IPG Kampus Pendidikan Teknik
Showcase Kapasiti Pedagogi
Pembelajaran Bermakna (KPPB)
2022
Guru Berjiwa Pendidik Memacu
Matlamat Pembangunan
Mampan
EDUP3083 ASAS KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN 1
PROFESIONALISME GURUSAINS AMBILAN JUN 2019
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK
(Tugasan 1)
PISMP Sains Ambilan Jun 2019
ISI KANDUNGAN 3-40
41-53
TUGASAN 1: PENULISAN AKADEMIK 54-67
1.1 Contoh Tugasan Penulisan Akademik (Enid Hii Lin Wei)
1.2 Contoh Tugasan Penulisan Akademik (Gan Xuan Ni)
1.3 Contoh Tugasan Penulisan Akademik (Ling Nguik Leong)
SAINS AMBILAN JUN 2019
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK
2
TUGASAN 1: PENULISAN AKADEMIK
Tugasan 1: Penulisan Akademik
1.1 Contoh Tugasan Penulisan Akademik (Enid Hii Lin Wei)
1.0 Pengenalan
Pendidikan merupakan instrumen penting untuk menjuruskan sesebuah negara ke
arah kemajuan dalam pelbagai aspek termasuk politik, ekonomi, perundangan, budaya dan
sosial. Dalam perkataan lain, sesebuah negara akan gagal mencapai matlamat negara
sepenuhnya jika pendidikan tidak dititkberatkan di negara tersebut. Berhubungan dengan itu,
Malaysia sedang berusaha untuk meningkatkan kualiti sistem pendidikan ke arah global untuk
melahirkan modal insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani seperti yang tertakluk dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) (Kementerian
Pendidikan Malaysia, 2019a). Dengan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah
mengambil inisiatif untuk membangunkan Pelan Pembangunan Pendidikan (PPPM) 2013-
2025 bagi meningkatkan status pendidikan negara ke peringkat dunia supaya dapat seiring
dengan pembangunan negara lain dan menjadi penanda aras di peringkat antarabangsa (Yap,
2015) Tidak dapat dinafikan bahawa guru sekolah merupakan antara penggerak dominan bagi
melaksanakan pelan tersebut berpandukan FPK. Hal ini disokong oleh Juhji (2016) yang
mengatakan bahawa guru mempunyai peranan untuk mencapai tujuan pendidikan kerana
mereka merupakan pelaku utama dalam penerapan program pendidikan di sekolah. Walau
bagimanapun, dalam usaha mentransformasikan pendidikan Malaysia ke tahap global,
tanggungjawab seorang guru bertambah mencabar terutamanya pada era globalisasi ini.
Sebagai persediaan diri untuk menjadi seorang guru yang mempunyai ciri-ciri profesional
keguruan ke arah kemampanan global, saya akan membuat perancangan profesion keguruan
saya melalui satu pelan pembangunan diri kerjaya yang merangkumi isu, cabaran serta
perundangan dalam kerjaya guru dan usaha yang saya akan laksanakan dengan mengaitkan
Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dalam pelan tersebut supaya mencapai Big Idea
‘Guru Berjiwa Pendidikan Memacu Matlamat Pembanguan Mampan’.
2.0 Profesion Keguruan
Profesion keguruan telah digariskan dalam PPPM 2015-2025 serta Pelan
Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPPB) yang menjadi panduan utama kepada
semua pihak berkepentingan dalam meningkatkan tahap profesionalisme guru kerana
profesion ini memberikan kesan langsung kepada kemenjadian murid (Zakaria, Jeffri,
SAINS AMBILAN JUN 2019
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK
3
Mohamed Yusoff & Alias, 2021). Berdasarkan Kamus Dewan (2017), profesion bermaksud
seseuatu pekerjaan terutamanya yang memerlukan pelajaran tinggi dan latihan khas
manakala guru didefinisikan sebagai pengajar, pendidik dan pengasuh. Oleh itu, dengan
menggabungkan definisi bagi kedua-dua perkataan, jelas menunjukkan profesion keguruan
bukan sekadar tentang sesuatu pekerjaan berkaitan dengan mengajar semata-mata (Wong,
Noriati & Boon, 2018) tetapi juga perlu menunjukkan ciri-ciri profesional yang diperolehi
melalui latihan khas terutamanya di Institusi Pendidikan Guru. Pernyataan ini juga disokong
oleh Salleh (2003) yang mengatakan profesion keguruan memerlukan tahap profesional yang
tinggi untuk seorang guru itu benar-benar berwibawa supaya sepadan dengan profesion yang
disanjung tinggi ini.
3.0 Ciri-ciri Guru Sebagai Seorang yang Profesional
Seperti yang dinyatakan, seorang guru perlu mempunyai ciri-ciri yang tertentu selain
menguasai ciri asas guru untuk layak digelar sebagai guru yang profesional. Profesional
merujuk kepada kompleks pengetahuan teori yang teratur dan diaplikasikan secara sistematik
maka seorang guru profesional harus dapat membuat pengetahuan teori secara eksplisit.
(Lunenberg, Dengerink, & Korthagen, 2014). Pernyataan ini jelas menunjukkan bahawa
seorang guru yang profesional bukan sahaja mempunyai pengetahuan tetapi juga perlu
memiliki ciri-ciri sebagai seorang guru profesional pada dirinya. Berdasarkan pendapat
Habibah@Artini (2017), seorang guru profesional merupakan guru yang mempunyai
pengetahuan serta kemahiran, memenuhi syarat serta piawai kemasukan dan pengiktirafan
yang diperolehi, mempunyai kemampuan untuk membuat keputusan serta memiliki prestij dan
status ekonomi yang baik. Tambahan pula, Dhofir (2018) juga merujuk seorang guru
profesional sebagai guru yang mengandungi beberapa keperluan minimum seperti
mempunyai kelayakan profesional yang mencukupi, mempunyai kompetensi saintifik
mengikut bahan yang diajar, mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dengan murid,
mempunyai semangat kreatif dan produktif, mempunyai etika kerja dan komitmen yang tinggi
terhadap profesion itu. Selain itu, Safitri & Sos (2019) juga mengatakan tiga ciri bagi seorang
guru yang profesional, iaitu, meningkatkan kemampuan peribadi seperti pengetahuan,
pertuturan, keterampilan dan sikap supaya dapat melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran (PdP) yang efektif, sebagai seorang inovator dengan memiliki komitmen
terhadap perubahan dan reformasi, dan developer di mana guru mempunyai matlamat
keguruan yang luas dan bernas. Bukan itu sahaja, Moh. Noor (2020) merumuskan bahawa
guru profesional dapat menyelenggarakan proses PdP dengan baik dan menyenangkan
sehingga dapat mendorong kreativiti murid dan mempunyai kod etika. Walau bagaimanapun,
ciri-ciri guru profesional yang dinyatakan oleh setiap penulis adalah berbeza dan agak rumit
4
SAINS AMBILAN JUN 2019
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK
untuk diikuti oleh guru akibat tiada satu panduan piawai tentang ciri-ciri seorang guru
profesional. Oleh itu, ciri-ciri seorang guru profesional di Malaysia berdasarkan beberapa
panduan standard seperti ciri-ciri PAK-21, Standard Guru Malaysia (SGM) dan Kod Etika
Keguruan yang wajib diikuti oleh setiap guru Malaysia untuk menjadi seorang guru yang
profesional.
Jadual 1: Rumusan bagi Ciri-ciri Guru Seorang Profesional Berdasarkan Penulis
Penulis Ciri-ciri Guru Seorang Profesional
Habibah@ Seorang guru profesional perlu mempunyai pengetahuan serta
Artini kemahiran, memenuhi syarat serta piawai kemasukan dan pengiktirafan
(2017) yang diperolehi, mempunyai kemampuan untuk membuat keputusan
serta memiliki prestij dan status ekonomi yang baik.
Dhofir Seorang guru profesional hendak mempunyai kelayakan profesional yang
(2018) mencukupi, mempunyai kompetensi saintifik mengikut bahan yang diajar,
mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dengan murid, mempunyai
semangat kreatif dan produktif, mempunyai etika kerja dan komitmen
yang tinggi terhadap profesion itu.
Safitri & Sos Guru yang profesional perlu meningkatkan kemampuan peribadi seperti
(2019) pengetahuan, pertuturan, keterampilan dan sikap supaya dapat menjadi
pengajaran dan pembelajaran yang efektif, sebagai seorang inovator dan
developer.
Moh. Noor Guru profesional dapat menyelenggarakan proses PdP dengan baik dan
(2020) menyenangkan sehingga dapat mendorong kreativiti murid dan
mempunyai kod etika.
3.1 Ciri-ciri Guru berdasarkan PAK-21
Pembelajaran abad ke-21 (PAK-21) telah menjadi trend pendidikan terkini pada abad
ke-21 ini bagi memastikan murid dapat menguasai kemahiran abad ke-21 yang dikenali
sebagai 6C, iaitu, pemikiran kritis, pemikiran kreatif, kolaborasi, komunikasi, karakter dan
kenengaraan, supaya dapat menghadapai cabaran globalisasi (Mashira, Rusyati, Nor Sazila,
Rohana & Khairul Anuar, 2019). Dengan itu, seorang guru yang profesional haruslah
melengkapi diri dengan ciri-ciri PAK-21 supaya dapat melaksanakan pengaran dan
pemudahcaraan (PdPc) dengan berkesan. Terdapat enam ciri guru PAK-21 yang telah
digariskan oleh KPM (2015) dalam Buletin Anjakan Bil 5/2015. Antara ciri PAK-21 ialah guru
haruslah menguasai subjek atau kandungan kurikulum yang diajar. Ciri ini disokong oleh
(Naquaih & Jimaain, 2017) yang mengatakan penguasaan kandungan kurikulum merupakan
5
SAINS AMBILAN JUN 2019
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK
faktor kepada kejayaan atau kegagalan proses pengajaran dan keterampilan pedagogi abad
ke-21 yang dilaksanakan oleh guru. Oleh itu, tanpa ciri guru PAK-21 yang pertama, ciri PAK-
21 yang kedua, iaitu, guru perlu mahir dan berketerampialn dalam pedagogi tidak akan
tercapai. Dalam pada itu, selepas menguasai kandungan kurikulum, guru perlu mahir dalam
penerapan kemahiran 6C dengan pelbagai teknik pengajaran supaya dapat mencungkil
potenisi setiap murid (Noazlin & Siti Rahaimah, 2019). Ciri ketiga ialah guru perlu memahami
perkembangan murid dan menyayangi mereka dengan sentiasa menilai perkembangan
mereka supaya mereka tidak tersisih. Selain itu, guru PAK-21 juga harus berupaya memahami
psikologi pembelajaran supaya dapat meningkatkan motivasi murid dalam pembelajaran. Ciri
guru yang keenam ialah menggunakan teknologi terkini dalam PdPc supaya dapat melahirkan
generasi muda yang seimbang serta boleh menyara keperluan semasa dunia kini (Kaliammah
& Yusoff, 2020).
Selain itu, terdapat juga enam ciri utama guru profesional abad ke-21 oleh Wong,
Noriati & Boon, (2018), iaitu, mudah menyesuaikan diri, melakukan pembelajaran sepanjang
hayat, tahu cara berkolaboratif, celik dalam bidang Teknologi, Maklumat dan Komunikasi
(TMK), futuristik dan penyokong profesion. Kenenam-enam ciri ini adalah untuk memastikan
guru sendiri dapat sentiasa mengadaptasikan diri dengan perubahan dunia pendidikan seperti
penerapakan unsur TMK dalam PdP.
3.2 Ciri-ciri Guru Profesional Berdasarkan Standard Guru Malaysia (SGM)
Standard Guru Malaysia (SGM) termasuk Standard Guru Malaysia 1.0 dan Standard Guru
Malaysia 2.0 merupakan garis panduan kompetensi profesional keguruan yang perlu dicapai
oleh setiap guru di Malaysia supaya menjadi seorang guru yang profesional (Jamil et al., 2017).
Terdapat tiga komponen dalam SGM 1.0, iaitu, Standard 1 amalan nilai profesionalisme
keguruan, Standard 2 pengetahuan mantap serta Standard 3 kemahiran pengajaran dan
pembelajaran yang tinggi (Boon, 2012). Terdapat tiga domain, iaitu, domain diri, domain
profesion dan domain sosial bagi Standard 1 yang sepatutnya diamalkan oleh seorang guru
yang profesional. Bagi domain diri, seorang guru profesional haruslah mengamalkan nilai-nilai
murni seperti kepercayaan kepada Tuhan, ikhlas hati, bersifat amanah, berilmu, kasih sayang,
bersikap sabar, berbudi bahasa, mempunyai timbang rasa, adil, berdaya saing, berdaya tahan,
cergas, sihat serta aktif, memiliki kemahiran intrapersonal dan intrepersonal, cekap serta
mempunyai semangat kesukarelaan. Seterusnya, nilai bagi domain profesion ialah
berketerampilan, rasa kecintaan terhadap profesion, amalan kerja sepasukan, integriti,
proaktif, kreatif dan inovatif manakala nilai bagi domain sosial seperti kemahiran dalam aspek
sosial, keharmonian, patriotisme, semangat hidup bermasyarakat dan rasa kecintaan kepada
alam sekitar juga perlu menjadi pegangan kepada seorang guru yang profesional
6
SAINS AMBILAN JUN 2019
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK
(Habibah@Artini, 2017). Untuk Standard 2 dan Standard 3 pula, seorang guru professional
juga perlu mempunyai ilmu yang mantap, menjalankan amanah dengan cekap, bersifat
inovatif dan kreatif serta memiliki kemahiran untuk merancang, melaksana serta membuat
penilaian PdPC bagi kurikulum dan kokurikulum.
Bertitik tolak daripada itu, SGM 2.0 pula merupakan dokumen rujukan yang berkaitan
kompetensi yang perlu dicapai dan etika yang perlu dijiwai, diamalkan serta diperlihatkan oleh
guru di Malaysia (KPM, 2019b). Terdapat dua komponen dalam SGM 2.0, iaitu, Dimensi
kompetensi dan Etika Keguruan. Bagi Dimensi kompetensi, terdapat kompetensi yang hendak
dimiliki oleh guru pada pelbagai tahap pembangunan profesionalisme untuk melaksanakan
PdP dengan berkesan, iaitu, orientasi ilmu, instruksional, pelibatan komuniti dan kualiti
peribadi. Seterusnya, Etika Keguruan pula menjelaskan prinsip moral dan nilai akhlak yang
seharusnya menjadi pegangan dan amalan guru di Malaysia bagi memastikan profesion
keguruan sebagai kerjaya profesional serta dipandang mulia oleh masyarakat (Mardzelah,
Teoh & Nor Hasimah, 2022). Dalam pada itu, guru yang profesional perlu melaksanakan
tanggungjawab terhadap profesion, murid, ibu bapa atau penjaga, masyarakat dan negara.
3.3 Ciri-ciri Guru Profesional Berdasarkan Kod Etika Keguruan Malaysia
Seperti yang dihuraikan oleh Moh. Noor (2020) dan juga dalam Standard Guru
Malaysia (SGM), seoarang guru yang profesional perlu memegang pada kod etika dan
tanggungjawab terhdap profesion. Bagi Malaysia, Kod Etika Keguruan Malaysia digunakan
untuk memartabatkan profesion keguruan dan wajib dipegang oleh setiap guru di Malaysia
(Baharin & Suzana, 2009). Hal ini kerana jika etika ini mewakili imej dan keterampilan
profesion keguruan maka ia merupakan satu tanggungjawab guru untuk mematuhi kod etika
ini. Dalam perkataan lain, seorang guru tidak layak dikenali sebagai guru profesional jika
melanggar kod etika tersebut. Seperti dalam SGM 2.0, ciri-ciri seorang guru profesional
berdasasrkan Kod Etika Keguruan Malaysia ialah guru haruslah mmpunyai tanggungjawab
terhadap murid, ibu bapa, masyarakat dan negara serta rakan sejaewat dan profesion
keguruan, Semasa melaksanakan tanggungjawab terhadap pelbagai pihak, seorang guru
profesional perlu mempunyai ciri-ciri positif seperti bersikap adil, integriti, mempunyai cara
pemakaian, pertuturan dan tingkah laku yang memberi contoh baik, menghormati ibu baoa
dan masyarakat serta sentiasa bersedia membantu rakan sejawat (Wong, Noriati & Boon,
2018).
4.0 Sustainable Development Goals (SDG)
Sustainable Development Goals (SDG) atau Matlamat Pembangunan Mampan
merupakan agenda global yang bertujuan untuk memandu pembangunan semua aspek
7
SAINS AMBILAN JUN 2019
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK
kehidupan manusia negara ke arah positif yang dikemukakan oleh Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu (PBB) dalam Perhimpunan Agung PBB pada tahun 2015 (Jabatan
Perangkaan Malaysia, 2020). Tambahan pula, program ini adalah berteraskan prinsip “No One
Left Behind” dengan bermatlamat menjamin semua orang berpeluang untuk mendapatkan
manfaat daripada pembangunan yang berdaya tahan berdasarkan hak-hak asasi manusia
yang menjurus kepada pembangunan sosial, ekonomi dan persekitaran (Hafizah, Zakaria &
Faisal, 2019). Terdapat 17 matlamat utama yang disasarkan dalam SDG seperti yang
dihuraikan dalam Jadual 2. Dengan itu, jelas menunjukkan bahawa pendidikan mempunyai
kaitan rapat dengan SDG 4. Sebenarnya, matlamat-matlamat SDG yang lain juga dapat
dicapai secara langsung atau tidak langsung melalui pendidikan yang berkualti. Oleh itu,
semasa melaksanakan tugasan sebagai seorang guru yang profesional, setiap matlamat SDG
juga perlu diambil kira supaya negara Malaysia dapat menjadikan Malaysia sebagai negara
bertaraf global.
Jadual 2: Matlamat Pembangunan Mampan
No. Matlamat Huraian
1 Tiada Kemiskinan "Menamatkan kemiskinan dalam semua bentuk di mana-
mana."
2 Sifar Kelaparan "Menamatkan kelaparan, mencapai jaminan makanan dan
nutrisi yang lebih baik serta menggalakkanpertanian
mampan."
3 Kesihatan Baik dan "Memastikan kehidupan sihat dan menggalakkan
Kesejahteraan kesejahteraan kepada semua dalam semua lapisan umur."
4 Pendidikan Berkualiti "Menjamin pendidikan menyeluruh dan ekuiti serta
menggalakkan peluang pembelajaran sepanjang hayat
kepada semua."
5 Kesaksamaan Gender "Mencapai kesamarataan gender dan menguatkan semua
orang wanita."
6 Air Bersih dan Sanitasi "Memastikan kecapaian dan pengurusan mampan air dan
sanitasi kepada semua."
7 Tenaga Berpatutan dan "Menjamin capaian kepada tenaga berpatutan,
Bersih dipercayai,mampan dan moden kepada semua."
8 Pekerjaan Yang Sesuai "Mempromosikan perkembangan ekonomi mampan dan
dan Pembangunan menyeluruh, pekerjaan penuh dan produktif, dan pekerjaan
Ekonomi layak kepada semua."
9 Industri, Inovasi dan "Membina infrastruktur kukuh, mempromosikan industri
Infrastruktur yang menyeluruh dan mampan dan merangsang inovasi."
8
SAINS AMBILAN JUN 2019
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK
10 Mengurangkan "Mengurangkan ketidaksamaan pendapatan dalam dan
Ketidaksamaan sesama negara."
11 Bandar dan "Menjadikan bandar dan petempatan manusia menyeluruh,
Masyarakat selamat, kukuh dan mampan."
Mampan
12 Penggunaan dan "Memastikan corak penggunaan dan pengeluaran
Pengeluaran mampan."
Bertanggungjawab
13 Tindakan Terhadap Mengambil tindakan segera untuk menangani
Iklim perubahan iklim serta kesannya dengan mengawal
pengeluaran gas rumah hijau dan menggalakkan
pembangunan tenaga boleh diperbaharui."
14 Kehidupan dalam Air "Memulihara dan menggunakan lautan, laut dan sumber
marin dengan mampan demi pembangunan mampan."
15 Kehidupan di Darat "Memelihara, memulihara dan menggalakkan penggunaan
mampan ekosistem darat, menguruskan hutan secara
mampan, mengekang penebangan hutan, menghentikan
dan mengundurkan degradasi tanah, dan menghentikan
kehilangan biokepelbagaian."
16 Keamanan, Keadilan "Mempromosikan masyarakat aman dan menyeluruh demi
dan Pertubuhan Kukuh pembangunan mampan, memberikan capaian keadilan
kepada semua, dan membina institusi yang berkesan,
dipercayai dan menyeluruh pada semua tahap."
17 Kerjasama demi "Menguatkan cara pengamalan dan menggiatkan
Matlamat kerjasama antarabangsa demi pembangunan mampan."
Nota. Dipetik dari Pendigitalan Operasi Kutipan dan Agihan Zakat dalam Mencapai Matlamat
Pembangunan Mampan oleh Farah Nadirah Abdul Manan, Nurul Shahariza Abu Hassan, Siti
Hafsha Albasri, Mohd Nasri Ab Ghani, 2021, Jurnal Dunia Pengurusan, 3(1), ms 90.
5.0 Pelan Pembangunan Diri
Sebagai bakal guru, saya perlu mempunyai perancangan pelan pembanguan diri yang
berkaitan profesion keguruan. Guru yang berkhidmat di sekolah yang juga dikenali sebagai
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Mengikut Gred maka guru yang bekerja di sekolah
kerjaan akan mengikuti enam Peringkat Perkembangan Guru, iaitu, peringkat permulaan,
peringkat beraspirasi, peringkat kompeten, peringkat profisien, peringkat strategis dan
9
SAINS AMBILAN JUN 2019
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK
peringkat berwawasan di mana setiap peringkat mempunyai gred yang berbeza dalam
profesion keguruan, bermula dengan gred DG41 sehingga ke gred DG58 (KPM, 2016). Oleh
itu, saya akan merancangkan pelan pembangunan saya berdasarkan peringkat dan gred bagi
isu dan cabaran yang akan saya hadapi pada setiap peringkat serta perundangan yang
berkaitan dengan isu tersebut. Dengan itu, saya juga akan menunjukkan ciri-ciri sebagai
seorang guru profesional untuk mengatasi cabaran dan isu yang akna saya hadapi serta
berusaha mencapai SDG pada setiap peringkat supaya bertepatan dengan Big Idea ‘Guru
Berjiwa Pendidikan Memacu Matlamat Pembanguan Mampan’. Infografik bagi Pelan
pembangunan diri saya dalam membangunkan kerjaya guru ke arah kemampanan global
ditunjukkan dalam Rajah 1.
10
SAINS AMBILAN JUN 2019
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK
PELAN PEMBANGUNAN PROFESION KEGURUAN DIRI
Rajah 1 menunjukkan Pelan Pembangunan Diri saya dalam Profesion Keguruan.
11
SAINS AMBILAN JUN 2019
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK
5.1 Peringkat Permulaan (Gred DG41)
Selepas menamatkan Program Ijazah Sarjana Mudah Pendidikan (PISMP) di Institut
Pendidikan Guru (IPG), mendapat kelulusan temu duga Suruhanjaya Pegawai Pendidikan
(SPP) untuk pelantikan jawatan ke Gred DG41 bagi guru pelatih yang tamat pengajian serta
berjaya mendapatkan posting, saya akan bermula kerjaya saya secara formal sebagai
seorang guru novis yang dengan gred DG41. Berdasarkan Radziah (2013), guru novis
merupakan guru sandaran terlatih yang ditempat di sekolah selepas menjalani latihan
perguruan dalam satu tempoh masa di maktab perguruan atau universiti-universiti. Dengan
itu, saya akan berusaha untuk mempraktikkan segala ilmu dan kemahiran yang telah saya
pelajari di IPG terutamanya perancangan dan pelaksanaan kurikulum di sekolah. Pada
peringkat permulaan ini, tugasan umum saya ialah memahami dan melaksanakan tugasan
dan tanggungjwab dengan penyeliaan dan bimbingan (Wong, Noriati & Boon, 2018). Selain
itu, guru novis pada peringkat ini juga berperanan sebagai pelaksana pengajaran berkesan
dan fasilitator murid serta menjalin hubungan kolaboratif antara ibu bapa, komuniti dan luar
sekolah.
Sebagai seorang guru novis, saya akan menghadapi pelbagai cabaran dan isu seperti
isu kekurangan pengalaman dalam profesion keguruan menyebabkan saya akan menghadapi
cabaran dalam pelaksanaan PdP dan pengurusan tingkah laku murid. Walaupun saya telah
mempelajari teori-teori dan strategi berkaitan pelaksanaan PdP dan pengurusan tingkah laku
murid melalui kursus EDUP di IPG dan juga telah menjalani dua kali praktikum, saya masih
akan tidak dapat mengadaptasikan diri saya sepenuhnya akibat kekurangan pengalaman
sebenar dalam kerjaya ini. Hal ini disokong oleh Orgoványi-Gajdos (2015) dan McCarthy et
al. (2015) yang mengatakan pengetahuan dan pengalaman guru novis semasa di institusi
latihan pendidikan guru adalah sangat berbeza dengan realiti kelas dan faktor ini yang
menyebabkan kebanyakan guru novis mengalami kesukaran mengadaptasi keadaan sebenar
serta mengendalikan pelbagai situasi kompleks dalam bilik darjah termasuklah salah laku
murid (Tengku Sarina Aini & Fatimah Sahida, 2018). Bukan itu sahaja, Nur Farah Adiba &
Faridah (2021) juga mengemukakan bahawa peranan dan tanggunjawab guru novis bukan
sahaja perlu melaksanakan PdP, tetapi juga perlu memastikan murid dapat dilahirkan dapat
memenuhi matlamat FPK dan harapan negara yang mengutamakan pendidikan holistik
menyebabkan cabaran yang dihadapi oleh guru novis bertambah mencabar.
Selain isu kekurangan pengalaman dalam profesion keguruan, saya juga akan
menghadapi cabaran mengajar mata pelajaran yang bukan opsyen akibat isu kekurangan
guru yang sedang berlaku di Malaysia. Seperti yang dilaporkan dalam Utusan Malaysia,
Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Dr. Mah Hang Soon mengatakan pesaraan awal guru
bahasa menyebabkan masalah kekurangan guru bahasa Inggeris, Cina dan Tamil di seluruh
12
SAINS AMBILAN JUN 2019
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK
negara walaupun seramai 18,702 pegawai perkhidmatan pendidikan (PPP) Gred DG41 telah
dilantik bagi mengisi kekosongan guru di sekolah kerajaan pada tahun 2021 (Mohamad Hafizi,
2022). Dengan itu, guru yang bukan opesyen bahasa seperti saya yang beropesyen Sains ,
juga terpaksa untuk mengajar mata pelajaran lain terutamanya mata pelajaran bahasa akibat
kekurangan akibat kekurangan guru bahasa. Hal ini sebenarnya akan menberikan kesan
negatif bukan sahaja kepada murid akibat tidak dapat belajar dengan berkesan tetapi juga
kepada guru novis di mana guru novis akan menghadapi masalah daripada permulaan
sehingga ke akhir proses PdP apabila disuruh mengajar subjek yang tiada latihan asas
mencukupi (Richards, 2011).
Untuk menghadapi cabaran yang saya hadapi pada peringkat ini, saya akan
membuat persediaan dari segi mental dan emosi saya dengan sentiasa bersikap sabar, tabah
dan berusaha untuk menyesuaikan diri bagi rutin baharu saya sebagai guru novis. Dengan itu,
saya juga secara langsung mengamalkan ciri-ciri guru profesional abad ke-21 di mana
seorang guru yang profesional akan mudah menyesuaikan diri dengan perubahan yang
dialami. Selepas itu, saya akan menyertai kursus-kursus yang diadakan oleh KPM seperti
Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) supaya dapat meningkatkan ilmu profesion
keguruan saya. Berdasarkan Aney Marinda & Norasmah (2019), PPGB bertujuan membantu
guru baharu menyediakan dan mengekalkan bilik darjah sebagai persekitaran yang berkesan
untuk PdP. Matlamat PPGB ini bertepatan dengan isu kekurangan pengalaman dalam
profesion keguruan dari segi pelaksanaan PdP dan juga pengurusan tingkah laku murid.
Bukan itu sahaja, melalui usaha ini, saya juga berpeluang untuk mengemaskini pengetahuan
(kandungan kurikulum) dan kompetensi (pedagogi PdP) yang telah saya pelajari di IPG
supaya ilmu pengetahuan kekal relevan dengan keperluan semasa dan akan datang seperti
yang dicadangkan oleh Muhammad Ayisy & Mohd Ashraf (2019). Usaha ini juga menyumbang
kepada pencapaian SDG keempat, iaitu, pendidikan berkualiti di mana murid-murid dapat
mengalami pembelajaran bermakna apabila saya dapat mengurusakan PdP dan bilik darjah
dengan berkesan. Oleh itu, saya yakin dengan penyertaan program ini, isu pertama yang saya
akan hadapi dapat diselesaikan dan saya akan mempunyai kesediaan yang tinggi untuk terus
menyumbang kepada profesion keguruan ini.
Seterusnya, saya akan bersikap rendah diri untuk bertanya dan mendapatkan
bimbingan daripada guru yang lebih berpengalaman di sekolah untuk meningkatkan
profesionalisme saya berkaitan pedagogi atau keterampilan diri saya melalui program
pementoran. Usaha ini juga disokong oleh Fariza (2015) yang menghujahkan bahawa banyak
guru novis mempunyai emosi negatif akibat mengelak untuk bertanya guru yang lebih
berpengalaman di sekolah kerana ingin mengekalkan harga diri dan fenomena ini tidak
sepatutnya dicontohi. Walaupun sebagai guru profesional, saya akan sentiasa memastikan
13
SAINS AMBILAN JUN 2019
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK
diri mematuhi Peraturan-peraturan Pegawai Awam Kelakuan dan Tatatertib 1993 (Pindaan
2002) dari segi etika pakaian perguruan dan tingkah laku, tetapi saya yakin bahawa
perkongsian ilmu pengetahuan dan pengalaman guru berpengalaman akan membantu saya
meningkatkan imej profesion keguruan dari segi pemantapan pemikiran dan perlakuan.
Usaha ini juga sejajar dengan peraturan dan matlamat dalam Peraturan-peraturan Pegawai
Awam Kelakuan dan Tatatertib 1993 (Pindaan 2002) Peraturan 4(2) yang mewajibkan guru
menjaga nama baik profesion. Selain itu, pementoran ini juga merupakan langkah bagi
membantu saya menghadapi cabaran yang kedua pada peringkat ini, iaitu, mengajar mata
pelajaran yang bukan opsyen. Sebagai soerang guru opsyen Sains, saya akan kurang mahir
dalam perancangan strategi bagi mata pelajaran lain maka saya memerlukan bimbingan guru
berpengalaman bagi subjek tersebut supaya saya dapat melaksanakan PdP subjek-subjek
lain dengan efektif dan memastikan ilmu yang disampaikan adalah tepat. Dengan itu, saya
juga berpeluang untuk mengamalkan ciri-ciri abad ke-21 dan ciri-ciri profesional dalam SGM,
iaitu, berkolaboratif apabila saya mengatasi cabaran ini bersama-sama guru lain. Pencapaian
Matlamat SDG keempat, iaitu, pendidikan berkualiti di Malaysia juga dapat direalisasikan
walaupun masih berlakunya isu kekurangan guru di Malaysia akibat guru-guru juga dapat
mengajar bagi subjek yang bukan opsyen dengan berkesan melalui program pementoran.
Setelah berkhidmat selama 4 tahun sebagai guru novis gred DG41, saya akan berlayak
untuk membuat permohonan skim guru cemerlang. Sebelum membuat permohonan, saya
perlu memastikan saya sentiasa melaksankan tugasan saya dengan baik, aktif dalam
kokurikulum, melakukan inovasi PdP dan sentiasa berpegang teguh pada peraturan-
peraturan profesion keguruan supaya saya dapat melengkapi fasa 1 yang berkaitan
profesionalisme diri. Selapas itu, saya akan bersedia fail Program Pembangunan Guru
Baharu (PPGB), fail myPortfolio, fail Rekod Persediaan Mengajar (RPM) fail Penilaian
Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) dan fail Bahan Bantu Mengajar (BBM)
(Mohd Suhaimin, 2020) untuk fasa 2 dan akan dipantau oleh seorang nazir. Selain itu, saya
perlu memastikan saya mempunyai pengetahuan dan pelaksanaan pedagogi yang bernas
dalam subjek Sains serta menjaga keterampilan diri sebagai guru profesional supaya layak
untuk mendapatkan gelaran sebagai guru cemerlang. Sebelum mengambil langkah ke gred
yang seterusnya, saya juga akan melanjutkan pelajaran saya dalam program Ijazah Sarjana
terutamanya dalam bidang Sains serta Sains Sosial untuk memperkaya pengetahuan saya
berkaitan mata pelajaran yang saya mengajar serta memenuhi ciri-ciri pembelajaran
sepanjang hayat yang akan diamalkan oleh guru-guru profesional abad ke-21.
14
SAINS AMBILAN JUN 2019
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK
Jadual 3: Rumusan Pelan Pembangunan Diri Bagi Gred DG41
Gred DG41
Jawatan Guru Akademik / Guru Novis
Peranan Umum Pelaksana
Isu dan Cabaran • Isu kekurangan pengalaman dalam profesion keguruan:
cabaran dalam pelaksanaan PdP dan pengurusan tingkah
laku murid
• Isu kekurangan guru: cabaran mengajar mata pelajaran yang
bukan opsyen
Tindakan • membuat persediaan dari segi mental dan emosi
Menghadapi Isu • menyertai kursus-kursus yang diadakan oleh KPM seperti
dan Cabaran Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB)
• meminta bimbingan daripada guru yang lebih
berpengalaman di sekolah melalui Program Pementoran
Nilai,Sikap dan Berusaha untuk menyesuaikan diri, bertanggungjawab, aktif, sabar,
Ciri-ciri Profesional tabah, mempunyai keyakinan diri, bersungguh-sungguh, bersikap
rendah diri, berpegang teguh pada Kod Etika Keguruan,
berkolaboratif, pembelajaran sepanjang hayat
Matlamat SDG Pendidikan Berkualiti
Hasrat Menjadi Guru Cemerlang pada peringkat seterusnya, melanjutkan
program Ijazah Sarjana dalam bidang Sains serta Sains Sosial
5.2 Peringkat Beraspirasi (Gred DG44)
Biasanya, pencapaian DG44 dari gred 41 akan mengambil masa 8 tahun tetapi jika
saya berjaya menjadi guru cemerlang, saya akan mendapatkan gred DG44 pada tahun yang
keenam dalam laluan profesion keguruan saya. Pada peringkat beraspirasi ini, saya akan
memainkan peranan sebagai penggerak di mana saya berkemampuan untuk melaksanakan
tugas dan menyelesaikan masalah dengan bimbingan minimum (Wong, Noriati & Boon, 2018).
Bukan itu sahaja, guru novis lanjutan juga perlu berperanan untuk menjamin kualiti PdP
dengan menggunakan pelbagai strategi, bersedia untuk memberi khidmat serta menyokong
pembelajaran profesional guru novis.
Pada peringkat beraspirasi ini, saya akan menghadapai isu dan cabaran berkaitan
peningkatan kemahiran profesionalisme keguruan diri saya bagi meningkatkan kualiti PdP
yang sepatutnya dilaksanakan oleh guru beraspirasi seperti yang dinyatakan. Dalam pada itu,
kemahiran perancangan pedagogi, kemahiran TMK dan kemahiran berkomunikasi
merupakan kemahiran yang perlu saya kuasai dengan sepenuhya kerana kemahiran tersebut
15
SAINS AMBILAN JUN 2019
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK
bukan sahaja merupakan ciri-ciri yang perlu dimiliki oleh seorang guru profesional abad ke-
21 tetapi juga seorang guru cemerlang. Berdasarkan KPM (2013), seorang guru cemerlang
yang profesional akan sentiasa berdedikasi dan bermotivasi dalam melaksanakan tugas dan
tanggungjawab yang cemerlang secara berterusan. Saya yakin masih banyak kelemahan
yang dapat ditambahbaikkan dalam PdP saya walaupun saya telah berusaha untuk
meningkatkan kualiti PdP saya pada peringkat pelaksana, Oleh itu, saya perlu terus berusaha
untuk menjurus ke arah kecemerlangan bagi merealisasikan pendidikan berkualiti dalam SDG.
Sikap positif serta ciri kompetensi ini bertepatan dengan ciri-ciri seorang guru cemerlang yang
tidak akan sentiasa berada dalam zon selesa tanpa mengesan kelemahan dan ruang yang
boleh diperbaiki agar kemahiran dalam penyampaian PdP dapat ditingkatkan (Nur Amelia,
2019). Di samping itu, saya juga mematuhi perundangan profesion keguruan dalam
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 (Pindaan 2002) 4(2)(e)
yang mewajibkan guru perlu cekap dan sentiasa berusaha (Warta Kerajaan P.U (A) 395
(Pindaan 2002) supaya saya dapat membawa profesion keguruan saya ke tahap yang lebih
tinggi.
Saya juga menghadapi isu berkaitan sumbangan yang saya ingin berikan sebagai
guru cemerlang terhadap sekolah saya. Khaliza-Saidin, Mohd Hassani & Abdul Said (2016)
menegaskan bahawa Guru Cemerlang yang dilantik perlu memainkan peranan dengan
memberi sumbangan terutamanya dalam subjek yang diajar tetapi dalam realitinya masih
banyak Guru Cemerlang tidak sedar dirinya dapat menyumbangkan sesuatu. Oleh itu,
sebagai seorang guru novis lanjutan dan Guru Cemerlang, saya perlu mencabarkan diri
supaya saya dapat menjadi seorang guru profesional yang lebih cemerlang dan dapat
memenuhi tanggungjawab bertepatan dengan jawatan yang dipegang. Hasrat saya adalah
untuk mengharungi nama sekolah saya supaya sekolah tersebut dapat dikenali oleh orang
ramai pada peringkat nasional. Selain peningkatan dari prestasi keseluruhan murid,
kewujudan suasana bilik darjah yang harmonis dan kondusif, kelahiran murid yang holistik
serta hubungan positif dengan pihak luar sekolah juga akan menjadi cabaran bagi mencapai
hasrat tersebut.
Untuk menghadapai kedua-dua cabaran dalam peringkat ini, saya akan terlebih
dahulu menyertai kursus-kursus untuk meningkatkan kemahiran saya. Dengan merujuk
kepada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2005 Dasar Latihan Sumber Manusia
Sektor Awam (DLSMSA), adalah wajib bagi seorang guru untuk mengikuti latihan sekurang-
kurangnya tujuh hari setahun bagi meningkatkan profesionalisme. Dalam pada itu, saya akan
meningkatkan kemahiran pedagogi dengan menyertai latihan seperti Bengkel Pemantapan
PdP Sains, Bengkel Pemantapan KBAT dan sebagainya yang dianjurkan oleh KPM. Saya
juga akan menyediakan diri dari segi kemahiran TMK yang perlu ada pada seorang guru abad
16
SAINS AMBILAN JUN 2019
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK
ke-21 dengan menyertai kursus seperti Program Pendidik Pensijilan Google yang dianjurkan
oleh KPM dan Google sejak 2019 untuk mencapai pendidikan berkualiti (Suliati, 2021). Selain
itu, sebagai guru Sains, saya juga akan menyertai Seminar Pendidikan STEM Digital (SPSD)
di mana semua peserta berpeluang untuk berkongsi idea-idea inovasi. Selain memperolehi
ilmu baharu berkaitan inovasi, saya juga berpeluang untuk meningkatkan kemahiran
komunikasi saya. Dengan meningkatkan kemahiran-kemahiran pada diri saya, saya akan
lebih yakin dan bersedia untuk memberikan sumbangan kepada sekolah saya.
secara berterusan” (KPM 2013).
Sehubungan dengan itu, saya akan mengamalkan amalan Professional Learning
Community (PLC) bersama-sama guru Sains bagi meningkatkan kemahiran pedagogi saya
dan juga prestasi keseluruhan sekolah. Hal ini disokong oleh Muhammad Hayat, Ahmad
Zabidi & Husaina (2021) yang menegaskan bahawa pelaksanaan PLC merupakan cara yang
berkesan dan sistematik untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan profesional serta
hasil pembelajaran murid. Tambahan pula, apabila berkolaborasi antara rakan sejawat dalam
PLC, kualiti PdP dan kualiti murid-murid yang dilahirkan dapat ditingkat (Khaliza-Saidin, Mohd
Hassani & Abdul Said, 2016). Melalui amalan ini, saya juga dapat mengetahui prestasi
keseluruhan murid serta masalah yang dihadapi oleh murid berkaitan mata pelajaran Sains.
Dengan itu, saya akan melaksanakan kajian tindakan terhadap masalah yang dikesan untuk
mencari cara penyelesaian bagi masalah tersebut dengan melaksanakan strategi PdP yang
berbeza bagi mengenalpastikan strategi dan teknik PdP yang sesuai dengan murid-murid
tertentu. Bukan itu sahaja, sebagai guru opsyen minor Pendidikan Moral, saya juga akan
berusaha untuk melaksanakan Elemen Merentas Kurikulum (EMK) dengan menyelitkan 14
nilai-nilai murni universal dalam PdP Sains kerana PdP yang berkualiti bukan sahaja dapat
melahirkan murid yang pengetahuan tetapi juga dapat membentuk akhlak mereka. Hal ini
dapat mempercepatkan kemenjadian murid yang dihasratkan dalam PPPM 2013-2025
seterusnya menyumbang kepada pencapaian matlamat-matlamat dalam SDG, iaitu
pendidikan berkualiti dan Bandar dan Masyarakat Mampan di mana pernyataan ini selaras
dengan United Nations (2018) yang menyatakan pendidikan berkualiti adalah asas untuk
meningkatkan kehidupan rakyat dan pembangunan mampan. Oleh itu, kedua-dua matlamat
SDG dapat dicapai secara berturutan apabila saya berkemampuan untuk melaksanakan PdP
dengan berkualiti dan berkesan. Dengan itu, prestasi keseluruhan dan tingkah laku murid
dapat ditingkatkan maka juga membantu meningkatkan imej dan nama baik sekolah.
Tambahan pula, saya akan menghasilkan inovasi PdP berkaitan topik-topik Sains
dengan menggunakan TMK. Sikap yang diamalkan ini adalah bersesuaian dengan ciri-ciri
profesional yang disenaraikan Safitri & Sos (2019) (Jadual 1) di mana guru proefesional dapat
berperanan sebagai innovator dan developer serta pengamalan ciri-ciri guru profesionaal
17
SAINS AMBILAN JUN 2019
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK
abad ke-21 apabila saya menghasilkan bahan bantu mengajar (BBM) secara kreatif dan
inovatif. Seterusnya, saya juga akan mengubahsuaikan hasil inovasi, AstroBox yang telah
saya hasilkan bersama-sama rakan kelas dalam Pertandingan Virtual Innovation 2021 (VIC21)
(Rajah 9 dan Rajah 11) untuk meningkatkan pemahaman murid berkaitan topik buruj Tahun
6 serta penghasilan BBM secara atas talian menggunakan aplikasi Genially untuk membantu
murid pendidikan inklusif seperti Slow Learners untuk belajar topik deria (Rajah 11). Dengan
itu, saya akan menambahkan unsur-unsur TMK ke dalam hasil inovasi itu supaya sesuai
dengan PAK-21. Bagi meningkatkan lagi kompetensi diri sebagai guru, saya akan
meneruskan semangat tersebut dengan mewakili sekolah saya dalam penyertaan
pertandingan inovasi kateogri guru seperti Pertandingan Anugerah Guru Inovatif yang
dianjurkan oleh KPM, Pertandingan Inovasi PdP dalam kNovasi yang dianjurkan oleh
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan pertandingan inovasi lain yang dianjurkan kelak.
Dengan itu, selain meningkatkan pengalaman dan kopetensi diri, usaha ini juga dapat
mengharungi nama sekolah dan sekolah tersebut juga dikenali oleh orang ramai. Tambahan
pula, saya juga akan mengadakan berkongsi hasil inovasi dengan rakan sejawat bagi
memberikan cadangan kepada guru lain yang ingin mencuba dalam bidang inovasi
pendidikan di sekolah. Saya juga akan membimbing murid-murid supaya mewakili sekolah
untuk menyertai pertandingan-pertandingan inovasi kategori murid sekolah rendah peringkat
sekolah dan juga peringkat kebangsaan seperti Pertandingan Inovasi e-Seminar Penyelidikan
dan Inovasi dalam Pendidikan (e-SPeDIP) supaya elemen 6C seperti pemikiran kreatif dan
kritis dapat dipupuk dalam kalangan murid dan secara langsung dapat mengharungi nama
sekolah.
Dengan segala ciri-ciri dan amalan profesionalisme yang saya lakukan untuk
menghadapi cabaran dan isu pada peringkat ini, saya yakin bahawa profesionalisme
keguruan saya berjaya ditingkatkan dan saya bersedia untuk menjejak langkah ke gred 48
secara Khas Untuk Penyandang (KUP). Saya akan memastikan saya juga memenuhi segala
syarat permohonan seperti sekurang-kurangnya 80% Wajaran Markah Laporan Nilaian
Prestasi Tahunan (LNPT)/ Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP)
yang diperakui diperakui oleh Guru Besar serta bebas daripada tindakan tatatertib (Pekeliling
Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 2009) yang sepatutunya diamalkan oleh seorang guru profesional
serta bebas daripada senarai peminjam tegar pinjaman pendidikan institusi tabung pendidikan.
Dengan itu, saya akan dapat menaikkan pangkat saya ke gred 48 secara KUP dengan
lancarnya.
18
SAINS AMBILAN JUN 2019
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK
Jadual 4: Rumusan Pelan Pembangunan Diri Bagi Gred DG44
Gred DG44
Jawatan Guru Cemerlang / Guru Novis Lanjutan
Peranan Umum Penggerak
Isu dan Cabaran • Peningkatan kemahiran profesionalisme keguruan diri saya
bagi meningkatkan kualiti PdP
• Sumbangan sebagai Guru Cemerlang kepada sekolah
Tindakan • menyertai kursus, latihan dan seminar untuk meningkatkan
Menghadapi Isu kemahiran pedagogi, berkomunikasi dan TMK
dan Cabaran • mengamalkan amalan Professional Learning Community
(PLC) bersama-sama guru Sains
• melaksanakan Elemen Merentas Kurikulum (EMK) dengan
menyelitkan 14 nilai-nilai murni universal dalam PdP Sains
• menghasilkan dan mengubahsuaikan inovasi dengan
menggunakan TMK
• membimbing murid sekolah mewakili sekolah dalam
penyertaan pertandingan inovasi peringkat sekolah dan
kebangsaan
Nilai,Sikap dan Keyakinan diri, terus berusaha, meningkatkan kemahiran
Ciri-ciri Profesional komunikasi dan TMK, aktif, berpegang teguh pada Kod Etika
Keguruan, bermotivasi, berdedikasi, inovatif, kreatif, mempunyai
kompetensi diri, berkolaboratif, melaksanakan tanggungjawab
kepada murid dan sekolah
Matlamat SDG Pendidikan Berkualiti, Bandar dan Masyarakat Mampan
Hasrat Mengharungi nama sekoalh, menaik jawatan ke gred DG48 secara
Khas Untuk Penyandang (KUP)
5.3 Peringkat Kompeten (Gred DG48)
Dengan kenaikan pangkat DG48, laluan profesion keguruan akan menjadi lebih
mencabar apabila diri sendiri akan mengambil alih peranan sebagai seorang pembimbing
atau mentor dalam pelaksanann PdP di mana saya berkemampuan untuk menyelia dan
membimbing rakan sejawat. Saya juga harus mampu melakukan educated guess masalah
organisasi yang mungkin timbul dan mampu menyelesaikannya, menyumbang kepakaran
dalam proses merangka pelaksanaan PdP, dapat membentuk kerangka, sebagai penggerak
pembangunan profesionalisem berterusan guru lain dalam Komuniti Pembelajaran
19
SAINS AMBILAN JUN 2019
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK
Profesional, mendorong, memantau dan menilai PdP serta peneraju kepada penyelidikan
untuk penambahbaikan PdP (Wong, Noriati, & Boon, 2018).
Sejajar dengan peranan sebagai mentor atau pembimbing pada peringkat ini, saya
akan menawarkan diri untuk dilantik sebagai Ketua Panitia bagi mata pelajaran Sains di
sekolah. Walau bagaimanapun, saya akan menghadapi cabaran baharu apabila saya
berperanan sebagai mentor dan Ketua Panitia Sains di sekolah di mana saya akan
menghadapi cabaran untuk membimbing guru-guru novis dengan efektif. Berdasarkan
Marjonet, Siti Hajar & Noralina (2020), KPM menjadikan elemen pementoran sebahagian
daripada elemen wajib dalam Program Pembangunan Guru kerana program pementoran
didapati memberi kesan positif terhadap guru baharu yang kurang berpengalaman dan
memberi impak positif terhadap kemenjadian murid selaras dengan aspirasi PPPM 2013-2025.
Oleh itu, saya haruslah bersedia secara fizikal dan mental untuk memberikan bantuan kepada
guru-guru baharu di sekolah bagi menjayakan program pementoran bagai mencapai
pendidikan berkualiti.
Sebagai mentor, saya perlu sentiasa proaktif dan menunjukkan ciri-ciri sebagai guru
yang profesional bagi menjadi teladan baik kepada guru baharu atau menti saya. Saya juga
akan bersikap ramah dan rendah diri kepada guru baharu yang bertanya kepada saya. Selain
itu, saya juga akan sentiasa mematuhi kod etika pakaian guru seperti yang termaktub dalam
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1985 seperti tidak memakai pakaian menjolok mata, kasut
selipar, jeans dan sebagainya yang akan menjatuhkan imej preofesionalisme keguruan
supaya amanlan baik ini dapat diikuti oleh menti saya. Hal ini kerana seorang mentor yang
dilantik bukan sahaja berkemahiran dalam PdP dan beretika tetapi juga boleh dijadikan
sebagai role model (Aney Marinda & Norasmah, 2019). Oleh itu, saya perlu sentiasa menjaga
keterampilan, pertuturan dan tingkah laku saya supaya dapat menjadi teladan yang baik
kepada menti saya supaya dapat membantu mereka membentuk personaliti dan identiti
sebagai guru yang profesional bagi mencapai pendidikan berkualiti dalam SDG.
Sebagai Ketua Panitia, saya akan berkerjasama dengan guru-guru Sains yang
berpengalaman untuk menghasilkan modul Sains untuk guru dan murid sekolah rendah.
Menurut Wong, Noriati & Boon (2018), khidmat kepakaran seperti penghasilan buku panduan
dapat dijadikan penggerak pembangunan profesionalisme berterusan bagi guru lain dalam
Komuniti Pembelajaran Profesional dan merupakan tugasan saya bagi seorang guru pada
peringkat ini. Amalan ini juga sejajar dengan matlamat SDG, iaitu, Kerjasama demi Matlamat
di mana perkongsian inklusif berdasarkan prinsip, nilai, visi dan matlamat bersama adalah
mengutamakan manusia serta diperlukan di peringkat tempatan, kebangsaan dan global
(United Nations, 2018). Dalam modul edisi guru, strategi, teknik dan BBM yang digunakan
yang sesuai dan ciri-ciri PAK-21 akan dimasukkan untuk menjadi rujukan dan panduan
20
SAINS AMBILAN JUN 2019
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK
kepada guru-guru lain yang kurang pengalaman supaya dapat melaksanakan PdP Sains
dengan berkesan. Untuk murid pula, satu Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) dalam bentuk
digital bagi mata pelajaran Sains yang mengandungi lima elemen multimedia, iaitu, teks, grafik,
animasi, audio dan video akan dihasilkan untuk menarik minat mereka belajar Sains sertai
menguasai ilmu Sains dengan lebih berkesan. Hal ini disokong oleh Norasykin Bte & Mohd
Miza Shahril (2008) yang mengatakan Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) didapati lebih
berkesan berbanding kaedah PdP tradisional yang juga menyumbang kepada pencapaian
pendidikan berkualiti dalam SDG. Bukan itu sahaja, terdapat juga murid yang hidup dalam
keadaan susah seperti yang diistiharkan dalam Perisytiharaan Hak Kanak-Kanak (1959) (Siti
Hendon, Faizah & Khir Johari, 2017). Oleh itu, satu edisi MPK bercetak yang mengandungi
pelbagai grafik berwarna-warni, peta i-Think dan peta minda juga akan dihasilkan supaya
murid yang kurang berada untuk membeli gadjet-gadjet elektronik juga berpeluang untuk
belajar. Dengan itu, sebagai guru profesional, memastikan setiap murid dapat akses kepada
pendidikan berkualiti bukan sahaja merupakan kewajipan saya seperti yang dihasratkan
dalam PPPM 2013-2025 tetapi juga secara langsung dapat menjurus kepada pencapaian
pendidikan kualiti dan mengurangkan ketidaksamaan dalam SDG.
Di sekolah rendah, Sains merupakan subjek yang memainkan peranan penting dalam
mengintegrasikan ilmu Pendidikan Alam Sekitar (PAS) kerana disiplin ilmu Sains mempunyai
hubungan rapat dengan kehidupan di bumi (Nurul Hidayah, Haryai & Seow, 2013).
Berhubungan dengan itu, sebagai seorang guru Sains yang profesional, saya sedar akan
tanggungajwab saya untuk meningkatkan kesedaran cinta akan alam sekitar dalam kalangan
murid serta rakan sejawat yang juga merupakan ciri-ciri guru abad ke-21 maka saya perlu
mempunyai komitmen yang tinggi bagi melaksanakan tanggungjawab saya. Dengan itu, saya
akan berkerjasama dengan guru-guru Sains yang berpengalaman serta membimbing guru-
guru baharu untuk bersama-sama mengadakan Program Sekolah Lestari di sekolah untuk
memupuk kesedaran tersebut serta ilmu PAS kepada murid. Aktiviti-aktiviti seperti menanam
pokok di sekeliling sekolah, pertandingan melukis bertema alam sekitar dan aktiviti kitar
semula akan dijalankan di sekolah sepanjang program ini berlangsung. Selain itu, saya juga
akan berkolaboratif dengan Jabatan Alam Sekitar dan agensi bukan kerajaan (NGO) seperti
Persatuan Pencinta Alam Sekitar dan Sahabat Alam Malaysia untuk mengadakan kempen
atau ceramah berkaitan isu-isu alam sekitar serta kesan isu terhadap perubahan iklim serta
cara memuliharakan kehidupan lain di darat dan juga dalam air supaya murid dapat menimba
ilmu PAS dan secara langsung memupuk perasaan cinta akan alam sekitar dan kehidupan
lain. Hal ini juga mencapai SDG kerjasama demi mencapai matlamat mampan apabila
kerjasama antara bersama agensi-agensi kerajaan dan korporat (Hafiza et al., 2019). Bukan
itu sahaja, program ini juga secara langsung sekali gus membantu merealisasikan SDG
21
SAINS AMBILAN JUN 2019
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK
pendidikan berkualiti, tindakan terhadap iklim, kehidupan di darat dan kehidupan di dalam air
apabila murid dapat menyedari tanggungjawab mereka sebagai manusia terhadap alam
sekitar berjaya dipupuk dalam kalangan murid dan dapat menpraktikkan amalan PAS dalam
kehidupan seharian.
Pada peringkat ini, saya juga berpandangan jauh dengan berhasrat untuk melanjutkan
pelajaran ke peringkat Ijazah Doktor Falsafah (PhD) separuh masa dalam Pendidikan Sains
supaya selaras dengan ciri-ciri guru profesional abad ke-21 oleh Wong, Noriati & Boon (2018)
di mana seorang guru profesional akan mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat. Oleh
itu, saya haruslah membuat pengurusan masa dengan baik supaya saya dapat
merealisasikan impian saya di samping juga melaksanakan tanggungjawab saya di sekolah.
Dengan ketekalan dan berusaha, saya yakin saya dapat mengimbangkan kedua-dua perkara
dengan baik bagi mengembangkan ilmu dan potensi diri saya sebagai seorang guru yang
profesional.
Jadual 5: Rumusan Pelan Pembangunan Diri Bagi Gred DG48
Gred DG48
Jawatan Guru Cemerlang / Ketua Panitia Sains
Peranan Umum Pembimbing dan Mentor
Isu dan Cabaran • Cabaran peranan sebagai mentor dan Ketua Panitia Sains
dalam membimbing guru-guru novis dengan efektif
Tindakan • menunjukkan ciri-ciri sebagai guru yang profesional bagi
Menghadapi Isu menjadi teladan baik kepada guru baharu
dan Cabaran • berkerjasama dengan guru-guru Sains yang berpengalaman
untuk menghasilkan modul pedagogi Sains guru dan Modul
Pembelajaran Kendiri (MPK) bagi murid
• berkerjasama dengan guru-guru Sains yang berpengalaman
serta membimbing guru-guru baharu untuk mengadakan
Program Sekolah Lestari di sekolah
Nilai,Sikap dan Proaktif, berketerampilan, keyakinan diri, terus berusaha,
Ciri-ciri Profesional berpegang teguh pada Kod Etika Keguruan, berdedikasi, inovatif,
kreatif, mempunyai kompetensi diri, berpandangan jauh,
berkolaboratif, melaksanakan tanggungjawab kepada murid dan
rakan sejawat, cinta akan alam sekitar, melaksanakan
Pembelajaran Sepanjang Hayat, berkomitmen tinggi terhadap
profesion keguruan, ketekalan
22
SAINS AMBILAN JUN 2019
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK
Matlamat SDG Pendidikan Berkualiti, Kerjasama demi Matlamat, Mengurangkan
Hasrat Ketidaksamaan, Tindakan terhadap iklim, Kehidupan di darat dan
Kehidupan di dalam air
melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Doktor Falsafah (PhD)
separuh masa dalam Pendidikan Sains
5.4 Peringkat Profisien (DG52)
Selepas berjaya menaik pangkat dari gred DG48 ke gred DG52, saya akan mencapai
peringkat profosien dalam laluan profesion keguruan saya. Pada peringkat ini, guru dikenali
sebagai peneraju perubahan dengan berperanan untuk menilai hasil penyelidikan, meneraju
permuafakatan strategik, sebagai penggerak pembangunan komuniti pembelajaran, menjadi
pakar rujuk dan mempunyai kebolehan merancang dan melaksanakan penambahbaikan
berterusan dalam bidang-bidang merentas kurikulum (Wong, Noriati & Boon, 2018). Dengan
itu, saya harus berpandangan jauh untuk membawa profesion keguruan saya ke arah yang
lebih mencabar di mana saya akan memohon jawatan sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid (HEM). Hal ini supaya saya dapat menyumbang kepada profesion keguruan bukan
sahaja terhad kepada pelaksanaan PdP yang berkualiti tetapi juga dalam hal-hal berkaitan
pengurusan sekolah.
Sebagai seorang Penolong Kanan HEM saya akan menghadapi cabaran dalam
menangani isu murid-murid di sekolah seperti isu kemiskinan dan kesihatan murid yang akan
menjejaskan prestasi pembelajaraan mereka di sekolah. Isu ini bertepatan dengan data yang
dikumpul oleh Institut Hal Ehwal Ekonomi dan Demokrasi Malaysia (IDEAS) (2017) yang
menunjukkan hampir 60% murid yang tercicir adalah daripada keluarga berpendapatan
rendah dan ketidakhadiran ini yang menjejaskan prestasi akademik mereka (Norfarahzatul
Asikin, Mohamad Zuber & Muhammad Hussin, 2022). Tambahan pula, banyak murid daripada
keluarga B40 tidak mempunyai alatan seperti beg sekolah, alat-alat menulis, buku rujukan
dan bahan-bahan keperluan asas pembelajaran yang menyebabkan kebanyakan murid B40
tidak hadir ke sekolah. Pernyataan ini disokong oleh Kamoo (2013) yang mengatakan
kebanyakan ibu bapa dalam golongan ini tidak dapat menghantar anak ke sekolah dan tidak
mampu memenuhi keperluan belajar anak. Bukan itu sahaja, isu kemiskinan dalam kalangan
murid memberi kesan kepada kesihatan murid akibat kebanyakan mereka tidak bersarapan
dan tidak mengambil makanan seimbang berdasarkan piramid makanan dan Pinggan Sihat
Malaysia. Hal ini menyebabkan kognitif dan pemikiran mereka tidak aktif akibat kekurangan
nutrien serta menjadikan murid berasa lemah dan tidak bersemangat untuk belajar seterusnya
menjejaskan kehidupan sekolah dan potensi murid seperti menjejaskan hasil pendidikan
(Mohamad Hamka & Mohammad Haizzan, 2020).
23
SAINS AMBILAN JUN 2019
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK
Kedua, pengurusan disiplin sekolah biasanya ditadbir selia oleh penolong kanan Guru
Besar, guru disiplin dan beberapa ahli jawatankuasa disiplin sekolah (Etum, Al-Amin, Abdul
Ghani , 2021). Alis (2017) menyatakan bahawa antara faktor isu disiplin murid disebabkan
pihak guru yang tidak profesional dalam menjalankan dan pihak sekolah yang hanya
mementingkan pencapaian akademik seta kegagalan menguruskan sistem disiplin sekolah.
Oleh itu, sebagai Penolong Kanan HEM dan guru profesional, saya juga akan menghadapi
pelbagai isu dan cabaran mengenai pengurusan disiplin murid di sekolah pada peringkat ini.
Perkara ini tidak sepatutnya dipandang remeh kerana kegagalan menguruskan sistem disiplin
sekolah akan menyebabkan murid bertingkah laku negatif dan terlibat dalam isu-isu seperti
ponteng kelas, buli, vandalisme dan lain-lain di samping juga mengganggu suasana
pembelajaran sedia ada. Hal ini juga memberikan kesan kepada murid lain kerana berasa
sekolah tidak selamat untuk dikunjungi apabila isu-isu negatif sering berlaku. Dengan itu, jelas
menunjukkan bahawa kemenjadian murid seperti yang dihasratkan oleh KPM tidak akan
tercapai apabila pembangunan akhlak tidak berlaku di sekolah maka saya sebagai penolong
kanan HEM harus mengambil serius perkara ini supaya sekolah yang kondusif dapat
diwujudkan.
Seterusnya, saya akan menghadapi isu tahap stres yang tinggi. Sebagai seorang
sebagai Penolong Kanan HEM, saya perlu menguruskan hal-hal pentadbiran sekolah dan
juga memainkan peranan sebagai gantian Guru Besar apabila ketiadaan beliau. Tambahan
pula, walaupun saya menyandang jawatan sebagai Penolong Kanan HEM, tetapi saya juga
tidak lupa peranan saya sebagai seorang guru akademik serta menjadi pakar rujuk dalam
bidang Sains. Hal ini disokong oleh Thiagarajan, Mohd Faiz, Mat Rahimi, Hapini, Mohd Sodian
& Khun-Inkeeree (2020) yang mengatakan kumpulan pentadbir seperti Penolong Kanan
diberikan amanah untuk memastikan guru sekolah menjalankan tugas secara efisien bagi
meningkatkan kecekapan pengurusan pendidikan maka seorang pentadbir sekolah harus
mempunyai motivasi dalaman yang kuat supaya dapat menunjukkan kematangan dalam
setiap tindakan semasa melakukan tugasan. Dengan itu, banyak perkara yang harus saya
laksanakan dalam satu masa akan menyebabkan saya mengalami tahap stres yang tinggi jika
saya tidak mempunyai pengurusan emosi serta motivasi diri yang tinggi.
Seperti yang termaktub dalam Perkara 12 Perlembagaan Malaysia, setiap
warganegara tidak boleh didiskriminasikan dalam menerima pendidikan formal dan juga
dalam Perkara 8 Perlembagaan Malaysia yang memperuntukkan hak sama rata dalam
pendidikan formal bagi setiap warganegara tanpa mengira agama, bangsa, asal usul atau
jantina (Malaysia, 1983). Oleh itu, sebagai seorang Penolong Kanan HEM, saya akan
membantu murid-murid golongan B40 dalam membuat permohonan bantuan-bantuan
kerajaan seperti bantuan Rancangan Makanan Tambahan (RMT), Program ‘Back to School’,
24
SAINS AMBILAN JUN 2019
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK
Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM), Yayasan Bank Rakyat serta
bantuan dari persatuan-persatuan bukan kerajaan. Kebanyakan murid tidak akan mengetahui
laluan dan cara untuk membuat permohonan maka ia merupakan peranan saya untuk
memperkenalkan inisiatif-inisiatif yang sedia ada supaya mereka bereluang untuk mendapat
meningkatkan kualiti pembelajaran mereka. Bantuan yang saya berikan bukan sahaja untuk
memenuhi kewajipan saya, tetapi saya ingin membantu mereka secara ikhlas hati dan juga
menunjukkan kasih sayang sebagai seorang guru profesional kepada murid kerana saya
sedar bahawa setiap murid mempunyai hak untuk belajar dan faktor-faktor luaran seperti latar
belakang keluarga tidak sepatutnya menjadi kekangan untuk menerima pendidikan berkualiti.
Dengan Program RMT, sarapan akan dibekalkan kepada murid sebelum kelas bermula maka
murid tidak akan bertahan kelaparan di kelas di samping juga dapat meningkatkan kesihatan
mereka. Hal ini berseusaian dengan matamat SDG yang ingin menuju ke arah kesifaran
kelaparan serta kesihatan baik dan kesejahteraan bagi setiap lapisan umur termasuk murid-
murid sekolah. Bagi Program ‘Back to School’ dan KWAPM, pakaian seragam sekolah, beg
sekolah, peralatan dan keperluan persekolahan sekolah lain akan dibekalkan kepada murid
golongan B40 manakala bantuan wang juga diberikan dalam KWAPM dan Yayasan Bank
Rakyat sebanyak RM100 untuk kegunaan pembelajaran murid. Selain itu, Bantuan Tablet
Percuma juga memberi peluang kepada mereka untuk menyertai PdP atas talian serta
mencari maklumat tambahan. Dengan itu, usaha ini bukan sahaja mencapai kesamarataan
dalam akses kepada pendidikan berkualiti seperti yang dihasratkan oleh KPM dalam PPPM
2013-2025 tetapi juga secara langsung menyumbang kepada matlamat SDG, iaitu,
pendidikan berkualiti dan mengurangkan ketidaksamaan di mana semua murid dapat belajar
dalam keadaan kondusif dengan keperluan asas serta tiada kemiskinan dalam pelbagai
bentuk termasuk tiada kemiskinan pendidikan melalui bantuan-bantuan tersebut di samping
juga merealisasikan bandar dan masyarakat mampan.
Seterusnya, untuk mengurangkan isu disiplin dalam kalangan murid di sekolah, saya
akan berkolaborasi dengan Guru Besar dan guru disiplin untuk mengenalpastikan tingkah laku
negatif murid yang dipaparkan serta faktornya. Hal ini disokong oleh Syahril & Hadiyanto
(2018) yang mengatakan kecemerlangan pengurusan disiplin sekolah dapat dibentuk melalui
kecekapan pentadbiran sekolah yang berhati-hati mengatasi setiap masalah tingkah laku
negatif murid dan perspektif negatif murid terhadap pengurusan disiplin sekolah. Oleh itu,
sebagai guru yang profesional, saya akan bertindak rasional dan tidak akan tergesa-gesa
untuk mengambil tindakan susulan tetapi saya akan mencari punca berlakunya masalah
tersebut supaya tindakan yang diambil adalah sesuai dan berkesan. Selepas itu, saya akan
berbincang dengan pentadbir sekolah yang lain serta guru disiplin untuk mengubal dan
menguatkuasakan peraturan sekolah supaya dapat mengatasi masalah yang berlaku dengan
25
SAINS AMBILAN JUN 2019
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK
berkesan. Hal ini bertepatan dengan Surat Pekeliling Bil. 9/1975 (Perkara 4) telah
menjelaskan bahawa pihak sekolah seharusnya mempunyai peraturan-peraturan khas yang
digubal mengikut kesesuaian masing-masing dan ditetapkan secara bertulis. Sebagai contoh,
murid yang ponteng sekolah akan mendapatkan amaran bagi tiga kali pertama tetapi
peraturan akan digubal di mana murid akan terus mendapatkan hukuman rotan apabila
ponteng sekolah pada kali pertama. Dengan itu, murid yang bertingkah laku negatif akan
mendapat hukuman segera maka peluang untuk mereka berulang tingkah laku negatif akan
dikurangkan. Walau bagaimanapun, semasa saya melakukan hukuman, saya akan
memahami tatacara yang telah ditetapkan dan memastikan saya mendapatkan surat
penuruanan kuasa dari Guru Besar seperti yang termaktub dalam Peraturan-peraturan
Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959, di bawah Ordinan Pelajaran 1957 (Nasrul Hisyam & Zarina,
2017). Bukan itu sahaja, pengurusan disiplin sekolah haruslah sentiasa adil dan saksama
apabila sesuatu peraturan dikuatkuasakan (Phuntsho, 2021) di mana setiap murid bersalah
akan mendapatkan hukuman yang sepatutnya tanpa mengira kaum, bangsa dan jantina dan
keadilan juga merupakan ciri-ciri seorang guru yang profesional berdasarkan SGM. Sebagai
contoh, murid lelaki dan murid perempuan akan dirotan sebanyak tiga kali bagi kesalahan
yang sama. Hal ini juga secara langsung menyumbang kepada pencapaian matlamat SDG,
iaitu, kesamarataan gender serta prinsip kesamarataan dalam Kod Etika Perguruan di mana
tiada hak istimewa akan diberikan kepada mana-mana pihak.
Untuk mengatasi masalah stres pula, saya akan memastikan saya dapat menguruskan
masa dengan baik dengan tidak menangguh kerja supaya dapat melaksanakan setiap
tugasan dengan baik. Berdasarkan Thiagarajan & et al. (2020), kecerdasan emosi yang tinggi
dapat membantu guru sekolah mengatasi tekanan yang disebabkan oleh kerja dengan baik.
Oleh itu, saya akan memastikan saya akan mempunyai matlamat yang realistik dari semasa
ke semasa supaya saya dapat berasa kepuasan apabila dapat mencapai matlamat tersebut
di samping meningkatkan dorongan dalaman dan keyakinan diri. Lebih-lebih lagi, saya akan
menyertai kursus mengatasi stres yang diadakan untuk mengatasi masalah ini dalam
kalangan guru dan pentadbir sekolah. Walaupun sebagai seorang Penolong Kanan HEM,
saya juga akan bertanya kepada guru-guru yang lebih berpengalaman berkaitan tugasan
sekolah supaya saya dapat menyelesaikan kerja dengan cara penyelesaian yang tepat dan
pantas. Saya juga akan memastikan diri saya mempunyai masa peribadi bagi melakukan hobi
kegemaran supaya dapat mencapai prinsip Life, Goals and Balance. Bukan itu sahaja, saya
akan meluangkan masa untuk menyertai kursus, bengkel dan membaca artikel-artikel yang
berkaitan dengan profesion keguruan serta Sains kerana saya yakin bahawa apabila saya
mempunyai ilmu yang luas, maka saya akan mempunyai kemahiran dalam mengatasi
26
SAINS AMBILAN JUN 2019
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK
pelbagai masalah yang dihadapi maka saya tidak berasa tertekan dalam menghadapi
masalah yang mencabar.
Pada akhir tahun dalam peringkat ini, saya akan membuat permohonan untuk
mengikuti Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan atau National
Professional Qualification for Educational Leaders (NPQEL) untuk merealisasikan impian
saya bagi menjadi seorang Guru Besar di sekolah. Dengan itu, saya akan memastikan saya
telah mencapai syarat umum, iaitu, telah disahkan dalam perhidmatan, mencapai tahap
prestasi yang ditetapkan, iaitu, sekurang-kurangnya 85% berdasrkan wajaran Laporan Nilaian
Prestasi Tahunan (LNPT)/ Penilaian Bersepadu Pengawai Perkhidmatan Pendidikan (BPPP)
tiga tahun terakhir, bebas daripada tindakan tatatertib, telah mengisytiharkan harta dalam
tempoh tidak melebihi lima tahun, bebas daripada senarai Peminjam Tegar Institusi
Pinjawaman Pendidikan dan diperakukan oleh ketua Jabatan/ Ketua Perkhidmatan serta
syarat khas seperti yang disenaraikan dalam Rajah 8. Saya juga akan memastikan saya akan
melibatkan diri secara aktif sepanjang program tersebut sebagai persediaan diri untuk menjadi
seorang Guru Besar yang profesional dan cemerlang pada peringkat seterusya.
Jadual 6: Rumusan Pelan Pembangunan Diri Bagi Gred DG52
Gred DG52
Jawatan Guru Sains dan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM)
Peranan Umum Peneraju Perubahan
Isu dan Cabaran • Cabaran dalam menangani isu murid-murid di sekolah seperti
isu kemiskinan dan kesihatan murid
• Isu dan cabaran mengenai pengurusan disiplin murid di
sekolah
• Isu tahap stres yang tinggi
Tindakan • membantu murid-murid golongan B40 dalam membuat
Menghadapi Isu permohonan bantuan-bantuan kerajaan
dan Cabaran • berkolaborasi dengan Guru Besar dan guru disiplin untuk
mengenalpastikan tingkah laku negatif serta mengubal dan
menguatkuasakan peraturan sekolah
• menguruskan masa dengan baik, mempunyai matlamat
yang realistik dari semasa ke semasa supaya saya dapat
berasa kepuasan, bertanya kepada guru-guru yang lebih
berpengalaman berkaitan tugasan sekolah, melakukan hobi
kegemaran saya, menyertai kursus, bengkel dan membaca
27
SAINS AMBILAN JUN 2019
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK
artikel-artikel yang berkaitan dengan profesion keguruan
serta Sains
Nilai,Sikap dan Bersikap Adil, kasih sayang, berketerampilan, keyakinan diri, terus
Ciri-ciri Profesional berusaha, berpegang teguh pada peraturan yang ditetapkan oleh
KPM, rasional, berkolaboratif, melaksanakan tanggungjawab
kepada murid dan sekolah, mempunyai motivasi diri, pengurusan
masa yang baik
Matlamat SDG Pendidikan Berkualiti, Bandar dan Masyarakat Mampan, Kerjasama
demi Matlamat, Mengurangkan Ketidaksamaan, Kesifaran
Kelaparan, Kesihatan Baik dan Kesejahteraan, Kesamarataan
Gender
Hasrat Mencapai prinsip Life, Goals and Balance, memegang jawatan
sebagai Guru Besar pada peringkat seterusnya
mpqel PERMOHONAN MENGIKUTI PROGRAM KELAYAKAN PROFESIONAL PEMIMPIN
PENDIDIKAN KEBANGSAAN ATAU NATIONAL PROFESSIONAL QUALIFICATION FOR
EDUCATIONAL LEADERS (NPQEL) AMBILAN TAHUN 2022
PERMOHONAN MENGIKUTI PROGRAM KELAYAKAN PROFESIONAL PEMIMPIN PENDIDIKAN
KEBANGSAAN ATAU NATIONAL PROFESSIONAL QUALIFICATION FOR EDUCATIONAL
LEADERS (NPQEL) AMBILAN TAHUN 2022
5.5 Peringkat Strategis (DG54)
Pada peringkat strategis ini, saya akan memainkan watak sebagai pemikir strategik di
mana saya akan memiliki kepakaran khusus dan berkebolehan mengurus perubahan secara
cekap dan berkesan serta memberikan sumbangan kepakaran bukan sahaja merangka
strategi atau idea baharu dalam pelaksanaan PdP tetapi juga sebagai pelaksanaan dasar
pendidikan. Dengan itu, jawatan sebagai Guru Besar amat bertepatan dengan tanggungjawab
ini kerana Guru Besar bukan sahaja perlu melibatakan dalam PdP tetapi juga perlu
melaksanakan dasar pendidikan yang disarankan oleh KPM di sekolah. Walaupun saya telah
menjadi seorang Guru Besar, saya tetap akan mematuhi Kod Etika Keguruan Malaysia dan
mengamalkan ciri-ciri seorang guru dan pemimpin yang profesional pada peringkat ini.
Sebagai Guru Besar yang baru dilantik, saya akan menghadapi cabaran dalam
mengamalkan amalan kepimpinan semasa memimpin keseluruhan organisasi sekolah.
Berdasarkan Hassan & Che Husin (2011), kecemerlangan sebuah sekolah mempunyai
hubungan rapat dengan pengurusan dan kepimpinan cemerlang kepimpinan sekolahnya.
Dalam kata lain, kemerosotan sekolah akan berlaku jika seorang pemimpin tidak juga
mengabaikan amalan kepimpinan. Walau bagaimanapun, dalam realitinya, kebanyakan Guru
28
SAINS AMBILAN JUN 2019
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK
Besar terpaksa melaksanakan tugasan yang terlampau banyak dalam satu tempoh masa
pendek seperti menghadiri pelbagai mesyuarat, berjumpa dengan ibu bapa serta melihat
kerosakan di kawasan sekolah telah mengehadkan masa Guru Besar untuk memberi
perhatian terhadap amalan kepimpinan lestari (Mohd.Suhaimi & Zaidatol Akmaliah, 2007).
Bukan itu sahaja, Guru Besar juga mempunyai peranan dominan dalam menentukan tahap
prestasi keseluruhan murid. Terdapat juga dalam kajian Maimunah (2005) yang menunjukkan
bahawa kebanyakan Guru Besar gagal mengamalkan fungsi utama seperti membantu atau
memantau PdP guru di bilik darjah akibat terpaksa menghabiskan masa dalam pengurusan
hal-hal pentadbiran (Raja Nurmunira & Mohamed Yusoff, 2021). Seorang pemimpin yang
berwibawa juga perlu mempunyai amalam kepimpinan seperti kemampuan untuk
menghadapi keadaan kecemasan seperti memimpin semua guru untuk melaksanakan PdP
atas talian semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan bagi mengatasi penularan
Covid-19 pada tahun 2020 dan 2021. Pernyataan ini bertepatan dengan MS ISO 31000: 2010
Risk Management - Principles and Guidelines, pemimpin perlu secara bersepadu bersama
warga organisasi untuk menetapkan hala tuju dan mengawal risiko semasa menghadapi
sesuatu krisis (Rahayu Ahamad et al., 2020) maka peningkatan amalan kepimpinan adalah
kewajipan saya sebagai seorang Guru Besar.
Kedua, saya juga akan menghadapi isu ketidakpatuhan guru dan pembantu tadbir
sekolah dalam melaksanakan tugas sekolah. Berdasarkan Adharizam (2013), Guru Besar
akan melaksanakan penuruann kuasa atau empowerment dan delegrating kepada guru
dengan mengagihkan kerja dari arahan KPM kepada guru di mana isu ini berlaku jika
pengagihan ini tidak dilaksanakan dengan betul. Hal ini kerana jika seorang guru diarahkan
untuk melaksanakan tugasan yang banyak dalam tempoh masa terhad, tekanan kerja akan
berlaku. Dengan itu, guru tidak dapat melakukan kerja dengan baik dan juga akan melakukan
kesalahan yang boleh mencalarkan imej guru (Raja Maria Diana, 2011). Hal ini kerana
seorang yang tertekan akan bersikap tidak rasional, cemas, tegang, tidak dapat menumpukan
perhatian kepada kerja dan gagal menikmati kepuasan hati terhadap kerja yang dilakukan
(Ibrahim, 2017) maka guru-guru tidak dapat memberi kerjasama dalam menjalankan amanah
mereka dengan baik di samping menurunkan keberkesanan keseluruhan organisasi sekolah.
Oleh itu, sebagai pemimpin sekolah yang profesional, saya haruslah mengambil kira isu ini
bagi menjamin kecemerlangan sekolah saya.
Cabaran jalinan hubungan dengan pihak luar terutamanya ibu bapa juga akan saya
hadapi semasa saya memegang jawatan sebagai Guru Besar. Hal ini adalah penting kerana
banyak perkara perlu diselesaikan melalui kerjasama antara satu sama lain. Sebagai contoh,
kejayaan pelaksanaan PdP di Rumah (PdPR) memerlukan kerjasama ibu bapa untuk
memantau pembelajaran murid. Ibu bapa juga merupakan pihak berkepentingan bagi
29
SAINS AMBILAN JUN 2019
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK
menjayakan visi dan misi sekolah. Oleh itu, sebagai Guru Besar, saya juga
bertanggungkawab untuk menyampaikan secara berterusan, memperjelaskan misi dan visi
sehingga dapat difahami, diterima dan dihayati oleh mereka (Hassan & Che Hussin, 2011).
Jika seorang Guru Besar gagal menjalin hubungan baik dengan ibu bapa, ibu bapa akan
menjauhkan diri dengan pelbagai aktiviti yang diadakan oleh sekolah. Dengan itu, Halimah,
Eow & Chuah (2017) telah menjelaskan bahawa penjauhan diri ibu bapa ini akan
meningkatkan peluang untuk berlaku konflik dan ketengangan antara pihak sekolah dan ibu
bapa. Hal ini akan menyumbang kepada kemerosotan organisasi sekolah serta menunjukkan
kegagalan amalan kepimpinan pihak sekolah. Perkara ini juga bertentangan dengan prinsip
mengelakkan konflik yang ditekankan dalam Kod Etika Keguruan serta ciri-ciri profesional di
mana seorang guru sepatutnya melaksanakan tanggungjawab terhadap ibu bapa.
Bagi memimpin sekolah ke arah kecemerlangan, saya akan meningkatkan kemahiran
diri dengan menyertai pelbagai bentuk program seperti kursus, latihan dan kempen yang
bertujuan untuk meningkatkan amalan kepimpinan pada diri saya. Antara program yang akan
saya sertai ialah Kempen Kepimpinan Melalui Teladan yang menjadikan dasar bersih, cekap
dan amanah sebagai asas dalam kepimpinan (Malaysia, 1982). Melalui program ini, saya
yakin saya dapat menjadi seorang yang bebas daripada segala jenayah seperti rasuah dan
juga menunjukkan keterampilan yang bersih, cekap dan amanah supaya menjauhi diri saya
sendiri daripada didakwa dengan jenayah-jenayah tersebut yang akan menjatuhkan imej
profesion keguruan. Ciri-ciri tersebut juga bertepatan dengan SDG yang bermatlamat untuk
menghasilkan tenaga berpatutan dan bersih. Selain itu, saya juga akan menyertai Kursus
Kepimpinan dan Pengurusan Pendidikan (KKPP) pada tahun seterusnya sebagai Guru Besar
kerana hanya Guru Besar yang berkhidmat melebihi satu tahun bagi jawatan tersebut
berlayak untuk menyertai program ini. Selain itu, saya juga akan menyertai bengkel bersama-
sama guru-guru sekolah berkaitan dengan pelaksanaan dasar Standard Kualiti Pendidikan
Malaysia (SKPM) gelombang yang terbaharu supaya saya dapat melaksanakan dasar
tersebut di sekolah dengan bantuan guru-guru yang lain. Melalui penyertaan program, saya
dapat meningkatkan kompetensi pemimpin serta memperolehi kemahiran kepimpinan yang
sesuai dengan perubahan terkini. Hal ini disokong oleh Rahayu Ahamad et al. (2020) yang
menyatakan pemimpin perlu perlu memperbaharui kompertensi dari aspek ASK (attitude, skill,
knowledge) serta mengubahkan corak, gaya dan kaedah kepemimpinan dalam pelaksanaan
tugasan bagi menghadapi situasi yang baharu.
Tambahan pula, bagi memimpin organisasi ke tahap yang lebih cemerlang, saya juga
akan mengubahsuaikan Peraturan Standard Operasi (SOP) atau tataterib sekolah supaya
dapat meningkatkan efisien guru. Dalam pada itu, saya akan menggunakan kaedah gabungan
(blended method) antara amalan biasa dengan pendekatan yang ada kaitan dengan integrasi
30
SAINS AMBILAN JUN 2019
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK
TMK seperti yang dicadangkan oleh Rahayu Ahamad et al. (2020) semasa dalam
melaksanakan tugasan supaya bersesuian dengan abad ke-21 ini. Sebagai contoh, amalan
biasa atau SOP biasa ialah guru wajib merekodkan dalam buku log masa ketibaan di sekolah.
Dengan integrasi TMK, guru akan dapat mengimbaskan kad identiti pada mesin untuk terus
merekodkan masa check-in dan check-out. Dengan itu, guru akan sentiasa menepati masa
kerana masa yang direkodkan melalui sistem tidak dapat ditipu. Keadilan juga dapat
diwujudkan kerana guru yang lewat ke sekolah atau keluar awal tanpa sebab akan dikenakan
tindakan berdasarkan Peraturan Tatakelakuan dan Tatatertib 1993 (Pindaan 2002). Bagi
menghadapi isu-isu kecemasan, saya akan menubuhkan satu Pasukan ERT (Emergency
Response Team) yang terdiri daripada penolong kanan dan beberapa guru berpengalaman
untuk berbincang bersama-sama bagi mengambil tindakan pemulihan yang mantap dan
sesuai. Semasa mengurskan hal-hal tersebut, saya juga perlu bersikap tenang dan sentiasa
memaparkan kewibawaan saya supaya dapat mengambil tindakan dengan segera apabila
berlakunya dan dapat memberi ketenangan kepada ahli sekolah yang lain. Berhubungan
dengan itu, matlamat SDG, iaitu, Keamanan, Keadilan dan Pertubuhan Kukuh dapat dicapai
apabila organisasi sekolah dapat dipimpin oleh seorang pemimpin yang berwibawa.
Bagi mengurangkan isu ketidakpatuhan guru akibat tekanan kerja yang tinggi, saya
akan melaksanakan kepimpinan instruksional di mana saya akan melakukan segala usaha
unruk menggalakkan dan menyokong pihak yang terlibat proses PdP, iaitu, guru untuk
mencapai matlamat sekolah dan penubuhan (Foong & Mohd. Khairuddin, 2018). Dengan itu,
saya akan sering bersikap prihatin dan memerhatikan setiap keperluan guru dan memberikan
latihan yang sesuai kepada guru berdasarkan keperluan guru. Berdasarkan Ibrahim (2017),
setiap latihan dalam perkhidmatan yang dijalankan di sekolah perlu memenuhi keperluan guru
dari aspek nilai professional, kemahiran, dan pengetahuan bagi guru meningkatkan
profesionalisme secara berterusan. Dengan itu, tahap tekanan guru akan dikurangkan apabila
guru mempunyai kemahiran dan pengetahuan supaya bersesuaian dengan perubahan terkini
kerana mereka tidak lagi berasa tertekan apabila melaksanakan kerja-kerja di sekolah.
Sebagai contoh, guru yang lebih senior berasa tertekan semasa melaksanakan kerja sekolah
kebelakangan ini yang banyak memerlukan penggunaan komputer kerana tidak berkemahiran
dalam TMK. Oleh itu, dengan meningkatkan kemahiran TMK guru tersebut, masa yang
diperlukan untuk guru melaksanakan tugasan dapat dipendekkan dan tekanan yang dihadapi
juga dikurangkan. Dengan itu, guru dapat melaksanakan PdP dengan baik tanpa gangguan
emosi maka keseluruhan prestasi murid juga ditingkatkan. Langkah ini yang bertepatan
dengan kepimpinan instruksional dapat komitmen kerja guru di samping juga mempengaruhi
pencapian akademik murid (Cammellia & Abdul Halim, 2020). Selain itu, saya juga akan
menjalinkan hubungan positif dengan guru-guru sekolah dengan mengamalkan komunikasi
31
SAINS AMBILAN JUN 2019
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK
dua hala. Hal ini disokong oleh kajian Ibrahim (2017) yang mendapati komunikasi dua hala
adalah sesuai dengan iklim sekolah dan kehendak pendidikan pada abad ke-21 dan juga
dapat mengurangkan tekanan kerja guru dari aspek fizikal, psikologikal dan minda di mana
juga matlamat SDG Kesihatan Baik dan Kesejahteraan juga direalisasikan. Bukan itu sahaja,
saya juga akan bersikap timbang rasa dengan memastikan saya dapat membahagikan kerja
dengan adil kepada setiap guru dan saya tidak akan mengganggu waktu di luar pekerjaan
guru seperti menghantar mesej berkaitan kerja pada waktu malam. Saya juga akan sentiasa
menghargai sumbangan dan kerjasama yang diberikan oleh guru dengan sering
mengucapkan terima kasih keapda guru yang berusaha menyiapkan tugasan sekolah. Saya
akan bekerjasama dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru untuk memeriahkan Sambutan Hari
Guru melalui pelbagai program serta menyediakan makanan kepada guru sebagai
penghargaan kepada sumbangan mereka. Saya juga bercadang untuk mengadakan Majlis
Apresiasi Guru pada akhir tahun dengan memberikan sijil penghargaan kepada setiap guru
berdasarkan sumbangan yang mereka berikan sepanjang tahun. Bagi guru yang banyak
menyumbang, saya akan mencalonkan guru tersebut untuk mendapatkan Penganugerahan
Pingat Perkhidmatan Cemerlang (APC) sebagai penghargaan dan juga meningkatkan
motivasi guru tersebut untuk terus berusaha.
Hubungan positif dengan pihak luar seperti ibu bapa dapat dijalinkan apabila saya
menunjukkan personaliti seperti mesra, mudah didekati dan wajah yang tenang. Walau
bagaimanapun, saya juga perlu mengamalkan ciri-ciri profesional seperti mempunyai
keyakinan diri, berdisiplin, bertanggungjawab dan berwibawa supaya saya dapat
mengekalkan imej sebagai seorang Guru Besar dan dapat dihormati oleh ibu bapa. Selain itu,
kemahiran komunikasi bukan sahaja dapat menunjukkan ciri-ciri yang profesional sebagai
pemimpin kerana kemahiran berkominikasi dapat membina kepercayaan dalam kalangan ahli
sekolah dan juga dengan pihak lain termasuk ibu bapa (Mohd Nazrul & Aida Hanim, 2018).
Ciri-ciri tersebut bertepatan dengan Teori Tradisional Tret yang menjelaskan seorang
pemimpin yang mempunyai keperibadian yang baik akan mempunyai tret seperti keyakinan
diri dan kemahiran seperti petah bertutur dan berkemahiran sosial (Wong, Noriati, & Boon,
2018). Hal ini kerana dengan kemahiran berkomunikasi, maklumat dapat disampaikan dengan
berkesan maka kesalahfahaman tidak akan wujud antara satu sama lain. Seterusnya, saya
akan melibatkan diri secara aktif dalam program PIBG seperti Taklimat Permuafakatan Ibu
Bapa yang memberikan kesedaran kepada ibu bapa tentang tanggungjawab mereka dalam
pembelajaran murid. Dengan mewujudkan hubungan positif antara ibu bapa, keadaan
sekolah yang kondusif dapat diwujudkan serta prestasi murid-murid dapat ditingkatkan akibat
ibu bapa dapat memberikan kerjasama dalam menjayakan visi dan misi sekolah bersama-
32
SAINS AMBILAN JUN 2019
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK
sama pihak sekolah yang juga dapat menyumbang kepada pencapaian kerjasama demi
matlamat dan pendidikan berkualiti dalam SDG.
Sebelum saya bersara, saya ingin membuat sumbangan saya yang lebih bermakna
kepada profesion keguruan. Saya ingin menyertai kajian-kajian berkaitan bidang keguruan
peringkat antarabangsa dan bekerjasama dengan guru-guru profesional di luar negara untuk
menulis journal dan artikel yang dapat memberikan manfaat kepada guru-guru lain dan juga
dunia pendidikan di mana hasrat ini bertepatan dengan matlamat SDG Kerjasama demi
Matlamat iaitu, meningkatkan kualiti pendidikan yang juga merupakan antara matlamat SDG.
Saya juga akan terus meningkatkan ilmu profesion keguruan saya dengan menyertai konferen
di mana saya dapat bertukar ilmu pendidikan dengan pembentang yang lain. Saya juga
berhasrat saya dapat menjadi seorang ceramah yang dapat berkongsi ilmu kajian saya
kepada guru-guru lain. Akhir sekali, saya bertekad untuk menulis buku-buku terbitan berkaitan
dengan pedagogi Sains. Jika mempunyai peluang, saya akan meneruskan usaha-usaha ini
selepas saya bersara.
Jadual 7: Rumusan Pelan Pembangunan Diri Bagi Gred DG54
Gred DG54
Jawatan Guru Besar
Peranan Umum Pemikir Strategik
Isu dan Cabaran • Cabaran dalam mengamalkan amalan kepimpinan semasa
memimpin keseluruhan organisasi sekolah
• Isu ketidakpatuhan guru dan pembantu tadbir sekolah dalam
melaksanakan tugas sekolah
• Cabaran jalinan hubungan dengan pihak luar terutamanya ibu
bapa
Tindakan • menyertai pelbagai bentuk program seperti kursus, latihan
Menghadapi Isu dan kempen
dan Cabaran • mengubahsuaikan Peraturan Standard Operasi (SOP) atau
tataterib sekolah dan menubuhkan Pasukan ERT
(Emergency Response Team)
• melaksanakan kepimpinan instruksional, memerhatikan
keperluan guru dan memberikan latihan yang sesuai
menjalinkan hubungan positif dengan guru-guru sekolah,
tidak akan mengganggu waktu di luar pekerjaan guru,
menghargai sumbangan dan kerjasama guru seperti
pemberian sijil dan APC
33
SAINS AMBILAN JUN 2019
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK
• menunjukkan personaliti dan ciri-ciri profesional,
mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dan
melibatkan diri secara aktif dalam program PIBG
Nilai,Sikap dan • Mudah menyesuaikan diri dengan situasi baharu,
Ciri-ciri Profesional mempunyai kemahiran kepimpinan, Instruktional, Bersikap
Adil, bertimbang rasa, berketerampilan, mematuhi Kod Etika
Keguruan Malaysia, tenang menghadapi cabaran, bersikap
prihatin, seperti mesra, mudah didekati dan wajah yang
tenang, keyakinan diri, berdisiplin, bertanggungjawab dan
berwibawa, berkolaboratif, melaksanakan tanggungjawab
kepada murid, ibu bapa, sekolah dan rakan sejawat
Matlamat SDG Tenaga berpatutan dan bersih, Keamanan, Keadilan dan
Pertubuhan Kukuh, Kesihatan Baik dan Kesejahteraan, Kerjasama
demi Matlamat, Pendidikan Berkualiti
Hasrat (Diteruskan menyertai kajian-kajian peringkat antarabangsa, bekerjasama
selepas bersara) dengan guru-guru profesional di luar negara untuk menulis journal
dan artikel, menyertai konferen, menjadi seorang ceramah yang
dapat berkongsi ilmu, menulis buku-buku terbitan berkaitan dengan
pedagogi Sains.
6.0 Kesimpulan
Secara kesimpulannya, profesion keguruan merupakan sesuatu kerjaya yang
mencabar dan memberi kesan kepada negara dan generasi yang akan datang. Oleh itu,
sebagai seorang bakal guru, perancangan pelan pembangunan diri memainkan peranan
penting kerana ia akan menjadi panduan tentang cara saya menghadapi cabaran dan isu
pada setiap peringkat serta di samping juga mengingatkan diri untuk sentiasa berpegang pada
perundangan guru pada masa akan datang. Dengan mengamalkan ciri-ciri profesional
sebagai seorang guru dan pemipin semasa menghadapi cabaran tersebut, saya juga secara
langsung atau tidak langsung merealisasikan matlamat dalam Standard Developments Goals
(SDG) serta dasar kerajaan Malaysia seperti PPPM 2013-2025 yang bertepatan dengan Big
Idea ‘Guru Berjiwa Pendidikan Memacu Matlamat Pembanguan Mampan’. Dengan Pelan
Pembangunan yang saya rancangkan, saya yakin saya akan mencapai hasrat dan jawatan
yang ingin dipegang pada setiap peringkat dengan kegigihan dan motivasi diri yang tinggi
sebagai seorang guru profesional. Oleh itu, saya akan terus berusaha untuk menuju ke arah
kecemerlangan dalam profesion ini dan dapat menyumbang kepada transformasi pendidikan
Malaysia supaya Malaysia dapat menjadi negara maju yang bertaraf dunia.
34
SAINS AMBILAN JUN 2019
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK
RUJUKAN
Adharizam bin Adanan. (2013). Tingkah Laku Kepimpinan Pengetua dan Hubungannya
dengan Tekanan Kerja Guru di Sekolah Menengah Daerah Kulai,Penganugerahan
Ijazah Sarjana Pendidikan (Pengurusan Dan Pentadbiran). Universiti Teknologi
Malaysia.
Alis, P. (2017). Masalah Disiplin Dan Emosi Pelajar: Cabaran Pembangunan Modal Insan Di
Malaysia. Dibentangkan di Seminar International Pendidikan Tinggi, Acheh.
Aney Marinda Muhammad Amin & Norasmah Othman. (2019). Pengurusan bilik darjah guru baharu
yang mengikuti Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB). Dalam Jurnal Pendidikan
Malaysia, 44(1), 21-27.
Baharin Abu & Suzana Mamat @ Muhammad. (2009). Pengetahuan Etika Profesion
Perguruan Dalam Kalangan Guru Pelatih 4SPH Fakulti Pendidikan UTM. Doctoral
dissertation, Universiti Teknologi Malaysia.
Boon, P. Y. (2012). Usaha Pendidik Mengamalakna Perancangan Pengajaran dan
Pembelajaran seperti dalam Standard Guru Malaysia demi Meningkatkan Kulaiti
Pembelajaran dalam Organisasi. Dalam Jurnal IPGKBA, 4.
Cammellia Othman & Abdul Halim Busari. (2020). Tahap Kepimpinan Instruksional Guru
Besar di Seolah Rendah Daerah Sri Aman, Sarawak. Dalam Kolpen 2021: Prosiding,
38-46.
Dhofir, M. (2018). Karakter Guru Profesional. Dalam Jurnal Studi Pendidikan Islami, 5 (1).
Etum, S., Al-Amin & Abdul Ghani Kanesan Abdullah. (2021). Hubungan Pengurusan Disiplin
Sekolah dan Kualiti Kehidupan Murid di Semenanjung Utara Malaysia. Dalam
Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(8), 173-182. DOI:
https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i8.925
Fariza Khalid. (2015). The Dimensions of Identities and its Roles in Shaping Teachers’
Effectiveness. Dalam Mediterranean Journal of Social Science, 6(3), 306-314.
Foong, D. C. Y. & Mohd. Khairuddin Abudullah@Jerry. (2018). Kepemimpinan Instruksional: Konsep,
Model, Pendekatan dan Skala Pengukuran. Dalam Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah,
Special Issue, 147-160.
Habibah @ Artini Binti Ramlie. (2017). Pembangunan Model Profesionalisme Guru
Pendidikan Islam Berasaskan ‘Riadhah Ruhiyyah’. Bagi, Tesis Diserahkan Sebagai
Memenuhi Keperluan. Universiti Malaya.
Hafizah Binti Zainal, Zakaria Bin Othman, & Faisal Mustaffa. (2019). Perlaksanaan Model
Sustainable Development Goals Dalam Inisiatif Pengurusan Zakat Di
Kedah. International Journal Of Zakat And Islamic Philanthropy, 1, 7.
Halimah Bt. Abdul Majid, Eow, Y. L. & Chuah, B. E. (2017). Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti dalam
Memperkasakan Sekolah.
35
SAINS AMBILAN JUN 2019
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK
Hassan Hushin & Che Husin Ismail. (2011). Amalan Kepimpinan Guru Besar Sekolah
Harapan Negara 2007 SK Parit Setongkat, Muar, Johor. Dalam Journal of Science &
Mathematics Education, 1-8.
Ibrahim Jari. (2017). Pengaruh Perilaku Kepimpinan Pengetua Ke Atas Tekanan Kerja Guru
Sekolah Menengah Di Melaka. Dalam Educational Leader (Pemimpin Pendidikan)
2017, 5, 59-74.
Jabatan Perangkaan Malaysia. (2020). Sustainable Development Goals (SDG) Indicators
Malaysia 2019. Malaysia.
Jamil Abd Baser, Nurul Syahada Mohd Suhaimi, Hasyamuddin Othman, Azman Hasan, Mohd
Bekri Rahim, Mohd Faizal Amin Nur Yunus. (2017). Standard Guru Malaysia Dalam
Program Persediaan Guru Reka Bentuk Dan Teknologi. Dalam Online Journal for
TVET Practitioners, 2 (2).
Juhji, J. (2016). Peran Urgen Guru Dalam Pendidikan. Dalam Studia Didaktika, 10 (1), 51- 62.
Kaliammah Krishnan & Md. Yusoff Daud. (2020). Pengintegrasian Teknologi Maklumat Dan
Komunikasi (TMK) Dalam Proses Pengajaran Dan Pemudahcaraan (PDPC)
Matematik Dalam Kalangan Pensyarah Di Kolej-Kolej Vokasional Negeri Sembilan.
Dalam Jurnal Dunia Pendidikan 2019, 1(3), 89-99.
http://myjms.moe.gov.my/index.php/jdpd
Kamoo, G. (2013), Pengaruh keluarga terhadap pencapaian akademik murid India di sekolah
Menegah Rendah. Ph.D thesis, University of Malaya.
Kamus Dewan (4th ed.). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-
2025. Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2015). Buletin Anjakan Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2025 (Bil.4). Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016). Dokumen Awal Pelan Induk Pembangunan
Profesionalisme keguruan. Putrajaya: Bahagian Pendidikan Guru Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2019). Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dimuat turun
daripada https://www.moe.gov.my/index.php/dasarmenu/falsafah-pendidikan
kebangsaan
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2019b). Edisi Awal Standard Guru Malaysia 2.0.
Putrajaya: Bahagian Profesionalisme Guru Kementerian Pendidikan Malaysia.
Khaliza-Saidin, Mohd Hasani Dali & Abdul Said Ambotang. (2016). Peranan Guru Cemerlang
(The Role of Malaysian Excellent Teachers in School). Dalam MANU, 24, 161-177.
36
SAINS AMBILAN JUN 2019
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK
Lunenberg, M., Dengerink, J., & Korthagen, F. (2014). The professional teacher educator:
Roles, behaviour, and professional development of teacher educators. Germany:
Springer Science & Business Media.
Malaysia. (1982). Dasar-dasar Malaysia: Bersih, Cekap dan Amanah. Dimuat turun daripada
https://www.pmo.gov.my/dokumenattached/Dasar/02BERSIH_CEKAP_AMANAH.pdf
Nasrul Hisyam Nor Muhamad & Zarina A. Rashid. (2017). Peraturan dan Undang-Undang
Kawalan Disiplin Murid di Malaysia: (Regulations and Law on Governing Students
Discipline in Malaysia). Dalam Attarbawiy: Malaysian Online Journal of Education 1(1),
1-11.
Malaysia. (1983). Perlembagaan Persekutuan: (mengandungi semua pindaan hingga 10
September 1983). Kuala Lumpur: International Law Book Services.
Mardzelah Makhsin, Teoh, Y. P., & Nor Hasimah Ismail. (2022). Standard Guru Malaysia 2.0
Dalam Kemenjadian Jiwa Pendidik. Dalam International Journal of Education,
Psychology and Counseling, 7 (46), 327-346.
Marjonet, J., Ah, Siti Hajar Abu Bakar Ah & Noralina. (2020). Pementoran Dalam Program
Pembangunan Guru Baharu Kementerian Pendidikan Malaysia (Mentoring In the New
Teacher Development Program by the Ministry Of Education Malaysia). Dalam The
Malaysian Journal of Social Administration, 14(2), 79-95.
Mashira Yahaya, Rusyati Hanafiah, Nor Sazila Zakaria, Rohana Osman, Khairul Anuar Bahrin.
(2020). Amalan pembelajaran abad ke-21 (PAK21) dalam pengajaran dan
pemudahcaraan (PdPc) guru-guru sekolah rendah. Dalam Jurnal IPDA, 26 (1), 13-24.
Moh. Noor. (2020). Guru Profesional dan Berkualitas. Indonesia: Alprin.
Mohamad Hafizi Mohd Said. (2022, September 23). Bersara awal punca kurang guru bahasa. Utusan
Malaysia. Dimuat turun daripada https://www.utusan.com.my/berita/2022/09/bersara-awal-
punca-kurang-guru-bahasa/
Mohamad Hamka bin Mohd Ikmal Hisham & Mohd Haizzan Yahaya. (2020). Kemiskinan
Bandar: Kesedaran Terhadap Keperluan Nutrisi Pelajar SMK Anderson Ipoh, Perak.
The 2nd International Conference on Social Work Faculty of Social and Political
Sciences, University of Muhammadiyah Jakarta, Indonesia, 29 Februari - 01 Mac
2020.
Mohammad Hayat Khan, Ahmad Zabidi Abdul Razak & Husaina B. K. (2021). Professional
Learning Community, Trust, and Teacher Professional Development in Malaysian
Secondary Schools (Komuniti Pembelajaran Profesional, Kepercayaan, dan
Perkembangan Profesional Guru di Sekolah Menengah di Malaysia). Dalam Jurnal
Pendidikan Malaysia, 46(1), 25-37.
37
SAINS AMBILAN JUN 2019
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK
Mohd Nazrul bin Md Yusof & Aida Hanim A. Hamid. (2018). Gaya Komunikasi Guru Besar
dan Hubungannya Terhadap Kepuasan Kerja Guru Sekolah Rendah Zon Semenyih
Daerah Hulu Langat. Dalam Selangor Humaniora Review, 61-79.
Mohd Suhaimi Mohamed Ali & Zaidatol Akmaliah Lope Pihie. (2007). Amalan kepimpinan
pengajaran pengetua sekolah menengah luar bandar. Kertas Kerja Seminar
Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan ke-14 IAB, Genting Highlands.
Mohd. Suhaimi. (2020). Factors Influencing the Students’ Acceptance Of E-Learning at
Teacher Education Institute: An Exploratory Study in Malaysia. International Journal of
Higher Education, 9(1), 133-141.
Muhammad Ayisy Baharudin & Mohd Ashraf Ibrahim (2019). Kesediaan Pelaksanaan
Pengajaran Abad Ke 21 Dalam Kalangan Guru Pelatih Sejarah IPG Zon Selatan.
Dalam Jurnal Penyelidikan Sains Sosial (JOSSR), 2(5), 32 - 42.
Naquiah Nahar Jimaain Safar (2017). Penguasaan Pengetahuan Kandungan (Content
Knowledge): Pemangkin Keterampilan Pedagogi Jawi Berkesan Abad Ke-21. Dalam
Jurnal Teknikal & Sains Sosial, 8(1), 46-59.
Norasykin Bte Mohd Zaid & Mohd Miza Shahril Shah Bin Mohd Isa. (2008). Pembinaan Modul
Pembelajaran Kendiri (MPK) Bagi Perisian Macromedia Flash MX (Penghasilan
Montaj). Doctoral dissertation, Universiti Teknologi Malaysia.
Norazlin Mohd Rusdin & Siti Rahaimah Al. (2019). Amalan Dan Cabaran Pelaksanaan
Pembelajaran Abad Ke-21. Proceedings of the International Conference on Islamic
Civilization and Technology Management, 23-24 November 2019.
Norfarahzatul Asikin Zakari, Mohamad Zuber Abd. Majid & Muhammad Hussin. (2022)
Keciciran Murid Sekolah di Malaysia: Suatu Pemerhatian Awal (School Dropouts in
Malaysia: A Preliminary Observation). Dalam Malaysian Journal of Social Sciences
and Humanities (MJSSH), 7(2). DOI: https://doi.org/10.47405/mjssh.v7i2.1288
Nur Amelia bt Adam. (2019). Faktor Keberkesanan Guru Cemerlang Sains Dalam Proses Pengajaran
dan Pemudahcaraan. National Conference of Educational Research.
Nur Farah Adiba Badrul Hisham & Faridah Mydin Kutty (2021). Hubungan antara Tahap
Penglibatan Guru Novis di Negeri Melaka dalam Pembelajaran Tidak Formal Melalui
Media Sosial dengan Pengurusan Bilik Darjah dan Pengurusan Emosi.
Dalam Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6 (7), 246
257. doi: 10.47405/mjssh.v6i7.855.
Nurul Hidayah Liew Abdullah, Haryati Shafii & Seow, T. W. (2013). Pendidikan Alam
Sekitar Sebagai Medium Utama Dalam Konteks Meningkatkan Kesedaran Alam
Sekitar: Satu Kajian Persepsi Dari Sudut Pandangan Pentadbir, Guru, Ibu Bapa Dan
Murid. Conference Seminar Antarabangsa Ke-6 Ekologi, Habitat Manusia &
38
SAINS AMBILAN JUN 2019
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK
Perubahan Persekitaran di Alam Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi,
Selangor, Malaysia.
Phuntsho, S. (2021). Discipline management in urban middle secondary schools: Principals,
counselors, students and parents perceptions. Dalm Journal of Education, Society and
Behavioral Science, 34(2), 11- 19.
Radziah Bt Abd Aziz. (2013). Sikap Guru Novis Terhadap Program Pembangunan Staf Di
Sekolah, Universiti Teknologi Malaysia.
Rahayu Ahamad Bahtiar, Sham Ibrahim, Halijah Ariffin, Nor Hazimah Ismail, Wan Mohd
Khairul Wan Isa. (2020). Peranan Dan Cabaran Pemimpin Pendidikan Dalam
Memastikan Matlamat Dan Agenda Pendidikan Dilestari Dalam Tempoh Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19. Institut Aminuddin Baki, Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Raja Maria Diana Raja Ali. (2011). Faktor-faktor yang mendorong tekanan kerja (stres) di
kalangan guru-guru sekolah menengah di daerah Pasir Puteh. Tesis yang tidak
diterbitkan, Universiti Terbuka Malaysia.
Raja Nurmunira Raja Harman Shah & Mohamed Yusoff Mohd Nor. (2021). Amalan
Kepimpinan Lestari Guru Besar dan Kepuasan Kerja Guru Di Sekolah Kebangsaan
Padang Jawa Shah Alam (HeadMaster Sustainable Leadership Practice and Teacher
Job Satisfaction in Sekolah Kebangsaan Padang Jawa Shah Alam). Dalam Jurnal
Dunia Pendidikan, 3(1), 385-393.
Richards, J. C. (2011). Exploring Teacher Competence in Language Teaching. Dalma
Language Teacher, 35(4).
Safitri, D., & Sos, S. (2019). Menjadi Guru Profesional. Indonesia: PT. Indragiri Dot Com.
Salleh Abd. Rashid. (2003). Pemikiran Profesional Keguruan Terhadap Kurikulum Dan
Pengajaran. Dibentangkan di Seminar Pendidikan MPBL.
Siti Hendon Sheikh Abdullah, Faizah Md Ghazali & Khir Johari Mohd Ali. Modul Pengajaran
Dan Pembelajaran Tematik Untuk Menangani Masalah Pembelajaran Murid-Murid Tercicir
Di Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih. Dalam JuKu: Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia
Pasifik, 5 (1), 7-18.
Suliati Asri. (Ogos, 2021). Perkasa Guru Era Pembelajaran Digital. Dimuat turun daripada
https://www.hmetro.com.my/akademia/2021/08/737627/perkasa-guru-era
pembelajaran-digital
Syahril, & Hadiyanto. (2018). Improving school climate for better quality educational
management. Dalam Journal of Educational and Learning Studies, 1(1), 16-22.
Tengku Sarina Aini Tengku Kasim & Fatimah Sahida Abdurajak. (2018). Pengalaman
Pengajaran Guru Novis Pendidikan Islam: Implikasi terhadap Reka Bentuk Kurikulum
39
SAINS AMBILAN JUN 2019
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK
Latihan Pendidikan Guru. Dalam Jurnal Pendidikan Malaysia, 43(1), 59-66. DOI:
http://dx.doi.org/10.17576/JPEN-2018-43.01-08
Thiagarajan, K. & Mohd. Faiz Mohd Yaakob, Mat Rahimi Ysof, Hapini Awang, Mohd Sofian
Bin Omar Fauzee & Khun-Inkeeree, H. (2020). Kecerdasan Emosi dan Pengurusan
Stres dalam Kalangan Guru di Pulau Pinang. Dalam Journal of Educational Research &
Indigenous Studies, 1(1).
United Nations. (2018). The 2030 Agenda and the Sustainable Development Goals: An
opportunity for Latin America and the Caribbean. Santiago: United Nations Publication.
Wong, K. W., Noriati A. Rashid & Boon, P. Y. (2018). Asas Kepemimpinan dan Pembangunan
Profesiinalisme Guru (2nd ed.). Selangor: Oxford Fajar.
Yap, M. K. C. (Ogos 13, 2015). Guru berperanan lahir pelajar capai standard global. Dimuat
turun daripada https://www.bharian.com.my/kolumnis/2015/08/74472/guru-
berperanan-lahir-pelajar-capai-standard-global
Zakaria, I., Jeffri Mat Yasim @ Mat Yaman, Mohamed Yusoff Mohd Nor, Alias, B. S. (2021).
Hubungan dan Pengaruh Profesionalisme Guru Terhadap Kemenjadian Murid Di
Sekolah Menengah Negeri Sembilan. Dalam Asean Comparative Education Research
Journal On Islam And Civilization (ACER-J), 4(2), 112-128.
40
SAINS AMBILAN JUN 2019
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK
1.2 Contoh Tugasan Penulisan Akademik (Gan Xuan Ni)
1.0 Pengenalan
Profesionalisme keguruan menanda kualiti pendidikan penguruan dalam sesebuah sistem
pendidikan yang sering ditambahbaikkan. Menter dan Flores (2021) mengaitkan pendidikan
guru merupakan faktor utama yang mempengaruhi berlakunya globalisasi dan neoliberalisasi
yang kemudian membawa perubahan polisi-polisi pendidikan demi mencerminkan
profesionalisme keguruan. Namun demikian, mereka mengatakan masih terdapat segelintir
masyarakat yang berpandangan bahawa guru sepatutnya dilihatkan sebagai profesion separa
dan bukannya sebagai profesion sepenuh, selepas peristiwa pandemik COVID-19 yang
melanda di seluruh dunia. Dengan ini, norma-norma baharu telah diwujudkan khususnya
dalam sistem pendidikan guru, justeru kewibawaan profesion ini dipertikaikan sama ada guru-
guru tersebut mampu menonjolkan autonomi profesional dengan memberikan komitmen yang
menunjukkan kepakaran, kebebasan dan kerahsiaan. Di Malaysia, dicatatkan kira-kira 4 000
hingga 5 000 graduan yang dilepaskan sebagai DG41 dalam bidang profesion keguruan
(Sayed Hesham Idris, 2022). Walaubagaimanapun, jumlah tersebut tidak mampu mengisi
hampir 18 000 kekosongan jawatan guru di seluruh Malaysia (Mohd Aziz Mohd Din, 2021)
dan seterusnya tidak mampu menangani impak yang terjadi daripada isu bersara awal dalam
kalangan guru di Malaysia (Muhamad Zulsyamini Sufian Suri, 2022). Maka, Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) menawarkan pemohonan secara berkontrak atau ‘one-off’
kepada graduan lepasan ijazah sarjana muda yang lain untuk mengurangkan masalah
kekurangan guru. Situasi ini menjelaskan keperluan guru di Malaysia yang tidak dapat
ditampung oleh lepasan graduan yang memilih profesionalisme ini sebagai Pengawai
Perkhidmatan Pendidikan (PPP).
1.1 Profesion Keguruan
Profesion keguruan memegang pada nilai tara bidang keguruan iaitu Standard Guru
Malaysia (SGM) yang meliputi tiga aspek, iaitu amalan nilai profesionalisme keguruan,
pemilikan dan penguasaan ilmu dan pengetahuan yang mantap, dan kemahiran guru dalam
pengajaran dan pembelajaran akademik ataupun kokurikulum. Selain SGM, atribut yang
sepatutnya dimiliki oleh seseorang guru profesional dalam abad ke-21 ialah guru itu perlu
mudah menyesuaikan diri, mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat, mengetahui cara
berkolaboratif, celik teknologi maklumat dan komunikasi (TMK), futuristik dan menjadi
penyokong profesion (Cox, 2016, seperti dipetik dalam Wong, Noriati dan Boon, 2018). Ciri-
ciri profesional tersebut juga seharusnya memenuhi kehendak Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) dan kod etika professionalisme keguruan yang dirangka oleh
41
SAINS AMBILAN JUN 2019
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK
KKM agar barisan profesion tersebut bersedia untuk menghadapi cabaran dalam kerjayanya
demi menggerakkan pendidikan negara kita supaya mampu setanding di peringkat
antarabangsa. Buletin Transformasi Pendidikan Malaysia (PADU, 2020) turut menunjukkan
usaha pemantapan profesionalisme PPP dengan pelbagai inisiatif supaya kompetensi dan
kualiti PPP dapat dimartabatkan seperti ProPeks, LCML, Bimbingan Instruksional PBD dan
Latihan DSKP/KSSM/KSSR. Oleh itu, komitmen yang tinggi dalam pembangunan
professional diri dan sentiasa bersedia untuk melakukan anjakan paradigma mengikut arus
perubahan sistem pendidikan sepanjang waktu perkhidmatan adalah pedoman bagi kualiti
profesion keguruan.
1.2 Pelan Pembangunan Professionalisme Keguruan
Profesion keguruan berpegang pada pembelajaran sepanjang hayat akan sentiasa
memperbaiki kekurangan dan mengubahsuaikan amalan nilai professionalisme kepada yang
lebih relevan dengan arus globalisasi. Terdapat pelbagai teori pelan perkembangan guru,
termasuklah Teori Keprihatinan, Lima Peringkat Perkembangan Guru, dan Enam Peringkat
Perkembangan Guru (Fuller, 1969; Trotter, 1986; KPM, 2016, seperti dipetik dalam Wong et.
al, 2018). Namun begitu, Enam Peringkat Perkembangan Guru akan diberikan fokus dalam
penulisan tersebut. Berdasarkan Bahagian Pendidikan Malaysia (2016), pelan perkembangan
tersebut merangkumi DG41, DG44, DG48, DG52, DG54 dan Gred Khas (JUSA C, JUSA B,
JUSA A,TURUS) dan boleh dipengaruhi oleh tiga laluan kerjaya PPP seperti Laluan
Pengajaran dan Pembelajaran (PdP), Laluan Kepimpinan, dan Laluan Kepakaran Pendidikan.
Pelan perkembangan profesionalisme guru tersebut mengambil kira gabungan matlamat,
dasar-dasar dan amalan pendidikan yang menyeluruh serta harmonis dari segi jasmani,
emosi, rohani, intelek dan jasmani (JERIS) yang ternyata dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK) di samping Falsafah Pendidikan Guru (FPG) yang memastikan
pembentukan guru berkualiti. Hasrat tersebut adalah untuk menggalakkan peningkatan
kemahiran dan ilmu yang progresif agar berupaya membentuk kemenjadian murid demi
merealisasikan aspirasi pendidikan negara
2.0 Pelan Pembangunan Diri
Pelan pembangunan profesional guru yang dipilih untuk dibincang dalam penulisan ini
ialah Enam Pelan Peringkat Perkembangan Guru. Pelan ini dipilih untuk meningkatkan
kompetensi diri dalam bidang profesion keguruan di Malaysia. Laluan kerjaya PdP merupakan
laluan yang saya pilih tetapi saya merancang untuk merujuk kepada laluan ekspres supaya
profesion saya berupaya dinaikkan pangkat dengan lebih cepat melalui permohonan Guru
42
SAINS AMBILAN JUN 2019
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK
Cemerlang DG44 di Sekolah Rendah, Pensyarah Cemerlang DG48 dan Pensyarah
Cemerlang DG52 di Institut Pendidikan Guru (IPG).
Guru Guru Pensyarah Pensyarah Pensyarah
Pelaksana Penggerak Pembimbing Peneraju Pemikir
(DG41) (DG44) dan Mentor Perubahan Strategik
(DG48) (DG52) (DG54)
•Peningkatan •Peningkatan
amalan PdP kualiti •Membuat •Penambah- •Penyelidikan
•Coaching kaedah dan educated baikan pedagogi
strategi PdP guess berterusan PdP dan
•Menyumban semasa •Kursus penciptaan
g aktif dalam membimbing pengurusan inovasi
penyelidikan guru lain berkualiti •Merangka
tindakan dan reka bentuk
penciptaan program-
inovasi PdP program
pendidikan
sains
. Rajah 1: Pelan Pembangunan Profesionalisme Saya
2.1 Peringkat Permulaan: Guru Pelaksana (DG41)
Sebagai seorang guru pelaksana, saya akan memberikan fokus kepada peningkatan
amalan PdP saya. Amalan guru dalam merancang, melaksana dan mentaksir adalah obligasi
yang utama dalam proses PdP. Norshafinaz Abdul Sani dan Faridah Yunus (2018)
berpendapat bahawa amalan PdP guru dalam perancangan, pelaksanaan dan pentaksiran
perlu dipelbagaikan untuk memastikan perkembangan menyeluruh murid-murid. Muhammad
Hisyamuddin bin Kamarudin (2020) pula berpendapat bahawa amalan PdP guru abad ke-21
perlu menguasai kemahiran menaakul, merangka, berkolaborasi, menilai, berinovasi dan
membuat keputusan agar guru berupaya melahirkan generasi muda yang berdaya saing di
peringkat antarabangsa. Amalan PdP yang sesuai dengan arus abad ke-21 di samping
mencapai objektif adalah penting untuk merealisasikan kemenjadian murid. Cabaran yang
berkemungkinan berlaku ialah saya dikejut oleh realiti apabila mengajar di sekolah baharu
yang terdiri daripada murid-murid yang dinamik. Oleh itu, saya akan menyertai Program
43
SAINS AMBILAN JUN 2019
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK
Transformasi Minda (PTM) dan kursus pedagogi sebagai usaha menyesuaikan diri dalam
persekitan sekolah tersebut. Murid-murid yang dinamik merupakan sesuatu kekangan yang
besar bagi seseorang guru pelaksana yang baru menjejak kaki ke alam keguruan kerana guru
pelaksana perlu mengambil kira banyak pedagogi PdP, pendekatan dan gaya belajar murid-
murid yang berbeza demi mencapai pembelajaran berkesan seoptimum serta input
pembelajaran yang sama rata. Merujuk kepada matlamat ke-4 dalam Kemampanan Global
yang menekankan isu pedidikan berkualiti sepanjang hayat, sesuatu pengajaran yang
dirangka seharusnya memberi impak yang efektif kepada setiap murid. Sebagai guru
pelaksana, saya akan merancang PdP yang sesuai untuk setiap murid yang berlainan
keupayaan dan kecerdasan. Tamsilnya, Teori Kecerdasan Pelbagai Gardner menghuraikan
setiap individu mempuyai kelebihan kecerdasan yang berbeza dan kecerdasan tersebut
membantunya lebih mudah mempelajari sesuatu perkara yang baharu. Secara tidak
langsungnya, keprihatinan yang memenuhi kehendak murid-murid untuk menuntut
pengetahuan dan kemahiran berdasarkan kecerdasan atau kelebihan masing-masing
membuktikkan bahawa saya sebagai novis turut memastikan Hak Asasi Kanak-Kanak
diberikan keutamaan sepanjang proses pembelajaran murid.
Selain itu, saya juga akan menerima bimbingan daripada guru berpengalaman atau
coaching di sekolah yang ditempatkan. Inisiatif ini berupaya membantu saya menyesuaikan
diri dalam persekitaran sekolah mempunyai peraturan, pentadbiran, pengurusan dan
pengajaran yang tersendiri. Dalam usaha mendepani dengan halangan ini, saya juga akan
berpegang pada kod etika keguruan, sentiasa mengamalkan integriti, mematuhi peraturan
tatakelakuan dan tatatertib, dan Akta Pendidikan 1996, supaya tidak dikenakan hukuman
yang akan menjejaskan kenaikan pangkat Gred kelak. Hal ini demikian kerana saya berhasrat
untuk menggunakan laluan khas untuk menaik pangkat ke DG44 dari DG41 selepas tiga tahun.
Pendekatan ini memerlukan usaha saya untuk melanjutkan pelajaran Ijazah Sarjana
Pendidikan Sains Mod Cuti Sekolah agar penyelidikan yang dilaksanakan adalah lebih
lengkap dan sinkronis. Seterusnya, saya akan memohon Anugerah Guru Cemerlang dalam
subjek Sains dengan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Bahagian Pengurusan
Sumber Manusia Kementerian Pendidikan Malaysia. Syaratnya ialah PPP yang ingin
memohon guru cemerlang DG44 perlu mengajar subjek majornya, iaitu di sini ialah sains bagi
saya, selama tiga tahun terakhir berturut-turut dan berkhidmat tidak kurang empat tahun
dalam Gred DG41 (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2022).
44
SAINS AMBILAN JUN 2019
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK
Rajah 1: Syarat-syarat permohonan Guru Cemerlang bagi PPP DG44 dari DG41/DG42 di
Sekolah Rendah
Dengan ini, professionalisme keguruan dalam diri saya dapat dikembangkan apabila
menceburi ke dalam perkembangan kepakaran khususnya dalam bidang pendidikan sains.
Implikasinya ialah sumbangan saya terhadap perkembangan pendidikan sains dapat
memanfaatkan pendidik yang lain. Pengetahuan dan kemahiran berkaitan sains akan
diperluas dan dipertingkatkan sepanjang usaha meneroka amalan PdP sains yang baharu
selaras dengan matlamat ke-4 pendidikan berkualiti sepanjang hayat dalam Kemampanan
Global.
2.2 Peringkat Beraspirasi: Sebagai Penggerak (DG44)
Sebagai seorang guru penggerak, saya akan mengutamakan kualiti strategi PdP yang
dipraktikkan dalam kelas saya berdasarkan kefahaman dan tahap penguasaan murid-murid.
Demi menonjolkan profesionalisme dalam mendidik sains, kesesuaian cara-cara pengajaran
baharu perlu dikaji untuk menkonstruksi pembelajaran sains murid-murid secara disiplinari
atau interdisiplinari (Falk dan Dierking, 2019). Disiplinari menfokuskan pengajaran tradisional
yang merujuk kepada penggunaan sejenis kaedah sepanjang proses PdP, manakala
interdisiplinari melibatkan integrasi pelbagai kaedah yang menyerapkan unsur-unsur daripada
bidang-bidang yang berbeza. Oleh itu, kualiti sesuatu PdP boleh dikatakan berkait rapat
dengan strategi PdP yang teradun sebati dengan objektif pelajaran kerana kesinambungan
tersebut akan meningkatkan keberkesanan pembelajaran dalam kalangan murid-murid.
Cabaran yang mungkin didepani ialah saya perlu melaksanakan khidmat bimbingan dan
pementoran kepada guru baharu dalam berkongsi cadangan penambahbaikkan PdP mereka
justeru tanggungjawab sebagai seorang guru berpengalaman adalah lebih berat berbanding
dengan PPP dalam Gred sebelumnya. Saya juga perlu menguasai kemahiran penyelesaian
45
SAINS AMBILAN JUN 2019
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK
masalah PdP, terutamanya kaedah dan strategi PdP, menerusi amalan refleksi yang kritikal
dan relevan demi mencapai kemampanan global. Justifikasinya, kolaborasi dengan rakan
sejawat menyempurnakan tanggjungjawab sebagai seorang penggerak dalam menignkatkan
kualiti PdP, seperti memberi sokongan, cadangan, nasihat dan perkongsian idea kepada
guru-guru di peringkat permulaan (Wong et al., 2018). Tuntasnya, guru di peringkat
beraspirasi atau dikenali sebagai guru penggerak sewajarnya memikul tugas untuk berkongsi
profesionalismenya kepada guru di peringkat permulaan di samping berusaha membangun
kompetensi diri dalam mengintegrasikan kaedah atau strategi dalam PdP sains demi
pendidikan yang lebih berkualiti selaras dengan matlamat ke-4 dalam Kemampanan Global.
Selain itu, saya perlu berperanan aktif dalam menjalankan penyelidikan tindakan
terhadap professionalisme saya. Kebetulan untuk melakukan penyelidikan tindakan adalah
untuk menambahbaikkan perancangan, pelaksanaan dan pengajaran saya supaya imej
profesion keguruan dapat dipelihara kerana tindakan ini telah menunaikan harapan murid, ibu
bapa, rakan sejawat, masyarakat dan negara. Penyelidikan tindakan ini bukan sahaja dapat
meneliti kaedah dan strategi yang sesuai dengan murid-murid, usaha tersebut juga membantu
saya mencipta dan mengubahsuaikan inovasi PdP yang dihasilkan apabila mengajar subjek
sains di Sekolah Rendah. Penghasilan inovasi PdP merupakan sesuatu cabaran dalam
perkembangan profesionalisme keguruan kerana penciptaan tersebut perlulah mampu
menyelesaikan masalah PdP yang dihadapi. Selepas memartabatkan profesion keguruan
melalui penyelidikan tindakan, saya akan memohon untuk mengajar di Institut Pendidikan
Guru (IPG) sebagai pensyarah dan memohon Pensyarah Cemerlang dalam bidang
kepakaran pendidikan sains dengan syarat saya perlu mengajar bidang kepakaran tersebut
selama tiga tahun terakhir berturut-turut.
Rajah 2: Syarat-syarat permohonan Pensyarah Cemerlang bagi PPP DG48 dari DG44 di
Institut Pendidikan Guru
46
SAINS AMBILAN JUN 2019
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK
Natijahnya, saya akan menunjukkan kompetensi yang tinggi kerana mempunyai
motivasi untuk mengembangkan profesional dari guru di Sekolah Rendah kepada pensyarah
di IPG. Merujuk kepada Teori Kepuasan Kerja Herzberg et al. (1957), unsur pembangunan
peribadi dan profesional merupakan salah satu motivator secara intrinsik yang dapat
meningkatkan produktiviti kerja disebabkan kepuasan kerja yang mencukupi. Oleh hal yang
demikian, kepuasan kerja yang mantap membantu peningkatan kompetensi seseorang demi
memelihara imej ikhtisasnya.
2.3 Peringkat Kompeten: Pensyarah Pembimbing dan Mentor (DG48)
Sebagai pensyarah pembimbing dan mentor, saya akan mengamalkan nilai
professionalisme dengan melakukan sangkaan berpendidik (educated guess) mengenai isu-
isu tentang organisasi, peraturan dan pelaksanaan PdP. Ciri profesional tersebut kemudian
mendorong kepada penyeliaan dan bimbingan terhadap rakan sejawat lain terutamanya guru-
guru dalam Komuniti Pembelajaran Professional. Cabaran saya di peringkat kompeten ialah
saya perlu cekap terhadap analisis dan penilaian PdP sains serta perlu peka terhadap
cadangan penyelesaian masalah yang relevan berpandukan FPK. Hal ini demikian kerana
setiap keputusan yang saya lakukan menggambarkan imej profesionalisme kerjaya saya,
justeru keputusan yang mengecewakan akan mengurangkan kepercayaan daripada guru-
guru, pesyarah dan komuniti yang lain. Imej profesionalisme ini juga berkait rapat dengan
integriti yang unggul. Integriti yang tinggi bermaksud saya perlulah berkelakuan amanah, telus,
bertanggungjawab dan membimbing guru pelatih atau melayan rakan sejawat tanpa berberat
sebelah (INTAN, 2021). Tamsilnya, apabila diminta untuk menyemak atau mengesahkan
sesuatu dokumen berkaitan perancangan, pelaksanaan dan pengajaran, saya sewajarnya
memberi komen yang menunjukkan keluhuran etika serta ketinggian kepakaran dalam bidang
pendidikan sains. Hubungan dan pengaruh luaran tidak akan mempengaruhi keputusan saya
kerana keputusan yang mudah terjejas akan menyebabkan orang lain meragui pada
profesionalisme saya. Jelasnya, kualiti yang unggul ini merupakan etika yang penting dalam
memelihara imej profesion ini di peringkat kompeten.
47
SAINS AMBILAN JUN 2019
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK
Rajah 3: Syarat-syarat permohonan Pensyarah Cemerlang bagi PPP DG52 dari DG48
di Institut Pendidikan Guru
Selepas itu, saya akan memohon Pensyarah Cemerlang Gred DG52 kali kedua
dengan memenuhi syarat sudah mengajar bidang kepakaran pendidikan sains selama tiga
tahun terakhir berurut-turut dan tempoh perkhidmatan sepatutnya tidak kurang dua tahun
dalam DG48, bermula daripada tarikh pemangkuan Pensyarah Gred DG48. Perkembangan
kompetensi dalam profesionalisme dari DG48 kepada DG52 telah memastikan pembelajaran
berterusan telahpun menjadi satu amalan penting dalam kerjaya ini. Pembelajaran berterusan
ini juga mencapai matlamat ke-4 dalam Kemampanan Global yang mengutamakan
pendidikan berkualiti sepanjang hayat. Bagi target ke-7 dalam matlamat ke-4, UNDP
menyarankan semua pelajar dan pendidik menguasai pengetahuan dan kemahiran yang
diperlukan untuk mencapai pembangunan mampan dari pelbagai aspek seperti gaya hidup
mampan, hak asasi manusia, kesamarataan jantina, budaya harmoni, dan kewarganegaraan
global (UNDP, 2022). Tuntasnya, pensyarah pembimbing dan mentor mengaplikasi
pengetahuan dan pengalaman dahulu untuk membentuk pemahaman mengenai falsafah
pendidikan yang baharu. Pemahaman tersebut membolehkan pensyarah pembimbing dan
mentor melakukan sangkaan bependidik apabila menyelesaikan sesuatu masalah PdP.
2.4 Peringkat Profisien: Sebagai Peneraju Perubahan (DG52)
Sebagai pensyarah peneraju perubahan, saya akan bersungguh-sungguh meneroka
penambahbaikan dalam bidang pendidikan sains secara berterusan. Penambahbaikan
tersebut bukanlah semestinya perlu memperbaiki sesuatu yang tidak betul, tetapi juga meliputi
perubahan terhadap perancangan dan pelaksanaan kurikulum serta pedagogi PdP.
Perubahan tersebut adalah menambahbaikan amalan PdP guru dan meningkatkan
keberkesanan PdP. Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) merupakan satu
contoh yang berkaitan dengan aktiviti latihan, pembelajaran kendiri dan sesi pembelajaran
untuk menjamin kualiti produktiviti dan kompetensi berterusan dalam profesion ini (Wong et
al., 2018). Berdasarkan Pelan PPB yang ditetapkan oleh KPM, sebagai profesion yang
48
SAINS AMBILAN JUN 2019
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK
bertanggungjawab dalam meneraju perubahan, saya akan menyertai kursus pengurusan
berkualiti untuk memperoleh pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan strategi PdP
terkini agar saya mampu menyampaikan perubahan terkini kepada pensyarah, guru-guru
pelatih atau guru yang sedang mengajar. Cabaran yang berkemungkinan dihadapi ialah saya
perlu berhadapan dengan isu transformasi pendidikan negara. Hal ini demikian kerana apabila
saya menjawat PPP dalam DG52 dijangka pada tahun 2033, PPPM (2013-2025) serta
Program Transformasi Sekolah 2025 sudah dilepasi, justeru transformasi baharu akan muncul
untuk melonjakkan lagi sistem pendidikan negara. Walaubagaimanapun, transformasi yang
berlaku akan tertumpu pada teras-teras yang sama dengan tambahan teras-teras yang
baharu. Oleh itu, komitmen saya dalam perubahan pendidikan yang dirancang oleh KPM
adalah tugasan yang utal sebagai peneraju perubahan. Selain menerima perubahan tersebut,
saya perlu berkongsi pengetahuan dan kemahiran saya kepada rakan sejawat untuk
menggalak pembangunan bersama secara berterusan selaras dengan matlamat ke-4
Kemampanan Global. Seterusnya, saya akan memohon Pensyarah Cemerlang untuk menaik
Gred ke DG54 selepas mengajar pendidikan sains di IPG selama tiga tahun terakhir berturut-
turut seperti yang dirujuk di Rajah 4 di bawah.
Rajah 4: Syarat-syarat permohonan Pensyarah Cemerlang bagi PPP DG54 dari DG52 di
Institut Pendidikan Guru
2.5 Peringkat Strategis: Sebagai Pemikir Strategik (DG54)
Sebagai pensyarah yang mencapai pada peringkat strategis, saya perlu bertindak
seperti pemikir strategik dalam bidang pendidikan sains. Saya perlu menunjukkan kepakaran
saya dalam pengkhususan saya seperti pengurusan, perancangan dan pelaksanaan
pendidikan sains. Sumbangan saya dalam penyelidikan pedagogi PdP dan penciptaan inovasi
berkaitan pendidikan sains berupaya mendorong pembelajaran murid lebih efektif dan
menjurus kepada matlamat FPK serta membentuk anak bangsa yang menyeluruh dari enam
49
SAINS AMBILAN JUN 2019
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK
aspirasi murid dalam konteks PPPM (2013-2025). Ilminza Zakaria et al. (2021) membuktikan
profesionalisme keguruan mempunyai hubungan positif yang signifikan dengan kemenjadian
murid yang mengapai enam aspirasi murid dalam PPPM (2013-2025). Jelasnya,
pembangunan profesionalisme pada peringkat strategis perlu sedar dengan peranannya
untuk memantapkan lagi pedagogi PdP serta amalan nilai profesionalisme guru-guru di
sekolah rendah.
Cabaran yang berkemungkinan dihadapi ialah cabaran Revolusi Industri pada masa
hadapan. Kini, Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) mengambil perhatian dalam pelbagai bidang di
peringkat global dan sedang beranjak ke Revolusi Industri 5.0 (IR5.0) secara perlahan-lahan.
IR4.0 diliputi dengan pengenalan digitalisation atau dengan kata lain, perisian bersambung
dengan teknologi kecerdasan buatan untuk membuat kerja dengan sistem data pengekodan
yang telah diautomasikan, manakala IR5.0 mengutamakan personalisation atau dengan kata
lain, meletakkan balik manusia yang memperoleh kemahiran tambahan untuk tugasan
tertentu di samping diterap robot-robot berkolaboratif demi memenuhi permintaan peribadi
pelanggan secara besar-besaran (Rossi, 2018). Idea yang futuristik ini masih belum
mendapat satu gambaran yang jelas kerana terdapat pendapat bersuara bahawa kedudukan
IR4.0 di Malaysia belum lagi kukuh, justeru lebih baik kita memberikan fokus kepada cabaran
IR4.0 dahulu (TheStar, 2021). Namun demikian, Profesor Ho menyatakan transformasi digital
dalam era IR5.0 akan menumpukan integrasi antara kreativiti manusia dengan teknologi pintar
beralgoritma (TheStar, 2022). Menurut beliau, keativiti tersebut dapat dipupuk melalui strategi
penerokaan pengetahuan melalui masalah seperti pembelajaran berasaskan masalah dan
pembelajaran berasaskan projek. Oleh itu, sebagai pemikir strategis, saya akan merangka
reka bentuk program-program pendidikan sains yang menggalakkan penjanaan kreativiti
dalam kalangan murid-murid. Usaha proaktif ini adalah selaras dengan matlamat ke-9 dalam
Kemampanan Global yang mengutamakan pembangunan industri, inovasi dan infrastruktur
di negara sedang membangun. Berdasarkan target ke-7 dalam matlamat ke-9, UNDP (2022)
menyarankan pembangunan teknologi domestik, penyelidikan dan inovasi dilaksanakan di
negara sedang membangun demi menambah niali komoditi kepada ekonomi negara dan
antarabangsa. Oleh itu, saya seharusnya memahami polisi-polisi dan dasar-dasar negara
serta negara-negara luar agar saya berupaya menjalankan penyelidikan dan inovasi
pengkhususan dalam pendidikan sains yang berstrategik untuk melahirkan murid-murid yang
kreatif serta mampu bersaing di dunia bercorak teknologi tinggi.
50
SAINS AMBILAN JUN 2019
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK