaja yang dilakukan sekarang dapat memberi keselesaan dan
kesejahteraan hidup kepada generasi yang akan datang. Dengan ini, kita boleh melihat bahawa
betapa pentingnya seorang PPP berperanan sebagai seorang pemimpin profesional dalam
mendepani isu dan cabaran PdP sejak endemik COVID-19. Tidak lupa juga kita berperanan penting
dalam menjayakan SDG seperti apa yang telah dibincangkan sebentar tadi. Jadi, saya rasa itu
sahaja temu bual kita pada hari ini. Ribuan terima kasih diucapkan kepada Puan Masriyah kerana
sudi meluangkan masa bersama saya untuk menjalani sesi temu bual ini. Semoga puan sentiasa
sihat dan ceria. Sekian, terima kasih.

19

SAINS AMBILAN JUN 2019
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

LAMPIRAN 2

Gambar 1: Pengesahan Instrumen oleh Dr Noor Haslinda binti Shuib
Pengesahan Pertama: 26 September 2022 (Isnin)
Pengesahan Kedua: 14 Oktober 2022 (Jumaat)
LAMPIRAN 3

Gambar 2: Contoh Instrumen – Protokol Temu Bual (Disahkan) 20

SAINS AMBILAN JUN 2019
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

Lampiran 4
Gambar 3: Sesi Membuat Catatan semasa Sesi Temu Bual Berlangsung

Gambar 4: Sesi Temu Bual Bersama Puan Masriyah binti Misni (14 Oktober 2022)

21

SAINS AMBILAN JUN 2019
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

LAMPIRAN 5

Gambar 5: Rumusan Temu Bual – Peranan Guru Sebagai Pemimpin Profesional dalam PdP

ketika Endemik COVID-19

22

SAINS AMBILAN JUN 2019
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

LAMPIRAN 4

Gambar 6: Rumusan Temu Bual – Isu dan Cabaran PdP ketika Endemik COVID-19 23

SAINS AMBILAN JUN 2019
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

LAMPIRAN 4

Gambar 7: Rumusan Temu Bual – Analisis Peranan dan Usaha PPP Berasaskan Teori Asas

Kepimpinan

24

SAINS AMBILAN JUN 2019
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

2.2 Contoh Tugasan Laporan Temu Bual (Chong Hui Jun)

LAPORAN TEMUBUAL TENTANG PERANAN GURU SEBAGAI PEMIMPIN
PROFESIONAL KETIKA MENDEPANI ISU DAN CABARAN PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN DEMI MATLAMAT PEMBANGUNAN MAMPAN (SDG)
Pada 18 Oktober 2022 (Selasa), saya telah menjalani satu sesi temu bual dengan seorang Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan (PPP), Cikgu Lai Mei Fung di SJKC Chung Hua No.6, Kuching, Sarawak.
Tujuan temu bual yang dijalankan adalah untuk mengetahui peranan guru sebagai pemimpin
profesional dalam mendepani isu dan cabaran aspek pengajaran dan pembelajaran (PdP) demi
menyumbang ke arah matlamat pembangunan mampan (SDG17).

Berdasarkan perspektif Cikgu Lai, isu dan cabaran yang beliau hadapi dalam PdP demi
menyumbang ke arah matlamat pembangunan mampan termasuklah cabaran penguasaan teknologi
dalam PdP. Sejak norma baharu Covid-19 hingga masa kini yang menggalakkan penjarakan fizikal,
penstrukturan semula proses PdP telah diubahkan kepada pembelajaran berteknologi digital.
Misalnya, kebelakangan ini, setiap kelas di sekolah Cikgu Lai telah dilengkapkan dengan papan
interaktif Smartboard. Papan putih interaktif (Smartboard) bertujuan untuk membolehkan murid dan
guru berinteraksi dengan teks, program, alat anotasi dan elemen lain pada papan putih yang
mempunyai ciri skrin sentuh (Madahvi, 2019). Ia berfungsi melalui perisian program yang
membolehkan pengguna menggunakan untuk pelbagai tujuan. Penguasaan alat teknologi ini telah
dijadikan salah satu cabaran yang dalam PdP Cikgu Lai. Untuk mengatasi cabaran-cabaran ini, Cikgu
Lai menyatakan bahawa beliau cuba menyesuaikan diri dengan teknologi baharu pada pelbagai
platform atas talian semasa Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) serta transformasi di
sekolah kebelakangan ini, iaitu penggunaan Smartboard. Perspektif Cikgu Lai terhadap cabaran ini
adalah menganggap ia sebagai peluang untuk meningkatkan pengetahuan dari segi teknologi demi
mengoptimumkan pembelajaran murid dan mempelbagaikan gaya pengajarannya.

Cikgu Lai juga menegaskan bahawa guru-guru perlulah melengkapkan diri dengan kemahiran
teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) yang bervariasi supaya dapat menjamin keberkesanan
PdP seiring dengan keperluan global serta sentiasa menarik perhatian murid. Dengan ini, guru
berperanan sebagai pemimpin dalam peningkatan kemahiran teknologi murid supaya dapat
menjulang ke arah pembangunan mampan. Usaha yang dilakukan oleh Cikgu Lai termasuklah beliau
rajin meneroka cara penggunaan smartboard dan platform atas talian yang sesuai serta cuba
mengintegrasikan pendekatan PdP yang dapat mengoptimumkan penglibatan murid sekelas. Beliau
juga mengajar muridnya menggunakan kemudahan Smartboard supaya guru dapat menjalankan
aktiviti interaktif dalam kelas dengan lancar. Hal ini memberi impak kepada pembangunan
profesionalisme keguruan yang bermatlamat untuk mencapai SDG4 iaitu Pendidikan Berkualiti
(Quality Education). Dari segi street smart, Cikgu Lai yang cuba menyesuaikan diri dengan

25

SAINS AMBILAN JUN 2019
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

transformasi TMK dalam kelas menunjukkan kepintaran yang praktikal terhadap murid dan sekolah

serta dapat menggunakan pengetahuan baharu ini untuk mengatasi cabaran PdP ke arah

kemampanan global (Cambridge Dictionary, 2022). Hal ini menunjukkan Cikgu Lai mempamerkan

tret kepemimpinan iaitu tret menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi dan tret ingin mempengaruhi

orang lain berdasarkan Teori Tradisional Tret. Guru yang bersikap berkepimpinan berdasarkan teori

ini mampu mempengaruhi murid untuk belajar, berkembang, berubah serta melakukan sesuatu yang

berbeza (Wong et al., 2018).

Tambahan pula, Cikgu Lai juga rajin melibatkan diri dalam seminar atau kursus yang berkaitan

pendekatan PdP, seperti kursus penggunaan smartboard, kursus penerokaan aktiviti interaktif

Smartboard dan kursus penggunaan Peardeck demi melengkapkan diri dengan kemahiran TMK.

Selain itu, Cikgu Lai juga bantu membimbing rakan sejawat yang kurang mahir dalam TMK. Sebagai

ketua panitia sains, beliau juga mendorong sikap berkolaborasi antara guru-guru Sains dalam

penerokaan kemahiran TMK. Sikap sanggup membantu dan berkongsi pengetahuan menunjukkan

Cikgu Lai mempamerkan ciri kepemimpinan yang berdasarkan Teori Semasa Kepemimpinan

Transformasional. Gaya kepimpinan dalam teori transformasi menunjukkan bahawa guru begini

dapat menggerakkan tahap motivasi dan mempengaruhi rakan sekerja dalam melaksanakan tugasan

demi mencapai matlamat yang ditetapkan (Firdaus dan Norsiah, 2017). Cikgu Lai merupakan

pemimpin transformasional yang bijak menggunakan kuasa dan pengaruhnya untuk memujuk rakan

sejawatnya supaya membawa perubahan dalam pendidikan. Cikgu Lai berperanan sebagai

pemimpin profesional yang mempengaruhi rakan sejawat supaya berkolaborasi meneroka

penggunaan Smartboard dan aktiviti interaktif yang boleh dilaksanakan dalam PdP melalui

Smartboard. Hal ini memberi impak kepada pembangunan profesionalisme keguruan yang

bermatlamat untuk mencapai SDG17 iaitu Kerjasama demi matlamat (Partnerships in Goals).

Di samping itu, cabaran yang dihadapi oleh Cikgu Lai demi menyumbang ke arah matlamat

pembangunan mampan termasuklah keciciran murid yang ramai dalam mengikuti PdP selepas

persekitaran digital tempoh PdPR. Pandemik telah mengganggu tahap celik huruf, maka kemahiran

membaca dan menulis semakin merosot dalam kalangan murid (Selan, 2021; Hazhari, 2021). Hal ini

amat membimbangkan kerana kebanyakan tahap murid tidak sepadan dengan apa yang mereka

sepatutnya capai pada umur mereka. Berdasarkan Cikgu Lai, isu yang berlaku di SJKC adalah

terutamanya kebanyakan murid tidak mengenali perkataan Bahasa Cina dalam subjek Sains dan

Bahasa Cina. Hal ini kerana ramai murid yang mengalami isu talian tidak stabil dan ada yang

langsung tidak mampu menyertai kelas dalam talian pada tempoh PdPR mungkin kerana tiada akses

kepada internet (Berita Harian. 2021). Jadi, selepas pandemik, Cikgu Lai telah cuba beberapa usaha

untuk membantu murid-murid yang lemah dalam pembelajaran.

Untuk menangani cabaran ini, usaha pertama yang Cikgu Lai telah lakukan adalah

menempatkan murid yang lemah dalam sekumpulan dan memberikan penumpuan yang lebih

terhadap tahap penguasaan mereka seperti memberikan kuiz selepas kelas. Bagi murid-murid yang

26

SAINS AMBILAN JUN 2019
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

sudah memiliki kemahiran membaca dan menulis, latihan tambahan diberikan sebagai pengayaan
untuk mempertingkatkan kemahiran mereka. Selain itu, Cikgu Lai telah menetapkan hasil
pembelajaran yang berbeza terhadap murid yang berbeza tahapnya seperti cemerlang, sederhana
dan kurang memuaskan. Sebagai ketua panitia sains, beliau juga cuba bekerjasama dengan pusat
sumber di sekolah dalam penyediaan bahan bacaan yang sesuai dengan tahap murid. Beliau juga
berperanan untuk menggalakkan murid-murid yang tercicir dalam mata pelajaran tertentu
dikehendaki untuk hadir bengkel-bengkel di sekolah. Gaya kepimpinan Cikgu Lai adalah selaras
dengan Teori Situasi Hersey dan Blanchard (1977) yang menyatakan, bagi murid sekolah rendah
yang berada dalam kumpulan kematangan rendah, guru meluangkan masa untuk memperjelas
peranan dan matlamat murid, membuat penyeliaan yang lebih rapi serta menggalakkan murid untuk
menerima tugas mereka melalui cara pujukan (Wong et al., 2018). Kematangan murid adalah faktor
persekitaran yang perlu dipertimbangkan oleh amalan kepimpinan guru. Cikgu Lai menunjukkan sifat
kepimpinan tradisional dengan membimbing murid-muridnya demi menyelesaikan masalah yang
dikenal pasti dalam kalangan murid.

Untuk menarik minat murid dalam PdP, Cikgu Lai telah mengintegrasikan ilmu-ilmu teknologi
yang dipelajari semasa PdPR dan menyesuaikan pelbagai aplikasi dalam PdP semasa menggunakan
Smartboard. Oleh sebab Smartboard dapat berakses kepada internet, maka inovasi TMK yang
menggunakan aplikasi seperti Wordwall, Peardeck dan Booklet dapat diterapkan dan meningkat
interaksi murid dalam kelas demi mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan
memupuk pembelajaran bermakna. Hal ini juga merupakan motivasi kepada murid-murid untuk
mengikuti PdP. Berdasarkan Grid Pengurusan Blake dan Mouton, Cikgu Lai mempamerkan tingkah
laku kepimpinan yang selaras dengan Teori Tradisional Tingkah Laku tersebut, iaitu pemimpin yang
berkecenderungan membina hubungan mesra dengan muridnya dapat menyokong pucuk pimpinan
serta meningkat harga diri muridnya (Wong et al., 2018). Perkembangan inovasi TMK telah menjadi
petunjuk kepada kemajuan Malaysia khususnya ke arah negara maju (Fadzliyah et al., 2020). Dengan
usaha-usaha yang dilaksanakan ini, tahap penguasaan murid maka dapat meningkat celik huruf dan
ketidaksamarataan antara murid dalam kelas dapat dikurangkan (SDG 10) demi memastikan tahap
pendidikan di Malaysia menjadi lebih berkualiti seperti yang dinyatakan dalam SDG 4 iaitu pendidikan
berkualiti.

Kesimpulannya, Cikgu Lai sebagai pemimpin kelas mengaplikasikan kepemimpinan
tradisional dan transformasional untuk mendepani cabaran ke arah kemampanan global. Hasil temu
bual memberikan kesedaran bahawa kami sebagai seorang guru seharusnya sentiasa
bertanggungjawab terhadap peranan diri sebagai pemimpin profesional demi meningkat kualiti
profesion keguruan. “Guru Berjiwa Pendidik Memacu Matlamat Pembangunan Mampan”, guru-guru
perlu sentiasa berusaha dalam peningkatan tahap profesionalisme diri supaya dapat memberi
sumbangan dan impak yang optimum dalam menjayakan matlamat kemampanan global.

27

SAINS AMBILAN JUN 2019
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

RUJUKAN
Berita Harian. (2021). Tiada capaian internet, gajet seperti belajar di sekolah daif. Muat turun

daripada https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/01/779410/tiada-capaian-
internet-gajet-seperti-belajar-di-sekolah-daif
Cambridge Dictionary. (2022). Street smarts. Muat turun daripada
https://dictionary.cambridge.org/dictionary/english/street-smarts
Fadzliyah Hashim, Farah Farhana Rosli, Fatahiyah Elias, Mohd Radzi Lebai Mat & Che Nazrah
Mohd Yusof. (2020). Pengajaran dan pembelajaran dalam talian dan impaknya terhadap
guru novis Pendidikan Islam. BITARA International Journal of Civilizational Studies and
Human Sciences 3(4): 151-162.
Firdaus, M. Z. & Norsiah, M. (2017). Adakah Gaya Kepemimpinan Transformasi Memberi Kesan
Keatas Keseimbangan Kerja dan Kehidupan? International Journal of Muamalat, Vol. 1,
Issue. 1. ISSN: 2590-4337
Hazhari, I. (2021). COVID-19 antara punca utama kemahiran 3M murid terjejas. Muat turun
daripada https://www.bharian.com.my/berita/pendidikan/2021/03/794037/covid-19-antara-
punca-utama-kemahiran-3m-murid-terjejas
Madahvi, V. Effectiveness Of Smartboard In The Secondary English Class In A Private Chinese
School. [Master dissertation, Wawasan Open University].
https://woulibrary.wou.edu.my/theses-project/MED2019_MADAHVI.pdf
Selan, S. (2021). Berita: Pandemik ganggu tahap celik huruf dalam kalangan murid. Muat turun
daripada https://www.malaysianow.com/my/news/2021/04/15/pandemik-ganggu-tahap-celik-
huruf-dalam-kalangan-murid
Wong, K. W, Noriati A. R. & Boon, P. Y. (2018). Asas Kepimpinan dan Pembangunan
Profesionalisme Guru. Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

28

SAINS AMBILAN JUN 2019
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

Nama Lampiran A: Biodata Guru
Cikgu Lai Mei Fung

Umur 44

Pengalaman mengajar 21 tahun

Opsyen dan Subjek Mengajar Major Sains dan Minor Bahasa Cina

Sekolah-sekolah berkhidmat SJKC Chung Hua No.6

Jawatan disandang Guru Mata Pelajaran

Ketua Panitia Sains

Bukti-bukti melaksanakan temu bual

Rajah 1: Gambar saya dengan seorang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP), Cikgu Lai Mei
Fung. Sesi temu bual dijalankan secara bersemuka untuk mengumpul maklumat berkaitan dengan
peranan guru sebagai pemimpin profesional dalam aspek pengajaran dan pembelajaran ke arah

matlamat pembangunan mampan (SDG17).

29

SAINS AMBILAN JUN 2019
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

Lampiran B: Transkrip temu bual

Saya Selamat pagi, Cikgu Lai. Adakah Cikgu berlapang? Bolehkah saya
menjalankan sesi temu bual? Sesi ini adalah untuk mengetahui peranan guru
sebagai pemimpin profesional dalam menghadapi isu dan cabaran
Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) demi menyumbang ke arah matlamat
pembangunan mampan. Hal ini adalah untuk memenuhi keperluan kerja
kursus EDUP3083 Asas Kepimpinan dan Pembangunan Profesionalisme
Guru.

Cikgu Lai Selamat pagi Jun, boleh. Sekarang saya tiada kelas dan boleh berkongsi
pengalaman pengajaran tentang perkara tersebut.

Saya Apakah pandangan anda terhadap isu dan cabaran yang berlaku semasa
pelaksanaan PdP demi menyumbang ke arah matlamat pembangunan
mampan?

Cikgu Lai Bagi saya, cabaran utama yang dihadapi adalah terhadap penguasaan
teknologi dalam PdP. Penstrukturan semula proses PdP telah diubahkan
kepada pembelajaran berteknologi digital sejak norma baharu Covid-19.
Pada masa tersebut, saya berasa sukar untuk belajar dan mengintegrasikan
aplikasi atas talian dalam PdP saya. Namun, pelbagai platform atau aplikasi
atas talian dinampakkan perlu diintegrasikan dalam PdPR supaya dapat
menarik perhatian murid sepanjang kelas. Pada masa kini selepas PdPR,
setiap kelas di sekolah ini juga telah dilengkapkan dengan papan interaktif
Smartboard. Teknologi dan alat-alat begini mempunyai cara penggunaan
yang bervariasi, maka ia menjadi salah satu cabaran kepada saya.

Saya Bagaimana cikgu menangani cabaran ini?

Cikgu Lai Saya cuba menyesuaikan diri dengan teknologi baharu pada pelbagai platform
atas talian semasa Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) serta
transformasi di sekolah kebelakangan ini, iaitu penggunaan Smartboard.
Cabaran ini merupakan peluang saya untuk meningkatkan pengetahuan dari
segi teknologi supaya pembelajaran murid dipertingkatkan dan untuk
mempelbagaikan gaya pengajaran saya. Saya berasa guru-guru mestilah
melengkapkan diri dengan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi

30

SAINS AMBILAN JUN 2019
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

(TMK) yang bervariasi supaya dapat menjamin keberkesanan PdP dan
sentiasa menarik perhatian murid.

Saya Apakah usaha-usaha yang Cikgu lakukan untuk mengatasi cabaran ini?

Cikgu Lai Saya berusaha meneroka cara penggunaan smartboard dan platform atas
talian yang sesuai serta cuba mengintegrasikan pendekatan PdP yang dapat
mengoptimumkan penglibatan murid sekelas. Saya juga mengajar murid-
murid saya menggunakan kemudahan Smartboard demi kelancaran aktiviti
interaktif dalam kelas. Selain itu, saya juga rajin melibatkan diri dalam
seminar atau kursus yang berkaitan pendekatan PdP, misalnya kursus
penggunaan smartboard, kursus penerokaan aktiviti interaktif Smartboard
dan kursus penggunaan Peardeck. Pada masa lapang, saya juga bantu
membimbing rakan sejawat yang kurang mahir dalam TMK dan mendorong
sikap berkolaborasi antara guru-guru Sains dalam penerokaan kemahiran
TMK.

Saya Apakah pendapat cikgu tentang perbezaan cabaran mengajar secara PdP
atas talian dengan PdP secara bersemuka?

Cikgu Lai Pada pandemik kovid-19, cabaran PdP secara atas talian adalah cabaran
penguasaan teknologi dan aplikasi-aplikasi baharu. Manakala untuk PdP
secara bersemuka, cabaran yang dihadapi adalah cabaran penguasaan
Smartboard. Selain itu, cabaran saya juga merangkumi keciciran murid
SJKC yang amat ramai dalam PdP terutamanya kemerosotan kemahiran
membaca dan menulis perkataan Bahasa Cina dalam subjek Sains dan
Bahasa Cina.

Saya Semasa proses PdP di atas talian, adakah terdapat murid-murid yang tidak
dapat hadir ke PdP atas kekangan-kekangan tertentu?

Cikgu Lai Ada, ramai murid yang mengalami isu talian tidak stabil dan ada yang
langsung tidak mampu menyertai kelas dalam talian pada tempoh PdPR. Hal
ini menyebabkan ramai murid kebelakangan ini tidak mampu mencapai
tahap yang sepadan dengan umur mereka.

Saya Bagaimanakah cikgu membantu murid yang tercicir semasa melaksanakan
proses PdP secara bersemuka selepas tempoh PdPR?

31

SAINS AMBILAN JUN 2019
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

Cikgu Lai Semasa kelas bersemuka, saya telah menempatkan murid yang lemah
dalam sekumpulan dan memberikan penumpuan yang lebih terhadap tahap
penguasaan mereka. Saya akan memberikan kuiz kepada mereka selepas
kelas. Latihan tambahan diberikan sebagai pengayaan kepada mereka yang
sudah memiliki kemahiran membaca dan menulis. Saya telah mengamalkan
praktis menetapkan hasil pembelajaran yang berbeza terhadap murid yang
berbeza tahapnya seperti cemerlang, sederhana dan kurang memuaskan.
Sebagai ketua panitia sains, saya juga cuba bekerjasama dengan pusat
sumber di sekolah dalam penyediaan bahan bacaan yang sesuai dengan
tahap murid. Saya juga menggalakkan murid-murid yang tercicir dalam mata
pelajaran tertentu dikehendaki untuk hadir bengkel-bengkel di sekolah.

Saya Apakah usaha yang telah dilakukan oleh cikgu untuk meningkatkan
penglibatan murid dalam proses PdP?

Cikgu Lai Saya telah cuba mengintegrasikan ilmu-ilmu teknologi yang dipelajari
semasa PdPR serta menyesuaikan pelbagai aplikasi dalam PdP semasa
menggunakan Smartboard seperti aplikasi Wordwall, Peardeck dan Booklet
supaya dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan
memupuk pembelajaran bermakna.

Saya Saya berpendapat Cikgu Lai boleh menggunakan kemudahan aplikasi
Smartboard yang boleh merekod pengajaran dan Cikgu boleh membuat
penambahbaikan PdP.

Cikgu Lai Cadangan ini adalah amat bagus! Dengan ini, saya pun dapat mengesan
tingkah laku murid dengan lebih teliti.

Saya Baiklah, persoalan saya sudah dijawab oleh Cikgu dengan amat baik. Terima
kasih Cikgu atas perkongsian anda terhadap perkara yang dibincangkan
tadi.

Cikgu Lai Sama-sama, Jun. Saya berharap perkongsian saya dapat membantu Jun ke
arah kecemerlangan profesion keguruan pada masa depan.

32

SAINS AMBILAN JUN 2019
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

2.3 Contoh Tugasan Laporan Temu Bual (Fatin Nurhakimah Alia Binti
Mat Isa)

LAPORAN TEMUBUAL
Bagi melengkapkan tugasan laporan temubual bagi subjek EDUP3083 ini, saya telah
menjalankan satu temubual bersama Puan Muzi. Puan Muzi atau nama penuh beliau, Muzi Hariani
Binti Haji Jumari merupakan seorang guru yang memegang jawatan sebagai Penolong Kanan
Pentadbiran di Sekolah Tanjung Keramat, Kuala Selangor. Beliau juga telah berkhidmat dan
berkecimpung dalam profesion perguruan selama 30 tahun. Saya telah menjalankan temubual
bersama beliau pada hari Sabtu, 22 Oktober 2022 bagi mendapatkan serba sedikit maklumat
berkaitan peranan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) sebagai pemimpin profesional dalam
mendepani pelbagai isu dan cabaran pengajaran dan pembelajaran ketika Fasa Endemik Covid 19.
Temubual ini telah dilaksanakan secara separa berstruktur bagi memastikan soalan-soalan yang
diajukan dapat dilakukan dengan lebih lanjut berdasarkan jawapan yang diberikan.
Menurut perkongsian Puan Muzi, ramai guru sedikit terkesan dengan sistem pendidikan yang
sentiasa berubah semenjak pandemik Covid-19 yang kini pula telah beralih ke fasa endemik. Namun
begitu, beliau sebagai Penolong Kanan Pentadbiran, sentiasa peka dan bersiap sedia dalam
menghadapi perubahan serta mengambil langkah proaktif bagi memastikan kelancaran pentadbiran
di sekolah. Sikap ini amat diperlukan dalam diri seorang pemimpin di mana, pemimpin perlu
mempersiapkan diri dalam pelbagai aspek bagi memastikan diri dapat mengadaptasi perubahan
dunia (Rahayu et. al., 2020). Melalui perkongsian ini juga dapat dilihat bahawa guru adalah pemikir
strategis serta berkebolehan dalam menguruskan perubahan dengan cekap dan berkesan (Wong,
Noriati dan Bong, 2018).
Di samping itu, hasil temubual mendapati, bahawa antara isu dan cabaran pengajaran dan
pembelajaran ketika Fasa Endemik Covid 19 adalah jumlah kehadiran murid ke sekolah tidak
memuaskan. Kehadiran murid ke sekolah dikatakan mulai merosot semenjak pelaksanaan
Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Hal ini kerana, murid berasa tidak bermotivasi untuk
hadir ke sekolah kerana lebih selesa dan suka duduk di rumah masing-masing. Murid juga berasa
bosan dan tidak bersemangat untuk belajar di sekolah kerana mereka tidak dapat menggunakan gajet
seperti telefon serta komputer di sekolah kerana telah terbiasa bermain gajet dalam kehidupan
seharian di rumah sejak PdPR. Oleh itu, Puan Muzi sebagai pemimpin profesioanal telah mengambil
langkah aktif dan berinovatif dengan menggunakan pelbagai aplikasi yang menarik di dalam bilik
darjah untuk menarik minat murid kekal bersemangat dalam menuntut ilmu disekolah. Dengan
mengambil cakna akan sikap murid yang gemar bermain dan suka akan teknologi, beliau telah
mendorong dan bekerjasama dengan guru-guru di SK Tanjung Keramat dalam menghasilkan inovasi
pembelajaran yang mampu meransang minat serta pemahaman murid iaitu melalui permaianan
digital. Sebagai contoh, beliau bersama guru-guru Sains di daerah Kuala Selangor telah
menghasilkan permainan digital dengan menggunakan aplikasi WordWall, Gamilab dan pelbagai lagi

33

SAINS AMBILAN JUN 2019
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

semasa mengajar subjek Sains di kelas. Menurut beliau lagi, beliau juga mendorong guru-guru lain

di SK Tanjung Keramat untuk sekali sekala akan membawa murid belajar di makmal komputer bagi

membolehkan murid menggunakan teknologi dengan lebih bebas dan sekaligus memberikan mereka

suasana belajar seakan seperti di rumah. Cara kreatif dan inovatif ini dikatakan berkesan, kerana

menurut Puan Muzi, kehadiran murid ke sekolah dilihat semakin baik semenjak murid menggunakan

komputer di sekolah. Hal ini disebabkan mereka sentiasa teruja dan ternanti-nanti untuk ke makmal

komputer untuk belajar. Bukan itu sahaja, permainan digital juga dilihat berjaya menjadikan murid

kekal bersemangat sepanjang kelas dan membuatkan mereka teruja untuk kelas yang akan datang.

Hal ini kerana, menurut Mad dan Jamaluddin (2019), permainan digital mampu membantu

mengekalkan perhatian murid serta menjadikan pembelajaran lebih menarik dan menyeronokkan.

Melalui perkongsian ini, dapat dilihat bahawa tindakan beliau selaras dengan matlamat

Pembangunan Mampan ke-17, kerjasama demi matlamat dalam Sustainable Development Goals

(SDG). Hal ini kerana, beliau telah berjaya menjadi pemangkin kepada guru-guru lain dalam

menjalankan perubahan, serta saling berkerjasama dengan guru-guru dalam memikirkan inisiatif bagi

menyelesaikan masalah berbangkit. Maka, disini dapat dilihat dengan jelas bahawa beliau sebagai

pentadbir sekolah berupaya bertindak sebagai pemimpin transformasial yang mampu memberikan

motivasi berinspirasi kepada guru-guru. Beliau juga berupaya mengaplikasikan Teori Kepimpinan

Transformasional dengan baik kerana berupaya mengajak guru untuk saling berkerjasama dalam

bertanggungjawab dalam menjalankan tugas meskipun menghadapi pelbagai halangan dek kerana

perubahan sistem pendidikan.

Seterusnya isu kehadiran murid juga telah menyumbang kepada satu isu dan cabaran yang

lain iaitu cabaran kerjasama antara ibu bapa dengan guru. Menurut Puan Muzi, pihak sekolah telah

mengesan dan menghubungi satu persatu ibu bapa murid yang tidak hadir ke sekolah. Bukan itu

sahaja, pihak sekolah juga telah pergi ke rumah murid yang tidak hadir kesekolah untuk

mengenalpasti masalah yang dihadapi murid tersebut serta alasan mereka tidak hadir ke sekolah

untuk belajar. Pihak sekolah telah berhadapan dengan sikap ibu bapa yang tidak bertanggungjawab

di mana mereka membiarkan saja anak-anak mereka tidak ke sekolah. Hal ini kerana mereka terlalu

memanjakan anak mereka dan marah sekiranya pihak sekolah ingin mengambil tindakan kepada

anak mereka. Bukan itu sahaja, sesetengah ibu bapa juga telah membiarkan anak mereka tidak ke

sekolah dengan alasan anak mereka membantu mereka bekerja di kebun. Puan Muzi

memperlihatkan masalah ini sebagai kelebaran jurang hubungan interaksi dengan pihak sekolah. Hal

ini disebabkan oleh faktor latar belakang sosioekonomi ibubapa (Kapur, 2018). Sebagai contoh, murid

dari keluarga kurang berkemampuan dilihat tidak ditekankan dengan kepentingan pendidikan oleh

ibubapa mereka. Tambah Puan Muzi lagi, pihak sekolah kini masih bingung untuk menyelesaikan

masalah ini. Oleh hal yang demikian, saya telah mencadangkan agar pihak sekolah mengadakan

sesi interaksi dan komunikasi antara guru dengan ibu bapa bagi membolehkan guru melaporkan

perkembangan pembelajaran anak mereka di sekolah. Melalui interaksi ini, guru juga boleh

34

SAINS AMBILAN JUN 2019
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

menekankan kepada ibu bapa akan kepentingan pendidikan anak-anak bagi menjamin masa
hadapan yang cerah. Hal ini kerana, menurut Norashikin et. al., (2015) ibubapa dari sosioekonomi
rendah dilihat tidak mementingkan pendidikan kerana mereka tiada pengetahuan akan
kepentingannya. Maka, dengan adanya perkongsian oleh guru, ibu bapa akan tersedar dan
bermotivasi dalam mengambil cakna akan perkembangan pendidikan anak masing-masing. Hal ini
sekaligus mendorong ibu bapa untuk memastikan anak mereka hadir untuk belajar ke sekolah setiap
hari. Langkah ini juga dilihat selaras dengan matlamat ke-17 dalam SDG iaitu kerjasama demi
matlamat dimana guru sebagai pemimpin transformasi saling mendorong antara satu sama lain demi
meningkatkan semangat serta motivasi setiap anggota termasuklah waris murid (United Nation,
2018). Maka, melalui interaksi dan perkongsian antara ibu bapa dan guru mampu membantu
menyokong Agenda 2030. Bukan itu sahaja, kerjasama yang baik daripada ibu bapa dalam
memastikan murid-murid hadir kesekolah juga dilihat dapat mengatasi masalah isu kehadiran murid
yang kurang memuaskan ini.

Selain itu, antara isu dan cabaran yang dihadapi ketika fasa endemik adalah, bilangan murid
yang masih tidak lancar membaca dalam kalangan murid Tahun 2 dan 3 adalah amat
membimbangkan. Menurut data yang dikumpul oleh pihak sekolah, sebanyak 40% daripada murid
Tahun 2 dan 3 masih mengalami masalah untuk membaca dan mengeja dengan lancar meskipun
mereka sepatutnya sudah dapat membaca dengan baik, menurut silibus. Punca kepada masalah ini
adalah ekoran proses PdPR pada tempoh pandemik dahulu dilihat tidak berkesan, kerana tidak
semua murid mempunyai akses untuk mengikuti pembelajaran secara maya dengan baik. Hal ini
sekaligus memberi kesan terhadap pemahaman murid dan sekaligus menjadikan objektif
pembelajaran tidak tercapai. Oleh hal yang demikian, bagi mengatasi masalah berbangkit ini, Puan
Muzi telah mengambil langkah yang proaktif dengan kerjasama guru-guru di SK Tanjung Keramat.
Antaranya adalah, murid-murid yang kurang lancar membaca ini akan dibimbing dengan seorang
cikgu sebagai anak angkat. Hal ini bagi membolehkan, guru memberikan bimbingan sepenuhnya
terhadap seseorang murid pada satu masa. Maka dengan ini, murid tersebut akan lebih mudah faham
dan menerima input baharu melalui cara “one-to-one” ini. Murid akan menjalankan sesi bersama guru
angkat masing-masing selama 10 minit semasa waktu rehat pada setiap hari. Bukan itu sahaja, Puan
Muzi sebagai pentadbir juga telah menghubungi setiap ibu bapa murid-murid ini untuk berkongsi
masalah murid kepada ibubapa mereka supaya mereka lebih cakna akan perkembangan anak
mereka. Pihak sekolah juga telah memberikan beberapa tugasan pengukuhan kepada murid-murid
untuk dilaksanakan di rumah di bawah bimbingan ibu bapa masing-masing. Maka, disini dapat dilihat
bahawa, kerjasama daripada ibu bapa amat diperlukan bagi melakukan perubahan. Perkara ini
selaras dengan Teori Ekologi Bronfenbenner, dimana konsep mikrosistem dan mesosystem yang
masing-masing menekankan impak guru, ibu bapa, ahli keluarga dan hubungan antara satu sama
lain ke atas tingkah laku kanak-kanak (Bronfenbrenner, 1979). Melalui perkongsian ini, dapat dilihat

35

SAINS AMBILAN JUN 2019
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

bahawa, ibu bapa juga berperanan dalam membantu perkembangan murid-murid di luar waktu

sekolah.

Tambah Puan Muzi lagi, beliau sedar akan kesilapan beliau serta guru-guru lain semasa

PdPR semasa pandemik telah menyumbang kepada masalah murid masih tidak lancar membaca ini.

Maka, beliau bersama-sama guru-guru lain berusaha untuk menangani masalah ini. Hal ini kerana,

guru bertindak sebagai pemimpin ilmu perlulah sentiasa memperbaiki diri dan bersedia mengubah

pendekatan pembelajaran selari dengan arus kemodenan dan globalisasi dalam teknologi (Nor

Amalina & Zanaton, 2018). Maka dengan itu, beliau telah mengalakkan guru menggunakan teknologi

untuk membantu murid-murid ini dengan memberikan penjelasan bahawa penggunaan TMK dengan

kreatif mampu membantu murid belajar dengan lebih mudah dah bermakna. Hal in kerana, munurut

Saifulazry et. al., (2019) penggunaan multimedia interaktif dapat meningkatkan pemahaman murid

terhadap kandungan mata pelajaran yang diajar oleh guru. Sebagai contoh, di SK Tanjung Keramat,

atas nasihat Puan Muzi, guru-guru telah menggunakan perisian Animaker dan menggunakan inovasi

muzik video untuk mengajar murid mengeja dan membaca dengan lebih mudah. Bukan itu sahaja,

tugasan tambahan yang diberikan juga adalah berunsurkan teknologi dan berinteraktif bagi

membolehkan murid melaksanakan tugasan tersebut dengan gembira, seronok dan bukannya

terpaksa. Keadaan ini sekaligus membantu dalam peningkatan pemahaman murid akan topik yang

diajar. Maka, dapat dilihat disini bahawa langkah yang diambil adalah dapat merealisasikan dan

menepati matlamat ke-19 Pembangunan Mampan (SDG) iaitu unsur inovasi. Bukan itu sahaja,

penggunaan pelbagai multimedia berinteraktif ini juga mengambil kira kecerdasan pelbagai murid.

Maka, sudah terang lagi bersuluh bahawa, langkah ini juga adalah bertepatan dengan matlamat ke-

14 iaitu, prinsip pendidikan berkualiti yang bersuara menjamin pendidikan menyuluruh dan ekuiti serta

menggalakkan peluang pekerjaaan sepanjang hayat untuk semua dalam Sustainable Development

Goals (SDG) (United Nation, 2018). Secara tidak lansung, tindakan ini memberikan tumpuan kepada

inovasi selaras dengan Teori Kepempinan Transformasi, dimana inovasi diperlukan bagi meransang

minat murid dengan menetapkan minat mereka sebagai keutamaan.

Kesimpulannya, tidak dapat dinafikan lagi bahawa guru memainkan peranan yang amat

penting dalam menyelesaikan masalah berbangkit dalam fasa endemic Covid-19 ini. Guru juga

bertindak sebagai pemimpin professional yang sentiasa berusaha dalam mencari langkah

penyelesaian dalam suatu komuniti (Mohd Aizat & Kamarudin, 2020). Hal ini sekaligus membuktikan

bahawa guru merupakan tulang belakang dalam menjayakan dan merealisasikan hasrat SDG 2030.

Meskipun terdapat pelbagai halangan yang mendatang, namun guru perlu kekal tabah dan sentiasa

bersemangat dalam mendidik anak bangsa. Oleh hal yang demikian, bagi menjamin pembelajaran

yang dinamik oleh murid di sekolah, kepimpinan guru adalah penting bagi menjadikan guru lebih aktif,

kreatif serta berinovatif. Semoga perkongsian Puan Muzi ini dapat menjadi suri tauladan kepada

bakal-bakal guru untuk menjadi guru yang amat komited dan bersungguh sewaktu menjadi guru di

sekolah kelak.

36

SAINS AMBILAN JUN 2019
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

Disediakan oleh, 24 OKTOBER 2022
…….HKIZ………..
(FATIN NURHAKIMAH ALIA BINTI MAT ISA)
Guru pelatih Sains IPGKPT

37

SAINS AMBILAN JUN 2019
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

RUJUKAN

Bronfenbrenner, U. (1979). The ecology of human development. Harvard: Harvard University

Press.

Kapur, R. (2018). Barriers to Effective Communication. https://www.researchgate.net/

publication/323794732_Barriers_to_Effective_Communication.

Mad Noor, M., & Harun, J. (2019). Kemahiran Berfikir Kritis Melalui Permainan Digital dalam

Persekitaran Pembelajaran Konstruktivisme Sosial. International Journal of Education,

Phycology, and Counselling. 4(28), 73-83.

Mohd Aizat, A. H. & Kamarudin, M. (2020). Tahap Profesionalisme Guru Sekolah Kebangsaan

Di Semenanjung Malaysia. Management Research Journal, 9(2), 37-45.

Nor Amalina, A. H. & Zanaton, I. (2018). Pengetahuan, kemahiran pelaksanaan dan sikap guru

terhadap pembelajaran berasaskan masalah (PBM) dalam mata pelajaran Sains. Seminar

Antarabangsa Isu-Isu Pendidikan (ISPEN 2018), 72-82. Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya,

Kuala Lumpur, Malaysia

Norashikin Abu Bakar, Ramli Basri, Foo Say Fooi. (2015). Hubungan kepimpinan guru dengan

pencapaian akademik pelajar. Journal of Education and Training, 1-11.

Rahayu Ahamad Bahtiar et al. (2020). Peranan dan cabaran pemimpin pendidikan dalam

memastikan matlamat dan agenda pendidikan dilestari dalam tempoh perintah kawalan

pergerakan (PKP) COVID-19. https://iab.moe.edu.my/index.php/ ms/sumber/menu-berita-

pemberitahuan/743-covid-19.

Saifulazry, M., Kasoma, T., Habibah, A. R., Mohd Razif, A. M. (2019). Falsafah Pendidikan Islam

Merentas Kurikulum Alaf Ke-21. e-Proceeding Persidangan Antarabangsa Pengajian

Kemanusiaan Kali Ke-2. 94-105.

United Nations. (2018). The 2030 Agenda and the Sustainable Development Goals: An

opportunity for Latin America and the Caribbean. United Nations Publication.

Wong, K. W., Noriati A. R., & Boon, P. Y. (2018). Asas Kepimpinan dan Pembangunan

Profesionalisme Guru. Oxford Fajar Sdn.Bhd.

38

SAINS AMBILAN JUN 2019
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

LAMPIRAN

LAMPIRAN A: SOALAN TEMUBUAL

BAHAGIAN A: Latar Belakang Guru
1. Bolehkan cikgu terlebih dahulu kongsikan serba sedikit latar belakang cikgu dan sudah berapa
lama cikgu berkhidmat sebagai PPP?

BAHAGIAN B: Peranan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Sebagai Pemimpin Profesional
Dalam Mendepani Pelbagai Isu dan Cabaran Pengajaran Dan Pembelajaran Ketika Fasa Endemik
Covid 19.

1. Seperti mana yang kita sudah ketahui, PdPR tidak lagi dijalankan dan sesi persekolah telah
kembali seperti biasa di fasa endemik. Bolehkan saya tahu, apakah perasaan dan penerimaan
cikgu selepas melalui perubahan dari fasa pandemik kepada endemik?

2. Apakah cabaran yang dihadapi ketika fasa endemik ini dalam konteks seorang guru?
3. Adakah cikgu mengaplikasikan teori transformasional dalam menangani masalah berbangkit?

Jika ada, bolehkan cikgu kongsikan bagaimana cara pengaplikasiannya?
4. Apakah cabaran serta isu lain yang telah dihadapi semasa endemik ini?
5. Pada pandangan cikgu, mengapa PdPR dilihat sebagai punca kepada masalah murid masih

tidak lancar membaca?
6. Bagaimanakan usaha pihak sekolah untuk menangani masalah murid masih tidak lancar

membaca ini?

39

SAINS AMBILAN JUN 2019
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

LAMPIRAN B: TRANSKRIP TEMUBUAL
Hakimah : Assalammualaikum cikgu, cikgu sihat? Saya Fatin Nurhakimah Alia Binti

Mat Isa, guru pelatih dari IPG Kampus Pendidikan Teknik, Nilai. Cikgu
ingat saya lagi? Saya pernah jalani praktikum di sini pada tahun lepas.

Puan Muzi : Waalaikummusalam hakimah. Mestilah cikgu ingat lagi. Seronok cikgu
dapat jumpa kamu semula.

Hakimah : Tujuan saya pada hari ini adalah untuk menemubual cikgu berkaitan
peranan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) sebagai pemimpin
profesional dalam mendepani pelbagai isu dan cabaran pengajaran dan
pembelajaran ketika Fasa Endemik Covid 19 demi melengkapkan kerja
kursus saya bagi subjek EDUP3083 Asas Kepempinan dan
Pembangunan Profesionalisme Guru. Saya harap cikgu sudi berkongsi
ilmu dan pengalaman cikgu.

Puan Muzi : Tiada masalah. Cikgu amat berbesar hati untuk membantu kamu.

Hakimah : Terima kasih banyak cikgu. Baiklah. Kalau bergitu, tanpa melengahkan
masa lagi, bolehkan cikgu terlebih dahulu kongsikan serba sedikit latar
belakang cikgu dan sudah berapa lama cikgu berkhidmat sebagai PPP?

Puan Muzi : Baiklah. Nama penuh saya ialah Muzi Hariani Binti Haji Jumari. Saya
merupakan pentadbir sekolah SK Tanjung Keramat, Kuala Selangor iaitu
sebagai Penolong Kanan Pentadbiran. Saya telah berkhidmat dan
berkecimpung dalam profesion perguruan selama 30 tahun.

Hakimah : Seperti mana yang kita sudah ketahui, PdPR tidak lagi dijalankan dan sesi
persekolah telah kembali seperti biasa di fasa endemik. Bolehkan saya
tahu, apakah perasaan dan penerimaan cikgu selepas melalui perubahan
dari fasa pandemik kepada endemik?

Puan Muzi : Pada mulanya, saya berasa sedikit terbeban kerana sudah terbiasa
dengan teknik pembelajaran secara PdPR ini. Ramai juga guru yang
berasa penat dengan terdapatnya perubahan ini. Tapi saya sebagai
pentadbir sekolah tidak boleh melayan perasaan ini dan harus sentiasa

40

SAINS AMBILAN JUN 2019
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

bersedia dan berusaha dalam menghadapi perubahan serta mengambil
langkah proaktif bagi memastikan kelancaran pentadbiran di sekolah.
Kalau bukan kami sebagai pentadbir, siapa lagi mahu.

Hakimah : Apakah cabaran yang dihadapi ketika fasa endemik ini dalam konteks
seorang guru?

Puan Muzi : Pertama sekali, cabaran yang amat ketara sekali semasa pengajaran dan
pembelajaran pada fasa endemic Covid-19 ini adalah masalah kehadiran
murid yang kurang memuaskan. Kehadiran murid ke sekolah dikatakan
mulai merosot semenjak pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di
Rumah (PdPR). Bila kami pihak sekolah telefon ibubapa mereka, terdapat
sesetengah ibu bapa tidak mengambil peduli. Mereka cakap biarkan saja
lah anak kami ini, tak pergi sekolah tapi boleh bantu kami kerja. Bukan itu
sahaja, ada juga segelintir ibubapa yang marah kami balik sebab sibuk
akan tepi kain anak mereka. Mereka kata biarkan anak mereka nak buat
apa mereka suka. Pernah kami pergi ke rumah murid untuk bertanya
khabar dan mengenal pasti mengapa mereka tidak ke sekolah. Mereka
kata di sekolah tak boleh guna telefon and laptop, baik mereka duduk
sahaja di rumah. Belajar dekat sekolah bosan, ngantuk, duduk rumah
main telefon lagi seronok. Ada juga murid yang tidak ke sekolah kerana
ibu bapa mereka tidak kesah, kata ibunya pergi sekolah bukan buat apa
pun. tak belajar pun boleh hidup. Begitulah.

Hakimah : Adakah cikgu mengaplikasikan teori transformasional dalam menangani
masalah berbangkit? Jika ada, bolehkan cikgu kongsikan bagaimana cara
pengaplikasiannya?

Puan Muzi : Ada. Saya gunakan teori transformasional untuk tangani cabaran
kehadiran murid ini. Setelah pihak sekolah dapat mengenal pasti punca
kepada masalah ini, saya telah mengalakkan guru-guru untuk
menggunakan inovasi dan teknologi dalam pdp di sekolah kerana saya
sedar bahawa murid suka bermain dan suka guna teknologi. Jadi saya
telah bekerjasama dan berkolaborasi dengan cikgu dalam menghasilkan
inovasi. Contohnya, saya bersama guru-guru Sains di daerah Kuala
Selangor telah menghasilkan permainan digital dengan menggunakan

41

SAINS AMBILAN JUN 2019
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

aplikasi WordWall, Gamilab dan pelbagai lagi semasa mengajar subjek
Sains di kelas. Saya juga sarankan guru-guru lain di SK Tanjung Keramat
untuk sekali sekala akan membawa murid belajar di makmal komputer
mereka rasa seperti mereka di rumah. Ini untuk menarik minat mereka ke
sekolah dah sentiasa berasa teruja. Kehadiran murid ke sekolah dilihat
semakin baik semenjak murid menggunakan komputer di sekolah. Hal ini
disebabkan mereka sentiasa teruja dan ternanti-nanti untuk ke makmal
komputer untuk bermain permainan digital semasa dalam pdp. Bukan
sahaja seronok, murid juga jadi mudah faham akan pengajaran. Cuma,
kami masih buntu untuk menangani masalah kerjasama ibu bapa ini.

Hakimah : Pada pendapat saya, komunikasi antara guru dan ibu bapa amat penting.
Hal ini kerana, kebanyakkan ibu bapa tidak tahu perkembangan anak
mereka di sekolah. Jadi jika guru berkongsi perkembangan anak mereka,
mereka akan sedar bahawa pentingnya pendidikan ke atas anak mereka.
Maka dengan ini mereka akan lebih cakna dalam memotivasikan anak
mereka untuk hadir belajar ke sekolah.

Puan Muzi : Betul jugakan. Sebab ibu bapa selalunya fikir anak mereka baik-baik
sahaja disekolah dan mereka selalunya lepas tangan kepada guru
tentang akademik anak mereka.

Hakimah : Apakah cabaran serta isu lain yang telah dihadapi semasa endemik ini?

Puan Muzi : Cabaran lain yang timbul adalah masalah murid masih tidak lancar
membaca sedangkan mereka sudah masuk Tahun 2 dan 3. Sepatutnya
kalua dah naik Tahun 2 dan 3 mereka sudah dapat membaca dengan baik
dan lancar. Kami, pihak sekolah kenalpasti sebanyak 40% daripada murid
Tahun 2 dan 3 masih mengalami masalah untuk membaca dan mengeja
dengan lancar. Kami berpendapat ini berpunca daripada PdPR.

Hakimah : Pada pandangan cikgu, mengapa PdPR dilihat sebagai punca kepada
masalah murid masih tidak lancar membaca?

Puan Muzi : Hal kerana tidak semua murid mempunyai akses untuk mengikuti
pembelajaran secara maya dengan baik. Ada kalanya tak dapat wifi, tiada

42

SAINS AMBILAN JUN 2019
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

peranti dan sebagainya. Jadi mereka tidak dapat masuk ke kelas dan
ketinggalan silibus yang diajak. Jadi ia memberi kesan terhadap
pemahaman murid dan sekaligus menjadikan objektif pembelajaran tidak
tercapai.

Hakimah : Bagaimanakan usaha pihak sekolah untuk menangani masalah murid
masih tidak lancar membaca ini?

Puan Muzi : Kami buat program cikgu anak angkat. Dimana setiap guru ada seorang
murid yang masih tidak lancar membaca. Jadi guru dapat bombing one-
to-one dengan murid angkatnya. Murid akan menjalankan sesi bersama
guru angkat masing-masing selama 10 minit semasa waktu rehat pada
setiap hari. Kami juga hubungi ibubapa mereka dan kongsikan masalah
anak mereka. Jadi guru akan berikan latihan pengukuhan dirumah dan
dilaksanakan dengan bantuan dan bimbingan ibu bapa. Jadi dekat sini,
kerjasama daripada ibu bapa adalah penting. Bukan itu sahaja, saya juga
galakkan guru-guru menggunakan inovasi dalam mengajar murid untuk
lancar membaca. Contohnya guna inovasi muzik, dan juga pelbagai
multimedia yang lain. Jadi dekat sini dengan adanya kepelbagaian
medium pengajaran, ia dapat meransang kemahiran murid yang pelbagai.
Bukan itu sahaja, tugasan dan latihan pengukuhan juga adalah
berunsurkan teknologi dan interaktif supaya murid berasa seronok dan
tidak terbeban. Jika mereka seronok, maka pembelajaran akan menjadi
lebih bermakna dan berkesan.

Hakimah : Wahh banyak sungguh perkongsian cikgu pada hari ini. Sekian sampai
disini saya temubual saya dengan cikgu. Saya ingin mengucapkan ribuan
terima kasih kepada cikgu kerana sudi meluangkan masa bersama saya.
Semoga cikgu terus berjuang kepada anak bangsa dan semoga
perkongsian cikgu dapat memberikan tauladan kepada saya sebagai
seorang bakal guru. Terima kasih cikgu.

Puan Muzi : Sama-sama Hakimah. Saya berbesar hati dapat membantu kamu.
Semoga maju jaya.

43

SAINS AMBILAN JUN 2019
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

LAMPIRAN C: Gambar Sesi Temubual
Gambar bersama Puan Muzi (sebelah kanan) bersama dengan GP KOKO

44

SAINS AMBILAN JUN 2019
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

2.4 Contoh Tugasan Laporan Temu Bual (Teng Ru Yun)

LAPORAN TEMU BUAL BERSAMA ENCIK MUHAMMAD MENGENAI PERANAN PPP SEBAGAI
PEMIMPIN PROFESIONAL DALAM MENDEPANI PELBAGAI ISU DAN CABARAN PdP KETIKA

FASA ENDEMIK COVID-19

Pada 6 Oktober 2022 (Khamis), saya telah menjalankan suatu sesi temu bual bersama
dengan Encik Muhammad bin Ibrahim selaku Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang
berkhidmat sebagai pensyarah di Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik (IPGKPT).
Melalui sesi temu bual ini, saya memahami peranan kepemimpinan PPP dalam menghadapi pelbagai
isu dan cabaran pengajaran dan pembelajaran (PdP) ketika Fasa Endemik Covid-19.

Menjelang Fasa Endemik Covid-19, proses PdP di seluruh institusi pengajian Malaysia
termasuk di IPG telah kembali ke mod fizikal. Bagaimanapun, kesan daripada pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) yang mengambil masa hampir dua tahun ketika Fasa
Pandemik Covid-19, Encik Muhammad mendapati terdapat segelintir pelajar berasa berat hati untuk
kembali ke mod PdP secara fizikal. Hal ini demikian kerana pelajar-pelajar tersebut sudah terbiasa
dengan PdPR yang menjamin masa dan tempat yang lebih fleksibel kepada mereka (Norhafinas et
al., 2021). Pada realitinya, saya sendiri sebagai seorang pelajar IPGKPT yang pernah mengalami
PdPR turut bersetuju bahawa pengurusan masa dan tempat adalah lebih fleksibel ketika pelaksanaan
PdP secara dalam talian. Sebagai contohnya, saya boleh membantu ibu dalam kerja rumah dan
kemudian menghadiri kelas dalam talian tepat pada masanya, dan pada masa yang sama, saya juga
boleh makan apabila menghadiri kelas. Namun, pada pandangan Encik Muhammad, kebiasaan
pelajar semasa PdPR yang dibawa balik ke kampus telah menimbulkan isu pelajar sering lupa akan
masa kuliah dan lewat menghadiri kuliah sekali gus menganggu kelangsungan proses PdP.
Rudmann (2017) menyatakan bahawa sekiranya sesuatu tingkah laku mendapat penerimaan sosial,
maka, individu yang memerhatikan tingkah laku tersebut boleh berubah. Oleh itu, sekiranya isu
kelewatan pelajar terus berlaku, pelajar lain mungkin terpengaruh dan turut hadir ke kuliah lewat.
Situasi ini akan mengundang kepada suasana pembelajaran di kampus yang kurang memotivasikan
dan tidak kondusif. Maka, bagi menyelesaikan isu ini, Encik Muhammad menonjolkan sifat
kepemimpinan birokratik dengan mengenakan tindakan seperti surat amaran kepada pelajar
terbabit yang enggan memperbetulkan tingkah laku mereka. Hal ini demikian kerana Encik
Muhammad mempunyai akauntabiliti terhadap tugasnya sebagai seorang pensyarah dalam
memastikan kualiti pembelajaran yang positif. Kepemimpinan birokratik Encik Muhammad dalam
menyelesaikan isu ini adalah selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable
Development Goal, SDG), iaitu Matlamat 4 Pendidikan Berkualiti bagi menjamin suasana
pembelajaran yang efektif untuk semua (Matlamat 4.A). Bukan itu sahaja, Encik Muhammad sebagai
pemimpin birokratik yang menggunakan kuasa rasminya dalam mengenakan tindakan kepada pelajar

45

SAINS AMBILAN JUN 2019
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

(guru pelatih) turut merupakan suatu usaha ke arah SDG dalam melahirkan bakal guru yang

berkelayakan, berkualiti, dan sentiasa bertindak berpandukan Kod Etika Keguruan.

Selain itu, ketika Fasa Endemik Covid-19, para pensyarah termasuk Encik Muhammad sendiri

turut menghadapi isu pelajar kurang mahir dan yakin untuk membuat pembentangan secara

fizikal. Misalnya, didapati ketika para pelajar diminta untuk membuat pembentangan, terdapat pelajar

yang gagap ketika bercakap, bernada suara rendah, dan berasa malu untuk berhubung mata dengan

penontonya. Berdasarkan Encik Muhammad, situasi ini berlaku kerana pelajar tersebut sudah

terbiasa untuk berucap di hadapan skrin semasa PdPR, maka, pelajar berasa kaku dan panik apabila

mereka dikehendaki untuk berucap secara bersemuka di khayalak ramai. Situasi ini adalah dirujuk

sebagai kebimbangan pertuturan (speech anxiety), di mana individu berasa takut untuk berucap di

khayalak ramai (Sawchuk, 2017). Menurut Prentiss (2021), salah satu kaedah untuk membina

keyakinan individu untuk berucap di khayalak ramai adalah melalui latihan kemahiran komunikasi.

Oleh itu, sebagai agen perubahan, Encik Muhammad berkongsi bahawa beliau berusaha untuk

membina efikasi diri pelajar dalam pengucapan dengan menyediakan peluang kepada para pelajar

untuk membuat pembentangan tutorial. Melalui latihan pembentangan tutorial, para pelajar dapat

menambahbaik kemahiran komunikasi dan pengucapan mereka berdasarkan setiap pengalaman

lepas serta mencontohi atau mempelajari cara rakan sekelas mereka menarik perhatian penonton

ketika membuat pembentangan. Selaras dengan Matlamat 4.7 dan 4.C dalam SDG, penguasaan

terhadap pengetahuan dan kemahiran untuk berucap dan komunikasi adalah penting untuk

seseorang bakal guru (pelajar IPG). Hal ini demikian kerana seseorang guru yang mempunyai

kemahiran komunikasi dan pengucapan yang baik dalam penyampaian ilmu pengetahuan dapat

membantu murid sekolah untuk membina kefahaman dan seterusnya berjaya dalam akademik (Khan

et al., 2017). Maka, adalah menjadi amanah seorang pensyarah untuk melatih keyakinan komunikasi

dan pengucapan dalam kalangan pelajarnya yang merupakan bakal guru sekolah. Sebagai seorang

pemimpin yang turut mempunyai sifat transformasional, Encik Muhammad memberikan galakkan

dan bimbingan kepada pelajar yang menunjukkan perkembangan atau perubahan positif ketika

membuat pembentangan. Tujuannya adalah untuk memperkembangkan kemahiran komunikasi

mereka ke arah pencapaian potensi tertinggi.

Seterusnya, memang tidak dapat dinafikan orang ramai tetap mempunyai risiko untuk

menjangkiti penyakit Covid-19 pada Fasa Endemik. Dalam pada itu, Encik Muhammad bersetuju

bahawa ketidakhadiran pelajar akibat kuarantin Covid-19 turut merupakan salah satu cabaran

dalam proses PdP. Bagaimanapun, pembelajaran adalah suatu proses sepanjang hayat yang tidak

harus diabaikan dan ia bersifat inklusif untuk semua selaras dengan Matlamat 4 SDG. Maka, sebagai

seorang pemimpin transformasional, Encik Muhammad dikatakan telah melakukan pertimbangan

individu, iaitu memberikan perhatian kepada pelajar yang dikenakan kuarantin Covid-19. Seperti yang

dikongsikan, Encik Muhammad akan menyediakan persidangan video seperti Google Meet kepada

pelajar yang tidak dapat hadir ke bilik kuliah. Tujuannya adalah supaya pelajar-pelajar tersebut turut

46

SAINS AMBILAN JUN 2019
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

dapat ikut serta PdP dan melibatkan diri mereka dalam perbincangan kelas. Dari sini, jelaslah bahawa

Encik Muhammad merupakan pemimpin yang mementingkan keadilan sosial dan berusaha untuk

mengurangkan eksklusif dalam pendidikan ke arah kemampanan global (Lee & Sailajah, 2018).

Bukan itu sahaja, sebagai seorang yang dilengkapi dengan literasi teknologi maklumat dan

komunikasi, Encik Muhammad berkongsi bahawa beliau akan sentiasa berkongsi bahan-bahan dan

sumber yang berkaitan dengan topik PdP di dalam platform Google Classroom bagi menyokong

pembelajaran para pelajar. Usaha ini berasaskan pembelajaran berpusatkan pelajar di mana para

pelajar boleh membuat penelitian bahan, memahami bahan dan seterusnya memproses bahan bagi

memantapkan lagi pembelajaran mereka (Wong et al., 2018). Usaha ini turut dapat melengkapkan

para pelajar dengan elemen pembelajaran sepanjang hayat ke arah kemampanan global.

Berdasarkan temu bual, didapati majoriti pelajar di IPGKPT adalah teruja untuk meneruskan

PdP secara fizikal pada Fasa Endemik. Hal ini demikian kerana manusia pada asasnya merupakan

makluk sosial atau warga masyarakat yang mempunyai dorongan untuk berhubung dan berinteraksi

dengan orang lain (Parkhurst & Tarvin, 2021). Oleh itu, pelaksanaan PdP yang kembali bersemuka

telah memberi ruang dan masa kepada para pelajar IPGKPT untuk berinteraksi dengan rakan-rakan

dan pensyarah secara terus. Selain itu, para pelajar turut teruja untuk melaksanakan amali secara

fizikal. Misalnya, bagi kursus sains, amali seperti eksperimen dan penyiasatan telah menyediakan

peluang kepada para pelajar untuk membina pengalaman pembelajaran masing-masing di samping

mengasahkan lagi kemahiran proses sains. Selaras dengan Matlamat 4.7 dalam SDG, penguasaan

pengetahuan dan kemahiran saintifik adalah penting untuk hidup secara mampan dalam dunia yang

kian berubah oleh sains dan teknologi. Walau bagaimanapun, secara realitinya, beberapa kajian

lepas telah menunjukkan tahap penglibatan pelajar institut pengajian tinggi dalam akademik adalah

rendah atau sederhana semasa Fasa Pandemik Covid-19. Buktinya, kajian Wester et al. (2021)

mendapati terdapat penurunan ketara dalam tahap penglibatan emosi, dengan pelajar STEM

melaporkan penurunan mendadak dalam sikap positif terhadap sains. Bukan itu sahaja, dalam

konteks Malaysia, kajian Sofwah et al. (2021) mendapati tahap penglibatan akademik para pelajar

adalah pada tahap sederhana. Maka, ia sebenarnya menjadi suatu cabaran untuk meningkatkan

penglibatan pelajar dalam akademik apabila mod PdP kembali ke bersemuka pada Fasa Endemik.

Oleh hal yang demikian, Encik Muhammad telah melaksanakan pelbagai usaha bagi

meningkatkan penglibatan pelajar IPGKPT dalam akademik. Sebagai pemimpin PdP, Encik

Muhammad telah mengambil inisiatif untuk mempelbagaikan kaedah PdP bagi memastikan PdP yang

berkualiti dan interaktif yang dapat mengoptimumkan pembelajaran pelajar. Bagi meningkatkan tahap

penglibatan pelajar dalam PdP, Encik Muhammad berkongsi bahawa beliau melaksanakan aktiviti

berkumpulan seperti perbincangan dan perkongsian idea sesama ahli kumpulan. Sebenarnya, aktiviti

perbincangan merupakan suatu kaedah pengajaran yang berpusatkan pelajar (Byrne, 2016). Hal ini

bermakna dalam sesuatu perbincangan, pelajar dapat melibatkan kognitifnya untuk memproses

maklumat dan bukannya menerima sahaja. Maka, selaku seorang pemimpin PdP yang cekap, Encik

47

SAINS AMBILAN JUN 2019
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

Muhammad boleh memberikan bimbingan atau scaffold pembelajaran pelajarnya dengan

mengemukakan siri-siri soalan bagi memantapkan lagi perbincangan pelajar ke arah interaksi

bermakna (Sit, 2017). Impaknya, penglibatan kognitif, tingkah laku dan emosi pelajar dapat

ditingkatkan, di samping mengembangkan pemikiran kritis dan kreatif mereka. Selain itu, Encik

Muhammad telah merancang dan menyediakan peluang pembelajaran berasaskan projek (PBL) bagi

meningkatkan penglibatan pelajar dalam pembelajaran. PBL yang berdasarkan penyelesaian

masalah situasi sebenar dapat menyediakan pembelajaran berasaskan pengalaman kepada pelajar

untuk menguasai kemahiran sepanjang hayat dalam membuat keputusan dan tindakan ke arah

kemampanan global (The Endeavor School, 2022). Contohnya, ketika menyelesaikan projek STEM,

pelajar dapat mengembangkan kemahiran seperti membuat pemerhatian, ramalan, hands-on, dan

pemikiran kritis. Maka, penguasaan kemahiran dunia sebenar ini menyediakan pelajar dengan

kemahiran sara diri dan meningkatkan keyakinan mereka dalam menyahut cabaran dalam dunia yang

kian berubah ini. Berdasarkan Encik Muhammad, pelaksanaan PBL ini turut mengalakkan pelajar

untuk bertanggungjawab dan melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran masing-masing

dengan berkolaboratif sesama pelajar itu sendiri dan dengan pihak berkepentingan seperti agensi

kerajaan, guru sekolah, pembantu makmal dan sebagainya. Perkara ini adalah bertepatan dengan

Matlamat 17.16 dalam SDG iaitu untuk meningkatkan perkongsian global dari segi pengetahuan dan

pakar untuk pembangunan mampan. Maka, usaha Encik Muhammad ini dipercayai dapat melahirkan

bakal guru yang berkebolehan menguruskan perubahan secara cekap dan berkesan, serta

meneruskan jalinan kolaboratif mereka bersama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), ibu bapa,

dan komuniti luar ke arah kemampanan global.

Akhir sekali, selaku Ketua Jabatan Sains di IPGKPT, Encik Muhammad menghadapi cabaran

kepemimpinan, iaitu memimpin ahli kumpulannya untuk mencapai matlamat bersama. Merujuk

kepada Encik Muhammad, matlamat bersama atau matlamat organisasi Jabatan Sains IPGKPT

adalah selaras dengan visi dan misi Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) iaitu untuk melahirkan

guru yang kompeten dan berjiwa pendidik melalui program pembangunan guru yang dinamik ke arah

pendidikan sekolah bertaraf dunia. Oleh itu, bagi melahirkan bakal guru sains yang berkompetensi

dan berkualiti seperti yang dihasratkan dalam Matlamat 4.C dalam SDG, Encik Muhammad sebagai

pemimpin profesional berupaya untuk menginspirasi dan mengerakkan rakan sejawatan untuk

melakukan kerjasama dengan pihak berkepentingan seperti universiti dan agensi kerajaan,

terutamanya yang berkaitan dengan STEM. Selaras dengan Matlamat 17 Kerjasama untuk Matlamat

dalam SDG, kolaboratif sesama pelbagai pihak berkepentingan yang menggembleng dan berkongsi

pengetahuan, kepakaran, teknologi dan kewangan dapat menyokong pencapaian matlamat untuk

melahirkan guru berkualiti dan berkompeten. Dari sini, jelaslah dilihat Encik Muhammad merupakan

seorang pemimpin transformasional yang boleh mengerakkan rakan sejawatannya untuk

mencapai matlamat bersama. Maka, sekiranya didapati terdapat rakan sejawatan yang enggan

memberi kerjasama untuk menjayakan aktiviti atau program bagi mencapai matlamat Jabatan Sains,

48

SAINS AMBILAN JUN 2019
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

beliau akan mempertimbangkan individu tersebut dengan mengenali masalah dan keperluannya.
Perkara ini telah menunjukkan Encik Muhammad merupakan seorang pemimpin profesional yang
memberi tumpuan untuk membantu setiap rakan sejawatannya untuk berjaya (Bhatia, 2022).
Kemudian, sebagai agen perubahan, beliau bijak menggunakan pengaruhnya untuk memujuk rakan
sejawatan tersebut supaya bermotivasi untuk melaksanakan tugas yang diamanahkan. Selain itu,
sebagai penggerak utama untuk mencapai matlamat bersama, Encik Muhammad menampilkan
kepemimpinannya dalam komuniti pembelajaran profesional dengan menjadikan suri teladan untuk
mengerakkan kolaborasi dan kerjasama sesama pensyarah bagi meningkatkan kompetensi masing-
masing. Tujuannya adalah untuk membawa perubahan kepada organisasi demi mencapai kebaikan
bersama (Wong et al., 2018). Dengan ini, tiada siapa yang ketinggalan untuk menjadi yang lebih
cekap supaya mereka lebih yakin untuk mencapai matlamat bersama.

Secara keseluruhannya, Encik Muhammad selaku pemimpin dalam PdP dan organisasi
Jabatan Sains telah mengambil pelbagai insiatif untuk mendepani pelbagai isu dan cabaran yang
didepani pada Fasa Endemik. Beliau telah menonjolkan sifat kepemimpinan profesionalnya dalam
usaha menuju ke arah kemampanan global. Beliau juga ikhlas dan tulus dalam mendidik para
pelajarnya untuk menjadi bakal guru yang berkualiti. Oleh itu, diharapkan para pelajar mendapatkan
inspirasi daripada kepemimpinan Encik Muhammad untuk menjadi seorang guru yang yakin dan
bermotivasi tinggi.

49

SAINS AMBILAN JUN 2019
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

RUJUKAN

Bhatia, M. K. (2022). Transformational Leadership: A Study of Gender Difference between Private

and Public Sector Organisations.

Byrne, L. B. (2016). Learner-Centered Teaching Activities for Environmental and Sustainability

Studies. Springer.

Khan, A., Khan, S., Zia-Ul-Islam, S., & Khan, M. (2017). Communication Skills of a Teacher and

Its Role in the Development of the Students' Academic Success. Journal of Education and

Practice, 8(1), 18-21.

Lee, K. C. & Sailajah Nair Sukumaran. (2018). Pendidikan Inklusif. Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Norhafinas Abd Latib, Mohd Nizam Edrusi & Junaidah Muhamad. (2021). Pembelajaran

Matematik secara atas talian semasa Perintah Kawalan Pergerakan. International Journal

of Modern Education, 3(8): 91-103. DOI: 10.35631/IJMOE.38008.

Parkhurst, B. & Tarvin, K. (2021). On Being Social Beings. https://www.oberlin.edu/oberlin-center-

convergence/oberlin-center-convergence/learning-communities/on-being-social-beings

Prentiss, S. (2021). Speech anxiety in the communication classroom during the COVID-19

pandemic: Supporting student success. Frontiers in Communication, 6, 642109.

Rudmann, D. (2017). Learning and Memory. Library of Congress Cataloging-in-Publication Data.

Sawchuk, C. N. (2017). Fear of Public Speaking: How Can I overcome It?

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/specific-phobias/expert-answers/fear-of-

public-speaking/faq-20058416

Sit, H. W. H. (2017). Inclusive Teaching Strategies for Discipline-based English Studies:

Enhancing Language Attainment and Classroom Interaction in A Multivultural Learning

Environment. Springer Nature Singapore Ptc Ltd.

Solwah Md Nawi, Suhaili Mohd Yusof, Puteri Nur Hidayah Kamaludin & Noridah Sain (2021).

Exploring Malaysian Tertiary Students’ Behavioural, Cognitive, Emotional and Social

Engagement and Disengagement in ODL. International Journal of Academic Research
in Business and Social Sciences, 11(4), 1296–1311.

The Endeavor School. (2022). Project-Based Learning: Building Real-World Skills Through

Engagement and Experience. https://theendeavorschool.com/project-based-learning-

building-real-world-skills-through-engagement-and-experience/

Wester, E. R., Walsh, L. L., Arango-Caro, S., & Callis-Duehl, K. L. (2021). Student engagement
Journal of
declines in STEM undergraduates during COVID-19–driven remote learning.

microbiology & biology education, 22(1), ev22i1-2385.

Wong, K. W., Noriati A. Rashid & Boon, P. Y. (2018). Asas Kepemimpinan dan Pembangunan

Profesionalisme Guru [Edisi Kedua]. Oxford Fajar Sdn. Bhd.

50

SAINS AMBILAN JUN 2019
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK


Click to View FlipBook Version