The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Untuk Murid Tingkatan 1-3

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by munsyisal, 2020-01-02 05:21:03

SAKURA 5+

Untuk Murid Tingkatan 1-3

Keywords: 5+

akan bertambah besar dan menjadi sumber protein kepada
masyarakat di negara ini. Sebagai kesimpulannya, kenangan
manis sepanjang tempoh penternakan kerbau menjadikan saya
semakin menyayangi binatang dan diri saya sendiri.

B11: Setiap Hari Anda Mendapat Wang Saku Pemberian Bapa.
Ceritakan Pengalaman Anda Menggunakan Wang Saku
Tersebut.

Wang saku merupakan wang perbelanjaan yang diberikan oleh ibu
bapa setiap hari. Kebiasaannya istilah wang saku merujuk wang
yang diperuntukkan sebagai perbelanjaan harian anak-anak di
sekolah. Gabenor Bank Negara, Datuk Nor Shamsiah Mohd
Yunus mengatakan bahawa wang saku merupakan langkah
pertama bagi mendidik anak-anak menguruskan kewangan
sendiri. Konsep wang saku telah dipraktikkan sejak berpuluh-puluh
tahun dahulu. Kini, konsep wang saku telah berubah daripada
pemberian harian kepada pemberian bulanan. Saya mempunyai
pengalaman tersendiri ketika menggunakan wang saku.

Wang saku yang diperoleh setiap hari daripada bapa
sebahagiannya akan saya simpan sebagai tabungan. Tabungan
sebanyak sepuluh peratus merupakan contoh simpanan yang saya
amalkan selama ini. Pada hemat saya, simpanan ini penting untuk
digunakan ketika waktu kecemasan. Dengan tabungan sebanyak
itu, saya yakin dapat menyimpan wang saku yang banyak setelah

51

tamat persekolahan. Konsep sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit,
saya amalkan secara konsisten. Dengan itu, saya berkeyakinan
bahawa simpanan sebahagian daripada wang saku menyerlahkan
kebijaksanaan saya.

Selain tabungan, saya juga menggunakan wang saku itu
secara berhemat. Pembelian makanan yang memenuhi keperluan
saya merupakan contoh hematan yang saya maksudkan. Pada
pandangan saya, amalan berhemat ini perlu dimulakan sejak di
bangku sekolah supaya tidak terjadi pembaziran dalam kehidupan.
Saya hanya akan membeli makanan yang berzat dan tidak
melakukan pembaziran seperti makanan berlebihan dan
sebagainya. Lantaran itu, ternyatalah bahawa penggunaan wang
saku yang saya amalkan secara berhemat membolehkan saya
menghargai pengorbanan bapa saya.

Bukan itu sahaja, saya juga menggunakan wang saku yang
diberikan oleh bapa untuk membuat kebajikan. Memberi sedekah
kepada rakan sekolah yang susah merupakan contoh kebajikan
yang saya lakukan setiap hari. Saya mempercayai bahawa wang
saku yang diberikan oleh ayah bukanlah hak milik saya seorang.
Saya menggunakan lebihan daripada wang saku berkenaan untuk
menjamu rakan yang susah di kantin sekolah. Kadang-kadang
saya membelikan alat tulis kepada rakan yang memerlukan. Saya
yakin bahawa, kebajikan yang saya amalkan bukan sahaja
bermanfaat kepada saya malah bapa saya juga akan berbangga.

52

Pengalaman penggunaan wang saku yang saya lalui ini jelas
membuktikan bahawa pengurusan wang yang baik akan
mendatangkan impak positif terhadap sanubari sendiri. Saya
perlulah membuang sikap mementingkan diri yang keterlaluan
demi konsep hidup bermasyarakat. Saya juga berharap agar sikap
bagai enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing
tidak akan menjadi amalan saya sampai bila-bila. Sebagai
kesimpulannya, semua orang perlu menggunakan wang saku yang
diberikan oleh bapa dengan baik kerana mereka telah membanting
tulang untuk menyekolahkan kita.

B12: Anda Pernah Melancong ke Tempat Menarik.
Kongsikan Pengalaman yang Sukar Anda Lupakan
ketika Melancong ke Destinasi Tersebut.

Melancong berasal daripada kata dasar lancong yang bermaksud
melawat ke sesuatu tempat sambil melihat-lihat. Aktiviti
pelancongan telah menjadi perkara biasa dalam kalangan rakyat
Malaysia. Tokoh motivasi iaitu Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah pernah
mengatakan bahawa setiap keluarga perlu memperuntukkan masa
untuk melancong bagi membina kenangan manis. Suatu ketika
dahulu, pelancongan merupakan perkara asing bagi masyarakat.
Kini, agensi pelancongan bagaikan cendawan tumbuh selepas
hujan. Saya mempunyai pengalaman yang sukar dilupakan ketika
melancong ke destinasi menarik.

53

Pengalaman yang sukar dilupakan ketika melancong ialah
saya menghadapi detik cemas ketika tiba di beberapa lapangan
terbang. Sebagai contohnya, saya ditahan selama dua jam di
Lapangan Terbang Husein Sastranegara, Bandung Indonesia.
Detik cemas kali pertama menjadikan saya serik untuk melancong
manakala detik cemas kali kedua membuatkan saya semakin
tabah dan sabar. Saya ditahan di lapangan terbang berkenaan
kerana nama saya tidak berkorelasi dengan nama ayah. Oleh itu,
jelaslah bahawa detik cemas tersebut menjadikan saya lebih
matang dan reda atas ketentuan Tuhan.

Selain peristiwa itu, saya juga mempunyai kenangan pahit
ketika melancong iaitu saya telah menyebabkan ayah terkilan.
Satu daripada contoh betapa terkilannya ayah, apabila saya
secara tidak sengaja telah memecahkan lampu antik yang terdapat
di bilik hotel. Wajah ayah kelihatan mencuka apabila diminta
bayaran sebanyak RM400.00 oleh pihak hotel. Saya terlepas
pegangan lampu itu kerana terkejut disergah abang yang cuba
bergurau. Tegasnya, tindakan saya menyebabkan ayah terkilan
merupakan pengalaman yang sukar dilupakan seterusnya
menjadikan saya lebih berwaspada dalam tingkah laku.

Seterusnya, saya juga mempunyai kenangan manis yang
sukar dilupakan ketika melancong iaitu saya menerima pelbagai
hadiah cabutan bertuah. Antara contoh hadiah berkenaan ialah
tiket kapal terbang dan penginapan ke Pulau Langkawi. Cabutan

54

bertuah ini dianjurkan oleh agensi pelancongan yang
menguruskan pelancongan kami. Kebetulan pula, saya sudah
lama bercita-cita untuk ke pulau lagenda itu. Hadiah cabutan
bertuah ini sungguh menguja saya bagaikan orang mengantuk
disorongkan bantal. Intihanya, saya bersyukur kerana cabutan itu
memberikan tuah kepada saya dan detik itu sukar dilupakan.

Bersumberkan perkongsian tentang pengalaman yang sukar
saya lupakan ketika melancong, tepatlah kata orang tua-tua
bahawa jauh perjalanan luas pengalaman. Walaupun terdapat
pengalaman pahit dan manis, namun saya perlu tabahkan hati
untuk terus meneroka destinasi menarik di seluruh negara. Saya
sentiasa berdoa dan berharap semoga pengalaman pahit tidak
akan mematahkan semangat saya untuk melancong pada masa
depan. Sebagai kesimpulannya, saya akan terus melancong jika
berkesempatan kerana melalui pelancongan tersingkaplah
kebesaran Tuhan.

B13: Anda telah Menyaksikan Pertandingan Seni Tradisional.
Ceritakan Pengalaman Anda.

Pertandingan seni tradisional ialah sayembara yang diadakan
dengan mengetengahkan semua genre seni lampau. Antara genre
seni yang disenaraikan dalam seni tradisional seperti dikir barat,
gurindam, dan boria. Penggiat seni tradisional, Sabri Yunus
menegaskan bahawa seni tradisional perlu diperkenalkan kepada

55

generasi baharu supaya mereka tidak melupai asal-usul. Pelbagai
pihak telah cuba menyemarakkan aktiviti seni tradisional semula
sejak beberapa dekad lalu. Kini, seni tradisional semakin
mendapat sambutan masyarakat. Saya pernah menyaksikan
pertandingan seni tradisional yang diadakan di daerah saya.

Ketika persembahan Makyung, satu kumpulan persembahan
telah meminta kerjasama daripada saya. Contoh kerjasama yang
dimaksudkan ialah saya diminta naik ke pentas untuk
menggoyang-goyangkan tangan persis yang dilakukan oleh
mereka. Saya memberikan kerjasama walaupun saya sendiri tidak
memahami Makyung. Saya hanya meniru gerak tangan mereka
sambil mengikut rentak lagu. Penonton bersorak riang apabila
melihat saya menghayunkan tangan tanpa perasaan gentar. Oleh
hal yang demikian, jelas sekali bahawa pengalaman saya
bersinergi dengan penari Makyung kekal dalam ingatan saya.

Selain itu, saya juga melihat dan mendengar beberapa seni
tradisional yang dialunkan secara luar biasa dalam pertandingan
itu. Satu daripada contoh tersebut ialah dikir barat telah dilagukan
dengan menggunakan loghat Kedah. Pasukan dikir barat dari
Kodiang telah berjaya menarik perhatian audiens dengan gelagat
mereka yang bersahaja. Selama ini saya hanya pernah mendengar
dikir barat dialunkan dalam loghat Kelantan. Saya turut bangun
dan berdikir bersama-sama kumpulan ini sebagai tanda sokongan.

56

Tegasnya, pengalaman saya melihat dan mendengar seni
tradisional secara luar biasa membuatkan saya terkesima.

Pengalaman seterusnya yang saya peroleh melalui
pertandingan seni tradisional ialah penghakiman dilakukan secara
kreatif. Antara contoh aspek yang dihakimi ialah kreativiti pasukan
yang berjaya membawa inovasi dalam persembahan mereka.
Kreativiti pasukan akan membolehkan pasukan mendapat markah
yang banyak. Juri tidak mahu melihat seni tradisional
dipersembahkan dengan cara lama kerana membosankan
penonton. Oleh itu, ternyatalah bahawa pengalaman saya melihat
penghakiman yang dilakukan secara kreatif telah mendatangkan
idea kepada saya untuk melakukan perkara yang sama.

Hasil daripada kutipan pengalaman yang sangat bermakna
itu, jelas dan nyata bahawa pertandingan seni tradisional telah
membuka mata banyak pihak. Saya dan pelbagai pihak lain
seharusnya tidak melupakan seni tradisional walaupun kita
disogokkan dengan irama seni kontemporari. Melalui pengalaman
ini, saya berharap agar kerajaan mengambil inisiatif untuk
menjadikan pertandingan seperti ini sebagai acara tahunan kerana
jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Sebagai
kesimpulannya, seni tradisional merupakan budaya kita, oleh itu
kitalah yang perlu memperkasakannya.

57

B14: Anda pernah Mengambil Bahagian dalam Acara Sukan.
Ceritakan Pengalaman Anda.

Sukan ialah segala kegiatan yang memerlukan ketangkasan atau
kemahiran serta tenaga yang dilakukan bagi menyihatkan badan.
Sukan bukanlah perkara asing bagi rakyat Malaysia. Menteri Belia
dan Sukan, Tuan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengajak
rakyat pelbagai lapisan supaya bersukan sekurang-kurangnya tiga
kali seminggu. Sukan telah sebati dalam kehidupan masyarakat
sejak zaman prasejarah lagi. Kini, sukan bukan sahaja bertujuan
untuk menyihatkan badan malah sukan telah dikomersialkan.
Saya pernah mengambil bahagian dalam acara sukan bola sepak
tujuh sepasukan atas prinsip badan sihat otak cergas.

Pertandingan bola sepak tujuh sepasukan yang saya sertai
dimulakan atas konsep perkongsian sebagai asas pertandingan.
Setiap pasukan bersetuju untuk menyumbangkan wang sebanyak
RM30.00 merupakan contoh perkongsian tersebut. Kami
berkongsi semua perkara asas yang berkaitan dengan
pertandingan. Wang yang dikongsi itu digunakan untuk sewaan
padang, bayaran kos pengadil, dan perubatan. Wang hadiah pula
disediakan oleh wakil rakyat. Oleh itu, pertandingan ini secara jelas
memberikan pengalaman yang sangat bermakna kepada saya
dalam konteks perkongsian sebagai asas pertandingan.

Selain perkongsian, pertandingan itu membolehkan saya
mendapat pengalaman baharu iaitu bermain bola sepak secara

58

maraton. Antara contoh maraton yang dimaksudkan ialah kami
perlu terus bermain selagi pasukan mencapai kemenangan.
Pertandingan dimulakan pada pukul 8:00 pagi dan berakhir pada
pukul 6:00 petang. Pasukan yang kalah pula akan bertanding
sesama pasukan yang kalah secara kalah mati. Pemenang
ditentukan melalui kutipan mata tertinggi. Tegasnya, pertandingan
bola sepak secara maraton ini betul-betul menguji kekuatan fizikal
dan mental peserta.

Di samping itu, pertandingan bola sepak tujuh sepasukan kali
ini menampilkan banyak kejutan. Antara perkara yang menjadi
kejutan ialah pasukan yang menjadi juara menerima seekor kerbau
balar sebagai hadiah. Kejutan demi kejutan yang diadakan oleh
ahli jawatankuasa inilah yang menjadikan suasana pertandingan
sangat ceria. Selain kerbau balar, kambing biri-biri juga disediakan
sebagai hadiah kepada pasukan yang menjadi naib johan dan
tempat ketiga. Oleh hal yang demikian, jelaslah bahawa kejutan
yang dirancang oleh ahli jawatankuasa memberikan pengalaman
yang menguja saya sebagai peserta pertandingan.

Hasil rangkuman pengalaman saya ketika mengambil
bahagian dalam pertandingan sukan bola sepak tujuh sepasukan,
ternyatalah bahawa aktiviti sedemikian sangat bermanfaat kepada
diri sendiri dan semua orang. Saya menyeru masyarakat Malaysia
agar cuba menyertai pertandingan dalam acara sukan bagi
menguji kekuatan fizikal, mental, dan emosi masing-masing. Kata

59

orang, belum cuba belum tahu. Sebagai intihanya, pengalaman
saya mengambil bahagian dalam pertandingan bola sepak tujuh
sepasukan memahamkan saya erti semangat sepasukan, tolak
ansur, dan tidak mementingkan diri sendiri.

B15: Sebagai Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu, Anda
Diminta Menulis Laporan tentang Aktiviti Mega yang
Dianjurkan oleh Persatuan pada Tahun 2019.

Tuliskan laporan itu selengkapnya.

Ayat Binaan PERENGGAN PENDAHULUAN
Takrifan
Ayat Binaan Persatuan Bahasa Melayu merupakan satu
Ehwal 1 daripada persatuan kokurikulum yang berdaftar di

Ayat Tokoh sekolah ini.

Ayat Sejarah 1 Persatuan ini mempunyai 80 orang ahli.

Ayat Semasa Menurut Pengetua sekolah ini iaitu Haji Adam bin
Ayat tanya /
Ayat kendiri 1 Aziz, Persatuan Bahasa Melayu telah

Ayat Jawapan mengharumkan nama sekolah melalui aktiviti

mega yang dianjurkan setiap tahun.

Persatuan ini telah mengadakan aktiviti mega
1 sejak tiga tahun lalu bagi menyemarakkan

kecintaan terhadap bahasa.

1 Kini, aktiviti mega diteruskan dengan sokongan
daripada pelbagai pihak.

Saya akan melaporkan aktiviti mega yang telah

1 dianjurkan oleh persatuan pada tahun ini secara
spesifik.

PERENGGAN KEDUA
1 Pada bulan Mac 2019, persatuan telah

menganjurkan Bulan Bahasa Peringkat Daerah.

60

Ayat Contoh 1 Antara contoh aktiviti dalam program tersebut
Ayat Huraian ialah pertandingan debat tiga penjuru.
Jawapan Persatuan ini bertindak sebagai tuan rumah

Ayat Huraian 1 dengan menyediakan pelbagai keperluan seperti
Contoh bilik-bilik pertandingan, dewan, hadiah, dan juga
juri.
Ayat Simpul Selain debat tiga penjuru, aktiviti yang menjadi
tumpuan ramai ialah pertandingan balas pantun
Ayat Jawapan
Ayat Contoh 2 dan juga drama pentas. Kos bagi menjayakan
Ayat Huraian program selama sebulan ini berjumlah
Jawapan RM5000.00.
Secara langsung, aktiviti Bulan Bahasa Peringkat
Ayat Huraian
Contoh 1 Daerah telah menjadi penandaarasan terbaik bagi
semua persatuan bahasa.
Ayat Simpul
PERENGGAN KETIGA
Ayat Jawapan Selain Bulan Bahasa Peringkat Daerah, persatuan
1 juga menganjurkan satu lagi program mega iaitu
Ayat Contoh program Sedar Diri.
Ayat Huraian 1 Penghasilan buku tentang asal-usul kampung
Jawapan merupakan contoh program berkenaan.

1 Program Sedar Diri bertujuan untuk menyedarkan
ahli tentang asal-usul mereka.

Setiap ahli perlu mengkaji asal-usul nama
kampung mereka supaya mereka menyedari
2 tentang ehwal kampung halaman sendiri. Buku ini
telah dijual sebanyak 1000 naskah dan dijadikan
sumber pendapatan persatuan.
Ringkasnya, program ini merupakan gerakan
1 serampang dua mata yang sangat bermanfaat.

PERENGGAN KEEMPAT
Bukan itu sahaja, satu lagi program mega yang
1 dianjurkan oleh Persatuan Bahasa Melayu ialah
Semarak Peribahasa.
Setiap sudut sekolah yang dilengkapi papan tanda
1 peribahasa merupakan contoh berjayanya
program ini.

1 Program Semarak Peribahasa ini melibatkan
semua murid iaitu mereka perlu menyumbang

61

Ayat Huraian sekeping kad peribahasa yang huruf awalnya
Contoh sama dengan huruf pangkal nama mereka.
Ayat Simpul
Semua murid teruja akan program ini
Ayat Tegasan 1 menyebabkan hampir setiap inci bangunan

Ayat Ajakan sekolah dipenuhi peribahasa.
Dengan adanya program mega ini, sekolah telah
Ayat Harapan 1 menjadi tumpuan guru-guru dan murid-murid
Ayat sekolah lain.
Kesimpulan PERENGGAN PENUTUPAN
Berteraskan laporan Persatuan Bahasa Melayu
1 tentang aktiviti mega yang dianjurkan, terserlahlah
bahawa persatuan ini sungguh dominan dan telah
melaksanakan program yang amat bermanfaat.
Walau bagaimanapun, persatuan masih perlu
1 melipatgandakan usaha agar segala kekurangan
dapat dibaiki demi memartabatkan Bahasa
Melayu.

Selaku setiausaha persatuan, saya berharap agar
1 persatuan ini akan terus berjaya melahirkan ahli-

ahli persatuan yang mempunyai keyakinan diri
yang tinggi.

Sebagai kesimpulannya, persatuan merupakan
1 wadah terbaik untuk melatih murid mencintai

bahasa sendiri.

DOMINAN & TUNJANG
aktiviti mega (4) – dianjurkan (3) – persatuan (12)

UNGKAPAN INDAH

serampang dua mata

KOSA KATA BERDARJAT TINGGI
berdaftar – mengharumkan – menyemarakkan – spesifik – penandaarasan
– dominan – melipatgandakan – bermanfaat - wadah

NILAI - Cintai bahasa

Laporan Aktiviti Mega Persatuan Bahasa Melayu
Sekolah Menengah Kebangsaan Nusa Jaya Tahun 2019

Persatuan Bahasa Melayu merupakan satu daripada persatuan

kokurikulum yang berdaftar di sekolah ini. Persatuan ini

62

mempunyai 80 orang ahli. Menurut Pengetua sekolah ini iaitu Haji
Adam bin Aziz, Persatuan Bahasa Melayu telah mengharumkan
nama sekolah melalui aktiviti mega yang dianjurkan setiap tahun.
Persatuan ini telah mengadakan aktiviti mega sejak tiga tahun lalu
bagi menyemarakkan kecintaan terhadap bahasa. Kini, aktiviti
mega diteruskan dengan sokongan daripada pelbagai pihak. Saya
akan melaporkan aktiviti mega yang telah dianjurkan oleh
persatuan pada tahun ini secara spesifik.

Pada bulan Mac 2019, persatuan telah menganjurkan Bulan
Bahasa Peringkat Daerah. Antara contoh aktiviti dalam program
tersebut ialah pertandingan debat tiga penjuru. Persatuan ini
bertindak sebagai tuan rumah dengan menyediakan pelbagai
keperluan seperti bilik-bilik pertandingan, dewan, hadiah, dan juga
juri. Selain debat tiga penjuru, aktiviti yang menjadi tumpuan ramai
ialah pertandingan balas pantun dan juga drama pentas. Kos bagi
menjayakan program selama sebulan ini berjumlah RM5000.00.
Secara langsung, aktiviti Bulan Bahasa Peringkat Daerah telah
menjadi penandaarasan terbaik bagi semua persatuan bahasa.

Selain Bulan Bahasa Peringkat Daerah, persatuan juga
menganjurkan satu lagi program mega iaitu program Sedar Diri.
Penghasilan buku tentang asal-usul kampung merupakan contoh
program berkenaan. Program Sedar Diri bertujuan untuk
menyedarkan ahli tentang asal-usul mereka. Setiap ahli perlu
mengkaji asal-usul nama kampung mereka supaya mereka

63

menyedari tentang ehwal kampung halaman sendiri. Buku ini telah
dijual sebanyak 1000 naskah dan dijadikan sumber pendapatan
persatuan. Ringkasnya, program ini merupakan gerakan
serampang dua mata yang sangat bermanfaat.

Bukan itu sahaja, satu lagi program mega yang dianjurkan
oleh Persatuan Bahasa Melayu ialah Semarak Peribahasa. Setiap
sudut sekolah yang dilengkapi papan tanda peribahasa
merupakan contoh berjayanya program ini. Program Semarak
Peribahasa ini melibatkan semua murid iaitu mereka perlu
menyumbang sekeping kad peribahasa yang huruf awalnya sama
dengan huruf pangkal nama mereka. Semua murid teruja akan
program ini menyebabkan hampir setiap inci bangunan sekolah
dipenuhi peribahasa. Dengan adanya program mega ini, sekolah
telah menjadi tumpuan guru-guru dan murid-murid sekolah lain.

Berteraskan laporan Persatuan Bahasa Melayu tentang
aktiviti mega yang dianjurkan, terserlahlah bahawa persatuan ini
sungguh dominan dan telah melaksanakan program yang amat
bermanfaat. Walau bagaimanapun, persatuan masih perlu
melipatgandakan usaha agar segala kekurangan dapat dibaiki
demi memartabatkan Bahasa Melayu. Selaku setiausaha
persatuan, saya berharap agar persatuan ini akan terus berjaya
melahirkan ahli-ahli persatuan yang mempunyai keyakinan diri
yang tinggi. Sebagai kesimpulannya, persatuan merupakan
wadah terbaik untuk melatih murid mencintai bahasa sendiri.

64

Disediakan oleh, 3 DISEMBER 2019.

Aisyah Othman____________
(AISYAH BINTI OTHMAN)
Setiausaha,
Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Menengah Kebangsaan Nusa Jaya.

B16: Tuliskan Sepucuk Surat kepada Pihak Berwajib untuk
Menyatakan Pandangan Anda tentang Langkah-Langkah
bagi Menyelesaikan Isu Tanah Terbiar.

Kampung Kuala,
08200 Sik,
Kedah Darul Aman.
____________________________________________________

Pegawai Daerah, 1 JANUARI 2020.
Pejabat Daerah dan Tanah Sik,
08200 Sik,
Kedah Darul Aman.

Tuan,
Langkah-langkah bagi Menyelesaikan Isu Tanah Terbiar
Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas. Tanah terbiar
ialah tanah pertanian yang tidak diusahakan selama tiga tahun

65

berturut-turut. Menurut Datuk Salahuddin Ayub iaitu Menteri
Pertanian dan Industri Asas Tani, pada tahun 2019 terdapat
103,563 hektar tanah terbiar di negara ini. Dulu, kuantiti tanah
terbiar tidak banyak kerana penduduk menjadikan pertanian
sebagai sumber pendapatan. Kini, jumlah keluasan tanah terbiar
semakin bertambah berpunca daripada gaya hidup masyarakat
yang berubah. Saya akan mengesyorkan langkah-langkah bagi
menyelesaikan isu tanah terbiar untuk tindakan pihak tuan.

2. Pada hemat saya, isu tanah terbiar dapat diselesaikan melalui
peruntukan undang-undang. Kajian semula undang-undang sedia
ada tentang tanah terbiar merupakan contoh peruntukan undang-
undang bagi mengelakkan pembaziran tanah. Peruntukan undang-
undang bagi meminimumkan kuantiti tanah terbiar dilihat efektif
supaya pemilik tanah tidak mensia-siakan tanah. Kajian semula
undang-undang tersebut juga sangat penting bagi membolehkan
pihak berkuasa mengambil dan memajukan tanah yang tidak
diusahakan. Oleh itu, saya yakin bahawa peruntukan undang-
undang mampu menyelesaikan isu tanah terbiar.

3. Selain itu, saya percaya bahawa isu tanah terbiar dapat
diselesaikan dengan cara pemberian anugerah kepada pemilik
tanah pertanian. Menyifarkan cukai tanah pertanian merupakan
contoh anugerah berkenaan yang pasti menggembirakan pemilik

66

tanah. Pemberian ini perlu diuar-uarkan melalui pelbagai media
supaya langkah ini mendapat respons positif. Pengecualian cukai
tanah tentulah akan merancakkan industri pertanian dalam tempoh
panjang. Tegasnya, pemberian anugerah kepada pemilik tanah
terbiar merupakan langkah bijak bagi menyelesaikan isu tanah
terbiar.

4. Seterusnya, isu tanah terbiar juga dapat diatasi dengan cara
pengamalan konsep pertanian merupakan perniagaan. Antara
contoh terbaik ketika memperkatakan perkara ini ialah pihak
berautoriti membantu pengusaha tanah untuk memasarkan hasil
pertanian. Konsep yang dimaksudkan itu membolehkan pemilik
tanah menjadikan pertanian sebagai sumber rezeki. Bantuan
kerajaan itu akan memberikan rangsangan kepada pemilik tanah
untuk menjana pendapatan melalui pertanian. Oleh itu, terserlah
bahawa pengamalan konsep pertanian merupakan perniagaan
dapat menjadi mangkin untuk menyelesaikan isu tanah terbiar.

5. Diskusi yang menarik tentang langkah-langkah bagi
menyelesaikan isu tanah terbiar membuktikan bahawa isu ini perlu
ditangani dengan sebaik-baiknya. Langkah hati-hati perlu diambil
oleh pihak kerajaan seperti menarik rambut dari dalam tepung bagi
menyelesaikan isu ini kerana alang-alang berdakwat biarlah hitam.
Masyarakat mengharapkan supaya tanah terbiar dapat
dimanfaatkan bagi menghasilkan produk pertanian. Sebagai

67

intihanya, konsensus antara pemilik tanah dengan pihak kerajaan
perlu dijana supaya keputusan yang diambil untuk memajukan
tanah terbiar akan menguntungkan kedua-dua pihak.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menjalankan amanah,

Abu Ali_______
(ABU BIN ALI)
Wakil Penduduk,
Kampung Kuala,
08200 Sik,
Kedah Darul Aman.

B17: Anda sangat Berminat dalam Bidang Permotoran dan
Berhasrat untuk Membina Industri Tersebut.
Tuliskan Sepucuk Surat kepada Rakan Anda untuk
Menyatakan Impian Anda.

No 151 Taman Jerai Height,
08300 Gurun,
Kedah Darul Aman.

3 Januari 2020.

Menemui sahabatku Zainab yang kini berada di Kuala Lumpur.
Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk menyatakan minat

68

saya dalam industri permotoran. Industri permotoran yang
dimaksudkan ini ialah perkara yang berkaitan dengan motosikal.
Pelumba Moto2 negara, Khairul Idham Pawi mengatakan bahawa
bidang ini dapat mengubah kehidupan seseorang. Saya sangat
berminat dalam bidang ini sejak kecil setelah melihat perlumbaan
motosikal dengan mata kepala sendiri. Kini, majalah yang
berkaitan dengan permotoran menjadi pilihan saya. Saya
bercadang untuk membina industri permotoran di kampung saya.

Saudari Zainab,
Bagi menjayakan impian untuk membina industri permotoran,

saya perlu mempunyai wawasan yang jauh. Saya akan
menyediakan perancangan strategik jangka panjang sebagai
contoh wawasan jauh yang saya miliki. Pada hemat saya, dalam
industri permotoran, tempoh terbaik untuk berjaya secara tekal
ialah 20 tahun. Kertas kerja perancangan yang saya sediakan akan
merangkumi tempoh tersebut supaya pembinaan industri
permotoran itu menjadi tersusun. Oleh itu, ternyatalah bahawa
saya perlu mempunyai wawasan yang jauh bagi merealitikan
impian saya agar berjaya dalam bidang permotoran

Selain itu, pelibatan menyeluruh masyarakat juga merupakan
jalan untuk menjayakan impian saya membina industri permotoran
di tempat saya. Membuka peluang pekerjaan kepada anak
tempatan merupakan contoh pelibatan menyeluruh masyarakat.

69

Saya akan melibatkan pelbagai golongan masyarakat dalam
projek mega ini. Keutamaan akan diberikan kepada anak tempatan
untuk mengisi jawatan penting atau pekerja biasa. Oleh hal yang
demikian, jelaslah bahawa pelibatan menyeluruh masyarakat
merupakan langkah penting untuk memastikan impian bagi
membina industri permotoran berjaya direalisasikan.

Di samping itu, bagi menjayakan impian saya membina
industri permotoran, saya akan memberi keutamaan kepada minat
anak muda. Sebagai contohnya, anak muda di kawasan saya
meminati bidang lumba motosikal, maka saya akan membina trek
perlumbaan motosikal. Kehendak dan kecenderungan mereka
akan saya dengar dan tunaikan. Trek perlumbaan motosikal yang
menjadi minat anak muda akan dapat mengurangkan aktiviti
perlumbaan haram. Oleh itu, ternyatalah bahawa pembinaan
industri permotoran yang menjadi impian saya selama ini akan
berhasil jika saya memberi keutamaan kepada minat anak muda.

Saudari Zainab yang diingati,
Berdasarkan cadangan bagi menjayakan impian saya

membina industri permotoran, ternyatalah bahawa projek ini
bukanlah mudah. Pujangga berkata bahawa, jika anda gagal
merancang bermakna anda merancang untuk gagal. Saya perlu
mendengar nasihat daripada pelbagai pakar supaya tidak berlaku
peristiwa yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Saya

70

berharap agar peribahasa serumpun bagai serai seikat bagai sirih
dapat saya jadikan konsep kerja sepasukan. Sebagai
kesimpulannya, saya perlu berlapang dada apabila impian ini
terlaksana kerana semua pihak berhak menikmati kejayaan ini.

Sekian, terima kasih sahabatku.

Sahabatmu,
Munir bin Ahmad

B18: Tuliskan Teks Syarahan tentang Langkah-Langkah bagi
Mempromosikan Kelab Sukan di Sekolah.

Salam sejahtera kepada Yang Berusaha Tuan Pengetua dan
hadirin. Saya akan menyampaikan syarahan tentang langkah-
langkah bagi mempromosikan kelab sukan di sekolah. Kelab
sukan merupakan pertubuhan kokurikulum. Murid diwajibkan
menyertai kelab ini. Menurut Tuan Zainal Abas iaitu Pengarah
Bahagian Kokurikulum, penyertaan murid dalam kelab sukan
dapat meningkatkan kecergasan. Sejak dulu, kelab ini sentiasa
mendapat sambutan. Kini, kelab sukan semakin berlumba-lumba
mencari jalan untuk merancakkan aktiviti. Persoalannya, apakah
langkah-langkah bagi mempromosikan kelab sukan di sekolah?

Perancangan aktiviti yang menarik merupakan elemen
penting bagi mempromosikan kelab sukan di sekolah. Sebagai
contohnya, aktiviti yang dirancang merangkumi aktiviti luaran.

71

Murid akan teruja apabila melihat perancangan aktiviti yang
berteraskan prinsip tak kenal maka tak cinta. Langkah ahli
jawatankuasa mempromosikan aktiviti luaran dianggap sebagai
nafas baharu kepada murid kerana mereka semakin berminat
dengan aktiviti luaran. Oleh itu, jelaslah bahawa perancangan
aktiviti yang menarik adalah penting untuk mempromosikan kelab
sukan di sekolah.

Hadirin yang dihormati,
Selain itu, kedudukan kewangan yang kukuh merupakan

perkara penting bagi mempromosikan kelab sukan di sekolah.
Yuran rendah yang dikenakan kepada ahli boleh dijadikan contoh
yang menunjukkan kelab sukan berkenaan mempunyai sumber
kewangan tersendiri. Kewangan merupakan asas penting untuk
melaksanakan aktiviti kelab. Yuran yang rendah pula akan menjadi
daya tarikan kerana kebanyakan murid mempunyai wang yang
terhad. Oleh hal yang demikian, ternyatalah bahawa promosi
tentang kedudukan kewangan kelab yang kukuh akan menjadi
inspirasi kepada murid untuk menyertai kelab sukan.

Seterusnya, langkah bagi mempromosikan kelab sukan di
sekolah adalah dengan menjadikan pendekatan didik hibur
sebagai tunjang aktiviti. Antara contoh pendekatan didik hibur ialah
jawatankuasa boleh mengadakan pertandingan sukan antara
kelas. Pendekatan didik hibur ialah aktiviti yang mencabar tetapi

72

menggembirakan ahli. Pertandingan permainan antara kelas yang
dilakukan sepanjang tahun akan menguatkan persahabatan dan
menimbulkan keceriaan. Oleh itu, ternyatalah bahawa promosi
tentang pendekatan didik hibur mampu menarik murid menyertai
kelab sukan di sekolah.
Rakan-rakan yang dihormati,

Bersumberkan hematan saya tentang langkah-langkah bagi
mempromosikan kelab sukan di sekolah, ternyatalah bahawa
usaha sedemikian perlu dijana. Komitmen yang bersungguh-
sungguh perlu dilakukan oleh pemimpin kelab untuk menarik lebih
ramai murid kerana yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih
tidak datang melayang. Kerajaan meletakkan harapan yang tinggi
terhadap murid sekolah agar terus aktif dalam kokurikulum bagi
meningkatkan kualiti diri mereka. Sebagai kesimpulannya,
keaktifan dalam kelab sukan akan menjadikan murid lebih berdaya
saing dan muncul sebagai warganegara yang hebat.

Sekian, terima kasih.

Awan gelap terkumpul akan menurunkan hujan, akhirnya
menghasilkan pelangi. Itulah kehidupan yang bermula dengan
kesusahan dan jerih-perih. Segala kesusahan akan berakhir dengan
kejayaan jika kita tekun, sabar, dan ikhlas ketika melalui ranjau
kehidupan ini. MUNSYI NORMIZAH MIHAT – GURU CEMERLANG

73

B19: Tuliskan Rencana tentang Prinsip Hotel Hijau.

Prinsip Hotel Hijau
Oleh : Adam bin Malik

Hotel hijau merujuk industri perhotelan yang mementingkan
konsep mesra alam. Hotel hijau memberikan peluang kepada
pelancong untuk meneroka landskap semula jadi Malaysia bagi
menikmati udara bersih. Menteri Pelancongan, Seni, dan Budaya,
Tuan Mohamaddin Ketapi mengatakan bahawa hotel hijau menjadi
bukti betapa Malaysia tidak pernah memandang sebelah mata
terhadap kepentingan alam sekitar. Hakikatnya, hotel hijau telah
mula bertapak di Malaysia sejak dua dekad lalu. Kini, hotel hijau
semakin menjadi pilihan pelancong. Sebagai persoalannya,
apakah prinsip-prinsip hotel hijau?

Prinsip utama hotel hijau ialah pengurangan karbon. Antara
contoh amalan yang dipraktikkan oleh hotel hijau ialah pihak hotel
menggunakan lampu jimat tenaga serta bumbung lut cahaya yang
dapat menerangi koridor bilik seterusnya mengurangkan
pengeluaran karbon. Karbon merupakan sejenis gas yang
dikeluarkan melalui beberapa sumber seperti pembakaran sumber
tenaga. Penggunaan lampu jimat tenaga secara menyeluruh di
hotel hijau akan dapat meminimumkan pengeluaran karbon
dioksida. Oleh itu, amat jelas bahawa prinsip pengurangan karbon
oleh hotel hijau menepati konsep hijau yang sebenar.

74

Selain pengurangan karbon, prinsip hotel hijau yang penting
ialah penjimatan air. Antara contoh penjimatan air yang
dimaksudkan ialah pihak hotel mengitar semula air untuk
kegunaan lain seperti penyiraman pokok dan mencuci lantai.
Penjimatan air bukan sahaja dapat mengurangkan kos operasi
malah dapat mengurangkan risiko kehabisan air dunia. Guna
semula air pula bermakna hotel hijau membantu alam sekitar dan
manusia supaya bertahan lebih lama. Oleh hal yang demikian,
ternyatalah bahawa penjimatan air merupakan prinsip hotel hijau
yang perlu diamalkan secara konsisten.

Selain itu, rekaan dalaman yang mesra alam juga merupakan
prinsip hotel hijau yang sangat penting. Penggunaan peralatan
hiasan dalaman seperti lantai koridor, fabrik, dan tilam yang mudah
degradasi merupakan contoh rekaan dalaman yang mesra alam.
Mesra alam bermaksud sesuatu yang tidak memudaratkan alam
sekitar. Terdapat lantai koridor, fabrik, dan tilam yang mudah
mengalami pereputan dan mampu menyelamatkan ekosistem.
Material ini sentiasa menjadi pilihan pihak pengurusan hotel hijau.
Oleh itu, pengamalan prinsip rekaan dalaman mesra alam oleh
hotel hijau perlu diperkasakan supaya alam sekitar terpelihara.

Bertitik tolak daripada kupasan tentang prinsip-prinsip hotel
hijau, ternyatalah bahawa konsep pelancongan kontemporari ini
perlu dijadikan produk pelancongan era baharu. Kementerian
Pelancongan, Seni, dan Budaya perlu meningkatkan kedayaan

75

hotel konvensional supaya mereka dapat beralih kepada konsep
hotel hijau. Generasi masa depan tentulah berharap supaya
generasi kini dapat menjaga alam sekitar sebaik-baiknya melalui
pelbagai platform. Sebagai kesimpulannya, hotel hijau merupakan
indikator penting bahawa Malaysia mampu memenuhi aspirasi
Pertubuhan Bangsa Bersatu iaitu kehijauan alam.

B20: Tuliskan Rencana tentang Sumbangan Sektor Pertanian
kepada Negara

Sumbangan Sektor Pertanian kepada Negara
Oleh: Aru Anak Limau

Sektor pertanian merupakan aset penting negara. Pertanian boleh
dibahagikan kepada dua bahagian iaitu pertanian sara diri dan
pertanian komersial. Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir
amat menitikberatkan bidang pertanian bagi merealisasikan
matlamat negara menjadi pengeluar hasil pertanian yang utama di
dunia. Sektor pertanian telah diusahakan sejak dulu lagi iaitu pada
pada zaman paleolitik. Pada era ini, bidang pertanian menjadi anak
emas kerajaan dengan membantu petani dari segi bantuan baja,
benih dan khidmat nasihat. Persoalannya, apakah sumbangan
sektor pertanian ini kepada negara?

Sektor pertanian banyak membantu dalam menjana ekonomi
negara. Sebagai contohnya, aktiviti pengeksportan hasil pertanian

76

negara ke seluruh pelosok dunia seperti sawit memberikan laba
berganda kepada negara. Penjanaan ekonomi negara tidak dapat
dipisahkan daripada sektor pertanian sejak sebelum kemerdekaan
lagi. Daripada aktiviti pengeksportan hasil pertanian, kita dapat
melihat betapa hasil pertanian negara yang berkualiti tinggi
mendapat sambutan daripada warga asing. Oleh itu, jelaslah
bahawa sektor pertanian memberikan sumbangan bermakna
kepada negara melalui penjanaan ekonomi.

Selain itu, sektor pertanian dapat memberikan keseimbangan
dari segi penjagaan alam sekitar. Sebagai contohnya, elemen
pertanian seperti tumbuhan menjalar sebagai tanaman tutup bumi,
tumbuhan berakar serabut dan tumbuhan berakar tunjang dapat
mengelakkan kadar hakisan tanah. Penjagaan alam sekitar amat
penting bagi menstabilkan kedudukan muka bumi. Hakisan tanah
yang disebabkan oleh penebangan hutan yang tidak terkawal
boleh menyebabkan pencemaran sungai dan penyebaran wabak
penyakit. Oleh itu, jelaslah bahawa sektor pertanian memberikan
sumbangan dalam aspek penjagaan alam sekitar.

Di samping itu, sektor pertanian dapat memberikan
sumbangan kepada negara dalam konteks penyediaan sumber
makanan. Sebagai contohnya, dengan adanya penanaman padi
di negara ini, kita dapat menggunakan beras tempatan yang lebih
murah dan berkualiti sebagai makanan ruji. Jika sektor pertanian
diabaikan, kita terpaksa mengimport makanan yang berharga

77

mahal dan tiada jaminan kualiti. Penanaman padi juga
menyebabkan rakyat di negara ini tidak pernah terputus makanan.
Maka itu, ternyatalah bahawa penyediaan sumber makanan yang
berkualiti dan murah datangnya daripada sektor pertanian.

Hasil daripada perbincangan yang jelas tentang sumbangan
sektor pertanian kepada negara, jelaslah bahawa bidang ini perlu
dijadikan anak emas. Kerajaan perlu bertindak proaktif dengan
mewartakan kawasan-kawasan tertentu dengan status sebagai
zon pertanian sahaja bagi mengelakkan sebarang projek
pembangunan lain. Masyarakat berharap agar peribahasa sudah
terhantuk baru tengadah tidak akan dihadapi oleh kerajaan apabila
kita berbicara tentang sektor pertanian. Sebagai kesimpulannya,
menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna,
maka kita perlu menjaga sektor pertanian sebaik-baiknya.

B21: Tuliskan Cerpen yang Bertemakan Keanehan

Gunung Itu
Oleh: Arulayee a/l Mariapa

Amar sangat gemar mendaki gunung. Setiap minggu, dia akan
mengemaskan peralatan pendakian untuk memenuhi hobinya itu.
Baginya Gunung Jerai bagaikan buah hatinya. Mak Mah, ibunya
sendiri tidak dapat menahan hasrat Amar. Mak Mah berkeadaan
bagaikan diluah mati emak, ditelan mati bapa. Bagi menjaga hati

78

anak bongsunya, Mak Mah tidak pernah menegur sikap Amar
malah berdoa setiap hari agar anaknya selamat di Gunung Jerai.
Pelbagai cerita aneh yang didengari oleh Mak Mah tentang
Gunung Jerai. Dia berharap agar tiada kejadian buruk akan
menimpa anaknya itu.

Penduduk di taman perumahan berasa aneh dengan fiil
Amar. Dia berjaya mendaki Gunung Jerai dalam tempoh singkat.
Pada hemat mereka, Gunung Jerai yang berketinggian 12
kilometer tidak mungin dapat didaki dalam tempoh 15 minit. Jika
menunggang motosikalpun, mengambil masa setengah jam, inikan
pula berjalan kaki. Pernah suatu masa, beberapa pemuda cuba
mengikut jejak Amar tetapi akhirnya Amar hilang daripada
pandangan mereka. Penduduk di situ berasa aneh dan hal ini
menjadi buah mulut masyarakat setempat. Mereka tidak sabar lagi
untuk mengetahui misteri yang sedang dialami oleh Amar.

Oleh sebab perasaan ingin tahu yang sangat mendalam,
Harun iaitu ketua penduduk di situ telah mengambil langkah awal
untuk menyelidik kegiatan Amar. Dia sungguh terkejut kerana
Amar dilihat sedang makan rumput di bawah sebatang pokok
besar. Bukan sahaja rumput, Amar juga sedang makan cacing
yang sangat banyak. Harun mengeluarkan telefonnya dan
merakamkan aksi Amar. Harun segera menghantar mesej kepada
rakan-rakannya. Dalam tempoh singkat, berita ini menjadi tular ke

79

seluruh negara. Ada netizen yang mempercayai berita ini dan ada
juga yang endah tak endah sahaja.

Setelah orang ramai mengepung Amar, Harun menerpa ke
arah Amar dan cuba menangkapnya. Amar kelihatan tenang dan
mengajak Harun serta orang lain untuk makan bersama-samanya.
Amar memberitahu orang ramai bahawa dia sedang makan nasi
beriani dalca yang dimasak oleh dayang istana. Amar tidak mahu
pulang walaupun diajak berkali-kali. Harun segera menghubungi
Pak Syed supaya mengubati penyakit Amar. Pak Syed ialah tuan
tanah tempat Amar ditemui. Kawasan tersebut dipenuhi dengan
pokok buah-buahan. Pak Syed sangat biasa dengan kawasan dan
situasi di situ.

Pak Syed menggunakan motosikal untuk sampai ke tempat
Amar berada. Ajakan Pak Syed juga tidak dihiraukan oleh Amar.
Harun cuba menunjukkan gambar Amar yang sedang makan
rumput dan cacing. Amar tersedar setelah dijampi dengan ayat-
ayat suci oleh Pak Syed. Dia sendiri terkejut apabila melihat
gambar itu. Dia yakin bahawa yang dimakannya bukan cacing
tetapi nasi beriani dalca. Amar rebah secara tiba-tiba. Penduduk
memapah Amar pulang ke rumah sebelum memanggil ambulans
untuk dibawa ke hospital. Mak Mah berasa lega dan mengadakan
kenduri kesyukuran.

80


Click to View FlipBook Version