KANDUNGAN SAKURA 5+
HALAMAN PERKARA
1 Kandungan SAKURA 5+ & Parap Penulis
2 Mandala SAKURA 5+
3 Mandala Perenggan Asas
4 Mandala Karangan A dan B Menengah Rendah
5 Kandungan Karangan A
6 Karangan A
23 Kandungan Karangan B
24 Karangan B
80 Tamat
PARAP PENULIS
MUNSYI MOHD SALLEH HASSAN
Tarikh:
MUNSYI NORMIZAH MIHAT
Tarikh:
1
MANDALA SAKURA 5+
Buku SAKURA 5+ ditulis oleh dua orang inovator dan pengendali
bengkel yang sangat berpengalaman. Mereka terdiri daripada
Munsyi Mohd Salleh bin Haji Hassan (Nazir Kanan Bahasa
Melayu) dan Munsyi Normizah binti Mihat (Guru Cemerlang dan
Jurulatih Utama Kebangsaan KSSM). Kedua-dua figura ini telah
mencetuskan fenomena tersendiri dengan terciptanya
PENDEKATAN TUNJANG dalam penulisan.
Penulis menggunakan PENDEKATAN TUNJANG untuk
menggarap karangan terbaik berdasarkan Dokumen Standard
Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP), buku teks, dan isu-isu
kontemporari. Penghasilan SAKURA 5+ dilakukan dengan teliti
dan penuh tanggungjawab berpandukan keperluan Pentaksiran
Tingkatan Tiga (PT3). Buku ini juga telah melepasi ujian kualiti
kebahasaan.
PENDEKATAN TUNJANG berteraskan dua istilah penting
iaitu DOMINAN dan TUNJANG. Setelah membaca soalan, murid
perlu mendapatkan DOMINAN dan TUNJANG terlebih dahulu
sebelum mencari isi karangan. DOMINAN penting untuk
menentukan hala tuju karangan manakala TUNJANG penting
supaya karangan dapat diolah dengan sempurna. Dalam setiap
soalan hanya terdapat satu DOMINAN dan 1-9 TUNJANG.
Semakin banyak TUNJANG yang terdapat dalam soalan, semakin
mudahlah soalan tersebut untuk dihuraikan.
2
MANDALA PERENGGAN ASAS
Setiap perenggan karangan yang menggunakan
PENDEKATAN TUNJANG diperincikan seperti berikut:
PERENGGAN PENDAHULUAN
Ayat Binaan Ayat Tokoh Ayat Sejarah Ayat Semasa Ayat Tanya
Ayat yang Ayat yang Ayat yang ada Ayat yang ada Ayat yang
tanda
dibina ada nama penanda penanda ada
daripada tokoh. lampau. semasa. soal.
dominan.
PERENGGAN ISI
Ayat Jawapan Ayat Contoh Ayat Huraian Ayat Simpul
Ayat yang Ayat yang Ayat yang
menjawab Ayat yang ada menghuraikan ayat menegaskan
soalan. jawapan atau ayat ayat jawapan.
perkataan contoh.
‘contoh’.
PERENGGAN PENUTUPAN
Ayat Tegasan Ayat Ajakan Ayat Harapan Ayat Simpulan
Ayat terbuka Ayat yang ada Ayat yang ada Ayat yang ada
tetapi ada perkataan perkataan harapan, penanda simpul
penegasan perlu,harus, diharap, seperti
seperti jelaslah mesti dsb. mengharap, dan kesimpulannya
dsb. berharap. dsb.
3
MANDALA KARANGAN A DAN B MENENGAH RENDAH
Karangan A ditulis sebanyak 80 patah perkataan dengan
menggunakan semua perkataan atau frasa yang diberi. Karangan
ditulis dalam empat perenggan. Perenggan-perenggan tersebut
terdiri daripada perenggan pendahuluan, dua perenggan isi dan
huraian, dan perenggan penutupan. Murid perlu menggunakan
satu atau dua jenis ayat sahaja dalam bagi membina perenggan
pendahuluan. Ayat-ayat itu boleh dipilih daripada ayat binaan
takrifan, ayat binaan ehwal, ayat tokoh, ayat sejarah, ayat semasa
atau ayat tanya.
Pada perenggan isi yang pertama, murid harus
mengemukakan ayat jawapan dan ayat contoh sahaja. Pada
perenggan ketiga, murid harus membina dua ayat iaitu ayat
huraian bagi ayat jawapan dan ayat huraian bagi ayat contoh.
Pada perenggan penutupan, murid harus menggunakan ayat
tegasan di samping memilih satu lagi ayat sama ada ayat ajakan,
ayat harapan atau ayat kesimpulan. Dalam pada itu, murid
haruslah memaparkan satu nilai dalam karangan. Murid juga perlu
mengemukakan sekurang-kurangnya satu peribahasa dan satu
kosa kata berdarjat tinggi bagi setiap karangan A yang dihasilkan.
Di samping itu, karangan B perlu ditulis sebanyak lima
perenggan sama panjang. Bagi menghasilkan karangan yang
baik, murid perlu menggunakan PENDEKATAN TUNJANG
sepenuhnya.
4
KANDUNGAN KARANGAN A
BIL TEMA/TAJUK BIL TEMA/TAJUK
A1 Minggu Kebersihan dan A2 Langkah-langkah
Hal.6 Keceriaan di Sekolah
Hal.7 Keselamatan semasa
Banjir
A3 Pengalaman Anda A4 Seni Pertahanan Diri yang
Hal.8 semasa Membeli-belah di Hal.9 pernah Anda Sertai
Bandar
A5 A6 Cara Pembelian Buku
Hal.9 Aktiviti Perkhemahan Hal.10 dalam Talian
A7 A8 Bertani Tanpa Tanah
Hal.11 Program Sekolah Lestari Hal.11
A9 Bijaksana ketika A10 Tempat Pelancongan yang
Hal.12 Berbelanja Hal.13 Ingin Anda Kunjungi.
A11 Pengalaman semasa A12 Panduan Penggunaan
Hal.14 Berkunjung ke Sabah
Hal.14 Peralatan di Stor PJPK
A13 Pengalaman Saya A14
Hal.15 Bermalam di Inap Desa Hal.16 Saya Sepuluh Tahun Lagi
A15 Usaha Saya bagi A16 Profesion Pilihan Saya
Hal.17 Memartabatkan Bahasa Hal.17
Melayu
A17 Tanggungjawab Sebagai A18 Kaedah Berpersatuan di
Hal.18 Murid Hal.19 Sekolah
A19 Telefon Pintar A 20 Keperluan Persekolahan
Hal.20 Memudahkan Urusan Hal.20 pada Awal Tahun
A 21 Bahan Bacaan Pilihan A22 Daya Tarikan Saya ke
Hal.21 Saya Hal.22 Sekolah
5
A1. Minggu Kebersihan dan Keceriaan di Sekolah
meningkatkan – cinta – taklimat – perhimpunan
– jadual – matlamat – relevan – nilai
PERENGGAN PENDAHULUAN
Ayat Binaan takrifan 0 Tiada
Minggu Kebersihan dan Keceriaan diadakan
Ayat Binaan Ehwal 2 di sekolah setiap tahun. Program ini
bertujuan bagi meningkatkan perasaan cinta
akan kebersihan dalam diri murid.
Ayat Tokoh 0 Tiada
Ayat Sejarah 0 Tiada
Ayat Semasa 0 Tiada
Ayat tanya 0 Tiada
PERENGGAN KEDUA
Ayat Jawapan 1 Guru memberikan taklimat tentang program
ini ketika perhimpunan sekolah.
Ayat Contoh 1 Jadual aktiviti program merupakan contoh
taklimat yang telah disampaikan itu.
PERENGGAN KETIGA
Ayat Huraian Jawapan 1 Taklimat sedemikian sangat penting supaya
murid-murid memahami matlamat program.
Ayat Huraian Contoh 1 Jadual yang disediakan pula mestilah
relevan dengan kemampuan murid.
PERENGGAN PENUTUPAN
Oleh itu, ternyatalah bahawa aktiviti ini
Ayat Tegasan 1 penting ke arah pembudayaan nilai
kebersihan.
Ayat Ajakan 0
Ayat Harapan 1 Pihak sekolah berharap agar moto Malaysia
Bersih dihayati oleh murid-murid.
Ayat Kesimpulan 0
UNGKAPAN INDAH
Malaysia Bersih
KKBT
taklimat – matlamat - pembudayaan nilai
NILAI - kebersihan
6
Minggu Kebersihan dan Keceriaan diadakan di sekolah setiap
tahun. Program ini bertujuan bagi meningkatkan perasaan cinta
akan kebersihan dalam diri murid.
Guru memberikan taklimat tentang program ini ketika
perhimpunan sekolah. Jadual aktiviti program merupakan contoh
taklimat yang telah disampaikan itu.
Taklimat sedemikian sangat penting supaya murid-murid
memahami matlamat program. Jadual yang disediakan pula
mestilah relevan dengan kemampuan murid.
Oleh itu, ternyatalah bahawa aktiviti ini penting ke arah
pembudayaan nilai kebersihan. Pihak sekolah berharap agar moto
Malaysia Bersih dihayati oleh murid-murid.
A2. Langkah-langkah Keselamatan semasa Banjir
Keadaan air– menenggelami – penerangan – kelajuan air
- meyakinkan – risiko – langkah keselamatan – rasional
Banjir ialah keadaan air yang menenggelami sesuatu tempat yang
biasanya kering. Persoalannya, apakah langkah-langkah
keselamatan yang perlu dilakukan semasa banjir?
Ibu bapa perlu memberikan penerangan kepada anak-anak
tentang bahayanya banjir. Antara contoh inti pati penting tersebut
adalah tentang kelajuan air.
7
Penerangan yang diberikan itu perlulah dapat meyakinkan
anak-anak tentang risiko banjir. Kelajuan air yang tidak terkawal
boleh mengakibatkan anak-anak lemas.
Oleh itu, jelaslah bahawa langkah keselamatan semasa banjir
penting agar tidak terhantuk baru tengadah. Marilah kita bersikap
rasional ketika menghadapi banjir.
A3. Pengalaman Anda semasa Membeli-belah di Bandar
bersama-sama - gembira – mengajari –keperluan –
membandingkan – prioriti – memerlukan – momen
Pada minggu lepas, saya membeli-belah di bandar Alor Setar
bersama-sama ibu. Saya gembira kerana mendapat pengalaman
yang banyak ketika membeli-belah.
Ibu mengajari saya cara untuk menjadi pengguna bijak.
Membezakan antara keperluan dengan kehendak merupakan
contoh ajaran ibu kepada saya.
Pengguna bijak akan membandingkan harga barangan. Di
samping itu, saya juga perlu menjadikan barangan keperluan
sebagai prioriti ketika membeli-belah.
Daripada pengalaman ini, ternyatalah bahawa kami saling
memerlukan bagai aur dengan tebing. Saya berharap agar dapat
mengulangi momen kasih sayang bersama ibu.
8
A4. Seni Pertahanan Diri yang pernah Anda Sertai
melibatkan diri – aktif – berkeyakinan diri – keterampilan –
memanfaatkan – gentar – tekun – sediakan payung
Saya melibatkan diri dalam aktiviti seni pertahanan diri silat
gayung. Silat gayung merupakan kelab kokurikulum yang aktif di
sekolah saya.
Silat gayung membolehkan saya berkeyakinan diri.
Keterampilan ketika berhadapan dengan khalayak merupakan
contoh keyakinan diri yang berpunca daripada silat gayung.
Keyakinan diri yang dimiliki ini akan memanfaatkan saya
dalam segala bidang. Saya tidak akan gentar walaupun
berhadapan dengan lawan yang tangkas.
Perbincangan ini jelas menunjukkan bahawa seni pertahanan
diri perlu dipelajari dengan tekun. Semua pihak perlu menyediakan
payung sebelum hujan.
A5. Aktiviti Perkhemahan
luar bilik darjah – saban tahun – taklimat - disiplin –
peraturan – cermat – prosedur – disiplin asas kejayaan
Perkhemahan merupakan aktiviti luar bilik darjah yang
menyeronokkan murid-murid. Aktiviti ini akan diadakan saban
tahun dan disusun dalam takwim sekolah.
9
Sebelum bermula, guru memberikan taklimat kepada peserta.
Sebagai contohnya, guru menerangkan peralatan yang perlu
dibawa serta disiplin yang perlu diamalkan.
Taklimat awal sangat penting supaya murid sentiasa
mematuhi peraturan sepanjang tempoh perkhemahan. Segala
keperluan perkhemahan pula perlu digunakan dengan cermat.
Berdasarkan gambaran tersebut, jelaslah bahawa murid perlu
taat kepada prosedur perkhemahan. Konsep disiplin asas
kejayaan perlu diimplementasikan sepenuhnya ketika
perkhemahan.
A6. Cara Pembelian Buku dalam Talian
pilihan pembaca – kontemporari – wahana – aplikasi –
kecanggihan – pembelian – membeli – berputih mata
Pembelian buku secara dalam talian menjadi pilihan pembaca kini.
Kaedah pembelian kontemporari ini telah menjadi budaya baharu
masyarakat.
Seseorang hanya perlu menggunakan telefon sebagai
wahana untuk membeli buku. Sebagai contohnya, pengguna boleh
menggunakan aplikasi ‘Shoppe’ untuk membuat pembelian.
Telefon kini mempunyai kecanggihan yang memudahkan
masyarakat membeli buku. Pembelian melalui aplikasi ‘Shoppe’
membolehkan masyarakat memilih buku dari serata dunia.
10
Oleh itu, jelaslah bahawa kita perlu rasional untuk membeli
buku dalam talian. Harapan kita agar pelanggan sentiasa berhati-
hati supaya tidak berputih mata.
A7. Program Sekolah Lestari
kerjasama – dilancarkan – membudayakan –
konsisten – pendidikan - citra – kempen – berpijak
Sekolah lestari merupakan program kerjasama Jabatan Alam
Sekitar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia. Program ini
dilancarkan pada tahun 2005.
Sekolah lestari mampu membudayakan pendidikan alam
sekitar secara konsisten. Minat murid terhadap penjagaan alam
sekitar merupakan contoh berjayanya pendidikan ini.
Antara citra sesebuah sekolah lestari ialah penanaman pokok
di persekitaran sekolah. Kempen kitar semula juga merupakan
amalan murid sekolah lestari.
Oleh itu, ternyatalah bahawa program sekolah lestari akan
meningkatkan kecintaan terhadap alam. Sebagai konklusinya,
penjagaan alam penting kerana alamlah tempat kita berpijak.
A8. Bertani Tanpa Tanah
fertigasi – sistem pengairan – konvensional – sifar tanah
– menganjak – bercucuk tanam – pemodenan – kerajinan
11
Bertani tanpa tanah disebut sebagai kaedah fertigasi. Pokok yang
ditanam diberi baja melalui sistem pengairan. Kaedah ini sudah
lama diperkenalkan.
Fertigasi mendapat sambutan daripada petani kerana mudah
dilaksanakan berbanding dengan kaedah konvensional. Konsep
sifar tanah merupakan contoh mudahnya kaedah ini.
Kaedah penanaman ini mampu menganjak paradigma petani
ke arah pemodenan pertanian. Seseorang yang tidak mempunyai
tanah juga mampu bercucuk tanam.
Oleh itu, ternyatalah bahawa kerajinan akan menentukan jaya
gagalnya pertanian tanpa tanah. Oleh itu, hendak seribu daya, tak
hendak seribu dalih.
A9. Bijaksana ketika Berbelanja
mencukupi – kehidupan – merancang – keperluan –
mengutamakan – kebijaksanaan – mewah – diamalkan
Setiap orang memerlukan bajet yang mencukupi supaya mereka
berasa selesa dalam kehidupan. Kebijaksanaan ketika berbelanja
sangat penting bagi menstabilkan ekonomi.
Seseorang perlu merancang perbelanjaan sebelum
berbelanja bagi mengelakkan pembaziran wang. Menulis senarai
12
barang keperluan merupakan contoh perancangan perbelanjaan
yang berhemah.
Ketika merancang, seseorang hendaklah mengutamakan
barangan keperluan seperti makanan dan pendidikan. Barangan
mewah perlulah dielakkan daripada senarai barang tersebut.
Maka itu, ternyatalah bahawa kebijaksanaan ketika
berbelanja membolehkan seseorang berhemat dalam kehidupan.
Peribahasa ingat sebelum kena, jimat sebelum habis perlu
diamalkan.
A10. Tempat Pelancongan yang Ingin Anda Kunjungi
aktiviti - iklim – mengunjungi – tarikan – sepoi-sepoi
– jauh perjalanan – berusaha – semua tempat
Pelancongan merupakan aktiviti riadah yang menjadi hobi
kebanyakan orang. Saya pula suka melancong di dalam negara
kerana iklim yang sesuai.
Saya ingin mengunjungi Port Dickson yang terletak di Negeri
Sembilan. Lautan yang berombak sederhana merupakan contoh
tarikan yang mempesonakan saya.
Saya suka akan Port Dickson kerana pantainya yang bersih.
Saya ingin merasai deruan ombak dan angin sepoi-sepoi bahasa
di situ.
13
Oleh itu, ternyatalah bahawa jauh perjalanan luas
pengalaman. Saya akan berusaha untuk mengunjungi semua
tempat pelancongan yang menarik di negara ini.
A11. Pengalaman semasa Berkunjung ke Sabah
warisan sejarah – mendaki – mengasyikkan – impian
– puncak – destinasi – perjalanan - sesuai
Sabah disebut sebagai negeri di bawah bayu. Sabah merupakan
negeri yang kondusif. Terdapat banyak warisan sejarah di Sabah.
Saya pernah mendaki Gunung Kinabalu iaitu gunung tertinggi
di Malaysia. Pendakian selama tiga hari sebelum ke puncak
merupakan contoh pengalaman yang mengasyikkan.
Gunung Kinabalu menjadi impian bagi peminat aktiviti
pendakian. Walaupun keletihan, saya gigih untuk tiba juga di
puncak gunung.
Oleh itu, tepatlah bahawa Sabah merupakan destinasi yang
harus dilawati. Sebagai kesimpulannya, peribahasa jauh
perjalanan luas pengalaman amat sesuai dalam konteks ini.
A12. Panduan Penggunaan Peralatan di Stor PJPK.
kemudahan – menggunakan – mematuhi – keizinan –
kebenaran - keselamatan – bertanggungjawab – mendisiplinkan
14
Peralatan di stor PJPK merupakan kemudahan yang disediakan
oleh kerajaan. Murid-murid sekolah seharusnya menggunakan
kemudahan ini dengan baik.
Murid yang ingin menggunakan kemudahan PJPK perlu
mematuhi prosedur yang ditetapkan. Keizinan guru merupakan
contoh pematuhan prosedur yang dimaksudkan itu.
Prosedur yang ditetapkan adalah untuk memastikan
keselamatan murid. Guru yang memberikan kebenaran akan
bertanggungjawab jika terjadi kejadian malang tidak berbau.
Oleh itu, ternyatalah bahawa panduan tersebut bertujuan
untuk mendisiplinkan murid-murid. Pihak sekolah mengharapkan
murid sentiasa berdisiplin ketika menggunakan peralatan di stor
PJPK.
A13. Pengalaman Saya Bermalam di Inap Desa
penginapan – industri – selesa – kelengkapan –
menghala – nyaman – merancang – sepanjang masa
Inap desa merupakan penginapan yang disediakan oleh pihak
tertentu secara berbayar. Industri ini menjadi fenomena dalam
kalangan masyarakat tempatan.
Bapa menyewa inap desa yang selesa di Gunung Jerai. Saiz
sederhana dan kelengkapan mencukupi merupakan contoh
keselesaan inap desa tersebut.
15
Kami diberi sebuah bilik setiap seorang yang menghala ke arah
sawah padi. Walaupun saiz bilik sederhana sahaja namun
kondisinya sungguh nyaman.
Oleh itu, ternyatalah bahawa saya harus berterima kasih
kepada bapa yang merancang percutian ini. Saya mengharapkan
kasih bapa sepanjang masa.
A14. Saya Sepuluh Tahun Lagi
murid – merancang – hartanah – rumah agam –
diikhtiarkan – hiasi – impian – percaya
Saya murid tingkatan lima di Sekolah Menengah Bukit Saujana.
Saya telah merancang masa depan saya untuk sepuluh tahun
akan datang.
Ketika berusia 27 tahun nanti, saya ingin memiliki hartanah
mewah dan cantik. Rumah agam bertingkat merupakan contoh
hartanah idaman saya.
Hartanah ini akan diikhtiarkan sebaik-baik sahaja saya
melangkah kaki ke alam pekerjaan. Rumah besar ini akan saya
hiasi dengan bunga-bungaan.
Maka itu, jelaslah bahawa impian ini bukanlah angan-angan
Mat Jenin kerana saya telah mengorak langkah. Saya percaya
bahawa usaha tangga kejayaan.
16
A15. Usaha Saya bagi Memartabatkan Bahasa Melayu
bahasa rasmi – dituturkan – memartabatkan – diksi
- melambangkan – bahasa rojak– individu – prinsip
Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi Malaysia. Bahasa ini
dituturkan oleh 300 juta populasi bumi. Saya bertanggungjawab
untuk memartabatkan bahasa Melayu.
Saya menuturkan bahasa Melayu dengan betul. Pemilihan
diksi yang tepat merupakan contoh usaha bagi memartabatkan
bahasa Melayu.
Penggunaan bahasa Melayu yang betul ketika bertutur
melambangkan cinta saya akan bahasa. Saya tidak akan
menggunakan bahasa rojak ketika berinteraksi.
Oleh hal yang demikian, ternyatalah bahawa setiap individu
bertanggungjawab untuk memartabatkan bahasa Melayu. Saya
berharap semoga prinsip bahasa jiwa bangsa kekal di kalbu.
A16. Profesion Pilihan Saya
cita-cita – membara – meminati – luar biasa –
ketangkasan - keberanian – profesion – prinsip
Sejak kecil, saya memilih juruterbang sebagai profesion. Kini, cita-
cita tersebut masih membara dalam sukma. Saya ingin berkhidmat
di awan biru.
17
Saya meminati profesion juruterbang kerana kerjaya ini luar
biasa dan unik. Sebagai contohnya, profesion ini memerlukan
keberanian pada tahap optimum.
Profesion ini memerlukan ketangkasan ketika membuat
keputusan. Keberanian luar biasa ketika memandu kapal terbang
tidak sama dengan memandu kenderaan lain.
Oleh itu, ternyatalah bahawa saya perlu bersungguh-
sungguh supaya impian menjadi realiti. Saya mesti berpegang
pada prinsip pantang berundur sebelum berjuang.
A17. Tanggungjawab Sebagai Murid
merupakan – bermakna – bertanggungjawab – bersungguh-
sungguh – menyusun – berpesan –- dilaksanakan - komitmen
Saya merupakan murid tingkatan tiga. Kedudukan ini bermakna
saya telah menjadi murid selama sepuluh tahun bermula daripada
kelas tadika lagi.
Sebagai murid, saya bertanggungjawab untuk belajar dengan
bersungguh-sungguh. Antara contoh kesungguhan yang
dimaksudkan ialah saya sentiasa mematuhi segala nasihat guru.
Belajar dengan bersungguh-sungguh bererti saya menyusun
jadual secara sistematik. Guru berpesan, jika saya gagal
merancang seolah-olah saya merancang untuk gagal.
18
Huraian tersebut jelas menunjukkan bahawa murid
mempunyai komitmen yang harus dilaksanakan. Sebagai
intihanya, saya akan berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke
tepian.
A18. Kaedah Berpersatuan di Sekolah
peluang – kokurikulum – kolaboratif - berhemah – sebulat
suara – dilaksanakan – nilai-nilai keinsanan – warganegara
Sekolah memberi peluang kepada murid untuk berpersatuan.
Persatuan di sekolah ditubuhkan mengikut mata pelajaran tertentu.
Kini, persatuan diletakkan di bawah unit kokurikulum.
Setiap ahli persatuan perlu mematuhi dan
mengimplementasikan keputusan mesyuarat. Melaksanakan
aktiviti yang dirancang secara kolaboratif merupakan contoh
kepatuhan yang dimaksudkan.
Setiap ahli boleh memberikan pandangan secara berhemah.
Walau bagaimanapun, keputusan mesyuarat yang dibuat secara
sebulat suara mesti dilaksanakan.
Berasaskan kaedah berpersatuan yang dibincangkan,
ternyatalah bahawa aktiviti persatuan mampu membina nilai-nilai
keinsanan. Nilailah yang sewajarnya membentuk warganegara
yang baik.
19
A19. Telefon Pintar Memudahkan Urusan
memiliki – pelbagai fungsi – memudahkan – diperoleh
- aplikasi - memahami – bermanfaat – nikmat
Kini, kebanyakan orang memiliki telefon pintar. Selain bercakap
dan menghantar mesej, telefon pintar mempunyai pelbagai fungsi
yang kompleks.
Telefon pintar dapat memudahkan murid untuk belajar.
Fungsi telefon sebagai kalkulator merupakan contoh kemudahan
yang diperoleh melalui peranti ini.
Murid dapat merujuk aplikasi telefon pintar ketika mengulang
kaji pelajaran. Kemudahan ini dapat membantu murid yang lemah
untuk memahami pelajaran.
Oleh itu, jelaslah bahawa telefon pintar sangat bermanfaat.
Masyarakat seharusnya bersyukur akan nikmat ini kerana dayung
sudah di tangan, perahu sudah di air.
A20. Keperluan Persekolahan pada Awal Tahun
memastikan – motivasi – peralatan – sederhana - bajet
– besar pasak daripada tiang – diraikan – nilai
Saban tahun, ibu bapa akan memastikan keperluan persekolahan
anak-anak mencukupi. Keperluan yang lengkap menjadi motivasi
kepada anak-anak untuk bersekolah.
20
Keperluan persekolahan pada awal tahun ialah peralatan
pembelajaran. Antara contoh peralatan tersebut ialah buku tulis,
alat tulis, dan beg sekolah.
Ibu bapa menyediakan bajet kerana perkara ini merupakan
keperluan asas. Peralatan pembelajaran perlulah sederhana
supaya tidak besar pasak daripada tiang.
Maka itu, jelaslah bahawa sesi persekolahan baharu perlu
diraikan oleh semua pihak. Anak-anak perlu qanaah kerana nilai
ini penting bagi mereka.
A21. Bahan Bacaan Pilihan Saya
membaca - koleksi – dulu – pilihan - daya tarikan –
merangsang minda – memahami – keistimewaan
Saya suka membaca buku. Di rumah saya terdapat pelbagai
bahan bacaan yang menjadi koleksi saya sejak di bangku sekolah
rendah lagi.
Saya memilih bahan bacaan berilustrasi sebagai pilihan saya.
Komik merupakan contoh bahan bacaan yang menjadi pilihan saya
sejak dulu lagi.
Bahan bacaan bergambar mempunyai daya tarikan tersendiri.
Pelukis komik mempunya idea luar kotak yang merangsang minda
saya untuk memahami inti pati.
21
Oleh hal yang demikian, jelaslah bahawa komik mempunyai
keistimewaan lagipun hanya jauhari yang mengenal manikam.
Membaca jambatan ilmu.
A22. Daya Tarikan Saya ke Sekolah
premis – kepentingan – pembelajaran – berteraskan –
suasana – mengendalikan – kewibawaan - berterusan
Sekolah merupakan premis untuk memanusiakan manusia. Kata-
kata Profesor Hamka ini menunjukkan kepentingan sekolah dalam
peradaban manusia sejagat.
Daya tarikan saya ke sekolah ialah aktiviti pembelajaran yang
menarik. Pembelajaran berteraskan didik hibur merupakan contoh
aktiviti pembelajaran yang dimaksudkan.
Aktiviti pembelajaran yang menarik merujuk suasana
kegembiraan ketika belajar. Guru sentiasa mengendalikan kelas
agar saya dan rakan-rakan sentiasa ceria.
Berdasarkan hujah tersebut, jelaslah bahawa kewibawaan
guru ketika mengendalikan kelas menjadi tarikan utama saya ke
sekolah. Saya berharap agar keadaan ini akan berterusan.
Kehebatan seseorang berkait rapat dengan buku. Orang yang hebat
akan menulis buku atau orang lain menulis buku tentang dirinya.
Tanda bermulanya kehebatan seseorang ialah mereka suka
membaca buku. - MUNSYI MOHD SALLEH HASSAN -
22
KANDUNGAN KARANGAN B
BIL TEMA/TAJUK BIL TEMA/TAJUK
B1 Fakta: Kesihatan Diri B2 Fakta: Kemudahan di Jalan
Hal.24 Hal.28 Raya
B3 Fakta: Perpaduan Kaum B4 Fakta: Budaya Pelbagai
Hal.30 Hal.33 Kaum
B5 Fakta: Semangat Patriotik B6 Fakta: Telefon Pintar
Hal.35 Hal.37 Fakta: Kepentingan Sukan
Fakta: Tinggal di Asrama
B7 Pengalaman: Penjagaan B8 Pengalaman: Ternakan
Hal.39 Alam Sekitar Hal.42 Haiwan
B9 B10
Hal.44 Hal.49
B11 Pengalaman: Wang Saku B12 Pengalaman: Melancong
Hal.53
Hal.51
B13 Pengalaman: Seni B14 Pengalaman: Sukan
Hal.55 Tradisional. Hal.58
B15 Format: Laporan Aktiviti B16 Format: Surat Kiriman
Hal.60 Persatuan Hal.65 Rasmi Tanah Terbiar
Format: Surat Kiriman B18 Format: Syarahan Promosi
B17 Tidak Rasmi IndustrI Hal.71 Kelab Sukan
Hal.68 Permotoran
B19 Format: Rencana Hotel B20 Format: Rencana Sektor
Hal.74 Hijau Hal.76 Pertanian
B21 Hal. TAMAT
Hal.78 Format: Cerpen Gunung Itu 80
23
B1 : Bincangkan Cara-cara Penjagaan Kesihatan Diri.
PERENGGAN PENDAHULUAN
Ayat Binaan 1 Kesihatan merupakan elemen penting dalam
Takrifan kehidupan kita.
Ayat Binaan
Ehwal Setiap orang perlu menjaga kesihatan sebagai
Ayat Tokoh 2 tanggungjawab terhadap diri sendiri. Selain
kesihatan fizikal, kita juga seharusnya menjaga
Ayat Sejarah
kesihatan mental dan emosi.
Ayat Semasa
Menteri Kesihatan, Dr. Dzulkefly Ahmad sentiasa
Ayat tanya
1 menegaskan kepentingan penjagaan kesihatan
terhadap rakyat negara ini.
Penjagaan kesihatan telah diamalkan oleh
1 masyarakat zaman dahulu menggunakan kaedah
tersendiri.
Pada waktu ini, cara-cara yang sofistikated telah
1 mendominasi urusan penjagaan kesihatan
manusia.
Sebagai persoalannya, apakah cara-cara
1 penjagaan kesihatan diri?
PERENGGAN KEDUA
Ayat Jawapan 1 Bersenam merupakan cara yang penting untuk
Ayat Contoh menjaga kesihatan diri.
Ayat Huraian
Jawapan 1 Joging merupakan contoh senaman yang baik dan
sesuai untuk semua peringkat umur.
Ayat Huraian
Contoh 1 Apabila seseorang bersenam, lemak-lemak yang
berlebihan akan dapat dikurangkan.
Ayat Simpul
Joging yang berterusan perlu diamalkan oleh
semua orang secara berkala supaya kesihatan
2 badan menjadi tekal. Bagi orang yang baru
memulakan joging, mereka hendaklah
melakukannya secara ansur maju supaya tidak
tercedera.
Oleh itu, jelaslah bahawa kita perlu bersenam
1 secara konsisten kerana metode ini akan dapat
menyihatkan tubuh badan.
PERENGGAN KETIGA
24
Ayat Jawapan Di samping itu, bagi memastikan kesihatan mental
1 dan emosi terjaga, kita perlu bersosial secara baik
Ayat Contoh
Ayat Huraian dengan jiran.
Jawapan Bermanis muka dan cakna akan keadaan jiran
Ayat Huraian 1 merupakan contoh sosialisasi secara murni
Contoh dengan jiran.
Jiran juga akan menjaga kepentingan dan nama
Ayat Simpul 1 baik kita apabila terjalinnya hubungan yang
mesra.
Ayat Jawapan Hubungan yang baik dan sikap ambil berat yang
Ayat Contoh 1 kita amalkan dengan jiran membolehkan kita
Ayat Huraian berasa tenteram dan selamat sepanjang masa.
Jawapan Oleh hal yang demikian, jelaslah bahawa kita
Ayat Huraian semestinya mempunyai hubungan yang baik
Contoh 1 dengan jiran supaya kesihatan mental dan emosi
terjaga.
Ayat Simpul
PERENGGAN KEEMPAT
Ayat Tegasan
1 Seterusnya, kita juga perlu tidur yang cukup bagi
Ayat Ajakan menjamin kesihatan diri.
Sebagai contohnya, kita perlu tidur seketika pada
1 waktu tengah hari dan selebihnya kita tidur pada
waktu malam bagi mencukupkan waktu tidur.
Seseorang perlu tidur sekurang-kurangnya lapan
2 jam setiap hari. Tidur yang cukup membolehkan
kita kembali segar dan bertenaga.
Pakar kesihatan menjelaskan bahawa kualiti tidur
1 lebih penting berbanding kuantiti masa tidur
seseorang.
Oleh hal yang demikian, ternyatalah bahawa
setiap orang perlu tidur yang cukup kerana
1 perkara ini dapat menyihatkan dan menyegarkan
tubuh.
PERENGGAN PENUTUPAN
Berdasarkan huraian yang berkualiti tentang cara-
1 cara untuk menjaga kesihatan diri, jelaslah
bahawa perkara sedemikian harus dijadikan
prioriti dalam kehidupan semua orang.
1 Setiap orang juga perlu bertanggungjawab atas
diri sendiri bagi menjaga kesihatan supaya tidak
25
menjadi seperti peribahasa sesal dahulu
pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.
Kita berdoa dan meletakkan harapan yang tinggi
Ayat Harapan 1 agar kesihatan diri masing-masing akan terus
Ayat stabil sehingga ke akhir hayat.
Kesimpulan
Sebagai kesimpulannya, pengabaian terhadap
1 kesihatan diri memungkinkan seseorang akan
menyesal seumur hidupnya.
DOMINAN & TUNJANG
1.kesihatan (7) – 2.cara-cara (4) – 3.penjagaan (4) – 4.kesihatan diri (6)
UNGKAPAN INDAH
manis muka - sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya
KOSA KATA BERDARJAT TINGGI
elemen – fizikal – mental – emosi – sofistikated – mendominasi – joging –
merembeskan - berkala – tekal - ansur maju – konsisten – metode –
bersosial – cakna – efektif - ambil berat – kualiti – kuantiti - prioriti
NILAI - Kebersihan
Kesihatan merupakan elemen penting dalam kehidupan kita.
Setiap orang perlu menjaga kesihatan sebagai tanggungjawab
terhadap diri sendiri. Selain kesihatan fizikal, kita juga seharusnya
menjaga kesihatan mental dan emosi. Menteri Kesihatan, Dr.
Dzulkefly Ahmad sentiasa menegaskan kepentingan penjagaan
kesihatan terhadap rakyat negara ini. Penjagaan kesihatan telah
diamalkan oleh masyarakat zaman dahulu menggunakan kaedah
tersendiri. Pada waktu ini, cara-cara yang sofistikated telah
mendominasi urusan penjagaan kesihatan manusia. Sebagai
persoalannya, apakah cara-cara penjagaan kesihatan diri?
Bersenam merupakan cara yang penting untuk menjaga
kesihatan diri. Joging merupakan contoh senaman yang baik dan
sesuai untuk semua peringkat umur. Apabila seseorang bersenam,
26
lemak-lemak yang berlebihan akan dapat dikurangkan. Joging
yang berterusan perlu diamalkan oleh semua orang secara berkala
supaya kesihatan badan menjadi tekal. Bagi orang yang baru
memulakan joging, mereka hendaklah melakukannya secara
ansur maju supaya tidak tercedera. Oleh itu, jelaslah bahawa kita
perlu bersenam secara konsisten kerana metode ini akan dapat
menyihatkan tubuh badan.
Di samping itu, bagi memastikan kesihatan mental dan emosi
terjaga, kita perlu bersosial secara baik dengan jiran. Bermanis
muka dan cakna akan keadaan jiran merupakan contoh sosialisasi
secara murni dengan jiran. Hubungan yang baik dan sikap ambil
berat yang kita amalkan dengan jiran membolehkan kita berasa
tenteram dan selamat sepanjang masa. Jiran juga akan menjaga
kepentingan dan nama baik kita apabila terjalinnya hubungan yang
mesra. Oleh hal yang demikian, jelaslah bahawa kita semestinya
mempunyai hubungan yang baik dengan jiran supaya kesihatan
mental dan emosi terjaga.
Seterusnya, kita juga perlu tidur yang cukup bagi menjamin
kesihatan diri. Sebagai contohnya, kita perlu tidur seketika pada
waktu tengah hari dan selebihnya kita tidur pada waktu malam bagi
mencukupkan waktu tidur. Seseorang perlu tidur sekurang-
kurangnya lapan jam setiap hari. Tidur yang cukup membolehkan
kita kembali segar dan bertenaga. Pakar kesihatan menjelaskan
bahawa kualiti tidur lebih penting berbanding kuantiti masa tidur
27
seseorang. Oleh hal yang demikian, ternyatalah bahawa setiap
orang perlu tidur yang cukup kerana perkara ini dapat menyihatkan
dan menyegarkan tubuh.
Berdasarkan huraian yang berkualiti tentang cara-cara untuk
menjaga kesihatan diri, jelaslah bahawa perkara sedemikian harus
dijadikan prioriti dalam kehidupan semua orang. Setiap orang juga
perlu bertanggungjawab atas diri sendiri bagi menjaga kesihatan
supaya tidak menjadi seperti peribahasa sesal dahulu pendapatan,
sesal kemudian tiada gunanya. Kita berdoa dan meletakkan
harapan yang tinggi agar kesihatan diri masing-masing akan terus
stabil sehingga ke akhir hayat. Sebagai kesimpulannya,
pengabaian terhadap kesihatan diri memungkinkan seseorang
akan menyesal seumur hidupnya.
B2: Huraikan Pendapat Anda tentang Kemudahan yang
Disediakan di Jalan Raya.
Jalan raya merujuk tempat yang harus dilalui atau dilintasi supaya
seseorang sampai ke destinasi tertentu. Jalan raya biasanya
besar dan mempunyai pelbagai kemudahan asas. Menteri Kerja
Raya, Tuan Baru Bian mengatakan bahawa kerajaan sentiasa
bertanggungjawab untuk menaiktarafkan kualiti jalan raya di
Malaysia demi keselamatan pengguna. Pada era pentadbiran Tun
Abdul Razak lagi, rakyat Malaysia menikmati kemudahan jalan
raya yang kondusif. Kini, kita dapat berbangga kerana negara ini
28
mempunyai jaringan jalan raya yang menakjubkan. Sebagai
persoalannya,apakah kemudahan yang disediakan di jalan raya?
Lintasan selamat merupakan kemudahan yang disediakan
oleh kerajaan untuk kemudahan pengguna jalan raya. Antara
contoh lintasan selamat ialah jejantas dan lintasan zebra. Dalam
keadaan jalan raya yang sibuk, penggunaan lintasan selamat
tentulah dapat mengurangkan risiko kemalangan. Pengguna
terselamat daripada kelajuan kenderaan apabila menggunakan
jejantas. Kenderaan pula perlu memberi laluan kepada pejalan kaki
apabila melihat terdapatnya lintasan zebra. Oleh itu, ternyatalah
bahawa lintasan selamat merupakan fasiliti terbaik yang
disediakan untuk kemudahan pengguna.
Selain lintasan selamat, pihak berwajib juga menyediakan
premis selesa untuk pengguna jalan raya. Tempat tunggu bas
merupakan contoh premis untuk keselesaan pengguna jalan raya
yang dimaksudkan. Keselesaan ketika menggunakan jalan raya
sama ada sebagai pejalan kaki atau pemandu kenderaan sangat
penting bagi mengelakkan stres. Apabila pengguna dapat berehat
sementara di tempat tunggu bas, keletihan akan hilang dan
tekanan emosi akan berakhir. Oleh hal yang demikian, jelaslah
bahawa kemudahan untuk keselesaan pengguna perlu digunakan
sebaik-baiknya demi kebaikan bersama.
Seterusnya, kemudahan lain yang disediakan di jalan raya
ialah tempat bagi memenuhi hajat pengguna. Tandas awam,
29
tempat solat, dan kawasan rehat merupakan contoh tempat yang
dimaksudkan itu. Selain ingin segera sampai cepat ke destinasi,
pengguna jalan raya juga mempunyai hajat asasi mereka di
sepanjang perjalanan. Sebagai insan biasa, mereka perlu berehat,
bersolat, dan menunaikan hajat biologi, maka kemudahan tempat
seperti itu sangat wajar disediakan. Lantaran itu, terserlahlah
bahawa kemudahan yang disediakan oleh kerajaan di jalan raya
amat bermanfaat bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal.
Hasil perbincangan tersebut jelas menunjukkan bahawa jalan
raya di Malaysia dilengkapi dengan kemudahan untuk keselesaan
pengguna. Pengguna jalan raya perlu peka bahawa semua
kemudahan itu adalah untuk kegunaan bersama dan seharusnya
tidak berlakunya vandalisme. Kerajaan berharap agar kemudahan
yang disediakan di jalan raya itu dapat memastikan kelicinan dan
keselamatan perjalanan pengguna. Sebagai kesimpulannya,
kemudahan di jalan raya yang digunakan sebaik-baiknya akan
mewujudkan masyarakat berminda kelas pertama yang tidak
mementingkan diri sendiri sahaja.
B3: Huraikan Pendapat Anda tentang Langkah-langkah
bagi Memupuk Perpaduan Kaum.
Perpaduan kaum merupakan asas kejayaan bagi sesebuah
negara multirasial seperti Malaysia. Setiap dasar kerajaan mesti
bermatlamatkan perpaduan kaum. Perdana Menteri, Tun Dr.
30
Mahathir Mohamad mengatakan bahawa terjadinya Peristiwa 13
Mei 1969 berpunca daripada kerapuhan perpaduan kaum. Sejak
peristiwa itu, Malaysia menjadikan perpaduan kaum sebagai
perkara paling penting dalam agenda pembangunan negara. Kini,
rakyat Malaysia semakin menyedari kepentingan pemupukan
perpaduan kaum. Sebagai persoalannya, apakah langkah-
langkah bagi memupuk perpaduan kaum di negara ini?
Langkah utama bagi memupuk perpaduan kaum di negara ini
ialah rakyat pelbagai kaum perlu melakukan aktiviti bersama-
sama. Sebagai contohnya, aktiviti senaman beramai-ramai secara
berkala mampu merapatkan hubungan antara kaum. Aktiviti yang
dilakukan secara bersama-sama bagaikan lidi yang sukar
dipatahkan kerana disusun dalam satu ikatan. Selain dapat
menyihatkan badan, aktiviti senaman dapat menyatupadukan
rakyat berbilang kaum melalui persefahaman dan bersangka baik.
Dengan kata lain, aktiviti secara bersama -sama dapat memupuk
perpaduan kaum di negara ini jika dilaksanakan secara ikhlas.
Selain itu, amalan mahabbah juga merupakan langkah untuk
memupuk perpaduan kaum di negara ini. Kunjung-mengunjung
ketika hari perayaan pelbagai kaum merupakan contoh yang tidak
dapat dinafikan lagi sebagai aktiviti mahabbah yang efisien.
Apabila berlakunya amalan mahabbah, perasaan kasih sesama
insan akan terjelma dalam diri individu. Hanya individu yang
mempunyai perasaan kasih sayang dan hormat-menghormati
31
sanggup meluangkan masa untuk meraikan hari perayaan kaum
lain. Maka itu, jelaslah bahawa amalan mahabbah perlu diamalkan
supaya semua kaum dapat hidup selubang bagaikan tebu.
Pada perspektif yang lain, semangat patriotik yang dijiwai
mampu membentuk perpaduan kaum di negara ini. Pelbagai kaum
yang mewakili negara dalam acara sukan merupakan contoh
semangat patriotik mampu menjadi asas perpaduan kaum. Apabila
rakyat saling cinta akan negara, mereka akan melakukan apa-apa
sahaja demi negara. Dalam sesuatu pasukan sukan, pemain yang
terdiri daripada pelbagai kaum akan bermandi peluh untuk
memastikan kejayaan pasukan negara dengan mengetepikan
sentimen perkauman. Tegasnya, amalan patriotisme merupakan
langkah bagi memupuk perpaduan kaum di negara ini.
Berdasarkan huraian tentang langkah-langkah bagi
memupuk perpaduan kaum di negara ini, ternyatalah bahawa
elemen ini perlu dipelihara sepanjang masa. Semua pihak
haruslah berlapang dada untuk menerima kelebihan dan
kekurangan yang terdapat pada mana-mana kaum kerana cubit
paha kanan paha kiri terasa juga. Harapan rakyat agar perpaduan
yang dipelihara bagai menarik rambut dari dalam tepung akan
terus kekal sampai bila-bila. Oleh itu, izharlah bahawa perpaduan
kaum di negara ini merupakan asas pembangunan negara bangsa
bagi mencapai matlamat Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.
32
B4: Huraikan Pendapat Anda tentang Kebaikan yang akan
Diperoleh jika Budaya Pelbagai Kaum Diperkenalkan
Secara Meluas.
Budaya dapat ditakrifkan sebagai cara hidup yang dipraktikkan
oleh sesuatu kaum. Setiap kaum di negara ini mempunyai budaya
yang berbeza. Tokoh budaya iaitu Tan Sri Dr. Rais Yatim
mengatakan bahawa setiap kaum perlu mengekalkan budaya
masing-masing di samping menghormati budaya kaum lain.
Dimensi kerencaman budaya telah diperkatakan oleh masyarakat
sejak dulu lagi. Pada masa ini, pelbagai pihak telah berusaha
supaya rakyat dapat menghayati silang budaya. Sebagai
persoalannya, apakah kebaikan yang akan diperoleh jika budaya
pelbagai kaum diperkenalkan secara meluas?
Budaya pelbagai kaum yang diperkenalkan secara meluas
akan meningkatkan perpaduan. Sebagai contohnya, remaja
Melayu yang menari tarian singa akan memahami falsafah tarian
seterusnya dapat memahami budaya kaum Cina. Perpaduan kaum
akan terjelma dalam diri seseorang apabila hilangnya prasangka
terhadap kaum lain melalui pemahaman budaya. Tarian singa
yang berfalsafahkan kasih sayang akan menjadi lebih bermakna
sekiranya pelbagai kaum dapat menghayati tarian ini. Oleh itu,
jelaslah bahawa pengenalan budaya pelbagai kaum mampu
meningkatkan perpaduan kaum.
33
Selain itu, pengenalan budaya pelbagai kaum secara meluas
akan memajukan industri pelancongan. Kemasukan pelancong
untuk melihat keunikan permainan berbudaya seperti kabaddi
merupakan contoh kemajuan industri pelancongan yang berpunca
daripada pendedahan tentang budaya pelbagai kaum. Industri
pelancongan akan maju dengan adanya cenderamata sampingan
yang berkaitan dengan budaya. Pelancong juga dapat mengkaji
keunikan variasi budaya antara kaum. Oleh hal yang demikian,
jelas bahawa industri pelancongan bertambah maju sekiranya
budaya pelbagai kaum dapat diperkenalkan secara meluas.
Di samping itu, memperkenalkan budaya kaum secara
meluas akan meningkatkan perasaan kesepunyaan dalam diri.
Sebagai contohnya, rakyat pelbagai kaum yang mengenakan baju
kurung akan membangkitkan perasaan kesepunyaan dalam jiwa.
Perasaan ini boleh menyebabkan seseorang berasa sayang akan
pakaian tersebut walaupun pakaian itu bukannya berasal daripada
budaya kaumnya. Orang Melayu pula akan berbangga kerana
kaum lain sudi memakai busana Melayu. Oleh itu, terbuktilah
bahawa budaya kaum yang diperkenalkan secara meluas akan
membangkitkan rasa kesepunyaan dalam diri masyarakat.
Bertitik tolak daripada diskusi yang menarik tentang kebaikan
yang akan diperoleh jika budaya pelbagai kaum diperkenalkan
secara meluas, ternyatalah bahawa budaya yang pelbagai ini
menambahkan keunikan masyarakat majmuk di Malaysia. Kita
34
perlu berbangga kerana perbezaan budaya yang dialami tidak
memecah-belahkan kita malah rakyat Malaysia semakin bersatu
bagaikan aur dengan tebing. Kerajaan sentiasa berharap semoga
kepelbagaian budaya akan menjadikan rakyat saling memahami.
Sebagai kesimpulannya, kekuatan pihak lain berteraskan
persamaan tetapi kekuatan kita berteraskan perbezaan budaya.
B5 : Huraikan Pendapat Anda tentang Punca-Punca
Wujudnya Semangat Patriotik dalam Diri.
Semangat patriotik ialah perasaan sayang akan negara yang
wujud dalam hati seseorang tanpa paksaan. Semangat ini dapat
dilihat pada diri seseorang melalui tingkah lakunya. Prof. Datuk Dr.
Ramlah Adam iaitu pakar sejarah mengatakan bahawa pejuang
kemerdekaan sanggup berputih tulang kerana patriotisme. Sejak
dahulu lagi, semangat cinta akan negara tersemat dalam diri
seiring dengan tumbesaran fizikal dan mental seseorang. Kini,
semangat ini sentiasa bercambah bersesuaian dengan pelbagai
kempen yang diadakan. Sebagai persoalannya, apakah punca-
punca wujudnya semangat patriotik dalam diri seseorang?
Semangat patriotik wujud dalam diri dalam diri seseorang
berpunca daripada pembacaan. Sebagai contohnya, seseorang
yang membaca novel patriotik akan berasa dirinya bersemangat
untuk mempertahankan negara. Seseorang yang suka membaca
secara detil akan menyebabkan dirinya seolah-olah berada dalam
35
situasi sebenar. Pelajar yang membaca novel Leftenan Adnan
misalnya akan menggambarkan dirinya berada dalam suasana
perang untuk mempertahankan negara. Tegasnya, semangat
patriotik yang digambarkan melalui pembacaan sungguh berkesan
untuk menyemarakkan semangat pembaca bagi mencintai negara.
Selain itu, mempelajari mata pelajaran Sejarah juga dapat
menjadi punca terjelmanya semangat patriotik dalam diri. Ketika
memperkatakan perkara ini, bab kekejaman tentera Jepun
terhadap Tanah Melayu yang tertera dalam buku Sejarah
merupakan contoh terbaik. Mata pelajaran Sejarah menerangkan
penderitaan masyarakat dahulu yang berjuang untuk meneruskan
kehidupan. Kekejaman penjajah akan membangkitkan perasaan
antipenjajahan seterusnya mereka akan menjaga negara ini
sebaik-baiknya. Pendek kata, mata pelajaran Sejarah merupakan
punca tercetusnya patriotisme dalam diri seseorang.
Di samping itu, peranan filem juga tidak dapat
dikesampingkan ketika berbicara tentang punca semangat patriotik
dalam diri seseorang. Filem Bukit Kepong lakonan Jins Shamsudin
merupakan contoh filem yang merangsang jiwa penonton untuk
mencintai tanah air. Melalui filem, penonton dihidangkan dengan
keperitan hidup dan pelbagai detik penuh emosi yang lain. Polis
yang ditembak kerana mempertahankan Balai Polis Bukit Kepong
menjadikan penonton ghairah untuk mempertahankan negara.
36
Oleh itu, jelaslah bahawa filem berfungsi sebagai pencetus
semangat patriotik dalam diri seseorang.
Hasil perbincangan tentang punca-punca wujudnya
semangat patriotik dalam diri seseorang, ternyatalah bahawa
terdapat pelbagai sumber yang dapat dimanfaatkan untuk
kepentingan negara. Walaupun semangat patriotik dikatakan
wujud dengan sendiri dalam diri seseorang, namun semangat ini
perlu dijana oleh setiap orang supaya lebih kukuh dan tekal.
Pemimpin negara sentiasa berharap supaya rakyat dapat
mengekalkan semangat cinta akan negara pada setiap masa.
Sebagai kesimpulannya, Malaysia merupakan negara kita, maka
kitalah yang perlu menjaga negara tercinta ini.
B6: Huraikan Pendapat Anda tentang Kepentingan Telefon
Pintar dalam Kehidupan Masyarakat.
Telefon pintar merujuk telefon bimbit yang mempunyai pelbagai
aplikasi. Penggunaan peranti elektronik ini telah menjadi trend
kehidupan masyarakat. Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tuan
Gobind Singh Deo menasihati masyarakat supaya menggunakan
telefon pintar dengan sebaik-baiknya. Berdasarkan sejarah,
telefon pintar mula bertapak di negara ini sejak tahun 1990-an lagi.
Kini, perkembangan teknologi yang pantas menyebabkan hampir
keseluruhan masyarakat mempunyai telefon pintar untuk
37
kegunaan peribadi. Sebagai persoalannya, apakah kepentingan
telefon pintar dalam kehidupan masyarakat?
Dalam bidang pendidikan, telefon pintar boleh digunakan
sebagai sumber rujukan pantas. Sebagai contohnya, aplikasi
KamusPro yang terdapat dalam telefon pintar boleh dijadikan
sumber rujukan oleh murid untuk mengetahui makna perkataan.
Masyarakat boleh membuat rujukan melalui telefon pintar yang
sentiasa berada di sisi mereka. Rujukan melalui peranti elektronik
ini akan mempercepat dan memudahkan urusan pembelajaran.
Oleh itu, ternyatalah bahawa telefon pintar sangat penting dalam
kehidupan masyarakat kerana kemudahan ini boleh dijadikan
sumber rujukan pantas.
Selain itu, telefon pintar penting dalam bidang sosial bagi
menghubungkan silaturahim. Jalinan kekeluargaan yang
disambung semula melalui aplikasi grup WhatsApp merupakan
contoh silaturahim yang terjalin melalui telefon pintar. Silaturahim
penting dalam sesebuah masyarakat kerana elemen ini dapat
meningkatkan keharmonian masyarakat. Dengan adanya aplikasi
yang terdapat dalam telefon pintar, ahli keluarga yang jauh dapat
didekatkan manakala yang dekat dapat dimesrakan lagi. Oleh hal
yang demikian, jelaslah bahawa silaturahim merupakan salah satu
kepentingan telefon pintar kepada masyarakat.
Seterusnya, telefon pintar penting dalam bidang ekonomi bagi
memudahkan urusan perniagaan. Penggunaan telefon pintar oleh
38
masyarakat bagi membeli dan menjual barangan merupakan
contoh bahawa peranti ini digunakan untuk kepentingan ekonomi.
Perniagaan yang dijalankan melalui telefon pintar diakui lebih
efektif berbanding perniagaan konvensional. Masyarakat lebih
gemar membeli atau menjual barangan dengan menggunakan
telefon pintar kerana hanya jauhari yang mengenal manikam. Oleh
itu, terbuktilah bahawa telefon pintar penting dalam bidang
ekonomi bagi menjayakan perniagaan.
Hasil perbincangan yang relevan tentang kepentingan telefon
pintar dalam kehidupan masyarakat, ternyatalah bahawa peranti
canggih ini membawa makna yang sangat besar. Masyarakat
seharusnya memaksimumkan penggunaan telefon pintar untuk
kebaikan. Hal ini dikatakan demikian kerana impak baik atau buruk
daripada telefon pintar bergantung pada cara penggunaannya.
Semua pihak mengharapkan natijah yang terbaik daripada
kewujudan telefon pintar. Sebagai kesimpulannya, telefon pintar
merupakan kemudahan yang dicipta untuk kebaikan masyarakat
dan masyarakat juga perlu pintar ketika menggunakannya.
B7: Huraikan Pendapat Anda tentang Faedah-Faedah
yang Diperoleh jika Murid Tinggal di Asrama.
Asrama merupakan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan
untuk kepentingan murid. Pelbagai kriteria ditetapkan bagi
menempatkan murid di asrama. Menteri Pendidikan Dr. Maszlee
39
Malik pernah mencadangkan supaya asrama dibina di setiap
sekolah seluruh negara bagi memudahkan murid belajar dalam
suasana kondusif. Suatu ketika dahulu, asrama menjadi rebutan
ibu bapa bagi menempatkan anak-anak mereka. Kini, terdapat
asrama di sekolah tertentu yang lengang kerana kekurangan
penghuni. Sebagai persoalannya, apakah faedah yang diperoleh
murid jika mereka tinggal di asrama?
Faedah utama bagi murid yang tinggal di asrama ialah
mereka dapat meningkatkan disiplin diri. Sebagai contohnya,
murid perlu berdisiplin dalam pembahagian masa kerana semua
penghuni asrama perlu melaksanakan aktiviti pada masa yang
ditetapkan. Semua asrama telah menggariskan peraturan-
peraturan bagi mengawal dan membentuk sahsiah murid.
Penghuni asrama perlu mematuhi jadual yang ditetapkan sebagai
salah satu cara untuk merealisasikan konsep disiplin asas
kejayaan. Pendek kata, ternyatalah bahawa murid yang tinggal di
asrama akan dapat meningkatkan disiplin diri.
Selain itu, faedah yang akan diperoleh murid yang tinggal di
asrama ialah mereka dapat menjalani kehidupan secara berdikari.
Contoh terbaik bagi menjelaskan perkara ini ialah murid yang
tinggal di asrama perlu membasuh pakaian sendiri yang selama ini
diuruskan oleh ibu ketika mereka tinggal di rumah. Penghuni
asrama perlu berani membuat keputusan tanpa pengaruh sesiapa.
Bukan sahaja pakaian yang perlu diurus, malah mereka juga perlu
40
menggunakan kebijaksanaan sendiri ketika berkolaboratif dengan
rakan lain. Ringkasnya, jelas dan nyata bahawa murid yang tinggal
di asrama akan dapat berdikari dalam kehidupan seharian.
Bukan itu sahaja, murid yang tinggal di asrama akan
memperoleh faedah dalam aspek pembelajaran berkesan.
Sebagai contohnya, penghuni asrama dapat belajar secara
berkumpulan bagi menyelesaikan isu pembelajaran. Murid yang
tinggal di rumah sukar memperoleh peluang untuk belajar secara
berkesan seperti di asrama. Pertukaran pendapat sesama rakan
di asrama memudahkan murid memahami isi pelajaran seperti kata
pujangga bahawa dua kepala lebih baik daripada satu kepala.
Maka itu, ternyatalah bahawa murid yang tinggal di asrama akan
mendapat faedah dalam aspek pembelajaran berkesan.
Berdasarkan hujah secara analitikal tentang kebaikan yang
akan diperoleh jika murid tinggal di asrama, ternyatalah bahawa
pandangan pihak berautoriti supaya jumlah asrama ditambah
adalah relevan. Kerajaan perlu mengkaji keperluan asrama di
semua sekolah terutamanya di kawasan pedalaman agar
manfaatnya dapat dinikmati oleh semua murid. Masyarakat
mengharapkan supaya murid sekolah dapat dikawal tingkah laku
demi maslahah mereka sendiri. Sebagai intihanya, asrama perlu
dijadikan rumah kedua bagi murid kerana kesibukan ibu bapa
menyebabkan masa untuk mendidik anak-anak sangat terhad.
41
B8: Huraikan Pendapat Anda tentang Kepentingan Sukan.
Sukan merupakan kegiatan yang memerlukan ketangkasan,
kemahiran, dan tenaga bertujuan bagi menyihatkan badan. Aktiviti
ini sangat popular dalam kehidupan manusia. Menteri Belia dan
Sukan, Tuan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyatakan
bahawa aktiviti sukan bukan sahaja dapat menyihatkan badan
malah aktiviti ini dapat mencerdaskan minda serta menstabilkan
emosi. Sejak dahulu lagi, masyarakat dilihat sering bersukan pada
waktu petang atau pada hujung minggu. Kini, aktiviti sukan
dijadikan sebagai riadah harian bersama-sama keluarga. Sebagai
persoalannya, apakah kepentingan sukan kepada kita?
Masyarakat berbilang kaum dapat disatukan melalui sukan.
Sebagai contohnya, pada tahun 1992 rakyat ke Stadium Negara
untuk memberikan sokongan kepada pasukan badminton dan
mereka berpelukan tanpa mengira bangsa apabila Malaysia
menjuarai Kejohanan Badminton Piala Thomas. Rakyat Malaysia
dapat melupakan perbezaan kaum kerana mereka memberikan
tumpuan kepada sukan. Peristiwa di Stadium Negara itu betul-
betul menampakkan bahawa konsep bersatu teguh bercerai roboh
dapat direalitikan melalui sukan. Ringkasnya, ternyatalah bahawa
sukan sangat berfaedah dalam konteks penyatuan rakyat.
Selain itu, sukan juga boleh menyihatkan tubuh badan
seseorang. Sebagai contohnya, seseorang yang bersukan akan
42
dapat membakar beribu-ribu kalori yang terhasil daripada
pemakanan. Apabila seseorang bersukan, peluh akan keluar
bersama-sama toksin yang tidak diperlukan. Kalori di dalam tubuh
yang tidak dibakar melalui aktiviti sukan akan menyebabkan
seseorang kelihatan mandom dan dapat menambahkan kolesterol.
Oleh hal yang demikian, ternyatalah bahawa setiap orang perlu
bersukan kerana aktiviti ini dapat menyihatkan badan bertepatan
dengan slogan badan sihat minda cerdas.
Di samping itu, sukan boleh dijadikan sumber rezeki. Pemain-
pemain bola sepak dalam Liga Perdana Inggeris yang kaya-raya
merupakan contoh terbaik bahawa sukan boleh dijadikan punca
pendapatan. Sesiapa sahaja boleh mencari sesuap nasi melalui
bidang sukan bukan sahaja sebagai ahli sukan tetapi juga sebagai
pembekal barangan sukan dan sebagainya. Ahli-ahli sukan di
England terus mencari makan melalui bidang ini walaupun ketika
persaraan kerana mereka memahami keperluan setiap ahli sukan.
Secara tuntasnya, ternyatalah bahawa sukan sangat penting
kerana bidang ini mampu dijadikan sumber pendapatan.
Berkisarkan perbincangan mandala kepentingan sukan
kepada kita, jelaslah bahawa bidang ini perlu diperkasakan oleh
kerajaan. Kementerian Belia dan Sukan perlu menyediakan
kawasan dan kemudahan untuk rakyat bersukan di seluruh
pelosok negara. Rakyat sentiasa mengharapkan supaya semua
agensi kerajaan atau swasta dapat menjadikan sukan sebagai
43
agenda penting yang perlu diimplementasikan di premis masing-
masing. Sebagai kesimpulannya, kesedaran masyarakat sangat
penting dalam aspek ini kerana orang tua-tua pernah berkata
bahawa alang-alang berdakwat biar hitam.
B9: Anda telah Terlibat dalam Kempen Penjagaan Alam
Sekitar. Ceritakan Pengalaman Anda.
PERENGGAN PENDAHULUAN
Ayat Binaan 1 Alam sekitar ialah segala perkara yang terdapat di
Takrifan sekeliling kita.
Ayat Binaan
Ehwal 1 Alam sekitar yang terjaga sangat penting dalam
ekosistem kehidupan manusia.
Ayat Tokoh
Tokoh Pencinta Alam Sekitar yang terkenal iaitu
Ayat Sejarah
Ayat Semasa SM Mohamed Idris pernah berpesan supaya
Ayat kendiri
1 menjaga alam sekitar kerana kita hanya
Ayat Jawapan
Ayat Contoh meminjam alam sekitar ini daripada generasi
Ayat Huraian
Jawapan masa depan.
Perbincangan tentang penjagaan alam sekitar
1 telah dimulakan oleh pencinta alam sejak zaman-
berzaman.
1 Mutakhir, kempen penjagaan alam sekitar menjadi
mauduk penting negara.
Saya sendiri terlibat dalam kempen penjagaan
1 alam sekitar yang dianjurkan oleh pihak sekolah.
PERENGGAN KEDUA
1 Saya teruja kerana diberi informasi yang jelas
tentang penjagaan alam sekitar.
Antara contoh informasi yang telah disampaikan
1 ialah alam sekitar merupakan amanah Tuhan
kepada kita.
Informasi yang disampaikan secara santai dan
1 penuh aksi lelucon telah menarik minat saya untuk
menyertai kempen berkenaan.
44
Ayat Huraian Sebagai hamba Tuhan yang baik, saya berasa
Contoh 1 bertanggungjawab untuk mengajak semua orang
Ayat Simpul supaya menjaga alam sekitar.
Oleh hal yang demikian, ternyatalah bahawa
Ayat Jawapan informasi yang jelas menjadi mangkin kepada
1 saya untuk berganding bahu bagi menjayakan
Ayat Contoh kempen alam sekitar ini.
Ayat Huraian
Jawapan PERENGGAN KETIGA
Ayat Huraian Selain diberi informasi, saya juga telah diberi
Contoh 1 peluang untuk mempraktikkan metode penjagaan
alam sekitar.
Ayat Simpul Kaedah pengasingan bahan buangan merupakan
1 contoh metode penjagaan alam sekitar yang saya
Ayat Jawapan pelajari.
Ayat Contoh 1 Terdapat banyak cara yang boleh dilakukan oleh
Ayat Huraian seseorang untuk menjaga alam sekitar.
Jawapan
Ayat Huraian Saya diajar mengasingkan botol mengikut
Contoh 2 ketebalan. Tudung botol juga diasingkan daripada
Ayat Simpul
botol kerana kualiti tudung botol lebih baik
daripada material botol.
Tegasnya, pengalaman saya mempraktikkan
1 metode penjagaan alam sekitar menjadikan saya
jauhari mengenal manikam.
PERENGGAN KEEMPAT
Seterusnya, saya dan rakan-rakan lain
1 berpeluang mempraktikkan penjagaan alam di
tebing sungai.
Penanaman semula pokok bakau di tepi sungai
1 Merbok merupakan contoh amali penjagaan alam
sekitar yang saya lakukan.
Alam yang dijaga dengan baik akan
1 mendatangkan manfaat kepada manusia dalam
tempoh lama.
Penanaman pokok bakau bertujuan untuk
1 memastikan tebing sungai tidak runtuh yang boleh
mengakibatkan banjir pada masa depan.
1 Lantaran itu, pengalaman saya mempraktikkan
penjagaan alam sekitar di tebing sungai sungguh
45
menguja seperti kata orang tua-tua, tak kenal
maka tak cinta.
Ayat Tegasan PERENGGAN PENUTUPAN
Ayat Ajakan Berdasarkan pengalaman tersebut, ternyatalah
Ayat Harapan bahawa sungguh banyak faedah yang saya
Ayat peroleh melalui kempen penjagaan alam sekitar.
Kesimpulan 2 John Ruskin, iaitu seorang pelukis alam
mengatakan bahawa alam melukis untuk kita hari
demi hari, memberikan keindahan yang tidak
terbatas.
1 Atas kefahaman itu, saya akan mengajak semua
rakan supaya menjaga alam sekitar.
Saya sangat berharap agar semua rakan
1 menjadikan penjagaan alam sekitar sebagai
tanggungjawab bersama.
Sebagai kesimpulannya, cinta saya akan alam
1 sekitar semakin menyala selepas mengikuti
kempen penjagaan alam sekitar.
DOMINAN & TUNJANG
1. alam sekitar (7) 2. terlibat (1) 3.kempen (6) 4. penjagaan (17)
UNGKAPAN INDAH
berganding bahu - jauhari mengenal manikam - tak kenal maka tak cinta -
alam melukis untuk kita hari demi hari, memberikan keindahan yang tidak
terbatas
KOSA KATA BERDARJAT TINGGI
ekosistem – generasi - pencinta alam – mauduk – teruja – informasi –
amanah – santai – lelucon – mangkin – mempraktikkan – amali – manfaat
- tempoh - mengujakan
NILAI- cinta akan alam sekitar
Alam sekitar ialah segala perkara yang terdapat di sekeliling kita.
Alam sekitar yang terjaga sangat penting dalam ekosistem
kehidupan manusia. Tokoh Pencinta Alam Sekitar yang terkenal
iaitu SM Mohamed Idris pernah berpesan supaya menjaga alam
sekitar kerana kita hanya meminjam alam sekitar ini daripada
46
generasi masa depan. Perbincangan tentang penjagaan alam
sekitar telah dimulakan oleh pencinta alam sejak zaman-
berzaman. Mutakhir, kempen penjagaan alam sekitar menjadi
mauduk penting negara. Saya sendiri terlibat dalam kempen
penjagaan alam sekitar yang dianjurkan oleh pihak sekolah.
Saya teruja kerana diberi informasi yang jelas tentang
penjagaan alam sekitar. Antara contoh informasi yang telah
disampaikan ialah alam sekitar merupakan amanah Tuhan kepada
kita. Informasi yang disampaikan secara santai dan penuh aksi
lelucon telah menarik minat saya untuk menyertai kempen
berkenaan. Sebagai hamba Tuhan yang baik, saya berasa
bertanggungjawab untuk mengajak semua orang supaya menjaga
alam sekitar. Oleh hal yang demikian, ternyatalah bahawa
informasi yang jelas menjadi mangkin kepada saya untuk
berganding bahu bagi menjayakan kempen alam sekitar ini.
Selain diberi informasi, saya juga telah berpeluang untuk
mempraktikkan metode penjagaan alam sekitar. Kaedah
pengasingan bahan buangan merupakan contoh metode
penjagaan alam sekitar yang saya pelajari. Terdapat banyak cara
yang boleh dilakukan oleh seseorang untuk menjaga alam sekitar.
Saya diajar mengasingkan botol mengikut ketebalan. Tudung botol
juga diasingkan daripada botol kerana kualiti tudung botol lebih
baik daripada material botol. Tegasnya, pengalaman saya
47
mempraktikkan metode penjagaan alam sekitar menjadikan saya
jauhari mengenal manikam.
Seterusnya, saya dan rakan-rakan lain berpeluang
mempraktikkan penjagaan alam di tebing sungai. Penanaman
semula pokok bakau di tepi sungai Merbok merupakan contoh
amali penjagaan alam sekitar yang saya lakukan. Alam yang
dijaga dengan baik akan mendatangkan manfaat kepada manusia
dalam tempoh lama. Penanaman pokok bakau bertujuan untuk
memastikan tebing sungai tidak runtuh yang boleh mengakibatkan
banjir pada masa depan. Lantaran itu, pengalaman saya
mempraktikkan penjagaan alam sekitar di tebing sungai sungguh
menguja seperti kata orang tua-tua, tak kenal maka tak cinta.
Berdasarkan pengalaman tersebut, ternyatalah bahawa
sungguh banyak faedah yang saya peroleh melalui kempen
penjagaan alam sekitar. John Ruskin, iaitu seorang pelukis alam
mengatakan bahawa alam melukis untuk kita hari demi hari,
memberikan keindahan yang tidak terbatas. Atas kefahaman itu,
saya akan mengajak semua rakan supaya menjaga alam sekitar.
Saya sangat berharap agar semua rakan menjadikan penjagaan
alam sekitar sebagai tanggungjawab bersama. Sebagai
kesimpulannya, cinta saya akan alam sekitar semakin menyala
selepas mengikuti kempen penjagaan alam sekitar.
48
B10: Anda Mempunyai Pengalaman Manis dalam Bidang
Ternakan Haiwan. Ceritakan Pengalaman Anda.
Bidang ternakan haiwan merujuk pemeliharaan binatang yang
boleh dimakan dalam skala besar. Keluarga saya terlibat secara
langsung dalam bidang ternakan kerbau. Saya pernah terbaca
kata-kata oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani iaitu Dato’
Salahuddin Ayub yang menggesa masyarakat supaya menjadikan
penternakan haiwan sebagai terapi. Pada zaman neolitik,
penternakan haiwan digunakan untuk mendapatkan daging
sahaja. Kini, penternakan haiwan adalah untuk mendapatkan
susu, bulu, kulit dan sebagainya. Saya mempunyai pengalaman
manis yang banyak dalam bidang ternakan haiwan.
Pengalaman manis yang tidak mungkin dilupakan ialah
hubungan saya dengan Dokeh sungguh baik. Kelakuan Dokeh
yang suka membawa saya ke sana ke mari merupakan contoh
keakraban hubungan yang saya maksudkan. Dokeh ialah seekor
kerbau paling tua yang dipelihara oleh keluarga saya. Setiap
petang saya akan memanjat ke atas belakang Dokeh untuk
berjalan-jalan di sekitar kampung. Keakraban saya dengan Dokeh
pernah menarik perhatian netizen apabila video tentang hal itu
telah dimuat naik melalui YouTube. Dengan kata lain, jelas
bahawa saya memang tertambat hati terpaut sayang akan Dokeh.
Selain hubungan yang akrab dengan Dokeh, pengalaman
manis saya dalam bidang ternakan haiwan ialah semua kerbau
49
berkenaan memahami arahan saya. Sekumpulan kerbau akan
berhenti bergerak apabila melihat saya mengangkat tangan
merupakan contoh perkara yang saya maksudkan itu. Selain
mengenali saya, kerbau akan memasuki kandang apabila saya
menjerit ‘yoooo’. Kerbau yang tidak bergerak akan bergerak
semula apabila saya menurunkan tangan yang diangkat. Pendek
kata, jelas sekali bahawa kefahaman kerbau terhadap arahan saya
menyebabkan saya teruja dan manis jika dikenang.
Seterusnya, saya juga mempunyai pengalaman manis dalam
bidang ternakan apabila ayah memberikan ganjaran lumayan.
Upah RM500.00 setiap bulan merupakan contoh ganjaran
lumayan yang diberikan oleh ayah kepada saya. Ayah tidak
pernah berkira atau bersikap tangkai jering dengan anak-anaknya.
Upah yang sama juga diberikan kepada dua orang abang saya.
Penat lelah kami ketika memelihara dan menjaga hampir ratusan
ekor kerbau tidak dipandang sebelah mata oleh ayah. Oleh itu,
terserlahlah bahawa ganjaran lumayan yang diberikan oleh ayah
merupakan kenangan manis saya ketika menternak kerbau.
Bertitik tolak daripada pengalaman manis saya ketika
menternak kerbau, ternyatalah bahawa momen yang indah ini
sukar untuk digambarkan. Walaupun saya sentiasa fokus kepada
pelajaran, namun saya perlu meningkatkan kemahiran saya dalam
bidang ternakan kerbau kerana ke mana tumpahnya kuah jika tidak
ke nasi. Harapan saya agar ternakan kerbau milik keluarga ini
50