The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Peraturan dan Undang-undang SUKAT X Edisi 1.0 25 Julai 2023

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rahayu_tukimin, 2023-07-24 09:15:08

Peraturan dan Undang-Undang SUKAT X 2023-Edisi 1.0

Buku Peraturan dan Undang-undang SUKAT X Edisi 1.0 25 Julai 2023

BUKU PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG SUKAN KAKITANGAN TEKNIKAL BKT, KKTM, MJII & IKM KALI KE-SEPULUH (SUKAT X 2023) Edisi 1.0 (25 Julai 2023)


BUKU PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG SUKAN KAKITANGAN TEKNIKAL BKT, KKTM, MJII & IKM KALI KE-SEPULUH (SUKAT X 2023) Edisi 1.0 (25 Julai 2023)


i SENARAI JADUAL Jadual 1: Jadual keseluruhan 4 Jadual 2: Senarai acara, format dan susunan pemain 5 Jadual 3: Kategori sukan yang dipertandingkan 7 Jadual 4: Kategori pingat yang dipertandingkan 11 Jadual 5: Format acara 11 Jadual 6: Sistem dan markah 12 Jadual 7: Pemberian mata sepak takraw 34 Jadual 8: Pungutan mata dan skor untuk pétanque (situasi pertama) 56 Jadual 9 : Pungutan Mata dan Skor untuk pétanque (situasi kedua) 57 Jadual 10: Pemberian mata untuk futsal 67 Jadual 11: Pemberian mata untuk berbasikal 79 Jadual 12: Pemberian mata untuk memancing 86


ii SENARAI RAJAH Rajah 1: Ukuran dan lakaran gelanggang pertandingan bola jaring. 24 Rajah 2: Ukuran bagi tiang gol untuk pertandingan bola jaring. 25 Rajah 3: Kedudukan tarik tali 50 Rajah 4: Simbol yang digunakan untuk berbasikal 79 Rajah 5: Mata pancing 85 Rajah 6: Proses bantahan 95


iii SENARAI LAMPIRAN Lampiran 1: Borang Daftar Kontinjen 96 Lampiran 2: Borang Pendaftaran Perlawanan 99 Lampiran 3: Borang Bantahan 101 Lampiran 4: Spesifikasi Bat Ping Pong 102


iv ISI KANDUNGAN Senarai Jadual i Senarai Rajah ii Senarai Lampiran iii Isi Kandungan iv Jawatankuasa Induk 1 Jawatankuasa Teknikal Permainan 2 Jadual Keseluruhan SUKAT X 2023 4 Senarai Acara, Format dan Pembahagian Pemain SUKAT X 2023 5 Peraturan dan Undang-Undang Am SUKAT X 2023 7 Peraturan Sukan Bola Sepak 16 Peraturan Sukan Bola Jaring 21 Peraturan Sukan Bola Tampar 27 Peraturan Sukan Sepak Takraw 32 Peraturan Sukan Catur 37 Peraturan Sukan Badminton 40 Peraturan Sukan Ping Pong 42 Peraturan Sukan Dart 45 Peraturan Sukan Tarik Tali 49 Peraturan Sukan Petanque 54 Peraturan Sukan Karom 59 Peraturan Sukan Futsal 65 Peraturan Sukan Boling 73 Peraturan Sukan Berbasikal XCO (MTB) 78 Peraturan Sukan Memancing 83 Peraturan Sukan E-Games 88 Peraturan Sukan Golf 92 Proses Bantahan/Rayuan 95


PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG TEKNIKAL PERMAINAN SUKAN KAKITANGAN TEKNIKAL BKT, KKTM, MJII DAN IKM KALI KESEPULUH (SUKAT X 2023) Page | 1 SUKAT X 2023 SUKAN KAKITANGAN TEKNIKAL BKT, KKTM, MJII & IKM SEMALAYSIA KALI KE-10 (SUKAT X 2023) JAWATANKUASA INDUK Penaung : Ir. Khairul Hisham bin Abd Kadar Penasihat 1 : Hj. Ahmad Lukman bin Hitam Penasihat 2 : En. Wan Khairuddin bin Wan Sulong Pengerusi : Hj. Wan Musa bin Wan Mahmud Penyelaras : En. Abdul Rahman bin Abas Timbalan Penyelaras 1 (Teknikal) : En. Azizul bin Musman Timbalan Penyelaras 2 (Pengurusan/Bantahan) : Dr. Mohd Noor Hanif bin Mohd Rosdi Timbalan Penyelaras 3 (Peralatan) : En. Mohd Azfitry bin Zolkhifly Timbalan Penyelaras 4 (Jadual) : En. Mohd Hafiz bin Rodzi Setiausaha 1 : Dr. Rahayu binti Tukimin Setiausaha 2 : Pn. Maimunah binti Mohd Nordin Bendahari 1 : Pn. Nur Ezrin binti Mad Sariff Bendahari 2 : Pn. Marzuana binti Osman


PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG TEKNIKAL PERMAINAN SUKAN KAKITANGAN TEKNIKAL BKT, KKTM, MJII DAN IKM KALI KESEPULUH (SUKAT X 2023) Page | 2 SUKAT X 2023 JAWATANKUASA TEKNIKAL PERMAINAN 1. Bola Sepak Penyelaras : En. Azahari bin Abd Rahman (012-343 4986) Penolong 1 : En. Mohamad Safuan bin Abd Hamid (019-900 4462) Penolong 2 : En. Yazid bin Abd Mohid (019-900 2609) 2. Bola Jaring Penyelaras : Pn. Rozie binti Zakariah (017-912 0672) Penolong 1 : Pn. Aza Murdiana binti Wan Mustapha (019-959 8272) Penolong 2 : Pn. Maimunah binti Mohd Nordin (011-3136 8697) 3. Bola Tampar Penyelaras : En. Khairul Ihsan bin Yaakob (011-2964 6949) Penolong 1 : En. Mohd Hafiz bin Abd Kadir (012-794 2037) Penolong 2 : Pn. Hizanorhuda binti Zurghiba (012-355 3604) Penolong 3 : Pn. Hamizah binti Md Soot (013-361 4921) 4. Sepak Takraw Penyelaras : En. Hafizan bin Hassan (019-402 6100) Penolong : En. Hamzah bin Deraman (012-585 2341) 5. Ping Pong Penyelaras : En. Mohd Shakir bin Mat Nawi (012-962 5059) Penolong : En. Hasani bin Zaid (014-520 8048) 6. Badminton Penyelaras : En. Akmar Hisham bin Sirat (012-696 0070) Penolong : En. Asmawiafandy bin Abu Seman (013-575 8779) 7. Dart Penyelaras : En. Khairul Rizal bin Mohad (012-661 2260) Penolong : En. Azizul bin Mokhtar@Mother (017-260 9870) 8. Petanque Penyelaras : En. Mohd Abu Hassan Al Hafiz bin Mohd Daim (013-731 9366) Penolong : En. Shazwan bin Shahabadin (012-459 7704) 9. Karom Penyelaras : En. Ahmad Sharilrizal bin Mohamed (012-274 6692) Penolong : En. Kamarul Ariffin bin Mohamad (012-299 4789) 10. Catur Penyelaras : En. Zahrul Adnan bin Md Taib (019-938 4002) Penolong : En. Kamarul Ariffin bin Mohamad (012-299 4789)


PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG TEKNIKAL PERMAINAN SUKAN KAKITANGAN TEKNIKAL BKT, KKTM, MJII DAN IKM KALI KESEPULUH (SUKAT X 2023) Page | 3 SUKAT X 2023 11. Tarik Tali Penyelaras : En. Mohd Syaiful Azlan bin A Rahman (017-433 6361) Penolong : En. Azli Ihsan bin Yahaya (019-727 8386) 12. E-Games Penyelaras : En. Syahrul Yusri bin Romli (012-465 5389) Penolong 1 : En. Ahmad Razelan bin Rashid (012-962 4675) Penolong 2 : En. Mohd Azfitry bin Zolkhifly (012-537 8335) 13. Futsal Penyelaras : En. Nurulhisham bin Musa (019-720 3001) Penolong : En. Mohd Arsyad bin Haneefa (012-917 1028) 14. Bowling Penyelaras : En. Mohd Rusdi bin Abdullah Hazam (018-318 7857) Penolong 1 : En. Azizul bin Musman (011-1103 7379) Penolong 2 : Pn. Nur Munirah binti Ramli (019-907 3002) 15. Memancing Penyelaras : En. Mohd Hafiz bin Rekman (017-681 2030) Penolong : En. Mohd Nasrul bin Ismail (019-415 6627) 16. Golf Penyelaras : En. Mohd Asnawi Bin Omar (017-549 6955) Penolong : En. Mohd Zhariff bin Mohamad (013-467 1884) 17. Basikal Penyelaras : En. Mohd Sabri Bin Salleh (019-457 3234) Penolong : En. Jaharudin Bin Mohd Alwi (019-966 6538)


PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG TEKNIKAL PERMAINAN SUKAN KAKITANGAN TEKNIKAL BKT, KKTM, MJII DAN IKM KALI KESEPULUH (SUKAT X 2023) Page | 4 SUKAT X 2023 JADUAL KESELURUHAN SUKAT X 2023 Jadual 1: Jadual keseluruhan


PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG TEKNIKAL PERMAINAN SUKAN KAKITANGAN TEKNIKAL BKT, KKTM, MJII DAN IKM KALI KESEPULUH (SUKAT X 2023) Page | 5 SUKAT X 2023 SENARAI ACARA, FORMAT DAN PEMBAHAGIAN PEMAIN SUKAT X 2023 Jadual 2: Senarai acara, format dan susunan pemain


PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG TEKNIKAL PERMAINAN SUKAN KAKITANGAN TEKNIKAL BKT, KKTM, MJII DAN IKM KALI KESEPULUH (SUKAT X 2023) Page | 6 SUKAT X 2023 Jadual 2: Senarai acara, format dan susunan pemain ……..(sambungan)


PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG TEKNIKAL PERMAINAN SUKAN KAKITANGAN TEKNIKAL BKT, KKTM, MJII DAN IKM KALI KESEPULUH (SUKAT X 2023) Page | 7 SUKAT X 2023 PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG AM SUKAT X 2023 1.0 UMUM 1.1 Kejohanan ini dinamakan ‘SUKAN KAKITANGAN TEKNIKAL BKT, KKTM, MJII DAN IKM SEMALAYSIA KALI KE 10’ dan dikenali sebagai SUKAT X 2023. 1.2 Kejohanan di akan berlangsung di Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Kuantan sebagai tuan rumah. 1.3 Acara sukan akan berlangsung dari 22 hingga 27 September 2023 iaitu selama 6 hari. 1.4 Semua acara akan dilangsungkan di dalam KKTM Kuantan dan kawasan sekitar KKTM Kuantan. 2.0 ACARA SUKAN DIPERTANDINGKAN 2.1 Sebanyak 17 jenis sukan dengan 31 kategori dipertandingkan seperti yang dipaparkan dalam Jadual 3. Jadual 3: Kategori sukan yang dipertandingkan BIL ACARA KATEGORI 1 Bola Sepak Berpasukan Lelaki 2 Bola Jaring Berpasukan Wanita 3 Bola Tampar Berpasukan Lelaki Berpasukan Wanita 4 Sepak Takraw Berpasukan Lelaki 5 Catur Terbuka 6 Badminton Perseorangan Lelaki Beregu Lelaki Terbuka Beregu Campuran 7 Ping Pong Beregu Lelaki Terbuka Perseorangan Lelaki Terbuka Beregu Campuran Terbuka 8 Dart Perseorangan Lelaki Beregu Wanita Berkumpulan Lelaki (Threesome) 9 Tarik Tali Berpasukan Lelaki


PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG TEKNIKAL PERMAINAN SUKAN KAKITANGAN TEKNIKAL BKT, KKTM, MJII DAN IKM KALI KESEPULUH (SUKAT X 2023) Page | 8 SUKAT X 2023 BIL ACARA KATEGORI 10 Petanque Beregu Lelaki Beregu Wanita 11 Karom Perseorangan Lelaki 1 Perseorangan Lelaki 2 Beregu Lelaki 1 Beregu Lelaki 2 Beregu Wanita 12 Golf Terbuka 13 Futsal Berpasukan Lelaki 14 Boling Berpasukan (2L + 1W + 1 Terbuka) Individu (VIP) 15 Berbasikal 25KM Lelaki IndividuTerbuka 16 Memancing Individu Terbuka 17 E-Game Berpasukan (PUBG) Berpasukan (Mobile Legend) 2.2 Penetapan penyertaan acara-acara sukan bagi SUKAT X berakhir pada hari Selasa, 25 Julai 2023. Sebarang penyertaan selepas tarikh tersebut tidak akan diterima dan dilayan 2.3 Jika ada kontinjen yang menarik diri dari menyertai acara sukan SUKAT X selepas tarikh tersebut akan di kira kalah. 3.0 PESERTA 3.1 Penyertaan SUKAT X 2023 terbuka kepada semua staf KKTM, MalaysiaJapan Industrial Institute (MJII) dan Institut Kemahiran Tinggi MARA (IKM) di seluruh Malaysia dan juga staf Bahagian Kemahiran dan Teknikal MARA sahaja. 3.2 Status Staf yang layak mewakili pusat berkenaan haruslah mematuhi salah satu syarat berikut : i. Staf Tetap ii. Staf Kontrak iii. Staff Sambilan (tarikh lantikan tidak lewat daripada 01 September 2023)


PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG TEKNIKAL PERMAINAN SUKAN KAKITANGAN TEKNIKAL BKT, KKTM, MJII DAN IKM KALI KESEPULUH (SUKAT X 2023) Page | 9 SUKAT X 2023 3.3 Setiap kontinjen dibenarkan mendaftar ENAM PULUH (60) orang peserta termasuk pemandu. Hanya kontinjen tuan rumah sahaja dibenarkan mendaftar tanpa had. 3.4 Namun hanya TIGA PULUH (30) peserta iaitu, maksimum DUA PULUH (20) peserta lelaki dan maksimum SEPULUH (10) peserta wanita dari setiap kontinjen akan diambil kira dalam penginapan asrama. 3.5 Urusan penginapan baki TIGA PULUH (30) peserta adalah tertakluk kepada urusan kontinjen masing-masing. 3.6 Tiada had umur untuk penyertaan semua acara KECUALI bagi acara badminton beregu campuran. Pemain lelaki untuk beregu campuran mestilah berumur melebihi 45 tahun pada tahun 2023. 3.7 Tiada bayaran makan minum di kenakan bagi setiap peserta. 3.8 Makan dan minum peserta semasa kejohanan adalah di atas tanggungan peserta/kontinjen. Namun pihak penganjur akan memastikan kafeteria dan tempat jualan makanan mencukupi untuk semua kontinjen 4.0 PENDAFTARAN & YURAN PENYERTAAN 4.1 Pendaftaran kontinjen adalah melalui Borang Pendaftaran Kontinjen (B001) dan hendaklah di hantar ke URUSETIA SUKAT X 2023. 4.2 Tarikh tutup pendaftaran kontinjen adalah pada 30 Ogos 2023. Selepas dari tarikh tersebut, kontinjen tersebut tidak dibenarkan menyertai SUKAT X 2023. 4.3 Setiap pengurus pasukan bertanggungjawab menyerahkan Borang Daftar Pemain bagi setiap Acara kepada URUSETIA SUKAT X 2023 pada hari pendaftaran kontinjen, 22 September 2023. 4.4 Yuran penyertaan bagi setiap pusat adalah sebanyak RM3,100 Ringgit Malaysia Tiga Ribu Satu Ratus Ringgit sahaja (tidak termasuk bayaran daftar sukan bagi acara yang berbayar) dan perlulah dibayar melalui cek sahaja. 4.5 Bayaran haruslah dibuat kepada: Nama Penerima : BADAN KEBAJIKAN STAF KKTM KUANTAN (BAKTI) No. Akaun : 8601-3060-29 (CIMB ISLAMIC BANK) 4.6 Tarikh akhir bayaran ialah: 09 Ogos 2023


PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG TEKNIKAL PERMAINAN SUKAN KAKITANGAN TEKNIKAL BKT, KKTM, MJII DAN IKM KALI KESEPULUH (SUKAT X 2023) Page | 10 SUKAT X 2023 5.0 PENGINAPAN PESERTA 5.1 Tiga Puluh (30) peserta iaitu, maksimum dua puluh (20) peserta lelaki dan maksimum sepuluh (10) peserta wanita akan disediakan penginapan bagi setiap kontinjen. 5.2 Kontinjen akan ditempatkan di asrama Kolej Kemahiran Tinggi MARA Kuantan. 5.3 Setiap peserta di kehendaki membawa sendiri bantal, selimut, cadar dan lain-lain keperluan. 6.0 UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN 6.1 Semua jenis sukan yang dipertandingan adalah berdasarkan kepada undang-undang antarabangsa, kebangsaan dan SUKAT X 2023. 6.2 Sekiranya terdapat sebarang perselisihan tafsiran atau keputusan undangundang, maka segala keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal & Displin Permainan adalah muktamad. 6.3 Urusetia Pertandingan berhak untuk menentukan tarikh, masa, dan gelanggang atau padang yang akan digunakan termasuk peralatan serta bahan untuk temasya. 6.4 Penetapan perkara 6.3 di atas tidak boleh dipinda kecuali dengan kebenaran Urusetia Pertandingan.


PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG TEKNIKAL PERMAINAN SUKAN KAKITANGAN TEKNIKAL BKT, KKTM, MJII DAN IKM KALI KESEPULUH (SUKAT X 2023) Page | 11 SUKAT X 2023 7.0 SISTEM PERTANDINGAN 7.1 Tujuh Belas (17) jenis sukan dengan dua puluh (20) pingat dipertandingkan seperti dalam Jadual 4. Jadual 4: Kategori pingat yang dipertandingkan BIL ACARA KATEGORI PINGAT BIL ACARA KATEGORI PINGAT 1 Bola Sepak Lelaki 10 Petanque Berpasukan 2 Bola Jaring Wanita 11 Karom Berpasukan 3 Bola Tampar Lelaki 12 Golf Terbuka Wanita 13 Futsal Lelaki 4 Sepak Takraw Lelaki 14 Boling Berpasukan 5 Catur Terbuka Individu (VIP) 6 Badminton Berpasukan 15 Berbasikal 25KM Lelaki Individu Terbuka 7 Ping Pong Berpasukan 16 Memancing Individu Terbuka 8 Dart Berpasukan 17 E-Game Berpasukan (PUBG) 9 Tarik Tali Lelaki Berpasukan (Mobile Legend) 7.2 Format untuk setiap acara ditetapkan seperti dalam Jadual 5. Jadual 5: Format acara BIL ACARA SUSUNAN PEMAIN FORMAT ACARA 1 Bola Sepak Berpasukan Lelaki Liga + Kalah Mati 2 Bola Jaring Berpasukan Wanita Liga + Kalah Mati 3 Bola Tampar Berpasukan Lelaki Liga + Kalah Mati Berpasukan Wanita Liga + Kalah Mati 4 Sepak Takraw Berpasukan Lelaki Liga + Kalah Mati 5 Catur Terbuka Swiss Ranking (5 Pusingan) 6 Badminton Perseorangan Lelaki Liga + Kalah Mati Beregu Lelaki Terbuka Beregu Campuran 7 Ping Pong Beregu Lelaki Terbuka Liga + Kalah Mati Perseorangan Lelaki Terbuka Beregu Campuran Terbuka 8 Dart Perseorangan Lelaki Kalah Mati Beregu Wanita Berkumpulan Lelaki (Threesome) 9 Tarik Tali Berpasukan Lelaki Kalah Mati


PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG TEKNIKAL PERMAINAN SUKAN KAKITANGAN TEKNIKAL BKT, KKTM, MJII DAN IKM KALI KESEPULUH (SUKAT X 2023) Page | 12 SUKAT X 2023 BIL ACARA SUSUNAN PEMAIN FORMAT ACARA 10 Petanque Beregu Lelaki Kalah Mati Beregu Wanita 11 Karom Perseorangan Lelaki 1 Kalah Mati Perseorangan Lelaki 2 Beregu Lelaki 1 Beregu Lelaki 2 Beregu Wanita 12 Golf Terbuka Ranking 13 Futsal Berpasukan Lelaki Liga + Kalah Mati 14 Boling Berpasukan (2L + 1W + 1 Terbuka) Ranking Individu (VIP) 15 Berbasikal 25KM Lelaki IndividuTerbuka Ranking 16 Memancing Individu Terbuka Ranking 17 E-Game Berpasukan (PUBG) Ranking Berpasukan (Mobile Legend) Kalah Mati 7.3 Pemenang bagi sesuatu acara sukan akan mendapat pingat mengikut kedudukan pertama (emas), kedua (perak) dan ketiga (gangsa). 7.4 Johan Keseluruhan pula akan ditentukan melalui perjumlahan kutipan markah yang diberi bagi setiap acara yang dipertandingkan. Markah yang diberi adalah seperti Jadual 6. Jadual 6: Sistem dan markah Sistem Liga + Kalah Mati Markah Sistem Ranking Markah Sistem Kalah Mati Markah Tempat Pertama 20 Tempat Pertama 20 Tempat Pertama 20 Tempat Kedua 16 Tempat Kedua 16 Tempat Kedua 16 Tempat Ketiga 14 Tempat Ketiga 14 Tempat Ketiga 14 Tempat Keempat 12 Tempat Keempat 12 Tempat Keempat 12 Suku Akhir 8 Tempat 5-10 8 Suku Akhir 8 Pusingan Kedua 4 Tempat 11-15 4 Pusingan Kedua 4 Peringkat Kumpulan 2 Tempat 16-26 2 Pusingan Pertama 2 7.4.1 Tiada markah akan diberikan kepada kontinjen yang tidak menghantar penyertaan. 7.4.2 Jika terdapat jumlah markah terkumpul sama banyak bagi beberapa kontinjen, jumlah pungutan pingat emas terbanyak diikuti perak dan gangsa bagi kontinjen berkaitan adalah dirujuk.


PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG TEKNIKAL PERMAINAN SUKAN KAKITANGAN TEKNIKAL BKT, KKTM, MJII DAN IKM KALI KESEPULUH (SUKAT X 2023) Page | 13 SUKAT X 2023 7.5 Setiap kontinjen yang didaftarkan adalah layak untuk bermain semua kategori permainan dan peringkat yang layak. Pemain yang BERBEZA boleh didaftarkan dalam setiap peringkat kelayakan. 7.6 Pendaftaran pemain bagi setiap perlawanan dan pertandingan bagi setiap acara sukan adalah secara PENDAFTARAN TERBUKA (OPEN REGISTRATION). Ini bermakna, setiap kontinjen berhak mendaftar pemain yang berbeza di dalam senarai pendaftaran kontinjen (Borang B001) pada setiap peringkat perlawanan/pertandingan. 7.7 Setiap pengurus pasukan perlu mendaftar peserta untuk setiap perlawanan kepada Penyelaras / Urusetia Pertandingan masing-masing dengan menyerahkan Borang Pendaftaran Perlawanan (Borang B002) tidak lewat dari 30 minit sebelum pertandingan yang dijadualkan bermula. 7.8 Borang Pendaftaran Pemain bagi satu-satu perlawanan tidak boleh dipinda atau diubah setelah diserahkan kepada Penyelaras / Urusetia Pertandingan. 7.9 Pasukan yang akan bertanding mestilah berada di padang/ gelanggang/ dewan tidak lewat dari 15 minit sebelum pertandingan yang dijadualkan bermula. 7.10 KKTM Kuantan akan berada di Kumpulan A bagi setiap acara SUKAT X 2023 atas justifikasi sebagai tuan rumah. 8.0 DISIPLIN DAN KESELAMATAN 8.1 Disiplin semua peserta adalah tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Pegawai MARA (Kelakuan & Tatatertib) 1994. 8.2 Semua peserta dikehendaki membawa bersama Kad Pengenalan dan Kad Staf dan wajib di serahkan kepada Urusetia Sukan sekiranya diminta sepanjang SUKAT X 2023. 8.3 Kawalan disiplin dan tatatertib semua peserta serta penyokong pasukan adalah menjadi tanggungjawab Ketua Kontinjen sepanjang temasya ini berlangsung. 8.4 Pasukan atau orang perseorangan yang didapati berkelakuan dalam keadaan yang tidak sopan atau mengganggu pasukan dan peserta lain serta boleh mewujudkan suasana yang tidak baik, pengelola berhak memberi teguran dan nasihat. Sekiranya berulang, peserta atau pasukan yang terbabit boleh DI BATALKAN penyertaan. 8.5 Semua peserta SUKAT X 2023 hendaklah mempunyai tahap kesihatan yang baik.


PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG TEKNIKAL PERMAINAN SUKAN KAKITANGAN TEKNIKAL BKT, KKTM, MJII DAN IKM KALI KESEPULUH (SUKAT X 2023) Page | 14 SUKAT X 2023 8.6 Segala usaha akan diambil oleh Jawatankuasa Penganjur dalam menentukan aspek-aspek keselamatan peserta dan harta benda terkawal sepanjang SUKAT X 2023. 8.7 Jawatankuasa Penganjur tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kejadian di luar kawasan KKTM Kuantan. 9.0 MENARIK DIRI ATAU HADIR LEWAT 9.1 Sekiranya mana-mana pasukan menarik diri, kemenangan akan diberikan kepada pasukan lawan. 9.2 Pasukan yang gagal menghadirkan diri di padang/ gelanggang/dewan melebihi 15 minit tanpa alasan yang boleh diterima oleh pihak pengelola akan dianggap kalah tanpa bertanding dan pasukan lawan akan dianggap menang tanpa bertanding. 9.3 Jika kedua-dua pasukan yang dijadualkan bertanding gagal menghadirkan diri di padang/ gelanggang/ dewan dalam masa yang ditetapkan, maka kedua-dua pasukan terlibat tidak dibenarkan meneruskan pertandingan. 10.0 PENANGGUHAN PERTANDINGAN 10.1 Jawatankuasa Penganjur berhak untuk menunda, menangguh atau mengubah masa dan tempat pertandingan atas sebab-sebab yang munasabah dengan memberitahu kedua-dua pasukan yang akan bertanding lebih awal sebelum pertandingan dimulakan. 10.2 Mana-mana kontinjen atau pasukan tidak dibenarkan untuk menunda, menangguh atau mengubah masa dan tempat pertandingan kecuali dengan mendapat persetujuan terlebih dahulu dari Jawatankuasa Penganjur. 10.3 Persetujuan pihak lawan tidak akan diterima pakai dalam perkara 9.2. 11.0 BANTAHAN DAN RAYUAN 11.1 Segala bantahan yang berbangkit dengan permainan/pertandingan bolehlah di buat oleh Ketua Kontinjen melalui Borang Bantahan (B003) SUKAT X 2023 dan menyerahkannya kepada pihak URUSETIA SUKAT X 2023 tidak lewat dari 30 minit selepas tamat permainan pertandingan tersebut.


PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG TEKNIKAL PERMAINAN SUKAN KAKITANGAN TEKNIKAL BKT, KKTM, MJII DAN IKM KALI KESEPULUH (SUKAT X 2023) Page | 15 SUKAT X 2023 11.2 Setiap bantahan rasmi hendaklah disertakan dengan bayaran tunai sebanyak RM300 dan wang tersebut akan luput jika bantahan yang dikemukakan didapati tidak berjaya. Separuh daripada bayaran akan dikembalikan sekiranya bantahan yang dikemukan berjaya. 11.3 Jawatankuasa Teknikal & Bantahan akan dianggotai oleh : a. Satu (1) Pengerusi tetap (Pengarah KKTM Kuantan) b. Satu (1) Ahli lantikan (Pengarah Pusat yang berkecuali) c. Satu (1) Penyelaras teknikal d. Satu (1) Petugas teknikal 12.0 AM 12.1 Jika sekiranya terdapat undang-undang dan peraturan atau perkara-perkara yang tidak di nyatakan dalam Peraturan & Undang – Undang Am ini, Jawatankuasa Penganjur melalui URUSETIA SUKAT X 2023 berhak dan berkuasa penuh untuk menentukannya.


PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG TEKNIKAL PERMAINAN SUKAN KAKITANGAN TEKNIKAL BKT, KKTM, MJII DAN IKM KALI KESEPULUH (SUKAT X 2023) Page | 16 SUKAT X 2023 PERATURAN SUKAN BOLA SEPAK Penyelaras : EN. AZAHARI BIN ABD RAHMAN (012-343 4986) Penolong 1 : EN. MOHAMAD SAFUAN BIN ABD HAMID (019-900 4462) Penolong 2 : EN. YAZID BIN ABD MOHID (019-900 2609) 1.0 UNDANG-UNDANG/PERATURAN 1.1 Pertandingan akan dijalankan mengikut undang-undang bola sepak yang berkuatkuasa sebagaimana yang diperuntukan oleh FIFA serta telah diterima oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). 1.2 Selain dari peraturan umum di atas, penganjur adalah berhak meminda/mengadakan peraturan-peraturan tambahan, selaras dengan matlamat penganjur aktiviti sukan. 2.0 SISTEM PERTANDINGAN 2.1 Format pertandingan adalah SISTEM LIGA + KALAH MATI 2.2 Pertandingan ini akan diadakan secara liga pada pusingan pertama/peringkat kumpulan. 2.3 Semua pasukan akan dibahagikan kepada lapan (8) kumpulan iaitu Kumpulan A, Kumpulan B, Kumpulan C, Kumpulan D, Kumpulan E, Kumpulan F, Kumpulan G dan Kumpulan H. 2.4 Hanya dua (2) pasukan teratas (Pertama dan Kedua dalam peringkat kumpulan) akan ke pusingan seterusnya. 2.5 Semua perlawanan di peringkat kumpulan akan dijalankan secara liga manakala perlawanan pada pusingan ke-2, pusingan suku akhir, separuh akhir serta pertandingan akhir akan dijalankan secara kalah mati. 3.0 PENDAFTARAN PEMAIN 3.1 Setiap pasukan boleh mendaftar enam belas (16) orang pemain 3.2 Borang Pendaftaran pemain perlu diisi dengan nama dan no. kad pengenalan (11 orang pemain) dan (5 orang pemain simpanan) dengan nombor jersi masing-masing perlu diserahkan kepada Penyelaras Pertandingan selewat-lewatnya 15 minit sebelum sesuatu pertandingan dijadualkan bermula.


PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG TEKNIKAL PERMAINAN SUKAN KAKITANGAN TEKNIKAL BKT, KKTM, MJII DAN IKM KALI KESEPULUH (SUKAT X 2023) Page | 17 SUKAT X 2023 4.0 PERTUKARAN PEMAIN 4.1 Lima (5) orang pemain boleh ditukarkan pada bila-bila masa. 4.2 Pemain gantian mestilah terdiri daripada pemain-pemain yang didaftarkan di dalam borang pendaftaran. 4.3 Setiap pertukaran pemain perlu mengisi borang pertukaran pemain dan diserahkan kepada Urusetia Pertandingan sebelum pertukaran pemain dibuat. 4.4 Penjaga Gol boleh bertukar tempat dengan mana-mana pemain lain dengan syarat kebenaran dari salah seorang pengadil hendaklah diminta terlebih dahulu. 5.0 MASA PERMAINAN 5.1 Masa perlawanan adalah 20 minit + 5 minit + 20 minit pada peringkat kumpulan, pusingan ke-2, peringkat suku akhir dan separuh akhir. 5.2 Masa perlawanan adalah 30 minit + 8 minit + 30 minit pada penentuan tempat Johan & Naib Johan. 6.0 PERLAWANAN TERTUNDA 6.1 Jika perlawanan tertangguh akibat cuaca buruk maka perlawanan akan diadakan semula dengan kedudukan ketika diberhentikan perlawanan. Perlawanan akan diadakan bagi baki masa tinggal pada suatu masa dan tarikh yang akan ditetapkan kelak mengikut laporan daripada pengadil. 6.2 Jika perlawanan tertangguh akibat cuaca buruk dalam masa selepas 5 minit di babak kedua perlawanan, maka perlawanan tidak akan dimulakan semula dan kedudukan ketika diberhentikan perlawanan akan diambil sebagai keputusan akhir perlawanan. 6.3 Jika perlawanan tertangguh ketika/masa perlawanan berbaki 15 minit terakhir di babak kedua maka keputusan perlawanan ketika itu adalah dijadikan sebagai keputusan terakhir 7.0 PERLAWANAN TERTANGGUH 7.1 Bagi sesuatu perlawanan yang tertangguh akibat sesuatu sebab akibat pergaduhan, rusuhan dan sebagainya jawatankuasa pengelola berpendapat bahawa tiada perlawanan ulangan harus dijalankan dengan berpandukan mengikut laporan daripada pengadil.


PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG TEKNIKAL PERMAINAN SUKAN KAKITANGAN TEKNIKAL BKT, KKTM, MJII DAN IKM KALI KESEPULUH (SUKAT X 2023) Page | 18 SUKAT X 2023 7.2 Sekiranya sesuatu pasukan bertindak keluar padang kerana enggan meneruskan perlawanan maka kemenangan akan diberikan kepada pasukan lawan dengan jaringan 3 gol tanpa balas. Jika jaringan semasa perlawanan tidak berpihak kepada lawan atau lebih rendah maka keputusan jaringan 3 gol tanpa balas akan diberikan. Sekiranya keputusan semasa pemberhentian perlawanan lebih tinggi dari 3 gol tanpa balas maka keputusan adalah kekal. (Tafsiran bagi 3 gol tanpa balas ialah perbezaan jaringan dan bolos). 8.0 KESALAHAN DAN KELAKUAN TIDAK SOPAN 8.1 Mengenakan penggantungan automatik (1) satu perlawanan bagi pemain yang dikenakan (2) dua kad kuning. 8.2 Mengenakan penggantungan automatik (2) dua perlawanan bagi pemain yang dikenakan kad merah atau buang padang. 8.3 Jika perlawanan tidak dapat diteruskan kerana pergaduhan yang melibatkan pemain atau pegawai pasukan dan kekecohan penyokong dan mana-mana pasukan yang dianggap keterlaluan pasukan berkenaan akan dikira kalah. Keputusan adalah ditentukan oleh Jawatankuasa Tatatertib Pertandingan. 9.0 KELEWATAN 9.1 Hanya 10 minit sahaja masa menunggu diberikan kepada pasukan yang lewat. Jika sekiranya pasukan yang bertanding lewat tiba melebihi masa yang diberikan maka kemenangan percuma akan diberikan kepada pasukan lawannya dengan tiga (3) mata dan jaringan tiga (3) – kosong (0). 9.2 Jika kedua-dua pasukan tidak dapat menurunkan sembilan (9) orang pemain atau lebih apabila pengadil mengarahkan perlawanan dimulakan, maka pihak pengadil hendaklah melaporkan perkara ini kepada Penyelaras Pertandingan yang akan mengambil tindakan menurut peraturan di bawah ini. 10.0 CARA MEMUTUSKAN KEPUTUSAN 10.1 Pusingan awal – Peringkat Kumpulan a. Pusingan awal akan dijalankan secara liga. Cara memberi mata adalah seperti berikut:- i. Menang - 3 mata ii. Seri - 1 mata iii. Kalah - 0 mata


PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG TEKNIKAL PERMAINAN SUKAN KAKITANGAN TEKNIKAL BKT, KKTM, MJII DAN IKM KALI KESEPULUH (SUKAT X 2023) Page | 19 SUKAT X 2023 10.2 Sekiranya mana-mana pasukan gagal bermain sesuatu perlawanan, pasukan lawan hendaklah diberi tiga (3) mata dengan jaringan 3 - 0. Jika terdapat mana-mana pasukan yang digantung atau menarik diri dari pertandingan atas apa-apa jua sebab sekali pun, maka mata dan jaringan gol yang masuk dan kena hendaklah diambil kira. 10.3 Jika dua (2) atau lebih pasukan memperolehi mata yang sama bagi melayakkan ke pusingan seterusnya, maka pemenang akan ditentukan melalui turutan:- a. Perbezaan jaringan gol dan bolos. b. Jika masih seri, pasukan yang mendapat bilangan gol terbanyak dikira menang. c. Jika masih seri, pasukan yang berjaya menewaskan pasukan lawannya di peringkat liga dikira menang. d. Jika masih seri, undian pemenang akan diadakan secara lambungan syiling. 10.4 Pusingan kalah mati - pusingan ke-2, suku akhir, separuh akhir dan pertandingan akhir. Bagi perlawanan peringkat ini, sekiranya perlawanan seri, sepakan penalti ditentukan dengan lima (5) sepakan dengan cara berselang-seli. 10.5 Sekiranya masih seri, sepakan penalti akan diteruskan oleh pemain yang berlainan secara selang-seli dengan sistem “sudden death”. 10.6 Pengadil hendaklah membuat undian dan pasukan yang menang undian berhak untuk membuat sepakan penalti atau sebaliknya. 10.7 Penjaga gol boleh ditukar pada bila-bila masa sahaja semasa sepakan penalti dijalankan oleh pemain yang sedia ada di dalam padang. 11.0 RAYUAN DAN BANTAHAN Sebarang bantahan hendaklah dibuat dengan mengisi Borang Bantahan dan hendaklah diserahkan kepada Jawatankuasa Teknikal & Bantahan atau wakilnya tidak lewat satu 30 minit selepas tamat perlawanan beserta dengan wang cagaran sebanyak RM300. Wang cagaran akan hilang sekiranya bantahan itu tidak diterima dan wang cagaran akan dikembalikan separuh sahaja sekiranya bantahan dan rayuan diterima.


PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG TEKNIKAL PERMAINAN SUKAN KAKITANGAN TEKNIKAL BKT, KKTM, MJII DAN IKM KALI KESEPULUH (SUKAT X 2023) Page | 20 SUKAT X 2023 12.0 PERALATAN DAN PAKAIAN PEMAIN 12.1 Pemain dilarang menggunakan atau memakai jam, sebarang peralatan berbahaya kepada dirinya atau pemain-pemain lain termasuk barang-barang kemas. 12.2 Ketua Pasukan (Kapten) hendaklah memakai lilitan lengan (arm band) yang nyata di lengan kiri jersi. Sekiranya kapten digantikan, maka lilitan lengan tersebut hendaklah diberikan kepada pemain yang mengambil alih tempat beliau. 12.3 Setiap pasukan yang bertanding dikehendaki mendaftar dua (2) jersi yang berlainan warna dan mempunyai nombor yang jelas pada bahagian belakang jersi. 12.4 Setiap pemain hendaklah menggunakan jersi yang mempunyai nombor yang sama dengan nama yang telah didaftarkan kepada pihak urusetia pertandingan. 12.5 Sekiranya terdapat jersi yang mempunyai warna yang sama atau hampir sama sebelum perlawanan dimulakan, urusetia pertandingan akan membuat keputusan pasukan mana yang perlu menukar jersi. 12.6 Alatan asas yang diwajibkan ialah kasut bola (football boots) yang mengikut spesifikasi yang dibenarkan, seluar pendek/panjang, stokin panjang, dan “shin guard”. 13.0 LAIN-LAIN 13.1 Jawatankuasa Pertandingan berhak membuat sebarang keputusan yang wajar jika timbul sebarang kemusykilan / masalah dalam pertandingan ini dan keputusan yang diambil nanti adalah MUKTAMAD. 13.2 Segala keputusan pengadil perlawanan/pertandingan adalah MUKTAMAD.


PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG TEKNIKAL PERMAINAN SUKAN KAKITANGAN TEKNIKAL BKT, KKTM, MJII DAN IKM KALI KESEPULUH (SUKAT X 2023) Page | 21 SUKAT X 2023 PERATURAN SUKAN BOLA JARING Penyelaras : PN. ROZIE BINTI ZAKARIAH (017-912 0672) Penolong 1 : PN. AZA MURDIANA BINTI WAN MUSTAPHA (019-959 8272) Penolong 2 : PN. MAIMUNAH BINTI MOHD NORDIN (011-3136 8697) 1.0 UNDANG-UNDANG/PERATURAN 1.1 Pertandingan ini akan dijalankan mengikut Undang-Undang Gabungan Persekutuan Bola Jaring Antarabangsa (IFNA). 1.2 Selain dari peraturan umum di atas, penganjur adalah berhak meminda/mengadakan peraturan-peraturan tambahan, selaras dengan matlamat penganjur aktiviti sukan. 2.0 PENDAFTARAN PEMAIN 2.1 Setiap pasukan dikehendaki mendaftar pemain seramai sepuluh (10) orang. Hanya tujuh (7) orang dari setiap pasukan yang bertanding berada di dalam gelanggang semasa pertandingan dimulakan. Posisi yang ditetapkan adalah: Penyerang Gol (GA) Pengadang Tepi (WD) Penyerang Tepi (WA) Pengadang Gol (GD) Penjaring Gol (GS) Penjaga Gol (GK) Pemain Tengah (C) 2.2 Setiap pasukan dikehendaki menyenaraikan sepuluh (10) orang pemain termasuk pemain simpanan dan menyerahkan “Borang Pendaftaran Pertandingan” dengan posisi masing-masing kepada Pengelola Pertandingan selewat – lewatnya 30 minit sebelum sesuatu pertandingan yang dijadualkan bermula. 2.3 Setiap pasukan perlu berada di gelanggang selewat – lewatnya 15 minit sebelum pertandingan dimulakan. 2.4 Setiap pasukan dibenarkan membuat pertukaran atau berhak membuat penggantian atau pertukaran posisi samada :- a. Semasa rehat; atau b. Apabila permainan diberhentikan untuk kecederaan atau sakit dengan persetujuan pengadil.


PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG TEKNIKAL PERMAINAN SUKAN KAKITANGAN TEKNIKAL BKT, KKTM, MJII DAN IKM KALI KESEPULUH (SUKAT X 2023) Page | 22 SUKAT X 2023 3.0 SISTEM PERTANDINGAN 3.1 Format pertandingan adalah SISTEM LIGA + KALAH MATI 3.2 Pertandingan dijalankan secara 7 sebelah dengan 3 pemain simpanan.bagi setiap pasukan. 3.3 Pertandingan ini akan diadakan secara liga pada pusingan pertama/peringkat kumpulan dan kalah mati pada peringkat seterusnya 3.4 Semua pasukan akan dibahagikan kepada tujuh (7) kumpulan, Kumpulan A, Kumpulan B, Kumpulan C, Kumpulan D, Kumpulan E, Kumpulan F, dan Kumpulan G, 3.5 Hanya dua (2) pasukan teratas (Johan dan naib johan kumpulan) akan ke pusingan seterusnya. 3.6 Walaubagaimanapun, untuk melengkapkan 16 pasukan di pusingan kalah mati, dua pasukan yang tidak menjadi Johan dan Naib Johan kumpulan akan dipilih berdasarkan: a. Bilangan mata tertinggi b. Sekiranya bilangan mata sama, perbezaan jumlah jaringan dan bolos akan diambil kira (jaringan tolak bolos). c. Sekiranya masih sama, bilangan jaringan yang terbanyak akan diambil kira. d. Sekiranya masih sama juga, pemenang akan dipilih dengan lambungan syiling. 3.7 Semua perlawanan di peringkat kumpulan akan dijalankan secara liga manakala perlawanan pada pusingan ke-2, pusingan suku akhir, separuh akhir penentuan tempat ke-3 dan ke-4 serta pertandingan akhir akan dijalankan secara kalah mati.


PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG TEKNIKAL PERMAINAN SUKAN KAKITANGAN TEKNIKAL BKT, KKTM, MJII DAN IKM KALI KESEPULUH (SUKAT X 2023) Page | 23 SUKAT X 2023 4.0 CARA MEMUTUSKAN KEPUTUSAN 4.1 Pusingan awal: menang – 3 mata, seri – 1 mata, kalah – 0 mata. Jika dua atau lebih pasukan mendapat mata yang sama, pemenang akan ditentukan dengan cara berikut: a. Secara purata gol, iaitu membahagikan jumlah gol yang dijaringkan dengan jumlah gol yang kena. b. Perbezaan gol. c. Pasukan yang menjaringkan gol terbanyak. 4.2 Pusingan kedua hingga peringkat akhir: jika setelah tamat masa pertandingan kedua-dua pasukan yang bertanding mendapat keputusan seri, pertandingan akan disambung dengan lima (5) hantaran tengah dibuat secara bergilir – gilir setelah rehat lima (5) minit dengan mengundi semula untuk memilih hantaran tengah atau gol. Keputusan muktamad ditentukan selepas hantaran tengah ke lima (5) diakhiri dengan gol. 4.3 Keputusan pengadil pertandingan adalah MUKTAMAD. 5.0 PENANGGUHAN PERLAWANAN Jawatankuasa pertandingan akan memutuskan perlawanan yang ditangguhkan. 6.0 MASA BERMAIN 6.1 Peringkat liga – masa bermain adalah 7 minit setiap separuh masa dengan waktu rehat yang dibenarkan adalah 1 minit untuk pertukaran gol (7-1-7). 6.2 Pusingan kedua hingga separuh akhir – masa bermain adalah 7 minit setiap separuh masa dengan waktu rehat yang dibenarkan adalah 1 minit untuk pertukaran gol (7-1-7). 6.3 Peringkat akhir dan penentuan tempat ke 3 dan ke 4 - 10 minit setiap separuh masa dengan waktu rehat yang dibenarkan adalah 3 minit untuk pertukaran gol (10-3-10).


PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG TEKNIKAL PERMAINAN SUKAN KAKITANGAN TEKNIKAL BKT, KKTM, MJII DAN IKM KALI KESEPULUH (SUKAT X 2023) Page | 24 SUKAT X 2023 7.0 PAKAIAN 7.1 Setiap pasukan disarankan memakai pakaian seragam yang mempunyai corak, bentuk dan warna yang sama. Hanya track bottom dibenarkan dipakai pada setiap kali pertandingan berlangsung. Seluar pendek, skirt atau tight TIDAK DIBENARKAN sama sekali. 7.2 Hanya kasut sukan yang diperbuat daripada bahan yang ringan dibenarkan untuk dipakai sepanjang perlawanan. Pemain diwajibkan memakai kasut sepanjang perlawanan. 7.3 Setiap pasukan dikehendaki menyediakan dua (2) set BIB yang berlainan warna. Jika berlaku persamaan warna atau hampir sama, undian akan dilakukan. Pasukan yang kalah undian dikehendaki menukar bib. 8.0 GELANGGANG DAN PERALATAN 8.1 Pertandingan dijalankan secara “outdoor game” iaitu di gelanggang bola jaring KKTM Kuantan. Dua buah padang disediakan iaitu Padang A dan Padang B. 8.2 Setiap pasukan disarankan membawa sendiri bola untuk sesi latihan. Setiap pasukan juga dikehendaki membawa dan menyerahkan sebiji bola MOLTEN (tournament ball - saiz 5 ) sebelum pertandingan. 8.3 Ukuran padang bola jaring adalah mengikut Rajah 1. Rajah 1: Ukuran dan lakaran gelanggang pertandingan bola jaring. 10.17 m


PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG TEKNIKAL PERMAINAN SUKAN KAKITANGAN TEKNIKAL BKT, KKTM, MJII DAN IKM KALI KESEPULUH (SUKAT X 2023) Page | 25 SUKAT X 2023 8.4 Ukuran gol untuk pertandingan. a. Tinggi tiang gol – 3.05 meter b. Diameter gegelang logam bahagian dalam – 380mm (15 inci) c. Gambarajah tiang gol adalah merujuk kepada Rajah 2. Rajah 2: Ukuran bagi tiang gol untuk pertandingan bola jaring. 8.5 Lain-lain tambahan. a. Lebar garisan gelanggang adalah 2 inci (50mm). b. Jarak tempat persediaan pemain simpanan dan pegawai pasukan dari garisan gelanggang adalah lima (5) kaki. 8.6 Pegawai pertandingan a. Enam (6) orang pengadil luar yang bertauliah akan dilantik di mana akan bertugas secara giliran mengadili pertandingan. b. Seorang (1) pencatat skor akan bertugas bagi setiap kali pertandingan berlangsung. c. Seorang (1) penjaga masa. d. Dua (2) orang pembantu teknikal pencatat papan skor dipadang.


PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG TEKNIKAL PERMAINAN SUKAN KAKITANGAN TEKNIKAL BKT, KKTM, MJII DAN IKM KALI KESEPULUH (SUKAT X 2023) Page | 26 SUKAT X 2023 9.0 KELEWATAN 5 minit akan diberikan untuk masa kelewatan. Jika selepas masa itu, sekiranya pasukan tersebut tidak dapat hadir dengan jumlah pemain seramai 7 orang, maka pasukannya dikira kalah dengan jaringan 0 – 5. 10.0 BANTAHAN Sebarang bantahan hendaklah dibuat dengan mengisi Borang Bantahan dan hendaklah diserahkan kepada Jawatankuasa Teknikal & Bantahan atau wakilnya tidak lewat 30 minit selepas tamat perlawanan beserta dengan wang cagaran sebanyak RM 300. Wang cagaran akan hilang sekiranya bantahan itu tidak diterima dan wang cagaran akan dikembalikan separuh sahaja sekiranya bantahan dan rayuan diterima. 11.0 PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan ini akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan yang berkenaan dan keputusan adalah MUKTAMAD.


PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG TEKNIKAL PERMAINAN SUKAN KAKITANGAN TEKNIKAL BKT, KKTM, MJII DAN IKM KALI KESEPULUH (SUKAT X 2023) Page | 27 SUKAT X 2023 PERATURAN SUKAN BOLA TAMPAR Penyelaras : EN. KHAIRUL IHSAN BIN YAAKOB (011-2964 6949) Penolong 1 : EN. MOHD HAFIZ BIN ABD KADIR (012-794 2037) Penolong 2 : PN. HIZANORHUDA BINTI ZURGHIBA (012-355 3604) Penolong 3 : PN. HAMIZAH BINTI MD SOOT (013-361 4921) 1.0 UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN 1.1 Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, pertandingan ini akan dijalankan mengikut undang-undang Persekutuan Bola Tampar Antarabangsa (FIVB) 1.2 Selain dari peraturan umum di atas, penganjur adalah berhak meminda/mengadakan peraturan-peraturan tambahan, selaras dengan matlamat penganjur aktiviti sukan. 2.0 PENDAFTARAN 2.1 Bilangan penyertaan pemain bagi setiap pasukan adalah dua belas (12) orang termasuk pemain simpanan dan jurulatih. 2.2 Setiap pasukan di kehendaki mendaftarkan no jersi dengan ukuran hadapan enam (6) inci dan belakang sembilan (9) inci. 2.3 Pendaftaran pemain adalah diwajibkan bagi setiap pertandingan. 2.4 Pendaftaran pasukan hendaklah menggunakan borang Pendaftaran Pemain dan perlu diserahkan sebelum setiap perlawanan pertama dijalankan. 2.5 Pihak jawatankuasa pengelola pertandingan berhak membatalkan manamana pasukan yang melanggar atau tidak mematuhi syarat-syarat di atas. 2.6 Bantahan pemain hanya di buat semasa bermain dalam kumpulan sahaja. 3.0 TEMPAT, MASA DAN JADUAL PERTANDINGAN 3.1 Perlawanan akan diadakan di lokasi yang akan ditentukan oleh penganjur 3.2 Setiap perlawanan hendaklah mengikuti jadual dan masa yang telah disediakan setelah undian dibuat oleh Jawatankuasa Pengelola. 3.3 Pasukan yang akan berlawan hendaklah berada di gelanggang lima belas (15) minit sebelum perlawanan bermula. Kemenangan percuma akan


PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG TEKNIKAL PERMAINAN SUKAN KAKITANGAN TEKNIKAL BKT, KKTM, MJII DAN IKM KALI KESEPULUH (SUKAT X 2023) Page | 28 SUKAT X 2023 diberikan kepada mana-mana pasukan lawannya gagal berada di gelanggang selepas (5) lima minit dari masa sesuatu perlawanan sepatutnya dimulakan. 3.4 Perlawanan akan dijalankan mengikut jadual. Setiap pasukan hendaklah mempunyai bilangan pemain yang cukup. Jika kurang dari jumlah pemain sepatutnya, kemenangan percuma akan diberikan kepada pasukan lawan dan pasukan tersebut dikira kalah. 4.0 SISTEM PERTANDINGAN 4.1 Format pertandingan adalah SISTEM LIGA + KALAH MATI. 4.2 Pertandingan ini akan diadakan secara liga pada pusingan pertama / peringkat kumpulan. 4.3 Semua pasukan akan dibahagikan kepada lapan (8) kumpulan, Kumpulan A, Kumpulan B, Kumpulan C, Kumpulan D, Kumpulan E, Kumpulan F, Kumpulan G, Kumpulan H. 4.4 Hanya dua (2) pasukan teratas (Johan dan Naib Johan kumpulan) akan ke pusingan seterusnya. 4.5 Semua perlawanan di peringkat kumpulan akan dijalankan secara liga manakala pada pusingan kedua (2), pusingan suku akhir, separuh akhir serta pertandingan akhir akan dijalankan secara kalah mati. 5.0 FORMAT KIRAAN MATA 5.1 Perlawanan akan dijalankan dalam satu (1) set. 5.2 Format “VOLLEYTHON” satu set dengan mata penamat 31. Di dalam kes mata (30-30) , permainan diteruskan sehingga lebihan dua (2) mata dicapai sebagai contoh (32-30). 5.3 Maksimum mata sehingga tiga puluh lima (35) sahaja. Pasukan yang memperolehi mata ke tiga puluh lima (35) terdahulu dikira pemenang pada set tersebut.


PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG TEKNIKAL PERMAINAN SUKAN KAKITANGAN TEKNIKAL BKT, KKTM, MJII DAN IKM KALI KESEPULUH (SUKAT X 2023) Page | 29 SUKAT X 2023 6.0 CARA MEMUTUSKAN KEPUTUSAN 6.1 Pusingan awal - Peringkat Kumpulan. a. Pusingan awal akan dijalankan secara liga, catatan pemberian kiraan mata adalah seperti berikut: i. Menang - 3 mata ii. Kalah - 0 mata b. Sekiranya terdapat pasukan gagal bermain untuk sesuatu perlawanan, pasukan lawan akan diberi tiga (3) mata. c. Jika kedua-dua atau lebih pasukan memperolehi mata yang sama bagi melayakkan ke pusingan seterusnya, maka pemenang akan ditentukan melalui: i. Perbezaan set kemenangan. ii. Perbezaan mata bagi set yang dimenangi. 7.0 PERALATAN 7.1 Bola tampar akan disediakan oleh kontinjen-kontinjen yang terpilih sahaja seperti edaran lampiran ‘peralatan yang perlu dibawa oleh kontinjen’. 7.2 Peralatan tersebut akan diserahkan kepada urusetia pertandingan semasa pendaftaran kontinjen. 7.3 Bola yang disediakan hendaklah mengikut spesifikasi di bawah :- a. Bola berjenama MOLTEN V5M5000 b. Lilitan bola adalah 65-67 cm. c. Berat bola 260-280 gram. d. Tekanan bola ialah 0.30 hingga 0.325 kg/cm2 atau 4.26 hingga 4.61 psi. 8.0 PENGADIL 8.1 Pengadil akan disediakan oleh pihak jawatankuasa pertandingan 8.2 Penjaga garisan akan di sediakan oleh pihak penganjur.


PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG TEKNIKAL PERMAINAN SUKAN KAKITANGAN TEKNIKAL BKT, KKTM, MJII DAN IKM KALI KESEPULUH (SUKAT X 2023) Page | 30 SUKAT X 2023 9.0 PENANGGUHAN PERLAWANAN 9.1 Sekiranya pengadil berpendapat gelanggang tidak sesuai untuk diteruskan disebabkan oleh keadaan cuaca atau kerana hal-hal yang tidak dijangkakan, permainan itu tidak dapat diteruskan atau sekiranya sesuatu perlawanan diberhentikan akibat hal-hal diluar kawalan kedua-dua pasukan dan tidak melebihi 2 jam, Keputusan berikut akan diikuti: a. Sekiranya bermain semula di gelanggang yang sama, set yang tergendala akan disambung semula dengan mata, pemain dan kedudukan pemain yang sama. b. Set yang telah dimainkan dahulunya dikekalkan keputusannya. c. Sekiranya perlawanan dimainkan di gelanggang yang lain, set yang sedang dimainkan dikira batal dan dimainkan semula dengan pemainpemain yang sama. d. Set yang telah dimainkan dahulu dikekalkan keputusannya. Atau 9.2 Perlawanan akan diteruskan sekiranya hujan yang tidak membahayakan para pemain. Atau 9.3 Bermain diwaktu malam hingga habis mengikut jadual. Atau 9.4 Pertandingan mengikut kaedah voliton (30 mata).15 mata tukar gelangang hingga ke peringkat akhir. 10.0 BANTAHAN Sebarang bantahan hendaklah dibuat dengan mengisi Borang Bantahan dan hendaklah diserahkan kepada Jawatankuasa Teknikal & Bantahan atau wakilnya tidak lewat dari 30 minit selepas tamat perlawanan beserta dengan wang cagaran sebanyak RM300. Wang cagaran akan hilang sekiranya bantahan itu tidak diterima dan wang cagaran akan dikembalikan separuh sahaja sekiranya bantahan dan rayuan diterima.


PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG TEKNIKAL PERMAINAN SUKAN KAKITANGAN TEKNIKAL BKT, KKTM, MJII DAN IKM KALI KESEPULUH (SUKAT X 2023) Page | 31 SUKAT X 2023 11.0 LAIN-LAIN PERKARA 11.1 Jawatankuasa pengelola mempunyai hak untuk mengambil sebarang keputusan jika timbul kemusykilan dalam kejohanan ini seandainya tidak dinyatakan dalam peraturan pertandingan dan keputusan adalah muktamad. 11.2 Pihak jawatankuasa pengelola berhak meminda sebarang undang-undang kejohanan jika perlu. 11.3 Setiap perlawanan akan dijalankan mengikut masa yang telah dijadualkan, tetapi jawatankuasa pengelola berhak meminda susulan atau tarikh/masa jika perlu. Perubahan ini akan diberitahu kepada pengurus pasukan masingmasing dengan secepat mungkin. 11.4 Selain daripada pegawai-pegawai yang terlibat dan jurukamera rasmi, tiada sesiapapun dibenarkan masuk ke dalam gelanggang semasa perlawanan dijalankan. 11.5 Ahli-ahli sesuatu pasukan yang dibenarkan menduduki atas bangku pemain pengganti yang disediakan pada masa perlawanan adalah seperti berikut: a. Pengurus Pasukan b. Lima (5) orang pemain simpanan


PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG TEKNIKAL PERMAINAN SUKAN KAKITANGAN TEKNIKAL BKT, KKTM, MJII DAN IKM KALI KESEPULUH (SUKAT X 2023) Page | 32 SUKAT X 2023 PERATURAN SUKAN SEPAK TAKRAW Penyelaras : EN. HAFIZAN BIN HASSAN (017-402 6100) Penolong : EN. HAMZAH BIN DERAMAN (012-585 2341) 1.0 UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN 1.1 Pertandingan ini akan dijalankan mengikut Undang-Undang ISTAF, ASTAF, dan Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) 1.2 Selain dari peraturan umum di atas, penganjur adalah berhak meminda/mengadakan peraturan-peraturan tambahan, selaras dengan matlamat penganjur aktiviti sukan. 1.3 Syarat di bawah adalah digunapakai untuk Regu Terbuka. 2.0 PENDAFTARAN PEMAIN / PEMBENTUKAN REGU 2.1 Format pertandingan adalah SISTEM LIGA + KALAH MATI. 2.2 Setiap pusat dibenarkan mendaftarkan satu regu lelaki sahaja. 2.3 Setiap regu terdiri daripada tiga (3) orang pemain termasuk dua (2) orang pemain simpanan. 2.4 Pemain simpanan boleh ditukarkan di dalam satu-satu perlawanan. 2.5 Pertukaran pemain setiap set boleh dilakukan kepada 2 pertukaran. 2.6 Setiap pasukan dikehendaki menyerahkan ‘Borang Pendaftaran Pertandingan’ kepada Pengurus Pertandingan selewat-lewatnya 30 minit sebelum sesuatu pertandingan yang dijadualkan bermula. 3.0 SISTEM PERTANDINGAN 3.1 Setiap pasukan akan diwakili oleh satu (1) regu sahaja. 3.2 Pertandingan ini akan diadakan secara liga pada pusingan pertama/peringkat kumpulan. 3.3 Semua pasukan akan dibahagikan kepada lapan (8) kumpulan, Kumpulan A, Kumpulan B, Kumpulan C, Kumpulan D, Kumpulan E, Kumpulan F, Kumpulan G dan Kumpulan H.


PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG TEKNIKAL PERMAINAN SUKAN KAKITANGAN TEKNIKAL BKT, KKTM, MJII DAN IKM KALI KESEPULUH (SUKAT X 2023) Page | 33 SUKAT X 2023 3.4 Hanya dua (2) pasukan teratas (Johan dan Naib Johan kumpulan) akan ke pusingan seterusnya. 3.5 Semua perlawanan di peringkat kumpulan akan dijalankan secara liga manakala perlawanan pada pusingan ke-2, pusingan suku akhir, separuh akhir, penentuan tempat ke-3 dan ke-4 serta pertandingan akhir akan dijalankan secara kalah mati. 3.6 Setiap regu berkemungkinan akan bertanding lebih daripada satu perlawanan dalam sehari. Jika dijadualkan, maka tempoh rehat antara 15 hingga 30 minit akan diberi antara perlawanan tersebut. 4.0 KIRAAN MATA 4.1 Perlawanan akan dijalankan sebanyak 2 Set dengan kiraan mata 21 mata dan sekiranya kedudukan DEUCE (20-20), pasukan yang mendapat 2 mata seterusnya secara berturut-turut atau mendapat mata 25 terlebih dahulu akan dikira pemenang. 4.2 Sekiranya perlawanan berakhir dengan seri iaitu 1-1, ianya akan dilanjutkan ke set (TIE BREAK) dengan kiraan mata 15. 4.3 Sekiranya kiraan mata berada pada 14-14, tambahan 3 mata diberi menjadikan 17 mata. Mana - mana regu mendahului 2 mata (17-15) atau 1 mata (17-16) dari pihak lawan dikira sebagai pemenang. 4.4 Sebelum pusingan ‘tie – break’ bermula, Pengadil akan membuat undian dan regu yang memenangi undian akan melakukan sepak mula. Tukar petak gelanggang akan dilakukan apabila satu regu mendahului kiraan mata 8. 5.0 GILIRAN SERVIS Tiga kali servis setiap kali diberikan sebelum servis bertukar tangan kepada regu lawan.


PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG TEKNIKAL PERMAINAN SUKAN KAKITANGAN TEKNIKAL BKT, KKTM, MJII DAN IKM KALI KESEPULUH (SUKAT X 2023) Page | 34 SUKAT X 2023 6.0 CARA MEMUTUSKAN KEPUTUSAN 6.1 Pemberian mata: liga pada pusingan pertama/peringkat kumpulan seperti Jadual 7 Jadual 7: Pemberian mata sepak takraw PERLAWANAN (PASUKAN) MATA Menang 2-0 3 Menang 2-1 2 Kalah 1-2 0 Kalah 0-2 0 6.2 Sekiranya diakhir perlawanan dalam sesuatu KUMPULAN kiraan mata untuk regu didapati sama, maka keputusan akan ditentukan secara berikut:- 6.2.1 Jumlah SET yang menang dikira sebagai pemenang (perbezaan SET MENANG DAN KALAH bagi setiap regu) 6.2.2 Jika keadaan masih sama maka kaedah di bawah ini akan diikuti: a. Regu yang mempunyai JUMLAH MATA TERBESAR (perbezaan kiraan mata menang dan kalah) dikira sebagai pemenang. b. Jika 2 regu terlibat dalam situasi ini, REGU yang telah mengalahkan lawannya dikira sebagai pemenang. c. Jika 3 atau lebih REGU yang terlibat, maka undian akan dibuat untuk menentukan pemenang. 7.0 PENGGUNAAN BOLA TAKRAW 7.1 Bola takraw yang digunakan untuk pertandingan ini ialah jenis SINTETIK yang diluluskan dari jenama (GAJAH EMAS 511). 8.0 PERATURAN BAGI SEMUA PEMAIN 8.1 Semua pemain dalam satu regu hendaklah melaporkan diri kepada Pengadil Rasmi apabila diminta berbuat demikian. Kemenangan akan diberi kepada regu lawannya selepas kelewatan LIMA MINIT dari masa pertandingan. 8.2 Minuman tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam gelanggang dan pemain tidak dibenarkan diberi minum semasa dalam permainan.


PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG TEKNIKAL PERMAINAN SUKAN KAKITANGAN TEKNIKAL BKT, KKTM, MJII DAN IKM KALI KESEPULUH (SUKAT X 2023) Page | 35 SUKAT X 2023 8.3 Masa rehat DUA MINIT akan diberikan di antara SET KEDUA DAN KETIGA. 8.4 Masa DUA MINIT diberikan kepada setiap regu untuk membuat percubaan di dalam gelanggang sebelum pertandingan dijalankan. 8.5 Setiap permintaan kepada Pengadil mestilah diminta oleh KETUA REGU yang memakai lilitan tangan pada baju/jersinya. 9.0 KELEWATAN 9.1 Setiap regu hendaklah berada di gelanggang yang ditetapkan sepanjang permainan mengikut Jadual Pertandingan. 9.2 Untuk regu yang lewat LIMA MINIT, Pengadil Rasmi akan mengistiharkan regu tersebut dikira kalah. Kemenangan percuma akan diberikan kepada lawannya yang hadir ke gelanggang. 9.3 Sekiranya kedua-dua regu tidak hadir, keputusan akan ditentukan oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan dan akan diberitahu kepada pasukan yang terlibat. 9.4 Hanya LIMA MINIT sahaja diberikan kepada regu yang lewat. Selepas itu pihak lawannya akan diberikan kemenangan percuma dengan kiraan mata 21-0; 21-0. 10.0 BANTAHAN Sebarang bantahan hendaklah dibuat dengan mengisi Borang Bantahan dan hendaklah diserahkan kepada Jawatankuasa Teknikal & Bantahan atau wakilnya tidak lewat satu (1) jam selepas tamat perlawanan beserta dengan wang cagaran sebanyak RM300. Wang cagaran akan hilang sekiranya bantahan itu tidak diterima dan wang cagaran akan dikembalikan separuh sahaja sekiranya bantahan dan rayuan diterima. 11.0 PENANGGUHAN 11.1 Setiap regu tidak boleh membuat penangguhan perlawanan. 11.2 Walaubagaimanapun, pihak Pengelola dan Pengadil Rasmi berhak membuat penangguhan jika didapati cuaca atau lain-lain sebab yang tidak membolehkan pertandingan tersebut dijalankan dengan berasaskan perkara-perkara berikut:


PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG TEKNIKAL PERMAINAN SUKAN KAKITANGAN TEKNIKAL BKT, KKTM, MJII DAN IKM KALI KESEPULUH (SUKAT X 2023) Page | 36 SUKAT X 2023 a. Sekiranya perlawanan ditangguhkan kurang 6 jam pertandingan akan diteruskan dengan mata terakhir. b. Sekiranya perlawanan ditangguhkan lebih dari 6 jam tetapi kurang 24 jam, pertandingan akan diteruskan dengan mengambil kira pusingan yang telah tamat. c. Sekiranya perlawanan ditangguhkan lebih dari 24 jam, keseluruhan pertandingan akan dimulakan semula. 12.0 PAKAIAN PEMAIN 12.1 Semua pemain hendaklah memakai jersi/pakaian yang sesuai dan kemas. 12.2 Semua jersi/pakaian pemain hendaklah mempunyai nombor dibelakangnya. 12.3 Setiap pemain hendaklah sentiasa bernombor jersi yang sama setiap perlawanan. 12.4 Pemakaian yang menutup aurat adalah DIWAJIBKAN.


PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG TEKNIKAL PERMAINAN SUKAN KAKITANGAN TEKNIKAL BKT, KKTM, MJII DAN IKM KALI KESEPULUH (SUKAT X 2023) Page | 37 SUKAT X 2023 PERATURAN SUKAN CATUR Penyelaras : EN. ZAHRUL ADNAN BIN MAT TAIB (019-938 4002) Penolong : EN. KAMARUL ARIFFIN BIN MOHAMAD (012-299 4789) 1.0 UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN Pertandingan ini akan dijalankan mengikut undang-undang catur Antarabangsa (FIDE) dan undang-undang kejohanan. 2.0 SISTEM PERTANDINGAN 2.1 Pendaftaran pemain: 2.1.1 Setiap kontijen dikehendaki menghantar DUA (2) orang pemain sahaja Borang pendaftaran pertandingan perlu diserahkan kepada pengurus pertandingan selewat-lewatnya 30 minit sebelum sesuatu pertandingan yang dijadualkan bermula. 2.1.2 Setiap pasukan perlu berada di tempat pertandingan selewatlewatnya 15 minit sebelum pertandingan bermula 2.1.3 Kemenangan percuma akan diberikan kepada mana-mana pasukan jika pihak lawan gagal berada di meja permain sepuluh (10) minit dari masa perlawanan tanpa alasan yang sepatutnya dimulakan 3.0 FORMAT DAN SISTEM PERTANDINGAN 3.1 Pertandingan ini akan dijalankan mengikut sistem swiss 3.2 Masa permainan adalah 25 minit untuk setiap pemain jumlah jam maksima untuk setiap pusingan adalah 50 minit (kawalan masa untuk setiap permainan dibuat menggunakan jam catur) 3.3 Pertandingan akan dijalankan secara berkumpulan yang terdiri daripada dua pemain. Perlawanan berjalan secara serentak bagi kedua-dua permain tersebut. 3.4 Semua perserta akan bermain dalam semua pusingan (5 pusingan) secara individu tetapi mata kemenangan dikira berdasarkan jumlah pungutan mata pasukan.


PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG TEKNIKAL PERMAINAN SUKAN KAKITANGAN TEKNIKAL BKT, KKTM, MJII DAN IKM KALI KESEPULUH (SUKAT X 2023) Page | 38 SUKAT X 2023 3.5 Pemain yang dapat “CHECKMATE”dahulu ke atas lawananya dikira sebagai pemenang. Pemain yang masanya telah cukup dikira kalah dengan syarat tidak mempunyai sekurang-kurangnya satu buah catur kuasa besar atau kuasa untuk “checkmate”. 3.6 Pergerakan buah catur adalah secara “Touch Move”. Apabila pemain telah menyentuh/memegang buah catur pemain tidak boleh mengerakkan buah catur yang lain. Pemain mesti mengerakkan buah catur yang telah dipegang atau disentuh. Sekiranya pemain ingin membetulkan kedudukan buah ia perlu memberitahu pemain lawan terlebih dahulu. 3.7 Pemain tidak dibenarkan berbincang dengan pengurus pasukan atau pemain lain semasa dalam permainan. 3.8 Seorang pemain tidak akan bertemu dengan pemain lawan yang sama lebih dari sekali. 3.9 Setiap pemain akan dipasangkan dengan pemain lain yang mempunyai mata yang sama atau sekurang-kurangnya hampir sama. 3.10 Dalam sistem ini, pemain-pemain akan disenaraikan mengikut rating. Pemain teratas akan dipadankan atau di"pairing"kan dengan pemain ditengah-tengah. Pemain akan diberi satu (1) markah jika menang, setengah (1/2) jika seri dan kosong (0) markah jika kalah. 3.11 Pemain-pemain yang dipasangakan adalah dari kumpulan-mata (scoregroup) yang sama, atau mungkin dari kumpulan-mata yang paling dekat. 3.12 Selepas dua pusingan atau lebih, jumlah kali seorang pemain diberi warna putih. harus sama dengan jumlah kali dia diberi warna hitam. 3.13 Seorang pemain, jika boleh harus diberikan warna yang bertentangan dengan warna yang dia bermain dipusingan sebelumnya. 3.14 Seorang pemain tidak boleh dibenarkan bermain dengan warna yang sama untuk 3 pusingan berturut-turut dan tidak boleh sentiasa bermain dengan sesuatu jenis warna sehingga perbezaan di antara jumlah kali dia menggunakan warna putih dengan jumlah kali dia menggunakan warna hitam adalah sebanyak 3 kali. 3.15 Pemain disarankan memakai pakaian yang sesuai dengan permainan catur. 3.16 Jawatankuasa pengelola berhak membuat sebarang keputusan yang wajar jika timbul kemusykilan dan masalah. 3.17 Jawatankuasa pengelola berhak membuat pindaan ke atas jadual pertandingan. Semua keputusan adalah MUKTAMAD.


PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG TEKNIKAL PERMAINAN SUKAN KAKITANGAN TEKNIKAL BKT, KKTM, MJII DAN IKM KALI KESEPULUH (SUKAT X 2023) Page | 39 SUKAT X 2023 3.18 Keputusan pengadil pertandingan adalah MUKTAMAD. 4.0 PERALATAN PERMAINAN. 4.1 Setiap pasukan dikehendaki membawa peralatan untuk pertandingan dan diserahkan ke penganjur semasa pendaftaran kontinjen. 4.2 Peralatan set catur, papan catur dan jam catur yang digunakan pada waktu pertandingan hendaklah ditanda Nama Pusat masing-masing. 5.0 BANTAHAN Sebarang bantahan hendaklah dibuat dengan mengisi Borang Bantahan dan hendaklah diserahkan kepada Jawatankuasa Teknikal & Bantahan atau wakilnya tidak lewat 30 minit selepas tamat perlawanan beserta dengan wang cagaran sebanyak RM300. Wang cagaran akan hilang sekiranya bantahan itu tidak diterima dan wang cagaran akan dikembalikan separuh sahaja sekiranya bantahan dan rayuan diterima. 6.0 PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan ini akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan yang berkenaan dan keputusan adalah MUKTAMAD.


PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG TEKNIKAL PERMAINAN SUKAN KAKITANGAN TEKNIKAL BKT, KKTM, MJII DAN IKM KALI KESEPULUH (SUKAT X 2023) Page | 40 SUKAT X 2023 PERATURAN SUKAN BADMINTON Penyelaras : EN. AKMAR HISHAM BIN. SIRAT (012-696 0070) Penolong : EN. ASMAWIAFANDY BIN ABU SEMAN (013-575 8779) 1.0 UNDANG-UNDANG/PERATURAN 1.1 Pertandingan ini dijalankan mengikut Undang-Undang Persekutuan Badminton Dunia (BWF) dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM). 1.2 Selain dari peraturan umum di atas, penganjur adalah berhak meminda/mengadakan peraturan-peraturan tambahan, selaras dengan matlamat penganjur aktiviti sukan. 2.0 SISTEM PERTANDINGAN 2.1 Format pertandingan adalah SISTEM LIGA DALAM KUMPULAN pada pusingan awal dan KALAH MATI (KNOCK OUT) pada pusingan seterusnya. 2.2 Pertandingan dijalankan secara berkumpulan. 2.3 Setiap pasukan dikehendaki menyenaraikan tujuh (7) orang pemain lelaki dan dua (2) orang pemain wanita termasuk pemain simpanan. 2.4 Borang Pendaftaran Pertandingan hendaklah diserahkan kepada Pengurus Pertandingan selewat-lewatnya 30 minit sebelum sesuatu pertandingan yang dijadualkan bermula. 2.5 Setiap pasukan perlu berada di tempat pertandingan selewat-lewatnya 15 minit sebelum perlawanan dimulakan. 2.6 Susunan pertandingan untuk acara berpasukan adalah seperti berikut:- i. Beregu Lelaki Terbuka ii. Beregu Campuran iii. Perseorangan Lelaki 2.7 Setiap pemain dibenarkan bermain SEKALI sahaja . 2.8 Pemain lelaki bagi acara beregu campuran hendaklah berusia 45 tahun ke atas iaitu lahir pada tahun 1978 dan ke bawah. 2.9 Setiap pasukan tidak dibenarkan membuat pertukaran pemain setelah Borang Pendaftaran Pertandingan diserahkan.


PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG TEKNIKAL PERMAINAN SUKAN KAKITANGAN TEKNIKAL BKT, KKTM, MJII DAN IKM KALI KESEPULUH (SUKAT X 2023) Page | 41 SUKAT X 2023 2.10 Perlawanan akan dijalankan sebanyak 2 Set dengan kiraan mata 21 mata dan sekiranya kedudukan DEUCE (20-20), pasukan yang mendapat 2 mata seterusnya secara berturut-turut atau mendapat mata 25 terlebih dahulu akan dikira pemenang. 2.11 Sekiranya perlawanan berakhir dengan seri iaitu 1-1, ianya akan dilanjutkan ke set penentuan.Mana-mana pasukan yang telah memenangi dua (2) acara berturut-turut diisytihar sebagai pemenang (peringkat kalah mati) 2.12 Pemain yang tidak dapat meneruskan permainan sehingga tamat pada satusatu perlawanan akan dianggap telah memberikan kemenangan percuma kepada pihak lawan. 3.0 PERALATAN DAN PAKAIAN PEMAIN 3.1 Pemain disarankan memakai pakaian yang sama dan sesuai dengan permainan badminton. 3.2 Setiap pasukan mesti menyerahkan 2 tabung bulu tangkis jenis R.S.L Gold (speed 77) kepada urusetia bertugas semasa pendaftaran kontinjen. 3.3 Jawatankuasa Teknikal Pertandingan hanya akan menyediakan dua (2) biji bulu tangkis bagi perlawanan dan tidak bertanggungjawab menyediakan bulu tangkis untuk “warm-up”. 4.0 BANTAHAN Sebarang bantahan hendaklah dibuat dengan mengisi Borang Bantahan dan hendaklah diserahkan kepada Jawatankuasa Teknikal & Bantahan atau wakilnya tidak lewat satu (1) jam selepas tamat perlawanan beserta dengan wang cagaran sebanyak RM300. Wang cagaran akan hilang sekiranya bantahan itu tidak diterima dan wang cagaran akan dikembalikan separuh sahaja sekiranya bantahan dan rayuan diterima. 5.0 PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan ini akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan yang berkenaan dan keputusan adalah MUKTAMAD.


PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG TEKNIKAL PERMAINAN SUKAN KAKITANGAN TEKNIKAL BKT, KKTM, MJII DAN IKM KALI KESEPULUH (SUKAT X 2023) Page | 42 SUKAT X 2023 PERATURAN SUKAN PING PONG Penyelaras : EN. MUHAMMAD SHAKIR BIN MAT NAWI (012-962 5059) Penolong : EN. HASANI BIN ZAID (014-520 8048) 1.0 UNDANG – UNDANG PERTANDINGAN 1.1 Pertandingan ini akan dijalankan mengikut Undang-Undang Ping Pong Antarabangsa (ITTF),Persatuan Ping Pong Malaysia (TTAM) dan Jawatankuasa Penganjur. 1.2 Selain dari peraturan umum di atas, penganjur adalah berhak meminda/mengadakan peraturan-peraturan tambahan, selaras dengan matlamat penganjur aktiviti sukan. 1.3 Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Penganjur adalah muktamad. 2.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN 2.1 Format pertandingan adalah secara grouping pada pusingan awal dan kalah mati bermula pusingan kedua. Kesemua 26 pasukan akan dipecahkan kepada enam (6) kumpulan secara undian dan mengikut pecahan pot seeded dan pot non-seeded. 6 pasukan seeded ditentukan berdasarkan keputusan SUKAT yang lepas dan bilangan pemain MARA Negeri dalam pasukan. 2.2 Hanya Johan dan Naib Johan kumpulan sahaja akan terpilih untuk ke pusingan kalah mati. Sebanyak 12 pasukan akan layak ke pusingan kalah mati. 2.3 Pada pusingan kalah mati, undian akan dilakukan sekali lagi bagi menentukan tempat setiap pasukan pada carta kalah mati. 2.3.1 Empat (4) dari enam (6) pasukan johan kumpulan dengan mata tertinggi akan diletakkan di dalam satu pot untuk diundi bagi posisi bye dan menunggu pemenang pada pusingan R16 untuk bertanding pada pusingan R8. (W1, W2, W3 & W4). 2.3.2 Dua (2) pasukan johan yang berbaki akan diundi untuk tempat kelayakan suku akhir. (W5 dan W6) 2.3.3 Enam (6) pasukan naib johan kumpulan juga akan diundi bersama W5 dan W6 untuk tempat kelayakan suku akhir. (Y1-Y6)


PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG TEKNIKAL PERMAINAN SUKAN KAKITANGAN TEKNIKAL BKT, KKTM, MJII DAN IKM KALI KESEPULUH (SUKAT X 2023) Page | 43 SUKAT X 2023 2.3.4 Sekiranya keputusan undian di peringkat kelayakan suku akhir melibatkan pertemuan semula pasukan dari kumpulan yang sama, keputusan undian adalah terbatal dan undian akan dibuat semula. 2.4 Setiap pasukan dikehendaki menyenaraikan lapan (8) orang pemain termasuk dua (2) pemain simpanan dan menyerahkan ’Borang Pendaftaran Pertandingan’ kepada Pengurus Pertandingan selewat-lewatnya 30 minit sebelum pertandingan yang dijadualkan bermula. Penyertaan yang tidak lengkap akan digugurkan. 2.5 Pingat akan diberikan kepada pasukan pemenang sehingga tempat ke-tiga sahaja. Setiap pasukan pemenang akan diberikan sebanyak 9 medal iaitu 8 untuk pemain dan 1 untuk pengurus. 2.6 Setiap pasukan perlu berada di gelanggang selewat-lewatnya 15 minit sebelum pertandingan dimulakan 3.0 ACARA PERTANDINGAN 3.1 Kategori dan turutan pertandingan adalah seperti berikut: 3.1.1 Beregu Lelaki Terbuka 3.1.2 Perseorangan Lelaki Terbuka 3.1.3 Beregu Campuran Terbuka 3.2 Setiap pemain hanya dibenarkan bermain satu acara sahaja untuk setiap perlawanan. 3.3 Setiap pasukan tidak dibenarkan membuat pertukaran pemain setelah ’Borang Pendaftaran Pertandingan’ diserahkan. 4.0 SISTEM DAN FORMAT PERTANDINGAN 4.1 Setiap pertandingan akan dijalankan sebanyak lima (5) set terbaik (1 set=11 mata) di peringkat kumpulan dan peringkat kalah mati. Mana-mana pemain yang telah memenangi tiga (3) set akan disytiharkan sebagai pemenang game tersebut. Di peringkat kumpulan, kedua-dua pasukan bertanding perlu menghabiskan ketiga-tiga perlawanan men’s single, men’s double dan mixed double. Ini kerana, bilangan game’s win akan diambil kira untuk menentukan pasukan mana juara kumpulan sekiranya mata adalah sama. Di peringkat kalah mati, mana-mana pasukan yang telah memenangi kedua-dua game men’s single dan men’s double akan disytiharkan sebagai pemenang untuk layak ke peringkat seterusnya.Pemain gantian dari senarai nama pemain simpanan sahaja dibenarkan bermain sebelum satu-satu perlawanan dimulakan.


PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG TEKNIKAL PERMAINAN SUKAN KAKITANGAN TEKNIKAL BKT, KKTM, MJII DAN IKM KALI KESEPULUH (SUKAT X 2023) Page | 44 SUKAT X 2023 4.2 Pemain yang tidak dapat meneruskan permainan sehingga tamat pada satusatu perlawanan akan dianggap telah memberikan kemenangan percuma kepada pihak lawan. 5.0 PERALATAN DAN PAKAIAN PEMAIN 5.1 Pemain disarankan untuk tidak memakai pakaian yang berwarna putih. 5.2 Jawatankuasa Pengelola hanya akan menyediakan bola ping pong bagi tujuan perlawanan sahaja dan tidak bertanggungjawap menyediakan bola ping pong untuk sesi pemanasan badan. 5.3 Bola yang digunakan adalah dari jenis ’Nittaku 3 star premium’ berwarna Putih dan bersaiz 40+ sahaja. Setiap pusat dikehendaki menyerahkan satu (1) kotak bola ping pong kepada urusetia pertandingan. 5.4 Bat ping pong/table tennis blade dan getah bagi setiap pemain adalah tanggungjawab setiap pusat dan memenuhi spesifikasi mengikut ITTF. (Rujuk Lampiran 4) 5.5 Getah yang telah diubahsuai tidak dibenarkan untuk digunakan di dalam pertandingan. Sekiranya berlaku percanggahan pendapat, urusetia pertandingan akan menentukan keputusan yang muktamad. 6.0 BANTAHAN Sebarang bantahan hendaklah dibuat dengan mengisi Borang Bantahan dan hendaklah diserahkan kepada Jawatankuasa Teknikal & Bantahan atau wakilnya tidak lewat satu (1) jam selepas tamat perlawanan beserta dengan wang cagaran sebanyak RM300.Wang cagaran akan hilang sekiranya bantahan itu tidak diterima dan wang cagaran akan dikembalikan separuh sahaja sekiranya bantahan dan rayuan diterima.


Click to View FlipBook Version