The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by chieng08-812, 2022-11-12 22:27:14

EDUP3083 ASAS KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU (LAPORAN TEMU BUAL)

KOLEKSI CONTOH TUGASAN 2 LAPORAN TEMU BUAL

Maklumat Latar Belakang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang Ditemu Bual

Nama : Muhammad bin Ibrahim

Gred Jawatan : DG 48

Tempoh Perkhidmatan sebagai PPP : 18 tahun

Tempoh Perkhidmatan sebagai Pensyarah di IPG : 3 tahun

Jawatan disandang : Ketua Jabatan Sains

Tempat Perkhidmatan : Institut Pendidikan Guru Kampus

Pendidikan Teknik (IPGKPT)

Skrip Temu Bual

1. Pandemik Covid-19 yang melanda ke seluruh dunia sejak tahun 2020 banyak memberi impak
kepada sistem pendidikan. Pada 1 April 2022, Malaysia telah memasuki Fasa Endemik Covid-
19. Apakah perbezaan mod pengajaran dan pembelajaran Fasa Endemik dengan Fasa
Pandemik Covid-19 di IPG?

Perbezaan mod pengajaran dan pembelajaran (PdP) semasa Fasa Pandemik dan Fasa
Endemik Covid-19 adalah ketara. Semasa Fasa Pandemik, walaupun dunia dilanda dengan
wabak penyakit, pendidikan tetap diteruskan secara dalam talian. Pendekatan pembelajaran
dalam talian adalah untuk memastikan para pelajar tetap belajar dan mengembangkan
pengetahuan dan kemahiran mereka selaras dengan matlamat pembelajaran sepanjang
hayat. Dalam konteks di IPG, mod PdP dilaksanakan secara segerak dan tidak segerak. PdP
dilaksanakan secara segerak dengan menggunakan medium seperti Google Meet supaya
para pelajar berpeluang untuk membuat perbincangan secara terus dengan pensyarah kursus.
Bagi pelaksanaan PdP secara tidak segerak pula, para pensyarah kursus menyediakan
bahan-bahan dan sumber-sumber yang berkaitan kepada pelajar. Dengan ini, pelajar
dikatakan melakukan pembelajaran kendiri kerana mereka membuat eksplorasi terhadap ilmu
pengetahuan berkaitan. Fasa Pandemik ini juga memperlihatkan kreativiti para pensyarah dan
pelajar dalam melaksanakan tugasan kursus secara alternatif.

Bergerak ke Fasa Endemik pula, terdapat kelonggaran dari segi Standard Operating
Procedure (SOP), di mana para pelajar kembali ke mod PdP secara fizikal seperti situasi
sebelum penularan wabak. Para pelajar IPG pada fasa ini kembali untuk menghadiri kelas
secara kuliah. Maka, para pelajar berpeluang untuk berkomunikasi secara bersemuka dengan
rakan-rakan dan pensyarah mereka. Selain itu, mereka berpeluang untuk melaksanakan
amali-amali seperti yang dinyatakan dalam Ringkasan Maklumat Pelajar (RMK). Contohnya,

51

SAINS AMBILAN JUN 2019
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK


bagi pelajar Sains, mereka boleh melaksanakan eksperimen di makmal. Dengan adanya
pengalaman secara hands-on ini, pelajar-pelajar berpeluang untuk mengaplikasikan dengan
tepat serta mengembangkan lagi kemahiran proses sains (KPS). Maka, bakal guru sains yang
berkemahiran dan berkompetensi dapat dilahirkan.

2. Apakah isu dan cabaran pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang dihadapi oleh Encik ketika
Fasa Endemik Covid-19?

Isu pertama yang dihadapi adalah terdapat segelintir pelajar yang berasa berat hati untuk
kembali ke PdP secara bersemuka. Hal ini demikian kerana pelajar-pelajar tersebut adalah
lebih biasa dan suka dengan PdPR yang lebih fleksibel dari segi masanya. Misalnya, semasa
PdPR, pelajar boleh melakukan kerja lain sambil mengikuti Google Meet. Maka, kebiasaan
pelajar ini yang membawa ke Fasa Endemik telah menimbulkan cabaran kepada para
pensyarah kerana pelajar tersebut sering lupa akan masa kuliah dan lewat sampai ke kelas.
Tindakan pelajar ini dikatakan mengganggu kelangsungan proses PdP. Sekiranya pelajar-
pelajar ini terus lewat menghadiri kuliah, tindakan mereka mungkin akan mempengaruhi
pelajar yang lain untuk hadir kuliah lewat.

Selain itu, isu yang dihadapi adalah isu pelajar yang kurang mahir dan yakin untuk membuat
pembentangan secara fizikal. Sebelum ini, semasa Fasa Pandemik, para pelajar
melaksanakan tugasan pembentangan mereka menerusi skrin sahaja. Apabila kembali
kepada kuliah bersemuka, didapati terdapat pelajar-pelajar yang kurang yakin untuk bercakap
di khayalak ramai. Perkara ini dikesan kerana pelajar tersebut gagap ketika membuat
pembentangan, dengan nada suara yang rendah serta tidak berhubung mata dengan
penontonya.

3. Bagaimanakah Encik menghadapi isu dan cabaran tersebut?

Bagi isu pelajar yang sering lewat hadir ke kuliah, saya akan sentiasa memberikan peringatan
kepada mereka supaya hadir ke kuliah tepat pasa masanya. Pelajar tersebut juga dinasihati
supaya menguruskan masa dengan baik. Sekiranya mereka terus mengulangi kelasalah
tersebut, saya akan mengenakan tindakan seperti surat amaran kepada pelajar yang terbabit.
Hal ini adalah untuk mengingati mereka tanggungjawab mereka sebagai seorang pelajar.

Kemudian, bagi menghadapi isu pelajar kurang mahir dan yakin dalam melaksanakan
pembentangan secara fizikal, saya akan menyediakan peluang kepada pelajar untuk

52

SAINS AMBILAN JUN 2019
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK


melakukan pembentangan tutorial. Perkara ini adalah untuk melatih kefasihan dan
kelangsungan bahasa serta keyakinan pelajar untuk berucap di khayalak ramai. Saya juga
akan memberikan galakkan dan bimbingan kepada pelajar bagi membina keyakinan mereka
untuk berdepan dengan orang ramai. Hal ini demikian kerana adalah penting untuk seseorang
bakal guru untuk menguasai kemahiran berucap supaya mereka boleh menyampaikan ilmu
pengetahuan kepada anak murid dengan baik.

4. Sekiranya terdapat pelajar yang menjangkiti Covid-19 dan dikenakan kuarantin, apakah
usaha Encik untuk memastikan pelajar tersebut tidak ketinggalan dalam PdP?

Sememangnya sejak pelaksanaan PdPR, sudah menjadi kebiasaan saya untuk berkongsikan
bahan-bahan dan sumber PdP di dalam platform Google Classroom. Oleh itu, sekiranya
terdapat pelajar yang tidak dapat hadir ke kuliah disebabkan kuarantin, pelajar tersebut tetap
boleh mengakses kepada bahan dan sumber PdP di dalam Google Classroom pada bila-bila
masa. Saya juga akan mengemas kini bahan-bahan dari semasa ke semasa supaya dapat
memanfaatkan pembelajaran pelajar. Bukan itu sahaja, semasa proses pengajaran, saya juga
akan sediakan pautan Google Meet bagi pelajar-pelajar kuarantin supaya mereka tidak
meningalkan mana-mana kuliah.

5. Apakah sikap pembelajaran pelajar IPGKPT semasa proses PdP dikembalikan kepada
bersemuka pada Fasa Endemik Covid-19?

Secara keseluruhannya, majoriti pelajar berasa amat teruja untuk kembali ke kampus bagi
meneruskan PdP secara fizikal. Pengembalian PdP kepada yang bersemuka pada Fasa
Endemik ini membuka peluang kepada pelajar untuk berinteraksi dengan rakan-rakan dan
pensyarah secara terus. Perkara ini turut menyumbang kepada interaksi yang lebih berkesan
kerana pelajar boleh memerhatikan reaksi, ekspresi muka dan bahasa badan seseorang
semasa berkomunikasi. Bukan itu sahaja, pelajar juga teruja untuk melaksanakan amali
secara bersemuka. Hal ini demikian kerana mereka berasa lebih seronok dan bersemangat
untuk melaksanakan amali bersama-sama dengan rakan mereka. Mereka juga dapat
membina pengalaman pembelajaran untuk mengembangkan kemahiran mereka dalam
melaksanakan. Perkara ini adalah kurang dialami oleh pelajar ketika pandemik kerana amali
pada waktu tersebut adalah berasaskan video atau demonstrasi daripada pensyarah.

53

SAINS AMBILAN JUN 2019
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK


6. Dalam beberapa kajian lepas, didapati tahap penglibatan pelajar institut pengajian tinggi
dalam akademik adalah rendah atau sederhana semasa pandemik Covid-19. Bagaimanakah
Encik memotivasikan para pelajar untuk meningkatkan penglibatan mereka dalam akademik
pada Fasa Endemik Covid-19?

Bagi meningkatkan penglibatan pelajar pada Fasa Endemik, saya telah melakukan usaha
seperti mempelbagai kaedah pengajaran bagi menjadikan PdP sesuatu yang interaktif.
Contohnya, saya akan memberikan peluang kepada para pelajar untuk melakukan
perbincangan dalam kumpulan kecil serta berkongsikan idea-idea mereka kepada rakan
sekelas. Peneguhan dalam bentuk pujian juga diberikan kepada pelajar sekiranya mereka
berjaya melaksanakan sesuatu tugasan bagi memotivasikan mereka.

Saya juga menyediakan peluang pembelajaran berasaskan projek (PBL) kepada para pelajar.
Hal ini demikian kerana PBL dapat melibatkan pelajar secara aktif bagi menyelesaikan
sesuatu projek di samping mengalakkan kolaboratif sesama pelajar dan pihak berkepentingan
(stakeholders) seperti guru sekolah, pembantu makmal dan pensyarah. Di samping itu,
pendedahan masalah dunia sebenar kepada pelajar turut dapat membantu mereka untuk
menguasai kemahiran sepanjang hayat seperti kemahiran untuk berfikir dan menyelesaikan
masalah.

Selain itu, saya akan berusaha untuk merancang aktiviti-aktiviti PdP yang berkaitan dengan
RMK bagi meluaskan pengalaman pembelajaran murid. Contohnya, lawatan sambil belajar
dan penganjuran webinar STEM. Dengan ini, para pelajar berpeluang untuk mendapatkan
input-input daripada pelbagai pihak berkepentingan (skateholders) seperti agensi kerajaan
dan pengurus kilang.

7. Sebagai Ketua Jabatan Sains, bagaimanakah Encik menggerakkan dan mempengaruhi
pensyarah-pensyarah Jabatan Sains untuk mencapai matlamat bersama?

Matlamat bersama atau matlamat organisasi Jabatan Sains adalah selaras dengan visi dan
misi Institut Pendidikan Guru Malaysia iaitu untuk melahirkan guru yang kompeten dan berjiwa
pendidik melalui program pembangunan guru yang dinamik ke arah pendidikan sekolah
bertaraf dunia.

Maka, bagi melahirkan bakal guru yang berkompetensi, saya selaku Ketua Jabatan Sains
sentiasa mengalakkan pensyarah-pensyarah untuk membuat aktiviti di luar kampus dengan

54

SAINS AMBILAN JUN 2019
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK


bekerjasama dengan pihak berkepentingan lain seperti universiti dan agensi kerajaan,
terutamanya yang berkaitan dengan STEM. Dengan ini, para pelajar berpeluang untuk
menghubung kaitkan ilmu di bilik kuliah dengan situasi dunia sebenar.

Sekiranya terdapat pensyarah yang enggan memberi kerjasama untuk menjayakan program
atau aktiviti Jabatan Sains, pertamanya, saya akan mengenal pasti masalah yang dihadapi
oleh pensyarah berkenaan. Kemudian, saya akan memberi nasihat dan bimbingan kepada
pensyarah berkenaan untuk melaksanakan tugas yang diamanahkan. Selain itu, saya juga
akan mengalakkan para pensyarah Jabatan Sains termasuk diri saya untuk berkolaborasi dan
bekerjasama, bagi meningkatkan kompetensi masing-masing dalam menjayakan matlamat
bersama.

55

SAINS AMBILAN JUN 2019
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK


Lampiran

Rajah 1: Gambar bersama dengan Encik Muhammad

56

SAINS AMBILAN JUN 2019
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK


Click to View FlipBook Version