3.0 Kesimpulan
Pembangunan profesionalisme berterusan (PPB) merupakan sesuatu obligasi yang
perlu dilaksanakan oleh setiap PPP di Malaysia. Pelan pembangunan profesionalisme diri
ialah satu perancangan awal bagi setiap PPP dalam membangunkan Gred kerjayanya melalui
laluan-laluan PdP, kepimpinan dan kepakaran. Oleh itu, saya telah mengambil keputusan
untuk merujuk kepada Enam Peringkat Perkembangan Guru dan bermula dari DG41 (Guru
Pelaksana), DG44 (Guru Penggerak & Pensyarah penggerak), DG48 (Pensyarah
Pembimbing dan Mentor), DG52 (Pensyarah Peneraju Perubahan) dan berhenti pada DG54
(Pensyarah Pemikir Strategis) tanpa menaik Gred ke JUSA. Saya akan melanjutkan Ijazah
Sarjana Pendidikan Sains Mod Cuti Sekolah sambil melaksanakan penyelidikan tindakan
pada peringkat permulaan dan berkhidmat tidak kurang empat tahun serta mengajar subjek
sains selama tiga tahun terakhir berturut-turut untuk memohon Guru Cemerlang yang
berupaya menaik Gred ke DG44 pada peringkat beraspirasi. Selepas itu, saya akan
meneruskan penyelidikan tindakan saya untuk menambahbaikkan kaedah dan strategi PdP
dalam subjek sains di Sekolah Rendah dan memohon menjadi pensyarah di IPG. Seterusnya,
saya akan berperanan sebagai pensyarah yang proaktif dalam penciptaan inovasi, kaedah
dan strategi PdP selama tiga tahun berturut-turut bagi subjek pendidikan sains untuk
memohon Pensyarah Cemerlang yang melonjak Gred ke DG48. Pada peringkat kompeten,
saya akan berperanan sebagai pensyarah pembimbing dan mentor dan perlu mahir dalam
membuat sangkaan berpendidik serta menyelia guru-guru di peringkat permulaan dan
beraspirasi. Selepas mengajar subjek pendidikan sains selama tiga tahun berturut-turut, saya
memohon lagi menjadi Pensyarah Cemerlang yang mengembangkan Gred profesion saya ke
DG52 pada peringkat profesion. Saya akan bertindak sebagai peneraju perubahan dalam
menambahbaikkan pedagogi PdP sains yang semakin kurang relevan dengan keberkesanan
dan kualiti pembelajaran murid. Untuk melonjak ke Gred DG54 pada peringkat strategis, saya
juga perlu mengajar bidang kepakaran pendidikan sains selama tiga tahun berturut-turut dan
memohon Pensyarah Cemerlang DG54. PPB ini turut mempamerkan ciri profesional yang
bertanggungjawab dalam merealisasikan matalamat-matlamat dan target-target dalam
Kemampanan Global UNDP.
51
SAINS AMBILAN JUN 2019
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK
RUJUKAN
Bahagian Pendidikan Guru. (2016). Dokumen awal pelan induk pembangunan profesionalisme
keguruan. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Falk, J. H. Dan Dierking, L. D.(2019). Reimagining public science education: the role of lifelong free-
choice learning. Disciplinary and Interdisciplinary Science Education Research, 1 (10): 1-8.
https://diser.springeropen.com/articles/10.1186/s43031-019-0013-x
Herzberg, F., Mausner, B., Peterson, R. O. Dan Capwell, D. F. (1957). Job attitudes: review of
research and opinion. Pittsburgh: Psychological Service of Pittsburgh.
Ilminza Zakaria, Jeffri Mat Yasin @ Mat Yaman, Mohamed Yusoff Mohd Nor dan Bity Salwana Alias.
(2021). Hubungan dan pengaruh profesionalisme guru terhadap kemenjadian murid di
sekolah menengah Negeri Sembilan. ASEAN Comparative Education Research Journal on
Islam and Civilization (ACER-J), 4 (2): 112 – 128.
INTAN. (2021). Etika perkhidmatan awam. Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam Negara.
Kementerian Pendidikan Malaysia. ‘Urusan pemangkuan pengawai perkhidmatan pendidikan (PPP)
sebagai guru cemerlang di sekolah, kolej vokalsional, Institut Aminuddin Baki, kolej Matrikulasi,
English Language Teaching Centre dan pensyarah cemerlang di Institut Pendidikan Guru
secara khas untuk menyandang di Kementerian Pendidikan Malaysua Tahun 2022.’ 2022.
Kementerian Pendidikan Malaysia, Putrajaya. Skrip taip. Iklan GCPC 2022.
https://www.moe.gov.my/images/KPM/UKK/2020/02_Feb/IKLAN_GCPC_2020.pdf. Dilayari
pada 22 September, 2022.
Menter, I. dan Flores, M. A. (2021). Teacher education, teacher professionalism and research:
international trends, future directions. European Journal of Teacher Education, 44 (1): 1 – 4.
https://doi.org/10.1080/02619768.2020.1850550
Mohd Aziz Mohd Din. (2021). Tangani isu kekurangan guru bukti ketelusan KPM. Berita Harian.
Dipetik daripada https://www.bharian.com.my/rencana/minda-
pembaca/2021/06/833846/tangani-isu-kekurangan-guru-bukti-ketelusan-kpm
Muhammad Hisyamuddin bin Kamarudin. (2020). Amalan pengajaran dan pembelajaran abad ke-21
guru-guru pendidikan Islam daerah Cameron Highlands, Pahang [Pembentangan atas talian].
Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan ke-5 (PASAK5 2020).
http://conference.kuis.edu.my/pasak5/images/eprosidingpasak2020/077_ID112_AMALAN_P
ENGAJARAN_DAN_PEMBELAJARAN_ABAD_KE-21__GURU-
GURU_PENDIDIKAN_ISLAM_DAERAH_CAMERON_HIGHLANDS_PAHANG.pdf
52
SAINS AMBILAN JUN 2019
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK
Muhammad Zulsyamini Sufian Suri. (2021, Mac 21). KPM kaji ‘trend’ guru bersara awal. Berita Harian.
Dipetik daripada https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/03/936708/kpm-kaji-
trend-guru-bersara-awal
Norshafinaz Abdul Sani dan Faridah Yunus. (2018). Amalan perancangan, pelaksanaan dan
pentaksiran dalam proses pengajaran dan pembelajaran pranumerasi di tadika swasta. Jurnal
Pendidikan Malaysia, 42 (2): 101-110. doi: http://dx.doi.org/10.17576/JPEN-2018-43.02-10
PADU. (2020). Laporan Tahunan 2020. Dipetik daripada https://www.padu.edu.my/ar2020/
Rossi, B. (2018, Mac 7). What will Industry 5.0 mean for manufacturing? Dipetik daripada
https://www.raconteur.net/manufacturing/manufacturing-gets-personal-industry-5-0/
Sayed Hesham Idris. (2022, Ogos 25). Pengambilan guru ditambah. Utusan Malaysia. Dipetik
daripada https://www.utusan.com.my/terkini/2022/08/pengambilan-guru-ditambah/
TheStar. (2021, Mac 23). An Orwellian future or humane IR5.0? Dipetik daripada
https://www.thestar.com.my/opinion/letters/2021/03/23/an-orwellian-future-or-humane-ir50
TheStar. (2022, Julai 6). Creativity, education and learning beyond IR4.0. Dipetik daripada
https://www.thestar.com.my/starpicks/2022/07/06/creativity-education-and-learning-beyond-
ir40
UNDP. (2022). What are the sustainable development goals? Dipetik daripada
https://www.undp.org/sustainable-development-
goals?utm_source=EN&utm_medium=GSR&utm_content=US_UNDP_PaidSearch_Brand_
English&utm_campaign=CENTRAL&c_src=CENTRAL&c_src2=GSR&gclid=Cj0KCQjw1bqZ
BhDXARIsANTjCPKggVBkt7BQLzcheSyWlObENr4tj4Y_JvUDnLeGrR7eBl0WYfsaCn4aAu1
YEALw_wcB
Wong, K. W., Noriati A. Rashid dan Boon, P. Y. (2018). Asas kepimpinan dan pembangunan
profesionalisme guru (Edisi kedua). Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
53
SAINS AMBILAN JUN 2019
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK
1.3 Contoh Tugasan Penulisan Akademik (Ling Nguik Leong)
1.0 Pengenalan
Kerjaya guru merupakan suatu kerjaya yang disanjung tinggi dan dihormati oleh masyarakat di
mana guru diiktiraf sebagai human engineer yang melahirkan masyarakat celik huruf turut memberi
sumbangan dalam menyediakan tenaga demi pembangunan negara. Menurut Wong, Noriati dan
Boon (2018), kerjaya guru ini turut dianggap sebagai suatu profesional apabila guru memperoleh
pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan melalui latihan semasa dalam institut pengajian,
sentiasa meningkatkan profesionalisme keguruan melalui pelbagai cara, komited kepada klien dan
mempunyai kuasa autonomi membuat keputusan dalam bilik darjah.
Namun, bidang keguruan ini sering melalui perubahan samada perubahan dalaman ataupun
luar profesional terutamanya pada era transformasi pendidikan abad ke-21 ini. Di mana hakiki
seseorang guru adalah lebih luas berbanding dahulu kerana bukan sahaja tertumpu pada
tanggungjawab penyampaian ilmu malang turut perlu mengembangkan potensi murid, menyediakan
murid bersedia menghadapi perubahan dan cabaran global. Ini turut disokong oleh Hassan dan Musa
(2020), menyatakan bahawa guru turut berperanan sebagai agensi melahirkan para murid yang
seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual di mana selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK). Oleh itu, pembangunan profesionalisme keguruan berterusan
menjadi satu keperluan dalam usaha memantapkan keupayaan pegawai perkhidmatan pendidikan
(PPP) dalam pelaksanaan tugas secara cekap dan berkesan pada setiap peringkat kerjaya (KPM,
2016a) serta melahirkan guru yang berjiwa pendidik memacu matlamat pembangunan mampan.
Dengan ini, suatu pelan pembangunan kendiri dan kerjaya telah disediakan untuk mencapai matlamat
tersebut.
2.0 Pelan Pembangunan Diri dan Kerjaya
Bagi memastikan pembangunan profesionalisme berterusan dalam keguruan untuk melahirkan
guru yang lebih berkualiti juga merealisasikan anjakan ke-4 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2013 – 2025 (KPM, 2013), sebuah pelan yang dikenali sebagai Pelan
Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPPB) telah dibangunkan. Berpandukan PPPB ini, saya
telah merancangkan sebuah pelan pembangunan diri dan kerjaya mengikut peringkat-peringkat
perkembangan kerjaya dalam Pelan Induk Pembangunan Profesionalisme Keguruan (PIPPK)
berdasarkan lima peringkat Perkembangan Guru (Trotter, 1986) seperti berikut:
54
SAINS AMBILAN JUN 2019
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK
Rajah 1: Pelan pembangunan diri dan kerjaya mengikut setiap peringkat.
55
SAINS AMBILAN JUN 2019
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK
2.1 Pelaksana (DG41) – Guru Permulaan
Rajah 2: Ringkasan pelan pembangunan diri dan kerjaya pada peringkat DG41.
Pada peringkat ini, saya digelar sebagai guru novis kerana baru sahaja ditempatkan di alam
pengajaran dan pembelajaran yang sebenar dan dalam peringkat menyelamatkan diri (survival)
kerana berada dalam keliru, cemas dan tidak pasti tentang tuntutan kerjaya seorang guru. Maka,
saya akan menghadapi masalah dalam menyesuaikan diri dengan realiti bilik darjah, sekolah
mahupun tugasan. Hal ini demikian kerana guru novis mengalami peralihan yang rumit daripada
Institut Pendidikan Guru kepada kehidupan sebenar di kelas (Senom, Zakaria, & Ahmad Shah, 2013),
status mereka pula beralih daripada seorang pelajar kepada guru. Antara masalah menyesuaikan diri
adalah seperti menyesuaikan diri dengan budaya sekolah, menyesuaikan teori yang dipelajari ke
dalam bilik darjah sebenar (Saidun, Tahir & Musah, 2015), menyesuaikan diri dengan rutin kerja guru
dan lain-lain. Maka ini akan memberi kesan yang buruk terhadap keberhasilan murid kerana guru
yang sepatutnya menyampaikan ilmu pengetahuan atau pemuda cara belum bersedia diri. Keadaan
ini turut menjejaskan prestasi guru novis pada peringkat awal (Saidun, Tahir & Musah, 2015)
sehingga tidak mampu mencapai tahap yang dikehendaki oleh pihak sekolah.
Bagi mengatasi masalah yang dihadapi ini, saya akan meminta untuk mendapatkan guru
mentor dengan pihak sekolah untuk membimbing saya dan membatu saya dalam mengadaptasikan
diri dalam kehidupan sekolah sebenar secepat mungkin dan turut mengikuti Program Pembangunan
56
SAINS AMBILAN JUN 2019
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK
Guru Baharu (PPGB) serta Program Transformasi Minda (PTM). Hal ini demikian kerana
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) amat memberi penekanan dalam keperluan pementoran
kepada guru novis yang baru memulakan perkhidmatan di sekolah (Marjonet, Ah & Omar, 2020).
Dengan hasrat PPGB mampu menyokong pembangunan profesionalisme berterusan guru baharu
dengan meletakan guru mentor yang berpengalaman kepada mereka (KPM, 2015). Saya juga akan
kerap menghadiri kursus yang memberi peluang pembelajaran sepanjang hayat untuk semua ke
arah kemampanan global iaitu berkaitan dengan pedagogi pengajaran abad ke-21 (PAK21)
mahupun program Professional Learning Community (PLC) untuk meningkatkan profesional
keguruan saya serta lebih bersedia dengan pengajaran pada abad ke-21. Program-program yang
sedemikian turut menggalakkan komunikasi antara guru untuk saling menukar pengalaman.
Bukan itu sahaja, sebagai pelaksana, saya akan melaksanakan tugas dan tanggungjawab
yang menyampaikan kandungan kurikulum dengan pelbagai pedagogi untuk mencapai hasil
pembelajaran yang berkesan. Semasa melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan, saya akan
melayan semua anak murid dengan adil tanpa mengira latar belakang mereka supaya memastikan
pendidikan berkualiti dan saksama untuk mencapai kemampanan global. Ini turut selaras
dengan kod etika keguruan di mana guru hendaklah mendidik dan mengambil tindakan secara adil
tidak mengira bangsa, agama, warna kulit, jantina, bahasa, kepercayaan politik, tempat asal,
keturunan, intelek, akademik dan status lain (Mamat e tal, 2018). Sahsiah guru yang berkelakuan adil,
bersikap terbuka menerima kepelbagaian murid ini turut boleh mempengaruhi murid membentuk
sahsiah yang baik.
Setelah berkhidmat selama 4 tahun di peringkat DG41, saya berhasrat memohon menjadi
guru cemerlang dalam subjek Sains agar boleh menaikan pangkat ke DG44 tanpa mengikut time
based. Oleh itu, saya perlu pastikan diri memenuhi syarat permohonan guru cemerlang seperti berikut:
Rajah 3: Syarat permohonan guru cemerlang bagi guru DG41 ke DG44. (KPM, 2021).
57
SAINS AMBILAN JUN 2019
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK
2.2 Penggerak (DG44) – Guru Beraspirasi
Rajah 4: Ringkasan pelan pembangunan diri dan kerjaya pada peringkat DG44.
Pada peringkat ini, saya mampu menyelesaikan masalah dan melaksanakan tugas dan
tanggungjawab dengan penyeliaan dan bimbingan yang minimum. Saya berhasrat melanjutkan
pembelajaran ke peringkat ijazah sarjana pendidikan sains mod separuh masa pada peringkat ini
untuk melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang terkini berkualiti. Lanjutan pembelajaran
dibuat pada peringkat ini kerana saya ingin memberi masa kepada diri untuk menyesuaikan dengan
persekitaran sekolah dan tugasan sebagai seorang guru dahulu pada gred sebelum ini. Pemilihan
mod separuh masa ini pula adalah untuk memastikan tidak menganggu tanggungjawab utama saya
sebagai seorang guru dan mematuhi kod etika keguruan bahawa guru mempunyai
tanggungjawab utama terhadap murid melebihi kepentingan peribadi pada masa yang sama
saya turut boleh meningkatkan ilmu pengetahuan diri. Maka ini memerlukan saya mempunyai disiplin
yang sangat tinggi dan pengurusan masa yang amat cekap supaya dapat mengagihkan masa
antara tugasan dan pembelajaran saya. Semasa melanjutkan pembelajaran, saya berhasrat ingin
menjalankan kajian tindakan terhadap isu dan masalah semasa proses pengajaran dan
pembelajaran (PdP). Hasil kajian ini boleh membantu dalam penambahbaikan pelaksanaan PdP
saya mahupun rakan sejawat pada masa akan datang.
Walaupun saya telah digelar sebagai guru cemerlang, tetapi saya masih tidak dapat
menyumbang terhadap sekolah sendiri atas beberapa faktor. Antaranya adalah pada permulaan
58
SAINS AMBILAN JUN 2019
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK
peringkat ini, saya lebih fokus pada pelajaran saya di peringkat ijazah sarjana berbandingan dengan
memberi sumbangan terhadap sekolah. Oleh itu, saya mengambil inisiatif untuk melatih murid
menyertai pertandingan terutamanya dalam bidang Science, Technology, Engineering, and Math
(STEM) dalam peringkat sekolah, daerah mahupun ke peringkat yang lebih tinggi lagi untuk
memperjuangkan nama sekolah. Pertandingan STEM ini turut boleh mengaplikasikan elemen
rentas kurikulum terhadap murid mahupun pada saya sendiri. Dalam proses penyertaan
pertandingan juga, bukan sahaja murid yang mengembangkan kemahiran dan potensi serta
mengamalkan elemen 6C mereka malang saya yang sebagai guru turut boleh menggunakan
elemen 6C dan mempelajari sesuatu.
Bukan itu sahaja, saya akan terus aktif dalam menghadiri kursus-kursus yang dianjurkan
seperti kursus penyelidikan, kursus penggunaan teknologi baru seperti Program Pendidikan
Pensijilan Google supaya mampu menguasai pendidikan dalam penggunaan produk dan perisian
Google bagi menyokong keberkesanan PdP dan keberhasilan murid (Asri, 2021). Ini turut menjadi
merupakan ciri yang perlu ada pada guru abad ke-21 di mana perlu celik kemahiran Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (TMK). Pada peringkat ini, saya lebih fokus pada memperkayakan diri
dengan ilmu pengetahuan. Setelah 4 tahun berada di DG44, saya berhasrat membuat permohonan
terus menjadi guru cemerlang dalam subjek sains dengan menepati syarat-syarat berikut:
Rajah 5: Syarat permohonan guru cemerlang bagi guru DG44 ke DG48. (KPM, 2021)
59
SAINS AMBILAN JUN 2019
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK
2.3 Pembimbing (DG48) - Kompeten
Rajah 6: Ringkasan pelan pembangunan diri dan kerjaya pada peringkat DG48.
Pada peringkat DG48 ini, saya akan sebagai pembimbing di mana kecuali melaksanakan
tugas utama dalam penyampaian PdP, saya turut berperanan dalam memberi khidmat bimbingan
dan mentor mahupun khidmat kepakaran kepada rakan sejawat (KPM, 2016b). Hal ini demikian
kerana pada peringkat ini saya telah dianggap sebagai educated guide. Maka, saya turut akan
meminta menjadi ketua panitia bagi subjek sains di sekolah.
Bukan itu sahaja, saya turut akan mula menghasilkan karya, buku mahupun modul supaya
menyebarkan ilmu pengetahuan yang ada pada saya kepada golongan yang lebih besar malang
bermanfaat kepada mereka. Pada masa yang sama, saya akan mula menyertai pertandingan
inovasi supaya menjadi inspirasi kepada rakan sejawat meningkatkan profesionalisme keguruan
mereka. Dengan sebagai ketua panitia sains, saya akan lebih mudah membudayakan inovasi
dalam kalangan komuniti guru supaya mereka turut berinovasi, kritis dan kreatif dalam melaksanakan
PdP terutamanya dalam subjek sains.
Saya turut akan menggunakan dan menggalakkan rakan sejawat menggunakan pedagogi
pembelajaran berasaskan masalah (Problem-based learning) dalam mengajar sains supaya
60
SAINS AMBILAN JUN 2019
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK
meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) murid (Salleh & Harun, 2019). Contohnya dalam
mengajar topik berkaitan dengan haba, boleh mencipta suatu masalah atau situasi kepada murid di
mana didapati makanan yang baru siap dimasak cepat menjadi sejuk dan turut membimbing murid
menganalisis situasi ini berkait dengan konsep pemindahan tenaga serta memikir cara
menyelesaikannya. Ini turut menjadi satu usaha dalam menyumbang peningkatan pencapaian
murid dalam Trends in Mathematics and Science Study (TIMSS) yang mengemukakan soalan-
soalan KBAT. Dengan ini boleh mengurangkan ketidaksamaan dalam dan antara negara untuk
mencapai kemampanan global.
Namun, daripada tugasan yang pelbagai ini, saya mungkin akan berasa membebankan dan
stress sehingga menghilangkan keyakinan terhadap diri sendiri. Ini disokong oleh Mohd Anwar
(2018), menyatakan bahawa 4.4 peratus yang selaras dengan 2123 daripada 48258 guru dikenali
mengalami stress pada tahap sederhana tinggi akibat daripada pelbagai isu seperti bebanan tugas
dan tidak dilatih untuk menangani stress. Oleh itu, di samping melaksanakan tugas dan memberi
sumbangan terhadap sekolah, saya turut akan mengambil berat terhadap emosi sendiri supaya
menjadi teladan baik kepada murid selaras dengan kod etika guru dan memamerkan profesional
sebagai seorang guru.
Pada peringkat ini, saya turut menentukan dua target iaitu menjadi guru cemerlang selepas
4 tahun berkhidmat pada peringkat DG48 dan akan membuat persediaan dan permohonan untuk
menjadi guru penolong kanan pada peringkat seterusnya iaitu DG52 dengan memastikan saya
memenuhi syarat-syarat permohonan yang telah ditetapkan oleh KPM (rujuk Lampiran 1).
61
SAINS AMBILAN JUN 2019
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK
2.4 Peneraju Perubahan (DG52) – Profisien
Rajah 7: Ringkasan pelan pembangunan diri dan kerjaya pada peringkat DG52.
Pada peringkat ini saya akan digelar sebagai peneraju perubahan dengan sebagai pakar
rujuk, mentor atau pembimbing dengan mempunyai kebolehan untuk merancang serta
melaksanakan penambahbaikan berterusan dalam bidang tertentu (KPM (b), 2016). Saya juga
akan sebagai penolong kanan pentadbiran (GPKP) yang bakal membantu Guru Besar dalam aspek
perancangan dan pengurusan sekolah, membantu Guru Beser dalam menyelia dan menilai proses
pengajaran mahupun menjalankan tugas Guru Besar semasa ketiadaannya. Bidang tugas saya
sebagai PKP merangkumi kurikulum, pengurusan, pembangunan diri pelajar, pembangunan
organisasi dan pembangunan kendiri. Maka saya akan melaksanakan tugas dan tanggungjawab
dengan jujur dan amanah selaras dengan Perkara 4: 2(f) dan 2(g) dalam Peraturan-peraturan
Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
Apabila berada di peringkat pemimpin, cabaran yang akan dihadapi ialah ketidakpatuhan
atau ketidakselesaan guru terhadap arahan pemimpin. Maka ini akan menyebabkan
pertelingkahan antara pihak pentadbir dengan para guru. Oleh itu, sebagai PKP saya berperanan
membangunkan standard kualiti pentadbiran sekolah yang disenangi oleh para guru dengan
62
SAINS AMBILAN JUN 2019
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK
mengagihkan bidang tugas berdasarkan kekuatan dan kelemahan guru supaya mereka berkeyakinan
dan mampu menyiapkan tugas serta mendapat kepuasan. Pada masa yang sama, saya perlu
mencipta suasana yang harmonis untuk membangunkan hubungan yang baik antara rakan
sejawat. Misalnya, aktiviti team building bagi kakitangan sekolah boleh diadakan supaya
mengeratkan lagi hubungan kakitangan sekolah.
Bukan itu sahaja, untuk memastikan kemajuan bersama rakan sejawat demi
menambahbaikkan pembelajaran murid, saya akan berusaha mencipta suasana yang motivasi
seperti mengadakan sesi perkongsian atau perbincangan peringkat sekolah turut mencapai
matlamat keempat dalam kemanpanan global iaitu memastikan pendidikan berkualiti inklusif dan
saksama dan menggalakkan peluang pembelajaran sepanjang hayat untuk semua. Dengan ini, guru
yang mempunyai amalan baik atau amalan yang berkesan boleh mengongsikan dengan guru lain
maka guru boleh menggunakan kemahiran mengajar yang profesional dan penyampaian dalam kelas
sendiri. Dengan ini, boleh menyemaikan elemen 6C pada guru. Sebagai usaha lanjutan, pemantau
yang berterusan akan diadakan supaya membantu guru yang kurang berkemampuan boleh
mencapai keberkesanan pembelajaran yang diingini.
Usaha dalam menghasilkan karya dan sebagainya turut akan dikekalkan pada peringkat
ini. Pada peringkat ini, saya lebih fokus dalam menguruskan pentadbiran sekolah supaya membuat
persediaan permohonan jadi Guru Besar pada peringkat seterusnya. Dengan ini, saya akan cuba
sebaik mungkin dalam membelajar menguruskan pentadbiran sekolah dan memastikan saya
mematuhi syarat permohonan Guru Besar serta mengikuti Program Kelayakan Profesional
Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) (rujuk Lampiran 2) yang dikeluarkan oleh Institut
Aminudin Baki (IAB) yang merupakan pra syarat menjadi seorang Guru Besar.
63
SAINS AMBILAN JUN 2019
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK
2.5 Pemikir Strategik (DG54) – Strategis
Rajah 8: Ringkasan pelan pembangunan diri dan kerjaya pada peringkat DG54.
Pada peringkat ini, saya merupakan pemikir strategik yang bertanggungjawab dalam
memiliki kepakaran khusus dan kebolehan mengurus secara cekap dan berkesan. Saya juga
telah menjadi Guru Besar di sebuah sekolah rendah di mana bertanggungjawab untuk menetapkan
hala tuju ke arah mencapai matlamat dan hasrat sekolah serta FPK. Sepanjang pemegang jawatan
sebagai Guru Besar, saya akan melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan mematuhi segalah
perkara dalam Akta Pendidikan 1996 serta Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan
Tatatertib) 1993.
Sebagai seorang Guru Besar, saya mempunyai impian dan harapan yang cukup besar dalam
menyumbang kepada pendidikan di Malaysia. Di mana, saya berhasrat sekolah saya boleh diiktiraf
sebagai sekolah kluster kecemerlangan (SKK) pada suatu hari nanti sebagai satu usaha
mencapai matlamat ke-10 dalam kemampanan global iaitu mengurangkan ketidaksamaan dalam
dan antara negara. Hal ini demikian kerana SKK boleh melonjakkan kecemerlangan sistem
pendidikan negara menerusi kluster masing-masing dan sejajar dengan hasrat PPPM 2013-2025
(KPM, 2016c). Maka, saya akan cuba memastikan sekolah saya memenuhi kriteria pengiktirafan
64
SAINS AMBILAN JUN 2019
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK
sebagai SKK seperti dalam Lampiran 3.Dengan ini, dari aspek akademik, saya akan menggalakkan
guru menerapkan elemen 6C, elemen rentas kurikulum, elemen KBAT dan menggunakan
pengajaran abad ke-21 dalam pelaksanaan PdP supaya meningkatkan hasil keberkesanan murid.
Dari aspek kokurikulum pula, saya akan memberi sokong dan galakkan kepada murid untuk
menyertai pertandingan yang mampu mengharumkan nama sekolah.
Namun, sebagai seorang guru besar mahupun dalam usaha ke SKK saya bakal menghadapi
beberapa cabaran. Menurut Abd Razak, Piaw dan Sumintono (2021), antara cabaran yang dihadapi
oleh Guru Besar sekolah rendah ialah pengurusan sumber manusia di mana mempunyai isu
kekurangan guru opsyen, cabaran peruntukkan prasarana dan sumber serta cabaran dalam
membentuk iklim sekolah yang positif akibat daripada sikap dan prestasi murid dan komitmen
guru serta sokongan ibu bapa.
Walaupun hasrat mendapat SKK bukan suatu perkara yang senang, tetapi saya akan cuba
sebaik mungkin untuk memastikan hasrat ini dicapai demi menyumbang kecemerlangan dalam
sistem pendidikan Malaysia. Hal ini demikian kerana menurut Ghazali (2019), sesebuah sekolah yang
cemerlang banyak bergantung kepada kepimpinan seseorang pengetua atau guru besar kerana
ketua memainkan peranan yang sangat penting dalam menguruskan sesebuah organisasi dengan
menentukan matlamat dan hal tuju.
3.0 Penutup
Secara keseluruhannya, sebagai seorang guru, saya perlu sentiasa memastikan Wajaran
Markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) atau Penilaian Bersepadu Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) sekurang-kurangnya 80% dan bebas daripada tindakan
tatatertib supaya berpeluang dinaikkan pangkat ke peringkat seterusnya. Pada abad ke-21 ini adalah
penting memiliki ciri profesional keguruan serta merancang satu pelan pembangunan diri yang
sebagai satu hala tuju juga dorongan kepada diri sendiri untuk menjejak langkah dalam kerjaya guru.
Perancangan yang menyeluruh ini mampu melahirkan guru berjiwa pendidikan dari semasa ke
semasa demi memacukan matlamat pembangunan mampan. Walaupun pada setiap peringkat bakal
menghadapi pelbagai cabaran, tetapi tiada alasan untuk kita yang digelar sebagai guru melarikan diri
daripada berhadapan dengan cabaran. Hal ini demikian kerana sistem pendidikan di negara kita amat
bergantung kepada para guru.
65
SAINS AMBILAN JUN 2019
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK
RUJUKAN
Abd Razak, Q., Piaw, C. Y., & Sumintono, B. (2021). Cabaran Kepimpinan Instruksional Guru
Besar Sekolah Rendah Di Bandar Dan Luar Bandar Di Sandakan, Sabah. JuPiDi: Jurnal Kepimpinan
Pendidikan, 8(4), 1-19.
Asri, S. (2021). Perkasa Guru Era Pembelajaran Digital. Harian Metro. Dipetik daripada
https://www.hmetro.com.my/akademia/2021/08/737627/perkasa-guru-era-pembelajaran-digital
Ghazali, H. (2019). Kecemerlangan sesebuah sekolah banyak bergantung pada peranan
pentadbiran pengetua.
Hassan, M. A. A., & Musa, K. (2020). Tahap profesionalisme guru sekolah kebangsaan di
Semenanjung Malaysia. Management Research Journal, 9(2), 37-45.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan
Guru Baharu (PPGB) 2015. Putrajaya: Bahagian Pendidikan Guru.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 –
2025. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016a). Dokumen Awal Pelan Induk Pembangunan
Profesionalisme Keguruan. Putrajaya: Bahagian Pendidikan Guru.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016b). Dokumen Awal Deskripsi Tugas Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan (Laluan Pengajaran & Pembelajaran dan Kepimpinan). Putrajaya:
Bahagian Pendidikan Guru.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016c). Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan
Malaysia Bilangan 10 Tahun 2016. Pengoperasian dan Penjajaran Semula Sekolah Kluster
Kecemerlangan (SKK).
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2021). Urusan Pemangkuan Pegawai Perkhidmatan
Pendidikan (PPP) sebagai Guru Cemerlang di Sekolah, Kolej Vokasional, Institut Aminuddin Baki,
Kolej Matrikulasi, English Language Teaching Centre dan Pensyarah Cemerlang di Institut
Pendidikan Guru secara Khas untuk Penyandang di Kementrian Pendidikan Malaysia Tahun 2021.
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia. Dipetik daripada https://www.moe.gov.my/muat-
turun/borang/bpsm/4128-iklan-gcpc-2021/file
Mamat, M.A. et al. (2018). Etika Perguruan Berasaskan Pemikiran Imam Abū Ḥanīfah: Kajian
Tinjauan Terhadap Tahap Pengetahuan Guru Pendidikan Islam Di Selangor. e-Prosiding
Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan.
Marjonet, J., Ah, S. H. A. B., & Omar, N. (2020). Pementoran Dalam Program Pembangunan
Guru Baharu Kementerian Pendidikan Malaysia (Mentoring In the New Teacher Development
66
SAINS AMBILAN JUN 2019
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK
Program by the Ministry Of Education Malaysia). The Malaysian Journal of Social Administration,
14(2), 79-95.
Mohd Anwar,P.R. (2018). 4.4 peratus guru stres. Berita Harian. Dipetik daripada
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/08/467001/44-peratus-guru-stres
Saidun, R., Tahir, L. M., & Musah, M. B. (2015). Problems faced by novice principals in
Malaysia: An exploration study. Mediterranean Journal of Social Sciences.
Salleh, S. F., & Harun, J. (2019). Pembelajaran Berasaskan Masalah Menerusi Teknologi Web
2.0 dalam Mata Pelajaran Sains dan Kesannya Terhadap Tahap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
Pelajar (Problem Based Learning Via Web 2.0 Technology in Science Subject and The Effect
Towards Students’ Higher Order Thinking Skills). Innovative Teaching and Learning Journal
(ITLJ), 3(2), 15-29.
Senom, F., Zakaria, A. R., & Ahmad Shah, S. S. (2013). Novice teachers’ challenges and
survival: Where do Malaysian ESL teachers stand?. American Journal of Educational Research, 1(4),
119-125.
Trotter, R.J. (1986). The Mystery of Mastery. Psychology Today.
Wong, K.W., Rashid,N.A. & Bong, P.Y. (2018). Asas Kepemimpinan dan Pembangunan
Profesionalisme Guru. Edisi Kedua. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
67
SAINS AMBILAN JUN 2019
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK