PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG TEKNIKAL PERMAINAN SUKAN KAKITANGAN TEKNIKAL BKT, KKTM, MJII DAN IKM KALI KESEPULUH (SUKAT X 2023) Page | 45 SUKAT X 2023 PERATURAN SUKAN DART Penyelaras : EN. KHAIRUL RIZAL BIN MOHAD (012-661 2260) Penolong : EN. AZIZUL BIN MOKHTAR@MOTHER (017-260 9870) 1.0 PENGANJURAN 1.1 Jawatankuasa Penganjur menganjurkan pertandingan ini. Sebarang keputusan yang dibuat terhadap segala perkara yang berhubungkait dengan kejohanan ini adalah muktamad. 1.2 Jawatankuasa Penganjur berhak meminda atau membuat apa-apa penyesuaian untuk permainan menurut cara yang difikirkan sesuai. 1.3 Jawatankuasa Penganjur berhak menolak mana-mana pasukan atau peserta yang tidak mematuhi peraturan dan syarat kejohanan. 2.0 UNDANG-UNDANG PERMAINAN 2.1 Undang-undang dan peraturan permainan yang digunapakai dalam kejohanan ini adalah mengikut Peraturan dan Undang-undang Persekutuan Dart Antarabangsa (WDF). 2.2 Kejadian di luar dugaan yang tidak terdapat dalam peruntukan berkenaan akan diputuskan seperti berikut: 2.2.1 Semua kejadian akan diputuskan berasaskan kepada Peraturan Am Kejohanan SUKAT X 2023. 2.2.2 Sebarang perselisihan teknikal akan diputuskan berasaskan kepada Peraturan Am Kejohanan SUKAT X 2023, Undang-undang Persekutuan Dart Antarabangsa (WDF) dan Jawatankuasa Penganjur. 2.2.3 Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Penganjur adalah muktamad. 3.0 PENYERTAAN 3.1 Setiap pasukan dibenarkan mendaftar pasukan negeri yang terdiri daripada kakitangan yang sedang berkhidmat dengan BKT, KKTM, MJII dan IKM sahaja.
PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG TEKNIKAL PERMAINAN SUKAN KAKITANGAN TEKNIKAL BKT, KKTM, MJII DAN IKM KALI KESEPULUH (SUKAT X 2023) Page | 46 SUKAT X 2023 3.2 Bagi kakitangan Sambilan dan Kontrak, hendaklah telah berkhidmat dengan BKT, KKTM, MJII atau IKM sekurang-kurangnya tiga (3) bulan dari tarikh kejohanan. 3.3 Terdapat dua puluh enam (26) pasukan yang layak menyertai pertandingan ini. 3.4 Setiap pasukan hanya dibenarkan mendaftar LAPAN (8) orang darters termasuk pemain simpanan. 3.5 Pendaftaran setiap pemain hendaklah mengikut keperluan yang ditetapkan dalam Undang-undang dan Peraturan Am SUKAT X 2023. Borang pendaftaran mesti ditandatangani oleh Ketua Kontinjen atau Pengurus Pasukan setiap pusat. 4.0 TAKLIMAT PENGURUS PASUKAN 4.1 Selepas taklimat pengurus pasukan, sebarang permohonan pertukaran/gantian pemain tidak dibenarkan. 4.2 Taklimat pengurus pasukan akan diadakan pada masa yang akan diberitahu. 5.0 ACARA PERTANDINGAN 5.1 Pertandingan akan dipertandingkan dalam tiga (3) kategori seperti berikut: a. Perseorangan Lelaki - 501 (best of 3 legs) b. Beregu Wanita - 301 (best of 3 legs) c. Threesome Lelaki – 701 (best of 1 leg) 5.2 Undian akan dilakukan bagi menentukan pemain mana yang akan memulakan pertandingan (First Player to Throw). 5.3 Setiap darters dibenarkan bermain hanya satu (1) acara sahaja. 6.0 SISTEM DAN FORMAT PERTANDINGAN ** Sila rujuk PERATURAN AM SUKAT X 2023
PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG TEKNIKAL PERMAINAN SUKAN KAKITANGAN TEKNIKAL BKT, KKTM, MJII DAN IKM KALI KESEPULUH (SUKAT X 2023) Page | 47 SUKAT X 2023 7.0 SISTEM PEMBERIAN MATA / MENENTUKAN KEMENANGAN 7.1 Pertandingan dijalankan secara KALAH MATI. 7.2 Setiap pemain hendaklah mengakhiri balingan melalui ‘Double Score’. Pemain yang telah layak untuk check diberi peluang 15 balingan untuk menamatkan perlawanan. Sekiranya masih gagal 3 balingan diberikan dan pemenang dibuat berdasarkan kiraan mata tertinggi. 8.0 JERSI / PAKAIAN PEMAIN 8.1 Tiap-tiap pasukan hendaklah berpakaian kemas dan pengenalan pasukan hendaklah ditonjolkan. 8.2 Dilarang memakai pakaian seperti seluar pendek, selipar, sandal dan T-shirt tanpa kolar. 9.0 PEMBATALAN / WALKOVER 9.1 Tiap-tiap pasukan mestilah berada di gelanggang pertandingan sepuluh (10) minit sebelum masa yang ditetapkan untuk pertandingan. 9.2 Jika satu-satu pasukan datang lewat lima belas (15) minit selepas masa yang telah dijadualkan untuk pertandingan tanpa memberi sebarang alasan yang munasabah, maka pasukan tersebut dikira memberi kemenangan kepada pihak lawan. 9.3 Menarik diri daripada pertandingan tidak dibenarkan. Jika ianya berlaku pasukan tersebut dianggap menarik diri dari keseluruhan pertandingan. Semua mata yang diperolehi sebelum itu tidak akan diambil kira. 10.0 TINDAKAN TATATERTIB 10.1 Hukuman berikut merupakan hukuman yang dikenakan secara automatik: 10.1.1 Seseorang pemain yang disingkirkan atau dikeluarkan daripada gelanggang pertandingan atas sebab-sebab berkelakuan buruk dan biadap, maka pemain tersebut digantung satu perlawanan berikutnya.
PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG TEKNIKAL PERMAINAN SUKAN KAKITANGAN TEKNIKAL BKT, KKTM, MJII DAN IKM KALI KESEPULUH (SUKAT X 2023) Page | 48 SUKAT X 2023 11.0 BANTAHAN 11.1 Bantahan hendaklah secara bertulis kepada Jawatankuasa Teknikal & Bantahan dalam tempoh tidak lebih dari 30 minit selepas tamat pertandingan. 11.2 Setiap bantahan disertakan bayaran RM300 dan tidak akan dikembalikan sekiranya bantahan ditolak. 12.0 HAL-HAL LAIN Pengurus/Jurulatih setiap pasukan bertanggungjawab memastikan setiap pemain dan penyokong pasukannya berpegang kepada semangat kesukanan yang tulen. 13.0 HADIAH 13.1 Hadiah-hadiah disediakan seperti berikut: a. Johan b. Naib Johan c. Tempat Ketiga 14.0 HAL-HAL YANG TIDAK DIPERUNTUKKAN Segala hal yang tidak diperuntukkan didalam peraturan ini dan segala tafsiran peraturan ini hendaklah diselenggarakan oleh Jawatankuasa Penganjur SUKAT X 2023. Segala keputusan adalah muktamad.
PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG TEKNIKAL PERMAINAN SUKAN KAKITANGAN TEKNIKAL BKT, KKTM, MJII DAN IKM KALI KESEPULUH (SUKAT X 2023) Page | 49 SUKAT X 2023 PERATURAN SUKAN TARIK TALI Penyelaras : EN. MOHD SYAIFUL AZLAN BIN AB RAHMAN (017-433 6361) Penolong : EN. AZLI IHSAN BIN YAHAYA (019-727 8386) 1.0 KELAYAKAN 1.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua kakitangan teknikal BKT, KKTM, MJII dan IKM se-Malaysia. 1.2 Terbuka kepada peserta lelaki sahaja. 1.3 Peserta yang menyertai pertandingan mestilah sihat tubuh badan. 1.4 Pertukaran nama peserta-peserta hanya boleh dibuat semasa mesyuarat pengurus-pengurus pasukan atau sebelum acara rasmi pertandingan dimulakan. 1.5 Jawatankuasa Pengelola kejohanan berhak membuat sebarang keputusan yang wajar jika timbul sebarang kemuskilan dalam pertandingan ini dan keputusan yang diambil adalah MUKTAMAD. 2.0 UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN 2.1 Semua pertandingan hendaklah mengikut undang-undang Pertandingan Persatuan Tarik Tali Malaysia. 2.2 Selain dari peraturan umum di atas, penganjur adalah berhak meminda/mengadakan peraturan-peraturan tambahan, selaras dengan matlamat penganjur aktiviti sukan. 3.0 PENDAFTARAN Setiap pasukan yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini mestilah mengisi borang penyertaan yang disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan. 4.0 KATEGORI PERTANDINGAN 4.1 Kategori BERAT bagi pertandingan ialah secara TERBUKA. 4.2 Kejohanan akan dijalankan secara SISTEM KALAH MATI.
PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG TEKNIKAL PERMAINAN SUKAN KAKITANGAN TEKNIKAL BKT, KKTM, MJII DAN IKM KALI KESEPULUH (SUKAT X 2023) Page | 50 SUKAT X 2023 5.0 JUMLAH AHLI DALAM PASUKAN 5.1 Setiap pasukan hanya dibenarkan mendaftar tidak lebih dari sepuluh (10) orang pemain. 5.2 Hanya lapan (8) orang sahaja dibenarkan mengambil bahagian semasa pertandingan dijalankan, dua (2) peserta akan menjadi simpanan. 5.3 Hanya seorang penyorak dari setiap pasukan sahaja dibenarkan berada dalam gelanggang semasa pertandingan untuk memberi arahan kepada pasukannya dan juga menerima arahan daripada pengadil bagi pihak pasukan.: Pengurus : 1 Penyorak : 1 Peserta : 10 Jumlah : 12 6.0 TIMBANGAN RASMI Tiada timbangan rasmi akan dibuat. 7.0 PENGADIL 7.1 Pengadil akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Penganjur yang terdiri daripada pengadil yang bertauliah. 7.2 Segala keputusan pengadil perlawanan adalah MUKTAMAD. 8.0 SISTEM PERTANDINGAN Rajah 3: Kedudukan tarik tali
PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG TEKNIKAL PERMAINAN SUKAN KAKITANGAN TEKNIKAL BKT, KKTM, MJII DAN IKM KALI KESEPULUH (SUKAT X 2023) Page | 51 SUKAT X 2023 8.1 Gelanggang mempunyai 1 garisan tengah (center line – kedudukan C) ditanda diatas tanah. 8.2 Satu tanda warna merah akan diletakkan di tengah-tengah panjang tali. 8.3 2 tanda (warna biru – kedudukan B & D) berjarak 4 meter kiri dan kanan dari tanda merah tersebut. 8.4 2 tanda (warna kuning – kedudukan A dan C) berjarak 5 meter kiri dan kanan dari tanda mereah tersebut. 8.5 Penarik tidak dibenarkan memegang (grip) tali melepasi tanda warna kuning dihadapanya semasa sesuatu tarikan. 8.6 Arahan yang diberikan oleh pengadil semasa pertandingan adalah seperti berikut: 8.6.1 Angkat tali 8.6.2 Tegangkan tali 8.6.3 Tarik dengan tiupan wisel 8.7 Sesuatu tarikan dimenangi apabila tanda warna biru ditarik melepasi garisan tengah (center line) yang tertanda di atas tanah. 8.8 Keputusan pengadil adalah muktamad. 9.0 PERATURAN PERTANDINGAN. 9.1 Pertandingan akan dijalankan sebanyak dua (2) kali tarikan. Pasukan yang menang dua tarikan berturut-turut akan dikira pemenang. 9.2 Jika perlawanan tersebut berkesudahan seri 1-1 maka tarikan ketiga (3) akan dilakukan bagi menentukan pemenang. 9.3 Sebelum tarikan dilakukan, cara menentukan tempat ialah dengan melambung syiling. Selepas tarikan pertama, pasukan akan bertukar tempat. Jika tarikan ketiga diperlukan, keadaan tempat pasukan juga akan ditentukan dengan melambung syiling. 9.4 Sesuatu tarikan dimenangi apabila tanda warna biru ditarik melepasi garisan tengah (center line) yang tertanda diatas tanah. 9.5 Masa rehat selama lima (5) minit diberikan sebelum tarikan seterusnya dilakukan.
PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG TEKNIKAL PERMAINAN SUKAN KAKITANGAN TEKNIKAL BKT, KKTM, MJII DAN IKM KALI KESEPULUH (SUKAT X 2023) Page | 52 SUKAT X 2023 9.6 Penggantian tidak boleh dibuat semasa tarikan dijalankan. Penggantian hanya dibenarkan untuk tarikan berikutnya. 9.7 Peserta tidak boleh memakai sarung tangan. Peserta yang tercedera tangannya dibenarkan menggunakan plaster dengan kebenaran Pegawai Perubatan yang bertugas. 10.0 PAKAIAN 10.1 Pemain yang bertanding dikehendaki memakai pakaian yang bersesuaian dengan permainan tarik tali. 10.2 Semua peserta hendaklah memakai nombor sepertimana didaftarkan dalam borang penyertaan. 10.3 Peserta hendaklah memakai kasut berladam. 11.0 CARA-CARA TARIKAN DIBUAT 11.1 Memegang Tali Tiada peserta yang dibenarkan untuk memegang tali melebihi paras penanda luar apabila tarikan dimulakan. Penarik tali yang pertama akan memegang tali itu seberapa rapat yang boleh dibuat pada tali atau tidak boleh diikat pada sebarang tubuh penarik. Melilitkan di mana-mana tubuh badan dikira sebagai membuat lingkaran. Pada permulaan tarikan, tali hendaklah tegang dengan penanda tengah berada betul-betul sejajar dengan penanda tengah yang terdapat di atas tanah. 11.2 Kedudukan Semasa Menarik Setiap penarik haruslah memegang tali dengan kedua-dua belah tangan dengan pegangan biasa iaitu kedua-dua belah tapak tangan mengadap ke atas dan tali itu akan melalui badan dan bahagian atas lengan. Sebarang pegangan lain yang menghalang pergerakan tali itu dikira sebagai simpulan dan ini dikira melanggar peraturan. 11.3 Kedudukan 'Anchorman' Bagi penarik tali yang berada di belakang sekali (anchorman), tali dibenarkan melalui salah satu ketiak, melilit hala ke belakang badannya dan kemudian atas bahu yang bertentangan dari belakang ke depan. Bagi tali yang lain akan dibiarkan untuk menghala ke belakang penarik. Penarik akan memegang bahagian tali yang tegang itu dengan pegangan biasa iaitu kedua-dua belah tapak tangan menghala ke depan.
PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG TEKNIKAL PERMAINAN SUKAN KAKITANGAN TEKNIKAL BKT, KKTM, MJII DAN IKM KALI KESEPULUH (SUKAT X 2023) Page | 53 SUKAT X 2023 12.0 CABUTAN UNDI Cabutan undi akan dibuat semasa Mesyuarat Pengurus-pengurus Pasukan dan semua Pasukan diwajibkan hadir untuk cabutan tersebut. 13.0 BANTAHAN. Sebarang bantahan hendaklah dibuat dengan mengisi Borang Bantahan dan hendaklah diserahkan kepada Jawatankuasa Teknikal & Bantahan atau wakilnya tidak lewat satu (1) jam selepas tamat perlawanan beserta dengan wang cagaran sebanyak RM300. Wang cagaran akan hilang sekiranya bantahan itu tidak diterima dan wang cagaran akan dikembalikan separuh sahaja sekiranya bantahan dan rayuan diterima.
PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG TEKNIKAL PERMAINAN SUKAN KAKITANGAN TEKNIKAL BKT, KKTM, MJII DAN IKM KALI KESEPULUH (SUKAT X 2023) Page | 54 SUKAT X 2023 PERATURAN SUKAN PETANQUE Penyelaras : EN. MOHD ABU HASSAN Al-HAFIZ BIN MOHD DAIM (013-731 9366) Penolong : EN. SHAZWAN BIN SHAHABADIN (012-459 7704) 1.0 UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN 1.1 Pertandingan ini akan dijalankan mengikut undang-undang yang dikeluarkan bersama oleh Persatuan Petanque Malaysia (PPM) dan International Federation et Petanque Jue Provencal (FIPJP). 1.2 Selain dari peraturan umum di atas, penganjur adalah berhak meminda/ mengadakan peraturan-peraturan tambahan, selaras dengan matlamat penganjur aktiviti sukan. 2.0 SISTEM PERTANDINGAN Format pertandingan adalah KALAH MATI, secara BERKUMPULAN (Beregu Lelaki dan Beregu Wanita). 3.0 PENDAFTARAN PEMAIN 3.1 Pertandingan ini akan dijalankan secara berkumpulan, dengan sistem beregu (double), iaitu: 3.1.1 Beregu Lelaki. 3.1.2 Beregu Wanita. 3.2 Setiap pasukan, dikehendaki mempunyai dua (2) beregu, iaitu Pasukan Beregu Lelaki dan Beregu Wanita dengan setiap beregu perlu menyenaraikan tiga (3) orang pemaian, iaitu dua (2) orang Pemain Utama dan seorang (1) Simpanan. 3.3 Pemain Utama dan Pemain Simpanan terdiri dari: 3.3.1 Beregu Lelaki : Dua (2) orang pemain utama, dan seorang (1) simpanan. Kesemuannya adalah tiga (3) Lelaki. 3.3.2 Beregu Wanita: Dua (2) orang pemain utama, dan seorang (1) simpanan. Kesemuannya adalah tiga (3) Wanita. 3.4 Borang Pendaftaran Pertandingan perlu diserahkan kepada Pengurus/ Urusetia Pertandingan selewat-lewatnya lima belas (15) minit sebelum sesuatu pertandingan yang dijadualkan bermula.
PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG TEKNIKAL PERMAINAN SUKAN KAKITANGAN TEKNIKAL BKT, KKTM, MJII DAN IKM KALI KESEPULUH (SUKAT X 2023) Page | 55 SUKAT X 2023 3.5 Setiap pasukan perlu berada di tempat pertandingan selewat-lewatnya lima belas (15) minit sebelum pertandingan dimulakan. 3.6 Setiap pasukan TIDAK dibenarkan membuat pertukaran pemain setelah Borang Pendaftaran Pertandingan diserahkan kepada Urusetia, bagi setiap perlawanan/permainan. 3.7 Jika pasukan tersebut, hanya menghantar satu (1) Beregu sahaja dan pasukan lawan menanti dengan dua (2) Beregu, maka perlawanan tetap akan dijalankan dengan melibatkan satu (1) beregu sahaja, dan beregu satu (1) lagi dikira memberi kemenangan kepada pihak lawan. 3.8 Jika satu-satu (1) pasukan datang LEWAT sepuluh (10) minit, selepas masa yang telah dijadualkan untuk pertandingan tanpa memberi sebarang alasan yang munasabah, maka pasukan tersebut dikira memberi kemenangan kepada pihak lawan. Tiga (3) mata kemenangan sahaja diberikan, tetapi jumlah skor adalah kosong (0). 4.0 CARA PERTANDINGAN/ PEMBERIAN MATA 4.1 Penentu untuk penamat bagi semua perlawanan adalah seperti berikut :- 4.1.1 Pusingan Pertama: Mana-mana pasukan yang berjaya memperolehi skor sembilan (9) atau tempoh permainan selama 45 minit telah tamat atau yang mana lebih dahulu. Jika masa (45 minit) telah tamat, ada END sedang berlangsung, maka END yang terakhir akan diteruskan sehingga habis semua bola (boules). Pasukan yang memperolehi skor tertinggi dikira sebagai pemenang. Jika skor adalah seri untuk kedua-dua pasukan, maka END tambahan akan diberikan untuk menentukan pemenang. 4.1.2 Pusingan Kedua/Suku Akhir Dan Separuh Akhir: Permainan akan tamat apabila terdapat pasukan yang berjaya memperolehi skor sebelas (11) atau tempoh permainan selama satu (1) jam telah tamat atau yang mana lebih dahulu. Jika masa (1 jam) telah tamat, ada END sedang berlansung, maka END yang terakhir akan diteruskan sehingga habis semua bola. Pasukan yang memperolehi skor tertinggi dikira sebagai pemenang. Jika skor adalah seri untuk kedua-dua pasukan, maka END tambahan akan diberikan untuk menentukan pemenang. 4.1.3 Perlawanan Tempat 3/4 dan Akhir: Permainan akan TAMAT apabila terdapat pasukan berjaya memperolehi skor tiga belas (13).
PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG TEKNIKAL PERMAINAN SUKAN KAKITANGAN TEKNIKAL BKT, KKTM, MJII DAN IKM KALI KESEPULUH (SUKAT X 2023) Page | 56 SUKAT X 2023 4.1.4 Penentu Kemenangan: Menang : 3 Mata (skor 9/11 atau skor > dari pihak lawan, sekiranya masa telah mencukupi 45 Min / 1 jam). Kalah : 0 Mata (skor < dari pihak lawan). Situasi Pertama: # Sekiranya Pasukan A, Beregu Lelaki menang dengan skor 9, ia akan memperolehi tiga (3) mata, dan Beregu Wanitanya tewas, dengan skor 6, dan ia akan memperolehi kosong (0) mata. Maka dalam sistem berkumpulan, Pasukan A mendapat tiga (3) mata terkumpul, dengan jumlah skor terkumpul ialah lima belas (15). # Manakala Pasukan B pula, Beregu Lelaki tewas dengan skor tiga (3), ia akan memperolehi kosong (0) mata, dan Beregu Wanitanya menang dengan skor sembilan (9), ia akan memperolehi tiga (3) mata. Maka dalam sistem berkumpulan Pasukan B mendapat tiga (3) mata terkumpul, dengan jumlah skor terkumpul ialah dua belas (12). Jadual 8: Pungutan mata dan skor untuk pétanque (situasi pertama) Beregu Pasukan A Pasukan B Mata Skor Mata Skor Lelaki 3 9 0 3 Wanita 0 6 3 9 Jumlah 3 15 3 12 # Maka keputusannya ialah Pasukan A dinobatkan sebagai PEMENANG dalam permainan tersebut dan layak ke pusingan seterusnya, walaupun mata keseluruhan adalah sama, bagi kedua-dua pasukan, iaitu tiga (3) mata. Tetapi Pasukan A layak, kerana jumlah skor terkumpulnya melebihi daripada Pasukan B, dengan perbezaan tiga (3) skor.
PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG TEKNIKAL PERMAINAN SUKAN KAKITANGAN TEKNIKAL BKT, KKTM, MJII DAN IKM KALI KESEPULUH (SUKAT X 2023) Page | 57 SUKAT X 2023 Situasi Kedua: # Sekiranya Pasukan A, Beregu Lelaki menang dengan skor sebelas (11), ia akan memperolehi tiga (3) mata, dan Beregu Wanitanya tewas, dengan skor lima (5), ia akan memperolehi kosong (0) mata. Maka dalam sistem berkumpulan, Pasukan A mendapat tiga (3) mata terkumpul, dengan jumlah skor terkumpul ialah enam belas (16). # Manakala Pasukan B pula, Beregu Lelaki tewas dengan skor lima (5), ia memperolehi kosong (0) mata, dan Beregu Wanitanya menang dengan skor sebelas (11), ia memperolehi tiga (3) mata. Maka dalam sistem berkumpulan, Pasukan B mendapat tiga (3) mata terkumpul, dengan jumlah skor terkumpul ialah enam belas (16). Jadual 9 : Pungutan Mata dan Skor untuk pétanque (situasi kedua) Beregu Pasukan A Pasukan B Mata Skor Mata Skor Lelaki 3 11 0 5 Wanita 0 5 3 11 Jumlah 3 16 3 16 # Maka keputusan bagi perlawanan ini adalah SERI, Pasukan A dan Pasukan B, mengumpul keseluruhan tiga (3) mata, dan skor keseluruhan adalah enam belas (16). # Dalam kes seperti ini, END TAMBAHAN akan diberikan untuk menentukan PEMENANG. Kedua-dua Pasukan, perlu bertanding semula dalam 1 END sahaja (6 boules/pasukan), dan perlu menentukan samada ingin bermain secara Beregu Campuran, iaitu seorang (1) Lelaki + seorang (1) Wanita atau Beregu Lelaki sahaja, dua (2) Lelaki atau Beregu Wanita sahaja, dua (2) Wanita. # Beregu bagi END TAMBAHAN ini adalah BEBAS, dan terserah kepada kedua-dua pasukan bagi menentukannya.
PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG TEKNIKAL PERMAINAN SUKAN KAKITANGAN TEKNIKAL BKT, KKTM, MJII DAN IKM KALI KESEPULUH (SUKAT X 2023) Page | 58 SUKAT X 2023 5.0 PERALATAN PERTANDINGAN 5.1 Setiap pasukan dikehendaki membawa bola (boules) petanque sendiri. 5.2 Setiap pasukan mestilah menggunakan bola (boules) jenis Match, bukannya bola (boules) latihan. 5.3 Setiap pemain dikehendaki memakai pakaian sukan yang bersesuaian atau berbentuk kasual. Seluar jeans TIDAK dibenarkan sama sekali.
PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG TEKNIKAL PERMAINAN SUKAN KAKITANGAN TEKNIKAL BKT, KKTM, MJII DAN IKM KALI KESEPULUH (SUKAT X 2023) Page | 59 SUKAT X 2023 PERATURAN SUKAN KAROM Penyelaras : EN. AHMAD SHARILRIZAL BIN MOHAMED (012-274 6692) Penolong : EN. KAMARUL ARIFFIN BIN MOHAMAD (012-299 4789) 1.0 UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN 1.1 Pertandingan ini dijalankan mengikut undang-undang permainan yang berkuatkuasa iaitu Sistem Antarabangsa (International Carrom Federation). 1.2 Selain dari peraturan umum di atas, penganjur adalah berhak meminda/mengadakan peraturan-peraturan tambahan, selaras dengan matlamat penganjur aktiviti sukan. 2.0 SISTEM PERTANDINGAN 2.1 Format pertandingan adalah SISTEM KALAH MATI. 2.2 Setiap Ketua Pasukan dikehendaki menyenaraikan sebelas (11) orang pemain termasuk pemain simpanan (dua orang lelaki dan seorang wanita) dan menyerahkan ‘Borang Pendaftaran Pertandingan’ kepada Pengurus Pertandingan selewat-lewatnya 30 minit sebelum sesuatu pertandingan yang dijadualkan bermula. 2.3 Setiap pasukan perlu berada di tempat pertandingan selewat-lewatnya 15 minit sebelum pertandingan dimulakan. Kegagalan untuk berbuat demikian boleh menyebabkan pihak lawan diisytiharkan sebagai pemenang. 2.4 Pertandingan dijalankan secara berpasukan dan dilangsungkan serentak untuk 5 acara yang berikut: 2.4.1 2 x Perseorangan Lelaki 2.4.2 2 x Beregu Lelaki 2.4.3 1 x Beregu Wanita 2.5 Setiap pasukan tidak dibenarkan membuat pertukaran pemain setelah ‘Borang Pendaftaran Pertandingan’ diserahkan. 2.6 Pasukan yang tidak dapat menyenaraikan pemain untuk sekurangkurangnya tiga (3) acara di 2.4 akan dibatalkan perlawanannya dan dikira kalah dan pasukan lawan yang mempunyai cukup pemain di gelanggang akan diberi kemenangan percuma. 2.7 Pertukaran atau penggantian pemain tidak dibenarkan selepas susunan pemain telah ditetapkan dan diserah kepada pegawai pertandingan kecuali atas kebenaran pegawai tersebut.
PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG TEKNIKAL PERMAINAN SUKAN KAKITANGAN TEKNIKAL BKT, KKTM, MJII DAN IKM KALI KESEPULUH (SUKAT X 2023) Page | 60 SUKAT X 2023 2.8 Mana-mana pasukan yang telah memenangi tiga (3) daripada lima (5) acara pertandingan diisytihar sebagai pemenang. Namun demikian, perlawanan lain boleh diteruskan jika masa perlawanan yang diperuntukkan tidak melebihi masa yang ditetapkan. 3.0 PERALATAN PERTANDINGAN 3.1 Papan Karom (Carrom Board) a. Mengikut piawaian yang telah disahkan oleh Persekutuan Karom Malaysia. b. Ukuran papan karom 29” x 29” c. Permukaan papan karom daripada plywood atau kayu. 3.2 Gundur (Striker) a. Berat tidak melebihi 15 gram. b. Garis pusat tidak melebihi 4.13 cm. c. Boleh memasuki keempat-empat poket melalui permukaan papan karom. d. Tidak boleh letakkan benda bagi menambahkan berat timbangan kecuali sebagai tanda dengan syarat mendapat kebenaran daripada pengadil/penganjur pertandingan. 3.3 Buah Karom (Carrommen) a. Buah putih atau hitam – Carrommen (c/m). b. Buah merah – Queen Carrommen (qc/m). 4.0 CARA PERTANDINGAN 4.1 Pertandingan yang dijalankan adalah mengikut kaedah 5 perlawanan serentak. 4.2 Semua permainan dijalankan tanpa buah merah. 4.3 Pemain menggunakan sebanyak 18 biji buah c/m + 1qc/m.
PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG TEKNIKAL PERMAINAN SUKAN KAKITANGAN TEKNIKAL BKT, KKTM, MJII DAN IKM KALI KESEPULUH (SUKAT X 2023) Page | 61 SUKAT X 2023 4.4 Pemain yang memulakan permainan menggunakan 9 buah c/m putih. Lawannya menggunakan 9 buah c/m hitam 4.5 Buah merah akan dikeluarkan oleh pengadil selepas pecahan pertama dimulakan bagi setiap permainan. 4.6 Cara bermain dinamakan ‘SABOTAJ’ atau mematikan buah lawan secara terus atau sebaliknya. 4.7 Mana-mana pemain yang memasukkan buah karom ke dalam poket dan habis dahulu dikira sebagai pemenang bagi frame tersebut 4.8 Bagi tujuan menamatkan perlawanan, buah karom terakhir BOLEH dipukul secara terus bagi semua acara 5.0 MEMBUAT PUKULAN 5.1 Hanya pergelangan tangan dibenarkan berada di atas bingkai tetapi tidak memasuki permukaan board dan kedudukan striker mesti menyentuh 2 garisan ufuk. 5.2 Siku atau badan tidak boleh melebihi UFUK (MOON) ketika membuat pukulan. 5.3 Bila menggunakan bulatan UFUK (MOON) pemain mestilah menutupi bulatan penuh (FULL MOON) dan tidak menyentuhi garisan ARROW. 5.4 Kerusi tempat duduk tidak boleh dialihkan semasa membuat pukulan. 5.5 Pemain diberi masa 20 saat untuk membuat pukulan, jika melebihi masa tersebut pemain akan kehilangan giliran. 6.0 BUAH KAROM TERPELANTING KELUAR 6.1 Semasa permainan, sekiranya terdapat buah yang terpelanting keluar, buah tersebut mestilah diletakkan di bulatan merah tengah. 6.2 Jika terdapat buah lain di tengah bulatan merah, buah yang terpelanting mestilah diletakkan di atas buah yang sedia ada. 6.3 Buah Karom keluar dan meniti di atas bingkai lalu jatuh semula ke dalam permukaan board dikira dalam permainan.
PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG TEKNIKAL PERMAINAN SUKAN KAKITANGAN TEKNIKAL BKT, KKTM, MJII DAN IKM KALI KESEPULUH (SUKAT X 2023) Page | 62 SUKAT X 2023 7.0 DENDA 7.1 Jika striker masuk poket sedangkan buah pemain masih maksima (9 biji) tiada denda dikenakan (jika tiada buah yang telah masuk sebelumnya dan denda dikenakan akibat mana-mana kesalahan menjadikan jumlah sembilan biji semula). 7.2 Denda satu (1) biji dan hilang giliran apabila memasukkan buah striker serentak ke dalam poket termasuk buah karom yang terakhir. 7.3 Denda satu (1) biji dan hilang giliran sekiranya striker masuk ke dalam poket. 7.4 Denda satu (1) biji dan hilang giliran jika memukul buah karom yang sedia ada MATI dengan tiada ‘connection’. 7.5 Denda satu (1) biji dan hilang giliran jika tersentuh mana-mana buah sama ada hidup atau mati semasa dalam permainan. 7.6 Buah denda hendaklah diletakkan oleh pihak lawan atau pengadil dalam ruang bulatan MERAH tetapi tidak ditengah bulatan merah. Jarak meletak buah DENDA adalah sekadar tidak menyentuhi buah lain yang sedia ada di ruang tengah. 8.0 HAD MASA PERMAINAN Masa selama 1 jam diperuntukkan bagi setiap frame. 9.0 HAL-HAL LAIN 9.1 Penggunaan Powder Karom dibenarkan semasa dalam perlawanan dijalankan dengan persetujuan pihak lawan. 9.2 Ujian striker tidak dibenarkan semasa permainan sedang berlangsung. 9.3 Pemain tidak dibenarkan meniup buah semasa permainan sedang dijalankan. 9.4 Jika pemain terlepas strikernya ketika hendak membuat pukulan tetapi tidak melepasi dua (2) garisan ufuk, ia diberi peluang sekali lagi untuk meneruskan gilirannya. 9.5 Pemain tidak dibenarkan menukar buah karom kecuali buah karom itu terpelanting keluar dari permukaan board.
PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG TEKNIKAL PERMAINAN SUKAN KAKITANGAN TEKNIKAL BKT, KKTM, MJII DAN IKM KALI KESEPULUH (SUKAT X 2023) Page | 63 SUKAT X 2023 9.6 Buah karom atau set yang ada di dalam permainan tidak boleh disentuh atau diubah daripada tempat asal kecuali pengadil sahaja yang berhak membuat begitu atas sebab-sebab tertentu. 9.7 Jawatankuasa Pertandingan berhak menentukan dan meminda sebarang syarat/undang-undang/peraturan karom, maka keputusan dirujuk kepada jemaah pengadil yang mana keputusannya adalah MUKTAMAD. 10.0 DISPLIN 10.1 Telefon dibimbit hendaklah ditutup sepanjang perlawanan berlangsung. 10.2 Pemain akan dikira kalah jika meninggalkan meja tanpa kebenaran pengadil. 10.3 Pemain akan dikira kalah jika tidak menyambung permainannya. 10.4 Pertukaran pemain tidak dibenarkan semasa perlawanan sudah bermula. 10.5 Pemain yang berniat menganggu tumpuan pihak lawan secara sengaja atau tidak sengaja akan didenda hilang satu pusing atau giliran. Pengadil berhak membuat amaran terlebih dahulu. 11.0 PERKARA YANG BOLEH MEMBATALKAN PERMAINAN. 11.1 Pengadil boleh membatalkan permainan jika pemain berada dalam keadaan berikut: a. Menunjuk ajar pemain lawan atau rakan dalam permainan bergu b. Bangun semasa pihak lawan hendak membuat pukulan. c. Menukar gundu (striker) dalam permainan kecuali dibenarkan oleh pengadil d. Mengerakkan/mengalihkan kerusi semasa hendak membuat pukulan. 12.0 ETIKA PAKAIAN 12.1 Semua pemain diwajibkan memakai pakaian kemas untuk permainan karom. Bermain tanpa memakai kasut, berseluar pendek atau menggunakan selipar atau memakai kemeja ‘T’ tanpa kolar atau lengan adalah tidak dibenarkan.
PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG TEKNIKAL PERMAINAN SUKAN KAKITANGAN TEKNIKAL BKT, KKTM, MJII DAN IKM KALI KESEPULUH (SUKAT X 2023) Page | 64 SUKAT X 2023 12.2 Semua pemain tidak dibenarkan membawa sebarang makanan atau minuman dan dilarang merokok di dalam dewan permainan. 13.0 PENGADILAN 13.1 Pengadil mempunyai kuasa mutlak mendenda pemain tanpa sebarang amaran atau teguran 13.2 Sebarang perubahan terhadap perkara yang membatalkan permainan adalah terletak pada budi bicara pengadil. 13.3 Keputusan pengadil adalah MUKTAMAD. 13.4 Ketua Pengadil yang mengadili perlawanan adalah pengadil yang dilantik oleh penganjur manakala Pengadil adalah wakil yang dilantik dari setiap kontinjen. 14.0 BANTAHAN Sebarang bantahan hendaklah dibuat dengan mengisi Borang Bantahan dan hendaklah diserahkan kepada Jawatankuasa Teknikal & Bantahan atau wakilnya tidak lewat 30 minit selepas tamat perlawanan beserta dengan wang cagaran sebanyak RM300. Wang cagaran akan hilang sekiranya bantahan itu tidak diterima dan wang cagaran akan dikembalikan separuh sahaja sekiranya bantahan dan rayuan diterima. 15.0 PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan ini akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan yang berkenaan dan keputusan adalah MUKTAMAD
PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG TEKNIKAL PERMAINAN SUKAN KAKITANGAN TEKNIKAL BKT, KKTM, MJII DAN IKM KALI KESEPULUH (SUKAT X 2023) Page | 65 SUKAT X 2023 PERATURAN SUKAN FUTSAL Penyelaras : EN. NURULHISHAM BIN MUSA (019-7203001) Penolong : EN. MOHD ARSYAD BIN HANEEFA (012-9171028) 1.0 UNDANG-UNDANG PERMAINAN 1.1. Undang-undang dan Peraturan permainan yang digunapakai dalam kejohanan ini adalah mengikut Peraturan dan Undang-undang Futsal Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) serta telah diterima oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). 1.2. Kejadian di luar dugaan yang tidak terdapat dalam peruntukan berkenaan akan diputuskan seperti berikut: 1.2.1 Semua kejadian akan diputuskan berasaskan kepada Peraturan Am Sukan Kakitangan Teknikal BKT, KKTM, MJII dan IKM SeMalaysia 2023. 1.2.2 Sebarang perselisihan teknikal akan diputuskan berasaskan kepada Peraturan Rasmi Antarabangsa Sukan Futsal dan Jawatankuasa Penganjur. 1.2.3. Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Penganjur adalah muktamad. 2.0 PENYERTAAN DAN PENDAFTARAN PEMAIN 2.1 Setiap pasukan hanya dibenarkan mendaftar pasukan di kalangan kakitangan yang layak bertanding sahaja yang terdiri daripada kakitangan yang berkhidmat di BKT, KKTM, MJII dan IKM. 2.2 Setiap pusat boleh menghantar satu (1) pasukan sahaja. 2.3 Setiap pasukan hanya dibenarkan mendaftar sepuluh (10) orang pemain termasuk lima (5) pemain simpanan. 2.4 Seorang pemain hanya boleh didaftarkan untuk satu pasukan sahaja pada kejohanan yang sama. 2.5 Pendaftaran setiap pemain hendaklah mengikut keperluan yang ditetapkan dalam Peraturan Am Sukan Kakitangan Teknikal BKT, KKTM, MJII dan IKM Se-Malaysia 2023 dan borang pendaftaran mestilah ditandatangani oleh Ketua Kontinjen atau Pengurus Pasukan setiap pusat.
PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG TEKNIKAL PERMAINAN SUKAN KAKITANGAN TEKNIKAL BKT, KKTM, MJII DAN IKM KALI KESEPULUH (SUKAT X 2023) Page | 66 SUKAT X 2023 3.0 PEMAKAIAN JERSI PASUKAN 3.1. Setiap pasukan mesti mengisytiharkan dan mendaftarkan warna jersi pasukan sebagai Pasukan Tuan Rumah (PTR) iaitu pasukan yang disebut dahulu dalam Jadual Pertandingan dan mesti memakainya dalam perlawanan tersebut. 3.2 Pasukan pelawat (PL) mestilah memakai warna jersi pasukan yang berlainan dari warna jersi pasukan PTR. 3.3 Sekiranya terdapat persamaan warna jersi pasukan, dengan syarat PTR memakai warna jersi pasukan yang diisytiharkan sebagai Tuan Rumah, maka pasukan Pasukan Pelawat (PL) hendaklah menukar warna jersi pasukan tersebut dengan memakai warna jersi Pasukan set kedua atau set ketiga atau dengan apa cara sekalipun bagi menyelesaikan masalah persamaan warna jersi pasukan. 3.4 Sekiranya terdapat persamaan warna jersi pasukan kerana (PTR) tidak memakai warna jersi pasukan yang diisytihar dan didaftarkan sebagai warna jersi (PTR), maka (PTR) hendaklah menukar warna jersi pasukan dengan memakai warna jersi pasukan set kedua atau ketiga atau dengan apa cara sekalipun bagi menyelesaikan masalah persamaan warna jersi pasukan. 3.5 Semua pasukan dikehendaki mempunyai set jersi kedua dengan warna yang berlainan daripada set jersi pertama. 3.6 Pemain hendaklah memakai jersi yang mempunyai nombor yang tingginya tidak kurang dari 10 inci, sama dengan nombor yang didaftarkan di dalam senarai rasmi yang dikemukakan. 4.0. SISTEM PERTANDINGAN 4.1. Pertandingan acara Futsal Sukan Kakitangan Teknikal BKT, KKTM, MJII & IKM Se-Malaysia 2023 akan dijalankan seperti berikut: 4.1.1. Pusingan awal (Peringkat Liga mengikut kumpulan) 4.1.2. Pusingan Kedua 4.1.3. Suku Akhir 4.1.4. Separuh Akhir 4.1.5. Peringkat Akhir
PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG TEKNIKAL PERMAINAN SUKAN KAKITANGAN TEKNIKAL BKT, KKTM, MJII DAN IKM KALI KESEPULUH (SUKAT X 2023) Page | 67 SUKAT X 2023 4.2. Pertandingan Peringkat Liga (Pusingan Awal) 4.2.1 Dua puluh enam (26) pasukan akan dibahagikan dalam lapan kumpulan iaitu kumpulan A hingga kumpulan H 4.2.2 Mata akan diberi seperti Jadual 10 Jadual 10: Pemberian mata untuk futsal PENENTUAN MATA/MARKAH Menang 3 Seri 1 Kalah 0 4.2.3 Sekiranya mana-mana pasukan yang gagal bermain dalam sesuatu perlawanan kerana tidak datang atau melaporkan diri lewat sepuluh (10) minit selepas waktu pertandingan yang diisytiharkan dalam jadual perlawanan, maka pasukan lawannya yang hadir dengan cukup bilangan iaitu tidak kurang dari lima (5) pemain akan diberi kemenangan percuma dengan tiga (3) mata dan tiga (3) jaringan gol. 4.2.4 Jika terdapat mana-mana pasukan menarik diri daripada mengambil bahagian di dalam siri pertandingan ini dengan apa sebab juga pun, mata dan jaringan gol yang ‘MASUK’ atau ‘KENA’ dalam semua perlawanan yang dimainkan olehnya tidaklah diambilkira. 4.2.5 Setelah semua perlawanan liga selesai, satu pasukan atau lebih didapati memperolehi bilangan mata yang sama, maka perbezaan gol akan menjadi penentuan iaitu pasukan yang mempunyai terbesar antara jaringan gol ‘MASUK’ dengan jaringan gol “KENA’ hendaklah menduduki tempat yang lebih tinggi. 4.2.6 Jika perbezaan gol yang sama, pasukan yang telah menjaringkan bilangan gol yang paling banyak hendaklah menduduki tempat yang lebih tinggi. Jika masih juga seri, pasukan yang telah memenangi pihak lawannya hendaklah menduduki tempat yang lebih tinggi. Jika masih seri, kedudukan seri itu hendaklah diselesaikan menurut cara yang akan diputuskan oleh Jawatankuasa Penganjur. 4.2.7 Dua (2) pasukan teratas dari setiap kumpulan akan melayakkan diri ke peringkat akhir (Kalah Mati).
PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG TEKNIKAL PERMAINAN SUKAN KAKITANGAN TEKNIKAL BKT, KKTM, MJII DAN IKM KALI KESEPULUH (SUKAT X 2023) Page | 68 SUKAT X 2023 4.3. Peringkat Pusingan Kedua, Suku Akhir, Separuh Akhir dan Akhir 4.3.1 Pusingan Kedua 4.3.1.1 Dua (2) pasukan teratas dari setiap kumpulan dari peringkat pusingan awal akan melayakkan diri ke perlawanan peringkat suku akhir. 4.3.1.2 Sekiranya mana-mana perlawanan berkesudahan dengan seri selepas penuh masa perlawanan kedua, maka keputusan hendaklah ditentukan dengan cara sepakan penalti. 4.3.2 Suku Akhir 4.3.2.1 Pemenang dalam perlawanan pusingan kedua layak memasuki perlawanan peringkat suku akhir. 4.3.2.2 Sekiranya mana-mana perlawanan berkesudahan dengan seri selepas sepenuh masa perlawanan kedua, maka keputusan hendaklah ditentukan dengan cara sepakan penalti. 4.3.3 Separuh Akhir 4.3.3.1 Pemenang dalam perlawanan suku akhir akan melayakkan diri ke perlawanan peringkat separuh akhir. 4.3.3.2 Sekiranya mana-mana perlawanan berkesudahan dengan seri selepas penuh masa perlawanan kedua, maka keputusan hendaklah ditentukan dengan cara sepakan penalti. 4.3.4 Akhir 4.3.4.1 Pemenang dalam perlawanan separuh akhir layak memasuki perlawanan akhir dan kalah peringkat separuh akhir akan bermain untuk tempat ketiga dan keempat. 4.3.4.2 Sekiranya mana-mana perlawanan berkesudahan dengan seri selepas sepenuh masa perlawanan kedua, maka keputusan hendaklah ditentukan dengan cara sepakan penalti.
PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG TEKNIKAL PERMAINAN SUKAN KAKITANGAN TEKNIKAL BKT, KKTM, MJII DAN IKM KALI KESEPULUH (SUKAT X 2023) Page | 69 SUKAT X 2023 5.0 MASA PERLAWANAN 5.1. Masa permainan ialah lima (5) minit bagi separuh masa pertama dan lima (5) minit bagi separuh masa kedua. Rehat separuh masa hendaklah tidak melebihi satu (1) minit kecuali dengan izin pengadil. 5.2. Pemain tidak boleh meninggalkan padang pada waktu rehat antara cukup masa kecuali dengan kebenaran pengadil. 6.0 WAKTU BERMULA SESUATU PERLAWANAN Waktu bermula sesuatu perlawanan adalah seperti tercatat dengan jadual pertandingan rasmi dan hanya boleh ditukar dengan kelulusan Jawatankuasa Penganjur. 7.0 PERTUKARAN PEMAIN 7.1. Tiada had pertukaran pemain untuk sesuatu perlawanan daripada lima (5) pemain simpanan yang telah dinama atau diisytiharkan sebelum bermulanya sesuatu perlawanan.. 7.2. Pemain yang telah diganti boleh bermain lagi dalam perlawanan tersebut termasuk pengambilan tendangan dari sepakan penalti. 8.0 BILANGAN PEMAIN YANG MENCUKUPI 8.1. Sekiranya kurang dari lima (5) orang pemain dari salah satu pasukan turun ke padang apabila Pengadil memerintahkan supaya perlawanan dimulakan pada waktu yang diiklan, maka pasukan yang mempunyai lima (5) orang pemain atau lebih dipadang hendaklah diberikan kemenangan percuma dengan jaringan 3-0. 8.2. Jika kedua-dua pasukan tidak dapat menurunkan lima (5) orang pemain atau lebih apabila Pengadil memerintah supaya perlawanan dimulakan pada waktu yang diiklankan, maka Pengadil hendaklah melaporkan perkara tersebut kepada Jawatankuasa Penganjur untuk diputuskan. 9.0 TENDANGAN DARI PENALTI Tendangan dari tanda penalti, jika diberikan, hendaklah mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Lembaga Antarabangsa (FIFA).
PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG TEKNIKAL PERMAINAN SUKAN KAKITANGAN TEKNIKAL BKT, KKTM, MJII DAN IKM KALI KESEPULUH (SUKAT X 2023) Page | 70 SUKAT X 2023 10.0 PERLAWANAN YANG DITUNDA ATAU DIHENTIKAN 10.1. Sekiranya pengadil berpendapat bahawa padang tidak sesuai untuk permainan disebabkan keadaan cuaca atau kerana hal-hal yang tidak dijangka dan perlawanan itu tidak dapat dimainkan atau sekiranya sesuatu perlawanan dihentikan akibat hal-hal diluar kawalan kedua-dua pasukan, maka perlawanan yang ditunda atau dihentikan itu hendaklah dimainkan semula pada satu tarikh/masa yang akan ditentukan oleh Jawatankuasa Penganjur. 10.2. Sekiranya pengadil menghentikan perlawanan kerana tingkahlaku penonton, pegawai dan pemain satu pasukan yang tidak memuaskan, maka Jawatankuasa Penganjur boleh mengambil keputusan-keputusan seperti berikut: 10.2.1. Kemenangan diberi kepada pasukan yang lain dengan 3 mata dan jaringan gol 3-0 atau jaringan semasa perlawanan dihentikan, jika ianya lebih. 10.2.2. Penggantungan pasukan dari terus mengambil bahagian dalam kejohanan ini. 11.0 PEMBATALAN / WALKOVER 11.1. Tiap-tiap pasukan mestilah berada di gelanggang dua puluh (20) minit sebelum masa yang ditetapkan untuk perlawanan. 11.2. Jika sesuatu pasukan datang lewat sepuluh (10) minit selepas masa yang telah dijadualkan untuk pertandingan tanpa memberi alasan yang munasabah maka kemenangan akan diberikan kepada pihak lawan dengan tiga (3) mata dan jaringan tiga (3) – kosong (0). 11.3. Menarik diri daripada perlawanan tidak dibenarkan. Jika ianya berlaku pasukan berkenaan dianggap menarik diri dari keseluruhan pertandingan seterusnya. Semua mata yang diperolehi sebelum itu tidak akan diambilkira. 12.0 PEGAWAI PERTANDINGAN 12.1. Pegawai pertandingan adalah terdiri daripada kalangan pengadil-pengadil yang bertauliah. 12.2. Pengadil bagi setiap perlawanan hendaklah membuat laporan dalam borang yang disediakan dan laporan tersebut hendaklah dihantar kepada
PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG TEKNIKAL PERMAINAN SUKAN KAKITANGAN TEKNIKAL BKT, KKTM, MJII DAN IKM KALI KESEPULUH (SUKAT X 2023) Page | 71 SUKAT X 2023 Jawatankuasa Penganjur dalam tempoh tiga puluh (30) minit setelah tamat setiap perlawanan. 13.0 URUSAN PADANG Padang perlawanan untuk semua perlawanan akan ditentukan oleh Jawatankuasa Penganjur. 14.0 BANTAHAN 14.1. Bantahan terhadap keputusan atau soal pemain yang tidak layak mestilah dihantar secara bertulis kepada Jawatankuasa Teknikal & Bantahan dan hendaklah diterima dalam tempoh tiga puluh (30) minit selepas tamatnya perlawanan berkenaan dan disertai dengan RM300 yang akan dikembalikan jika bantahan itu Berjaya. 14.2. Bantahan tidak boleh dibuat terhadap keputusan mengenai perkaraperkara fakta yang dibuat oleh Pengadil di padang permainan. 15.0 TINDAKAN TATATERTIB 15.1. Peraturan Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia akan dikuatkuasakan. 15.2. Dalam hubungan ini, tindakan-tindakan seperti berikut akan diambil secara automatik: 15.2.1. Seorang permain yang menerima dua (2) amaran bertulis (Kad Kuning) dengan sendirinya digantung untuk satu perlawanan selepas perlawanan dimana dia menerima amaran bertulis kedua (kad Kuning Kedua). Apabila seorang pemain menerima dua (2) lagi amaran bertulis (kad Kuning) selepas menjalani penggantungan satu perlawanan sekali lagi digantung untuk satu perlawanan selepas perlawanan yang diterima amaran bertulis (Kad Kuning) kedua. 15.2.2. Seorang pemain yang diperintah keluar pada (Kad Merah) akan digantung untuk dua (2) perlawanan berikutnya. 15.3. Seorang pemain yang diperintah keluar padang kerana melakukan kesalahan yang serius akan digantung untuk semua perlawanan dan tindakan selanjutnya akan dikenakan oleh Jawatankuasa Tatatertib Sukan.
PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG TEKNIKAL PERMAINAN SUKAN KAKITANGAN TEKNIKAL BKT, KKTM, MJII DAN IKM KALI KESEPULUH (SUKAT X 2023) Page | 72 SUKAT X 2023 15.4. Pemain-pemain yang diperintah keluar padang kerana menyerang Pengadil akan digantung sehingga tamat pertandingan dan tindakan selanjutnya akan dikenakan oleh Jawatankuasa Tatatertib Sukan. 16.0. ETIKA PEMAINAN DAN PEGAWAI 16.1. Sebarang penipuan dalam hal pendaftaran pemain atau dengan sengaja tidak hadir bagi satu-satu perlawanan atau bersikap sopan terhadap seseorang pemain atau pegawai-pegawai yang bertugas atau bertindak keluar padang kerana memprotes keputusan dan permainan adalah antaran perbuatan-perbuatan yang harus dianggap bertentangan dengan etika pertandingan yang sepatutnya diamal. 16.2. Pengurus dan Jurulatih pasukan adalah bertanggungjawab bagi memastikan tiap-tiap pemain dan penyokong pasukannya berpegang teguh kepada etika dan tingkahlaku yang dihormati berasaskan kepada semangat kesukanan yang tulen.
PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG TEKNIKAL PERMAINAN SUKAN KAKITANGAN TEKNIKAL BKT, KKTM, MJII DAN IKM KALI KESEPULUH (SUKAT X 2023) Page | 73 SUKAT X 2023 PERATURAN SUKAN BOLING Penyelaras : EN. MOHD RUSDI BIN ABDULLAH HAZAM (018-3187857) Penolong 1 : PN. NUR MUNIRAH BINTI RAMLI (019-9073002) Penolong 2 : EN. AZIZUL BIN MUSMAN (011-11037379) 1.0 NAMA Pertandingan ini dinamakan “KEJOHANAN TENPIN BOWLING SUKAN KAKITANGAN TEKNIKAL BKT, KKTM, MJII DAN IKM “. 2.0 PENGANJURAN 2.1 Jawatankuasa penganjur akan mengatur serta menganjurkan pertandingan ini dan sebarang keputusan yang dibuat terhadap segala perkara yang berhubungkait dengan kejohanan ini adalah muktamad. 2.2 Jawatankuasa ini juga berhak meminda atau membuat apa-apa penyesuaian untuk permainan dalam kejohanan ini menurut cara yang difikirkan sesuai. 2.3 Jawatankuasa ini juga berhak menolak mana-mana pasukan atau peserta yang tidak mematuhi peraturan dan syarat tanpa sebarang sebab. 3.0 UNDANG-UNDANG PERMAINAN 3.1 Undang-undang dan Peraturan permainan yang digunapakai dalam kejohanan ini adalah mengikut Peraturan dan Undang-Undang Kongres Tenpin Bowling Malaysia (MTBC). 3.2 Semua kejadian diluar dugaan yang tidak terdapat dalam peraturan berkenaan akan diputuskan seperti berikut: 3.2.1 Sebarang perselisihan teknikal akan diputuskan berasaskan kepada Undang-Undang Kongres Tenpin Bowling Malaysia (MTBC) dan Jawatankuasa Penganjur. 3.2.2 Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Penganjur adalah muktamad.
PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG TEKNIKAL PERMAINAN SUKAN KAKITANGAN TEKNIKAL BKT, KKTM, MJII DAN IKM KALI KESEPULUH (SUKAT X 2023) Page | 74 SUKAT X 2023 4.0 PENYERTAAN 4.1 Setiap pasukan hanya dibenarkan mendaftar peserta yang terdiri daripada kakitangan yang berkhidmat dengan BKT, KKTM, MJII atau IKM sahaja. 4.2 Bagi kakitangan sambilan dan kontrak, hendaklah telah berkhidmat sekurang-kurangnya tiga (3) bulan dari tarikh pertandingan. 4.3 Terdapat dua puluh enam (26) pasukan yang layak menyertai pertandingan ini. 4.4 Setiap pasukan hanya dibenarkan mendaftar empat (4) orang pemain sahaja seperti berikut: 4.4.1 Pemain Wanita (1) 4.4.2 Pemain Lelaki (2) 4.4.3 Terbuka Wanita/Lelaki (1) 4.5 Pendaftaran setiap pemain hendaklah mengikut keperluan yang ditetapkan dalam Peraturan dan Undang-undang Am SUKAT X 2023 dan borang pendaftaran mesti ditandatangani oleh Ketua Kontinjen atau Pengurus pasukan setiap kontinjen. 5.0 TAKLIMAT PENGURUS PASUKAN 5.1 Taklimat kepada Pengurus-Pengurus Pasukan akan diadakan pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian. 5.2 Selepas taklimat pengurus pasukan, sebarang permohonan pertukaran/gantian pemain tidak akan dibenarkan. 6.0 ACARA PERTANDINGAN 6.1 Pertandingan akan dijalankan secara berpasukan: 6.1.1 Pemain Wanita – satu (1). 6.1.2 Pemain Lelaki – satu (2). 6.1.3 Terbuka wanita/lelaki (1).
PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG TEKNIKAL PERMAINAN SUKAN KAKITANGAN TEKNIKAL BKT, KKTM, MJII DAN IKM KALI KESEPULUH (SUKAT X 2023) Page | 75 SUKAT X 2023 7.0 SISTEM PERTANDINGAN 7.1 Pertandingan dijalankan secara “terbuka tanpa handicap”. 7.2 Pertandingan akan dijalankan secara “cross lane‘ 7.3 Pertandingan akan dijalankan sebanyak empat (4) game sahaja untuk seorang. 7.4 Balingan yang sudah memasuki longkang dan naik semula menjatuhkan pin dikira batal. 7.5 Peserta yang membuat balingan dan kaki melepasi garisan di ‘Lane’ tersebut akan dikira batal (Foul). 8.0 PENENTUAN ‘LANE’ Jawatankuasa Penganjur akan menentukan lane untuk setiap pasukan. 9.0 LARANGAN DI BOLING ‘LANE’ 9.1 Dilarang membuat balingan semasa pemain lawan berada di atas ‘lane’ 9.2 Dilarang merokok. 9.3 Larangan-larangan yang sedia ada di pusat boling berkenaan. 10.0 SISTEM PEMBERIAN MATA/MENENTUKAN KEMENANGAN 10.1 Kemenangan akan berdasarkan kepada pasukan mana yang menjatuhkan pin tertinggi. 10.2 Markah untuk Kontijen dikira berasaskan kepada acara berpasukan sahaja. Acara Individu tidak diambilkira sebagai markah. 10.3 Sekiranya selesai semua perlawanan, kiraan mata diperolehi sama oleh dua (2) atau lebih pasukan, maka penentuan pemenang berdasarkan kepada perkara berikut: a. Pasukan yang membuat jatuhan pin tertinggi secara kumpulan pada setiap ‘game’ akan diambil kira sebagai pemenang.
PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG TEKNIKAL PERMAINAN SUKAN KAKITANGAN TEKNIKAL BKT, KKTM, MJII DAN IKM KALI KESEPULUH (SUKAT X 2023) Page | 76 SUKAT X 2023 11.0 JERSI/PAKAIAN PERLAWANAN 11.1 Semua pasukan dikehendaki berpakaian kemas dan berseragam sertabernombor (jika ada). 11.2 Seluar jeans tidak dibenarkan. 12.0 PEMBATALAN/WALKOVER 12.1 Tiap-tiap pasukan mestilah berada di gelanggang tiga puluh (30) minit sebelum masa yang ditetapkan untuk perlawanan. 12.2 Jika sesuatu pasukan datang lewat sepuluh (10) minit selepas masa yang telah dijadualkan untuk pertandingan tanpa memberi alasan yang munasabah maka pasukan tersebut dikira kemenangan kepada pihak lawan. 12.3 Menarik diri daripada perlawanan tidak dibenarkan. Jika ianya berlaku pasukan berkenaan dianggap menarik diri dari keseluruhan pertandingan seterusnya. Semua mata yang diperolehi sebelum itu tidak akan diambilkira. 13.0 TINDAKAN TATATERTIB 13.1 Hukuman berikut merupakan hukuman yang dikenakan secara automatik 13.1.1 Seseorang pemain yang disingkirkan atau dikeluarkan daripada gelanggang permainan atas sebab-sebab berkelakuan buruk dan biadap, pemain tersebut akan digantung satu (1) perlawanan berikutnya. 14.0 BANTAHAN 14.1 Bantahan hendaklah dibuat dengan bertulis kepada Jawatankuasa Teknikal & Bantahan dalam tempoh tiga puluh (30) minit selepas pertandingan. 14.2. Setiap bantahan dikenakan bayaran sebanyak RM 300 dan tidak akan dikembalikan sekiranya bantahan ditolak. 15.0 ETIKA PEGAWAI Pengurus/Jurulatih pasukan adalah bertanggungjawab bagi memastikan setiap pemain dan penyokong pasukannya berpegang kepada semangat kesukanan yang tulen.
PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG TEKNIKAL PERMAINAN SUKAN KAKITANGAN TEKNIKAL BKT, KKTM, MJII DAN IKM KALI KESEPULUH (SUKAT X 2023) Page | 77 SUKAT X 2023 16.0 HADIAH 16.1 Hadiah-hadiah disediakan seperti berikut: 16.1.1 Johan 16.1.2 Naib johan 16.1.3 Ketiga 17.0 HAL-HAL YANG TIDAK DIPERUNTUKAN Segala hal yang tidak diperuntukkan di bawah peraturan ini dan segala tafsiran peraturan ini hendaklah diselenggarakan oleh Jawatankuasa Penganjur Sukan Kakitangan Teknikal BKT, KKTM, MJII dan IKM Se-Malaysia 2023 dan segala keputusan adalah muktamad.
PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG TEKNIKAL PERMAINAN SUKAN KAKITANGAN TEKNIKAL BKT, KKTM, MJII DAN IKM KALI KESEPULUH (SUKAT X 2023) Page | 78 SUKAT X 2023 PERATURAN SUKAN BERBASIKAL XCO (MTB) Penyelaras : EN. MOHD SABRI BIN SALLEH (012-962 5059) Penolong : EN. JAHARUDDIN BIN MD ALWI (014-520 8048) 1.0 UNDANG – UNDANG PERTANDINGAN 1.1 Pertandingan ini akan dijalankan mengikut peraturan-peraturan yang terkandung di dalam Peraturan Am dan peraturan pertandingan ini, acara-acara yang dipertandingkan akan dijalankan mengikut peraturan- peraturan UCI (Union Cycliste Internationale) yang terkini dan Jawatankuasa Penganjur. 1.2 Selain dari peraturan umum di atas, penganjur adalah berhak meminda/mengadakan peraturan-peraturan tambahan, selaras dengan matlamat penganjur aktiviti sukan. 1.3 Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Penganjur adalah muktamad. 2.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN 2.1 Setiap pasukan dikehendaki menyenaraikan dua (2) orang pemain termasuk dan menyerahkan ’Borang Pendaftaran Pertandingan’ kepada Pengurus Pertandingan selewat-lewatnya 30 minit sebelum pertandingan yang dijadualkan bermula. Penyertaan yang tidak lengkap akan digugurkan. 2.2 Sekiranya ada pasukan yang tidak menghantar pemain, penganjur berhak membuka penyertaan kepada mana-mana peserta yang ingin menyertai sehingga jumlah maksimum penyertaan seramai lima puluh dua (52) orang. 2.3 Pemenang adalah sehingga tempat ketiga sahaja. 2.4 Setiap pasukan perlu berada di gelanggang selewat-lewatnya 30 minit sebelum pertandingan dimulakan. 3.0 ACARA PERTANDINGAN DAN KIRAAN MATA 3.1 Kategori pertandingan adalah Lelaki Terbuka. 3.2 Setiap pasukan tidak dibenarkan membuat pertukaran pemain setelah ’Borang Pendaftaran Pertandingan’ diserahkan.
PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG TEKNIKAL PERMAINAN SUKAN KAKITANGAN TEKNIKAL BKT, KKTM, MJII DAN IKM KALI KESEPULUH (SUKAT X 2023) Page | 79 SUKAT X 2023 3.3 Kiraan mata berdasarkan kepada Jadual 11. Jadual 11: Pemberian mata untuk berbasikal Kedudukan Mata Tempat Pertama 20 Tempat Kedua 16 Tempat Ketiga 14 Tempat Keempat 12 Ke-5 – 10 8 Ke -11 - 15 4 Ke - 16-26 2 4.0 SISTEM DAN FORMAT PERTANDINGAN 4.1 Tempoh masa pertandingan bagi acara Cross Country Olympic (XCO) adalah satu (1) Jam 4.2 Jarak litar anggaran lima (5) kilometer satu pusingan dan peserta dikehendaki melengkapkan lima (5) pusingan yang telah ditetapkan untuk layak memenangi pertandingan di mana peserta- peserta yang telah di ‘overlap’ akan dikeluarkan mengikut arahan komisar. 4.4 Simbol arahan adalah seperti Rajah 4 Rajah 4: Simbol yang digunakan untuk berbasikal 4.5 Zon bantuan teknikal dengan jarak yang sesuai di tempatkan pada permukaan laluan mendatar atau mendaki dalam litar.
PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG TEKNIKAL PERMAINAN SUKAN KAKITANGAN TEKNIKAL BKT, KKTM, MJII DAN IKM KALI KESEPULUH (SUKAT X 2023) Page | 80 SUKAT X 2023 4.6 Bantuan teknikal hanya boleh diberi di dalam kawasan atau zon yang telah ditetapkan sahaja. 4.7 Peserta tidak dibenarkan berpatah balik menyonsang laluan pertandingan untuk mendapatkan bantuan teknikal 4.8 Hanya pengurus pasukan sahaja boleh berada di zon bantuan teknikal dan zon ini berasingan dari penonton. 4.9 Pertandingan hendaklah dimulakan dalam satu kumpulan. 4.10 Hanya peserta dan pengurus pasukan sahaja yang dibenarkan berada di dalam litar semasa latihan penyesuaian litar yang rasmi dan pertandingan dijalankan. 5.0 PERATURAN PERTANDINGAN 5.1 Hanya peserta yang berdaftar sahaja yang dibenarkan berkayuh di litar pertandingan semasa latihanpenyesuaian litar dan semasa pertandingan. 5.2 Ketua Komisar boleh membatalkan pertandingan disebabkan cuaca yang buruk setelah berbincang dengan pihak penganjur dan teknikal. 5.3 Latihan penyesuaian litar yang rasmi hendaklah dijalankan sekurang-kurangnya 24 jam sebelum pertandingan. 5.4 Pengurus Pasukan atau wakil perlu menghadiri Mesyuarat Pengurus Pasukan di mana nombor pelumba diagihkan dan lain-lain perkara yang berkaitan dengan pertandingan dibincangkan. 5.5 Pengurus Pasukan atau wakil perlu mengemukakan senarai nama terkini peserta yang akan bertanding di dalam Mesyuarat Pengurus Pasukan. 5.6 Nombor pelumba hendaklah dipasang di handle bar basikal dan di belakang badan peserta dan peserta dikehendaki menamatkan perlumbaan dengan menggunakan basikal serta nombor handle bar yang sama. 5.7 Peserta hendaklah memakai jersey pasukan masing- masing yang seragam. 5.8 Hanya basikal bukit dengan saiz roda 26”, 27.5” dan 29” dibenarkan untuk digunakan dalam pertandingan. 5.9 Peserta wajib memakai topi keledar.
PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG TEKNIKAL PERMAINAN SUKAN KAKITANGAN TEKNIKAL BKT, KKTM, MJII DAN IKM KALI KESEPULUH (SUKAT X 2023) Page | 81 SUKAT X 2023 5.10 Peserta wajib menandatangani senarai nama kehadiran di tempat permulaan pertandingan. 5.11 Peserta akan dipanggil berada di tempat permulaan pertandingan sekurang - kurangnya 20 minit sebelum acara bermula di mana pengumuman dibuat lagi 5 minit, 3 minit, 2 minit, 1 minit, 30 saat dan 15 saat sebelum peserta dilepaskan. 5.12 Satu taklimat pertandingan akan diberikan kepada peserta sebelum pertandingan dimulakan. 5.13 Peserta akan dilepaskan sekali di mana pemenang akan ditentukan berdasarkan peserta yang sampai ke garisan penamat terlebih dahulu. 5.14 Kedudukan pemenang ditentukan secara ranking bermula tempat Pertama, Kedua, Ketiga dan seterusnya. Hadiah hanya diberi pada peserta yang mendapat Tempat Pertama, Kedua dan Ketiga sahaja. 5.15 Kiraan mata pula adalah merujuk pada perkara 3 (3.4) di atas. 5.16 Peserta perlu bertanding dengan semangat kesukanan dan tidak menghalang peserta lain yang ingin mendahului. 5.17 Peserta hanya dibenarkan bertanding di laluan litar yang telah ditentukan. 5.18 Jika peserta tersasar dari litar pertandingan, peserta tersebut perlu memasuki semula litar pertandingan di mana tempat dia tersasar. 5.19 Peserta yang telah di ‘overlap’ dan peserta yang masanya 80% lebih perlahan dari pendahulu pertandingan semasa hendaklah dikeluarkan dari perlumbaan dengan arahan komisar. 5.20 Petugas pasukan tidak dibenarkan berlari beriring atau menolak peserta semasa pertandingan. 5.21 Peserta atau dengan bantuan rakan sepasukan boleh membawa peralatan dan membaiki basikal di luar zon bantuan teknikal sepanjang perlumbaan. 5.22 Penukaran basikal adalah dilarang. 5.23 Peserta hendaklah menjaga dan tidak mencemarkan alam sekitar. 5.24 Peserta tidak dibenarkan mengunakan apa-apa alat komunikasi. 5.25 Tidak dibenarkan mengunakan tayar yang dipasang dengan spike besi atau seumpamanya. 5.26 Menyiram air kepada peserta di sepanjang perlumbaan adalah dilarang.
PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG TEKNIKAL PERMAINAN SUKAN KAKITANGAN TEKNIKAL BKT, KKTM, MJII DAN IKM KALI KESEPULUH (SUKAT X 2023) Page | 82 SUKAT X 2023 5.27 Pastikan tiada apa-apa halangan yang boleh menyebabkan kemalangan di tempat permulaan dan penamat pertandingan 6.0 BANTAHAN Sebarang bantahan hendaklah dibuat dengan mengisi Borang Bantahan dan hendaklah diserahkan kepada Jawatankuasa Teknikal & Bantahan atau wakilnya tidak lewat satu (1) jam selepas tamat perlawanan beserta dengan wang cagaran sebanyak RM300.Wang cagaran akan hilang sekiranya bantahan itu tidak diterima dan wang cagaran akan dikembalikan separuh sahaja sekiranya bantahan dan rayuan diterima.
PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG TEKNIKAL PERMAINAN SUKAN KAKITANGAN TEKNIKAL BKT, KKTM, MJII DAN IKM KALI KESEPULUH (SUKAT X 2023) Page | 83 SUKAT X 2023 PERATURAN SUKAN MEMANCING Penyelaras : EN. MUHAMAD HAFIZ BIN REKMAN (017-6812030) Penolong : EN. MOHD NASRUL BIN ISMAIL (019-4156627) 1.0 NAMA Pertandingan ini dinamakan “KEJOHANAN MEMANCING SUKAN KAKITANGAN TEKNIKAL BKT, KKTM, MJII DAN IKM KE-SEPULUH 2023” 2.0 PENGANJURAN 2.1 Jawatankuasa penganjur akan mengatur serta menganjurkan pertandingan ini dan sebarang keputusan yang dibuat terhadap segala perkara yang berhubungkait dengan kejohanan ini adalah muktamad. 2.2 Jawatankuasa ini juga berhak meminda atau membuat apa-apa penyesuaian untuk permainan dalam kejohanan ini menurut cara yang difikirkan sesuai. 2.3 Jawatankuasa ini juga berhak menolak mana-mana pasukan atau peserta yang tidak mematuhi peraturan dan syarat tanpa sebarang sebab. 3.0 UNDANG-UNDANG PERMAINAN Peraturan dan Undang-Undang Am Sukan Kakitangan Teknikal BKT, KKTM, MJII dan IKM ke-Sepuluh 2023. 4.0 PENYERTAAN 4.1 Setiap pasukan hanya dibenarkan mendaftar pusat yang terdiri daripada kakitangan yang berkhidmat dengan BKT, KKTM, MJII atau IKM sahaja yang layak menyertai pertandingan ini. 4.2. Bagi kakitangan sambilan dan kontrak, hendaklah telah berkhidmat sekurang-kurangnya tiga (3) bulan dari tarikh pertandingan. 4.3 Terdapat dua puluh enam (26) pasukan yang layak menyertai pertandingan 4.4 Setiap pasukan hanya dibenarkan mendaftar dua (2) orang peserta sahaja. Peserta tersebut boleh terdiri daripada kakitangan lelaki atau perempuan.
PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG TEKNIKAL PERMAINAN SUKAN KAKITANGAN TEKNIKAL BKT, KKTM, MJII DAN IKM KALI KESEPULUH (SUKAT X 2023) Page | 84 SUKAT X 2023 4.5. Pendaftaran setiap peserta hendaklah mengikut keperluan yang ditetapkan dalam Undang-Undang dan Peraturan Am Sukan Kakitangan Teknikal BKT, KKTM, MJII dan IKM Ke-Sepuluh 2023 dan borang pendaftaran mesti ditandatangani oleh ketua kontinjen atau pengurus pasukan setiap pusat. 5.0 TAKLIMAT PENGURUS PASUKAN 5.1 Taklimat kepada pengurus-pengurus pasukan akan diadakan pada 22 September 2023 (Jumaat) jam 8.30 malam 5.2. Selepas pendaftaran, sebarang permohonan pertukaran/gantian pemain tidak akan dibenarkan. 6.0 ACARA PERTANDINGAN 6.1 Pertandingan akan dijalankan secara individu terbuka 6.1.1 Dua (2) orang peserta setiap pusat. 6.1.2 Setiap peserta terbuka kepada pemain lelaki atau perempuan. 6.1.3 Setiap peserta terhad kepada 1 BATANG JORAN SAHAJA. 7.0 PERATURAN-PERATURAN PERTANDINGAN 7.1 Peserta perlu membawa peralatan memancing sendiri 7.2 Setiap peserta hanya boleh mendaftar satu (1) batang joran sahaja. Setiap joran akan diberikan tag pengenalan semasa pendaftaran. Jenis joran adalah BEBAS. 7.3 Ikan yang berjaya dinaikkan oleh joran yang tidak dilekatkan tag joran, maka ikan tersebut tidak akan ditimbang. 7.4 Pelampung, mata dua, mata spider dan mata tiga seperti Jadual 1 adalah dilarang. Penggunaan mata bom dan rambai juga tidak dibenarkan. 7.5 Bilangan mata kail setiap joran adalah terhad kepada satu (1) sahaja. 7.6 Penggunaan umpan adalah BEBAS. Pihak pengajur hanya akan menyediakan satu jenis umpan sahaja iaitu cacing.
PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG TEKNIKAL PERMAINAN SUKAN KAKITANGAN TEKNIKAL BKT, KKTM, MJII DAN IKM KALI KESEPULUH (SUKAT X 2023) Page | 85 SUKAT X 2023 HANYA YANG DIBENARKAN TIDAK DIBENARKAN TIDAK DIBENARKAN Rajah 5: Mata pancing 7.7 Kaedah memancing adalah bebas tetapi ikan yang dipertandingkan mesti memakan umpan. Mata kail mesti berada di dalam mulut ikan semasa pengesahan dibuat oleh pertugas. Jika mata kail terkena ekor atau badan, ikan tidak layak untuk ditimbang. 7.8 Selepas ikan disahkan oleh petugas, peserta akan diberi kad pengesahan untuk membolehkan ikan ditimbang. 7.9 Kad pengesahan perlu diserahkan kepada urusetia sebelum proses penimbangan ikan dibuat. 7.10 Kuantiti ikan yang dipancing adalah tidak dihadkan jumlahnya. 7.11 Peserta bebas memilih lokasi memancing tetapi dilarang keluar dari kawasan yang ditetapkan. 7.12 Ikan yang dipancing adalah hak milik penganjur dan perlu dilepaskan semula sekiranya ikan masih boleh hidup. 7.13 Masa pertandingan yang diperuntukan adalah 3 JAM. 7.14 Jika peserta datang lewat selepas masa yang telah dijadualkan untuk pertandingan maka tiada tambahan masa diberikan. 7.15 Ikan yang dinaikkan selepas tamat waktu pertandingan tidak akan ditimbang. 7.16 Segala peraturan yang dinyatakan di atas adalah tertakluk kepada perubahan semasa.
PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG TEKNIKAL PERMAINAN SUKAN KAKITANGAN TEKNIKAL BKT, KKTM, MJII DAN IKM KALI KESEPULUH (SUKAT X 2023) Page | 86 SUKAT X 2023 8.0 KAEDAH PENENTUAN PEMENANG 8.1 Pemenang ditentukan mengikut berat ikan yang paling tinggi. 8.2 Jika terdapat berat ikan yang sama, pemenang akan diberikan kepada perserta yang terakhir menaikan ikan tersebut. 8.3 Hadiah hanya disediakan kepada tiga ikan terberat sahaja. 8.4 Dua puluh enam (26) peserta yang mendapat berat ikan tertinggi akan diberi mata ranking mengikut Jadual 12. Jadual 12: Pemberian mata untuk memancing SISTEM RANKING KEDUDUKAN JUMLAH MATA Tempat Pertama 20 Tempat Kedua 16 Tempat Ketiga 14 Tempat Keempat 12 Tempat 5-10 8 Tempat 11-15 6 Tempat 16-26 4 8.5 Mata ranking ini akan digunakan untuk menyumbang kapada mata keseluruhan kontinjen yang bertanding. 9.0 JERSI/PAKAIAN PERLAWANAN Semua peserta dikehendaki berpakaian kemas, sopan dan menutup aurat. 10.0 TINDAKAN TATATERTIB 10.1 Hukuman berikut merupakan hukuman yang dikenakan secara automatik. 10.1.1 Seseorang peserta yang disingkirkan atau dikeluarkan daripada acara permainan atas sebab-sebab berkelakuan buruk dan biadap.
PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG TEKNIKAL PERMAINAN SUKAN KAKITANGAN TEKNIKAL BKT, KKTM, MJII DAN IKM KALI KESEPULUH (SUKAT X 2023) Page | 87 SUKAT X 2023 10.1.2 Seseorang peserta yang disingkirkan atau dikeluarkan daripada acara permainan atas sebab-sebab melanggar peraturan pertandingan. 11.0 BANTAHAN 11.1 Bantahan hendaklah dibuat dengan bertulis kepada Jawatankuasa Teknikal & Bantahan dalam tempoh tiga puluh (30) minit selepas pertandingan. 11.2 Setiap bantahan dikenakan bayaran sebanyak RM300 dan tidak akan dikembalikan sekiranya bantahan ditolak. 12.0 ETIKA PEGAWAI Pengurus/Jurulatih pasukan adalah bertanggungjawab bagi memastikan setiap peserta dan penyokong pasukannya berpegang kepada semangat kesukanan yang tulen. 13.0 HADIAH 13.1 Hadiah-hadiah disediakan seperti berikut: 13.1.1 Johan 13.1.2 Naib johan 13.1.3 Ketiga 14.0 HAL-HAL YANG TIDAK DIPERUNTUKAN Segala hal yang tidak diperuntukkan di bawah peraturan ini dan segala tafsiran peraturan ini hendaklah diselenggarakan oleh Jawatankuasa Penganjur Sukan Kakitangan Teknikal BKT, KKTM, MJII dan IKM Ke-Sepuluh 2023 dan segala keputusan adalah muktamad.
PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG TEKNIKAL PERMAINAN SUKAN KAKITANGAN TEKNIKAL BKT, KKTM, MJII DAN IKM KALI KESEPULUH (SUKAT X 2023) Page | 88 SUKAT X 2023 PERATURAN SUKAN E-GAMES Penyelaras : EN. SYAHRUL YUSRI BIN ROMLI (012-4655389) Penolong 1 : EN. AHMAD RAZELAN BIN RASHID (012-9624675) Penolong 2 : EN. MOHAMMAD AZFITRY BIN ZOLKHIFLY (012-5378335) 1.0 PERATURAN AM 1.1. Penyertaan adalah terbuka secara berpasukan 4 pemain (PUBG) dan 5 pemain (MOBILE LEGENDS). 1.2. Setiap pasukan hendaklah menghantar nama pemain berserta ID PUBG dan MOBILE LEGENDS pemain itu sendiri di borang penyertaan perlawanan sebelum perlawanan bermula. Sekiranya didapati pemain tidak menggunakan ID sendiri yang didaftarkan atau pemain lain menggunakan ID yang didaftarkan, pasukan tersebut akan didiskualifikasi dari perlawanan. 1.3. Pasukan mestilah hadir di tempat dan masa yang telah ditetapkan (rujuk Jadual Perlawanan) 1.4. Pasukan akan masuk ke lobi menunggu dalam permainan PUBG dan MOBILE LEGEND. Masa diberikan hanya selama 10 minit untuk kesemua pasukan masuk sebelum setiap perlawanan dimulakan. 1.5. Pasukan perlu memberikan permainan yang adil dan saksama sepanjang perlawanan berlangsung. Sebarang provokasi daripada pasukan semasa perlawanan akan diberikan amaran sebanyak 2 kali. Sekiranya pasukan gagal mematuhi peraturan perlawanan maka pasukan tersebut akan didiskualifikasikan dari perlawanan. 2.0 PERALATAN DAN KESELAMATAN 2.1. Permain hanya dibenarkan menggunakan smart phone sendiri sahaja. Alatan (device) lain tidak dibenarkan. 2.2. Talian Internet adalah atas tanggungjawab pemain sendiri. Pihak tuan rumah tidak menyediakan sebarang talian Internet atau Wi-Fi. 2.3. Pemain tidak dibenarkan menggunakan ‘3rd party apps’ dalam pertandingan ini. Pasukan yang menggunakan sebarang bentuk “cheat apps” akan didiskualifikasikan dari perlawanan.
PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG TEKNIKAL PERMAINAN SUKAN KAKITANGAN TEKNIKAL BKT, KKTM, MJII DAN IKM KALI KESEPULUH (SUKAT X 2023) Page | 89 SUKAT X 2023 2.4. Para pemain boleh membawa alatan pengecas sendiri termasuk extension cable sendiri dan boleh menggunakan soket-soket yang telah tersedia di tempat perlawanan. Tiada soket tambahan akan disediakan. Pihak tuan rumah juga tidak akan menyediakan extension cable untuk pemain. 2.5. Kerosakan atas telefon bimbit peserta adalah tanggungjawab masingmasing. 3.0 FORMAT DAN MEKANISMA PERLAWANAN PUBG 3.1. Perlawanan akan dijalankan selama 2 malam (rujuk Jadual Perlawanan). Untuk malam pertama, akan memilih 16 pasukan terbaik (dari 2 room) ke perlawanan akhir pada malam kedua. 3.2. Pemain dengan ID yang berdaftar sahaja dibenarkan bermain. Sebarang pertukaran pemain hendaklah dilakukan sebelum perlawanan pertama bermula. Tidak dibenarkan menukar pemain sekiranya perlawanan telah berlangsung. 3.3. Sekiranya pasukan mara ke perlawanan akhir (malam kedua), pasukan dibenarkan menukar pemain sebelum perlawanan akhir bermula. 3.4. Mata kiraan akan mengikut ‘placement’ pasukan dan ‘kills’ setiap pasukan. 3.5. Berikut adalah ‘setting’ perlawanan PUBG: a. Rooms i. 26 pasukan akan dibahagikan kepada 2 rooms (13 pasukan setiap room) ii. 8 pasukan terbaik setiap rooms akan mara ke perlawanan akhir (total 16 pasukan ke perlawanan akhir) b. MAP (untuk perlawanan saringan dan perlawanan akhir) i. Erengel ii. Sanhok iii. Vikendi
PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG TEKNIKAL PERMAINAN SUKAN KAKITANGAN TEKNIKAL BKT, KKTM, MJII DAN IKM KALI KESEPULUH (SUKAT X 2023) Page | 90 SUKAT X 2023 c. Rules i. No delay ii. Solo / Duo (-5) iii. TeamUp (-10) iv. Flare Gun (-10) v. No emulator / Bug / Cheater (disqualify) vi. No Mic All vii. Airdrop Allowed d. Setting i. 3X Looting ii. Aim Assist ON / OFF iii. Vague Information iv. Sound Visualisation ON v. Zone Shrink 1.2 vi. Zone Damage 1.1 4.0 FORMAT DAN MEKANISMA PERLAWANAN MOBILE LEGENDS 4.1. Perlawanan akan dijalankan selama 1 malam sahaja (rujuk Jadual Perlawanan) secara ‘Round Robin’ dan ‘Kalah Mati’ 4.2. Pemain dengan ID yang berdaftar sahaja dibenarkan bermain. Sebarang pertukaran pemain hendaklah dilakukan sebelum perlawanan pertama bermula. Tidak dibenarkan menukar pemain sekiranya perlawanan telah berlangsung.
PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG TEKNIKAL PERMAINAN SUKAN KAKITANGAN TEKNIKAL BKT, KKTM, MJII DAN IKM KALI KESEPULUH (SUKAT X 2023) Page | 91 SUKAT X 2023 4.3. Setiap pasukan mesti lengkap hadir kesemua pemain (5 orang) ke tempat perlawanan mengikut masa yang telah ditetapkan. Masa diberi selama 10 minit sahaja untuk semua pemain (sepasukan) berada di dalam lobi / room sebelum setiap perlawanan dimulakan. Pasukan yang gagal memasuki lobi / room samada tidak hadir ke tempat perlawanan atau menghadapi masalah teknikal sendiri sepasukan (5 orang) dikira tidak hadir (no show) dan secara automatik didiskualifikasikan dari perlawanan.
PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG TEKNIKAL PERMAINAN SUKAN KAKITANGAN TEKNIKAL BKT, KKTM, MJII DAN IKM KALI KESEPULUH (SUKAT X 2023) Page | 92 SUKAT X 2023 PERATURAN SUKAN GOLF Penyelaras : EN. MOHD ASNAWI BIN OMAR (017-549 6955) Penolong : EN. MOHD ZHARIFF BIN MOHAMAD (013-467 1884) 1.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN 1.1. Undang-undang dan Peraturan permainan yang digunapakai dalam kejohanan ini adalah mengikut Peraturan dan Undang-undang Golf Kejohanan Sukan Kakitangan Teknikal BKT, KKTM, MJII dan IKM kesepuluh Se-Malaysia 2023. 1.2. Syarat Am Pertandingan 1.2.1 Semua kejadian akan diputuskan berasaskan kepada Peraturan Am Sukan Kakitangan Teknikal BKT, KKTM, MJII dan IKM ke Sepuluh 2023. 1.2.2 Undang-undang Kejohanan adalah mengikut syarat-syarat yang ditetapkan oleh Malaysian Golf Association (MGA). 1.2.3. Peraturan-peraturan pertandingan adalah mengikut “Local Rule” yang akan diumumkan kelak. 1.2.4 Segala keputusan Jawatankuasa Pengelola Pertandingan adalah muktamad. 2.0 PENYERTAAN DAN PENDAFTARAN PEMAIN 2.1 Pertandingan Golf adalah TERBUKA dan dibenarkan mendaftar pemain hanya di kalangan kakitangan yang layak bertanding sahaja yang terdiri daripada kakitangan yang berkhidmat di BKT, KKTM, MJII atau IKM. 2.2. Pendaftaran setiap pemain hendaklah mengikut keperluan yang ditetapkan dalam Peraturan Am Sukan Kakitangan Teknikal BKT, KKTM, MJII dan IKM ke Sepuluh 2023 dan borang pendaftaran mestilah ditandatangani oleh Ketua Kontinjen atau Pengurus Pasukan setiap pusat.
PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG TEKNIKAL PERMAINAN SUKAN KAKITANGAN TEKNIKAL BKT, KKTM, MJII DAN IKM KALI KESEPULUH (SUKAT X 2023) Page | 93 SUKAT X 2023 3.0 TARIKH PERTANDINGAN 3.1 Tarikh : 26 September 2023 (Selasa) 3.2 Tee off : 8.30 pagi 3.3 Tempat : Kelab Golf Diraja Pekan, Jalan Padang Polo, 26600 Pekan, Pahang 4.0. FORMAT PERTANDINGAN 4.1. Acara Golf “Best Gross Score”. 4.2. Jumlah pukulan akan ditentukan secara “Gross Score” untuk 18 lubang. 4.3. Pukulan maksimum bagi setiap lubang adalah “Double Par”. 4.4. Format pertandingan adalah acara Individu. 4.5. Juara dikira mengikut jumlah pukulan terendah untuk 18 lubang. 4.6. Jika terdapat pukulan seri, pemenang akan dikira secara OCB (On Count Back), bermula dari jumlah pukulan terendah bagi 9 lubang terakhir dan seterusnya. 5.0. YURAN PENYERTAAN 5.1. Yuran penyertaan RM150.00/orang. 5.2 Yuran penyertaan adalah termasuk (bayaran fee padang, buggy, sarapan & makan tengahari) 6.0. SUSUNAN PEMAIN 6.1. Susunan pemain akan ditentukan oleh Jawatankuasa Pengelola dan sebarang pertukaran pemain tidak dibenarkan.
PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG TEKNIKAL PERMAINAN SUKAN KAKITANGAN TEKNIKAL BKT, KKTM, MJII DAN IKM KALI KESEPULUH (SUKAT X 2023) Page | 94 SUKAT X 2023 7.0. TIDAK HADIR Sekiranya terdapat pemain yang tidak hadir semasa pertandingan berlangsung, yuran pertandingan tidak akan dikembalikan. 8.0. LEWAT HADIR Sekiranya terdapat pemain yang lewat hadir setelah permainan berlangsung dan rakan sepermainan telah tamat lubang pertama, setiap lubang yang ditinggalkan akan dikira sebagai “Double Par”. 9.0 PAKAIAN PEMAIN Semua peserta adalah diingatkan supaya memakai pakaian yang menutup aurat sepanjang kejohanan dijalankan. Pihak penganjur berhak membatalkan penyertaan seseorang jika didapati melanggar syarat yang ditetapkan ini.