41 Jadual 4.14 Item-item Kepuasan Pengguna Modul Fun With Set Berdasarkan Jadual, Aspek Kepuasan dan Itemnya berada di tahap yang memuaskan dimana responden pengguna yang bersetuju berada di peratusan yang tinggi. Jadual 4.15 menunjukkan Analisis Keseluruhan Aspek Modul. Konstruk Jumlah Item Min Sisihan Piawai Tahap Kebolehgunaan 5 3.18 0.592 Sederhana Kemudahan penggunaan 11 3.16 0.579 Sederhana Kemudahan belajar 4 3.15 0.604 Sederhana Kepuasan pengguna 7 3.27 0.556 Sederhana Keseluruhan 3.15 0.604 Sederhana Jadual 4.15 Analisis Keseluruhan dan Sisihan Piawai Modul Berdasarkan Jadual 4.15, Keseluruhan Skor Min ialah 3.15 dan Sisihan Piawai 0.604 dimana berada di tahap yang Sederhana. Secara keseluruhannya, Modul berada di tahap yang memuaskan. 4.4 Kesimpulan Secara keseluruhannya, instrumen kajian ini terdiri daripada 27 item yang mengukur empat aspek kebolehgunaan iaitu kebolehgunaan, kemudahan penggunaan, kemudahan belajar menggunakannya dan juga kepuasan pengguna. Untuk mendapatkan gambaran keseluruhan mengenai kebolehgunaan modul yang dibina, dapatan kajian telah dinilai secara keseluruhan dan deskriptif. Analisis ini dijalankan bagi mengetahui tahap kebolehgunaan modul yang dibina di samping untuk mengetahui kelemahan serta kekuatan kit tersebut. Hasil analisis ini membolehkan pengkaji mengetahui sama ada kit yang dibina mencapai tujuan kajian, objektif kajian serta menjawab persoalan kajian ataupun tidak. Perbincangan dapatan kajian akan dibincangkan dalam bab berikut.
42 BAB 5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN 5.1 Pendahuluan Bab ini merumuskan serta membincangkan dapatan kajian yang diperoleh. Pengkaji juga membuat beberapa kesimpulan yang menyeluruh tentang hasil dapatan kajian yang menjawab persoalan-persoalan kajian sebelum ini. Selain itu, pengkaji turut menyatakan beberapa implikasi terhadap kajian yang dijalankan. Terdapat juga beberapa cadangan untuk kajian masa hadapan yang boleh dijalankan oleh para pengkaji lain. Cadangan kajian tambahan ini adalah untuk menambah baik penghasilan Modul Fun With Set yang dibina agar lebih berkualiti dan berimpak tinggi dari segi penghasilan dan kebolehgunaannya Rujukan guru.
43 5.2 Ringkasan Kajian Kajian ini telah dijalankan kepada 50 orang guru pelatih dari kalangan pelajar kohort A191 dan A192 yang mengambil jurusan AT14 dan AT48. Memandangkan modul yang dibina adalah sebagai panduan guru, maka sasaran kajian menepati tujuan kajian dijalankan. Bagi menjawab persoalan-persoalan dalam kajian ini, pengkaji telah membina instrumen bagi mendapatkan kesahan dan kebolehgunaan modul. Terdapat dua persoalan kajian seperti yang telah digariskan pada bab satu iaitu membina Modul Fun With Set yang mempunyai kesahan yang memuaskan dan membina Modul Fun With Set yang mempunyai kebolehgunaan yang memuaskan. Bagi mendapatkan kesahan modul, pengkaji telah menggunakan kaedah peratus persetujuan pakar yang dinilai berdasarkan maklum balas tiga orang pakar yang telah dilantik. Bagi mendapatkan kebolehgunaan modul pula, pengkaji telah mengedarkan borang soal selidik secara atas talian menggunakan Google Form kepada 50 orang responden seperti yang telah ditetapkan pada bab tiga. Hasil maklum balas telah dianalisis secara deskriptif iaitu dengan mencari nilai kekerapan, peratusan, skor min dan sisihan piawai bagi keempat-empat aspek kajian seperti yang telah dinyatakan pada instrumen kajian. Dalam mencapai objektif yang pertama, pembinaan modul telah dijalankan kemudian kesahan modul telah dijalankan dengan melibatkan tiga orang pensyarah ijazah doktor falsafah dalam bidang matematik. Secara puratanya, kesahan bagi modul Fun With Set ini adalah baik kerana nilai IKK yang diterima oleh tiga orang pakar adalah 1.00. Seterusnya, bagi objektif yang kedua, iaitu tahap kebolehgunaan modul diuji dengan mencari nilai min konstruk. Dalam kajian ini, konstruk kebergunaan memperoleh nilai min 3.89, nilai min bagi konstruk kemudahan penggunaan ialah 3.90 dan nilai min bagi konstruk kepuasan ialah 3.89. Nilai min bagi keseluruhan ialah 3.18 dengan sisihan piawai 0.592. Kesemua nilai 49 min yang diperoleh adalah “sederhana” kerana melebihi nilai 3.00 (Riduwan Warisman,2012).
44 5.3 Perbincangan Dapatan Kajian Persoalan kajian digunakan untuk membimbing perbincangan mengenai dapatan kajian ini. Dalam perbincangan ini, dapatan kajian ini akan menjawab dua persoalan kajian iaitu sama ada pembinaan Modul Fun With Set ini mempunyai kesahan yang memuaskan dan juga sama ada pembinaan Modul Fun With Set ini mempunyai kebolehgunaan yang memuaskan. 5.3.1 Perbincangan Dapatan Kajian (Kesahan Modul) Dalam kajian ini, seramai tiga orang pakar iaitu pensyarah daripada Fakulti Matematik di Universiti Pendidikan Sultan Idris yang mempunyai pengalaman mengajar lebih daripada 11 tahun. Instrumen yang digunakan oleh pakar untuk membuat kesahan adalah Borang Kesahan Modul Fun With Set. Pakar yang dipilih ini mempunyai pengalaman dalam mengajar melebihi sebelas tahun dan ke atas. Dalam kesahan ini mempunyai dua bahagian iaitu kesahan muka dan kesahan kandungan modul. Data selepas mendapat kesahan daripada ketiga-tiga pakar dianalisis menggunakan IKK dan secara puratanya mendapat nilai 1.0 yang bermakna muka dan kandungan Modul Fun With Set ini adalah baik menurut Lynn (1986). 5.3.2 Perbincangan Dapatan Kajian (Kebolehgunaan Modul) Dalam kajian ini, sebanyak 5 orang guru pelatih Matematik UPSI menjadi responden dalam menguji kebolehgunaan Modul Fun With Set ini. Instrumen yang digunakan bagi menguji kebolehgunaan adalah Borang Soal Selidik Kebolehgunaan Modul Fun With Set yang mana mengandungi tiga bahagian konstruk iaitu; kebergunaan, kemudahan penggunaan dan kepuasan. Teknik persampelan kesenangan digunakan dalam mencari min dan sisihan piawai dengan menggunakan SPSS
45 5.4 Implikasi Kajian Dapatan kajian menunjukkan bahawa modul ini mencapai tahap kebolehgunaan yang memuaskan yang mana menunjukkan bahawa modul ini dapat memberi impak kepada beberapa pihak, antaranya pelajar, guru dan juga KPM. 5.4.1 Implikasi Dapatan Kajian terhadap Murid Bagi murid Tingkatan Empat, murid akan menggunakan Modul Fun With Set bagi mempelajari topik Operasi Set. Dengan ini, pembelajaran murid akan menjadi lebih interaktif dan menarik perhatian murid disebabkan penggunakan games dan warna-warna menarik di dalam Modul. Selain itu, penggunaan modul ini menggalakkan pembelajaran berpusatkan murid yang mana dapat meningkatkan interaksi antara murid secara dua hala. 5.4.2 Implikasi Dapatan Kajian terhadap Guru Modul Fun With Set ini telah mendapat kesahan yang baik daripada pakar yang terdiri daripada pensyarah bidang matematik, ini bermakna guru-guru juga bersetuju sekiranya modul ini dijadikan panduan dalam pengajaran. Penggunaan modul ini dalam pengajaran menggalakkan guru untuk menarik minat murid dalam mempelajari topik Operasi Set Tingkatan Empat. Ini juga memudahkan guru untuk bersiap sedia mengajar secara atas talian yang mana memudahkan guru untuk memantau tahap kefahaman murid melalui uji minda yang disediakan di dalam modul. 5.5 Cadangan Kajian Lanjutan Sepanjang kajian dijalankan, beberapa batasan telah dikenalpasti dan boleh diperbaiki dalam
46 kajian yang akan datang. Antaranya ialah sampel bagi kajian ini adalah dengan mengambil guru pelatih Matematik UPSI sebagai responden dalam mengukur tahap kebolehgunaan Modul Fun With Set. Ini menjadikan populasi sampel adalah terhad. Pengkaji mencadangkan agar kajian yang akan datang membuka responden daripada kalangan murid sekolah. Selain itu, untuk menghasilkan modul yang lebih berkualiti, praktikal dan berimpak tinggi, dicadangkan juga penambahbaikan dari segi kandungan modul. Penghasilan modul yang kreatif dan menarik dapat membantu guru dalam meningkatkan fokus dan minat murid sewaktu PdP. Penambahbaikan yang boleh dilakukan adalah dengan menambahkan lebih banyak cadangan aktiviti yang boleh dilakukan di dalam bilik darjah mengenai topik Operasi Set, menambahkan latihan beserta jawapan di bahagian akhir kit dan juga membuat video penerangan contoh yang lebih menarik dan tidak membosankan. 5.6 Rumusan Keseluruhan hasil kajian ini menunjukkan bahawa Modul Fun With Set yang dibangunkan ini mempunyai kesahan yang baik dan tahap kebolehgunaan yang memuaskan. Kajian ini diharapkan dapat membantu murid dalam meningkatkan tahap kefahaman dalam topik Operasi Set sekaligus membantu guru mempelbagaikan aktiviti pembelajaran. Lain daripada itu, inovasi dalam pendidikan dapat diteruskan dan dikembangkan oleh semua pihak agar pendidikan seiring dengan zaman. Beberapa cadangan kajian tambahan untuk pelaksanaan akan datang telah dibuat dalam kajian ini. Ini termasuk menjalankan kajian sebenar yang disasarkan kepada guru-guru Matematik di sekolah. Di samping itu, penambahbaikan dari segi penggunaan multimedia dan juga tambahan kandungan dalam modul turut dicadangkan. Hasilnya, cadangan itu dapat membantu meneruskan kesinambungan dapatan kajian dan menjadi asas untuk kajian masa akan datang.
47 RUJUKAN Attorps, I. (2005). Concept definition and concept image in the case of equations. In Proceedings of CERME 4. http://www.distans.hkr.se/rikskonf/Grupp%202/Attorps.pdf.2011.04.02 Branch, R. M. (2009). Instructional Design: The ADDIE Approach. New York, NY: Springer. https://doi.org/10.1007/978-0-387-09506-6 Bernard, H. R. (2013). Social Research Methods: Qualitative and Quantitative Approaches (2nd ed). Los Angeles, CA: SAGE Publications. Bikri, M., & Surat, S. (2022). Meneroka Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Luar Talian Murid Luar Bandar Semasa Pandemik Covid-19. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(8), e001664. https://doi.org/10.47405/mjssh.v7i8.1664 Bell, Steven & Shank, John. (2004). The blended librarian: A blueprint for redefining the teaching and learning role of academic librarians. College & Research Libraries News. 65. 372-375. Chua & Yan Piaw. (2006). Kaedah dan Statistik Penyelidikan. Kuala Lumpur: Buku 1, Kaedah Penyelidikan. Dwi Yulianti, W., & Sri, S. D. H. (2012). Model Pembelajaran Sains di Taman Kanak-kanak dengan Bermain Sambil Belajar. Jurnal Ilmu Pendidikan, 17(6). Dwi Yulianti, W., & Sri, S. D. H. (2012). Model Pembelajaran Sains di Taman Kanak-Kanak dengan Bermain Sambil Belajar. Jurnal Ilmu Pendidikan, 17(6). E Widyastuti and Susiana 2019 J. Phys.: Conf. Ser. 1188 012052 Fakruddin, A. F. (2018). Tahap Kesediaan Pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains Universiti Pendidikan Sultan Idris Menggunakan Multimedia dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Sekolah. Fakruddin, A. F. (2018). Tahap Kesediaan Pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains
48 Universiti Pendidikan Sultan Idris Menggunakan Multimedia dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Sekolah. Good, T. L., & Brophy, J. E. (1990). Educational psychology: A realistic approach (4th ed.). White Plains, NY: Longman Publishing Company. Gagne, R.M., Wager, W.W., Golas, K.C., Keller, J.M. and Russell, J.D. (2005) Principles of Instructional Design. Performance Improvement, 44, 44-46. - References - Scientific Research Publishing. Glanz, K., Rimer, B. K., & Viswanath, K. (Eds.). (2008). Health behavior and health education: Theory, research, and practice (4th ed.). Jasman, Kamal (2014) Kesan pembelajaran berasaskan masalah terhadap motivasi pelajar dalam mata pelajaran kemahiran hidup. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Khambayat, R. P. (2010). Preparing Teachers of Today for the Learners of Tomorrow, Journal of Engineering, Science and Management Education/Vol. 2 / 9-16. Lynn, M. (1986) Determination and Quantification of Content Validity Index. Nursing Research, 35, 382-386. Mohid, S.Z., Ramli, R., Abdul Rahman, K., & Shahabuddin, N.N. (2018). Teknologi Multimedia Dalam Pendidikan Abad 21. In proceedings of the 5th International Research Management & Innovation Conference (5th IRMIC 2018) Meihua, Q., & Karen, R. C. (2016). Game-based Learning and 21st century skills: A review of recent research. Computers in Human Behavior, 63, 50-58. Ministry of Education Malaysia (2017). National Preschool Curriculum Standard Handbook (KSPK).
49 Mamčenko, Jelena & Piscikiene, Inga & Šustickienė, Brigita & Sileikiene, Irma. (2016). THE POSSIBILITY OF EDUCATIONAL DATA MINING FOR PRACTICAL SKILLS DEVELOPMENT IN LEARNING MANAGEMENT SYSTEM. SOCIETY. INTEGRATION. EDUCATION. Proceedings of the International Scientific Conference. 2. 558. 10.17770/sie2016vol2.1420. Nina Fitriani. (2019). PENGEMBANGAN MEDIA PEMBELAJARAN AUDIO-VISUAL POWTOON TENTANG KONSEP DIRI DALAM BIMBINGAN KELOMPOK UNTUK PESERTA DIDIK SEKOLAH DASAR. Jurnal Tunas Bangsa , 6(1), 104-114. Retrieved from https://ejournal.bbg.ac.id/tunasbangsa/article/view/950 Ngadirin, S. R. (2003). Pembangunan Modul Multimedia: Gelombang Dan Optic Untuk Nota Pelajaran Fizik Tingkatan 5 Sebagai Bahan Bantuan Pengajaran dan Pembelajaran. Tanjong Malim : Universiti pendidikan Sultan Idris. Laporan Projek Sarjana Muda. Noraidah, S., Hairuliza, M. J., Abdul Azim, A. G., Mohd Hasan, S. & Aida Suraya, M. Y. 2010. Skor Pengukuran Kebergunaan Perisian Kursus Matematik Berdasarkan Faktor Penilai. Sains Malysiana. 39(4), 677-684. Piaget, J. (1954). The Construction of Reality in the Child. New York: Basic Books. http://dx.doi.org/10.1037/11168-000 Raazmojooei, A. (2005). Investigation of some cognitive difficulties in set theory -. Investigation of Some Cognitive Difficulties in Set Theory . https://divaportal.org/smash/get/diva2:624184/fulltext01.pdf Suparno. (2008). Filsafat Konstruktivisme dalam Pendidikan. Shadish, W. R., Cook, T. D., & Leviton, L. C. (1991). Foundations of program evaluation: Theory of practice. New York: Sage publications.
50 Ujali, Affero Ismail dan Amat. (2006). Minat Pelajar dalam Subjek Matematik Sekolah Rendah Daerah Pontian. Yahaya, Azizi dan Ramli, Jamaluddin dan Boon, Yusof. (2007) Sumbangan sikap terhadap pencapaian pelaajr mata pelajaran matematik: sejauhmanakah hubungan ini relevan?. Zuraidah, A. & Junaidah, M. K. 2011. The Digital Library Usability Testing. Asia-Pacific Journal of Information Technology and Multimedia, 9(1).
A1 PEMBINAAN DAN KEBOLEHGUNAAN MODUL FUN WITH SET DALAM OPERASI SET TINGKATAN EMPAT BORANG KESAHAN KANDUNGAN MODUL Pengenalan: Borang ini bertujuan untuk mendapatkan kesahan bagi instrument kesahan kandungan kit bagi kajian Pembinaan dan Kebolehgunaan Moduk Fun with Set dalam Operasi Set Tingkatan Empat. Maklum balas yang diberikan ini akan membantu menghasilkan modul pembelajaran yang lebih baik dan berkesan. Sila respons pada setiap item dalam soal selidik ini. Respons anda dalam tinjauan ini adalah sulit dan akan digunakan untuk tujuan penyelidikan sahaja. Soal selidik ini mengandungi dua bahagian utama, iaitu: Bahagian A: Maklumat Pakar Bahagian B: Kesahan Muka Bahagian C: Kesahan Kandungan Modul Kerjasama Prof/Prof. Madya/Dr. /Tuan/Puan, saya dahului dengan ucapan terima kasih. Yang benar, ……………………………………… (NURQURATUL ATHIRAH BINTI ABDUL HALIM) Fakulti Sains dan Matematik, Universiti Pendidikan Sultan Idris
A2 Bahagian A: Maklumat Pakar Arahan: Sila tandakan (/) atau tuliskan maklumat pada setiap item. 1. Kelulusan akademik Diploma Ijazah Sarjana Muda Ijazah Sarjana Doktor Falsafah Lain-lain (nyatakan): ………………………………. 2. Pengalaman bekerja 5 tahun dan ke bawah 6-10 tahun 11 tahun ke atas 3. Bidang kepakaran ________________________________________
A3 Bahagian B: Kesahan Muka Arahan: Sila nyatakan persetujuan anda dengan menandakan [✓] pada setiap item. No. Aspek Setuju Tidak Setuju Komen 1 Format instrument boleh diterima. 2 Arahan yang diberi jelas. 3 Perkataan lazim digunakan. 4 Fon yang sesuai digunakan. 5 Ejaan tepat. 6 Tatabahasa baik. 7 Istilah digunakan bersesuaian. Komen/ cadangan:
A4 Bahagian B: Kesahan Kandungan Modul Arahan: Tandakan (/) pada setiap item menggunakan skala berikut yang menunjukkan darjah persetujuan anda. 1 Tidak Setuju 2 Setuju Modul Fun With Set Operasi Set. Bil. Pernyataan 1 2 1. Pembinaan instrument menepati kumpulan sasaran 2. Penggunaan instrument ini adalah bersesuaian dengan topik Operasi Set, Matematik Tingkatan Empat 3. Kandungan instrument ini selari dengan keperluan sukatan pelajaran. 4. Maklumat yang disampaikan di dalam instrument ini adalah tepat. 5. Kandungan instrument ini adalah munasabah. 6. Arahan yang diberikan di dalam instrument ini adalah jelas. 7. Instrumen ini adalah mesra pengguna iaitu mudah untuk digunakan dari awal hingga akhir. 8. Reka bentuk instrument ini adalah menarik. 9. Tujuan pembinaan instrument ini adalah dipenuhi. 10. Secara keseluruhannya, saya berpuas hati dengan instrument ini.
A5 Kekuatan instrument: Kelemahan instrument: Komen atau cadangan untuk penambahbaikan:
A6 Dengan ini, saya mengesahkan telah membuat penilaian kesahan kandungan instrument kajian yang telah disediakan oleh penyelidik. Tandatangan : __________________________________________ Nama Penilai : __________________________________________ Jawatan : __________________________________________ Cop Jawatan : __________________________________________
B1 Lampiran B PEMBINAAN DAN KEBOLEHGUNAAN MODUL FUN WITH SET BAGI OPERASI SET TINGKATAN EMPAT SOAL SELIDIK PEMBINAAN DAN KEBOLEHGUNAAN MODUL FUN WITH SET BAGI OPERASI SET TINGKATAN EMPAT. Pengenalan: Borang ini bertujuan untuk mengumpul maklumat tentang kebolehgunaan Modul Fun With Sept Bagi Operasi Set Tingkatan Empat. Sila respons pada setiap item dalam soal selidik ini. Respons anda dalam tinjauan ini adalah sulit dan digunakan untuk tujuan penyelidikan sahaja, Soal selidik ini mengandungi lima bahagian utama, iaitu: Bahagian A: Demografi Bahagian B: Kebolehgunaan Modul Fun With Set Bahagian C: KEmudahan penggunaan Modul Fun With Set Bahagian D: Kemudahan belajar menggunakan Modul Fun With Set Bahagian E: Kepuasan pengguna Modul Fun With Set
B2 Bahagian A: Demografi Arahan: Tandakan (/) bagi yang berkenaan. 1. Program Pengajian AT14 – Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Matematik dengan Kepujian AT48 – Ijiazah SArjana Muda Sains (Matematik) dengan Pendidikan 2. Semester Pengajian Semester 6 Semester 7 3. Jantina Lelaki Perempuan
B3 Arahan: Tandakan (/) pada setiap item menggunakan skala berikut yang menunjukkan darjah persetujuan anda. 1 Sangat Tidak Setuju 2 Tidak Setuju 3 Setuju 4 Sangat Setuju Bahagian B: Kebolehgunaan Modul Fun With Set Bil. Item 1 2 3 4 Modul Fun With Set ini: 1. Membantu saya menjadi lebih efektif. 2. Modul Fun With Set ini adalah berguna untuk saya. 3. Memberi panduan terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran saya 4. Dapat menjimatkan masa apabila digunakan. 5. Dapat memenuhi keperluan pengajaran dan pembelajaran saya. Bahagian C: Kemudahan penggunaan Modul Fun With Set 6. Modul Fun With Set ini adalah senang digunakan. 7. Modul Fun With Set ini adalah mudah untuk dikendalikan. 8. Modul Fun With Set ini adalah mesra pengguna. 9. Saya memerlukan beberapa Langkah minima untuk mencapai apa yang saya mahukan melaluinya. 10. Modul Fun With Set ini adalah fleksibel. 11. Penggunakan Modul Fun with Set ini memerlukan usaha yang minimum. 12. Saya dapat menggunakan Modul Fun With Set ini tanpa arahan bertulis.
13. Saya tidak menyedari sebarang ketidakkonsistenan semasa menggunakannya. 14. Pengguna sekali-sekala mahupun pengguna tetap akan menyukai Modul Fun With Set ini. 15. Saya boleh membetulkan kesilapan saya dengan mudah. 16. Saya Berjaya menggunakan modul ini pada setiap masa. Bahagian D: Kebolehgunaan belajar menggunakan Modul Fun With Set 17. Saya belajar menggunakannya dengan cepat. 18. Saya boleh mengingat dengan mudah cara penggunaannya. 19. Sangat mudah untuk belajar menggunakannya. 20. Saya cepat mahir menggunakannya. Bahagian E: Kepuasan penggunaan Modul Fun with Set 21. Saya berpuas hati dengan Modul Fun With Set ini. 22. Saya akan mengesyorkan Modul Fun With Set ini kepada rakan. 23. Modul Fun With Set ini seronok digunakan. 24. Ia berfungsi seperti yang saya mahukan. 25. Ia adalah sangat baik. 26. Saya mempunyai keinginan untuk memiliki Modul Fun With Set ini. 27. Ia adalah menyenangkan bila digunakan.

FUN WITH SETS OPERASI SET TINGKATAN EMPAT DISEDIAKAN OLEH NURQURATUL ATHIRAH BINTI ABDUL HALIM
I Pengenalan 3 II Nota Ringkas 4 III Persilangan Set 8 IV Kesatuan Set 22 V Gabungan Operasi Set 35 VI Uji Minda, Games & Jawapan 45 ISI KANDUNGAN Book Title
Pengenalan Pengenalan Pengenalan Modul ini dibangunkan untuk memberi panduan kepada guru tentang penggunaan modul untuk mengajar mata pelajaran Matematik, khususnya topik Operasi Set. Modul membantu pendidik menjadikan setiap pembelajaran menjadi interaktif sama ada di dalam kelas secara bersemuka, secara atas talian, mahupun secara pembelajaran kendiri. Dalam modul ini, guru akan diperkenalkan dengan ciri-ciri yang ada pada modul, langkah demi langkah bagi standard kandungan dan soalan ujian minda berkaitan yang sesuai sebagai panduan untuk guru mengajar di kelas. Terdapat quiz uji minda yang dapat mengasah kefahaman murid.
Takrifan Takrifan Takrifan Set Perihalan - Menyenarai - Pembolehubah - Set ialah himpunan sekumpulan objek dengan ciri sepunya tertentu. Setiap objek tersebut dikenali sebagai unsur. Set kebiasaannya dinyatakan atau ditulis menggunakan tata tanda set, { } dalam tiga cara. {Nombor perdana yang kurang dari 10} { 2,3,5,7} {x ; x ialah nombor perdana kurang dari 10} Unsur yang sama dalam set, tidak perlu diulang. Contohnya, { huruf bagi perkataan S W E E T} = { S W E T }
Apa itu unsur? Simbol ∈ digunakan bagi menunjukkan sesuatu objek adalah unsur bagi sesuatu set. Simbol ∉ bermakna ‘bukan unsur bagi set Rajah menunjukkan gambar rajah Venn. Setiap titik di sebelah kiri objek dalam gambar rajah Venn mewakili suatu unsur. Mewakilkan Set dengan Gambar rajah Venn Sesuatu set boleh diwakilkan dengan gambar rajah Venn oleh bentuk geometri yang tertutup seperti bulatan, segi empat, segitiga dan lain-lain.
Menentukan samada sesuatu set adalah set kosong atau tidak Set kosong ialah set yang tidak mengandungi sebarang unsur. Set kosong diwakilkan dengan menggunakan simbol ϕ (phi). CONTOH Tentukan samada setiap set yang berikut ialah set kosong atau bukan set kosong. a) A = {segi tiga sama sisi yang bersudut tegak} b) B = {nombor-nombor perdana yang genap} Penyelesaian a) Semua segi tiga sama sisi tidak mempunyai sudut tegak. Oleh itu, A ialah set kosong. b) B = Nombor perdana, 2, adalah genap. Oleh itu, B bukan set kosong.
Set Semesta dan Pelengkap bagi Suatu Set Set semesta (universal set) ialah set yang mengandungi semua unsur yang menjadi bahan perbincangan. Simbol bagi set semesta ialah ξ. PELENGKAP BAGI SUATU SET Pelengkap bagi set Y dalam gambar rajah tersebut ialah satu set yang mengandungi semua unsur yang bukan unsur set Y. Simbol Y’ digunakan bagi mewakili pelengkap bagi Y. .2 ialah bukan unsur set Y. Maka, .2 ialah pelengkap bagi set Y.
4.1 Persilangan Set
Persilangan set ialah set yang mengandungi unsurunsur sepunya. Ia ditulis sebagai A ∩ B Apa itu persilangan Set? Persilangan ialah set yang mengandungi unsur-unsur set sepunya PPeerrssiillaannggaann Set? CCoonnttoohh PPeerrssiillaannggaann Set? A dan B mewakili sesuatu Set, manakala ∩ mewakili persilangan Persilangan set boleh dirujuk sebagai persamaan sesuatu unsur Set. Ruang yang diwarnakan menunjukkan persamaan sesuatu unsur Set. Ini dinamakan persilangan set, A B A B 9 4.1.1 MENENTUKAN PERSILANGAN SET MENGGUNAKAN PERWAKILAN
LANGKAH 1 Set A = { a,b,c,d,e,f,g,h} Set B = { b,e,i,j,k} 1.Set A = { a,b,c,d,e,f,g,h} Set B = { b,e,i,j,k} Cari A ∩ B dan lukis gambar rajah Venn. Tandakan elemen yang sama pada set A dan set B Unsur yang sama ialah = b dan e Kedua-dua unsur ini mempunyai persamaan pada set A dan set B. Maka, unsur persilangan bagi kedua-dua set ialah b dan e. LANGKAH 2 Senaraikan Unsur yang sama = { A ∩ B } = {b,e} LANGKAH 3 Lukiskan gambar rajah Venn. Gambar rajah Venn bagi bentuk Set A dan B boleh mewakili apaapa bentuk geometri. A B .a .c .d .f .g .h .i .j .k .b .e APA ITU BENTUK-BENTUK GEOMETRI? Tempat Persilangan antara Set A dan Set B 10 PPeennyyeelleessaaiiaann CONTOH
4.1.2 MENENTUKAN PELENGKAP BAGI PERSILANGAN SET Apa itu Pelengkap bagi Persilangan Set? Oh, senang sahaja! Pelengkap bagi set ialah set yang mengandungi semua unsur dalam set semesta yang bukan unsur dalam persilangan. PPeelleennggkkaapp PPeerrssiillaannggaann Set? Pelengkap bagi set ialah set yang mengandungi semua unsur dalam set semesta yang bukan unsur dalam persilangan Ia ditulis sebagai (A ∩ B)' Contohnya: Pelengkap bagi Set A ialah kesemua unsur di dalam set semesta kecuali Set A sendiri. CCoonnttoohh PPeerrssiillaannggaann SSeett PPeelleennggkkaapp A A B B Pelengkap bagi persilangan set ialah kesemua unsur kecuali persilangan set. 11
CONTOH 1 ℰ = { Ali, Abu, Ayuu, Azmie, Athirah } A = { Azmie, Ayuu, Athirah } B = { Ali, Abu, Ayuu } C = { Ayuu, Abu, } Senaraikan: a) (A∩B)’ b) (B∩C)’ c) (A∩B∩C)’ a ) (A∩B)’ LANGKAH 1 Selesaikan Persilangan bagi A∩B terlebih dahulu A∩B = { Ayuu } LANGKAH 2 Pelengkap ialah unsur kecuali unsur persilangan set yang diberi. Maka, Pelengkap bagi set (A∩B)' ialah semua unsur kecuali A∩B (A∩B)’ = {Ali, Abu, Azmie, Athirah } b) (B∩C)’ LANGKAH 1 Selesaikan Persilangan bagi B∩C terlebih dahulu B∩C = { Ayuu, Abu } LANGKAH 2 Pelengkap ialah unsur kecuali unsur persilangan set yang diberi. Maka, Pelengkap bagi set (B∩C)' ialah semua unsur kecuali B∩C (A∩B)’ = {Ali, Azmie, Athirah } c) (A∩B∩C)’ LANGKAH 1 Selesaikan Persilangan bagi A∩B∩C terlebih dahulu A∩B∩C = { Ayuu } LANGKAH 2 Pelengkap bagi ketiga-tiga set tersebut ialah Ayuu, dimana unsur persamaan Set A, Set B dan Set C. Maka, (A∩B∩C)’ ialah selain unsur persilangan tersebut (A∩B∩C)’ = { Ayuu } 12
CONTOH 2 Lorekkan rantau (A∩B)' A B PENYELESAIAN LANGKAH 1 Untuk set persilangan A∩B, Cari Set bagi A∩B dahulu. Lorekkan Set A seperti dalam gambar dibawah LANGKAH 2 Seterusnya, lorekkan Set B daripada A∩B. LANGKAH 2 Persilangan antara rantau (A∩B)' berjumpa ialah pada maka, bagi rantau (A∩B)', unsur bukan persilangan A∩B ialah: A A A A B B B B 13
4.1.3 MENYELESAIKAN MASALAH YANG MELIBATKAN PERSILANGAN SET CONTOH Di dalam sebuah kebun buah-buahan 44 orang pekerja menanam buah anggur manakala 60 orang pekerja lagi menanam buah tembikai. ℰ = { pekerja di kebun buah-buahan } A = { pekerja yang menanam buah anggur } B = { pekerja yang menanam buah tembikai } a) Lukiskan gambar rajah Venn bagi menunjukkan hubungan di antara set semesta, set A dan set B. b) Keluarga yang menanam buah anggur sahaja, x, ialah satu perlima daripada bilangan pekerja yang menanam buah tembikai. Cari nilai x 14