The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Menghimpunkan 16 laporan berkenaan slot ceramah sepanjang PTM.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by khaledah86, 2021-07-15 08:48:57

THE UNBREAKABLES - PTM SIRI 2/2021

Menghimpunkan 16 laporan berkenaan slot ceramah sepanjang PTM.

Slot ini juga memfokuskan kepada kepentingan penampilan diri seseorang pegawai
MARA yang perlu diikuti mengikut kesesuaian bidang tugas masing-masing demi
memberikan imej yang positif dan budaya kerja yang professional. Slot ini meliputi
perkara –perkara berikut:

a) Penjagaan Diri
(i) Penjagaan Mulut
Menggosok gigi paling kurang dua kali sehari dan menggunakan
listerine untuk menghilangkan bau mulut yang busuk.
(ii) Wangian
Mesti gunakan Deodrant antiperspirant untuk hilangkan bau badan.
Jika perlu gunakan wet tissue untuk lap muka atau ketiak untuk lebih
segar. Gunakan perfume yang berbau lembut (light bottle untuk
siang, dark bottle untuk malam). Sembur pada nadi tangan dan
belakang leher sahaja. Jangan guna bauan yang keras dan jangan
sembur pada pakaian.
(iii) Rambut/Janggut/Jambang
Pastikan sentiasa kemas. Gunakan syampu dan juga conditioner
supaya lebih terurus, Vitamin E sangat bagus untuk menguatkan dan
menyihatkan rambut kita.
(iv) Solekan
Staf wanita mesti melakukan make-up yang sederhana agar nampak
lawa dan tidak keterlaluan.

b) Pemakaian
(i) Baju
Baju kemeja lengan panjang berwarna pastel (untuk lelaki) sesuai
untuk ke pejabat supaya nampak tidak garang. Dicadangkan warna
putih, ocean blue, purple, pink. Baju singlet V neck satu kemestian
bagi lelaki. Bagi yang berbadan besar boleh pilih warna yang sedikit
gelap. Jika berbaju batik, sebaiknya memilih warna yang cerah dan
modern cotton batik. Bagi wanita, jika berbaju kurung, maka

KUMPULAN 2|PTM 2/2021 2

pilihlah warna matang contohnya hijau, purple atau marron, plain
atau untuk bercorak hanya corak di lengan atau bawah baju sahaja.
(ii) Tali Leher
Memilih tali leher dengan membandingkan dengan kolar baju dan
warna baju yang dipakai. Bezakan antara warna baju dan warna tali
leher yang dipakai.
(iii) Tudung
Elakkan tudung berbunga-bunga. Tudung kosong dan ringkas lebih
sesuai. Padanan yang bagus ialah tudung bercorak abstrak dengan
baju kurung plain.
Untuk kombinasi warna antara tudung dan baju kurung, rujukan
warna telah diberikan oleh penceramah.
(iv) Seluar
Memilih seluar slack atau khakis mengikut kesesuaian (lebih
functional). Elakkan seluar yang berplip. Seluar digosok dari dalam
dan bukan dari luar seperti kebiasaan.
(v) Kasut
Bagi lelaki mestilah kasut bertutup dan bertumit, bertali dan berwarna
gelap contohnya hitam dan brown. Berstokin hanya satu tone
berwarna gelap. Bagi wanita pula, disyorkan kasut “pump” atau high
heel 3 inci berwarna hitam, brown atau nude colour.

IMPAK Peserta dapat memahami kepentingan dalam menjaga keterampilan diri.
• Perserta dapat mempelajari cara menjaga keterampilan diri yang betul.
• Peserta dapat meningkatkan pengetahuan yang sebenar tentang
• keterampilan diri demi imej MARA kepada orang awam.

Disediakan Oleh:
(1) Syazwani Abd Rahman
(2) Mohamad Nasir bin Bakar
14 JULAI 2021

KUMPULAN 2|PTM 2/2021 3

LAMPIRAN BERKAITAN

Contoh & Penerangan pilihan baju lelaki.
Penceramah: En. Anbalagan Alagasamy

Pemilihan kombinasi warna bagi baju & tudung.
Penceramah: En. Anbalagan Alagasamy

KUMPULAN 2|PTM 2/2021 4

LAPORAN AKTIVITI
PROGRAM TRANSFORMASI MINDA (PTM) SIRI 2/2021

KUMPULAN 2|PTM 2/2021

LAPORAN AKTIVITI
PROGRAM TRANSFORMASI MINDA (PTM) SIRI 2/2021

SLOT : Kesejahteran Mental

MINGGU :2

TARIKH : 14 Julai 2021
MASA : 11.00am – 1.00pm

PENCERAMAH : Dr. Abdullah Sher Kawi Jaafar

TAJUK : (1) Kesihatan Mental

OBJEKTIF : Memberi pendedahan kepada seluruh peserta PTM akan

betapa pentingnya untuk kita menyedari tahap kesihatan

mental supaya tindakan awal dapat diambil sebelum

mendatangkan kemudaratan kepada invidu.

RINGKASAN SLOT

Masalah kesihatan mental bukan sesuatu yang asing lagi dalam kalangan masyarakat
sejak akhir-akhir ini. Lebih-lebih lagi perkara ini ini kita dapat kita saksikan di media
sosial sama ada di dalam telefon mahupun di kaca televisyen. Menurut kajian yang
telah dijalankan oleh Universiti Putra Malaysia, kesihatan mental adalah satu keadaan
sejahtera apabila seseorang individu menyedari tentang keupayaan dirinya mampu
mengendalikan tekanan dengan baik, boleh bekerja secara produktif dan
menyumbang kepada organisasi serta masyarakat. Sebagai anggota kerja MARA
adalah menjadi tanggungjawab kita untuk sentiasa menjaga prestasi di tempat kerja.
Oleh itu, demi menjaga prestasi, kesihatan mental setiap anggota kerja harus
diutamakan. Melalui slot ini, terdapat berberapa perkara yang ditekankan oleh
penceramah tentang pentingnya untuk kita sentiasa berada di dalam keadaan mental
yang baik. Antara perkara yang ditekankan oleh penceramah adalah:

KUMPULAN 2|PTM 2/2021 1

a) State of wellness

Kesihatan Mental: Keadaan Emosi
Kesejahteraan Mental Psikologi

Sosial

i) Emosi
Contoh: Perasaan sedih, marah, kecewa, gembira.

ii) Psikologi
Contoh: Merasakan diri tidak berguna, tidak yakin pada diri, rasa diri
tidak bagus.

iii) Sosial:
Contoh: Tidak suka berjumpa dengan orang ramai, tidak lagi suka
melakukan aktiviti yang disukai dahulu.

b) Simptom dan perkara yang perlu dilakukan sekiranya mengalami
ketidaksihatan mental.
Antara simptom ketidaksihatan mental adalah:
i) Perubahan selera makan yang ketara.
ii) Rutin tidur tidak menentu.
iii) Emosi tidak stabil.
iv) Mendengar bisikan – bisikan halus.
v) Putus harapan.

KUMPULAN 2|PTM 2/2021 2

Sekiranya kita mengalami simptom – simptom berikut, kita haruslah:
i) Merujuk kaunselor dan psikiatri.
ii) Mengambil ujian psikologi.
iii) Jangan bersendirian.
iv) Luahkan perasaan kepada orang yang boleh dipercayai.
v) Elakkan suasana yang negative.

c) Punca ketidaksihatan mental

i) Keturunan.
ii) Keadaan sekeliling.
iii) Kesihatan fizikal yang kurang sempurna.
iv) Budaya hidup yang membebankan.
v) Kurang kesedaran tentang kepentingan kesihatan mental.

d) Cara berhadapan dengan pesakit mental.
Jika seseorang yang berada dalam tekanan dan kemurungan ingin
meluahkan perasaannya kepada kita, sewajarnya kita:

i) Memberi respon dengan menjadi pendengar yang baik.
ii) Jangan menyebut “saya faham”, sebaliknya ucaplah “saya sentiasa

disini untuk kamu”.
iii) Bantu mereka untuk berjumpa dengan psikiatri.
iv) Jangan selesaikan jika anda bukan pakar.
v) Jangan sesekali memperkecilkan masalah yang diluahkan.

Kesimpulannya, jika anda merasakan anda tidak tahu untuk memberi
respon yang tepat, anda digalakkan supaya mendengar sahaja supaya
keadaan yang berlaku tidak menjadi lebih teruk.

KUMPULAN 2|PTM 2/2021 3

e) Proses diagnosis kesihatan mental
Penceramah telah menerangkan proses dalam mendiagnos pesakit mental
iaitu:

i) Berjumpa psikiatri.
ii) Dokumentasi dan laporan dari psikiatri.
iii) Laporan akan dibentangkan dalam mesyuarat pakar – pakar.
iv) Sesi rawatan dan perubatan atau terapi.

f) Eustress dan Distress
Stress terbahagi kepada dua bahagian. Iaitu eustress dan distress.
Eustress bermaksud stress yang memberi kesan positif kepada individu.
Manakala distress bermaksud sebaliknya yakni stress yang memberi kesan
negatif. Contoh eustress dan distress adalah seperti berikut:

Eustress Distress
- Stress yang memotivasikan - Stress untuk perkara

diri seperti stress untuk diluarkan kawalan.
membuat perbentangan yang - Stress kepada perkara yang
baik.
- Stress untuk memperbaiki tidak pasti.
prestasi kerja

IMPAK Peserta dapat mengenalpasti simptom – simptom yang membawa kepada
• ketidaksihatan mental.
Peserta tahu tindakan yang perlu dilakukan sekiranya menghidapi penyakit
• mental.
Peserta tahu bagaimana cara untuk berhadapan dengan pesakit mental.
• Peserta dapat mengenalpasti jenis – jenis stress supaya dapat
• mengekalkan prestasi di tempat kerja.
Peserta didedahkan kepada proses diagnosis kesihatan mental di pusat
• rawatan,

KUMPULAN 2|PTM 2/2021 4

Disediakan Oleh:
(1) Muhammad Fareez Akmar bin Mustapa
(2) Amirah Nadia binti Mohd Nazari

LAMPIRAN BERKAITAN

Penceramah: Dr. Abdullah Sher Kawi Jaafar

Sesi soal jawab bersama peserta.

KUMPULAN 2|PTM 2/2021 5

LAPORAN AKTIVITI
PROGRAM TRANSFORMASI MINDA (PTM) SIRI 2/2021

KUMPULAN 2|PTM 2/2021

LAPORAN AKTIVITI
PROGRAM TRANSFORMASI MINDA (PTM) SIRI 2/2021

SLOT : BKKP

MINGGU :2

TARIKH : 14 Julai 2021
MASA : 2.30pm – 4.30pm

PENCERAMAH/ : En. Syed Zaidi Bin Syed Omar & En. Abdul

PENILAI Rahman Bin Abdul Rahim

TAJUK : Kenegaraan (3 Minutes Speaker Corner)

OBJEKTIF : 1. Menilai kefahaman peserta mengenai Sejarah

Penjajahan Jepun Di Tanah Melayu.

2. Menbentuk semangat Patriotiseme di

kalangan peserta

3. Memberi pendedahan kepada peserta

berkenaan dengan perjuangan Askar Melayu

menentang tentera Jepun.

RINGKASAN SLOT

1. Peserta dibahagikan kepada 2 Kumpulan iaitu Kumpulan 2a dan Kumpulan 2b
2. Setiap Kumpulan diberi masa 1 Jam untuk berbincang dalam bentuk forum atau

wawancara mengikut kreativiti masing-masing
3. Setiap kumpulan dikehendaki melantik seorang wakil untuk menjadi moderator dan 6

orang panel untuk mengulas subtopik yang diberi.

KUMPULAN 2|PTM 2/2021 1

4. 2 tajuk besar yang perlu diulas oleh 2 kumpulan tersebut ialah:
i. Penjajahan Jepun Di Tanah Melayu
ii. Parti Komunis Malaya

5. Penjajahan Jepun di Tanah Melayu dipecahkan kepada subtopik seperti di bawah
i. Serangan dan Penaklukan Jepun ke atas Tanah Melayu
ii. Perang bukit Chandu semasa penjajahan Jepun
iii. Kesan penjajahan Jepun dari aspek sosial ke atas Tanah Melayu
iv. Kesan penjajahan Jepun dari aspek ekonomi ke atas Tanah Melayu
v. Perkembangan Nasionalisme di zaman pendudukan Jepun
vi. Semangat Nasionalisme kearah menuntuk kemerdekaan

6. Parti Komunis Malaya dipecah kepada subtopik
i. Peristiwa 14 hari keganasan Bintang 3 komunisdi Tanah Melayu selepas
kekalahan tentera Jepun.
ii. Ancaman Komunis di Tanah Melayu sebelum kemerdekaan

iii. Peristiwa Bukit Kepong
iv. Langkah langkah Kerajaaan Tanah Melayu membendung ancaman Parti

Komunis Malaya sebelum kemerdekaan
v. Kesan- kesan daurat, membanteras keganasan dan ancaman Parti

Komunis Malaya di Tanah Melayu (1948-1957)
vi. Keganasan Parti Komunis Malaya dan kesannya terhadap gerakan

Nasionalisme di Tanah Melayu (1948-1957)

7. Peserta akan dinilai oleh Pegawai Penilai yang dilantik semasa forum atau wawancara
tersebut dijalankan. Pegawai Penilai akan bertanyakan soalan pada para paserta.

8. Markah diberi berdasarkan cara percakapan peserta dan hujah diperolehi dari sumber
yang sah.

9. Forum tamat lewat pada jam lebih kurang 5 petang. Ini adalah kerana seorang pegawai
penilai mengalami masalah untuk login pada peringkat awalnya.

KUMPULAN 2|PTM 2/2021 2

IMPAK
• Peserta dapat mempelajari dan mengambil iktibar berkaitan perkembangan
semangat nasionalisme pada masa pemerintahan Jepun
• Mengetahui berkenaan kesan-kesan positif & negatif akibat penaklukan Jepun
terhadap sosial dan ekonomi Tanahh Melayu
• Memberi pengetahuan berkenaan peristiwa lampau yang dapat memberi kesan
kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara sebagai panduan dan pengajaran yang
sangat berguna
• Memberi kesedaran betapa pentingnya nilai pendidikan kepada peserta terutamanya
dalam konteks membentuk negara bangsa

Disediakan Oleh:
Muhammad Izzat Bin Mazlan
Ahmad Najmi Bin Ab Azais
14 JULAI 2021

KUMPULAN 2|PTM 2/2021 3

LAMPIRAN BERKAITAN

KUMPULAN 2|PTM 2/2021 4


Click to View FlipBook Version