The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Modul Latihan Kelab Kitar Semula Sekolah Rendah

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-46041894, 2023-08-13 00:57:31

Modul Latihan Kelab Kitar Semula Sekolah Rendah

Modul Latihan Kelab Kitar Semula Sekolah Rendah

42 Langkah 5 : Tutup tong/bekas kedap udara tersebut dan biarkan selama dua (2) minggu. Alternatif penyimpanan: - Pekkan di dalam beg plastik, keluarkan udara, dan tempatkan jauh dari cahaya matahari selama dua (2) minggu. Langkah 6 : Jika aroma masam dan manis seperti jeruk terhasil, maka proses fermentasi ini berjaya. Langkah 7 : Keluarkan dedak gandum tersebut dan letakkan pada permukaan lantai yang jauh dari cahaya matahari (direct sunlight) untuk dikeringkan selama satu (1) hari. Langkah 8 : Apabila dedak gandum tersebut telah kering, bokashi powder telah berjaya dihasilkan dan sedia digunakan. Nota: Simpan di dalam bekas bertutup. UNIT 3 : PENGKOMPOSAN


43 Langkah penyediaan EM secara DIY: Bahan-bahan yang diperlukan adalah : Cara-caranya: Langkah 1: Basuh beras dengan air tanpa klorin. Simpan air basuhan beras dari 3 ke 5 hari. Tutup botol dengan kain nipis. Langkah 2 : Selepas 5 hari, 3 lapisan akan terbentuk .Ambil lapisan tengah sahaja. Langkah 3 : Air beras masam yang ditapis, campurkan dengan susu cair. Nisbah 1 : 10 (1 bahagian air beras + 10 bahagian susu) Langkah 4 : Campurkan air beras dan susu, tutup bekas dgn kain, perlukan udara untuk proses peraman. Peram selama seminggu sehingga lapisan susu kental dan lacto serum terbentuk. Bil 1 2 4 Air basuhan beras Susu Gula perang Bahan-bahan Nota: Apa-apa jenis susu boleh digunakan. Susu segar adalah digalakkan. Do It Yourself Effective Microorganism


44 Langkah 5 : Tapis untuk mengasingkan lapisan susu kental dan lacto serum. (seperti dalam gambar) Langkah 6 : Untuk penyimpanan, campur lacto serum dengan gula perang. Nisbah 1 : 1.(1L lacto serum + 1kg gula perang) Foto Salina Shamsudin Foto Salina Shamsudin Foto Salina Shamsudin Foto Salina Shamsudin UNIT 3 : PENGKOMPOSAN


45 3.3 Kompos menggunakan kaedah Takakura Terdapat empat (4) langkah utama dalam penghasilan baja kompos dengan menggunakan Kaedah Pengkomposan Takakura Home Method: Langkah 1: Penyediaan larutan penapaian Langkah 2: Penyediaan medium pengurai (Seed Compost) 3 LITER AIR 250 GRAM GULA MERAH (2 CAWAN) LARUTAN PENAPAIAN 1 KEPING TEMPE GAULKAN 3 LITER AIR (LARUTAN PENAPAIAN) 2 KG TANAH 1 KG SEKAM PADI SEKIRANYA CAMPURAN BOLEH DIKEPAL BEGINI MENUNJUKKAN IA SUDAH SEDIA UNTUK DIPERAM SELAMA 5 HARI. SELEPAS 5 HARI, PERMUKAAN MEDIUM AKAN DIPENUHI DENGAN KULAT BEWARNA PUTIH (MEDIUM PENGURAI TELAH SEDIA DIGUNAKAN) FORMULA ADUNAN : 1 : 2 = SEKAM PADI : TANAH SEKAM PADI BOLEH DIGANTI DENGAN DEDAK, HABUK KAYU, DAUN/RUMPUT KERING DAN HAMPAS KELAPA DISIMPAN 5 HARI DI DALAM BEKAS YANG TERTUTUP UNIT 3 : PENGKOMPOSAN


46 Langkah 3: Penyediaan Compost Chang (Bakul Kompos) Langkah 4: Kaedah menjalankan pengkomposan 1. Sisa makanan dipotong kecil 2. Sisa makanan dibilas & ditapis 3. Sisa makanan dimasukkan ke dalam bakul kompos, digaulkan bersama medium pengurai dan pastikan digaul serata 4. Bakul kompos ditutupi dengan kain bagi mengelakkan serangga masuk serta untuk mengekalkan suhu kompos 5. Ulang proses setiap hari sekali sehingga bekas penuh atau sehingga 3 bulan jika 500 gram sisa makanan diletakkan setiap hari 6. Pastikan kompos digaul sekali setiap hari 7. Selepas 3 bulan atau sekiranya bakul telah penuh, keluarkan kompos dari bekas dan periksa kelembapannya. Sekiranya terlalu kering, tambahkan sedikit air 8. Simpan kompos di dalam kotak/bekas dan biarkan ia matang selama 2 minggu sehingga menjadi hasil kompos. Contoh bakul yang boleh digunakan (Bekas yang mempunyai rongga udara/liang udara) Bakul digalakkan untuk dialaskan dengan karpet bagi mengelakkan bahan kompos tertumpah Bakul diisikan dengan medium pengurai sehingga 60% dari bakul atau 3kg medium pengurai dan ditutupkan supaya tidak dimasuki serangga BERAT MEDIUM PENGURAI YANG SESUAI UNTUK SEBUAH RUMAH ADALAH : 3 KG (2 KG TANAH = 1 KG SEKAM) UNIT 3 : PENGKOMPOSAN


47 UNIT 3 : PENGKOMPOSAN Aplikasi Penggunaan Baja Kompos Kelab Kitar Semula boleh mengaplikasikan baja kompos ini dalam ‘Taman Lestari’ sebagai salah satu daripada projek ‘Sekolah Sisa Sifar’. Aplikasi penggunaan baja kompos adalah seperti berikut: Taburkan baja kompos di sekitar kawasan tanaman dan gemburkan dalam anggaran 20 cm Baja kompos ditaburkan pada tanaman yang baru ditanam Gali lubang di sekeliling pokok sedalam 10 cm untuk diletakkan baja kompos


48 UNIT 4 : PROJEK ‘SEKOLAH SISA SIFAR’


49 4.0 PROJEK ‘SEKOLAH SISA SIFAR’ Projek ‘Sekolah Sisa Sifar’ merupakan inisiatif Kelab Kitar Semula bersama-sama seluruh warga sekolah bertujuan menjadikan persekitaran sekolah sebagai kawasan yang bersih, indah dan sejahtera. Program ini dinamakan sebagai ‘Projek Sekolah Sisa Sifar’ bagi meminimakan penjanaan sisa pepejal yang dihasilkan oleh warga sekolah. 4.1 Objektif Antara objektif utama ‘Projek Sekolah Sisa Sifar’ adalah: a) meminimakan penjanaan sisa pepejal yang dihasilkan oleh sekolah; b) menerapkan nilai cintakan kebersihan dalam diri murid dan guru; c) menggalakkan penyertaan semua murid dan guru dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti 3R dan penjagaan kebersihan persekitaran; dan d) meningkatkan kesedaran murid dan guru berkaitan amalan 3R dan penjagaan kebersihan persekitaran. UNIT 4 : PROJEK ‘SEKOLAH SISA SIFAR’ Penglibatan murid dalam aktiviti 3R di sekolah adalah penting bagi menjayakan projek ‘Sekolah Sisa Sifar’


UNIT 4 : PROJEK ‘SEKOLAH SISA SIFAR’ 50 4.2 Inisiatif dalam Projek ‘Sekolah Sisa Sifar’ Secara umumnya, guru dan ahli kelab bebas untuk menentukan aktiviti-aktiviti berbentuk kesedaran dan penerapan elemen Reduce, Reuse dan Recycle dalam pengurusan sisa pepejal di sekolah. Walau bagaimanapun, aktiviti-aktiviti ini perlu mendapat kebenaran dan kelulusan pelaksanaannya daripada pihak sekolah terlebih dahulu. Antara cadangan aktiviti yang boleh dilakukan adalah: Lafaz Ikrar Murid Lafaz ikrar merupakan aku janji murid bagi memberikan komitmen yang tiada berbelah bahagi untuk bersama-sama bertanggungjawab menjaga kebersihan kawasan sekolah. Ikrar murid ini boleh dilafazkan ketika perhimpunan atau pun sebagai salah satu pengisian bersempena dengan Sambutan Hari Kitar Semula Peringkat Sekolah. Ahli kelab dan guru pembimbing boleh bersama-sama berbincang untuk memikirkan teks ikrar yang sesuai dengan matlamat yang ingin dicapai. Berikut merupakan contoh teks ikrar murid: IKRAR SEKOLAH SISA SIFAR Bahawasanya kami, murid Sekolah………………………………… dengan ini berikrar dan berjanji akan berganding bahu bagi berusaha menjadikan sekolah kami sebagai Sekolah Sisa Sifar. Ke arah itu, kami: • Bersama-sama bertanggungjawab menjaga kebersihan kawasan sekolah; • Sentiasa mengamalkan amalan pengurangan sisa pepejal untuk meminimakan penjanaan sisa pepejal; • Mengguna semula barangan kami yang masih elok dan mengelakkan pembaziran; • Mengambil bahagian dalam aktiviti kitar semula yang dijalankan; dan • Menghargai dan menghormati usaha setiap murid, guru dan kakitangan sekolah yang menjaga kebersihan sekolah.


51 UNIT 4 : PROJEK ‘SEKOLAH SISA SIFAR’ Bank Kitar Semula a. Program Bank Kitar Semula di sekolah merupakan sebuah program pendidikan berorientasikan aplikasi terhadap amalan kitar semula yang dijalankan di sekolah. b. Program Bank Kitar Semula di sekolah telah dilaksanakan bermula sejak tahun 2013 melibatkan sekolah rendah dan menengah seluruh semenanjung Malaysia. c. Tujuan utama program ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk membudayakan amalan kitar semula dalam kalangan murid dan guru. d. Bagi melaksanakan bank kitar semula, guru dan murid boleh rujuk kepada Carta Alir yang telah disediakan di Lampiran 4.1. e. Program Bank Kitar Semula di sekolah juga dapat membudayakan elemen keusahawanan pada pelajar selain mendidik pelajar menjadi lebih arif dan berdaya saing dalam aktiviti kitar semula/alam sekitar sejajar dengan hasrat kerajaan untuk membentuk pelajar yang aktif dan proaktif dalam pelbagai bidang. Sumbangan tenaga oleh guru merupakan tunjang kejayaan program Bank Kitar Semula di sekolah.


52 Bank KitarSemula Taklimat Kepada Pihak Yang Terlibat Perbincangan dan persetujuan bersama Guru Besar sekolah. Perundingan bersama Pegawai 3R SWCorp Pelantikan pembeli barangan kitar semula/vendor kitar semula. Promosi Bank Kitar Semula di Sekolah Mengadakan taklimat kepada pelajar. Mengedarkan pamplet/risalah Memasang banner di pintu masuk sekolah. Tanggungjawab Kelab Kitar Semula (Sebelum Hari Kutipan) Tanggungjawab Pasukan 3R (Pada Hari Kutipan) Membilas barang-barang kitar semula yang telah dikumpul. Menyemak barang yang dibawa oleh pelajar Ditimbang mengikut kategori dan dicatatkan di dalam log yang telah disediakan. Memanggil semula pelajar untuk diterangkan semula kaedah pengasingan yang betul. TIDAK DIASINGKAN Menjual barangan kitar semula kepada vendor yang telah dilantik. Hasil jualan diserahkan kepada pelajar/sekolah. Pasukan 3R dan SWCorp akan merekodkan hasil jualan dan nilai timbangan ke dalam buku log yang disediakan. Mengasingkan barangbarang mengikut kategori. Masukkan ke dalam bekas dan mengikat mengikut kategori barang-barang kitar semula. Memasukkan dalam plastik dan menulis nama penuh dan nama kelas bagi urusan pengemaskinian rekod . Membawa ke sekolah mengikut hari yang telah ditetapkan oleh guru. CARTA ALIR PELAKSANAAN PROGRAM BANK KITAR SEMULA DI SEKOLAH RENDAH *SWCorp menganjurkan Pertandingan Kitar Semula Sekolah-sekolah Peringkat Kebangsaan (PerKISS) pada setiap tahun bermula tahun 2014. Pihak kelab boleh mencadangkan kepada pihak pentadbiran sekolah untuk menyertai pertandingan ini. Untuk maklumat berkaitan pertandingan, boleh lawati laman web www.swcorp.my DIASINGKAN


53 UNIT 4 : PROJEK ‘SEKOLAH SISA SIFAR’ Taman Lestari Taman Lestari adalah sebuah taman berkonsepkan 3R yang disuburkan dengan tumbuhan-tumbuhan organik dan peralatan- peralatan yang diguna semula sebagai hiasan untuk menceriakan persekitaran taman. Botol plastik dijadikan hiasan di sekeliling pokok. Cawan polisterin dijadikan pasu kecil bagi menyemai anak pokok. Penggunaan baja kompos untuk merangsang pertumbuhan tanaman. Konsep 3R diaplikasikan dalam Taman Lestari. Foto SK Lembah jaya Foto SK Lembah jaya Foto SK Lembah jaya Foto SK Lembah jaya


UNIT 4 : PROJEK ‘SEKOLAH SISA SIFAR’ 54 Antara konsep 3R yang boleh diaplikasi dalam Taman Lestari adalah: a) penanaman pokok-pokok sebagai usaha mengurangkan pembebasan gas rumah hijau; b) rekacipta perkakasan seperti pasu, papan tanda dan meja daripada bahan terbuang; dan c) pengayaan tanah (soil enhancement) oleh baja kompos yang dihasilkan daripada sisa makanan. Objektif Taman Lestari dibentuk adalah bagi mencapai matlamat berikut: a) menerapkan nilai dan keazaman bagi menjadikan sekolah sebagai kawasan lestari; b) membudayakan konsep 3R di sekolah; c) menerapkan amalan mengguna semula sisa pepejal secara kreatif dan inovatif; dan d) mengaplikasi konsep pengurusan sisa lestari terhadap pemuliharaan alam sekitar. Kempen Pihak kelab juga boleh menjemput agensi-agensi kerajaan, swasta mahupun NGO untuk menyampaikan ceramah kesedaran serta mengadakan kempen-kempen berkaitan 3R di sekolah. Penerangan daripada pegawai daripada Bahagian Pendidikan Masyarakat SWCorp berkenaan amalan 3R. Sesi ceramah diberikan kepada muridmurid berkaitan pembudayaan amalan 3R di sekolah.


55 UNIT 4 : PROJEK ‘SEKOLAH SISA SIFAR’ PEMBUDAYAAN AMALAN 3R DI SEKOLAH Januari LAPORAN PENCAPAIAN PROGRAM PEMBUDAYAAN AMALAN 3R DI SEKOLAH MODUL KELAB KITAR SEMULA DI SEKOLAH 1| MAKLUMAT SEKOLAH Jenis Sekolah : Sekolah Rendah Sekolah Menengah Nama Sekolah : ……………………………………………………………… Alamat Sekolah : ……………………………………………………………… ……………………………………………………………… No. Telefon : ………………….. No. Faks : ………………….. E-mel Sekolah : …………………….. Bilangan Murid : …….. Orang Nama Pengetua / : ……………………………………………………………… Guru Besar 2| MAKLUMAT KELAB KITAR SEMULA / ALAM SEKITAR / KELAB CHAMPION AKTIVITI PEMBUDAYAAN AMALAN 3R Nama Kelab : ……………………………………………………………… Nama Guru : ……………………………………………………………… Penyelaras E-mel Guru : ……………………………………………………………… No. Tel Guru : ……………………………………………………………… Bilangan Murid : ……… Orang Menyertai Kelab 2018


UNIT 4 : PROJEK ‘SEKOLAH SISA SIFAR’ 56 PEMBUDAYAAN AMALAN 3R DI SEKOLAH Januari 3| LAPORAN PENGUMPULAN BARANGAN KITAR SEMULA BIL BULAN JUMLAH KUTIPAN (KG) JUMLAH HASIL JUALAN (RM) 1 Januari 2 Februari 3 Mac 4 April 5 Mei 6 Jun 7 Julai 8 Ogos JUMLAH KESELURUHAN 4| JUMLAH KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA Jumlah Per Kapita = Jumlah Keseluruhan Barangan Kitar Semula (kg) Jumlah Murid Sekolah = ____________________________________________ = _______ kg Per Kapita Nota: *Semua resit penjualan barangan kitar semula yang telah disahkan oleh Guru Besar / Pengetua hendaklah dikemukakan menerusi Lampiran bersama-sama Laporan ini. 2018


57 UNIT 4 : PROJEK ‘SEKOLAH SISA SIFAR’ PEMBUDAYAAN AMALAN 3R DI SEKOLAH Januari 5| LAPORAN PROGRAM PEMBUDAYAAN AMALAN 3R / KITAR SEMULA / KESEDARAN AWAM SEPANJANG TAHUN 2017 BIL AKTIVITI / PROGRAM TARIKH CATATAN PEMBUKTIAN (GAMBAR / LAPORAN AKTIVITI) Contoh: 1 Taklimat Kitar Semula kepada pelajar 14/1/2017 Sebanyak 2 sesi dijalankan Lampiran 1 2 Melaksanakan bengkel kraftangan kitar semula 20/2/2017 Seramai 20 orang pelajar terlibat Lampiran 2 3 Melaksanakan program kompos 21/3/2017 Melibatkan pengusaha kantin dan 15 orang pelajar Lampiran 3 Keterangan lengkap mengenai setiap aktiviti yang dilaksanakan hendaklah disertakan menerusi lampiran Folio Aktiviti Pembudayaan Amalan 3R / Program Kesedaran Awam. 2018


UNIT 4 : PROJEK ‘SEKOLAH SISA SIFAR’ 58 PEMBUDAYAAN AMALAN 3R DI SEKOLAH Januari 6| INOVASI DARIPADA BARANGAN KITAR SEMULA (kosongkan jika tidak menyertai kategori ini) Jenis Sekolah : Sekolah Rendah Sekolah Menengah Nama Sekolah : ……………………………………………………………………… Nama Kumpulan : ……………………………………………………………………… Nama Murid : 1)…………………………………………………………………… 2)…………………………………………………………………… 3)…………………………………………………………………… 4)…………………………………………………………………… 5)…………………………………………………………………… Nama Guru : ……………………………………………………………………… Penyelaras Nama Produk : ……………………………………………………………………… Bahan Asas : 1)…………………………………………………………………… 2)…………………………………………………………………… 3)…………………………………………………………………… Keterangan lengkap mengenai cara pembuatan, kos, ciri-ciri dan fungsi hendaklah disertakan menerusi lampiran Folio Inovasi Daripada Barangan Kitar Semula. Perakuan dan Pengesahan: Saya memperakui dan mengesahkan bahawa idea rekacipta ini adalah asli dan tidak pernah dikomersialkan sebelum ini. ……………………………………………………………. (Tandatangan berserta cop Guru Besar / Pengetua / Guru Penyelaras) 2018


59 UNIT 4 : PROJEK ‘SEKOLAH SISA SIFAR’ PEMBUDAYAAN AMALAN 3R DI SEKOLAH Januari 7| INISIATIF KOMPOS (kosongkan jika tidak menyertai kategori ini) Nama Sekolah : ……………………………………………………………………… LAPORAN AKTIVITI KOMPOS BIL AKTIVITI TARIKH CATATAN Contoh: 1 Taklimat pengkomposan kepada murid tahun 4, 5 dan 6 28/2/2017 Seramai 263 orang pelajar dari tahun 4, 5 dan 6 terlibat dalam taklimat 2 Aktiviti kompos sempena Hari Bumi 24/3/2017 Seramai 15 orang ahli kelab terlibat dalam aktiviti kompos 3 Aktiviti kompos sempena Sambutan Hari Kantin 7/5/2017 Seramai 20 orang pelajar terlibat dalam aktiviti kompos sisa makanan yang terhasil dari sambutan Hari Kantin JUMLAH SISA MAKANAN YANG DIKOMPOS DAN HASIL KOMPOS BIL AKTIVITI JUMLAH SISA MAKANAN (kg) JUMLAH KOMPOS TERHASIL (kg) KEGUNAAN HASIL KOMPOS Contoh: 1 Pengkomposan sisa makanan sempena hari bumi. 5.2 3.4 Digunakan dalam penanaman pokok di landskap sekolah 2 Pengkomposan sisa makanan sempena Sambutan Hari Kantin 7.5 4.0 Dijual ketika sambutan Hari Usahawan Muda JUMLAH Keterangan lengkap mengenai kaedah kompos, gambar aktiviti dan cara pengendalian kompos hendaklah disertakan menerusi lampiran Folio Aktiviti Kompos. Perakuan dan Pengesahan: Saya memperakui dan mengesahkan bahawa maklumat seperti yang dinyatakan di atas adalah benar. ………………………………………………. (Tandatangan berserta cop Guru Besar / Pengetua / Guru Penyelaras) 2018


UNIT 4 : PROJEK ‘SEKOLAH SISA SIFAR’ 60 PEMBUDAYAAN AMALAN 3R DI SEKOLAH Januari 8|PENGESAHAN GURU BESAR / PENGETUA Saya dengan ini memperakui dan mengesahkan bahawa segala maklumat yang telah diberikan adalah benar. Sekian, terima kasih. Tandatangan : Tarikh : Nama : Cop : Cop Sekolah : 2018


61 UNIT 5 : HARI KITAR SEMULA


UNIT 5 : HARI KITAR SEMULA 62 5.0 HARI KITAR SEMULA Hari Kitar Semula merupakan salah satu program yang boleh dianjurkan oleh Kelab Kitar Semula bagi meningkat kesedaran semua murid dan guru terhadap kepentingan menguruskan sisa pepejal secara mampan menerusi kaedah 3R iaitu pengurangan, guna semula dan kitar semula. Selain itu, murid dan guru juga didedahkan dengan inisiatif-inisiatif 3R di peringkat sekolah, komuniti dan juga nasional. 5.1 Latar Belakang Hari Kitar Semula Kebangsaan Hari Kitar Semula merupakan satu inisiatif oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi meningkatkan kesedaran kepada setiap lapisan masyarakat mengenai pentingnya amalan kitar semula dalam memastikan kemampanan pengurusan sisa pepejal dan penjagaan alam sekitar. Secara fakta dan sejarahnya, Program Kitar Semula Kebangsaan telah diperbaharui dan dilancarkan secara rasmi pada 2 Disember 2000 di Pusat Membeli-belah Mid Valley oleh Menteri KPKT menjadikan tarikh 11 November pada setiap tahun sebagai Hari Kitar Semula Kebangsaan. Selain itu juga, bermula pada tahun 2018, Biro Kitar Semula Antarabangsa telah memulakan inisiatif di peringkat global dengan memperkenalkan 18 Mac 2018 sebagai Global Recycling Day bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat di seluruh dunia mengenai kepentingan mengitar semula. Sambutan Hari Kitar Semula Peringkat Kebangsaan 2017 di Dataran Floria, Putrajaya.


63 5.2 Hari Kitar Semula Peringkat Sekolah Sambutan Hari Kitar Semula juga boleh diperluas di peringkat sekolah. Matlamat utama penganjuran aktiviti bersempena sambutan Hari Kitar Semula adalah bagi memupuk semangat cinta akan alam sekitar dan kebersihan dalam kalangan murid-murid dan guru-guru sekolah serta meningatkan kesedaran warga sekolah tentang konsep pengurusan sisa pepejal dan amalan 3R yang betul. Selain itu, Sambutan Hari Kitar Semula di Peringkat Sekolah boleh menjadi platform yang baik untuk pihak pentadbiran sekolah, guru-guru, murid-murid malahan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta pelbagai agensi kerajaan untuk sama-sama mendapatkan pendedahan berkaitan kepentingan menjaga kebersihan dan menguruskan sisa pepejal melalui pendekatan secara Reduce, Reuse dan Recycle. UNIT 5 : HARI KITAR SEMULA Pertandingan rekaan fesyen daripada barangan terbuang merupakan antara aktiviti yang boleh dijalankan semasa Hari Kitar Semula Peringkat Sekolah. Foto SK Matang Jaya


UNIT 5 : HARI KITAR SEMULA 64 Berikut adalah faedah yang boleh diperolehi melalui penganjuran Hari Kitar Semula Peringkat Sekolah, antaranya : a) Sebagai platform untuk mengetengahkan aktiviti-aktiviti 3R yang telah dijalankan oleh Kelab Kitar Semula seperti Bank Kitar Semula, Sekolah Sisa Sifar, Kempen ‘Value Food No Waste’, Waste Art/Upcycling dan Taman Lestari; b) Memberi pendedahan kepada murid dan warga sekolah mengenai kepentingan amalan 3R (Reduce, Reuse dan Recycle) terhadap pemuliharaan alam sekitar; c) Meningkatkan tahap kesedaran murid dan warga sekolah melalui pendidikan informal menerusi sambutan Hari Kitar Semula Peringkat Sekolah; d) Memupuk dan mengukuhkan amalan 3R dalam kalangan generasi muda seperti murid sekolah; e) Menerapkan minda kelas pertama kepada murid dan warga sekolah dalam menjadikan amalan 3R sebagai budaya dan amalan harian; dan f) Menggalakkan pembudayaan amalan 3R sebagai langkah paling penting dan berkesan dalam menguruskan sisa pepejal secara mampan demi generasi akan datang. 5.3 Sambutan Hari Kitar Semula Peringkat Sekolah Sambutan Hari Kitar Semula juga boleh diperluas di peringkat sekolah. Matlamat utama penganjuran aktiviti bersempena sambutan Hari Kitar Semula adalah bagi memupuk semangat cintakan alam sekitar dan kebersihan dalam kalangan murid-murid dan guru-guru sekolah serta meningkatkan kesedaran warga sekolah tentang konsep pengurusan sisa pepejal dan amalan 3R yang betul. Selain itu, sambutan Hari Kitar Semula di Peringkat Sekolah boleh menjadi platform yang baik untuk pihak pentadbiran sekolah, guru-guru, murid-murid malahan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta pelbagai agensi kerajaan untuk sama- sama mendapatkan pendedahan berkaitan kepentingan menjaga kebersihan dan menguruskan sisa pepejal melalui pendekatan 3R.


65 UNIT 5 : HARI KITAR SEMULA 5.4 Cadangan pengisian Hari Kitar Semula Peringkat Sekolah Antara aktiviti yang boleh dilakukan dalam sambutan Hari Kitar Semula Peringkat Sekolah adalah: Konvensyen Mini ‘Sekolah Sisa Sifar’ Merupakan sebuah platform bagi mempersembahkan hasil dan kemajuan projek ‘Sekolah Sisa Sifar’ kepada pihak pentadbiran sekolah, guru dan murid-murid. Persembahan pentas sketsa berkaitan kebersihan dan amalan 3R Persembahan pentas seperti sketsa, koir dan bicara berirama boleh dilakukan oleh murid dengan bimbingan guru dengan menggunakan barangan terpakai kepada warga sekolah sebagai hiburan yang mempunyai mesej murni berkaitan penjagaan alam sekitar dan amalan 3R. Ahli kelab kitar semula mempersembahkan bicara berirama bertemakan kepentingan menjaga kebersihan. Foto Google


UNIT 5 : HARI KITAR SEMULA 66 c) Pengiktirafan Jaguh 3R Kelab juga boleh mencadangkan pengiktirafan Jaguh 3R kepada ahli kelab yang aktif dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti Kelab Kitar Semula. d) Pameran dan ceramah Aktiviti pameran merupakan salah satu aktiviti yang dapat menarik minat murid dan guru untuk lebih memahami berkenaan program dan inisiatif yang telah dijalankan. Guru Pembimbing Kelab Kitar Semula bersama ahli kelab boleh mempamerkan keberhasilan Projek ‘Sekolah Sisa Sifar’ kepada pihak pentadbiran sebagai tanda kejayaan terhadap inisiatif yang ditunjukkan. Pihak sekolah juga boleh mendapatkan kerjasama agensi kerajaan yang berdekatan untuk aktiviti pameran. Ceramah berkaitan Pengurusan Sisa Pepejal dan Amalan 3R juga boleh disampaikan oleh pihak SWCorp. Pemberian sijil pengiktirafan kepada ahli Kelab Kitar Semula yang aktif. Foto Google


67 e) Pertandingan Bagi memeriahkan sambutan Hari Kitar Semula Peringkat Sekolah, pihak kelab boleh mengadakan pelbagai aktiviti sampingan seperti pertandingan Pengumpulan Barangan Kitar Semula Terbanyak, pertandingan melukis poster/mewarna, pertandingan rekacipta barangan terbuang dan pelbagai aktiviti yang dapat menarik minat murid-murid untuk lebih memahami amalan 3R. UNIT 5 : HARI KITAR SEMULA Pengkongsian maklumat berkaitan pembudayaan amalan 3R oleh pegawai Pendidikan Masyarakat SWCorp. Pertandingan rekaan fesyen daripada barangan terbuang. Foto SK Matang Jaya


UNIT 5 : HARI KITAR SEMULA 68 f) Aktiviti Upcycling Guru Pembimbing kelab bersama ahli kelab boleh menjalankan aktiviti upcycling bersama murid dan warga sekolah dengan kerjasama SWCorp atau NGO berkaitan. Aktiviti upcycling daripada sisa kitar semula. Foto SK Taman Semarak


69 UNIT 6 : EKSPLORASI CILIK 3R


70 6.0 EKSPLORASI CILIK 3R Eksplorasi Cilik 3R merupakan program yang dianjurkan oleh kelab kitar semula bagi memberi pendedahan kepada ahli kelab berkenaan dunia pengurusan sisa pepejal dan kebersihan persekitaran serta hubungannya dengan amalan seharian. Objektif : 1) Menggalakkan murid mencintai alam sekitar melalui aktiviti 3R (Reduce, Reuse, Recycle) daripada bahan terbuang. 2) Melatih murid untuk mempraktikkan amalan 3R dalam kehidupan seharian. 3) Meningkatkan semangat kerjasama berpasukan antara murid. Aktiviti : Mengadakan program perkhemahan 3R atau lawatan ke pusat kitar semula. : 1) Penyediaan kertas kerja program dan kelulusan pihak sekolah 2) Mendapatkan kebenaran untuk melakukan aktiviti luar daripada ibu bapa dan penjaga ahli kelab/murid-murid. 3) Menjalankan program seperti cadangan tentatif di Lampiran 6.1. Kaedah Pelaksanaan UNIT 6 : EKSPLORASI CILIK 3R


71 6.1 Perkhemahan Mengadakan program perkhemahan di kawasan yang sesuai seperti di taman rekreasi, pantai dan tapak perkhemahan yang mempunyai persekitaran yang bersih dan indah. Sebagai panduan, Kelab Kitar Semula boleh merangka atur cara program perkhemahan berdasarkan cadangan atur cara program perkhemahan Eksplorasi Cilik 3R seperti disediakan Aktiviti perkhemahan 3R yang dijalankan di kawasan rekreasi. UNIT 6 : EKSPLORASI CILIK 3R Foto Google


72 ATUR CARA JUMAAT 3.00 - 3.30 ptg PENDAFTARAN 3.30 - 4.00 ptg SESI ICE BREAKING 4.30 - 5.00 ptg SOLAT ASAR / MINUM PETANG / PEMASANGAN KHEMAH 5.00 - 6.30 ptg SESI ICE BREAKING (2) 6.30 - 9.00 mlm SOLAT MAGHRIB / KULIAH / SOLAT ISYAK 9.00 - 11.30 mlm LATIHAN DALAM KUMPULAN (1) 11.30 - 12.00 mlm MINUM MALAM SABTU 5.00 - 7.00 pg SOLAT SUBUH DAN TAZKIRAH 7.00 - 8.30 pg SENAMAN DAN SARAPAN PAGI 8.30 - 10.00 pg LATIHAN DALAM KUMPULAN (2) 10.00 - 10.30 pg MINUM PAGI 10.30 - 1.00 t / hari LATIHAN DALAM KUMPULAN (3) 1.00 - 2.00 ptg MAKAN TENGAH HARI, SOLAT ZOHOR 2.00 - 4.30 ptg LATIHAN DALAM KUMPULAN (4) 4.30 - 5.00 ptg MINUM PETANG DAN SOLAT ASAR 5.00 - 6.30 ptg PERMAINAN TEAMBUILDING (1) 6.30 - 9.00 mlm SOLAT MAGHRIB, KULIAH & SOLAT ISYAK 9.00 - 11.30 mlm PERSEMBAHAN KUMPULAN 11.30 - 12.00 mlm MINUM MALAM AHAD 5.00 - 7.00 pg SOLAT SUBUH DAN TAZKIRAH 7.00 - 8.30 pg SENAMAN DAN SARAPAN PAGI 8.30 - 10.00 pg PERMAINAN TEAMBUILDING (2) - 3R Explorace 10.00 - 10.30 pg MINUM PAGI 10.30 - 11.30 pg MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH 11.30 - 12.30 t / hari RUMUSAN AKTIVITI 12.30 - 2.00 ptg MAKAN T/HARI / BERKEMAS / SOLAT ZOHOR 2.00 ptg PROGAM TAMAT DAN BERTOLAK BALIK Perkhemahan Eksplorasi Cilik 3R


73 6.2 Lawatan ke Pusat Kitar Semula Lawatan ke Pusat Kitar Semula merupakan salah satu aktiviti yang boleh dilakukan bagi mendedahkan ahli kelab berkenaan sistem pengutipan sisa kitar semula di sekitar kawasan sekolah. Lawatan ini bertujuan mendedahkan kepada murid keadaan sebenar proses yang berlaku di pusat kitar semula. Murid dapat melihat sendiri bagaimana sisa kitar semula tersebut diuruskan. Di samping itu pelajar juga dapat didedahkan dengan peluang-peluang kerjaya yang terdapat dalam sektor pengurusan sisa pepejal. Lawatan murid ke Pusat Kitar Semula Presint 9 Putrajaya. UNIT 6 : EKSPLORASI CILIK 3R


74 Terma Air larut resap Badan Pengurusan Bersama Bakteria Biogas Ekosistem Estetika Komersial Mikroorganisma Miniatur Nutrien Pemanasan global Pengolahan Perawatan Premis Maksud Merupakan cecair yang berasal daripada hasil larutan air hujan terhadap sisa-sisa buangan di tapak pelupusan yang terkumpul dan meresap masuk ke dalam liang-liang tanah. Badan Pengurusan Bersama atau Joint Management Body (JMB) ialah satu jawatankuasa yang dianggotai dan ditadbir oleh Pemilik Petak/Penduduk dalam mengurus dan menyenggara bangunan. Organisma seni yang hidup dalam tanah, air, bahan organik atau badan tumbuh-tumbuhan dan haiwan, dan sesetengahnya boleh menyebabkan penyakit. Gas yang dihasilkan melalui tindakan bakteria ke atas bahan buangan organik dan digunakan sebagai bahan api. Sistem lingkungan hidup semula jadi yang terbentuk sebagai hasil daripada tindakan yang menyaling antara benda-benda hidup dengan persekitarannya. Cabang falsafah yang mengkaji konsep yang berkaitan dengan keindahan, cita rasa, dan lain-lain. Berkaitan dengan atau bersifat perdagangan Organisma halus misalnya bakteria, virus, protozoa, dan lain-lain yang hanya dapat dilihat dgn mikroskop. Salinan atau model sesuatu objek dalam bentuk yg dikecilkan. Bahan makanan berkhasiat, zat makanan. Pemanasan global adalah fenomena pemerangkapan gas dikenali sebagai gas rumah hijau membabitkan kumpulan gas karbon dioksida, karbon monoksida, kloroflorokarbon, metana, nitrogen oksida yang menghalang dan memerangkap haba bumi daripada terbebas keluar ke angkasa. Perbuatan atau hal mengolah. Hal atau perbuatan merawat. Bangunan dan kawasan tempat diuruskan perniagaan dan sebagainya. Glosari


Terma Resin Seramik Sisa berjadual Sisa kumbahan Sisa radioaktif Tapak pelupusan Tekstil Toksik Vektor Maksud Damar yang dibuat secara sintetik, yang digunakan sebagai bahan asas dalam pembuatan barangan plastik dan sebagainya. Bahan keras dan rapuh yang dibuat dengan membakar tanah liat dan lain-lain. Apa-apa buangan yang mempunyai ciri-ciri berbahaya yang berpotensi memberi kesan negatif kepada orang awam dan alam sekitar. Air sisa seperti yang diketahui merupakan cecair buangan dari tandas, bilik air serta sinki yang dilepaskan dari kawasan perumahan, premis perniagaan atau industri. Sisa radioaktif merupakan bahan yang mengandungi atau tercemar dengan unsur radioktif (radionuklid). Tempat atau kawasan di mana sisa dilupuskan dengan selamat di sesuatu kemudahan penimbusan tanah atau yang lain-lain kemudahan yang bergantung kepada jenis dan ciri-ciri bahan sisa tersebut. Kain (terutamanya yg ditenun). Beracun: bahan-bahan toksik, asap dan bahan buangan kimia yg menyebabkan pencemaran alam. Haiwan seperti serangga yang mengandungi parasit berbahaya yang memindahkan parasit tersebut kepada organisma lain (manusia dan sebagainya) sehingga mengakibatkan jangkitan (penyakit) kepada organisma lain itu.


Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan penerbitan buku Modul Latihan Kelab Kitar Semula Edisi Kemas Kini 2018.


78


Click to View FlipBook Version