1
MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH EDISI KEMAS KINI 2018 oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) 2018 Dengan Kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia
ISBN 978-967-1555-62-0 Hak Cipta Terpelihara Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), 2018 Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluarkan mana-mana bahagian daripada bahan cetakan ini atau memindahkannya ke dalam sebarang bentuk melalui sebarang cara, sama ada secara elektronik atau mekanik, termasuk fotokopi, rakaman atau sebarang bentuk penyimpanan maklumat dan sistem menyalin, sebelum mendapat keizinan bertulis Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp). Diterbitkan oleh Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp). Blok J, MKN Embassy Techzone, Jalan Teknokrat 2, 63000 Cyberjaya, Selangor www.swcorp.com.my
i Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Modul Latihan Kelab Kitar Semula Edisi Kemas Kini 2018 merupakan terjemahan hasrat, manifestasi dan aspirasi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam menyediakan persekitaran kediaman yang bersih dan selesa untuk rakyat Malaysia. Umum mengetahui bahawa ia merupakan antara cabaran besar kerajaan untuk melahirkan generasi yang melihat alam ini sebagai amanah yang harus dijaga dan dipelihara sebagai sebuah tanggungjawab bersama. Sekalung penghargaan kepada Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) di atas penerbitan modul latihan ini dan menjadi peneraju kepada pembudayaan amalan 3R (Reduce, Reuse, Recycle). Selaras dengan Dasar Pengurusan Sisa Pepejal Negara (DPSPN), adalah diharapkan dimensi pengurusan sisa pepejal dan amalan 3R yang digarap dalam modul ini, dapat diadaptasikan dan memberi kesan berantai terhadap gaya hidup yang bermula dari sekolah. Sebagai kementerian yang bertanggungjawab demi memastikan Negara dalam keadaan bersih, indah dan sejahtera, KPKT optimis supaya masyarakat sentiasa menyokong penuh segala usaha yang dilaksanakan, agar setiap perancangan yang telah dibuat dapat direalisasikan dengan jayanya. Terima kasih diucapkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia yang telah memberi kerjasama penuh dalam melaksanakan modul ini. Bersama kita menjadi penggerak bagi menjamin kebersihan persekitaran yang berkualiti dan kelestarian alam sekitar sebagai nadi dalam mengiringi kemajuan yang gemilang. YB Puan Hajah Zuraida Binti Kamaruddin Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
ii Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Bersyukur ke hadrat Illahi dengan limpah kurnianya, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) berjaya menerbitkan Modul Latihan Kelab Kitar Semula Edisi Kemas Kini 2018 untuk kegunaan di sekolah rendah dan menengah. Menyedari tahap kesedaran yang masih rendah dalam kalangan masyarakat berkenaan pengurusan sisa pepejal yang mampan, SWCorp sentiasa mengambil langkah proaktif bagi meningkatkan pengetahuan di setiap lapisan masyarakat dengan memastikan pendidikan berkenaan amalan 3R (Reduce, Reuse, Recycle) dapat disampaikan menerusi saluran yang tepat. Bagi tujuan tersebut, pelbagai program berteraskan perkongsian maklumat dilaksanakan bagi meningkatkan kefahaman merentas spektrum dan lapisan masyarakat. Sehubungan itu, inisiatif-inisiatif yang bersesuaian dengan penerimaan golongan kanak-kanak dan remaja diadaptasikan dalam modul latihan Kelab Kitar Semula yang telah digubal dan diguna pakai sejak tahun 2013. Bagi memastikan matlamat utama Modul Latihan Kelab Kitar Semula ini tercapai, pihak SWCorp sentiasa cakna terhadap keperluan modul berdasarkan peredaran masa dan komited bagi mengemas kini dan menambah baik modul ini selaras dengan keperluan semasa. Saya berharap agar Modul Kelab Kitar Semula Edisi Kedua ini dapat menjadi panduan kepada guru-guru dalam usaha memupuk amalan kebersihan dan pengurusan sisa pepejal yang mampan dalam diri ahli kelab kitar semula seterusnya melahirkan generasi akan datang yang lebih menghargai alam sekitar. Saya mengambil kesempatan ini juga untuk merakam setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada warga kerja SWCorp dan Kementerian Pendidikan Malaysia atas usaha mengemaskini, menambahbaik dan menerbitkan modul latihan ini. Semoga usaha dan kerjasama yang disumbangkan dalam penyediaan modul ini akan memberi kesan positif kepada agama, bangsa dan negara. YBhg. Dato’ Dr. Zulkapli Bin Mohamed Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp)
Pengenalan Modul Kelab Kitar Semula ini merupakan sebuah dokumen yang diterbitkan bertujuan menjadi panduan kepada pihak sekolah bagi menjalankan aktiviti-aktiviti kokurikulum melalui Kelab Kitar Semula yang diwujudkan di sekolah-sekolah. Modul Kelab Kitar Semula ini padat dengan informasi berkenaan dengan pengurusan sisa pepejal yang diamalkan di Malaysia dan pendekatan menguruskan sisa pepejal melalui amalan 3R (reduce, reuse, recycle). Melalui modul ini juga, ahli-ahli kelab kitar semula akan diterapkan dengan nilainilai menghargai alam sekitar menerusi amalan pengurusan sisa pepejal yang baik. Modul Kelab Kitar Semula ini merupakan penerbitan edisi ke-2 ini dan ia merupakan rentetan daripada penerbitannya untuk edisi kali pertama pada tahun 2013 dengan pengemaskinian maklumat dan aktiviti-aktiviti yang lebih menarik dan berkesan. Modul ini mengandungi 6 unit merangkumi topik bagi mengukuhkan pengetahuan asas pengurusan sisa pepejal sehinggalah kepada mengaplikasi pengetahuan tersebut dalam aktiviti-aktiviti amali. Modul ini juga merupakan hasil garapan pihak Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) dengan kerjasama dengan pihak Bahagian Kesenian dan KoKurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia yang mempunyai pengalaman yang luas dalam aspek pengurusan sisa pepejal dan penyediaan modul kokurikulum di peringkat sekolah.
9 TAUTAN KATA MENTERI KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN SEKAPUR SIRIH KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF PERBADANAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM PENGENALAN KURIKULUM MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH RANCANGAN TAHUNAN AKTIVITI KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH UNIT 1 : Asas Pengurusan Sisa Pepejal UNIT 2 : 3R (Reduce, Reuse, Recycle) UNIT 3 : Pengkomposan UNIT 4 : Projek Sekolah Sisa Sifar UNIT 5 : Hari Kitar Semula UNIT 6 : Eksplorasi Cilik 3R GLOSARI PENGHARGAAN i ii 2-8 1 36-47 9-24 48-60 25-35 61-68 69-73 74-75 76
1 CADANGAN KURIKULUM BAHARU PROGRAM KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH KELAB: KELAB KITAR SEMULA Standard Kandungan Standard Pembelajaran 1.0 Asas Pengurusan Sisa Pepejal • Definisi sisa pepejal • Jenis sisa pepejal • Komponen pengurusan sisa pepejal di Malaysia • Impak pengurusan sisa pepejal yang baik 1.1 Memahami definisi sisa pepejal 1.2 Memahami punca janaan sisa pepejal di Malaysia 1.3 Memahami komponen pengurusan sisa pepejal 1.4 Memahami kesan menguruskan sisa pepejal dengan baik 2.0 3R (Reduce, Reuse, Recycle) • Definisi pengurusan sisa pepejal mampan • Amalan Reduce (Pengurangan) • Amalan Reuse (Guna Semula) • Amalan Recycle (Kitar Semula) 2.1 Memahami definisi pengurusan sisa pepejal lestari 2.2 Mengetahui cara dan amalan pengurangan sisa pepejal 2.3 Mengetahui cara dan amalan guna semula sisa pepejal 2.4 Mengetahui cara dan amalan kitar semula sisa pepejal 2.5 Memahami faedah mengamalkan 3R 3.0 Pengkomposan • Kaedah Pengkomposan Takakura Home Method 3.1 Mengetahui cara merawat sisa makanan melalui teknik pengkomposan 3.2 Melaksanakan pengkomposan sebagai salah satu aktiviti kelab 4.0 Projek Sekolah Sisa Sifar • Ikrar Murid • Value Food No Waste • Waste Art/Upcycling • Bank Kitar Semula • Taman Lestari 4.1 Menerapkan nilai dan keazaman bagi menjadikan sekolah sebagai kawasan lestari 4.2 Memahami konsep pengurangan sisa pepejal 4.3 Memahami konsep mengguna semula sisa pepejal secara kreatif dan inovatif 4.4 Melaksanakan aktiviti yang boleh meningkatkan ekonomi menerusi amalan mengitar semula 4.5 Mengaplikasi konsep pengurusan sisa mampan terhadap pemuliharaan alam sekitar 5.0 Hari Kitar Semula • Latar Belakang Hari Kitar Semula • Objektif Sambutan Hari Kitar Semula Peringkat Kebangsaan • Sambutan Hari Kitar Semula Peringkat Sekolah 5.1 Mengetahui latar belakang hari kitar semula 5.2 Memahami objektif sambutan Hari Kitar Semula Peringkat Kebangsaan 5.3 Menyambut Hari Kitar Semula di peringkat sekolah 6.0 Eksplorasi Cilik 3R • Objektif • Lawatan ke fasiliti berkaitan pengurusan sisa pepejal 6.1 Memahami sistem pengurusan sisa pepejal dengan lebih mendalam 6.2 Mengetahui kaedah-kaedah pengurusan sisa pepejal yang diaplikasikan di kawasan setempat STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
2 RANCANGAN TAHUNAN AKTIVITI KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH KELAB : KELAB KITAR SEMULA MATLAMAT : MELAHIRKAN GENERASI YANG BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KEBERSIHAN DAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL YANG MAMPAN PERJUMPAAN KANDUNGAN OBJEKTIF AKTIVITI ALATAN/BAHAN/CATATAN 1 Pendaftaran dan Suaikenal Pada akhir perjumpaan, muridmurid dapat… 1. Mendaftarkan keahlian kelab 2. Mengenali guru penasihat dan AJK 3. Membaca minit mesyuarat agung lalu 1. Pendaftaran ahli baharu. 2. Mengenali guru penasihat dan AJK kelab 3. Pendaftaran semula ahli lama 4. Memaklumkan kepada ahli tentang isi kandungan minit mesyuarat agung lalu 5. Memaklumkan perlembagaan kelab kepada ahli 1. Borang keahlian 2. Buku rekod kehadiran kokurikulum 3. Perlembagaan kelab 4. Aktiviti dijalankan di kelas 2 Pengenalan kepada Sisa Pepejal Pada akhir perjumpaan, muridmurid dapat… 1. Memahami definisi dan jenis sisa pepejal 2. Mengenal pasti sumber sisa pepejal dijana 3. Mengenal pasti tempat-tempat penjanaan sisa pepejal di dalam kawasan sekolah 1. Ahli diterangkan tentang definisi sisa pepejal menurut bahasa dan menurut akta 672. 2. Ahli dibawa melawat ke sekitar kawasan sekolah bagi mengenal pasti lokasi tong sampah, tong kitar semula dan kawasankawasan berkaitan pengurusan sisa pepejal di sekolah 3. Ahli kelab dibimbing untuk melakukan audit sisa pepejal di kawasan sekolah 1. Buku rekod kokurikulum pelajar 2. Buku Modul Latihan Kelab Kitar Semula 3. Borang Audit Sisa Pepejal 4. Alat penimbang 5. Sarung tangan 6. Topeng penutup hidung 7. Aktiviti dijalankan di dalam kawasan sekolah PERJUMPAAN KANDUNGAN OBJEKTIF AKTIVITI ALATAN/BAHAN/CATATAN
3 3 Pengenalan kepada pengurusan sisa pepejal Pada akhir perjumpaan, muridmurid dapat… 1. Mengetahui sistem pengurusan sisa pepejal yang diamalkan di Malaysia 2. Memahami hala tuju pengurusan sisa pepejal di Malaysia 3. Memahami peranan dalam menguruskan sisa pepejal di rumah dan sekolah 1. Penerangan daripada guru berkenaan sistem pengurusan sisa pepejal di Malaysia 2. Ahli kelab diminta mencari sumber bacaan berkenaan pengurusan sisa pepejal di Malaysia 3. Ahli kelab membina model miniature sistem pengurusan sisa pepejal menggunakan bahan terpakai 1. Buku rekod kokurikulum pelajar 2. Buku Modul Latihan Kelab Kitar Semula 3. Peralatan bagi membuat model miniature 4 Pengurusan Sisa Pepejal Lestari Pada akhir perjumpaan, muridmurid dapat… 1. Memahami pengurusan sisa pepejal lestari 2. Menyatakan maksud 3R (Reduce, Reuse, Recycle) 3. Mengenal pasti objektif dan impak 3R kepada pengurusan sisa pepejal lestari 1. Penerangan dari guru berkenaan pengurusan sisa pepejal lestari 2. Murid diterangkan berkenaan amalan 3R (reduce, reuse, recycle) 3. Murid membincangkan dalam kumpulan berkenaan amalan 3R yang boleh dilakukan di sekolah dan impaknya kepada persekitaran sekolah 1. Buku rekod kokurikulum pelajar. 2. Buku Modul Latihan Kelab Kitar Semula 3. Peralatan bagi membuat pembentangan 5 3R (Reduce) – Pengurangan Sisa Pepejal Pada akhir perjumpaan, muridmurid dapat… 1. Memahami konsep pengurangan sisa pepejal dalam aktiviti seharian 1. Penerangan daripada guru kelab berkenaan definisi dan konsep pengurangan sisa pepejal 2. Ahli Kelab melukis poster untuk pengurangan sisa pepejal 1. Buku rekod kokurikulum pelajar. 2. Buku Modul Latihan Kelab Kitar Semula 3. Alatan melukis poster PERJUMPAAN KANDUNGAN OBJEKTIF AKTIVITI ALATAN/BAHAN/CATATAN
4 2. Mengenal pasti tindakan pengurangan sisa pepejal di rumah dan di sekolah 6 3R (Reuse) – Guna Semula Sisa Pepejal Pada akhir perjumpaan, muridmurid dapat… 1. Memahami konsep guna semula sisa pepejal dalam aktiviti seharian 2. Mengenal pasti tindakan mengguna semula sisa pepejal di rumah dan di sekolah 1. Penerangan ringkas guru kelab berkenaan guna semula sisa pepejal 2. Ahli kelab berbincang bagi mendapatkan idea untuk melaksanakan aktiviti upcycling 3. Ahli kelab melaksanakan aktiviti upcycling 1. Buku rekod kokurikulum pelajar. 2. Buku Modul Latihan Kelab Kitar Semula 3. Peralatan bagi membuat upcycling 7 3R (Recycle) – Kitar Semula Pada akhir perjumpaan, muridmurid dapat… 1. Memahami konsep kitar semula sisa pepejal dalam aktiviti seharian 2. Mengenal pasti tindakan mengitar semula sisa pepejal di rumah dan di sekolah 1. Guru menerangkan kepada ahli kelab proses kitar semula 2. Ahli kelab dibimbing untuk melakukan audit sisa pepejal di beberapa kawasan terpilih 3. Ahli kelab bersama guru merancang bagi melaksanakan aktiviti bank kitar semula 1. Buku rekod kokurikulum pelajar 2. Buku Modul Latihan Kelab Kitar Semula 3. Peralatan bagi membuat program bank kitar semula PERJUMPAAN KANDUNGAN OBJEKTIF AKTIVITI ALATAN/BAHAN/CATATAN
5 8 Pengkomposan Pada akhir perjumpaan, muridmurid dapat… 1. Memahami objektif melaksanakan rawatan sisa makanan melalui cara pengkomposan 2. Melaksanakan rawatan sisa makanan melalui teknik pengkomposan 1. Penerangan daripada guru atau Pegawai 3R SWCorp tentang cara pelaksanaan rawatan sisa makanan melalui teknik pengkomposan 2. Demonstrasi pengkomposan oleh ahli kelab dan dibimbing oleh guru atau pegawai 3R SWCorp 3. Ahli kelab berbincang bagi melaksanakan aktiviti pengkomposan secara berterusan dalam kalangan ahli kelab 1. Buku rekod kokurikulum pelajar. 2. Buku Modul Latihan Kelab Kitar Semula 3. Peralatan (kit) pengkomposan sisa makanan 9 Ikrar Murid dan Memorandum Sekolah Pada akhir perjumpaan, muridmurid dapat… 1. Menghasilkan sebuah ikrar bagi menjaga kebersihan kawasan sekolah 2. Menyediakan ‘memorandum kebersihan’ yang ditandatangani oleh Guru Besar 1. Guru membimbing ahli kelab untuk menyediakan ikrar murid-murid bagi menjaga kebersihan sekolah dan mengambil bahagian dalam melaksanakan aktiviti kebersihan dan keceriaan yang akan dijalankan 2. Guru membimbing ahli kelab untuk menyediakan ‘memorandum kebersihan’ untuk ditandatangani oleh Guru Besar sebagai tanda sokongan 3. Guru membimbing ahli kelab untuk mengelola sebuah majlis ringkas untuk Guru Besar menandatangani memorandum tersebut 1. Buku rekod kokurikulum pelajar. 2. Buku Modul Latihan Kelab Kitar Semula 3. Peralatan bagi penyediaan ikrar dan memorandum PERJUMPAAN KANDUNGAN OBJEKTIF AKTIVITI ALATAN/BAHAN/CATATAN
6 10 Cipta tong kitar semula Pada akhir perjumpaan, muridmurid dapat… 1. Menghasilkan tempat penyimpanan sementara barangan kitar semula untuk digunakan di sekolah 1. Guru membimbing ahli kelab bagi mencipta tong kitar semula yang sesuai bagi menyimpan sementara barangan kitar semula 2. Ahli kelab menghias tong kitar semula dengan kreatif 3. Ahli Kelab menyediakan pelan kedudukan tong kitar semula 1. Buku rekod kokurikulum pelajar. 2. Buku Modul Latihan Kelab Kitar Semula 3. Peralatan bagi menyedia dan menghias tong kitar semula 11 Kenali Vendor Kitar Semula Pada akhir perjumpaan, muridmurid dapat… 1. Membina komitmen bersama syarikat kitar semula bagi membeli/ mengambil barangan kitar semula 3. Mengetahui proses pengutipan dan ke mana barangan kitar semula dibawa 1. Guru mendapatkan senarai vendor barangan kitar semula 2. Guru mengatur perjumpaan murid kelab dan vendor barangan kitar semula 3. Ahli kelab dan Vendor mendapat keputusan bagi aktiviti kutipan dan harga semasa barangan kitar semula 1. Buku rekod kokurikulum pelajar. 2. Buku Modul Latihan Kelab Kitar Semula 3. Borang vendor barangan kitar semula PERJUMPAAN KANDUNGAN OBJEKTIF AKTIVITI ALATAN/BAHAN/CATATAN
7 12 Hari Kitar Semula Peringkat Sekolah Pada akhir perjumpaan, muridmurid dapat… 1. Mengelola sambutan hari kitar semula peringkat sekolah 2. mempamerkan keberhasilan projek ‘Sekolah Sisa Sifar’ 1. Mendapatkan persetujuan daripada pihak pentadbiran sekolah bagi mengadakan sambutan hari kitar semula peringkat sekolah 2. Ahli kelab yang dipilih mengetuai bacaan ikrar 3. Mengadakan pameran ‘sekolah sisa sifar’ yang dianjurkan oleh Kelab 1. Buku rekod kokurikulum pelajar 2. Sambutan dicadangkan dibuat semasa perhimpunan sekolah 3. Bahan pameran ‘sekolah sisa sifar’ 13 Lawatan Pada akhir perjumpaan, muridmurid dapat… 1. Melihat dengan lebih jelas kemudahan pengurusan sisa pepejal 2. Memahami proses pengurusan sisa pepejal di kawasan sekitar 1. Guru kelab menghubungi dan mencadangkan lokasi bagi mengadakan lawatan sambil belajar ke kemudahan/pusat kitar semula sekitar kawasan sekolah 2. Guru dan murid yang mendapat keizinan ibubapa/penjaga dibawa melawat kemudahan/pusat kitar semula pada tarikh yang telah ditentukan 1. Buku rekod kokurikulum pelajar 2. Borang keizinan ibubapa/penjaga bagi membawa murid keluar untuk lawatan 3. Faktor keselamatan murid diberi keutamaan semasa lawatan berlangsung 14 Penyediaan laporan Pada akhir perjumpaan, muridmurid dapat… 1. Kebolehan menyediakan laporan aktiviti yang dilaksanakan 1. Guru membimbing murid menyediakan laporan tahunan aktiviti kelab untuk disahkan oleh pihak pentadbiran sekolah 2. Laporan akan dipanjangkan kepada Pegawai SWCorp bagi tujuan pengiktirafan ‘Sekolah Sisa Sifar’ dan ‘Jaguh 3R’ 1. Buku rekod kokurikulum pelajar 2. Buku Modul Latihan Kelab Kitar Semula 15 Pengiktirafan ‘Adiwira 3R’ dan Mesyuarat Agung Kelab Pada akhir perjumpaan, muridmurid dapat… 1. Mengiktiraf ahli kelab yang telah berjaya mengikuti modul sebagai ‘Jaguh 3R’ 1. Dijalankan di dalam Kelas PERJUMPAAN KANDUNGAN OBJEKTIF AKTIVITI ALATAN/BAHAN/CATATAN
8 1. Diiktiraf sebagai adiwira 3R 2. Memilih AJK untuk sesi akan dating 3. Mengendalikan mesyuarat agung tahunan 4. menentukan kadar yuran setiap murid 2. Mengiktiraf ‘Sekolah Sifar Sisa’ yang telah mencapai tahap yang ditetapkan berdasarkan aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tahun 3. Menilai dan membuat ‘post mortem’ aktivitiaktiviti yang dijalankan sepanjang tahun ini. 2. Diminitkan di dalam buku log kokurikulum PERJUMPAAN KANDUNGAN OBJEKTIF AKTIVITI ALATAN/BAHAN/CATATAN
9 12 14 UNIT 1 : ASAS PENGURUSAN SISA PEPEJAL
10 1.0 Asas Pengurusan Sisa Pepejal Secara purata setiap rakyat Malaysia menghasilkan 1.17kg sisa pepejal sehari. Jumlah ini bersamaan dengan janaan sisa pepejal negara sebanyak kira-kira 38,000 tan sehari pada tahun 2017. Sisa pepejal ini sekiranya tidak diurus dengan baik akan dibuang ke tapak pelupusan dan boleh memberi kesan buruk terhadap sosial, ekonomi dan alam sekitar. 1.1 Definisi Sisa Pepejal Mengikut Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672), sisa pepejal ditakrifkan sebagai: a) apa-apa bahan sekerap atau benda lebihan lain yang tidak dikehendaki atau keluaran yang ditolak yang timbul daripada penggunaan apa-apa proses; b) apa-apa benda yang dikehendaki dilupuskan kerana sudah pecah, lusuh, tercemar atau selainnya rosak; atau c) apa-apa bahan lain yang mengikut Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain dikehendaki oleh pihak berkuasa supaya dilupuskan. Sisa pepejal yang boleh dikitar semula adalah bahan yang tidak dikehendaki atau untuk dilupuskan yang sesuai untuk dikitar semula . Sisa pepejal yang boleh dikitar semula UNIT 1 : ASAS PENGURUSAN SISA PEPEJAL
11 1.2 Definisi Pengurusan Sisa Pepejal Pengurusan sisa pepejal merupakan perkhidmatan/kaedah untuk menangani isu sisa pepejal bermula dari peringkat penjanaan, penstoran, pengangkutan, perawatan sehingga pelupusan. 1.3 Jenis-jenis Sisa Pepejal Sisa pepejal yang terdapat di Malaysia terdiri daripada pelbagai jenis bahan sama ada yang boleh dikitar semula, tidak boleh dikitar semula, boleh dirawat dan juga sisa yang berbahaya. Secara umumnya, sisa pepejal yang akan dinyatakan dalam modul ini adalah seperti di bawah tetapi tidak termasuk sisa berjadual (Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974), sisa kumbahan (Akta Industri Perkhidmatan Air 2006) dan Sisa Radioaktif (Akta Pelesesan Tenaga Atom 1984). a) Sisa makanan Termasuklah sisa dapur, sisa makanan dan makanan yang telah rosak. b) Sisa taman Ranting kayu, batang pokok, rumput yang telah dipotong dan lain-lain. c) Plastik Barangan plastik termasuklah botol, bekas plastik dan beg plastik. Kebiasaannya produk plastik akan dilabel mengikut resinnya. Foto Google Foto Google Foto Google UNIT 1 : ASAS PENGURUSAN SISA PEPEJAL
12 d) Kertas Barangan berasaskan kertas seperti surat khabar, kertas cetakan, majalah, kotak dan lain-lain. e) Kayu Barangan berasaskan kayu seperti perabot dan kayu terpakai di tapak pembinaan. f) Logam Barangan berasaskan logam dan besi termasuk tin aluminium. g) Kaca Barangan berasaskan gelas seperti cawan dan pinggan kaca, tingkap dan cermin. Foto Google Foto Google Foto Google Foto Google UNIT 1 : ASAS PENGURUSAN SISA PEPEJAL
13 h) Getah Barangan berasaskan getah seperti sarung tangan getah, paip getah dan kasut getah. i) Kulit Barangan berasaskan kulit seperti kasut, tali pinggang dan beg kulit. j) Tekstil Pakaian dan barangan berasaskan tekstil seperti tuala dan selimut. k) Seramik Pelbagai barangan berasaskan seramik seperti pinggan, periuk dan bahan hiasan. UNIT 1 : ASAS PENGURUSAN SISA PEPEJAL Foto Google Foto Google Foto Google Foto Google
14 1.4 Aliran Pengurusan Sisa Pepejal di Malaysia Secara asasnya, pengurusan sisa pepejal di Malaysia merangkumi 5 peringkat iaitu penjanaan, pengasingan dan penyimpanan, kutipan dan pengangkutan, perpindahan dan rawatan dan pelupusan. Bagi memastikan setiap peringkat pengurusan sisa pepejal ini dilaksanakan dengan baik, Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Akta 672) telah digubal bagi memperuntukkan bidang kuasa dalam mengawal selia pengurusan sisa pepejal dan memberi kuasa kepada Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) untuk mengawal selia dan menguatkuasakan peraturan-peraturan berkaitan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam. 1.4.1 Penjanaan Sisa pepejal boleh terjana dari pelbagai punca. Berikut merupakan penerangan ringkas berkenaan punca janaan sisa pepejal yang dikenal pasti di Malaysia adalah seperti berikut: Sisa pepejal yang terhasil daripada aktiviti komersial seperti kawasan-kawasan perniagaan dan pasar raya. Sisa pepejal yang dihasilkan daripada aktiviti pembinaan atau perobohan,termasuk kerja pemajuan, penyediaan, pembaikan atau pengubahan seperti di tapak bina dan rumah yang diubah suai. a) Sisa Pepejal Komersial b) Sisa Pepejal Pembinaan UNIT 1 : ASAS PENGURUSAN SISA PEPEJAL Penjanaan Pengasingan dan Penyimpanan Kutipan dan Pengangkutan Perpindahan dan Rawatan Pelupusan Foto Utusan Malaysia
15 Sisa pepejal yang dihasilkan oleh sesuatu isi rumah, dan daripada jenis yang biasanya dihasilkan oleh atau dikeluarkan oleh mana-mana premis apabila dihuni sebagai rumah kediaman, dan termasuklah sisa taman. Sisa pepejal yang terhasil daripada aktivitiaktiviti perindustrian seperti di kilang dan kawasan perindustrian. Sisa pepejal yang dihasilkan oleh institusi seperti rumah ibadat, bangunan pejabat jabatan kerajaan, bangunan sekolah dan universiti, hospital, zoo awam, muzium awam, perpustakaan awam dan rumah anak yatim. Sisa pepejal yang dihasilkan di tempat awam, di bawah penyeliaan atau kawalan mana-mana pihak berkuasa tempatan. Sisa pepejal yang ditetapkan sama ada berbahaya atau boleh membahayakan kesihatan awam atau sukar untuk diolah, disimpan atau dilupuskan. Sisa pepejal yang dihasilkan di negara lain dan diimport ke Malaysia untuk diproses atau dilupuskan. d) Sisa Pepejal Perindustrian e) Sisa Pepejal Keinstitusian g) Sisa Pepejal Awam h) Sisa Pepejal Yang Ditetapkan Dari Semasa Ke Semasa f) Sisa Pepejal Import c) Sisa Pepejal Isi Rumah UNIT 1 : ASAS PENGURUSAN SISA PEPEJAL Foto Google
16 1.4.2 Pengasingan dan Penyimpanan Proses di mana sisa pepejal perlu diasingkan dan diletakkan sebelum diangkut oleh kontraktor pengutipan sisa pepejal berlesen. Kawasan perumahan bertanah seperti rumah teres dan banglo, sisa baki diletakkan ke dalam tong yang disediakan manakala sisa kitar semula dimasukkan ke dalam plastik dan di letakkan di tepi tong pada hari kutipan. a) Premis Bertanah b) Premis Bertingkat Manakala sisa kitar semula dikumpulkan di tempat penyimpanan sisa kitar semula berpusat di kawasan yang ditetapkan oleh Badan Pengurusan Bersama (JMB). Di premis bertingkat seperti pangsapuri, sisa baki diletakkan ke dalam tong di kawasan yang telah ditetapkan oleh Badan Pengurusan Bersama (JMB). UNIT 1 : ASAS PENGURUSAN SISA PEPEJAL
17 1.4.3 Kutipan dan Pengangkutan Proses di mana sisa pepejal yang telah diasingkan dan dikumpulkan akan diangkut oleh kontraktor pengutipan sisa pepejal yang berlesen dengan menggunakan kenderaan yang dikhaskan. Sisa baki Sisa kitar semula Sisa pukal dan sisa taman UNIT 1 : ASAS PENGURUSAN SISA PEPEJAL
18 1.4.4 Rawatan Sisa Pepejal Kemudahan rawatan sisa pepejal dapat mengurangkan sisa pepejal yang dihantar ke tapak pelupusan. Rawatan sisa pepejal ini bertujuan untuk menyelamatkan sisa pepejal yang boleh dikitar semula dan merawat sisa pepejal yang boleh ditukarkan kepada tenaga boleh ubah yang baharu. Antara kemudahan rawatan yang terdapat di negara kita adalah : a) Loji Pengolahan Haba (Thermal Treatment Plant) c) Kemudahan Mendapatkan Semula Bahan (Material Recovery Facility) b) Stesen Pemindahan (Transfer Station) d) Kemudahan Bahan Api Terbitan Sampah Refuse Derived Fuel) UNIT 1 : ASAS PENGURUSAN SISA PEPEJAL Foto Google
19 1.4.5 Pelupusan Sisa pepejal yang tidak melalui proses rawatan ataupun tidak dapat dirawat akan dihantar ke tapak pelupusan. e) Kemudahan Biogas (Biogas Facility) f) Kemudahan Pengkomposan Komunal Atau Komersial (Communal or Commercial Composting Facility) Pandangan dari atas tapak pelupusan sisa pepejal UNIT 1 : ASAS PENGURUSAN SISA PEPEJAL
20 1.5 Impak Pengurusan Sisa Pepejal Yang Baik Ke arah menjadi sebuah negara yang maju di masa hadapan, pihak kerajaan sedang berusaha memastikan isu sisa pepejal di Malaysia dapat ditangani dengan baik agar kesan buruk daripada penjanaan sisa pepejal dapat diminimumkan dan dielakkan. Hal ini bagi menjamin kesejahteraan masyarakat dan menjamin kelestarian alam sekitar untuk generasi akan datang. Antara kesan pengurusan sisa pepejal yang baik dapat dilihat dari segi: 1.5.1 Kesan kepada alam sekitar Pengurusan sisa pepejal yang sistematik seperti kemudahan rawatan air larut resap dapat meminimakan pencemaran sumber air bawah tanah dan kualiti sumber air negara. Pelepasan gas rumah hijau daripada tapak pelupusan dapat diurus dengan baik menerusi proses pengumpulan gas tapak pelupusan. Pencemaran tanah yang disebabkan oleh bahan toksik seperti kadmium dan plumbum daripada barangan elektronik dan kimia, dapat dielakkan seterusnya sesuai untuk dijadikan kawasan pertanian, perladangan dan penempatan manusia. UNIT 1 : ASAS PENGURUSAN SISA PEPEJAL Foto Google Foto Google
21 1.5.2 Kesan kepada sosial 1.5.3 Kesan kepada kesihatan manusia Pengurusan sisa pepejal yang baik dan sistematik juga dapat memberikan kesan positif kepada kesihatan manusia seperti : a) Menangani kehadiran dan pembiakan vektor pembawa penyakit seperti tikus (penyakit kencing tikus), nyamuk (denggi), lipas dan lalat (keracunan makanan). b) Mengelakkan pencemaran kimia di dalam air akibat daripada air larut resap akan menyebabkan keracunan logam berat terhadap organ badan manusia dalam jangka masa panjang. c) Mengawal pelepasan gas tapak pelupusan akan menyebabkan pencemaran udara yang mengganggu sistem pernafasan manusia (asthma) dan menyebabkan kerengsaan mata. Pengurusan sisa pepejal yang sistematik akan menyumbang kepada pemandangan yang indah dan perasaan selesa kepada penduduk mahupun masyarakat luar. Masalah persekitaran yang berbau busuk serta kehadiran haiwan perosak seperti tikus, lipas dan lalat dapat ditangani dan kualiti hidup penduduk dapat ditingkatkan. Pengurusan sisa pepejal dengan baik juga dapat mengelakkan kos tambahan bagi menyelenggara dan membersihkan kemudahan sedia ada sebagai contoh masalah longkang tersumbat akibat sisa pepejal. UNIT 1 : ASAS PENGURUSAN SISA PEPEJAL Foto Google Foto Google
22 1.6 Pengauditan Sisa Pepejal Objektif : Mengenal pasti jenis dan sumber janaan sisa pepejal di kawasan sekolah. Aktiviti : Pengauditan sisa pepejal dalam kawasan sekolah. Peralatan : Borang audit sisa pepejal, alat penimbang, sarung tangan, penutup hidung, alat pengutip sisa, kanvas plastik, label jenis sisa (sisa organik, kertas, plastik, aluminium dan kaca). : 1) Kenal pasti tong sampah di kawasan yang sesuai (kantin, pejabat, padang, perpustakaan dan lain-lain). 2) Tentukan masa yang sesuai untuk melaksanakan audit sisa pepejal. 3) Sediakan peralatan bagi membuat audit dan borang audit sisa pepejal seperti di Lampiran 1 (Borang Audit Sisa Pepejal) 4) Keluarkan semua sampah daripada tong dan lambakkan di atas kanvas plastik yang dibentang. 5) Asingkan sisa-sisa tersebut mengikut label yang telah disediakan. 6) Kenalpasti sisa yang boleh dikitar semula atau tidak. 7) Rekodkan di dalam borang audit sisa pepejal. Kaedah Pelaksanaan UNIT 1 : ASAS PENGURUSAN SISA PEPEJAL
23 HASIL PEMERHATIAN SISA PEPEJAL Tempat: Kantin Tarikh: 23 Jan 2018 Jumlah berat keseluruhan sisa pepejal: .....................kg Senarai sisa pepejal yang terdapat dalam tong sampah: 1) Sisa makanan ........................kg 2) Kertas ........................kg 3) Plastik .........................kg 4) Tin Aluminium ........................kg 5) Kotak Minuman ........................kg 6) Lain-lain (Nyatakan): ........................... .......................kg ........................... .......................kg Jumlah berat sisa yang boleh dikitar semula: .....................kg Berat Sisa yang boleh dikitar semula Berat keseluruhan sisa pepejal X 100 Pengiraan potensi kadar kitar semula adalah seperti berikut: Borang Audit Sisa Pepejal
24 1.7 Miniatur Komponen Sisa Pepejal Objektif : Memahami aliran pengurusan sisa pepejal. Aktiviti : Pembinaan model miniatur. Peralatan : Bahan terpakai (kotak, botol, tin, majalah dan lain-lain), gunting, gam, kertas warna. : 1) Bina model miniatur mengikut susunan seperti di rajah 1.1 2) Persembahkan model miniatur dan bentangkan aliran pengurusan sisa pepejal yang telah dibina. Kaedah Pelaksanaan UNIT 1 : ASAS PENGURUSAN SISA PEPEJAL Rajah 1.1 : aliran pengurusan sisa pepejal Para pelajar tekun menyiapkan model miniatur Foto Harian Metro
25 24 UNIT 2 : 3R (REDUCE, REUSE, RECYCLE)
26 2.0 3R (REDUCE, REUSE, RECYCLE) 2.1 Memahami Definisi Pengurusan Sisa Pepejal Mampan ‘Pengurusan Sisa Pepejal Mampan’ merupakan matlamat kerajaan bagi menyediakan pengurusan sisa pepejal yang bersepadu, kos efektif seterusnya mengurangkan kesan buruk kepada ekosistem secara progresif serta memenuhi kehendak dan kualiti hidup masyarakat. Bagi mencapai pengurusan sisa yang mampan, Dasar Pengurusan Sisa Pepejal Negara telah memperkenalkan pendekatan pengurusan sisa pepejal berdasarkan hierarki pengurusan sisa pepejal seperti di bawah: Rajah 2.1 Hierarki Pengurusan Sisa Pepejal. UNIT 2 : 3R (REDUCE, REUSE, RECYCLE)
27 2.2 Amalan 3R (Reduce, Reuse, Recycle) Amalan 3R dalam pengurusan sisa pepejal yang terdiri dari elemen Pengurangan (Reduce), Guna Semula (Reuse) dan Kitar Semula (Recycle) merupakan sebahagian pendekatan dalam hierarki Pengurusan Sisa Pepejal. Amalan 3R adalah sangat penting untuk dijadikan budaya dalam kehidupan seharian bagi menjamin kelestarian alam sekitar dengan meminimakan pelupusan sisa pepejal ke persekitaran. Pengurangan (Reduce) Pengurangan sisa pepejal bermaksud mengambil tindakan bagi mengurangkan penjanaan sisa sebelum, semasa dan selepas menggunakan sesuatu produk. Antara contoh amalan pengurangan yang boleh diamalkan adalah: a) Penggunaan beg guna semula b) Pembelian barangan yang mempunyai pembungkusan mesra alam UNIT 2 : 3R (REDUCE, REUSE, RECYCLE) Foto Google Foto Google
28 Amalan pengurangan sisa pepejal perlu diutamakan bagi mengelakkan penjanaan sisa di peringkat awal aliran sisa. Oleh itu, penjimatan sumber dapat dilakukan dan jejak karbon dapat dielakkan. c) Penggunaan bekas makanan yang boleh diguna semula d) Merancang pengambilan makanan dan menghabiskan makanan e) Mengguna kedua- dua belah muka surat UNIT 2 : 3R (REDUCE, REUSE, RECYCLE) Foto Google Foto Google Foto Google
29 2.2.1 Poster Objektif : Menghayati konsep pengurangan sisa pepejal dalam amalan seharian. Aktiviti : Melukis poster. Peralatan : Kertas lukisan, warna air/krayon/pensil warna. : 1) Melukis dan mewarna poster bertemakan: a) Hargai makanan dan elakkan pembaziran b) Katakan tidak pada plastik. c) Jom bawa bekas makanan sendiri. 2) Pamerkan poster yang telah siap pada papan kenyataan atau jadikan sebagai bahan promosi semasa kempen 3R di sekolah. Kaedah Pelaksanaan UNIT 2 : 3R (REDUCE, REUSE, RECYCLE) Para pelajar sedang menyiapkan poster bertemakan pengurusan sisa pepejal di Malaysia. Foto Google
30 Guna Semula (Reuse) Aktiviti menggunakan semula bahan atau sebahagian daripada bahan yang masih boleh digunakan lagi bagi mengelakkannya dari dilupuskan. Antara contoh amalan mengguna semula sisa pepejal yang boleh diamalkan adalah: a) Menghias kotak kasut sebagai kotak menyimpan barangan peribadi. b) Membaiki barangan elektrik yang telah rosak. c) Mendermakan baju, buku dan permainan kepada mereka yang memerlukan. d) Simpan dan guna semula beg plastik yang diperoleh ketika membeli belah sebagai plastik membungkus sisa. e) Menggunakan bahagian kosong di belakang kertas yang telah dicetak sebagai kertas draf dan buku nota. f) Menghasilkan kraftangan daripada bahan terbuang. g) Menghasilkan beg guna semula daripada t-shirt terpakai. Beg diperbuat daripada t-shirt terpakai. UNIT 2 : 3R (REDUCE, REUSE, RECYCLE) Mengguna semula kotak terbuang secara kreatif dengan menghasilkan bekas alat tulis. Foto Google
31 h) Menjual perkakasan rumah yang tidak lagi digunakan namun masih berkeadaan baik di carboot sale atau kedai barangan terpakai. Amalan mengguna semula selain dapat menjaga alam sekitar, juga memberi manfaat sosial kepada masyarakat seperti contoh amalan mendermakan pakaian yang masih elok kepada mangsa banjir. Upcycling adalah mengguna semula barangan terpakai secara kreatif, ia juga merupakan suatu aktiviti untuk mengubah rupa bentuk atau fungsi sesuatu barangan yang telah digunakan kepada barangan yang mempunyai nilai estetika atau fungsi baharu dengan menambahkan elemen kreatif dan inovatif. Guru penasihat dan ahli kelab juga boleh mendapatkan idea-idea kreatif berkaitan dengan aktiviti guna semula (upcycling) sisa pepejal dengan melayari laman web seperti pinterest.com dan youtube.com. Selain itu, terdapat juga badan bukan Kerajaan dan organisasi di Malaysia yang aktif dalam menjalankan aktiviti guna semula seperti Biji-Biji (www.biji-biji.com) dan Malaysian Environmental NGO (MENGO). 2.2.2 Guna semula secara kreatif (Upcycling) Objektif : Mengaplikasi kaedah mengguna semula sisa pepejal dengan kreatif. Aktiviti : Membuat beg guna semula daripada baju terpakai. Peralatan : Baju terpakai, gunting, pensel : 1) Guru kelab menyarankan ahli kelab untuk membawa baju terpakai dan gunting untuk aktiviti ‘upcycling’. 2) Guru kelab meminta ahli kelab untuk mengambil perhatian terhadap keselamatan semasa menggunting baju. 3) Ahli kelab membuat beg guna semula merujuk kepada Lampiran 2.1. UNIT 2 : 3R (REDUCE, REUSE, RECYCLE) Kaedah Pelaksanaan
32 a Upcycling Tee-Bag b c d e f a) Sediakan sehelai baju terpakai b) Lipat dua baju tersebut seperti yang ditunjukkan pada Gambar B. c) Tanda/lakarkan garisan yang perlu digunting pada baju tersebut seperti yang ditunjukkan pada gambar C. d) Gunting dengan berhati-hati baju mengikut garisan yang telah ditanda. e) Simpul dan ikat dengan kemas potongan baju yang telah dibuat seperti yang ditunjukkan pada gambar E. f) Hias beg mengikut kreativiti pelajar masing-masing dan gunakan beg yang telah siap.
33 2.2.3 Tong Kitar Semula Objektif : Menghayati konsep guna semula sisa pepejal dalam amalan seharian. Aktiviti : Menghasilkan tong kitar semula daripada bahan terpakai. Peralatan : Bahan terpakai (kotak, tin, tong, tayar, botol), cat dan label. : 1) Sediakan bahan terpakai yang bersesuaian (besar dan muat untuk mengisi barangan kitar semula). 2) Hias dan labelkan tong tersebut. 3) Letakkan di sudut kitar semula. Kaedah Pelaksanaan UNIT 2 : 3R (REDUCE, REUSE, RECYCLE) Tong kitar semula yang telah siap dibina diletakkan di kawasan tumpuan bagi meningkatkan kesedaran warga sekolah. Foto Google
UNIT 2 : 3R (REDUCE, REUSE, RECYCLE) 34 Kitar Semula (Recycle) Kitar semula adalah proses mengasingkan dan mengumpulkan sisa yang boleh dikitar semula bagi penghasilan keluaran baharu. Bagi mengamalkan kitar semula, sisa kitar semula perlu diasingkan daripada sisa lain, dikumpulkan dan dihantar atau dijual ke pusat- pusat yang menerima sisa kitar semula. Langkah-langkah bagi melaksanakan aktiviti kitar semula akan melibatkan beberapa proses seperti berikut: a) mengenal pasti sisa pepejal yang boleh dikitar semula; b) mencuci barangan kitar semula (jika perlu) seperti botol minuman supaya tidak menjadi tempat pembiakan serangga pembawa penyakit semasa penstoran; c) mengasingkan barangan kitar semula mengikut jenis. Setiap jenis barangan kitar semula mempunyai proses tersendiri untuk dijadikan bahan mentah baharu; d) menyimpan barangan kitar semula dalam bekas khas seperti tong, plastik atau kotak bagi memastikan barangan kitar semula terpelihara daripada kelembapan atau korosakan yang boleh menjejaskan kualitinya; dan e) barangan kitar semula juga dihantar sendiri ke pusat kitar semula atau dijual kepada pembeli barangan kitar semula. Bagi menggalakkan amalan kitar semula dalam kalangan murid-murid di sekolah, Kelab Kitar Semula digalakkan untuk melaksanakan program Bank Kitar Semula seperti yang dicadangkan dalam Unit 4: Projek ‘Sekolah Sisa Sifar’. Sisa kitar semula yang diasingkan boleh diletakkan ke dalam tong kitar semula yang disediakan. Foto Google
35 UNIT 2 : 3R (REDUCE, REUSE, RECYCLE) 2.3 Kenali usahawan kitar semula Objektif : Membina kerjasama bersama usahawan kitar semula dalam meningkatkan kesedaran pembudayaan amalan kitar semula. Aktiviti : Mengenal pasti usahawan kitar semula yang beroperasi di sekitar kawasan sekolah. : 1) Guru akan mengenal pasti usahawan kitar semula berdekatan kawasan sekolah dengan bantuan SWCorp negeri. 2) Menjemput Pegawai 3R dan usahawan kitar semula untuk melaksanakan program bank kitar semula di sekolah. Kaedah Pelaksanaan Penglibatan dan kerjasama yang baik antara kelab kitar semula dan vendor kitar semula penting bagi menjayakan inisiatif kitar semula di sekolah.
36 UNIT 3 : PENGKOMPOSAN
37 3.0 PENGKOMPOSAN Pengkomposan merupakan proses penguraian bahan organik kepada tanah kaya nutrien atau kompos yang terhasil daripada aktiviti mikroorganisma secara semulajadi. Kompos yang dihasilkan sangat bagus untuk tanah dan tumbuh-tumbuhan. Pengkomposan merupakan salah satu cara rawatan untuk sisa buangan organik yang telah digariskan dalam Dasar Pengurusan Sisa Pepejal Negara. Sisa organik termasuk sisa dapur, sisa kebun (bahan hijau dan coklat dan semua bahan organik yang kering dan basah. Walau bagaimanapun sisa dapur yang berminyak dan berlemak serta produk tenusu (susu, keju dan majerin) adalah tidak boleh dijadikan kompos. UNIT 3 : PENGKOMPOSAN Demonstrasi pengkomposan oleh pegawai Pendidikan Masyarakat SWCorp di sekolah.
UNIT 3 : PENGKOMPOSAN 38 3.1 Objektif pengkomposan Objektif pengkomposan adalah: a. mengurangkan kuantiti sisa organik yang perlu dilupuskan di tapak pelupusan sampah; b. mengelakkan proses penguraian sisa organik di tapak pelupusan yang mengakibatkan masalah bau dan menjadi antara punca kepada pembebasan gas rumah hijau; c. menukarkan sisa makanan kepada bahan yang lebih bermanfaat sebagai nutrien kepada tanah; dan d. membantu memanjangkan jangka hayat tapak pelupusan. 3.2 Kompos menggunakan kaedah Bokashi Apa itu kompos Bokashi? a. Bokashi adalah perkataan dalam bahasa Jepun yang bermaksud bahan organik yang diperam atau ditapai; b. Bokashi mengandungi sekumpulan bakteria aktif yang dipanggil EM (Effective microorganism); dan c. Kaedah ‘Bokashi Composting’ boleh mengurangkan kadar pembuangan sisa makanan setiap hari. 3.2.1 Kaedah ‘Bokashi Composting’ Yang Mudah dan Mesra Alam Terdapat lima (5) langkah utama dalam penghasilan baja kompos dengan menggunakan Kaedah Pengkomposan Bokashi: Langkah 1: Tapis sisa makanan yang berair. Langkah 2 : Buang dan ratakan dalam Bokashi Bin
39 Langkah 3: Taburkan Bokashi Powder pada sisa makanan yang telah diratakan tadi (seperti dalam gambar): Langkah 4 : Ulangi langkah yang sama setiap hari sehingga Bokashi Bin tersebut penuh. Langkah 5 : Biarkan selama 2 minggu. UNIT 3 : PENGKOMPOSAN Nota: Bokashi Powder boleh dibeli atau dibuat sendiri secara DIY (do it yourself). Rujuk lampiran 3.1. Sisa makanan di rumah sesuai dirawat menggunakan kaedah kompos bokashi Foto Salina Shamsudin Foto Salina Shamsudin
UNIT 3 : PENGKOMPOSAN 40 Nota: - Bokashi bin ini mestilah kedap udara dan mempunyai lubang-lubang kecil (seakan penapis) untuk mengeringkan sisa-sisa makanan yang lembap. - Air yang terhasil dinamakan Bokashi tea. - Bokashi bin boleh dibeli atau dibuat secara DIY jika faham konsepnya. Lapisan serbuk Bokashi Lapisan sisa makanan Tong kedap udara Susunan sisa makanan dan serbuk bokashi di dalam tong kompos kedap udara Penghasilan bokashi tea hasil daripada proses pengkomposan sisa makanan Penutup kedap udara
41 Bahan-bahan yang diperlukan adalah : Cara-caranya: Langkah 1: Hasilkan campuran A mengikut langkah seperti berikut: - Sediakan satu bekas dan masukkan cairan molasses. - Campurkan larutan EM ke dalam bekas yang mengandungi molasses tersebut serta tambahkan air tanpa klorin dan kacau rata. Langkah 2 : Masukkan dedak gandum ke dalam satu tong/bekas plastik kedap udara. Langkah 3 : Siram campuran A ke atas dedak gandum tadi. Langkah 4 : Mampatkan dedak gandum tersebut untuk mengeluarkan oksigen. Bil 1 2 4 3 EM Dedak gandum (Wheat Bran) Air tanpa klorin Molasses ( Gula perang yang dimasak dengan air panas.) 50ml 1 guni/5 kg 250ml - 300ml 50ml Bahan-bahan Kuantiti Nota: Jumlah air yang diperlukan mungkin berbeza. Sekadar untuk melembapkan sahaja. Untuk menguji kadar air, ambil segenggam dedak gandum di atas, jika boleh digumpal maka kadar air/kadar kelembapan mencukupi. Nota: Proses fermentasi ini memerlukan keadaan anaerobik (tanpa oksigen). Do It Yourself Bokashi Powder