The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Menghimpunkan 16 laporan berkenaan slot ceramah sepanjang PTM.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by khaledah86, 2021-07-15 08:48:57

THE UNBREAKABLES - PTM SIRI 2/2021

Menghimpunkan 16 laporan berkenaan slot ceramah sepanjang PTM.

• Bayaran kursus jangka pendek dalam negeri di luar kawasan ibu pejabat.
✓ Elaun makan (jika tidak disediakan)
✓ Bayaran sewa hotel (resit, lojing jika tempat tidak disediakan)
✓ Elaun makan/harian bagi hari perjalanan pergi dan balik
✓ Elaun perjalanan / pengangkutan awam

• Bayaran kursus sambilan
Dalam kawasan ibu pejabat – Elaun RM 3.50 sehari (RM 2.00 untuk makan
dan RM 1.50 perjalanan) sekiranya kemudahan tidak disediakan.
Di luar kawasan ibu pejabat – Elaun RM 4.00 sehari (RM 2.00 untuk makan
dan RM 2.00 perjalanan) dan tidak layak tuntut elaun perjalanan kenderaan
/ pengangkutan awam.

• Bayaran kursus pendek luar negeri
✓ Elaun makan (ikut kadar ditetapkan)
✓ Bayaran sewa hotel & bayaran sewa hotel sehari atau sebelum
selepas kursus (resit, lojing yang ditetapkan jika tidak disediakan)
✓ Elaun pakaian panas (RM 600.00)
✓ Elaun perjalanan pengangkutan awam
1. Pergi & balik dari kediaman ke lapangan terbang (sekali
sahaja).
2. Dari lapangan terbang ke pusat pengajian/tempat tinggal.
3. Dari pusat pengajian ke pejabat sangkut/penyelidikan (jika
ada).
4. Jika ad kerja-kerja luar semasa disangkut, boleh tuntut
perbelanjaan pengangkutan.

KUMPULAN 2|PTM 2/2021 8

PERINTAH AM BAB - C (CUTI)
DEFINISI CUTI TERBAHAGI PADA TIGA
-Tafsiran cuti
*Tempoh seseorang pegawai itu dibenarkan meninggalkan tugasnya.
-Dasar cuti
*sesuatu kemudahan tujuan menambah kecekapan dan kepentingan awam.
-Perkhidmatan yang melayakkan
*kelayakan seseorang kakitangan mendapat cuti dari semasa ke semasa.

CUTI YANG DIBERI KERANA PERKHIDMATAN
*CUTI REHAT
-Cuti Bergaji Penuh yang diberi kerana perkhidmatan yang melayakkan dalam
sesuatu tahun dari bulan Januari dan Disember.
*CUTI SEPARUH GAJI
-Masalah kesihatan anak pegawai berkenaan.
-Kadar 30 hari bagi tiap-tiap satu tahun perkhidmatan.
-mengurangkan kelayakkan cuti rehat.
-Meliputi hari minggu dan kelepasan am adalah dikira sebagai bersambung.
-Meneruskan pembayaran bulanan pinjaman (jika ada)
-Tertakluk kepada peraturaan yang ditetap oleh MARA.
*CUTI TANPA GAJI
-Cuti Tanpa Gaji atas sebab perkara sendiri yang mustahak.

KUMPULAN 2|PTM 2/2021 9

CUTI ATAS SEBAB PERUBATAN
*CUTI SAKIT
-Cuti bergaji penuh atas sebab kecedaraan atau perubatan seseorang pegawai
berkenaan.
-Mengemukan sijil cuti sakit yang disahkan oleh pegawai perubatan.
*CUTI BERSALIN
-Merujuk surat pekeliling perkidmatan MARA BIL. 3/2015 KEMUDAHAN CUTI
MENJAGA ANAK.
*CUTI KUARANTIN
-Merujuk surat pekeliling perkhidmatan MARA BIL.3/2017 KEMUDAHAN CUTI
KUARANTIN.
*CUTI KECEDARAAN
- Cedera semasa menjalankan tugas, cuti sakit habis digunakan ia boleh diganti cuti
sakit tambahan bergaji penuh.
*CUTI TIBI,KUSTA & BARAH
-cuti sakit bergaji penuh tidak melebihi 12 bulan tidak mengira sebarang cuti sakit
yang telah diambilnya kerana penyakit-penyakit lain.
-setelah menghabiskan cuti diatas maka cuti rehat hendaklah diambil yang ia masih
berkelayakkan.
-cuti separuh gaji yang tidak melebihi 6 bulan lagi.
-cuti tanpa gaji yang tidak melebihi 6 bulan dengan dibayar elaun bantuan
*CUTI SAKIT
-Diperakukan oleh Lembaga Perubatan sebagai ada harapan untuk sembuh ia
masih boleh diberikan cuti sakit iaitu secara Cuti Tanpa Gaji tidak melebihi 90 hari
dengan diberi Elaun Bantuan bersamaan separuh gaji. Kemudian cuti sakit lanjutan
ini diberi dalam 1 tahun calendar.

KUMPULAN 2|PTM 2/2021 10

CUTI CUTI LAIN
*Cuti kerana berkursus.
*Cuti haji.
*Cuti kursus sambilan.
*Cuti tanpa rekod.
*Cuti umrah.
CUTI KECEMASAN
*Istilah kecemasan ialah memberi kebenaran pegawai tidak hadir kerja atas sebab-
sebab berlaku bencana alam.(SPPM 14/1987)
PERATURAN PERMOHONAN CUTI TANPA REKOD
*Merujuk surat pekeliling perkhidmatan MARA BIL.31/2010
CUTI UNTUK HADIR DIMAHKAMAH
*Merujuk surat pekeliling MARA BIL. 7/94
KEMUDAHAN ISTERI CUTI BERSALIN
*Merujuk surat pekeliling perkhidmatan MARA BIL. 13/2002
TAMBAHAN CUTI TANPA REKOD
*Sempena Pesta Keamatan Dan Hari Gawai rujuk Edaran BSM100-15/41(363)-
18/5/2017.
*Sempena Perayaan Tahun Baru Siam (Songkran) rujuk Edaran BSM 454-
21/6/2019
*Sempena perayaan good Friday rujuk Edaran 445-18/4/2019
*Sempena Perayaan Deepavali Edaran 422-5/11/2018

KUMPULAN 2|PTM 2/2021 11

PERINTAH AM BAB E RUMAH & BANGUNAN KERAJAAN
*RUMAH KERAJAAN
-Rumah Biasa Kerajaan
-Rumah Khas Jawatan
-Rumah Khas Jabatan
-Kediaman Luar Negeri
-Kediaman Rasmi Penjawat Tinggi Kerajaan
TANGGUNJAWAB PENGUNI
*Patuhi peraturan yang telah ditetapkan dari masa ke semasa.

PERINTAH AM BAB F (KEMUDAHAN PERUBATAN)
*SPPM BIL .14/2010- PERATURAN PERMOHANAN PERBELANJAAN
KEMUDAHAN PERUBATAN.
*SPPM BIL. 27/2010- GARIS PANDUAN KEMUDAHAN KLINIK PANEL MARA.
-Kadar peruntukan perubatan klinik panel setahun status bujang RM 500 &
berkhawin rm 2,000.

KUMPULAN 2|PTM 2/2021 12

Perintah Am Bab – G

Waktu Bekerja & Lebih Masa

• Waktu bekerja fleksi (WBF)

- Dilaksana di semua pusat pentadbiran mara yang sebelum ini

melaksan WBF.

- Hari dan tempoh waktu bekerja

Hari Masuk Keluar
Isnin - Jumaat 7.30 pg – 9.00 pg 4.30 ptg – 6.00 ptg

• Pelaksanaan WBH

Pegawai boleh Tempoh waktu Pelaksanaan Di bulan
memulakan pulang antara kebenaran ramadan
pukul 4.30 ptg - waktu rehat
tugas pada bila- 6.00 ptg apabila pulang awal 1 dikurangkan
bila masa tempoh bekerja jam kepada 30 minit dan
cukup 9 jam. wanita hamil Waktu pulang
antara 7.30 pagi diawalkan 30
- 9.00 pagi jika & suami
adalah minit.
lebih dikira terpakai. Tertakluk
lewat. kepada
kelulusan

PMP.

• Kebenaran Meninggalkan Pejabat 4 jam (urusan peribadi mustahak)
✓ Mengetik waktu masuk 7.30 – 9.00 pagi.
✓ Pelepasan bermula mengikut tempoh pelepasan yang dimohon oleh
pegawai.
✓ Pelepasan bermula pada 9.01 pg dan pulang > 6.00 ptg.

• Kerja Lebih Masa
✓ Sebarang tugas rasmi yang dilakukan di luar giliran / tugas luar

KUMPULAN 2|PTM 2/2021 13

• Keadaan yang membolehkan kerja lebih masa
✓ Dipanggil bertugas dalam kecemasan.
✓ Kerja-kerja yang perlu diuruskan dalam jangkamasa terhad.
✓ Kerja mustahak & tidak boleh ditangguh.
✓ Kerja yang dikehendaki dibuat oleh anggota melebihi daripada
bidang tugas biasanya.

• Jenis Kerja Lebih Masa
✓ Kerja siang (tugas tambahan dibuat di antara 6.00 pg hingga 10.00
mlm)
✓ Kerja malam (Tugas tambahan dibuat di antara 10.00 mlm – 6.00
pg)
✓ Kerja kecemasan (Tugas yang diisytiharkan oleh ketua jabatan
sebagai tugas kecemasan).

KUMPULAN 2|PTM 2/2021 14

IMPAK
• Para pegawai dapat mengikut peraturan-peraturan MARA dari ke semasa.
• Menjadi lebih peka terhadap pekeliling dikeluarkan oleh MARA.
• Para pegawai dapat mengetahui kebajikan & kemudahan MARA telah beri
kepada pegawai yang sah jawatan tetap, kontrak & sambilan.

LAMPIRAN BERKAITAN
Buku Perintah – Perintah Am Dan Arahan Pentadbiran (MAC 2021)

KUMPULAN 2|PTM 2/2021 15

Para Peserta

Disediakan Oleh : Syazwani bt Abd Rahman
Tarikh : Mohammad Ruzainie bin Abu Khalid
: 8 Julai 2021

KUMPULAN 2|PTM 2/2021 16

LAPORAN AKTIVITI
PROGRAM TRANSFORMASI MINDA (PTM) SIRI 2/2021

KUMPULAN 2|PTM 2/2021

LAPORAN AKTIVITI
PROGRAM TRANSFORMASI MINDA (PTM) SIRI 2/2021

SLOT : Larangan Dan Hukuman Tatatertib

MINGGU :1

TARIKH : 7 Julai 2021
MASA : 2.30pm – 5.00pm

PENCERAMAH : Encik Mohd Hidayat Bin Zakaria

TAJUK : (1) Larangan Dan Hukuman Tatatertib

(2) Tatakelakuan Dan Larangan Di Dalam Perkhidmatan

Awam

OBJEKTIF : Peserta dapat memahami perkara yang boleh dilakukakan

dan perkara yang perlu dihindari dalam melaksanakan

tugas sebagai penjawat awam dan sebagai seorang

anggota kerja MARA.

RINGKASAN SLOT

Dalam menjalankan tugas seharian dan tanggungjawab sebagai pegawai MARA, kita
juga tidak terlepas dari melakukan kesilapan yang dapat menjejaskan imej organisasi
serta mengurangkan keberkesanan dalam menjalankan tugas dan amanah yang
diberikan. Bagi membolehkan seorang pegawai MARA atau penjawat awam untuk
sentiasa cekap dan melaksanakan tanggungjawabnya dengan penuh amanah,
tatakelakuan dan peraturan diwujudkan bagi menjadi panduan bagi menghalang
daripada berlakunya penyelewangan, salah guna kuasa, serta wujudnya pegawai
yang membelakangi kepentingan awam bagi kepentingan diri mereka sendiri.

KUMPULAN 2|PTM 2/2021 1

Slot ini juga memfokuskan kepada pemahaman terhadap tatakelakuan yang perlu
diikuti serta jenis-jenis pelanggaran dan hukuman terhadap kesalahan tersebut.
Disamping pembendungan diri dalam melakukan kesalahan, adalah menjadi
tanggungjawab seorang pegawai untuk menyelia daripada berlakunya
pelanggarantatatertib tersebut di kalangan pegawai yang diselianya. Slot ini meliputi
perkara –perkara berikut:

a) Kepentingan Kawalan Tatatertib
Kawalan tatatertib dan peraturan yang ditetapkan adalah penting bagi
membolehkan pegawai untuk melaksanakan amanah yang
dipertanggungjawab kepadanya dengan baik, menjaga kepentingan awam
daripada kepntingan diri, pencegahan daripada melakukan kesalahan serta
menjadi indikator hukuman terhadap pesalahlaku.

b) Peraturan Tatatertib & Pelanggaran Tatatertib
Peraturan tatatertib bagi penjawat awam adalah tertakluk kepada Akta
Badan-Badan Berkanun (Tatatertib & Surcaj) 2000, Akta 605. Akta ini
menggariskan tatatertib yang perlu dilaksanakan serta kesalahan jenis-jenis
pelanggaran tatatertib oleh seorang penjawat awam dalam menjalankan
tugas dan amanah yang diberikan padanya. Selain itu juga, Surat
Perkeliling Perkhidmatan MARA (SPPM) juga mengariskan panduan yang
menyokong akta ini secara terperinci. Antara peraturan yang digariskan di
bawah akta dan SPPM ini adalah:

• Sentiasa memberikan taat setia kepada yang Dipertuan Agong,
Negara dan Kerajaan.

• Tidak membelakangi tugas awam bagi kepentingan peribadi
• Tidak menyebabkan kepentingan peribadi bercanggah dengan tugas

awam
• Tidak menggunakan kedudukan jawatan bagi kepentingan peribadi
• Tidak berkelakuan memburukan atau melakukan sesuatu yang boleh

mencemarkan nama baik badan berkanun
• Tidak mempunyai keberhutangan yang tinggi

KUMPULAN 2|PTM 2/2021 2

c) Jenis Hukuman Tatatertib Dan Implikasinya
Hukuman bagi pelaku pelanggaran tatatertib meliputi:
• Amaran
• Denda
• Lucut hak emolument
• Tangguh pergerakan gaji
• Turun gaji
• Turun pangkat
• Buang kerja

Selain dari itu juga hukuman denda tatatertib yang diterima oleh
pesalahlaku juga akan menyebabkan dirinya tidak layak untuk
dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat bagi suatu tempoh masa serta turut
ditentukan oleh jenis denda yang diterima.

d) Dasar Pemisah (Exit Policy) Bagi Pegawai Berprestasi Rendah Dalam
Perkhidmatan MARA
Dasar pemisah ini adalah mengikut Surat Perkeliling Perkhidmatan MARA
Bil. 9/2017, dasar pemisah boleh dipertimbangkan bagi pegawai yang
mempunyai markah rendah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT)
kurang dari 60%

• Pegawai lantikan tetap yang telah disahkan dalam perkhidmatan
mempunyai markah LNPT kurang dari 60% boleh dikenakan
tindakan denda atau hukuman iaitu amaran, denda (surcaj), lucut
hak emolumen, tangguh pergerakan gaji, turun gaji, turun pangkat
dan buang kerja.

• Pegawai lantikan tetap yang belum disahkan dalam perkhidmatan
juga boleh diberhentikan perkhidmatannya jika menunjukkan
prestasi yang rendah.

KUMPULAN 2|PTM 2/2021 3

e) Statistik Kesalahan Tatatertib Di Kalangan Pegawai MARA
Statistik tatatertib menunjukkan peningkatan salahlaku gangguan seksual
dikalangan Pegawai MARA. Statistik juga menunjukkan kes tertinggi bagi
kesalahan tatatertib berlaku di MRSM, diikuti oleh KPTM dan KKTM. Ini
adalah berikutan peningkatan kes salahlaku gangguan seksual yang
berlaku di pusat tersebut, serta peningkatan kesedaran orang ramai untuk
berani menampilkan diri untuk melaporan kes ini.

IMPAK Peserta dapat memahami peraturan dan kepentingannya dalam
• membendung diri dan pegawai di bawah seliannya dari melakukan
kesalahan tatatertib.
• Perserta dapat menghindarkan diri dan menjadikan kes-kes kesalahan
tatatertib yang telah berlaku sebagai iktibar untuk tidak melakukan
• kesalahan yang sama
Peserta dapat meningkatkan pemahaman terhadap hukuman dan
implikasinya terhadap mereka jika terlibat dengan pelanggaran tatatertib

Disediakan Oleh:
Muhammad Farouk Manaf Bin Isha
Mohamad Nasir bin Bakar
7 JULAI 2021

KUMPULAN 2|PTM 2/2021 4

LAMPIRAN BERKAITAN

Penceramah: En. Mohd Hidayat Bin Zakaria

Statisktik Tatatertib

KUMPULAN 2|PTM 2/2021 5

LAPORAN AKTIVITI
PROGRAM TRANSFORMASI MINDA (PTM) SIRI 2/2021

KUMPULAN 2|PTM 2/2021

LAPORAN AKTIVITI
PROGRAM TRANSFORMASI MINDA (PTM) SIRI 2/2021

SLOT : Pengurusan Kewangan

MINGGU :2

TARIKH : 12 Julai 2021
MASA : 2.30 petang – 4.30 petang

PENCERAMAH : Ustaz Asri Bin Hassan

TAJUK : Pengurusan Kewangan

OBJEKTIF : 1. Memberi kefahaman dan meningkatkan pengetahuan

peserta terhadap kaedah mengurus kewangan dengan

berkesan.

2. Memahami cara yang efektif dan tersusun bagi mengawal

kewangan.

3. Mempertingkatkan kemahiran dan kefahaman berkaitan

akauntabiliti dalam pengurusan kewangan bukan sahaja

untuk organisasi tetapi untuk diri sendiri.

4. Memahami dan mengenalpasti punca masalah

pengurusan kewangan dan membuat perancangan

kewangan bagi mengelakkan masalah keberhutangan.

KUMPULAN 2|PTM 2/2021 1

RINGKASAN SLOT
1. Kepentingan Pengurusan Kewangan

Slot ini menerangkan betapa pentingnya setiap individu memahami konsep
pengurusan kewangan dengan baik dan berkesan. Setiap pegawai MARA perlu
mempunyai perancangan pengurusan kewangan yang baik bagi mengelakkan
masalah keberhutangan yang serius.

Antara langkah-langkah yang boleh dibuat untuk mengelakkan masalah
keberhutangan ialah :

▪ Pendidikan Kewangan
Meningkatkan ilmu dan kemahiran untuk membuat keputusan
menguruskan kewangan yang baik.

▪ Literasi Kewangan
Belajar untuk membiasakan diri dengan kesedaran, ilmu, kemahiran dan
sikap yang diperlukan untuk setiap keputusan kewangan yang bijak.

▪ Simpanan Dan Belanjawan
Mempunyai simpanan kewangan secara berdisiplin dan bijak
menguruskan perbelanjaan supaya dapat mengatasi situasi yang tidak
terjangka.

Kebanyakan individu merasa dimana semakin rendah tahap pendidikan satu isi
rumah maka semakin kurang tahap pengetahuan tentang pengurusan kewangan
mereka. Tetapi ia menunjukkan bahawa pengurusan kewangan sebenarnya tidak
mengenal erti tahap pengetahuan seorang individu tentang kewangan.

KUMPULAN 2|PTM 2/2021 2

2. Merancang Untuk Pesaraan
Kebanyakan pesara MARA hanya mampu bertahan selama 2 tahun sahaja
dengan wang persaraan mereka. Perkara ini mungkin berpunca dari kekurangan
ilmu untuk menguruskan kewangan. Sebagai seorang pegawai MARA, perlu untuk
kita mengurus dan merancang kewangan selepas persaraan bagi mengelakkan
kita menghadapi masalah kewangan selepas bersara.
Di antara perancangan selepas bersara yang sesuai untuk dilakukan adalah :
• Mencebur diri dalam pelaburan yang akan menghasilkan keuntungan yang
berterusan.
• Memilih untuk melakukan perniagaan yang bersesuaian.

3. Cara Mengira Baki Gaji
Perkongsian cara pengiraan baki gaji untuk para peserta adalah seperti berikut :
i. Jumlah potongan ditambah dengan potongan positif (potongan yang
boleh diambil semula contohnya, potongan tabung haji, potongan
BUKM atau lain-lain)
ii. Jumlah yang baru, didarabkan dengan 100 dan dibahagi dengan
jumlah pendapatan.
iii. Jika jumlah peratusan gaji atas dari 40% ia merupakan peratusan gaji
ideal.

KUMPULAN 2|PTM 2/2021 3

Contoh Pengiraan (Rujuk Penyata Gaji) :

ditambah Jumlah Gaji Bersih RM1,837.00
potongan positif
Contoh : RM3.00
RM6.00
Badan Ugama RM10.00
KEKAM RM100.00
Khairat Kematian RM1,956.00
Tabung Haji

Baki Baru didarab RM 1956.00
dengan 100 x 100

= RM195,600.00

Bahagi dengan RM 195,600.00
pendapatan kasar / RM2472.00

= 79%

IMPAK

1. Peserta lebih mengetahui kadar keberhutangan diri sendiri.
2. Peserta tahu untuk melakukan pengiraan baki gaji dalam menguruskan

kewangan.
3. Peserta memahami bahawa pengurusan kewangan adalah sangat penting bagi

menjamin masa hadapan sebagai pegawai MARA.

KUMPULAN 2|PTM 2/2021 4

LAMPIRAN BERKAITAN

Disediakan Oleh:

1. Hasrizal Bin Mat Rozi
2. Nurul Khaledah Binti Ismail

12 Julai 2021

KUMPULAN 2|PTM 2/2021 5

LAPORAN AKTIVITI
PROGRAM TRANSFORMASI MINDA (PTM) SIRI 2/2021

KUMPULAN 2|PTM 2/2021

LAPORAN AKTIVITI
PROGRAM TRANSFORMASI MINDA (PTM) SIRI 2/2021

SLOT : Integriti Dan Rasuah

MINGGU :2

TARIKH : 12 Julai 2021
MASA : 11.00 pagi – 1.00 petang

PENCERAMAH : Puan Haznita Binti Hashim

TAJUK : Integriti Dan Rasuah

OBJEKTIF : 1. Memahami fungsi Unit Integriti MARA dan definisi

sebenar integriti.

2. Membudayakan nilai integriti dalam pekerjaan sebagai

penjawat awam khususnya dan seorang pegawai MARA

amnya.

3. Menghindarkan diri daripada melakukan rasuah,

penyalahgunaan kuasa dan penyelewangan.

KUMPULAN 2|PTM 2/2021 1

RINGKASAN SLOT
• Unit Integriti MARA

Unit Integriti MARA ditubuhkan dengan tujuan mengawal kualiti perkhidmatan
dan menguruskan isu-isu berkaitan Integriti dalam MARA.

Enam fungsi yang menggerakkan Unit Integriti MARA dalam mengawal kualiti
perkhidmatan iaitu :

i. Tadbir Urus
Pengawalan salah guna kuasa, penyelewengan dan isu-isu rasuah
menggunakan peraturan dan prosedur.

ii. Pengukuhan Integriti
Pembudayaan integriti dan nilai-nilai murni dengan mengadakan
program untuk menyebarkan kesedaran kepada semua pegawai
MARA.

iii. Pengurusan Aduan
Menerima dan menguruskan aduan berkenaan integriti.

iv. Pematuhan
Memastikan setiap bahagian dan pusat mematuhi segala prosedur
dan peraturan yang disediakan.

v. Pengesanan dan Pengesahan
Mengesan sumber dan mengesahkan maklumat yang diterima
sebelum melakukan siasatan.

vi. Tatatertib
Melakukan penilaian dengan kerjasama antara Unit Integriti MARA
dan Bahagian Sumber Manusia MARA (BSM).

KUMPULAN 2|PTM 2/2021 2

• Integriti

Slot ini menerangkan dengan jelas berkenaan definisi Integriti. Dalam erti kata
mudah integriti membawa maksud yang baik dan murni pada setiap individu
dan organisasi. Pegawai MARA perlu seiringkan integriti dan ilmu supaya ia
berguna. Setiap individu perlu mengetahui bahawa sebagai kakitangan MARA
juga adalah sebagai pemimpin yang perlu bertanggungjawab ke atas setiap
perkara, perlakuan, dan pekerjaan.

Integriti berkait rapat dengan rezeki. Jika rezeki yang diperolehi dengan tidak
jujur, ianya akan mempengaruhi urusan harian seorang pegawai MARA. Setiap
perkara mempunyai cabaran tersendiri begitu juga Integriti. Di antara cabaran
terbesar integriti ialah rasuah.

• Rasuah

Sebagai seorang penjawat awam dan pegawai MARA, kita mestilah berpegang
teguh pada integriti bagi menghindari rasuah. Punca utama rasuah berlaku
dalam organisasi adalah kerana tiada Integriti dalam diri individu.

Rasuah atau sogokan adalah pemberian atau penerimaan kepada seorang
individu berkenaan tugas rasminya samada untuk melakukan atau tidak
melakukan. Ianya merupakan jenayah yang harus dibenteras, kerana akan
merosakkan suatu organisasi.

Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan terjadinya rasuah seperti :

i. Peluang
Bila terdapat peluang untuk melakukan.

ii. Tamak
Sikap individu yang menginginkan sesuatu yang mewah.

iii. Rasionalisasi
Bila merasa keuntungan boleh dimiliki dengan cara muda

KUMPULAN 2|PTM 2/2021 3

Laporan atau aduan perlu dilakukan sekiranya terdapat pegawai MARA atau
diri sendiri ditawarkan rasuah. Sekiranya gagal membuat laporan terdapat
hukuman yang akan dikenakan iaitu:

▪ Denda kurang dari RM 100,000 atau,
▪ Penjara kurang dari 10 tahun atau,
▪ Kedua-duanya sekali

IMPAK
1. Peserta akan lebih memahami apa itu integriti dalam menjalankan tugas harian
dan dapat menjaga mutu perkhidmatan sebagai pegawai MARA.
2. Peserta dapat membezakan antara urusan kerja yang melibatkan integriti atau
rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan.
3. Peserta juga dapat meningkatkan kefahaman berkaitan polisi tanda hadiah
melalui penerangan dan contoh yang jelas.
4. Peserta juga perlu melaporkan segala aktiviti yang mempunyai elemen rasuah,
salah guna kuasa dan penyelewengan.

KUMPULAN 2|PTM 2/2021 4

LAMPIRAN BERKAITAN

Disediakan Oleh:
1. Nurul Khaledah Binti Ismail
2. Hasrizal Bin Mat Rozi

12 Julai 2021

KUMPULAN 2|PTM 2/2021 5

LAPORAN AKTIVITI
PROGRAM TRANSFORMASI MINDA (PTM) SIRI 2/2021

KUMPULAN 2|PTM 2/2021

LAPORAN AKTIVITI
PROGRAM TRANSFORMASI MINDA (PTM) SIRI 2/2021

SLOT : Jati Diri Unggul

MINGGU :2

TARIKH : 12 Julai 2021 (Isnin)
MASA : 8.30 pagi – 10.30 pagi

PENCERAMAH : Dr. Zulkifli Bin Hussain @ Mat Hassan

TAJUK : Jati Diri Unggul

OBJEKTIF : 1. Memberi kefahaman kepada peserta untuk menjadi

lebih mahir dan bertanggungjawab.

2. Memberi kesedaran kepada peserta akan

tanggungjawab yang dipikul sebagai pekerja terhadap

diri, keluarga dan rakan sekerja.

3. Meningkatkan kemahiran mengawal diri serta

kemahiran membuat keputusan supaya dapat

memberi keseimbangan dalam pekerjaan mahupun

kehidupan seharian.

RINGKASAN SLOT
Dalam pada waktu pandemik ini, boleh dikatakan setiap sektor pekerjaan diarahkan
untuk Bekerja Dari Rumah (BDR) bagi memutuskan rantaian penularan wabak Covid-19.
Justeru, bagi memastikan penyampaian perkhidmatan berada pada tahap efektif, setiap
pekerja haruslah lebih peka dan tidak mengambil kesempatan demi menjalankan
amanah serta tugas yang diberi. Kita haruslah bertanggungjawab dan sentiasa bersedia
walaupun bekerja dari rumah untuk memberi maklum balas sekiranya mendapat
panggilan ataupun email daripada majikan.

KUMPULAN 2|PTM 2/2021 1

Cara Berkomunikasi :
• Pasif (Diri Menderita)
Seseorang yang tidak tahu untuk menolak ajakan walaupun mengetahui perkara
itu tidak baik tetapi sanggup demi seseorang walaupun akibatnya boleh
memudaratkan diri sendiri.

• Agresif (Orang Lain Menderita)
Tidak dapat membantu ataupun memberi pendapat apabila rakan sekerja
memerlukan bantuan sehingga menyebabkan kesusahan.

• Asertif (Semua Puas)
Bukan sekadar boleh menolak ajakan malah cuba membantu dalam
menyelesaikan masalah rakan sekerja.

Parent ego-state
Seseorang yang tergolong dalam jenis ini biasanya dianggap seperti ibu bapa yang
sentiasa mengatur dan mengarah apa saja untuk dilakukan.
Contohnya seperti memberi tugasan serta arahan dengan tegas.

Adult ego-state
Matang dalam cara berfikir ataupun menguruskan sesuatu hal.
Fokus dan sentiasa memberi komitmen dalam menyelesaikan tugas yang diberi.

Child ego-state
Seseorang yang inginkan sesuatu sentiasa berusaha dan mendapatakan walau apa cara
sekalipun.
Tingkah laku yang tidak matang serta bertindak melulu apabila berdepan dengan segala
situasi tanpa memikirkan kesan baik ataupun buruk dalam setiap hal.

KUMPULAN 2|PTM 2/2021 2

IMPAK
• Peserta perlu meletakkan Allah SWT sebagai sandaran kerana jika meletakkan
sandaran pada manusia, manusia akan mati. Manakala apabila meletakkan
sandaran pada pangkat, pangkat tidaklah akan kekal selamanya.
• Peserta juga haruslah menyayangi diri sendiri lebih daripada yang lain,dan
janganlah terlalu meletakkan kerja sabagai keutamaan melebihi kemampuan.
Haruslah sentiasa seimbang antara pekerjaan dengan diri sendiri.
• Peserta dapat memahami bahawa emosi kita adalah pilihan kita.

LAMPIRAN BERKAITAN

KUMPULAN 2|PTM 2/2021 3

Disediakan Oleh;
1. Norsyafinah Binti Abdul Rani
2. Hasrizal Bin Mat Rozi

KUMPULAN 2|PTM 2/2021 4

LAPORAN AKTIVITI
PROGRAM TRANSFORMASI MINDA (PTM) SIRI 2/2021

KUMPULAN 2|PTM 2/2021

LAPORAN AKTIVITI
PROGRAM TRANSFORMASI MINDA (PTM) SIRI 2/2021

SLOT : BKKP

MINGGU :2

TARIKH : 13 JULAI 2021
MASA : 8.30 PAGI – 10.30 PAGI

PENCERAMAH : PUAN FRUDZIETAH BINTI KHAMIS (BKOM)

TAJUK : PENGURUSAN PELANGGAN

OBJEKTIF :

1. Memahami dan memenuhi kehendak pelanggan melalui

perkhidmatan yang diberikan.

2. Meningkatkan imej organisasi dalam hubungan pengurusan

pelanggan yang cemerlang.

RINGKASAN SLOT
➢ Segala maklumat, aduan awam & permohonan boleh diperolehi melalui atas
talian (MARA Callcenter) dan MARA menyediakan kaunter perkhidmatan untuk
memberi maklumat kepada pelanggan secara terus.

Isi-isi kandungan :

1. Khidmat Pengurusan Pelanggan yang terbaik bagi melambangkan Muka
Depan sesuatu organisasi perlu dilengkapi dengan tiga bahagian seperti :
o Fizikal – kondusif dan selesa
o Emosi - Hormat Pelanggan
o Penyampaian – Pegawai yang bertugas perlu responsif dengan cepat
dan tepat

KUMPULAN 2|PTM 2/2021 1

2. Ciri – ciri Piagam Pelanggan:
o Boleh ditambah baik
o Jelas
o Kebolehpercayaan
o Khusus
o Praktikal

3. Pelanggan harus ingat bahawa tarikh 14 hari yang dikira untuk proses bayaran
apabila dokumen lengkap bukan pada tarikh dokumen dihantar.

4. Pengurusan Prestasi terbahagi kepada tiga iaitu Pemantauan, Penilaian
Prestasi Perkhidmatan dan Mekanisme Pelaporan.

5. Kaedah yang dijalankan bagi meningkatkan kualiti kepada staff yang
dipertanggungjawabkan di bahagian khidmat pelanggan:

a. Latihan - Kemahiran komunkasi dan hubungan pelanggan yang
berkesan

b. Pembangunan diri yang meliputi pembentukan sikap dan
kecemerlangan kerja, motivasi, keterampilan, pengurusan emosi serta
ketahanan mental.

6. Program Aduan Awam dikendalikan oleh Bahagian Sumber Manusia MARA
bagi aduan tatatertib kakitangan manakala Unit Integriti dan BKOM
mengendalikan aduan yang lain.

7. Pada tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), BKOM telah melaksanakan
beberapa pelaksanaan bagi memudahkan capaian informasi kepada para
pelanggan seperti Divert Call untuk beberapa Bahagian di Ibu Pejabat MARA,
Hotline PMN dan MARA Careline yang beroperasi selama 24jam.

8. Tatacara menyalurkan aduan boleh di dapati di Portal MARA iaitu
www.mara.gov.my

IMPAK
❖ Memperolehi pendedahan dan pengetahuan yang betul bagi
menyampaikan perkhidmatan pelanggan yang cemerlang dan
mencerminkan nama baik organisasi.
❖ Menambah info berkenaan talian perkhidmatan di MARA dan boleh
dimaklumkan kepada pelanggan di pusat.

KUMPULAN 2|PTM 2/2021 2

LAMPIRAN BERKAITAN

KUMPULAN 2|PTM 2/2021 3

KUMPULAN 2|PTM 2/2021 4

Disediakan oleh,
1. Siti Atiqah binti Mohd Said
2. Nurul Jannah binti Wahab

Tarikh : 13 Julai 2021

KUMPULAN 2|PTM 2/2021 5

LAPORAN AKTIVITI
PROGRAM TRANSFORMASI MINDA (PTM) SIRI 2/2021

KUMPULAN 2|PTM 2/2021

LAPORAN AKTIVITI
PROGRAM TRANSFORMASI MINDA (PTM) SIRI 2/2021

SLOT : Pemikiran Kritis dan Inovatif

MINGGU :2

TARIKH : 13 Julai 2021
MASA : 11.00am – 4.30pm

PENCERAMAH : Encik Aryll bin Azil, Encik Nadzrin bin Abdul Wahab

TAJUK : (1) Hidup adalah Ujian!

(2) Treasure Hunt

OBJEKTIF : Mendedahkan kepada para peserta akan betapa

pentingnya untuk mengenali sikap serta sifat individu

khususnya dalam konteks pegawai MARA sebelum

membuat sesuatu keputusan atau tindakan supaya

budaya kerja kelas pertama dapat diamalkan.

RINGKASAN SLOT

Budaya kerja kelas pertama ialah satu amalan yang tidak dapat dielak oleh anggota
kerja MARA samada secara langsung atau langsung.Oleh itu, amatlah penting untuk
semua anggota MARA memahami konsep kritis dan inovatif supaya setiap keputusan
atau tindakan diluar kelaziman yang positif dapat menjadi norma biasa didalam diri
setiap anggota kerja MARA. Di dalam rencana ini, semua peserta didedahkan akan
apakah itu konsep pemikiran kritis dan kreatif serta cara untuk mengamalkannya yang
secara tidak langsung akan memantapkan lagi imej MARA di persada dunia.

KUMPULAN 2|PTM 2/2021 1

a) Aktiviti 1: Kad Merah
Dalam aktiviti ini, pada awalnya peserta diminta untuk mengira jumlah kad
bewarna merah melalui sedutan video yang dipaparkan. Kemudiannya,
peserta telah ditanya mengenai jika ada diantara peserta perasan kad yang
bergambar anjing, kucing dan juga manusia. Rata-rata peserta tidak cakna
akan kewujudan kad bergambar tersebut. Video dimainkan sekali lagi oleh
penceramah dan akhirnya, para peserta menyedari akan kewujudan kad
bergambar tersebut. Ini jelas menunjukkan bahawa selain daripada kekal
fokus dalam menyelesaikan sesebuah tugasan, kita juga haruslah peka dan
cakna akan hal-hal sekeliling. Memetik ulasan daripada penceramah bagi
aktiviti ini, fokus haruslah bersifat menyuluruh.

b) Aktiviti 2: Lukis Wajah Anda
Dalam aktiviti ini, peserta diberi masa beberapa minit untuk melukis wajah
sendiri tanpa merujuk cermin atau gambar di atas sehelai kertas A4. Hasil
daripada aktiviti ini, penceramah telah menyenaraikan beberapa ciri dan
maksud disebalik cara atau metod lukisan para peserta. Antaranya adalah:

Melukis bentuk muka dahulu Suka perkara berada dalam kawalannya.

Melukis mata dahulu Berpandangan jauh, kuat berangan.

Melukis hidung dahulu Sentiasa tahu apa yang nak dicapai,

Melukis aksesori Suka menggembirakan hati orang lain.

Lukisan yang bergerigi Ragu-ragu

Saiz lukisan Keyakinan diri tinggi (besar)

Keyakinan diri rendah (kecil)

Tandatangan Timbul pada belakang kertas bermakna

berada dalam keadaan stress,

Kesimpulan daripada aktiviti ini, peserta dapat lebih mengenali diri dan tahu
kekuatan serta kelemahan diri sendiri seterusnya dapat mengetahui apa
yang perlu diperbaiki untuk menaikkan nilai dalam diri.

KUMPULAN 2|PTM 2/2021 2

c) Aktiviti 3: Peka dan Sedar
Pada aktiviti kali ini, peserta telah dipertontonkan sebuah video dari negara
Jepun yang mengisarkan tentang seorang pekerja yang cuba untuk
memasuki bilik mesyuarat dengan pintu yang sentiasa berubah setiap
kalinya, Walaupun video santai tersebut agak menggelikan hati para
penonton, tetapi terdapat beberapa mesej penting yang ingin disampaikan.
Antaranya adalah:

• Peserta perlu sentiasa peka dan sedar akan perubahan yang berlaku
di sekelilngnya. Sebagai contoh, dalam keaadaan pandemik ketika
ini, terdapat pelbagai prosedur dan cara kerja berubah sebagai
mematuhi SOP yang telah dikeluarkan pihak berkuasa. Jadi,
haruslah kita sentiasa peka akan perubahan yang berlaku supaya
tidak memberi kesan kepada prestasi kerja.

• Apabila bekerja dalam sebuah kumpulan atau organisasi, setiap
keputusan dan perubahan yang berlaku haruslah disebarkan kepada
semua ahli agar tidak ada yang ketinggalan seterusnya dapat
menjadikan matlamat sesuatu objektif itu dapat dikecapi bersama-
sama. Sebagai contoh, memetik ucapan oleh Dato’ Zulfikri Osman,
pada slot TPKU tempoh hari, beliau menyatakan bahawa KPI
organisasi haruslah disebarkan bukan sahaja pada pengurusan
tertinggi, malah kepada seluruh wargakerja supaya dapat bersama-
sama memainkan peranan dalam mencapai KPI organisasi tersebut.

d) Aktiviti 4: Kawalan Diri
Dalam aktiviti kali ini, penceramah sekali lagi memulakan aktiviti dengan
menayangkan sebuah klip video yang diambil dari filem 2:22. Video tersebut
memperlihatkan seorang air traffic controller yang melalui detik-detik cemas
apabila dua kapat terbang yang berada dibawah kawalannya hampir-
hampir bertembung semasa melakukan pendaratan dan penerbangan.
Walaubagaimanapun, pertembungan dapat dielakkan setelah dikawal oleh
air traffic controller tersebut pada saat-saat akhir. Perkara yang dapat
dipelajari daripada klip video berkenaan adalah, bahawa kita haruslah
mempunyai ilmu dalam mengawal sesuatu. Seperti juga diri kita haruslah

KUMPULAN 2|PTM 2/2021 3

mempunyai ilmu bagaimana untuk mengawal diri sendiri. Selain itu juga,
tidak membiarkan keadaan sekeliling yang mengawal emosi dan tingkah
laku kita.

e) Aktiviti 5: Warna Diri
Pada sesi ini, peserta diminta untuk mencari warna diri sendiri berdasarkan
kepada ciri-ciri dan jenis-jenis personaliti yang telah diberikan. Antara
warna-warna yang terlibat adalah hijau, emas, biru dan jingga.
Kemudiannya, penceramah telah memberikan satu tugasan berkumpulan
dimana setiap kumpulan harus mendekorasi sebuah pejabat milik seorang
Tan Sri dengan menyenaraikan perkara-perkara yang terdapat di dalam
bilik tersebut. Melalui tugasan berkumpulan ini, peserta dapat mengetahui
makna disebalik warna yang mewakili diri yang telah diketahui pada aktiviti
sebelumnya. Antara maksud disebalik warna-warna itu adalah:

Hijau Pemikir, berpengatahuan, serba
Emas
Biru tahu
Jingga
Mengikut peraturan,

bertanggungjawab

Mengikut perasaan, romantis, dan

sukakan keharmonian

Suka kebebasan, cabaran, sentiasa

ingin tahu.

Dengan mengenali warna diri ini, ia sekaligus dapat membantu peserta
dalam melakukan tugasan berkumpulan dengan lebih berkesan. Peserta
akan lebih bertoleransi dalam memberi idea dan membuat sesuatu
keputusan.

KUMPULAN 2|PTM 2/2021 4

f) Aktiviti 6: Hilang
Peserta diminta untuk membuat tugasan berkumpulan dengan membuat
keputusan terhadap empat situasi yang diberikan. Dapatan dari aktiviti ini
ialah peserta harus tahu bagaimana cara pengurusan personaliti mengikut
warna diri semasa berkerja dalam kumpulan. Sebagai contoh, peserta yang
mempunyai personaliti bewarna emas haruslah tidak hanya memikir
tentang protokol dan peraturan semata-mata dalam menyelesaikan
masalah. Selain itu, melalui tugasan ini, peserta dapat belajar untuk
sentiasa bertanggungjawab dengan segala keputusan atau tindakan yang
dibuat dan haruslah mempunyai pendirian yang tetap. Nilai-nilai ini amatlah
diperlukan dalam menjalani kehidupan harian sebagai seorang wargakerja
dalam sesebuah organisasi.

g) Aktiviti 7: Game jari (4-2)
Amalan untuk menyerah kalah atau berputus asa telah menjadi kelaziman
untuk sesetengah anggota kerja MARA. Hal ini kerana sifat takut untuk
berbuat kesalahan dan mencuba benda baru telah diterapkan dalam diri.
Sebagai anggota MARA yang menyerapkan budaya kerja kelas pertama,
perasaan seperta ini seharus dibuang jauh kerana hal ini akan
mengakibatkan diri dan MARA itu sendiri ketinggalan ke belakang kerana
takut untuk membuat sesuatu perubahan atau boleh kita gelarkan sebagai
transformasi. Alah membeli, menang memakai. Peribahasa melayu klasik
ini sekaligus membawa maksud serta tauladan bahawa sebagai anggota
MARA yang berkomited, kita seharusnya mempunya sikap ingin mencuba
perkara yang baru supaya kita boleh berevolusi kearah yang lebih baik pada
masa hadapan.

h) Aktiviti 8: Treasure Hunt
Semangat kerjasama telah menjadi tipikal jika dikaitkan dengan kerja
didalam organisasi dan anggota MARA juga tidak terlepas bagi perkara ini.
Sebagai anggota MARA yang berfikiran kritis dan inovatif, kita haruslah
menyesuaikan diri dengan apa jua keadaan yang menimpa kita. Selain itu,
kita sewajarnya bersifat keterbukaan untuk menegur atau ditegur apabila
berbuat atau melihat kesalahan. Namun begitu, cara untuk kita menegur

KUMPULAN 2|PTM 2/2021 5

dan ditegur harus mengikut keadaan dan masa kerana sifat atau sikap bagi
setiap anggota kerja MARA adalah berbeza. Sekiranya kita menegur
dengan cara yang tepat, barulah akan terjadi satu keputusan yang positif
kepada dua pihak dan secara langsung mewujudkan suasana harmoni
ditempat kerja.

i) Aktiviti 9: Jenis masalah (PDRM)
Mengenal pasti jenis masalah amat penting bagi membolehkan kita untuk
membuat satu solusi yang terbaik kerana usaha tanpa cara yang betul
adalah perbuatan yang sia-sia. Jenis-jenis masalah terbahagi kepada
beberapa bahagian. Antaranya :-

Process (Proses)

Jenis masalah Decision making
(Membuat
keputusan)

Relationship
(Perhubungan)

Motivation
(Motivasi)

Di dalam konteks proses, telah didedahkan tentang masalah yang berkait
dengan cara kerja. Seterusnya, kita dikenalkan dengan masalah untuk
membuat keputusan. Sesuai dengan namanya, membuat keputusan untuk
menyelesaikan masalah amat penting bagi memastikan keputusan tersebut
tidak memberi kesan yang negative serta adil. Yang ketiga, masalah
hubungan. Kata yang tidak asing dalam diri kita. Masalah didalam konteks
ini adalah masalah yang membabitkan lebih dari satu pihak. Akhir
sekali,motivasi. Masalah yang amat banyak melanda kita. Apabila kita

KUMPULAN 2|PTM 2/2021 6

kekurangan tentang ilmu tentang sesuatu perkara, maka terjadilah
kekurangan motivasi yang menjerumus kepada impak negatif.
Bak kata peribahasa “tak kenal, maka tak cinta” begitullah jua dengan
masalah. Jika kita tidak dapaat mengenali jenis masalah, bagaimana kita
dapat mencari solusi yang tepat dan terbaik lebih teruk lagi kita membuat
solusi yang salah menjurus impak yang negatif kepada organisasi.

j) Aktiviti 10: Gratitude games
Syukur. Satu kata yang tidak asing bagi kita tapi adakah kita memahami
maksudnya? Syukur ialah menzahirkan penghargaan keatas sesuatu
nikmat. Konsep syukur ini amat penting dalam diri kita lebih-lebih lagi bagi
umat Islam yang sememangnya kita dituntut untuk bersyukur terhadap
nikmat yang diberikan keatas diri kita. Syukur juga akan membuatkan diri
kita lebih bersifat rendah diri dan sekaligus menolak perasan sombong dan
pangkat. Meski seringkali kita menganggap orang lain lebih dari diri kita,
sikap bersyukur perlu ada sebagai tanda penghargaan keatas diri sendiri
kerana berjaya berada dimana kita sekarang walaupun jalan untuk menuju
tempat kita kini tidaklah mudah. Yakini bahawa, setiap anggota MARA
mempunyai banyak halangan dan rintangan sebelum mereka beradai di
kedudukan mereka sekarang dan halangan itulah sebenarnya menjadi
sumber kekuatan dan ‘booster’ kedalam diri kerana dengan masalah dan
halangan itu kita berevolusi kearah yang lebih positif ,inovatif dan kritis.
Antara perkara yang layak diberikan perhatian ialah :-
I. Perkara
II. Siapa
III. Place
IV. Skill
V. Pengalaman

Perkara diatas ialah contoh berkategori untuk kita menyedari nikmat yang ada
dalam diri kita. Oleh itu, tidak kira dimana kita berada,semewah mana harta
kita, atau apa pangkat kita, kita harus bersyukur atas nikmat yang kita ada pada
masa ini.

KUMPULAN 2|PTM 2/2021 7

IMPAK Peserta dapat mengenali personaliti diri.
• Peserta dapat menggunakan personaliti diri dalam mengawal tindak tanduk
• semasa menjalankan tugas sebagai wargakerja MARA.
Peserta lebih mengenali diri mereka sendiri supaya target atau ‘goal’ dapat
• individu atau organisasi lebih mudah dicapai.
Peserta dapat memupuk semangat berpasukan yang begitu utuh.
• Peserta dapat melahirkan gaya pemikiran baru dengan berfikir diluar kotak.
• Timbul rasa ingin tahu atau mencuba sesuatu yang baru dalam diri peserta
• dan menghilangkan perasaan takut dan was-was untuk mengubah gaya
pemikiran dan tindakan.

Disediakan Oleh:
(1) Amirah Nadia binti Mohd Nazari
(2) Muhammad Fareez Akmar bin Mustapa

KUMPULAN 2|PTM 2/2021 8

LAMPIRAN BERKAITAN

Penceramah: Encik Aryll Azil dan Encik Nadzrin Wahab

Aktiviti berkumpulan dalam breakout room (Treasure Hunt).

KUMPULAN 2|PTM 2/2021 9

LAPORAN AKTIVITI
PROGRAM TRANSFORMASI MINDA (PTM) SIRI 2/2021

KUMPULAN 2|PTM 2/2021

LAPORAN AKTIVITI
PROGRAM TRANSFORMASI MINDA (PTM) SIRI 2/2021

SLOT : Budaya Kerja Kelas Pertama

MINGGU :3

TARIKH : 14 Julai 2021
MASA : 8.30am – 10.30am

PENCERAMAH : Encik Anbalagan Alagasamy

TAJUK : Keterampilan Diri

OBJEKTIF : Mengubah tanggapan pertama orang awam terhadap diri

kita demi menjaga imej organisasi dan MARA .

RINGKASAN SLOT

Sebagai seorang pegawai MARA, kita harus menjaga keterampilan diri yang baik dan
mengelakkan diri dari kelihatan selekeh, berbau busuk dan berserabut yang dapat
menjejaskan imej diri dan organisasi serta memberikan tanggapan yang negatif orang
awam terhadap MARA. Pentingnya keterampilan diri ini ialah sebagai tangapan
pertama (first impression) yang baik oleh orang awam kepada seseorang pegawai
MARA dan organisasi MARA amnya.

Antara teknik mewujudkan tanggapan pertama yang mantap dan berkesan adalah
teknik 10/4 iaitu pada jarak lebih kurang 10 kaki antara kita dan orang awam, kita
mestilah:

(1) Pandang orang tersebut
(2) Senyuman manis
(3) Dongak sedikit
(4) Salam atau angkat tangan

KUMPULAN 2|PTM 2/2021 1


Click to View FlipBook Version